Download - Air Liur Emas

Transcript
  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Penafian

    Maklumat

    Bismillah. Segala maklumat yang ada dalam ebook ini merupakan sebahagian

    maklumat dan juga ilmu Allah yang Maha Luas.

    Sekiranya terdapat maklumat yang bercanggah atau masih belum cukup

    sempurna itu merupakan kelemahan penulis sendiri. Pembaca dialu-alukan

    untuk bertanya dengan yang lebih pakar.

    Jaminan

    Ebook ini juga tidak menjamin segala apa yang ditulis merupakan 100% tepat.

    Apa yang dikongsi sekadar pengalaman dan buah fikiran daripada penceramah

    dan penulis.

    Segala yang tercatat dalam ebook ini, bukan 100% apa yang dimaksudkan oleh

    penceramah. Ini sekadar pengolahan semula idea dalam bentuk penulisan oleh

    penulis.

    Strategi

    Segala strategi yang diutarakan juga boleh jadi tidak berhasil kepada

    sesetengah pembaca. Setiap kesan yang berlaku adalah di bawah

    tanggungjawab pembaca sendiri. Penulis sekadar menyampaikan dan

    berkongsi ilmu milik Allah dengan orang sekeliling.

    Terpulang kepada pembaca untuk menganalisis dan mengambil yang terbaik.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Beginner

    1. Prakata

    2. Tolong dengar saya nak bercakap!

    3. Tapi saya Tin Kosong!

    4. Saya gementar, apa nak buat?

    5. Hmm.. penutup pintu rezeki!

    6. Gerak Badan Yang Membunuh.

    7. Cakap Tak Serupa Bikin!

    8. Speaker Lembu, Audiens Itik!?

    9. Topeng watak ikut situasi.

    10. Rentak Tarian Public Speaking

    11. Topeng Joker, Lakonan Bahagia.

    12. Speaker 58, Pendengar 8?

    13. Educated Public Speaker?

    14. Energi Saya 200%!

    15. Public Speaking untuk Pemain Drum.

    16. Kisah 10 Minit Close Tender Tentera.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    1. Prakata

    Workshop On Public Speaking

    Buku ini ditulis berdasarkan isi perbincangan dalam program Workshop On Public Speaking 2.0 (WOPS 2.0) yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) yang dianjurkan pada 20-21 Disember 2013.

    Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai para daie muda agar mampu untuk bercakap dengan lantang dan berani dalam menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

    PEPIAS merupakan satu badan NGO yang selalu mengadakan program-program yang melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah dan juga universiti khususnya dalam program yang membentuk masyarakat Islam yang syumul.

    Public Speaking

    Secara umum, Public Speaking telah pun berlaku saban hari tatkala kita berkomunikasi dengan orang lain. Public Speaking bukan hanya tertakluk kepada pemimpin, pendakwah, pengajar, bahkan semua orang terlibat!

    Namun bagaimana caranya untuk bercakap dengan lebih berisi?

    Ada pelbagai dilema yang dihadapi oleh Public Speaker baru!

    Apa solusinya?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Harapan

    Saya Cikgu Asyraf, (Amirul Asyraf Sabri) sekadar berkongsi ilmu yang diperoleh

    dengan sahabat-sahabat sekeliling yang berminat dengan ilmu Allah. Bukanlah

    saya menulis bermaksud saya yang terbaik.

    Tetapi disebabkan saya dalam proses menjadi lebih baik, maka saya kongsikan

    ilmu ini dalam bentuk penulisan. Segala maklum balas sangat dialu-alukan.

    Terutama sekali dalam cara saya menulis.

    Cikgu Asyraf Sabri

    Penulis Ebook Belajar. Kajang. 24/12/2013

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    2. Tolong dengar saya nak bercakap!

    Siapa yang anda pernah lihat berada di situasi ini? Macam mana keadaan

    mereka? Terdesak? Tersedak? Mereka berhempas pula cuba untuk

    mendapatkan perhatian orang lain, untuk dengar apa yang mereka cuba

    sampaikan.

    Kenapa Orang Mendengar?

    Rata-rata orang mendengar pada isi yang bakal disampaikan. Lagi-lagi jika isi

    itu menyelesaikan masalah hidup mereka. Kebanyakan manusia hanya berfikir

    mengenai diri mereka sahaja. Maka berilah mereka ISI yang mereka mahu

    dengar.

    Persoalan seterusnya, macam mana nak beri kata-kata yang berisi? Saya ini

    budak baru belajar. Umur baru setahun jagung. Saya tiada idea! Saya tak tahu

    nak kata apa! Tolong saya.

    Bacalah!

    Cara untuk menambah isi dalam percakapan mudah sebenarnya. Rajinkan

    membaca. Apabila kita membaca, pastikan kita membaca bukan sahaja bidang

    dan disiplin kita sahaja.

    Maksudnya, walaupun bidang kita dalam bidang Pengurusan Perniagaan, anda

    hebat sebenarnya, jika membaca ilmu Hartanah misalnya. Anda pakar

    pengucapan awam, maka anda boleh cuba membaca buku fesyen.

