Transcript
Page 1: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

ARAHAN TETAP KAWALAN KESELAMATANLEMBAGA PELABUHAN KAUNTAN

(PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN)

Arahan tetap ini disediakan bagi memberi penjelasan kepada Bahagian

/ Unit / Pasukan / Syarikat Kawalan Keselamatan yang melakukan

kerja-kerja Kawalan Keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan

supaya dapat menjalankan tugas dengan berkesan dan mematuhi

piawaian yang dikehendaki oleh Pengurus Besar LPKtn Khususnya di

Kawasan yang di Gazetkan Kawasan Sasaran Penting Negara.

Arahan tetap ini juga disediakan sebagai Garispanduan bagi Pengawal

keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi

menjalankan tugas berkaitan kawalan keselamatan untuk

memantapkan lagi perkhidmatan Kawalan Keselamatan di Bangunan

Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mempertingkatkan pegetahuan

dalam bidang kawalan keselamatan, fungsi kawalan keselamatan dan

tanggungjawab Pengawal Keselamatan dalam menjaga harta benda

dan nyawa di tempat bertugas.

1) PENGAWAL KESELAMATAN.

a) Pengawal Keselamatan hendaklah berdisiplin, bersih, kemas,

tegas ,jujur dan beretika sebagai Pengawal Keselamatan di

Lembaga Pelabuhan Kuantan.

b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan di pintu masuk

dan keluar bagi mengawal Pergerakan keluar masuk orang dan

barangan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

c) Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Kawasan yang

bersesuaian untuk membuat tinjauan kepada Pergerakan keluar

dan masuk orang di Bagunan LPKtn dan lokasi tersebut tidak

menyukarkan pengawal menyalurkan maklumat berkaitan

Page 2: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

Keselamatan kepada rakan setugas khususnya didalam suasana

kecemasan seperti kebakaran dan ancaman.

d) Pengawal Keselamatan mestilah bersedia dengan tugas dan

sentiasa menunjukan diri mereka sentiasa bersedia dan

bertugas kepada pengguna di Bangunan Lembaga Pelabuhan

e) Pengawal Keselamatan mestilah peka kepada persekitaran yang

menimbulkan ancaman dan menilai maklumat yang diperolehi

dengan mengambil tindakan yang perlu dan terbatas kepada

maklumat maklumat tersebut.

f) Sistem perhubungan pengawal keselamatan hendaklah selalu

berfungsi bagi menyalurkan maklumat kepada rakan penugasan.

g) Segala bentuk perhubungan berkaitan kawalan keselamatan

hendaklah dicatatkan kedalam buku pergerakan keselamatan.

h) Buku Pergerakan keselamatan hendaklah di tulis dengan kemas

dan sempurna bagi memudahkan Pegawai Keselamatan

Lembaga Pelabuhan Kuantan, Polis dan Agensi Penguatkuasaan

yang lain memantau pergerakan keselamatan yang telah

dilakukan di Bangunan dan persekitaran bangunan Lembaga

Pelabuhan Kuantan.

i) Kawasan Post Kawalan / Kaunter pertanyaan hendaklah

dilindungi daripada orang-orang yang tiada kaitan dengan

Kawalan Keselamatan dan hendaklah menjadikannya sebagai

Kawasan Larangan Keselamatan oleh Pengawal keselamatan.

j) Meja Pertanyaan hendaklah mempamirkan Nombor-nombor

telefon yang perlu dihubungi sewaktu kejadian kecemasan dan

sebagainya.

2) Penyelia Pengawal Keselamatan.

a) Penyelia pengawal keselamatan hendaklah disediakan bagi

melakukan Penyeliaan Pengawal keselamatan yang ditugaskan.

