AMALAN KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W DI KALANGAN GURU
BESAR ZON NUSAJAYA, GELANG PATAH
MOHD SHAHRUL MIZA BIN EZANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
���
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan,
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS��
JUDUL: AMALAN KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W DI KALANGAN GURU BESAR ZONNUSAJAYA, GELANG PATAH
SESI PENGAJIAN: 2012/2013
Saya MOHD SHAHRUL MIZA BIN EZANI
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (�)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________ _____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:NO.21 Jln Jasa 45 DR LOKMAN BIN MOHD TAHIRTaman Mutiara Rini (Nama Penyelia)81300, Skudai. Johor.Tarikh: 29 JANUARI 2013 Tarikh: 29 JANUARI 2013
�
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”.
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD TAHIR
Tarikh : 29 JANUARI 2013
AMALAN KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W DI KALANGAN GURU
BESAR ZON NUSAJAYA, GELANG PATAH
MOHD SHAHRUL MIZA BIN EZANI
Laporan Kajian Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2013
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….
Nama Penulis : MOHD SHAHRUL MIZA BIN EZANI
Tarikh : 29 JANUARI 2013
iii
Dedikasi
Kejayaan menghasilkan penulisan ini adalah hasil
daripada kasih sayang dan restu dari ayah dan umi tercinta iaitu
Haji Ezani Bin Mahmud dan Hajah Jamiah Binti Haji Jabar
serta adik-beradik yang tersayang
yang sentiasa memberi dorongan dan rangsangan.
Buat isteri tercinta Nor Asiah Binti Ramli serta anakku tersayang Delisha Kaisara.
terima kasih kerana sentisa memberi sokongan dan sabar menanti
Tidak lupa juga buat teman seperjuanganku Noriadah, Halim dan Hana
terima kasih
atas sokongan dan pengorbanan kalian selama ini.
Sudah pastinya kejayaan ini milik kita semua.
InsyaAllah Dan Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Alhamdullilah, syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya dapatlah
saya siapkan naskhah kajian ilmiah ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia saya, Dr. Lokman Bin Mohd Tahir atas segala
jasa baik beliau yang telah membimbing saya sepanjang tempoh penulisan ini.
Segala teguran dan nasihat yang tidak jemu-jemu dicurahkan telah saya jadikan
azimat dalam meneruskan penulisan bagi menghasilkan sebuah karya yang terbaik.
Tidak lupa juga kepada ahli keluarga terutama ayah, umi, isteri, anak dan adik-adik
saya serta teman-teman seperjuangan yang tidak putus memberi sokongan. Segala
jasa kalian amat saya hargai
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru pendidikan Islam dan j-
QAF di Zon Nusajaya, Gelang Patah kerana sudi memberikan saya peluang dan
membantu saya dalam menyumbangkan maklumat, masa dan idea bagi menyiapkan
kajian ini. Tanpa sokongan daripada mereka belum tentu saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna dan mencapai objektif-objektif yang dikehendaki.
Tidak lupa juga kepada Puan Noriadah, Encik Abdul Halim dan Cik Nurul Hana
yang turut menyumbangkan tenaga dalam menjayakan kajian saya ini. Sokongan
kalian amat berharga buat diri ini.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam membantu menjayakan Projek Sarjana ini. Segala
sokongan dan kerjasama yang dihulurkan adalah terlalu bermakna buat saya dan
akan dikenang hingga ke akhirnya. Sekian. Wassalam.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan tahap amalan
kepimpinan Rasulullah S.A.W dalam kalangan guru besar di Zon Nusajaya, Gelang
Patah, Johor Bahru. Aspek elemen kepimpinan Rasulullah S.A.W yang dikaji ialah
bertanggungjawab, jujur dan bijaksana, adil, berfikiran jauh, bekerja secara kolektif,
terbuka dalam menentukan keputusan, tegas dan tetap pendirian serta mesra rakyat.
