Transcript
Page 1: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

CABARAN TERHADAPHUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL

Page 2: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

KEADAAN MASYARAKAT MALAYSIA Malaysia negara yang mempunyai

pelbagai etnik atau masyarakat majmuk.Wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu.

Berdepan dengan u persoalan hubungan etnik dan cabarannya.

Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan.

Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami.

Page 3: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Masyarakat Sebelum Penjajahan

Sejarah awal Tanah Melayu memperlihatkan bahawa bangsa Melayu adalah penduduk asal di Nusantara.

Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu.

Kegemerlapan Kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu adalah bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.

- sebagai pusat perdagangan, bahasa Melayu sebagai lingua franca, penggunaaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu.

Page 4: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Masyarakat Semasa Penjajahan Menjelang tahun 1875, British menjajah

Tanah Melayu melalui dasar campurtangan.

mula menguasai kawasan yang mewah dengan sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan.

menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalanraya dan keretapi. Orang-orang India yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang perkeranian.

Page 5: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharan James Brooke sebagai Raja Sarawak. Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan, penanaman lada hitam, sagu, gambir dan getah.

Di Sabah pula orang Cina juga dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor peladangan seperti tembakau, getah, kayu balak dan perlombongan.

Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.

Page 6: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Masyarakat Majmuk di Malaysia

Kemasukan orang Cina dan India telah melahirkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti, kebudayaan dan adat resam masing-masing.

Page 7: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Pemisahan penempatan Melalui dasar-dasar British yang bersifat

”pecah dan Perintah” (divide and rule) orang Melayu kekal mewarisi kegiatan

nenek moyang mereka dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar.

Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar. Orang India bekerja di estet-estet dan

mereka juga menetap di situ. Perbezaan ruang dan fungsi ini

menyebabkan ketiga-tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum.

Page 8: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Politik kelahiran pelbagai parti politik untuk

menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-orang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka.

Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang Melayu), MCA, DAP, Gerakan (mewakili kaum Cina), dan MIC (mewakili kaum India).

Page 9: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Pendidikan setiap kaum di peringkat awalnya

mempunyai sekolah aliran tersendiri sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka.

Page 10: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Kesan daripada dasar British dalam bidang ekonomi, sosial dan politik

melahirkan satu interaksi yang tidak sihat antara kaum.

Dasar British yang tidak membangunkan sesuatu kawasan secara seimbang telah mewujudkan jurang pemisah antara satu kaum dengan kaum yang lain.

konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut:i. perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.ii. Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza.iii.prasangka dan prejudis yang menebal.iv.Keengganan anggota masyarakat membuka dunia sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing.v. Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

Page 11: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

PEMBINAAN JATI DIRI Pembinaan jati diri sepatutnya

mengambil kira semua elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia i. kedudukan agama Islam

ii. pluraliti masyarakat iii.kekuatan ekonomi kaum Cina

iv.kedudukan kaum-kaum minoriti yang lain.

Page 12: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Kedudukan Agama Islam Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi

mestilah dihormati kerasmiannya. Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan

diamalkan. Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta

orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.

Oleh kerana kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai Islam. Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Page 13: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Al-Qur’an menegaskan: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama

(Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (2:256)

Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang termulia antara kamu ialah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (49:13)

Page 14: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu boleh dikaitkan dengan hak-hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Per 153.

Walau bagaimanapun setiap rakyat adalah sama disisi undang-undang dengan setiap rakyat berhak untuk mengundi dalam pilihanraya.

pembinaan jatidiri juga harus mengambil kira faktor ketuanan Melayu ini.

kewujudan kaum-kaum besar yang lain seperti kaum Cina dan India harus juga diberikan perhatian dalam membina perhubungan yang sejahtera dalam negara Malaysia.

Kaum-kaum minoriti yang lain seperti Kadazan, Dusun, Iban dan lain juga tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk jatidiri rakyat Malaysia.

Page 15: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Ekonomi

Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah jelas berbanding dengan kaum yang lain.

Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya.

Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan.

Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.

Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

Page 16: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Kedudukan Bahasa Melayu

bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia

Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan.

Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka.

Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.

Page 17: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

CABARAN HUBUNGAN ETNIK

Pemisahan penempatan Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh

Kerajaan British. orang Melayu tinggal di luar bandar. kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam

perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.

Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan.

pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja.

melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum.

Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk berlaku.

Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja

Page 18: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Sistem pendidikan yang berasingan

Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas.

British membiarkan sistem pendidikan wujud empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru.

Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak

berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.

Page 19: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Politik Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik

yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka.

Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman.

Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing.

Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.

Page 20: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

EKONOMI Perbezaan pekerjaan Dasar British yang meletakan kaum

berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan.

Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal.

Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu.

Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan

orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-estet.

Page 21: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik

setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih

mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan.

Aspek yang perlu diberi perhatian-keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang

Page 22: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Cabaran intraetnik dan interetnik

Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya.

Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain.

Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat.

Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu -terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu-bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak

-fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.

Page 23: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS.

menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum.

kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik.

Page 24: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik mempunyai agama,

kebudayaan dan bahasa yang berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan

sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka.

Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.

Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Page 25: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

CABARAN GLOBALISASI Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana

perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.

Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat-proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi, politik dan social.

-penjajahan bentuk baru -menyelitkan unsur-unsur sosial seperti

kehidupan bebas dan budaya hedonisme. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat

tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden.

Page 26: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan.

Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi politik dunia.

Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka.

Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia

Page 27: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut.

Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi.

Page 28: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan.

Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya.

Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya.

Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan

setiap aspek perhubungan kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.

Page 29: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

kesan globalisasi Globalisasi merubah segala budaya

masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur.

Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik.

Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun.

Page 30: Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01

Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik.

Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.

Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah;

i kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain.

ii iii orang Melayu miskin kerana malas. iv Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu

sahaja.

vi kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan.

vii orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayu viii setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini adalah

disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina. ix orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak

mempunyai taat setia kepada negara ini.


Top Related