Page 3: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

b) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memantau

penugasan Pengawal Keselamatan dan memberi pendidikan

kepada Pengawal Keselamatan

c) Penyelia Pengawal keselamatan adalah bertanggungjawab

kepada disiplin, latihan, kebersihan dan kekemasan anggota,

tempat bertugas, arahan penugasan, peralatan keselamatan,

buku-buku rekod keselamatan dan Pengawal Keselamatan

dibawah seliaannya .

d) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah memeriksa setiap

pergerakan kawalan keselamatan seperti mana penugasan yang

di buat secara harian .

e) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah berada di Bangunan

Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu-waktu kecemasan atau

adanya kejadian yang melibatkan ancaman keselamatan untuk

membantu Pengawal Keselamatan bertugas.

f) Penyelia Pengawal Keselamatan hendaklah menyediakan

ringkasan laporan harian kawalan keselamatan kepada Pegawai

Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan. (Format Laporan

seperti yang disediakan di Lampiran 1)

3) Rondaan.

a) Rondaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam sekali.

b) Setiap rondaan hendaklah dicatatkan dalam buku pergerakan

Pengawal dengan menyatakan hasil penemuan dari rondaan

tersebut.

c) Rondaan hendaklah meliputi keseluruhan kawasan yang berisiko

kepada ancaman kepada kecurian, pencerobohan, kebakaran

dan sabotaj.

d) Pengawal ronda hendaklah peka kepada persitaran semasa

melakukan rondaan dan hendaklah melaporkan kepada rakan

Page 4: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

sekiranya terdapat sesuatu yang mencurigakan atau mensyaki

perubahan kepada bahagian atau tempat rondaan dilakukan.

e) Pengawal ronda hendaklah memastikan pintu, lampu dan

peralatan didalam kawasan bagunan dan kawasan luaran

bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan tertutup.

f) Pengawal ronda hendaklah disediakan dengan kelengkapan

mempertahankan diri, lampu suluh (waktu rondaan malam) dan

set perhubungan.

g) Pegawal ronda hendaklah memastikan segala peraturan yang

perlu dipatuhi oleh orang ramai didalam kawasan Lembaga

dipatuhi dan pengawal ronda hendaklah membuat teguran

kepada mana-mana orang yang tidak mematuhi peraturan yang

telah dikeluarkan atau mengambil tindakan yang sewajarnya

kepada kesalahan yang ditemui.

h) Pengawal ronda hendaklah sentiasa bersedia dan boleh

mengecam mana-mana kesalahan yang mungkin akan dilakukan

oleh mana-mana orang didalam kawasan rondaannya dan

bersiap sedia membuat teguran atau mengambil tindakan yang

sewajarnya.

4) Kawalan Keselamatan Had Sempadan

a) Pemantauan hendaklah dilakukan oleh Pengawal Keselamatan

merangkumi kawasan yang ada dibawah had sempadan

Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan mengambil kira pintu

masuk dan keluar ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan dan

pintu masuk dan keluar bangunan lembaga pelabuhan kuantan.

b) Kawalan keselamatan hendaklah merangkumi pengawasan

kawasan Lembaga dan bangunannya dari sebarang ancaman

kecurian, pelanggaran peraturan didalam kawasan, salah laku,

kemalangan dan kawalan kegemparan atau rusuhan.

Page 5: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

c) Kawalan Keselamatan juga hendaklah merangkumi kawalan

keselamatan kepada kawasan-kawasan sensitif didalam had

kawalan keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan termasuklah

kawalan kepada bilik generator elektrik, bilik pam, kenderaan

jabatan, penebat arus elektrik, besi penutup longkang dan

sebagainya.

5) Tempat Meletak Kenderaan

a) Lembaga Pelabuhan Kuantan telah menyediakan 3 zon meletak

kenderaan didalam kawasan Lembaga iaitu:

i) Zon Kenderaan Jabatan / Ketua Jabatan (Berbumbung)

ii) Zon meletak kenderaan di sekeliling bangunan ( Kakitangan

LPKtn)

iii)Zon meletak kenderaan umum ( Pengguna Bangunan yang

bukak kakitangan LPKtn)

b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan segala

kemudahan ini digunakan sepenuhnya oleh semua kakitangan /

pengguna bangunan perdagangan dengan sebaiknya.

c) Larangan dan papantanda telah disediakan bagi maksud

kawalan meletak kenderaan dan hendaklah di kuatkuasakan oleh

Pengawal Keselamatan yang bertugas.

d) Rondaan hendaklah selalu dilakukan kekawasan ini bagi

memastikan tiada pengguna menyalahgunakan kemudahan ini

atau menghindar dari sebrang kecurian terhadap kenderaan

pengguna.

e) Kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan

haruslah dikawal dan dipantau oleh pengawal keselamatan.

f) Tindakan mengunci tayar boleh diambil kepada pengguna yang

engkar dan meletakan kenderaan bukan ditempat yang

dikhaskan untuk meletak kenderaan.

