Transcript
Page 1: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan-soalan Perbincangan:

1. Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam

konteks memupuk perpaduan nasional ?

2. Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang

mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

3. Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan

Malaysia.

4. Huraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan

etnik yang harmonis di Malaysia.

5. Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubahan

perlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda.

6. Huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan etnik di Malaysia

dalam menuntut kemerdekaan.

7. Berdasarkan kepada pembacaan anda, sediakan satu pelan tindakan tentang

usaha anda untuk mengeratkan perhubungan antara etnik murid kelas di

sekolah anda.

8. Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satu

laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda

dalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

|

Page 2: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan 1:

Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam

konteks memupuk perpaduan kaum ?

Perpaduan boleh diertikan sebagai suatu proses yang menyatupadukan

seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama yang dapat diterima serta perasaan

cintakan dan banggakan tanah air.

Asas Perpaduan Kaum di Malaysia

1. Perkongsian Kuasa Politik

Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa

tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu dijaga dan dilaksanakan

dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan.

Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam pilihraya dan calon-calon

yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja dan

pembahagian yang adil amat dititikberatkan dalam usaha menjayakan perkongsian

kuasa politik di Malaysia;

2.  Kerajaan Demokrasi

Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-

undang negara, boleh menyuarakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam

pilihanraya dengan bebas dan adil. Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya

dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi

|

Page 3: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau

Dewan Rakyat.

3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum

Kadar kemiskinan yang tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika

ianya dibiarkan akan timbul masalah lain antaranya kecemburuan sosial antara

pribumi dengan kaum-kaum lain, merasa diri tertindas, gejala sosial, peningkatan

kadar jenayah dan sebagainya. Bagi mengatasi keadaan ini, pembahagian "kek

ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum

yang ada di Malaysia. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai

cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi

Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dengan

lain. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah

pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. Tahap

pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik.

5. Toleransi Budaya & Agama

Memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain.

Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing-masing

tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara satu sama lain.

|

Page 4: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

 KONSEP INTEGRASI

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional

dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, dan lokasi

dalam sesebuah unit politik. Unsur-unsur integrasi terdiri daripada :

i. Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur.

Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia

Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung

Malaysia;

ii. Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik;

iii. Integrasi kebudayaan antara lainnya melibatkan usaha-usaha untuk

membentuk satu kebudayaan kebangsaan;

iv. Integrasi sosial ialah merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat

melalui program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan, dan kesihatan.

v. Integrasi pendidikan yang bertujuan untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani, dan

rohani; dan

vi. Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat

melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

|

Page 5: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Dalam proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah merupakan

suatu usaha yang mudah. Integrasi merupakan satu proses yang amat kompleks.

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula

dengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan berbentuk sebati

iaitu amalgamasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah-wilayah dalam

sesebuah negara dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai.

Perhubungan ini seterusnya mampu menuan sosgurangkan konflik dan

mengutamakan persefahaman serta mewujudkan perasaan harmonis antara

pelbagai pihak.

KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara

kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan

kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden ( ahli sosiologi ),

asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir,

berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial

serta budaya yang sama ( Chew Hock Thye. 1975).

Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan

penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep yang diwakili dengan

formula A+B+C=A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara itu

B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Antara contohnya ialah orang Melayu di

Thailand yang telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa,

dan hampir semua aspek kehidupan mereka kecuali agama telah disatukan dengan

amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas

masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya

|

Page 6: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

proses asimilasi. Namun, bagi etnik Cina di Kelantan dan Baba dan Nyonya di

Melaka, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan

kepercayaan dan agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli

kumpulan etnik berbeza budaya bagi tempoh masa yang lama. Kejayaan asimilasi

umumnya bergantung kepada; kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti

mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti ; terdapat banyak persamaan

budaya antara kumpulan etnik ; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima

kumpulan etnik minoriti.

KESIMPULAN

Kepelbagaian etnik di atas sama ada secara langsung atau tidak memainkan

peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Keharmonian hubungan etnik di

Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masyarakat melalui rumah terbuka,

penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa. Sebagai ahli masyarakat

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus menggelakkan

sikap prejudis, stereotaip, rasisme, dan dikriminasi bagi memupuk keharmonian dan

perpaduan nasional. Sebaliknya konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan

dalam menjalinkan hubungan pelbagai etnik di Malaysia.

|

Page 7: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan 2:

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH

Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara

ialah plurality dan masyarakat plural (plural society).

Pluraliti : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa

di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ( Eropah ) yang

terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di

sebaliknya.

Masyarakat Plural : ianya terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang

Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia

Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal

berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang

wujud di Asia Tenggara. Kesannya daripada itu wujudlah kelompok-kelompok

masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di

tempat yang sama (Masyarakat Majmuk).

Penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan Masyarakat Plural.

Di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang menggalakkan

perkembangan masyarakat pluralistik. Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan

plurality social dan alam sekitar. Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan reality

kehidupan masyarakat yang ada. Pluraliti alam sekitar merujuk kepada leadaan

alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan

kawasan-kawasan lain di dunia. Contohnya, Bunga raya adalah dibawa dari

Kepulauan Pasifik, manakala getah pula berasal dari Brazil.

|

Page 8: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu

1. Hubungan dengan China dan India.

Hubungan antara alam Melayu dengan China dan India ini telah lama berlaku.

Hubungan yang terjalin ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan dari kedua-

dua benua tersebut di mana alam Melayu merupakan tempat persinggahan para

pedagang bagi memperdagangkan bahan-bahan yang mereka bawa bersama.

