Download - Bab 3 obj 1 4013

Transcript
Page 1: Bab 3 obj 1 4013

117

BAB TIGA

KAEDAH KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk meninjau pandangan

pentadbir dan guru terhadap situasi konflik sebenar yang berlaku di peringkat

sekolah menengah. Data dan maklumat dikumpul melalui soal selidik untuk

menjawab soalan-soalan kajian yang berkaitan dengan situasi konflik, punca-punca

konflik, tahap konflik, resolusi konflik serta masalah-masalah pengurusan konflik

di sekolah menengah.

Bab ini akan menghuraikan reka bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian,

instrumen kajian, tatacara mentadbir soal-selidik untuk mendapatkan data, kajian

rintis serta kaedah menganalisis data kajian.

3.1 Reka Bentuk dan Prosidur Kajian

Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah

tinjauan, maka beberapa langkah penting telah dilakukan. Pertama, pengkaji

membuat jangkaan masalah-masalah yang bakal wujud seperti masalah tindakbalas

daripada responden dan masalah mentadbir soal selidik. Ini diikuti dengan langkah

pemilihan teknik persampelan dan strategi pengumpulan data yang sesuai melalui

sasaran populasi untuk menentukan saiz sampel yang diperlukan. Langkah ketiga

Page 2: Bab 3 obj 1 4013

118

ialah prosidur membina instrumen untuk mengumpul data. Instrumen kajian telah

diuji dan disemak sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Langkah

berikutnya ialah merencana dengan teliti tentang prosidur dan penentuan tarikh

untuk mentadbir instrumen dan menganalisis data.

3.2 Lokasi dan Sampel Kajian

Sasaran kajian ini meliputi pentadbir dan guru sekolah menengah di

Semenanjung Malaysia. Memandangkan bilangannya adalah terlalu ramai, kajian

ini mengendalikan persampelan pada tiga peringkat iaitu peringkat antara zon

sekolah, peringkat dalam zon sekolah dan peringkat dalam sekolah. Semenanjung

Malaysia terdiri daripada empat buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Barat

dan Zon Timur. Zon Utara terdiri daripada tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan

Pulau Pinang. Zon Selatan terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Zon Barat terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Zon

Timur terdiri daripada negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Pada peringkat persampelan antara zon sekolah, pengkaji menggunakan

kaedah persampelan strata-rawak untuk memilih sampel berkeberangkalian sekolah

menengah supaya terdapat wakil sekolah dari setiap zon. Ini merupakan ciri-ciri

strata dengan rawak. Berdasarkan kaedah persampelan strata pada Jadual 1, satu

negeri dari setiap kategori zon dipilih secara rawak bagi mewakili zon tersebut di

Semenanjung Malaysia. Empat buah negeri telah terpilih iaitu negeri Pulau Pinang

mewakili Zon Utara, negeri Melaka mewakili Zon Selatan, negeri Selangor

mewakili Zon Barat dan negeri Kelantan mewakili Zon Timur.

Page 3: Bab 3 obj 1 4013

119

Jadual 1: Kaedah Persampelan Strata Secara Rawak Mengikut Zon

di Semenanjung Malaysia

Zon Utara Zon Selatan Zon Barat Zon Timur Kedah Negeri Sembilan Perak Kelantan Perlis Melaka Selangor Terengganu

Pulau Pinang Johor Wilayah Persekutuan Pahang

Seterusnya pada peringkat persampelan dalam zon sekolah, pengkaji

mensampelkan sekolah di setiap buah negeri yang terpilih berdasarkan persampelan

strata berkadaran hampir sama. Persampelan strata berkadaran hampir sama

dijalankan untuk menunjukkan keempat-empat negeri adalah sama penting dan

negeri yang mempunyai lebih banyak sekolah dapat menyumbang lebih banyak

sekolah dalam sampel sekolah. Kadaran sekolah yang terpilih dari setiap buah

negeri adalah antara 13% dan 16.6% seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.

Berdasarkan Jadual 2, sampel sekolah dalam kajian ini melibatkan sebanyak

74 buah sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu 17 buah sekolah di negeri

Pulau Pinang yang mewakili Zon Utara, 11 buah sekolah menengah di Melaka yang

mewakili Zon Selatan, 17 buah sekolah menengah di Kelantan yang mewakili Zon

Timur dan 29 buah sekolah di Selangor yang mewakili Zon Barat.

Jadual 2: Pemilihan Sampel Sekolah Menengah untuk Empat Zon

Empat Zon Negeri yang

mewakili zon* Jumlah

Sekolah* Jumlah sekolah dalam kajian

Zon Utara Pulau Pinang 109 17 (15.5 %) Zon Selatan Melaka 66 11 (16.6 %) Zon Timur Kelantan 130 17 (13.1 %) Zon Tengah Selangor 237 29 (13.0 %)

JUMLAH 4 buah negeri 542 74 (13.7 %) *Sumber:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia

Page 4: Bab 3 obj 1 4013

120

Akhirnya, persampelan dalam sekolah dijalankan untuk memilih responden

kajian. Responden kajian yang terlibat dalam kajian ini adalah terbatas kepada guru

dan pentadbir sekolah. Responden pentadbir sekolah kajian ini adalah terdiri

daripada pengetua dan penolong kanan untuk kesemua 74 buah sekolah yang

terpilih. Manakala untuk responden guru, persampelan rawak mudah dijalankan

pada peringkat dalam sekolah untuk memilih 30 orang guru. Sepatutnya sampel

kajian ini melibatkan 30 orang guru dan dua orang pentadbir dari setiap sekolah

dalam setiap negeri yang mewakili setiap zon. Walau bagaimanapun, tidak semua

sampel kajian memulangkan soal-selidik kepada pengkaji seperti ditunjukkan dalam

Jadual 3. Sebanyak 94.4% daripada 2200 orang sampel guru dan 93.2% daripada

148 orang sampel pentadbir yang memulangkan soal selidik kepada pengkaji.

Justeru itu, kajian ini melibatkan seramai 2076 orang guru dan 138 orang pentadbir

sekolah menengah. Jumlah sampel guru dalam kajian ini merangkumi 470 orang

guru di negeri Pulau Pinang, 318 orang guru di negeri Melaka, 495 orang guru di

negeri Kelantan dan 793 orang guru di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang

menyumbangkan sebanyak 22.7%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak

15.3%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor

menyumbangkan sebanyak 38.2% daripada jumlah keseluruhan guru dalam kajian

ini. Jumlah sampel pentadbir dalam kajian merangkumi 32 orang pentadbir di

negeri Pulau Pinang, 21 orang pentadbir di negeri Melaka, 32 orang pentadbir di

negeri Kelantan dan 53 orang pentadbir di negeri Selangor. Negeri Pulau Pinang

menyumbangkan sebanyak 23.2%, negeri Melaka menyumbangkan sebanyak

15.2%, negeri Kelantan menyumbangkan sebanyak 23.8% dan negeri Selangor

Page 5: Bab 3 obj 1 4013

121

menyumbangkan sebanyak 38.4% daripada jumlah keseluruhan pentadbir dalam

kajian ini.

Jadual 3: Jumlah Sampel Kajian

Jumlah Sampel Guru Jumlah Sampel Pentadbir

Negeri Jumlah sekolah dalam kajian

Jumlah sampel guru yang

sepatut nya

Jumlahsampelguru

dalam kajian

Peratus sampel guru

dalam kajian

Peratus jumlah

keseluruhan guru

dalam kajian

Jumlah sampel

pentadbir yang

sepatutnya

Jumlah sampel

pentadbir dalam kajian

Peratus sampel

pentadbir dalam kajian

Peratus jumlah

keseluruhan pentadbir

dalam kajian

P.Pinang 17 500 470

94.0% 22.7% 34 32

94.1% 23.2%

Melaka 11 330 318

96.7% 15.3% 22 21

95.5% 15.2%

Kelantan 17 510 495

97.0% 23.8% 34 32

94.1% 23.2%

Selangor 29 860 793

92.2% 38.2% 58 53

91.4% 38.4%

Jumlah 74 2200 2076 94.4% 100% 148 138 93.2% 100%

Berdasarkan Jadual 4, dalam konteks lokasi sekolah, kajian ini melibatkan

sebanyak 33 buah sekolah di bandar dan 41 buah sekolah di luar bandar. Jumlah

sekolah-sekolah di bandar dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau

Pinang, 7 buah sekolah di negeri Melaka, 6 buah sekolah di negeri Kelantan dan 11

buah sekolah di negeri Selangor. Jumlah sekolah-sekolah di luar bandar dalam

kajian merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri

Melaka, 11 buah sekolah di negeri Kelantan dan 18 buah sekolah di negeri Selangor.

Manakala dalam konteks jenis sekolah, kajian ini melibatkan sebanyak 48

buah sekolah SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) dan 26 buah sekolah bukan

SMK (Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Agama, Sekolah Sukan, Sekolah

Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan). Jumlah sekolah SMK

dalam kajian merangkumi 9 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 7 buah sekolah di

Page 6: Bab 3 obj 1 4013

122

negeri Melaka, 12 buah sekolah di negeri Kelantan dan 20 buah sekolah di negeri

Selangor. Jumlah sekolah-sekolah menengah bukan SMK dalam kajian

merangkumi 8 buah sekolah di negeri Pulau Pinang, 4 buah sekolah di negeri

Melaka, 5 buah sekolah di negeri Kelantan dan 9 buah sekolah di negeri Selangor.

Kesemua sekolah menengah SMK dan sekolah menengah bukan SMK adalah

terletak di bandar dan juga di luar bandar.

Jadual 4: Jumlah Keseluruhan Sampel Kajian Konteks

Jawatan Konteks Kategori Konteks Lokasi

Negeri Jumlah Sekolah Dalam Kajian

Jumlah Sampel Guru

Jumlah Sampel

Pentadbir

Jumlah Sekolah Menengah

Kebangsaan

(mengikut negeri)

Jumlah Sekolah

Menengah Bukan Kebangsaan

(mengikut negeri)

Jumlah Sekolah Di

Bandar

(mengikutnegeri)

Jumlah Sekolah Di

Luar Bandar

(mengikutnegeri) P.Pinang 17 470 32 9 8 9 8 Melaka 11 318 21 7 4 7 4 Kelantan 17 495 32 12 5 6 11 Selangor 29 793 53 20 9 11 18 Jumlah 74 2076 138 48 26 33 41

3.3 Instrumen Kajian

Pembentukan item-item soal-selidik kajian adalah berdasarkan kepada hasil

bacaan buku rujukan, kajian-kajian tinjauan dan pengalaman-pengalaman guru dan

pentadbir di sekolah menengah. Permurnian instrumen soal-selidik telah melalui

proses penyemakan dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis

untuk menghasilkan instrumen kajian bagi tujuan untuk mengumpul data.

