Transcript

Objektif Pembelajaran

KandunganPeta Konsep

Kedatangan Jepun

Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah

Melayu

PENGUKUHAN

Reaksi Penduduk

Kesan EkonomiKesan Sosial

Kesan Politik

Menyatakan sebab-sebab Jepun meluaskan kuasa

Memerihalkan kedatangan JepunMenyenaraikan faktor kejayaan

Jepun menguasai Tanah MelayuMenceritakan taktik Bumi Hangus

yang dijalankan oleh BritishMenceritakan strategi pertahanan

British.Memerihalkan pentadbiran Jepun

Menyatakan dasar ekonomi JepunMemerihalkan dasar penjepunanMenceritakan kesengsaraan hidup pada

zaman JepunMenyatakan reaksi penduduk tempatan

terhadap pemerintahan Jepun

Mengumpul maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang berjuang menentang Jepun

Menceritakan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua

Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di negara kita

Peta Konsep Bab 1

PENDUDUKAN JEPUN DI

NEGARA KITA

Pemerintahan Tentera

Jepun

Kesan Pemerintaha

n Tentera Jepun

Reaksi Penduduk

Dasar Pemerintahan

Kedatangan Jepun

Sosial

Ekonomi

Politik

PENGUKUHAN

Tempoh:Tiga tahun setengah ( 15 Februari 1942 – 12 September 1945)

Cara Pentadbiran : Ketenteraan

1) kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialisme Pemerintahan Maharaja Mikado Meiji (1868) telah melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan & perindustrian

Jepun menjadikan negara Barat sebagai model untuk memajukan negaranya.

Sasaran awal perluasan kuasa Jepun ialah China kerana China mempunyai bahan mentah dan berpotensi untuk memasarkan barangannya

Jepun dianggap sebagai kuasa besar apabila menang dalam Perang Rusia-Jepun 1905.

PERLUASAN KUASA JEPUN SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Tahun

Peristiwa

1895 Jepun menang dalam Perang China-Jepun pertama

1905 Jepun menang dalam Perang Rusia-Jepun

1910 Jepun menguasai Korea1932 Jepun menakluki Manchuria1937 Jepun menang Perang China Jepun

Kedua1941 Jepun menduduki IndoChina1941 Jepun meyerang Asia Tenggara

Mendapatkan kawasan baru-

pertambahan penduduk & kekurangan

tanah pertanian

Mendapatkan Bahan

Mentah – industri

( petroleum, bijih timah &

getah)Mendapatk

an kawasan pasaran

baru

Sekatan ekonomi oleh Amerika

Syarikat – kerana Jepun enggan

berundur dari China

Kebangkitan semangat

ketenteraan Jepun

2) Masalah ekonomi negarany

a

1) Menggunakan propaganda

Asia untuk Orang Asia Semanga

t AsiaKawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur RayaKesan Propaganda

1) Kehadirannya sebagai penjajah tidak disedari dan diterima

JUSTERU ( KBKK )

IKTIBAR

SLOGAN YANG BAIK PERLU DALAM MELAKSANAKAN SESUATU MISI

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, KITA PERLU BERHATI-HATI TERHADAP PROPAGANDA

DARI LUAR.

TAKRIF KATA :

“Asia Untuk Orang Asia”

Negara Asia adalah untuk orang Asia dan tidak wajar

dijajah oleh kuasa Barat. Sebagai buktinya, Jepun

tidak menyerang Thailand kerana Thailand tidak

dijajah oleh Barat.

Semangat Asia

Negara-negara Asia mempunyai

kekuatan dan jati diri yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu cabaran

Kawasan Kesemakmuran Bersama asia Timur Raya

Rancangan Jepun untuk mewujudkan zon ekonomi yang

makmur yang diketuai olehnya

KEMARAAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYUTARIKH KAWASAN KETERANGAN

8 Dis. 1941 Singgora, Pattani Kota Bahru

-

12 Dis. 1941 Jitra Tentera yang mendarat di Singgora dan Patani mara ke Jitra

13 Dis. 1941 Alor Setar Dari Alor Setar, tentera Jepun mara ke selatan melalui bandar utama menggunakan kereta kebal dan basikal.

17 Dis. 1941 Pulau Pinang Dari Pulau Pinang, tentera Jepun mara ke selatan melalui pesisiran pantai dengan menggunakan bot-bot yang dirampas.

