Transcript

NICHOLAOS BIN KORNELIS OLABA12110272

SEJARAH EROPAH SEBELUM PERANG DUNIA KEDUAAJ21103

TUTOR: EN. RISMOND MATANKISPENSYARAH: EN. WAN SHAWALUDDIN WAN HASSANMASA TUTORIAL: ISNIN (9-10 am)

SOALAN 6AMERIKA SYARIKAT SEBAGAI MERUPAKAN PUNCA KEGAGALAN LIGA BANGSA-BANGSA. DEBATKAN.

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..12.0 FAKTOR KEGAGALAN LIGA BANGSA-BANGSA2.1 Amerika Syarikat Sebagai Punca Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa...32.2 Liga Bangsa-Bangsa Tidak Mempunyai Tentera Sendiri.....72.3 Negara Anggota Menarik Diri Daripada Liga Bangsa-Bangsa....92.4 Liga Bangsa-Bangsa Bersifat Sentrik Eropah.112.5 Persenjataan Semula Pihak Axis132.6 Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa Mengawal Negara Fasis...143.0 ANALISIS.....164.0 KESIMPULAN...175.0 BIBLIOGRAFI..18

1.0 PENGENALANPerang Dunia Pertama yang berlaku pada tahun 1914 merupakan satu sejarah hitam kepada semua negara yang terlibat. Peperangan ini memberikan kesan yang amat buruk samada dari segi ekonomi, politik, dan juga sosial masyarakat. Sistem ekonomi dunia terjejas teruk manakala dari segi politik pula ia memperlihatkan bagaimana peta Eropah berubah. Para penduduk yang tidak berdosa telah kehilangan tempat tinggal, bangunan-bangunan dalam negara musnah, penduduk mula mengalami trauma akibat perang dan banyak penyakit seperti malaria mula muncul.Melihat kepada kemusnahan yang teruk ini, maka Presiden Amerika Syarikat yang ke-28 telah mengusulkan satu idea untuk membentuk sebuah entiti yang melibatkan negara-negara di seluruh dunia.[footnoteRef:1] Ini adalah untuk mengelakkan perang yang besar berlau sekali lagi dalam sejarah dunia. Maka dengan itu, liga bangsa-bangsa telah dibentuk dengan menggariskan 14 perkara yang telah menjadi dasar dalam liga ini. Petikan dalam buku dokumen Series of Federal Citizenship Text Level II yang berjudul United States History 1600-1987 menerangkan secara ringkas bagaimana liga bangsa-bangsa telah dibentuk. Wilson had a plan for peace which was based upon Fourteen Points. In Versailles, France, Wilson, and the leaders of three other Allied nations (Britain, France, and Italy) tried to negotiate a peace treaty based on these ideals. The Fourteen Points were: 1) no secret treaties, 2) freedom of the seas, 3)freedom of international trade, 4) reduction of armaments, 5) Settlement of all colonies claims fairly for everyone involved, 6-13) Self-determination, or the right for the people of a country to decide for themselves what kind of government they want; and, 14) Establishing the League of Nations .[footnoteRef:2] [1: Matthew Florian, The League of Nations: An Exercise in Futility?, 20th Century America I: 1900-1945 A Cortes, Ph.D. Sprin, 2009, Hlm. 2.] [2: INS Official, United States History 1600-1987, Level ii One of a Series of Federal Citizenship Texts, Immigrations and Naturalizations Service U.S. Department of Justice, Hlm. 108.1]

Jika dilihat daripada matlamat penubuhannya, Liga Bangsa-Bangsa merupakan sebuah entiti ataupun organisasi yang mempunyai matlamat yang baik. Matlamat utamanya adalah untuk mengelakkan perang yang besar berlaku sekali lagi di samping untuk memastikan semua konflik yang akan berlaku di antara negara dapat diselesaikan dengan penuh diplomasi. Ini secara tidak lansung boleh membantu negara-negara yang terlibat dalam memajukan negara masing-masing terutamnya dalam sektor ekonomi.Jika kita melihat daripada sejarah idea ini pula, ia sebenarnya telah bermula lama sebelum Immanuel Kant menulis mengenai idea ini. Raja Henry iv dari Francis telah mengemukakan idea untuk menyatukan negara-negara di bawah sau organisasi pada tahun 1634. Seterusnya, William Penn turut mengemukan idea yang sama pada tahun 1693.[footnoteRef:3] Pada tahun 1795, barulah Immanuel Kant telah mangatakan dalam bukunya Perpetual Peace bahawa keamanan boleh dicapai dan dikekalkan dalam jangka masa yang panjang. Idea ini merupakan satu idea yang luar biasa kerana situasi yang ada di Eropah pada waktu itu. Ini menyebabkan Willson tertarik sehingga beliau mengemukan idea ini sewaktu persidangan keamanan di Paris. [3: Denna Frank Fleming, The United States and the League of Nations: 1918-1920, New York and London: G. P. Putnams and Sons. 1932, Hlm. 3.]

Walaubagaimanapun, Liga Bangsa-Bangsa tidak berjaya mencapai objektif penubuhannya. Ia lebih dilihat merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang gagal pada waktu itu. Terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat merupakan punca kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. Walaubagaimanapun, jika kita membaca kertas kerja yang disediakan oleh Jari Eloranta, iaitu timbalan professor Comparative Economic and Business History, Appalachian State University, beliau tidak menyebut Amerika sebagai punca utama kepada kegagalan liga ini.[footnoteRef:4] Oleh itu, adalah perlu untuk kita melihat dengan teliti dan memperdebatkan persoalan apakah punca utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa ini. [4: Jari Eloranta, , WHY DID THE LEAGUE OF NATIONS FAIL?, Sixth European Historical Economics Society Conference USA, 9-10 September 2005, , 2005, Hlm. 1.2]