Seramai 100 orang guru pendidikan Islam dan j-QAF dari 17 buah sekolah
kebangsaan telah terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini skor min dan sisihan
piawai digunakan untuk mengkaji tahap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W di
kalangan guru besar. Ujian Mann-Whitney U dan Kruskal-Wallis H turut digunakan
untuk menentukan perbezaan persepsi responden terhadap amalan kepimpinan
Rasulullah S.A.W dalam kalangan guru besar berdasarkan maklumat demografi.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa elemen kepimpinan Rasulullah S.A.W yang
paling kerap diamalkan oleh guru besar adalah elemen bertanggungjawab. Manakala
elemen terbuka dalam menentukan keputusan pula merupakan elemen kepimpinan
Rasulullah S.A.W yang paling kurang diamalkan oleh guru besar. Namun skor min
bagi kesemua elemen yang dikaji masih berada ditahap yang tinggi. Hasil kajian juga
mendapati faktor jantina, umur, tahun pengalaman mengajar, taraf pendidikan dan
gred jawatan tidak mempengaruhi persepsi responden terhadap amalan kepimpinan
Rasulullah S.A.W di kalangan guru besar di Zon Nusajaya.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to evaluate the practice of the Prophet's
leadership among headmasters in Nusajaya Zone, Gelang Patah, Johor Bahru. The
aspects of the Prophet's leadership elements that studied were responsible, honest and
intellectual, fair, thoughtful, collective work, open-minded in making decisions,
firmly stance and friendly. A total of 100 teachers from 17 schools which the Islamic
Education Major and j-QAF participated in this study. The design of this study is
based on descriptive study using a questionnaire as a research instrument. Mean
scores and standard deviation were used to examine the practices of the Prophet's
leadership among headmasters. Mann-Whitney U test and Kruskal-Wallis H were
also used to compare the perception of respondents on the practice of the Prophet's
leadership applied among headmasters based on demographic information. Findings
indicate that the element of the Prophet’s leadership practiced was evaluated as the
most frequently by the headmasters in the district of Gelang Patah, Johor Bahru is
responsible. In contrast, open-minded in making decisions were noted as the least
Prophet’s leadership practiced used by the headmasters. The study also indicates that
gender, age, years of teaching experience, and grade level of education did not affect
respondents' views on the practice of the Prophet's leadership among headmasters in
the Nusajaya Zone.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Hipotesis Kajian 11
viii
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 14
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Amalan 15
1.9.2 Guru Besar 15
1.9.3 Kepimpinan 16
1.10 Kerangka Kajian 18
1.11 Rumusan 20
2 KAJIAN LITERATUR 21
2.1 Pengenalan 21
2.2 Konsep Kepimpinan Dari Perspektif Islam 21
2.3 Istilah Pemimpin Di Dalam Al-Quran 30
2.3.1 Khalifah 30
2.3.2 Imam 31
2.3.3 Immamah 32
2.3.4 Aimmah 32
2.3.5 Auliya’ 33
2.3.6 Ulil Amri 34
2.4 Tanggungjawab Utama Kepimpinan Dalam Islam 34
2.4.1 Menegakkan Kebenaran Islam 35
2.4.2 Memelihara Karamatul Insan 35
2.4.3 Memakmurkan Bumi-Nya 36
2.4.4 Menjalankan Urusan Amar Ma’ruf Dan
Nahi Munkar 36
2.4.5 Islah (Memperbaiki) Masyarakat Melalui
Guna Tenaga Yang Sepatutnya 37
2.5 Ciri-Ciri Pemimpin Dalam Islam 38
2.6 Prinsip Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W 44
2.6.1 Siddiq (Benar) 45
2.6.2 Amanah 49
2.6.3 Tabligh (Menyampaikan) 52
2.6.4 Fatonah (Bijaksana) 55
ix
2.7 Ciri –Ciri Kepimpinan Rasulullah S.A.W 59
2.7.1 Bertanggungjawab 59
2.7.2 Jujur Dan Bijaksana 61
2.7.3 Adil 62
2.7.4 Berfikiran Jauh 63
2.7.5 Bekerja Secara Kolektif 63
2.7.6 Terbuka Dalam Menentukan Keputusan 64
2.7.7 Tegas Dan Tetap Pendirian 65
2.7.8 Mesra Rakyat 66
2.8 Kajian-Kajian Lepas 67
2.8.1 Kajian-Kajian Dalam Negara 68
2.8.2 Kajian-Kajian Luar Negara 70
2.9 Rumusan 71
3 METODOLOGI KAJIAN 73
3.1 Pengenalan 73
3.2 Reka Bentuk Kajian 73
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 74
3.4 Instrumen Kajian 76
3.5 Kajian Rintis 78
3.6 Prosedur Kajian 79
3.7 Tatacara Penganalisaan Data 81
3.7.1 Kaedah Deskriptif (Kekerapan,
Peratusan, Min Dan Sisihan Piawai) 82
3.7.2 Nilai Min Dan Purata Min 82
3.7.3 Ujian Mann-Whitney U 83
3.7.4 Ujian Kruskal-Wallis 83
3.8 Rumusan 84
x
4 ANALISIS DATA 85
4.1 Pengenalan 85
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 86
4.3 Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W Di
Kalangan Guru Besar 90
4.3.1 Elemen Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Paling Kerap Diamalkan Dan
Elemen Yang Paling Kurang Diamalkan
Oleh Guru Besar 90
4.4 Hasil Ujian Hipotesis 105
4.4.1 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Jantina. 105
4.4.2 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Umur 106
4.4.3 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Tahun Pengalaman Mengajar 107
4.4.4 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Taraf Pendidikan 108
4.4.5 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Gred Jawatan 109
4.5 Kesimpulan 110
xi
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 113
5.1 Pengenalan 113
5.2 Rumusan Kajian 113
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 115
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang
Responden 116
5.3.2 Perbincangan Elemen Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Yang Paling Kerap
Diamalkan Dan Elemen Yang
Paling Kurang Diamalkan Oleh Guru Besar 117
5.3.3 Perbezaan Persepsi Guru Terhadap
Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Di Kalangan Guru Besar Berdasarkan
Faktor Demografi 120
5.4 Cadangan 126
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 126
5.4.2 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 128
5.5 Penutup 129
RUJUKAN 131
LAMPIRAN 141
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Bilangan Sekolah Dan Guru Pendidikan
Islam Di Zon Nusajaya 75
Jadual 3.2 Perincian Item Soal Selidik Bahagian B 77
Jadual 3.3 Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Bagi
