Transcript
Page 1: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM

MENGENALPASTI PERBEZAAN PERKATAAN ‘FUR’

DAN ‘HAIR’ DALAM MATA PELAJARAN SAINS.

Oleh;

Rauhiyah Bt Che Md Nor @ Che Muhammad

Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda

Jalan Sekoi, Bandar Baru Uda,

81200 Johor Bahru, Johor

18 JULAI 2005

Page 2: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah

bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya

menjalankan dan seterusnya menyiapkan laporan kajian tindakan ini.

Pertama sekali penghargaan ini saya tujukan kepada pihak sekolah terutamanya

pihak pentadbiran dan pengurusan Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda di atas

segala kemudahan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang menjalankan kajian

ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada rakan-rakan guru yang banyak memberi

kerjasama dan tunjuk ajar dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Jutaan terima

kasih juga saya ucapkan kepada anak-anak didik saya yang sanggup memberi

kerjasama dan meluangkan masa untuk sama-sama menjayakan kajian tindakan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya hulurkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri

Johor kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam kajian tindakan

ini. Ini merupakan satu pengalaman manis buat saya dan secara tidak langsung dapat

mempertingkatkan lagi pengajaran saya.

Akhir sekali, penghargaan ini saya tujukan kepada ibu bapa saya, rakan-rakan, dan

semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan kajian tindakan ini.

Rauhiyah Bt Che Md Nor @ Che Muhammad

18 Julai 2005

Page 3: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1

ABSTRAK 2

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU 3

2.0 FOKUS KAJIAN 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.1 OBJEKTIF AM 4

3.2 OBJEKTIF KHUSUS 5

4.0 KUMPULAN SASARAN 5

4.1 SAMPEL KAJIAN 5

4.2 INSTRUMEN KAJIAN 5

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN 5

5.1 TINJAUAN MASALAH 5

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 7

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 7

5.4 PERLAKSANAAN AKTIVITI 8

5.4.1 AKTIVITI WARMING-UP WITH ANIMALS 8

5.4.2 AKTIVITI MINI DICTIONARY 8

5.4.3 AKTIVITI BANK OF ANIMALS 9

5.5 REFLEKSI 11

6.0 PENILAIAN 12

7.0 REFLEKSI TINDAKAN 13

8.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA 14

9.0 BIBLIOGRAFI 15

10.0 LAMPIRAN 16

Page 4: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bagi mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Tahun 3 Dedikasi apabila terdapat sebilangan daripada mereka keliru untuk

menjawab soalan Sains terutama bahagian B . Skop kajian adalah mengenai

kekeliruan maksud dua perkataan iaitu ‘fur’ dan ‘hair’ untuk topik ‘animals’. Seramai

10 orang murid dari tahun 3 Dedikasi terlibat dalam kajian ini. Murid yang terlibat

dipilih berdasarkan keputusan ujian penilaian pertama pada bulan Februari yang lalu.

Sebagai guru Sains kelas tersebut, adalah menjadi tanggungjawab untuk mencari

satu pendekatan yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. Setelah mengenal pasti

masalah yang dihadapi murid-murid ini, iaitu mereka tidak dapat membezakan

perkataan ‘fur’ dan ‘hair’ untuk topik ‘animals’. Mereka juga tidak berminat untuk

belajar Sains. Pendekatan yang telah digunakan dalam kajian ini ialah tiga aktiviti

iaitu ‘Warming Up With Animals’, ‘Mini Dictionary’, dan ‘Bank of Animals’. Topik

‘Animals’ digunakan sebagai isu pilihan kerana terdapat kekeliruan yang ketara di

antara dua perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Aktiviti ‘Warming Up With Animals’ terdiri

daripada tiga lembaran kerja iaitu mengenalpasti ciri ‘fur’ dan ‘hair’ pada haiwan

berdasarkan perkataan dengan gambar, gambar, dan perkataan. Aktiviti ‘Mini

Dictionary’ ialah penyediaan kamus mini yang mengandungi gambar haiwan dan

bersama-sama ciri fizikal bulunya. Manakala menerusi aktiviti ‘Bank of Animals’ pula,

murid-murid menyediakan dua tabung iaitu tabung ’fur’ dan tabung ’hair’. Kad-kad

berbentuk syiling dan wang kertas yang mengandungi gambar dan perkataan

dimasukkan mengikut ciri haiwan tersebut. Topik Hasil kajian ini mendapati bahawa

aktiviti ‘Bank of Animals’ dapat membantu murid-murid membezakan maksud kedua-

dua perkataan ini.