26 Dis. 1941 Ipoh -31 Dis. 1941 Perairan Laut

China Selatan (Pahang)

Kapal “Repulse” dan “Prince of Wales” ditenggelamkan pada 10 Dis. 1941 oleh tentera berani mati Jepun. Kapal-kapal ini dalam misi menyekat kemaraan tentera Jepun.

KEMARAAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU

TARIKH KAWASAN KETERANGAN7 Jan. 1942 Slim River10 Jan. 1942 Port

Sweetenham11 Jan. 1942 Kuala Lumpur Penawanan Kuala Lumpur merupakan

kejayaan awal pendudukan tentera Jepun

16 Jan. 1942 Muar21 Jan. 1942 Batu Pahat28 Jan. 1942 Mersing31 Jan. 1942 Johor Bahru15 Feb. 1942 Singapura Dengan penawanan Singapura

bererti seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun dalam masa 2 bulan 7 hari.

PERBANDINGAN ANGGARAN KEKUATAN TENTERA JEPUN DENGAN TENTERA BRITISH DI TANAH MELAYU

Tentera Jepun Tentera British

80 ribu tentera 100 ribu tentera

80 buah kereta kebal 141 buah kapal terbang pejuang

100 buah kereta kebal kecil 2 buah kapal perang

450 kapal terbang pejuang

Tentera Jepun mendarat di Miri, Sarawak

Tentera Jepun berpecah dua

SARAWAK SABAH

Kuching

Sibu

Labuan

Sandakan

Mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama bandar-bandar besar

CARA KEMARAAN TENTERA JEPUN

CARA KETERANGANKapal terbang perang

-Digunakan untuk menyerang tentera British di T.Melayu - Memberi perlindungan kepada tentera darat

Kereta Kebal penggempur

-Berjaya memaksa tentera Brtish berundur-kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan turut digunakan

Bot -Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai

Basikal - Digunakan untuk melalui jalan yang sempit bagi mempercepat perjalanan tanpa disedari British.

TAKTIK BUMI HANGUSSemasa berundur, British

menggunakan taktik “Bumi Hangus” dengan memusnahkan

infrastruktur

M u s n a h

INFRASTRUKTUR

SUMBER EKONOMI

BANGUNAN

Jambatan, Jln. K’api, Jln.

Raya, Ladang & kaw.

perlombongan.Di Sarawak,

British membakar

telaga minyak di Miri dan membakar dokumen kerajaan.

Tentera British di Tanah Melayu iaitu askar:• India – Gurkha• Australia• British

Tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun

Berundur ke Selatan

Tentera British tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu kecuali Singapura

Tumpuan tentera British di Tanah Melayu mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah.

HANYA REJIMEN ASKAR MELAYU PIMPINAN LEFTENAN ADNAN BERJUANG BERMATI-MATIAN

MEMPERTAHANKAN TANAH MELAYU TETAPI BELIAU GUGUR DALAM PERTEMPURAN.

KESUDAHANNYA…..Seluruh Tanah Melayu dan Singapura Jatuh ke Tangan JepunSelepas 10 minggu tentera Jepun mendarat15 Februari 1942 – Leftenan Jeneral A.E. Percival menyerah diri kepada Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura

IKTIBAR

Kita tidak boleh mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri

FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU

Bil Isi Huraian

1 Perancangan awal perang

- Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu.- Jepun menggunakan aktiviti perisikan bagi mendapatkan maklumat

2 Kelengkapan perang tentera Jepun

- Jepun banyak kapal terbang pejuang moden spt. “ZERO FIGHTER”- Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan bentuk muka bumi T.Melayu

Bil Isi Huraian

3 Pakatan Jepun -Thailand

Thailand membenarkan Jepun melalui wilayahnya dalam misi menyerang T.Melayu.Sebagai balasan, Jepun tidak akan menyerang ThailandJepun akan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utara :Kedah, Perlis,Kelantan, Terengganu kepada Thailand.

4 Taktik serangan Jepun

Jepun memusnahkan ‘Pearl Habour’ di Hawaii yang menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Jepun memulakan serangan dari arah utara kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura.

Bil Isi Huraian

5 Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)

☻ KKM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu☻ KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu☻ KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan

6 Semangat Tentera Jepun

☻Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara☻ Tentera Jepun berani mati demi maharaja Jepun☻ Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah berperang dengan China

Bil Isi Huraian

7 Kelemahan tentera British

☻Tentera British tidak bersedia kerana menumpukan peperangan di Eropah☻ kurang latihan☻Kurang kelengkapan peralatan perang☻Askar India yang berkhidmat untuk British berubah sikap menjadi anti British☻ Tumpuan British hanya di Singapura

Dalam tempoh 10 minggu, seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.Jeneral A.E.Percival menyerah kalah kepada Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura.

