Transcript
Page 1: 8 tahap kitaran hidup manusia (pendekatan psikososial) · PDF file– Elemen percaya wujud apabila keperluan asas bayi dipenuhi ... • Peringkat 8 –Integriti vs. Putus asa ... melayari

1

8 tahap kitaran hidup manusia (pendekatan

psikososial)

• 8 tahap/peringkat dalam kitaran hidup manusia

menurut Erik Erikson (1963). Persekitaran keluarga

banyak mempengaruhi kualiti perkembangan ini

• Peringkat 1 – Bayi “Percaya vs. Keraguan”

– Bayi bergantung sepenuhnya kepada orang lain

(ibubapa/orang yg berperanan sebagai ibubapa) utk teruskan

hidup

– Elemen percaya wujud apabila keperluan asas bayi dipenuhi

serta menerima kasihsayang, rangsangan, sentuhan, dakapan

– Tanpa ini semua, bayi merasa ragu-ragu & tidak percaya kpd

orang dewasa dan terhadap kehidupan secara amnya

• Peringkat 2 – Kanak-kanak bertatih “Autonomi vs. Malu & was-was”

– Antara umur 1 – 3 tahun kanak-kanak belajar berjalan, bercakap & berlatih menggunakan tandas

– Elemen kawalan diri dan keyakinan dipelajari pada tahap ini

– Pencapaian positif dalam mengawal diri dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap kemampuannya mengawal persekitaran

• Peringkat 3 – Kanak-kanak peringkat awal “Inisiatif vs. rasa bersalah”

– Antara umur 3-6 tahun kanak-kanak telah dapat mempertingkatkan keyakinan diri

– Kanak-kanak belajar meneroka persekitarannya. Sokongan keluarga dalam bentuk “kebebasan” berserta “garispanduan” membantu kanak-kanak berkembangn dgn sempurna

– Jika kekangan yang melampau dari persekitaran wujud, kanak-kanak akan membesar dengan perasaan bersalah

• Peringkat 4 – Kanak-kanak sekolah “Industri vs. Rendah

diri”

– Antara umur 6–11 kanak-kanak meneroka alam persekolahan.

– Mereka belajar bahawa aktiviti mereka mempunyai makna & mereka boleh

menjadi kreatif. Mereka selalu cuba menonjolkan bakat

– Persekitaran keluarga yg positif perlu dalam menggalakkan kanak-kanak

merasakan pencapaian mereka. Memperkecilkan atau gagal mengiktiraf

kreativiti kanak-kanak boleh menjadikan mereka rendah diri

• Peringkat 5 – Remaja “Identiti vs. kekeliruan peranan”

– Peringkat baligh, antara umur 12–18 tahun remaja mengalami fasa

pertumbuhan yg bergelora dgn penerokaan serba baru

– Remaja mencuba peranan baru dlm menyesuaikan diri di alam transisi

berbekalkan matlamat, falsafah kehidupan dan keyakinan diri

– Tanpa sokongan mantap keluarga, remaja boleh keliru dan tenggelam

punca dlm mencari identiti dirinya

• Peringkat 6 – Awal Dewasa “Keintiman vs. Pengasingan”

– Remaja pada peringkat ini mula meninggalkan rumah, mula membentuk

hubungan mesra dgn orang lain (cinta, perkahwinan dll)

– Remaja yg gagal berbuat sewajarnya akan melalui fasa hidup yg penuh

terasing

• Peringkat 7 – Dewasa “Generativiti vs. Absorption

(Penyerapan kendiri)”

– Generativiti = melahir, mendidik, membesarkan anak, produktif & kreatif

dlm hidup. Individu dewasa membentuk keluarga sendiri, mencari

kepuasan dari hubungan dgn keluarga

– Dewasa mempamerkan kreativiti secara optimum, I.e dalam kerjaya.

– Dewasa yg gagal “generate” boleh menjadi individu yg pentingkan diri dan

tidak dapat melihat faedah dari sebarang perkara yg dilakukan

• Peringkat 8 – Integriti vs. Putus asa”

– Integriti dimaksudkan sebagai keutuhan diri

individu dilihat dari aspek kejujuran,

keikhlasannya dala menjalani kehidupan.

Individu pada peringkat ini sudah matang

dengan hidup; menaakul segala pencapaian

sebelum ini

– Individu yang berjaya menaakul kehidupan

yang serba positif akan bergembira dan selesa

melayari kehidupan hari tua

– Individu yang gagal akan kecewa dan

merasakan keutuhan dirinya tercabar

Top Related