Walaupun instrumen soal-selidik berstruktur yang sama digunakan untuk

mngkaji pandangan pentadbir dan guru di peringkat sekolah menengah, namun

terdapat satu bahagian soal selidik yang berbentuk separa berstuktur khas untuk

Page 7: Bab 3 obj 1 4013

123

para pentadbir iaitu Bahagian G. Bahagian G dalam instrumen soal-selidik

bertujuan untuk mengkaji masalah dan pendekatan pengurusan konflik di sekolah.

Berdasarkan Rajah 5, terdapat tujuh bahagian dalam instrumen soal selidik.

Sasaran responden kajian untuk Bahagian A (latarbelakang responden); Bahagian B

(pandangan tentang konflik di sekolah); Bahagian C (faktor-faktor kewujudan

konflik); Bahagian D (tahap-tahap konflik); Bahagian E (gaya mengurus konflik)

dan Bahagian F (kesan-kesan konflik) adalah untuk pentadbir sekolah dan guru.

Manakala Bahagian G adalah khas untuk pentadbir sekolah sahaja iaitu berkaitan

dengan campurtangan pengetua dalam pengurusan konflik di sekolah.

Rajah 5 : Instrumen Soal Selidik untuk Pentadbir Sekolah dan Guru

BAHAGIAN KANDUNGAN INSTRUMEN SASARAN RESPONDEN Bahagian A Latar belakang responden dan sekolah Pentadbir dan guru Bahagian B Pandangan tentang konflik di.sekolah Pentadbir dan guru Bahagian C Faktor-faktor kewujudan konflik Pentadbir dan guru Bahagian D Tahap-tahap konflik Pentadbir dan guru Bahagian E Gaya mengurus konflik Pentadbir dan guru Bahagian F Kesan konflik Pentadbir dan guru Bahagian G Pendekatan untuk mengurus konflik Pentadbir

Instrumen kajian ini menggunakan skala ordinal yang dianggap selanjar.

Mengikut Baker (1999) dan Fraenkel (1996), skala ordinal kerap dianggap sebagai

variabel selanjar dalam pengukuran statistik dan dilihat sebagai skala ‘interval’.

3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden dan Sekolah

Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan data mengenai latar belakang

responden. Semua soalan yang terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan

responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Bahagian A terdiri daripada tiga

sub-bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai latar belakang responden.

Page 8: Bab 3 obj 1 4013

124

Bahagian ini mengandungi sembilan item yang bertujuan untuk mendapatkan

maklumat latar belakang responden yang meliputi jantina, bangsa, umur, kelulusan,

kelulusan ikhtisas, pengalaman bertugas di sekolah kajian, jawatan yang dipegang

di sekolah, opsyen mata pelajaran dan status perkahwinan. Bahagian kedua adalah

mengenai latar belakang sekolah yang merangkumi nama dan alamat sekolah, gred

sekolah dan jenis sekolah. Bahagian ketiga adalah mengenai penglibatan guru yang

mengandungi empat soalan yang terdiri daripada senarai tugas guru, jumlah

matapelajaran yang diajar oleh guru, jumlah kelas ganti dan jumlah jawatan ko-

kurikulum.

3.3.2 Bahagian B : Pandangan dan Gambaran tentang Konflik di Sekolah

Bahagian ini adalah mengenai pandangan dan gambaran responden tentang

konflik. Ia mengandungi lima soalan yang merupakan soalan pilihan. Kesemua

item soalan dalam bahagian ini direkabina sendiri oleh pengkaji.

Seterusnya bagi melihat persepsi pentadbir sekolah dan guru mengenai

faktor-faktor kewujudan konflik, tahap konflik, gaya konflik dan kesan konflik,

responden diminta menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala

likert.

3.3.3 Bahagian C: Faktor-faktor Kewujudan Konflik

Instrumen untuk faktor-faktor kewujudan konflik yang digunakan dalam

kajian ini telah direkabina sendiri oleh pengkaji memandangkan tajuk pengurusan

konflik dalam bidang pendidikan merupakan bidang penyelidikan yang agak baru di

negara ini dan belum diterokai secara meluas. Bahagian ini bertujuan untuk

Page 9: Bab 3 obj 1 4013

125

meninjau pandangan guru dan pentadbir sekolah tentang punca-punca yang

mendorong kepada kewujudan konflik berdasarkan pengalaman dan situasi konflik

yang sebenar di sekolah masing-masing. Mengikut model kajian ini, terdapat empat

jenis faktor utama yang mendorong kepada kewujudan konflik iaitu faktor

komunikasi, faktor struktural, faktor kebergantungan tugas dan faktor peribadi.

Kesemua faktor kewujudan konflik terkandung dalam 59 item yang telah ditentukan

kesahihan dan kebolehpercayaan daripada kajian rintis.

Pada asalnya, keempat-empat faktor kewujudan konflik dalam bahagian ini

mengandungi 82 item dengan koefisien alpha sebanyak 0.78. Pengkaji telah

mengeluarkan 23 item dari instrumen soal selidik setelah menjalani ujian korelasi

antara item melalui empat peringkat kajian rintis. Item-item dalam instrumen soal

selidik yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami, kurang jelas dan menunjukkan

nilai korelasi yang rendah dikeluarkan atau digugurkan dari instrumen soal selidik.

Pengkaji memastikan pengguguran item tidak menjejaskan konstruk validiti

instrumen kajian. Setelah pengguguran item dijalankan, item-item instrumen

didapati bersepadu atau ‘cohere’ dan lebih kukuh dengan nilai kebolehpercayaan

yang lebih tinggi. Kesan daripada pengguguran 23 item dari bahagian ini, bahagian

faktor-faktor kewujudan konflik mengandungi 59 item dengan nilai koefisien alpha

sebanyak 0.89 (Jadual D1 dan D2 di bahagian lampiran).

Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

5. Sangat selalu berlaku

4. Selalu berlaku

Page 10: Bab 3 obj 1 4013

126

3. Sekali-sekala berlaku

2. Kadang-kadang berlaku

1. Tidak pernah berlaku

3.3.3.1 Faktor Komunikasi

Bahagian faktor komunikasi mengandungi empat konstruk iaitu kesukaran

semantik, ketidaksefahaman, gangguan dalam saluran komunikasi dan

kepelbagaian maklumat tersembunyi. Keempat-empat konstruk itu terdiri daripada

16 item. Kesemua item tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.

Jadual 5 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor

komunikasi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 5, konstruk kesukaran semantik

mempunyai 4 item iaitu item nombor F1, F9, F20 dan F29 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidaksefahaman

mempunyai 4 item iaitu item nombor F4, F11, F23 dan F49 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ‘gangguan’ dalam

saluran komunikasi mengandungi 4 item iaitu item F31, F38, F52 dan F56 dengan

nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk kepelbagaian

matlumat yang tersembunyi mengandungi 4 item iaitu item F6, F14, F25 dan F55

dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Jadual 5: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Komunikasi

Item No. Item Nilai Alpha Kesukaran Semantik F1, F9, F20, F29 0.71 Ketidaksefahaman F4, F11, F23, F49 0.71 Gangguan dalam Saluran Komunikasi F31, F38, F52, F56 0.70 Kepelbagaian matlumat tersembunyi F6, F14, F25, F55 0.71

Page 11: Bab 3 obj 1 4013

127

3.3.3.2 Faktor Struktural

Bahagian faktor struktural terdiri daripada empat konstruk iaitu sistem

ganjaran, sumber yang terhad, bidang kuasa dan desakan kepada perubahan.

Kesemua konstruk faktor struktural terdiri daripada 16 item. Kesemua item

tersebut adalah direkabina sendiri oleh pengkaji.

Jadual 6 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat konstruk faktor

struktural yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 6, konstruk sistem ganjaran mengandungi

4 item iaitu item nombor F3, F8, F16 dan F24 dengan nilai kebolehpercayaan

koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk sumber yang terhad mengandungi 4 item

iaitu item nombor F10, F19, F47 dan F48 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien

alpha sebanyak 0.72. Konstruk bidang kuasa mengandungi 4 item iaitu item

nombor F7, F32, F37 dan F43 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha

sebanyak 0.73. Konstruk desakan kepada perubahan mengandungi 4 item iaitu

item nombor F13, F22, F28 dan F34 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha

sebanyak 0.71.

Jadual 6: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Struktural

Item No. Item Nilai Alpha

Sistem Ganjaran F3, F8, F16, F24 0.70 Sumber Yang Terhad F10, F19, F45, F46 0.72 Bidang Kuasa F7, F32, F37, F43 0.73 Desakan Kepada Perubahan F13, F22, F28, F34 0.71

3.3.3.3 Faktor Peribadi

Bahagian faktor peribadi mengandungi tiga konstruk iaitu ketidakserasian

nilai, ketidakserasian tingkahlaku dan ketidakserasian emosi. Kesemua konstruk

Page 12: Bab 3 obj 1 4013

128

faktor peribadi ini terdiri daripada 12 item. Item-item faktor peribadi ini direkabina

sendiri oleh pengkaji.

Jadual 7 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor

peribadi yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah menjalani ujian

korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 7, konstruk ketidakserasian nilai

mempunyai 4 item iaitu item nombor F33, F40, F54 dan F59 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70. Konstruk ketidakserasian emosi

mengandungi 4 item iaitu item nombor F17, F27, F35 dan F58 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Konstruk ketidakserasian

tingkahlaku mengandungi 4 item iaitu item nombor F15, F44, F47 dan F57 dengan

nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72.

Jadual 7: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Peribadi

Item No. Item Nilai Alpha Nilai F33, F40, F54, F59 0.70 Emosi F17, F27, F35, F58 0.71 Tingkahlaku F15, F44, F47, F57 0.72

3.3.3.4 Faktor Kebergantungan Tugas

Bahagian faktor kebergantungan tugas mengandungi tiga konstruk iaitu

pembuatan keputusan, perbezaan persepsi dan perbezaan matlamat. Kesemua

konstruk faktor kebergantungan tugas dalam kajian ini terdiri daripada 15 item.