Kejayaan tentera Jepun menakluk negara kita memeranjatkan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat dan Britain.Kunci kejayaan Jepun :Strategi peperangan yang baik – kegiatan perisikan JepunSemangat perjuangan tentera JepunKelemahan pertahanan tentera BritishPenduduk tempatan tidak memberi tentangan terhadap Jepun kerana terpengaruh slogan-slogan Jepun.

KESIMPULAN

InfoKegiatan Perisikan Jepun

Anggota tentera dan rakyat Jepun di Tanah Melayu

telah menjadi ejen perisikan.

Mereka menyamar menjadi tukang gunting rambut,

pekedai runcit, tukang gambar, pekedai ikan hiasan,

pekedai dobi, pekedai gula-gula dan penarik beca

Mereka menyamar menjadi orang Cina dan pelancong.

1. Jepun menjalankan pemerintahan tentera.

2. Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru) dan Singapura sebagai Syonan (Cahaya Selatan)

3. Pentadbiran Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu

4. Pentadbirannya dibahagikan kepada 2 iaitu: PENTADBIRAN PUSAT dan PENTADBIRAN WILAYAH.

Pejabat Perang (di Tokyo)

Pengarah Agung

(di Singapura)Mahkamah

Biro-Biro pentadbiran Majlis Pusat

Gabenor Wilayah

Biro-Biro Pentadbiran

Datuk Bandar

Pegawai Daerah

Penghulu

PENTADBIRAN PUSAT

PENTADBIRAN WILAYAH

Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

PENTADBIRAN PUSAT Singapura

Sumatera

Tanah Melayu

DiSERAHKAN KEPADA THAILAND

Terengganu

KelantanPerlis

Kedah

PENTADBIRAN BORNEO UTARA

(Gabenor Jeneral di Kuching ) Brunei

SarawakSabah

PENTADBIRAN SARAWAK

SibuKuching

Miri

PENTADBIRAN SABAH2 Wilayah

Sandakan

Jesselton

Setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor Wilayah .

Pejabat Perang

Gabenor Jeneral

Gabenor Wilayah

Residen

15 Pegawai Daerah

Ketua Tempatan

STRUKTUR PENTADBIRAN JEPUN DI SARAWAK & SABAH

DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Kedudukan Sultan☻ Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri☻ Sultan hanya menjadi ketua agama Islam dan adat

istiadat Melayu☻ Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan

British

2. Status Tanah Melayu☻ Dijadikan tanah jajahan Jepun

3. Majlis Agama Islam☻ Hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah

DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Eksploitasi ekonomi☻ Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi oleh Jepun

untuk perindustriannya dan membiayai peperangan.

2. Mata Wang Jepun☻ Jepun memperkenalkan mata wangnya.

3. Pengenalan Ekonomi Kawalan☻ Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan

harian digiatkan☻ Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi

kekurangan bahan keperluan makanan☻ Layanan istimewa diberikan kepada ‘Kaisha’

( Syarikat Jepun)

DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

1. Pengaruh Barat & Cina☻ Sek. Barat dan Cina ditutup bagi menghapuskan

pengaruh mereka2. Kesetiaan Terhadap Jepun☻ Kesetiaan penduduk di Tanah Melayu ditumpukan

kepada maharaja Jepun☻ ‘KIMIGAYO” (Lagu Kebangsaan Jepun) dinyanyikan

pada setiap pagi di sekolah3. Penggalakkan budaya Jepun☻ NIPPON-GO (Bahasa Jepun) menjadi bahasa

pengantar di sekolah☻ Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun

diperkenalkan.

DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU

4. Orang Melayu☻ Dilayan dengan baik bagi mendapatkan sokongan

untuk terus memerintah.

5. Orang Cina☻ Dilayan dengan kasar kerana menyokong kerajaan

China dalam Perang China-Jepun

6. Orang India☻ Dilayan dengan baik kerana Jepun perlukan

kerjasama bagi mengusir tentera Bitish di India

1.Dasar pentadbiran sering berubah-ubah mengikut kepentingan Jepun

2.Penduduk tidak berhak menyuarakan pendapat

3.Setiap dasar yang dilaksanakan mempunyai muslihat tertentu

4.Apabila Jepun mendapati mereka akan kalah dalam Perang Dunia Kedua Jepun memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk tempatan supaya penduduk tidak menyokong British.