2.0 FAKTOR KEGAGALAN LIGA BANGSA-BANGSA2.1 Amerika Syarikat Sebagai Punca Kegagalan Liga Bangsa-BangsaAmerika Syarikat merupakan antara negara yang terlibat dalam peperangan dunia pertama yang mana menyaksikan Amerika bersama-sama dengan sekutunya pada waktu itu, iaitu Francis, Italy, Great Britain dan Russia berjaya menewaskan Jerman dan juga Austria-Hungary. Walaubagaimanapun, sama ada bagi pihak yang menang ataupun kalah, kedua-dua pihak ini menanggung jumlah kerugian yang banyak akibat daripada kos peperangan yang tinggi. Oleh itu, sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini daripada berulang kembali, Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Willson telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa dan usul ini diterima. Liga ini berpusat di Geneva, Switzerland, iaitu sebuah negara neutral.Walaupun idea ini diusulkan oleh Presiden Amerika sendiri, namun Amerika tidak menyertai Liga Bangsa-Bangsa. Sebenarnya, Presiden Wilson mahukan Amerika menyertai liga tersebut. Namun malangnya, kongres Amerika tidak bersetuju dengan cadangan ini. Ini adalah kerana Amerika pada waktu itu mengamalkan dasar pemencilan dan tidak mahu terlibat dengan urusan negara luar.[footnoteRef:5] Sementara itu, di pihak presiden, beliau tidak boleh memutuskan tidakan yang berkaitan dengan negara dengan sesuka hati. Ini kerana pada waktu itu, Amerika merupakan sebuah negara demokrasi di mana semua keputusan dan dasar negara adalah berdasarkan kepada keputusan sebulat suara dalam mesyuarat kongres.[footnoteRef:6] Sementara itu, kenyataan daripada Wilson menggambarkan mengapa senat tidak menerima cadangan penyertaan Amerika dalam Liga Bangsa-Bangsa.[footnoteRef:7] Ini menunjukkan terdapat pertelingkahan yang berlaku dalam senat Amerika Syarikat pada waktu itu kerana senat dan juga presiden mempunyai fahaman politik yang berbeza.[footnoteRef:8] [5: INS official, Op Cit., Hlm, 109.] [6: Don Wolfensberger, Woodrow Wilson, the Senate and the League of Nations Fight Introductory Essay, Congress Project Seminar Congress, The U.N. & the War Power: From Korea to LibyaWoodrow Wilson International Center for Scholars, Monday, May 16, 2011, Hlm. 1.] [7: The Senate has shown itself particularly stiff and jealous in insisting upon exercising an independent judgment upon foreign affairs.Advisers who are entirely independent of the official advised are in a position to be, not his advisers, but his masters; and when, as sometimes happens, the Senate is of one political party and the President of the other, its dictation may be based, not upon the merits of the question involved, but upon political calculations of advantage. --Woodrow Wilson (1907) Ibid. ] [8: Don Wolfensberger, Op Cit., Hlm. 4-5.3]

Persoalannya adalah, apakah kepentingan yang ada pada negara Amerika sehingga ada pendapat yang mengatakan Amerika merupakan punca kegagalan Liga Bangsa-Bangsa? Salah satu sebabnya mengapa Amerika Syarikat amat penting adalah, kekuatan Amerika itu sendiri. Walaupun terdapat beberapa negara yang terlibat dalam perang menentang Jerman dan Austria-Hungary pada Perang Dunia Pertama, namun diakui bahawa tanpa bantuan daripada Amerika Syarikat, mereka berkemungkinan tidak akan berjaya menewaskan Jerman.[footnoteRef:9] Ini menyebabkan tentera Amerika dihormati oleh semua negara di dunia pada waktu itu termasuklah kuasa-kuasa besar seperti Britain dan juga Francis. Sekiranya Amerika menyertai Liga Bangsa-Bangsa, sudah pasti liga boleh menggunakan kekuatan tentera Amerika untuk mengawal kuasa-kuasa fasis seperti Jerman, Jepun dan Itali. Negara Fasis merupakan negara yang agak agresif dan tidak mematuhi dasar dalam Liga Bangsa-Bangsa. Malah tindakan negara fasislah yang menyebabkan perang dunia kedua. [9: John V. Denson, A Century of War: Lincoln, Wilson, and Roosevelt, Alabama: Ludwig von Mises Institutes, 2006, Hlm. 119.]

Amerika bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi ketenteraan, mereka juga mempunyai kekuatan ekonomi yang kukuh pada waktu itu. Malah dikatakan bahawa juga Amerika Syarikat merupakan kuasa ekonomi utama dunia pada waktu itu, iaitu sebelum perang dunia pertama.[footnoteRef:10] Malah, selepas perang sekalipun, Amerika tetap merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia. Rakan dagang Amerika pada waktu itu adalah dengan negara-negara fasis seperti Itali. Sekiranya Amerika Syarikat menyertai Liga Bangsa-Bangsa kerana kuasa fasis seperti Itali sudah pasti akan menjaga hubungan baik mereka dengan Amerika. Dari sudut pandagan Amerika pula, sekiranya mereka menyertai Liga Bangsa-Bangsa, sudah pasti mereka akan mempertahankan dasar-dasar yang ada dalam Liga Bangsa-Bangsa kerana dasar tersebut adalah atas idea Presiden Amerika sendiri. Ini mungkin akan menyebabkan kuasa-kuasa fasis tidak akan menentang liga kerana inigin menjaga hubungan perdagangan mereka dengan Amerika. Namun, ketiadaan Amerika menyebabkan semua kemungkinan ini tidak berlaku malah telah menyebabkan Liga Bangsa-Bangsa gagal. [10: Ibid., Hlm.115.4]

Malah jika kita melihat dengan lebih teliti mengenai hubungan perdagangan Amerika dengan kuasa fasis ini, ia seolah-olah menyebabkan kuasa-kuasa fasis bertambah degil. Ini juga telah menyebabkan liga ini gagal dengan lebih cepat lagi. Seperti yang dikatakan sebentar tadi, Amerika mempunyai hubungan dagang dengan kuasa-kuasa fasis. Apabila Itali menyerang Habsyah[footnoteRef:11], tindakan yang mampu dilakukan oleh Liga Bangsa-Bangsa pada waktu itu ialah hanyalah mengenakan sekatan ekonomi kepada Itali. Walaubagaimanapun, rakan dagang utama Itali adalah dengan negara Amerika. Amerika yang tidak terlibat dengan sekatan ekonomi yang dilakukan oleh liga meneruskan aktiviti perniagaan mereka dengan Itali seperti biasa. Ini menyebabkan sekatan ekonomi yang dilakukan tidak memberi sebarang kesan kepada Itali malah telah menambahkan lagi kedegilannya sehingga Itali mengambil keputusan untuk keluar dari Liga Bangsa-Bangsa. [11: The majority of historians writing on this subject conclude that it was the failure of the league that which caused Mussolinis conquest of Ethiopia. This is the line of argument that I wish to pursue here also. Nevertheless I should be stated that there is a challenge to majority view.. Robertson, James C., The Hoare-Laval Plan, (Library Reserve HIS 593, Deposited by Dr Tom O Connor), Hlm. 433.]

