Transcript
Page 1: AhMAD Said bersama isterinnya Toh Puan Sri Norliza · PDF filesayur rebung, acar pisang, gulai telur itik, kerabu jantung pisang dan sam-bal petai serta kuih tradisional ter- ... dari

RENCANA IKLAN

MUKA 22 • UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 18 OGOS 2011

Dalam Negeri

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB

KUALA TERENGGANU Ramadan menjengah lagi. Bulan yang mendingin dan menyamankan jiwa bagi yang masih sempat berada di dalam lingkarannya, apabila setiap hela nafas menjadi tasbih, tidur men-jadi ibadah, amalan diterima dan doa-doa diperkenankan.

Bulan yang banyak julukan indah dengan keistimewaannya seperti Sayyidus suhur (penghulu segala bulan), Syahrul nuzulil Quran (bulan diturunkannya al-Quran), Syahrul tarbiyah (bulan pendidikan) dan Syahrul Muwasah (bulan kebajikan dan cakna umat).

Semoga kedatangannya tahun ini adalah yang paling istimewa dalam kehidupan, dari segi hubungan de ngan Allah dan dengan manusia, agar setelah ia usai, keperibadian kita turut berubah, bukan sekadar beru-bahnya lembaran usia yang makin menuakan kita.

Syukur kita masih menghela nafas di bumi bertuah ini, Terengganu dan Ramadan masih disambut dengan kegembiraan dan penuh harapan, dengan segenap luang dan kemuda-han untuk meningkatkan amal iba-dat di masjid-masjid yang berdiri g a h , s i m b o l k e p a d a u s a h a me nyuburkan syiar agama.

Dan pada masa yang sama bantuan dan sumbangan mencurah, baik dari-pada pemerintah, badan-badan keba-jikan, syarikat perniagaan atau indi-vidu yang dilimpahkan kesenangan, bersama menceriakan hari-hari bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam kehidupan.

Di bulan ini juga, program-program keagamaan disuburkan bagi mendidik dan juga usaha ke arah mengima-r a h k a n m a s j i d d i s a m p i n g me ngukuhkan penyatuan ummah manakala rezeki sering melimpah bagi mereka yang ingin berusaha dengan peluang perniagaan luas terbuka.

Bagi pengunjung dari luar, mereka boleh merasai pengalaman baru menikmati suasana kemeriahan Ramadan di bandar raya ini sambil berterawih dari masjid ke masjid.

Di sini indahnya berbuka dengan latar senja di pinggir muara di Taman Tamadun Islam dan beribadat di Masjid Kristal yang bergemerlapan, di Masjid Terapung (Masjid Tengku Intan Zaharah) yang disejukkan angin laut atau di Masjid Puteh (Masjid Zainal Abidin) di pusat bandar raya.

Malah tidak perlu berbelanja untuk juadah berbuka kerana boleh bersa-ma mengecap bubur lambuk, kuih-

muih tradisi yang tersedia di masjid sebelum bersiap untuk menunaikan solat Magrib, Isyak juga Terawih.

Di kampung-kampung, amalan tradisi terus disuburkan termasuk dengan majlis berbuka puasa bera-mai-ramai dengan juadah disediakan oleh setiap ahli keluarga di rumah masing-masing mengikut cita rasa mereka sendiri.

Masing-masing menyediakan satu hidangan dalam talam dan mula dibawa ke masjid secara beramai-ra-mai pada pukul 6 petang dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang kerap turun padang sepanjang Ramadan turut dijamu dengan air tangan mereka.

Masakan kampung yang dihidang-kan seperti gulai ayam kampung, sayur rebung, acar pisang, gulai telur itik, kerabu jantung pisang dan sam-bal petai serta kuih tradisional ter-masuk nekbat, puteri mandi, bubur lambuk, lompat tikam dan tapai beras.

Majlis berbuka di mana-mana ter-masuk di hotel-hotel ternama di mana mereka yang kurang bernasib baik termasuk anak-anak yatim dan orang kurang upaya diraikan di samping menerima duit raya-menja-di bulan yang sangat mengembirakan mereka.

Badan-badan bukan kerajaan se perti Puteri UMNO menggerakkan Program Prihatin Puteri (3P) dengan mengagihkan makanan untuk berbu-ka puasa kepada keluarga yang ter-paksa menunggu pesakit di hopsital seluruh negeri.

Program tersebut dimulakan pada

petang 7 Ramadan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan membekalkan 500 pek makanan dan diteruskan hingga hari akhir umat Islam menunaikan ibadat puasa.

Ramadan kali ini, seramai 23 imam dari Mesir dan Arab Saudi buat musim ketiganya dibawa ke negeri ini ditem-patkan di beberapa masjid terpilih bagi mengimamkan solat Terawih.

Ia bagi memberikan suasana ke lainan, selain bersama imam-iman anak negeri termasuk daripada kalangan hafiz dan anak-anak muda lepasan sekolah-sekolah agama, le pasan Institut al-Quran dan Institut Pengajian Islam yang juga sering tidak terlepas daripada menerima undangan untuk berkhidmat di dalam dan luar negara sepanjang Ramadan.

