Transcript
Page 1: BIODATA UCAPTAMA · BIODATA UCAPTAMA Prof. Dato’ Ir. Dr. Badrulhisham Bin Abdul Aziz ... akademik, prasarana, pengambilan pelajar yang berkualiti dan warga kerja yang kompeten
Page 2: BIODATA UCAPTAMA · BIODATA UCAPTAMA Prof. Dato’ Ir. Dr. Badrulhisham Bin Abdul Aziz ... akademik, prasarana, pengambilan pelajar yang berkualiti dan warga kerja yang kompeten

NC

OA

L 2

01

5N

CO

AL

2

01

5N

CO

AL

2

01

5

Universiti Malaysia Pahang ditubuhkan untuk menawarkan program akademik dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Bidang fokus UMP adalah industri kimia, petrokimia dan sumber asli serta industri pembuatan dan proses. Persekitaran yang kondusif sekitar UMP menyokong aktiviti penyelidikan, pengajaran dan perundingan. Perpustakaan UMP adalah jabatan sokongan utama yang menawarkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti di atas. Pencapaian dan kualiti sesebuah universiti sering dikaitkan dengan peranan perpustakaan sebagai institusi yang berfungsi memperoleh, mengumpul dan memproses ilmu bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Penerbitan dan penyelidikan merupakan suatu produktiviti utama bagi sesebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT). Beberapa sistem penarafan dan audit universiti seperti Sistem Penarafan IPTA (SETARA) dan Audit Universiti Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengambil kira penerbitan sebagai salah satu indikatornya. Ini jelas menunjukkan penerbitan amat penting dalam menilai sesebuah IPT. Warga kerja Institusi mestilah bersedia mengorak

langkah untuk meletakkan universiti mereka

sebagai entiti yang memiliki pengiktirafan

antarabangsa melangkaui lingkungan kebangsaan

atau negara. Hanya dengan sikap keterbukaan

untuk maju serta keinginan untuk meningkatkan

diri dapat menyumbang dalam penarafan universiti

yang lebih tinggi.

Persidangan ini bertujuan menyediakan satu medan diskusi dan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik dalam penjanaan maklumatberkualiti untuk menyokong penarafan universiti.

Topik

1. Pengurusan Ilmu

Perkongsian Ilmu; Peralatan dan

Teknologi; Strategi; Trend semasa

2. Institusi Repositori

Sistem; Isu, Cabaran dan Kekangan

3. Penarafan Universiti

Myra; PSPTN; Webometrik; Impak

penarafan

4. Pengurusan Data dan Maklumat

Amalan Terbaik; Sistem; Pengumpulan

Data; Perkongsian Data; Pemeliharaan

Data

Aktiviti di Natural Batik Village ;

Hotel MS Garden, Jalan Beserah, Kuantan(Tel: 09-511 8888)

Hotel Grand Continental, Jalan Gambut, Kuantan (Tel : 09-515 8888)

Hotel Rocana, Lorong Tun Ismail 8, Kuantan (Tel: 09-517 3993)

Hotel Vistana , Jalan Telok Sisek, Kuantan (Tel : 09-517 8000)

Hotel Sason Boutique, Jalan Beserah Kuantan, (Tel : 09-516 3131)

AKTIVITI LAWATAN

TOPIK KERTAS PERSIDANGAN

OBJEKTIF

KUMPULAN SASARAN

PENGENALAN

CADANGAN PENGINAPAN

Pustakawan

Akademia/Penyelidik

Pengurus Maklumat

Pakar Teknologi Maklumat

Pelajar

Terbuka kepada yang berminat

Demo, penjualan cenderamata, pusat kraftangan dan Galeri Kesenian Ghazali. Nyatakan kehadiran anda pada borang pendaftaran. Sila layari http://www.batikfactory.com.my

Page 3: BIODATA UCAPTAMA · BIODATA UCAPTAMA Prof. Dato’ Ir. Dr. Badrulhisham Bin Abdul Aziz ... akademik, prasarana, pengambilan pelajar yang berkualiti dan warga kerja yang kompeten

