Download - assigment psv

Transcript

1.0 PENGENALAN

Seni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon,

seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini

sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni

lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi,

skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis,

seni ukir, seni bina dan sebagainya).

Pelbagai kreativiti seni telah ditonjolkan dan diadaptasikan dalam pelbagai

bentuk. Seiring dengan globalisasi dan perkembangan teknologi dan intelektual

manusia, unsur seni juga telah digunapakai terutama dalam bidang pendidikan awal

kanak-kanak.

“Shape Book” antaranya telah dicipta untuk menambah baik dan menarik minat

pembaca buku terutama golongan kanak-kanak. “Shape Book” ini terdiri dari

pelbagai bentuk antaranya bentuk haiwan, geometrid an sebagainya.

“Bentuk ialah bentuk yang mengandungi dimensi iaitu panjang, lebar dan

kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.”

(Kamus Dewan edisi ke-3 , 1997)

Bentuk secara umumnya harus bersifat :

a) Tiga dimensi (3D) iaitu mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman.

b) Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form

atau isipadu dengan tepat dan sempurna.

c) Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan.

d) Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang.

Buku pula dalam erti umumnya ialah “mencakup semua tulisan dan

gambar yang ditulis dan dilukiskan atas segala macam lembaran papyrus,

lontar, perkamen dan kertas dengan segala bentuknya. Ia berupa gulungan, di

lubangi dan diikat dengan atau dijilid muka belakangnya dengan kulit, kain,

karton dan kayu.”

(Ensiklopedi Indonesia (1980, hlm. 538))

1

Sesuai dengan definisi bentuk dan buku di atas, maka “Shape Book” boleh di

definasikan sebagai sebagai kumpulan kertas bercetak dan berjilid berisi

maklumat dengan jumlah halaman muka surat yang dapat dijadikan salah satu

sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Shape Book” yang dihasilkan harus sesuai bagi peringkat umur yang

tertentu. Ini amat penting bagi kanak-kanak. Buku-buku yang disediakan haruslah

mengambil kira tahap pekembangan kanak-kanak pada usia tertentu. Jika buku

yang dibaca sesuai dengan tahap perkembangan kognitif dan

sosial emosi mereka sudah tentu bahan tersebut dapat menarik minat kanak-kanak

untuk membacanya. 

Ini kerana pada peringkat awal bacaan, minat dan penghayatan kanak-kanak

terhadap buku tersebut akan memotivasikannya untuk mencari strategi bagi menyah

kod perkataan agar dia boleh membaca sendiri buku yang disukainya. Begitu juga

bagi pihak guru-guru, perlu mengambil kira krateria tadi agar “Shape Book” yang

dihasilkan boleh membantu dalam sesi pengajaran dan pebelajaran agar objektif

yang disasarkan tercapai.

2.0 PENGENALAN SENI VISUAL

Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau

disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah

catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat

dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik

membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa

rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi

pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun

bertulis. Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak

tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna),

prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan,

pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat,

teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan

jika laras bahasa ini dikuasai sepenuhnya oleh individu atau masyarakat.

2

“ Seni membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi

yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

Visual pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat

melalui deria penglihatan. “

(Kamus Dewan edisi ke-3 , 1997, m/surat 1244-45)

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa

maksud“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare”

bermaksud “memenuhi’.

Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan

(kebolehan) mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan

asli. Secara ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang

menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli yang bermaksud penghasilan

sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Bagi kanak-kanak pula , seni adalah sesuatu yang dinamik dan unik.Perlulah

diketahui bahawa perkembangan lukisan adalah menggambarkan peningkatan

kematangan. Proses interaksinya dengan alam sekeliling amat berguna sebagai

pendedahan untuk meningkatkan pengalaman dan kefahaman dalam membina

sesuatu konsep.

Eisner ( 1967 ) berpendapat, Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah

diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran.

Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak

adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka.

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat, Pendidikan seni

seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-

kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu

melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari aspek motivasi,

personaliti dan sebagainya.

Dalam Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar

3

2. Membuat Corak dan Rekaan

3. Membentuk dan Membuat Binaan

4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian

secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni

visual serta menghargai nilai baik.

