Transcript
Page 1: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

1

ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI

BAHAGIAN I PERMULAAN PERATURAN

1.0 Nama 2.0 Tafsiran

BAHAGIAN II

PERATURAN AM 3.0 Larangan am 4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama 5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama 6.0 Menganjurkan perhimpunan 7.0 Pembesar suara 8.0 Sepanduk 9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya 10.0 Kegiatan pelajar luar kampus 11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya 12.0 Representatif berhubungan dengan kolej 13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus 14.0 Kebersihan dan kesihatan 15.0 Membuat bising 16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental 17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus 18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang 19.0 Merokok 20.0 Disiplin 21.0 Akhlak kerohanian 22.0 Waktu curfew 23.0 Keingkaran 24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib

BAHAGIAN III

PERATURAN AM ASRAMA 25.0 Perkara am 26.0 Pengangkutan 27.0 Kuasa memeriksa bilik 28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas 29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew 30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew 31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu 32.0 Judi di dalam kampus 33.0 Meminum minuman yang memabukkan 34.0 Bahan lucah 35.0 Dadah atau racun 36.0 Bersopan santun 37.0 Kelakuan kurang sopan di sekitar asrama 38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya 39.0 Binatang peliharaan 40.0 Simbol keagamaan 41.0 Aduan 42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman

dan tatatertib

Page 2: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

2

BAHAGIAN IV PERATURAN KHAS ASRAMA

43.0 Meninggalkan asrama 44.0 Bertukar bilik 45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap 46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu 47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu 48.0 Harta benda asrama dalam bilik 49.0 Kunci bilik 50.0 Kebersihan bilik 51.0 Harta benda penghuni

BAHAGIAN V

PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR 52.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik 53.0 Penggunaan kemudahan air 54.0 Menyimpan alat elektrik 55.0 Barangan elektrik dan masakan

BAHAGIAN VI

BILIK MANDI DAN TANDAS 56.0 Kebersihan 57.0 Paip air 58.0 Penggunaan tandas

BAHAGIAN VII

PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR 59.0 Objektif 60.0 Peraturan am 61.0 Pakaian pelajar 62.0 Rambut, misai dan janggut 63.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan 64.0 Hukuman

BAHAGIAN VIII

YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN 65.0 Yuran-yuran yang ditetapkan 66.0 Bayaran sebagai penghuni 67.0 Saman dan denda

BAHAGIAN IX

TINGKAHLAKU PELAJAR 68.0 Berkelakuan sopan 69.0 Suasana tenang dan senyap 70.0 Tindak balas sendiri 71.0 Kawasan larangan 72.0 Aktiviti sosial dan ceramah 73.0 Larangan bergaduh 74.0 Larangan memukul 75.0 Larangan membuli

Page 3: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

3

BAHAGIAN X HAL-HAL LAIN

76.0 Sakit 77.0 Pelawat dan bilik tetamu 78.0 Penjaja 79.0 Meletak kenderaan 80.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej 81.0 Larangan merokok 82.0 Kegiatan suaikenal

BAHAGIAN XI

PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA 83.0 Kebenaran membawa kenderaan 84.0 Daftar kenderaan motor 85.0 Had laju 86.0 Kawasan pemanduan di kampus 87.0 Tempat letak kenderaan 88.0 Membonceng 89.0 Arahan dan isyarat lalu lintas 90.0 Lesen memandu dan kad pelajar 91.0 Halangan kepada aliran lalu lintas 92.0 Pelekat kenderaan 93.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar 94.0 Hukuman tatatertib terus

BAHAGIAN XII

PROSEDUR TATATERTIB 95.0 Kesalahan 96.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib 97.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib 98.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan 99.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya 100.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah 101.0 Keterangan pelajar 102.0 Memanggil semula saksi 103.0 Pengumuman keputusan 104.0 Mengenakan hukuman 105.0 Jagaan dan pelupusan barang kes 106.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib 107.0 Jagaan atau menyimpan nota 108.0 Daftar prosiding tatatertib 109.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya 110.0 Denda dan hukuman 111.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman 112.0 Perintah membayar gantirugi 113.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

BAHAGIAN XIII

PROSEDUR RAYUAN 114.0 Notis rayuan 115.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif 116.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan

Page 4: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

4

117.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman

BAHAGIAN XIV BAHAGIAN AM

118.0 Kesalahan tatatertib 119.0 Ketetapan badan di bawah kolej 120.0 Kadar denda dan hukuman 121.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah

BAHAGIAN XV

PINDAAN PERATURAN 122.0 Pindaan

Page 5: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

5

ARAHAN TETAP ASRAMA KOLEJ UNITI

BAHAGIAN I PERMULAAN PERATURAN

1.0 Nama 1.1 Arahan tetap ni dinamakan Arahan Tetap Asrama (1998) Kolej UNITI, Pindaan 2010, Pasir

Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. 2.0 Tafsiran 2.1 Dalam Peraturan ini, melainkan juka konteksnya menghendaki makna yang lain-

”asrama” ertinya apa-apa kemudahan, dengan apa-apa jua nama yang dipanggil, yang

disediakan oleh pihak Kolej bagi kediaman pelajar; ”anggota asrama” ertinya ialah mereka yang menjadi anggota asrama, termasukdi dalamnya

Felo, Penghuni Asrama dan orang-orang lain yang dibenarkan masuk oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI.

”arahan lalu lintas” ertinya apa-apa arahan, perintah, atau petunjuk yang diberikan oleh orang

yang diberikan kuasa kepada mana-mana mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam Kampus;

“bahagian hal ehwal pelajar” ertinya satu badan khas yang dibentuk dilantik oleh Ketua

Pegawai Eksekutif untuk menguruskan segala hal ehwal pelajar, termasuk hal ehwal disiplin, kerohanian, asrama, persatuan dan kelab, persatuan alumni, aktiviti-aktiviti pelajar, dan sebagainya;

“bahan yang boleh memabukkan” ertinya apa jua bahan yang apabila penggunaannya dalam

apa jua cara boleh memabukkan; ”bilik tatatertib” ertinya suatu bilik yang diuntukkan bagi maksud menjalankan prosiding

tatatertib amnya atau bagi maksud prosiding tatatertib yang tertentu; ”dadah” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang pada masa ini terkandung dalam Jadual

Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]; ”felo” ertinya seorang Pegawai Kolej yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif sebagai

Pengarah untuk mentadbirkan asrama Kolej bagi tempoh yang dinyatakan dalam surat perlantikannya;

”isyarat lalu lintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arah, isyarat, tanda atau

alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan bagi pengetahuan, panduan, petunjuk orang yang menggunakan jalan;

”judi” ertinya bermain apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan

kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaganan, apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri;

”kampus” ertinya kawasan Kolej dan bangunannya termasuklah mana-mana kawasan yang

digunakan oleh Kolej; ”kakitangan” ertinya mana-mana pekerja Kolej;

Page 6: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

6

”kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan untuk membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

”kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera

mekanism yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan bibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas jalan, dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor samaada atau tidak bahagian kenderaan yang ditarik sedemikian menindih atas kenderaan motor yang menariknya;

”kesalahan tatatertib” ertinya suatu kesalahan di bawah Peraturan ini; ”ketua pegawai eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif, dan termasuklah mana-mana

orang atau atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak bagi pihaknya;

”kolej” ertinya Kolej UNITI; ”meletak kereta” ertinya membawa suatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerak dan

menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta-merta orang, barang-barang atau bagasi;

”minuman yang memabukkan” ertinya apa-apa minuman keras yang mempunyai apa-apa

kekuatan alkohol; ”pelajar” termasuklah pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di

Kolej; ”pelajar menetap” ertinya seseorang pelajar yang menetap di dalam asrama; pihak yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa

dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak Kolej; ”pihak berkuasa asrama” ertinya ialah mereka yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pegawai

Eksekutif untuk menjalankan tugas mengurus dan mentadbir asrama Kolej UNITI. ”pihak berkuasa tatatertib” ertinya ialah seorang Ketua Pegawai Eksekutif atau jika berkenaan,

mana-mana orang atau lembaga yang diwakilkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dengan tugas tugas, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipan tatatertib.

”pihak pentadbiran” ertinya pihak yang diberikan kuasa untuk mengurus dan mentadbir segala

hal ehwal pentadbiran Kolej; ”peraturan” ertinya Peraturan ini, juga dinamakan Arahan Tetap Kolej; ”prosiding tatatertib” ertinya prosiding tataertib di bawah Peraturan ini; ”racun” ertinya apa-apa bahan yang dinyatakan melalui nama dalam ruang pertama Senarai

Racun kepada Akta Racun 1952 [Akta 366] dan termasuklah apa-apa sediaan, larutan, sebatiancampuran atau bahan semula jadi yang mengandungi bahan itu.

”sesi pengajian” ertinya dalam masa setahun atau dalam tempoh dua semester.

Page 7: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

7

BAHAGIAN II PERATURAN AM

3.0 Larangan am 3.1 Seseorang pelajar tidak boleh:-

3.1.1 Menjalankan urusannya sama ada di dalam kampus atau di luar kampus dalam apa cara yang boleh merosakkan atau memudaratkan:-

3.1.1.1 kepentingan, kesejahteraan atau nama baik Kolej, mana-mana pelajar,

kakitangan, pegawai atau pekerja Kolej; atau

3.1.1.2 ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib. 3.1.2 Mencabuli apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, sama ada di dalam

kampus atau di luar kampus.

3.1.3 Mengganggu pengajaran, pengajian, penyelidikan, kerja pentadbiran, atau apa-apa kegiatan yang dijalankan & dibenarkan oleh Kolej.

