Transcript
Page 1: ANALISIS SAJAK(PRINT)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU PUTRA

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

(KERTAS 2)

922/2

BAHAGIAN D:SAJAK

3.'MEMBUNUH MIMPI' OLEH

USMAN AWANG

DISEDIAKAN OLEH:SULYANA BINTI SUBRI

TINGKATAN:6 ATAS 1

TAHUN/BULAN:2011/2

NAMA GURU:PUAN MASSHIDA BT MANAP

1

Page 2: ANALISIS SAJAK(PRINT)

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. BIODATA PENYAJAK 3-5

2. TEKS SAJAK 6

3. MAKSUD SAJAK 7-9

4. TEMA 9

5. PERSOALAN 9-11

6. BENTUK 11-12

7. GAYA BAHASA 12-13

8. NADA 13

9. LATAR 14

10. NILAI 14-15

11. PENGAJARAN 15-16

12. INTUISI 16

13. PERANAN/FUNGSI 16

14. MESEJ 16-17

15. SOALAN 18-22

16. BIBLIOGRAFI 23

2

Page 3: ANALISIS SAJAK(PRINT)

BIODATA PENYAJAK

USMAN AWANG

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12

Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman

Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya

seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui

alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar

setakat darjah enam sahaja.Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat

Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan

dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi.

Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus

Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang

anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di

Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah

menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu

pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan,pihak Jepun menyerah

kalah.Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun

1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada

tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan

Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di

Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

3

Page 4: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai

sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan

Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan

Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang

jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan

Melayu.Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.Pada tahun 1962,Usman Awang

bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang

pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang

untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan

Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah

Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan

Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara

pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam

beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina.

Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Jawatan ini

di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai

1991 hingga 2001.

Memandangkan jasa serta peranan Usman Awang yang amat besar dalam kesusateraan

Melayu moden tanah air,beliau telah mendapat perhatian dan pengiktirafan pihak berkuasa.Pada

tahun 1976 beliau dianugerahi ‘Pejuang Sastera’,Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan daripada

Universiti Malaya pada tahun 1983 serta Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia

4

Page 5: ANALISIS SAJAK(PRINT)

pada tahun yang sama.Di peringkat antarabangsa,beliau dianugerahi Sastera Asia

Tenggara(S.E.A. Write Award) di Bangkok pada tahun 1982.

SAJAK KAJIAN

5

Page 6: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Membunuh Mimpi(sebuah pesanan untuk Mayawati)

Usman Awang

Usiamu menghampiri sunti daraMengibarkan rasa diselendang suteraMenyembunyikan malu di bilik terkunciDiselubungi rindu lagu dan tariSeribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerahTapi dialah nanti menyebabkan kau gundahTerasing dicermin kenyataanKehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayahYang kini kubenci sebab begitu lemahSelamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakkuKau membunuh segala palsuLagu dan rinduYang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup baruDari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987,Mutiara Sastera Melayu Moden.)

6

Page 7: ANALISIS SAJAK(PRINT)

ANALISIS SAJAK “MEMBUNUH MIMPI” KARYA USMAN AWANG

Maksud sajak

Rangkap 1

Dalam rangkap pertama ini,penyajak menyampaikan beberapa pesanan kepada anak

gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudah memperlihatkan rasa malu.Penyajak

menasihatkan anaknya supaya mengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana

semuanya bukan realiti dalam kehidupan yang sebenar.

Rangkap 2

7

Usiamu menghampiri sunti dara

mengibarkan rasa di selendang sutera

menyembunyikan malu di bilik

terkunci

diselubungi rindu lagu dan tari

seribu bayang seribu mimpi

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah

Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah

Terasing dicermin kenyataan

Kehidupan yang ganas dan kejam.

Page 8: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Dalam rangkap kedua ini,penyajak mengatakan bahawa sungguhpun impian-impian yang

indah itu mengasyikkan,namun impian-impian itu kelak akan akan menyebabkan anaknya itu

kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada kenyataan hidup yang sebenarnya.Ini

kerana kehidupan yang sebenarnya adalah kehidupan yang penuh dengan keganasan dan

kekejaman.

Rangkap 3

Dalam rangkap ini,penyajak mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut jejak atau

peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penyajak juga selalu mengimpikan bahawa

hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dan kini dia sedar realiti kehidupan yang

sebenarnya.