Item-item faktor kebergantungan tugas direkabina sendiri oleh pengkaji.

Jadual 8 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk tiga konstruk faktor

kebergantungan tugas yang mendorong kepada kewujudan konflik setelah

menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 8, konstruk pembuatan

keputusan mengandungi 5 item iaitu item nombor F2, F18, F21, F26 dan F30

Page 13: Bab 3 obj 1 4013

129

dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan

persepsi mengandungi 5 item iaitu item nombor F39, F42, F48, F51 dan F53

dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.76. Konstruk perbezaan

matlamat mengandungi 5 item iaitu item nombor F5, F12, F36, F41 dan F50

dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.75.

Jadual 8: Taburan Item Mengikut Konstruk tentang Faktor Kebergantungan Tugas

Item No. Item Nilai Alpha

Pembuatan keputusan F2, F18, F21, F26, F30 0.76 Perbezaan persepsi F39, F42, F48, F51, F53 0.76 Perbezaan matlamat F5, F12, F36, F41, F50 0.75

3.3.4 Bahagian D: Tahap Konflik

Bahagian ini mengandungi 16 item yang mengambarkan empat jenis tahap

konflik iaitu tahap konflik terpendam, tahap konflik yang dinampak, tahap konflik

dirasai dan tahap konflik terbuka. Kesemua item tersebut dibina sendiri oleh

pengkaji dengan berpandu kepada model Pondy. Nilai kebolehpercayaan koefisien

alpha untuk bahagian tahap konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item

adalah sebanyak 0.73.

Jadual 9 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk empat jenis tahap

konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 9,

konstruk tahap konflik terpendam mengandungi empat item iaitu item nombor T1-

T4 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71. Tahap konflik

yang dinampak mengandungi empat item iaitu item nombor T5 - T8 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.73. Tahap konflik dirasai

Page 14: Bab 3 obj 1 4013

130

mengandungi empat item iaitu item nombor T9 - T12 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.72. Tahap konflik secara terbuka

mengandungi empat item iaitu item nombor T13 - T16 dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Jadual 9: Situasi Tahap-tahap Konflik (berdasarkan model Pondy)

Tahap konflik No. Item Nilai Alpha Konflik Terpendam Item T1 - T4 0.71 Konflik Dinampak Item T5 - T8 0.73 Konflik Dirasai Item T9 - T12 0.72 Konflik Terbuka Item T13 - T16 0.71

Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

5. Sangat selalu berlaku

4. Selalu berlaku

3. Sekali-sekala berlaku

2. Kadang-kadang berlaku

1. Tidak pernah berlaku

3.3.5 Bahagian E : Gaya Pengurusan Konflik

Bahagian E adalah mengenai gaya pengurusan konflik sekolah. Bahagian

ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir dan guru terhadap gaya

pengurusan konflik yang digunakan di peringkat sekolah menengah. Bahagian ini

merangkumi lima jenis gaya pengurusan konflik iaitu gaya integratif, gaya

mengelak, gaya menguasai, gaya menyesuai dan gaya berkompromi yang terdiri

daripada 28 item. Instrumen untuk gaya pengurusan konflik yang digunakan bagi

kajian ini telah dipinjam, diterjemah dan diadaptasi daripada soal selidik Rahim

Page 15: Bab 3 obj 1 4013

131

Organizational Conflict Inventory II (Rahim, 1983) mengikut kesesuaian soalan-

soalan kajian. Pengkaji telah memperolehi kebenaran untuk meminjam instrumen

daripada Profesor M. Azalur Rahim dari Youngstown State University, Amerika

Syarikat.

Soal-selidik ROC II telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa

Melayu oleh dua orang guru bahasa dari sekolah menengah. Kemudian soal-selidik

ROC II yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu diterjemahkan balik

semula ke dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah bahasa dari UITM.

Pengkaji membandingkan setiap item soal-selidik yang telah diterjemah dengan

soal selidik ROC II secara teliti dan terperinci. Kemudian pengkaji bersama-sama

dengan penyelia pengkaji mengubahsuai soal-selidik yang telah diterjemahkan

mengikut kesesuiaan konteks sekolah di negara ini . Penterjemahan dan adaptasi

soal-selidik gaya pengurusan konflik disemak oleh tiga orang ahli pakar dalam

bidang pengurusan iaitu dua orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia dan

seorang pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengkaji menjalankan

kajian rintis untuk mengkaji kebolehpercayaan soal-selidik ROC II. Ujian

Cronbach Alpha untuk keseluruhan gaya pengurusan konflik menunjukkan nilai

alpha sebanyak 0.72. Nilai kebolehpercayaan konsistensi dalaman juga adalah

stabil dan memuaskan bagi lima sub skala ROC II iaitu nilai koefisien alpha antara

0.70 hingga 0.78 (Integratif sebanyak 0.78, Mengelak sebanyak 0.75, Menguasai

sebanyak 0.71, Menyesuai sebanyak 0.77 dan Berkompromi sebanyak 0.70).

Tujuan pengkaji memilih instrumen Rahim Organizational Conflict (ROC)

Inventory II adalah kerana beberapa sebab yang kukuh. Secara amnya, terdapat

Page 16: Bab 3 obj 1 4013

132

empat jenis instrumen yang wujud untuk mengukur mod pengurusan konflik.

Instrumen-instrumen tersebut terdiri daripada instrumen oleh Blake dan Moulton

(1964), Hall (1969), Lawrence dan Lorsch (1967) dan Thomas dan Kilmann (1974).

Hasil kajian oleh Thomas dan Kilmann (1978, hlm.1142) menyimpulkan bahawa

nilai koefisien kebolehpercayaan ‘test-retest’ secara keseluruhan untuk empat

instrumen tersebut jatuh pada tahap ‘rendah hingga sederhana’ iaitu instrumen

Blake dan Moulton (1964) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.14

- 0.57, instrumen Hall (1969) menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari

0.41 - 0.66, instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) menunjukkan nilai koefisien

kebolehpercayaan dari 0.33 - 0.66 dan instrumen Thomas dan Kilmann (1974)

menunjukkan nilai koefisien kebolehpercayaan dari 0.61 - 0.68. Malahan, kajian

oleh Thomas dan Kilmann juga melaporkan bahawa nilai Cronbach alpha untuk

instrumen Hall (1969) adalah dari 0.39 - 0.73, nilai Cronbach alpha untuk

instrumen Lawrence dan Lorsch (1967) adalah dari 0.37 - 0.59 dan nilai Cronbach

alpha untuk instrumen Thomas dan Kilmann (1974) adalah dari 0.43 - 0.71. Nilai

alpha untuk instrumen Blake dan Moulton (1964) tidak dapat ditabulasikan

memandangkan instrumen tersebut mengandungi hanya satu item untuk mengukur

setiap mod pengurusan konflik. Selain itu, pengkaji memilih ROC II kerana

terdapat kajian-kajian yang menyokong kesahihan kriteria yang terdapat pada

instrumen tersebut (Rahim & Magner, 1995) seperti Keenan (1984), Lee (1990),

Levy (1989), Neff (1986), Persico (1986), Pilkington, Richardson & Utley (1988),

Ting-Toomey et al. (1991) dan Wardlaw, (1988).

Menurut Rahim, (1983):

Page 17: Bab 3 obj 1 4013

133

“Although factor analysis probably is the most powerful method of construct validiation, the four instruments did not provide evidence for the factorial independence of the five scales of conflict modes”.

Justeru itu, ROC II dikembangkan untuk mengukur lima gaya mengurus

konflik interpersonal. Berdasarkan kajian Rahim (1983), faktor analisis data dari

sampel 184,351 orang pelajar, 133 orang guru, 380 orang pengetua, 185 orang

pengurus hospital, 1219 orang eksekutif dan 38 orang pengurus mencerminkan

penggunaan lima dimensi utama gaya konflik. Ujian “test-retest” dan “internal

consistency reliability coefficients” bagi lima skala adalah memuaskan dengan nilai

koefisien alpha sebanyak 0.72 - 0.77. Tambahan lagi, mengikut Rahim (1983),

ROC II sesuai digunakan untuk asas-asas kajian, bidang penyelidikan pendidikan

dan juga mendiagnosiskan gaya pengurusan konflik interpersonal antara ahli-ahli

organisasi. Pengkaji tetap menjalankan kajian rintis untuk bahagian gaya

pengurusan konflik bagi menentukan nilai kebolehpercayaan walaupun telah

dipinjam daripada soal selidik ROC II yang telah diuji kebolehpercayaannya oleh

Rahim (1983). Ini adalah kerana terdapat perbezaan dalam konteks nilai dan

budaya antara negara barat dengan negara ini. Nilai kebolehpercayaan untuk

bahagian gaya pengurusan konflik menunjukkan koefisien alpha sebanyak 0.72

setelah kajian rintis dijalankan.

Jadual 10 menunjukkan nilai kebolehpercayaan untuk lima gaya pengurusan

konflik setelah menjalani ujian korelasi antara item. Berdasarkan Jadual 10,

konstruk gaya integratif mengandungi tujuh item iaitu item nombor G1, G4, G5,

G12, G22, G23 dan G28 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

0.78. Konstruk gaya mengelak mengandungi enam item iaitu item nombor G3, G6,

Page 18: Bab 3 obj 1 4013

134

G16, G17, G26 dan G27 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

0.75. Konstruk gaya menguasai mengandungi lima item iaitu item nombor G8, G9,

G18, G21 dan G25 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.71.

Konstruk gaya menyesuai mengandungi enam item iaitu item nombor G2, G10,

G11, G13, G19 dan G24 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak

0.77. Konstruk gaya berkompromi mengandungi empat item iaitu item nombor G7,

G14, G15 dan G20 dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.70.

