Transcript
Page 1: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

1

AMARAN

Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ memanipulasi maklumat berkaitan dengan:

Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak

Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan

Akan diambil tindakan dengan;

Surat tawaran ditarik balik, dan

Dikenakan tindakan undang-undang

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT

DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK

LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS

Page 2: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

2

LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS

Visi Misi

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI UMS KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Pengangkutan Bas Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain

PANDUAN PENDAFTARAN

Pakej Tawaran Kemasukan ke UMS Tindakan yang perlu diambil oleh Calon

o Setelah Menerima Tawaran o Surat Tawaran

Syarat-syarat Tawaran Kemasukan ke UMS

o Mematuhi Peraturan Pengguguran Tawaran

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Membuat Pemeriksaan Kesihatan Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS o Dokumen-dokumen Asal o Dokumen-dokumen Salinan

Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar

SELEPAS HARI PENDAFTARAN

Program Minggu Suai Mesra Pelajar

SENARAI SEMAKAN MAKLUMAT UMUM SOALAN-SOALAN LAZIM

KANDUNGAN

Page 3: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

3

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini beroperasi di bangunan Sekolah Sains dan Teknologi yang kini dikenali sebagai Fakulti Sains dan Sumber Alam dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. VISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan. MISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di dalam kecemerlangan akademik beserta tanggungjawab etika.

SISTEM PENGAJIAN

Pelajar hendaklah mengikuti sejumlah jam kredit kursus-kursus yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. Pelajar mestilah mengikuti program asasi sains selama tidak kurang daripada tiga (3) semester dan tidak lebih daripada enam (6) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk Pusat. Pelajar boleh menukar program pengajian dengan kebenaran Pengarah setelah mengikuti suatu program tidak kurang daripada dua (2) semester.

PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN DI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS

Page 4: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

4

PENGANGKUTAN BAS UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Sekolah/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas. PUSAT KESIHATAN Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:

Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.

Pusat Kesihatan Warga terletak di dalam kampus. PERPUSTAKAAN Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti;

1. Perkhidmatan

Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan.

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD)

Perkhidmatan Rujukan dan Informasi

Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book

Perkhidmatan Terbitan Bersiri

Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak)

Perkhidmatan Pelanggan

Perkhidmatan Repografi

Perkhidmatan Multimedia dan ICT

Kelas Literasi Maklumat

2. Kemudahan

Auditorium

Bilik Tayangan

Bilik Latihan

Bilik Multimedia

Bilik Seminar

Bilik Muzik

Bilik Kubikal

Bilik 24 jam

Loker Berkunci

Surau

Peti Cadangan dan E- Aduan

Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal

Wireless

Komputer

Mesin Pinjaman Sualayan

Peti Pemulangan Buku

Xpress OPAC

Taklimat pelawat, dan

Induksi Perpustakaan

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Page 5: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

5

PERKHIDMATAN ICT

BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL

1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun Pengguna

Rangkaian tanpa Wayar (Wireless)

ISNIN – KHAMIS

8.00 Pg – 12.15 Tgh

2.00 Ptg – 4.15 Ptg

JUMAAT

8.00 Pg – 11.15 Pg

2.30 Ptg – 4.15 Ptg

SABTU & AHAD

(TUTUP)

Borang boleh didapati di

(Bangunan JTMK, Aras Bawah

Kaunter Teknikal)

2 Perkhidmatan Instalasi Perisisan Berlesen (MS Office,

SPSS,Visual Studio)

3 Perkhidmatan Video Conferencing

4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar (ABM)

5 Percetakan Kad Pelajar

Borang boleh didapati di Bangunan

JTMK, Aras Bawah & di Fakulti

masing-masing.

Kaunter Kad Pelajar (JTMK)

6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my

7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my/asasi

8 Perkhidmatan 1 Megalab (Thin Client)

HARI BIASA

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 10.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

CUTI SEMESTER

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 5.00 Ptg

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

MINGGU ULANGKAJI

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 12.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

Tiket Penggunaan Perkhidmatan 1

Megalab boleh diperolehi dikaunter

Perpustakaan, Aras Bawah

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain

Stadium

Padang Kawad

Pejabat Pos

CIMB Bank Berhad

Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)

Kolej Kediaman

Kafeteria

Telefon Awam

Kedai Buku Anjung Siswa

Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati)

