Transcript
Page 1: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

05

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI MENGGUNAKAN KAEDAH “KAD BACAANKU”

Oleh:

Ahmad Naim bin Jamaludin1 & Mohammad Naim bin Mat Salleh2 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan di antara Kad Perkataan dengan Kad Bacaanku dalam meningkatkan kemahiran Membaca Jawi. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tindakan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pos terhadap responden yang terdiri daripada 5 orang murid tahun 3 Mawar di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara. Responden terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan nilai min skor ujian dari 27.4 kepada 36.4 selepas rawatan diberi menggunakan Kad Perkataan. Walaubagaimanapun peningkatan ini meningkat kepada 76.2 selepas rawatan diberi menggunakan Kad Bacaanku. Kedua-dua kaedah ini digunakan sebagai alat kawalan terhadap responden. Instrumen yang digunakan ialah ujian pra, ujian pos, pemerhatian, soal selidik dan temu bual. Diantara dua kaedah ini, kaedah Kad Bacaanku dilihat lebih berkesan kerana dapat meningkatkan min skor markah responden dengan lebih tinggi. (Kata kunci: Membaca Jawi, Kad Perkataan, Kad Bacaanku) Pengenalan Ketika menjalani sesi praktikum, pengkaji dapati terdapat murid yang lemah dalam pembacaan jawi. Sudahlah peruntukan masa untuk bidang ini cuma setengah jam sahaja. Ianya tidak cukup kepada guru bagi memastikan murid-murid dapat menguasai bacaan jawi. Jadi bagi merialisasikan impian ini, peruntukan waktu selama setengah jam sememangnya tidak mencukupi. Ketidakmampuan murid menguasai Jawi memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran jawi. Pengkaji merasakan bahawa mengajar Jawi sama seperti mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu, cuma hurufnya sahaja yang berbeza. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji dapati situasi yang sama berlaku terhadap murid-murid di dalam kelas 3 Mawar ini. Perkara ini amat membimbangkan pengkaji. Pengkaji perlu mendekati murid untuk mendalami permasalahan yang mereka hadapi dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah tersebut. Pengkaji cuba untuk mengenalpasti murid tahun tiga yang menghadapi masalah kritikal dalam menguasai bacaan jawi. Walaupun kadangkala mereka kelihatan berminat, tetapi mereka sebenarnya menghadapi masalah yang sama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Apabila pengkaji meminta murid membaca teks jawi yang diberikan oleh guru, mereka menjawab tidak tahu. Selain itu, ketika murid tersebut diminta membaca teks jawi, terdapat murid yang mengemukakan soalan seperti “Ustaz, macam mana nak membaca teks jawi ini?”. Selepas soalan yang sama ditanya oleh murid yang lain pula, pengkaji berpendapat bahawa sebahagian murid tahun tiga tidak dapat menguasai bacaan jawi dengan baik. Tujuan Kajian Kepentingan kajian ini dijalankan adalah kerana responden di dalam kelas 3 Mawar yang masih berada pada tahap satu sekolah rendah perlu dibimbing dan dipastikan dapat menguasai kemahiran membaca jawi dengan baik sebelum mereka melangkah ke tahap yang seterusnya. Terdapat diantara murid ini yang terlalu lemah dalam pembacaan jawi kerana tidak diberi penekanan ketika berada di rumah oleh ibu-bapa mereka. Bagi kanak-kanak yang bersekolah di tadika, mereka mungkin dapat menguasai bacaan jawi kerana didedahkan dengan kaedah membaca jawi. Selain itu, kajian ini juga adalah selaras dengan sukatan pelajaran tahun tiga dimana mereka perlu menguasai bacaan ayat-ayat jawi pendek. Disamping itu, ianya adalah untuk menarik minat murid-murid dalam membaca jawi kerana kanak-kanak sememangnya suka membaca jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul kepada mereka. Oleh sebab itu, kajian ini dirancang bagi membantu responden supaya dapat menguasai kemahiran membaca jawi dengan betul dan cepat.

1 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 2 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 2: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

06

METODOLOGI

Prosedur kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini menyarankan beberapa langkah tindakan berdasarkan kepada gelungan seperti berikut: I) Mereflek Masalah dapat dikenal pasti melalui ujian awal yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana pengkaji telah meminta murid dalam kelas tersebut membaca beberapa suku kata dan ayat pendek secara individu. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengesan dan mengenal pasti murid yang menguasai dan tidak menguasai bacaan jawi. Seterusnya pengkaji menganalisis data yang telah diperolehi. Berdasarkan analisis tersebut, pengkaji akan merancang kaedah yang bersesuaian untuk membantu responden menguasai kemahiran membaca ayat-ayat jawi pendek. II) Merancang Selepas mengenalpasti masalah berdasarkan refleksi yang telah dibuat, pengkaji telah merancang untuk melakukan rawatan menggunakan kaedah yang telah dikenalpasti III) Bertindak Pengkaji akan melaksanakan beberapa aktiviti dengan menggunakan kaedah yang pertama. Setelah rawatan diberi menggunakan kaedah tersebut, pengkaji akan melakukan ujian pra dan pos. Keputusan yang diperolehi akan dibuat perbandingan dan dibuat analisis. Pengkaji juga akan mengumpul maklumat berdasarkan kepada soal selidik, pemerhatian dan temu bual bagi mendapatkan komen responden terhadap rawatan yang telah diberi menggunakan kaedah tersebut. IV) Memerhati Pada peringkat ini pengkaji akan melaksanakan ujian pos terhadap responden bagi melihat sejauh mana pencapaian mereka dalam bacaan jawi dan menilai keberkesanan kaedah yang digunakan. Item-item yang dibina di dalam ujian pos tersebut juga adalah sama jenis dengan ujian pra tetapi ditukarkan struktur ayat sahaja. Selain itu, bagi mengukuhkan lagi dapatan ujian tersebut, pengkaji akan melakukan soal selidik dan temu bual bagi mendapatkan respon responden terhadap rawatan yang telah dijalankan. Perbandingan akan dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang dijalankan samada ianya dapat meningkatkan kemahiran membaca responden ataupun tidak. V) Merancang Semula Seterusnya, jika pengkaji mendapati tindakan yang dijalankan kurang berkesan, pengkaji akan merancang semula kajian dengan melakukan pemurnian terhadap kaedah pertama. Responden seterusnya akan diberi rawatan menggunakan kaedah yang telah dimurnikan tadi. Seterusnya, selepas rawatan dijalankan, responden akan diuji kembali untuk melihat sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan tersebut. VI) Bertindak Semula Aktiviti yang sama diulang mengikut peringkat-peringkat pada perlaksanaan tindakan. Tindakan ini juga sama seperti tindakan yang dilakukan pada gelung yang pertama. VII) Memerhati Semula Setelah rawatan diberi menggunakan kaedah yang kedua, pengkaji akan melaksanakan ujian pos yang seterusnya. Kemudian, pengkaji akan membuat perbandingan berdasarkan keputusan ujian pos yang diperolehi dengan ujian pos yang telah dilaksanakan sebelum ini. Setelah analisis keputusan diperolehi, pengkaji akan membuat perbandingan untuk melihat kaedah yang paling berkesan dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca jawi. Perlaksanaan Tindakan Tindakan yang akan dilaksanakan oleh pengkaji menggunakan beberapa peringkat penyelesaian iaitu: I) Peringkat pertama Pengkaji menunjukkan kad yang mengandungi perkataan dan suku kata kepada 5 orang responden berkenaan. Pengkaji membaca perkataan dan suku kata tersebut dan diikuti

Page 3: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

07

oleh responden. Setelah itu, pengkaji meminta responden membacanya secara individu. Langkah berkenaan diulang sehingga kesemua responden dapat membaca dan mengecam setiap perkataan dan suku kata yang terdapat pada kad. Langkah ini dijalankan selama seminggu. Pengkaji akan mempelbagaikan perkataan dan suku kata bagi mencambahkan lagi pengetahuan responden.

II) Peringkat kedua Pada peringkat ini, pengkaji memberikan pula kad yang mengandungi ayat-ayat pendek kepada responden. Ayat-ayat tersebut dibina berdasarkan kepada perkataan dan suku kata yang telah dipelajari pada peringkat pertama. Setiap responden diedarkan kad yang mengandungi satu ayat pendek sebagai permulaan. Responden diberi masa untuk mengenali dan membaca ayat berkenaan. Responden kemudiannya diminta membaca kuat ayat tersebut. Pengkaji memperbetulkan bacaan jika terdapat kesalahan pada bacaan responden. Setiap kad yang diberikan kepada responden adalah berbeza antara satu sama lain. Jadi, semua responden akan membaca kad untuk dibetulkan oleh pengkaji.Setelah semua responden selesai membaca, pengkaji akan menggantungkan kad tersebut di belakang bilik darjah supaya responden dapat membacanya setiap hari. Responden diminta membaca secara berulang kali kesemua ayat yang terdapat pada kad. Langkah ini diulang selama seminggu bagi memahirkan bacaan responden.

III) Peringat ketiga Pada peringkat ini pengkaji akan menggabungkan perkataan, suku kata dan ayat tersebut menjadi cerita pendek. Langkah ini adalah sebagai pengukuhan terhadap bacaan responden.

Cara Mengumpul Data Pengkaji menggunakan kaedah pengukuran secara kuantitatif dan kualitatif. Laure S. & Joy. F. (1997, seperti yang dinyatakan dalam Ilmu, 2008) menyatakan gabungan dua pendekatan ini mampu meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data penilaian. Oleh yang demikian, pengkaji menggunakan beberapa jenis instrumen iaitu soalan ujian pra-pos, pemerhatian, borang soal selidik dan temu bual. Melalui instrumen yang pelbagai ini, keputusan kajian dijangka akan menunjukkan keadaan senarionya yang sebenar.

Instrumen Kajian

I) Pemerhatian Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk melihat pencapaian responden sepanjang proses rawatan dijalankan. Pengkaji menandakan bilangan ayat yang dapat dibaca responden bagi setiap pusingan rawatan yang dijalankan. Selain itu, instrumen pemerhatian ini juga digunakan oleh pengkaji untuk mencatat markah responden semasa ujian pos dilaksanakan. Instrumen ini di namakan sebagai “Borang Penilaian”. Tujuan pengkaji menggunakan instrumen ini adalah untuk menilai tahap pencapaian kemahiran membaca responden.