Jadual 10: Taburan Item Mengikut Gaya Pengurusan Konflik

Gaya Pengurusan Konflik

Item-item Bil. Item

Nilai Alpha

Gaya Integratif G1, G4, G5, G12, G22, G23 dan G28 7 0.78 Gaya Mengelak G3, G6, G16, G17, G26 dan G27 6 0.75 Gaya Menguasai G8, G9, G18, G21 dan G25 5 0.71 Gaya Menyesuai G2, G10, G11, G13, G19 dan G24 6 0.77 Gaya Berkompromi G7, G14, G15 dan G20 4 0.70

Bahagian ini memerlukan responden kajian menandakan persepsi masing-

masing dalam lima tahap skala likert seperti yang berikut:

5. Sangat Setuju

4. Setuju

3. Kurang Setuju

2. Tidak Setuju

1. Sangat Tidak Setuju

3.3.6 Bahagian F : Kesan Konflik

Bahagian ini mengandungi 13 item yang menggambarkan kesan konflik

dengan nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.80. Kesemua item

tersebut direkabina sendiri oleh pengkaji. Bahagian ini memerlukan responden

Page 19: Bab 3 obj 1 4013

135

kajian menandakan persepsi masing-masing dalam lima tahap skala likert seperti

yang berikut:

5. Sangat Setuju

4. Setuju

3. Kurang Setuju

2. Tidak Setuju

1. Sangat Tidak Setuju

3.3.7 Bahagian G: Pendekatan Mengurus Konflik

Bahagian ini merupakan soalan separa berstruktur khas untuk pentadbir

sekolah sahaja. Bahagian ini bertujuan untuk meninjau pandangan pentadbir

sekolah tentang pendekatan yang diamalkan semasa mengurus konflik. Terdapat

14 soalan dalam bahagian ini. Kesemua soalan dalam bahagian ini adalah

direkabina sendiri oleh pengkaji. Soalan nombor 1 hingga nombor 5 adalah

berdasarkan kepada 12 pendekatan pengurusan konflik yang telah disenaraikan

oleh pengkaji dalam instrumen soal -selidik. Soalan pertama adalah berbentuk

skala likert dan item-item soal selidik adalah terdiri daripada 12 jenis pendekatan

mengurus konflik. Terdapat dua jenis skala likert iaitu skala tentang penggunaan

pendekatan pengurusan konflik dan skala tentang peratus kejayaan pengurusan

konflik.

Bahagian pendekatan pengurusan konflik mengandungi 12 item dengan

nilai kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.88. Manakala bahagian

kejayaan pendekatan pengurusan konflik juga mengandungi 12 item dengan nilai

kebolehpercayaan koefisien alpha sebanyak 0.87. Untuk skala penggunaan

Page 20: Bab 3 obj 1 4013

136

pendekatan pengurusan konflik, responden diminta membulatkan jawapan tentang

pendekatan pengurusan konflik yang biasa diamalkan di sekolah seperti berikut:

5. Selalu digunakan

4. Kerap digunakan

3. Sentiasa digunakan

2. Jarang digunakan

1. Tidak pernah digunakan

Manakala untuk skala tentang peratus kejayaan pengurusan konflik, responden

diminta membulatkan jawapan berdasarkan skala likert seperti di bawah:

5. pada sekitar 81 - 100 %

4. pada sekitar 61 - 80 %

3. pada sekitar 41 - 60 %

2. pada sekitar 21 - 40 %

1. pada tahap kurang dari 20%

Soalan nombor 7, 8, 10, 11, 12, 13 dan 14 berbentuk soalan pilihan yang

memerlukan responden menandakan (/) di ruangan yang sesuai. Manakala untuk

soalan nombor 2, 3, 4, 5, 6 dan 9 adalah berbentuk soalan mengisi tempat kosong

berdasarkan pengalaman responden di sekolah.

3.4 Kajian Rintis

Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap instrumen soal-selidik dengan

tujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen soal

selidik. Kebolehpercayaan merupakan satu tanda ukur yang menunjukkan

konsistensi di antara dua pengukuran terhadap perkara yang sama untuk

Page 21: Bab 3 obj 1 4013

137

membuktikan kewujudan varians daripada sampel yang diukur (Fraenkel, 1996 dan

Black, 1999). Kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah

stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama ditadbir berulangkali pada masa

yang berlainan (Baker, 1999, Creswell, 2005 dan Gay, 1996). Kebolehpercayaan

yang tinggi menunjukkan kesilapan varians yang minima dalam pengukuran

manakala kebolehpercayaan yang rendah boleh menghasilkan kesilapan yang besar

dalam pengukuran kerana ujian statistik tidak dapat mengesan perbezaan yang

sebenar apabila wujud perbezaan. Semakin tinggi tahap kebolehpercayaan,

semakin tinggi tahap keyakinan terhadap instrumen yang akan diuji. Nilai

koefisien kebolehpercayaan dikira untuk menentukan kualiti keseluruhan ujian

terhadap instrumen. Terdapat beberapa jenis koefisien kebolehpercayaan yang

dapat menghasilkan semakan kepada kualiti instrumen. Pengkaji menggunakan

koefisien alpha untuk menentukan kekonsistenan dalaman (internal consistency)

terhadap kebolehpercayaan instumen kajian.

Menurut Black, (1999: 272-273):

“ ... it is not possible to have a valid instrument that is not reliable: if it does not produce consistent result (it is unreliable) then those result cannot be measuring what they are supposed to measure (it is not valid)”

Sesuatu instrumen yang boleh dipercayai tetapi tidak sahih memang tidak

berguna kepada pengkaji kerana kajian tersebut hanya mengukur kebolehpercayaan

instrumen dan bukan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Oleh yang

demikian, kebolehpercayaan dan kesahihan pada instrumen kajian adalah sangat

penting dan saling lengkap-melengkapi demi untuk menghasilkan data-data yang

diperlukan bagi menjawab soalan-soalan kajian.

Page 22: Bab 3 obj 1 4013

138

Pengkaji telah menjalankan empat peringkat kajian rintis untuk

membuktikan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan.

Kesemua peringkat kajian rintis yang dijalankan tidak melibatkan sampel kajian

yang sebenar. Ujian ‘Cronbach’s coefficient alpha’ digunakan untuk menganalisis

data kajian rintis bagi menganggarkan kebolehpercayaan bagi setiap komponen

soalan dalam soal-selidik. Pengkaji juga menggunakan ujian korelasi antara item

untuk menentukan kebolehpercayaan setiap konstruk dalam soal selidik. Item-item

yang mempunyai nilai koefisien alpha yang rendah dikeluarkan daripada instrumen.

Had rendah nilai koefisien alpha untuk korelasi antara item dalam kajian ini adalah

0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi antara item di bahagian lampiran).

Soalan-soalan pada instrumen yang tidak berkaitan, sukar untuk difahami

dan salah diintepretasi oleh responden akan membawa kesan kepada

kebolehpercayaan yang rendah. Oleh yang demikian, semasa menganalisis kajian

rintis, pengkaji mengeluarkan item-item soalan yang tidak berkaitan, sukar untuk

difahami, kabur dan kurang stabil daripada instrumen soal selidik supaya dapat

meningkatkan kebolehpercayaan pada instrumen soal selidik.

3.4.1 Kajian Rintis Peringkat Pertama

Kajian rintis peringkat pertama dijalankan pada bulan Februari hingga Mac

tahun 2005 di salah sebuah sekolah di daerah Kluang di negeri Johor. Kajian ini

melibatkan tujuh belas orang guru iaitu enam orang guru pakar bahasa dan sebelas

orang guru biasa untuk menentukan kesahihan kajian. Tujuan kajian rintis pada

peringkat pertama adalah untuk mengenalpasti tempoh masa yang diambil oleh

Page 23: Bab 3 obj 1 4013

139

responden kajian untuk melengkapkan borang soal-selidik dan memastikan sama

ada kandungan dalam soal-selidik ini dapat difahami. Kajian rintis peringkat

permulaan juga bertujuan untuk memastikan item-item dalam soal-selidik tidak

mengandungi perkara-perkara yang boleh menyinggung sensitiviti mana-mana

pihak yang terlibat. Selain itu, kajian rintis peringkat ini juga bertujuan

mengenalpasti masalah dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen.

Responden kajian diminta untuk menyatakan sebarang kerumitan atau keraguan

dari soal selidik yang dijawab untuk memastikan kesahihan soal selidik yang

ditadbirkan. Masa yang diambil oleh responden kajian adalah dalam lingkungan

28-35 minit. Ini bermakna instrumen tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang

ditetapkan. Seterusnya, pengkaji duduk bersama-sama dengan guru-guru pakar

bahasa tersebut untuk mengenalpasti masalah yang terdapat pada item instrumen

dari segi bahasa dan pemahaman isi kandungan instrumen. Kesan daripada

pentadbiran instrumen dalam tahap kajian rintis pertama, beberapa item yang

bertindih dan yang mempunyai maksud konsep yang tidak jelas dikeluarkan

daripada instrumen. Selain daripada itu, pengkaji juga memperbaiki bahasa dan

semantik dari segi kesalahan ejaan, tipografi dan struktur ayat dalam instrumen

kajian. Setelah kajian rintis pertama telah dijalankan, pengkaji menyemak semula

instrumen kajian dengan penyelia pengkaji untuk memurnikan instrumen tersebut.

3.4.2 Kajian Rintis Peringkat Kedua

Setelah penyemakan setiap item instrumen dilaksanakan, peringkat kedua

kajian rintis dijalankan pada bulan April hinggan Jun tahun 2005 yang melibatkan

Page 24: Bab 3 obj 1 4013

140

30 orang guru sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor. Tujuan kajian

rintis pada peringkat kedua adalah untuk memastikan item-item dalam soal-selidik

ini dapat difahami oleh guru sekolah serta tidak mengandungi perkara-perkara yang

boleh menyinggung sensitiviti mana-mana pihak yang terlibat. Tujuannya juga

untuk menentukan kebolehpercayaan terhadap item-item soal selidik melalu

analisisi korelasi antara item. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis ini ialah

untuk memurnikan lagi soalan kajian dalam penyelidikan ini. Responden dalam

kajian rintis digalakkan untuk memberi teguran dan membuat komen serta

cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas

daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Kemudian tabulasi data dan

prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

Berdasarkan Jadual 11a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,

nilai koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor

konflik adalah sebanyak 0.79, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah

sebanyak 0.92, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.84 dan

Bahagian F tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.90. Untuk

mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan

data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk yang

terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 11b.

Tujuan pengkaji menjalankan ujian korelasi antara item ialah untuk melihat

hubung-kait antara item-item dalam setiap konstruk. Tujuan lain ialah memastikan

Page 25: Bab 3 obj 1 4013

141

tidak terdapat percanggahan nilai-nilai korelasi antara item dalam soal-selidik

kajian.