Rangkap 4

8

Sunti daraku,

Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang

ayah

Yang kini kubenci sebab begitu lemah

Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku

Kau membunuh segala palsu

Lagu dan rindu

Yang selalu menipumu.

Page 9: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Dalam rangkap keempat ini,penyajak berkata bahawa zaman remaja akan menipu

anaknya.Penyajak berharap anaknya boleh menghindarkan mimpi-mimpi zaman remaja yang

boleh menjerat diri.

Rangkap 5

Dalam rangkap terakhir ini,penyajak berharap anaknya menanamkan keberanian hidup

baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Tema Sajak

Tema sajak ini ialah tema diri,iaitu berhubung dengan sikap yang perlu ada dalam diri

untuk menghadapi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini.

Persoalan Sajak

Persoalan pertama ialah kasih sayang.Sajak ini merupakan luahan kasih sayang seorang

kepada anaknya kerana memberi nasihat demi masa depan anaknya.Sebagai contoh,

Bunuhlah mimpi itu, anakku

Kau membunuh segala palsu

9

Dapatkan keberanian hidup baru

Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Page 10: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Lagu dan rindu

Yang selalu menipumu.

Persoalan kedua ialah cabaran hidup zaman remaja.Hidup pada zaman remaja penuh

dengan cabaran dan anak penyajak akan dapat melihat pelbagai keganasan dan

kekejaman.Sebagai contoh,

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah

Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah

Terasing dicermin kenyataan

Kehidupan yang ganas dan kejam.

Persoalan ketiga ialah kepentingan ilmu dan semangat.Penyajak menasihati anaknya

supaya tabah dan mementingkan ilmu demi masa depan.Hal ini dapat dilihat dalam rangkap,

Dapatkan keberanian hidup baru

Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Persoalan keempat ialah penyesalan seorang ayah.Penyajak menyesali masa lalunya di

mana dia seorang yang lemah dan menyangka bahawa hidup ini begitu indah.Walaupun pada

hakikatnya hidup ini tidak begitu indah.Hal ini dapat dilihat dalam rangkap,

Sunti daraku,

Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayah

Yang kini kubenci sebab begitu lemah

Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

10

Page 11: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Bentuk

Bentuk sajak ini adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana puisi tradisional

seperti pantun dan syair.

Sajak ini terbina daripada daripada lima rangkap.

Rangkap 1-6 baris

Rangkap 2,3,4-4 baris

Rangkap 5-2 baris

Dari segi penggunaan rima atau bunyi di hujung baris,terdapat rangkap yang

mengekalkan persamaan bunyi.Rimanya berbentuk bebas dan tidak terikat dengan puisi

tradisional.

Rangkap 1-a-a-b-b-b-b

Rangkap 2-a-a-b-c

Rangkap 3-a-b-b-b

Rangkap 4-a-a-a-a(sama seperti syair)

Rangkap 5-a-a

Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama.Jumlahnya antara 2-7 perkataan

sebaris.

Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.

11

Page 12: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Gaya Bahasa

Gaya bahasa pertama dalam sajak ini ialah aliterasi.Aliterasi adalah pengulangan huruf-

huruf konsonan dalam baris-baris puisi.Tujuannya adalah untuk menimbulkan kemerduan dan

keindahan dalam bunyi penyebutan kata.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris,

seribu bayang seribu mimpi

Gaya bahasa kedua ialah asonansi.Asonansi ialah pengulangan bunyi-bunyi

vokal.Tujuannya adalah untuk menimbulkan kemerduan dan keindahan dalam bunyi penyebutan

kata.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris,

diselubungi rindu lagu dan tari

Gaya bahasa ketiga ialah pengulangan.Gaya bahasa ini dapat dilihat pada baris,

seribu bayang seribu mimpi

Gaya bahasa keempat ialah metafora.Metafora ialah gaya bahasa kiasan yang menyatakan

sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain.Tujuannya adalah untuk memberi kelainan kepada

susunan kata dalam sajak bagi menimbulkan gerak imaginasi pembaca.Contoh gaya bahasa ini

ialah,

Terasing dicermin kenyataan

Gaya bahasa kelima ialah inversi.Inversi ialah pembalikan susunan kata yang menyimpang

daripada susunan biasa dalam ayat.Contohnya,

Usiamu menghampiri sunti dara

12

Page 13: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Gaya bahasa keenam ialah personifikasi.Personifikasi ialah perbandingan yang

memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup.Tujuannya adalah untuk memberi kesan

keindahan kepada kata bagi menggerakkan imaginasi pembaca.Contoh gaya bahasa ini dalam

sajak ialah:

Kehidupan yang ganas dan kejam.