Page 5: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya merupakan seorang guru yang baru ditugaskan di Sekolah Kebangsaan

Kompleks Uda dan pengalaman saya mengajar hanyalah 1 tahun dan 1 bulan sahaja.

Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata palajaran Sains Tahun 3 Dedikasi di

mana kelas ini adalah kelas keempat daripada lima kelas tahun 3. Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan, saya dapati masalah utama yang dihadapi

oleh murid-murid saya ialah mereka tidak begitu memahami maksud ‘vocabulary’

yang penting untuk topik yang sedang dipelajari walaupun mereka menunjukkan

minat terhadap pembelajaran Sains.

Berdasarkan keputusan Ujian Penilaian Pertama yang telah diadakan pada bulan

Februari untuk Sains, didapati seramai 10 orang murid (40%) daripada 25 orang

murid telah gagal dalam ujian penilaian tersebut. Daripada semakan kertas jawapan,

saya dapati ada diantara murid-murid ini tidak menjawab langsung soalan bahagian B

iaitu sebanyak 20% (5 orang murid) manakala 60% (15 orang murid) menjawab

soalan bahagian B tetapi masih gagal menjawab dengan tepat. Hanya 20% (5 orang

murid) sahaja yang dapat menjawab bahagian B dengan tepat.

Apabila saya menemubual 5 orang murid-murid ini, mereka menyatakan bahawa

mereka tidak tahu untuk menjawab soalan tersebut. Antara sebab-sebabnya ialah,

mereka tidak membaca arahan soalan, mereka tidak memahami kehendak soalan,

mereka tidak faham apa yang guru ajar, mereka tidak faham perkataan Bahasa

Inggeris, mereka susah untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut, dan mereka

keliru maksud di antara perkataan-perkataan ‘fur’, ‘hair’, dan ‘feathers’.

Saya juga menyedari kelemahan pengajaran saya dan masih banyak yang perlu

diperbaiki memandangkan saya masih baru dalam bidang pendidikan. Tambahan

pula ini merupakan tahun pertama saya mengajar mata pelajaran Sains dan mengajar

menggunakan Bahasa Inggeris. Disebabkan pengajaran saya yang tidak begitu

mantap dan kurang menarik, ini telah menyebabkan kurangnya minat dan

pemahaman murid-murid dalam menjawab soalan bahagian B dan dan gagal dalam

ujian. Saya harus mengambil langkah untuk memperbaiki pengajaran saya dengan

Page 6: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

mewujudkan pelbagai aktiviti supaya menarik minat dan meningkatkan pemahaman

serta mengurangkan kekeliruan murid-murid dalam menjawab soalan Bahagian B.

2.0 FOKUS KAJIAN

Sewaktu saya mula-mula mengajar kelas ini pada awal Januari yang lalu, saya telah

diberikan penerangan oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas ini pada tahun

lepas sewaktu mereka berada di tahun 2. Guru tersebut telah memberitahu saya

bahawa tahap kemahiran membaca dan menulis murid-murid ini adalah sederhana

malah ada diantara mereka yang masih mengeja untuk membaca. Sikap mereka yang

tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar juga menyebabkan prestasi

mereka tidak begitu memuaskan.

Sepanjang saya mengajar di kelas ini, saya juga mendapati perkara yang sama

berlaku. Selain itu mereka juga agak pasif apabila saya mengutarakan soalan secara

lisan, hanya terdapat 2 orang murid sahaja yang selalu cuba untuk menjawab.

