Download - agresif dalam sukan
i. Hubungkaitkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan dengan teori-teori
keagresifan.:
Baron dan Richardson (1994) mendefinisikan keagresifan sebagai apa saja bentuk
tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecerderaan ke atas
benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecerderaan Wann
(1997) pula member definisi keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk
mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang
yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang
mendatangkan kerosotan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan.
Bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan
sebagai keagresifan, ia mesti menepati empat kriteria (Gill,1986). Pertama, Keagresifan
itu adalah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata-mata iaitu bukan perasaan, sikap
atau motivasi. Kedua, keagresifan itu adalah tingkah laku yang dilakukan dengan
segaja iaitu bernait melakukannya. Ketiga, keagresifan itu adalah satu tingkah laku
yang ditujukan ke benda hidup bukannya benda yang tidak hidup. Keempat,
keagresifan itu adalah satu tingkah laku yang dilakukan dengan niat untuk
mencederakan seseorang individu sama ada dari segi fizikal atau mental.
Terdapat beberapa teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi untuk
menerangkan faktor-faktor berlakunya keagresifan dalam sukan. Pertamanya ialah
Teori Naluri Sigmund Freud. Teori ini menyatakan setiap individu dilahirkan dengan
tenaga naluri keagresifan dan tenaga ini membina satu dorongan dalaman yang harus
dipuaskan (Gill, 1986). Seringkali tingkah laku agresif merupakan satu cara bagi
sesuatu dorongan keagresifan. Tingkah aku ini dipuaskan atau dikurangkan tetapi ada
banyak cara lain yang tidak begitu agresif yang boleh dijadikan ejen untuk
mengurangkan dorongan ini. Semua tenaga ini harus dikeluarkan dan proses ini digelar
sebagai katarsis. Seseorang kanak-kanak yang merajuk dan menghentak kakinya
sedang melepaskan tenaga. Semua ini adalah katarsis dan melalui cara ini, mereka
akan memperoleh kepuasan buat seketika ( Gill, 1986). Salah satu contoh dalam sukan
adalah apabila bola yang dalam kawalan seseorang pemain bola sepak telah dirampas
oleh pihak lawan, pemain tersebut berkemungkinan besar merampas balik bola dengan
melakukan tackle yang kasar ke atas pihak lawannya bagi menghapuskan
kesilapannya.
Kedua, Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Teori ini telah diperkenalkan oleh
Albert Bandura (1973, 1977, 1983) yang menyatakan bahawa perlakuan agresif
sebenarnya dipelajari menerusi pendedahan operan serta pemerhatian. Pendedahan
operan bermaksud setiap perlakuan yang diberikan ganjaran positif berkemungkinan
besar akan diulangi. Contohnya, seorang pemain telah dipuji oleh jurulatihnya kerana
corak permainan yang agresif telah menyebabkan pemain lawan yang dikawalnya
hilang tumpuan. Pujian yang diberikan akan memungkinkan perlakuan yang sama
diulangi pada masa depan. Dalam masa yang sama, perlakuan agresif yang dipelajari
menerusi pemerhatian memberikan kesan yang mendalam kepada individu terbabit jika
dibandingkan dengan pendedahan operan. Menurut Bandura (1986) terdapat empat
peringkat yang berkaitan dengan pembelajaran menerusi proses pemerhatian. la
adalah tumpuan, ingatan, kebolehan dan motivasi. Contohnya, bayangkan seorang
peminat muda menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi dalam permainan bola
sepak secara langsung di televisyen. Semasa perlawanan berlangsung, peminat muda
ini menyaksikan seorang pemain pertahanan pasukan kegemarannya membuat
terkaman sehingga mencederakan penyerang handalan pasukan lawan. Akibatnya,
penyerang tersebut terpaksa dibawa keluar padang dan digantikan dengan pemain lain.