    Yang lebih hebat, sebenarnya individu yang membaca buku falsafah. Tak perlu

    baca sehingga 20 ke 30 buah buku, cukup sekadar anda mula membaca 2 atau

    3 buku falsafah. Supaya anda ada modal untuk bercerita dan bertanya dengan

    orang lain yang lebih pakar.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Contohnya, falsafah hidup yang berteraskan Islam, Dunia Barat, Negara

    Tembok Besar, dan macam-macam lagi.

    Pengalaman.

    Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman

    Anda pernah dengar peribahasa ini? Apa yang dimaksudkan jauh perjalanan?

    Mengembaralah! Ikut gerakan A, ikut persatuan B, ikut syarikat C. Semuanya

    untuk apa?

    Agar Pengalaman kita pelbagai. Ingat, orang tertarik untuk mendengar kita

    berbicara, melalui ISI yang kita tawarkan. Apabila banyak pengalaman kita,

    banyak juga yang hendak dicerita. Pelbagaikan kisah hidup anda, supaya

    pelbagai orang berminat untuk mendengar.

    Antara syair terkenal yang mengajak kita mengembara dan mencari

    pengalaman :

    Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap

    sebagai rehat, Tinggalkan tanah air dan mengembaralah

    Syair Imam Syafie.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    3. Tapi saya Tin Kosong!

    Semasa saya memberi perkongsian inspirasi dan pengalaman, ada peserta

    yang bertanya. Macam mana nak mula bercakap? Saya Tin Kosong! Anda

    faham perumpamaan Tin Kosong?

    Tin Kosong

    Baik, cuba anda bayangkan anda ada tin susu bayi. Tin tersebut kosong, sudah

    kehabisan serbuk susunya. Anda tutup, dan anda cuba ketuk tin tersebut.

    Macam mana bunyinya?

    Bising, bukan? Sekarang ambil yang penuh dan masih belum berbuka tin

    tersebut. Anda cuba ketuk atau baling dan seumpamanya. Bunyi yang

    dihasilkan pula bagaimana? Lebih perlahan?

    Begitulah analogi orang yang seperti Tin Kosong. Cakap adakalanya berdegar-

    degar, lantang dan kuat! Ramai yang tertarik, tapi apabila diamati isinya betul-

    betul, belum tentu berisi.

    Semangat

    Setiap yang MASAK (PAKAR), bermula daripada MENTAH

    Hakikat untuk mula hebat bercakap memang asalnya daripada Tin Kosong.

    Menjadi Tin Kosong tak salah. Namun yang menjadikannya HARAM, adalah

    apabila orang itu langsung tidak memajukan dirinya.

    Semuanya bermula dengan SEMANGAT. Semangat untuk menjadi yang terbaik

    satu masa nanti. Semangat ini ibarat NIAT. Apabila kita sudah niat menjadi

    HEBAT, maka kita bermula daripada BAWAH.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Pengalaman Peribadi

    Pengalaman saya sebagai Public Speaker dalam bidang Fasilitator, satu

    pengalaman yang panjang. Tak mudah, tapi tak mustahil dilakukan. Pada

    awalnya, saya bermula dengan tugas sebagai fasilitator sekolah rendah.

    Kemudian, majukan diri, CUBA tugas sebagai faislitator sekolah menengah.

    Kemudian mencuba tugas sebagai Ketua Fasilitator. Mencari lagi peluang

    sebagai pemberi talk. Yang penting, bermula daripada bawah, tapi naik, cuba

    naik, cuba lagi, cuba naik lagi.

    Sehinggalah anda tak sedar anda sudah berada di tahap HEBAT di mata orang

    lain. Anda mungkin nampak diri anda biasa, tapi bagi orang lain..

    Setiap butir kata anda, EMAS yang dinanti-nanti!

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    4. Saya gementar, apa nak buat?

    Anda gementar? Alhamdulillah, maksudnya anda masih normal dan anda

    manusia biasa! Tahniah, sekali lagi! Tahukah anda?

    Walau hebat mana pun artis itu, walau berkaliber mana pun pemimpin itu,

    mereka juga masih ada perasaan gementar sebelum mereka ingin melakukan

    persembahan di hadapan khalayak ramai.

    Gementar Sumber Kekuatan

    Gementar umpama emosi. Emosi yang membuak-buak sebelum melakukan

    sesuatu. Apa yang boleh kita buat, salurkan pada tempat yang betul.

    Jadikan perasaan gementar itu, sebagai sebab untuk kita melakukan

    persediaan lebih awal. Jadikan gementar itu sebagai semangat untuk lakukan

    yang terbaik.

    Gementar Nabi Musa a.s

    Kadang-kadang manusia terlupa untuk kembali kepada Allah. Kunci untuk

    tenang sebelum berucap ada dalam al Quran.

