Transcript
Page 1: 7 disaster in malaysian history

7 DISASTER IN MALAYSIAN HISTORY

NAMA AHLI KUMPULAN ID1. NUR ATIKAH AMIRA BINTI RANI 121013150342. NURAIENA BINTI MUSTAFA 121023150403. NADZHATUL SYAHILA MOHAMMAD NADZRI 121013150414. YASMIN IZUREEN BINTI IBRAHIM 121013150205. SITI FAHIRAH BT. M. ISA 121023150176. NOR SYAFINAS BINTI NOR ASHAAZLIM 12101315023

Page 2: 7 disaster in malaysian history

DEFINISI BENCANA

• Bencana merupakan suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat

Page 3: 7 disaster in malaysian history

JENIS-JENIS BENCANA1. Bencana Bersifat Semulajadi :► Banjir, Ribut Taufan, Tanah Runtuh, Tsunami, Jerebu, La Nina, Kemarau2. Bencana disebabkan oleh aktiviti manusia :► Kebakaran, Kemalangan Jalanraya, Kemalangan kapal terbang, Bangunan runtuh, Kemalangan Industri, Kemalangan Nuklear, Rusuhan awam, Serangan Pengganas 3. Bencana Hybrid – merangkumi kedua-dua elemen diatas : ►Bangunan runtuh semasa banjir, Kemalangan jalanraya yang melibatkan mangsa yang ramai semasa ribut taufan 4. Penyakit Berjangkit :► SAR(H1N1), Avian Influenza, Taun, Denggi

Page 4: 7 disaster in malaysian history

7 BENCANA DALAM SEJARAH MALAYSIA

• 1. TRAGEDI HIGHLAND TOWER• 2. TRAGEDI RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA• 3. TRAGEDI MH17 TERHEMPAS• 4. TRAGEDI RIBUT GREG• 5. TRAGEDI TSUNAMI 2004 DI MALAYSIA• 6. TRAGEDI GEMPA BUMI DI SABAH• 7. TRAGEDI POS DIPANG

Page 5: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI HIGHLAND TOWER• Berlaku pada 11 Disember 1993

• 1 daripada 3 blok kondominium di Taman HillView runtuh

• Satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk

• 48 orang terkorban

• Bangunan ini mempunyai 12 tingkat

• Runtuhan berlaku selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah .

• Kesilapan dalam rekabentuk tembok penahan yang dibina di belakang Blok 1 Kondominium Highland Towers.

Page 6: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI HIGHLAND TOWER• anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM, 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn datang membantu

• 12 Disember 1993,Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

• 13 Disember 1993,Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi

Page 7: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM,SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI•Gegaran keseluruhan bangunan dirasai oleh para penghuni kondominium 12 tingkat itu.SEMASA TRAGEDI•Kabinet memutuskan supaya projek pembangunan bangunan tinggi ditangguhkan•Kerajaan-kerajaan negeri membekukan pembinaan bangunan tinggi di kawasan bukit. SELEPAS TRAGEDI•Pasukan Elit Bencana Alam perlu dibentuk dan dilengkapi dengan kemahiran dan peralatan canggih•Pasukan Geo-teknik perlu diwujudkan untuk mengkaji struktur fizikal tanah dan binaan bangunan

Page 8: 7 disaster in malaysian history

RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA

• Peristiwa berlaku 6 Disember 2008

• Di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang Selangor

• Tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama

• Tragedi berlaku 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Tower

• Pasukan penyelamat yang terlibat adalah ATM, JPAM,SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,MPAJ

Page 9: 7 disaster in malaysian history

RUNTUHAN BUKIT ANTARABANGSA

• 4 orang terkorban dan 15 orang cedera 

• keadaan cerun di kawasan Bukit Antarabangsa dianggap kurang stabil disebabkan keadaan struktur geologinya yang lemah merupakan punca berlakunya runtuhan

• 15 mangsa lain yang tercedera menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan lanjut.