Setiap Amalan 79
Jadual 3.4 Tatacara Penganalisaan Soalan Kajian 81
Jadual 3.5 Pengkelasan Tahap Amalan Kepimpinan
Berdasarkan Skor Min 83
Jadual 3.6 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan
Nilai Signifikan 84
Jadual 4.1 Bilangan Soal Selidik 86
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Jantina 87
Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Umur 87
xiii
Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 88
Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Kelayakan Akademik
Tertinggi 89
Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan
Responden Mengikut Gred Jawatan 89
Jadual 4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Bertanggungjawab 92
Jadual 4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Bijaksana 94
Jadual 4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Adil 95
Jadual 4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Berfikiran Jauh 97
Jadual 4.11 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Bekerja Secara Kolektif 99
xiv
Jadual 4.12 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Terbuka Dalam Menentukan
Keputusan 100
Jadual 4.13 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Elemen Tegas Dan
Tetap Pendirian 102
Jadual 4.14 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Terhadap Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar
Berdasarkan Elemen Mesra Rakyat 103
Jadual 4.15 Tahap Elemen Amalan Kepimpinan Rasulullah
S.A.W Di Kalangan Guru Besar 104
Jadual 4.16 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Persepsi
Terhadap Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Diamalkan Oleh Guru Besar Zon
Nusajaya Mengikut Jantina 106
Jadual 4.17 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Persepsi
Terhadap Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Diamalkan Oleh Guru Besar Zon
Nusajaya Mengikut Umur 107
Jadual 4.18 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Persepsi
Terhadap Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Diamalkan Oleh Guru Besar Zon
Nusajaya Mengikut Tahun Pengalaman Mengajar 10
xv
Jadual 4.19 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Persepsi
Terhadap Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Diamalkan Oleh Guru Besar Zon
Nusajaya Mengikut Taraf Pendidikan 109
Jadual 4.20 Min dan Nilai Signifikan Bagi Perbezaan Persepsi
Terhadap Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W
Yang Diamalkan Oleh Guru Besar Zon
Nusajaya Mengikut Gred Jawatan 110
Jadual 4.21 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 110
Jadual 5.1 Tahap Elemen Amalan Kepimpinan Rasulullah
S.A.W Di Kalangan Guru Besar 118
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 1.1 Kerangka Kajian Amalan Kepimpinan
Rasulullah S.A.W Di Kalangan Guru Besar 19
Rajah 3.1 Skala Likert 78
Rajah 3.2 Aliran Methodologi Kajian (Sumber: Triola dan
Franklin., 1994: 116) 80
xvii
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
S.A.W - Sallahu Alaihi Wassallam
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
j-QAF - Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain
SPSS - Statistical Package for the Social Science
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 141
B Surat Kebenaran MenjalankanKajian 146
C Pengesahan Status Pelajar 147
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan aset yang penting kepada semua individu dan aspek
penting dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Pembangunan modal
insan juga merupakan tonggak yang penting kepada kejayaan sesebuah negara.
Kejayaan sesebuah negara tidak hanya dipandang melalui pembangunan fizikal
semata-mata sebagai ukuran kejayaan tetapi disertai dengan kesempurnaan mentaliti.
Selain itu, kekayaan moral juga adalah penting yang meliputi aspek akhlak terpuji,
nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan beriltizam tinggi (Tinah Naim, 2007).
Untuk membentuk modal insan yang seimbang dalam menghadapi kesan
globalisasi memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan semasa. Islam
amat menekankan kepentingan dalam aspek kepimpinan (Fawziah Kassim, 2008).
Nabi Muhammad S.A.W merupakan pemimpin yang terunggul dan istimewa. Sifat
kepimpinan baginda Rasulullah S.A.W menjadi contoh dan ikutan kepada umat
manusia sehingga ke hari ini. Hasil kepimpinan baginda yang terpuji itu, Islam
tersebar ke seluruh pelosok dunia dan menjadi kekaguman kepada pengikutnya
sehingga ke hari ini.
�
Ungkapan Hallinger dalam Ishak (2003) yang sering digunakan oleh
penyelidik-penyelidik bagi merumuskan peri pentingnya amalan kepimpinan yang
berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah:
“Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang
lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah
melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan
ada sekolah-sekolah yang maju telah merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes,
jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya”
Berdasarkan ungkapan Hallinger di atas, jelas menunjukkan amalan
kepimpinan guru besar sangat mempengaruhi pencapaian matlamat sekolah. Hanya
guru besar yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan sahaja dapat membawa
sekolah ke arah kecemerlangan. Guru besar selaku pemimpin utama sekolah
memegang amanah dan tanggungjawab bukan sahaja untuk merealisasikan visi dan
misi sekolah malah dasar transformasi pendidikan negara yang telah dicanangkan
oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyidin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Kenyataan ini selari dengan pendapat Ishak Sin (2004) yang mengatakan
bahawa sekolah memerlukan pemimpin yang berupaya melaksanakan tugas seharian
dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan, berkebolehan melaksanakan sesuatu
tugas yang diamanahkan dengan jayanya, memiliki ciri-ciri peribadi dan tingkah laku
yang meliputi sikap dan nilai kendiri yang sesuai dengan jawatan yang sedang
disandang, mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab serta mempunyai kemahiran menjalankan tugas secara praktikal.
