Transcript

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER ENAM ( SEPTEMBER ) / 2012 HBAE1403 MENGGAMBAR

TUTOR PN NURUL HUDA BT MOHAMED

PELAJAR Nama No. IC No. Matrik : Nor Aini Bt Yusop : 730414045108 : 730414045108001

1

ISI KANDUNGANBIL 1.0 1.1 PERKARA Pengenalan Definisi Menggambar 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 1.1.5 1.1.6 1.1.7 1.1.8 1.1.9 Lukisan Catan Kolaj Cetakan Resis Gosokan Stensilan Percikan Gurisan MUKA SURAT 4 4 5 5 5 6 6 7 7 8 8 9 9 10 10 11 13 14

1.1.10 Capan 1.1.11 Mozek 1.1.12 Montaj 1.1.13 Poster 2.0 3.0 4.0 Penggunaan Media dan Teknik Dalam Menggambar Pandangan Tokoh Peranan Menggambar Terhadap Perkembangan Kanak-kanak 5.0 Kaitan Menggambar Dengan Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak. 6.0 Kajian Hasil Kerja Murid dan Kaitan Dengan Perkembangan Kanak-kanak

15

16

2

6.1 6.2 6.3 6.4 7.0

Kesan Terhadap Perkembangan Psikomotor Kesan Terhadap Perkembangan Kognitif Kesan Terhadap Perkembangan Emosi Kesan Terhadap Perkembangan Sosial

16 18 19 20

Maklumat Sokongan Teori Perkembangan Seni Kanak-kanak Victor Lowenfeld. Penutup Rujukan

22

8.0

26 33

3

1.0

Pengenalan 1.1 Definisi Menggambar

Menggambar merupakan satu respresentasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan. Ianya mengandungi suatu komposisi artistik yang mana dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan yang rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Selain itu, gambar ialah satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. Selain itu , respresentasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan gambaran huruf yang diterangkan adalah dalam bentuk grafik. Dalam teknik menggambar perkembangan, imaginasi,kreativiti dan ekspresi diri seseorang kanak-kanak perlu diutamakan. Bidang ini membolehkan kanak-kanak mengenali lebih dekat lagi kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Menggambar lebih menekankan aspek ruang, struktur,imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya seni. Antara kegiatan dalam bidang menggambar ialah; 1.1.1 Lukisan Lukisan ialah aktiviti menggambar yang menggunakan media kering seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin, comte dan lain-lain.

Contoh Lukisan

4

1.1.2 Catan Berlawanan dengan lukisan, catan merupakan aktiviti menghasilkan karya menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain lagi. Berbagai-bagai jenis berus dan alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapu bahan cat di atas sesuatu permukaan.

Contoh Catan

1.1.3 Kolaj Kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahanbahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik secara bebas dan bertindih. Bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai-bagai kesan kepada kandungan dan penyampaian.

Contoh Kolaj

5

1.1.4 Cetakan Cetakan pula melibatkan cara menghasilkan karya dengan menekankan sesuatu blok yang mempunyai sifat timbul dan tenggelam pada kertas, kain dan sebagainya. Warna disapu pada permukaan blok yang boleh dihasilkan menggunakan linoleum, polyfoam, kentang, sabun dan banyak lagi. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya sifat garisan yang keras akan ketara pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik terhasil daripada blok polyfoam.

Contoh Cetakan

1.1.5 Resis Teknik resis menggunakan bahan yang tidakbercampur antara satu sama lain. Contohny a warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin. Proses membuat batik ialah satu contoh resis. Di sekolah rendah, krayon boleh digunakan. Krayon disapukan pada kertas bagi menggantikan lilin. Apabila warna air disapu pada permukaan kertas, ia tidak akan bercampur dengan krayon. Kesannya akan terhasil dua kawasan dengan dua jenis kesan.

Contoh Resis

6

1.1.6 Gosokan Gosokan terhasil apabila krayon atau pensel warna ditekan pada permukaan yang kasar dengan jalinan yang berlainan.

Contoh Gosokan

1.1.7 Stensilan Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh Stensilan

7

1.1.8 Percikan Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek boleh digunakan untuk menghalang percikan warna ke atas permukaan kertas. Objek tersebut boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Contoh Percikan

1.1.9 Gurisan Guisan juga merupakan salah satu cara menghasilkan gambar. Permukaan kertas disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis. Gunakan alat yang keras atau tajam seperti paku, kayu atau plastik untuk mengguris pada krayon tersebut untuk menghasilkan gambar.

