Transcript

Rujukan Kami : MQA 07/02(13)

Tarikh : 15 Oktober 2008

ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 12/2008

FORMAT MEMO DAN SURAT RASMI DI AGENSI KELAYAKAN

MALAYSIA

Semua Pengarah Bahagian, Semua Ketua Unit, Semua Warga MQA,

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan arahan pentadbiran ini ialah untuk memaklumkan

mengenai format memo dan surat rasmi yang perlu

digunakan di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 Panduan

Pengurusan Pejabat, Bahagian 6 yang menjelaskan

tatacara urusan surat - menyurat kerajaan. 3.0 FORMAT MEMO DAN SURAT RASMI

3.1 MEMO

3.1.1 Pengelasan Warna

a) Merah Jambu – Memo yang ditandatangani oleh

Ketua Pegawai Eksekutif;

b) Kuning – Memo yang dikeluarkan oleh Bahagian

Jaminan Kualiti;

c) Biru Muda – Memo yang dikeluarkan oleh

Bahagian Pengurusan; dan

d) Peach – Memo yang dikeluarkan oleh Unit –Unit

di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

3.1.2 Format

a) Font – Arial saiz 12

b) Perenggan – single spacing

c) Penggunaan bahasa English hendaklah

menggunakan tulisan condong (font style Italic).

3.1.3 Penyediaan memo hendaklah mengandungi elemen

– elemen berikut :-

(a) logo MQA dan perkataan MEMO;

(b) gelaran jawatan penerima;

(c) gelaran jawatan pengirim;

(d) gelaran jawatan salinan kepada (jika perlu);

(e) nombor rujukan fail;

(f) tarikh memo;

(g) tajuk memo;

(h) penomboran perenggan dan lampiran;

(i) slogan kualiti MQA yang terkini;

(j) tandatangan dan nama pengirim; dan

(k) nombor telefon pengirim.

(contoh seperti di Lampiran A)

3.2 SURAT RASMI

3.2.1 Format

a) Font – Arial saiz 12;

b) Perenggan – single spacing; dan

c) Penggunaan bahasa English hendaklah

menggunakan tulisan condong (font style Italic).

3.2.2 Penyediaan surat rasmi MQA hendaklah

mengandungi elemen – elemen berikut :

a) alamat pengirim;

b) alamat penerima;

c) nombor rujukan;

d) tarikh surat;

e) tajuk surat;

f) permulaan dan pengakhiran surat;

g) penomboran perenggan, muka surat dan

lampiran;

h) nombor telefon, nombor faks dan e-mel pengirim;

dan

i) pada akhir surat nyatakan ”sila catatkan rujukan

jabatan ini apabila berhubung”.

(contoh seperti di Lampiran B, C, D dan E)

3.2.3 Huraian bagi setiap elemen ialah seperti berikut :

a) Alamat pengirim :

Muka surat pertama hendaklah menggunakan

kepala surat yang mengandungi nama, alamat,

nombor telefon dan nombor faksimile MQA.

b) Alamat penerima :

Alamat penerima dalam surat rasmi hendaklah

dibuat seperti berikut :

(i) Agensi Kerajaan

- Surat kepada sesebuah agensi Kerajaan

hendaklah dialamatkan kepada ketua

agensi berkenaan mengikut gelaran

rasmi jawatannya, manakala surat yang

khusus kepada ketua agensi hendaklah

didahului dengan kata hormat, gelaran

kebesaran, nama gelaran jawatan dan

alamat rasmi agensi berkenaan.

- Surat yang ditujukan kepada pegawai

tertentu hendaklah ditambah di bawah

alamat dengan perkataan ’untuk

perhatian’ (u.p. nama pegawai

berkenaan).

(ii) Orang Ramai / Individu

- Surat kepada orang ramai atau individu

hendaklah dialamatkan kepada nama

dan alamat individu berkenaan.

- Bagi individu yang mempunyai gelaran

kebesaran, kata hormat dan gelaran

hendaklah dinyatakan pada namanya.