�
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah
dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti iaitu berilmu, bermoral serta
berkemahiran tinggi (Donaldson, 2006). Bagi merealisasikan aspirasi negara, guru
besar adalah penjawat awam yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin sekolah
kebangsaan supaya berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan. Namun begitu, isu
kelemahan kepemimpinan guru besar dalam memimpin sekolah bukanlah isu baru
dalam kajian kepimpinan sekolah kebangsaan.
Akhbar Berita Harian bertarikh 27 April 2011 memaparkan kes seorang guru
dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan
denda, selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau
mengajar lebih empat tahun lalu. Manakala di dalam akhbar Harian Metro bertarikh
29 Februari pula memaparkan kes pelajar sebuah kelas sekolah rendah di Air Itam,
Georgetown, Pulau Pinang, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru
selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Tindakan yang dilakukan oleh guru dalam kes ini adalah keterlaluan serta
memalukan warga guru. Tindakan yang diambil oleh guru tersebut bukanlah suatu
isu remeh-temeh kerana ia membabitkan hubungan antara ketua dan orang
bawahannya. Apabila membabitkan hubungan maka ia akan mewujudkan perasaan
tertekan, dendam, malu yang sekaligus menghantui fikiran guru dan guru besar
tersebut. Isunya ialah mengapakah guru-guru berkenaan bertindak sedemikian?
Mungkin jawapannya ialah guru tertekan atau tidak berpuas hati kerana terpaksa
berhadapan dengan pelbagai kerenah guru besar. Atau adakah mungkin ia
disebabkan oleh amalan kepimpinan guru besar yang mengurus dan mentadbir
sekolah tidak mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W.
�
Isu kepimpinan guru besar yang kerap dibincangkan ialah sejauh manakah
guru besar sekolah melaksanakan kepimpinan yang terbaik pada masa kini. Guru
besar yang berjaya boleh dibezakan melalui amalan kepimpinan mereka. Ini selari
dengan kajian yang dibuat oleh Jabnoun (1994) dan Hidayat Shariff (2008) yang
menyatakan kepimpinan yang berkesan adalah bergantung kepada ketua, para
pengikut dan situasi. Pemimpin yang berjaya juga adalah sentiasa tidak berasa
sombong dan bangga dengan jasanya, merendah diri atau tawadhuk, dan hanya
bercakap bila perlu sahaja. Kajian ini juga cuba untuk mengenal pasti adakah ciri-ciri
amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W diamalkan. Gaya kepimpinan Rasulullah
S.A.W memperlihatkan pemimpin yang seharusnya menjadi contoh kepada pekerja
(Ismail Noor, 2000).
Sebagai seorang ketua yang memimpin ramai pengikut dibawahnya, cabaran
yang perlu dilalui guru besar dalam aspek pengurusan sekolah adalah sangat tinggi
memandangkan banyak lapangan dan aspek pengurusan perlu dikuasai oleh para
guru besar. Ribbin (1995) menyatakan bahawa guru besar perlu berperanan dalam
bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, perkembangan staf, penyeliaan dan
penilaian, disiplin, kebajikan pelajar dan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan
komuniti.
Kelemahan yang selalu dibangkitkan dalam skop kepimpinan ialah guru besar
kurang terbuka dalam menentukan keputusan, tidak mengambil berat dengan
keadaan sekolah, lemah dalam membuat keputusan dan lemah dalam berkomunikasi
dengan guru-guru. Menurut kajian Muhd Syed (1998) di dalam Hairul Anuar Mohd
Idris (2011), kemahiran komunikasi merupakan elemen penting dalam komunikasi.
Guru besar yang kurang kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar akan
sentiasa berkomunikasi satu hala dan akan gagal dalam memahami dan menangani
sesuatu masalah.
�
Keupayaan dalam proses memberii mesej dan menyampaikan maklumat juga
akan menjadi lemah dan tidak efektif. Ariffin Ba’ada (2001) dan Vishalache
Balakrishnan (2005) dalam Lokman Mohd Tahir et al. (2009) turut melaporkan
bahawa pemimpin sekolah di Malaysia masih mengamalkan komunikasi yang sehala,
kurang berinteraksi dengan guru, tidak melaksanakan autonomi guru malah jarang
melaksanakan pengurusan pengupayaan dianggap menjadi punca penurunan tahap
komitmen guru terhadap sekolah.
Oleh itu Yukl (2006) berpendapat keberkesanan kepimpinan diukur dengan
sumbangan pemimpin kepada kualiti proses-proses berkumpulan dan setakat mana
organisasi dibawahnya melaksanakan tugasan dan mencapai matlamat dengan
jayanya. Dalam suasana yang serba mencabar dan kompleks hari ini, peranan guru
besar menjadi semakin penting dalam menjayakan matlamat sekolah. Guru besar
juga harus bijak menyesuaikan kepimpinannya bagi membawa sekolah ke arah yang
lebih berkesan dan cemerlang.
Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh kepimpinan guru besar sekarang
adalah dalam pengurusan sumber manusia. Kecekapan dan keberkesanan guru besar
dalam menguruskan hal-hal berkaitan sumber manusia banyak dibincangkan. Ia
merangkumi kelemahan guru besar dalam mewujudkan suasana yang harmoni,
kegagalan mengagihkan tugas dengan adil dan kurang mesra dengan guru-guru.
