Transcript
Page 1: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

1

ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

PENUH MULAI 15 JUN 2021 HINGGA 28 JUN 2021

1.0 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil maklum akan pengumuman

terkini Kerajaan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara berkuat kuasa 15 Jun 2021

hingga 28 Jun 2021 berikutan laporan catatan harian kes jangkitan wabak

COVID-19 yang masih tinggi melebihi 5,000 kes.

2.0 Selaras dengan arahan tersebut, pihak UniMAP akan mengambil tindakan-

tindakan seperti berikut :

2.1 OPERASI HARIAN UNIVERSITI DAN ARAHAN KEHADIRAN KE

PEJABAT

2.1.1 Semua operasi UniMAP DITUTUP SEPENUHNYA berkuat

kuasa 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 kecuali kepada:

a. Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah kategori essential

services iaitu :

i. Pusat Kesihatan Universiti (PKU)

ii. Jabatan Keselamatan (JKes)

iii. Pusat Perumahan Pelajar (PPP)

iv. Jabatan Pembangunan (JP)

v. Pusat Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan

Persekitaran Pekerjaan (COSHE)

Page 2: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

2

b. Pusat Tanggungjawab (PTj) selain di bawah kategori

essential services yang mempunyai proses kerja yang

tidak boleh dilaksanakan secara BDR dengan syarat

kehadiran tidak melebihi 20% seperti :

i. Pembayaran kontrak/invois/gaji;

ii. Penyelenggaraan/keselamatan premis;

iii. Pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan

sistem dan mesyuarat dalam talian.

2.1.2 Ketua Jabatan bagi PTj di bawah kategori essential services

adalah bertanggungjawab untuk :

a. Menyelaras kehadiran staf secara penggiliran antara 20%

hingga 100% iaitu sebahagian staf (contoh 50%) hadir ke

pejabat dan selebihnya bekerja dari rumah (BDR).

b. Memastikan staf yang diarah hadir ke pejabat bukan

daripada kategori berikut :

i. Staf bermastautin dalam mukim/lokaliti Zon

Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas

kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar

mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk

hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan

menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang

ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai.

(Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan kepada

Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana untuk tujuan

makluman dan rekod).

Page 3: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

3

Sekiranya mukim/lokaliti berkenaan diisytiharkan

berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik

tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh

penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan

tiada arahan hadir ke pejabat dibenar

dikeluarkan kepada staf.

ii. Staf mempunyai kontak rapat dengan mana-

mana individu dalam kategori suspek kes COVID-

19, kes berkemungkinan COVID-19, kes positif

COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS).

Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan

kepada staf dalam kategori ini.

c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk

hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI

(seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj

sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh

8 Jun 2021. (di lampiran). Arahan tersebut adalah terpakai

untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan hadir

bekerja.

d. Memastikan staf pulang sebaik sahaja selesai tugas

atau sebaik masa bertugas berdasarkan waktu

bekerja fleksi (WBF) tamat.

Page 4: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

4

2.1.3 Ketua Jabatan bagi PTj selain di bawah kategori essential

services yang mempunyai proses kerja yang tidak boleh

dilaksanakan secara BDR adalah bertanggungjawab untuk :

a. Menyelaras kehadiran staf ke pejabat secara

penggiliran tidak melebihi 20% daripada

keseluruhan staf PTj.

b. Memastikan staf yang diarah hadir ke pejabat bukan

daripada kategori berikut :

i. Staf bermastautin dalam mukim/lokaliti Zon

Merah. Walau bagaimanapun, sekiranya atas

kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan dibenar

mengeluarkan arahan secara bertulis kepada staf untuk

hadir bertugas di pejabat. Staf hendaklah hadir dan

menyelesaikan tugas yang diarahkan dan segera pulang

ke kediaman masing-masing setelah tugasan selesai.

(Sesalinan surat arahan perlu dikemukakan

kepada Pendaftar dan Jawatankuasa Bencana

untuk tujuan makluman dan rekod).