Liga Bangsa-Bangsa sebenarnya bukanlah dianggotai oleh negara-negara yang lemah. Terdapat beberapa kuasa besar yang menjadi anggota liga seperti Britain, Itali, Jerman dan juga Jepun. Malangnya, terrdapat beberapa kuasa fasis yang menyertai liga. Negara yang dimaksudkan ialah negara Jerman, Jepun, dan juga Itali. Negara-negara fasis merupakan negara yang menjalankan pemerintahan negara mereka secara diktator. Negara-negara ini amatlah menentang komunisme, sosialisme, dan juga liberalisme. Negara fasis juga sangat mengutamakan dan mengembangkan disiplin ketenteraan. Selain itu, mereka juga mengembangkan perasaan nasionalisme[footnoteRef:12] yang sangat berlebihan kepada rakyatnya sehingga rakyatnya dipanggil sebagai rakyat yang ultranasionalisme. Negara fasis merupakan sebuah negara yang sangat agresif[footnoteRef:13] ataupun ekstremis[footnoteRef:14]. Saya mengunakan perkataan malang kerana keagresifan negara fasis inilah yang meyebabkan Liga Bangsa-Bangsa gagal mengawal tindak tanduk mereka sehingga membawa kepada kegagalan liga. Sekiranya Amerika menyertai liga, sudah pasti keadaan adalah tidak seburuk ini. Ini kerana Amerika merupakan sebuah negara yang dihormati oleh semua negara, termasuklah kuasa fasis. Sudah pasti liga dengan bantuan Amerika dapat mengawal negara fasis sehingga mereka tidak melakukan tindakan yang keterlaluan. [12: A.J. Ryder, Twentieth-Century Germany: From Bismarck To Brandi, New York: Columbia University Press, 1973, Hlm. 283. Penjelasan tentang faham Fasis ini iebih ditumpu kepada Jerman.] [13: Even in 1920, when the League of Nations officially began its meetings, Germany and Soviet Russia were denied entrance to the league. The first was denied because it was seen as a potential aggressor Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 5.] [14: Qasim Ahmad, EROPAH MODEN ARUS SOSIOPOLITIK DAN PEMERINTAHAN EDISI KEDUA, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, Hlm. 204.5]

Liga Bangsa-Bangsa dianggotai oleh negara-negara yang mempunyai kuasa tentera yang agak besar dan kuat. Antaraya ialah negara Britain dan juga Francis.[footnoteRef:15] Ketiadaan Amerika memberikan kuasa yang besar kepada kedua-dea negara ini dalam liga.[footnoteRef:16] Jika dilihat dari segi ekonomi dan ketenteraan, negara-negara ini merupakan antara dua kuasa utama dunia dalam bidang tersebut. sudah pasti akan timbul persoalan mengapa Liga Bangsa-Bangsa masih memerlukan negara Amerika sedangkan sudah ada negara berkuasa besar dalam liga ini. Lagipula, jika dilihat dari segi statistik, sekiranya Britain dan juga Francis, sudah pasti mereka mampu mengawal kuasa-kuasa fasis walaupun bukan secara keseluruhannya. Persoalan ini pasti akan terjawap sekiranya kita membaca dengan lebih lanjut mengenai sejarah Britain dan juga Francis pada waktu itu. Kedua-dua negara ini agak pasif dalam mengambil tindakan untuk mengawal kuasa-kuasa fasis. Mereka lebih mengutamakan kepentinga negara masing-masing.[footnoteRef:17] Polisi tidak mahu campur tangan dalam menangani kuasa fasis adalah atas alasan ingin menjaga aktiviti perdagangan dengan kuasa fasis.[footnoteRef:18] Sebagai contoh, sewaktu Jepun menyerang Manchuria, Britain enggan campur tangan dalam menyelesaikan kes ini kerana ingi menjaga hubungan baik dengan Jepun. Selain iu, kedua-dua negara ini juga mempunyai konflik.[footnoteRef:19] Ini menyebabkan kedua-dua negara ini tidak dapat menjadi sekutu pada waktu itu. Sekiranya Amerika menyertai Liga Bangsa-Bangsa, sudah pasti kuasa-kuasa fasis dapat dikawal. Tambahan pula, Amerika dilihat sebagai sebuah negara yang akan memastikan matlamat asal Liga Bangsa-Bangsa dapat direalisasikan. Sememangnya Amerika mempunyai hubungan dagang dengan kuasa fasis, namun situasi ini agak sonsang dengan situasi Britain. Britain berdiam diri dan enggan campur tangan dalam Krisis Manchuria kerana ingin menjaga hubungan antara kedua negara. Namun, sekiranya Amerika menyertai liga, negara lain sudah pasti akan berusaha untuk menghormati polisi Amerika dalam Liga Bangsa-Bangsa kerana mereka ingin menjaga hubungan antara kedua buah negara terbabit. [15: Jari Eloranta, Op Cit., Hlm 14.] [16: the American isolationism, however inadequate as the term may be, left the European and even the world power relations in the hands of Great Britain and France. Ibid., Hlm. 5.] [17: They were reluctant leaders in their own right, with their own interests displayed in their actions for example in the League of Nations functions Ibid., Hlm. 14.] [18: Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 12.] [19: Ibid., Hlm. 34.6]

Selain itu, pendirian Amerika juga amat membimbangkan negara-negara lain. Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai negara yang mengamalkan dasar pemencilan[footnoteRef:20] ternyata seolah-olah mencabul dasar negara mereka sendiri. Ini jelas sewaktu Jerman mengalami masalah kewangan yang teruk sewaktu membayar ganti rugi kepada Francis.[footnoteRef:21] Amerika pada waktu itu telah membantu Jerman dari segi kewangan. Ini menyebabkan negara-negara lain dan juga liga sendiri bimbang dan tertanya-tanya mengenai pendirian mereka. Apa yang ditakuti oleh mereka ialah, mereka takut sekiranya Amerika bergabung dengan Jerman. Sudah pasti ini menjadi masalah buat dunia kerana Jerman dan Amerika merupakan kuasa besar dunia pada waktu itu. Namun, perkara ini tidaklah terjadi. Walaubagaimanapun, tindakan Amerika membantu Jerman tersebut masih boleh dilihat sebagai satu medium yang boleh menyebabkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. Ini kerana, tindakan liga seolah-olah tidak disokong oleh Amerika, iaitu sebuah kuasa yang terkuat di dunia pada waktu itu. [20: INS official, Op Cit., Hlm. 108.] [21: Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 4.7]