Jadual 11a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Kedua

Bahagian Instrumen Soal-selidik

Komponen Bil. Item

Pengguguran item

Sampel Alpha Sebelum

Pengguguran item

Alpha Selepas

Pengguguran item

Bahagian C Faktor Konflik 82 21 30 0.79 0.82 Bahagian D Tahap Konflik 17 1 30 0.92 0.94 Bahagian E Gaya Konflik 28 - 30 0.84 0.84 Bahagian F Kesan Konflik 14 1 30 0.90 0.94

Jadual 11b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Kedua

Bahagian Instrumen

Soal-selidik

Domain Item Bil. Item

Penggu-guran item

Sampel Alpha Sebelum Penggu-guran item

Alpha Selepas Penggu-guran item

Kesukaran Semantik 6 2 30 0.58 0.90 Ketidak Sefahaman 5 1 30 0.74 0.93 Gangguan Komunikasi 4 - 30 - 0.85

Komunikasi

Maklumat Tersembunyi 4 - 30 - 0.89 Membuat Keputusan 7 2 30 0.79 0.96 Perbezaan Persepsi 8 3 30 0.74 0.89

Kebergantungan tugas Perbezaan Matlamat 11 6 30 0.72 0.90

Sistem Ganjaran 6 1 30 0.81 0.86 Sumber Terhad 6 2 30 0.79 0.91 Bidang Kuasa 5 - 30 - 0.94

Struktur Organisasi

Desakan Perubahan 5 1 30 0.83 0.86 Nilai 4 - 30 0.87 Emosi 6 2 30 0.68 0.96

Bahagian C

Peribadi

Tingkahlaku 5 1 30 0.67 0.86 Konflik terpendam 4 - 30 - 0.84 Konflik dinampak 4 - 30 - 0.81 Konflik dirasai 4 - 30 - 0.83

Bahagian D Tahap Konflik

Konflik terbuka 5 1 30 0.80 0.82 Gaya integratif 7 - 30 - 0.89 Gaya mengelak 6 - 30 - 0.92 Gaya menguasai 5 - 30 - 0.90 Gaya menyesuai 6 - 30 - 0.92

Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik

Gaya berkompromi 4 - 30 - 0.88 Bahagian F Kesan konflik 14 1 30 0.94 0.94

Page 26: Bab 3 obj 1 4013

142

Berdasarkan Jadual 11b, kesan daripada pengguguran beberapa item yang

mempunyai nilai korelasi yang terendah telah meningkatkan nilai alpha untuk

konstruk dan komponen dalam soal-selidik. Pengkaji telah menggugurkan 21 item

yang mempunyai nilai alpha yang rendah dari Bahagian C tentang faktor konflik

semasa menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran 21

item, nilai koefisien alpha telah meningkat dari 0.79 kepada 0.82. Manakala bagi

Bahagian D tentang tahap konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item yang

menunjukkan koefisien alpha yang terendah dari instrumen soal selidik semasa

menjalankan ujian korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut

telah meningkatkan koefisien alpha dari 0.92 kepada 0.94.

Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian E tentang gaya

mengurus konflik kerana bahagian tersebut dipinjam daripada instrumen ROC II.

Setelah kajian rintis dijalankan, bahagian gaya mengurus konflik menunjukkan

tahap kebolehpercayaaan yang tinggi iaitu nilai alpha sebanyak 0.84. Manakala

bagi Bahagian F tentang kesan konflik, pengkaji telah menggugurkan satu item

yang mempunyai alpha yang rendah dari instrumen semasa menjalankan ujian

korelasi antara item. Kesan daripada pengguguran item tersebut telah

meningkatkan koefisien alpha dari 0.90 kepada 0.95.

3.4.3 Kajian Rintis Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga kajian rintis dijalankan pada bulan Ogos hingga September

tahun 2005 di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang di negeri Johor.

Sasaran kajian rintis peringkat ketiga adalah hanya bertumpu kepada pentadbir

Page 27: Bab 3 obj 1 4013

143

sekolah sahaja. Kajian rintis ini melibatkan 16 orang pentadbir sekolah yang

merangkumi pengetua-pengetua, guru-guru penolong kanan, penyelia petang dan

guru-guru bidang. Tujuan kajian rintis pada peringkat ketiga adalah untuk

memastikan pentadbir sekolah memahami item-item dalam Bahagian G yang

berbentuk separa berstruktur. Selain itu, tujuan melakukan kajian rintis peringkat

ketiga adalah untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahihan bagi Bahagian G

(Pendekatan Pengurusan Konflik dan Kejayaan Pengurusan Konflik) dan juga

Bahagian C, D, E dan F yang telah melalui pindaan semasa kajian rintis peringkat

pertama dan kedua. Pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat komen dan

cadangan berkaitan dengan item yang terdapat dalam instrumen. Maklumbalas

daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi, tabulasi data

dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

Berdasarkan Jadual 12a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Setelah kajian rintis dijalankan,

koefisien alpha untuk soal-selidik pada Bahagian C tentang faktor-faktor konflik

adalah sebanyak 0.77, Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak

0.84, Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.82 dan Bahagian F

tentang kesan-kesan konflik adalah sebanyak 0.93.

Page 28: Bab 3 obj 1 4013

144

Jadual 12a: Analisis Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Ketiga

Bahagian Soal-selidik

Komponen Bil. Item

Item Digugurkan

Sampel Nilai Alpha

Bahagian C Faktor Konflik 61 Tiada 16 0.77 Bahagian D Tahap Konflik 16 Tiada 16 0.84 Bahagian E Gaya Konflik 28 Tiada 16 0.82 Bahagian F Kesan Konflik 13 Tiada 16 0.93

Jadual 12b: Analisis Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Ketiga

Bahagian

Instrumen Soal-selidik

Domain Item Bil. Item

Sampel Alpha

Kesukaran Semantik 4 16 0.76 Ketidak Sefahaman 4 16 0.87 Gangguan Komunikasi 4 16 0.83

Komunikasi

Maklumat Tersembunyi 4 16 0.76 Membuat Keputusan 5 16 0.94 Perbezaan Persepsi 5 16 0.91

Kebergantun-gan tugas

Perbezaan Matlamat 5 16 0.89

Sistem Ganjaran 5 16 0.87 Sumber Terhad 4 16 0.96 Bidang Kuasa 5 16 0.86

Struktur Organisasi

Desakan Perubahan 4 16 0.93 Nilai 4 16 0.88 Emosi 4 16 0.94

Bahagian C

Peribadi

Tingkahlaku 4 16 0.83 Konflik terpendam 4 16 0.81 Konflik dinampak 4 16 0.75 Konflik dirasai 4 16 0.85

Bahagian D Tahap Konflik

Konflik terbuka 4 16 0.83 Gaya integratif 7 16 0.89 Gaya mengelak 6 16 0.89 Gaya menguasai 5 16 0.93 Gaya menyesuai 6 16 0.93

Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik

Gaya berkompromi 4 16 0.89 Bahagian F Kesan konflik 13 16 0.93

Pendekatan Pengurusan Konflik Pengguguran 6 item

16 10

16 16

0.82 0.94

Bahagian G

Kejayaan Pengurusan Konflik Pengguguran 6 item

16 10

16 16

0.89 0.94

Page 29: Bab 3 obj 1 4013

145

Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang lebih kukuh, pengkaji

mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua

konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang ditunjukkan dalam

Jadual 12b. Pengkaji tidak menggugurkan sebarang item dari soal-selidik untuk

bahagian C, D, E, dan F dalam peringkat kajian rintis yang ketiga setelah

menjalankan ujian korelasi antara item bagi semua konstruk kerana nilai korelasi

untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35. Walau bagaimanapun, berdasarkan

Jadual 12b, pengkaji menggugurkan enam item untuk komponen pendekatan

pengurusan konflik dan enam item untuk komponen kejayaan pengurusan konflik

di bahagian G kerana item-item tersebut menunjukkan nilai korelasi yang negatif.

Kesan daripada pengguguran item-item untuk Bahagian G, nilai koefisien alpha

telah meningkat dari 0.82 kepada 0.94 untuk komponen pendekatan pengurusan

konflik dan 0.89 kepada 0.94 untuk komponen kejayaan pengurusan konflik

3.4.4 Penyemakan dan Pengesahan Instrumen Melalui Ahli Pakar

Sebagai memenuhi prosidur menentusahkan instrumen, pengkaji telah

mendapatkan pandangan tiga orang panel pakar dari Fakulti Pendidikan yang mahir

dalam bidang pengurusan iaitu Profesor Dr. Sharifah Mohd. Nor dan Profesor

Madya Dr. Petri Zabariah Megat Abdul Rahman dari Universiti Putra Malaysia

serta Dr. Haji Mohammed Sani b. Hj. Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Proses penyemakan dan pengesahan instrumen melalui ahli pakar dijalankan dalam

tiga pusingan. Pusingan pertama adalah meminta jasa baik ahli pakar untuk

memberi pandangan dan menyemak instrumen soal-selidik kajian yang telah

melalui tiga peringkat kajian rintis. Setelah memperolehi balik maklumbalas

Page 30: Bab 3 obj 1 4013

146

daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji kemudian berbincang dengan

kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian terhadap instrumen. Kemudian

pengkaji menghantar instrumen yang telah dipinda dan diubahsuai kepada ahli

panel pakar untuk mendapatkan penyemakan semula secara mendalam. Setelah

memperolehi balik maklumbalas daripada ketiga-tiga orang panel pakar, pengkaji

kemudian berbincang dengan kedua-dua orang penyelia untuk tujuan permurnian

terhadap instrumen. Kemudian pengkaji menjalankan kajian rintis peringkat yang

keempat dengan tujuan menguji sekali lagi kebolehpercayaan soal-selidik yang

telah dimurnikan. Kajian rintis peringkat yang keempat ini dijalankan di seluruh

negeri Johor yang merangkumi semua daerah di negeri Johor. Setelah

memperolehi dapatan kajian rintis, beberapa item digugurkan untuk meningkatkan

nilai alpha bagi komponen item dalam soal-selidik. Kemudian pengkaji

menghantar instrumen yang telah dimurnikan dan borang semakan semula pindaan

kandungan instrumen kepada tiga orang panel pakar untuk menentusahkan semula

instrumen yang telah dimurnikan.

3.4.5 Kajian Rintis Peringkat Keempat

Peringkat keempat kajian rintis dijalankan pada bulan Januari tahun 2006

yang melibatkan 19 buah sekolah di sembilan buah daerah (Kluang, Batu Pahat,

Johor Bahru, Kulai, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat) di negeri Johor. Kajian

rintis ini melibatkan 400 orang sampel yang terdiri daripada 364 orang guru dan 36

orang pentadbir sekolah menengah. Tujuan kajian rintis pada peringkat keempat

adalah untuk menguji kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dimurnikan melalui

penyemakan ahli-ahli pakar dan perbincangan dengan dua orang penyelia pengkaji.