Daripada keadaan ini, saya merasakan mereka pasif kerana tidak memahami

pengjaran dan pertanyaan saya. Oleh itu, saya harus berfikiran positif dan mencari

langkah terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini. Sebenarnya masalah ini

merupakan satu cabaran kepada saya supaya lebih berusaha untuk memperbaiki

kaedah pengajaran saya.

Walaupun saya telah mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid, saya

hanya memfokuskan masalah murid yang sukar untuk membezakan perkataan-

perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Ini kerana kekeliruan di antara maksud 2 perkataan ini di

kalangan murid-murid menyebabkan mereka gagal menjawab soalan bahagian B

dengan betul.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam membina ayat

untuk penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di kalangan

murid-murid tahun 3.

Page 7: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

Murid-murid dapat membina ayat untuk penulisan karangan.

Murid-murid lebih berminat untuk menulis karangan dengan pelabagai alat

bantu mengajar..

Guru dapat mempelbagaikan aktiviti dan kaedah dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.

Guru dan murid-murid dapat mewujudkan hubungan yang lebih mesra

supaya tidak menjadi halangan kepada komunikasi yang berkesan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 SAMPEL KAJIAN

Seramai 10 orang murid tahun 3 Dedikasi telah diambil sebagai respondan

kajian. Kajian ini telah dijalankan selama 7 minggu dengan pengawasan dan

pemerhatian oleh guru bagi memastikan perancangan tindakan dan refleksi

dapat dilaksanakan sepenuhnya.

4.2 INSTRUMEN KAJIAN

Beberapa instrumen telah digunakan untuk mengkaji permasalahan ini.

Instrumen-instrumen yang telah dilaksanakan dalam kajian ini ialah:

I. Ujian Pra

II. Soal-selidik

III. Aktiviti ‘Bank of Animals’

IV. Pemerhatian

V. Ujian Pos

5.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Sebagai langkah permulaan untuk tinjauan masalah saya telah membuat

pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

Page 8: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

Saya dapati murid-murid tidak berminat untuk belajar topik ‘Animals’ dalam

Sains kerana keliru dengan istilah yang digunakan untuk mengenalpasti ciri-ciri

fizikal pada haiwan. Mereka sering keliru dengan istilah yang digunakan

terutama perkataan ‘hair’ dan ‘fur’ bagi ciri fizikal haiwan yang berbulu.

Saya juga mengadakan sesi soal selidik secara bertulis bagi mengenalpasti

punca-punca masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Saya menyediakan 10

soalan yang mudah kepada murid-murid dan mereka memberikan jawapan ‘Ya’

atau ‘Tidak’ sahaja. Oleh kerana murid-murid agak lemah untuk membaca,

maka sesi ini dibimbing oleh saya untuk membantu mereka menanda jawapan.

Daripada soal selidik yang dijalankan terdapat murid-murid yang tidak suka

belajar Sains, keliru dengan istilah-istilah yang digunakan, tidak mengenali ciri

fizikal bulu pada haiwan tertentu, dan tidak mahu menghafal maksud istilah

yang digunakan dalam topik ‘animals’.

Saya juga mengenal pasti masalah ini berdasarkan analisis keputusan ujian

penilaian pertama yang telah diadakan pada bulan Februari untuk Sains,

didapati seramai 10 orang murid (40%) daripada 25 orang murid telah gagal

dalam ujian penilaian tersebut. Daripada semakan kertas jawapan, saya dapati

ada diantara murid-murid ini tidak menjawab langsung soalan bahagian B iaitu

sebanyak 20% (5 orang murid) manakala 60% (15 orang murid) menjawab

soalan bahagian B tetapi masih gagal menjawab dengan tepat. Hanya 20% (5

orang murid) sahaja yang dapat menjawab bahagian B dengan tepat.

Sebelum saya melaksanakan aktiviti yang dicadangkan , saya telah

mengadakan ujian pra terhadap 10 orang murid yang gagal dalam ujian Sains.