Ringkasnya, pasukan kegemarannya menang dengan jumlah jaringan yang agak
selesa kerana pasukan lawan tadi kehilangan penyerang yang berwibawa. Berdasarkan
aksi tersebut, peminat muda tadi membuat kesimpulan bahawa untuk memenangi
sesuatu perlSwanan, penyerang pasukan lawan mestilah dikeluarkan (dicederakan)
bagi membuka peluang pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Berdasarkan
pendekatan Bandura sebelum peminat muda tadi melakukan terkaman yang serupa
dengan apa yang dilihatnya, beliau perlu memberikan tumpuan kepada aksi tersebut;
mengingatinya; berkebolehan untuk melakukannya dan berkeinginan (bermotivasi)
untuk melakukannya. Bagaimanapun, sekiranya tumpuan peminat tadi berubah (lari)
semasa pemain pertahanan tersebut melakukan terkaman beliau tidak dapat
mengulangi perlakuan tersebut dalam mindanya. Kesannya, beliau tidak dapat
mengingati aksi tersebut semasa beliau bermain dan beliau tidak dapat meniru aksi
tersebut. Sekiranya beliau tidak dapat meniru aksi tersebut (kerana tidak
berkemahiran),beliau tidak akan mampu melakukan aksi yang sama. Akhirnya apabila
beliau tidak berkeinginan (tidak bermotivasi) untuk bersikap agresif, beliau tidak akan
melakukan aksi agresif tersebut. Premis utama teori ini ialah melihat perlakuan yang
agresif akan membawa kepada keagresifan pada masa depan. Gagasan "lingkaran
keagresifan" ini mendapat sokongan dari ramai penyelidik yang mendapati bahawa
pendedahan perlakuan yang agresif kepada pemain muda akan meningkatkan
kemungkinan perlakuan yang sama dilakukan oleh pemain muda tersebut. Lingkaran ini
hanya boleh diatasi jika individu berkenaan keluar dari lingkaran tersebut ataupun
wujud tentangan dari luar sama ada secara positif mahupun negatif. Selagi perlakuan
agresif dalam kejohanan di peringkat tertinggi tidak dapat diatasi, sehingga itulah
pemain muda akan terdedah melakukan aksi agresif ini dalam permainan mereka.
Ketiga, Teori Pemahaman Moral Bredemeier. Teori ini telah diperkenalkan oleh
Bredemeier (1994) yang melihat perlakuan agresif berdasarkan Teori Pembangunan
Kognitif Piaget. Menurut Bredemeier (1994), kemahuan seseorang individu untuk
melibatkan diri atau melakukan tindakan yang agresif bergantung kepada tahap
pemahaman moral. Individu yang tinggi tahap pemahaman moral lazimnya tidak akan
melakukan sesuatu tindakan yang agresif secara melulu jika dibandingkan dengan
mereka yang rendah tahap pemahaman moralnya. Oleh kerana keagresifan dianggap
sebagai satu tindakan yang menyalahi etika kehidupan manusia, maka terdapat
perkaitan di antara tahap pemahaman moral manusia dengan perlakuan agresif dalam
sukan. Bagaimanapun, tahap pemahaman moral serta pembangunan kognitif manusia
sebenarnya dicabar dalam konteks sukan. Ini kerana sukan membenarkan perlakuan
yang agresif, khususnya sukan yang berbentuk kombat seperti tae kwan do, karate,
silat olahraga dan tinju. Justeru itu, tahap moral dalam kehidupan harian manusia
"digantung" buat seketika (tidak digunakan) apabila individu terbabit melibatkan diri
dalam bidang sukan. Perlakuan yang agresif seperti menumbuk, menendang, menjatuh
dan mencederakan lawan (individu) dibenarkan dalam sukan tetapi menyalahi etika dan
undang-undang kehidupan manusia di luar konteks sukan. Bredemeier (1994)
mendefinisikan situasi ini sebagai "moraliti dalam kurungan" (bracketed morality).
sebagai tambahan, pasukan sukan juga merupakan tempat yang menentukan
"persekitaran moral" kepada para ahlinya. Kadangkala persekitaran moral yang wujud
dalam pasukan tersebut menyumbang kepada keagresifan dalam sukan (Shaharudin,
1998, 2000; Stephen & Bredemeier, 1996). Justeru itu, tahap pernahaman moral
manusia adalah kritikal apabila membincangkan tentang keagresifan dalam sukan.