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)

a)PKM menubuhkan MPAJA

b)Bekerjasama dengan British untuk memperoleh bantuan kewangan, latihan tentera dan senjata

c)Menggunakan taktik perang gerila

Pasukan wataniah pahang

a)Sultan Pahang sebagai Pemerintah Kehormat

b)Diketuai oleh Yeop Mahidin

Force 136a)Ditubuhkan oleh

tentera Bersekutu di Pahang, Johor dan Kedah untuk menentang tentera Jepun di Tanah Melayu

b)Anggotanya menjalani latihan daripada Tentera Bersekutu di Sri Lanka

Gerila Kinabalua)Dipimpin oleh

Albert Kwokb)Melancarkan

pemberontakan “Double Tenth”

Pasukan Gerila di Sandakan

a)Menjalankan penentangan di Sandakan

Askar Melayu Setiaa)Melancarkan perang

secara Gerilab)Bekerjasama dan

beroleh bantuan daripada Force 136

Pasukan Gerila Datu Mustapha

a)Menjalankan penentangan di Kudat

Penentangan di Pesisiran Pantai Sarawak

a)Menjalankan gerakan membantu pihak Tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun

Julai 1945Tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah tetapi Jepun enggan.

8 Ogos 1945

Bom Atom digugurkan di Hirohima

9 Ogos 1945

Bom Atom digugurkan di Nagasaki

15 Ogos 1945Jepun terpaksa menyerah kalah

tanpa syarat

10 September 1945Di Wilayah Borneo

Pemerintah Tertinggi tentera Jepun ke-37, Masao

Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan

12 September 1945Jeneral Seishiro Itagaki, Ketua Tentera Jepun

di Tanah Melayu menyerah.

1.Kebangkitan semangat kebangsaan☻ Kejayaan Jepun menewaskan kuasa

Barat dalam Perang Dunia kedua memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah

☻ Slogan ‘Asia untuk Orang Asia’ berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah untuk menolak penjajah Barat.

2. Latihan Kepimpinan☻Pemerintahan Jepun kekurangan pegawai awam☻ Jepun menubuhkan ‘Koa Kunrenjo’ (sekolah latihan kepimpinan) bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran

2. Latihan Kepimpinan☻Orang tempatan yang terlibat: * Abang Haji Openg – Pegawai Daerah Kuching * Kapten Mohd. Salleh Hj. Sulaiman – Peg. Daerah Hulu Langat * Ibrahim Hj. Yaacob – Leftenan Kolonel * Dr. Burhanuddin al-Helmy – Penasihat Kebudayaan & adat Istiadat Melayu * Dato’ Onn Jaafar – Pengawal Makanan Negeri Johor & Ahli Majlis Mesyuarat Neg. Johor☻ Peluang ini tiada semasa pemerintahan British

3. Jepun mungkir janjiDasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan.Di Tanah Melayu, kegiatan politik sentiasa diawasiJepun menyekat kebebasan bersuara

3. Jepun mungkir janjiAkhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkanPertubuhan yang pro-Jepun sahaja dibenarkanKMM diharamkan (1942)

Jepun mungkir janjiDasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan.Tekanan tentera Bersekutu terhadap Jepun mendorong Jepun melonggarkan pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM

Jepun mungkir janjiTanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama-sama Indonesia melalui penubuhan KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG (KRIS)Rancangan ini mengukuhkan konsep Melayu-Raya yang diperjuangkan oleh KMM

4. Semangat nasionalisme mengikut kaum

Semangat kebangsaan antara kaum berbeza dan berpaksi kepada negara asal masing- masingSemangat kebangsaan orang India- untuk memerdekakan negara India

5. Waspada terhadap Kuasa Asing Pendudukan Jepun memberi kesedaran supaya tidak mempercayai kebaikan yang ditawarkan oleh kuasa asing, ibarat telunjuk lurus kelengkeng berkait” Jepun menyerahkan 4 negeri utara kepada Thailand

5. Waspada terhadap Kuasa AsingDasar Jepun mengongkong dan menyusahkan rakyatJangan bergantung kepada negara lain untuk mendapatkan kemerdekaan

1. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot

2. Rancangan Jepun untuk mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih menumpukan kepada peperangan.3. Gaji pegawai kerajaan dikurangkan.4 Pengangguran meningkat

Hasil bijih timah dan getah tidak dapat dieksport ke Barat, beras tidak lagi diimport dari Burma dan Thailand

5. Sekatan ekonomi oleh Kuasa Bersekutu menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti.

MATA WANG POKOK PISANG

6. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam tentera bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun.7. Ekonomi kawalan oleh Jepun hanya

menguntungkan Jepun: a) rasuah, menyorok barangan dan pasaran gelap berleluasa b) Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan c) Berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi kurang barangan8. Kesengsaraan penduduk:

a) Bekalan dan barangan keperluan harian

seperti makanan, pakaian dan ubat-ubatan sukar diperoleh.

b) Harga baranagn tersebut melambung tinggi.

