Transcript
Page 1: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

BAB 2.0: PEMIKIRAN TAMADUN ISLAM ZAMAN AWAL.

2.1 Menjelaskan pemikiran tamadun Islam zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’ Al-Rasyidin.

2.1.1 Menjelaskan peranan Islam merubah Jahiliyyah.

2.1.2 Menghuraikan pemikiran tamadun Islam di Zaman

Makiyyah.

2.1.3 Membincangkan kemunculan tamadun Islam di Zaman

Madaniyyah

2.2 Menjelaskan pemikiran tamadun Islam Era Khulafa’ Al-Rasyidin

Page 2: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.0 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM & PERKEMBANGANNYA

PENGENALAN:

• Salah satu cara nabi Muhammad SAW membentuk masyarakat bertamadun adalah melalui kegiatan DAKWAH.

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab bermaksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu dan menjemput.

Dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.

Page 3: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.0 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM & PERKEMBANGANNYA

• Terdapat DUA peringkat dakwah iaitu:

Pertama:

Secara Sulit

Kedua:

Secara terang-terangan

Page 4: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

1. Dakwah secara sulit

• Dilakukan selama 3 tahun

• Golongan sasaran – keluarga sendiri, anak angkat, kaum keluarga

terdekat, teman-teman rapat

• Golongan awal memeluk Islam – isterinya Siti Khadijah.

- Sahabat: Abu Bakar As-Siddiq

(berjasa mengembangkan Islam

dan mengislamkan masyarakat Arab)

Page 5: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2. Dakwah secara terang-terangan

- Langkah awal: dakwah terhadap keluarga sendiri termasuk Abu Lahab.

- Merupakan arahan Allah SWT:

“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada pengikut-pengikut

mu dari orang-orang Yang beriman. Kemundian jika mereka berlaku ingkar kepadaMu, maka katakanlah: “Sesungguhnya Aku berlepas diri

dari apa Yang kamu lakukan!”

(Surah Al-Syu’ara’: 214 - 216)

Page 6: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

Kesimpulan:

Implikasi dakwah tersebut:

1. Bermulanya penentangan daripada kaum keluarga Rasulullah SAW.

2. Bermulanya proses kebangkitan dan kemunculan Tamadun Islam itu

sendiri.

Page 7: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.1 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW & KHULAFA’ AL-RASYIDIN.

Sifat dan ciri Islam sebagai agama yang universal telah merubah dan

mewarnai sejarah dunia selain membawa revolusi (perubahan secara

besar-besaran) di Tanah Arab serta tanda bermulanya Zaman

Pertengahan bagi Dunia Eropah.

Page 8: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.1.1 Peranan Islam merubah Jahiliyah.

Pengenalan Jahiliyah:

- Zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’

- 300 tahun/3 abad sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

- Berakhir apabila turun wahyu/Al-Quran kpd. Nabi Muhammad SAW (610Masehi)

- Jahil bermaksud bodoh/tidak mengetahui/tidak berilmu

- Jahiliyyah: tidak menerima kebenaran & tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya

- Zaman kegelapan: menyembah patung/rekaan yang dibina/ sembah selain Allah

- Kehidupan masyarakat kucar-kacir

- Akhlak rendah spt. kejam, angkuh, degil

- Tiada petunjuk dan pebimbing spt. nabi, rasul, kitab

Page 9: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

1. Akidah kepercayaan yang sesat.

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.

3. Sistem pemerintahan yang tidak sistematik.

4. Keruntuhan akhlak.

5. Kurang penekanan terhadap ilmu pengetahuan.

6. Keangkuhan dan sombong.

7. Kedudukan wanita yang sangat rendah.

8. Penipuan dalam ekonomi.

Page 10: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

1. Akidah kepercayaan yang sesat:

• Zaman keruntuhan agama yang dahsyat di Semenanjung Tanah Arab

• Masyarakat Arab hilang pedoman dan jahil.

