Download - AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat
![Page 1: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/1.jpg)
UNTUK :USTAZ FAUZI ABDUL MAJID
DISEDIAKAN OLEH :
AMINAH SYUHADAH ZULKEFLIAISHAH SHAMSUDIN
NURFARHANA SAMSHUDDINSHAZANA MUHAMED SA’AD
PISMK 7.01(PENGAJIAN AGAMA)
FIQH MUAMALAT & FIQH MUNAKAHAT
TAJUK : AR-ROHNU (GADAIAN)
![Page 2: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/2.jpg)
Definisi Ar-Rohnu dari sudut bahasa ialah tahan.
Definisi Ar-Rohnu dari sudut istilah ialah menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran jika tidak dijelaskan hutang itu nanti.
![Page 3: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/3.jpg)
Definisi dalam sistem perbankan Islam, Ar-Rahnu bermaksud kontrak mengenai aset yg berharga yg dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.
Bank juga berhak menjual cagaran tersebut sekiranya pelanggan gagal menjelaskan hutangnya pd waktu yg telah ditetapkan. Pihak bank juga akan memulangkan baki harga barangan tersebut setelah ditolak jumlah hutangnya.
Contohnya: Seorang peniaga kecil menggadaikan barang kemasnya kpd pihak bank utk mendapatkan wang tunai bagi menambahkan modal perniagaannya.
![Page 4: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/4.jpg)
DALIL HARUSNYA AR-ROHNU (GADAIAN)
Dalil: Surah al Baqarah ayat 283.
Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud: Baginda Nabi Muhamad S.A.W telah
menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi dengan tiga gantang (Sa’).
![Page 5: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/5.jpg)
Hadis Nabi S.A.W: Rasulullah S.A.W telah menggadaikan baju
besi kepada seorang Yahudi di Madinah dan baginda mengambil 30 gantang barli daripada Yahudi tersebut untuk dimakan oleh keluarga baginda.
![Page 6: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/6.jpg)
HUKUM
Jumhur ulama berpendapat muamalat gadaian adalah diharuskan baik ketika seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.
Dalil : Surah Al Baqarah : 283
![Page 7: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/7.jpg)
Jumhur ulama mengatakan sah kepada sesiapa yg menggadaikan barangan yang tertentu jumlahnya, harta yang dapat dipindahkan; seperti emas perak serta harta yang tidak dapat dipindahkan; seperti kebun dan tanah.
Jumhur ulama menambah ; akad gadaian dikira sah dengan ada lafaz ijab dan kabul.
![Page 8: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/8.jpg)
HIKMAH GADAIAN
Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.
Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.
Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila terdesak.
Lahirnya perasaan kasih dan sayang dan kasih mesra sesama manusia.
Menjaga kemaslahatan manusia ketika mereka mengadakan muamalat gadaian.
![Page 9: AR-ROHNU (GADAIAN) di dalam Fiqh Muamalat](https://reader031.vdokumen.net/reader031/viewer/2022012305/5571f2ad49795947648ce245/html5/thumbnails/9.jpg)
BIBLIOGRAFI
Ustaz Abdul Latif Muda &Ustazah Rosmawati Ali (1997), Teks Komprehensif Pengajian Islam STPM, Pengantar Fiqh : Pustaka Salam Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Tasawur Islam.