9. Jepun mengenakan catuan bekalan makanan terhadap penduduk tempatan untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan.a) Penduduk diberikan kad catuan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan melebihi kadar yang ditetapkan.

Contoh- sebuah keluarga hanya dibenarkan memiliki dua

gantang beras untuk sebulan.Kadar ini tidak cukup lebih-lebih lagi kepada

keluargabesarUbi kayu dan keledek menjadi makanan utama

menggantikan nasi.

Penduduk bandar berpindah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

10. Keperitan hidup menjadikan penduduk di negara kita lebih kreatif

a) Banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan

Contoh- kasut getah daripada getah keping, kain daripada benang nanas

Muncul perusahaan tradisional – menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa dan rokok daun

Ubat-ubatan tradisional menjadi semakin penting

b) Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan

Diusahakan oleh syarikat dari Jepun

Industri yang tidak ekonomik dan kekurangan bahan mentah akan lenyap begitu sahaja.

INFOIndustri Baru:

Lori dan kereta berkuasa wap menggunakan arangBahan api daripada susu getahTayar tanpa tiub daripada getah padatTali kapal daripada sabut kelapaKelambu dan kain daripada benang daun nanasKertas daripada buluh, daun getah dan lalangPeralatan berasaskan kulit haiwan dan logam

1. Penduduk sentiasa berada dalam kesengsaraan dan ketakutan

Penduduk dikenakan perintah berkurung dan sekatan perjalanan

Mereka saling mencurigai kerana bimbang dianggap anti-Jepun.

Dalam kalangan mereka, ada yang menjadi tali barut Jepun.

2. Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun

Kempeitai sentiasa menjalankan tugas pengintipan terhadap sesiapa sahaja yang

dianggap bersalah.

Hukuman dera dan hukuman mati dijalankan di khalayak ramai

Sebahagian rakyat dijadikan buruh paksa – tidak diberi gaji, hanya diberi makanan untuk menampung kehidupan

Penduduk Tanah Melayu menjadi buruh untuk membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma

Kemudahan kesihatan terjejas teruk akibat peperangan

Wabak penyakit merebak – penyakit beri-beri kerana kekurangan zat makanan

Kebuluran berlaku

Bekalan ubat sukar didapati kerana tidak dapat diimport dan tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan sendiri.

RUMUSANPendudukan Jepun telah membawa

kesengsaraan dalam semua aspek kehidupanSlogan Jepun hanyalah muslihat untuk mencapai hasrat merekaSemangat kebangsaan semakin bersemarak dalam kalangan penduduk tetapi berpaksi negara asal masing-masingPendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari barat atau timur.

JOM…Kita cuba jawab

soalan ini

Faktor-faktor kemenangan Jepun di Tanah Melayu Perancangan rapi

X

Strategi berkesan

Rajah di atas menerangkan faktor yang menyumbang kepada kemenangan Jepun di Tanah Melayu.Faktor X ialahA taktik serang hendapB semangat perjuanganC bilangan tentera ramaiD kerjasama semua kaum

B

PMR 2005No.36

Maklumat di atas merujuk kepada kekalahan kuasa Barat kepada Jepun.Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Tanah Melayu? A Mencetus gerakan ketenteraanB Memulakan kegiatan politik radikalC Menyemarak semangat menentang penjajahD Memperhebatkan sokongan terhadap komunis

C

PMR 2005No.37

Tarikh Peristiwa 15 Februari 1942

Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura

•Catuan makanan•Mengutamakan kaisha

 Langkah di atas merupakan cara pentadbiran Jepun mengamalkan ekonomi A kawalanB sara diriC komersialD terancang

A

PMR 2005No.38

Contoh SoalanMaklumat di bawah merupakan petikan khas belajar bahasa Jepun dalam akhbar Fajar Asia.