Sekiranya mukim/lokaliti berkenaan diisytiharkan

berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Diperketatkan (PKPD) maka staf secara automatik

tertakluk kepada arahan BDR mengikut tempoh

penguatkuasaan PKPD yang dikeluarkan oleh MKN dan

tiada arahan hadir ke pejabat dibenar

dikeluarkan kepada staf.

Page 5: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

5

ii. Staf mempunyai kontak rapat dengan mana-

mana individu dalam kategori suspek kes COVID-

19, kes berkemungkinan COVID-19, kes positif

COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS).

Tiada arahan hadir ke pejabat dibenar dikeluarkan

kepada staf dalam kategori ini.

c. Mengeluarkan arahan bertulis kepada staf untuk

hadir ke pejabat melalui SURAT ARAHAN RASMI

(seperti surat rasmi yang dikeluarkan oleh PTj

sebelum ini) dan BORANG KEBENARAN BERTUGAS

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat arahan bertarikh

8 Jun 2021. (di lampiran). Surat arahan tersebut adalah

terpakai untuk urusan rentas negeri/daerah bagi tujuan

hadir bekerja.

d. Memastikan keberadaan staf tidak melebihi empat(4)

jam dalam sesuatu hari bertugas .

2.1.4 Bagi staf yang hadir bertugas di pejabat, staf perlu :

a. Membawa bersama :

i. Surat arahan rasmi hadir bertugas yang

dikeluarkan oleh PTj masing-masing;

ii. Borang Kebenaran Bertugas Institusi Pengajian

Tinggi yang dilengkap diisi di peringkat PTj

masing-masing; dan

iii. Kad staf

sebagai persediaan apabila melalui sekatan jalan raya (SJR)

atau semasa semakan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Page 6: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

6

b. Merekodkan kehadiran waktu masuk dan waktu

keluar pejabat melalui pautan berikut :

https://id.unimap.edu.my (Check-in di Jabatan/PTj)

c. Mengambil langkah pencegahan terbaik sebagaimana SOP

yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) sepanjang bertugas di pejabat.

2.2 ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

2.2.1 Semua staf selain di PTj yang disenaraikan di perkara 2.1.1

adalah tertakluk kepada arahan Bekerja Dari Rumah (BDR)

berkuat kuasa mulai 15 Jun 2021 (Selasa) hingga 28 Jun

2021 (Isnin).

2.2.2 Staf yang BDR adalah tertakluk kepada arahan dalam Pekeliling

Pendaftar Bilangan 3 Tahun 2021 : Penerimaan Pakai Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2020 : Dasar Bekerja Dari

Rumah Dengan Pindaan.

2.2.3 Bagi staf yang bekerja dari rumah (BDR), prosedur BDR adalah

sepertimana arahan terdahulu dan staf adalah WAJIB merekod

kehadiran masing-masing dalam waktu bekerja rasmi antara

jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi melalui pautan seperti di bawah:

https://id.unimap.edu.my/idloc (Check- in Lokasi)

2.2.4 Staf yang terlibat dengan arahan Bekerja Dari Rumah perlu

memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

Page 7: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

7

a. Tempat bekerja staf semasa BDR ialah kediaman

rasmi yang staf bermastautin semasa berkhidmat di

UniMAP.

b. Melaksanakan arahan kerja mengikut jadual kerja

yang telah ditetapkan oleh Ketua Jabatan masing-

masing. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk

menetapkan tugas yang perlu dilakukan oleh setiap staf

semasa bekerja dari rumah dan staf perlu melapor

secara harian tahap pelaksanaan tugas yang telah

diarahkan;

c. Memastikan diri masing-masing boleh dihubungi

oleh Ketua Jabatan pada bila-bila masa dalam waktu bekerja

sama ada melalui telefon bimbit, aplikasi

Whatsapp/Telegram atau emel;

d. Bersedia sekiranya diarahkan oleh Ketua Jabatan

untuk hadir ke pejabat pada bila-bila masa (dalam

tempoh waktu bekerja rasmi);

e. Meneruskan tugas dengan penuh integriti dan kekal

berada di rumah;

f. Tiada program-program lawatan/aktiviti atau

urusan peribadi dibenarkan semasa tempoh waktu

bekerja rasmi seperti:

i. E-hailing;

ii. Menjalankan perniagaan dalam talian;

iii. Membeli barang keperluan rumah.

