Transcript

Kesan Alkohol Terhadap Kesihatan

Noriyati binti Tasiman

660602105090002

HBHE3103-Gaya Hidup Sihat

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah, Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Dengan berkat kurniaNya serta bantuanNya juga dapatlah saya menyiapakan tugasan ini. Saya amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberi kekuatan, semangat dan kesabaran untuk menyiapkan tugasan ini, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Mohd Sani bin Madon selaku tutor Kursus HBHE3103 Gaya Hidup Sihat yang telah mengajar saya dan memberi idea-idea yang baik sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga turut diberikan kepada semua pensyarah di Universiti Terbuka Malaysia dan rakan-rakan seperjuangan serta semua yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya saya ingin merakamkan kejayaan ini kepada keluarga tersayang. Buat suamiku dan anak-anakku yang dikasihi, segala pengorbanan kalian akan tetap dikenang dan semoga diberkati Allah. Kejayaan ini tidak mungkin diperolehi tanpa semangat, dorongan dan kesabaran keluargaku tersayang.

Noriyati binti Tasiman

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Penghargaan

1

2. Soalan 1

23. Pendahuluan

34. Mengukur Kadar Nadi Latihan

3 - 55. Program Meningkatkan Kadar Nadi Latihan

5 - 76. Kesan Senaman Daripada Aspek Fisiologi

8 - 97. Teknik Mengawal Stres

10 - 12

8. Dua Jenis Alkohol dan Kesan-kesan Terhadap Tubuh

13 - 189. Penutup

1810. Rujukan

1911. Lampiran

SOALAN 1

Anda adalah seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah menengah mengajar di Tingkatan Empat. Anda dikehendaki melatih murid anda yang menjalankan senaman mengikut prosedur yang betul. Untuk melakukan tugasan ini, anda dikehendaki merangka program di bawah:

1. Anda dikehendaki mengajar murid mengira Kadar Nadi Latihan (KNL) mereka menggunakan formula Karnoven pada kadar 70%-80%. Kira kadar nadi latihan untuk murid anda.

Formula :

KNL= KNR + I (KNM-KNR)

2. Anda dikehendaki menggunakan prinsip senaman asas FITT, rangka program senaman untuk murid anda. Di dalam program tersebut, senaraikan jenis aktiviti senaman yang boleh meningkatkan KNL.

3. Bincangkan kesan senaman daripada aspek fisiologi. Bagaimanakah senaman dapat meningkatkan kekuatan otot jantung, kekuatan paru-paru dan kekuatan otot. Huraikan juga bagaimana senaman dapat meningkatkan kecergasan, ketangkasan dan koordinasi murid anda.

1. PENDAHULUAN

Penggal persekolahan baru bermula. Saya sebagai seorang guru pendidikan jasmani mengajar murid tingkatan empat ditugaskan untuk merangka satu program latihan sepasukan atlit seramai 10 orang yang akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik.

Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedah-kaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai. Untuk peringkat permulaan, saya mengajar murid mengira Kadar Nadi Latihan (KNL) dengan menggunakan formula Karnoven.1. 1 Mengukur Kadar Nadi LatihanKeupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga. Dengan menggunakan formula Karnoven kita boleh mengira KNL dengan tepat.

KNL= KNR + I (KNM-KNR)

1.1.1 Kadar Nadi Rehat (KNR)Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk selama seminit.

Pengiraan bagi seorang atlit tingkatan 4

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Umur subjek ialah 16 tahun.

KNL pada kadar 70%-80%

KNM= 220 -16

= 204 dsm

KNL (minimum)= KNR + I (KNM-KNR)

= 60 + 70% (204-60)

= 60 + 70% (144)

= 60 + 100.8

= 160.8 dsmKNL (maksimum)= KNR + I (KNM-KNR)= 60 + 80% (204-60)

= 60 + 80% (144)

= 60 + 115.2

= 175.2 dsm

1.1.2 Kadar Nadi Maksimum (KNM)Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 di mana 220 telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senaman sebagai satu angkatap formula.

KNM = 220 - Umur

Umur subjek ialah 16 tahun.

Intensiti adalah antara 70%-80%

KNM

= 220 16

= 204 dsm.

= 70/100 (204)

= 142.8 dsm

KNM

= 220 16

= 204 dsm.

