Download - Alat Tangan Kikir
01
Sila Matikan Atau Silent Mood Telefon Bimbit Anda.. Terima Kasih.
02
ALAT TANGAN KIKIR
Oleh:Peter Masawal
VTO 09/12Teknologi Penyejukbekuan Dan
Penyamanan Udara
03
TUJUAN PEMBELAJARAN
PELAJAR – PELAJAR MESTI BOLEH:1. Terangkan definisi kikir2. Nyatakan pengelasan kikir3. Jelaskan jenis potongan gigi kikir
04
FAEDAH PEMBELAJARAN
Pelajar – pelajar dapat mengetahui dan membezakan jenis – jenis kikir dan jenis – jenis gigi kikir.
05
DEFINISI KIKIR
Alat tangan yang diperbuat daripada besi keluli dan digunakan di dalam kerja-kerja mekanikal untuk 3M iaitu : memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja.
06
PENGELASAN
Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi kikir.
07
PANJANG KIKIR
1. Panjang kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya.
2. Panjang kikir antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm.
PanjangHujung Bahu
08
BENTUK KIKIR
Terdapat 5 jenis bentuk kikir :i. Segi empat sama ii. Segi empat tepat iii. Separuh bulativ. Segi tiga tirusv. Bulat
09
JENIS POTONGAN GIGI DAN KEGUNAANJENIS PETONGAN GIGI KEGUNAAN
Selari Kerja-kerja penyudahan
Gigi bersilang Kerja-kerja am
Gigi lengkung Mengikir logam yang lembut (Aluminium dan kuprum
Gigi parut Membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat.
10
KASAR ATAU HALUSNYA GIGI
5 jenis gred kehalusan gigi kikir :i. Sangat halusii. Halusiii. Sederhanaiv. Kasarv. Sangat kasar
12
JENIS KIKIR
Terdapat 8 jenis kikir yang biasa digunakan dalam bengkel kejuruteraan :
1. Kikir pipih tirus2. Kikir pipih kasar3. Kikir pipih nipis4. Kikir belah rotan
12
JENIS KIKIR
5. Kikir bulat 6. Kikir segiempat sama7. Kikir segi tiga 8. Kikir bentuk pisau
Sambungan …
13
KIKIR PIPIH TIRUS
1. Digunakan dalam kerja-kerja am.2. Gigi dikelaskan kepada kelas kasar,
sederhana halus dan sangat halus.3. Gigi dipotong bersilang intan dan terdapat gigi
lurus pada kedua-dua belah tepi.4. 2/3 panjangnya dari pangkal berbentuk selari
dan 1/3 panjangnya ke hujung bentuk tirus.
14
KIKIR PIPIH KASAR
1. Digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata.2. Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini
digelar tepi selamat. (tepi selamat digunakan untuk mengikir tepi penjuru dalam)
3. Gred gigi kikir ini terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
15
KIKIR PIPIH NIPIS
1. Digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah kunci.
2. Gigi bersilang.3. Gred gigi dari kasar hingga sangat halus
16
KIKIR BELAH ROTAN
1. Digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap.
2. Gigi pada permukaannya rata yang berbentuk wajik
3. Gigi pada permukaannya melengkung berbentuk silang.
4. Gred gigi kasar, halus dan sangat halus.
17
KIKIR BULAT
1. Dipanggil juga sebagai kikir bentuk ekor tikus.
2. Untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung.
3. Gred gigi halus hingga sangat halus.
18
KIKIR SEGIEMPAT SAMA
1. Digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar.
2. Boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai bentuk sudut pada sesendal.
3. Gred gigi kasar hingga sangat halus.
19
KIKIR SEGI TIGA
1. Digunakan untuk mengikir sudut-sudut yang dalam.
2. Membersihkan penjuruh yang bersudut.3. Gigi bersilang.4. Gred gigi kasar hingga sangat halus.
20
KIKIR BENTUK PISAU
1. Digunakan untuk menajamkan gigi atau mata pada gergaji atau alat-alat pemotong.
2. Bentuk sama seperti pisau.3. Gred gigi kasar sehingga sangat halus.
21
KESIMPULAN
kikir dapat membantu dalam kerja-kerja am, menyudahkan kerja-kerja yang hampir siap dan penting dalam mendapatkan ukuran yang jitu (ketepatan ukuran), justeru sekaligus dapat membantu dalam kerja-kerja yang melibatkan ukuran tepat bagi membentuk suatu produk atau benda kerja.
Ada petanyaan?
22
23
SESI SOAL JAWAP
1. Terangkan definisi kikir
Alat tangan yang diperbuat daripada besi keluli dan digunakan di dalam kerja-kerja mekanikal untuk 3M iaitu : memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja.
24
SESI SOAL JAWAP
2. Nyatakan pengelasan kikir
Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi kikir.
Sambungan …
25
SESI SOAL JAWAP
3. Jelaskan jenis potongan gigi kikir
JENIS PETONGAN GIGI KEGUNAAN
Selari Kerja-kerja penyudahan
Gigi bersilang Kerja-kerja am
Gigi lengkung Mengikir logam yang lembut (Aluminium dan kuprum
Gigi parut Membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat.
Sambungan …
26
Selesai… Sekian
Terima Kasih Atas Perhatian Anda