• Tersebarnya pelbagai agama melalui hubungan perdagangan

• Cth: Orang Parsi agama Majusi, Orang Rom agama Nasrani, agama Yahudi yang diselewengkan oleh pendeta mereka, Orang Arab di bahagian tengah menyembah berhala, kepercayaan animisme dan tahyul

Page 11: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk:

• Masyarakat yang tiada pemimpin agama/nabi/rasul.

• Tidak menggunakan kitab-kitab suci asal nabi-nabi sebelum mereka sebagai rujukan

• Malahan memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak masing-masing.

Page 12: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

3. Sistem pemerintahan yang tidak sistematik:

• Tidak terdapat kerajaan yang teratur & sistem pemerintahan yang kukuh

• Semenanjung Tanah Arab dikuasai suku/puak Arab yang berpecah mengikut kabilah

• Sistem politik juga tidak seragam

• Dipengaruhi faktor berbeza daerah, keturunan yang memrintah & kuasa asing yang menjajah

Page 13: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

4. Keangkuhan dan sombong:

• Mengamalkan semangat asabiyah (berpuak-puak)

• Menyebabkan sering berlaku peperangan yang berpanjangan antara kabilah secara individu atau kelompok

• Tujuannya bagi menadapatkan kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh penjajah

Page 14: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

5. Keruntuhan akhlak:

- Masyarakat Arab mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan:

Suka berperang

Pendendam

Minum arak

Berjudi

Berzina

Merompok

Asabiyah

Membunuh anak perempuan

Page 15: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

6. Kedudukan wanita yang sangat rendah:

• Masyarakat Arab malu jika ada anak perempuan – rendah/hina

• Bunuh anak perempuan sebaik shj dilahirkan, tanam hidup-hidup atau alat memuaskan nafsu.

Page 16: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

6. Kedudukan wanita yang sangat rendah:

• Tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dlm. m’kat Arab + tidak tahu membaca dan menulis.

• Penyebaran ilmu: berlaku di kwsn. pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab – ada hubungan perdagangan.

• Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kpd. generasi baru dan tidak dipraktis dengan sepenuhnya.

• Al-Baladhuri: 17 orang Arab sahaja celik huruf.

Page 17: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

a. Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah

8. Penipuan dalam ekonomi:

• Penipuan dalam timbangan

• Penipuan sukatan

• Mengamalkan riba –kenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada peminjam – peminjam yang tidak mampu bayar akan menjadi hamba abdi

Page 18: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Peranan Islam dalam merubah Jahiliyah:

• Rasulullah SAW & para sahabat menyusun umat Islam di Mekah dengan kemas dan rapi.

• Mereka dididik dengan keimanan yang mantap & ilmu-ilmu Islam.

• Ayat-ayat Makiyyah – membina keimanan manusia ke arah keEsaan Allah SWT + menolak penyembahan kepada berhala.

• Mendidik manusia kepada kepentingan hidup bermaufakat untuk menegakkan kebenaran.

• Nilai-nilai yang hidup yang dinamik & relevan dengan sifat kemanusiaan ini merupakan persediaan kepada kehidupan bernegara.

Page 19: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Peranan Islam dalam merubah Jahiliyah:

• Memberi kekuatan kepada umat Islam Mekah mempertahankan diri daripada ancaman Quraisy Mekah.

• Mereka yakin Islam adalah alternatif unggul yang memberi tempat untuk semua golongan tanpa mengira puak/kabilah

• Sikap dan akhlak mulia Rasulullah SAW dan para sahabat, kesucian dan fitrah agama Islam juga menjadi faktor penerimaan Islam di kalangan masyarakat Arab & masyarakat lain.

Page 20: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

Pengenalan:

• Kemunculan Tamadun Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tahun 570 Masehi.

• Baginda lahir ditengah masyarakat yang mengalami krisis akhlak.

• Zaman pembetulan akidah dan pemulihan akhlak – era pembinaan tamadun Islam.

