Transcript
  • BAB 2

    KONSEP & AMALAN PERAKAUNAN*

  • Prinsip Perakaunan Diterima Umum

    Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi.

    Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard

    Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh akauntan

    TUJUANMaklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan

    *

  • Andaian Perakaunan(i) Andaian Entiti Ekonomi atau Entiti Perniagaan atau Entiti Berasingan(ii) Andaian Usaha Berterusan(iii) Andaian Unit Kewangan(iv) Andaian Tempoh Perakaunan*

  • ENTITI BERASINGAN (SEPARATE ENTITY)

    Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza

    Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekodperniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untukkereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya.

    Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan.Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalahperbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya.

    *

  • USAHA BERTERUSAN (GOING CONCERN)

    Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukanTidak dibubarkan dalam jangka pendekMenilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan

    Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM 20,000 dengan anggaran jangkahayatnya selama10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM 25,000.Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut.

    *

  • Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep entiti berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM 20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan

    *

  • TEMPOH PERAKAUNAN(ACCOUNTING PERIOD)

    Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur

    Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2000.Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat.

    Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.

    *

  • PRINSIP-PRINSIP

    PERAKAUNAN

    *

  • *(I) Prinsip Keobjektifan(ii) Prinsip Kos sejarah(iii) Prinsip Pengiktirafan Hasil(iv) Prinsip Pemadanan(v) Prinsip Ketekalan(vi) Prinsip Pendedahan Penuh

  • PRINSIP KEOBJEKTIFAN (OBJECTIVITY)

    Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniagaTujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepatRekod boleh dipercayai benar dan tepat

    Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga kredit tiada sebarang dokumen diperlukan. Beri pendapat anda.

    *

  • Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep keobjektifan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu samada urusniaga tunai atau kredit. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat*

  • PRINSIP KOS SEJARAH (HISTORICAL COST)

    Aset direkod pada harga kos atau belianSebab objektif dan boleh dibuktikan

    Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan hargaRM20,000 pada 21 Ogos 2002. Harga pasaran meningkat kepada RM 25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa?

    Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM 20,000 , kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian

    *

  • PRINSIP PENGIKTIRAFAN HASILMemberi panduan dalam menentukan tempoh masa dan amaun hasil yang perlu direkodkanHasil perlu diiktiraf/direkod dalam tempoh ia diperolehKaedah yang diguna utk mengiktiraf hasilKaedah pada titik jualanKaedah peratusan siapKaedah ansuran*

  • PRINSIP KETEKALAN (CONSISTENCY)

    Kekalkan semua kaedah yang digunakanTujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lainLaporan itu adil dan dapat dipersembahkan

    Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilaisusutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua asettetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan, huraikan.

    *

  • Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya.

    *

  • PRINSIP PEMADANAN (MATCHING)

    Belanja direkod dalam tempoh perakaunan bagi perolehi hasil perniagaan.Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan

    Contoh: En AA mendapati perniagaannya akan mengalami kerugian. Maka beliau mengarahkan akauntan mengurangkan pelaporan perbelanjaan syarikat dengan mengurangkan pelaporan nilai belanja elektrik dan tidak melaporkan belanja susutnilai bagi tempoh tahun tersebut. Adakah akauntan perlu mematuhi arahannya, berikan pendapat anda.

    *

  • Penyelesaian: Tidak kerana bercanggah dengan konsep pemadanan. Pelaporan belanja elektrik dan belanja susutnilai adalah perbelanjaan yang berlaku dalam tahun kewangan tersebut dan ia berkaitan dengan hasil yang diperolehi dalam tempoh itu. Oleh itu perbelanjaan perlu dilaporkan bagi menunjukkan kedudukan kewangan sebenar syarikat

    *

  • PRINSIP PENDEDAHAN PENUH (FULL DISCLOSURE)

    Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi

    Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan.

    Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan.

    *

  • Kekangan PerakaunanKonsevatismeMaterialiti atau Kematerialan*

  • KONSERVATISMA (CONSERVATISM)

    Hasil & Untung perniagaan direkodkan jika ia benar-benar berlaku, jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.

    Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata

    Contoh: Perniagaan AA telah berkontrak dengan syarikat dari Mexico. Hasil daripada kontrak ini perniagaannya dijangka akan memperolehi keuntungan RM 1 juta. Pengarah syarikat mengarahkan akauntannya melaporkan keuntungan tersebut dalam penyata kewangan tempoh berkenaan. Wajarkah akauntan melaporkan keuntungan tersebut? Apa pendapat anda.

    .

    *

  • Penyelesaian: Akauntan tidak boleh melaporkan keuntungan tersebut kerana ianya belum berlaku dan hanya satu jangkaan. Tindakan ini menyalahi konsep konservatisma di mana keuntungan tidak boleh dilaporkan selagi tidak berlaku*

  • MATERIALITI (MATERIALITY)

    Dianggap material atau tidak dari segi nilainya (angka) jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan.Penentuan materialiti:-a) perlu buat bandinganb) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat

    Contoh: 2 peralatan telah dibeli pada harga RM 10 dan RM 10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda.

    *

  • Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM 10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM 10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun

    *

  • RUMUSAN

    Konsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garispanduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal.

    Konsep-konsep ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.