3.1.4 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekerja daripada

menjalankan kewajipan atau tugasnya. 3.1.5 Melarang, menghalang atau mengganggu mana-mana pelajar daripada menghadiri

kuliah, tutorial kelas atau daripada mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti yang sah. 3.1.6 Menganjur, menghasut atau menyertai pemulauan apa-apa peperiksaan, kuliah, tutorial,

kelas, atau kegiatan sah lain yang dijalankan oleh atau di bawah arahan atau dengan kebenaran Kolej.

3.1.7 Merosak, mengubah, mengganggu, mengalih atau dalam apa-apa cara berurusan

dengan apa-apa bahan, objek, artikel atau harta dalam Kolej. 3.1.8 Melakukan apa-apa perbuatan atau menyebabkan apa-apa perbuatan di dalam kampus,

supaya menyebabkan atau mungkin menyebabkan halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang di dalam Kolej.

3.1.9 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak kakitangan perpustakaan atau kakitangan

perpustakaan lain berkenaan dengan penggunaan perpustakaan, buku-buku dalam perpustakaan dan kemudahan-kemudahan lain dalam perpustakaan.

3.1.10 Melanggar apa-apa arahan atau kehendak orang yang diberi kuasa berkenaan

penggunaan mana-mana bangunan, peralatan, perkakasa dan bahan di dalam bangunan, dan kemudahan lain di dalam bangunan.

3.1.11 Memalsukan maklumat yang diminta atau memberi maklumat palsu kepada mana-mana

pihak Kolej UNITI untuk apa sahaja tujuan.

4.0 Ketenteraman dan keselamatan asrama

4.1 Keselamatan dan ketenteraman asrama adalah penting untuk membolehkan semua anggota asrama melaksanakan tugas dengan teratur dan aman, dan setiap penghuni dapat belajar dengan tenang, bagi kebaikan semua anggota asrama.

Page 8: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

8

4.2 Maka oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni, secara individu atau kumpulan, untuk menjaga, memelihara dan mengekalkan ketenteraman, keselesaan dan keselamatan semua anggota asrama dan mengawalnya dan diganggu atau diancam oleh mana-mana anasir dan dalam atau luar asrama.

4.3 Maka oleh itu adalah menjadi larangan dan kesalahan bagi mana-mana penghuni, secara individu atau kumpulan, yang dengan perbuatannya mengancam atau mengganggu atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam sama ada sengaja atau tidak sengaja, ketenteraman, keselesaan dan keselamatan setiap penghuni asrama.

4.4 Dengan itu juga maka adalah menjadi kesalahan bagi seseorang penghuni atau kumpulan penghuni yang melakukan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan mudarat atau bahaya atau bersubahat dengan sebarang anasir dan dalam atau luar asrama untuk mendatangkan mudaratatau bahaya, kepada seseorang penghuni asrama, atau dengan apa cara yang boleh dianggap sebagai mengancam keselamatan penghuni asrama, sama ada perbuatan itu dilakukan dalam bangunan asrama atau disekitar kawasan asrama.

5.0 Keharmonian dan kerukunan masyarakat pelajar dalam asrama

5.1 Keharmonian dan kerukunan hidup sebagai satu masyarakat pelajar dalam asrama adalah faktor

utama yang mosti dibina dan dipelihara oleh semua penghuni asrama. Oleh itu segala perbuatan cabar-mencabar atau hasut-menghasut atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai mencabar atau menghasut adalah dilarang.

5.2 Untuk mencapai keadaan yang harmoni dan kerukunan hidup antara penghuni asrama maka adalah perlu bagi setiap penghuni dapat bertolak ansur mengenal segala perselisihan faham yang mungkin timbul antara penghuni. Oleh itu setiap penghuni, sebagai individu atau kumpulan, tidak boleh mengambil tindakan sendiri bagi menyelesaikan sesuatu perselisihan faham, tetapi semuanya itu mesti dirujuk kepada Pihak Berkuasa Asrama / Felo yang bertugas.

6.0 Menganjurkan perhimpunan

6.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, tanpa kebenaran terdahulu Pihak

Pentadbiran mengadakan, menganjurkan, atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil atau dalam apa-apa cara, terlibat dalam pengadaan, penganjuran, atau pemanggilan, atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan, atau dipanggil, atau, dalam apa-apa cara terlibat dalam melakukan apa-apa perbuatan untuk mengadakan, menganjurkan atau memanggil, apa-apa perhimpunan yang lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian kampus atau atas mana-mana tanah atau dalam mana-mana bangunan yang dipunyai oleh atau di bawah milikan atau kawalan Kolej atau yang digunakan bagi maksud Kolej.

6.2 Dalam memberi kebenaran yang tersebut dalam Peraturan 6.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.

6.3 Tiada pelajar boleh menghadiri atau menyertai sesuatu perhimpunan yang diadakan yang berlanggaran dengan Peraturan 6.2 dan 6.3.

7.0 Pembesar suara

7.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki, atau mempunyai dalam

milikan, jagaan atau kawalan pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, bagi maksud ucapan awam, apa-apa pembesar suara atau alat-alat serupa lain tanpa kelulusan terdahulu daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

7.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 7.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.

Page 9: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

9

8.0 Sepanduk

8.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:- 8.1.1 Membuat atau menyebabkan supaya dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan untuk

membuat atau menyebabkan supaya dibuat.

8.1.2 Mengibar, mempamer, menunjukkan atau dalam apa-apa cara menggunakan atau menyebabkan supaya dikibar, dipamer, ditunjukkan atau dalam menggunakan ; atau

8.1.3 Memiliki atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan pelajar, atau pertubuhan,

badan atau kumpulan pelajar, apa-apa bendera, sepanduk, plakad, poster, lambang atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin, kekacauan, keingkaran atau pelanggaran Peraturan ini.

8.2 Dalam memberikan kelulusan dalam Peraturan 8.1.1, 8.1.2 dan 8.1.3, Pihak Pentadbiran boleh

mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang disifatkan perlu atau sesuai.

9.0 Penerbitan, dokumen dan sebagainya

9.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, tanpa kebenaran terdahulu Pihak Pentadbiran, boleh menerbitkan, membahagi-bahagikan atau mengedarkan apa-apa dokumen di dalam kampus atau di luar kampus, samaada di dalam bentuk digital atau cetakan.

9.2 Dalam memberikan kebenaran di bawah Peraturan 9.1, Pihak Pentadbiran boleh mengenakan apa-apa sekatan, terma atau syarat yang difikirkan perlu atau sesuai.

9.3 Kebenaran yang dikehendaki di bawah Peraturan ini hendaklah sebagai tambahan bagi apa-apa lesen, permit atau apa-apa bentuk lain pemberikuasaan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

10.0 Kegiatan pelajar luar kampus

10.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menjalankan atau menyertai apa-

apa kegiatan di luar kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Kolej atau yang memudaratkan kepentingan Kolej.

10.2 Pihak Pentadbiran boleh mengeluarkan garis panduan berkenaan dengan kegiatan yang memudaratkan kepentingan Kolej.

11.0 Pelajar yang melibatkan diri dalam pekerjaan, dan sebagainya

11.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus atau di luar kampus, melibatkan diri dalam apa-apa

pekerjaan, pengajian, perniagaan, perdagangan atau kegiatan lain, sama ada atas dasar sepenuh masa atau sambilan sebelum mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran.

12.0 Representatif berhubungan dengan kolej

12.1 Tiada pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh, tanpa kelulusan Pihak

Pentadbiran terlebih dahulu membuat apa-apa representatif atau apa-apa perhubungan lain, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, kepada mana-mana pegawai awam atau kepada akhbar atau kepada orang ramai dalam perjalanan kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam perjalanan apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar yang berhubungan dengan sesuatu perkara berkaitan dengan Kolej atau dengan kakitangan atau pelajar Kolej, atau berkaitan dengan dirinya atas sifatnya sebagai seorang pelajar Kolej.

Page 10: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

10

13.0 Bantahan pelajar terhadap kemasukan individu atau kumpulan ke dalam kampus

13.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh membuat apa-apa bantahan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dalam apa-apa cara lain, terhadap kemasukan ke dalam, atau kehadiran dalam, atau larangan atau pemecatan mana-mana orang, badan atau kumpulan orang dari kampus.

14.0 Kebersihan dan kesihatan

14.1 Seseorang pelajar tidak boleh melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan kebersihan dan

kekemasan tempat tinggal seseorang pelajar di dalam kampus atau mana-mana asrama, dewan, kuliah, jalan, kawasan atau mana-mana bahagian kampus lain, atau binaan lain di dalam kampus.

14.2 Kebersihan asrama dan kawasannya adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni asrama. Bilik-bilik asrama, bilik-bilik rehat, bilik-bilik sembahyang, dewan makan dan lain-lain tempat yang diduduki atau digunakan oleh penghuni mestilah sentiasa kemas, teratur dan dipelihara kebersihannya.

15.0 Membuat bising

15.1 Seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi atau bising, atau menyebabkan apa-apa

bunyi atau bising dikeluarkan, dalam apa-apa cara, jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau gangguan kepada mana-mana orang di dalam kampus.

16.0 Pemeriksaan ke atas pelajar yang disyaki mempunyai gangguan mental

16.1 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seseorang pelajar yang disyaki mempunyai gangguan

mental menjalani pemeriksaan perubatan oleh pengamal perubatan yang berkelayakan. 17.0 Tempat tinggal atau tempat tidur dalam kampus

17.1 Tiada pelajar boleh menggunakan atau menyebabkan supaya digunakan mana-mana bahagian

kampus atau mana-mana bahagian bangunan di dalam Kampus sebagai tempat tinggal atau tempat tidur kecuali tempat tinggal yang disediakan untuknya dalam asrama oleh Kolej.