• Sabda Nabi SAW:

“Hanyasanya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak”

• Firman Allah SWT:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

Page 21: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

Pengenalan:

- Nabi Muhammad SAW bertanggungjawab menyedarkan manusia tentang kekufuran manusia terhadap Allah SWT.

- Baginda perlu membenteras segala unsur negatif yang berleluasa dalam masyarakat Mekah dengan menyeru kepada beriman kepada Allah SWT.

- Baginda juga perlu menyedarkan mereka agar tidak menyembah berhala yang diukir sendiri.

Page 22: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ketika di Mekah:

Pembinaan Akidah

Membanteras maksiat dan

kejahilan

Membanteras perhambaan dan

kasta

Pembelaan kaum wanita

Pemulihan akhlak

Page 23: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

• Bermula dengan lahirnya nabi Muhammad SAW – pada tahun 570M di Kota Mekah.

• Lahir di tengah-tengah masyarakat yang sifar akhlak.

• Sabda Nabi SAW:

“Hanyasanya aku diutuskan bagi menyemprunakan akhlak”

• Allah berfirman:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

Page 24: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

• Tugas awal Nabi Muhammad SAW ialah membenteras segala unsur negatif yang ada di kalangan masyarakat Arab.

• Seruan kepada keimanan kepada Allah SWT dan bukannya menyembah patung-patung yang mereka ukir sendiri.

Page 25: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ketika

di Mekah:

1. Pembinaan Akidah:

• Akidah masyarakat Arab terpesong dan mengamalkan syirik – sebelum kedatangan Islam.

• Tugas Rasulullah SAW ialah membetulkan akidah tauhid yang dapat menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara yang dapat menjatuhkan martabat mereka,

Page 26: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

2. Membanteras maksiat dan kejahilan:

• Masyarakat Arab hidup berpuak-puak dan bermusuhan.

• Maksiat dan mungkar menjadi budaya hidup.

• Rasulullah SAW memimpin mereka – akhlak mulia, sifat kasih sayang dan membetul dan memperteguhkan akidah masyarakat.

• Sabda Rasulullah SAW:

Drp. Jarir bin Abdullah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai sifat kasih sayang, nescaya mereka itu akan dikasihi Allah. Oleh itu kasihanilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh Yang ada di langit”.

(Muttafaqun ‘alaih)

Page 27: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

3. Membanteras Perhambaan dan kasta:

• Di sisi Islam semua manusia sama taraf di sisi Allah SWT wp. Berlainan suku, keturunan, rupa dan bangsa.

• Rasulullah bertindak hapuskan sistem perhambaan + beransur-ansur

membudayakan sinar Islam.

Page 28: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

4. Pemulihan akhlak:

• Akibat kejahilan akidah & ilmu pengetahuan – masyarakat akhlak rosak akhlak – menjadi zalim dan perilaku di luar batasan manusia.

• Nabi Muhammad SAW berjaya merubah masyarakat Arab drpd. biadab kepada lebih beradab.

• Baginda menunjukkan budi pekerti yang mulia sejak kecil dan merealisasikan sifat-sifat mulia dalam pergaulan.

• Pembentukkan akhlak mulia adalah teras & matlamat perjuangan Rasulullah ke arah kecemerlangan hidup dunia & akhirat.

Page 29: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

5. Pembelaan kaum wanita:

• Wanita Zaman Jahiliyyah malang – dipandang rendah dan hina.

• Punca kemiskinan, dijadikan hadiah pertaruhan.

• Islam mengubah tradisi tersebut – iktiraf kejadian lelaki dan wanita sama sebagai makhluk mulia.

• Lelaki dan wanita sama taraf dalam Islam – yang berbeza hak, tugas dan tanggungjawab kerana fizikal berbeza.