Contoh Gurisan

8

1.1.10 Capan Teknik capan sebenarnya hampir sama dengan cetakan. Cat air atau poster disapu ke atas sesuatu permukaan. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai motif seperti sayur-sayuran, cengkerang, daun dan sebagainya.

Contoh Capan

1.1.11 Mozek

Mozek pula ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menampal bahan seperti kertas warna, plastik, jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan secara tidak bertindih. Sempadan kepingan yang ditampal itu memberi kesan jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Contoh Mozek

9

1.1.12 Montaj Montaj ialah satu poses menghasilakan komposit gambar dengan cara menggunting dan mencantum beberapa foto daripada pelbagai sumber. Gambar-gambar disusun secara bertindih antara satu sama lain.

Contoh Montaj

1.1.13 Poster Poster ialah gambar pada sekeping kertas yang digunakan sebagai alat untuk mengiklankan sesuatu, alat propaganda dan protes dan alat untuk menyampaikan pesanan.

Contoh Poster

10

2.0

Penggunaan Media dan Teknik Dalam Menggambar Dalam bidang menggambar penggunaan media seperti cat air, cat minyak, cat poster ,

pastel dan oil pastel sering digunakan oleh para pengkarya. Cat air bersifat lur sinar, lembut dan legap.Ia akan menjadi tebal jika disapu secara berlapis-lapis. Bahantaranya ialah air dengan penguat gam Arab. Terdapat pelbagai teknik dalam menghasilkan catan air. Antaranya sapuan basah atas kering, kering atas basah, kering atas kering, renjisan garam dan renjisan warna. Cat poster hampir sama dengan cat air tetapi bersifat legap dan tebal.

Contoh Lukisan Cat Air

Contoh Lukisan Cat Poster

11

Cat minyak pula menggunakan turpentin sebagai bahantara dan minyak linsid sebagai pengilat. Ia lambat kering dan biasanya digunakan di atas kanvas. Teknik yang biasa digunakan dalam menghasilkan catan minyak ialah teknik titik, teknik glazing, teknik scumbling, teknik impasto dan teknik hard edge.

Contoh Lukisan Cat Minyak

Contoh Lukisan Pastel

12

3.0

Pandangan Tokoh Proses menggambar di peringkat kanak-kanak adalah teratur dan sesuai dengan

perkembangan tumbesaran mereka. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak

mempunyai

hubung kait yang rapat dengan proses perkembangan tumbesaran mereka. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor ,kognitif, emosi serta sosial mereka. Terdapat beberapa tokoh yang memberi pandangan yang menyokong bahawa aktiviti menggambar memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut merupakan daripada beberapa orang tokoh. Berdasarkan Teori konstruktivisme , kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif. Menggambar boleh dijadikan wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Menurut Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner pula,terdapat tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan. Pengabungan kesuburan dapat menangani masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Seterusnya dapat menjana kecerdasan minda kanakkanak dengan lebih menyeluruh. Pendekatan menggambar yang melibatkan integrasi pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran kanak-kanak kepada yang lebih kreatif. Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,kecerdasan yang berkaitan dengan intuitif,personal dan intrapersonal,praktik dan estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal serta interlektual. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran. Tanpa kita sedari perkembangan seni tampak minda kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat sekali. Sebelum meningkat remaja, kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak. Peringkat manipulatif sekitar umur 2 hingga 513

pandangan

tahun. Peringkat melakar simbol-simbol berumur 5 hingga 9 tahun dan peringkat pra-remaja iaitu sekitar umur 10 tahun hingga 13 tahun. 4.0 Peranan Menggambar Terhadap Perkembangan Kanak-kanak. Berdasarkan pendapat- pendapat yang dinyatakan, maka menggambar termasuk dalam aktiviti yang berkesan untuk mendorong perkembangan kanak-kanak. Antara peranan penting menggambar dalam diri kanak-kanak ialah memberi peluang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, sebagai cara berkomunikasi tanpa bahasa, serta membantu kanakkanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. Selain itu, menggambar dapat memupuk dan mengembangkan sifat inovatif para pelajar. Kanak-kanak dapat menajamkan penggunaan pancaindera terutamanya penglihatan melalui

penghasilan hasil seni dan ciptaan berdasarkan persekitaran mereka. Ini kerana, rekaan pertama seseorang kanak-kanak berkaitan dengan apa yang dilihatnya. Apabila mencapai umur remaja sekitar 10 hingga 15 tahun, tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang kanak-kanak itu sudah mulai menunjukkan kecenderungan untuk

mencipta sesuatu bentuk dengan lebih baik. Pada peringkat ini, sekiranya kanak-kanak diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menggambar juga dapat membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Seterusnya melahirkan generasi yang mahir dalam pelbagai bidang. Penganjuran aktiviti

menggambar yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Di samping itu, menerusi kegiatan menggambar, dapat memberi peluang kepada kanakkanak untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial serta meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti menggambar memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk saling menghormati dan memupuk perasaan toleransi , dan kerjasama. Kefahaman dan tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi.