    Nabi Musa a.s merupakan seorang yang pelat, kerana sewaktu baginda kecil,

    lidah baginda pernah disentuh bara api. Sebelum baginda berhadapan dengan

    makhluk paling bongkak di muka bumi, Firaun, baginda mengamalkan ayat ini :

    Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku,

    tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham

    perkataanku (Taha 20: 25-28)

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Visualisasi Gambar Akhir

    Antara cara lain untuk menghilangkan gementar ialah, bayangkan situasi yang

    kita inginkan terjadi. Penuhkan kepala dengan bayangan yang kita mahu saja.

    Berebut dengan imaginasi negatif yang ingin masuk dalam pemikiran kita.

    Bayangkan :

    Anda sudah selesai berucap, dan semua orang memberikan respon yang

    sangat positif! Semua orang memberi tepukan gemuruh. Anda mendengar

    tepukan tersebut dengan penuh teruja.

    Anda dapat merasa getaran aura yang sangat positif di atas pentas tersebut.

    Anda nampak semua orang sedang tersenyum pada anda. Anda senyum

    semula

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    5. Hmm.. penutup pintu rezeki!

    Tips ringkas tapi panas. Ada sesetengah orang nampak perkara ini kecil. Tapi

    bagi saya ini isu besar. Untuk tampak lebih professional, lebih tinggi nilai diri,

    gejala hmm... sepatutnya dihilangkan.

    Analogi mudah :

    Ada dua orang Public Speaker yang sedang berusaha mendapatkan pekerjaan.

    Kelayakan mereka berdua hampir sama, pengalaman juga begitu.

    Namun Public Speaker yang kedua dipilih. Mengapa?

    Berfikir

    Semasa bercakap, individu pertama banyak mengeluarkan perkataan hmm...

    Walaupun dia bercakap agak laju, kelihatan dia seperti berfikir dan teragak-

    agak nak cakap apa.

    Tak Yakin

    Kesannya nampak individu pertama seperti tidak yakin dengan apa yang

    disuarakan. Lebih parah lagi jika soalan demi soalan ditubi. Bunyi hmm..

    hanya mengganggu dan memburukkan persepsi.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Apa kuncinya?

    Tutup Mulut

    Apabila kita hendak sebut hmm.. sahaja, terus tutup mulut. Lebih baik kita

    diam dan berhenti sebentar sebelum menyambung isi percakapan kita.

    Cara ini akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas dalam pertuturan. Dan

    jika anda berfikir sekalipun, tiada bunyi hmm.. yang akan mengganggu

    konsentrasi audiens.

    Poin Sahaja

    Antara sebab kita banyak hmm.. sebab kita tidak tahu apa yang hendak

    dikatakan lagi. Tapi kita tetap mahu bercakap. Itulah sebabnya hmm.. mengisi

    ruang kosong percakapan itu.

    Caranya ialah, kita hanya bercakap poin penting saja. Tak perlu hurai panjang-

    panjang. Mudah difahami.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    6. Gerak Badan Yang Membunuh.

    Tanpa sedar sebenarnya skill berkomunikasi itu, berkait rapat juga dengan

    gerak badan. Bagi yang mungkin tidak tahu, ada sesetengah gerak badan

    menampakkan mereka itu palsu!

    Maksudnya, jika mereka gelak, nampak macam tidak ikhlas. Jika mereka

    mendengar, gayanya macam tidak berminat. Jika sedang memberi arahan,

    kedengaran seperti takut-takut dan tak yakin.

    Banyak sebenarnya yang boleh dikongsi, namun saya sekadar berkongsi mana

    yang ditanya peserta saya.

    Tangan

    Cuba perhatikan gaya pemimpin turun pesawat. Apa yang mereka

    lakukan pada kamera? Melambai tangan bukan? Cuba perhatikan

    dengan lebih teliti, tapak tangan mereka terbuka dan dihadapkan

    kepada orang ramai, setuju?

    Tapak tangan yang terbuka, apabila digunakan sebenarnya menunjukkan

    dominasi kita terhadap audiens. Sebagai contoh Hitler yang mengangkat

    tangannya tegak 135 darjah, menunjukkan penguasaannya terhadap

    tentera.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Mata

    Sekadar menyentuh isu gelak yang bersungguh dan juga tidak.

    Pengalaman saya, ada sesetengah individu, apabila mereka tidak merasa

    kelakar pada sesuatu lawak yang orang lain gelak, mereka sekadar

    tersenyum.

    Namun, mata mereka tidak tersenyum. Kerana mulut, mudah dikawal,

    cuma mata kadang-kadang terlepas pandang untuk dikawal. Cuba

    perhatikan selepas ini. Untuk nampak lebih ikhlas, senyumlah dengan

    mata juga.

    Salam

    Sekiranya anda baru kenal seseorang dan belum lagi rapat, cukuplah

    sekadar bersalaman selama 3 ke 5 saat secara tetap (firm) tanpa terlalu

    kuat.

    Sekiranya sudah sedikit rapat, maka tidak salah sekiranya bersalaman

    sambil anda memegang sikunya, atau bahunya. Mereka pasti merasa

    lebih selesa berbanding jika dilakukan pada pertemuan pertama.

