Download - 5 teori pengeluaran

Transcript
Page 1: 5  teori pengeluaran

1

BAB 5

TEORI PENGELUARAN

Page 2: 5  teori pengeluaran

2

KANDUNGAN BAB

5.1 PENGENALAN5.2 KONSEP KOS, HASIL DAN KEUNTUNGAN5.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK 5.4 BENTUK-BENTUK KELUK KOS

PENGELUARAN5.5 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG5.6 EKONOMI MENGIKUT BIDANGAN5.7 DISEKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

Page 3: 5  teori pengeluaran

3

5.1 PENGENALAN

• Pengeluaran merupakan suatu proses penggunaan sumber-sumber pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

• Dengan kata lain, pengeluaran adalah ‘transformasi input kepada output’.

• Firma adalah organisasi yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

• Firma membeli sumber pengeluaran daripada isi rumah.

• Matlamat firma: Memaksimumkan keuntungan.

Page 4: 5  teori pengeluaran

4

5.2 KONSEP KOS, HASIL DAN KEUNTUNGAN

• Kos (JK) merupakan satu ukuran nilai yang dikorbankan bagi menggunakan input untuk menghasilkan output.

• Untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan mengurangkan kos ke tahap yang paling minimum.

• Hasil (JH) merupakan jumlah output yang berjaya di jual berdasarkan suatu tingkat harga yang telah ditetapkan.

• JH= Harga (P) x Kuantiti (Q)• Keuntungan(π) diperoleh firma apabila jumlah hasil (TR) melebihi

jumlah kos yang ditanggung.• π = JH – JK• Kos pengeluaran terbahagi kepada dua:

(i) Kos pengeluaran jangka pendek(ii) Kos pengeluaran jangka panjang

Page 5: 5  teori pengeluaran

5

5.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK

• Terdapat dua jenis input dalam jangka pendek; input tetap dan input berubah.

• Input tetap: Input yang tidak bergantung kepada tingkat output yang dikeluarkan.

• Input tetap mempunyai nilai yang sama pada setiap tingkat output yang dikeluarkan, walaupun pada tingkat pengeluaran sifar.

• Input berubah: Input yang bergantung kepada tingkat output yang dikeluarkan.

• Semakin banyak output dikeluarkan, semakin banyak input berubah yang digunakan, dan semakin besar kos berubah yang ditanggung firma.

• Input tetap menghasilkan kos tetap, manakala input berubah menghasilkan kos berubah.

Page 6: 5  teori pengeluaran

6

Jenis-jenis kos:

• Kos Tetap (KT): Kos yang digunakan bagi mendapatkan sejumlah input tetap. Contoh: Sewa bangunan. Kos tetap masih perlu di tanggung firma walaupun pada masa

tiada output dikeluarkan.• Kos Berubah (KB):

Kos yang digunakan bagi mendapatkan sejumlah input berubah.

Contoh: Bayaran gaji, bil elektrik. Semakin tinggi tingkat output yang dikeluarkan, semakin

banyak kos berubah yang terpaksa di tanggung firma.• Jumlah Kos (JK): (Kos tetap + Kos berubah)

Page 7: 5  teori pengeluaran

7

• Kos Sut (KS): Kos tambahan yang di tanggung firma akibat

daripada pertambahan satu unit output. (KS = ∆JK / ∆Q)

• Kos Purata (KP):Kos per unit bagi output yang dikeluarkan.(KP = JK / Q)

• Kos Tetap Purata (KTP):(KTP = KT / Q)

• Kos Berubah Purata (KBP):(KBP = KB / Q)

Page 8: 5  teori pengeluaran

8

Kuantiti (Q)

Kos Tetap(KT)

Kos Berubah

(KB)

Jumlah Kos (JK)

Kos Sut(KS)

Kos Purata

(KP)

Kos Tetap

Purata(KTP)

Kos Berubah Purata(KBP)

0 100 0 100 - ∞ ∞ ∞

1 100 30 130 30 130 100 30

2 100 55 155 25 77.5 50 27.5

3 100 65 165 10 55 33.33 21.67

4 100 95 195 30 48.75 25 23.75

5 100 145 245 50 49 20 29

6 100 215 315 70 52.5 16.67 35.83

KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK

Page 9: 5  teori pengeluaran

9

5.4 BENTUK-BENTUK KELUK KOS PENGELUARAN

Kuantiti (Q)

Kos

$3.00

2.50

2.00

1.50

1.00

0.50

0 42 6 8 141210

KS

KPKBP

KTP

Page 10: 5  teori pengeluaran

10

• Keluk Kos Purata:Keluk KP berbentuk “U”.(KP = JK/Q) atau (KP = KTP + KBP)Keluk KP akan bersilang dengan keluk KS pada titik

minimum keluk KP.Begitu juga dengan keluk KBP (berbentu “U”) yang

akan bersilang pada titik minimum keluk berkenaan.

Keluk KTP sentiasa menurun apabila kuantiti bertambah.

Page 11: 5  teori pengeluaran

11

• Keluk Kos Sut:Terdapat pelbagai bentuk keluk KS bergantung

kepada jenis industri dan jangka masa operasi sesebuah firma.

Bentuk keluk KS yang kerap berlaku ialah berbentuk “U”.

KS menurun pada peringkat awal disebabkan oleh peningkatan keluaran sut(jangka pendek) atau wujudnya skala ekonomi mengikut bidangan (jangka panjang).

Peningkatan KS disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan (jangka pendek) atau disekonomi mengikut bidangan (jangka panjang).

Page 12: 5  teori pengeluaran

12

HUBUNGAN ANTARA KOS PURATA DAN KOS SUT

• KS < KP; KP menurun

• KS > KP; KP meningkat

• Keluk KS akan memotong keluk KP pada titik KP yang minimum.