• Dakwah Rasulullah SAW menyebabkan wanita berpeluang mencari ilmu, pendidikan, mengemukakan pendapat dan dihargai

• Bersama-sama berperanan membina keluarga, masyarakat dan negara

Page 30: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Makiyyah:

iv. Pendidikan:

• Asas utama dalam ketamadunan Islam amat dititikberatkan oleh Rasulullah SAW.

• Pada awalnya berpusat di rumah para sahabat seperti rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam.

• Kurikulum yang ditekankan adalah akidah, syariah dan akhlak.

• Aktiviti yang dilakukan ialah membaca, menghafal dan menulis

Page 31: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

Pengenalan:

• Bermula sejak penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi.

• Fasa kedua perkembangan tamadun Islam.

• Zaman perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh – era kecemerlangan tamadun Islam.

Page 32: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

Antara langkah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW:

Mendirikan masjid

Masjid menjadi pusat

pendidikan

Membina kesatuan ummah

Mendirikan pasar

Mendirikan pemerintahan

di Madinah

Perlembagaan Madinah

Page 33: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

1. Mendirikan Masjid:

• Sebaik sahaja sampai di Madinah – Rasulullah mengasaskan Masjid Quba’.

• Fungsi masjid – pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ekonomi, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, mahkamah dll.

• Tujuan pembinaan masjid: wadah menggembeleng generasi wahdatul fikri, wahdatul ilmu dan amal

Page 34: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

2. Masjid sebagai pusat pendidikan:

• Di Madinah masjid dijadikan pusat aktiviti pendidikan, ibadat dan kebudayaan

• Oleh itu masyarakat Madinah berpeluang belajar agama dengan lebih luas dan mendalam.

• Rasulullah menekankan aspek pendidikan seperti membaca dan menulis.

• Berjaya mengubah kehidupan masyarakat Arab Madinah – dapat bersaing dengan orang Yahudi – muncul sebagai intelek Islam dan Madinah muncul sebagai pusat pendidikan dan pengajian terpenting dalam dunia Islam.

Page 35: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

3. Membina kesatuan ummah:

• Penduduk Yathrib terdiri daripada Aus dan Khazraj (masyarakat Arab)

dan suku Qainuqa’, Nadhir dan Quraizhah (golongan Yahudi).

• Sentiasa bermusuhan yang mencetuskan peperangan yang berpanjangan.

• Rasulullah telah menyatukan Aus dan Khazraj sebagai Ansar.

• Kemundian mereka dipersaudarakan dengan golongan Muhajirin (golongan yang berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW dari Mekah ke Yathrib).

• Apabila berjaya baginda menjalinkan persahabatan dan kerjasama dengan golongan yahudi – lahir masyarakat majmuk di Yathrib.

• Menukar nama Yathrib kepada Madinatul Munawarah.

Page 36: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

4. Mendirikan pemerintahan di Madinah.

• Rasulullah mendirikan kerajaan di Madinah Al-Munawwarah.

• Kerajaan ini telah berkembang dan menjadi negara maju dan tumpuan para pedagang.

• Menaikkan taraf Madinah menjadi sebagai sebuah bandar berpotensi dalam pelbagai bidang – perintis pertama tamadun Islam di dunia.

Page 37: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

v. Mewujudkan Perlembagaan Madinah:

• Sebagai kemuncaknya Rasulullah menggubal Perlembagaan Madinah – asas pegangan perjanjian antara umat Islam dan Yahudi.

• Dinamakan Perlembagaan Madinah atau Sahifah Madinah.

• Merangkumi aspek keagamaan, sosio-ekonomi dan sosio- politik.

• Merupakan perlembagaan paling lengkap dan tertua direkodkan sejarah.

• Menjadi asas pembentukkan perlembagaan moden di dunia.

Page 38: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

b. Kemunculan Tamadun Islam di Zaman Madaniyyah:

6. Mendirikan pasar:

• Rasulullah menggesa umat Islam memainkan peranan aktif dalam bidang ekonomi.

• Ekonomi penting untuk meningkatkan tamadun Al-Quran dan As-Sunnah.