Hubungan perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu

dengan China telah diasaskan pada awal a bad ke-5 Masihi. Hubungan tersebut

gterladi disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan. Alam

Melayu juga terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan

sejak abad ke-7 Masihi.

2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga dipengaruhi oleh agama dan

kebudayaan India. Di mana masyarakat alam Melayu terutamanya dalam kalangan

raja dan bangsawan telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang

tidak bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Pengaruh Hinduisme dan

Buddhisme tidak member kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza

dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas). Satu aspek

lagi menurut Al-Attas ialah tidak terdapat kitab-kitab yang membincangkan idea-idea

besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme

dan Buddhisme di alam Melayu. Apa yang ada atau terdapat cuma kitab-kitab yang

bersifat keseniaan terutamanya dalam bahasa Jawa.

Hinduisme dan Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu

sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme telah mengukuhkan lagi institusi raja di

|

Page 9: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang

didirikan.

3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.

Penjelmaan ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang

bersifat epistemological yang dibawa oleh penjajah British. Epistemologikal bererti

asal mula sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu

pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang

seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.

Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu

banyak berasaskan epistemologikal yang bercorak metafizik atau ilmu yang

bersumberkan alam ghaib. Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang

menggunakan jampi serapah dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah

manifestasi yang jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.

Kedatangan Inggeris telah mengubah epistemologi yang bersifat non-material

ini kepada epistemology fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. Asasnya ialah

pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kenudiannya

dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Kesan

daripada itu muncullah pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada

ekonomi kapitalis yang berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini

kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

PUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: EMPAYAR MELAKA (KESULTANAN

MELAKA) MERCU HUBUNGAN ETNIK PRA-PENJAJAHAN.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan

kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan

|

Page 10: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

pembesar yang berpandangan jauh. Di mana empayar Melaka pada masa itu

merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga

ianya digelar “The Venice of The East”.

Dari segi pemerintahan:

Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para

pegawai istana terdiri daripada campuran orang-orang Melayu tempatan dengan

bangsa-bangsa asing yang dating berdagang dan menetap di istana. Perkhawinan

campur telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan

pemerintah Negara China dan lain-lain. Pemerintahan Melaka pada masa itu telah

mengambil kira keharmonian antara kaum.

Perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam iaitu (Hukum Kanun

Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) telah menyumbangkan atau

menggalakkan kepada kemakmuran dan kemajuan system pemerintahan Melaka.

Perdagangan Melaka pada waktu itu berjalan dengan lancar hasil daripada

sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Malah

pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka itu sendiri telah menjamin tahap

keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan

terhadap hasil rempah-ratus yang menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang

asing berdagang ke Melaka.

Kependudukan

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan zaman

pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi atau alamiah tanpa

ada paksaan daripada mana-mana pihak di mana mereka tidak memerlukan

|

Page 11: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

passport dan visa untukm memasuki sesuatu kawasan. Pedagang dari Arab, Cina ,

India dan negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah

berakomodasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik. Ini

mewujudkan kategori masyarakat yang baik yang tidak pernah wujud sebelumnya

iaitu masyarakat Baba. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah

memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di

Melaka.

Kebudayaan

Keterbukaan pemerintah Empayar Melaka menerima kehadiran para

pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang menyulitkan

memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia.

Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan

Melaka wujud sebagai kota multi-budaya di mana setiap budaya mempunyai tempat

masing-masing.

Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu.

Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme,

Arab Islam dan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu

telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan

pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri

fenomena kepluralitian budaya.

Pengasas Masyarakat Plural

Kedatangan penjajah British ke alam Melayu khususnya Tanah Melayu telah

membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan

|

Page 12: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang

diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di

alam Melayu.

Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara

Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh

penjajah manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan

Melayu. Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur

penting iaitu Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah.

Ianya berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa.

Hasil daripada pemerintahan moden ini berkembangnya sistem ekonomi

kapitalis yang berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi

ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi

kapitalis inilah yang mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam

Melayu dengan kemasukan bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan

pengeksploitasiam ekonomi dengan segera dan menguntungkan.

LATARBELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN

MELAYU.

Aspek Geo-budaya

Kepulauan Melayu (Nusantara): ianya terdiri daripada Semenanjung Tanah

Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa dan

Sumatera. Masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai

suku etnik dan mempunyai pelbagai kepercayaan dan cara hidup. Mereka ini

|

Page 13: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yang

jelas antara satu suku dengan suku yang lain).

Aspek Rumpun Bangsa

Di Semenanjung Tanah Melayu penduduknya ialah terdiri daripada kelompok

Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan cara hidup orang

Melayu dan beragama Islam. Selain daripada itu terdapat juga sebahagiannya

datang dari sekitar Kepulauan Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau,

Melayu-Patani. Selain itu terdapat juga suku kaum asli iaitu Jakun, Sakai, Senoi dan

lain-lain.

Penduduk di sabah - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai

bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi seperti Kadazan dusun, Murut,

Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dan lain-lain. Suku

kaum ini pula terdiri dua iaitu Islam dan bukan Islam. Kaum yang beragama Islam

seperti kaum Bajau, Melayu-Brunei, Bisaya, Suluk manakala kaum Kadazan Dusun

dan Murut ialah masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam (beragama

Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.

Penduduk di Sarawak - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai

bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi iaitu Iban, Melanau, Kelabit,

Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain-lain. Melayu,

Melanau dan Kedayan merupakan masyarakat bumiputera yangb beragama Islam.

Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya merupakan masyarakat bumiputera

bukan Islam (beragama Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga

beragama Islam.

|

Page 14: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Aspek Bahasa.