14

5.0

Kaitan Menggambar Dengan Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak. Aktiviti seni mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu

kanak-kanak. Aktiviti menggambar mudah dilaksanakan dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari . Kanak-kanak mengenal sesuatu menerusi pelbagai aktiviti seperti menggosok, mengecap, melukis, catan dan sebagainya. Proses menggambar juga melibatkan perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. Mereka mengutip pengalaman melalui interaksi dan tindakan yang diambil. Dengan itu mereka berpeluang meluahkan perasaan secara lahiriah. Aktiviti menggambar juga melibatkan pergerakan yang sangat disukai oleh kanak-kanak. Ini dapat menjadikan mereka seorang yang cergas. Selain itu menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya seterusnya membolehkan mereka membina hubungan sosial sesama rakan dan lebih bertanggungjawab dalam setiap perlakuan . Mereka juga ingin diiktiraf dan diberi peluang untuk memainkan peranan yang penting dalam setiap aktivti yang dirancang. Kanak-kanak yang sedang membesar sangat mengharapkan dorongan dan bimbingan kepada usaha pembelajaran. Mereka perlu diberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan yang dilakukan dalam proses pembelajaran. Untuk menarik perhatian mereka, kanakkanak sepatutnya dibimbing mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa

menikmati pengalaman yang berjaya. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.

15

6.0

Kajian Hasil Kerja Murid dan Kaitan Dengan Perkembangan Kanak-kanak.

Hasil Kerja Murid Tahun 1 Zamrud

Hasil Kerja Murid Tahun 4 Nilam

Hasil Kerja Murid Tahun 5 Nilam

6.1

Kesan Terhadap Perkembangan Psikomotor.

Dalam tugasan ini saya memilih bidang membuat corak dan rekaan dalam aktiviti menggambar. Teknik menggambar yang saya pilih ialah teknik capan menggunakan warna air. Teknik capan hampir sama dengan teknik cetakan. Capan menggunakan bahan-bahan dengan permukaan yang terbentuk secara semulajadi manakala cetakan menggunakan bahan yang dibentuk sendiri sama ada melalui ukiran, renyukan gumpalan dan sebagainya.

Capan merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas suatu permukaan lain. Dalam erti kata lain, capan bermaksud mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu. Proses mengecap yang dipilih, dilakukan dengan cara memotong dan menyapu warna pada suatu permukaan kemudian ditekankan pada permukaan kertas lukisan.Bahan media yang dipilih terdiri daripada sayur bendi, daun, warna air dan kertas lukisan. Sesi pengajaran yang dijalankan melibatkan murid tahun 1, 4 dan 5.

Gambar corak yang dihasilkan oleh murid tahun 1hampir menyerupai contoh yang ditunjukkan oleh guru. Motif dihasilkan menggunakan sayur bendi. Walaubagaimanapun, murid menunjukkan kebolehan untuk menghasilkan satu motif sahaja daripada bahan yang

16

sama. Motif

terhasil secara potongan menegak sahaja. Ini kerana keupayaan murid

mengenalpasti corak jalinan yang terdapat pada sayur bendi masih rendah. Motif disusun dalam satu barisan yang tidak teratur. Ini mengakibatkan corak yang dihasilkan hanya terdiri daripada satu bentuk sahaja. Selain itu hanya satu warna sahaja digunakan untuk

menghasilkan karya ini iaitu warna merah.

Menurut Piaget, kanak-kanak yang berumur 7 tahun melalui peringkat pemikiran intuitif. Pada peringkat ini, pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung kepada ciri-ciri utama yang nampak nyata. Pendapat ini menyokong teori pembelajaran peniruan yang dilakukan oleh Bandura, 1963. Menurut Bandura, kanak-kanak peringkat ini cenderung untuk meniru apa yang diperhatikan. Di sini, dapat diperhatikan kemahiran psikomotor kanak-kanak ini di mana mereka menggunakan sepenuhnya deria mata mereka untuk melihat dan seterusnya meniru contoh corak yang ditunjukkan tetapi lebih terarah kepada bentuk yang benar-benar menarik perhatian mereka.