• Matlamat ekonomi dalam Islam – bukan untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

• Kesannya masyarakat Madinah muncul sebagai masyarakat yang kukuh ekonomi dan mantap rohaninya.

• Muncul golongan korporat beriman – wujud masyarakat harmoni yang sanggup korbankan harta benda untuk agama, masyarakat dan individu yang memerlukan.

Page 39: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2. Kemunculan Tamadun Islam era Khulafa’ Al-Rasyidin:

2.2 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA KHULAFA’ AL-RASYIDIN:

• Khalifah ertinya pengganti – selepas kewafatan Rasulullah SAW.

• Merujuk kepada jawatan ketua tertinggi negara Islam – bertanggungjawab mentadbir hal-hal keduniaan dan agama.

• Terdapat empat khalifah:

KHALIFAH 1: Abu Bakar As-

Siddiq 632 – 634 M

KHALIFAH 2: Umar Al-Khattab

634 – 644 M

KHALIFAH 3: Uthman Al-Affan:

644 – 656 M

KHALIFAH 4: Ali Bin Abi Talib:

656 – 661 M

Page 40: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2. Kemunculan Tamadun Islam era Khulafa’ Al-Rasyidin:

Ke empat-empat khalifah bertanggungjawab mengekalkan kepimpinan

Rasulullah SAW seperti:

a. Memelihara kemurniaan agama Islam dan mengawasi perlaksanaan ajarannya dengan tegas supaya tidak terpesong dan mengekalkan kedaulatan Negara Islam.

b. Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah SAW bagi menjamin keadilan ummah sejagat dan memastikan kedaulatan syariat Islam serta perlaksanaan sepenuhnya

Page 41: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2. Kemunculan Tamadun Islam era Khulafa’ Al-Rasyidin:

c. Menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar.

d. Memelihara kedaulatan Negara Islam yang telah diasaskan baginda Rasulullah SAW dan meletakkan Islam sebagai pemerintah dalam sesebuah negara.

Page 42: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A (623-634M)

Latar belakang:

• Nama sebenar: Abdullah bin Abi Qahafah

• Lahir: 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah

• Keturunan: Bani Tamim

• Orang pertama memeluk Islam

• Geralan: As-Siddiq kerana beliau mengakui kebenaran Rasulullah saw dalamperistiwa Israk dan mikraj

• Bersama-sama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah dan bersama-sama di dalamGua Thur

• Lama memerintah: lebih kurang 2 tahun

• Wafat: 23 Jamadil Akhir 13 H

• Di makamkan berhampiran dengan makam Rasulullah saw

Page 43: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A (623-634M)

Antara perkara yang dilakukan sepanjang pemerintahan beliau:

1. Membasmi golongan riddah

2. Memerangi Negara Rom yang membunuh utusan nabi ke Syam

3. Mengembangkan wilayah Islam di Sempadan Tanah Arab

4. Mengumpul ayat-ayat Al-Quran

Page 44: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A (623-634M)

• Merupakan khalifah yang sensitif terhadap perkara yang melibatkan agama dan kemaslahatan umum.

• Berusaha membasmi golongan Al-Riddah dan enggan bayar zakat.

• Beliau berusaha memerangi mereka.

• Ketua-ketua golongan ini mati dibunuh + pengikut mereka disuruh bertaubat dan kembali kpd. Islam.

• Bertindak tegas, keras dan serta merta – menjadi masalah akidah (agama dan politik)

• Kerosakan akidah menghalang pembinaan tamadun ummah.

Page 45: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A (623-634M)

• Dalam pentadbiran: mempunyai komitmen kuat terhadap polisi dan keputusan pemimpin sebelumnya.

• Tetap meneruskan rancangan Rasulullah SAW.

• Antaranya: menghantar angkatan tentera ke Syam (Syria) kerana mereka membunuh utusan baginda Rasulullah SAW.