18.0 Memasuki bahagian atau bangunan kampus yang dilarang

18.1 Seseorang pelajar tidak boleh masuk ke dalam mana-mana bahagian Kampus atau mana-mana

bahagian mana-mana bangunan di dalam Kampus, yang kemasukan di dalamnya dilarang kepada pelajar amnya, terutamanya, kepada pelajar atau sesuatu kelas pelajar.

19.0 Merokok

19.1 Kawasan Kolej adalah merupakan kawasan larangan merokok. Pelajar Dilarang Merokok di

dalam Kawasan Kolej. 20.0 Disiplin

20.1 Setiap penghuni mestilah sentiasa menjaga disiplin din, dengan bertatatertib,bertatasusila,

berbudi pekerti, dan menghormati hak-hak orang lain.

Page 11: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

11

20.2 Setiap penghuni mestiIah berusaha mengisi setiap masa dengan amalan yang berguna dan bermanfaat. Hidup dalam keadaan masyarakat asrama yang ramai penghuninya memerlukan disiplin did yang lebih kuat untuk membolehkan setiap penghuni asrama mencapai kemajuan dan kejayaan. Oleh itu segala perbuatan yang tidak bertanggungjawab boleh ditafsirkan sebagai melanggar kehendak disiplin dan kehendak Arahan Tetap mi dan yang demikian boleh menjadi kesalahan di bawah Arahan Tetap ini.

21.0 Akhlak kerohanian

21.1 Faktor terpenting mengenai disiplin ialah kawalan din untuk memelihara akhlak dan Kerohanian

yang baik, supaya kehormatan dan maruah diri tidak tercemar.

21.2 Setiap penghuni asrama mestilah menjaga dan memelihara mutu akhlak dan kerohanian yang baik supaya nama sebagai penghuni terpelajar tidak akan tercemar.

22.0 Waktu curfew

22.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi waktu curfew yang telah ditetapkan seperti berikut:-

22.1.1 Pelajar lelaki hendaklah berada di dalam kawasan asrama selepas pukul 10.00 malam

dan berada di dalam bilik masing-masing sebelum pukul 12.00 malam; dan 22.1.2 Pelajar perempuan hendaklah berada di dalam kawasan asrama selepas pukul 8.00

malam dan berada di dalam bilik masing-masing sebelum pukul 11.00 malam. 22.2 Seseorang pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan Kolej sebelum 7.00 pagi setiap hari dan

selepas jam 7.00 malam setiap hari tanpa kebenaran bertulis dari pihak Kolej.

22.3 Seseorang pelajar yang ingin keluar dan bermalam di luar asrama, pulang selepas waktu curfew, selain ke kelas, hendaklah mengisi Kad Keluar dan Masuk Asrama dan mendapatkan kebenaran Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau Felo yang bertugas.

22.4 Hanya pelajar yang dihantar oleh penjaga selepas waktu curfew sahaja dibenarkan masuk. 23.0 Keingkaran

23.1 Jika seseorang pelajar melanggar apa-apa arahan atau kehendak yang sah yang diberikan atau

dibuat oleh mana-mana pegawai atau pekerja Kolej yang diberikan kuasa untuk memberi atau membuat arahan atau kehendak di dalam kampus, pelajar itu adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

24.0 Hukuman tatatertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib

24.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding

tatatertib di bawah Bahagian VII, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau denda tidak lebih daripada dua ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di Peraturan ini, di hadapan, atau yang dilihat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

24.2 Dengan syarat bahawa sebelum apa-apa hukuman dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya suatu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu.

Page 12: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

12

24.3 Setelah hukuman yang disebut dalam Peraturan 24.1 dan 24.2 dikenakan, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah, dengan seberapa segera, menyerahkan kepada pelajar itu suatu notis bertulis dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Pihak Pentadbiran tentang denda atau hukuman yang dikenakan itu.

Page 13: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

13

BAHAGIAN III PERATURAN AM ASRAMA

25.0 Perkara am

25.1 Setiap pelajar diwajibkan tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak Kolej. Pelajar semester 7

tidak terikat degan perjanjian ini.

25.2 Penempatan di asrama adalah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama. Seseorang pelajar tidak boleh pindah dan satu asrama ke asrama atau bilik yang lain tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Asrama.

25.3 Setiap pelajar yang sakit hendaklah menghubungi Unit Asrama, Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau felo masing-masing untuk tindakan selanjutnya. Pelajar yang sakit akan dihantar ke klinik oleh pegawai bertugas atau felo yang bertanggungjawab.

25.4 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat apabila keluar dari unit masing-masing.

25.5 Pelajar hendaklah sentiasa menutup tingkap (langsir) dan pintu unit masing-masing.

25.6 Seseorang pelajar lelaki dilarang memakai perhiasan seperti rantai dan gelang di kawasan asrama serta kolej.

25.7 Waktu beriadah bagi semua pelajar adalah sehingga sepuluh minit sebelum azan maghrib dilaungkan.

25.8 Seseorang pelajar perempuan adalah dilarang membawa masuk orang luar kecuali ibu atau ibu saudara perempuan atau saudara lelaki yang berumur 6 tahun ke bawah sahaja.

25.9 Pihak yang tidak mempunyai pertalian persaudaraan kepada pelajar, tidak dibenarkan menghantar pelajar dan memasuki kawasan asrama.

25.10 Seseorang pelajar tidak dibenarkan menaiki apa-apa kenderaan bersama pelajar atau orang luar berlainan jantina.

25.11 Seseorang pelajar adalah dilarang sama sekali makan semeja dengan pelajar atau orang luar berlainan jantina, berdua-duaan atau berkumpul semeja, kecuali demi untuk perbincangan akademik.

25.12 Pelajar DI LARANG membawa masuk barang-barang yang dilarang seperti arak, daun terup, bahan lucah,mercun atau sebagainya ke dalam asrama.

26.0 Pengangkutan

26.1 Semua pelajar baru yang mendaftar di Kolej UNITI bagi sesuatu sesi pengajian di WAJIBKAN

menaiki bas yang disediakan oleh pihak Kolej selama 1 sesi pengajian. Seseorang pelajar di dalam sesi pengajian pertama tidak dibenarkan menaiki apa-apa jua kenderaan persendirian sepanjang tempoh tersebut kecuali yang mempunyai pengalaman memandu lebih dari dua tahun.

26.2 Setiap penumpang dikehendaki mempamerkan kad pelajar sewaktu menggunakan perkhidmatan tersebut.

Page 14: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

14

26.3 Penumpang dikehendaki menunggu bas tepat pada waktunya. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab sekiranya pelajar tidak mematuhi jadual perjalanan bas seperti yang ditetapkan.

27.0 Kuasa memeriksa bilik

27.1 Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Ketua Felo dan Felo dan sesiapa juga yang diberi kuasa oleh Ketua

Pegawai Eksekutif atau pihak berkuasa tatatertib Kolej adalah berhak memasuki dan memeriksa bilik-bilik penghuni pada bila-bila masa.

28.0 Menghalang pegawai atau staf menjalankan tugas

28.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan apa-apa untuk melarang seseorang yang

diberi kuasa daripada memasuki bilik pelajar menetap itu menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya di dalam bilik itu.

29.0 Berada di luar premis asrama selepas waktu curfew

29.1 Seseorang pelajar menetap tidak boleh berada di luar premis asrama selepas waktu curfew

kecuali dengan kebenaran yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Asrama. 30.0 Berada di dalam premis asrama selepas waktu curfew

30.1 Selepas waktu curfew, kecuali pelajar-pelajar menetap di dalam asrama masing-masing, tiada

individu lain boleh berada di dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran yang diberi oleh Pihak Berkuasa Asrama.

31.0 Menggunakan premis asrama dengan cermat dan larangan kacau ganggu

31.1 Seseorang pelajar hendaklah menggunakan premis dengan sewajarnya dan tidak boleh

melakukan sesuatu yang boleh mencacatkan, mengotorkan atau menyebabkan apa-apa kerosakan lain pada mana-mana bahagian kawasan atau bangunan pada apa-apa benda atau lekapan di dalamnya.

31.2 Seseorang pelajar hendaklah, dalam menggunakan premis asrama dan kemudahan-kemudahan di dalamnya, mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan bahawa dia tidak menyebabkan apa-apa kesulitan, kegusaran, halangan atau kacau atau ganggu mana-mana orang lain.

32.0 Judi di dalam kampus

32.1 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menganjur, mengurus,

menjalankan atau membantu dalam penganjuran, pengurusan atau penjalanan, loteri atau pertaruhan di dalam kampus.

33.0 Meminum minuman yang memabukkan

33.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus, meminum atau mempunyai di dalam milikannya atau di

bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman keras dan minuman yang mempunyai kandungan alkohol.

33.2 Mana-mana pelajar yang didapati berada dalam keadaan mabuk atau yang berkelakukan tidak senonoh di bawah pengaruh apa-apa bahan yang boleh memabukkan termasuk minuman keras di dalam kampus adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

Page 15: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

15

34.0 Bahan lucah

34.1 Tiada pelajar boleh, di dalam kampus mempunyai, dalam milikannya atau dibawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah.

34.2 Tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, yang boleh membahagi-bahagikan, mengedarkan atau mempamerkan, atau menyebabkan supaya dibahagi-bahagikan, diedarkan atau dipamerkan, atau dalam apa-apa cara mengambil bahagian dalam pembahagian, pengedaran atau mempamerkan, apa-apa bahan lucah di dalam kampus.