Kajian oleh Othman Yahya et al. (2011) menunjukkan amalan pengurusan sumber
manusia di sekolah berada pada tahap memuaskan namun memerlukan
penambahbaikan amalan sedia ada untuk ke tahap lebih tinggi.
Berdasarkan persoalan dan permasalahan yang telah dikemukakan, fokus
utama kajian ini adalah untuk menghuraikan amalan kepemimpinan Rasulullah
S.A.W dikalangan guru besar. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti sejauh mana
terdapat perbezaan dalam amalan kepemimpinan guru besar mengikut pandangan
�
guru pendidikan Islam atau j-QAF berdasarkan faktor jantina, umur, bilangan tahun
mengajar dan taraf pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Prinsip–prinsip dan ciri–ciri kepimpinan yang dikehendaki seperti prinsip-
prinsip am, teori-teori, dan amalan-amalannya telah menjadi bahan kajian sejak 40
tahun lalu di negara-negara barat (Stogdill, 1974; Bass, 1985; Bass & Avolio, 1994;
Yulk, 2006). Peranan kepimpinan telah dikaji semula, ciri–ciri kepimpinan telah
dikenalpasti, serta pelbagai teori kepimpinan telah dikaji dan kepentingan
kepimpinan untuk kejayaan sesebuah organisasi telah dipelajari dan dibahaskan.
Dalam masa yang sama, hanya terdapat sedikit kajian mengenai amalan-
amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W, teori-teori kepimpinan Rasulullah S.A.W,
perwatakkan kepimpinan Rasulullah S.A.W dan peranan kepimpinan Rasulullah
S.A.W, dimana keunggulan kepimpinan Rasulullah S.A.W lebih menekankan
ketinggian akhlak, kualiti jati diri dan keagamaan (kepercayaan). Kepercayaan dan
akhlak (takut pada Allah S.W.T) telah mendominasi kerajaan di bawah pimpinan
Rasulullah S.A.W dan para khalifah ar-Rasyidin (Al-Buraey, 1985).
Kesimpulannya, kedua-dua konsep kepimpinan Barat dan Rasulullah S.A.W
adalah bertentangan dan berbeza. Perbezaan ini mudah difahami kerana ianya
mendasari kepada sistem, nilai, budaya dan kefahaman. Oleh yang demikian,
pengkaji telah cuba untuk mengkaji amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai
teras kajian dan guru besar sebagai model kepimpinan Rasulullah S.A.W.
�
Guru besar adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di
sekolah. Mereka adalah seorang pentadbir, pengurus, dan yang lebih besar di situ
adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, pengkaji menggunakan istilah
pemimpin atau kepimpinan sahaja di dalam ketiga-tiga tugas itu kerana aspek
pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepimpinan. Ketiga-tiga
konsep itu, guru besar perlu memahami dan menghayati dengan jelas. Dalam proses
membina agenda negara, guru besar seharusnya mengamalkan amalan kepimpinan
yang terbaik dan mampan kerana tugas ini adalah sangat mencabar dan kompleks.
Tanpa kepimpinan guru besar yang berkualiti, amat sukar untuk menawarkan
keselesaan kepada guru untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi (Alimuddin, 2006).
Pemilihan amalan dan ciri kepimpinan Rasulullah S.A.W sebagai bahan
kajian pengkaji adalah memandangkan bahawa Islam merupakan addin ataupun satu
jalan yang merangkumi setiap bidang kehidupan. Sepertimana yang dinyatakan oleh
Mohammed F Sayeed (2010):
“To observe that the ideology of Islam is as practical or as impractical as muslims
choose to make it.”
Dalam menambah baik agenda kepimpinan inilah ramai pengkaji-pengkaji
yang berorientasikan kepada pengajian Islam telah berusaha dan mengkaji sejarah
kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda bagi mencari satu
panduan yang jelas dan boleh diikuti oleh barisan kepimpinan (Adnan Abead, 2006).
Dengan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan rasul itu sebagai pelaksana bagi
mencari jalan penyelesaian kepada ummah, Nabi Muhammad S.A.W telah
mencorakkan satu panduan kepimpinan yang begitu lengkap dan telah dihuraikan
oleh pengkaji-pengkaji dengan menyenaraikan 30 ciri akhlak kepimpinan yang
berperwatakan rasul iaitu 1) Lemah-lembut, 2) Kasih sayang dan pemurah, 3) Tidak
emosi, 4) Mendoakan penentang, 5) Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan
kepada mati, 6) Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga, 7) Tenang menerima ujian,
8) Tidak senang dengan pujian 9) Tidak menjawab kejian, 10) Marahnya dalam batas
syariat, 11) Selalu memberi maaf, 12) Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah, 13)
�
Mendengar pandangan, 14) Peka dengan kehidupan rakyatnya, 15) Sangat sabar
dengan kerenah manusia, 16) Adil pakaiannya, 17) Pemurah tradisinya, 18) Cita-cita
dan kemahuannya tinggi dan keras, 19) Tidak mengugut sesiapa, 20) Tidak kecewa
dan putus asa, 21) Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran
yang dibawanya, 22) Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang
mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh) Prinsip hidupnya adalah
syariat Allah S.W.T S.W.T yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang
zaman, 23) Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam
memahamkan sesuatu ajaran Islam, 24) Tidak menjawab tuduhan atau kalau perlu
menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan
menghilangkan fitnah, 25) Tidak mendabik dada atas kejayaan untuk menghindari
syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang
menempah kejayaan, 26) Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-
jasanya, 27) Merendah diri atau tawadhuk, 28) Bercakap bila perlu dan banyak
diamnya, 29) Tiada kerja yang sia-sia, 30) Dirinya menjadi contoh atau model
(Hidayat Shariff, 2008).