Bahasa Melayu adalah berasal daripada bahasa Austronesia atau juga

dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150

cabang bahasa lain mengikut suku kaum yang ada di Kepulauan Melayu. Bahasa

Melayu mula berubah setelah kedatangan ajaran Hindu di mana pengaruh bahasa

Sanskrit dalam bahasa Melayu kuno. Dengan kedatangan pengaruh Islam pada

abad ke-13 dan ke-14 Masihi, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengenalan

tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah

dan Tasawuf). Bahasa Melayu adalah bersifat dinamik. Ianya menjadi bahasa

Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Tradisi Melayu – Pada zaman Hindu-Buddha mengamalkan sistem

pemerintahan beraja. Ini dapat dilihat seperti Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka,

Srivijaya dan Majapahit.

Pada zaman pemerintahan Islam seperti Kerajaan Melaka dan Kerajaan

Aceh telah memainkan peranan dalam bangsa Melayu. Selepas Kerajaan Melaka

maka munculm pula kerajaan Johor-Riau dan Brunei.

CAMPURTANGAN BRITISH DAN KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK

Penguasaan kuasa penjajah ke atas Melaka oleh bangsa Portugis pada tahun

1511, Belanda pada tahun 1641. Ini diikuti oleh British yang menguasai ke atas

pelabuhan Pulau Pinang pada tahun 1786, Melaka pada tahun 1824 dan Singapura

pada 1826 bermulalah penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Ini diperkuatkan

lagi dengan terbentuknya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-

Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini telah membentuk satu pembentukan

sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.

|

Page 15: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Pada tahun 1874 pihak British telah memberkenalkan pentadbiran ke atas

Tanah Melayu iaitu Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem

Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Di Sarawak pula kaum Bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh,

Melayu dan Melanau. Penguasaan keluarga Brooke pada tahun 1841 – 1946 telah

menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan

pelombong. Di Sabah ianya dikuasai oleh Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo

Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 – 1946 juga telah menggalakkan

penghijrahan masuk orang Cina ke Sabah.

Dalam proses campurtangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British)

telah mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. Manakala pihak

British terus berhubung dengan sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan

persetujuan mereka.

Akibat daripada penjajahan ini juga telah menimbulkan penentangan tokoh

atau masyarakat tempatan ke atas kuasa Barat. Sebagai contohnya, di mana

penasihat British pertama yang mati dibunuh iaiatu J.W.W Birch. Penjajahan British

ini telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam politik, demografik dan

sosio-ekonomi Tanah Melayu.

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK ATAU PLURALISTIK

Kewujudan ini berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi

Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Dasar British yang

membawa masuk orang Cina dari Kwangtung dan Fukien melalui sistem kontrak

buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian. Masyarakat Cina ini

bertumpu di sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura dan negeri-negari pantai

|

Page 16: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

barat. Pada tahun 1895 hingga 1927 terdapat lebih daripada 6 juta oranjg Cina

berhijrah ke Tanah Melayu. Dengan ini pada tahun 1931 didapati 34 % daripada

penduduk Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak orang Cina bertumpu di

kawasan Bandar Sibu, Miri dan Bintulu manakala di Sabah, Syarikat Berpiagam

Borneo Utara British membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina,

Jawa dan Jepun untuk bekerja di lading tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan

pemeliharaan mutiara.

Selain daripada orang Cina, migrasi orang India dari selatan India dan di

bawa melalui sistem Kangani. Ianya bermula pada tahun 1880an dan pesat pada

abad ke-20. Pada tahun 1911, orang India hanya 10 % daripada penduduk Tanah

Melayu dan telah meningkat kepada 15 % pada tahun 1921. Mereka ini di bawa

masuk untuk bekerja di lading-ladang getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.

Migrasi penduduk melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera datang ke Tanah

Melayu untuk bekerja dalam sector pertanian dan tinggal di luar Bandar. Selain

daripada itu terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi dan Ceylon.

Imigran yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat

yang tetap dan mengasaskan organisasi social masing-masing. Contohnya orang-

orang cina telah membentuk persatuan dan pertubuhan social masyarakat mereka

(Huatuan). British telah melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi

memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Kesannya, pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem

pendidikan. Dasar British telah mengasingkan kaum menceburi sector ekonomi

adalah berbeza iaitu : Melayu sebagai nelayan dan petani (sektor luar Bandar ), Cina

bekerja perlombongan dan perdagangan dan kaum India bekerja di perladangan dan

kerja raya.

|

Page 17: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Dengan ini timbullah Sistem Ekonomi Duaan/Dualisme Ekonomi.

Perkembangan sistem Ekonomi Moden dan Ekonomi Tradisional tidak seimbang.

Penjajah juga telah membezakan sistem pendidikan bagi setiap kaum iaitu Sekolah

Inggeris, sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Pada dasarnya

hubungan kaum baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak berssatu’.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA.

Politik:

Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara yang berupaya melaksanakan

sistem demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di Negara ini telah berjalan lancer

terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, di mana tiga

kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak

British memberikan kemerdekaan.

Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang secara dinamik.

Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang

dengan peningkatan keahliannya, contoh penubuhan Barisan Nasional tahun 1974.

Dasar-dasar kerajaan berkaitan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah

berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Perlembagaan:

Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,

pembentukan parti-parti etnik dan ‘coalition’sebagai model permuafakatan politik

(Parti Perikatan, Barisan sosialis, barisan nasional, Barisan Alternatif).

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di

|

Page 18: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial yang dipersetujui bersama

antara kaum di Negara ini.

Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak sosial di alam Melayu iaitu:

Pertama- berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati

antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan

sebagai waad.

Kedua – berlaku dalam komnteks masyarakat pluralistic hasil daripda syarat yang

dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

Melayu.

Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai

persepakatan untuk hidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah

jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC)

pada tahun 1949. Ini usaha bersama tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.

Pendidikan:

Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran dalam sistem pendidikan iaitu aliran

Inggeris, Melayu, Cina dan India. Setiap aliran ini mempunyai adunan dan acuan

pendidikan yang berbeza. Semasa penjajah ianya dibahagikan kepada 3 peringkat

iaitu:

Pertama – pendidikan British rendah dan menengah yang mana anak-anak di

kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu

peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk jadi petani yang pandai sikit.

Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran.dan ketiga pula sekolah

vernacular Cina dan India.

|

Page 19: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Sistem pendidikan Kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman

kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi, iaitu Laporan Razak 1956b dan

Laporan Rahman taib 1960.

Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah

untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem

pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu

bahasa Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan

1957, Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.

Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan

bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:

a) Sekolah pelbagai aliran di benarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda

masing-masing dibenarkan;

b) Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di

sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai

salah satu daripada mata pelajaran;

c) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang

lain mestilah berteraskan Malaysia;

d) Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960).

Ekonomi:

Selepas mendapat kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan

usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik.

Rancangan pembangunan ekonomi Negara dibahagikan kepada empat peringkat

iaitu:

|

Page 20: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

1. Rancangan pramerdeka iaitu Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah

Melayu (1950 -1955) dan rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama

(1956 – 1960);

2. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Prsekutuan Tanah

Melayu Kedua (1961 – 1966) dan sebahagian daripada Raancangan

Malaysia Pertama (1966 -1970);

3. Perancangan dan era Dasar Ekonomi Baru; dan

4. Dasar-Dasar Pembangunan Negara.

Sistem ekonomi dualism ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang

berbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik:

Pertama – sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi

pengeluaran (getah dan bijih timah),

Kedua – sistem ekonomi tradisional diidentifikasikan dengan sektor ekonomi

pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarann ya,

pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia

bercirikan budaya luar Bandar (Ness, 1967).

Ketiga – jelas terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai

separuh daripada keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing-

masing Cuma menguasai satu perempat sahaja.

Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada

semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk

memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi

sebagai salah satu asas dalam memupuk kerjasama antara etnik.

Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi

kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik. ( contohnya, 13 Mei 1969).

|

Page 21: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

KESIMPULAN

Memahami pluraliti adalah asas penting kearah memahami pembentukan

masyarakat plural. Pluraliti telah sedia wujud di alam Melayu. Ideologi sekular telah

mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat

Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar Negara yang dibentuk berteraskan

persetujuan bersama. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan

negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya

mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian

kaum.

|

Page 22: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan 3:

Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan

Malaysia.

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik

menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain dan tetap

mempertahankan budaya hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup

secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat

pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi

dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan

di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka

dalam keadaan harmoni.

Perlembagaan ialah kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada

yang bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan,

pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip- prinsip umum

bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga berperanan

sebagai panduan bagi membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan

atau rakyat.

Semangat akomodatif yang dapat dilihat ialah persefahaman orang bukan

Melayu terhadap keistimewaan orang Melayu. Dengan pengenalan Persekutuan

Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Comittee

– CLC ) 1949 yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik telah menyelesaikan

sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat

|

Page 23: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga merupakan organisasi

pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti

kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar,

Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C. Tan, Dr J. S. Goonting dan

E.E.C. Thuraisingham. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman

antara pemimpin pelbagai kaum.

Kesediaan dan rela berkongsi kuasa dapat menggambarkan dengan jelas

sikap akomodarif yang wujud pada masa itu di mana orang Melayu dengan penuh

rela hati menyokong calon- calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India.

Pemimpin Melayu sanggup melepaskan kerusi- kerusi mereka kepada pemimpin

dari kaum Cina dan India. Dalam pilihanraya 1955 Perikatan yang diterajui oleh

UMNO telah meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasa jumlah

pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan mengamalkan

konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi

dan MIC sebanyak 2 kerusi.

Kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan bukan Melayu terus

terjalin apabila British mensyaratkan kemerdekaan hanya diberikan sekiranya rakyat

negara ini bersatu padu dan bekerjasama. Orang Melayu memberikan pengorbanan

yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada

bangsa bukan Melayu. Walaupun ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu

dalam Perjanjian Persekutuan ,tetapi ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat

bangsa-bangsa bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kejayaan.

Sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu itu masih belum menghasilkan

keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, hal ini jelas

|

Page 24: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

dapat disimpulkan sebagai semangat akomodatif yang wujud semasa penggubalan

perlembagaan Malaysia.

ii) Huraikan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan kontrak sosial

dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara

kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat

dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian

kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka

wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam

Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapi dari perspektif lain, kontrak sosial

sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah

yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.

Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan

sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.

Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha

untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus

dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana

mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan

Malaysia.

Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan

perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam

|

Page 25: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau

perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda

mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan

bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara

satu pihak sahaja. Semua yangterlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada

perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan

menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, asal usul dan rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti

didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat,

terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India.

Mereka mesti memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam

kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai

resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan

harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan

secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat

sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak

sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia

tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya

membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah

ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang

terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi

melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan

|

Page 26: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan

akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu

berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman

damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di

negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat

untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.

Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap

kontrak sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang

diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau

keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak

sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia

masih dibangkitkan kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka

juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian

daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas

syarat-syarat tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui

fasal-fasal dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu.

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau

sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum

bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat

di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah

lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-

dua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik

berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di

|

Page 27: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang

pernah ditimbulkan oleh

Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia

(Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar

semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka

dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu

keterlaluan – PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa

orang Melayu", 24 Disember 1998].