= 80/100 (204)

= 163.2 dsm1.1.3 Kadar Nadi Latihan (KNL)Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL). Melalui latihan individu, KNL boleh berubah. Perubahan itu berdasarkan kepada intensiti senaman yang dipilih.KNM

= 220 16(umur)

= 204 dsm

KNR

= 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm.

KNL

= KNM KNR

= 204 72

= 132 dsm.

2. PROGRAM SENAMAN YANG MENINGKATKAN KNL2.1 Objektif ProgramDi akhir program kumpulan sasar / pelajar 1. Dapat meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mereka.2. Menyatakan aktiviti-aktiviti senaman yang boleh meningkatkan KNL.

2.2 Isi Kandungan

a. Prinsip senaman

b. Konsep FITT

c. Panduan Senaman

2.3 Masa : 30 minit2.4 Aktiviti :-2.4.1 Prosedur:-a. Murid (10 orang) dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.

b. Ketua kumpulan diberi pilihan untuk memilih kad-kad gambar yang disediakan oleh guru.

c. Setiap murid membaca prosedur atau arahan yang terdapat kad gambar.d. Murid dalam kumpulan mengambil kadar nadi, kemudian melakukan aktiviti-aktiviti memanaskan badan dan regangan.Aktiviti Memanaskan Badan.

i. Minta pelajar membuat satu bulatan dan lari setempat/ lari kapal terbang/ lari ulang-alik/ lari rama-rama dan pelbagai gerakan regangan selama 3 hingga 5 minit.

ii. Buat aktiviti regangan menbikut panduan (cara-cara regangan) untuk selama 5 minit.

e. Murid dalam kumpulan melakukan aktiviti seperti dalam kad gambar selama 5 minit.

f. Murid dalam setiap kumpulan mengambil kadar nadi selepas aktiviti tamat.

g. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan seterusnya sesi refleksi.

Aktiviti Menyejukkan Badan.

i. Arahkan pelajar berdiri dalam kumpulan.ii. Fasilitator berdiri di tengah bulatan

iii. Buat aktiviti regangan untuk menyejukkan badan mengikut panduan cara menyejukkan badan.

i. Murid menyuarakan perasaan mereka tentang aktiviti yang telah dilakukan dan guru memberi respons terhadap pengalaman yang baru murid peroleh.2.5 Alat Bantu Mengajar

Panduan Melakukan Regangan

Wisel Jam randik

Skital

Kad gambar

2.6 Lokasi

Di padang /di dalam dewan /kelas kosongNota:Satu program yang menyeluruh dilakukan secara berterusan selama 3 hingga 6 minggu. Dalam satu minggu latihan hendaklah dilakukan 3 hingga 4 kali secara berselang bergantung pada individu. 3. KESAN SENAMAN DARIPADA ASPEK FISIOLOGI

Senaman ataupun latihan jasmani merupakan satu aktiviti yang memberikan berbagai kebaikan. Senaman boleh memberikan berbagai manfaat kepada seseorang jika ia diamalkan selalu. Dengan amalan ini ia memberikan seseorang peluang untuk berfikir dengan lebih pantas, besar kemungkinan boleh hidup lebih lama serta kelihatan cergas dan segar.

Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan. Metabolisme badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan dan optima. Kebolehan atlet melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh simpanan tenaga dalam badan.

Nagle dan Basset (1984) merumuskan bahawa prestasi pelari adalah bergantung kepada aspek fisiologi. Atlit yang mempunyai fisiologi yang tinggi sesuai dengan keperluan acara akan muncul sebagai pemenang. Sebagai contoh dalam larian jarak jauh kelajuan dan intensity dipengaruhi oleh tahap ambang lactate.

Senaman yang dilakukan secara tetap dan berterusan akan mempertingkatkan system fisiologi tubuh badan. Pada peringkat permulaan, kadar denyutan jantung anda akan meningkat kepada kadar kerja yang ditetapkan. Perubahan ini akan mempertingkatkan kekuatan otot jantung untuk mengepam darah dalam isipadu yang banyak melalui kadar denyutan yang paling minima. Perubahan juga berlaku pada tahap ketahanan denyutan jantung, di mana ia mampu melakukan kerja mengempam darah dalam satu jangka masa yang lama tanpa kepenatan. Ini akan menimbulkan daya tahan aerobic anda.Selain itu, kadar system keupayaan respitori anda juga akan meningkat ke kadar yang lebih tinggi. Ini akan membuat kita berupaya bernafas dengan lebih baik dan kuat. Perubahan ini akan membuat kadar pangembilan oksigen meningkat, di mana secara langsung akan meningkatkan bekalan oksigen kepada sel-sel di dalam tubuh badan anda. Ini akan membuatkan sel-sel tersebut dapat bekerja dengan lebih efisen.