Page 6: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

g) 3 unit alat pengunci tayar disediakan dan tindakan mengunci

tayar kepada pengguna yang engkar meletak kenderaan

dkawasan yang tidak dibenarkan meletak kenderaan boleh di

ambil selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan dan

dipamirkan di papantanda di sekitar kawasan bangunan

Lembaga Pelabuhan Kuantan.

h) Pengawal keselamatan yang melakukan rondaan hendaklah

sentiasa melakukan pengecaman kepada kenderaan yang keluar

masuk ke kawasan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

i) Pengawal keselamatan yang membuat rondaan hendaklah

memeriksa mana-mana motosikal yang tidak berkunci dan

bertindak mengunci kenderaan tersebut.

j) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan kawasan parking

diterangi dengan lampu yang mencukupi bagi membuat

pengecaman kepada kenderaan yang ditinggalkan. Sekiranya

lampu tidak berfungsi laporkan kepada penyelia pengawal

keselamatan untuk tindakan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

k) Sekiranya satu-satu kawasan yang dirasakan oleh pengawal

keselamatan tidak sesuia untuk diletakkan kenderaan Kun boleh

digunakan untuk menghalang kenderaan dari meletak kenderaan

dikawasan tersebut. Kun boleh dimohon daripada Lembaga

Pelabuhan Kuantan.

6) KAWALAN / PEMANTAUAN CLOSED CIRCUIT TELEVISION

(CCTV)

a) Lembaga Pelabuhan Kuantan di lengkapi dengan pemasangan

CCTV dengan penempatan kamera sebanyak 18 unit diletakkan

ditempat yang strategic bagi memantau Keselamatan di

Bangunan Pelabuhan dan luaran Bangunan.

b) Pengawal Keselamatan hendaklah ditempatkan bagi memantau

perkembangan Keselamatan melalui CCTV sepanjang masa.

Page 7: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

c) Sekiranya Pengawal Keselamatan mengsyaki berlaku perkara

yang mengancam Keselamatan segeralah menghubungi

Pengawal Keselamatan ronda untuk membuat Pemeriksaan dan

membuat pengesahan kejadian di tempat kejadian dan

mengambil tindakan segera melaporkan kepada Penyelia dan

Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

d) Sekiranya berlaku kerosakan kepada mana-mana kamera

Pengawal Keselamatan hendaklah membuat Pemeriksaan

dimana lokasi kamera yang mengalami kerosakan dan

hendaklah melaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan

Lembaga Pelabuhan Kuantan.

e) Setiap kejadian yang dipantau atau kejadian kerosakan Kamera

CCTV pengawal Keselamatan yang mengawal Monitor CCTV

hendaklah merekod kejadian tersebut didalam buku laporan

Pemeriksaan Keselamatan.

7) PEMANTAUAN LAMPU-LAMPU

a) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu dikawasan

laluan hendaklah sentiasa dinyalakan pada waktu malam.

b) Lampu bagi Kawasan yang menempatkan Kamera CCTV

hendaklah di nyalakan kecuali kamera CCTV didalam Pejabat.

c) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan lampu didalam

pejabat dimatikan selepas waktu pejabat bagi pejabat di Tingkat

5 , 6 dan 7.

d) Lampu dikawasan tempat letak kereta hendaklah dinyalakan

diwaktu malam bagi mengawasi kenderaan yang ada di Kawasan

letak kereta.

e) Pengawal Keselamatan hendaklah menguji keberkesanan lampu

kecemasan samada boleh digunakan atau tidak dalam tempoh

sekali sebulan dan ujian tersebut hendaklah dicatat didalam

buku laporan pengawal.