34.3 Seseorang pelajar hendaklah disifatkan sebagai membahagi-bahagikan atau mempamerkan sesuatu bahan lucah, tidak kira sama ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu kepada satu orang sahaja atau kepada lebih daripada satu orang yang sama ada atau tidak ada pembahagian, pengedaran atau pempameran itu adalah bagi apa-apa balasan lain.

35.0 Dadah atau racun

35.1 Tiada pelajar boleh mempunyai dalam milikannya atau dibawah jagaannya atau kawalannya apa-

apa dadah atau racun.

35.2 Tiada pelajar boleh memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan atau bercadang untuk memberikan, membekalkan, mengadakan atau menawarkan apa-apa racun kepada mana-mana orang.

35.3 Tiada pelajar boleh makan melalui mulut atau menghisap atau memasukkan ke dalam badanya dengan suntikan atau dalam apaapa jua cara lain, apa-apa dadah atau racun.

35.4 Tiada apa-apa jua dalam Peraturan ini boleh disifatkan sebagai melarang seseorang pelajar daripada menjalani apa-apa rawatan oleh atau di bawah preskripsi pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].

35.5 Mana-mana pelajar yang didapati dibawah pengaruh mana-mana dadah adalah melakukan kesalahan tatatertib.

35.6 Pihak Pentadbiran boleh menghendaki seorang pelajar yang disyaki menagih dadah menjalani Ujian air kencing.

35.7 Jika seseorang pelajar enggan menyerah dirinya untuk menjalani ujian yang tersebut dalam Peraturan 39.6, dia adalah melakukan suatu kesalahan tatatertib.

36.0 Bersopan santun

36.1 Pelajar wajib menunjukkan sikap bersopan santun & berakhlak mulia dengan sesiapa sahaja di

kawasan asrama. Pelajar hendaklah bertegur sapa dan senantiasa memberi salam kepada sesiapa sahaja serta bekerjasama dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

37.0 Kelakuan kurang sopan Di Sekitar Asrama

37.1 Pelajar tidak dibenarkan berkelakuan kurang sopan di sekitar asrama setiap masa. 38.0 Menyimpan bahan yang merbahaya

38.1 Pelajar tidak dibenarkan membawa bahan-bahan yang merbahaya di dalam asrama samaada

menyimpan, membawa atau memiliki bahan tersebut seperti minyak petrol, bahan kimia, perkakas yang tajam seperti kerambit, pedang, dan mercun, kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Asrama terdahulu.

Page 16: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

16

39.0 Binatang peliharaan

39.1 Pelajar tidak dibenarkan memelihara atau menyimpan sebarang jenis haiwan peliharaan di dalam kawasan asrama.

40.0 Simbol keagamaan

40.1 Pelajar tidak dibenarkan memaparkan, mempamerkan, menunjukkan atau dalam apa-apa cara

menggunakan sebarang bahan, benda, lambang, yang berunsur keagamaan yang boleh menyebabkan timbul ketidakselesaan kepada pelajar lain.

41.0 Aduan

41.1 Sebarang aduan berkenaan harta, bangunan, kemudahan dan perkhidmatan hendaklah diajukan

ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam bentuk bertulis.

41.2 Sebarang kehilangan barang milik peribadi hendaklah dilaporkan secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya.

41.3 Sebarang kerosakan harta, kemudahan, bilik dan bangunan hendaklah dilaporkan secepat mungkin agar Pihak Berkuasa Asrama dapat mengeluarkan arahan membaikpulih.

42.0 Kuasa pihak berkuasa asrama untuk memberi perintah, berkenaan dengan ketenteraman

dan tatatertib

42.1 Pihak Berkuasa Asrama atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif boleh dari semasa ke semasa, memberi secara lisan atau bertulis, apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang difikirkannya perlu atau sesuai untuk memelihara ketenteraman dan tatatertib di dalam asrama.

42.2 Perintah, arahan atau petunjuk itu boleh secara amnya terpakai bagi semua atau sesuatu kelas atau perihal pelajar atau seseorang pelajar tertentu, dan hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang kepadanya perintah, arahan atau petunjuk itu terpakai untuk mematuhi dan melaksanakan perintah arahan atau petunjuk itu.

42.3 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh pada bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib, mengenakan hukuman tatatertib terus ke atas mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perintah, arahan atau petunjuk.

42.4 Dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dikenakan ke atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahunya tentang kesalahan tatatertib yang dilakukan olehnya dan memberinya satu peluang untuk membuat, dengan serta merta, representasi lisan berkenaan dengan kesalahan itu.

42.5 Setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam Peraturan 46.3, Pihak Berkuasa Tatatertib dengan serta merta menyerahkan kepada pelajar suatu notis tentang pengenaan hukuman itu dalam apa-apa bentuk yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

Page 17: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

17

BAHAGIAN IV PERATURAN KHAS ASRAMA

43.0 Meninggalkan asrama

43.1 Pada bila-bila masa dalam semester, penghuni tidak dibenarkan menarik diri keluar dari asrama,

kecuali dengan kelulusan bertulis daripada Pihak Berkuasa Asrama. 44.0 Bertukar bilik

44.1 Setiap penghuni mestilah menetap dalam bilik yang dikhaskan kepadanya. ini adalah penting

bagi memudahkan hubungan daripada keluarga jika berlaku sesuatu kecemasan, dan memudahkan hubungan dengan pihak pentadbiran asrama bagi sesuatu urusan. OIeh itu seseorang penghuni tidak dibenarkan bertukar bilik pada bila-bila masa tanpa izin daripada Ketua Pegawai Eksekutif.

44.2 Penghuni tidak dibenarkan memberi tumpangan kepada tetamu di mana-mana bilik dalam asrama. Jika ada tetamu yang menumpang dalam bilik seseorang penghuni, maka tanggungjawab ke atas kesalahan ini ialah penghuni berkenaan. Kesalahan dan tanggungjawab ini akan menjadi lebih besar jika tetamu yang menumpang itu melanggar mana-mana dan peraturan tatatertib asrama.

45.0 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar menetap

45.1 Tiada seorang pun boleh memasuki sesuatu bilik di dalam asrama yang diduduki oleh seseorang

pelajar menetap kecuali pelajar menetap itu sendiri.

45.2 Peraturan 45.1 tidak terpakai:- 45.2.1 Bagi seseorang kakitangan yang diberi kuasa yang memasuki bilik itu bagi maksud

menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawab; atau 45.2.2 Bagi pelajar menetap daripada jantina yang sama yang memasuki bilik itu untuk melawat

bagi maksud sosial biasa.

45.3 Maka hendaklah menjadi kewajipan seseorang pelajar menetap untuk memastikan bahawa sekatan dalam Peraturan ini betul-betul dipatuhi.

45.4 Seseorang pelajar dilarang membawa masuk atau menumpangkan pihak luar bermalam di unit masing-masing. Denda sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh beserta denda kerohanian akan dikenakan jika sabit kesalahan.

46.0 Bertukar bilik tanpa kebenaran terdahulu

46.1 Jika seseorang pelajar diperuntukkan sebuah bilik di asrama untuk tinggal oleh Kolej, dia tidak

boleh bertukar ke mana-mana bilik lain tanpa mendapat kebenaran terdahulu secara bertulis yang diberi oleh atau bagi Pihak Berkuasa Asrama.

47.0 Berpindah bilik tanpa kebenaran terdahulu

47.1 Seseorang pelajar menetap tinggal di asrama mengikut budi bicara dan kehendak Pihak

Berkuasa Asrama.

47.2 Pihak berkuasa asrama boleh menghendaki seseorang pelajar menetap mengosongkan biliknya di asrama atau memindahkannya ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Kolej pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alas an.

Page 18: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

18

47.3 Jika seseorang pelajar menetap dikehendaki mengosongkan biliknya di asrama ditukarkan di bawah Peraturan 47.2, dia hendaklah dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kolej mengeluarkan semua barang kepunyaannya dari bilik yang dikehendaki mengosongkan.

48.0 Harta benda asrama dalam bilik

48.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap penghuni memelihara keselamatan harta benda yang

disediakan dalam bilik/dorm. Penghuni adalah bertanggungjawab sekiranya barang barang yang disediakan oleh asrama itu hilang atau rosak, dan penghuni dikenakan bayaran ganti rugi atas kehilangan atau kerosakan itu mengikut kadar yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau mengikut kadar harga barang-barang itu di pasaran.

48.2 Perabot atau lain-lain kelengkapan tidak boleh dipindahkan dan bilik atau dorm.

48.3 Penghuni yang memerlukan sesuatu barang untuk diperbaiki atau diganti dalam biliknya hendaklah menggunakan borang tertentu yang boleh didapati dari pejabat pentadbiran. Kerosakan barang-barang seperti kerusi, almari, katil, tilam, meja dan kipas hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Unit Harta Benda yang bertugas manakala peralatan selain daripada yang disebutkan di atas hendaklah dilaporkan kepada pihak pengurusan Apartment UNITI Village melalui buku aduan kerosakan yang telah disediakan.

49.0 Kunci bilik

49.1 Penghuni adalah dilarang keras memasang lain-lain jenis kunci atau mangga dan sebagainya

pada pintu bilik, kecuali yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Asrama.

49.2 Sebelum meninggalkan asrama pada penghujung semester, kunci bilik hendaklah dipulangkan ke pejabat pada atau sebelum tarikh yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

50.0 Kebersihan bilik

50.1 Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, maka oleh itu penghuni adalah bertanggungjawab

ke atas kebersihan dan kekemasan bilik / dorm masing-masing. Oleh itu adalah menjadi larangan untuk menampal sebarang kertas atau notis atau apa sahaja dengan apa cara juga pun di mana-mana tempat dalam bilik, kecuali pada papan lembut yang dikhaskan untuknya.