    Selain itu, anda boleh tahu karektor individu yang anda baru kenal,

    melalui cara salamnya juga. Jika semasa bersalam, tapak tangan anda

    menghala ke atas, maksudnya, dia mungkin seorang yang suka

    mendominasi.

    Begitulah sebaliknya. Anda perlu sesuaikan gaya bercakap anda

    mengikut karektor mereka.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Berjalan

    Orang yang berjaya kebiasaannya berjalan 25% lebih laju berbanding

    orang yang biasa. Keyakinan seseorang itu, mempengaruhi kepantasan

    tindakannnya. Untuk nampak lebih berkeyakinan, berjalanlah lebih

    pantas daripada kebiasaan.

    Banyak sebenarnya apabila hendak berbicara mengenai gerak badan dan

    komunikasi. Untuk memahami perkaitannya dengan lebih jelas, anda boleh

    dapatkan buku yang khas berbicara mengenai isu tersebut.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    7. Cakap Tak Serupa Bikin!

    Ada soalan daripada peserta saya, dia bertanya, dia benci dengan Public

    Speaker yang tak amalkan apa yang dicakapkan. Atau individu tersebut belum

    cukup hebat untuk bercakap. Maka dia kadang-kadang tak ingin bercakap

    mengenai perkara yang dia belum lagi lakukan.

    Persoalannya,bila masanya dia akan lakukan?

    Perlukah dia tunggu kesempurnaan?

    Semakin Dekat

    Hakikat apa yang kita cakapkan atau sampaikan pada hari ini, akan

    menyebabkan kita semakin dekat dengan perkara tersebut. Sebagai contoh,

    ada Public Speaker yang asyik memberi ceramah mengenai Iman.

    Sebenarnya, dia setiap hari semakin dekat menghampiri kesempurnaan dalam

    apa yang dia katakan. Public Speaker yang asyik berbicara mengenai

    Pengurusan Kewangan.

    Mungkin pada awalnya, individu tersebut sekadar menyampaikan, ilmu teori

    pengurusan kewangan yang telah dipelajarinya kepada orang lain. Dia belum

    betul-betul menguruskan kewangan dirinya.

    Tapi lama-kelamaan, selepas menyampaikan dan disoal, dia secara sukarela,

    mula untuk membuat apa yang dicakap oleh dirinya.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Cakap Itu Doa

    Ramai yang sedar, setiap kata-kata yang diulang itu ibarat doa. Lagi kerap

    diulang, lebih besar potensi untuk makbul dan berlaku.

    Seperti itu juga Public Speaking. Lebih banyak mesej yang disampaikan. Tatkala

    disampaikan itulah berlakunya proses berdoa. Oleh sebab itu, penting untuk

    kita sampaikan kata-kata yang berhikmah dan baik-baik.

    Lihat Masa Hadapan

    Sebagaimana Public Speaker di dalam bidang jualan langsung. Pada awalnya

    kita melihat, mereka mencanang-canang kebaikan produk mereka. Mengajak

    orang ramai sertai mereka buat duit bersama.

    Kita lihat, mereka tiadalah apa-apa. Mereka berbicara mengenai hasil, tapi

    mereka belum pun dapat lagi. Persoalannya, jika mereka teruskan buat begitu,

    setiap hari, setiap minggu, setiap bulan sehingga 3 tahun akan datang.

    Agak-agaknya, jika awal-awal dulu, mereka cakap tapi tak serupa bikin. Selepas

    3 tahun, apa jadi?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    8. Speaker Lembu, Audiens Itik!?

    Analogi : Bunyi Lembu atau Itik?

    Fikirkan. Jika itik ialah audiens, lembu ialah speaker, maka itik akan faham

    bunyi itik atau bunyi lembu? Silakan, anda dijemput untuk menjawab.

    Betul, logik akal itik pasti berminat dan lebih teruja untuk mendengar bunyi itik

    itu sendiri. Sebab? Itu bahasa mereka, dan mereka lebih faham akan bahasa

    mereka sendiri.

    Apa yang lembu perlu buat untuk tarik perhatian itik? Cuba fikir sekejap. Ada

    jawapan yang gila-gila? Betul, lembu mestilah tiru bunyi itik dahulu, baru itik

    terkejut itik! Mesti itik-itik semua berminat nak dengar apa yang lembu nak

    cakap seterusnya.

    Guna Bahasa Mereka

    Pada waktu Presiden Obama ingin memberikan ucapan di majlis

    penghormatan terakhir untuk Nelson Mandela, salah seorang tokoh keadilan

    dunia, beliau melakukan sesuatu yang hebat!

    Apa dia?

    Semasa dalam awal ucapannya, beliau menggunakan bahasa penduduk Afrika

    itu dahulu, sebagai permulaan. Hasilnya? Audiens merasa sangat seronok

    seolah-olah, diri mereka dimuliakan. Saat itu, tepukan gemuruh diberikan dan

    cuba teka bagaimana respon audiens?