Page 8: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

f) Sekiranya bekalan elektrik terputus pengawal Keselamatan

hendaklah memastikan Backup generator berfungsi dan kejadian

keputusan bekalan elektrik hendaklah dicatatkan didalam buku

laporan Keselamatan.

g) Setiap kejadian terputus bekalan elektrik dan kegagalan Backup

generator berfungsi hendaklah dilaporkan kepada Penyelia dan

Pegawai Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

8) PEMANTAUAN PAGAR KESELAMATAN.

a) Pagar keselamatan disediakan disekeliling Bangunan

Perdagangan samada dari jenis Chainlink, tembok dan landskap

tumbuhan jenis pokok pagar.

b) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan pagar-pagar

tersebut tidak dicerobohi oleh sebarang penceroboh melalui

pagar yang disediakan.

9) KESELAMATAN PINTU MASUK. (KAWALAN KELUAR MASUK

BARANG DARI BANGUNAN)

a) Prosedur kawalan dan pemeriksaan kemasukan / keluarkan

barangan dari bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan hendaklah

dilaksanakan.

b) Kawasan pintu utama tidak dibenarkan bagi laluan atau parking

menurunkan barangan besar. Permohonan memunggah

barangan besar hendaklah dikemukakan kepada Pegawai

Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

c) Kawasan Khas disediakan bagi laluan pengeluaran barangan

besar yang adalah melalui pintu Kecemasan di bahagian

belakang dan hanya dibenarkan kepada Orang-orang yang

mendapat kebenaran dari pihak Lembaga Pelabuhan Kuantan

menggunakan laluan tersebut.

Page 9: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

d) Barangan yang dibawa bimbit dengan tangan boleh di benarkan

kecuali Pengawal Keselamatan mengsyaki bahawa Barangan

tersebut adalah Barangan salah yang dibawa masuk dan keluar

dari Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

e) Pegawal keselamatan hendaklah mencatat segala pergerakan

barang keluar dan masuk yang dicurigai kedalam buku rekod

keselamatan berkaitan pemeriksaan barang dangan mencatat

nombor KP pengeluar, nombor kenderaan dan jenis kenderaan

yang menganggkut atau memunggah Barangan tersebut.

f) Pengawal Keselamatan hendaklah sentiasa memerhatikan

dengan cermat dan teliti Semua urusan pemunggahan Barangan.

g) Penyelia Pengawal keselamatan hendaklah menyediakan latihan

kepada Pengawal Keselamatan kaedah-kaedah untuk membuat

pemeriksaan Barangan keluar masuk dari Bangunan Lembaga

Pelabuhan Kuantan.

10) KAWALAN PINTU MASUK.

a) Kawalan keluar / masuk ke Bangunan Lembaga Pelabuhan

Kuantan melalui pintu utama adalah melalui pengenalan Pas

Keselamatan Bangunan yang telah dikeluarkan.

b) Semua Penghuni di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan

dibekalkan dengan Pas Keselamatan Bangunan bergambar yang

sah laku tempoh selama 2 tahun dan ditandatangani oleh

Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan.

c) Kakitangan Lembaga juga dibekalkan dengan Pas Kakitangan

Lembaga Pelabuhan Kuantan bergambar yang mempunyai tarikh

tempoh laku selama 2 tahun.

d) Pengawal Keselamatan yang mengawal pintu masuk hendaklah

memeriksa setiap masa pergerakan keluar masuk ke bangunan

Lembaga Pelabuhan Kuantan adalah orang yang sah dibenarkan

masuk ke bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Page 10: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

e) Pelawat hendaklah mendapatkan Pas Keselamatan Pelawat

untuk memasuki bangunan Lembaga pelabuhan Kuantan.

f) Catatan hendaklah dibuat didalam buku pelawat setiap

pengeluaran Pas Pelawat kepada pelawat dengan mencatat

butir-butir peribadi pelawat spt Nama, no kad pengenalan dan

alamat pelawat yang hadir serta tujuan Lawatan pelawat.