51.0 Harta benda penghuni

51.1 Setiap penghuni hendaklah sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab mengenai keselamatan

harta benda kepunyaan mereka. Adalah mustahil bagi pihak asrama dapat memberi pengawasan kepada keselamatan harta benda setiap penghuni dan dengan itu pihak asrama tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda tersebut. Walaubagaimanapun setiap kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Felo bertugas.

51.2 Setiap penghuni hendaklah mengeluarkan semua harta benda kepunyaanya dari biliknya pada akhir setiap sesi pengajian.

51.3 Pada cuti pertengahan semester penghuni boleh menguncikan barang kepunyaannya dalam almarinya, kecuali diarahkan yang sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Asrama. Dalam keadaan ini pihak asrama berhak mengeluarkan harta benda penghuni yang masih disimpan di dalam biliknya dan pihak asrama tidak bertanggungjawab jika barang barang ini hilang atau rosak.

Page 19: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

19

BAHAGIAN V PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN BEKALAN AIR

52.0 Penggunaan tenaga dan alat eletrik

52.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran tenaga elektrik dengan

memastikan alat eketrik, suis lampu dan kipas, dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga elektrik ditutup jika tidak digunakan.

52.2 Menyambung bekalan elektrik, lampu, kipas, dan alat-alat elektrik di dalam premis asrama adalah merbahaya dan dilarang.

53.0 Penggunaan kemudahan air

53.1 Setiap pelajar hendaklah mengelak dari melakukan pembaziran bekalan air dengan memastikan

paip air dan mana-mana alat yang menggunakan tenaga elektrik ditutup jika tidak digunakan. 54.0 Menyimpan alat elektrik.

54.1 Sebarang alat yang menggunakan tenaga elektrik, melainkan yang disediakan oleh asrama,

adalah dilarang disimpan di dalam bilik kecuali dengan kelulusan diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Penggunaan “rice cooker” atau penunu elektrik atau gas adalah DILARANG KERAS daripada menggunakannya di asrama.

55.0 Barangan elektrik dan masakan

55.1 Setiap pelajar yang mempunyai atau memiliki alat-alat elektrik dan masakan di biliknya atau

asrama dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Asrama dan mendaftar alat-alat tersebut terlebih terdahulu.

55.2 Selain dari alat elektrik tersenarai yang dibenarkan dan telah didaftar adalah dilarang dari menggunakannya di asrama.

55.3 Berikut adalah senarai alat elektrik yang dibenarkan, serta yuran pendaftaran dan yuran utilit yang ditetapkan oleh Kolej:-

Bil. Nama Peralatan Yuran Pendaftaran Bagi Setiap Sesi Pengajian

1. Komputer RM 10.00

2. Cerek RM 10.00

3. Saterika RM 10.00

4. Kipas RM 10.00

5. Radio RM 10.00

Page 20: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

20

BAHAGIAN VI BILIK MANDI DAN TANDAS

56.0 Kebersihan

56.1 Pantri, bilik mandi dan tandas adalah tempat-tempat yang mudah kotor. Oleh kerana tempat-

tempat ini adalah sangat hampir dengan bilik-bilik penghuni, maka kebersihannya perlu sentiasa dikawal. Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni menentukan tempat-tempat ini tidak disalahgunakan dan di kotorkan, dan keadaannya mestilah bersih setiap masa.

57.0 Paip air

57.1 Paip-paip air di bilik mandi .mestilah ditutup semula selepas digunakan. Adalah menjadi

tanggungjawab semua penghuni supaya menjimatkan penggunaan air setiap masc. 58.0 Penggunaan tandas

58.1 Segala benda atau kertas, kecuali kertas tisu, tidak boleh dimasukkan ke dalam takung

tandas.

58.2 Selepas menggunakan tandas maka serta merta air mestilah dipam bagi mencuci takung tandas.

Page 21: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

21

BAHAGIAN VII PERATURAN PENAMPILAN PELAJAR

59.0 Objektif

59.1 Peraturan Penampilan Pelajar yang digariskan oleh Pihak Pentadbiran adalah salah satu

panduan dan tatacara berpakaian yang sesuai bagi pelajar Kolej UNITI. Peraturan ini juga bertujuan untuk menjaga nama baik Kolej. Antara tujuan Peraturan ini diperkenalkan adalah untuk membentuk suasana kampus yang harmoni, tenteram, berdisiplin dan mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan Kolej sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pembelajaran ilmu.

60.0 Peraturan am

60.1 Seseorang pelajar muslim hendaklah menutup aurat seperti yang digariskan di dalam Islam

termasuk tidak memakai pakaian yang menampakkan susuk badan, menjolok mata dan keterlaluan.

60.2 Seseorang pelajar bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sopan dan beretika termasuklah pakaian yang tidak menampakkan susuk badan, menjolok mata dan keterlaluan.

60.3 Semua pelajar diwajibkan memakai kad matrik sepanjang berada di kawasan kampus dan bertukar kad matrik adalah tidak dibenarkan, kecuali semasa menyertai aktiviti sukan.

60.4 Setiap pelajar dilarang memakai pakaian yang melambangkan sebarang pertubuhan, kumpulan, organisasi atau simbol yang berunsurkan politik , kontroversi dan unsur-unsur yang bertentangan dengan moral dan etika yang tidak baik, kecuali dalam keadaan yang tertentu dan setelah mendapat kebenaran daripada pengurusan Kolej.

60.5 Setiap pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawah peraturan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Ehwal Akademik, jabatan-jabatan, pusat pentadbiran di kampus, dan sebagainya.

61.0 Pakaian pelajar

61.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa memakai pakaian yang bersih, kemas, sopan, sesuai

mengikut keadaan dan beretika.

61.2 Seseorang pelajar hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan:- 61.2.1 Bagi majlis rasmi anjuran atau kerjasama bersama Kolej, atau majlis rasmi yang

melibatkan kakitangan, atau / dan pelajar Kolej, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju batik, baju kemeja berkolar dan berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai, tudung bewarna putih atau cerah, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju rasmi Kolej, baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam. Sebarang penutup kepala adalah dilarang kecuali dengan kebenaran.

Page 22: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

22

61.2.2 Bagi kuliah pengajian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian formal seperti baju batik, baju kemeja berkolar dan berlengan panjang, tai yang sesuai dan tidak menonjol, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju kurung yang sesuai, tudung-tudung yang dibenarkan, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian formal seperti baju kurung yang sesuai, baju kemeja berkolar yang sesuai, seluar ‘slack’ panjang yang berwarna hitam atau biru-hitam, kot rasmi berwarna hitam atau biru-hitam, sarung kaki yang sesuai, dan kasut rasmi berwarna hitam.

61.2.3 Bagi aktiviti kerohanian, seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian yang

sesuai seperti baju melayu biasa, baju melayu sepasang, samping, kain pelekat, seluar ‘slack’ panjang yang sesuai, kopiah, songkok dan alas kaki yang sesuai; seseorang pelajar perempuan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti telekong, baju kurung yang sesuai, tudung yang sesuai, dan alas kaki yang sesuai; dan seseorang pelajar perempuan bukan muslim hendaklah memakai pakaian yang sesuai seperti baju kurung, pakaian-pakaian yang sopan, tidak menampakkan susuk badan, dan tidak menjolok mata, dan alas kaki yang sesuai.

61.2.4 Bagi aktiviti sukan dan aktiviti luar seseorang pelajar lelaki hendaklah memakai pakaian

sukan seperti baju sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang berimej negatif, seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan yang sesuai; seseorang pelajar perempuan hendaklah memakai pakaian seperti baju sukan Kolej, baju T-shirt yang sesuai tanpa tulisan dan gambar yang berimej negatif, seluar sukan panjang yang sesuai, sarung kaki sukan dan kasut sukan yang sesuai, serta wajib bertudung yang sesuai bagi pelajar perempuan muslim.

61.3 Bagi waktu di luar keadaan yang dinyatakan di dalam Peraturan 61.2.1 sehingga Peraturan

61.2.4, seseorang pelajar hendaklah patuh kepada garis panduan yang tersedia di dalam Peraturan Penampilan Pelajar. Sila rujuk kepada Lampiran yang disediakan.

61.4 Seseorang pelajar digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari Jumaat.

61.5 Sebarang penutup kepala adalah dilarang kepada seseorang pelajar lelaki kecuali jika perlu seperti ketika aktiviti sukan dan aktiviti luar dan dengan kebenaran pihak berkaitan.

61.6 Pakaian selain yang digariskan oleh di dalam Peraturan Penampilan Pelajar adalah dilarang kecuali dengan kebenaran pihak pensyarah bagi kuliah, penganjur majlis bagi majlis rasmi, Pihak Berkuasa Asrama, Pihak Berkuasa Tatatertib, dan Pihak Pentadbiran.

61.7 Seseorang pelajar adalah dilarang memakai pakaian seperti berikut di luar bilik kediaman: 61.7.1 Memakai pakaian yang mendedah aurat bagi pelajar muslim seperti tidak bertudung,

memakai skirt pendek, berseluar pendek dan sebagainya. 61.7.2 Memakai pakaian yang menampakkan susuk badan dan menjolok mata. 61.7.3 Memakai pakaian yang keterlaluan dan fesyen luar biasa seperti memakai tindik, subang

dan rantai bagi pelajar lelaki, memakai tattoo kekal atau sementara di mana-maa anggota badan.

61.7.4 Memakai pakaian yang kotor, selekeh, sebarangan, melampau, memberi imej negatif,

canggung, tidak sesuai mengikut keadaan, tidak bermutu dan bertentangan dengan Peraturan Penampilan Pelajar.