    Sudah pasti mereka sangat teruja untuk mendengar apa yang ingin

    disampaikan oleh Presiden Obama. Cuba fikirkan, bagaimana pengaruh

    seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran untuk bercakap dalam

    pelbagai bahasa?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Isu Dekat di Hati

    Dalam strategi Public Speaking seorang wakil rakyat, cuba renungkan apa

    yang diperkatakan? Jika audiensnya daripada kalangan penduduk kampung,

    maka isu yang dibicarakan berkaitan hal-hal kemudahan kampung.

    Jika audiensnya daripada kalangan terpelajar, maka isu yang berbangkit lebih

    bersifat keperluan pendidikan dan soal pekerjaan. Maknanya, letakkan diri

    dalam kasut pendengar dahulu.

    Apa yang mereka lalui setiap hari?

    Apa yang mereka asyik fikirkan?

    Apa yang penting bagi mereka?

    Perkatakan itu dahulu, untuk tarik perhatian mereka, sebelum kita

    menyampaikan mesej yang sebenar.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    9. Topeng watak ikut situasi

    Analogi Ketua Akauntan dan Cucu

    Sebelum poin dijelaskan, cuba fikirkan apa ciri-ciri seorang Ketua Akauntan?

    Bagaimana sikap garang dan telitinya beliau di pejabat? Apa reaksi beliau

    apabila berlaku kesilapan pada laporan kewangan? Macam mana beliau

    mendidik para akauntan baru yang mentah?

    Baik, sekarang fikirkan pula, apa ciri-ciri umum seorang datuk yang mempunyai

    cucu bayi? Macam mana dia akan mengagah cucunya dengan main cak-cak?

    Apa responnya jika cucunya ketawa mengekek? Bagaimana rasa hatinya

    melihat cucunya bermain seronok?

    Sekarang fikirkan. Jika anda seorang Ketua Akauntan, anda pasti pakai topeng

    ketua akauntan bukan? Apabila sampai saja di rumah, cucu bayi anda sedang

    menanti dengan bau wangi dan muka tersengih, adakah anda masih memakai

    topeng di pejabat?

    Topeng Itu Penting

    Begitulah sebenarnya pentingnya untuk memakai topeng yang sesuai

    mengikut keadaan. Apa yang penting ialah kita tengok situasi, apa yang berlaku

    saat itu?

    Topeng yang dimaksudkan ialah apakah perwatakan yang perlu kita bawa

    pada masa-masa tertentu. Jika anda sedang memujuk seseorang untuk bangkit

    daripada kesedihan, topeng simpati perlu dipakai.

    Begitu juga jika anda dalam sesi penyampaian manifestasi. Apa topeng yang

    sesuai? Betul, topeng yang menunjukkan ketokohan anda. Agar kredibiliti

    anda semakin meningkat.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Tapi saya jenis yang suka buat lawak. Takkan nak tiba-tiba serius. Hipokrit

    betul!

    Rasa hipokrit?

    Anda ada pernah rasa begitu? Rasa apabila kita sering bertukar watak, seakan-

    akan kita tak jujur? Baik, sekarang bayangkan anda dalam majlis rasmi, dan

    anda perlu mengendalikan majlis.

    Bagaimana keadaan anda waktu itu?

    Jika anda berada di majlis pengebumian, adakah anda masih perlu jujur

    dengan menjadi seseorang yang suka berlawak waktu itu?

    Public Speaker yang hebat, pandai memakai topeng yang tepat mengikut

    situasi!

    Ini bukan soal jujur tak jujur, tapi kemahiran untuk menukar topeng

    perwatakan.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    10. Rentak Tarian Public Speaking

    Saya suka bahagian ini. Dalam kita hendak menari, mesti ada langkah pertama

    dahulu. Kemudian, kita perlu buat pusingan langkah. Sampai muzik yang agak

    rancak, barulah gerakan kita semakin laju!

    Apa kaitannya dengan Public Speaking?

    Kepercayaan

    Dalam Public Speaking penting untuk kita mulakan langkah pertama dengan

    mendapatkan kepercayaan daripada pendengar. Bina rasa percaya, dan rasa

    kebersamaan.

    Macam mana?

    Perkatakan sesuatu yang mereka suka dahulu. Jika audiens kita ialah remaja

    yang minat K-Pop, maka berbincang sebentar mengenai isu itu dahulu. Katakan

    kita setuju dengan mereka dan kita sama seperti mereka.

    Kemudian?

    Mesej

    Apabila kita nampak, mereka sudah berminat, dan teruja untuk mendengar,

    saat itulah yang terbaik! Saat terbaik untuk kita mula sampaikan mesej yang

    kita hendak mereka fahamkan.

    Menjadi kesalahan, jika pada awal-awal lagi kita telah menyatakan perkara

    yang bercanggah dengan pendirian mereka. Bukan sahaja mereka dengan

    sengaja tidak mahu mendengar...

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Malahan selepas ini, mereka akan mempunyai satu pandangan

    negatifterhadap apa sahaja yang kita ingin sampaikan.

    200%

    Tips suka-suka. Apabila kita hendak menyampaikan sesuatu di hadapan

    khalayak ramai, apa yang boleh dipraktikkan ialah, gunakan suara 200%

    daripada nada biasa.