II) Ujian Pos Ujian pos ini digunakan bertujuan untuk menilai tahap pencapaian responden selepas mendapat rawatan. Ujian pos ini diberikan kepada responden selepas aktiv iti rawatan dilaksanakan. Item-item dalam ujian pos ini adalah tidak jauh berbeza dengan ujian pra yang dilaksanakan sebelum ini. Pengkaji hanya menukar struktur ayat dan membuat sedikit penukaran ayat sahaja. Ini dapat menunjukkan bahawa nilai kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut adalah boleh dipercayai. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian beserta instrumen Borang Penilaian bagi memudahkan proses memungut data dilakukan. Dengan menggunakan instrumen ini, pengkaji dapat mengukur tahap kelancaran bacaan responden. Oleh yang demikian, data daripada ujian pos yang dilaksanakan terhadap responden dapat dipungut dengan mudah. III) Soal Selidik Soal selidik dibuat terhadap responden bagi melihat kesan selepas rawatan diberikan. Soal selidik ini dilaksanakan selepas rawatan dijalankan bagi menilai tahap keberkesanan kaedah yang telah digunakan samada berjaya meningkatkan tahap penguasaan bacaan

Page 4: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

08

responden ataupun tidak. Soal selidik yang dijalankan adalah secara bertanda. Bagi soal selidik secara bertanda ini, responden hanya perlu memberi jawapan sama ada Ya ataupun Tidak. Hanya 5 soalan sahaja yang dikemukakan. Segala maklumat yang diterima akan direkodkan oleh pengkaji. Data daripada soal selidik ini di analisis untuk menyokong dapatan data daripada ujian pos dan juga untuk menjawab persoalan tentang keberkesanan kaedah yang digunakan sebagai rawatan.

IV) Temu bual Temu bual dijalankan terhadap 5 orang responden berkenaan selepas rawatan diberikan terhadap mereka. Temubual dijalankan secara individu supaya responden tidak terpengaruh dengan faktor-faktor lain yang boleh mengganggu jawapan responden. Soalan-soalan ini digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan respon dan penerimaan responden terhadap kaedah yang digunakan semasa proses rawatan berlangsung. Temubual juga dijalankan bagi mengukuhkan lagi dapatan daripada soal selidik yang dijalankan oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

I) Meningkatkan nilai min skor ujian pra-pos dengan menggunakan kaedah Kad Perkataan dan Kad Bacaanku Bagi menjelaskan objektif diatas, pengkaji menggunakan perisian SPSS 16.0 untuk menganalisis data yang diperoleh selepas aktiv iti pemulihan dijalankan. Statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai min skor yang diperoleh selepas rawatan dijalankan. Pengkaji telah menggunakan kaedah Kad Perkataan dan Kad Bacaanku sebagai intervensi bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca jawi. Seterusnya, pengkaji melaksanakan ujian-pra pos bagi mendapatkan markah responden. Analisis menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dari segi nilai min skor bagi ujian pra-pos 1 yang dilakukan terhadap responden. Nilai min skor ujian pra ialah 27.4 manakala nilai min skor bagi ujian pos 1 ialah 36.4. Terdapat sedikit perbezaan dari segi nilai min skor antara kedua-dua ujian ini iaitu sebanyak 9.0. Seterusnya, pengkaji telah menjalankan rawatan yang kedua menggunakan kaedah Kad Bacaanku. Analisis ujian pos 2 menunjukkan mencatatkan peningkatan min skor ujian kepada 76.2 berbanding min skor ujian pos 1 iaitu sebanyak 36.4. Perbezaan diantara min skor ujian pos 1 dengan min skor ujian pos 2 adalah sebanyak 39.8. Peningkatan ini dilihat sangat ketara apabila pengkaji menggunakan kaedah Kad Bacaanku berbanding penggunaan kaedah Kad Perkataan yang hanya mencatatkan peningkatan min skor ujian sebanyak 9.0.

II) Menilai keberkesanan kaedah Kad Perkataan dan Kad Bacaanku dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi Bagi menilai keberkesanan kedua-dua kaedah yang telah digunakan ini, beberapa instrumen telah digunapakai oleh pengkaji. Antaranya seperti ujian pra-pos, soal selidik dan temubual. Analisis ujian pra menunjukkan bahawa kelima-lima responden mencatatkan markah kurang dari 40%. Ini menunjukkan bahawa kesemua responden mencatatkan markah yang amat rendah sebelum kajian ini dilaksanakan. Ujian pos 1 yang menggunakan kaedah Kad Perkataan menunjukkan sedikit peningkatan markah. Terdapat seorang responden yang mencatatkan markah melebihi 50%, manakala responden yang lain masih mencatatkan purata markah kurang dari 40%. Manakala ujian pos 2 yang menggunakan kaedah Kad Bacaanku mencatatkan peningkatan markah yang amat ketara. Terdapat 2 orang responden yang memperoleh markah 80% ke atas, manakala responden yang lain pula mencatatkan markah diantara 60% ke atas.

Seterusnya bagi menguatkan lagi dapatan kajian diatas, pengkaji telah menjalankan soal selidik terhadap responden. Berdasarkan kepada analisis soal selidik, didapati bahawa hanya seorang responden sahaja yang menyatakan bahawa kaedah kad perkataan dapat membantunya dalam menguasai kemahiran membaca jawi. Walaupun berlaku sedikit peningkatan dari segi markah responden namun, pengkaji merasakan bahawa kaedah yang digunakan tidak banyak membantu responden menguasai kemahiran membaca jawi. Seterusnya pengkaji juga menjalankan soal selididik bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran responden selain daripada yang di pelajari di dalam bilik darjah.

Page 5: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

09

Pengkaji turut menjalankan analisis temubual bagi mendapatkan pandangan responden selepas kaedah Kad Perkataan digunakan. Penggunaan instrumen ini digunakan oleh pengkaji untuk melihat dengan lebih mendalam sejauh mana penerimaan responden terhadap kaedah tersebut. Berdasarkan analisis temubual, pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kad perkataan tidak membantu responden dalam menguasai kemahiran membaca jawi. Faktor yang tersebut adalah faktor fizikal kad perkataan tersebut yang tidak menggunakan warna yang menarik. Terdapat juga responden yang lebih tertarik jika kad perkataan tersebut disertakan dengan gambar untuk memudahkan mereka memahami ayat yang ingin dibaca.

Selain itu, responden juga meyatakan bahawa kad perkataan yang digunakan ini adalah sama seperti yang digunakan di dalam kelas sebelum kajian ini dilaksanakan. Ini menyebabkan responden tersebut menganggap kaedah ini sama sahaja seperti kaedah yang lain. Faktor yang seterusnya adalah faktor perkataan yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan kajian. Responden menyatakan bahawa kad yang digunakan adalah terlalu sukar untuk dibaca dan terlalu panjang. Ini memberi kesukaran kepada responden untuk mengenalpasti perkataan-perkataan yang terkandung di dalam kad tersebut. Berdasarkan analisis temubual tersebut juga pengkaji mendapati kebanyakan mereka tidak berminat dengan kaedah Kad Perkataan. Disebabkan keputusan yang kurang memberangsangkan, pengkaji merancang semula kajian untuk tindakan pada gelung yang seterusnya. Oleh sebab itu, pengkaji telah melakukan pemurnian terhadap kaedah yang pertama. Kaedah yang terhasil selepas penambahbaikkan dilakukan dinamakan sebagai kaedah Kad Bacaanku.

Setelah ujian pos 2 dilaksanakan, pengkaji telah menggunakan instrumen yang sama bagi menilai keberkesanan kaedah kedua ini. Analisis soal selidik menunjukkan responden seronok belajar dengan menggunakan Kaedah Kad Bacaanku. Kesemua responden juga menyatakan bahawa mereka tidak mengulangkaji pelajaran jawi di rumah atau mengikuti sebarang kelas tuisyen Jawi selepas waktu persekolahan. Seterusnya, pengkaji telah menjalankan analisis temubual bagi melihat sejauhmana penerimaan responden terhadap kaedah Kad Bacaanku tersebut. Pengkaji mendapati kelima-lima responden menyatakan bahawa kaedah Kad Bacaanku sangat membantu mereka dalam menguasai kemahiran membaca jawi. Hasil analisis temubual menunjukkan bahawa 4 responden (80%) menyatakan bahawa Kad Perkataan tidak membantu mereka dalam menguasai kemahiran membaca jawi. Namun selepas Kad Bacaanku digunakan, kelima-lima responden (100%) menyatakan bahawa mereka dapat menerima dengan baik pembelajaran melalui kad tersebut.

Perbincangan dan Cadangan

I) Meningkatkan nilai min skor ujian pra-pos selepas menggunakan kaedah Kad Perkataan dan Kad Bacaanku Berdasarkan objektif di atas, pengkaji mendapati bahawa terdapat peningkatan dari segi nilai min skor ujian pra-pos terhadap responden selepas rawatan dijalankan. Statistik asas menunjukkan min pencapaian responden pada ujian pra ialah 27.40 manakala min pencapaian responden pada ujian pos 1 ialah 36.40. Perbezaan min antara ujian pra dan ujian pos 1 ialah 9.0. Korelasi antara ujian pra dan ujian pos ialah 0.833 dan statistik korelasi adalah signifikan (p<0.005). Korelasi yang positif dan dengan koefisien yang tinggi (r=0.833) ini menunjukkan responden yang memperoleh markah yang tinggi pada ujian pra bercenderung untuk memperoleh markah yang tinggi pada ujian pos dan sebaliknya. Analisis juga menunjukkan bahawa statistik ujian t adalah signifikan (t=2.556; df=4; p<0.05). Ini bermakna rawatan atau program inovatif yang dijalankan oleh pengkaji telah mengakibatkan peningkatan pencapaian responden dengan lebih baik. Dengan kata lain, inovasi melalui kaedah yang dijalankan oleh pengkaji secara signifikannya dapat mempertingkatkan markah responden.

Selepas pengkaji menjalankan rawatan menggunakan kaedah yang kedua iaitu kaedah Kad Bacaanku, nilai min skor ujian telah meningkat kepada 76.2. Perbezaan diantara min skor ujian pos 1 dengan min skor ujian pos 2 ialah sebanyak 39.8. Peningkatan yang ketara ini memperlihatkan bahawa kaedah yang diguna pakai terbukti berjaya meningkatkan nilai min skor ujian pra-pos selepas rawatan diberi menggunakan kedua-dua kaedah.

Page 6: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

10

Selain itu, peningkatan nilai min skor ujian yang ketara menggunakan kaedah Kad Bacaanku ini juga selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Harison Bt Othman (2005) menerusi hasil kajian tindakan beliau yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Membaca Jawi Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan Terhadap Murid Tahun Dua dimana beliau mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara diantara skor min ujian pra dan uj ian pos selepas rawatan diberi menggunakan kaedah tersebut. Ini menunjukkan bahawa kaedah Kad Bacaanku amat membantu dalam meningkatkan nilai min skor ujian terhadap responden dengan baik. II) Menilai keberkesanan Kad Perkataan dan Kad Bacaanku dalam meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat jawi pendek Setelah pengkaji menganalisis data yang telah diperolehi, pengkaji mendapati bahawa kaedah Kad Bacaanku adalah lebih berkesan daripada kaedah Kad Perkataan dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi terhadap responden. Hal ini dibuktikan apabila pengkaji mendapati terdapat peningkatan yang amat ketara dalam skor min ujian pos 2 berbanding ujian pos 1.

