Transcript
Page 1: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

1

Rujukan Kami : MQA 07/02 (30) Tarikh : 30 November 2010

ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010

PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA BAGI KEKOSONGAN JAWATAN DI AGENSI KELAYAKAN

MALAYSIA (MQA)

Semua Pengarah Bahagian

Semua Ketua Unit

Semua warga MQA

1. TUJUAN

1.1 Arahan Pentadbiran ini bertujuan untuk menetapkan

peraturan urusan penanggungan kerja bagi

kekosongan jawatan di Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA).

1.2 Arahan Pentadbiran ini menjelaskan tatacara urusan

penanggungan kerja apabila seseorang pegawai

dikehendaki menanggung kerja tugas jawatan lain

Page 2: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

2

demi kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada

kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada

Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang

disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

Bilangan 17 Tahun 2007. Penanggungan kerja yang

dibenarkan melalui AP 5/2009 adalah untuk

kekosongan jawatan yang disebabkan pegawai cuti

bersalin.

2.2 MQA telah mengkaji semula peraturan penanggungan

kerja bertujuan untuk menambah baik

pelaksanaannya.

3. TAFSIRAN

Bagi maksud pemakaian Arahan Pentadbiran ini;

3.1 Hubungan taraf tinggi rendah ialah pertalian antara

jawatan dalam satu susunan kuasa (span of control)

yang berbeza taraf atau grednya. Jawatan yang lebih

tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia

jawatan yang lebih rendah.

3.2 Ketua Jabatan ialah mana-mana pegawai yang

bertanggungjawab mengetuai atau yang diarahkan

Page 3: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

3

mengetuai bahagian termasuk unit-unit di Pejabat

Ketua Pegawai Eksekutif.

3.3 Pihak Berkuasa Melulus ialah pegawai yang diberi

kuasa meluluskan penanggungan kerja di MQA

berdasarkan Arahan Pentadbiran ini.

3.4 Kekosongan hakiki ialah kekosongan jawatan yang

wujud secara mutlak iaitu jawatan yang tidak

mempunyai penyandang kerana kenaikan pangkat,

bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang

kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim

perkhidmatan lain atau bertukar.

3.5 Kekosongan operasi ialah kekosongan jawatan

secara sementara kerana penyandangnya bercuti,

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, berkursus,

dipinjamkan atau ditukar sementara, memangku,

ditahan/digantung kerja atau tidak hadir bertugas dan

tidak dapat dikesan kecuali kekosongan kerana

pegawai bercuti melanjutkan pelajaran.

3.6 Penanggungan kerja ialah pelaksanaan tugas suatu

jawatan oleh seseorang pegawai di samping

melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu

tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus.

Page 4: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

4

4. PELAKSANAAN URUSAN PENANGGUNGAN KERJA

4.1 Penanggungan kerja bagi jawatan dari Gred 1 hingga

Gred 40 boleh dilaksanakan jika terdapat kekosongan

hakiki atau kekosongan operasi seperti di Lampiran A.

4.2 Penanggungan kerja bagi jawatan Gred 41 dan ke atas

hanya boleh dilaksanakan bagi kekosongan operasi

yang disebabkan cuti bersalin sahaja.

4.3 Arahan penanggungan kerja hendaklah dibuat secara

bertulis oleh Ketua Jabatan. Sekiranya kekosongan

melibatkan jawatan Ketua Jabatan arahan

penanggungan kerja hendaklah dibuat oleh pegawai

atasannya.

4.4 Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi

enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua

Jabatan hendaklah membuat permohonan semula

kepada Pihak Berkuasa Melulus supaya pegawai

diluluskan untuk terus menanggung kerja.

4.5 Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak

Berkuasa Melulus untuk penamatan penanggungan

kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai

lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu.

4.6 Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama 14

hari atau lebih berturut-turut, Ketua Jabatan hendaklah

membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa

Page 5: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

5

Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja

pegawai berkenaan atau memperakukan pegawai lain.