Keempat, Teori Frustrasi-Agresif atau Teori Kekecewaan-Agresif. Teori
Frustrasi-Agresif yang mula-mula diperkenalkan oleh Dollard, Miller, Doob, Mourer dan
Sears (1939) menjelaskan bahawa keagresifan merupakan kesan semula jadi frustrasi
dan perlakuan agresif yang terhasil dari perasaan marah dan kecewa yang berfungsi
sebagai katarsis. Bagaimanapun, kelemahan teori yang diperkenalkan oleh Dollard dan
rakanrakannya ini kerana wujudnya prasyarat iaitu perlakuan yang agresif mesti
didahului oleh rasa marah. Dalam kehidupan kita seharian, perlakuan yang agresif
boleh berlaku tanpa individu berkenaan perlu berasa marah dan kecewa terlebih
dahulu. Perasaan yang negatif seperti putus asa dan kecewa boleh menjadi pencetus
tindakan yang agresif tanpa perlu menunggu individu berkenaan berasa marah terlebih
dahulu. Justeru itu, pendekatan Dollard dan rakanrakannya menjadi tidak popular.
Berdasarkan kelemahan yang wujud dalam pendekatan asal teori Frustrasi Agresif ini,
Berkowitz (1958, 1993) telah mengubahsuai teori ini dengan menjelaskan bahawa
kekecewaan tidak semestinya menyebabkan keagresifan, tetapi ia bertindak sebagai
pemangkin (perkara yang boleh mencetuskan tindakan) kepada keagresifan. Menurut
Berkowitz (1993) lagi, beberapa stimulus perlu ada bagi mencetuskan sesuatu tindakan
yang agresif. Stimulus ini bertindak sebagai kiu yang menyuntik tindakan agresif
kepada individu yang kecewa. la samalah seperti kain merah yang dikibarkan oleh
matador dalam sukan raga lembu di Mexico. Kain merah tersebut menjadi kiu yang
menyebabkan lembu tadi marah serta bertindak agresif dengan menyerang dan
mengejar matador tersebut. Dalam konteks sukan pula, ejekan dari penonton mungkin
menjadi kiu (penyebab) kepada para pemain untuk bertindak kasar terhadap lawannya.
Perasaan atau emosi yang negatif apabila bercampur dengan kekecewaan menjadi
asas utama keagresifan. Contohnya, pemain dari pasukan yang sedang ketinggalan
diejek oleh para penonton. Ini menyebabkan mereka marah serta berasa tertekan
(emosi negatif), tambahan pula beberapa keputusan pengadil dilihat sebagai berat
sebelah iaitu menyebelahi pasukan lawan. Ini akan meningkatkan lagi rasa kecewa
mereka. Akibatnya mereka menjadi semakin marah dan sedikit kesilapan sama ada
daripada pengadil, pemain lawan ataupun para penonton akan mencetuskan
keagresifan di padang atau gelanggang permainan. Menurut Cox (1998), kemarahan
merupakan punca kepada tindakan agresif tetapi tekanan juga boleh menjadi penyebab
berlakunya perlakuan yang agresif. Kecenderungan bertindak secara agresif
sebenarnya merupakan satu proses yang agak kompleks tetapi pengaruh persekitaran
khususnya ibu bapa, rakan-rakan serta media yang lain merupakan pengaruh besar
yang perlu diawasi. Cabaran bagi kita untuk cuba mengurangkan pengaruh serta
pemangkin yang mungkin menyebabkan berlakunya tindakan dan keagresifan dalam
sukan agar mereka yang terlibat dengan sukan, mendapat satu pengalaman yang
manis dan berguna untuk diri mereka.