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim

Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara

kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan.[Utusan Malaysia,

"Lupakan formula kontrak sosial antara kaum – Keng Yaik", 14 Ogos 2005].

Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan masyarakat Cina dan India

merasa kecil hati.

Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin

keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak

sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara

perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka

akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika

ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh

menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain.

Oleh itu bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak

dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak

membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

|

Page 28: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI

Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada

perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu

merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang

menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu

memasukkannya ke dalam perlembagaan bagi mengekalkan keistimewaan mereka

iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan agama Islam

sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Empat perkara tersebutlah yang di ambil kira semasa membentuk

perlembagaan iaitu Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan ,Kedudukan

keistimewaan orang melayu dan pemerintahan beraja. Semua unsur-unsur tradisi

tersebut memainkan peranan yang penting dalam konteks hubungan etnik di

Malaysia.

i) Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan

umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum

di Malaysia. Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati

diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang

menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk

menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa

pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan

tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152

Perlembagaaan Persekutuan.

|

Page 29: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

ii) Kedudukan istimewa orang melayu

Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan

Oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka

sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara

China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member

jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu

peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan

bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang

Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka

kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau

latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau

lesen perniagaan.

Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada

undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada

diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu

sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai

sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

|

Page 30: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

iii) Agama Persekutuan

Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah

satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan

orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:

“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”

[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]

Islam sebagai agama rasmi negara tidak membimbangkan kaum lain kerana

kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan

iv) Pemerintahan beraja

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila

Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula

tergugat. Semasa penjajahan British,kuasa mutlak raja telah dihadkan hanya kepada

hal adat istiadat dan agama islam sahaja. British memperkenalkan Malayan Union

yang menghapuskan sistem beraja sebelum memberikemerdekaan kepada Tanah

Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung

Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya

dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh

Abbas, 1997].

.........Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia

melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti

negara. Masyarakat bukan melayu harus memahami sejarah ini dan .......

|

Page 31: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kontrak sosial dan undus-unsur tradisi adalah satu

formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun

melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama,

toleransi dan bersatu padu. Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam

Perlembagaan Persekutuan, yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan

agung negara dengan inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia

sebagai sebuah negara maju

Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial dan unsur

tradisi ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme;

dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini

dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan

tersendiri yang unik dan menyenangkan.

Dalam kata-kata yang ringkas, unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial

menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk

sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosia dan unsur

tradisi yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di

Malaysia bagi menjamin keamanan negara.

|

Page 32: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan 4 :

Huraikan bagaimana prosses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan

etnik yang harmonis di Malaysia.

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang

sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai

hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran

asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20

untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang

kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang

India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua

sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi

British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang

kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal

dan sistem persekolahan yang berbeza.

Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan

pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina &

India Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk

berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran

berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan

kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti

politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan

politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di

Tanah Melayu.

|

Page 33: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah

Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan

India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah

untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya

berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.

United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu

kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan

oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari

pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor,

Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,

persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu

Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat

kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak

mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik

di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.

Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis

makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat

awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu

orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.

Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.

MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk

membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang

India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan

Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam

menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian

|

Page 34: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954

dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam

pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan

berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 teal menjadi bukti

bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan

baik. Suruhanjaya Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang

dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India.

Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi persetujuan yang dicapai

antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu , Sabah, Sarawak dan Singapura

untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perkembangan tersebut sangat penting

untuk memahami proses politik antara etnik dan hubungan antara Kerajaan Pusat

serta Kerajaan Negeri, khasnya berkaitan Sabah dan Sarawak. Pergabungan parti-

parti politik yang beasaskan etnik telah membawa kepada pemupukan hubungan

etnik yang lebih harmonis.

|

Page 35: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Soalan 6 :

Huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap golongan etnik di Malaysia

dalam menuntut kemerdekaan.

PERANAN SETIAP ETNIK DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di

Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor

penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing

yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari

ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada

luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit

sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti

ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar

terutamanya daripada China dan India.

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia

merupakan sumber kekuatan. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan

pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan

sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini. Kontrak sosial adalah satu

persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan

musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris

dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. 

Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan

setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan

menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

|

Page 36: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Pemuafakatan formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak

daripada dulu lagi.

Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut

kemerdekaan. Maka sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat

perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan

negara dikecapi oleh generasi masa hadapan.

Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yang lebih erat antara orang

Melayu dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh British iaitu:

“Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat di negara ini bersatu padu

dan boleh bekerjasama”. Rombongan kemerdekaan ke London disertai oleh Parti

Perikatan yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Masyarakat berperanan dalam

pemupukan hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan

aman dan selesa. Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan

budaya.

Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga

golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri Hindu telah meresap masuk ke dalam

kebudayaan masyarakat Melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan

nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di

lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara Malaysia akhirnya.

Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu Melayu, Cina,dan India

berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan

dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama

didahulukan.

Kumpulan etnik di Alam Melayu ini seperti Melayu, Jawa, Minangkabau,

Banjar, Bajau, Kadazan-Dusun, Murut, Iban, Bidayuh, Melanau, Bugis, dan

|

Page 37: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

kelompok etnik tempatan yang lain didapati tidak memiliki batas etnik yang tertutup.

Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud hubungan silang

kumpulan yang menyebabkan kumpulan saling pinjam-meminjam ciri-ciri tertentu

hingga terbina integrasi budaya dan sosial antara etnik. Gambaran yang sama

didapati berlaku juga dalam masyarakat Arab, Cina, Portugis, dan India yang

berhijrah ke alam ini. Akibat hubungan melintasi batas kumpulan dan konsep

kumpulan etnik yang berubah-ubah,

Kumpulan migran ini juga didapati melalui proses integrasi budaya dan sosial

dengan masyarakat setempat hingga lahir subkelompok seperti Jawi Pekan,

Peranakan, Baba Nyonya, dan Chetti di kalangan mereka (Charles Coppell 1997).

Paling penting diingat, kumpulan etnik ini tidak terpisah dan terasing serta batas

etnik mereka pula bersifat berubah-ubah. Setiap kumpulan etnik pula terikat dengan

payung etnik Alam Melayu berdasarkan bahasa, budaya dan gaya hidup Melayu dan

Islam walaupun mereka masih lagi mengamalkan bahasa, budaya, dan agama

kumpulan etnik masing-masing.

Gambaran perhubungan etnik sedemikian jelas kelihatan dalam sejarah di

Alam Melayu semenjak tersebarnya pengaruh agama Hindu dengan empayar

Majapahit di Jawa, dan di Merbok, Kedah dan pengaruh agama Islam dengan

kesultanan Melayu di Pasai, Acheh, dan Melaka.

Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah-penjajah Barat telah berjaya

membina masyarakat pelbagai budaya menerusi ikatan antara kumpulan hingga

wujud hubungan silang budaya berteraskan konsep keetnisitian telap dan

keetnisitian payung. Model pengurusan masyarakat silang budaya yang sudah sedia

terbina di Alam Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat sangat berbeza dengan

kefahaman konsep ras dari Barat yang sempit itu.

|

Page 38: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Pengalaman pengurusan masyarakat pelbagai etnik di Alam Melayu

sepatutnya dijadikan kerangka untuk menganalisis dan model untuk membangunkan

masyarakat yang stabil, makmur, adil, dan harmoni. Kita perlu menolak kefahaman

ras yang dibawa oleh penjajah Inggeris yang membawa konsep ras yang tertutup

dengan sikap etnosentrisme mereka kerana kaedah itu telah menanamkan bibit

perpecahan di kalangan rakyat pelbagai budaya di negara dan rantau ini.

Sebelum kemerdekaan negara, kumpulan etnik Cina dan India di Negeri-negeri

Selat seperti Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura terbahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama merasakan mereka ialah rakyat British. Kumpulan kedua

pula berpendapat mereka ialah rakyat negara asal mereka hingga apa-apa bentuk

kegiatan nasionalisme di sini hanya bermatlamat untuk memerdekakan dan

membebaskan negara mereka sendiri daripada dijajah oleh Barat dan Jepun.

Manakala kumpulan ketiga mahu menetap dan mahu menjadi rakyat negara ini

tetapi mahu mengekalkan jati diri, bahasa dan budaya kumpulan etnik mereka.

Dalam perkiraan suasana sejarah sedemikian, kumpulan etnik Cina dan India

tidak begitu aktif memainkan peranan bersama-sama dengan masyarakat Melayu

semasa perbincangan menuntut kemerdekaan daripada pihak Inggeris. Kalau ada

pun kumpulan Cina melibatkan diri dalam pergerakan nasionalisme tempatan,

seperti gabungan Parti Komunis Malaya dan pergerakan nasionalisme Kiri Melayu,

penglibatan ini merupakan strategi perjuangan dua tahap revolusi Parti Komunis

Malaya yang diatur oleh komunis antarabangsa untuk mengkomuniskan negara ini

dengan cara membina hubungan rakan pejuang dengan Angkatan Pemuda Insaf

(Ramlah Adam 1998).

Walau bagaimanapun, setelah perbincangan kemerdekaan dengan pihak

Inggeris menuju ke arah kepastian dalam tahun 1950-an, kumpulan pendesak Cina

|

Page 39: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

telah berjuang mengekalkan bahasa Mandarin, budaya Cina, sekolah aliran Cina,

dan kerakyatan berdasarkan pemastautin di sini (Heng Pek Hoon 1998). Pihak

penjajah Inggeris tidak mahu memerdekakan negara ini dan menyerahkannya

kepada pergerakan yang berteraskan ideologi sosialis seperti Kesatuan Melayu

Malaya, berteraskan Komunis seperti Parti Komunis Malaya atau kumpulan

berfahaman Islam seperti Parti Agama Islam Malaya (PAS).

Kumpulan perjuangan nasionalis Melayu daripada UMNO yang mendokong

sistem pemerintahan negara, jentera kerajaan yang dibina oleh penjajah dan sistem

monarki raja-raja Melayu, dan sistem ekonomi kapitalis telah bersedia bukan sahaja

bertolak ansur dengan pihak Inggeris tetapi juga membuka ruang untuk bekerjasama

dengan mereka yang mempunyai kepentingan politik dalam kelompok etnik Cina,

dan India, masing-masing melalui Persatuan Cina Malaya (MCA) dan Kongres India

Malaya (MIC). Ketiga-tiga parti politik telah bekerjasama semasa pilihanraya di

peringkat pihak berkuasa tempatan di Kuala Lumpur pada tahun 1955 dan di

peringkat negara dengan terbentuknya Parti Perikatan.

Tetapi, Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dengan cara berkongsi

antara tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India, padahal semasa orang Melayu

menentang Malayan Union pada tahun 1946, tidak ada langsung penyertaan kaum

bukan Melayu. Dengan kata lain, British menjajah atau mengambil Tanah Melayu

dari orang Melayu sendiri, tetapi semasa menuntut kembali Tanah Melayu untuk

merdeka, kita terkial-kial mengajak sangat kaum-kaum yang bukan Melayu untuk

menuntut Tanah Melayu dari British (Ahmad Attorey Hussein 1987:55).