(iii) Pihak Berkuasa Berkanun / Pertubuhan/

Firma

- Surat kepada Pihak Berkuasa Berkanun,

Pertubuhan atau Firma hendaklah

dialamatkan kepada ketua badan,

pertubuhan atau firma berkenaan

mengikut gelaran rasmi jawatannya,

diikuti dengan nama dan alamat

rasminya.

(iv) Surat Melalui Peguam

- Surat kepada orang awam atau firma

melalui peguam hendaklah dialamatkan

kepada peguam yang dilantik bagi

menguruskan hal ehwal awam atau firma

berkenaan.

c) Nombor Rujukan :

- Surat hendaklah mempunyai nombor

rujukan failnya supaya mudah dikesan

untuk tindakan lanjut.

- Nombor rujukan ini hendaklah dicatatkan

di ruang atas sebelah kiri surat sebagai

rujukan kami.

- Surat jawapan kepada surat yang

diterima hendaklah juga dicatatkan

nombor rujukan fail pengirim sebagai

rujukan tuan di atas rujukan kami.

d) Tarikh Surat :

- Tarikh surat hendaklah dicatatkan di

bahagian atas sebelah kiri.

e) Tajuk Surat :

- Surat perlu diberikan tajuk (atau perkara)

yang dapat menggambarkan kandungan

surat berkenaan.

- Setiap surat hendaklah seboleh-

bolehnya dihadkan kepada satu tajuk

(atau perkara) sahaja.

- Bagi surat jawapan, tajuk yang sama

hendaklah digunakan.

f) Permulaan surat :

- Surat yang ditujukan kepada jabatan /

agensi Kerajaan hendaklah dimulakan

dengan ’Tuan’ manakala kepada orang

ramai hendaklah dimulakan dengan

’Tuan’ atau ’Puan’.

- Surat yang khusus kepada Ketua

Jabatan / Agensi / Pihak Berkuasa

Berkanun / Pertubuhan / Firma yang

mempunyai gelaran kebesaran

hendaklah didahului dengan kata hormat

dan gelaran kebesarannya. Begitu juga

bagi surat kepada orang awam yang

mempunyai gelaran kebesaran.

g) Pembuka Kata dan Akhir Surat :

- Surat boleh dimulakan dengan cara yang

sesuai.

- Setiap surat Ketua Pegawai Eksekutif

hendaklah dimulakan dengan perkataan

’Dengan hormatnya saya merujuk

kepada perkara di atas’ sebelum isi

kandungan perenggan kedua dan

diakhiri dengan perkataan ’Yang ikhlas’

di sudut kiri sebelah bawah surat

sebelum ditandatangani Ketua Pegawai

Eksekutif.

- Setiap surat pegawai hendaklah

dimulakan dengan perkataan ’Dengan hormatnya saya diarah merujuk

kepada perkara di atas’ sebelum isi

kandungan perenggan kedua dan

diakhiri dengan perkataan ’Saya yang

menurut perintah’ di sudut kiri sebelah

bawah surat sebelum ditandatangani

pegawai yang berkenaan.

- Jika pegawai yang menandatangani

surat itu bukan Ketua Pegawai Eksekutif,

pegawai berkenaan hendaklah

menandatangani bagi pihak (b.p.) Ketua

Pegawai Eksekutif. Nama pegawai itu

hendaklah menggunakan huruf besar di

sudut kiri surat di bawah

tandatangannya.

- Setiap surat yang menyatakan salinan

kepada hendaklah menggunakan kepala

surat rasmi jabatan dan disertakan

bersama-sama dengan salinan lampiran.

- Setiap surat yang dikeluarkan

hendaklah disimpan satu salinan di

dalam fail yang berkaitan dan fail timbul

(float file).

h) Penomboran Perenggan, Muka Surat dan

Lampiran :

- Semua perenggan dalam surat, kecuali

perenggan pertama, hendaklah

dinomborkan secara berturutan.

- Surat yang mengandungi lebih daripada

satu muka surat hendaklah juga diberi

nombor yang berturutan.