Kelima, Teori Kekecewaan-Keagresifan Yang Dikaji Semula. Membuat
perbandingan dengan Teori Pembelajaran Sosial. Tidak semua kekecewaan
semestinya diakhiri dengan keagresifan tetapi boleh berubah menjadi agresif dengan
syarat wujudnya rangsangan tertentu yang mencukupi (Berkowitz 1965, 1969, 1993).
Keagresifan akan berlaku apabila beberapa rangsangan, terutama rangsangan negatif
bergabung dengan kekecewaan yang akhirnya keagresifan hadir bersama.
Rangsangan ini merupakan tanda atau isyarat yang menghubungkaitkan antara
kekecewaan dan keagresifan. Perasaan marah merupakan asas keagresifan dan
faktor-faktor lain seperti kemuraman dan kedukaan juga merupakan antara rangsangan
negative yang boleh mencetuskan tingkah laku agresif. Atlit yang mengambil bahagian
dalam pertandingan berada dalam keadaan arousal (kebangkitan psikologi) dan
sekiranya kekecewaan yang berterusan akan menyebabkan tahap arousal akan
meningkat sehingga ke satu tahap di mana tingkah laku keagresifan akan timbul.
Dengan adanya tanda atau isyarat persekitaran yang relevan seperti situasi yang boleh
meningkatkan tahap arousal, pemain akan cuba mencapai matlamat, melakukan
kekasaran dengan sengaja dan menyekat pencapaian matlamat lawan secara tidak
adil.
ii. Cara-cara mengatasi keagresifan dalam sukan.
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan untuk mengurangkan keagresifan di
kalangan atlet atau pemain. Antaranya Menggalakkan role model yang bersih kepada
atlet atau pemain. Terdapat ramai atlet profesional yang berpotensi serta sesuai untuk
diketengahkan sebagai idola kepada pemain-pemain muda. Ini akan membuka masa
pemain bahawa kejayaan boleh dicapai secara "bersih". Pihak penganjur juga boleh
menghukum pemain yang beraksi secara agresif. Atlet yang melakukan kesalahan yang
sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat kerana bukan sahaja
mereka mencederakan atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan mereka
menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda. Hukuman juga boleh
dikenakan terhadap jurulatih yang menggalakkan keagresifan. Bukan sahaja pemain
yang bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan penggunaan
taktik atau strategi yang bersifat agresif juga perlu dikenakan hukuman. Semangat
bermain secara adil bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian. Justeru itu,
memang layaklah mereka ini dikenakan hukuman yang setimpal. Apabila pemain
berasa kecewa disebabkan mengalami kekalahan, kesakitan fizikal, kesilapan pengadil,
keaiban atau bermain dibawah kemampuan sebenar. Jurulatih perlu memainkan
peranan agar keagresifan dapat dikawal. Apa yang perlu dilakukan adalah meleraikan
kekusutan yang dialami atau dirasai oleh pemainnya daripada menimbulkan
keagresifan. Oleh itu, pemain-pemain akan mempunyai kemahiran mengawal emosi
dan tindak balas hasil daripada kekecewaan tersebut. Jurulatih juga disarankan supaya
tidak memberikan tekanan yang terlalu tinggi seperti memastikan kemenangan setiap
kali bermain (Widmeyer, 1984).
Selain itu, Kurikulum sukan perlu diperkenalkan diperingkat sekolah rendah lagi.
Dalam kurikulum ini terdapat modul yang mengajar etika penonton dan bermain dalam
sukan. Dengan pengajaran secara memperkenalkan pelbagai jenis program sukan
secara terus akan dapat menyemai nilai-nilai murni dan dapat membentuk semangat
kesukanan tulin sejak dibangku skolah rendah lagi. Dengan adanya program-program
tersebut, adalah diharapkan sikap mulia dalam aktiviti sukan dapat dibentuk melalui
Pendidikan Jasmani dan kegiatan kokurikulum di peringkat awal sekolah. Melalui
pendidikan sukan kita bukan hanya mendidik atlet malah jurulatih-jurulatih juga perlu
menghadiri program seperti ini kerana seseorang jurulatih perlu tahu bagaimana untuk
membentuk seorang atlet yang bernilai murni dan beretika.