Page 23: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

23

61.8 Seseorang pelajar lelaki dilarang berpakaian menyerupai wanita dan seseorang pelajar perempuan dilarang berpakaian menyerupai lelaki.

62.0 Rambut, misai dan janggut

62.1 Seseorang pelajar hendaklah sentiasa berambut kemas dan rapi.

62.2 Seseorang pelajar dilarang menyimpan rambut panjang.

62.3 Seseorang pelajar dilarang mewarnakan rambut.

62.4 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut tepi atau ‘side-burn’ tidak melebihi tengan hidung.

62.5 Seseorang pelajar lelaki hendaklah memastikan rambut belakang mereka tidak melepasi kolar baju, rambut tepi mereka tidak melebihi garisan bawah dua cuping, bahagian depan tidak melebihi dahi.

62.6 Seseorang pelajar dilarang menghias atau menggayakan rambut, misai dan janggut keterlaluan.

62.7 Seseorang pelajar lelaki hendaklah menjaga misai dan janggut mereka dengan kemas dan rapi.

62.8 Seseorang pelajar hendaklah memastikan misai mereka tidak menutup mulut mereka. 63.0 Penafian perkhidmatan dan tempat penguatkuasaan

63.1 Setiap pelajar adalah merupakan pelanggan Kolej. Pihak Pentadbiran berhasrat memberikan

layanan atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Sekiranya pelajar tersebut tidak mematuhi etika penampilan pemakaian, pelajar tersebut tidak akan dilayan dan dinafikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan, pejabat jabatan, pusat pentadbiran, jabatan-jabatan, dewan utama, dewan dan bilik kuliah.

64.0 Hukuman

64.1 Pelanggaran Peraturan Penampilan Pelajar boleh disabitkan dengan hukuman berdasarkan

Arahan Tetap Kolej UNITI.

Page 24: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

24

BAHAGIAN VIII YURAN, WANG PERKHIDMATAN DAN SAMAN

65.0 Yuran-yuran yang ditetapkan

65.1 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar KU membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh KU.

Adalah menjadi hak KU juga, menahan keputusan peperiksaan mana-mana pelajar yang gagal membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh KU.

65.2 Setiap pelajar Kolej hendaklah membayar setiap yuran yang ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran. Yuran yang ditetapkan adalah termasuk yuran pengajian dan yuran asrama.

65.3 Pihak Pentadbiran berhak untuk menahan keputusan peperiksaan bagi pelajar yang gagal membayar mana-mana yuran yang ditetapkan oleh Kolej.

66.0 Bayaran sebagai penghuni

66.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan segala yuran asrama seperti

yang ditetapkan oleh Kolej, pada awal semester kepada Bendahari Kolej atau sesiapa yang diberi kuasa olehnya untuk memungut bayaran tersebut. Resit-resit bayaran ini hendaklah ditunjukkan bila diminta oleh Pihak Berkuasa Asrama.

66.2 Adalah menjadi tanggungjawab semua penghuni untuk menjelaskan yuran perkhidmatan am ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Asrama pada hari pendaftaran masuk asrama.

67.0 Saman dan denda

67.1 Setiap saman yang dikeluarkan oleh pihak Kolej UNITI kepada pelajar-pelajar yang melakukan

kesalahan, hendaklah dijelaskan saman tersebut dalam masa 3 hari selepas dan tarikh saman dikeluarkan. Pihak Kolej berhak menahan keputusan peperiksaan pelajar bagi mana-mana pelajar yang gagal menjelaskan saman.

67.2 Tiap-tiap penghuni yang lewat memulangkan kunci biliknya pada akhir semester, atau pada masa-masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuäsa Asrama, akan dikenakan denda atas kadar yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Asrama, mulai dan tarikh yang ditentukan untuk memulangkan kunci tersebut.

67.3 Setiap pelajar Kolej hendaklah menjelaskan saman dan denda yang telah dikenakan ke atas kesalahan yang dilakukan di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI.

67.4 Pihak Pentadbiran berhak mengeluarkan arahan sekatan ke atas pendaftaran pengajian semester baru, kemasukan peperiksaan akhir, keputusan peperiksaan akhir atau pengambilan sijil tamat pengajian bagi pelajar yang gagal menjelaskan mana-mana saman dan denda yang telah dikenakan.

Page 25: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

25

BAHAGIAN IX TINGKAHLAKU PELAJAR

68.0 Berkelakuan sopan

68.1 Penghuni-penghuni asrama dikehendaki sentiasa berkelakuan sopan dalam semua keadaan.

Bertanggungjawab dan berfikiran waras demi menjaga nama baik Kolej UNITI.

68.2 Penghuni-penghuni asrama yang menggunakan bilik-bilik umum, bilik-bilik tetamu dan dewan makan hendaklah berpakaian sopan, bersih dan lengkap.

69.0 Suasana tenang dan senyap

69.1 Suasana tenang hendaklah diwujudkan di asrama antara 12.00 malam hingga 7.00 pagi.

Penghuni-penghuni dilarang membuat bising dengan apa cara juga pun pada sebarang masa dan mereka haruslah sedar dan bertimbang rasa akan ketenteraman orang lain.

69.2 Sebarang benda atau alat elektronik yang mengeluarkan bunyi atau dicipta untuk

mengeluarkan bunyi bagi tujuan hiburan seperti computer dan radio, dan alat-alat lain yang disenaraikan dan dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Asrama untuk dibawa ke asrama, tidak boleh dimainkan di asrama kecuali dalam bilik rehat dan hanya pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi dan jam 5.00 petang hingga 10.00 malam. Sekatan ini adalah dikecualikan pada hari-hari cuti umum.

70.0 Tindak balas sendiri

70.1 Sekiranya penghuni tidak puas hati terhadap seseorang penghuni lain ia tidak boleh bertindak

sendiri secara langsung. 71.0 Kawasan larangan

71.1 Semua blok asrama siswi adalah menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswa dan

sebaliknya semua blok asrama siswa pula menjadi kawasan larangan kepada pelajar siswi. 72.0 Aktiviti sosial dan ceramah

72.1 Sebarang bentuk aktivili sosial adalah tidak dibenarkan di asrama tanpa kebenaran Ketua

Pegawai Eksekutif, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Ketua Felo Asrama.

72.2 Sebarang bentuk ceramah dan apa juga kegiatan yang melibatkan orang atau orang-orang luar dan Kolej UNITI mestilah mendapat izin dari Ketua Pegawai Eksekutif atau Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Ketua Felo Asrama.

72.3 Jika sesuatu kegiatan itu adalah dalam bentuk ceramah, didikan atau tunjuk ajar Agama Islam, maka orang atau orang-orang luar itu mestiah menepati dan mematuhi syarat-syarat dan peraturan-peraturan berikut: 72.3.1 Mereka mempunyai surat tauliah mengajar yang sah dan Jabatan Agama Islam Negeri

Sembilan. 72.4 Mereka mempunyai surat kebenaran masuk dan kebenaran memberi ceramah daripada

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI. 72.5 Mereka mempunyai surat kebenaran menggunakan tempat berceramah daripada

Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI.

Page 26: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

26

72.6 Isi ceramah tidak menyentuh isu-isu politik setempat, tidak mencaci atau memfitnah mana mana pihak dan tidak membawa pengertian yang boleh disifatkan sebagai memecah belah umat Islam.

72.7 Semua kegiatan hendaklah di dalam bentuk kegiatan agama, kecuali yang tertakluk kepada fasal

37 (3) di atas dan Artikel II dalam Perlembagaan Negara Malaysia. 73.0 Larangan bergaduh

73.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan suatu pergaduhan atau

terlibat di dalam suatu pergaduhan atau melakukan sesuatu yang menyebabkan pergaduhan dengan pelajar lain atau dalam kumpulan atau individu lain di dalam dan di luar Kampus.

74.0 Larangan memukul

74.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain

atau kumpulan lain dipukul, atau terlibat di dalam suatu perbuatan memukul, atau melakukan sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan memukul di dalam dan di luar kampus.

75.0 Larangan membuli

75.1 Seseorang pelajar adalah dilarang sekeras-kerasnya dari menyebabkan seseorang individu lain

atau kumpulan lain dibuli, atau terlibat di dalam suatu perbuatan membuli, atau melakukan sesuatu yang menyebabkan suatu perbuatan membuli di dalam dan di luar kampus.

Page 27: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

27

BAHAGIAN X HAL-HAL LAIN

76.0 Sakit

76.1 Sebarang jenis kecemasan, sama ada di dalam bentuk penyakit dan kemalangan hendaklah

dilaporkan serta-merta kepada Felo bertugas.

76.2 Adalah menjadi larangan kepada setiap penghuni yang menghidap penyakit yang berjangkit untuk terus tinggal dalam asrama kecuali dengan persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Felo.

76.3 Peti pertolongan cemas boleh didapati di rumah Felo.Peti pertolongan cemas yang disediakan di asrama mestilah digunakan dengan cermat dan tidak dipindahkan ke tempat lain, dan tempatnya yang asal.

76.4 Bayaran bagi kos perubatan, perubatan susulan dan pengangkutan ke hospital atau klinik adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelajar tersebut.

77.0 Pelawat dan bilik tetamu

77.1 Pelawat-pelawat boleh dilayani di bilik tetamu sahaja. Para penghuni hendaklah memberi

kerjasama supaya pelawat meninggalkan asrama sebelum jam 7.00 malam.