Page 8: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

8

g. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang

gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah

tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib

Dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain

yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana

berkenaan.

2.2.5 Bagi memastikan pelaksanaan tugas dapat dilaksanakan dengan

lancar, Ketua Jabatan boleh membenarkan staf membawa

pulang aset keperluan seperti komputer. Staf perlu mengisi

borang KEW-PA 6 – Daftar Pergerakan Harta Modal dan

Inventori untuk tujuan rekod. Staf perlu memastikan aset

universiti dijaga dengan rapi dan tidak menyalahgunakan

kemudahan yang diberikan untuk tujuan peribadi. Staf juga

boleh dibenarkan membawa pulang dokumen-dokumen yang

bukan dikategorikan sebagai SULIT dan RAHSIA. (Sumber :

Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020)

2.3 PERJALANAN RENTAS NEGERI BAGI URUSAN RASMI ATAU

URUSAN PERIBADI

2.3.1 Pengurusan Universiti amat menitikberatkan

penguatkuasaan larangan rentas negeri/daerah kepada

semua staf. Selaras dengan arahan terbaharu, Pengurusan

Universiti menguatkuasakan larangan rentas negeri

kepada semua staf Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

mulai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang

sedang berkuat kuasa sehingga 28 Jun 2021.

Page 9: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

9

2.3.2 Dalam tempoh arahan ini berkuat kuasa, staf adalah tidak

dibenarkan membuat perjalanan rentas negeri bagi

sebarang urusan rasmi. Staf diminta berhubung dengan

penganjur dan memohon agar pertemuan dilaksanakan secara

dalam talian.

2.3.3 Bagi staf yang telah diluluskan cuti rehat dalam tempoh

arahan ini berkuat kuasa, staf tidak dibenarkan untuk

meninggalkan kediaman masing-masing bagi

mengelakkan risiko terdedah kepada jangkitan wabak

COVID-19.

2.3.4 Sekiranya ada urusan kecemasan dan berkeperluan untuk

membuat perjalanan rentas negeri, staf perlu menghubungi Bilik

Gerakan Bencana untuk mendapatkan maklumat berkaitan

prosedur / panduan yang perlu dilaksanakan.

2.3.5 Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap staf yang

gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan. Staf adalah

tertakluk kepada Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan

Surcaj) 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan lain yang

berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang mana berkenaan.

2.3.6 Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaporkan

kepada pihak Universiti sekiranya ada dalam kalangan staf yang

ingkar dengan arahan yang dikeluarkan.

Page 10: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

10

2.4 PENGANJURAN ATAU PENYERTAAN MESYUARAT/ SEMINAR/

LATIHAN/ BENGKEL/ AKTIVITI/ PERHIMPUNAN/ PROGRAM

KEAGAMAAN/ PROGRAM SUKAN/PROGRAM SOSIAL

2.4.1 Sebagai langkah pengawalan penularan wabak COVID-19, pihak

Universiti TIDAK MEMBENARKAN penganjuran atau

penyertaan sebarang mesyuarat/ seminar/ aktiviti/ bengkel/

perhimpunan/ program keagamaan/ program sukan/ program

sosial secara bersemuka sepanjang tempoh arahan ini

berkuat kuasa.

2.4.2 Walau bagaimanapun, mesyuarat/ seminar/ latihan/ bengkel

adalah digalakkan dilaksana secara dalam talian.

2.5 PENERIMAAN PELAWAT KE PREMIS UniMAP

2.5.1 Penerimaan pelawat (rasmi atau tidak rasmi) ke mana-mana

premis UniMAP TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh

arahan ini berkuat kuasa.

2.5.2 Bagi pekerja perkhidmatan cucian dan kebersihan dalam

bangunan, pekerja perlu melapor diri dan menjalani saringan

suhu badan di pos pengawal terlebih dahulu. Tempoh bekerja

adalah terhad dan perlu disingkatkan.