• Pembaharuan: -membahagikan wilayah Islam kpd. 12 bahagian

-melantik seorang gabenor bagi setiap bahagian

- gabenor bertanggungjawab dalam urusan kehakiman,

keadilan, pungutan zakat dan kebajikan rakyat.

Page 46: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UMAR AL-KHATTAB R.A (634M – 644M)

• Nama sebenar: Umar bin Al-Khattab bin Naufal • Keturunan: Bani Adi iaitu salah satu suku kaum Qurisy • Lahir: 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah saw • Gelaran: Al-Faruq bermaksud orang yang dapat membezakan antara

kebenarandan kebatilan • Status dalam masyarakat: Berkedudukan yang baik dalam masyarakat Jahiliah • Tarikh memeluk Islam: tahun ke 6 selepas kerusulan Nabi Muhammad saw • Lama pemerintahannya: lebih kurang 10 tahun 6 bulan. • Wafat: 23H berusia 63 tahun • Dimakamkan berhampiran makam Rasulullah saw • Sebelum memeluk Islam, orang Islam mengerjakan solat secara bersembunyi. • Apabila memeluk Islam, orang Islam tidak lagi merasa takut dan

merekabersolat secara terang-terangan di Baitullah. • Pengislaman Saidina Umar membawa kepada perkembangan besar dalam penyebaran Islam di Mekah.

Page 47: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UMAR AL-KHATTAB R.A (634M – 644M)

Antara perkara yang dilakukan sepanjang pemerintahan beliau:

1. Membentuk Majlis Syura

2. Membahagikan wilayah Islam kepada 10 wilayah

3. Mengadakan surat perintah perlantikan pegawai-pegawai

4. Mengadakan peraturan tanah dan banci penduduk

4. Mendirikan pangkalan tentera

6. Mewujudkan beberapa bandar baru

Page 48: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UMAR AL-KHATTAB R.A (634M – 644M)

7. Mendirikan penjara

8. Membina empangan

9. Mendirikan pusat-pusat pendidikan

10. Menghias masjid dengan ayat-ayat Al-Quran

11. Mengadakan Baitulmal

Page 49: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UMAR AL-KHATTAB R.A (634M – 644M)

12. Membina jalanraya

13. Bantuan kepada OKU dan lemah

14. Mengadakan bayaran pencen tentera

15. Mencipta mata wang, dan membuat takwim hijrah

16. Mengadakan perkhidmatan pos

Page 50: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UMAR AL-KHATTAB R.A (634M – 644M)

Antara pembaharuan yang dilakukan ialah:

1. Meluaskan kuasa politik Islam ke Syam, Mesir dan Parsi , memantapkan ekonomi dan menyusun pentadbiran negara.

2. Menubuhkan Baitulmal – mengumpul sumber pendapatan negara

3. Mengasaskan institusi kehakiman – melantik kadi sebagai ketua hakim.

4. Menubuhkan organisasi ketenteraan di seluruh wilayah Islam.

5. Mendirikan dewan As-Syurtah/Jabatan Polis Negara.

6. Mendirikan Jabatan Al-Barid/Jabatan Pos.

7. Melantik Al-Muhtasib/Penyelia Pemasaran

8. Membentuk Dewan Al-Iftak/Majlis Fatwa

Page 51: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

Latar belakang:

• Khalifah Osman bin Affan-Lahir 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW.

• Keturunan Bani Umaiyah iaitu salah seorang pembesar Qurisy yang terkemuka-Gelaran: Zun-Nurain kerana telah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah SAW (Rukiyah dan Umi Kalsum)

• Wafat: 18 Zulhijjah tahun 35 H ketika umur 80 tahun dibunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran

• Terkenal sebagai pedagang kaya, ahli ekonomi yang handal dan dermawan.

• Banyak memberikan bantuan kepada umat Islam di awal dakwah Islam.