Page 31: Bab 3 obj 1 4013

147

Maklumbalas daripada kajian rintis disemak uji secara komprehensif. Sekali lagi,

tabulasi data dan prosidur analisis diaplikasikan dalam data pra-ujian.

Berdasarkan Jadual 13a di halaman sebelah, pengiraan Cronbach alpha

digunakan untuk menghasilkan koefisien kebolehpercayaan bagi menentukan tahap

kekonsistenan dalaman bagi instrumen kajian. Nilai koefisien alpha untuk soal-

selidik bagi Bahagian C tentang faktor-faktor konflik adalah sebanyak 0.89 setelah

menjalankan ujian analisis bagi kajian rintis peringkat keempat. Manakala nilai

koefisien alpha untuk Bahagian D tentang tahap-tahap konflik adalah sebanyak 0.73,

Bahagian E tentang gaya konflik adalah sebanyak 0.72, Bahagian F tentang kesan-

kesan konflik adalah sebanyak 0.80 dan Bahagian G tentang pendekatan

pengurusan konflik adalah sebanyak 0.88 dan kejayaan pendekatan pengurusan

konflik adalah sebanyak 0.87. Untuk mendapatkan anggaran koefisien alpha yang

lebih kukuh, pengkaji mentabulasikan data dengan menjalankan ujian korelasi

antara item bagi semua konstruk yang terdapat dalam soal selidik sepertimana yang

ditunjukkan dalam Jadual 13b. Pengkaji telah menggugurkan dua item dari

Bahagian C tentang faktor konflik semasa menjalankan ujian korelasi antara item.

Nilai koefisien alpha masih kekal pada 0.89 kesan daripada pengguguran dua item

dari komponen faktor konflik dalam Bahagian C. Walau bagaimanapun, pengkaji

tidak menggugurkan sebarang item dari Bahagian D, E dan F dalam peringkat

kajian rintis yang keempat kerana nilai korelasi dalam ujian korelasi antara item

untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.35 (Jadual D1 dan D2 dan ujian korelasi

antara item di bahagian lampiran).

Page 32: Bab 3 obj 1 4013

148

Jadual 13a: Ujian Cronbach Alpha untuk Kajian Rintis Keempat

Bahagian Instrumen Soal-selidik

Komponen Bil. Item

Penggu-guran item

Sampel Alpha Sebelum

Pengguguran item

Alpha Selepas Pengguguran

item

Bahagian C Faktor Konflik 61 2 400 0.89 0.89 Bahagian D Tahap Konflik 16 - 400 - 0.73 Bahagian E Gaya Konflik 28 - 400 - 0.72 Bahagian F Kesan Konflik 13 - 400 - 0.80

Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88 Bahagian G Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87

Jadual 13b: Ujian Korelasi antara Item untuk Kajian Rintis Keempat

Bahagian Instrume Soal-selidik

Domain Korelasi Antara Item Bil. Item

Penggu-guran item

Sampel Alpha Sebelum Penggu-guran item

Alpha Selepas Penggu-guran item

Kesukaran Semantik 4 - 400 - 0.71 Ketidak Sefahaman 4 - 400 - 0.71 Gangguan Komunikasi 4 - 400 - 0.70

Komunikasi

Maklumat Tersembunyi 4 - 400 - 0.71 Membuat Keputusan 5 - 400 - 0.76 Perbezaan Persepsi 5 - 400 - 0.76

Kebergantungan tugas Perbezaan Matlamat 5 - 400 - 0.75

Sistem Ganjaran 5 1 400 0.78 0.70 Sumber Terhad 4 - 400 - 0.72 Bidang Kuasa 5 1 400 0.59 0.73

Struktur Organisasi

Desakan Perubahan 4 - 400 - 0.71 Nilai 4 - 400 - 0.70 Emosi 4 - 400 - 0.71

Bahagian C

Peribadi

Tingkahlaku 4 - 400 - 0.72 Konflik terpendam 4 - 400 - 0.71 Konflik dinampak 4 - 400 - 0.73 Konflik dirasai 4 - 400 - 0.72

Bahagian D Tahap Konflik

Konflik terbuka 4 - 400 - 0.71 Gaya integratif 7 - 400 - 0.78 Gaya mengelak 6 - 400 - 0.75 Gaya menguasai 5 - 400 - 0.71 Gaya menyesuai 6 - 400 - 0.77

Bahagian E Gaya Pengurusan Konflik

Gaya berkompromi 4 - 400 - 0.70 Bahagian F Kesan konflik 13 - 400 - 0.80

Pendekatan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.88 Bahagian G Kejayaan Pengurusan Konflik 12 - 36 - 0.87

Page 33: Bab 3 obj 1 4013

149

Permurnian instrumen soal-selidik yang telah melalui proses penyemakan

dan pengesahan ahli pakar serta empat peringkat kajian rintis telah menghasilkan

instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data

3.5 Pentadbiran Instrumen Soal Selidik

3.5.1 Cara Mentadbir Instrumen Soal Selidik

Kajian ini hanya dijalankan setelah pengkaji memperolehi kebenaran

daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) di

Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD). Setelah memperolehi kebenaran daripada pihak berkuasa, pengkaji

menghantar surat rasmi yang mengandungi tujuan dan signifikan kajian kepada

sekolah-sekolah kajian untuk meminta kebenaran daripada pengetua bagi

menjalankan kajian di sekolah mereka. Kajian ini dijalankan setelah mendapat

persetujuan dan kebenaran daripada pengetua-pengetua sekolah berkenaan.

Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu dengan pergi sendiri ke sekolah-sekolah

kajian dan menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik

kajian.

Prosidur melawat ke sekolah-sekolah kajian untuk mentadbir borang soal-

selidik ini dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah yang terletak di bandar.

Semasa melawat ke sekolah-sekolah kajian, pengkaji berjumpa dengan pengetua

sekolah untuk menerangkan sekali lagi tujuan dan signifikan kajian yang dijalankan.

Ada kalanya, pengkaji diarahkan oleh pengetua untuk berjumpa dengan kaunselor

ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk mentadbir borang soal-selidik kajian.

Page 34: Bab 3 obj 1 4013

150

Pengkaji menjalankan prosidur mentadbir instrumen soal-selidik berstruktur

dengan menyerahkan borang soal-selidik kepada guru-guru dan pentadbir sekolah.

melalui bantuan kaunselor. Pengkaji memberi taklimat ringkas kepada responden

tentang latarbelakang diri pengkaji serta tujuan dan signifikan kajian ini dijalankan.

Pengkaji juga memberi sebab-sebab yang kukuh untuk responden bekerjasama

dengan menerangkan kepada mereka tentang sifat neutral pengkaji di dalam

mengenalpasti cara mereka menyelesaikan konflik di sekolah. Selain itu, pengkaji

juga menyatakan kepada pihak responden bahawa tujuan sebenar kajian ini

dijalankan adalah bukan untuk menilai pihak responden tetapi untuk kajian semata-

mata sahaja dan segala maklumat yang didedahkan kepada pengkaji adalah

dirahsiakan. Pengkaji memastikan kerahsiaan responden melalui kaedah

‘ketanpanamaan’ (“anonymity”) dalam borang soal-selidik untuk mengelakkan

sensitiviti responden tentang konflik di sekolah. Seterusnya, pengkaji berada

bersama-sama dengan responden kajian selama setengah jam untuk memberi

penerangan yang jelas mengikut peringkat demi peringkat mengenai cara

pengendalian borang soal-selidik supaya responden dapat memahami kehendak

kajian.

Guru-guru dan pentadbir digalakkan supaya menanya pengkaji untuk

menerangkan mana-mana item yang kurang difahami. Respon guru-guru dan

pentadbir sekolah terhadap borang soal-selidik ini dibuat secara berperingkat-

peringkat mengikut bahagian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pihak

pentadbir sekolah diberi masa tambahan sebanyak satu jam untuk menjawab

borang soal-selidik separa berstruktur tentang campurtangan mereka dalam

Page 35: Bab 3 obj 1 4013

151

pengurusan konflik. Pada masa yang sama, pengkaji mengedarkan kertas lampiran

kepada pentadbir untuk dijadikan panduan bagi menjawab soal-selidik separa

berstruktur. Kertas lampiran yang diedarkan mengandungi huraian terperinci

tentang 12 pendekatan pengurusan konflik yang berfungsi sebagai rujukan untuk

menjawab soalan separa berstruktur. Selepas itu, pengkaji mengumpul balik

borang soal-selidik dengan bantuan Guru Penolong Kanan 1. Kemudian pengkaji

meminta jasa baik pengetua ataupun Guru Penolong Kanan 1 untuk melengkapkan

borang pengesahan menjalani kajian dengan menandatangani borang tersebut.

Selain daripada melawat ke sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian,

pengkaji juga menggunakan kemudahan pos untuk mentadbir borang soal-selidik

memandangkan kajian ini melibatkan lebih kurang 80 buah sekolah yang lokasinya

berselerak di bandar dan luar bandar di empat buah negeri. Pengkaji menggunakan

kemudahan pos untuk mentadbir soal-selidik di kebanyakan sekolah-sekolah yang

terletak di pedalaman ataupun di luar bandar. Prosidur mentadbir borang soal-

selidik melalui kemudahan pos dijalankan dengan menghantar bungkusan yang

mengandungi 32 set borang soal-selidik kajian disertai dengan surat lampiran yang

menerangkan tujuan kajian, cara mentadbir soal-selidik serta rujukan lampiran

untuk menjawab bahagian separa berstruktur kepada sekolah-sekolah yang terlibat

dalam kajian melalui surat berdaftar. Kemudian pengkaji membuat panggilan terus

berulangkali kepada pengetua sekolah untuk memastikan soal-selidik telah ditadbir

dan dihantar balik kepada pengkaji. Tempoh mentadbir soal-selidik dan

mendapatkan semula soal-selidik kajian dengan menggunakan kemudahan pos

melibatkan masa dua hingga tiga minggu. Setelah memperolehi balik borang soal-

Page 36: Bab 3 obj 1 4013

152

selidik yang telah ditadbir, pengkaji menghantar surat terima kasih kepada

pengetua sekolah atas kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian di

sekolah-sekolah berkenaan.