Ikkagetsu - sebulanSangkagetsu - 3 bulanZyukkgetsu - 10 bulanSengetsu - Bulan duluRaigetsu - Bulan mukaGetsumatsu - Habis bulan

PMR 2006No 36

Mengapakah kerajaan Jepun pada masa itu menggalakkan pembelajaran bahasa Jepun di Tanah Melayu?A Menarik sokongan rakyatB Memperkaya budaya tempatanC Memupuk kesetiaan kepada JepunD Memupuk perpaduan antara rakyat tempatan dan Jepun

C

Li Hui :Kasihan Ah Chung, dia telah didera minum sampai kembung

Kim Meng : Itu mesti kerja polis tentera Jepun.

Dialog di atas mungkin berlaku pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Polis Tentera Jepun yang dimaksudkan dalam dialog tersebut ialahA pasukan Force 136B ahli Bintang TigaC anggota KempetaiD pelatih Koa Kunrenjo

C

PMR 2006No.37

Contoh SoalanMaklumat di bawah berkaitan dengan satu institusi yang wujud semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.•Mengintip mereka yang dianggap bersalah•Bertindak kejam dan ganas•Amalan “seksa dulu kemudian siasat”Maklumat di atas merujuk kepada…..A Koa KunrenjoB KompeitaiC Bintang TigaD Pembela Tanah Air

B

Contoh SoalanTokoh-tokoh tempatan di bawah terlibat dalam pentadbiran semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu

PMR 2006No.38

Apakah kesan penglibatan orang tempatan dalam pentadbiran tersebut?

A Mempercepat kemerdekaan negaraB Kebolehan orang tempatan diiktirafC Orang tempatan menyokong JepunD Melahirkan golongan pemimpin tempatan

Tokoh JawatanIbrahim Yaakob Leftenan Kolonel Pasukan Pembela Tanah Air

(PETA)Dato’ Onn Jaafar Pegawai Makanan Negeri JohorAbang Haji Openg

Pegawai Daerah di Kuching

D

Contoh Soalan

PMR 2007No.36

C

Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942 – 1945.Bagaimanakah pentadbiran Jepun

mengatasi keadaan tersebut?

A Melahirkan tenaga mahirB Mengimport bahan makananC Memperkenalkan ekonomi kawalanD Menghentikan perdagangan antarabangsa

Contoh Soalan

PMR 2007No.37

D

Anda adalah seorang penduduk di Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun.Kehidupan anda sengsara kerana kekurangan bahan keperluan harian.

Apakah yang akan anda lakukan untuk mengatasi kesusahan tersebut ? 

I Membuat kain daripada benang nanasII Membuat pakaian daripada daun lalangIII Membuat kertas daripada kulit pokokIV Membuat kasut daripada getah keping

 A I dan IIB II dan IIIC III dan IVD I dan IV

Contoh Soalan

•Pakatan Jepun-Thailand•Taktik serangan Jepun•Kelemahan pertahanan British

PMR 2007No.38

Maklumat di atas merupakan antara faktor kejayaan Jepun di Tanah Melayu.Apakah iktibar yang boleh kita pelajari daripada maklumat tersebut ? 

A Bersatu memartabatkan maruah bangsaB Berani menentang musuh negaraC Bijak menyusun strategiD Berhati-hati terhadap propaganda

 

C

Contoh Soalan

PMR 2008No.36

A

Peta 3 menunjukkan kawasan yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura.

Apakah faktor-faktor tersebut?I Semangat juang tinggiII Strategi berkesanIII Bilangan tentera ramaiIV Bantuan golongan imigranA I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

Contoh Soalan

PMR 2008No.37

D

Peta 4 menunjukkan negeri yang diserahkan oleh Jepun kepada Thailand semasa Perang Dunia Kedua.

Mengapakah Jepun bertindak demikian? 

A Menghalang kehadiran tentera asingB Menerima bekalan tenteraC Memperoleh maklumat sulitD Mendapat kemudahan laluan tentera

Contoh Soalan

Samad : Syukurlah, Jepun dah menyerah kalah di Singapura. Aku tak sanggup nak makan ubi kayu hari-hari.Ayob : Itu boleh tahan lagi. Aku paling tak tahan pakai baju guni.

PMR 2007No.38

Apakah pengajaran daripada dialog tersebut?

A Bertoleransi untuk keharmonian kaumB Bersatu untuk mencapai kemajuanC Berusaha mengelak penjajahan asingD Bekerjasama untuk kesejahteraan hidup

C

Dialog berikut mungkin berlaku semasa penjajahan Jepun di negara kita.


Top Related