Seterusnya dalam karya murid tahun 4, dapat diperhatikan melalui hasilan kerja yang lebih kemas dan kreatif. Murid berjaya membentuk corak bunga tabur daripada motif yang dihasilkan daripada potongan sayur bendi.Sapuan warna kuning sebagai latar belakang kelihatan rata. Ini dibantu oleh kebolehan tangan mengawal berus ketika membuat sapuan pada permukaan kertas.

Dalam karya murid tahun 5 pula perkembangan psikomotor dapat dilihat dengan lebih jelas. Murid didapati menggunakan teknik renjisan ketika mewarnakan latar belakang. Teknik ini melibatkan pergerakan aktif otot-otot kecil dan besar pada tangan. Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik17

mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

6.2

Kesan Terhadap Perkembangan Kognitif

Didapati aktiviti capan ini juga berjaya mengesan perkembangan kognitif kanakkanak dari tahun 1 hingga tahun 5 ini. Menurut ahli psikologi Gagne, proses pembelajaran merupakan langkah-langkah individu memproses maklumat awal yang diterima. Gagne pula, telah memperkenalkan konsep celik akal yang bermaksud penyelasaian masalah berlaku secara tiba-tiba dan lengkap. Walaubagaimanapun seorang individu perlu masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsur berkaitan yang ada dalam persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas. Murid tahun 4 dan tahun 5 berjaya menghasilkan capan yang berbeza dengan contoh yang ditunjukkan. Ini kerana di peringkat tahun 1 mereka telah diperkenalkan dengan aktiviti ini. Berpandukan pengalaman yang lepas mereka menghasilkan satu susunan motif yang lebih kreatif. Murid tahun 4 menghasilkan corak capan seakan-akan batik manakala murid tahun 5 menghasilkan corak sepohon pokok bunga.

Menurut Immanuel Kant, seorang ahli falsafah konstruktivis, manusia bukanlah penerima maklumat yang pasif. Kanak-kanak menerima maklumat dengan aktif , menghubungkannya dengan maklumat terdahulu dan seterusnya membuat intepretasi ke atas maklumat itu. Aras kognitif dilihat mengalami peningkatan apabila murid ini mampu menghasilkan idea baru yang berbeza daripada contoh yang ditunjukkan.

Selain itu murid ini juga didapati mampu menghasilkan warna-warna baru yang dicampur daripada warna asas. Contohnya warna hijau daun dan warna coklat pada motif yang berbentuk batang pokok. Ini menunjukkan perkembangan kognitif dari sudut menjana kreativiti. Carl Rogers menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan18

menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.

Seterusnya perkembangan kognitif murid dapat

dilihat apabila murid ini dapat

mengaitkan bentuk motif dengan keadaan sepohon pokok yang sedang berbunga. Idea ini diterjemahkan secara spontan. Menurut teori perkembangan Lowenfeld peringkat ini dinamakan kelancaran.

Perkembangan ketara

dapat diperhatikan apabila murid tahun 5 dapat

menggabungkan beberapa teknik dalam menghasilkan karya mereka. Teknik renjisan digunakan ketika mewarnakan latar belakang. Berbeza dengan tahun 1dan tahun 4 yang menggunakan teknik catan biasa. Ini menunjukkan bahawa semakin membesar seseorang kanak-kanak, mereka semakin menghayati nilai-nilai estetika. Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan

pengetahuannya tentang perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka.

Lowenfeld (1975) percaya bahawa perkembangan estetika kanak-kanak tidak boleh dipisahkan dengan perkembangan kreativiti . Ini kerana menurut beliau, kedua-duanya dipengaruhi oleh faktor tumbesaran dan persekitaran yang membentuk ciri-ciri dan corak pemikiran mereka.