11) KAWALAN LALUAN MASUK / LALUAN KELUAR.

a) Laluan masuk /keluar di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan

hanya terletak di tingkat bawah Bangunan Lembaga Pelabuhan

Kuantan. Ianya terdiri dari:

i) Laluan utama.

ii) 4 Pintu kecemasan yang terletak disusur tangga kecemasan

Bangunan.

b) Dalam waktu biasa laluan yang dibenarkan hanyalah di pintu

utama lobi Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

c) Pintu kecemasan di kedua-dua bahagian susur tangga hendaklah

sentiasa berkunci.

d) Pintu kecemasan boleh dibuka hanya sekiranya terdapat

permintaan dan kebenaran dari Pegawai Keselamatan Lembaga

Pelabuhan Kuantan. bertulis untuk menghantar dan

mengeluarkan barangan yang berkuantiti banyak dan besar

sahaja.

e) Pintu kecemasan hendaklah dibuka apabila berlaku berlaku

kecemasan di Bangunan. Pengawal Keselamatan hendaklah

bersiap sedia menghadapi suasa kecemasan ini.

f) Kawalan laluan masuk dan keluar adalah dengan melakukan

pemerhatian dan pengesanan sistem pas Keselamatan

sementara barangan adalah melalui Pemeriksaan fizikal

barangan yang dibawa masuk dan keluar.

Page 11: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

g) Pemantauan laluan masuk adalah dipantau oleh rakaman CCTV

di semua laluan masuk di tingkat lobby, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 di

kedua-dua bahagian pintu masuk dan pintu masuk kecemasan.

h) Pengawal Keselamatan hendaklah memantau Pergerakan laluan

keluar / masuk yang dirakam melalui CCTV.

i) Sekiranya terdapat sebarang perlakuan yang disyaki pengawal

Keselamatan hendaklah mengambil tindakan sewajarnya.

j) Semua laluan masuk / keluar di Bangunan Pelabuhan Kuantan

mempunyai pintu.

k) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan Pintu

kecemasan / rintangan api hendaklah sentiasa bertutup.

l) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan Pintu-pintu

pejabat hendaklah bertutup dan berkunci selepas waktu pejabat.

Sekiranya pintu pejabat tidak bertutup dan berkunci pengawal

Keselamatan hendaklah menasihatkan mana-mana pemilik

pejabat di Bangunan supaya menutup dan mengunci pejabat.

m)Pengawal Keselamatan hendaklah memsatikan pejabat di tingkat

5, 6 dan 7 berkunci selepas waktu pejabat dengan memastikan

semua pekerja telah meninggalkan pejabat.

12) KAWALAN KESELAMATAN DALAMAN (KAD PENGENALAN

PEKERJA / PELAWAT)

a) Pas Pekerja bergambar yang disediakan kepada kakitangan dan

Pas Keselamatan Bangunan yang disediakan kepada penghuni

lain bangunan lembaga pelabuhan kuantan hendaklah

dipamirkan setiap masa semasa berada didalam bangunan

lembaga pelabuhan kuantan.

b) Buku Kawalan masuk / keluar pelawat hendaklah disediakan dan

digunakan untuk mengawal kemasukan pelawat di Bangunan

Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Page 12: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

c) Pelawat hendaklah mengemukakan bukti pengenalan diri seperti

kad pengenalan awam atau lessen memandu atau passport

untuk mendapatkan pas pelawat memasuki Bangunan. Semua

butir-butir maklumat pelawat hendaklah dicatat didalam buku

pelawat.

d) Pengawal Keselamatan hendaklah memastikan pelawat yang

memohon pas pelawat adalah orang yang sama dengan

pengenalan yang diberikan dengan membandingkan gambar

yang tertera di dokumen yang diserahkan.

e) Sekiranya pelawat tidak mempunyai sebarang identity

pengenalan diri untuk disahkan, dapat kan dan orang yang ingin

ditemui untuk mengesahkan identity pelawat dan catatkan

didalam buku pelawat butir-butir pelawat dan orang yang

mengesahkan identity pelawat.