Secara keseluruhannya, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana ketiadaan Amerika dalam Liga Bangsa-Bangsa boleh dikatakan sebagai faktor kegagalan liga ini. dengan melihat kepada kepentingan dan kelebihan yang dimiliki oleh Amerika, maka tidak hairanlah mengapa ramai sarjana yang mengaitkannya sebagai punca utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. Walaubagaimanapun, seperti yang dikatakan, terdapat juga penulis yang tidak mengatakan Amerika sebagai punca utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. Sebenarnya, jika kita melakukan lebih banyak pembacaan, kita akan mendapati bahawa terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan kegagalan liga. Faktor-faktor lain ini juga perlulah kita kupas secara terperinci agar perdebatan mengenai persoalan utama, apakah yang menjadi punca utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa, dapat dilakukan dengan lebih sistematik.

2.2 Liga Bangsa-Bangsa Tidak Mempunyai Tentera SendiriLiga Bangsa-Bangsa merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang menggabungkan negara-negara yang mewakili kesuluruhan benua di dunia. Walaupun liga merupakan sebuah entiti yang besar dan nampak gah, ia sebenarnya tidak mempunyai angkatan tenteranya sendiri.[footnoteRef:22] Liga hanyalah bergantung kepada kekuatan tentera negara anggota seperti Francis dan juga Britain. [22: Model United Nations Turkey( MUNTR), League of Nations Study Guide MUNTR 2013, Ankara: Vedat Dalokay Cadessi 108/2 Gaziosmanpasa, 2013, Hlm. xvi.]

Walaubagaimanapun, adalah agak malang kerana negara Britain dan juga Francis (dua buah negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat selepas Amerika) enggan memberikan komitmen dan juga kerjasama kepada liga dalam menyelesaikan sesuatu misi. Mereka lebih mengutamakan kepentingan negara masing-masing berbanding dengan kepentingan liga.[footnoteRef:23] Sebarang tindakan yang dilakukan adalah bergantung kepada kepentingan mereka sendiri dan bukannya berlandaskan kepada dasar-dasar dalam liga. Antara kepentingan yang dimaksudkan adalah seperti kepentingan ekonomi dan juga hubungan dua hala di antara dua negara. [23: While the Covenant of the League called for economic sanctions against aggressor states, 27 in many cases the sanctions meted out to the violators were tempered by the desire for maintaining good economic and diplomatic relations between countries that were part of the League. In short, nations put their own interests before that of the Leagues interests Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 12.]

Ini menyebabkan Liga Bangsa-Bangsa tidak boleh meletakkan kepercayaan dan mendapatkan bantuan ketenteraan daripada negara anggota untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini bukanlah bermaksud liga menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekuataan ketenteraan. Ini lebih merujuk kepada sikap menghormati liga daripada negara-negara anggota sekiranya liga mempunyai angkatan tentera yang kuat.Hal ini menyebabkan negara-negara, terutamanya negara fasis berani bertindak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh liga. Sebagai contoh, Itali, di bawah pimpinan Mussolini telah menyerang Abbasyiah sekitar tahun 1935-1936.[footnoteRef:24] Malah, sebuah lagi kuasa fasis, Jepun telah menyerang Manchuria pada 18 September 1931.[footnoteRef:25] Ini merupakan satu ujian kepada Liga Bangsa-Bangsa untuk menyelesaikan konflik antarabangsa yang berlaku. Namun, jika kita lihat dari sudut pandangan yang lain, timbul persoalan mengapa negara fasis ini berani bertindak sedemikian. Jawapannya adalah kerana mereka mengetahui kelemahan liga yang tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menghalang konflik tersebut. Hal ini juga dilihat dapat mempercepatkan perpecahan di dalam Liga Bangsa-Bangsa sehingga ia dilihat sebagai suatu pertubuhan antarabangsa yang gagal. [24: Jari Eloranta., Op Cit., Hlm. 13.] [25: Ibid., hlm. 12-13.8]

Kita telah melihat bagaimana faktor ketiadaan anggota tentera sendiri boleh menyebabkan kegagalan liga. Namun, berbalik kepada persoalan asal, apakah punca utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa, kita tidak boleh menjadikan ini sebagai faktor utamanya. Ini adalah kerana, walaupun tidak mempunyai angkatan tenteranya yang tersendiri, namun, liga boleh bergantung kepada kekuatan tentera Amerika sekiranya Amerika menyertainya. Ini kerana, Amerika mempunyai angkatan tentera yang kuat dan dihormati oleh semua negara pada waktu itu.[footnoteRef:26] Melalui fakta ini, kita dapat membayangkan bahawa negara anggota Liga Bangsa-Bangsa masih dapat dikawal dengan adanya Amerika. [26: Edited by Jennifer Smith Stepanek, by Jimmy Carter, Just Peace: A Message of Hope. USA: Andrews McMell Publishing, 2009, Hlm. 82.]