- Lampiran kepada surat hendaklah

dinomborkan di bahagian atas sebelah

kanan, misalnya Lampiran 1 atau

Lampiran A dan nombor lampiran ini

mestilah sama dengan nombor yang

dirujuk dalam surat.

i) Nombor telefon, nombor faks dan e-mel pengirim

- Setiap surat hendaklah menyatakan

nombor telefon, nombor faks dan e-mel

di sudut kiri sebelah bawah surat selepas

ditandatangani pegawai yang berkenaan.

j) Nota kaki surat

- Setiap surat hendaklah menyatakan ”sila

catatkan rujukan jabatan ini apabila

berhubung” di akhir surat.

4.0 TARIKH KUAT KUASA

Arahan pentadbiran ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh ianya

dikeluarkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia 15 Oktober 2008

sk: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)

MEMO

Kepada : Semua Pegawai dan Kakitangan MQA Daripada : Pengarah Bahagian Pentadbiran Salinan Kepada : Ketua Pegawai Eksekutif Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) No. Rujukan : MQA 04/38/01 Jld.3 (33) Tarikh : 17 Januari 2008 Perkara : Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi Tahun 2008 Tuan/puan, Dengan hormatnya saya merujuk mengenai perkara di atas. 2. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Bil. 1/2005 pada 5 Februari 2005, disertakan bersama-sama ini jadual kehadiran tuan/puan dan susunan atucara bagi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Tinggi Tahun 2008 untuk perhatian tuan/puan. Sekian. “PEKERJA PRODUKTIF ORGANISASI CEMERLANG” (AZMAN ABDULLAH) No. Tel:

LAMPIRAN A

ADM - 04

ENTER TWICE

ENTER TWICE

0.98

1.98

SINGLE PARAGRAPH

ENTER TWICE

ENTER TWICE

(sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung)

Ruj. Tuan : KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97)

Ruj. Kami : MQA 04/38/01 Jld. 3 (34)

Tarikh : 15 Januari 2008

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. (u.p: Encik Md. Sani bin Latip) Tuan, PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ANJURAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan bil. KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97) bertarikh 13 Januari 2008 mengenai perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam penganjuran Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2008. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Yang ikhlas, ( DATO’ DR. SYED AHMAD HUSSEIN ) Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia No. Tel : 03-7968 7044 No. Faks : 03-7956 9496 E-mel : [email protected]

(sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung)

Ruj. Tuan : KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97)

Ruj. Kami : MQA 04/38/01 Jld. 3 (34)

Tarikh : 15 Januari 2008

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. (u.p: Encik Md. Sani bin Latip) Tuan, PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ANJURAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan bil. KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97) bertarikh 13 Januari 2008 mengenai perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam penganjuran Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2008. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, ( PROF. ZITA HJ. MOHD FAHMI ) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) b.p. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia No. Tel : 03-7968 7043 No. Faks : 03-7956 9496 E-mel : [email protected]

(sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung)

Ruj. Tuan : KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97)

Ruj. Kami : MQA 04/38/01 Jld. 3 (34)

Tarikh : 15 Januari 2008

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. (u.p: Encik Md. Sani bin Latip) Tuan, PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ANJURAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan bil. KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97) bertarikh 13 Januari 2008 mengenai perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam penganjuran Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2008. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, ( SARANI DOLLAH ) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) b.p. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia No. Tel : 03-7968 7045 No. Faks : 03-7954 9215 E-mel : [email protected]

(sila catatkan rujukan jabatan ini apabila berhubung)

Ruj. Tuan : KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97)

Ruj. Kami : MQA 04/38/01 Jld. 3 (34)

Tarikh : 15 Januari 2008

Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. (u.p: Encik Md. Sani bin Latip) Tuan, PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ANJURAN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) Dengan hormatnya saya merujuk surat tuan bil. KPT/(KSU)/05/Jld. 11(97) bertarikh 13 Januari 2008 mengenai perkara tersebut di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam penganjuran Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2008. Sekian, terima kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, ( AZMAN ABDULLAH ) Bahagian Pembangunan Sumber Manusia b.p. Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia No. Tel : 03-7968 7013 No. Faks : 03-7954 9215 E-mel : [email protected]


Top Related