Berdasarkan kepada analisis markah yang diperolehi pada ujian pra, markah responden adalah berada pada tahap yang rendah dan hampir sama. Hal ini kerana responden telah dikenalpasti mempunyai masalah dan tahap kognitif yang sama. Perkara ini penting bagi menilai tahap perbezaan markah setelah rawatan yang sama diberikan terhadap murid yang sama, agar nilai keesahan ujian ini tidak dipertikaikan. Selain itu, pengkaji juga berpendapat bahawa responden yang mempunyai ciri-ciri kemampuan, kemahiran dan kognitif yang rendah, berupaya untuk mendapat markah yang lebih tinggi jika diberi rawatan yang bersesuaian. Selepas sesi rawatan yang pertama diberi menggunakan kaedah Kad Perkataan dan ujian pos dilaksanakan, terdapat sedikit peningkatan dari segi markah responden. Namun begitu, peningkatan ini adalah terlalu kecil dan pengkaji merasakan kaedah yang digunakan kurang berkesan. Setelah itu, pengkaji melakukan sesi rawatan yang kedua menggunakan kaedah Kad Bacaanku dan ujian pos yang kedua dilaksanakan memperlihatkan peningkatan terhadap markah responden dengan begitu ketara. Ini menunjukkan bahawa kaedah Kad Bacaanku sangat berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi terhadap responden. Dapatan kajian ini turut disokong oleh data yang diperoleh menerusi instrumen soal selidik dan temu bual. Dapatan daripada kedua-dua instrumen ini menunjukkan bahawa 100% responden berminat dengan kaedah pembelajaran menggunakan kaedah Kad Bacaanku berbanding kaedah Kad Perkataan. Kaedah Kad Bacaanku amat membantu responden dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi dengan baik. Responden juga menyatakan bahawa mereka tidak mengulang kaji pelajaran di rumah dan tidak mengikuti kelas tuisyen jawi selain mempelajarinya di sekolah sahaja. Oleh yang demikian, peningkatan nilai min skor ujian pra-pos yang diperoleh responden adalah 100% disebabkan oleh kaedah yang digunakan oleh pengkaji. Ini menunjukkan bahawa kognitif kesemua responden kajian tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran sewaktu kajian ini dilaksanakan. Kaedah ini juga dikesan mampu menarik minat pelajar dalam mata pelajaran lain jika digunakan. Contohnya dalam komponen kognitif, guru boleh menulis perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad bacaan yang mudah dilihat, difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca ayat berkenaan. Pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan perlulah dapat menarik minat responden untuk belajar.

Pengkaji juga mendapati penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dilihat dapat menarik minat perhatian pelajar untuk belajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran (Saifuddin, 2009). Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa pencapaian responden dalam sesuatu bidang kemahiran itu bergantung kepada kaedah yang digunakan, disamping amalan dan gaya pengajaran guru yang bersesuaian serta senario pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan.Kaedah yang bersesuaian dan menepati cita rasa responden akan dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian responden dalam sesuatu mata pelajaran. Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,

Page 7: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

11

dalam Norma Binti Haji Hassan, 2004) yang menyatakan bahawa penggunaan kaedah atau bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar. Perubahan positif yang terjadi hasil dari kajian ini menunjukkan keberkesanan kaedah yang diguna pakai dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi terhadap responden. Pemilihan fokus kajian ini amat bertepatan memandangkan responden yang berada di dalam tahun 3 sekolah ini sememangnya bermasalah dalam pembacaan. Ini membenarkan lagi andaian bahawa Kaedah Kad Bacaanku yang dicetuskan pada asasnya oleh Smith dan diubah suai oleh beberapa pengkaji terdahulu ini amat bersesuaian dengan responden yang dipilih. Selari dengan Teori Behaviour oleh B.F Skiner yang menyatakan bahawa sesuatu perkara yang dilakukan mestilah berulang-ulang untuk memastikan kita mendapat hasil yang diharapkan. Oleh itu, bagi memastikan keberkesanan kajian ini, kajian kedua dan seterusnya harus dijalankan supaya masalah murid yang lemah dalam bacaan semakin berkurangan. Pengkaji bercadang untuk mengguna pakai kaedah Kad Bacaanku ini dalam mengajar kemahiran membaca ayat-ayat jawi yang lebih kompleks dan menggunakannya terhadap responden yang lebih besar. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran mengingat murid dalam membuat karangan pendek jawi berasaskan kepada kemahiran latih tubi membaca. Selain itu juga, pada masa akan datang, pengkaji akan menggunakan kaedah ini terhadap responden yang berlainan bagi menguji tahap keberkesanannya terhadap responden yang lain. Pengkaji juga berhasrat untuk mengubahsuai kaedah Kad Bacaanku ini melalui penambahan grafik yang lebih menarik agar dapat menarik minat responden, serta menggunakan ayat-ayat yang dapat menjana minda responden. Pengkaji mengharapkan agar hasil kajian ini dapat dimafaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan membantu dalam mengatasi masalah yang dihadapi responden pada masa akan datang. SENARAI RUJUKAN Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan.

Jurnal Dewan Bahasa. 33(12), 937–941. Che Siah Che man (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur. Mohd Hasbullah Bin Awang@Hassan (2010). Kajian Tindakan: Keberkesanan Ting-Ting Minda

Dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Jawi Gabungan Suku Kata Terbuka Dan Tertutup (KV KVK) Murid Tahun 3 Abu Hurairah. Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Harison Bt Othman (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Jawi

Dengan Menggunakan Kaedah Kad Bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah.

Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya (tidak diterbitkan). Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri

Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Norazelina Binti Awang Man(2005) Kajian Tindakan:Meningkatkan Kemahiran Menyebut

Suku Kata Konsonan Vokal (KV) Terbuka Dengan Menggunakan Kaedah Bacalah Sayang. Arau. Perlis. Institut Perguruan Perlis.

Sawpi Lawi (1998). Menguasai Kemahiran Membaca: Satu Keperluan Manusia. Jabatan

Bahasa. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Pulau Pinang. Siti Zaliha Binti Hasan (2005) Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat

Tunggal Dalam Tajuk Jiran Saya Menggunakan Kaedah Kad Cantuman. S K Ujong Batu. Institut Perguruan Perlis. Kangar.

Page 8: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

12

MEMPERTINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN DAN PERBENDAHARAAN KATA DALAM PENULISAN JAWI MENGGUNAKAN SIMULASI WATAK (ROLE PLAY SIMULATION)

Ahmad Wafiy bin Abdul Wahid3 & Mohammad Naim bin Mat Salleh4

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mempertingkatkan penguasaan murid dalam sebutan dan perbendaharaan kata dalam penulisan jawi. Kumpulan sasaran telah dikenal pasti dalam tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan LKTP Belara, Kuala Terengganu. Perancangan menitikberatkan pertuturan murid dalam komunikasi dan penulisan dalam jawi. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan kaedah simulasi watak bagi meningkatkan sebutan dan perbendaharaan kata jawi di kalangan murid. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah murid daripada tahun 4 Mawar di Sekolah LKTP Belara. Kaedah pengumpulan data yang diaplikasi dalam kajian tindakan ini ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan dokumen. Dapatan kajian mendapati murid memberikan tindak balas positif semasa penggunaan kaedah simulasi watak dalam tajuk jenis pekerjaan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran jawi berlansung. Dapatan kajian temu bual menjelaskan murid menunjukkan minat kepada kaeadah simulasi watak kerana terdapat faktor tarikan dan kelebihan bagi penggunaan kaedah simulasi watak. Hasil daripada tulisan dan komunikasi yang dilahirkan oleh seorang murid inilah yang akan mencerminkan kemahiran dan perkembangan pengetahuannya dalam pelajaran jawi, kerana keupayaan dalam sebutan perbendaharaan kata dan penulisan dalam jawi membantu murid memahami dan menguasai bidang jawi dan juga bidang-bidang tajuk lain dalam Pendidikan Islam. (Kata kunci: simulasi watak, sebutan, perbendaharaan kata, penulisan, tindak balas, minat) PENGENALAN Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986). Antara kelas yang diajar ialah tahun 4 Mawar. Peruntukan masa yang diberikan kepada pelajaran jawi adalah selama 1 masa atau 30 minit. Jadi peruntukan selama setengah jam tidak memadai bagi mereka. Ketidakmampuan murid menguasai jawi memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran jawi. Setelah 3 minggu mengajar, pengkaji dapati ramai daripada mereka tidak mahir dan berupaya menyebut perkataan-perkataan jawi sama ada daripada petikan ayat atau teks. Hal ini kerana, beberapa orang murid-murid di bahagian belakang kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya. Ada kalanya pengkaji terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran guru. Oleh itu, untuk menaikkan prestasi murid, pengkaji merangka satu pelan tindakan yang bernama simulasi watak (roleplay) supaya murid tahun 4 Mawar meminati untuk belajar pelajaran Jawi iaitu dengan menarik minat murid untuk mahir dalam penulisan dan menguasai perbendaharaan kata dalam pelajaran Jawi. Bruce Joyce dan Marsha Weil (1986) menyatakan bahawa model simulasi memberi faedah kepada murid seperti pembelajaran akan lebih mudah kerana murid dalam suasana dan situasi sebenar, murid juga akan dapat maklum balas hasil pembelajaran secara mendalam dan murid dapat mengikuti proses pembelajaran melalui penggunaan pancaindera mereka sendiri. Maklumbalas hasil daripada aktiviti akan dapat dimanfaatkan oleh murid secara mendalam. Dengan ini murid akan

3 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 4 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 9: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

13

memperolehi pengalaman dan meningkatan kefahaman di samping memupuk rasa seronok untuk belajar. Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan murid menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan murid aktif dan dapat berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan murid yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok murid terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan akan mampu menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran. Rozimah Jamaluddin (2003) menegaskan bahawa istilah permainan, simulasi dan permainan simulasi sering digunakan secara bertukar ganti, namun setiap istilah itu mempunyai maksud yang tersendiri. Permainan merupakan aktiviti yang melibatkan pelajar mengikut satu peraturan yang disediakan . Permainan semestinya berbeza dengan realiti kehidupan sebenar. Permainan biasanya cuma untuk menghiburkan sahaja,kadangkala menyebabkan murid cuai untuk menumpukan perhatian kepada objektif yang sebenar. Simulasi pula ialah satu aktiviti untuk memudahkan sebahagian situasi atau proses kehidupan sebenar. Dalam simulasi, murid biasanya akan berinteraksi dengan murid atau elemen lain. Jika aktiviti simulasi ini dirancang dengan baik, maka ia akan memberi kesan yang baik kepada murid untuk mengaplikasi sesuatu peristiwa dalam suasana pembelajaran sebenar dan akan mampu sampai ke tahap realisme. Permainan simulasi pula menggabungkan ciri-ciri simulasi dan permainan. Permainan simulasi biasanya melibatkan pembelajaran secara holistik, iaitu melalui model realiti dan interaksi murid untuk berusaha bagi mencapai sesuatu kejayaan.