    Supaya orang boleh mengambil serius apa yang anda cuba sampaikan dan

    mereka dapat bezakan keadaan ketika anda hanya bersembang kosong.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    11. Topeng Joker, Lakonan Bahagia.

    Saya suka juga dengan tips-tips santai. Ada soalan yang ditanya, macam mana

    kalau Public Speaker waktu itu, bukan dalam mood yang gembira untuk

    bercakap?

    Profesional

    Pertamanya, tak kira siapa pun anda, jika Public Speaking itu sudah menjadi

    tanggungjawab anda, jadilah lebih profesional. Mungkin anda sudah berjanji

    dengan orang untuk tugas tersebut.

    Bukan semudah itu anda mahu lepaskan tugas tersebut begitu sahaja. Sekali

    orang lain terkena, mereka mungkin hilang kepercayaan kepada anda. Silap-

    silap haribulan, tiada lagi peluang untuk anda bercakap selepas ini.

    Lagipun, bukankan memudahkan kerja orang lain itu tugas yang mulia?

    Kawal Minda

    Mood itu sesuatu yang subjektif. Mood sebenarnya ialah perasaan kita sendiri.

    Sebagaimana kita boleh kawal sesetengah tubuh badan kita, begitu juga

    dengan mood.

    Semuanya bermula dengan minda. Bermula dengan nawaitu kita untuk

    bercakap. Jika niat kita untuk membantu orang lain, niat kita untuk memberi

    ilmu yang ada, maka mood itu bukan alasan.

    Persoalannya, macam mana nak kawal?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Topeng Joker

    Sepertimana yang kita belajar dalam Topeng mengikut situasi. Maka kali ini,

    anda pakai pula Topeng Joker. Cuba ingat semula wajah Joker dalam cerita

    batman.

    Atau cuba bayangkan wajah badut selepas mereka disolek? Bagaimana muka

    mereka? Iya, mereka tersenyum! Untuk dapat mood apabila bercakap,

    senyum! Senyum, sehingga mata pun sama tersenyum.

    Buka mulut sehingga ke bawah. Jika anda biasanya buka kecil, kali ini, buka

    lebih besar sedikit. Senyum, dan besarkan lagi mulut itu. Mahu tak mahu, anda

    akan bercakap, dengan nada yang lebih bersemangat!

    Walaupun hakikat waktu itu, anda sedang letih sangat.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    12. Speaker 58, Pendengar 8?

    Apa yang menjadi cabaran Public Speaker hebat ialah untuk menarik minat

    audiens yang tidak sama umur dengan mereka. Yang lebih mencabar apabila

    usia Public Speaker 58 dan audiensnya hanya berusia 8 Tahun.

    Kuncinya adalah dengan menyelaraskan bahasa mengikut audiens.

    Macam mana?

    Turun Padang

    Jika audiens kita jenis yang berusia, maka turunlah padang duduk di kedai-

    kedai kopi, dengar apa yang mereka bualkan. Jika kita bakal bercakap di Negeri

    Terengganu misalnya, duduk sebentar bersoal jawab dengan sahabat

    Terengganu.

    Lepak dengan mereka. Perhati gelagat mereka. Dengar isi perbualan. Untuk

    permulaan, pakai pakaian dan gaya yang hampir sama dengan mereka. Supaya

    diri kita mudah masuk bersama mereka.

    Sama Tara

    Sama Tara maksudnya kita samakan watak, minda, dan fizikal kita dengan

    audiens kita. Jika kita bakal menguruskan kanak-kanak, maka watak yang perlu

    dimainkan semestinya yang ceria dan kebudak-budakan.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Jika kita hendak bercakap dengan mereka, rendahkan badan, agar kita

    kelihatan sama tinggi dengan mereka. Jika kita perlu berkomunikasi dengan

    Mat Rempit, cuba berpakaian seperti mereka dahulu.

    Bukan dengan memakai blazer di hadapan mereka. Jika kita berpewatakan

    hampir sama, maka mereka akan rasa lebih selesa. Apabila selesa, komunikasi

    mudah berjalan dengan lancar.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    13. Educated Public Speaker?

    Yang ini menarik! Ada soalan yang berbunyi, macam mana apabila kita

    bercakap, dan ada orang yang dengan penuh emosi bercanggah pendapat

    dengan kita? Tambahan pula isu yang dibincangkan itu berbaur politik?

    Bercanggah

    Lumrah, apabila kita bercakap, ada yang tidak sependapat. Walhal, sebenarnya

    ini perkara yang bagus. Namun, menjadi kurang enak apabila percanggahan itu

    melibatkan emosi. Sebagai seorang Public Speaker yang Berpelajaran,

    seharusnya, kita kekal tenang.

    Membalas dengan penuh emosi untuk pertahankan pendapat bukanlah

    sesuatu yang bagus. Maka, apa yang perlu dilakukan?

    Pernyataan Fakta

    Cukup, apabila sesuatu isu ditimbulkan, apa yang perlu dilakukan ialah kita

    balas semula dengan menyatakan Fakta. Kemudian kita biarkan sahaja, orang

    yang mendengar untuk berfikir sendiri dan membuat konklusi mereka.