2.3 Negara Anggota Menarik Diri Daripada Liga Bangsa-BangsaLiga Bangsa-Bangsa merupakan suatu badan berorganisasi yang menyatukan negara-negara di seluruh dunia. Ini kita telah sedia maklum. Liga bangsa-bangsa juga dianggotai oleh negara-negara yang berkuasa besar seperti Britain, Francis, Itali dan juga Jepun. Jika dilihat secara sepintas lalu, negara-negara ini mampu untuk menggantikan peranan Amerika dalam Liga Bangsa-Bangsa. Walaubagaimanapun, hal sebaliknya yang berlaku. Terdapat banyak konflik yang berlaku dalam kalangan negara anggota sendiri yang menyebabkan perpecahan dalam Liga Bangsa-Bangsa. Malah kuasa-kuasa besar telah meninggalkan liga selepas berlaku beberapa konflik. Walaupun negara-negara besar seperti Jepun dan Itali sering mendatangkan masalah kepada liga, namun tidakan mereka menarik diri daripada liga amatlah menjejaskan liga sehingga boleh membawa kepada kegagalan Liga Bangsa-Bangsa.Sebenarnya, jika kita melihat kepada sejarah sebelum negara-negara fasis( Jerman, Itali, dan Jepun) meninggalkan Liga Bangsa-Bangsa, mereka telah melakukan tindakan yang amat menguji liga. Mereka telah melanggar dasar liga secara terang-terangan. Jepun telah memulakan konflik dengan menyerang Manchuria pada September 1931, diikuti serangan Itali ke atas Habsyah pada tahun 1934 dan juga Jerman yang menyerang Poland pada tahun 1939.[footnoteRef:27] Oleh kerana tindakan mereka ini, maka Liga Bangsa-Bangsa mengambil tindakan untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Jepun dan mengenakan sekatan ekonomi kepada Itali. Begitu juga halnya dengan negara Jerman. Sebagai menunjukkan tanda protes mereka kepada Liga Bangsa-Bangsa, mereka telah mengambil tindakan untuk keluar dari liga.[footnoteRef:28] [27: Bob Reinalda, Routledge Histry of international Organizations: From 1815 to the Present Day, USA& Canada: Taylor& Francis Froup, 2009, Hlm. 214.9] [28: In March 1933, the Assembly adopted the Committees report, but Japan voted against it and Siam abstained. Japan then left the meeting and shortly afterwards withdrew its membership of the League of NationsGermany seized the opportunity to go its own way, cancelling its membership of th League of Nations in October 1933 Bob Reinalda, Op Cit., Hlm. 215.]

Walaupun pada hakikatnya, Liga Bangsa-Bangsa sukar untuk mengawal tindakan negara-negara ini sewaktu mereka menjadi anggota liga, namun, penarikan diri mereka sebagai ahli liga dilihat sebagai salah satu punca kejatuhan utama pertubuhan antarabangsa ini. Kemungkinan besar pernyataan ini boleh menimbulkan tanda tanya kepada kita.Apabila negara-negara ini (Jerman, Itali, Jepun) meninggalkan liga, mereka bebas daripada undang-undang dan juga dasar liga. Mereka bebas melakukan apa sahaja. Malah, fahaman dan ideologi mereka mereka yang sama (fasisme[footnoteRef:29]) juga membolehkan mereka bergambung untuk membentuk satu pakatan yang unggul menjelang perang dunia kedua. Tambahan pula Jerman pada ketika itu menyimpan dendam yang besar kepada Francis yang masih merupakan anggota Liga Bangsa-Bangsa. Dendam ini adalah kerana bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh Francis kepada Jerman sewaktu Jerman dikalahkan pada Perang Dunia Pertama. Sudah pasti peperangan di antara mereka akan berlaku dan ini boleh menyebabkan Liga Bangsa-Bangsa akan mengalami kegagalan. Inilah yang amat menakutkan liga sebenarnya. [29: Lihat buku Richard Griffiths, Fascism, New York: Antony Rowe Ltd, 2005.10]

Jika dilihat secara sekali imbas, kelhatannya faktor ini merupakan faktor utama yang menyebabkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa yang paling teruk. Dengan penarikan diri negara-negara fasis ini, ia dilihat sebagai satu platform yang mempercepatkan perang dunia kedua berlaku. Negara-negara fasis yang telah bebas daripada liga bangsa-bangsa bebas untuk membina kekuatan ketenteraan mereka. Saya bersetuju dengan pernyataan ini di mana benih perang dunia kedua mula bercambah pada ketika ini. Walaubagaimanapun, sekiranya Amerika menyertai Liga Bangsa-Bangsa, keadaan pasti berbeza.Amerika yang dihormati oleh seluruh dunia sudah pasti mampu mangawal tindakan ekstrem negara fasis yang menyerang negara lain ini. Penyelesaian pasti dapat dilakukan tanpa berlakunya penarikan diri daripada negara-negara fasis. Malah, lebih jauh lagi, hubungan di antara negara anggota juga mungkin boleh dipereratkan lagi melalui hubungan dagang. Ini bukanlah suatu perkara yang mustahil kerana Amerika pada etika itu mengamalkan dasar demokrasi dan menjalankan mesyuarat dalam memutuskan sesuatu tindakan. Jika situasi seperti ini dapat dilakukan dengan jayanya di dalam liga, tentunya ia mampu bertahan lama.

2.4 Liga Bangsa-Bangsa-Bangsa Bersifat Sentrik EropahJepun merupakan antara kuasa besar Asia dan merupakan salah satu kuasa fasis telah bertindak keluar dari Liga Bangsa-Bangsa pada tahun 1933.[footnoteRef:30] Antara faktor utama mengapa Jepun keluar dari Liga Bangsa-Bangsa ialah kerana mereka menganggap liga ini sebagai sesuatu pertubuhan yang bersifat sentrik eropah. Ini adalah berdasarkan kepada beberapa bukt yang dapat dilihat dengan jelas. [30: Bob Reinalda, Op Cit.]

Jika dilihat dari segi taburan ataupun pola negara anggota dalam Liga Bangsa-Bangsa, 56% daripada anggotanya adalah negara dunia pertama yang mana melibatkan negara-negara di Eropah.[footnoteRef:31] Negara-negara dari asia pula hanyalah sebilangan kecil sahaja iaitu hanyalah lima buah negara.[footnoteRef:32] Sementara itu, jika kita melihat kepada benua lain, contohnya, benua Afrika hanya dua buah negara sahaja yang menjadi ahli liga iaitu Liberia dan juga Afrika Selatan.[footnoteRef:33] [31: there were never more than five countries from Asia represented, never more than three countries from non-Mediterranean Africa, and only 17 of the Leagues members were from Latin America.9 This means that, at its high-water mark, over 56% of the Leagues members were from traditional first-world countries in Europe and North America.Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 5.] [32: Among the Leagues original members, there were only five Asian Countries (China, Japan, Thailand, and Iran)Edited by Kathleen Kuiper, , The Britannica Guide to Theories and Ideas That Changed the Modern World, New York: Britannica Educational Publishing, 2009, Hlm. 346.] [33: Ibid.]