13) KAWALAN KAWASAN UTILITI

a) Pengawal Keselamatan hendaklah mengawal dan membuat

Rondaan di Kawasan utility dari dicerobohi untuk tujuan jenayah.

b) Kawasan utility adalah seperti:-

i) Kawasan bekalan air / tangki air di Bangunan Lembaga

Pelabuhan Kuantan di tingkat bumbung.

ii) Bilik Generator di tingkat bawah.

iii) Bilik pam di tingkat bawah

iv) Bilik penghawa dingin berpusat di tingkat loby dan Mazzenine

v) Bilik fail di tingkat 6

vi) Surau di tingkat 6 dan bangunan surau awam

vii) Semua tandas di semua tingkat bangunan.

c) Sekiranya pengawal keselamatan mendapati kawasan tersebut

disyaki diceroboh laporkan kepada penyelia dan ambil tindakan

awal yang sepatutnya.

Page 13: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

14) PELAN KECEMASAN BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN

KUANTAN.

a) Pengawal Keselamatan akan didedahkan dengan Pelan

kecemasan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan bertujuan

untuk menilai, mengemaskini dan memahir pelaksanaan Pelan

Kecemasan Bangunan dan Tatacara Pelaksanaan semasa

kecemasan berkaitan sebarang ancaman.

b) Pengawal Keselamatan akan dibekalkan nombor perhubungan

agensi penguatkuasaan tempatan seperti POLIS, Bomba,

HAZMAT Teams, Pasukan kecemasan Lembaga Pelabuhan

Kuantan, pasukan kecemasan Kuantan Port Consortium dan lain-

lain untuk dihubungi semasa kecemasan.

c) Latihan panggilan kecemasan akan dilakukan setiap tahun

dengan melibatkan Pengawal Keselamatan Bangunan Lembaga

Pelabuhan Kuantan.

15) KAWALAN KUNCI-KUNCI BANGUNAN

a) Kunci-kunci Bangunan dipertanggungjawabkan kepada Pengawal

Keselamatan Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan.

b) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjaga

kunci-kunci dengan selamat dan tidak disalahgunakan.

c) Pengawal Keselamatan hendaklah amanah memegang kunci

yang dipertanggungjawabkan.

d) Sebarangkehilangan kunci hendaklah dilaporkan kepada Pegawai

Keselamatan Lembaga Pelabuhan Kuantan untuk tindakan

selanjutnya.

e) Setiap kehilangan kunci pejabat akan dibuat laporan ke Balai

Polis Beserah untuk tindakan.

f) Pergerakan kunci mestilah dicatat didalam buku Pergerakan

kunci oleh Pengawal Keselamatan dengan mengambil butir-butir

Page 14: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

peribadi pengambil kunci dan mengesahkan bahawa pemohon

adalah orang yang dibenarkan mengambil kunci pejabat.

g) Sesalinan surat kebenaran Pegawai yang layak mengambil kunci

pejabat akan diedarkan kepada Pengawal Keselamatan untuk

tujuan pengesahan.

h) Setiap Pengawal Keselamatan yang menyalah gunakan kunci

bagi tujuan melakukan salah laku akan di serahkan kepada pihak

berkuasa untuk tindakan dan siasatan.

16) TINDAKAN KECEMASAN SEMASA KEBAKARAN /

MENYELAMATKAN NYAWA.

a) Adalah menjadi tanggungjawab Pengawal Keselamatan menjadi

orang pertama dalam tindakan kecemasan semasa kebakaran /

menyelamatkan nyawa.

b) Pengawal Keselamatan hendaklah mengambil tindakan-tindakan

yang perlu untuk tindakan semasa kebakaran / menyelamatkan

nyawa:

i) Bunyikan loceng kecemasan dengan memecahkan kotak

alarm.

ii) Buka semua pintu kecemasan di tingkat lobi.

iii) Hubungi Bomba , Polis pelabuhan, Pegawai keselamatan

Lembaga Pelabuhan Kuantan, Penyelia

iv) Kawal laluan kecemasan dan tenangkan penghuni supaya

tidak panik.

v) Kumpulkan semua Penghuni bangunan lembaga pelabuhan

kuantan di kawasan berkumpul.

vi) Kawal laluan dan kenderaan.

vii) Serahkan buku pelawat kepada pegawai keselamatan

lembaga pelabuhan kuantan

viii) Pastikan tiada mangsa yang terperangkap.