Seterusnya, kadar tahap kekuatan otot, kuasa, kecergasan dan ketangkasan dan koordinasi anda juga akan bertambah dengan berlakunya perubahan fisiologi pada tubuh badan anda. Keadaan ini akan menjadikan anda seorang individu yang cergas dari segi fizikal berbanding individu yang sedentri. Kita akan menjadi lebih bertenaga dan berupaya melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan lebih lama tanpa mudah mengalami kepenatan.

Akhirnya, kadar nadi rendah (KNR) akan menurun setelah murid menjalani latihan selama 4 minggu secara berterusan. Kebanyakkan atlit mempunyai saiz jantung yang lebih besar dan mempunyai kadar nadi yang rendah dari orang biasa iaitu dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Darah akan dipam dengan cepat ke seluruh badan. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda.SOALAN 2

Bincangkan dan huraikan DUA teknik untuk mengawal dan mengatasi stres serta konflik.

2. PENGENALAN

Jika anda mempunyai simptom-simptom stres anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stres/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stres/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tidak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stres. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang. Contohnya, apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai, jika kita jadi gementar terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Masalah di tempat kerja, kesesakan lalu lintas dan kesibukan melayan kerenah anakanak di rumah juga amat memeningkan kepala. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stres atau tekanan. Stres merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.

Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stres dalam Program Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur barubaru ini kita tidak dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak menjejaskan kehidupan.

2.1 TEKNIK MENGAWAL STRES

2.1.1. Pengurusan MasaSekalipun perancangan memakan masa pada peringkat awal, perancangan mengimbangi masa itu secara berlebihan dengan mendatangkan hasil yang lebih baik dan dengan menjimatkan masa dalam pelaksanaan sebenar aktiviti. Jadi luangkan masa untuk merancang. Tulis semua perkara yang anda rancang lakukan pada esok hari dan kemudiannya nilaikannya mengikut mana yang lebih penting.

Kumpul dan Uruskan

Buat dan kaji

Proses dan

Semula

tetapkan keperluan

Rajah : Langkah-langkah pengurusan masa

Kita juga hendaklah bijak mengatur rutin seharian supaya segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan bijak dan positif. Elakkan membuat tugasan di akhir masa. Pengurusan masa amat penting kerana ia dapat membantu kita mengawal stes dengan cara yang terbaik. Hargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti dengan efektif. 2.1.2 Teknik Relaksasi

Teknik Relaksasi seperti Yoga boleh mengawal stres

Teknik relaksasi boleh juga digunakan untuk mengawal stres. Ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa mengira waktu dan tempat. Teknik ini dapat mengatur balik peredaran darah di dalam tubuh badan anda dan membuatkan anda merasa lebih segar seterusnya mengurangkan stres.Relaksasi otot secara progresif dan sistematik boleh dilakukan pada waktu rehat. Teknik ini bukan sahaja dapat membantu anda mengawal stres tetapi juga dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan psikologi. Ini kerana relaksasi ada hubung kait dengan senaman yang baik untuk kesihatan. Ianya mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan tempat yang luas atau masa yang lama.2.1.3 Penepatan Keperluan

Kita mesti berfikiran terbuka dan positif apabila mengalami stres dengan menetapkan keperluan yang penting dahulu. Kita mesti memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang penting untuk mengelakkan stres akibat kerja yang tidak dapat disiapkan tepat pada masanya.

Untuk mengelakkankan daripada terlupa membuat tugasan-tugasan yang penting, buatlah satu jadual. Kita juga boleh membuat peringatan di atas meja, di dalam diari dan di dalam komputer supaya tidak terlupa. Jangan suka menangguhkan kerja kerana ini akan menyebabkan kerja bertambah banyak. Kita mengalami stres melihat banyak tugasan yang masih belum disiapkan. Oleh itu, sentiasa ingat dan peka dengan tugasan yang diberikan.