4.7 Pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja

ialah:

4.7.1 Pegawai yang telah disahkan dalam

perkhidmatan;

4.7.2 Sekiranya tiada pegawai yang telah

disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang

telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun

boleh diperakukan; dan

4.7.3 Keutamaan untuk penanggungan kerja

hendaklah diberi kepada pegawai yang paling

layak dari segi pengalaman, kelayakan,

kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

4.8 Jawatan yang dibenarkan untuk penanggungan kerja

ialah:

4.8.1 Jawatan yang diwujudkan dalam Waran

Perjawatan;

4.8.2 Jawatan yang hendak ditanggung kerja itu tidak

melangkau dua (2) gred yang lebih tinggi dan

bidang tanggungjawab jawatan ditanggung kerja

tidak terlalu berat dibandingkan dengan

Page 6: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

6

kebolehan dan gred hakiki pegawai yang

diperakukan untuk menanggung kerja. Pegawai

yang lebih tinggi grednya boleh diperakukan

penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah

grednya, dengan syarat jawatan yang hendak

ditanggung kerja itu tidak ada hubungan taraf

tinggi rendah. Pihak Berkuasa Melulus semasa

menimbangkan sesuatu perakuan

penanggungan kerja hendaklah mengambil kira

faktor ‘kemunasabahan’ dan ‘beban

tanggungjawab’ jawatan yang hendak

ditanggung kerja;

4.8.3 Jawatan yang ditanggung kerja hendaklah

berada dalam struktur organisasi dan lokasi yang

sama. Dalam keadaan tertentu jika organisasi

berada di lokasi berlainan tetapi dalam

lingkungan 25km, perakuan khas Pihak

Berkuasa Melulus diperlukan terhadap perakuan

penanggungan kerja dengan mengambil kira

keperluan dan keberkesanan pelaksanaan

tugas secara tanggung kerja; dan

4.8.4 Bagi jawatan yang memerlukan kemahiran

khas, kelayakan kepakaran, lesen, pentauliahan,

sijil kemahiran khusus dan lain-lain yang

ditetapkan oleh skim perkhidmatan atau

undang-undang yang berkenaan, pegawai yang

Page 7: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

7

diarahkan menanggung kerja hendaklah

memenuhi syarat dan keperluan tersebut.

4.9 Jawatan yang tidak dibenarkan penanggungan kerja

ialah:

4.9.1 Jawatan yang tiada senarai tugas secara

khusus contohnya jawatan kumpulan;

4.9.2 Jawatan yang pelaksanaan tugasnya mengikut

giliran atau syif contohnya Pengawal

Keselamatan; dan

4.9.3 Jawatan yang bentuk tugasnya tidak

membenarkan atau tidak praktikal dilakukan

secara penanggungan kerja contohnya

Pemandu Kenderaan.

4.10 Kuasa melulus penanggungan kerja

Penanggungan kerja seseorang pegawai yang diarah

menanggung kerja boleh dipertimbang oleh Pihak

Berkuasa Melulus yang disenaraikan dalam Lampiran

B.

Page 8: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

8

4.11 Elaun Penanggungan Kerja (EPK)

4.11.1 Bagi melayakkan pembayaran EPK,

tempoh kekosongan jawatan yang perlu

penanggungan kerja mestilah tidak kurang

daripada 28 hari.

4.11.2 Pegawai yang telah diluluskan

penanggungan kerja seterusnya boleh

dibayar EPK tertakluk kepada syarat-syarat

berikut:

(i) Telah melaksanakan tugas jawatan

yang ditanggung kerja selama 28

hari berturut-turut termasuk hari cuti

mingguan, kelepasan am dan

juga cuti rehat atas sebab

kecemasan serta cuti sakit

secara terkumpul tidak melebihi

daripada lima (5) hari bekerja;

(ii) Seseorang pegawai yang sedang

menanggung kerja tetapi

meninggalkan tugas jawatan yang

ditanggung kerja itu selama 14 hari

atau lebih berturut-turut iaitu

termasuk cuti mingguan dan

kelepasan am maka pembayaran

EPK hendaklah dihentikan;

Page 9: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

9

(iii) Seseorang pegawai yang pernah

diluluskan menanggung kerja

kemudian diluluskan menanggung

kerja jawatan yang sama, boleh

dibayar EPK sekiranya tempoh

penanggungan kerja kali kedua dan

seterusnya tidak kurang 14 hari

berturut-turut termasuk cuti

mingguan dan kelepasan am.

Jawatan yang sama bermaksud

jawatan yang pernah ditanggung

kerja sebelumnya;

(iv) Jika pegawai yang menanggung kerja

layak menerima Bayaran Lebih Masa

bayaran tersebut hanya boleh

dibayar bagi tugas yang dilaksanakan

selepas dua (2) jam lima belas

(15) minit daripada waktu bekerja

pejabat; dan

(v) Seseorang pegawai hanya boleh

dibayar satu EPK sahaja pada satu

masa.