Page 15: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

17) LAIN-LAIN PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG DI

PELABUHAN KUANTAN.

a) Name, Contacts and Working Hours of Other Law Enforcement in

the Facility (SEPERTI DI LAMPIRAN C)

Page 16: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

SENARAI NO PERHUBUNGAN SEMASA KECEMASAN

BIL AGENSINAMA PEGAWAI

JENIS KECEMASAN NO HANDPHONE

1.

BOMBA 1

99909 5837977 (GEBENG)09 5135544 (I/PEJ)

2. BALAI BESERAH 1 2 3 5 09 5442222

3. IPD KUANTAN 1 2 3 5 09 5132222

4. IPK PAHANG 1 2 3 5 09 5902222

5. BOMBA PELABUHAN 1 2 3 09 5833282

6. POLIS PELABUHAN 1 2 3 5 09 5833205

7. PENGURUS BESAR 1 2 3 019 9878626

8. PENGURUS OPERASI 1 2 3 019 9161327

9. PENGURUS KEWANGAN 1 019 9878860

10. PENGURUS KOPERAT 1 019 9878914

11. PEN. PENGURUS OPERASI (BOMBA) 1 019 9539466

12. PEN. PENGURUS OPERASI (MARIN) 1 019 9401351

13. PEN PENGURUS OPERASI (TEKNIKAL) 1 4 7 019 9152219

14. PEN PENGURUS IT 1 6 019 9163164

15. PEG KES PEL KUANTAN 1 2 3 4 5 6 7 019 9047100

16. PEN. PEGAWAI SAINS 1 012 9613087

17. PEMBANTU TEKNIK 1 4 7 012 9080090

18. JURUTEKNIK 1 4 7 019 9380278

19. PEN. PEGAWAI IT 1 6 019 2270708

20. CHARGEMAN 1 4 7 013 9323343

21. PEMBANTU TADBIR KANAN OPERASI 1 013 9237011

22. PEMBANTU TADBIR KANAN KOPERAT 1 019 9893104

23. PEMBANTU TADBIR OPERASI 1 1 019 9511400

24. PEMBANTU TADBIR OPERASI 11 1 012 9486119

25. PEMBANTU TADBIR TEKNIKAL 1 013 9109139

26. PEMBANTU TADBIR PENTADBIRAN 1 019 9155266

27. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN 1 013 9819770

28. OPERATOR TELEFON 1 2 3 4 019 984546409 5835160

Page 17: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

SENARAI KECEMASAN MENGIKUT KOD WARNA

1. KEBAKARAN / TUMPAHAN KIMIA

2. KECURIAN / ROMPAKAN /KEMATIAN / ANCAMAN BOM

3. PENCEROBOHAN / LOCENG KECEMASAN BANK / LEMBAGA BERBUNYI

4. TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK / HAWADINGIN / LITARPINTAS

5. KEMASUKAN BARANG YANG DICURIGAI

6. CCTV TIDAK BERFUNGSI

7. LAMPU TIDAK BERFUNGSI

Page 18: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

BORANG A

BORANG LAPORAN HARIAN KAWALAN KESELAMATAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

TARIKH MASA MAKLUMAT PENUGASAN PENGAWALNAMA PENGAWAL

SHIFT 1 SHIFT 2 SHIFT 3PENGAWAL RONDA 1. 1. 1.

PENGAWAL KAUNTER PERTANYAAN 2. 2. 2.JENIS PEMERIKSAAN LAPORAN SITUASI

1. PEMERIKSAAN PARKING / KENDERAAN2. PEMERIKSAAN PELAWAT / ORANG3. PEMERIKSAAN BARANG 4. PEMERIKSAAN PEJABAT TING 5, 6 DAN 75. PEMERIKSAAN LAMPU 6. PEMERIKSAAN KUNCI PEJABAT TING 5, 6 DAN

77. PEMERIKSAAN PINTU KECEMASAN 8. KEKERAPAN RONDAAN/PEMERIKSAAN CCTV

9. PENGELUARAN KUNCI PEJABAT10. LAWATAN VIP (KAWALAN VIP)11. PEMERIKSAAN YG DISYAKI12. LAWATAN PELAWAT TING 5, 6 DAN 713. PEMERIKSAAN PENYELIA 14. PEMERIKSAAN PEGAWAI KESELAMATAN

LPKTN15. PEMERIKSAAN POLIS, BOMBA DLL16.17.