77.2 Bilik-bilik umum dan bilik tetamu adalah dikunci dan lampu-lampu dipadam pada jam 11.00 malam.

78.0 Penjaja

78.1 Penjaja-penjaja tidak dibenarkan menjaja di kawasan asrama kecuali dengan kebenaran

daripada Ketua Pegawai Eksekutif. 79.0 Meletak kenderaan

79.1 Pelajar / penghuni di Apartment UNITI Village boleh meletakkan kenderaan di tempat yang di

khaskan. Adalah menjadi larangan bagi mana-mana penghuni meletakkan kenderaan terutama motosikal di kaki lima tangga yang menghala ke setiap unit di sesuatu blok. Ini bagi menjamin keselamatan penghuni untuk keluar dari unit sewaktu berlaku sesuatu kecemasan di bawah blok asrama.

79.2 Kawasan Dewan Kolej UNITI, Pentadbiran dan Blok Akademik adalah kawasan larangan bagi kenderaan pelajar. Pelajar mesti meletakkan kenderaannya di tempat yang dikhaskan.

80.0 Ganti rugi harta benda asrama dan kolej

80.1 Semua penghuni asrama adalah bertanggungjawab memelihara harta benda asrama dari

diganggu, dirosak atau dihilangkan. Sesiapa yang merosakkan harta benda asrama, mana mana bahagian bangunan asrama, atau lain-lain yang menjadi milik kolej adalah melakukan kesalahan tatatertib, dan pihak berkuasa asrama atau kolej berhak menuntut ganti rugi daripada pelajar tersebut tanpa dibicarakan kesnya, atas kadar harga yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau atas kadar harga pasaran sebagai menggantikan kerugian pihak asrama dan kolej.

Page 28: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

28

81.0 Larangan merokok

81.1 Kawasan Kolej UNITI adalah kawasan larangan merokok. OIeh itu setiap pelajar dan penghuni adalah dilarang merokok di mana-mana kawasan tersebut. Arahan ini juga tertakluk dan digunapakai ke atas individu atau kumpulan yang datang dari luar.

82.0 Kegiatan suaikenal

82.1 Program suaikenal adalah terhad kepada pelajar baru yang disusun oleh pihak Kolej UNITI

secara rasmi dalam Minggu Jalinan Mesra.

82.2 Kegiatan sualkenal di luar dari program rasmi kolej tersebut yang dilakukan atas apa nama pun dan dalam apa jenis bentuk pun, adalah dilarang dan diharamkan dan tindakan tatatertib boleh diambil kepada sesiapa yang bersalah melanggar arahan ini.

82.3 Perbuatan suaikenal, walaupun secara lembut untuk tujuan berkenalan, boleh disalahgunakan dan oleh itu diharamkan.

82.4 Kegiatan suaikenal adalah ditafsir secara umum dilakukan oleh seseorang pelajar senior atau kumpulan pelajar senior ke atas seorang pelajar baru atau satu kumpulan pelajar baru di mana pelajar itu dipaksa, atau secara tidak langsung terpaksa, atau dengan apa-apa juga yang boleh dianggap sebagai paksaan, untuk melakukan sesuatu dengan lisan atau perbuatan atau kedua-duanya sekali, dimana kelakuan seperti itu pada umumnya tidak dilakukan dalam pertemuan perkenalan biasa. Kuasa untuk menganjurkan kegiatan suaikenal terletak hanya ke atas Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Page 29: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

29

BAHAGIAN XI PERATURAN LALU LINTAS JALAN RAYA

83.0 Kebenaran membawa kenderaan

83.1 Seseorang pelajar yang bercadang untuk menyimpan, atau mempunyai, memiliki kenderaan

motor hendaklah memohon kebenaran daripada Pihak Pentadbiran.

83.2 Permohonan tersebut hendaklah dengan mengisi borang dengan melampirkan salinan lesen serta cukai perjalanan kenderaan tersebut.

83.3 Setiap pemilik kenderaan tersebut perlulah menampal atau meletakkan pelekat kenderaan masing-masing.

83.4 Setiap kenderaan perlulah memperbaharui permohonan tersebut bagi tujuan pembaharuan setiap tahun.

83.5 Setiap permohonan boleh dibatalkan oleh Pihak Pentadbiran sekiranya tidak berpuas hati dengan pemilik kenderaan itu di atas sebab yang munasabah.

83.6 Kenderaan yang tidak berdaftar dan tidak mendapat kebenaran dari Pihak Pentadbiran tidak akan dibenarkan masuk.

84.0 Daftar kenderaan motor

84.1 Setiap pelajar hendaklah mendaftarkan kenderaan yang dimiliki atau dipunyai hanya di dalam

Kolej. 85.0 Had laju

85.1 Pelajar adalah tidak dibenarkan memandu kenderaan bermotor di dalam kampus melebihi

kelajuan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran.

86.0 Kawasan pemanduan di kampus

86.1 Pelajar hanya boleh memandu kenderaan motor di mana-mana jalan raya selain dari bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan pelajar yang berjalan kaki, bahu jalan, tepi rumput, lorong jalan kaki, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau mana-mana bahagian bangunan atau tempat lain.

87.0 Tempat letak kenderaan

87.1 Pelajar hendaklah meletakkan kenderaan pada tempat khas yang telah disediakan dan

hendaklah meletakkannya secara yang tidak mendatangkan bahaya atau halangan atau kesulitan kepada kenderaan lain.

87.2 Setiap pelajar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di tempat atau ruang letak, petak kenderaan yang dikhaskan bagi kenderaan tertentu.

87.3 Seseorang pelajar dilarang meletakan apa-apa kenderaan di bawah blok dan di kawasan laluan blok seperti motorsikal dan kereta, kecuali basikal.

88.0 Membonceng

88.1 Seorang pelajar yang membonceng motosikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada

seorang di atas motosikal itu dan tidak dibenarkan membonceng bersama berlainan jantina.

Page 30: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

30

89.0 Arahan dan isyarat lalu lintas

89.1 Semua pelajar hendaklah mematuhi semua arahan lalu lintas yang telah ditetapkan oleh Pihak Pentadbiran.

90.0 Lesen memandu dan kad pelajar

90.1 Mana-mana pelajar yang memandu sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa

bersamanya lesen memandu yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], cukai jalan yang tidak tamat tempoh dan kad pelajar.

91.0 Halangan kepada aliran lalu lintas

91.1 Seseorang pelajar tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa

perbuatan, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kampus.

92.0 Pelekat kenderaan

92.1 Setiap pelajar yang telah mendapat kebenaran untuk membawa kenderaan ke dalam kampus

hendaklah menampal pelekat kenderaan di bahagian yang boleh dilihat dari hadapan. Pelekat tersebut boleh didapati dari Pihak Pentadbiran.

93.0 Pemakaian topi dan tali pinggang keledar

93.1 Setiap pelajar diwajibkan memakai topi keledar sama ada yang memandu kenderaan,

pembonceng serta memakai tali pinggang keledar bagi kenderaan motokar. 94.0 Hukuman tatatertib terus

94.1 Pihak Berkuasa Tatatertib atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pegawai

Eksekutif boleh dari semasa ke semasa secara lisan, bertulis, atau apa-apa perintah, arahan, atau petunjuk yang difikirkannya sesuai untuk menjaga keselamatan dan tatatertib lalu lintas di dalam Kampus.

94.2 Pihak Berkuasa Tatatertib juga boleh pada bicaranya sebagai ganti prosiding tatatertib dengan mengenakan tatatertib terus kepada pelajar dengan amaran atau denda.

Page 31: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

31

BAHAGIAN XII PROSEDUR TATATERTIB

95.0 Kesalahan

95.1 Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej

UNITI, dan didapati bersalah atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:- 95.1.1 Amaran;

95.1.2 Denda tidak melebihi dua ratus ringgit; 95.1.3 Dihalang berada pada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di Kolej

bagi yang tempoh ditetapkan; 95.1.4 Digantung daripada menjadi seorang pelajar Kolej bagi tempoh yang ditetapkan; dan 95.1.5 Diberhentikan daripada pengajian.

96.0 Kehadiran di hadapan pihak berkuasa tatatertib

96.1 Jika pada pendapat Pihak Berkuasa Tatatertib bahawa seorang pelajar telah melakukan suatu

kesalahan tatatertib di bawah Arahan Tetap Kolej UNITI ini, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memberitahu pelajar tentang kesalahan tatatertib yang didakwa itu dan menghendaki pelajar itu hadir di hadapannya di bilik tatatertib pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

97.0 Akibat tidak hadir di hadapan pihak berkuasa tatatertib

97.1 Jika seseorang pelajar tidak hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib, dia hendaklah dengan

serta merta digantung sebagai pelajar dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki Kampus. Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga pelajar menawarkan untuk hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

98.0 Penjelasan fakta dan pengambil rayuan

98.1 Dalam prosiding tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menjelasan kepada pelajar

tentang fakta kesalahan tatatertib yang didakwa telah dilakukan oleh pelajar dan meminta pelajar membuat pengakuan atas kesalahan itu.

99.0 Pengakuan bersalah dan tatacara berikutnya

99.1 Jika pelajar mengaku bersalah, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menerangkan kepadanya

tentang fakta kes.

99.2 Jika pelajar mengaku tentang fakta ini dan Pihak Berkuasa Tatatertib berpuas hati bahawa suatu kesalahan pada hakikatnya telah dilakukan daripada fakta tersebut, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan dia bersalah atas kesalahan tatatertib dan memintanya untuk mengemukakan apa-apa rayuan untuk meringankan hukuman.

Page 32: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

32

100.0 Tatacara apabila pelajar tidak mengaku bersalah

100.1 Jika pelajar mengaku bahawa dia tidak mengaku bersalah atas kesalahan tatatertib atau gagal atau enggan membuat pengakuan atau tidak mengaku akan fakta kes, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah memeriksa mana-mana saksi atau apa-apa dokumen atau artikel lain yang menyokong kes terhadap pelajar; pelajar hendaklah diminta menyoal saksi dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel dan Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memeriksa semula saksi.