METODOLOGI Kajian ini akan melibatkan seramai 26 orang pelajar tahun 4 Mawar di Sekolah Kebangsaan LKTP Belara, Felda Belara. Responden dipilih berdasarkan tiga kaedah yang diaplikasikan dalam tinjauan masalah iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik dan dokumen. Prosedur pelaksanaan kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle). Setiap instrumen yang dijalankan bertujuan untuk menyelesaikan objektif kajian berkaitan minat dan kefahaman murid. Pengkaji mengguna kaedah temu bual secara tidak berstruktur. Objektif kaedah temu bual ini untuk mengetahui pandangan dan pendapat responden terhadap pengunaan bahan bantu berdasarkan kaedah simulasi watak dan kesan serta kelebihan pada bahan bantu bagi simulasi watak semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui kaedah temu bual ini, pengkaji juga dapat mengetahui maklumat dengan lebih jelas berkaitan dengan minat responden, kefahaman tentang tajuk yang diajar,tindak balas murid dalam kelas sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam kaedah temu bual secara tidak berstruktur, pengkaji tidak membina senarai soalan terlebih dahulu tetapi membentuk soalan secara kasar bagi memengumpul maklumat daripada responden. Bentuk soalan adalah berdasarkan reaksi dan pendapat bagi setiap soalan dalam temu bual. Pengkaji mengguna kaedah pemerhatian secara berstruktur dalam kajian ini. Objektif kaedah pemerhatian ini adalah berfokus kepada tingkah laku responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji perlu melihat reaksi dan tindak balas responden terhadap pembelajaran semasa kajian dilaksanakan. Selain itu, pengkaji juga perlu meninjau keberkesanan kaedah simulasi watak ini sama ada dapat membantu responden memahami dan menguasai dan mempraktikkan daripada pembelajaran ketika kajian dijalankan. Pemerhatian dibuat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran bagi 30 minit bagi setiap sesi pertama dan kedua. Pemerhatian dijalankan oleh pengkaji berdasarkan borang senarai semak pemerhatian. Terdapat bahagian pendahuluan yang mengandungi latar belakang responden, tarikh dan masa pemerhatian dijalankan serta taju pelajaran yang diperhatikan oleh pengkaji. Borang senarai semak terdiri daripada dua lajur utama iaitu laju bagi jenis tingkah laku negatif dan lajur selang minit bagi masa. Masa peruntukkan 30 minit dibahagikan kepada selang 5 minit. Setiap selang lima minit semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, setiap jenis tingkah laku negatif yang wujud dicatat dalam lajur masa. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pengkaji perlu menganalisis jenis tingkah laku negati bagi mengenal pasti punca bagi setiap tingkah laku tersebut. Jenis soal selidik yang dpilih adalah likert dan tertutup. Pengkaji memilih bentuk soal selidik ini kerana mudah dan senang untuk mengumpul maklumat tentang responden. Pengkaji meminta 10 orang murid untuk menjawab soal selidik. Kaedah ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui latar

Page 10: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

14

65.00%

70.00%

75.00%

80.00%

85.00%

90.00%

S1 S2 S3

Has

il (%

)

Jenis soalan

Jawapan murid

Series1

belakang responden, minat dan pengetahuan sedia ada murid dan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji menguna kaedah dokumen iaitu lembaran kerja dalam kajian ini. Objektif kaedah dokumen ini adalah untuk menilai pemahaman dan pengetahuan terhadap tajuk yang diajar iaitu jenis pekerjaan dalam pelajaran jawi. Lembaran kerja dibahagikan kepada tiga soalan struktur. Soalan struktur pertama adalah mengenai berbentuk padanan. Murid perlu menjawab soalan ini dengan memadankan perkataan dengan gambar yang sesuai. Setiap perkataan perlu dipadankan dengan gambar yang mengandungi jenis pekerjaan. Soalan struktur kedua adalah mengenai mengariskan perkataan. Murid perlu membaca ayat terlebih dahulu sebelum menggariskan perkataan jawi yang telah dirumikan. Setiap ayat dibentuk dalam pebagai jenis ayat seperti ayat tanya, seru yang berfokuskan kepada jenis pekerjaan. Soalan struktur ketiga adalah menyesuaikan ayat. Murid merlu memadankan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai. Setiap gambar mempunyai gambar yang berlainan mengikut jenis pekerjaan. Lembaran kerja dianalisis mengikut bilangan betul dan salah bagi setiap soalan. Markah akan dikira dalam bentuk peratus. Setiap markah akan dianalisis dalam bentuk jadual dan dirumus bagi mengetahui pencapaian dan penguasaan murid dalam tajuk tersebut.

DAPATAN KAJIAN

Temu bual telah dilaksanakan bersama dengan murid dengan menyediakan 3 soalan dalam bentuk struktur dan terbuka. Berdasarkan rajah 1, bagi soalan pertama didapati 87.5% orang murid suka kepada penggunaan bahan bantu mengajar oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hanya 12.5% orang murid menunjukkan sedikit kurang suka dengan penggunaan bahan bantu mengajar. Bagi soalan kedua, pengkaji mendapati 75% murid menyukai bahan bantu mengajar terutama untuk simulasi watak dengan pelbagai sebab. Antaranya ialah kerana mempunyai gambaran yang cantik dan menarik yang menarik minat murid yang sukakan seni. Hanya 25% orang murid yang kurang jelas dengan penggunaan bahan untuk simulasi watak kerana kekurangan penumpuan perhatian dalam pengajaran guru. Bagi soalan ketiga, pengkaji menyentuh soalan tentang aspek kelebihan pada bahan bantu bagi simulasi watak. Didapati murid memberi pelbagai ciri kelebihan pada bahan bantu tersebut. Kebanyakan jawapan murid adalah kerana berpuas hati dengan penggunaan bahab bantu bagi simulasi watak. Berdasarkan jawapan murid, didapati 75% orang murid mengatakan faktor tarikan dan ciri-ciri yang penyebab murid berminat dengan bahan bantu tersebut seperti jelas dan memudahkan murid untuk memahami sesuatu tajuk, skop dan isu dalam pelajaran.

Rajah 1: peratus jawapan murid dalam sesi temu bual

Pengurangan masalah tingkah laku negatif semasa kaedah simulasi watak dijalankan. Melalui pemerhatian, terdapat lima jenis tingkah laku negatif dikenal pasti dan dianalisis sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat dua proses sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan waktu tetapi kaedah kajian dan murid yang sama dilaksanakan. Berdasarkan rajah 2,

Page 11: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

15

00.20.40.60.8

11.21.41.61.8

P1 P2

Pura

ta b

agi s

ela

5 m

init

(bil)

Pemerhatian

Tingkah laku negatif

02468

Cemerlang Baik Sederhana Lulus Gagal

Bila

ngan

Gred

Gred pencapaian responden

Soalan 1

Soalan 2

Soalan 3

didapati berkurang 52.9% peratus bilangan murid yang melakukan tingkah laku negatif bagi kedua-dua proses sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi pengajaran dan pembelajaran pertama, didapati secara purata 1.7 orang murid per minit melakukan tingkah laku negatif. Untuk pengajaran dan pembelajaran kedua, purata telah berkurang 0.9 kepada 0.8 orang murid yang melakukan kesalahan bagi setiap minit.

Rajah 2: peratus purata bilangan murid bagi pemerhatian tingkah laku di dalam kelas

Bagi bahagian pertama, didapati majoriti murid mempunyai pencapaian akademik yang kurang memuaskan dengan tahap maksmimum sekurang-kurangnya gred 2A. Bagi bahagian kedua, didapati murid mempunyai minat perasaan dan ingin tahu dalam pelajaran tetapi dibataskan disebabkan kekurangan bahan dan sumber dalam pelajaran jawi. Selain itu, murid tidak mempunyai inisiatif untuk mendalami ilmu bagi pelajaran jawi menyebabkan murid kurang mempraktikkan pengetahuan dan amalan dalam pelajaran jawi. Bagi bahagian ketiga, murid kurang menglibatkan dengan aktif apabila kurang memahami sesuatu tajuk dan skop dalam pelajaran jawi. Ini kerana kaedah pengajaran guru dan personaliti dan tingkah laku murid yang kurang sesuai yang menyebabkan murid kurang dan menjauhkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Situasi ini menjadikan murid menjadi semakin pasif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan rajah3, didapati murid mampu menjawab 3 soalan dengan minimum sekurang-kurang 1 jawapan betul. Bagi soalan pertama, 3 orang murid mendapat gred cemerlang dan 7 orang murid mendapat gread baik. Bagi soalan yang lebih sukar seperti soalan 2 dan 3, pencapaian murid adalah memuaskan. Bagi soalan 2, 2 orang murid mendapat gred cemerlang , 5 orang murid mendapat gred baik dan 3 orang murid mendapat gred memuaskan. Untuk soalan ketiga, 4 orang murid mendapat gred baik dan 6 orang murid mendapat gred memuaskan. Secara keseluruhan, tiada orang murid yang gagal menjawab keseluruhan soalan dengan 10 orang murid mendapat gred lulus bagi setiap soalan yang diberikan.

Page 12: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

16

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Bruce Joyce dan Marsha Weil, (1986) juga menegaskan bahawa model simulasi memberi faedah kepada murid, seperti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah dilaksanakan. Ini kerana murid akan merasai suasana sebenar bagi sesuatu pembelajaran. Murid akan melibatkan diri dan menggunakan pancaindera serta bahan bantu secara langsung. Maklumbalas hasil daripada aktiviti akan dapat dimanfaatkan oleh murid secara mendalam. Dengan ini murid akan memperolehi pengalaman dan meningkatan kefahaman di samping memupuk rasa seronok untuk belajar.

