Download - ALAT PERKUSI

Transcript
Page 1: ALAT PERKUSI

ALAT PERKUSI

Apakah alat perkusi?

PENGENALAN

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk muridsekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasai konsep muzik melaluipengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untukmengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakananggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang menerokakreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuksemangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jaw ab. Oleh yangdemikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alatperkusi.

Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkanbunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkansesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan caramemegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapatmembina kebiasaan yang baik dari awal lagi.

Page 2: ALAT PERKUSI

KAEDAH M ENGAJAR LAGU

Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu. Kaedah-kaedahyang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rotelearning). Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secaramengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural (auralmemory) murid.

Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah:

a) Kaedah keseluruhan lagub) Kaedah baris demi barisc) Kaedah solfege

Kaedah keseluruhan lagu

Sesuai untuk mengajar lagu pendek.Langkah-langkah:

a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.c) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atausebutan vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.d) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.e) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Kaedah baris demi baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaranlagu secara bahagian demi bahagian atau frasa, kemudiannya diikutidengan cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyikeseluruhan lagu.Langkah-langkah:a) Memperdengar keseluruhan lagu.b) Mendengar dan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secarahumming.c) Mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming barisdemi baris.d) Mengikut guru menyanyi lirik baris demi bar is.e) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu tanpa iringan muzik.f) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

Page 3: ALAT PERKUSI

Kaedah Solfege dengan isyarat tangan.

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote danbacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d’) digunakansebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak(movable ‘do’) yang mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu.Misalnya dalam nada C major-minor, pic ‘do’ ialah not C. Manakala baginada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantupengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarattangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasimuzik.Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:• so mi• la so mi• la so mi re• la so mi re do• la so mi re do la• la so mi re do la so• la so fa mi re do• ti la so fa mi re do• do` ti la so fa mi re do• do re mi fa so la ti do`

SOLFA ISYARAT TANGAN

Teknik solfa menggunakan isyarat tangan bermula dari ‘do’ baw ah yang beradadi paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit sehingga ‘do’atas yang terletak di paras kepala.Panduan isyarat tangan adalah seperti gambarajah di baw ah :

Page 4: ALAT PERKUSI

PERNAFASAN

Dengan pengurusan pernafasan yang baik, seseorang dapat menghasilkan

ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Disamping itu murid dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa.Proses pernafasan melibatkan pengembangan pada rangka rusuk, abdomendan diafragma. Kemahiran mengaw al pernafasan boleh dibina melaluilatihan. Latihan pernafasan perlu dijalankan semasa aktiviti warm-up ataulatihan persediaan. Terdapat banyak latihan pernafasan yang bolehdijalankan. Antaranya adalah seperti berikut:-

a) Menghembus dan menarik nafasHembuskan semua udara dari paru-paru sehingga anda terasa andadiperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

b) Bernafas secara cepat

Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan cepat.Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

c) Pernafasan staccato

Latihan ini dilakukan dengan sebutan “ts” secara berulang-ulangsehingga murid dapat merasakan otot-otot di bahagian perut ter libatdalam proses pernafasan. Latihan ini boleh menguatkan otot-otottersebut untuk membantu mengaw al pernafasan.

d) Hiss/Hoo

Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan keatas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.

Page 5: ALAT PERKUSI

Nyanyian

Menyanyi merupakan aktiviti teras dalam konteks kurikulum Pendidikan Muzik

KBSR, pada peringkat awal persekolahan. Proses mempelajari sebuah lagu melibatkan pengetahuan dan kemahiran. Dalam menyanyi, lagu merupakan bahan sumber utama yang boleh dihuraikan kepada

beberapa bahagian seperti berikut:

a) Aural    -  kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari

b) Fizikal  - pengawalan pernafasan dan mekanisma vokal.

c) Verbal  - kefahaman lirik lagu, pembinaan kosa kata dan penguasaan bahasa.

d) Daya ingatan muzikal - kebolehan mengingat bunyi muzik dan menghasilkannya semula.

e) Persembahan -  menghasilkan irama, melodi dan ekspresi dengan peka dan tepat.

f) Interaksi sosial -  berkebolehan bekerjasama semasa nyanyian dalam kumpulan.

g) Komunikasi -      menyatakan maksud rasa dan fikiran melalui nyanyian

TEKNIK NYANYIAN 2

POSTURKedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yangbermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaransuara semasa menyanyi.

 Postur Berdiri

Page 6: ALAT PERKUSI

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketikamenyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti ber ikut:

Kaki - berdiri tegak dengan keadaan kaki direnggang sedikit.Lutut - dilonggarkan (rileks), tidak kaku.Badan - belakang badan serta kepala dalam keadaan lurus.Dada - dinaikkan.Bahu - ditarikkan ke belakang sedikit.Dagu - selari dengan lantai.Tangan - di sisi.

Page 7: ALAT PERKUSI

Teknik Nyanyian 3

PENGHASILAN TON

Penghasilan ton dipengaruhi oleh kemahiran penggunaan dan pengaw alan organvokal (mulut, bibir, rahang dan lidah) bagi memanipulasi suara.Latihan untuk menghasilkan ton yang baik adalah seperti berikut:

a) Mulakan dengan nyanyian vokal yang asas ( a, e, i, o, u).b) Mulakan dengan sebutan vokal secara lembut dan beransur-ansur kuat.c) Mulakan dengan nilai not yang pendek. Kemudian beransur-ansurdilanjutkan hingga ke nilai not yang panjang.Pastikan bentuk mulut mengikut vokal yang disebut dan keadaan kerongkongterbuka.

Antara contoh-contoh latihan untuk penghasilan ton adalah:

a) Glissando vokal dengan sebutan ‘O’ dari pic tinggi ke rendah atau sebaliknya.b) Menguap dengan bunyi ‘ ah’.c) Mengajuk bunyi siren, angin, keretapi dan siulan.d) Latihan bercakap dan menyanyi seperti contoh berikut:“Hee hee hee ! Apa khabar ?”

Untuk video sila cari dalam you tube.

Page 8: ALAT PERKUSI

1Postur Duduk

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketikamenyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:

Bahagian badan hingga kepala - keadaannya sama seperti posturberdiri.Belakang badan - tidak bersandar.Punggung - terletak di tengah kerusi.Kaki - diletak di atas lantai dengan satu kakike hadapan sedikit.Tangan - diletak di atas paha.


Top Related