Page 10: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI MH17 TERHEMPAS• Jenis pesawat yang terhempas : Boeing 777• Tarikh : 17 JULAI 2014• Waktu Dijangka Tiba : 6.10 Pagi Jumaat 18 JULAI 2014• Mangsa Terkorban : 295 Penumpang• Tiada mangsa yang terselamat• Punca Tragedi : Dipercayai ditembak oleh puak pemisah di

Donetsk, Timur Ukraine• Pasukan penyelamat yang terlibat : Pasukan Mencari dan

Menyelamat Khas Malaysia (SMART) daripada TUDM, ATM.• Bangkai pesawat dan mayat dijumpai di ladang jagung

berhampiran

Page 11: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI•MAS mengesahkan menerima maklumat daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa hubungan komunikasi dengan pesawat MH17 terputus pada jam 10.15 malam waktu Malaysia SEMASA TRAGEDI•Malaysia menerima laporan penyiasatan tragedy MH17 oleh pihak berkuasa Belanda.Kerajaan memerlukan angaran 60 hari untuk meneliti laporan itu sebelum memberi maklum balas pada pihak berkuasa belandaSELEPAS TRAGEDI•10 julai , Malaysia menerima laporan penyiasatan tragedi MH17 oleh pihak berkuasa Belanda•14 julai, Negara-Negara terbabit dalam penyiasatan bebas terhadap insiden penembakan MH17 iaitu Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine meminta majlis keselamatan PBB menubuhkan tribunal Jenayah Antarabangsa

Page 12: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI RIBUT GREG SABAH• Tragedi Ribut Greg berlaku pada 26 Disember 1996

• Ribut tropika terburuk di Malaysia

• Berlaku akibat tekanan udara rendah yang berlaku di tengah Laut China Selatan antara sabah dan Vietnam

• Ribut Tropika Greg berlaku apabila angin tropika yang bertiup selaju 50 hingga 70 kilometre sejam (km/j) dari arah Laut China Selatan menghala ke pantai barat sabah dan utara Sarawak.

• Kelajuan angin menyebabkan laut bergelora dengan ombak setinggi 3 hingga 5 meter

Page 13: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI RIBUT GREG SABAH• Lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut

yang berlaku selama 5 jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi

• Polis, Tentera , JPA3 dan Bomba segera mengadakan usaha mencari dan menyelamat

• Kebanyakan mangsa tertimbus di dasar sungai atau ditindih pokok yang menyukarkan usaha menyalamat.

• Usaha mencari mangsa dihentikan pada 12 Januari 1997

• Antara daerah terjejas ialah Keningau, Tuaran dan Papar

Page 14: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI•Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada 25 Disember jam 1 pagi mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang yang dijangkakan memberi kesan terhadap Labuan dan Barat Sabah.SEMASA TRAGEDI•Ketua Menteri Sabah mengerakkan jawatan kuasa Bencana alam negeri•Badan Swasta menyalurkan bantuan seperti Sabah Air yang menyumbangkan 4 buah helicopter untuk operasi mencari dan menyelamatSELEPAS TRAGEDI●pada 30 Disember kerajaan negeri Sabah dijadualkan untuk memulakan kerja-kerja permulihan di 11 daerah yang mengalami kesan akibat rebut ini.

Page 15: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI TSUNAMI 2004 DI MALAYSIA

• Berlaku pada 26 Disember 2004

• Tsunami ini terjadi apabila 1 gempa bumi yang besar berlaku di Lautan Hindi lepas pantai barat Aceh 

• mengakibatkan berlakunya ombak besar tsunami yang melandai kawasan-kawasan pantai di selatan Asia, Sumatera Utara, Thailand dan Malaysia. 

• sebanyak 68 orang disahkan terbunuh manakala 6 lagi dilaporkan hilang

Page 16: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI TSUNAMI 2004 DI MALAYSIA

• Bencana itu membabitkan 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor

• 2 negeri paling teruk terjejas ialah Pulau Pinang dan Kedah.

• Pulau Pinang mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 52 orang, Kedah (12 orang), Perak (2 orang) dan Selangor seorang

Page 17: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI●Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya jangan berada berhampiran pantai SEMASA TRAGEDI●Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan supaya langkah segera diambil untuk mempermudahkan apa juga bantuan yang perlu dikeluarkan untuk membantu mangsa tragedi itu●Datuk Seri Najib Tun Razak pula mengarahkan penduduk di kawasan pantai yang berisiko di Pulau Pinang dan Kedah segera dipindahkan kerana dikhuatiri `tsunami' berulang lagi.SELEPAS TRAGEDI●Program Pemulihan dan pembangunan semula dan melaksanakan penilian kerosakan diadakan .