3.5.2 Masalah Pentadbiran Instrumen Soal-selidik

Pengkaji menghadapi pelbagai masalah semasa mentadbir soal-selidik sama

ada dengan pergi sendiri ke sekolah kajian ataupun dengan menggunakan

kemudahan pos. Masalah utama yang dihadapi oleh pengkaji ialah kurang

kerjasama daripada pihak pentadbir semasa mentadbir soal-selidik di sekolah kajian

walaupun pengkaji menunjukkan surat kebenaran EPRD dan JPN kepada pihak

pentadbir. Terdapat pentadbir-pentadbir sekolah yang menyerahkan seluruh

pentadbiran instrumen kepada guru kaunseling dan mengarahkan pengkaji datang

semula ke sekolah pada hari kemudian untuk mendapatkan balik borang soal-

selidik dengan alasan bahawa guru-guru sibuk mengajar. Masalah lain yang

dihadapi oleh pengkaji ialah terdapat segelintir pengetua yang tidak diberitahu

langsung tentang penerimaan borang soal-selidik melalui pos kerana menghadiri

kursus di tempat lain. Akibat daripada itu, terdapat sekolah-sekolah yang

menghilangkan borang soal-selidik sementara menunggu kepulangan pengetua ke

sekolah. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa mengirim sekali lagi borang soal-

selidik kepada sekolah-sekolah berkenaan dan ini menyebabkan masa pentadbiran

borang soal-selidik terpaksa dilanjutkan. Selain itu, pengkaji juga menghadapi

masalah kesukaran untuk mendapatkan balik borang soal selidik daripada sekolah-

sekolah tertentu. Selain daripada membuat banyak panggilan ke sekolah dan

Page 37: Bab 3 obj 1 4013

153

menghantar surat rasmi ke sekolah, pengkaji juga terpaksa pergi sendiri ke sekolah-

sekolah kajian yang terletak di pedalaman untuk mendapatkan balik borang soal-

selidik. Masalah lain yang dihadapi semasa pengkaji mentadbir borang soal selidik

ialah tiada kerjasama daripada pihak guru untuk menjawab borang soal-selidik

kerana takut untuk meluahkan masalah sebenar yang dihadapi di sekolah

memandangkan kajian yang dijalankan adalah agak sensitif. Akibat daripada itu,

pengkaji terpaksa menggugurkan beberapa buah sekolah dari kajian kerana borang

soal-selidik yang dipulangkan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi untuk

menjalani proses analisis data.

3.6 Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian

Justeru itu, kerangka kaedah dan tahap kajian ini dihasilkan untuk

membincangkan model konseptual kajian yang berdasarkan kepada beberapa siri

peringkat seperti punca konflik, tahap konflik, kesan konflik, resolusi konflik dan

masalah pengurusan konflik. Dalam kerangka kaedah dan tahap kajian, pengkaji

telah membahagikan kajian pengurusan konflik kepada enam peringkat.

Berdasarkan kerangka kaedah dan tahap kajian di Rajah 6, pengkaji

menggunakan enam peringkat untuk mengkaji pengurusan konflik. Empat

peringkat proses konflik iaitu peringkat faktor konflik, tahap konflik, kesan konflik

dan gaya pengurusan konflik memperlihatkan peringkat yang dialami oleh guru dan

pentadbir di sekolah menengah. Manakala dua peringkat lagi iaitu peringkat

pendekatan pengurusan konflik dan peringkat masalah pengurusan konflik

memperlihatkan peringkat yang dialami oleh pentadbir di sekolah menengah.

Page 38: Bab 3 obj 1 4013

154

Rajah 6: Kerangka Kaedah dan Tahap Kajian (berdasarkan soalan kajian)

Peringkat yang dialami oleh guru dan pentadbir sekolah Peringkat yang dialami oleh pentadbir sekolah

Peringkat 1 Faktor Konflik

Peringkat 2 Tahap Konflik

Peringkat 3 Gaya Pengurusan

Konflik

Peringkat 4 Kesan

Konflik

Peringkat 5 Pendekatan

Pengurusan Konflik

Peringkat 6 Masalah

Pengurusan Konflik

Mengenalpasti faktor-faktor kewujudan konflik di sekolah menengah i. komunikasi ii. struktural iii. kebergantungan

tugas iv. peribadi

Mengenalpastikan tahap-tahap konflik i. terpendam ii. dinampak iii. dirasai iv. terbuka

Mengenalpasti 5 gaya pengurusan konflik di sekolah menengah mengikut konteks i. integratif ii. menyesuai iii. menguasai iv. mengelak v. berkompromi

Mengkaji kesan konflik yang dialami oleh guru dan pentadbir mengikut konteks

Membandingkan kesan konflik mengikut konteks

Mengenalpasti pendekatan mengurus konflik yang konstruktif

Mengenalpasti masalah mengurus konflik di kalangan pentadbir

Membandingkan faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks

Melihat hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks Melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara variabel

Mengenalpasti sumbangan faktor konflik terhadap kesan konflik Mengenalpasti sumbangan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik

* mengikut konteks bermaksud konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Menunjukkan urutan tahap kajian

Page 39: Bab 3 obj 1 4013

155

Peringkat pertama melibatkan langkah mengenalpasti punca-punca

kewujudan konflik. Empat domain faktor utama yang berpotensi mewujudkan

konflik di peringkat sekolah adalah Domain Komunikasi, Struktur Organisasi,

Kebergantungan Tugas dan Peribadi. Pengkaji mengemukakan empatbelas sub-

faktor konflik iaitu kesukaran semantik, ketidaksefahaman dalam komunikasi,

gangguan komunikasi, maklumat tidak lengkap, nilai, emosi, tingkahlaku, sistem

ganjaran, sumber sekolah, kuasa, perubahan, perbezaan keputusan, pesepsi, dan

matlamat untuk menerangkan empat domain faktor utama kewujudan konflik

dengan terperinci. Empatbelas sub-faktor tersebut diambil daripada adaptasi

sumber Vecchio (1995), Robbins (1998) dan George & Jones (1999). Hakikatnya,

sesuatu konflik tidak dapat diatasi jikalau punca asas konflik tidak dapat dikesan.

Kebiasaannya, semakin awal punca konflik dikenalpasti, semakin mudah konflik

dapat diatasi. Peringkat pertama juga melibatkan perbandingan faktor-faktor

konflik di sekolah menengah mengikut konteks iaitu merangkumi jawatan, lokasi

sekolah, jenis sekolah dan mengikut negeri.

Peringkat kedua melibatkan langkah mengenalpasti tahap-tahap konflik

yang dialami oleh sampel kajian. Peringkat ini mengandungi empat tahap konflik

yang merangkumi tahap konflik terpendam, konflik dinampak, konflik dirasai dan

konflik terbuka.

Peringkat ketiga dalam kerangka teori kajian melibatkan langkah

mengenalpasti gaya pengurusan konflik yang diamalkan oleh guru dan pentadbir

sekolah berdasarkan kepada lima gaya pengurusan konflik yang diperkenalkan oleh

Page 40: Bab 3 obj 1 4013

156

Rahim dan Bonama (1979) dan Rahim (1983). Gaya pengurusan konflik dalam

peringkat ini merangkumi gaya integratif, menyesuai, menguasai, mengelak dan

berkompromi. Peringkat ketiga juga melibatkan langkah mengkorelasikan

pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks. Selain itu,

peringkat ini juga membandingkan gaya pengurusan konflik mengikut konteks dan

juga melihat perbezaan gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara

variabel. Peringkat ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan gaya pengurusan

konflik di setiap sekolah kajian.

Peringkat keempat dalam kerangka teori kajian bertujuan untuk

mengenalpasti kesan-kesan konflik yang berlaku di sekolah iaitu sama ada kesan

konstruktif ataupun distruktif terhadap sekolah-sekolah kajian. Selain itu, peringkat

ini juga membandingkan kesan konflik mengikut konteks dan mengenalpasti

faktor-faktor konflik dan gaya pengurusan konflik yang menyumbangkan kepada

kesan konflik konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini sangat penting untuk

mengesan angkubah-angkubah yang menyumbangkan sama ada kepada konflik

konstruktif ataupun distruktif. Langkah ini juga bertujuan mengenalpasti jenis

strategi tertentu yang dapat meminimakan konflik distruktif dan memaksimakan

konflik konstruktif. Pentadbir sekolah harus mempunyai kemahiran untuk

mengurus konflik. Jika konflik bermanfaat kepada organisasi sekolah, pentadbir

sekolah patut membenarkan konflik berterusan dengan mengawasi perkembangan

konflik tetapi jika konflik memudaratkan organisasi sekolah maka pentadbir wajar

mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi konflik. Peringkat kelima dalam

kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan konflik

Page 41: Bab 3 obj 1 4013

157

yang sesuai di kalangan pentadbir sekolah untuk mengurus konflik. Manakala

peringkat keenam dalam kerangka kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti

masalah-masalah pengurusan konflik yang dialami oleh pentadbir sekolah untuk

mengurus konflik. Kedua-dua peringkat ini bertujuan membantu pentadbir sekolah

memahami masalah pengurusan konflik dengan lebih mendalam dan menghasilkan

strategi yang terbaik untuk meningkatkan kesan konflik konstruktif.

Kesemua elemen pengurusan konflik yang terdapat pada kerangka teori

kajian dapat dihuraikan dengan lebih terperinci melalui kerangka konseptual kajian.

3.7 Kaedah Analisis Data

Soalan-soalan kajian dalam penyelidikan ini dijawab berpandukan statistik

diskriptif dan inferential. Analisa faktor-faktor konflik, pandangan tentang konflik,

gaya pengurusan konflik dan kesan konflik diuji melalui beberapa bentuk ujian

statistik berdasarkan soalan kajian yang diperinci dalam bahagian berikutnya.

Taburan frekuensi, peratusan dan min dilaporkan untuk kesemua soalan kajian.

Ujian-t dan Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh

perbandingan antara kumpulan sampel. Pengkaji menggunakan ujian-t untuk

menganalisis soalan kajian yang menyentuh perbandingan di antara dua kumpulan

sampel iaitu perbandingan dalam konteks jawatan sekolah (yang terdiri daripada

guru dan pentadbir), lokasi sekolah (yang terdiri daripada sekolah menengah di

bandar dan sekolah menengah di luar bandar) dan kategori sekolah (yang terdiri

daripada sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah bukan kebangsaan).