NC

OA

L 2

01

5N

CO

AL

2

01

5N

CO

AL

2

01

5

Perpustakaan

Universiti Malaysia Pahang

26600 Pekan

Pahang

No Tel: 09-424 5600

No Faks: 09-424 5666

Emel: [email protected]

http://ncoal.ump.edu.my

ALAMAT PERPUSTAKAAN

BIODATA UCAPTAMA

Prof. Dato’ Ir. Dr. Badrulhisham Bin Abdul

Aziz

Profesor di Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (UMP) merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di Colorado State University, Amerika Syarikat. Beliau turut memperoleh Sarjana Sains Kejuruteraan Kimia di University College of Swansea, Wales, United Kingdom dan juga memperoleh Ijazah Doktor Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Kyoto University. Semasa memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMP, beliau merupakan teraju utama dalam bidang keberhasilan utama universiti (Pelan Strategik UMP 2011-2015) iaitu KRA 1 (Peningkatan Kualiti Akademik) yang ditakrifkan sebagai pemerkasaan program akademik, prasarana, pengambilan pelajar yang berkualiti dan warga kerja yang kompeten melayakkan UMP untuk diiktiraf sebagai sebuah Universiti Teknologi bertaraf dunia. Beliau juga turut terlibat dalam Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). Kini beliau turut memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Nadir Bumi dan Ahli Jawatankuasa Akreditasi MQA.

YM Dato’ Prof. Dr. Haji Raja Abdullah Bin Raja Yaacob

YM Dato’ Prof. Dr. Haji Raja Abdullah Raja Yaacob dilahirkan pada tahun 1949 di Parit Buntar, Perak dan dibesarkan di Kuala Terengganu.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Teknologi MARA dalam Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan pada tahun 1973 dan didaftarkan di Associateship of the Library Association (ALA), London pada tahun 1975. Beliau turut memperoleh dua sarjana dari Case Western Reserve University, Cleveland iaitu Sarjana Pengurusan Perpustakaan dan Sarjana Pengurusan Rekod (pertama di Malaysia) serta memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari University of Michigan, Ann Arbor pada tahun 1990.

Terlibat dalam penulisan dalam jurnal, persidangan, buku dan juga menjalankan penyelidikan. Beliau juga terlibat dalam urusan penilaian program universiti dengan MQA dan menjadi editor dan ketua editor journal sains maklumat . Pada tahun 2012 beliau telah dianugerahkan Tokoh Pustakawan Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor. Raja Abdullah telah menamatkan khidmat sebagai Profesor sejak Jun 2014 tetapi masih terlibat dalam pengurusan ilmu dan repositori. Kini dilantik sebagai Pengerusi Program Sejarah Lisan di PPAS dan sedang melaksanakan projek lisan bersama Tun Abdullah Ayub, bekas Dato Bandar Kuala Lumpur.

Page 4: BIODATA UCAPTAMA · BIODATA UCAPTAMA Prof. Dato’ Ir. Dr. Badrulhisham Bin Abdul Aziz ... akademik, prasarana, pengambilan pelajar yang berkualiti dan warga kerja yang kompeten

TARIKH 18 Mac 2015 (Rabu)

MASA AKTIVITI

8.00 – 9.00 pg Kehadiran Peserta

9.00 – 10.30 pg Ucaptama oleh YM Dato’ Prof. Dr. Haji Raja Abdullah Bin Raja Yaacob

10.30 – 11.00 pg Minum Pagi

11.00 – 12.30 tgh Pembentangan Kertas Kerja 7, 8 dan 9

12.30 tgh – 2.00 ptg Makan Tengahari & Solat

2.00 – 4.00 ptg Pembentangan Kertas Kerja 10, 11, dan 12

4.00 – 4.30 ptg Minum Petang & Bersurai

TARIKH 17 Mac 2015 (Selasa)

MASA AKTIVITI

8.00 – 9.00 pg Pendaftaran Peserta

9.00 – 9.45 pg Perasmian oleh YH. Profesor Dato’ Dr. Daing Nasir Bin Ibrahim

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP)

9.45 – 10.00 pg Lawatan ke Pameran

10.00 – 10.30 pg Minum Pagi

10.30 – 11.30 pg Ucaptama oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz

11.30 – 12.30 tgh Pembentangan Kertas Kerja 1 dan 2

12.30 tgh – 2.00 ptg Makan Tengahari dan Solat

2.00 – 4.00 ptg Pembentangan Kertas Kerja 3, 4, 5, dan 6

4.00 – 4.30 ptg Minum Petang & Solat

4.30 ptg Sesi Lawatan ke Natural Batik Village

TENTATIF N

CO

AL

2

01

5N

CO

AL

2

01

5N

CO

AL

2

01

5


Top Related