6.3

Kesan Terhadap Perkembangan Emosi. Emosi ialah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam

sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar sebagai ransangan kepada perasaan emosi. Oleh itu, proses kanak-kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masayarakat dikenali sebagai sosioemosi. Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanakkanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Mereka meniru tingkah laku emosi yang

19

diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang dipelajari disekelilingnya. Berdasarkan ketiga-tiga lukisan yang dihasilkan, perkembangan emosi murid juga dapat diperhatikan. Murid tahun1 didapati sangat berhati-hati ketika melakukan aktiviti. Mungkin ini merupakan pengalaman pertama mereka melakukan aktiviti ini. Rasa bimbang menyebabkan motif yang dihasilkan tidak ketara coraknya. Sebaliknya murid tahun 4 lebih yakin dengan aktiviti yang dijalankan. Menggunakan motif yang sama, murid ini bermain dengan unsur flora. Murid tahun 5 menunjukkan emosi yang lebih stabil apabila dengan yakinnya membentuk corak sepohon pokok bunga menggunakan tiga motif yang berbeza. Melihat kepada lukisan yang dihasilkan, didapati kanak-kanak sentiasa cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan. Mereka akan rasa gembira apabila hasil karya mereka dipuji dan dijadikan contoh kepada rakanrakan yang lain. Walaubagaimanapun, semakin meningkat umur mereka, didapati mereka semakin rasional dalam menerima kritikan berbanding dengan murid tahun 1 dan tahun 4 yang akan cepat berasa hati apabila hasil kerja mereka dikritik. Feldman (1976 ), mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari semasa ke semasa. 6.4 Kesan Terhadap Perkembangan Sosial.

Syamsu Yusuf (2007), menyatakan bahawa perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial merupakan satu

proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.Ia juga dapat diertikan sebagai proses seseorang belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi dengan meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan bekerjasama.

Sepanjang melakukan tugasan yang diberikan, murid-murid didapati melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan.Tahap kerjasama murid didapati meningkat apabila mereka didapati dapat melakukan aktiviti bersama tanpa20

mengganggu atau merebut bahan yang dibawa oleh murid-murid lain. Murid tahun 5 didapati lebih terbuka apabila mereka dengan sukarela berkongsi bahan yang digunakan sepanjang aktiviti dijalankan.

Didapati juga tiada banyak perbezaan antara murid tahun 1 hingga tahun lima apabila masing-masing inginkan pengiktirafan sosial. Mereka sentiasa berusaha menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh guru dan rakan sebaya. Imaginasi mereka diterjemahkan dalam bentuk nyata. Kebebasan yang diberi kepada mereka mewujudkan suasana gembira dan riang sepanjang aktiviti dijalankan. Bezanya, murid tahun 4 dan 5 mampu mengawal kebebasan yang diberi supaya disiplin sentiasa dijaga.

21

7.0

Maklumat Sokongan

Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-kanak Mengikut Teori Victor Lowenfeld

Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld . Beliau ialah seorang profesor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan-peralatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut:

i. Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara suka - suka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak22

mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari segi warna, bentuk dan sebagainya.

Contoh Lukisan Kanak-kanak 2-4 tahun

ii. Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun) Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut. Cara melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek.

Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun23

iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman. Contohnya, lukisan pemandangan di taman permainan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauh dengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif.

Contoh Lukisan Kanak-kanak 7-9 Tahun

iv. Peringkat Kesedaran Realisme (Dawning Realism : 9-12 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti .Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanakkanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut.

24

Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun

v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 12 - 14 Tahun

25

vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Contoh Lukisan Kank-kanak 14 17 Tahun

8.0

Penutup

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Melalui aktiviti menggambar misalnya, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.

Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan

26

prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.

Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi serta menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Menerusi aktiviti menggambar yang dijalankan juga, murid-murid dapat dilatih membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, memupuk nilainilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

Perkembangan kreativiti kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.Sebenarnya setiap kanak-kanak mempunyai bakat semulajadi yang berkembang seiring dengan pertambahan usia mereka.

27

2.1 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata pelajaran Tarikh Masa Tahun Bilangan Murid Bidang Tajuk Aktiviti

: Pendidikan Seni Visual : 11 Oktober 2012 : 12.10 1.10 tengah hari : 1 Zamrud, 4 Nilam , 5 Nilam : 35 orang, 41 orang, 38 orang : Membuat Corak dan Rekaan : Pembalut Hadiah : Menghasilkan pembalut hadiah menggunakan teknik capan.

Kemahiran fokus

: Menggunakan teknik capan untuk menghasilkan corak pada pembalut hadiah.

Objektif Modul

: Guru dapat mengajar murid-murid cara-cara untuk menghasilkan pembalut hadiah menggunakan teknik capan berasaskan sayur-sayuran.

Objektif P&P

: Pada akhir pengajaran murid dapat : Tahun 1 Zamrud Membuat corak dalam susunan berjalur secara berselangseli menggunakan media sayur bendi dan warna air. Tahun 4 Nilam Membuat corak motif flora menggunakan media sayursayuran dan warna air. Tahun 5 Nilam Menghasilkan corak dengan gabungan lebih daripada satu teknik menggunakan media daun, berus, bendi dan warna air.