Ujian ini mengandungi 10 soalan di mana murid-murid dikehendaki

mengenalpasti ciri bulu yang terdapat pada 10 gambar haiwan yang diberikan

dalam masa 10 minit. Daripada ujian pra ini, saya dapati 6 orang murid tidak

dapat mengenalpasti ciri bulu pada haiwan yang diberikan dalam masa yang

ditetapkan dan hanya 4 orang sahaja yang dapat mengenalpasti ciri bulu pada

haiwan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Page 9: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

Berdasarkan keputusan ujian pra yang telah dijalankan, saya telah

menganalisisnya dalam bentuk jadual.

PERATUS MARKAH BILANGAN MURID

100% - 80% -

79% - 60% -

59% - 40% 4

39% - 20% 5

19% - 0% 1

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, tinjauan terhadap

masalah-masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan untuk mengesan

ketidakupayaan mengenalpasti ciri-ciri fizikal pada haiwan terutama ‘fur’ dan

‘hair’ dengan lebih teliti. Saya perlu mengetahui sejauh manakah tahap

keupayaan murid-murid kelas ini dalam membezakan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’

untuk mengenalpasti ciri-ciri haiwan tertentu. Tinjauan dilakukan dengan

mengutip data seperti berikut;

Analisis markah Ujian Penilaian 1 untuk mengetahui prestasi murid-murid

dalam topik ‘’Animals’ bagi mata pelajaran Sains.

Ujian Pra mengenalpasti ciri ‘fur’ atau ‘hair’ pada haiwan yang diberi untuk

memperkukuhkan andaian bahawa pemahaman istilah penting untuk

membezakan kedua-dua perkataan ini.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Setelah mengenal pasti masalah yang timbul, saya telah melaksanakan tiga

aktiviti pengajaran dan pembelaran yang dirancang bagi menangani masalah

murid-murid yang sukar untuk membezakan perkataan ‘fur’ dengan ‘hair’ dalam

menjawab soalan bahagian B mata pelajaran Sains iaitu:

V.3.1 Aktiviti ‘Warming-Up With Animals’

V.3.2 Aktiviti ‘Mini Dictionary’

V.3.3 Aktiviti ‘Bank of Animals’

Page 10: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

5.4 PELAKSANAAN AKTIVITI

5.4.1 AKTIVITI 1 ‘WARMING-UP WITH ANIMALS’

Cara pelaksanaan:

5.4.1.1 Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 10

gambar pelbagai haiwan dan perkataan nama haiwan tersebut

kepada murid-murid.

5.4.1.2 Murid-murid dikehendaki mengasingkan haiwan-haiwan

tersebut kepada 2 kumpulan iaitu haiwan yang mempunyai

‘fur’ dan haiwan yang mempunyai ‘hair’ dalam masa 10 minit.

5.4.1.3 Aktiviti senaman ayat ini akan diulangi dengan dua lagi

lembaran kerja iaitu lembaran kerja yang mengandungi 10

gambar haiwan dan lembaran kerja yang mengandungi 20

perkataan nama haiwan sahaja.

5.4.1.4 Aktiviti ini dijalankan selama tiga hari iaitu 10 minit waktu

pertama P&P Sains.

5.4.2 AKTIVITI 2 ‘MINI DICTIONARY’

Cara pelaksanaan:

5.4.2.1 Murid-murid menyediakan satu kamus mini yang

mengandungi sekeping gambar haiwan untuk setiap muka

surat. (20 helai)

5.4.2.2 Guru meminta murid mencatat satu perkataan ‘fur’ atau

‘hair’, iaitu ciri fizikal yang dimiliki oleh haiwan tersebut dan

dicatat di bawah gambar menggunakan pensel warna.

5.4.2.3 Selepas 2 minggu, murid-murid akan bertukar-tukar buku-

buku skrap sesama sendiri dan membacanya serta cuba

untuk mengenalpasti haiwan yang memiliki ‘fur’ dan haiwan

yang memiliki ‘hair’.