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum:
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menentukan persepsi guru
pendidikan Islam mengenai amalan dalam ciri-ciri kepimpinan Rasulullah S.A.W
dikalangan guru besar sekolah kebangsaan.
Objektif spesifik:
1. Untuk melihat elemen utama amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang
kerap diamalkan di sekolah rendah Zon Nusajaya, Gelang Patah.
2. Untuk mengenal pasti elemen amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang
paling kurang diamalkan oleh guru besar sekolah rendah di Zon Nusajaya,
Gelang Patah.
3. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan persepsi guru berdasarkan
jantina terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang diamalkan oleh
guru besar.
4. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan persepsi guru berdasarkan
umur terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang diamalkan oleh
guru besar.
5. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan persepsi guru berdasarkan
pengalaman tahun mengajar terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
yang diamalkan oleh guru besar.
6. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan persepsi guru berdasarkan
taraf pendidikan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang
diamalkan oleh guru besar.
7. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan persepsi guru berdasarkan
gred jawatan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang
diamalkan oleh guru besar.
�
1.5 Persoalan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bagi menjawab persoalan kajian seperti
berikut:
1. Apakah elemen amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang paling kerap
diamalkan guru besar di Zon Nusajaya, Gelang Patah.
2. Apakah elemen amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang paling kurang
diamalkan guru besar di Zon Nusajaya, Gelang Patah.
3. Adakah wujud perbezaan persepsi guru pendidikan Islam berdasarkan jantina
terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W dikalangan guru besar.
4. Adakah wujud perbezaan persepsi guru pendidikan Islam berdasarkan umur
terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W dikalangan guru besar.
5. Adakah wujud perbezaan persepsi guru pendidikan Islam berdasarkan tahun
pengalaman mengajar terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
dikalangan guru besar.
6. Adakah wujud perbezaan persepsi guru pendidikan Islam berdasarkan taraf
pendidikan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W dikalangan guru
besar.
7. Adakah wujud perbezaan persepsi guru pendidikan Islam berdasarkan gred
jawatan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W dikalangan guru
besar.
1.6 Hipotesis Kajian
Untuk menjawab objektif kajian ketiga hingga ketujuh, hipotesis nol telah
dibina seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan guru pendidikan Islam Zon
Nusajaya mengikut jantina terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
yang diamalkan oleh guru besar.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan guru pendidikan Islam Zon
Nusajaya mengikut umur terhadap amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
yang diamalkan oleh guru besar.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan guru pendidikan Islam Zon
Nusajaya mengikut tahun pengalaman mengajar terhadap amalan kepimpinan
Rasulullah S.A.W yang diamalkan oleh guru besar.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan guru pendidikan Islam Zon
Nusajaya mengikut taraf pendidikan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah
S.A.W yang diamalkan oleh guru besar.
Ho5: Tidak terdapat perbezaan persepsi dikalangan guru pendidikan Islam Zon
Nusajaya mengikut gred jawatan terhadap amalan kepimpinan Rasulullah
S.A.W yang diamalkan oleh guru besar.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan sebagai satu usaha untuk menambah serta
mengembangkan lagi pengetahuan mengenai amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan
penyeliaan dan penilaian serta menjadi satu alternatif penyelesaian masalah yang
berkaitan dengan amalan kepemimpinan guru besar di organisasi pendidikan.
�
Hasil kajian ini diharap akan dapat membantu guru besar selaku pemimpin di
sekolah mengambil inisiatif untuk membuat renungan kendiri. Seterusnya guru besar
boleh bertindak untuk melaksanakan tanggungjawabnya dalam cara yang bukan
menakutkan orang bawahannya tetapi menunjukkan sifat yang boleh dicontohi
seterusnya menjadi ikutan. Seperti mana hadis yang telah disabdakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang
bermaksud:
“Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta
bertanggungjawab kepada orang-orang yang berasa di bawah jagaannya. Seorang
ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah S.W.T
akan kepimpinannya. Seorang isteri bertanggungjawab di rumahnya dan akan disoal
berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta
bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja
dengan majikan, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab kepada apa
yang dipimpin”.
Hasil kajian ini juga diharapkan dapat menyedarkan pihak guru dan guru
besar agar lebih berperanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-
masing selaras dengan kehendak agama Islam. Mewujudkan pimpinan yang
seumpama itu dituntut oleh syarak berdasarkan kepada sunnah Rasulullah S.A.W,
antara ayat-ayat perintah Allah S.W.T:
������������������������������� ����� ���� ����������� �������� � ���� ����� ������
� �������������� �������
�
Bermaksud:
Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah S.W.T dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah S.W.T.
(Al-Ahzab: 21)
Menurut Hussein (1993), dalam banyak hal, guru besar sekolah ialah individu
yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Mereka ialah orang yang
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.
Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap
profesionalisme dan moral guru serta darjat keperihatinan terhadap masa depan para
pelajar. Ini juga boleh dikaitkan dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang telah
diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bermaksud:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang
hijrahnya menuju kepada Allah S.W.T dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah
S.W.T dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya,
maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Jika dikaitkan hadis diatas dengan kepimpinan guru besar maka pengajaran
yang boleh diambil ialah: 1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan kepimpinan
yang baik mesti disertakan dengan niat yang baik. 2) Amalan kepimpinan yang buruk
tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. 3)
Amalan kepimpinan yang dianggap baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan
syarak, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik.
4) Demikian juga, amalan kepimpinan baik jika diniatkan bukan kerana Allah S.W.T,
seperti kerana riak, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia
tidak memberikan apa-apa faedah. 5) Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat
pelakunya.
�
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan ke atas guru pendidikan Islam yang mengajar di 17
buah sekolah rendah di Zon Nusajaya, daerah Johor Bahru. Skop kajian hanya
meninjau amalan kepimpinan guru besar di sekolah tersebut sama ada mengamalkan
amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W atau tidak mengamalkan.
Bahan rujukan berkaitan kepimpinan Rasulullah S.A.W yang terlalu kurang
juga telah memberii permasalahan dalam kajian ini. Walaubagaimanapun, masalah
ini telah dapat diatasi dengan membuat rujukan secara mendalam terhadap tulisan-
tulisan ilmiah yang terdapat di dalam akhbar, internet, majalah dan juga buku-buku
sirah nabawiah bagi mengukuhkan lagi kajian ini.
Selain daripada itu, pengkaji juga berhadapan dengan masalah keputusan
yang agak terbatas. Ini kerana ia hanya mewakili 17 buah sekolah yang dipilih oleh
pengkaji sahaja, sekaligus merangkap sample yang dikaji sedangkan jumlah sekolah
rendah melebihi 800 buah sekolah di seluruh negeri Johor. Jadi, hampir keseluruhan
keputusan kajian hanya mewakili sekolah rendah di zon Nusajaya sahaja, bukan
mewakili kawasan keseluruhannya.
1.9 Definasi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinasikan di dalam kajian ini sebagai
mengelakkan berlakunya percanggahan pembaca dengan apa yang ingin disampaikan
oleh pengkaji. Istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut:
�
1.9.1 Amalan
Berdasarkan maksud yang dirujuk melalui Kamus Dewan Bahasa edisi
keempat (2007), amalan bererti sesuatu yang dilakukan atau dilaksanakan sebagai
suatu kebiasaan. Dalam kajian ini, amalan dimaksudkan sebagai suatu kebiasaan
dalam kepimpinan guru besar dalam memimpin sekolah. Selain itu, amalan turut
ditakrif sebagai cari, tabiat, atau amalan yang diterima secara menyeluruh.
1.9.2 Guru Besar
Guru besar adalah merujuk kepada seorang ketua atau pemimpin yang
mengetuai sesebuah organisasi sekolah. Dalam kajian ini, ia mengkhususkan kepada
sekolah rendah. Guru besar bertanggungjawab terhadap semua aspek dalam
pengurusan sekolah. Dalam kajian ini, guru besar yang terlibat ialah guru besar yang
mengamalkan kepimpinan Rasulullah S.A.W di sekolah mereka. Seperti yang telah
dinyatakan diawal kajian, mungkin ada antara guru besar yang telahpun
mengaplikasikan kepimpinan Rasulullah S.A.W di organisasi mereka, cuma mungkin
mereka tidak mengetahui atau menyedarinya.
Apabila kajian ini dilakukan, mereka sedikit sebanyak akan menyedari
bahawa konsep kepimpinan Rasulullah S.A.W telah pun mereka amalkan dan dalam
masa yang sama menyedari bahawa kejayaan organisasi adalah kerana konsep
kepimpinan yang mereka amalkan itu. Bagi mengukur kejayaan seseorang pengurus,
pengurus tersebut mestilah berupaya untuk mewujudkan satu keadaan yang
pekerjanya sanggup bekerja keras dan memberi kerjasama kepada organisasi ke arah
pencapaian matlamat bersama (Razali Mat Zin, 1996).
�
1.9.3 Kepimpinan
Mengikut Kamus Dewan (1992), kepimpinan membawa erti keupayaan
(kebolehan, pencapaian dan sebagainya) sebagai pemimpin. Merujuk kepada kajian
ini kepemimpinan merupakan tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian
masalah dan mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan yang
bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Ahmad Kilani Mohamed (2003)
menyatakan orang yang bertanggungjawab melaksanakan pengarahan dan
pengagihan ini disebut sebagai pemimpin. Dengan ini, pemimpin dapatlah
ditakrifkan sebagai orang yang bekerja membawa semua ahli kumpulan atau
organisasi untuk berusaha ke arah mencapai matlamat tertentu.
Fiedler (1967) menyatakan kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan
di mana kuasa dan pengaruh diagih secara yang tidak sama rata sehingga seorang
individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada
kawalan mereka ke atas individu itu.Menurut Ainon (2003), kepimpinan ialah sejenis
tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka
sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang
memimpin. Kepimpinan merupakan suatu bentuk perhubungan yang mempunyai
tujuan.