Pemain juga harus didedahkan tentang teknik-teknik mengawal perasaan semasa
pertandingan dan dapat menerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa
menyedari keupayaan diri sendiri dan menghargai orang lain. Sentiasa menamkan
sikap bahawa kemenangan bukan segalanya. Kursus-kursus motivasi juga perlu
diadakan lebih kerap. Kursus ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sebagai salah
satu program kesedaran terhadap pentingnya semangat kesukanan dikalangan pemain.
Setiap individu mempamerkan satu tingkah laku alternatif yang perlu dipraktikkan
secara berulang kali supaya ia menjadi lazim pada dirinya. Antara tingkah laku tersebut
adalah menggunakan masa lapang secara produktif, tegaskan pendiriran, uruskan
konflik yang dihadapi secara terbuka dan secara langsung tanpa berselindung, elakkan
tingkah laku menyalahkan orang lain, berikan tindak balas positif kepada orang lain,
nilai semula matlamat dan harapan, berehat dan relaksasi buat sementara waktu.
Teknik ini dapat mengurangkan tekanan dan keagresifan dalam diri seseorang (Adam,
1980).
Selain itu juga, memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain
dengan bersih adalah satu cara yang berkesan. Pemain atau pasukan yang bermain
dengan bersih khususnya dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi
iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di masa clepan. Dalam masa yang sama,
anugerah Fair Play kepada pasukan perlu diberikan kepada pemain juga. Dengan
wujudnya anugerah pemain paling "bersih", kita menggalakkan sikap yang sama di
kalangan pemain.
Keagresifan di kalangan pemain sebenarnya berkait rapat dengan, keagresifan
penonton. Ini adalah kerana penonton merupakan di antara faktor yang boleh
mencetuskan keagresifan di kalangan pemain semasa perlawanan berlangsung dan
kadangkala menjadi pencetus keagresifan. apabila wujudnya konfrontasi di antara
pemain dan penyokong. Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
ini. Antaranya, memastikan tiada senjata atau perkara yang membahayakan dibawa
masuk oleh penonton ke dalam stadium.Pihak pengurusan stadium perlu memastikan
agar penonton tidak membawa masuk barang-barang yang membahayakan. Di luar
negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk mengelakkan keadaan yang
tidak diingini.
Penyokong kedua-dua pasukan juga perlu dipisahkan agar tidak berlakunya
pergaduhan atau perkara yang tidak diingini di dalam stadium. Kita perlu elakkan situasi
seperti di beberapa negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana
pergaduhan di antara penyokong.
Mempromosikan acara sukan sebagai aktiviti keluarga juga boleh
diterapkan di kalangan masyarakat. Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga,
maka kita akan menjaga kesopanan serta perlakuan agar aktiviti tersebut dapat
dinikmati dalam suasana yang selamat.
Selain itu, Media tidak menjadi batu api kepada kedua-dua pasukan. Pihak
media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap
perlawanan tersebut tidak ada sentimen yang negatif. Ini adalah kerana kewujudan
sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar
api dendam di antara pemain, malahan di antara para penyokong. Ini akan
menyebabkan suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang
berlaku dalam pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United
dari England dan Kelab Galatasaty dari Turki.
Kesimpulannya, keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka
yang terlibat mempunyai niat yang positif untuk sama-sama mengatasi keadaan ini.
Penggiat sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di
bawah didikan masing-masing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan
kondusif.
iii. Sejauhmanakah aspek keagresifan boleh mempengaruhi prestasi dalam sukan.