Bagi murid, model pengajaran ini memberi peluang yang lebih luas kepada mereka untuk lebih memahami apa yang sedang mereka pelajari dan mampu menguji kefahaman melalui aktiviti pengukuhan yang disediakan, model ini juga mampu memberikan motivasi kepada murid. Pembelajaran Pendidikan Islam diharapkan akan dapat menarik minat murid seterusnya membimbing mereka ke arah pencapaian dalam memahami dan amalan praktikal serta akademik yang lebih cemerlang. Akhirnya murid akan dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari dalam kehidupan mereka.

Rio Sumarni (1997) menyebut simulasi membolehkan murid menjadi lebih aktif, bersifat konstruktif dan lebih bertanggungjawab terhadap subjek yang dipelajarinya. Sesuatu kaedah pembelajaran yang mampu menjadikan murid aktif dan dapat berinteraksi dengan baik bersama rakan-rakan murid yang lain, mampu mewujudkan rasa seronok murid terhadap sesuatu aktiviti yang dijalankan akan mampu menarik minat dan kefahaman untuk menguasai dan mencapai objektif mata pelajaran. Berdasarkan dapatan kajian yang diterima, beberapa cadangan dan penambaibaikan boleh dilakukan untuk kajian seterusnya. Cadangan pertama adalah dari segi bilangan responden kajian. Diharapkan dalam kajian seterusnya, bilangan responden akan ditambah menjadi lebih ramai atau boleh menjalankan kajian ini untuk semua murid dalam satu kelas. Dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF dapat bersama sama mempelbagaikan kaedah pengajaran termasuk melaksanakan kaedah simulasi watak yang dapat mengaitkan pengetahuan sedia murid dengan keadaan atau situasi yang hampir kepada sebenar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dengan bantuan guru j-QAf ini, lebih banyak kumpulan dapat diwujudkan dan bilangan murid dalam sesebuah kumpulan juga dikurangkan. Oleh itu, murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan membina pengalaman mereka sendiri melalui kaedah simulasi watak. Pengunaan kaedah simulasi watak boleh dijalankan dengan objektif yang lain iaitu meningkatkan kefahaman teks berdasar gambar dalam pelajaran jawi. Kajian lanjutan ini boleh menggunakan ujian pra dan pasca untuk mengujian kefahaman dan pengetahuan murid. Bahan untuk kaedah simulasi boleh dipelbagaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seperti diorama. SENARAI RUJUKAN n.n.(n.d.). Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran. Retrieved March 15, 2011 from http://bobezani.tripod.com/teknik.htm n.n.(n.d.). Bab tiga. Retrieved March 15, 2011 from http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/Kae_tek.htm Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. ( 2003). ”Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum”. Kuala Lumpur: Quantum Books. Ahmad Mohd. Salleh. (19997). Pendidikan Islam (Falsafah, Pedagogi Metadologi). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Atan Long.(1980). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Kamaruddin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (2004). Asas Pedagogi Pendidikan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kamaruddin Hussin (1999). Psikologi Bilik Darjah : Asas Pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributors Sdn. Bhd.

Page 13: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

17

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). “Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR” Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Mok Soon Sang.(1999). Ilmu Pendidikan KPLI Semester 1.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang.(2000). Siri pendidikan Perguruan Ilmu pendidikan untuk KPLI, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noran Fauziah Yaakub.(1990). Guru dan Perguruan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Syarifah Alwiah Al Sagoff . (1985). ”Sosiologi Pendidikan”, Hineman Kuala Lumpur

Normaria Binti Che Husin(n.d). Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi. Tesis. Sekolah Kebangsaan Tanjung

Puteri Suhaimi Muhamad.(2007). Tahap Kesediaan Guru Terhadap pelaksanaan Model Pengajaran Simulasi Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam. University Teknologi Malaysia. Retrieved September 24, 2008 from http://eprints.utm.my/6575/1/SuhaimiMFP.pdf Norazura Yahya, Nor Haslina Rosli, Nor Amira Noor Ali, A. Rahim Ahmad.(2010). Kertas Cadangan

Kajian Tindakan : Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan Dan Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi Watak (Role Play Simulation). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Retrieved Julai 26, 2010. From http://www.slideshare.net/arzuco27/proposal- kajian-tindakan-5535546

Page 14: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

18

MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS JAWI MELALUI

PEMBELAJARAN KOPERATIF MENGGUNAKAN PERMAINAN TABLET JAWI

Oleh:

Amyrudin bin Ab Karim5 & Rahim bin Mohamad6 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menulis jawi bagi murid lemah dan memperkukuhkan Jawi bagi murid yang mahir melalui pembelajaran koperatif.Dapatan daripada tinjauan awal, Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa hanya memiliki satu kelas sahaja bagi tahun tiga.Masalah timbul sewaktu pengkaji mengajar Jawi dan mendapati jurang tahap penguasaan yang sangat berbeza.Murid yang lemah menjadi pasif dalam belajar dan sering mengganggu sesi P&P. Justeru itu, pengkaji talah memperkenalkan permainan Tablet Jawi di mana murid yang lemah dan mahir Jawi akan belajar secara koperatif di dalam satu kumpulan kecil. Responden terdiri daripada sembilan orang dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.Pemilihan responden adalah melalui ujian pra.Pengkaji juga telah membuat pemurnian pada Tablet Jawi pada gelung kedua berdasarkan dapatan dari temubual dan respon murid.Dapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 71% pada ujian pos 1 daripada 46% sahaja pada ujian pra. Selepas pemurnian, dapatan peratus meningkat sebanyak 3% kepada 74% pada ujian pos 2 Dapatan juga berdasarkan temubual dan pemerhatian serta suasana pembelajaran juga telah menjadi lebih interaktif dan kondusif.

(Kata kunci: kemahiran menulis perkataan Jawi, Tablet Jawi, pembelajaran koperatif)

PENGENALAN

Masalah yang dihadapi oleh murid adalah kesukaran hendak menumpukan pada P&P yang dijalankan oleh kerana pembelajaran yang bercorak tradisional iaitu secara “chalk and talk” dan berfokuskan kepada buku teks sahaja. Maka dengan itu, masalah yang timbul apabila pelajar yang lemah dan tidak boleh membaca Jawi akan membuat bisisng dan mengganggu rakan-rakan murid yang lain kerana mereka ini tidak boleh mengikuti P&P guru. Sebahagian murid lemah yang lain menjadi pasif dan tidak produktif di dalam kelas. Masalah juga timbul jika pengkaji menumpukan perhatian kepada pelajar yang lemah, pelajar yang lain akan membuat bising dan mengganggu rakan-rakan murid yang lain. Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh belajar secara berkumpulan. Oleh yang demikian, P&P yang seimbang dan melibatkan murid-murid secara keseluruhanya amat sukar dan perlukan inovasi bagi mengatasi masalah ini.

Objektif utama kajian ini adalah untuk menarik minat murid dalam mengikuti P&P bagi matapelajaran Jawi.Selain itu kajian ini bertujuan untuk membentuk semangat kerjasama berkumpulan dalam pembelajaran dalam mencapai objektif pembelajaran yang lebih berkesan. Walaupun pada asasnya menekankan kepada pencapaian hasil pembelajaran murid sebagai penanda aras murid, akan tetapi komponen-komponen yang dinyatakan dalam persoalan diatas tetap akan menjadi sebahagian daripada tumpuan pengkaji untuk mewujudkan keseimbangan emosi murid untuk belajar dalam keadaan yang menyeronokkan, memberi motivasi serta pencapaian objektif pembelajaran yang berkesan.

Matlamat utama kajian ini adalah untuk menarik minat murid menikmati pengajaran dan pembelajaran Jawi.Selama pengkaji memasuki kelas ini, pengkaji mendapati murid tidak selesa belajar dengan kuantiti yang ramai dan kelas yang sempit. Bagi murid tahap pertama yang memerlukan perhatian 5 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 6 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 15: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

19

yang sewajarnya sebagai bantuan untuk belajar, pengkaji telah memikirkan beberapa cara dan kaedah yang difikirkan boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini. Guru-guru yang lain juga boleh memanfaatkan kaedah permainan koperatif untuk matapelajaran yang lain kerana ia sangat santai dan praktikal. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing murid dalam kumpulan yang lebih kecil dan mudah untuk diberi perhatian. Selain itu, konsep guru sebagai pengajar mutlak tidak boleh diguna pakai untuk kajian ini kerana setiap murid ada peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan rakan-rakan mereka faham dan guru boleh menjadi pemudahcara untuk membantu murid yang pandai supaya mempermudahkan bahasa atau konsep untuk membimbing rakan mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Objektif Kajian

1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi menggunakan kaedah permainan Tablet Jawi.

2. Menguji permainan Tablet Jawi dalam mewujudkan pembelajaran koperatif.

Kumpulan sasaran

Responden terdiri daripada sembilan orang murid tahun 3 Brilliant Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, Kuala Terengganu bagi sesi 2011 dan pemilihan sampel berdasarkan analisis dokumen, ujian diagnostik dan pemerhatian. responden dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil dan pembahagian kumpulan ini memerlukan beberapa kriteria yang berbeza seperti tahap penguasaan jawi (pandai/lemah), pasif/aktif, mampu membimbing dan dibimbing. Ia bertujuan untuk membentuk satu kumpulan sampel yang berkesan. Rasionalnya pemilihan responden berdasarkan perbezaan kriteria adalah untuk membentuk satu budaya tingkahlaku yang positif pada akhir kajian tindakan.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan model model pemikiran John Elliot.Rasionalnya pemilihan model ini adalah kerana ianya lebih terperinci dan memudahkan pengkaji membuat kajian tindakan berpandukan model ini.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan dua gelung oleh kerana dapatan yang diperoleh tidak memuaskan hati dan kurang berkesan terhadap responden. Setelah itu, pengkaji membuat penambahbaikkan pada papan Tablet Jawi dengan menerapkan unsur warna yang lebih menarik, penambahan pada beberapa huruf jawi dan latihan yang lebih bercorak koperatif. Di dalam persediaan perancangan, pengkaji menggunakan permainan Tablet Jawi sebagai medium atau alat bantu mengajar yang akan digunakan responden. Di dalam papan Tablet Jawi merupakan huruf-huruf rumi tunggal dan pasangan huruf-huruf jawi tunggal. Setiap huruf mempunyai pasangan dalam rumi dan jawi. Selepas penambahbaikkan dibuat, pengkaji menambah beberapa huruf baru seperti huruf ‘nga’ untuk ‘NG’ dan huruf ‘nya’ untuk huruf jawi ‘nya’.