2.5.3 Semua kerja-kerja fizikal (pembekalan/ pengubahsuaian/

penyelenggaraan / pembaikan) peralatan pejabat atau makmal

TIDAK DIBENARKAN sepanjang tempoh arahan ini berkuat

kuasa.

Page 11: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

11

2.6 PENGGUNAAN RUANG PEJABAT

2.6.1 Semua Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu memastikan staf yang

hadir bertugas di pejabat diWAJIBkan memakai pelitup

muka semasa bertugas dan perlu menjalani saringan suhu

badan di Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing semasa

hadir bertugas.

2.6.2 Staf juga diWAJIBkan memakai pelitup muka semasa

melalui saringan suhu badan di pintu masuk kampus dan

saringan akan dilaksanakan oleh Pengawal Keselamatan untuk

setiap individu dalam kenderaan setiap kali memasuki kawasan

kampus.

2.6.3 Staf juga perlu merekodkan kehadiran di mana-mana lokasi

yang dilawati dalam buku rekod/QR Code yang disediakan.

2.6.4 Ketua Jabatan perlu memastikan buku rekod/QR Code

disediakan di Jabatan/PTj masing-masing bertujuan

merekodkan bacaan suhu staf yang hadir bekerja di pejabat.

2.6.5 Ketua Jabatan juga perlu memastikan laluan keluar masuk

pejabat dihadkan dan setiap laluan disediakan QR Code untuk

merekod pergerakan staf atau pelawat yang hadir ke PTj

berkenaan.

2.6.6 Penggunaan ruang umum seperti lif, tandas, surau/bilik

sembahyang, pantri, kaunter, bilik mel, kafeteria dan ruang

niaga serta kerja-kerja penyelenggaraan/ pengubahsuaian dan

pembersihan masih tertakluk kepada garis panduan yang

dinyatakan dalam Pekeliling Pendaftar Bilangan 4 Tahun 2020

yang dikeluarkan pada 5 Mei 2020.

Page 12: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

12

3.0 PENGISYTIHARAN KESIHATAN

3.1 Semua staf yang tamat tempoh BDR atau pulang daripada

kawasan Zon Merah adalah diWAJIBkan membuat pengakuan

kendiri (self-declaration) berkaitan kesihatan masing-masing sebelum

dibenarkan hadir ke pejabat.

3.2 Pengisian maklumat boleh dibuat melalui borang elektronik di pautan

berikut: http://bencana.unimap.edu.my

4.0 SEBARAN BERITA DAN MAKLUMAT

Staf dinasihatkan untuk TIDAK menyebarkan berita atau maklumat yang

tidak sahih berkaitan wabak COVID-19.

Maklumat berkaitan COVID-19 boleh dilayari di saluran berikut :

Saluran rasmi MKN : https://t.me/MKNRasmi

Saluran rasmi UniMAP -

Laman web : http://bencana.unimap.edu.my

Saluran Telegram : https://t.me/unimapcare

Pihak UniMAP akan terus memantau perkembangan wabak ini dan menyalurkan

maklumat terkini dari semasa ke semasa. Warga UniMAP juga diingatkan agar

mendapatkan berita yang sahih mengenai wabak COVID-19.

Warga UniMAP keseluruhannya adalah diingatkan untuk mempraktikkan kawalan

kendiri dan sentiasa mengambil langkah- langkah pencegahan terbaik sebagaimana

yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti

memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta

menggunakan hand sanitizer.

Page 13: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

13

Untuk sebarang penyaluran maklumat atau pertanyaan, sila hubungi Bilik Gerakan

Bencana di talian 011-62270316.

Laksanakan tanggungjawab anda bagi memastikan wabak ini dapat dibendung

sepenuhnya. Bersama-sama kita membantu memutuskan rantaian wabak

COVID-19. #dudukrumah #kitajagakita

Sekian, terima kasih. “PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ. MOHD SAAD BIN DIN)

Pendaftar

14 Jun 2021

Page 14: ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN ......14/06/2021 1 ARAHAN PERLAKSANAAN OPERASI PERKHIDMATAN UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP) BERIKUTAN PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

14/06/2021

14


Top Related