    Jika mereka masih tidak bersetuju, biarkan. Sebab kita sudah nyatakan

    pendirian kita berdasarkan fakta umum. Maka, terpulang pada mereka.

    Contoh : Saya percaya rakyat negeri ini ditipu oleh pemimpin mereka

    sehinggakan mereka sanggup untuk memilih pemimpin yang sama. Pasti ada

    yang tak betul!

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Biarkan, jawab dengan tenang, Terpulang. Tapi hakikat pada hari ini, setelah

    berpuluh tahun, rakyat tetap memilih pemimpin yang sama. Cara pemilihan

    yang sama, semuanya sama. Telah terbukti pada hari ini.

    Gaya Obama

    Sepertimana yang kita boleh perhatikan pada pemimpin AS, Obama.

    Bagaimana beliau dilawan habis-habisan oleh lawannya. Idea mereka saling

    bercanggah, dan kelemahan demi kelemahan sistem yang dicadangkan Obama

    ditunjukkan.

    Namun, apa yang Obama buat? Terus tenang, nyatakan fakta dan realiti.

    Kalaupun orang lain mahu timbulkan keraguan, dipersilakan. Keraguan hanya

    pada perkara belum benar-benar terjadi. Maka tindakan yang paling selamat,

    nyatakan apa yang jelas.

    Biarkan orang lain membuat spekulasi. Akhirnya, penduduk Amerika tetap

    memilih Obama.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    14. Energi Saya 200%!

    Bagaimana sesetengah Public Speaker mampu memberikan Energi 200%

    apabila bercakap? Bagaimana mereka ada macam-macam perkara yang

    hendak diperkatakan? Kuncinya ialah MODAL!

    Modal apa? Modal untuk bercakap. Mereka mesti ada banyak modal untuk

    diceritakan pada orang lain. Terutamanya Public Speaker dalam bidang

    motivasi atau kepimpinan. Persoalannya macam mana nak dapat modal?

    Cerita Sahabat

    Cara pertama ialah dengan bertanya kawan sendiri. Kawan-kawan kita kadang-

    kadang mempunyai 1001 cerita yang mungkin kita anggap kecil, tapi sangat

    bermanfaat untuk orang lain.

    Di sinilah tugas kita untuk mengumpulkan semua cerita yang kawan kita ada.

    Mulakan untuk berkongsi dengan orang yang terdekat dahulu. Setiap cerita

    akhiri dengan konklusi mudah.

    Agar kita terbiasa untuk menyampaikan cerita yang berisi.

    Pengalaman Orang

    Cara yang hampir sama, ialah bukan sahaja kita perbanyakkan pengalaman

    hidup kita, tapi tanya pengalaman orang lain. Cara paling cepat untuk kita

    berjaya, ialah belajar daripada jatuh bangun orang lain.

    Persoalannya, siapa orang lain itu?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Semua orang. Bercakap dengan macam-macam orang, dan bertanyalah! Paling

    mudah kedua ibu bapa kita. Mungkin kita tidak berminat dengan cerita mereka

    pergi memancing, tetapi tahukah anda?

    Apabila kita mendengar, dan bertanya mereka lagi, daripada kita tak tahu apa-

    apa, paling kurang kita tahu pengalaman memancing. Untung-untung boleh

    buat modal bercerita.

    Paling penting, turunkanlah ego untuk mendengar pengalaman daripada

    pemandu teksi, mak cik jual nasi lemak, pengawal keselamatan dan orang-

    orang seangkatan mereka.

    Kita tak tahu apa yang mereka tahu. Ilmu ini luas.

    Soal Jawab

    Lebih baik ilmu 1 yang disampaikan, berbanding ilmu 100 yang disimpan

    Untuk mengembangkan lagi ilmu yang ada, soal jawab merupakan cara yang

    terbaik. Bukan sahaja kita meningkatkan kefahaman, mungkin kita dapat cara

    yang lebih sesuai untuk sampaikan ilmu tersebut.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    15. Public Speaking Pemain Drum.

    Saya teringat kisah sewaktu awal-awal saya dan kumpulan nasyid terkenal yang

    sedang naik. Kami perlu buat persembahan di Singapura. Waktu itu, saya

    konsultan mereka. Seperti biasa, siapa sahaja yang baru naik, artis mahupun

    public speaker, pasti rasa berdebar sebelum persembahan.

    Waktu itu melihatkan semua penonton mula hadir dan membawa panji

    menyokong kami, menambahkan debar di hati. Semua resah. Semua sedang

    menunggu detik naik ke pentas.

    Artis pun Public Speaker

    Betul, sesiapa yang berkomunikasi dengan audiens, maka dia juga Public

    Speaker! Sebenarnya, semua orang public speaker, tak kira nenek di kampung,

    emak di dapur, ataupun artis di pentas. Cumanya artis berkomunikasi melalui

    lagu.

    Konsepnya tetap sama.

    Pemain Drum?

    Tugas kamu mulia. Kamu mahu berdakwah. Tenang saja.