Page 6: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

6

Page 7: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

7

PANDUAN PENDAFTARAN PAKEJ TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS Calon hendaklah memastikan bahawa pakej yang diterima mengandungi dua (2) dokumen berikut: 1. Buku Panduan Kemasukan (online) ` (1 Salinan) 2. Surat Tawaran (online) (1 Salinan) Jika anda tidak menerima mana-mana dokumen di atas, sila hubungi Pusat Persediaan Sains dan Teknologi di nombor telefon: 088-320000 samb 5044/5060/5610/5048 faks: 088-320049 atau layari laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON SETELAH MENERIMA SURAT TAWARAN Calon hendaklah menjawab penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran. Untuk makluman pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN. Nota: Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat ia tidak boleh lagi dipinda. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS 1. Tawaran Kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Pengesahan oleh Senat Universiti Malaysia Sabah. ii. Pengesahan dan kelulusan doktor bahawa calon berada dalam keadaan sihat untuk mengikuti kursus pengajian di Pusat

Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS. iii. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-

syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini. iv. Tiada maklumat yang palsu / salah diberikan atau dirahsiakan semasa permohonan masuk ke Pusat Persediaan Sains Dan

Teknologi, UMS.

2. Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB:

i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti, Peraturan Perpustakaan, Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti serta peraturan-peraturan lain Fakulti/Pusat yang berkenaan;

ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada dirosak oleh sesiapa juga;

iii. Menghormati para Pegawai Universiti;

iv. Mematuhi Peraturan Asrama Universiti;

v. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;

vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang berkenaan yang

dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, Universiti dan Negara;

vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;

viii. Mematuhi Etika Pakaian Universiti;

PANDUAN PENDAFTARAN

Page 8: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

8

3. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini

dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS;

4. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS;

5. Pihak berkuasa Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-

syarat tersebut di atas; PENGGUGURAN TAWARAN

1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran.

2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang ditetapkan, tawaran tersebut akan terbatal dengan

sendirinya. * sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH TEMPAT PERKARA

22 Mei 2016 (Ahad) 8.30am – 4.00pm

Dewan Kolej Kediaman Tun

Mustapha, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah

Pendaftaran Kemasukan

23 Mei 2016 (Isnin) 8.30am-12.30pm

Bilik Kuliah & Bilik Tutorial

Bangunan Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi

Pendaftaran Program

23 Mei 2016 (bermula jam

2.30petang) hingga 26 Mei 2016 (Isnin-

Khamis)

Dewan Kuliah Pusat 1

(DKP 1)

Minggu Suai Mesra (MSM)

Page 9: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

9

Page 10: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

10

Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;

1. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan dan bawa Semasa Pendaftaran iaitu;

UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran

Surat Tawaran ( Salinan Akademik )

Salinan Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa

Salinan Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa

Salinan Sijil SPM

Salinan Sijil Berhenti Sekolah

Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)

UMS/HEP/01 Ikrar

UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)

UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan

UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian

PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan)

Buku bank CIMB dan salinan muka depan buku akaun bank tersebut. *NOTA : PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN CIMB BANK BERHAD sebelum datang mendaftar/jika pelajar masih tidak

cukup umur untuk membuka AKAUN CIMB BANK BERHAD, perlulah ada sokongan daripada ibubapa (maklumat lanjut pembukaan AKAUN CIMB BANK BERHAD bolehlah rujuk laman web ini https://www.cimbclicks.com.my/) .

2. Lengkapkan Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA) Kementerian Pengajian Tinggi

yang dimuat turun daripada portal berikut : https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/. *PERINGATAN : Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian yang disediakan di laman web

3. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi

BIL. YURAN TIDAK BERULANG AMAUN (RM)

1 Wang Hemat Diri 80.00

2 Yuran Pendaftaran (Pakej MSM) 220.00

3 Caj Makmal 25.00

4 Caj Bilik 15.00

5 Buku Panduan Program Asasi 23.00

6 Kad Pelajar 15.00

7 Insuran Kelompok Pelajar 25.00

Jumlah 403.00

BIL. YURAN SEMESTER AMAUN (RM)

1 Yuran Pengajian 350.00

2 Bayaran Mikroskop 25.00

3 Yuran Asrama 336.00

4 Bayaran Komputer 50.00

5 Khidmat Kesihatan 35.00

6 Perpustakaan 30.00

7 Yuran Pengangkutan 70.00

8 Aktiviti Pelajar 70.00

9 Bayaran Perkhidmatan (Sukan dan Lain-lain) 20.00

10 Yuran Kebajikan 25.00

JUMLAH 1,011.00

JUMLAH KESELURUHAN 1,414.00

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Page 11: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

11

Caj Yuran Amaun (RM)

Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00

Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00

Jumlah Yuran Semester 3 1,011.00

Jumlah Keseluruhan 3,436.00

*Dimaklumkan bahawa pelajar program Asasi Sains diberikan tajaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian tiga (3) semester dan yuran pendaftaran dan pengajian ditanggung sepenuhnya oleh biasiswa tersebut.