4.11.3 Kadar Elaun Penanggungan Kerja (EPK)

ialah 25 peratus daripada gaji permulaan

jawatan yang ditanggung kerja. Formula

pengiraan adalah seperti berikut:

Page 10: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

10

Elaun Penanggungan

Kerja (EPK)

= Gaji permulaan jawatan yang

ditanggung kerja

x 25/100

4.11.4 Walau bagaimanapun, pengiraan elaun

ini hendaklah dibuat berdasarkan

kedudukan dan gred jawatan yang

ditanggung kerja seperti berikut:

(i) Bagi jawatan yang menetapkan mata

gaji permulaan pelbagai, EPK dikira

berdasarkan gaji permulaan terendah

bagi jawatan skim perkhidmatan yang

berkenaan;

(ii) Penanggungan kerja jawatan yang

mempunyai gred fleksi, EPK dikira

berdasarkan gred gaji terendah. Gred

fleksi bermaksud jawatan yang

mempunyai lebih dari satu gred;

(iii) Bagi pegawai yang menanggung

kerja jawatan fleksi, EPK dikira

berdasarkan kepada skim

perkhidmatan yang mempunyai mata

gaji terendah. Jawatan fleksi

bermaksud keanjalan atau

kelonggaran yang diberi kepada satu-

satu jawatan yang memungkinkan

jawatan itu disandang oleh pegawai

Page 11: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

11

daripada pelbagai skim

perkhidmatan;

(iv) Jika jawatan yang ditanggung kerja

itu adalah jawatan terbuka, EPK

dikira berdasarkan kepada gaji

permulaan skim perkhidmatan

pegawai yang menanggung kerja

jawatan terbuka; dan

(v) Jika jawatan yang ditanggung kerja

itu diwujudkan secara Khas Untuk

Penyandang (KUP) dan

penanggungan kerja dikira

berdasarkan kepada gred hakiki

jawatan.

(vi) Jika penanggungan kerja adalah

untuk jawatan pemangkuan, pegawai

yang diarah menanggung kerja akan

menanggung kerja atas jawatan

pemangkuan itu.

5. TATACARA URUSAN PENANGGUNGAN KERJA

5.1 Persediaan dan perakuan

Sekiranya Ketua Jabatan menjangkakan kekosongan

akan berlaku dalam bahagiannya, Ketua Jabatan

Page 12: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

12

mengemukakan Borang Kekosongan Jawatan Di

Agensi Kelayakan Malaysia seperti Lampiran A

kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

(BPSM) untuk memulakan urusan penanggungan

kerja.

5.2 Pertimbangan dan penyampaian keputusan

BPSM mengemukakan Lampiran C kepada Pihak

Berkuasa Melulus untuk mendapatkan keputusan.

Keputusan Pihak Berkuasa Melulus disampaikan

kepada Ketua Jabatan supaya arahan penanggungan

kerja boleh dibuat kepada pegawai yang diperakukan

menggunakan format seperti Lampiran D.

5.3 Penamatan

Jika kekosongan jawatan telah diisi, Ketua Jabatan

hendaklah mengeluarkan arahan penamatan

penanggungan kerja dan disampaikan kepada pegawai

yang menanggung kerja menggunakan format seperti

Lampiran E. Pegawai yang menanggung kerja

menyediakan Nota Tugas Tanggung Kerja

menggunakan format Lampiran F untuk diserahkan

kepada Ketua Jabatan.

Page 13: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

13

5.4 Pembayaran

Bagi tujuan pembayaran EPK, BPSM kemukakan

dokumen berikut kepada Bahagian Kewangan:

i. Penyata Perubahan Mengenai Pendapatan

Seseorang Pegawai (Kew. 8-Pin. 10/96)

ii. Borang Perakuan Penanggungan Kerja Pegawai

Agensi Kelayakan Malaysia - Lampiran C

iii. Memo Arahan Penanggungan Kerja - Lampiran

D

iv. Memo Penamatan Penanggungan Kerja -

Lampiran E

v. Nota Tugas Tanggung Kerja - Lampiran F

5.5 Merekodkan keputusan

Kelulusan penanggungan kerja hendaklah direkodkan

dalam Kenyataan Perkhidmatan, Buku Perkhidmatan

pegawai.