3.0BIDANG DALAM SENI VISUAL

3.0.1 Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran

serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar

dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur,

imbangan dan komposisi.Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti

dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta

mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Antara kegiatan dalam bidang ini

ialah:

i) Lukisan ii) Catan

iii) Kolaj iv) Montaj

v) Cetakan vi) Resis

vii) Gosokan viii) Stensilan

ix) Percikan x) Gurisan

xi) Capan xii) Mozek

xiii) Poster

Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan

teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran

menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan

persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,

garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang

dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi

4

hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan

dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

3.0.2 Membuat Corak dan Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan

rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang

kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai

teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

3.0.2.1Corak tidak terancang:

i) C ii) Tiupan

iii) Titisan iv) Ikatan dan celupan

v) Renjisan dan percikan vi)

3.0.2.2Corak terancang:

i) Lukisan ii) Catan

iii) Cetakan iv) Capan

v) Lipatan dan Guntingan vi) Resis

vii) Kolaj viii) Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak

dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal

motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini

memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak

terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil

kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan

5

Contoh: Poster “Patriotik”

dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

3.0.3 Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap

aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan

aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk

dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan

juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik

penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan

alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan

membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

i. Arca timbul ii. Asemblaj

iii. Mobail iv. Stabail

v. Model vi. Diaorama

vii. Boneka viii. Topeng

ix. Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid

membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran

bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

6

Contoh: Corak Tidak Terancang (Tiupan)

3.0.4Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang

melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat

yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf

tradisional seperti:

i. Alat domestik ii. Alat permainan

iii. Alat pertahanan diri iv. Perhiasan diri

v. Batik vi. Tekat

vii. Ukiran viii. Tenunan

ix. Anyaman x. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam

budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan

teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja

diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses

pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.

Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,

nyanyian dan cerita.

7

Contoh: Mobail (Hidupan Laut)

Contoh: Kelarai

4.0KEPENTINGAN CORAK DAN REKAAN DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Me Fee (1977) menjelaskan bahawa lukisan kanak-kanak itu berkaitan

dengan berbagai-bagai aspek termasuklah komunikasi, simbolisma, bahasa,

psikologi dan budaya. Bagi Me Fee "attitude" kita tantang seni berkisar di

sekitar budaya, dan latarbelakang pengalaman.

Teori "Intellectualist" memberitahu kita bahwa kanak-kanak melukis

menurut apa yang mereka tahu, kenaI biasa dengan rupa dan rasanya. Mc Fee

menjelaskan lagi bahawa kanak-kanak berkomunikasi juga melalui lukisannya. Oleh

itu konsep ini menguatkan hujah beliau bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang

mereka tahu atau kenali.

“Shape Book” sangat sesuai digunakan oleh guru sebagai medium atau

bahan bantu belajar (BBB) di dalam kelas untuk memperkenalkan bidang corak dan

rekaan kepada murid-murid. “Shape Book” ini menarik dan dapat menarik minat

murid untuk terus focus pada pengajaran guru.

Membuat corak dan rekaan merupakan satu asas utama dalam sesuatu karya

seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional

mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Mmebuat corak dan rekaan ini

juga suatu bentuk kreativiti artistic yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif,

psikomotor dan efektif. Corak ialah satu susunan motif sama ada secara teratur,

terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada 2

cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh berbentuk

daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian

corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan

kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

“ Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan,

keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ).”

Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts )

8

Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada

murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya

meenjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan

kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan

sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang

dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan

teratur dan dalam motif yang diulang secara berturutan dalam baris dan lajur yang

sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya

menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di

antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu

menghasilkan corak yang menarik.

5.0 ELEMEN DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

5.0.1 Jenis-jenis motif dalam membuat corak dan rekaan

Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya.

Motif ialah daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Motif di dalam

membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada :

a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

b) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa

geometri yang lain.

c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia.

9

5.0.2 Unsur seni dalam corak dan rekaan

a. Garisan

b. Warna : Asas ( biru, merah dan kuning)

Sekunder ( hijau, ungu dan oren)

c. Jalinan

6.0PENUTUP

Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan

sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu

memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan

segenap pancaindera yang ada.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) seni adalah

penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan

kesenangan estetik ( Art is Expression ).

Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang

terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan,

kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. 

10

7.0BIBLIOGRAFI

Ahmad Suhaimi Mohd. Noor (2007), Sejarah Kesedaran Visual di Malaysia.

Taiping Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Cameron, D.Frazer, E.Harvey, P.Hampton, M.B.H & Richardson, K. (1992).

Researching Language. Issues of Power ang Method. London : Routledge.

Hassan Mohd Ghazali (2009), Teks Kreatif Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 dan

5, Kuala Lumpur.

Kaniappan, P. (1988). Quality in Teaching Art. Sains Malaysiana, 17 (4), 429 – 435

Luca, M.& Kent, R. (1968), Art Education : Strategies of Teaching. New Jersey :

Prentice Hall.

cikguafifah.blogspot.com/2012/01/apa-itu-pendidikan-seni-visual.html

senidansastera.blogspot.comartisenivisual.blogsport.com/2012/04/apa-itu-seni-reka-

grafik.html

www.myspace.com/tabloid06/blog/350234241

11


Top Related