Sebagai persiapan menyambut ketibaan bulan puasa, kerajan negeri melancarkan program Ihya’ Ramadan dengan pelbagai kegiatan dirangka dan setiap masjid serta surau di selu-ruh negeri disediakan peruntukan bagi menjayakan gerak kerja peng-imarahan selain dana masjid yang terkumpul hasil sumbangan para dermawan.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM366,000 sempena program terse-but dan jumlah itu meningkat ber-banding tahun lalu berikutan pertam-bahan masjid serta surau dan jumlah diagihkan berdasarkan keperluan.

Menjelang ketibaannya juga, pro-gram Rakan Muda Ramadan pering-kat kebangsaan dilancarkan bagi menarik penyertaan lebih ramai remaja dalam kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan yang dapat mengukuhkan penghayatan dan kecintaan terhadap agama dan menyemaikan keprihatinan terhadap

mereka yang bernasib malang.Majlis Agama Islam dan

Adat Melayu Terengganu (Maidam) pula melancarkan dua buku terbaru bertajuk ‘Risalah Ramadan dan Azan, Iqamah, Fadilat dan Pelbagai Hukum’ ditulis tiga tokoh disegani iaitu Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Prof. Madya Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi dan Abdul Manan Mohammad Al-Merbawi yang diagihkan kepada umum secara percuma.

Di samping itu, kerajaan negeri meneruskan tradisi pemberian kurma dan air zam-zam bagi setiap keluarga sebagai simbol kepada kemanisan hubungan dengan rakyat dan penyeri sambutan Ramadan.

Bagi membantu golongan fakir miskin, Maidam memperuntukkan RM15 juta zakat untuk diagihkan kepada 30,000 orang di seluruh ne geri bagi persiapan me nyambut Aidilfitri.

Dua skim pengagihan dibuat iaitu golongan miskin terdiri daripada mereka yang pendapatan isi rumah RM750 manakala fakir pula pendapa-tan isi rumah RM450 sebulan.

Bagi yang mempunyai tanggungan empat orang dan ke atas menerima RM450 manakala mereka mempu-nyai tanggungan tiga orang ke bawah akan menerima RM350.

Pengagihan dipercepatkan bagi memberi peluang golongan fakir mis-kin membuat persiapan menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Di samping itu, seramai 450 orang berangkat ke tanah suci bagi me nge r-jakan umrah melalui pakej pener-bangan julung kali dari bandar raya ini terus ke Madinah yang merupa-kan salah satu langkah perintis bagi menyediakan lebih banyak kesele-saan kepada umat Islam.

Sejumlah 15 pakej penerbangan umrah dirancang tahun de pan dan per kem bangan ini adalah susulan

daripada usaha menjadikan Ku a l a Te -r e n g g a n u

sebagai Hub Penerbangan I b a d a t P a n t a i

Timur d a n

ia telah dimulakan dengan penerba-ngan terus bagi mengerjakan haji sejak tiga tahun lalu.

Selain pengumuman bonus, Ramadan membawa lebih keceriaan dengan keputusan kerajaan menam-bah peruntukan bantuan Hari Raya kepada golongan berpendapatan ren-dah di seluruh negeri sebanyak 10 peratus tahun ini.

Ia memandangkan jumlah peneri-manya semakin meningkat, terutama mereka yang baru mendirikan rumah tangga. Tahun lalu kerajaan membe-lanjakan lebih RM40 juta untuk diagih kepada 150,000 keluarga di seluruh negeri.

Dana berkenaan adalah khusus kepada keluarga berpendapatan RM1,500 di samping warga emas (RM200), keluarga miskin dan orang kurang upaya (RM300) serta yang mempunyai ramai tanggungan (RM400).

Ramadan di Terengganu

DUA petugas mengisi bubur lambuk di Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu untuk diagihkan secara percuma setiap hari.

SUASANA meriah dapat disaksikan pada majlis berbuka puasa mengikut adat tradsional di Masjid Kampung Gemuruh, Tepoh, Kuala Terengganu.

AhMAD Said (tengah) menyampaikan komputer riba kepada salah seorang Imam di Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan peringkat negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

AhMAD Said bersama isterinnya Toh Puan Sri Norliza Mahmud (dua dari kiri) turut membeli juadah sewaktu meninjau Bazar Ramadan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

KANAK-KANAK menunggu waktu berbuka puasa di Program Kembara Ramadan Jalur Gemilang 2011 di Masjid Paya Berenjut, Kemaman, baru-baru ini.

AhMAD Said menyampaikan sum-bangan duit raya kepada para pelajar dalam majlis berbuka puasa di Masjid Air Putih, Kemaman baru-baru ini.

MEREKA yang kurang berkemampuan sering dibantu pada bulan Ramadan.

ORANG ramai mengerjakan solat Terawih di Masjid Tengku Tengah ZaharahKuala Terengganu.

Top Related