Download - 5.1- KEPEMIMPINAN
KEPEMIMPINAN
GURU
Apa itu kepemimpinan?
• Mengikut kamus Dewan edisi ke 3 :• Kepemimpinan bermaksud keupayaan
(kebolehan, pencapainan) sebagai pemimpin, daya (tindak tanduk,kecekapan) seseorang pemimpin dalam pentadbirannya.
• Pemimpin adalah orang yang memimpin
Konsep Asas Kepemimpinan
Sorotan Literatur
• Ibrahim Mamat (2001) pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaras aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan tersebut.
• Kim dan Maubourgne(1992) kepimpinan sebagai kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi
• Fidler (1997) kepemimpinan :1. Keupayaan menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan pengikutnya2. Mempengaruhi pengikut ke arah matlamat
Namun….
• Murphy (1988) kepemimpinan tidak harus diperkaitkan dengan ciri-ciri pemimpin semata-mata, malah aspek interaksi, pengaruh pengikut terhadap pemimpin, situasi dan sebagainya.
Teori Transformasi
Teori Semasa
• Bermula tahun 90 an, paradigma kepimpinan berubah kepada ‘Kepimpinan Bahru’ @ ‘The New Leadership’
• Fokus beralih kepada teori kepimpinan transformasi
• James MacgGregor Burns (1978) pelopor istilah Kepemimpinan Transformasi sebagai satu situasi ideal antara pemimpin dengan pengikut.
Kepimpinan Transformasi
• Pemimpin berupaya menggerak pengikut untuk bertindak mencapai matlamat berdasarkan nilai dan motivasi, keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua belah pihak (pemimpin dan pengikut)
Kepimpinan Transaksi
• Kepimpinan organisasi yang biasa digunakan adalah kepimpinan transaksi
• Pemimpin memotivasikan pengikutnya dengan menawarkan ganjaran sebagai pertukaran barter kepada tugas yang yang dilaksanakan.
Perbezaan kepimpinan Transformasi dan Transaksi
• Transaksi : Fokus kepada keperluan asas dan ganjaran ekstrinsik sebagai motivasi untuk bekerja
• Transformasi : Bukan sahaja memberi tumpuan kepada keperluan pengikut, cuba juga meningkatkan keperluan aras motivasi dan kematangan yang lebih tinggi
• Gaya kepimpinan terbaik : Transformasi + Transaksi
• Transformasi merupakan nilai tambah kepada keberkesanan kepimpinan transaksi
Kepimpinan Moral
Teori Semasa
• Memberi perhatian kepada nilai dan etika• Kuasa dan pengaruh atas pertimbangan yang
baik dan benar
• Sergiovanni (1992) kepimpinan moral sebagai suatu bimbingan yang memotivasikan orang lain melalui pegangan nilai terpuji
• Bertindak demi kebaikan sejagat• Memperoleh kepercayaan ahli
• Unsur kemoralan disebatikan dalam cara hidup pemimpin moral
• Mengukuh kepimpinan transformasi yang menggerak ahli bertindak melalui motivasi, keyakinan diri, dan keupayaan mengembang potensi diri