Page 18: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI GEMPA BUMI DI SABAH• Berlaku pada 7.15 pagi, hari jumaat 5 jun 2015

• Gegaran dirasai di kebanyakkan tempat di sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pendalaman, Kota Kinabalu & Kota Belud

• Seramai 52 daripada 189 pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu Berjaya dibawa turun

• Pusat kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sabah menyatakan 6 pendaki mengalami kecederaan

• Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menggerakkan 25 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia(SMART) untuk membantu operasi menyelamat.

Page 19: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI GEMPA BUMI DI SABAH• Seramai 19 orang terbunuh termasuk malim gunung.

• Kejadian gempa bumi di Ranau berkait dengan kehadiran sesar aktif. Sesar aktif ini digerakkan kerana Sabah masih menerima tenaga mampatan dari interaksi tiga plet utama.

• Jenis sesar: sesar turun (permukaan bumi turun)

• Pelepasan tenaga bermula dari 1 titik.(pusat gempa bumi)

• Kejadian penurunan sebahagian permukaan bumi dikaitkan dengan proses isostasi

Page 20: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI• Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan penduduk Ranau,Sabah waspada kerana diramalkan ada 10 gempa bumi susulan .SEMASA TRAGEDI• Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Majun mengesahkan banyak batu dan bongkah jatuh di Ranau dan Gunung Kinabalu.• 30 jurupandu arah gunung bersiap sedia untuk menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu. SELEPAS TRAGEDI• Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail memaklumkan sebanyak 7 lagi stesen seismic baharu akan dipasang di Sabah menjelang tahun 2016.

Page 21: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI POS DIPANG• Berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang

• Mengorbankan 39 mangsa dan 5 hilang.

• Hujan lebat yang luar biasa sebelum tragedi itu menjadi punca utama kejadian itu.

• Kawasan bukit yang curam di Sg. Pusat yang terletak di hulu Sg. Dipang menyebabkan berlaku tanah runtuh yang besar.

• Keadaan ini menyebabkan air Sg. Pusat keruh dan berlumpur berbanding Sg. Dom dan Sg. Sangkut iaitu anak Sg. Dipang di hulu

Page 22: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI POS DIPANG• Timbunan lumpur dan pasir itu menyebabkan air di sg. berkenaan

meningkat mendadak

• keadaan itu menyebabkan berlakunya proses hakisan yang mencabut pokok besar menyebabkan banyak pokok terbongkah

• pokok terbongkah menyebabkan terbentuknya beberapa empangan sementara yang terbesar dikesan kira-kira 200 meter dari perkampungan Orang Asli terbabit.

• Tekanan air akibat hujan lebat pada hari kejadian menyebabkan empangan itu pecah dan menjadikan banjir berlaku

Page 23: 7 disaster in malaysian history

TRAGEDI POS DIPANG►Seramai 400 anggota penyelamat membabitkan:

● polis daerah Kinta

● pasukan bomba pusat

● pasukan 2 Briged Rejimen Renjer Diraja Ipoh

● Pasukan 69 Komando Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta

● Batalion Ketiga PPH Bidor, kakitangan Pejabat Daerah Kampar

● Pasukan Pertahanan Awam dari Ipoh

Page 24: 7 disaster in malaysian history

PENGURUSAN SEBELUM, SEMASA & SELEPAS TRAGEDI

SEBELUM TRAGEDI

•Hujan lebat selama 6 jam tanpa berhenti .

SEMASA TRAGEDI

•Seramai 400 anggota menyelamat memulakan operasi mencari dan menyelamat

SELEPAS TRAGEDI

•kerajaan negeri mengarahkan jabatan hal ehwal orang asli mengenal pasti penempatan masyarakat yang terdedah kepada bahaya

•penempatan baharu dibina untuk orang asli dipang dan menjadi penempatan contoh

Page 25: 7 disaster in malaysian history

PERBINCANGAN KUMPULAN• Pasukan Geo-teknik harus meneliti semula plan pembinaan rumah

dikawasan lereng2 bukit bagi mengelakkan berlakunya runtuhan

• Pihak berkuasa perlu bertindak awal memindahkan orang awam sebaik sahaja menerima amaran yang boleh menyebabkan berlakunya bencana dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca

• Pasukan penyelamat perlu menyediakan plan yang lebih efektif dan perlu diberi latihan seperti kejadian sebenar menghadapi Bencana agar mereka Lebih bersedia dan berpengetahuan ketika kejadian sebenar berlaku

• Jabatan Meteorologi Malaysia perlu memasang lebih banyak alat seismic dikawasan yang berpotensi tinggi untuk mengesan tanda-tanda gempa bumi.


Top Related