Perkara ini menjadi masalah sekiranya liga mengadakan mesyuarat dalam memutuskan sesuatu tindakan. Mesyuarat merupakan satu amalan yang diamalkan oleh liga kerana liga ini mengamalkan sistem demokrasi.[footnoteRef:34] Sesungguhnya sistem demokrasi[footnoteRef:35] dilihat merupakan satu sistem pentadbiran yang sempurna kerana semua ahli mempunyai hak untuk bersuara. Dalam apa mesyuarat sekalipun, keputusan mesyuarat adalah bias dimana lebih menguntungkan pihak Eropah. Ini terjadi kerana bilangan ahli dari negara Eropah yang banyak untuk memenangi suara mojoriti semasa mesyuarat dilakukan. Jepun telah menyedari hal ini dan mereka telah mengambil langkah untuk menarik diri dari liga. [34: Yves Beigbeder, International Monitoring of Plebiscites, Referenda and National Elections: Self-Determinationand Transition to Democracy, London: Martinus Nijhoff Publishers, 1994, Hlm. 76.] [35: Demokrasi adalah sistem tempat orang dapat menentukan pilihannya sendiri dan berhak bagi melakukan kesalahan memilih. ( John Patrick)Jeniri Amir, 7000 mutiara kata, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd, 2006, Hl,. 72. lihat juga Yu Keping, Democracy Is a Good Thing: Essays on Politics, Society, and Culture in Contemporary China Washington D. C: The Brooking Institution, 2008. Hlm. 1.11]

Persoalannya di sini adalah, bagaimanakah tindakan Jepun yang menarik diri boleh memberikan kesan buruk kepada liga? Untuk menjawap persoalan ini dengan tepat, kita haruslah meneliti dan memahami apakah peranan yang dimainkan oleh Jepun dalam Liga Bangsa-Bangsa. Jepun merupakan sebuah kuasa yang besar di Asia. Malah ia juga mempunyai pengaruh yang sangat besar. Selain daripada itu, Jepun juga mempunyai sekutu yang kuat seperti iaitu Jerman dan juga Itali. Oleh itu, tindakan Jepun keluar daripada liga boleh mempengaruhi negara lain untuk turut keluar dari Liga Bangsa-Bangsa. Sebelum itu, Jepun merupakan ahli kekal bagi Liga Bangsa-Bangsa. Tindakannya untuk menarik diri dari liga boleh menyebabkan negara lain melihat liga dari sudut pandangan negatif. Hal yang dibimbangkan oleh liga benar-benar terjadi apabila Jerman dan juga Itali mengikut jejak Jepun menari diri dari liga. Saya bukanlah mengatakan bahawa Jepun yang mempengaruhi Jerman dan juga Itali untuk menarik diri dari liga. Namun, tindakan drastik Jepun ini serta apa yang berlaku kepada Jepun selepas itu sedikit sebanyak telah memberikan pengaruh kepada mereka untuk menarik diri. Mereka melihat liga sebagai sebuah entiti yang gagal. Ini jelas menunjukkan bagaimana tindakan Jepun itu sedikit sebanyak membantu menggagalkan Liga Bangsa-Bangsa.Walaubagaimanapun, ini bukanlah satu faktor utama yang menyebabkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. Ini kerana, masalah liga bangsa-bangsa yang sentrik eropah ini, adalah suatu masalah yang agak umum. Ia masih mempunyai banyak jalan penyelesaian. Lagi pula, masalah sentrik eropah bukanlah sebab utama mengapa Jepun menarik diri daripada Liga Bangsa-Bangsa. Ini kerana masalah lain iaitu konflik yang berlaku diantara Jepun dengan tindakan extreme Jepun di Asia pada waktu itu.[footnoteRef:36] Sememangnya sentrik eropah juga saya akui sebagai salah satu masalah liga namun ini bukanlah faktor utama Jepun menarik diri. Masalah ini juga mugkin boleh diselesaikan. Ini adalah dengan melihat pertubuhan antarabangsa yang wujud selepas Liga Bangsa-Bangsa iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun masih bersifat sentrik eropah, ia masih dapat bertahan sehingga pada hari ini dengan adanya penyertaan daripada Amerika Syarikat. [36: In March 1933, the Assembly adopted the Committees report, but Japan voted against it and Siam abstained. Japan then left the meeting and shortly afterwards withdrew its membership of the League of Nations Bob Reinalda, Op Cit.12]

2.5 Persenjataan Semula Pihak AxisLiga bangsa-bangsa menggariskan beberapa undang-undang untuk mengelakkan perang dunia berlaku sekali lagi. Antaranya adalah dengan meminta semua negara anggota untuk melakukan genjatan senjata.[footnoteRef:37] Ini jelas menunjukkan usaha liga untuk memastikan keamanan sejagat adalah amat bersungguh-sungguh. Walaubagaimanapun, perkara ini tidaklah seindah seperti yang disangkakan. [37: Jari Eloranta, Op Cit., Hlm. 6.]

Jerman melihat undang-undang genjatan senjata ini sebagai satu peluang ataupun platform untuk mengembangkan kekuatan tentera mereka yang telah mengalami kekalahan teruk semasa Perang Dunia Pertama secara rahsia. Sementara semua negara melakukan genjatan senjata, Jerman pula memulihkan tentera mereka untuk misi membalas terhadap Jerman yang memalukan mereka semasa Perang Dunia Pertama.Ini membolehkan Jerman yang kalah teruk[footnoteRef:38] semasa Perang Dunia Pertama mampu memulakan perang dunia kedua. Di sini kelemahan Liga amat jelas sekali. Walaupun terdapat sarjana yang menyalahkan Hitler atas kejadian Perang Dunia Kedua, namun terdapat juga sarjana yang mengatakan bahawa perang itu terjadi kerana tekanan yang diterima oleh Jerman[footnoteRef:39]. Liga Bangsa-Bangsa gagal untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh Jerman pada waktu itu. Ini merupakan faktor dominan perang dunia kedua berlaku. Namun, ia bukanlah faktor utama kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. [38: Matthew Florian, Op Cit., Hlm. 4.] [39: Orthodox view said Hitler had a fanatical will and a consistent program of aggression (Hugh Trevor- Roper, Alan Bullock, Andreas Hilgruber, Klaus Hildebrand). Hitler was an unprincipled opportunist constrained by internal politics, and responding to the ebb and flow of events in a flexible manner. Revisionist view said most revisionists reject the idea of Hitler being an all-powerful leader in complete control of events HISTORIOGRAPHY CAUSES OF WWII retrieved October 29 2013, from http://www.macgregorishistory.com/english/ib/WWII/causesww.html.13]

