Download - Bagaimana Bendera Malaysia Tercipta
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 1/6
T AG ARCHIVES: 3 1 OGOS 1 9 5 7
Malaysiaku Yang TercintaPosted on August 23, 2010
Salam Sekuntum Bunga Raya untuk semua.
Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang ke 53 tahun Suri nak raikan kemeriahan di
blog ini dengan bendera dan posting tentang kemerdekaan negara kita malaysia pada tanggal
31 Ogos 2010. Semoga titisan ilmu yang dilayarkan buat sahabat akan lebih bermakna lagi
pada tahun ini dan tahun- tahun akan datang jua. Jom kita hayati bacaan kemerdekaan ini
bersama-sama.
Kategori: Objek Warisan Katara
Butiran Warisan: Bunga Raya (Hibiscus Rosa-sinensis)
Latar belakang sejarah:
Pada peringkat awal sebanyak tujuh jenis bunga telah di dicadangkan untuk dipilih sebagai
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 2/6
bunga kebangsaan.
Bunga tersebut adalah bunga kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka, bunga tanjung dan
bunga raya.
Setelah proses pemilihan telah dijalankan Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga
Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika iaitu iaitu, TYM
Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.
Warna merah sebenarnya membawa maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat
keberanian dalam menempuh cabaran. Ia terus menjadi simbol kemegahan negara apabila ia
digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut
diterjemahkan pada wang kertas dan syiling Malaysia.
Bunga raya juga dipilih sebagai lambang kebanggaan berdasarkan kepada beberapa sifat
bunga raya yang unik. Bentuk lima kelopak yang terdapat pada Bunga Raya telah dikaitkan
dengan lima prinsip Rukun Negara di mana ia merupakan salah satu strategi untuk mencapai
perpaduan negara serta masyarakat yang adil dan saksama.
Diatas adalah gambar Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini
dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.
Berikut adalah surat lakaran bendera Malaysia dari Allahyarham Mohamed Hamzah.
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 3/6
-Buat pertama kalinya bendera Malaysia dinaikkan pada 31 Ogos 1957 di depan khalayak
umum.
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 4/6
-Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri melalaui Musyawarah
Kabinet pada tahun 1997.
-Pengumuman nama bendera bagi Jalur Gemilang telah diadakan pada tanggal 31 Ogos
1997, pada jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, di padang
Dataran Merdeka yang pada masa itu beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia.
-Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang yang
sama lebarnya, tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri:
1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Kerajaan Persekutuan
-Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur
merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
-Bahagian biru tua ini mengandungi anak bulan, tanda Agama Islam.
-Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
-Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja Melayu.
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 5/6
JALUR
Menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang
sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah
dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG
Bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang
kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara,
sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotis, gigih,
gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan
negara. Warna merah melambangkan gagah dan berani menghadapi cabaran. Warna putih
melambangkan keluhuran budi dan warna biru melambangkan rakyat yang bersatu padu dan
hidup rukun damai. Warna kuning pula melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan
negara.
Sumber:
http://www.daftarwarisan.gov.myhttp://geociti.es/CollegePar http://www.daftarwarisan.gov.my
eh, Suri rasa Suri macam study balik jer nih heee.. tengah siapkan portfolio ni nanti cikgu nak
semak
1 Malaysia Menjana Transformasi
Recommended Sites
9 Formula Pantas Seru Rezeki
Tips Anak Pintar
Posted in Fakta | Tagged 31 0gos 2010, 31 Ogos 1957, anak Malaysia, animasi bendera
7/24/13 31 Ogos 1957 | Cahaya Cinta
cahayacinta.com/tag/31-ogos-1957 6/6
Malaysia, Bendera Malaysia, bunga kebangsaan negara, BUNGA RAYA, flag
Malaysia, gambar bendera malaysia, HIBISCUS ROSA-SINENSIS, Jalur Gemilang,
jalur gemilang berkibar, jalur gemilang flag, loga bendera Malaysia, maksud jalur
gemilang, Malaysiaku Yang Tercinta, pencipta jalur gemilang, pereka jalur
gemilang, tanah tumpah negaraku, tanggal 31 Ogos, tarikh kemerdekaan Maaysia,
tentang bendera Malaysia, warna asas bendera Malaysia | 36 Replies