Instrumen kajian

Ujian Pra dan Pos

Oleh kerana kajian tindakan ini menggunakan dua gelung dalam perlaksanaan tindakan. Maka pengkaji telah menambahkan ujian pos yang kedua untuk mengukur aras perkembangan

mengenalpasti masalah tinjauan awal membuat

analisispersediaan rancangan

tindakan perlaksanaan

pengawasan (monitor)

tinjauan, Refleksi terhadap hasil kajian

Page 16: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

20

penguasaan responden yang dikaji. Dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2, pengkaji telah memberi 20 soalan merangkumi bahagian A iaitu menukarkan perkataan rumi kepada jawi dan bahagian B iaitu menukarkan ayat jawi kepada rumi. Setiap ujian pos 1 dan pos 2 diberikan selepas kajian tindakan dijalankan.

Pemerhatian

Dalam instrumen pemerhatian, pengkaji telah menggunakan skala likert dimana pengkaji akan membuat pemerhatian ke atas responden merangkumi sepanjang tempoh kajian tindakan dijalankan. Pemerhatian merangkumi beberapa item iaitu 1.Peranan mentor mantee, 2.Kerjasama dalam kumpulan,3.Interaksi dan komunikasi, 4.Pencapaian objektif, 5.Daya saing dalam kumpulan. Semua item yang disenaraikan ini merupakan item yang penting untuk menilai keberkesanan pembelajaran berkumpulan menggunakan permainan tablet jawi. Pengkaji akan membuat pemerhatian dan mencatat setiap pemperolehan data yang dikehndaki. Menggunakan skala penilaian satu hingga tiga, dari baik, sederhana dan lemah dan hasilnya akan dijumlahkan dalam kumpulan dan markah yang paling sedikit merupakan kumpulan yang berjaya.

Temubual

Pengkaji menggunakan temubual tidak berstruktur untuk menilai respon yang diberi berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan ini.Berdsarkan dapatan temubual, pengkaji telah menemui beberapa masalah di dalam Tablet Jawi dan hasilnya pengkaji membuat penambahbaikkan pada kajian tindakan ini.Antara yang dibuat oleh pengkaji adalah penambahan beberapa huruf baru seperti yang dinyatakan di atas, membentuk Tablet Jawi dengan lebih berwarna warni dan menambahkan aktiviti dalam latihan berkumpulan.

DAPATAN KAJIAN

Meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi melalui kaedah permainan Tablet Jawi.

Dapatan daripada ujian pos yang dijalankan pada akhir kajian, pengkaji mendapati ada peningkatan markah berbanding ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Setelah tempoh proses pemurnian tablet jawi yang dijalankan, peningkatan dari segi prestasi boleh dikira agak memberangsangkan bagi pengkaji. Ini kerana, bagi murid yang diketegorikan dalam kelompok pemulihan, waktu yang diperuntukan sangat tidak mencukupi.Dengan gangguan fokus dan latihan yang tidak mencukupi, dapatan dari ujian pos sudah dikira sangat Berjaya.Berdasarkan ujian pos yang diberikan sebanyak 20 soalan.

Berdasarkan dapatan daripada skor ujian pos 1 dan pos 2 hanya menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 13% peratus.Bagi peningkatan penguasaan murid, ini sudah dianggap satu peningkatan yang positif dan pada murid yang sudah ditahap yang baik.Walaupun penambahbaikkan berfokus untuk menarik minat dan meningkatkan mutu tindakan ini, secara keseluruhanya, penguasaan yang ditonjolkan oleh responden sangat memberangsangkan dan menunjukkan bahawa murid sudah boleh memberi fokus yang baik dalam aktiviti yang dijalankan serta memberikan komitmen yang jitu untuk belajar.

0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

100%

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9

pra

pos 1

pos 2

Page 17: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

21

Menguji keberkesanan pembelajaran koperatif.melalui permainan Tablet Jawi.

Bagi menguji keberkesanan dalam pembelajaran koperatif dalam mewujudkan P&P yang berkesan, pengkaji telah menggunakan insterumen temubual dan pemerhatian bagi merekod dan menganalisis data untuk dinilai.Dapatan dinalisis dan direkodkan di dalam jadual seperti yang tertera di bawah.

Temubual

Dapatan untuk aspek yang pertama adalah berkaitan dengan pembelajaran koperatif menggunakan permainan Tablet Jawi merangkumi soalan 2 dan 3.Pengkaji membahagikan respon sampel berdasarkan 2 ketegori bagi memudahkan analisis iaitu setuju dan tidak setuju.Dapatan temubual yang diperoleh pengkaji telah diambil kira sebagai tunjang untuk pengkaji membuat penambahbaikkan pada gelung kedua. Antara masalah yang timbul adalah:

I. Aktiviti permainan yang kurang membantu dalam peranan mentor mantee

II. Kurang berwana warni

III. Huruf pada cip tablet Jawi kecil

IV. Ada beberapa huruf yang kurang membantu dalam penukaran teks rumi-jawi. Alasanya adalah pada beberapa perkataan yang tertentu seperti mempunyai huruf NG dan NY contohnya yang dan nyonya. Jika mengikut Tablet Jawi, ejaan jawi perkataan burung adalah غ-ن-ر-و-ب . Akan tetapi ejaan jawi sebenar ialah غ-و-ر-و-ب .Jadi kelemahan ini membuatkan mereka keliru dalam penukaran perkataan jawi.

Berpandukan respon daripada murid, pengkaji telah menganalisis dan membuat beberapa penambahbaikkan kepada Tablet Jawi yang asal bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan permainan Tablet Jawi dalam penguasaan jawi murid.Dan hasilnyadapatan temubual daripada responden selepas penambahbaikkan dibuat.Dan hasil daripada temubual yang dijalankan selepas penambahbaikkan dijalankan, pengkaji mendapati hampir kesemua responden memberikan tindakbalas yang positif dan ini menunjukkan pembelajaran berkumpulan mampu dibentuk dan pelajar menikmati pembelajaran yang dijalankan.

Pemerhatian

Menggunakan instrumen pemerhatian yang sama, pengkaji menilai respon murid sepanjang tempoh tindakan dijalankan. Dan dapatan pemerhatian direkodkan di dalam jadual dibawah.Skor P1 mewakili skor dapatan daripada pemerhatian tindakan sebelum ini.

Dapatan data pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sangat memberangsangkan.Pada pandangan pengkaji, aspek yang paling ketara yang dapat diperhatikan ialah hasil daripada penambahbaikkan permainan Tablet Jawi ini telah menarik minat mereka untuk belajar.Ekspresi dan riak wajah mereka melambangkan keseronokkan dalam pembelajaran.Mereka memberikan komitmen

0123456789

soalan 2 soalan 3

setuju

tidak setuju

2. Adakah kamu membimbing dan dibimbing oleh rakan dalam kumpulan kamu?

3.Adakah permainan ini membantu kamu belajar bersama-sama?(secara berkumpulan)

Page 18: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

22

yang terbaik dan peningkatan ketara dapat dilihat dari sebelum pemurnian dijalankan. Pengkaji akan membuat analisis berdasarkan kumpulan demi kumpulan.

skala Skor penilaian tahap 3 1-4 Baik 2 5-7 Sederhana 1 8-10 Lemah

Secara keseluruhan, dapatan data melalui pemerhatian menunjukkan perkembangan yang positif daripada responden.Walaubagaimanapun ada sebahagian kumpulan tidak berjaya secara keseluruhan di dalam aspek pencapaian objektif.Akan tetapi peningkatan daya saing tetap berlaku.Dapatan pemerhatian mendapati masih ada segelintir responden agak perlahan untuk menerima dan mamahami sebahagian konsep yang diperkenalkan. Akan tetapi ia bukanlah menandakan bahawa mereka sebenarnya gagal akan tetapi secara umunya mereka telah berjaya meningkatkan kemampuan diri mereka dan objektif utama dalam kajian tindakan ini adalah untuk memberi peluang kepada responden yang memiliki kecerdasan yang pelbagai untuk belajar secara koperatif sudah tercapai. Di atas adalah pemerhatian secara keselurhan pemerhatian merangkumi sebelum dan selepas pemurnian dibuat.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Menguji keberkesanan pembelajaran koperatif.menggunakan permainan Tablet Jawi.

Jika hendak diukur penguasaan murid, sudah tentu skor ujian menjadi instrumen penting dalam membuktikan keberkesanan dan seterusnya menjawab persoalan kajian samada berjaya ataupun tidak. Sepanjang tempoh kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji telah memberi beberapa ujian bertujuan untuk mengukur penguasaan responden sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Dapatan ujian ini dikumpulkan dan direkodkan dalam bentuk graf palang cara untuk dianalisis. Secara keseluruhanya, kaedah permainan Tablet Jawi ini telah meningkatkan penguasaan murid dengan baik.Jika dilihat dalam kumpulan kajian, bagi murid yang mahir, mereka sudah lebih menguasai Jawi dengan lebih lancar.Dan bagi murid lemah, mereka sudah mampu menukar perkataan jawi selari dengan tahap mereka. Jika tindakan berterusan dilakukan ke atas mereka, mungkin penguasaan mereka akan lebih baik dan tidak mustahil mereka boleh membaca, menulis teks jawi pula. Dengan menggunakan kaedah permainan, pembelajaran menjadi lebih seronok dan sudah tentu objektif

01234

peranan mentor mantee

kerjasama kumpulan

interaksi dan komunikasi

pencapaian objektif

daya saing

skal

a

Aspek Pemerhatian 1

kump 1

kump 2

kump 3

01234

peranan mentor mantee

kerjasama kumpulan

interaksi dan komunikasi

pencapaian objektif

daya saing

skal

a

Aspek Pemerhatian 2

kump 1

kump 2

kump 3

Page 19: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

23

pembelajaran lebih mudah tercapai.Berikut adalah dapatan daripada ujian yang dijalankan sebelum dan selepas kajian tindakan dijalankan.

Jika dilihat berpandukan keputusan ujian pra, pos 1 dan pos 2, sudah menunjukkan peningkatan pada setiap responden.Ini membuktikan keberkesanan kajian tindakan ini kepada responden. Cuma ada beberapa responden yang masih selari skor ujianya pada ujian pos 2 akan tetapi masih ditahap yang sangat baik dan memuaskan.

Menguji keberkesanan pembelajaran koperatif.menggunakan permainan Tablet Jawi.

Salah satu tanggungjawab sebagai seorang guru ialah memperbaiki mutu pengajarannya supaya lebih berkesan. Seseorang guru perlu memikirkan kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu pelajar menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dalam pembelajaran mereka Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum Dalam menilai wujudnya pembelajaran koperatif dalam permainan Tablet jawi ini, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dan soal jawab untuk melihat respon daripada murid itu sendiri. Setiap dapatan data pemerhatian boleh merujuk Rajah 12 Sebagai rujukan. Jika dilihat daripada permulaan tindakan, murid hanya murid yang mahir dan sederhana sahaja menunjukkan minat untuk belajar, akan tetapi bagi murid yang lemah menjadi pasif da nada sebahagianya mengganggu rakan-rakan yang hendak belajar.