Berbalik kepada persenjataan semula yang dilakukan oleh pihak Axis, serangan Jerman terhadap Poland sehingga Poland menyerah kalah kepada Oktober 1939 membuktikan kekuatan tentera Jerman sudah berjaya dipulihkan pada waktu itu. Jerman pada ketika itu di bawah pimpinan Adolf Hitler. Agak menghairankan bagaimana sebuah negara yang mengalami kekalahan teruk sewaktu Perang Dunia Pertama mampu bangkit kembali. Jerman selepas perang mempunyai masalah ekonomi yang sangat teruk lantaran membayar ganti rugi yang banyak kepada Francis.Melalui fakta-fakta ini, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana dasar Liga Bangsa-Bangsa itu telah dimanipulasikan dengan sepenuhnya oleh Jerman untuk mengembangkan kekuatan ketenteraannya. Ini menunjukkan persenjataan semula pihak Axis merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan liga seterusnya mambawa kepada Perang Dunia Kedua. Walaubagaimanapun, jika kita melakukan analisis berdasarkan kepada fakta-fakta yang ada, keadaan seumpama ini kemungkinan besar tidak akan terjadi sekiranya Amerika menyertai Amerika. Walaupun Jerman mengembangkan kekuataan tenteranya, mereka mungkin tidak akan memulakan perang. Ini kerana rasa hormat terhdapa Amerika. Tambahan pula, Amerika mempunyai hubungan yang baik terhadap pihak Axis terutamanya dengan Jerman[footnoteRef:40]. [40: Matthew Florian, Op Cit.]

2.6 Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa Mengawal Negara FasisSeperti yang kita ketahui, negara-negara adalah negara yang mengamalkan pemerintahan secara diktator. Negara fasis (Jerman, Itali dan Jepun) terkenal dengan sifat agresif mereka. Malah, sewaktu persidangan pertama Liga Bangsa-Bangsa yang berlansung di Geneva Switerzerland pada tahun 1920, Jerman tidak dibenarkan mengikutinya. Ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa Jerman terlalu agresif[footnoteRef:41]. [41: Ibid., Hlm. 5.]

Jika kita melihat berdasarkan kepada anggota Liga Bangsa-Bangsa, kekuatan tentera Francis dan juga Britain sepatutnya dapat mengimbangi negara-negara fasis ini agar liga dapat bertahan lebih lama. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku. Francis mempunyai konflik dengan negara Britain. Ini menyebabkan mereka tidak dapat bergabung untuk mengawal negara fasis. Tambahan pula, Britain mempunyai hubungan yang baik dengan salah satu negara Fasis iaitu Jepun[footnoteRef:42]. Jerman pula mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat[footnoteRef:43]. Begitu juga halnya dengan Itali. Ini menyebabkan mereka kebal dengan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh liga. [42: Model United Nations Turkey( MUNTR), Op Cit., Hlm. XXIII.14] [43: Matthew Florian, Op Cit.]

Sifat keras kepala negara Fasis terbukti dengan tindakan-tindakan mereka yang mencabuli perjanjian, dasar dan juga undang-undang liga. Jepun menyerang Manchuria pada tahun 1931[footnoteRef:44]. Ini diikuti dengan serangan Itali terhadap Habsyah pada tahun 1935[footnoteRef:45]. Jerman juga tidak terkecuali apabila mereka tidak mengendahkan arahan liga dan terus mengembangkan kekuatan tentera mereka menerusi pimpinan Hitler. [44: Christopher Thorne, The Limits of Foreign Policy: The West, the League, and the Far Eastern Crisis of 1931- 1933, New York: G. P. Putnams Sons, 1972, Hlm. 136.] [45: Jari Eloranta, Op Cit., Hlm. 13.15]

Tindakan liga yang dilihat cuba untuk memulihkan keadaan pula menyebabkan negara-negar fasis menarik diri daripada liga. Ini telah membawa kepada Perang Dunia Kedua yang memberikan kesan yang lebih buruk daripada perang sebelumnya. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa mengawal negara fasis itu sendiri yang menyebabkan liga mengalami kegagalan. Hal ini kemungkinan besar tidak akan terjadi sekiranya Amerika Syarikat menganggotai Liga Bangsa-Bangsa. Amerika sudah pasti akan menggunakan kelebihan yang dimilikinya untuk memastikan objektif utama liga dapat direalisasikan.