Tujuan tersebut bukan sahaja untuk memenuhi kehendak orang yang
memimpin, tetapi juga orang yang dipimpin. Untuk memenuhi kehendak tersebut,
cara dan gaya pemimpin dalam membentuk perhubungan tersebut perlu mampu
mempengaruhi bagi mencapai matlamat organisasi. McGregor (1966) menyatakan
kepimpinan bukannya ciri-ciri yang ada pada diri seseorang individu melainkan ia
suatu perhubungan yang rumit dan kompleks antara keempat-empat faktor berikut
iaitu ciri-ciri peribadi pemimpin, sikap, keperluan dan ciri-ciri peribadi mereka yang
dipimpin, sifat-sifat organisasi yang dipimpinnya seperti matlamat penubuhannya,
�
strukturnya dan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, persekitaran sosial, ekonomi
dan politik yang ada.
Kepimpinan juga merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan sering saling
mempunyai kaitan antara satu aspek dengan aspek yang lain. Gaya kepimpinan yang
ditunjukkan mungkin ditafsirkan oleh orang lain tidak sama sepertimana yang
ditunjukkan oleh pemimpin. Ini adalah kerana sudut pandangan atau persepsi antara
setiap individu adalah berbeza. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor seperti
perbezaan latar belakang kehidupan, latar belakang pendidikan, gaya berfikir dan
sebagainya. Terdapat banyak erti kepimpinan. Kamarudin (1989) menyatakan
konsep kepimpinan yang relevan dan perlu ada bagi setiap pemimpin harus
mengandungi empat unsur iaitu kepimpinan yang mempunyai tugas, kepimpinan
yang berpengaruh, kepimpinan yang positif, dan kepimpinan yang berkesan.
Sebagai seorang ketua di dalam sebuah organisasi, guru besar perlu
mempunyai gaya kepimpinan yang mampu membawa warga sekolahnya ke arah
mencapai matlamat yang telah dibina. Koontz dan Wichrich (1991) dalam Mohamad
Najib (2004) pula mentakrifkan kepimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses untuk
mempengaruhi orang supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh semangat
ke arah mencapai matlamat organisasi. Aizzat, Intan dan Zainal Ariffin (2006)
menyatakan kepimpinan adalah merupakan suatu proses membentuk wawasan,
menimbulkan inspirasi ke arah komitmen yang lebih tinggi dan mengarah usaha
sumber manusia ke arah pencapaian matlamat organisasi.
Kepimpinan guru besar yang berpengaruh akan menjadikan warga sekolah
melaksanakan bidang tugas masing-masing dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab. Hisham al-Talib (1992) mentakrifkan kepemimpinan sebagai satu
proses yang menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu jalan yang telah
ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa.
�
1.10 Kerangka Kajian
Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada guru Pendidikan Islam
dan j-QAF yang merupakan ahli jawatankuasa panitia Pendidikan Islam di sekolah.
Kajian ini bertujuan untuk melihat penilaian guru pendidikan Islam dan j-QAF yang
terdiri dari pelbagai faktor demografi seperti perbezaan umur, jantina dan
pengalaman mengajar terhadap aspek pengamalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
dikalangan guru besar di Zon Nusajaya, Gelang Patah. Ciri-ciri amalan kepimpinan
Rasulullah S.A.W terdiri daripada lapan aspek iaitu bertanggungjawab, jujur dan
bijaksana, adil, berfikiran jauh, bekerja secara kolektif, terbuka dalam menentukan
keputusan, tegas dan tetap pendirian serta mesra rakyat. Rajah 1.1 adalah kerangka
kajian yang digunakan untuk melihat amalan kepimpinan Rasulullah S.A.W
dikalangan guru besar.
Rajah 1.1: Kerangka Kajian Amalan Kepimpinan Rasulullah S.A.W Dikalangan
Guru Besar
PENILAIAN GURU
Guru Pendidikan Islam
Guru j-QAF
FAKTOR DEMOGRAFI
Jantina
Umur
Pengalaman Mengajar
Tahap Pendidikan
Gred Jawatan
AMALAN KEPIMPINAN GURU BESARBERDASARKAN CIRI KEPIMPINAN
RASULULLAH S.A.W
Bertanggungjawab
Jujur dan bijaksana
Adil
Berfikiran Jauh
Bekerja Secara Kolektif
Terbuka Dalam Menentukan Keputusan
Tegas Dan Tetap Pendirian
Mesra Rakyat
��
1.11 Rumusan
Secara umumnya, guru besar adalah pemimpin yang memainkan peranan
amat penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan serta merupakan tonggak
kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Matlamat sebenar daripada kepimpinan
Rasulullah S.A.W yang diamalkan guru besar adalah sesuatu yang jelas lagi nyata
iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Dengan
penerapan kepimpinan Rasulullah S.A.W terhadap sesebuah organisasi sekolah,
maka tercapailah matlamat satu daripada aspek yang perlu dilaksanakan oleh
manusia iaitu menerapkan hukum Allah S.W.T yang selama ini tidak diendahkan
oleh segenap masyarakat kini yang sebenarnya semakin hari semakin jauh daripada
matlamat untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.