Download - Batik

Transcript

Sejarah perkembangan Batik

Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu.Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik dikawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai Batik Pelangi. Pada masaitu kain di import dari Thailand jenis Kain Pereir sementara itu warna dibuat sendiri denganmenggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru danhitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembanganBatik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalamtahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorangdari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu.Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakanteknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Alimembawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitumenggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin diciptaoleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. MohdYussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (WakilSyarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan HajiChe Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkanoleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakantekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadiidentiti baru dalam seni Batik


Top Related