Page 52: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau:

1. Dalam bidang ketenteraan.

2. Pembukuan Al-Quran.

3. Pembesaran Masjid Nabawi.

1. Menyebarkan dakwah Islam.

Page 53: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

1. Bidang ketenteraan:

• Membuat perluasan kuasa ke beberapa negara untuk menyebarkan Islam - Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya dll.

• Menubuhkan angkatan tentera laut Islam pertama – banyak negara dibuka melalui perluasan kuasa ini.

Page 54: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

2. Pembukuan Al-Quran:

• Terdapat banyak perbezaan bacaan Al-Quran akibat perluasan kuasa ke negara luar dan ramai yang memeluk Islam.

• Menyebabkan berlaku salah bacaan – banyak terjadinya salah faham dan tuduh menuduh bagi menentukan bacaan yang betul.

• Khalifah Uthman mengadakan naskhah Al-Quran yang baru – digunakan secara rasmi oleh umat Islam.

• Menggunakan lahjah bahasa Quraish – Al-Quran yang berbeza dibakar.

• Digunakan sehingga ke hari ini – dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

• Tujuan: menjamin kesucian Al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

Page 55: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

3. Pembesaran Masjid Nabawi:

• Khalifah Uthman membeli tanah dan memperluaskan kawasan masjid Nabawi pada tahun 29 Hijrah.

• Masjid tersebut menjadi padat kerana dipenuhi jemaah yang semakin ramai.

Page 56: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN UTHMAN AL-AFFAN (644M – 656M)

4. Menyebarkan Dakwah Islam:

• Sering berdakwah di penjara – berjaya mengislamkan semua banduan.

• Banyak mengajarkan hukum Islam kepada rakyatnya.

• Para pendakwah dihantar ke serata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam.

• Melantik ramai pengajar hukum Islam

• Melantik petugas khas bagi membetulkan saf solat.

• Banyak menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah dalam menjalankan hukum-hukum.

Page 57: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ALI BIN ABI TALIB: (656M – 661M)

Pengenalan:

• Nama penuh Ali bin Abi Talib bin Abd Mutallib bin Hashim.

• Khalifah ke 4 dan terakhir pemerintahan khulafak Ar-Rasyidin-Lahir: pada tahun ke 10 sebelum kerasulan Rasulullah SAW.

• Kanak-kanak pertama memeluk Islam.

• Gelaran: Karamatullahu wajhahu bermaksud orang yang dimuliakan wajahnyaatau maruahnya oleh Allah swt kerana tidak pernah menyembah berhala.

• Wafat pada 17 Ramadhan 41 Hijrah kerana dibunuh oleh Abdul Rahman Bin Muljan di Kufah.

Page 58: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ALI BIN ABI TALIB: (656M – 661M)

• Rela menjadi khalifah dalam keadaan negara huru-hara selepas kewafatan Saidina Uthman.

• Pihak pemberontak sebulat suara melantik Saidina Ali Bin Abi Talib sebagai khalifah.

• Pemerintahan beliau masih mengikut sistem syura.

• Tidak banyak pembaharuan dapat dilakukan oleh beliau kerana sibuk menghapuskan pemberontakan.

• Terdapat pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum sesiapa yang terlibat dengan pembunuhan Saidina Uthman.

• Beliau berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

• Tidak mengikut pandangan sendiri tetapi menerima pandangan orang melalui sahabat atau masyarakat Islam.

Page 59: Bab 2 Pemikiran Tamadun Islam Zaman Awal

2.2.1 ZAMAN ALI BIN ABI TALIB: (656M – 661M)

Antara sumbangan beliau kepada tamadun Islam:

1. Menubuhkan pasukan polis dinamakan Al-Syurtah – ditugaskan mengendalikan perkara-perkara jenayah di tempat awam terutamanya di pasar-pasar besar.

2. Melengkapkan anggota bersenjata – menubuhkan beberapa pasukan bersenjata terdiri daripada pasukan berkuda, berjalan kaki dan pasukan perisik


Top Related