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) iaitu lebih kurang 3 tahun 8

bulan telah menggalakkan kemunculan dan kemajuan semangat kebangsaan di

negara ini. Kesedaran anti penjajahan yang tersebar selepas perang dunia kedua

|

Page 40: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

telah melahirkan nasionalis golongan Melayu membabitkan diri dalam politik, sama

ada dalam pendekatan yang radikal atau sedehana. Pengalaman menjawat jawatan

kanan seperti pegawai daerah serta pelbagai tekanan ekonomi di zaman Jepun ini

telah menimbulkan rasa kendiri dalam diri orang Melayu itu untuk memerintah

negara sendiri.

Pada zaman ini juga wujud permusuhan kaum. Pertelagahan berlaku antara

kaum Melayu dan Cina yang akhirnya membentuk penubuhan parti- parti politik

mengikut kaum yang mendukung penubuhannya. Kekalahan Jepun menyemarakkan

lagi pihak kolonial British untuk menghidupkan gagasan Malayan Union yang pernah

difikir semasa perang berlangsung lagi. Pelaksanaan ini merupakan faktor penting

dalam sejarah Malaysia kerana ia telah menghidupkan dan memarakkan semangat

orang Melayu. Yang paling penting ia telah memulakan gerakan politik anti British

dengan cara terbuka. Malah merupakan bibit-bibit permulaan perpaduan orang

Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Perjuangan ini bertambah pesat ekoran terlaksananya Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Darurat yang berlangsung selama 13

tahun itu telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Tanah Melayu. Hinggalah

tahun 1955 iaitu apabila pilihanraya Persekutuan/umum diadakan, politik Tanah

Melayu mengalami perubahan drastik ekoran pendudukan Jepun. Jelas dilihat

selepas perang Dunia ke-2. British terpaksa rela menyediakan dan melatih serta

membimbing anak-anak Melayu tempatan menerajui negara.

Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah berlandaskan kepada tuntutan

hak untuk memerintah negara oleh rakyat negara ini. Akhirnya, British akur dengan

jaminan pejuang kebangsaan dan nasionalis ketika itu berdasarkan tuntutan

kemerdekaan menerusi satu bangsa yang bersatu padu. Dengan slogan 'Bersatu

|

Page 41: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Teguh, Bercerai Roboh', pemimpin Melayu, Cina dan India berarak menunjukkan

kepaduan dan kekuatan yang meyakinkan penjajah untuk membebaskan negara ini

daripada cengkaman mereka. 

Daripada banyak kejadian yang berlaku kebelakangan ini khasnya

demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram membabitkan ribuan manusia, jelas

menunjukkan perjuangan parti politik hari ini adalah manifestasi daripada

keghairahan untuk menggulingkan kerajaan yang diterajui parti-parti yang berjuang

membebaskan negara daripada penjajah 52 tahun lalu. 

Soalan 7 :

|

Page 42: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

BERDASARKAN PEMBACAAN ANDA, SEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN

TENTANG USAHA ANDA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA

ETNIK MURID SEKOLAH ANDA.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu

dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, pelajar utamanya perempuan bukan

Melayu memakai baju kurung ke sekolah. Dari segi pemakanan pula di kantin,

pelbagai makanan dari pelbagai kaum perlulah disediakan dimana sedikit sebanyak

pelajar dapat mengenali pemakanan kaum tersebut.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam

keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat

perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang

kemiskinan. Kerajaan sedar bahawa pembangunan pendidikan haruslah selaras

dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum dan

mewujudkan integrasi nasional. Lantaran itu Rukun Negara telah digubal

berasaskan lima (5) prinsip utama dan telah diterapkan dalam rancangan kurikulum

di sekolah.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai

perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu

cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang

liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

moden.

|

Page 43: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-

nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan

mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara

kaum.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum

yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah

dipergiat dan dipertingkatkan. Aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan secara

berkumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum.

Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai

kaum seperti keluarga angkat di mana ibu bapa secara tidak langsung akan dapat

memupuk perpaduan dan tali persahabatan yang erat. Persatuan dan badan

beruniform juga boleh memainkan peranan penting didalam memupuk perpaduan

dan haruslah di sertai oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun guru haruslah

pandai memainkan peranan didalam usaha memujuk pelbagai kaum menyertai

dengan memberi penjelasan serta huraian akan kebaikan penyertaan. Jelaslah

bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu

disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Selain itu, sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai

perpaduan kaum dan integrasi nasional pelajar adalah dengan mengadakan

program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur etnik dalam

kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Sehubungan dengan itu, para pelajar hendaklah di terapkan dengan nilai-nilai

murni melalui bahasa kebangsaan agar komunikasi di antara mereka boleh berjalan

dengan lebih lancar dan efektif tanpa mengenepikan bahasa ibunda mereka.

Penerangan tentang budaya, amalan dan agama semua kaum juga perlu di

|

Page 44: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

terangkan dengan lebih terperinci agar setiap golongan lebih perihatin dan lebih

menghormati serta tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan itu.

Kesenian dan kebudayaan seperti kelas-kelas seni tari, kraf tangan,

permainan tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa,

pertunjukan pentas dan lain-lain juga merupakan salah satu cara perpaduan. Dari

segi semangat perpaduan pula di sekolah-sekolah, gotong-royong melibatkan

pelbagai kaum juga merupakan satu kaedah untuk menyatu padukan pelbagai kaum

selain dari projek-projek kecil seperti tanaman sayur-sayuran di sekolah-sekolah.