    Nak berdakwah dengan lagu. Tapi saya main drum saja. Risaunya

    Kamu sedar tak? Semua orang berperanan penting. Public Speaker tanpa

    audiens takkan menjadi. Audiens tanpa public speaker juga hambar. Kamu

    penting sebenarnya, walaupun pemain drum

    Saya bukan sampaikan mesej apa-apa pun

    Saat kamu mengetuk drum, bayangkanlah saat itu kamu mengetuk pintu-pintu

    hati pendengar

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    16. Kisah 10 Minit Close Tender Tentera.

    Saya ada satu cerita. Waktu itu, hampir semua syarikat fasilitator seluruh

    negara berkumpul. Kami semua sedang cuba bersaing mendapatkan satu

    tender. Tender untuk mengendalikan program sebuah syarikat gergasi.

    Inferior Complex

    Anda pernah dengar perkataan ini? Maksudnya ialah seseorang yang

    merasakan dirinya kecil dan rendah diri, apabila melihatkan ada orang lain

    yang lebih hebat. Lalu individu itu hilang keyakinan terhadap diri mereka

    sendiri.

    Implikasi negatifnya ialah, jika anda seorang yang pandai berbicara,

    berkemungkinan dia kaku membatu. Jika dia pandai mengambil hati, dia

    mungkin tersasul lalu menyakitkan hati audiens, umpama audiens ditoreh, lalu

    disimbah asid pula.

    Inilah yang saya rasa sewaktu berkumpul ramai-ramai dengan orang-orang

    hebat. Tapi Alhamdulillah, perasaan Inferior Complex itu, berjaya diatasi.

    Macam mana?

    30 Minit !

    Setiap kumpulan diberikan masa untuk bercakap. Kami perlu mempromosikan

    diri kami, mengapa kami perlu dipilih dan bukannya orang lain. Sebelum

    sampai giliran saya dan kawan saya bercakap, ada sebuah kumpulan yang

    terlebih dahulu bercakap.

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Masa yang diberikan sepatutnya lebih kurang 15 minit, tetapi sesi mereka

    berlanjutan sehingga hampir setengah jam. Betul, kumpulan ini, kelihatannya

    cukup profesional dengan modul program yang sangat mantap.

    Apa yang buatkan mereka lama sangat? Apa pula yang saya perlu lakukan?

    10 Minit saja.

    Saya masuk. Saya mula bercakap. Dan dalam masa 10 minit, alhamdulillah,

    mereka tanya, Bila tarikh kosong mahu buat program? Berapa bayaran

    sekepala? Berapa Siri Program boleh buat?

    Nak tahu apa rahsia saya? Mudah sangat.

    Orang bukannya nak dengar pasal kita, tapi apa yang mereka boleh dapat?

    Maka, saya masuk. Saya tak ceritakan pengalaman saya urus semua syarikat

    multinasional, saya tak ceritakan pengalaman saya mengembara semua

    tempat. Saya cuma fokuskan apa yang mereka boleh dapat apabila mereka

    ambil saya.

    Saya bukan PAKAR. Saya bukan BINTANG. Tapi yang pakar dan ibarat bintang

    menyerlah itu ialah staf tuan puan. Saya? Pembantu mereka untuk lebih

    menyerlah dalam syarikat. Saya bantu mereka dengan cara.....

    Persoalan : Macam mana Inferior Complex itu diatasi?

    Mudah. Kita redha dengan Allah.

    Setiap Orang ialah Unik dan Istimewa

    Cari Kekuatan Sendiri. Semak Keunikan Diri. Tak Perlu Jadi Orang Lain

    Ya Allah, saya terima siapa saya. Rezeki itu datang daripada-Mu. Murahkanlah

    rezeki saya

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    BONUS !

    Berminat sambungan Air Liur Emas 2.0 ? Yang lebih Advanced?

  • Cikgu Asyraf Sabri 2013

    www.cikguasyrafsabri.blogspot.com

    Apa yang bakal anda dapat?

    1. FORMULA menjadi TOP Public Speaker? 2. Saya TRAUMA Super Spontan! 3. Saya Merapu Sesat! 4. Saya Sayang PESAING saya! 5. Orang suka dia, orang benci saya. 6. Saya beremosi atau pendengar beremosi? 7. Dia ada KARISMA lah! 8. Saya sudah PAKAR ASAS! 9. Mulut Saya M16, laju sangat! 10. Spontan mencari SEBAB 11. Taring : Sorok atau Tunjuk? 12. Kisah Ketua Misi Banjir. 13. Apa yang ada pada saya? 14. BONUS !

    Berminat?

    LANGKAH 1 :

    Tuliskan TESTIMONI anda mengenai Air Liur Emas. Kekuatan dan kelemahan.

    LANGKAH 2 :

    PM di facebook saya, Amirul Asyraf Sabri. Tulis dalam Bahasa Melayu PENUH.

    Ke Arah Memartabatkan Bahasa Melayu

    LANGKAH 3 :

    Tunggu saya baca dan respon. Tunggu saya hantar link itu download kepada

    anda. Terima kasih.


Top Related