Download - Bab 9 Ringkasan.ppt

Transcript
  • Bab 9 Ringkasan

  • Hasil Pembelajaran (Modul)Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:Memahami kepelbagaian pengalaman harian yang dapat menyatukan pelbagai etnik.Memelihara nilai kepelbagaian sebagai teras kesepaduan sosial.Memperkukuh jati diri melalui kepelbagaian pengalaman harian etnik.

  • Hasil Pembelajaran (Cadangan)Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:Memahami peranan makanan sebagai pengalaman harian yang membentuk kesepaduan sosial.Memahami peranan kesenian sebagai ruang untuk membentuk kesepaduan sosial.Memahami peranan media sebagai wadah yang membentuk kesepaduan sosial.

  • PengenalanMasyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza.Perlakuan saling kebergantungan ini menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakatHubungan baik yang terjalin biasanya berlaku tanpa paksaan. Pengalaman harian berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media.

  • Kepelbagaian Makanan EtnikPemangkin PerpaduanMemberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai.Nasi lemak- stereotaip telah diketepikanMi, sup, dim sum dan kuih pau- makanan etnik Cina digemari oleh etnik lainMakanan etnik India, Sabah dan Sarawak.

  • Makanan dan Ruang Sosialdalam Konteks Hubungan EtnikCara makan dan jenis makanan yang tidak boleh dimakan: ruang awam dan ruang bukan awam.Pembentukan kedua-dua ruang tersebut boleh memberi kesan tidak sihat ke atas hubungan antara etnik.Perlu pada penyesuaian

  • Ruang awam:Majlis perkahwinanJamuan hari rayaSajian daging lembu?Makanan halalBazar Ramadan

  • Ruang bukan awammakanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan.Contohnya, majlis aqiqah.

  • Kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang eksklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang lestari.

  • Kesenian Pelbagai Etnik dan Kesepaduan SosialKesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasildaripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan.Kedua, adalah kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan.

  • Contoh kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan.Lagu Pergi oleh AizatSini Ada HantuUpin dan Ipin

  • Contoh kesepaduan sosial yang boleh dilihat dalam produk seni berkenaan.Aci Aci Buka pintuHaiya Cik Siti

  • Chuah Thean Tengseorang pelukis keturunan etnik Cinamenggunakan corak batik dalam karya lukisanSubjek utama dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu.mendapat julukan sebagai Bapa Lukisan Batik Moden Malaysia.

  • Sam Karunaberketurunan etnik India Menghasilkan lukisan menggunakan corak batik yang popular dalam kalangan etnik Melayumemperkenalkan teknik dyetic sebagai suatu teknik yang terhasil daripada proses penyatuan antara teknik tradisonal dengan teknik baharu yang beliau cipta sendiri

  • mengajar teknik lukisan batik kepada pelajar beliau yang terdiri daripada pelbagai etnik Melayu, Cina, India, Jepun dan Eropah.

  • Media dan Kesepaduan SosialDatuk Seri Najib: ketelusan dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang bertanggungjawab. media amat penting dalam membina kredibiliti negara- masyarakat lebih terpengaruh dan memberi tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima.

  • Peranan media- cermin kepada masyarakat, alat perubahan, alat interaksi.Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan. Arus modenisasiIklan TM 1Malaysia-As One We Care menggambarkan situasi masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu antara satu sama lain.

  • Iklan 1Malaysia-As One We Care telah mengajar bagaimana semangat setia kawan terjalin menerusi jemputan daripada pelbagai etnik yang sama-sama meraikan sambutan hari lahir kanak-kanak India (Citra) dan kelihatan mereka begitu gembira bergaul antara satu sama lain.Iklan berteraskan kepaduan sosial sempena perayaan agama, contohnya iklan Petronas.

  • Filem-filem pendek dalam 15 Malaysia- Halal, Potong Saga, Chocolate, The Tree, House, The Son, Lumpur, Lollipop, One Future, Gerhana, Meter, Duit Kecil, Rojak, Slovak Sling dan Healthy Paranoia.Sumbangan Allahyarham Yasmin Ahmad dan Kartunis LatBola@mamak

  • Malaysia You Love Contest anjuran Malaysia Airlines yang bertujuan mencari idea kreatif orang ramai dalam menzahirkan keunikan Malaysia yang dianjurkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan.para peserta dikehendaki memuat naik imej yang mereka rasa dapat melambangkan Malaysia berserta keterangan gambar tersebut di Malaysia Airlines Facebook Fan.

  • Bagaimana ICT Membantu Memupuk Kesepaduan Sosialalat komunikasi seperti satelit, mesin faks, telefon, televisyen dan komputer disambungkan kepada sistem internet yang membolehkan maklumat disebarkan ke seluruh dunia dengan pantas.Penyediaan pelbagai menu internet seperti email, chatting, blog, facebook, twitter dan skype telah memberikan wadah baharu dalam membina hubungan sesama manusia merentasi sempadan etnik, agama, budaya dan negara.

  • Penggunaan telefon bimbit memudahkan lagi manusia mendapatkan maklumat melalui internet dengan hanya menekan hujung jari. Kemudahan Wifi memberikan ruang dan peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dan kerajaan, menyuarakan pendapat tentang kemajuan ekonomi, peluang pekerjaan, keselamatan dan sebagainya.

  • Dalam konteks kesepaduan sosial, peluang untuk meneroka, mencari, mengenali dan memahami maklumat tentang pelbagai etnik, agama dan budaya boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Keadaan ini membolehkan pengguna ICT memahami latar belakang sesuatu etnik dengan lebih dekat termasuk tentang kepercayaan, upacara keagamaan, dan perayaan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok etnik.

    *


Top Related