Nada

Sajak ini disampaikan dalam nada epigram.Epigram ialah puisi bercorak nasihat atau

pengajaran mengenai pelbagai persoalan hidup.Melalui sajak “Membunuh Mimpi”,penyajak

telah menasihati anaknya iaitu Mayawati agar tabah yakin,tabah,dan mementingkan ilmu dalam

menghadapi hidup ini.

Sajak ini turut disampaikan dalam nada romantis.Penyajak menceritakan tentang anaknya

yang mula meningkat remaja.Penyajak turut memilih kata-kata yang lembut dan puitis dalam

sajak ini.Penyajak turut berharap anaknya itu berjaya menempuh hidup yang penuh mencabar.

Latar

Latar tempat dalam sajak ini ialah ialah sebuah bilik iaitu tempat anaknya selalu berkurung

setelah anaknya mula meningkat remaja.Hal ini dapat dilihat dalam baris,

13

Page 14: ANALISIS SAJAK(PRINT)

menyembunyikan malu di bilik terkunci

Latar zaman dalam sajak ini ialah Malaysia pada zaman moden.

Latar masyarakat dalam sajak ini ialah masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai

kekeluargaan dan bertanggungjawab membimbing golongan muda.Adalah menjadi satu norma

untuk seseorang ayah untuk menasihati dan membimbing anaknya ke jalan benar.

Nilai

Nilai kemanusiaan yang paling jelas dalam sajak ini ialah kasih sayang seorang ayah

terhadap anaknya.Ayah berharap anaknya menjalani kehidupan yang bahagia dan tidak perlu

melalui liku-liku hidup yang terpaksa dilaluinya suatu masa dahulu.Hal ini dapat dilihat dalam

rangkap,

Yang kini kubenci sebab begitu lemah

Selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Nilai lain yang ingin disampaikan penyajak ialah tanggungjawab.Nasihat yang diberi

menunjukkan tanggungjawab seorang ayah kepada anak.Penyajak mengingatkan anaknya supaya

tidak mensia-siakan hidup ini dengan hanya menyuburkan mimpi dan angan-angan

manis.Penyajak juga mahu anaknya mempunyai ketinggian ilmu dan bersemangat dalam

menempuh kehidupan.Hal in dapat dilihat dalam rangkap,

Bunuhlah mimpi itu, anakku

Kau membunuh segala palsu

14

Page 15: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Lagu dan rindu

Yang selalu menipumu.

Nilai lain sajak ini ialah berani.Penyajak berharap anaknya berani menempuh hidup baru

yang akan diperolehinya melalui kekuatan hati dan ketinggian ilmu.Hal ini dapat dilihat dalam

rangkap,

Dapatkan keberanian hidup baru

Dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.

Pengajaran

Pengajaran pertama sajak ini ialah kita haruslah mempunyai rasa kasih sayang.rasa kasih

sayang akan menyebabkan kita berusaha melindungi orang yang disayangi.Dalam sajak

ini,penyajak menyayangi anaknya justeru dia memberi nasihat untuk mengelakkan anaknya

hidup dalam angan semata.

Pengajaran kedua ialah kita haruslah bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan

kepada kita.Anak penyajak merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul penyajak jadi

penyajak berusaha menasihati anaknya agar mempunyai ketinggian ilmu dan bersemangat dalam

menempuh kehidupan.

Intuisi

15

Page 16: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Sajak ini terbit daripada rasa cinta penyajak kepada anaknya.Penyajak merupakan seorang

ayah yang bertanggungjawab.Penyajak tidak mahu anaknya menjadi sepertinya yang sentiasa

berkhayal dalam mengatur perjalanan hidup.

Peranan/Fungsi

Sajak ini membawa peranan sosial.Ini kerana tumpuan utamanya adalah untuk menasihati

anaknya supaya sentiasa menerima kenyataan dan berfikir secara rasional dalam apa jua

keadaan.Tanpa berfikir maka apa jua yang dilakukan akan sia-sia kerana dunia kini kian

mencabar.

Mesej Sajak

Mesej pertama yang ingin disampaikan penyajak dalam sajak ini adalah pentingnya kasih

seorang ayah kepada anaknya.Seorang ayah yang menyayangi anaknya akan berusaha

menasihati anaknya demi masa depan anaknya.