5.4.2.4 Guru akan menguji pengetahuan dan pemahaman murid-

murid dengan pop kuiz secara lisan berdasarkan gambar

haiwan yang diperolehi.

Page 11: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

5.4.3 AKTIVITI 3 ‘BANK OF ANIMALS’

5.4.3.1 Guru akan meminta setiap orang murid menyediakan dua

tabung yang bersaiz sederhana, tabung pertama dilabelkan

‘FUR’ dan tabung kedua dilabelkan ‘HAIR’.

5.4.3.2 Murid-murid diminta menyediakan kepingan kad berbentuk

bulat (duit syiling) daripada manila kad menggunakan dua

warna yang berbeza.

5.4.3.3 Murid-murid juga diminta menyediakan kepingan kad

berbentuk empat segi tepat (wang kertas) daripada manila

kad menggunakan dua warna yang berbeza.

5.4.3.4 Guru akan meminta murid-murid memilih satu warna untuk

haiwan yang mempunyai ‘fur’ dan satu warna lagi untuk

haiwan yang mempunyai ‘hair’. Kad ‘duit syiling’ digunakan

nama haiwan manakala kad ‘wang kertas’ untuk gambar

haiwan. ‘Duit-duit’ simpanan ini akan dimasukkan ke dalam

tabung mengikut ciri fizikal yang betul.

5.4.3.5 Aktiviti ini akan dilaksanakan selama 10 hari persekolahan

di mana 2 keping gambar dan 2 keping nama setiap hari.

Daripada aktiviti ‘warming-up with animals’ yang dijalankan, didapati

hanya 5 orang murid (50%) sahaja yang dapat mengenalpasti haiwan

yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ dalam masa yang ditetapkan dengan

betul berbanding 5 orang murid (50%) lagi tidak dapat mengenalpasti

haiwan yang memiliki ciri fur’ atau ‘hair’ dalam masa yang ditetapkan

untuk lembaran kerja 1. Manakala untuk aktiviti senaman lembaran kerja

2, didapati 6 orang murid (60%) dapat mengenalpasti gambar haiwan

yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ dengan tepat berbanding 4 orang murid

(40%) tidak dapat mengenalpasti gambar haiwan yang memiliki ciri ‘fur’

atau ‘hair’ dengan tepat. Untuk lembaran kerja 3 hanya 5 orang murid

(50%) sahaja yang dapat mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’

atau ‘hair’ dengan tepat dan 5 orang murid (50%) lagi tidak dapat

Page 12: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ dengan tepat.

Daripada ketiga-tiga hasil lembaran kerja ini saya perhatikan murid-

murid menunjukkan kemahiran yang berbeza-beza, ada murid yang

pantas mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’

berdasarkan gambar sahaja, ada murid yang dapat mengenalpasti

haiwan yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ berdasarkan perkataan dengan

cepat, dan ada juga murid yang cekap apabila mengenalpasti haiwan

yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ berdasarkan kepada gambar dan

perkataan.

Manakala dari aktiviti ‘Mini Dictionary’ pula, murid-murid menunjukkan

minat dan keseronokan apabila melakukan aktiviti ini. Mereka

merasakan aktiviti agak berlainan dan tidak membosankan. Setiap murid

dapat menyiapkan satu kamus mini yang mengandungi gambar-gambar

haiwan yang ditulis perkataan ‘fur’ atau ‘hair’ di bawahnya mengikut ciri

bulu yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Saya memberi kebebasan

kepada murid-murid menulis sendiri perkataan ‘fur’ dan ‘hair untuk setiap

gambar. Penggunaan pensel warna juga memudahkan mereka

mengingati perkataan yang ditulis. Semasa pertukaran ‘mini dictionary’

ini, mereka menunjukkan keghairahan untuk membaca perkatan yang

ditulis dan melihat gambar-gambar haiwan yang disiapkan oleh rakan-

rakan yang lain. Apabila diadakan pop kuiz secara lisan, di mana saya

menyebut satu nama haiwan dan murid tersebut akan cuba menyatakan

ciri ‘fur’ atau ‘hair’ untuk haiwan tersebut. Mereka cuba untuk

mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ walaupun ada di

antara mereka mengambil masa yang agak lama. Semasa akativiti ini,

mereka agak aktif dan bising kerana berebut-rebut untuk memberi

jawapan.