Setalah pengkaji memberikan pembelajaran menggunakan permainan Tablet Jawi ini, setiap ahli memiliki peranan dan komitmen masing-masing untuk memajukan diri.Setelah membuat penambahbaikkan bertujuan untuk menarik minat responden ini, pengkaji mendapati setiap mereka mampu bekerjasama dan memberikan yang terbaik dalam memajukan diri mereka sendiri. Kajian ini selari dengan kajian yang dibuat oleh Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian mendapati min yang tinggi iaitu 4.37 untuk kenyataan ini. Dapatan kajian ini menyokong kajian oleh Hamm dan Adams (1994), yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif memudahkan dan mempertingkatkan keberkesanan pengajaran guru. Melalui proses penglibatan pelajar di dalam kumpulan secara aktif, guru juga dapat membuat penemuan-penemuan penting mengenai kaedah pelajar belajar dan apa yang mereka belajar. Oleh kerana pelajar terlibat dalam sebahagian proses pengajaran, keberkesanan guru mengajar dalam kelas dan proses pengajaran akan berganda. Kajian ini mendapati min 4.09 untuk kenyataan pelajar digalakkan berbincang ketika menyelesaikan masalah yang diberi di dalam kelas.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Justeru itu, cadangan kajian seterusnya yang dicadangkan oleh pengkaji ialah mempelbagaikan lagi kaedah permainan dalam pembelajaran dan menekankan pembelajaran koperatif jika berhadapan dengan tahun yang memilki satu kelas dengan kondisi kognitif muridnya yang pelbagai.Bagi murid yang lemah dan sudah mampu untuk menukarkan perkataan rumi berpandukan padanan huruf jawi- rumi, maka kajian yang sewajarnya dijalankan adalah berbentuk menyambung huruf dan sebaliknya.Ini kerana, bagi murid yang beru menguasai asas jawi, kemahiran mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung merupakan masalah yang perlu diatasi dengan segera.Dengan kaedah yang berkesan dan latihan yang berterusan, maka mereka sudah boleh bersaing secara adil dalam peperiksaan dengan pelajar yang mahir.

Page 20: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

24

SENARAI RUJUKAN

Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Andang Ismail (2006) Education Games. Indonesia: Pilar Media

Chua Yan Paw.(2006). Kaedah pengkajian. Kuala Lumpur: McGraw-Hill(Malaysia) Sdn. Bhd

Kang KyoungSeouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

Nur, Mohammad, dan Prima Retno Wikandari.2000. Pengajaran Berpusat Kepada Siswa dan Pendekatan Konstruktivis dalam Pengajaran (edisi 3). Surabaya: UNESA Press.

Page 21: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

25

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH PETA KONSEP DALAM MENINGKATKAN HAFALAN FAKTA–FAKTA SIRAH DI KALANGAN MURID TAHUN 4

Oleh:

Ariffudin bin Dzulkhefli7 & Rahim bin Mohamed8 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menghafal fakta-fakta untuk tajuk Sirah bagi murid tahun 4 Brilliant Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Penggunaan kaedah Peta Konsep semasa kajian adalah sebagai satu cara mengatasi mudah lupa dan mengekalkan ingatan murid bagi tajuk ini untuk satu tempoh yang lama. Respondan yang dipilih adalah berdasarkan tinjauan awal dari Ujian Pra dan Ujian OTI mereka iaitu seramai 12 orang. Kaedah pengumpulan data yang diaplikasi dalam kajian ini adalah pemerhatian, temu bual dan Ujian Pra dan Pasca. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa kaedah Peta Konsep ini mampu meningkatkan kemahiran menghafal fakta-fakta Sirah. Dapatan menunjukkan bahawa keputusan akhir meningkat dan daripada temu bual juga mendapati murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar Sirah menggunakan kaedah Peta Konsep.

PENGENALAN

Sirah merupakan salah satu kompenan yang terdapat didalam silibus mata pelajaran Pendidikan Islam mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Keperluan untuk mengetahui dan mempelajari tentang Sirah ini penting bagi menyemai rasa cintakan Rasulullah s.a.w. Memandangkan Sirah ini sarat dengan fakta-fakta yang perlu dingat oleh murid, maka sebuah kajian tindakan dibuat bagi membantu meningkatkan lagi pencapaian murid. Daya ingatan dapat ditingkatkan sekiranya kita mempunyai pengetahuan mengenai prinsip asas otak manusia dan bagaimana proses ingat dan lupa itu terjadi. Pengetahuan tentang ini mempunyai lapangan yang luas dari pelbagai sumber.

Tinjauan Masalah

Daripada proses ujian lisan dan pemeriksaan buku latihan murid serta keputusan ujian bulanan, terdapat sampel kajian lemah dalam mengingat fakta Sirah. Pengkaji sebagai guru pelajaran Pendidikan Islam kelas tersebut dapat mengenalpasti masalah mereka dengan mudah apabila mula mengajar Sirah pada akhir bulan Februari yang lalu. Mereka didapati tidak cekap.

Analisis Tinjauan Masalah

Kajian tindakan ini memerlukan kepada beberapa kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti masalah. Item-item ini merupakan hasil analisa yang pengkaji dapat dengan menggunakan kaedah analisis dokumen, temubual dan pemerhatian bagi menjalankan pengesanan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid untuk mengingat fakta Sirah. Melalui pemerhatian, Proses pemerhatian berlaku sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, ianya dibuat secara tidak berstruktur. Sesi temubual dijalankan kepada 2 orang guru Pendidikan Islam dan kesemua 24 orang murid tahun 4 Brilliant, Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Pengkaji menggunakan temubual separa struktur kerana merasakan ianya lebih praktikal dan sesuai. Pengkaji menggunakan kaedah menganalisa dokumen. Pengkaji meneliti keputusan 24 orang tahun 4 Brilliant dalam ujian OTI 1 yang telah dijalani oleh murid-murid

7 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 8 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 22: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

26

Objektif Kajian

Melihat keberkesanan pengunaan peta konsep dengan penguasaan mengingat fakta-fakta Sirah

Melihat perbezaan ujian pra dan pos melalui peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah.

Mengenal pasti penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sirah.

Soalan Kajian

Setakat manakah keberkesanan penggunaan peta konsep dapat membantu penguasaan

murid dalam mengingat fakta-fakta Sirah?

Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid di dalam ujian pra dan pos melalui peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah?

Sejauh manakah penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

mata pelajaran Sirah? METODOLOGI Responden Kajian

24 orang murid tahun 4 Briliant 12 orang sebagai kumpulan kawalan dan12 orang lagi sebagai kumpulan rawatan.

Perancangan Tindakan

Pengkaji mengaplikasikan model Stephen Kemmis & McTaggart (1988) dalam kajian yang ingin dijalankan.

Instrumen-instrumen kajian :

a) Soalan ujian pra dan pos sebagai alat pengukuran. b) Pemerhatian sebagai alat pengukuran. c) Temu bual sebagai alat pengukuran.

Cara Mengumpul Data

Memilih 24 orang sampel terdiri daripada murid tahun 4 Brilliant Membahagikan murid kepada 2 kumpulan; Rawatan dan Kawalan Menjalankan ujian PRA bagi mengetahui pencapaian awal murid. Data diambil dan direkod Menjalankan pengajaran berdasarkan kumpulan masing-masing Kumpulan Kawalan; Pengajaran Tradisional, Kumpulan Rawatan; Pengajaran Peta Konsep Ujian POS dijalankan, data diambil dan direkod Pemerhatian dilakukan sebelum, semasa dan selepas rawatan dilakukan. Kaedah temubual akan dijalankan untuk mengumpul maklumat secara langsung mengenai

kumpulan sasar. Cara Menganalisis Data

Item-item pemerhatian yang dijalankan dan temubual bersama guru Pendidikan Islam Perbezaan keputusan kumpulan rawatan antara ujian Pra dan Pos. Perbandingan keputusan ujian Pra antara kumpulan kawalan dengan rawatan.

Page 23: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

27

DAPATAN KAJIAN 1. Dapatan dari item pemerhatian dan temubual bersama guru Pendidikan Islam. Pengkaji telah membuat pemerhatian secara berstruktur terhadap daya ingatan, kefahaman serta tingkah laku mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian direkodkan sendiri oleh pengkaji semasa proses pengjaran dengan menggunakan borang pemerhatian yang disediakan. Analisis dapatan adalah seperti berikut:- Jadual 4: Taburan Peratuan Pemerhatian mengikut pemfokusan (Kumpulan Rawatan)

BIL FOKUS PEMERHATIAN BILANGAN RESPONDEN

1 Memberikan perhatian semasa proses

pengajaran

10

2 Berasa gembira ketika sesi pembelajaran 12

3 Menunjukkan minat terhadap kaedah peta

konsep

12

4 Mengajukan soalan jika tidak faham 6

5 Terlibat dalam sesi soal jawab 12

6 Berjaya menjawab soalan yang diajukan.

Soalan 1 12

Soalan 2 12

Soalan 3 8

Soalan 4 12

Soalan 5 10

Soalan 6 12

Daripada dapatan analisis ini, pengkaji mendapati hampir kesemua respondan dapat menjawab soalan yang dikeutarakan dalam sesi soal jawab. Ia menunjukkan penguasaan terhadap fakta Sirah yang dipelajari serta pemahaman terhadap keseluruhan pembelajaran. Selain itu, murid menunjukkan minat yang mendalam ketika menggunakan kaedah peta konsep ini. Kedua-dua guru Pendidikan Islam ini bersetuju bahawa murid berjaya memahami pengajaran yang disampaikan, namun apa yang menjadi masalah ialah keupayaan murid untuk mengingat fakta-fakta Sirah. Mereka juga bersetuju bahawa Peta Konsep dapat membantu murid untuk memudahkan untuk mengingat dan mengekalkan ingatan mengenai fakta Sirah. Berikut adalah penjelasan guru mengenai hal ini:- “...Bila ada sesuatu yang sistematik dan tersusun macam Peta Konsep ni, murid lebih senang nak faham. Perkara – perkara penting dalam Sirah senang mereka nak hafal sebab sudah di ‘highlight’ kan oleh guru seperti tarikh, bilangan dan sebab...” (R1) “...Budak-budak ni bila ada Peta Konsep macam ni, tahulah dia apa fakta penting yang kena hafal, lagi senang nak hafal kalau dah tahu apa yang penting je...” (R2)

Page 24: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

28

2. Keputusan Ujian Pra dan Pos

Dapatan kajian pada jadual di atas adalah pemerolehan data oleh dua belas orang responden daripada kumpulan rawatan. Dapatan ujian pra menunjukkan markah yang kurang memuaskan. Dapatan ujian Pra dijalankan pada 7 Julai 2011, iaitu ujian yang dilakukan sebelum diperkenalkan kaedah Peta Konsep dalam pengajaran, manakala ujian Pos dijalankan pada 14 Julai 2011 setelah diperkenalkan pengajaran menggunakan Peta Konsep kepada murid-murid. Ujian pos dilakukan bagi mengenalpasti dan melihat sejauh mana tahap kemampuan respon dan untuk mengingat fakta-fakta Sirah yang diajar. Tujuan lain adalah untuk melihat kefahaman respondan tentang pengajaran yang diajar dengan menggunakan kaedah Peta Konsep ini. Graf di bawah menunjukkan perbandingan antara keputusan ujian Pra dan Pos 3 Perbandingan keputusan ujian Pra antara kumpulan kawalan dengan rawatan pengkaji menggunakan graf bagi membuat perbandingan di antara kumpulan kawalan dan rawatan. Objektif di atas lebih kepada ingin mengetahui keberkesanan kaedah yang digunakan dalam mempengaruhi pencapaian murid di dalam meningkatkan pembelajaran Jawi. Berdasarkan kepada jadual, kumpulan rawatan mencatatkan pencapaian dari gred A hingga gred C manakala kumpulan kawalan menunjukkan pencapaian dari A hingga E. Bacaan MIN bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Begitu juga yang berlaku kepada bacaan MEDIAN.