100.2 Bagi maksud Prosedur Tatatertib 6 (a), saksi hendaklah dipanggil untuk member keterangan dalam pembicaraan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

101.0 Keterangan pelajar

101.1 Selepas keterangan yang tersebut diterima dan Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati bahawa

ada suatu kes untuk dijawab, pelajar hendaklah diminta memberi keterangannya, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen atau apa-apa artikel lain bagi pembelaannya; Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal pelajar atau mana-mana daripada saksi pelajar dan memeriksa apa-apa dokumen atau artikel, dan pelajar boleh memeriksa semula mana-mana daripada saksinya itu.

102.0 Memanggil semula saksi

102.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh menyoal atau memanggil semula mana-mana saksi pada bila-

bila masa sebelum mengumumkan keputusannya. 103.0 Pengumuman keputusan

103.1 Selepas mendengar keterangan saksi-saksi dan memeriksa dokumen atau artikel lain yang

dikemukakan di hadapannya, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah mengumumkan keputusannya dalam kes itu, dan jika Pihak Berkuasa Tatatertib itu memutuskan bahawa bersalah atas kesalahan tatatertib, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah meminta pelajar membuat apa-apa rayuan untuk meringankan hukumannya.

104.0 Mengenakan hukuman

104.1 Selepas pelajar mengemukakan hujah bagi meringankan hukumannya, Pihak Berkuasa

Tatatertib hendaklah mengenakan ke atas pelajar satu daripada hukuman yang disenaraikan di dalam Peraturan ini.

105.0 Jagaan dan pelupusan barang kes

105.1 Pihak Berkuasa Tatatertib boleh memerintahkan apa-apa dokumen atau eksibit atau artikel lain

yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan mana-mana prosiding tatatertib supaya disimpan dalam jagaannya atau dalam jagaan orang yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib itu.

105.2 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila tamat prosiding tatatertib di hadapannya, membuat apa-apa perintah sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melupuskan apa-apa dokumen atau artikel lain yang dikemukakan di hadapannya dalam perjalanan prosiding tatatertib, dan boleh mengarahkan supaya perintah itu mula berkuatkuasa sama ada secara serta merta atau pada suatu masa yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu.

Page 33: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

33

106.0 Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib

106.1 Pihak Berkuasa Tatatertib, hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuat nota-nota bertulis mengenai semua prosiding tatatertib di hadapannya tetapi nota-nota itu tidak perlu dibuat kata demi kata.

107.0 Jagaan atau menyimpan nota

107.1 Nota-nota mengenai prosiding tatatertib hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai

Eksekutif. 108.0 Daftar prosiding tatatertib

108.1 Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menyelenggara suatu daftar bagi semua prosiding tatatertib

yang dijalankan di bawah Peraturan ini, daftar itu hendaklah merekodkan nama pelajar, butir-butir kesalahan tatatertib, kemajuan, perjalanan, prosiding, keputusan prosiding dan maklumat-maklumat atau butir-butir lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

109.0 Laporan prosiding kepada ibu, bapa dan sebagainya

109.1 Jika seseorang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, Ketua Pegawai Eksekutif

hendaklah menghantar suatu laporan berkenaan dengan prosiding tatatertib itu kepada orang-orang yang berikut:- 109.1.1 Ibu bapa atau penjaga pelajar. 109.1.2 Dalam hal pelajar pemegang biasiswa, kepada pihak berkuasa atau badan penaja

biasiswa atau pemberi biasiswa. 109.1.3 Dalam hal pelajar yang juga seorang pekerja kerajaan, kepada Ketua Jabatan pekerja

itu.

109.2 Bagi orang yang di dalam Prosedur Tatatertib 15 (a) (ii) dan (iii) hendaklah diberikan permohonan nota prosiding tersebut disahkan setelah membayar denda yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

109.3 Suatu salinan nota prosiding tatatertib yang disahkan berkenaan dengan mana-mana kes tertentu hendaklah diberi oleh Naib Canselor kepada Menteri jika beliau berkehendakkan nota prosiding itu.

110.0 Denda dan hukuman

110.1 Jika Pihak Berkuasa Tatatertib mengenakan denda atau hukuman atau kedua-duanya sekali ke

atas pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah dibayar dan pelajar hendaklah membayar denda atau melaksanakan hukuman dalam tempoh tersebut kepada bendahari.

110.2 Tempoh tersebut hendaklah tidak kurang dari empat belas hari dari tarikh keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib.

111.0 Akibat tidak melaksanakan denda dan hukuman

111.1 Jika pelajar itu tidak membayar denda atau tidak melaksanakan hukuman atau kedua-duanya

sekali dalam tempoh yang telah ditetapkan, dia hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Kolej dan tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kawasan kampus, pergantungan itu hendaklah sehingga denda dibayar.

Page 34: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

34

112.0 Perintah membayar gantirugi

112.1 Jika apa-apa hukuman tatatertib telah dikenakan ke atas seseorang pelajar, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh, sebagai tambahan, memerintah pelajar tersebut membayar pampasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan dengan kerosakan pada mana-mana harta atau apa-apa kerugian atau kecederaan kepada mana-mana orang.

112.2 Seseorang pelajar boleh diperintahkan membayar pampasan di bawah Peraturan ini tidak kira sama ada harta yang rosak itu kepunyaan Kolej atau mana-mana orang lain.

112.3 Amaun pampasan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah amaun yang adil dan munasabah dengan mengambil kira semua hal perkara kes dan orang yang terlibat dalam kes itu.

112.4 Pampasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah dibayar kepada Bendahari dalam tempoh yang telah ditetapkan.

112.5 Apa-apa pampasan yang kena bayar atau dibayar hendaklah tanpa menjejaskan hak mana-mana orang untuk memulakan prosiding sivil dalam mahkamah undang-undang bagi kerosakan atau pampasan berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan yang tersebut, atau mana-mana orang untuk menerima apa-apa bayaran atau pampasan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berkenaan dengan kerosakan, kerugian atau kecederaan itu.

113.0 Orang-orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib

113.1 Anggota Pihak Berkuasa Tatatertib.

113.2 Pelajar yang didakwa.

113.3 Ibu bapa atau penjaga pelajar.

113.4 Saksi semasa dia memberi keterangan atau apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tatatertib;

dan

113.5 Mana-mana orang lain yang dibenarkan hadir oleh Pihak Berkuasa Tatatertib bagi apa-apa sebab yang tertentu.

Page 35: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

35

BAHAGIAN XIII PROSEDUR RAYUAN

114.0 Notis rayuan

114.1 Jika seseorang pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan suatu Pihak Berkuasa Tatatertib,

pelajar tersebut boleh memberi notis secara bertulis tentang niatnya untuk merayu terhadap keputusan itu dengan memfailkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib suatu rayuan dalam dua salinan dalam masa empat belas hari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya.

114.2 Notis rayuan itu hendaklah menyatakan dengan jelas alasan-alasan rayuan.

115.0 Penyampaian rayuan kepada ketua pegawai eksekutif

115.1 Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah apabila menerima notis rayuan, mengemukakan notis rayuan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif bersama dengan satu salinan nota prosiding tatatertib.

116.0 Tindakan ketua pegawai eksekutif ke atas rayuan

116.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh menerima dokumen atau maklumat atau butir-butir lanjut yang

berhubungan dengan prosiding tatatertib.

116.2 Jika Ketua Pegawai Eksekutif menolak terus rayuan yang telah dikemukakan hendaklah memaklumkan terus kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.

116.3 Jika Ketua Pegawai Eksekutif melantik suatu jawatankuasa bagi menimbangkan rayuan itu, keputusan tersebut hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui Pihak Berkuasa Tatatertib.

117.0 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai penggantungan perlaksanaan hukuman

117.1 Sesuatu rayuan oleh seseorang pelajar tidak berkuatkuasa sebagai menggantung pelaksanaan

hukuman yang dikenakan atau sebagai menggantung pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar, melainkan jika Pihak Berkuasa Tatatertib atau Ketua Pegawai Eksekutif mengarahkan sebaliknya.

Page 36: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

36

BAHAGIAN XIV BAHAGIAN AM

118.0 Kesalahan tatatertib

118.1 Seseorang pelajar yang melanggar mana-mana Peraturan ini, atau mana-mana garis panduan,

arahan, petunjuk, sekatan, syarat, atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah Peraturan ini, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

119.0 Ketetapan badan di bawah kolej

119.1 Seseorang pelajar hendaklah patuh kepada segala ketetapan dalam segala aspek yang berkaitan yang disediakan oleh jabatan-jabatan, fakulti-fakulti dan badan-badan lain yang diberi kuasa untuk mengurus dan mentadbir.

120.0 Kadar denda dan hukuman

120.1 Bagi kadar denda dan hukuman bagi kesalahan dan tindakan yang bertentangan dengan

Peraturan ini hendaklah dirujuk kepada Kadar Denda dan Hukuman Kolej UNITI. 121.0 Peraturan ini tidak mengurangkan tanggungan jenayah

121.1 Tiada apa-apa jua dalan Peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana pelajar,

atau orang lain bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Page 37: Arahan Tetap Asrama (2010) Kolej UNITI

37

BAHAGIAN XV PINDAAN PERATURAN

122.0 Pindaan

122.1 Ketua Pegawai Eksekutif boleh membuat pindaan, perubahan dan tambahan dari masa ke

semasa kepada Arahan Tetap Kolej UNITI, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Tatatertib.


Top Related