Download - Alat Perkusi

Transcript

Alat Perkusi

Alat - alat perkusi yang pelbagai.

Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk muridsekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melaluipengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untukmengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari.

Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakananggota badan mur id. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang menerokakreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuksemangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab.

Oleh yangdemikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alatperkusi.Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkanbunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkansesuatu alat perkusi.

Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan caramemegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapatmembina biasaan yang baik dari awal lagi


Top Related