    *MENU

  • URUS NIAGA & PERSAMAAN PERAKAUNANUrus Niaga Perniagaan sebarang aktiviti ekonomi yang boleh diukur dlm bentuk kewangan antara 2 pihakPersamaan Perakaunan alat perakaunan yg paling asas digunakan utk menganalis & merekod urus niaga perniagaanSumber yang dimiliki (kiri) & tuntutan (kanan)*

  • PERSAMAAN PERAKAUNAN

    Tanpa Hasil Dan Belanja

    Mengambilkira Hasil Dan Belanja

    *

  • Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil dan Belanja

    ASET = LABILITI + EKUITI PEMILIK

    *

  • Contoh:-1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000

    Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah

    2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya

    Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang

    *ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiModal+1000+1000

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiAmbilan-100-100

  • 3. Perniagaan meminjam dengan En. Jj sebanyak RM 3,000 dan diberikan cek

    Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah

    4. Perniagaan membayar hutang RM 100 secara tunai

    Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang

    *ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiPinjaman+3000+3000

    ASET=LIABILITI+EKUITI

    TunaiPinjaman-100-100

  • Persamaan Perakaunan denganMengambilkira Hasil & Belanja

    ASET = LIABILITI + MODAL + HASIL - BELANJA*

  • Contoh:1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada AA Agensi bernilai RM 2,000

    Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah (Peningkatan HASIL)

    2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM 90

    Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang (Peningkatan BELANJA)

    *ASET=LIABILITI+EKUITI

    PenghutangJualan+2000+2000ASET=LIABILITI+EKUITI

    Bil telefonBelanja telefon+90-90

  • RUMUSANPersamaan Perakaunan adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan.

    Semua catatan urusniaga di dalam rekod-rekod perakaunan perlu mengekalkan keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.*MENU

  • Jenis-jenis Penyata KewanganPenyata PendapatanPenyata Ekuiti PemilikLembaran ImbanganPenyata Aliran Tunai*

  • Penyata PendapatanItem-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan.Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.*

  • Format Penyata Pendapatan bagi perniagaan tunggalXYZ EnterprisePenyata PendapatanBagi Bulan / Tahun Berakhir 31 Disember 20XXHasil :Hasil perkhidmatan RMXXXTolak: BelanjaBelanja gaji RMXXBelanja sewa XXBelanja bekalan XXBelanja utiliti XXBelanja pelbagai XXJumlah Belanja (XX)Untung /( Rugi Bersih) XX========*

  • Penyata Ekuiti PemilikUntuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan.Contoh:Penyata Ekuiti PemilikBagi Tahun Berakhir 30 Jun 2009Ekuiti Pemilik:Modal Saham40,000Pendapatan Tertahan36,760Jumlah ekuiti pemilik76,760*

  • XYZ EnterprisePenyata Ekuiti PemilikBagi Bulan / Tahun Berakhir 31 Disember 20XX

    Modal pemilik pada 1 Disember / 1 Januari RMXXXCampur : Pelaburan pemilik RMXXUntung bersih XX XX XXXTolak : Ambilan (XX)Modal pemilik 31 Disember XXX======*

  • Lembaran Imbangan (balance sheet)Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh.Menunjukkan sumber yang dimiliki oleh perniagaan, hutang perniagaan kpd entiti lain dan hak pemilik pada tarikh berkenaanDidalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.Dua bentuk lembaran imbangan, iaitu bentuk akaun dan bentuk penyata atau laporan

    *

  • Penyata Aliran TunaiMelaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.*

  • *XYZ EnterpriseLembaran Imbangan31 Disember 20XX

    AsetAset Semasa:Tunai RMXXAkaun belum terima XXBekalan XXBelanja prabayar XXJumlah aset semasa RMXX

    Aset Tetap:Tanah XXBangunan RM XXTolak: Susut nilai terkumpul (XX) XXPeralatan pejabat XXTolak: Susut nilai terkumpul (XX) XXJumlah aset tetap XXJumlah Aset XX======

  • *Liabiliti dan Ekuiti Pemilik

    Liabiliti Semasa:

    Akaun belum bayar RMXXNota belum bayar XXBelanja belum bayar XXJumlah liabiliti semasa RMXX

    Liabiliti Jangka panjang:Gadaijanji belum bayar XXBon belum bayar XXJumlah liabiliti jangka panjang XXJumlah Liabiliti XX

    Ekuiti PemilikModal Pemilik XX

    Jumlah Liabiliti dan Ekuiti Pemilik XX ======

  • PENYATA ALIRAN TUNAI*Melaporkan penerimaan dan pembayaran tunaiMelaporkan aliran tunaimasuk bersih dan alirantunai keluar bersih bagi setiapaktiviti perniagaansecara keseluruhan

  • Penyata Aliran TunaiBagi Tahun Berakhir 30 Jun 2009Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi:Tunai diterima untuk hasilxxTunai dibayar untuk belanjaxxxxAliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan:Belian asetxxJualan asetxxxxAliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan:Terbitan sahamxxBayaran dividenxxxxPertambahan dalam Tunai BersihxxBaki Tunai AwalxxBaki Tunai Akhirxx*

  • *Terima Kasih.

    ******


Top Related