Page 13: 5  teori pengeluaran

13

5.5 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG

• Konsep jangka panjang menerangkan satu jangka masa, iaitu firma boleh mengubah semua faktor pengeluarannya.

• Tiada input tetap (kos tetap) dalam jangka panjang.

• Dalam jangka panjang, firma akan merancang dan bertindak untuk mengubah semua jumlah input asal kepada jumlah yang lebih banyak.

Page 14: 5  teori pengeluaran

14

KELUK KOS PURATA JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG

• Firma dalam jangka masa panjang boleh mengubah sekil pengeluarannya.

• Setiap firma dalam pasaran akan mengeluarkan output dengan kos purata yang paling rendah.

Page 15: 5  teori pengeluaran

15

Pada Titik A iaitu pada loji 1, kos pengeluarannya ialah C0, manakala kuantiti yang dapat di hasilkan ialah Q0.

Pada Titik B, iaitu pada persilangan keluk loji 1 dan loji 2, kos pengeluaran ialah C1, manakala hasil pengeluaran, Q1.Pada titik B, kedua-dua loji boleh digunakan untuk menghasilkan Q1, tetapi kos yang ditanggung sebanyak C1.

Pada Titik C, iaitu pada loji 2, kos pengeluaran pada C2 dan kuantiti pada Q2.Loji 2 pada titik C ialah paling sesuai kerana kos pengeuaran yang perlu di tanggung adalah paling rendah.

KELUK KOS PURATA JANGKA PENDEK

Page 16: 5  teori pengeluaran

16

KELUK KOS PURATA JANGKA PANJANG

Penurunan keluk adalah disebabkan ekonomi bidangan (dalaman dan luaran), manakala penurunan keluk disebabkan disekonomi bidangan (dalaman dan luaran).

Ekonomi bidangan atau ekonomi skala: Kos purata berkurangan apabila saiz operasi bertambah.

Disekonomi bidangan atau disekonomi skala: Kos purata bertambah apabila saiz operasi bertambah.

Page 17: 5  teori pengeluaran

17

5.6 EKONOMI MENGIKUT BIDANGAN• Ekonomi mengikut bidangan mendatangkan dua faedah;

sama ada kepada firma itu sendiri (skala ekonomi dalaman) atau faedah kepada firma lain dan masyarakat (skala ekonomi luaran).

• Jenis- jenis skala ekonomi dalaman:(i) Ekonomi pengurusan (iv) Ekonomi sosial(ii) Ekonomi kewangan (v) Ekonomi pemasaran(iii) Ekonomi teknikal

• Jenis-jenis skala ekonomi luaran:(i) Ekonomi yang berkaitan industri tertentu(ii) Ekonomi yang berkaitan industri lain(iii) Ekonomi yang berkaitan masyarakat

Page 18: 5  teori pengeluaran

18

5.6.1 SKALA EKONOMI DALAMAN

(i) Ekonomi Pengurusan:– Pengurusan kerja yang cekap dan sistematik

mengurangkan kos pengurusan. – Contoh: Pengkhususan kerja

(ii) Ekonomi Kewangan:– Perkembangan firma memudahkannya untuk

memperoleh wang pinjaman atas keyakinan bank terhadap firma, kos meminjam lebih rendah.

(iii) Ekonomi Teknikal:– Penggunaan teknologi yang lebih produktif dalam

pengeluaran output dapat menjimatkan kos.

Page 19: 5  teori pengeluaran

19

5.6.1 SKALA EKONOMI DALAMAN

(iv) Ekonomi Sosial:– Nama baik kepada masyarakat seperti pemberian

biasiswa dan anugerah.– Mewujudkan perasaan yakin dan setia pekerja

terhadap firma melalui penyediaan kemudahan yang efisien.

(v) Ekonomi Pemasaran:– Penghasilan output besar-besaran menyebabkan

firma membeli input pukal denga harga yang lebih murah, perbelanjaan kos dapat dikurangkan.

Page 20: 5  teori pengeluaran

20

5.6.2 SKALA EKONOMI LUARAN(i) Ekonomi yang berkaitan industri tertentu:– Satu industri yang tetumpu pada suatu kawasan perindustrian.– Individu boleh membentuk persatuan dan bekerjasama

seperti bertukar maklumat perniagaan, mewujudkan pusat latihan.

(ii) Ekonomi yang berkaitan industri lain:– Suatu kawasan perindustrian yang menempatkan pelbagai

jenis industri yang saling berkaitan.– Dapat menjimatkan kos terutamanya kos pengangkutan.

(iii) Ekonomi yang berkaitan masyarakat:– Penyedian kemudahan sosial di kawasan perindustrian seperti

penyediaan sekolah, hospital dan sebagainya.– Mendatangkan faedah kepada firma terutamanya dalam aspek

penawaran tenaga buruh.

Page 21: 5  teori pengeluaran

21

5.7 DISEKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

• Terbahagi kepada dua iaitu skala disekonomi dalaman dan skala disekonomi luaran.

• Jenis-jenis skala disekonomi dalaman:(i) Disekonomi pengurusan: Saiz firma terlalu besar – pengurusan tidak teratur – sukar mengawal pekerja yang ramai – pengeluaran output terjejas.(ii) Disekonomi teknikal: Saiz loji terlalu besar – kos penyelenggaraan tinggi & mahal.

Page 22: 5  teori pengeluaran

22

• Skala disekonomi luaran:

– Wujud akibat kesesakan penduduk di sesebuah kawasan perindustrian – berlaku kenaikan harga (harga buuh, harga tanah, harga barang dan perkhidmatan) – kesesakan di kawasan penenmpatan – kesesakan jalan raya – kos hidup bertambah.


Top Related