Manakala Anova digunakan untuk menganalisis soalan kajian yang menyentuh

Page 42: Bab 3 obj 1 4013

158

perbandingan di antara lebih daripada dua kumpulan sampel iaitu dalam konteks

negeri yang merangkumi empat buah negeri.

Selain itu, ujian khi kuasa dua digunakan untuk menganalisis soalan kajian

yang berkaitan dengan variabel yang beraraskan ukuran ‘nominal’. Manakala ujian

regresi logistik digunakan untuk menganalisis soalan tentang sumbangan variabel

tak bersandar kepada variabel bersandar dan juga mengkaji secara mendalam

tentang darjah sumbangan variabel tak bersandar. Jadual 14 meringkaskan kaedah

menganalisis data untuk setiap soalan kajian dalam penyelidikan ini.

Berdasarkan kepada Jadual 14, pengkaji menggunakan peratusan, min,

faktor analisis, ujian t dan ujian ANOVA untuk menganalisis soalan kajian pertama

iaitu tentang punca-punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah

menengah. Peratus dan min digunakan untuk memaparkan skor purata dan taburan

skor untuk faktor-faktor kewujudan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi

sekolah, kategori sekolah dan negeri serta perbandingan antara semua kategori.

Pemberat (‘loading’) dalam analisis faktor digunakan untuk mengukur darjah

penyumbangan domain faktor konflik kepada kewujudan konflik. Ujian-t

digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang

faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi

sekolah dan kategori sekolah. Manakala ANOVA digunakan untuk mengkaji sama

ada terdapat perbezaan yang signifikan tentang faktor-faktor utama konflik di

sekolah menengah merentas empat buah negeri.

Untuk menganalisis soalan kajian yang kedua, pengkaji menggunakan

frekuensi, peratusan dan min serta ujian khi kuasa dua untuk menganalisis

Page 43: Bab 3 obj 1 4013

159

pandangan konflik yang berkaitan dengan gaya pengurusan konflik di sekolah

menengah. Frekuensi, peratusan dan min digunakan untuk melihat amalan gaya

pengurusan konflik di kalangan guru dan pentadbir di sekolah menengah mengikut

konteks sampel, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Selain itu, ujian khi

kuasa dua digunakan untuk mengkaji kaitan pandangan konflik dengan gaya

pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan

mengikut negeri. Manakala nilai koefisien Eta digunakan untuk melihat kekuatan

hubungan antara pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik.

Untuk menganalisis soalan kajian yang ketiga, pengkaji menggunakan ujian-

t dan ANOVA untuk mengkaji perbandingan gaya pengurusan konflik yang

diamalkan di sekolah menengah. Ujian-t digunakan untuk mengkaji sama ada

terdapat perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut

konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala ujian

ANOVA digunakan untuk mengkaji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan

untuk gaya pengurusan konflik bagi empat buah negeri.

Untuk menganalisis soalan kajian yang keempat, pengkaji menggunakan

peratusan, ujian-t, ANOVA dan regresi logistik untuk mengenalpasti sumbangan

faktor dan gaya pengurusan konflik ke arah kesan yang konstruktif. Analisis

peratusan digunakan untuk menentukan kesan konflik yang dialami oleh guru dan

pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri. Ujian-t

digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan untuk kesan

konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah. Manakala

ANOVA berdasarkan analisis ‘post-hoc’ digunakan untuk melihat kesignifikanan

Page 44: Bab 3 obj 1 4013

160

perbezaan kesan konflik di empat buah negeri. Selain itu, ujian regresi logistik

digunakan untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang sumbangan dan darjah

konstruktif bagi faktor konflik dan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.

Untuk menganalisis soalan kajian yang kelima yang berbentuk soalan

separa berstruktur, pengkaji menggunakan frekuensi dan peratus, pengkategorian

melalui tema-tema dan konsep serta pendiskripsian secara mendalam untuk

mengkaji campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di sekolah

menengah.

Analisis data berdasarkan kaedah-kaedah tersebut dalam penyelidikan ini

dijanakan oleh perisian “Statistical Package for the Social Science” (SPSS).

Maklumat-maklumat yang terpungut diterjemahkan, dikodkan dan dimasukkan ke

perisian ini.

Jadual 14 : Analisis Data Berdasarkan Soalan Kajian.

Soalan kajian Perkara yang hendak dikaji Ujian Analisis Data

1.1 faktor-faktor kewujudan konflik di sekolah masing-masing

Peratus dan min Pemberat (loading) analisis faktor untuk domain faktor konflik

1.2 perbandingan faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri

1.3 perbandingan antara semua kategori

Peratus dan min

1. Apakah punca- punca utama yang menyebabkan kewujudan konflik di sekolah menengah?

1.4 perbezaan signifikan tentang faktor-faktor konflik di sekolah menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri

Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks negeri

2.1 pandangan tentang konflik di kalangan guru dan pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri

Frekuensi dan peratus

2. Sejauhmanakah pandangan pentadbir dan guru terhadap konflik berkaitan dengan gaya 2.2 gaya pengurusan konflik di sekolah

Page 45: Bab 3 obj 1 4013

161

menengah mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

Peratus dan min pengurusan konflik di sekolah mereka masing-masing?

2.3 kaitan pandangan konflik dengan gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

Ujian khi-kuasa dua untuk melihat kaitan variabel dan nilai koefisien Eta untuk melihat kekuatan hubungan antara variabel

3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pengurusan konflik yang diamalkan di kalangan guru dan pentadbir di peringkat sekolah menengah?

3.1 perbezaan yang signifikan untuk gaya pengurusan konflik mengikut konteks jawatan sekolah, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

3.2 perbezaan yang signifikan tentang

gaya pengurusan konflik dalam konteks interaksi antara variabel.

Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks empat buah negeri ANOVA dua hala (Analisis interaksi dalan 2 hala antara variabel)

4.1 kesan konflik yang dialami oleh guru dan pentadbir mengikut konteks lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

Peratus

4.2 perbezaan signifikan untuk kesan konflik mengikut jawatan, lokasi sekolah, kategori sekolah dan negeri.

Ujian-t untuk konteks jawatan, lokasi sekolah dan kategori sekolah manakala ANOVA untuk konteks empat buah negeri

4.3 a. sumbangan faktor konflik terhadap kesan konflik.

b. darjah konstruktif faktor konflik terhadap kesan konflik.

Regresi Logistik

4. Sejauhmanakah faktor konflik dan gaya pengurusan konflik menyumbang kepada kesan konflik yang konstruktif di peringkat sekolah menengah?

4.4 (a) sumbangan gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.

(b) darjah konstruktif gaya pengurusan konflik terhadap kesan konflik.

Regresi Logistik

5.1 masalah-masalah yang dihadapi oleh pentadbir sekolah semasa mengurus konflik.

5. Sejauhmanakah campurtangan pentadbir sekolah dalam pengurusan konflik di peringkat sekolah menengah?

5.2 (a) bentuk konflik yang mudah untuk diurus oleh pentadbir sekolah

(b) bentuk konflik yang sukar untuk

Page 46: Bab 3 obj 1 4013

162

diurus oleh pentadbir sekolah

5.3 alasan pentadbir sekolah tentang kesukaran mengurus konflik.

5.4 (a) pendekatan yang paling sesuai

untuk mengurus konflik di sekolah menengah.

(b) pendekatan yang tidak sesuai untuk mengurus konflik di sekolah menengah.

5.5 alasan pihak pentadbir tentang pendekatan yang tidak sesuai untuk digunakan di sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus Pengkategorian melalui tema-tema dan konsep. Pendiskripsian

5.6 kekerapan pendekatan pengurusan konflik yang diamalkan oleh pentadbir sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

5.7 peratusan kejayaan pengurusan konflik yang diamalkan oleh pentadbir sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

5.8 pendekatan lain yang digunakan oleh pentadbir sekolah menengah untuk mengurus konflik.

Frekuensi dan peratus Pengkategorian melalui tema-tema dan konsep. Pendiskripsian

5.9 (a) jenis konflik yang membawa manfaat kepada sekolah.

(b) jenis konflik yang kurang membawa manfaat kepada sekolah

Frekuensi dan peratus

5.10 (a) kekerapan pentadbir sekolah melaksanakan program pengurusan konflik di sekolah.

(b) kejayaan pentadbir sekolah melaksanakan program pengurusan konflik di sekolah.

Frekuensi dan peratus

5.11 masa pentadbiran yang digunakan oleh pentadbir untuk mengurus konflik di sekolah menengah.

Frekuensi dan peratus

Page 47: Bab 3 obj 1 4013

163

3.7 Rumusan

Secara ringkas, bab ini telah membincangkan kesemua aspek yang berkaitan

dengan soal tatacara penyelidikan. Perbincangan dalam bab ini merangkumi reka

bentuk kajian, lokasi dan sampel kajian, instrumen kajian, tatacara dan masalah

mentadbir soal-selidik, kajian rintis, kesahan dan kebolehpercayaan kajian serta

kaedah menganalisis data kajian. Seperti yang telah dibincangkan, kajian ini

menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 2076 orang guru dan

138 orang pentadbir di sekolah menengah. Data dalam kajian ini dikumpul melalui

soal-selidik bagi menjawab semua soalan kajian. Pengkaji telah menggunakan

kaedah tinjaun sebagai metodologi penyelidikan untuk mendapatkan data di empat

buah negeri. Persampelan strata-rawak digunakan untuk memilih sampel bagi

mewakili populasi guru dan pentadbir di Semenanjung Malaysia. Data melalui

soal-selidik yang berdasarkan soalan berstruktur dan separa berstruktur dipungut

untuk menjawab lima soalan kajian yang dibentang melalui statistik diskriptif dan

inferential. Pengkaji juga amat menitikberatkan aspek-aspek kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen. Instrumen kajian diuji dan disemak melalui empat

peringkat kajian rintis sebelum digunakan dalam kajian yang sebenar. Tujuan

menjalankan empat peringkat kajian rintis ialah untuk memastikan instrumen yang

direka bina itu boleh dipercayai dan keputusan yang diperolehi adalah sahih. Akhir

sekali, bab ini ditutup dengan mempersembahkan bagaimana data kuantitatif

ditadbir dan diurus dengan berdasarkan empat konteks iaitu mengikut jawatan

sampel, lokasi dan kategori sekolah serta negeri. Seterusnya bab empat dalam

kajian ini akan menghuraikan hasil analisis data.

Page 48: Bab 3 obj 1 4013

164


Top Related