Sebenarnya aktiviti ‘Bank of Animals’ ini adalah sebagai pengukuhan

kepada murid-murid setelah mereka menunjukkan peningkatan dalam

mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’. Daripada aktiviti

ini, setiap murid memiliki dua tabung iaitu tabung ‘fur’ dan tabung ‘hair’.

Page 13: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

Apabila mereka keliru tentang bulu haiwan, mereka akan mengeluarkan

‘tabungan’ mereka untuk mengenalpasti haiwan yang memiliki ciri ‘fur’

atau ‘hair’. Selain itu, mereka juga sering mengeluarkan kad-kad di

dalam tabung dan menyebut-nyebut nama haiwan dan ciri bulu haiwan

tersebut. Apabila ditanya tentang aktiviti ini, murid-murid menjawab

mereka sudah tahu cara senang untuk mengenalpasti haiwan yang

memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ daripada tabung-tabung yang dibuat. Ada di

antara mereka meminta untuk menambah lagi gambar-gambar haiwan

lain, maka saya meminta murid-murid mencari lebih banyak lagi gambar

haiwan daripada sumber-sumber lain selain sekolah. Daripada

pemerhatian saya, murid-murid sudah mulai mengenalpasti haiwan yang

memiliki ciri ‘fur’ atau ‘hair’ .

5.5 REFLEKSI

Setelah menjalankan ketiga-tiga aktiviti ‘warming-up with animals’, ‘mini

dictionary’, dan ‘bank of animals’, saya dapati murid-murid mulai menunjukkan

perubahan minat dari tidak dapat membezakan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’

kepada dapat membezakan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Alhamdulillah, saya

sendiri juga merasakan keronokan mereka apabila melaksanakan aktiviti-

aktiviti ini terutama aktiviti ‘bank of animals’. Saya juga merasakan dapat

mempertingkatkan pengajaran saya untuk mengajar murid-murid topik

‘animals’. Ini merupakan satu pengalaman yang menarik buat diri saya selain

membuat kajian saya juga dapat memperbaiki pengajaran saya dan

meningkatkan prestasi murid-murid saya.

Saya tidak menafikan yang saya mengalami beberapa masalah semasa

menjalankan aktiviti ini di mana murid-murid perlu dipantau selalu kerana

ketidakhadiran mereka sewaktu hari persekolahan juga menyebabkan tempoh

perlaksanaan aktiviti menjadi lebih lama. Paling membanggakan saya ialah

murid-murid memberikan kerjasama yang sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti

ini.

Page 14: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

6.0 PENILAIAN

Sebagai penutup dan penilaian kepada ketiga-tiga aktiviti tersebut, saya telah

mengadakan satu ujian pos kepada 10 orang murid tersebut menggunakan soalan

yang sama untuk ujian pra. Daripada keputusan ujian pos, didapati 9 orang murid

(90%) dapat menjawab dengan tepat berbanding hanya 1 orang murid (10%) sahaja

yang tidak dapat menjawab dengan tepat. Hanya seorang sahaja yang tidak

menjawab sepenuhnya kerana murid ini agak lemah dari segi kemahiran membaca

dan mengeja.

Berdasarkan keputusan ujian pos yang telah dijalankan, saya telah menganalisisnya

dalam bentuk jadual.

PERATUS MARKAH BILANGAN MURID

100% - 80% 1

79% - 60% 5

59% - 40% 2

39% - 20% 1

19% - 0% -

Selain daripada penilaian berdasarkan ujian pos, saya juga membuat penilaian

berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun. Dimana daripada 10 orang

murid tersebut hanya 4 orang murid (40%) sahaja yang gagal dan 6 orang murid

(60%) lagi lulus. Walau bagaimanapun, terdapat 3 orang murid daripada 4 orang

murid yang mendapat keputusan gagal menunjukkan peningkatan dari segi markah.

Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah dijalankan, saya

telah menganalisisnya dalam bentuk jadual.

PERATUS MARKAH BILANGAN MURID

100% - 80% -

79% - 60% 2

59% - 40% 4

39% - 20% 3

19% - 0% 1

Page 15: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

7.0 REFLEKSI TINDAKAN

Kajian Tindakan ini merupakan satu kaedah terbaik dalam memberi peluang kepada

guru dalam mengenal pasti kelemahan dan kekurangan pada diri sendiri terutamanya

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Daripada kajian ini juga, saya

menyedari bahawa murid-murid bergantung sepenuhnya kepada pendidik untuk

memajukan dan memperbaiki kelemahan mereka untuk berjaya dalam pelajaran. Di

sini guru merupakan watak utama sebagai tunggak untuk memperbaiki pengajaran

agar seiring dengan peningkatan prestasi murid-murid. Guru yang kreatif sudah tentu

memiliki banyak idea dan pendapat atau cara tersendiri untuk mengatasi sebarang

masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Selepas menjalankan kajian tindakan ini, saya dapat rasakan satu kepuasan yang

tidak dapat saya gambarkan. Kajian ini telah banyak membantu saya memperbaiki

dan memantapkan lagi kaedah pengajaran saya di dalam kelas. Saya juga berasa

lebih bersemangat untuk meneruskan tugas saya sebagai pendidik pada masa akan

datang. Terlintas di fikiran saya bahawa selama ini setiap masalah yang dihadapi

sebenarnya ada cara yang boleh mengatasinya walaupun cara tersebut tidaklah yang

terbaik. Pengalaman menjalankan kajian tindakan ini akan saya teruskan untuk

kajian-kajian yang akan datang, Insya Allah.

Sebenarnya kepuasan yang saya rasakan apabila murid-murid menunjukkan

perubahan yang membanggakan saya. Daripada mereka tidak dapat membezakan

perkataan ‘fur’ dan ‘hair’, sekarang mereka sudah tahu bagaimana untuk

membezakan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’. Di awal kajian, mereka tidak menyukai untuk

belajar Sains, pelbagai alasan yang mereka berikan termasuklah tidak faham guru

mengajar. Daripada alasan tersebut saya dapat mengesan kelemahan saya sendiri

secara tidak langsung. Tetapi Alhamdulillah hari mereka sudah pun berminat dan

menyukai untuk belajar Sains. Saya juga tidak lagi mendengar sebarang keluhan

daripada mereka apabila mengajar dan menyuruh mereka untuk menyiapkan latihan

topik ‘animals’.

Page 16: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

8.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA

Untuk kajian tindakan yang akan datang, saya bercadang untuk mengekalkan kaedah

ini bagi topik-topik yang bersesuaian. Misalnya, kajian ini menggunakan istilah ‘fur’

dan ‘hair’ bagi topik ‘animals’, untuk kajian yang akan datang pengkaji boleh

menggunakan istilah ‘woody stem’ dan ‘soft stem’ bagi topik ‘plants’ sebagai topik

utama atau topik-topik lain yang difikirkan bersesuaian. Pada pendapat saya, kaedah

ini menarik minat murid-murid untuk mempelajari Sains dan memudahkan mereka

untuk memahami istilah-istilah yang mengelirukan. Mereka berasa seronok memiliki

tabung haiwan mereka sendiri. Pengkaji yang akan datang juga boleh memperbaiki

dan memperkemaskan lagi kaedah ini dengan menggunakan gambar yang berwarna

untuk lebih menarik minat murid-murid.

Page 17: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

9.0 BIBLIOGRAFI

Abdul Aziz Rahman, Bright Bilingual Junior Science Dictionary, Bright Publication Sdn.