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid mengenali sayur-sayuran yang digunakan. Murid tahu cara memotong sayur-sayuran.

Penerapan Nilai Murni

: Keselamatan, kerjasama dan ketelitian.

28

Alat Bantu Mengajar

: Contoh gambar, kertas lukisan, Warna air, bendi, daun,berus lukisan dan pisau.

KBKK

: Membanding, membeza, menjana idea .

29

Perkara Set Induksi ( 5 minit)

Tajuk 1. Nyanyian lagu bertajuk vegetable 2. Perbincangan dan soal jawab.

Aktiviti P&P 1. Guru memasang Lagu Vegetable

Catatan/ABM/Nilai

Kecerdasan Pelbagai : 2. Murid mendengar lagu yang dimainkan. 3. Murid menyanyi bersama-sama. 4. Guru mengaitkan dengan pengajaran pada hari ini. Verbal Linguistik, interpersonal, intrapersonal

( Peringkat Rangsangan)

Aktiviti 1 Memperkenalkan tajuk

1. Pelbagai kaedah menghasilkan corak untuk

1. Guru menunjukkan beberapa contoh gambar corak pembalut hadiah menerusi pelbagai kaedah penghasilan. 2. Guru menunjukkan contoh gambar menggunakan teknik capan. 3. Murid menyatakan perbezaan dan keistimewaan setiap gambar.

1. Resis

( 10 minit )

kertas pembalut hadiah.

2. Tiupan

( Peringkat Penerokaan )

a. Resis b. Capan 2. Tiupan

3. Capan

Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistic BBM : Contoh gambar.30

Aktiviti 2 Perkembangan aktiviti

Menerangkan konsep capan dan membuat tunjuk cara.

1. Murid memerhati dan mengkaji jenis sayuran yang mempunyai jalinan corak. 2.Guru menerangkan

KBKK (Kreatif ) Merekacipta Penerokaan Teori Kecerdasan Pelbagai. Nilai : Berdisiplin Mematuhi arahan

minit

( Peringkat Perancangan)

definisi capan. 3. Guru menerangkan jalinan yang terdapat pada sayur bendi. 4. Murid memerhatikan langkah-langkah tunjuk cara. 5. Guru menunjukkan contoh sayur lain yang boleh digunakan dalam aktiviti capan.

BBM : Pisau, bendi, bawang, kentang, daun.

Aktiviti 3 minit

1. Menghasilkan capan.

1. Guru meminta murid berada dalam kumpulan yang

Langkah 1

Peringkat Aktiviti

ditetapkan. 2. Murid memotong sayur dengan pelbagai gaya potongan. - melintang

- menegak

31

Langkah 2 3. Murid menghasilkan corak dalam pelbagai susunan seperti selang seli dan berjalur.

4. Murid menghasilkan capan dengan bimbingan guru.

Langkah 3

Kecerdasan Pelbagai: Jana idea BBM : Pelbagai jenis sayur, warna air, pisau, berus lukisan,kertas lukisan.

Penutup Sesi Apresiasi dan Refleksi 10 minit

Membuat refleksi bagaimana penghasilan karya capan dibuat.

1. Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat. 2. Murid menerangkan tentang hasilan yang

Contoh capan lengkap

( Peringkat Kajian Semula )

dibuat kepada rakan sekelas.

32

Rujukan Abdul Shukor Hashim, Badrul Isa, Khairezan Rahmat, Zuraimi Zakaria.(2011) Perkembangan Seni Kanak-kanak. Selangor : OUM Amabile, T.M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer Verlag. Al Hurwitz & Micheal Day (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas Azahar Asmawi, Cherel Jaafar. (2011). Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 1. Selangor : Ilmu Bakti. Burton, J.M. (1994). The arts in school reform. Teachers College Record, 95, 477- 493. Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies in Art Education, 41, 330-345. Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified Child Quarterly, 25(4), 154-158. Clark, G.A. (1993). Judging childrens drawing as measures of art abilities. Studies in Art Education, 34, 72-81. Jeff Low, Syndia Low, H. Heather. ( 2011 ). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2. Shah Alam : Cerdik Publication. Haslinda Madon. (2011). Menggambar. Selangor : OUM Kurikulum Pendidikan Seni Sekolah Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani. (2011). Selangor : OUM Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual Bensenville, IL: Scholatic Testing.

33


Top Related