*PERINGATAN : Pelajar digalakkan membawa wang yang mencukupi bagi menampung kos makan dan pembelian buku-buku pelajaran pada hari pendaftara.

4. PEMBAYARAN YURAN PELAJAR • Pembayaran yuran semester 1 boleh dibuat didalam sistem e-daftar FPX Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS seperti berikut: i. Emel ke: [email protected] (Kampus Induk) ii. Telefon di talian : 088 - 320 000 (Samb. 1060 / 1120 / 1019 / 1432 / 1116) iii. Faks di talian : 088 - 320 235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar) iv. Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah

Yuran semester 1 boleh dijelaskan semasa hari pendaftaran di Kaunter Bendahari. • Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui Surat Tawaran atau Buku Panduan Pendaftaran. i. Pembayaran secara tunai di kaunter Pendaftaran

2. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan/swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar sebagai pelajar UMS. Mereka yang menjalani pemeriksaan di hospital/klinik swasta dikehendaki mendapatkan pengesahan dari mana-mana hospital kerajaan. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh pendaftaran.

3. Penyediaan Gambar

Anda diminta menyediakan lima (5) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam bentuk "CD" (format jpg).

4. Keperluan Peribadi

Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:

Kasut Hitam dan T-shirt putih (wajib bagi keperluan siswa) dan tudung hitam (wajib bagi keperluan siswa) dan pakaian sukan

Kasut dan pakaian formal

Kelengkapan solat/sejadah Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran dengan Kampus UMS.

Page 12: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

12

Page 13: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

13

1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR. Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:

4. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran 5. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa 6. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa 7. Sijil SPM 8. Sijil Berhenti Sekolah 9. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport) 10. UMS/HEP/01 Ikrar 11. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan) 12. UMS/HEP/03Surat Kebenaran Pembedahan 13. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian 14. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan (*Sekeping gambar perlu disertakan) 15. Buku bank CIMB Bank Berhad (pelajar) 16. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA) Kementerian Pengajian Tinggi

Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara. Dokumen Salinan Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. Salinan Sijil SPM 4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah 5. Surat Tawaran ( Salinan Online ) 6. Salinan muka depan buku akaun CIMB Bank Bhd (pelajar) 7. Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini (jika ada) 8. Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga (jika ada) 9. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat

berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja);

a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga Nota :

Perkara 3 hingga 9 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat

2. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN

a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

b) Pelajar dilarang BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:

Berselipar

Berskirt atau berseluar pendek di atas paras lutut

Berbaju T tanpa kolar

Berbaju tanpa lengan

Berseluar terlalu ketat

Berpakaian nipis

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Page 14: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

14

(c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi dan Universiti mengenali pelajar.

(d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang dikuatkuasakan.

ETIKA PAKAIAN PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS:- Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang di bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat dan dewan makan. Pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher pada hari Isnin, Rabu, Khamis dan semasa menghadiri majlis rasmi.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS DAN BERSOPAN SEPERTI BERIKUT:

KERJASAMA ANDA DALAM MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN UMS ADALAH DIHARGAI

Page 15: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

15

Page 16: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

16

PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM) Semua pelajar baru DIWAJIBKAN mengikuti program MSM yang bermula pada tarikh pendaftaran.Sebarang urusan peribadi perlu dilakukan sebelum atau selepas MSM. Bagi memastikan semua pelajar baru dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga TIDAK digalakkan untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA

Lelaki : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang kemeja berlengan panjang formal, tali leher, t-shirt putih berkolar, kasut hitam, 2

pasang seluar berwarna gelap (hitam/biru) dan 2 pasang seluar panjang untuk sukan (track bottom). Pelajar yang beragama Islam diminta membawa pakaian kebangsaan/baju Melayu serta songkok hitam.

Perempuan : Perlu membawa sekurang-kurangnya 2 pasang baju kurung, kasut hitam, 2 pasang seluar panjang untuk sukan yang berwarna

gelap, baju kemeja T lengan panjang tebal yang berwarna gelap. Pelajar yang beragama Islam diminta membawa sekurang-kurangnya 1 tudung hitam.

Selain dari pakaian rasmi Minggu Suai Mesra di atas, pelajar perlu membawa pakaian dan keperluan harian yang lain termasuk cadar, sarung bantal, keperluan peribadi dan sebagainya.

SELEPAS PENDAFTARAN

Page 17: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

17

Page 18: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

18

1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di klinik kerajaan/swasta

2. Penyediaan gambar pasport sebanyak 12 keping dan sediakan softcopy gambar terbaru dalam

bentuk ″CD” (format jpg).

3 Keperluan Peribadi seperti keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, sarung bantal, cadar, kasut

dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah dan sebagainya.

Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )

2. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa

3. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa

4. Sijil SPM

5. Sijil Berhenti Sekolah

Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan Borang/Dokumen 1. UMS/AKAD 01 Borang Pengesahan Penerimaan/Penolakan Tawaran

2. Surat Tawaran (diberi pada hari pendaftaran)

3. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)

Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;

4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa

5. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa

6. Salinan Sijil SPM

7. Salinan Berhenti Sekolah

8. Salinan muka depan Buku akaun bank CIMB berhad

9. PUMS/01 Borang Pendaftaran Keahlian Perpustakaan

10. UMS/HEP/01 Ikrar

11. UMS/HEP/02 Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan)

12. UMS/HEP/03 Surat Kebenaran Pembedahan

13. UMS/HEP/04 Akujanji Etika Berpakaian

14. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA ; (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA) Kementerian Pengajian Tinggi

Nota: Pengesahan benar bagi kad pengenalan, Sijil kelahiran dan siji-sijil lain adalah sepertimana yang dinyatakan sebelum ini

SENARAI SEMAKAN SEBELUM PENDAFTARAN

SENARAI SEMAKAN SEMASA PENDAFTARAN

Page 19: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

19

Page 20: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

20

MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN 1. Menggunakan Perkhidmatan Udarat/Darat

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1;

Kaunter perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar baru. (Rujuk pada senarai borang. Wajib isi faks ATAU emel bagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan UMS)

Bas UMS akan berada di terminal mengikut waktu ketibaan semasa yang telah ditetapkan (Rujuk : http://www.ums.edu.my/ppst)

Bas UMS akan membawa pelajar terus ke Kolej Kediaman Tun Mustapha, UMS sahaja sepertimana yang ditetapkan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

Perkhidmatan bas hanya disediakan pada 22 Mei 2016 SAHAJA (Ahad).

Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi dan jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang pada 22 Mei 2016 (Ahad).

Nota Penting : Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH TEMPAT PERKARA

22 Mei 2016(Ahad)

Kolej Kediaman Tun Mustapha,

UMS

Pendaftaran Kemasukan Asrama

23 Mei 2016 (Isnin) 8.30am-2.00pm

Bangunan Pusat Persediaan

Sains Dan Teknologi

Pendaftaran Program

23 – 26 Mei 2016 (Isnin-Khamis)

Dewan Kuliah Pusat 1

(DKP 1)

Minggu Suai Mesra (MSM)

LAPOR DIRI Semasa tiba Di Kota Kinabalu Pelajar dikehendaki melaporkan diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:

Membuat Pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS Mendapatkan aturcara, pakaian dan kelengkapan Minggu Suai Mesra Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki

Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa mendaftar diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di CIMB Bank Berhad sebelum hari pendaftaran berlangsung. Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara, kaunter Universiti Malaysia Sabah disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Terminal 2, bagi mengatur pengangkutan ke kampus. (Sila rujuk lampiran maklumat semasa ketibaan http://www.ums.edu.my/ppst ). Bagi pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dan pelajar perempuan berbaju kurung/formal.

UMUM

Page 21: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

21

Page 22: AMARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/semakan_asasi/panduan/... · Salinan Sijil Berhenti Sekolah ... Pelajar mesti mengisi borang perjanjian mengikut contoh borang perjanjian

22

S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku bank CIMB Bank Berhad? J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem maklumat pelajar (SMP).

S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran? J2: Ya. Pelajar asasi sains perlu membayar yuran semester 1 (RM 1,414.00) melalui sistem e-daftar atau di kaunter Bendahari semasa hari

pendaftaran. S3: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J3: Tidak Boleh. S4: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? J4: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan mendapat kebenaran

daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal. S5: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS dibenarkan? J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan dan tawaran

kemasukan akan menjadi luput/ terbatal sekiranya calon tidak mendaftar dalam tempoh 3 hari dari tarikh rasmi pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

S6: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus? J6: Ada, di kampus mempunyai Panel Klinik Kesihatan dengan diketuai oleh pegawai-pegawai perubatan dan jururawat terlatih. S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman? J7: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS tertakluk kepada syarat-syarat oleh

Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan. S8: Apa yang perlu saya bawa semasa pendaftaran? J8: Anda perlu membawa duit saku/wang pembayaran buku teks dan lab manua serta yuran muet seperti dalam jadual lampiran surat

tawaran dan wang yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.

S9: Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju? J9: Anda dinasihatkan supaya berhubung terus ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. S10: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? J10: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran. S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat dengan UMS untuk

keluarga saya menginap? J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? J12: Tidak boleh.

S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?

J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar. S14: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM? J14: MSM ialah Minggu Suai Mesra yang diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga mengenali Pusat Persediaan Sains dan

Teknologi, UMS.

SOALAN-SOALAN LAZIM


Top Related