6. TARIKH KUAT KUASA

Arahan Pentadbiran ini berkuat kuasa mulai tarikh ia

dikeluarkan.

7. PEMBATALAN

Dengan berkuatkuasanya Arahan Pentadbiran ini, Arahan

Pentadbiran Bilangan 5 Tahun 2009 adalah dibatalkan.

Page 14: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

14

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Ketua Pegawai Eksekutif

Agensi Kelayakan Malaysia

30 November 2010

s.k.: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti)

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

Page 15: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

15

BORANG KEKOSONGAN JAWATAN DI AGENSI

KELAYAKAN MALAYSIA

KEKOSONGAN HAKIKI TANDA (√)

Kenaikan pangkat

Bersara

Meninggal dunia

Meletak jawatan

Dibuang kerja

Ditamatkan perkhidmatan

Dilantik ke skim perkhidmatan lain

Bertukar

[Tidak dibenarkan penambahan perkataan / ayat selepas perenggan ini]

KEKOSONGAN OPERASI TANDA (√)

Bercuti

Menjalankan tugas rasmi di luar pejabat

Berkursus

Dipinjamkan

Ditukar sementara

Memangku

Ditahan/digantung kerja

Tidak hadir bertugas

Tidak dapat dikesan

[Tidak dibenarkan penambahan perkataan / ayat selepas perenggan ini]

LAMPIRAN A

Page 16: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

16

PIHAK BERKUASA MELULUS MENGIKUT JAWATAN

YANG AKAN DITANGGUNG KERJA

BIL GRED JAWATAN YANG

DITANGGUNG KERJA

PIHAK BERKUASA MELULUS

1. 48 ke atas Ketua Pegawai Eksekutif

2. 27 hingga 44 Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif

(Pengurusan)

3. 1 hingga 26 Pengarah Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia

LAMPIRAN B

Page 17: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

17

(BPSM 05)

BORANG PERAKUAN PENANGGUNGAN KERJA PEGAWAI

AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

Bahagian/Unit : 1. Butir-butir jawatan yang ditanggung kerja

(a) Nama/Gred Jawatan :

(b) Tempat : (c) Tarikh Kekosongan : (d) Sebab-sebab Kekosongan : Seperti di Lampiran A (e) Kelayakan/Kemahiran Yang Diperlukan :

2. Butir-butir pegawai yang menanggung kerja

(a) Nama Pegawai : (b) Nombor Kad Pengenalan :

(c) Tarikh Lantikan Jawatan Sekarang :

(d) Tarikh Sah Dalam Jawatan Sekarang :

(e) Jawatan/Gred :

(f) Tarikh Mula Bertugas Di Jawatan Sekarang :

(g) Tempat Bertugas :

(h) Tempoh penanggungan kerja bagi jawatan yang sama

sebelum ini dari ________________________ hingga ________________________ (Jika ada)

LAMPIRAN B LAMPIRAN C

Page 18: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

18

3. Tempoh menanggung kerja yang diperakukan ___________ 4. Sertakan:

(i) Carta organisasi (kedudukan pegawai dan jawatan yang ditanggung kerja)

(ii) Senarai tugas jawatan ditanggung kerja dan pegawai

menanggung kerja 5. Pelangkauan dari segi kekananan *Ada/Tiada

Jika ada, nyatakan sebab-sebab pelangkauan:

--------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------

KELULUSAN PIHAK BERKUASA MELULUS

Saya *BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU dengan perakuan di atas. Tarikh: ____________ Tandatangan: __________________

Nama: _______________________ Jawatan: ______________________

* Nota: Potong mana yang tidak berkenaan

Page 19: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

19

MEMO Kepada : Puan Asmah binti Ali

Pegawai Eksekutif Gred N27 Unit Khidmat Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Daripada : Pengarah Bahagian Pentadbiran Salinan Kepada : Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Nombor Rujukan : MQA 02/11 Jld. 7 (15) Tarikh : 25 Januari 2010 Perkara : Arahan Penanggungan Kerja Jawatan Pegawai Eksekutif Gred N27 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa penanggungan kerja bagi Puan Salmah binti Abu telah diluluskan seperti butiran berikut:

2.1 Nama pegawai yang diluluskan: Puan Asmah binti Ali

2.2 Jawatan pegawai yang menanggung kerja:

Pegawai Eksekutif Gred N27 Unit Khidmat Pelanggan Bahagian Pentadbiran

2.3 Jawatan yang ditanggung kerja:

Pegawai Eksekutif Gred N27 Unit Khidmat Pelanggan Bahagian Pentadbiran

LAMPIRAN D

Page 20: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

20

2.4 Tempoh mulai 30.1.2010. 3. Sehubungan itu, puan diminta mengambil perhatian kepada Arahan Pentadbiran Bilangan 2/2010, Peraturan Penanggungan Kerja Bagi Kekosongan Jawatan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu:

a) Bagi melayakkan puan dibayar Elaun Penanggungan Kerja (EPK), puan dikehendaki bertugas dua puluh lapan (28) hari berturut-turut ini termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am. Puan tidak boleh mengambil cuti rehat kecuali atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja;

b) Pembayaran EPK akan dihentikan sekiranya puan

meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama empat belas (14) hari atau lebih berturut-turut iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am; dan

c) Puan yang sedang menanggung kerja layak menerima

Bayaran Lebih Masa. Bayaran tersebut hanya boleh bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat.

4. Diharapkan puan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Sekian, terima kasih. "PEKERJA PRODUKTIF ORGANISASI CEMERLANG" (AHMAD FAUZI) No. Tel. : 03-7968 7000

Page 21: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

21

MEMO Kepada : Puan Asmah binti Ali

Pegawai Eksekutif Gred N27 Unit Khidmat Pelanggan Bahagian Pentadbiran

Daripada : Pengarah Bahagian Pentadbiran Salinan Kepada : Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Nombor Rujukan : MQA 02/11 Jld. 7 (16) Tarikh : 1 Mac 2010 Perkara : Penamatan Penanggungan Kerja Jawatan Pegawai Eksekutif Gred N27 Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Puan Salmah binti Abu, Pegawai Eksekutif Unit Khidmat Pelanggan, Bahagian Pentadbiran Gred N27 telah kembali bertugas daripada Cuti Tanpa Gaji selama 30 hari mulai 30 Januari 2010. Sehubungan itu, tempoh penanggungan kerja puan ditamatkan pada 28 Februari 2010.

3. Puan diminta menyediakan Nota Tugas Tanggung Kerja yang dilampirkan bagi memastikan kesinambungan tugas-tugas yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu daripada tarikh tanggung kerja puan ditamatkan. Nota Tugas Tanggung Kerja ini untuk proses pembayaran Elaun Penanggungan Kerja.

LAMPIRAN E

Page 22: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

22

4. Kerjasama yang telah puan berikan semasa menjalankan tugas-tugas tersebut amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

"PEKERJA PRODUKTIF ORGANISASI CEMERLANG" (AHMAD FAUZI) No. Tel. : 03-7968 7000

Page 23: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

23

(BPSM 06)

NOTA TUGAS TANGGUNG KERJA

Nama Pegawai Yang Ditanggung Kerja : Jawatan : Nama Pegawai Yang Menanggung Kerja : Jawatan : Tempoh Tanggung Kerja :

Bil.

Tugas

Status tugas

Semasa serahan tugas

Tamat serahan tugas

(diisi oleh pegawai yang menanggung

kerja)

LAMPIRAN F

Page 24: ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010 …...2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

24

Tandatangan Pegawai Yang Ditanggung Kerja

Tandatangan Pegawai Yang Menanggung Kerja

…………………………….........

……….……….…………….....

Cap Jawatan:

Cap Jawatan:

Tarikh : Tarikh :

PERAKUAN PEGAWAI PENYELIA/KETUA BAHAGIAN

Diperakukan bahawa pegawai yang menanggung kerja telah mematuhi Peraturan 13 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 iaitu: a) Pegawai telah bertugas dua puluh lapan (28) hari berturut-

turut termasuk hari cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada lima (5) hari bekerja; dan

b) Pegawai tidak/pernah meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja dalam tempoh empat belas (14) hari berturut-turut atau lebih.

Tandatangan Pegawai Penyelia/Ketua Bahagian

…………………………….........

Cap Jawatan:

Tarikh :

Nota: Tugas yang perlu disenaraikan adalah tugas yang diambil alih serta tugas baru yang diterima bagi pihak pegawai yang ditanggung kerja.


Top Related