Bhd. 2003.

Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2000, Seminar Kajian Tindakan

Peringkat Negeri Johor. 29 Julai 2000.

Noraini, Fauzi & Zaidi, Zone Performance Booster Science Year 3 KBSR Teacher

Edition, Sasbadi Sdn. Bhd. 2006.

Nurraizan Abdul Azal, Common Science Terms for Malaysian Primary Schools

(Bahasa Malaysia – Bahasa Inggeris), Pustaka Zaman Sdn. Bhd. 2004.

Poh Swee Hiang, Teacher Education Series, Pedagogy of Science 1: Science

Curriculum, Based on Science Methodology Syllabus of Malaysia Teaching

Diploma 2003, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 2003

Thanabalan G. Arumugam, e.net@Science Year 3 KBSR Teacher Edition, Sasbadi

Sdn. Bhd. 2005.

Page 18: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.0 LAMPIRAN

10.1 UJIAN PRA

NAME : _____________________________________________________

YEAR 3 : _____________________________________________________

Write ‘fur’ or ‘hair’ for external features for each animals below.

1. 2.

__________________ __________________

3. 4.

__________________ __________________

5. 6.

__________________ __________________

7. 8.

__________________ __________________

9. 10.

__________________ __________________

Page 19: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.2 SOAL SELIDIK

Tandakan ( / ) untuk jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’.

YA TIDAK

1. Adakah kamu meminati mata pelajaran Sains?

2. Adakah kamu memahami apa yang diajar oleh guru Sains?

3. Adakah kamu memahami istilah yang digunakan?

4. Adakah kamu suka belajar topik ‘Animals’ ?

5. Adakah kumu keliru dengan istilah yang digunakan?

6. Adakah kamu tahu maksud semua istilah ?

7. Adakah kamu menghafal semua istilah yang dipelajari?

8. Adakah kamu mengenali ciri fizikal bulu pada haiwan?

9. Adakah kamu keliru dengan perkataan ‘fur’ dan ‘hair’ ?

10.A dakah kamu faham maksud perkataan ‘fur’ dan ‘hair’ ?

Page 20: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.3 WORKSHEET 1

NAME : _____________________________________________________

YEAR 3 : _____________________________________________________

Write ‘fur’ or ‘hair’ for external features for each animals below.

1. 6.

__________________ __________________

2. 7.

__________________ __________________

3. 8.

__________________ __________________

4. 9.

__________________ __________________

5. 10.

__________________ __________________

dog

monkey

leopard

mouse

goat

Page 21: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.4 WORKSHEET 2

NAME : _____________________________________________________

YEAR 3 : _____________________________________________________

Write ‘fur’ or ‘hair’ for external features for each animals below.

1. 2.

__________________ __________________

3. 4.

__________________ __________________

5. 6.

__________________ __________________

7. 8.

__________________ __________________

9. 10.

__________________ __________________

Page 22: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.5 WORKSHEET 3

NAME : _____________________ YEAR : ______________________

Write ‘fur’ or ‘hair’ for external features for each animals below.

1. 2.

__________________ __________________

3. 4.

__________________ __________________

5. 6.

__________________ __________________

7. 8.

__________________ __________________

9. 10.

__________________ __________________

11. 12.

__________________ __________________

13. 14.

__________________ __________________

15. 16.

__________________ __________________

17. 18.

__________________ __________________

19. 20.

__________________ __________________

tiger giraffe

elephant cheetah

goat rabbit

mousedeer horse

dog cat

buffalo lion

cow monkey

fox mouse

zebra rhinoceros

bat deer

Page 23: Bengkel Pemurniaan Laporan Kajian Tindakan

10.6 UJIAN POS

NAME : _____________________________________________________

YEAR 3 : _____________________________________________________

Write ‘fur’ or ‘hair’ for external features for each animals below.

1. 2.

__________________ __________________

3. 4.

__________________ __________________

5. 6.

__________________ __________________

7. 8.

__________________ __________________

9. 10.

__________________ __________________


Top Related