3.0 ANALISISSetelah melakukan pembacaan secara menyeluruh mengenai faktor-faktor kegagalan Liga Bangsa-Bangsa, saya sersetuju bahawa ketiadaan Amerika dalam liga merupakan faktor dominan. Bermula daripada sejarah penubuhan pertubuhan antarabangsa ini, Amerika telah memainkan peranan yang penting melalui idea mengenai liga yang dikemukakan presidnnya yang ke-28, Woodrow Wilson. Terdapat beberapa kelebihan Amerika yang membolehkannya boleh dikatakan sebagai faktor utama kepada kegagalan liga.Menurut Matthew Florian, salah satu kelebihan Amerika ialah mereka mempunyai kekuatan tentera yang dihormati oleh semua negara di dunia. Kelebihan ini membolehkan mereka mampu untuk mengawal negara-negara lain termasuklah negara fasis. Oleh itu, ketiadaan Amerika dalam liga menyebabkan tidak ada satu pun negara anggota yang mampu mengawal mereka. Ini ditambahkan pula dengan keenganan Britan dan Francis untuk mengawal tindakan negara fasis yang keterlaluan kerana ingin menjaga kepentingan ekonomi.Terdapat banyak faktor yang dikatakan boleh menyebabkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa, namun, tunjang utama kepada faktor ini adalah Amerika itu sendiri. Di sini boleh saya katakan bahawa ketiadaan Amerika di dalam liga telah menyebabkan banyak faktor-faktor lain timbul. Terdapat banyak masalah yang timbul akibat tidak ada negara yang mempunyai kelebihan seperi Amerika Syarikat di dalam Liga Bangsa-Bangsa. kemuncak kegagalan liga ialah berlakunya Perang Dunia Kedua yang memakan jumlah korban yang terlalu banyak.Walaupun sarjana seperti Jari Eloranta tidak menyatakan bahawa Amerika merupakan punca dominan kepada kegagalan Liga Bangsa-Bangsa, melalui tulisan beliau, kita dapat simpulkan bahawa Amerika merupakan punca sebenar kepada masalah ini. Terdapat banyak faktor yang beliau telah senaraikan dan kesemua faktor tersebut beliau telah kaitkan dengan ketidakhadiran Amerika di dalam liga. Kita telah melihat bagaimana semua faktor-faktor yang dikatakan merupakan faktor kegagalan liga adalah berkaitan dengan Amerika. Ini menyebabkan, berdasarkan kepada peganalisisan secara menyeluruh, saya mengatakan bahawa Amerika merupakan faktor dominan kepada masalah ini. Dengan mengambil iktibar dan menjadikan Liga Bangsa-bangsa sebagai model contoh, sebuah pertubuhan antarabangsa akhirnya ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua 16berakhir. Pertubuhan yang dikenali sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini dirangka dengan begitu teliti agar kelemahan yang ada pada Liga Bangsa-Bangsa tidak berulang kembali. Selain itu, Amerika Syarikat juga telah menjadi salah satu anggota PBB dan kesannya, kita boleh lihat sehingga pada hari ini, PBB masih boleh bertahan sebagai sebuah pertubuhan yang terbesar di dunia. Kejayaan PBB adalah disebabkan kerana adanya Liga Bangsa-Bangsa yang menjadi model contoh. Selain itu, kejayaan PBB juga adalah kerana penyertaan Amerika di dalamnya. Dengan adanya PBB, maka perang dan konflik dapat diselesaikan dengan lebih berdiplomasi dan bukannya secara peperangan. Hal ini menunjukkan bagaimana besarnya kepentingan mempelajari sejarah dalam membentuk sebuah pertubuhan yang unggul seperti PBB.

4.0 KESIMPULANIdea penubuhan Liga Bangsa-Bangsa yang dicetuskan oleh Imanuel Kant melalui bukunya Prepertual Peace dan kemudiannya disuarakan oleh Presiden Woodrow Wilson sewaktu Persidangan Keamanan di Paris telah menyebabkan sebuah entiti pertubuhan antarabangsa iaitu Liga Bangsa-Bangsa telah dibentuk. Jika melihat kepada matlamat asal penubuhannya, liga ini mempunyai matlamat yang baik. Ia ditubuhkan untuk mengelakkan peperangan yang besar berlaku sekali lagi dengan cara cuba mengelakkan ataupun menyelesaikan konflik yang berlaku di antara negara anggota. Walaubagaimanapun, Liga Bangsa-Bangsa telah gagal mencapai matlamatnya malah dikatakan telah menyebabkan Perang Dunia Kedua. Ini adalah kerana ketidakhadiran Amerika dalam liga ini. Amerika mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh negara lain iaitu kekuatan ketenteraan yang dihormati oleh semua negara di dunia. Ini merupakan satu kekurangan kepada liga sehingga liga akhirnya mengalami kegagalan. Walaupun banyak faktor lain yang dikatakan telah menjadi penyebab kepada kegagalan liga, namun ia semuanya berkaitan dengan ketiadaan Amerika di dalamnya.

175.O BIBLIOGRAFI

BukuBeigbeder. Y. 1994. International Monitoring of Plebiscites, Referenda and National Elections: Self-Determinationand Transition to Democracy. London: Martinus Nijhoff Publishers.

Denson. J. V. 2006. A Century of War: Lincoln, Wilson, and Roosevelt. Alabama: Ludwig von Mises Institutes.

Edited by Jennifer Smith Stepanek, by Jimmy Carter. 2009. Just Peace: A Message of Hope. USA: Andrews McMell Publishing

Edited by Kathleen Kuiper. 2009. The Britannica Guide to Theories and Ideas That Changed the Modern World. New York: Britannica Educational Publishing.Fleming. D. F 1932. The United States and the League of Nations: 1918-1920. New York and London: G. P. Putnams and Sons.

Griffiths. R. 2005. Fascism. New York: Antony Rowe Ltd.

Model United Nations Turkey( MUNTR). 2013. League of Nations Study Guide MUNTR 2013. Ankara: Vedat Dalokay Cadessi 108/2 Gaziosmanpasa.

Jeniri Amir. 2006. 7000 mutiara kata. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Keping. Y. 2008. Democracy Is a Good Thing: Essays on Politics, Society, and CultureContemporary China . Washington D. C: The Brooking Institution.

Reinalda. B. 2009. Routledge Histry of international Organizations: From 1815 to the Present Day. USA& Canada: Taylor& Francis Froup.

Ryder. A. J. 1973. Twentieth-Century Germany: From Bismarck To Brandi. New York: Columbia University Press. Robertson, James C. t.t: 8. The Hoare-Laval Plan. (Library Reserve HIS 593, Deposited by Dr Tom O Connor).Qasim Ahmad. 2000. EROPAH MODEN ARUS SOSIOPOLITIK DAN PEMERINTAHAN EDISI KEDUA. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thorne. C. 1972. The Limits of Foreign Policy: The West, the League, and the Far Eastern Crisis of 1931- 1933. New York: G. P. Putnams Sons.

18Kertas KerjaEloranta. J. 2005., WHY DID THE LEAGUE OF NATIONS FAIL?, USA. Sixth European Historical Economics Society Conference. 9-10 September 2005.

Florian. M. 2009. The League of Nations: An Exercise in Futility?. 20th Century America I:1900-1945 A Cortes, Ph.D. Spring 2009.Wolfensberger. D. 2011. Woodrow Wilson, the Senate and the League of Nations Fight Introductory Essay. Congress Project Seminar Congress, The U.N. & the War Power: From Korea to Libya Woodrow Wilson International Center for Scholars. Monday, May 16 2011.

Dokumen KerajaanINS Official. United States History 1600-1987, Level ii One of a Series of Federal Citizenship Texts, Immigrations and Naturalizations Service U.S. Department of Justice.

Laman Web

HISTORIOGRAPHY CAUSES OF WWII:http://www.macgregorishistory.com/english/ib/WWII/causesww.html diakses pada 29/10/2013

19


Top Related