Soalan 8:

|

Page 45: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda,hasilkan satu laporan

ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda dalam

mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

PENGENALAN

Pelajar hari ini adalah bakal pemimpin dan pembina negara pada masa akan

datang. Mereka berasal dari wilayah yang berlainan dan menjadi ahli dalam komuniti

sebuah sekolah yang terdiri dari para guru, kakitangan sokongan yang berbilang

kaum dan dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Alam

persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama merupakan medan terbaik untuk

melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia membina keyakinan para pelajar dan

warga sekolah peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik,

kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak

menyeluruh. Hanya 70 peratus pelajar di sekolah sekolah rendah yang menyertai

aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya

telah dijadikan syarat kemasukan ke Asrama Penuh selepas peperiksaan UPSR

mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum

dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti

kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.

|

Page 46: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan

masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah

negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-

pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar

bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah

mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula

prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara

faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak

hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan

bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa

hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-

rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa

pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara

bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu

berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang

demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari

hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk

semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan

dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

|

Page 47: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Strategi Yang Dilaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah

Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang telah dijalankan di

peringkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000

di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku

Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun

Negara ditubuhkan di sekolah. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-

sekolah maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya

golongan pelajar terhadap prinsip- prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat

perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri

Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan rasmi sekolah. Semua

warga sekolah bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh

pengacara majlis dan menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat.

Amalan ini dapat membina perasaan setia, cinta dan bangga kepada negara dan

raja yang menjadi lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

|

Page 48: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep

”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan

penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Program

ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk

peribadi pelajar yang suka menolong dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,

persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka

kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu

semasa mengikuti program-program yang dijalankan.

Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan

guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara

sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan

pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan

terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan

pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati

hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah

ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan

Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-

persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan

sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang

dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,

|

Page 49: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran

”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei,

derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta

sambutan detik kemerdekaan.

Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak

lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam

menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan

pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat

patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan Sambil Belajar

Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-

tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara,

Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin,

Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah,

universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar

tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan

kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan

Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri

pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama

rakyat berbilang kaum dan keturunan.

|

Page 50: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil

Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar

didedahkan berkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak

hari pendaftaran atau hari pertama persekolahan bermula. Peraturan sekolah

dimaklumkan kepada semua pelajar dan dipamerkan di setiap lokasi penting seperti

bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan asrama. Pelajar selalu diingatkan

supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut

pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat supaya

berkelakuan baik sepanjang persekolahan.

Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan segala tindakan adalah mengikut

prosedur yang dibenarkan. Tindakan dan hukuman yang dikenakan ke atas pelajar

yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi bicara yang sepatutnya dan

bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar

terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan tenteram

dan harmoni sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan

ilmu pengetahuan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Pelajar menikmati suasana kondusif di sekolah dan di asrama di mana

budaya ”Sekolahku Syurgaku” dapat diwujudkan. Mereka dapat merasakan

kepentingan undang- undang, peraturan, etika, tata susila dan perlembagaan di

sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak

agar sentiasa menghormati dan mematuhinya.

|

Page 51: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Hari Keluarga dan Sukaneka–

Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan dan beberapa

orang pelajar boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta.

Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini

dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang

dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Acara kebudayaan dan kesenian-

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan

seperti permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban, berzanji dan lain-lain lagi

yang disertai oleh pelajar, kakitangan dan guru sekolah. Selain dapat

berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang

digariskan. Penyertaan dari pelbagai kaum harus digalakkan.

Perkhemahan Bina Insan–

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian

kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti

Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah

seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup,

kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar

kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat

|

Page 52: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia,

nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina-

Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang

melibatkan seluruh warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati

bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada

mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut

dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan

perpaduan rakyat berbilang kaum dalam dunia sekolah yang kecil.

Aktiviti Riadah di luar sekolah

Sekolah menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai program

yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah, Majlis Belia Malaysia, Jabatan

Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar ialah senamrobik,

mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian

Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai

kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam

erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.

|

Page 53: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

Tabung kebajikan

Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga pelajar.

Selain dari kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar

seperti PIBG, Alumni, Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan- yayasan Negeri,

Koperasi, para dermawan dan orang perseorangan. Sumbangan ini diagihkan

kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berada untuk membayar yuran

sekolah, peperiksaan, wang saku, perubatan, zakat, pakaian, melanjutkan pelajaran,

kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat menyemai

perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan

seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma

melalui Penyata Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak

sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum,

adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa

kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita

selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan

sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah

yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang

terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam suasana

masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic " yang masyarakatnya

mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural Pluralism" tentunya

perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari

|

Page 54: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan

adalah merupakan satu kaedah terpenting.

Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan

negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan

usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri

dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang

kepada keharmonian dan kemakmuran negara, semua pendidik harus meletakkan

kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada

kepentingan masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan

dan dorongan kepada usaha- usaha murni dan program-program yang sistematik.

Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara

kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara

dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin

dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang

berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru

dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam

persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih

komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian

akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya

memperkasakan sekolah.

|

Page 55: assigment hubungan etnik

Hubungan Etnik WAJ 3106 2010

SENARAI RUJUKAN

1. Kamus Bahasa Melayu, Fajar Bakti, 1994

2. Mok Soon Sang (2007), Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K),

Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

3. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006), Edisi Pelancaran PIPP,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Perancangan Bersepadu Penjana

Kecemerlangan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Malaysia Kita (2007), Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am,

Petaling Jaya: International Law Book Services.

6. Ismail Daud, Bernama, 05 Jun 2005

|


Top Related