Terdapat dua bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu instrumental dan
bermusuhan. Keagresifan instrumental menyebabkan berlakunya kecederaan kepada
pemain-pemain pihak lawan. Bukan untuk melihat pemain lawannya teraniaya dan
mengalami kecederaan tetapi untuk mencapai matlamat sama ada sebagai ganjaran
atau maruah diri. Dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi sukan (Husman
dan Silva, 1984) kerana pemain bermain mengikut peraturan dengan intensiti dan
emosi yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan sesiapa. Dikatakan tidak agresif
kerana matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan seperti melakukan tackling
untuk mendapatkan bola dalam permainan bola sepak. Keagresifan bermusuhan pula
berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau psikologikal (Dollard, et al.,
1939). Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan dan
menyebabkan pemain tersebut teraniaya. Satu siri perlakuan secara sengaja dengan
mengasari pemain lawan dan ia adalah terkeluar daripada peraturan atau
undangundang perlawanan. Banyak berlaku dalam sukan seperti hoki, ragbi dan tinju.
Ramai jurulatih berpendapat bahawa sikap agresif kadangkala
diperlukan apabila bertanding dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, bola
keranjang, bola faring serta sukan kombat (silat olahraga dan tae kwan do). Bagi
kebanyakan jurulatih, bermain secara agresif dalam sukan sedemikian memberikan
kelebihan untuk mengatasi lawan. jika kita melihat persoalan ini dari sudut
kebangkitan (fisiologi dan emosi) dengan menggunakan pendekatan U-Terbalik, jelas
sekali bahawa individu yang terlalu tinggi tahap kebangkitannya khususnya mereka
yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang semakin kecil jika dibandingkan
dengan mereka yang sederhana tahap kebangkitannya. Sudah pasti individu
yang tinggi tahap kebangkitannya akan kehilangan beberapa kiu penting sepanjang
perlawanan tersebut. Kesannya, pemain tersebut akan melakukan kesilapan yang
mungkin membawa padah kepada pasukannya. Satu perkara yang perlu kita ingat
adalah setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza
dari sukan yang lain untuk mendapatkan tahap prestasi yang terbaik.
Dalam kajian yang melihat kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas
pemain bola keranjang, Silva (1979) mendapati pemain yang tidak terganggu
dengan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor
yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang
terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang keterlaluan
menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuan
terhadap permainan.
Namun, keagresifan juga boleh menyebabkan atlet meningkatkan kebangkitan
dalam dirinya untuk bermain dengan lebih bersemangat. Kebangkitan ataupun juga
disebut sebagai arousal, drive, activation, readiness dan excitation adalah keperluan
dalaman yang diperlukan atlet dalam sesuatu persembahan sukan yang optimum.
Pergerakan, pemikiran dan tindak balas yang mencukupi boleh didapati sekiranya atlet
mempunyai kesediaan dari aspek fizikal dan psikologi. Apabila seseorang atlet menjadi
agresif, dua faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kebangkitan iaitu
fungsi struktur otak dan juga sistem saraf autonomik yang melibatkan cerebral cortex,
hipotalamus dan reticular formation. Setelah perkara ini terjadi maka keagresifan
mengaktifkan kelenjar adrenal lalu merembeskan hormon epinephrine yang memberi
tenaga kepada atlet. Sebagai contoh, apabila seseorang atlit menjadi agresif, arousal
akan mula dibangkitkan dalam dirinya menyebabkan peningkatan dalam prestasi
persembahannya.
Bila diperhatikan perlakuan agresif yang ditunjukkan oleh pemain yang terlibat
dalam sukan, kita akan dapati perlakuan tersebut didorong oleh beberapa sebab
tertentu. Untuk memudahkan pemahaman kita tentang keagresifan dan kaitannya
dengan peningkatan prestasi atlet, perlulah kita melihat jenis-,jenis keagresifan yang
wujud dalam sukan.
Jenis keagresifan yang pertama adalah keagresifan ketara. Keagresifan ketara
merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca dari rasa marah dengan matlamat
untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat
individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula (kepuasan) adalah melihat
individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya (Silva, 1984). Contohnya,
seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain
pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar
tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang ini telah
menyiku muka pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa
perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh
penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain
pertahanan tersebut. Niatnya pula, untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain
pertahanan tersebut dan ganjarannya (kepuasan) pula adalah melihat pemain tersebut
menanggung derita (seksa) kesakitan akibat tindakannya itu. Keagresifan seperti ini
tidak member kesan yang baik dalam peningkatan prestasi, malah prestasi permainan
akan merudum kerana pemain tidak memberi tumpuan kepada permainan dan tidak
fokus kepada permainan tersebut.