Mesej kedua yang ingin disampaikan penulis adalah pentingnya menyedari bahawa hidup

ini penuh dengan cabaran terutamanya mereka yang masih di peringkat remaja.Ini kerana hidup

ini penuh dengan kekejaman dan keganasan.

Mesej ketiga yang ingin disampaikan penyajak adalah pentingnya mempunyai kekuatan

semangat dan kepentingan mencari ilmu.Hal ini penting untuk menanamkan keberanian dalam

diri.

Mesej keempat adalah pentingnya mengelakkan diri daripada mengikut jejak langakah

generasi yang terdahulu yang berjiwa lemah dan sentiasa hidup dalam impian semata-mata.

16

Page 17: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Soalan-soalan berkaitan sajak “Membunuh Mimpi”

Soalan Peperiksaan Percubaan STPM 2009 (6 Atas)(a) Jelaskan empat gambaran anak gadis penyajak dalam sajak di atas. [4](b) Kemukakan penilaian anda terhadap gaya bahasa sajak tersebut yang      memperlihatkan estetikanya.     [15](c) Huraikan tiga harapan penyajak terhadap anak gadisnya.    [6]

17

Page 18: ANALISIS SAJAK(PRINT)

PERSATUAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUASEKOLAH MENENGAH MALAYSIA

CAWANGAN KELANTAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN ENAM RENDAH(PKBS 3)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Membunuh Mimpi(sebuah pesanan untuk Mayawati)

Usman Awang

Usiamu menghampiri sunti daraMengibarkan rasa diselendang suteraMenyembunyikan malu di bilik terkunciDiselubungi rindu lagu dan tariSeribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerahTapi dialah nanti menyebabkan kau gundahTerasing dicermin kenyataanKehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayahYang kini kubenci sebab begitu lemahSelamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku

18

Page 19: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Kau membunuh segala palsuLagu dan rinduYang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup baruDari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987,Mutiara Sastera Melayu Moden.)

a.         Namakan unsur gaya bahasa dan definisinya dalam baris sajak di bawah

            i.          usiamu menghampiri sunti dara            ii.          seribu bayang seribu mimpi            iii.         kehidupan yang ganas dan kejam            iv.         seribu bayang seribu mimpi                        yang manis indah kerana itulah mimpi.                                                                     [ 8 ]

b.         jelaskan dua gambaran watak ayah dalam sajak di atas.                                                       [ 8 ]

c.         Bincangkan  perasaan  dalam sajak di atas                                                                             [ 9 ]

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG16390 BACHOK, KELANTAN.

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Markah

untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak.922/2

19

Page 20: ANALISIS SAJAK(PRINT)

Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Membunuh Mimpi(sebuah pesanan untuk Mayawati)

Usman Awang

Usiamu menghampiri sunti daraMengibarkan rasa diselendang suteraMenyembunyikan malu di bilik terkunciDiselubungi rindu lagu dan tariSeribu bayang seribu mimpiYang manis indah kerana itulah mimpi.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerahTapi dialah nanti menyebabkan kau gundahTerasing dicermin kenyataanKehidupan yang ganas dan kejam.

Sunti daraku,Jangan kau pinjam lamunanku, hati seorang ayahYang kini kubenci sebab begitu lemahSelamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakkuKau membunuh segala palsuLagu dan rinduYang selalu menipumu.

Dapatkan keberanian hidup baruDari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.( Membunuh Mimpi, Usman Awang, 1987,Mutiara Sastera Melayu Moden.)

20

Page 21: ANALISIS SAJAK(PRINT)

(a). Nyatakan empat perkara negatif yang wujud dalam kehidupan dunia remaja. [8]

(b). Jelaskan. harapan ayah terhadap anak gadisnya. [8]

(c). Bincangkan keindahan sajak Membunuh Mimpi. [9]

BIBLIOGRAFI

M.JASNI MAJED,2008,Kupasan Klasikal kesusasteraan Melayu Mutiara Sastera Melayu Moden STPM,Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn.Bhd

http://ayisgc65.blogspot.com/2009/07/nota-maksud-sajak-antologi-mutiara.html . http://gcsasterastpm.blogspot.com/2010/11/soalan-skema-peperiksaan-akhir-

tahun.html . http://ayisgc65.blogspot.com/2009/06/soalan-dan-skema-km-2-smk-sri-gunung.html .

21


Top Related