SOALAN 3

Terangkan dua jenis alkohol dan kesan-kesannya terhadap tubuh badan anda.3. DUA JENIS ALKOHOL

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan. Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

Minuman yang mengandungi alkohol yang memabukkanMinuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum. Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Penggunaan alkohol dalam bahan citarasa (Flavour) minuman ringan ini. Proses pembuatan minuman ringan tidak sama dengan pembuatan arak, oleh itu minuman ringan halal diminum kerana ia tidak memabukkan dan tidak memberi mudharat kepada orang yang meminumnya. Menurut kitab"AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah " dalam bab "An najasat juzu 1, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah harus. Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatankuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan (Ho). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah:-1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)

2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

3.2 KESAN ALKOHOL TERHADAP TUBUH BADAN. Setelah menjalankan kempen anti-merokok Tak Nak, Kementerian Kesihatan kini mengorak langkah mengadakan kempen anti-alkohol pula. Ini bertujuan bagi memberikan kesedaran tentang bahaya alkohol.

Alkohol bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan jangka pendek dan jangka panjang. Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 12 jam kemudian. Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama beberapa bulan atau tahun. 3.2.1 Kesan utama Alkohol boleh menyebabkan penyakit jantung, hati atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan pembunuhan diri.

Pelbagai penyakit akibat alkohol3.2.2 Kesan pada otakSelepas minum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah. Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf.

Alkohol juga memberi kesan yang tidak baik kepada otak

Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya. Alkohol juga menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal. Kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

3.2.3 Kesan pada hatiSetiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Bengkak hati akibat alkohol yang serius

Bengkak hati (hepatitis) juga boleh berlaku disebabkan oleh lebihan toksik alkohol. Pada mulanya ia menyebabkan hati mengembang dan lama kelamaan saluran darah akan mengecut. Ini menyebabkan darah tidak dapat mengalir ke hati dengan sempurna dan akhirnya saluran darah akan membengkak lalu pecah. Pada peringkat kritikal, penghidap hepatitis akan mengalami muntah darah dan najis mereka akan bercampur dengan darah. 3.2.4 Kesan pada perut Alkohol menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.

Kerengsaan pada perut menyebabkan ulser3.2.5 Kesan pada sarafAlkohol juga boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, depresi dan kecenderungan membunuh diri.

Pelbagai penyakit saraf disebabkan alkohol

3.2.7 Kesan pada janin Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata, dan kelemahan sendi-sendi.

Janin di dalam rahim yang tidak sihat disebabkan

pengambilan alkohol yang berlebihan.

3.2.8 Kesan lainSeterusnya, alkohol akan bertindak dengan pelbagai sistem dan organ tubuh. Contohnya, kesan terhadap sistem peredaran tubuh menyebabkan darah lebih banyak dialirkan ke kulit. Ini menyebabkan kulit peminum menjadi kemerah-merahan dan perpeluhan meningkat. Pengepaman jantung juga bertambah pantas dan kuat seperti individu yang sedang melakukan senaman. Kepada penghidap penyakit jantung, mereka mempunyai kemungkinan diserang penyakit itu.

Peminum alkohol lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol boleh merencatkan hormon penahan kencing. Seseorang itu mungkin mungkin mengalami anemia, hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin. Minum alkohol berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15 kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.3.3 PENUTUP

Akhirnya, alkohol boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan, kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan sebagainya."

RUJUKAN

1. Buku

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail dan Mohamed@Mohd Sadek Mustaffa. (2008). HBHE3103 Gaya Hidup Sihat. Open University Malaysia

Dzulkifli bin Ismail. (2005). Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 4. DBP. Kuala Lumpur.Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri Bistari .Kementerian Kesihatan. (2003). Modul Kemahiran Cara Hidup Sihat : Aktiviti Fizikal. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Website

http://www.prn2.usm.myhttp://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20080727055308/Article/www.infosihat.gov.my/Presentation/STRES.ppthttp://www.google.com.my/search?hl=en&q=kadar+nadi+latihan&meta=

http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_S_senaman_p03.htmlhttp://www.rasdian.edu.my/pengurusan_stress.htmLAMPIRAN

INCLUDEPICTURE "http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/2003/organ.jpg" \* MERGEFORMATINET

PAGE 5


Top Related