Jenis keagresifan yang kedua adalah keagresifan instrumental. Keagresifan
instrumental merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan
individu lain bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti
kemenangan, hadiah atau pangkat. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan
tersebut sebagai "instrumental" (perlu dilakukan) untuk mencapai matlamatnya.
Contohnya tindakan agresif seorang pemain pertahanan ke atas pemain penyerang
pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak
dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada
rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini untuk memastikan
pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk
mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada tetapi matlamat utama pemain
pertahanan tersebut untuk memenangi perlawanan itu.
Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif tersebut
sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk
mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan
dengan peraturan mans-mans jenis sukan. Penggunaan strategi ini dalam permainan di
semua peringkat, khususnya di peringkat profesional (tertinggi) perlu dibanteras kerana
tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda.
Jenis tindakan agresif yang ketiga ini sering kali disalahtafsirkan maksudnya kerana
kita jarang sekali menggunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan yang
dimaksudkan ini dikenali sebagai tindakan asertif. Tindakan asertif merujuk kepada
penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan
permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat
untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali. Jika kecederaan
berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak, boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif
kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan permainan dan tiadanya niat
untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Contohnya, penggunaan
tackle untuk mengehadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam
permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan tersebut
selagi cara tackle tersebut dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika
berlakunya kecederaan kepada pemain pasukan lawan akibat tackle bersih yang
dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan
bersih serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan.
Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada sesuatu perlakuan
itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak di tangan pengadil.
Adalah sesuatu yang amat sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila mereka
melakukan sesuatu tindakan dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan
pantas, khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open
shills). Jika sesuatu tindakan yang asertif dilakukan tetapi dinilai oleh pengadil sebagai
satu tindakan yang agresif, maka pemain tadi akan dihukum walaupun beliau tidak
berniat untuk mencederakan lawannya. Sebaliknya, jika seseorang pemain memang
berniat untuk mencederakan pernain lawan tetapi tindakan beliau tidak dianggap
sebagai keterlaluan oleh pengadil, maka beliau terlepas dari hukuman.
BIBLIOGRAFI
Bandura, A., 1973. Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs, N J:
Prentice Hall.
Baron. R. A. dan Richardson, D. R., (1984). Human Aggression. New York:
Plenum
Dollard, J., Doob, J., Miller, N., Mowrer, O. dan Sears, R. (1939). Frustration and
Aggression. New Haven, CT: Yale Universiti Press.
Gill, D. L, (1986). Psychology of Sports: A Social Psychology Approach. Dubuque, IA:
William C. Brown.
Mohd Taib Bin Harun, Dr.Norlena bt Salamuddin. (2007).HBPE 1203 Kecergasan
Fizikal. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Paish, W. (1974). Introduction to Atheletics. London: Faber & Faber
Peter JL Thomson. Introduction to Coaching Theory. International Amateur Atheletic
Federation. England: Marshallart Print Servises LTD.
Seyle, H. (1982). History and present status of the stress concept. In S. Breznitz & L.
Goldberger (Eds), Handbook of stress: Theoretical and clinical aspects. New
York: Free Press.
Silva, J. M., (1980). Understanding aggressive behavior and its effects upon athletics
performance. In W. F. Straub (Ed.), Sport Psychology: An Analysis o Athlete
Behavior. Edisi Kedua. Ithaca, NY: Mouvement.
Thirer, J., (1993). Aggression, In R. N. Singer, M. Murphey, L. K. Tennant (Eds.),
Handbook of Research on Sport Psychology, hlm. 368-378. New York:
Macmillan.
Widmeyer, W. N., (1984). Aggression—performance relationships in sport. In J. M.
Silva dan R. S. Weinberg (Eds.), Psychological Foundations of Sport, hlm. 274-
286. Champaign, IL: Human Kinetics.