PERISTIWA KEJADIAN TINDAKAN ULASAN PENYELIA

1. KEROSAKAN CCTV/ KEHILANGAN KUNCI/ BLACKOUT/ KEMALANGAN/ KEBAKARAN/ KECURIAN/ KEROSAKAN HARTA / PENCEROBOHAN/ MEMBAWA BARANGAN LARANGAN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN

LENGKAP)2. PELANGGARAN PERATURAN ( PARKING /

MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN (GUNAKAN BORANG B - LAPORAN KEJADIAN /KEMALANGAN UNT KETERANGAN

Page 19: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

LENGKAP)

Page 20: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

BORANG BLAPORAN PERISTIWA (KEJADIAN) KAWALAN KESELAMATAN

LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

TARIKHMASA

NAMA PENGAWAL

PERISTIWA

KEROSAKAN CCTV

KEHILANGAN KUNCI

BLACKOUT

KEMALANGAN

KEBAKARAN

KECURIAN KEROSAKAN HARTA

PENCEROBOHAN

MEMBAWA BRG LARANGAN

PELANGGARAN PERATURAN (PARKING / MASUK TANPA PAS / MEROKOK DLM BGN DAN LAIN-LAIN (NYATAKAN)

JENIS KEJADIAN

TARIKH KEJADIAN

TEMPOH MASA KEJADIAN

DARI JAMHINGGA JAM

TEMPAT KEJADIAN

PERKARA KEJADIAN

KETERANGAN KEJADIAN

TINDAKAN SEGERA TERHADAP KEJADIAN

SIASATAN KEJADIAN

TINDAKAN PEJABAT

TINDAKAN SUSULAN UNIT

SEC SEF KEJ IT KOP ADM OP/K KEW

ULASAN

Page 21: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

ETIKA KERJA PEGAWAI / PENGAWAL KESELAMATAN

LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN.

PEGAWAI DAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG DITUGASKAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN

KUANTAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGASNYANYA MESTILAH:

MENUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN KEPADA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA KESELAMATAN DAN

KEHARMONIAN DI BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

MENDAHULUKAN SOAL KESELAMATAN HARTA BENDA DAN NYAWA DARI KEPENTINGAN PERIBADI.

BERBUDI BAHASA SEMASA BERURUSAN DENGAN ORANG RAMAI

PEKA KEPADA ANCAMAN YANG ADA DISEKELILING ANDA

TELITI DAN DEDIKASI DALAM MENJALANKAN TUGAS

SENTIASA KELIHATAN BERSIH, KEMAS DAN RAPI

BERDISIPLIN DALAM MENJALANKAN TUGAS

PATUH KEPADA ARAHAN PEGAWAI ATASAN

ARAHAN

PENGURUS BESARLEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

Page 22: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

PENUTUP

Saya dan seluruh kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan mengharapkan dengan adanya arahan tetap ini akan dapat memberi banyak manafaat kepada sistem kawalan keselamatan di Lembaga Pelabuhan Kuantan.

Arahan ini juga akan dapat digunakan oleh semua kakitangan Lembaga Pelabuhan Kuantan bagi menjamin keselamatan di Bangunan Lembaga Pelabuhan Kuantan amnya dan khususnya di Pelabuhan Kuantan sendiri bagi menjamin keharmonian dan keselesaan berkerja yang berpanjangan.

DATO’ KHAIRUL ANUAR BIN ABD.RAHMANPengurus BesarLembaga Pelabuhan Kuantan

Page 23: Arahan Tetap Kawalan Keselamatan Lpktn

DISEDIAKAN OLEH

PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KANANLEMBAGA PELABUHAN KUANTAN1998-2007

PELABUHAN KUANTANMALAYSIA


Top Related