Download - Bata Enterloking
KAJIAN PENGGUNAAN BATA ‘INTERLOCK’
Pengguaan bata interlock adalah pembinaan semakin meluas diketemui dalam projek
konversional, ia bagi menjimatkan masa pembinaan dan kos. Ia juga menjimatkan masa
pembinaan bata yang mempunyi fungsi – fungsi tertentu seperti kediaman menjadi
sejuk dan asli. Dalam penggunaan bata ‘interlock’ ini proses pemasangannya adalah
mudah dipasang dan mudah dilakukan.
Bahan – bahan membuat bata ‘interlocking’
Tanah merah dan tanah kelabu
Simen
Pasir
Air
1
Tanah merah dan tanah kelabu.
1. Tanah merah merupakan bahan utama untuk membuat bata interlocking.
Tanah merah yang digunakan untuk membuat bata interlocking dibeli
daripada kawasan yang mempunyai tanah merah yang berkualiti. Tannah
merah yang berkualiti dapat menghasilkan bata yang berkualiti.
2. Tanah kelabu yang digunakan untuk membuat bata interlocking di ambil di
tapak pembuatan bata. Bata interlocking baru di pasarkan dalam sektor
pembinaan. tanah kelabu ini dapat menghasilkan bata yang berkualiti.
Simen
Simen merupakan satu bahan yang digunakan dalam campuran binaan bagi bata
interlocking, simen adalah satu bahan pengikat untuk kekuatan bata yang di
hasilkan. Ia juga merupakan sejenis debu yang lembut, apabila di campurkan
dengan air akan menjadi keras.
Simen yang digunakan untuk membuat bata ialah simen castel biasa ini kerana
saya menyedari bahawa simen jenis paling banyak terdapat dalam pasaran dan
sesuai untuk kegunaan biasa. Simen ini diperakui dan menepati piawaian yang
telah ditetapakan oleh SIRIM.
2
Pasir
Pasir juga merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam campuran binaan
bata interlocking. Sebelum pasir digunakan pasir tersebut mestilah dalam
keadaan yang bersih supaya tiada campuran samapah semasa membuat bata
interlocking.
Air
Bahan yang digunakan untuk membuat bata tersebut. Air yang digunakan dalam
membuat bata ini adalah air bersih yang bebas dari sebarang kekotoran seperti
bahan terampai, bahan – bahan organik. Sumber air yang diperolehi dari paip –
paip yang disediakan.
3
1) Kaedah cara pembuatan bata tanah berkunci ‘interlock’ di Kota Bahru
Di kota bahru cara pembuatan Bata interlocking diperbuat dari tanah merah
belada, pasir, simen dan air. Proses bermula tanah yang diambil dari rantau panjang dan
tanah tersebut dalam keadaan lembap. Tanah tersebut mestilah dikeringkan dengan
menjemurkan tanah dan meracihkan atau pisahkan tanah supaya tidak dalam keadaan
lembap. Proses permulaan ialah masukan tanah kedalam misen pengisah bagi tanah
tersebut dalam keadaan penghalusan.
4
Selepas di kisah, tanah tersebut di masukkan ke dalam tong yang berukuran
18m, sebanyak lima tong dimasukkan ke dalam mesin pengaul, sementara mesin sedang
mengaul, pasir yang digunakan untuk membuat bata interlock ialah pasir sungai, pasir
pantai di masukkan ke dalam mesin pengaul ialah sebanyak lima tong yang berukuran
18m. pasir tidak perlu dikisar kerana pasir tersebut dalam keadaan halus. Dalam masa
yang sama simen digunakan dan dimasukkan sebanyak 50 kg, kemudian bahan yang
terakhir dimasukkan ialah air sebanyak 2 ½ atau 3 baldi.
Setiap bancuhan untuk membuat bata rasuk, bata dinding, bata tiang, bata sambung,
bata L, nisbah bancuhannya adalah sama. Setiap bancuhan dapat menghasilkan 55 atau
58 bijik bata.
5
Apabila kesemua bahan dicampurkan mesin tersebut digaul selama 5 minit atau 10
minit. Setelah selesai digaul bahan campuran akan di tuang ke dalam baldi seterusnya
ditimbang sebanyak 6 kilo dan dimasukkan ke dalam acuan. Setalah beberapa minit bata
tersebut di mampatkan dan di bentuk, bata tersebut di keluarkan. Ia menggunakan
secara ataumatik dan menggunakan secara menual.
6
Bata tanah berkunci ‘interlock’ di jemur selama tiga hari, tempat penjemuran
bata ‘interlock’adalah di dalam kawasan yang berhampiran dengan tempat bagi
membuat bata. Sekiranya cuaca dalam keadaan hujan bata – bata yang telah dijemur
tidak perlu dialihkan ke tempat yang lain.
Bata tanah berkunci ‘interlock’akan sentiasa di siram dengan air agar terpancar
kekemasan pada bata tanah berkunci ‘interlock’. Semakin lama bata dijemur ia akan
menjadi keras, bata ini disusun mengikut rak – rak yang disediakan. Bata ini disusun
mengikut jenis bata ‘interlock’.
7
Selepas bata dikeringkan bata tersebut di bungkus, mengikut jenis dan saiz bata
yang dikehendaki oleh klien. Kemudiaan bata tersebut di hantarkan kepada klien di
tapak binaan dengan menggunakan lori. Bata tersebut digunakan dalam keadaan
selamat.
8
Kelebihan menggunakan bata tanah liat berkunci ‘interlocking’
Terdapat beberapa kelebihan bata interlocking.
Menjimatkan kos pembinaan antara 15% - 20%.
Penjimatan penggunaan besi dan ‘formwork’.
Tidak perlu dilepa dan dicat. (skim koat sahaja jika perlu)
Laluan elektrik dan air tersedia (IBS &DIY)
Kediaman lebih sejuk dan asli.
Konsep mondular kemasan baik.
9
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN
KUALA TERENGGANU
(JABATAN TENAGA MANUSIA)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
TEKNOLOGI BINAAN
TAJUK LAPORAN : BATA ENTERLOCK
NAMA MUHD AMIRUL HAKAM BIN MUHAMAD PUADI
NDP 04111096SEMESTER SEMESTER 3
TARIKAH HANTAR 3 APRIL 2011NAMA PENGAJAR ENCIK AZIZUDDIN
MARKAH
10