BIL RESPONDEN PRA ( % ) POS ( % )

1. L1 83 96

2. L2 78 93

3. L3 56 79

4. L4 54 75

5. L5 48 70

6. P1 82 98

7. P2 83 100

8. P3 61 78

9. P4 53 73

10.

11.

P5 50 70

P6 42 57

12. P7 41 59

Page 25: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

29

Jadual 7: Perbandingan ujian Pos antara kumpulan kawalan dengan rawatan

KUMPULAN

KAWALAN

GRED

KUMPULAN

RAWATAN

2 A ( 100-80 ) 4

4 B (79-65 ) 6

2 C (64-50 ) 2

2 D (49-40 )

2 E ( 39 – 0 )

12 JUMLAH 12

59.1 MIN 79

50 MEDIAN 74

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Soalan Kajian 1

Setakat manakah keberkesanan penggunaan peta konsep dapat membantu penguasaan murid dalam mengingat fakta-fakta Sirah?

Dapatan daripada analisis secara pemerhatian, pengkaji menumpukan kepada kebolehan untuk menghafal fakta-fakta Sirah yang di ajar melalui sesi soal jawab yang diadakan. Ia menunjukkan pencapaian kejayaan dari semua responden. Hampir kesemua 12 orang responden dapat menghafal kesemua fakta-fakta Sirah yang telah dipelajari. Hal ini menunjukkan bagaimana peta konsep dapat meningkatkan penghafalan murid terhadap fakta Sirah.

Melalui instrumen temubual juga, kedua-dua guru Pendidikan Islam yang ditemu bual telah memberikan dapatan positif terhadap keberkesanan penghafalan murid terhadap fakta Sirah menggunakan kaedah Peta Konsep ini. Dapatan temubual dapat dibaca pada bahagian dapatan kajian.

Soalan Kajian 2

Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid di dalam ujian pra dan pos melalui peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah?

Setelah menjalankan kedua-dua ujian kepada responden, pengkaji mendapati terdapat perbezaan ketara. Ianya dapat dilihat jelas pada perbezaan min ujian pos berbanding ujian pra. Min bagi ujian pos adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 79, manakala min bagi ujian pra ialah 60.9. Begitu juga dapatan hasil bagi median, keputusan ujian Pra menunjukkan median yang lebih rendah berbanding ujian Pos. Hal ini menunjukkan kaedah Peta Konsep yang digunakan oleh pengkaji dapat meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai fakta Sirah. Pengkaji juga telah melihat kepada perbezaan gred pencapaian murid kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pos. Didapati bahawa gred terendah yang dicatatkan semasa Ujian Pos iaitu gred C berbanding gred yang terendah iaitu gred D dicatatkan dari kumpulan rawatan semasa ujian pra. Oleh itu, inovasi melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji berjaya menghasilkan pencapaian yang lebih baik dan penggunaan kaedah peta konsep dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sirah.

Page 26: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

30

Soalan Kajian 3

Sejauh manakah penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sirah?

Pembahagian kumpulan Rawatan dan Kawalan berdasarkan pencapaian mereka. Kedua-duanya dibahagikan dengan seimbanga tahap penguasaan mereka. Kedua-dua menjalani Ujian Pos dengan soalan yang sama. Setelah kaedah Peta Konsep dijalankan kepada murid, di dapati bahawa pencapaian di dalam ujian Pos Kumpulan Rawatan adalah lebih tinggi daripada keputusan ujian pos kumpulan Kawalan. Pencapaian MIN bagi kumpulan Rawatan telah mengatasi pencapaian MIN bagi kumpulan Kawalan, iaitu 79 berbanding 59.1. Perkara yang sama juga berlaku kepada hasil pencapaian median iaitu Kumpulan Rawatan 74 dan kumpulan Kawalan 50. Pengkaji telah melihat perbezaan pencapaian gred terendah bagi kedua-dua kumpulan. Hasil dapatan yang dapat dilihat melalui pencapaian terendah bagi kumpulan Rawatan iaitu C, berbanding kumpulan Kawalan dengan pencapaian terendah mereka ialah E. Oleh itu, melalui analisis perbezaan kedua-dua kumpulan ini, pengkaji mendapati, kaedah Peta Konsep yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran Sirah ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam Sirah.

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran dan Terjemahannya Abdul Rahim Abd. Rashid. (2000). Model Dan Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahya (2005), Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications Coleman, J., (1958), “Relational Analysis : The Study of Social Organization with Survey Method”, Human Organization, vol. 17. Dr. Muhd. Said Ramadhan al Buti, (2004) Fiqh Al Sirah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar. Dr. Aidh Abdullah al Qarni (2008) Kisah Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w (Intisari Dari Sirah), Kuala Lumpur: Al Hidayah Publication Forest & Richer. (1973) Social Research Method, New Jersey: Prentice-Hall Gagne, R.M.,(1996). The Conditions of Learning and Theory of Instruction, New York: CBS Publishing Asia Ltd. Hermann Ebbinghaus (1885), Memory: A Contribution to Experimental Psychology, New York: Columbia University Nik Abdul Aziz Nik Mat. (2004). Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur : Nufair Street Sdn. Bhd. Novak, J.D. and Gowin, D.B., (1984). Learning How to Learn, Cambridge: Cambridge University Press. Reber, A.S. (1985): Dictionary of Psychology. London: Penguin Books Sims, R.R & Sims, S.J. (1995). The importance of learning styles : Understanding the implications for learning, course design and education. Westport, Connecticut : Greenwood Press. Media Elektronik Mohd. Rumaizudin Ghazali, Memahami Islam Melengkapkan Kefahaman. Diperolehi Februari 23, 2011 dari http://www.mindamadani.my/

Page 27: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

31

MENGHAFAZ SURAH AL-QARI’AH TAHUN 4 NAIM DENGAN KAEDAH KOLABORASI DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER

Oleh:

Azrai Bin Baharudin9 & Mohd Nor Bin Jusoh10 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Hafazan merupakan antara bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Namun ramai yang memandang remeh terhadap bidang ini. Sesetengah menganggap bidang ini adalah antara bidang yang susah untuk dikuasai kerana melibatkan kemahiran mengingat dan menghafaz. Justeru kajian ini cuba membawa satu kaedah yang mampu menangkis segala tanggapan yang tiada kebenarannya. Seterusnya dapat mengatasi segala permasalahan dalam menghafaz Quran terutamanya surah-surah lazim yang terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Kajian ini telah dibuat terhadap murid tahun 4 Naim di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer. Sampel yang digunakan adalah seramai 12 responden terhadap kumpulan rawatan dan 6 responden terhadap kumpulan kawalan. Pelaksanaan kajian ini membawa satu pendekatan iaitu kaedah kolaborasi dalam menghafaz surah al-Qari’ah. Bagi membantu kajian ini beberapa instrumen telah digunakan seperti temubual, ujian pra dan pos serta soal selidik. Bagi menguji keberkesanan kaedah ini, satu pertemuan telah disusun antara pengakaji dan sampel sebanyak tiga kali yang mana dalam pertemuan ini juga telah disusun sebanyak empat aktiviti yang berbeza bagi melancarkan perjalanan kaedah ini. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa peratusan min telah meningkat sebanyak 35% iaitu dari 52% kepada 87% berbanding kumpulan kawalan telah meningkat peratusan min hanya sebanyak 8.6% iaitu dari 53% kepada 61.6%.

(Kata Kunci: Kolaborasi, Hafazan, Peningkatan)

PENGENALAN

Pada 30 Januari 2011 yang lepas pengakaji telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap murid tahun 4 Naim dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Semasa sesi Pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran hanya ada 18 orang sahaja daripada 35 orang murid. 18 orang murid ini pula adalah dalam kalangan murid yang mampu dan mahir dalam membaca al-Quran. Walaupun begitu beberapa masalah telah dikenalpasti oleh pengkaji semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Asuhan Tilawah al-Quran dikelas tersebut. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang berlaku keatas murid tahun 4 Naim dalam menguasai ayat surah hafazan.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi bidang Asuhan Tilawah al-Quran dalam surah hafazan, pengkaji telah meminta murid untuk mengingati ayat surah al-Qari’ah dari satu ayat kesatu ayat secara beransur-ansur dari masa ke semasa dengan cara talaqi musyafahah, namun dalam satu tempoh yang telah ditetapkan, sebahagian besar murid tidak mampu untuk mengingati ayat surah ini. Ini salah satu masalah yang perlu diatasi kerana sepatutnya murid yang boleh membaca Quran dengan baik mampu untuk menghafaz dengan baik tetapi hal ini tidak berlaku. Pengkaji telah menjalankan sesi tasmik terhadap beberapa orang murid dalam mengingat ayat surah ini. Sesi tasmik ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana tahap kebolehan mengingat murid dalam mengingat ayat surah ini. Hasil dari tasmik ini pengkaji melihat yang boleh membaca al-Quran tidak semestinya kebolehan mengingatnya adalah tinggi. Jika dilihat pada sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 dalam bidang asuhan tilawah al-Quran dalam bahagian hafazan surah al-Qari’ah ini adalah surah yang teratas kedudukannya. Sepatutnya jika surah ini terletak antara yang teratas dalam sukatan maka seharusnya murid dapat mengusai surah ini dengan baik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

9 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 10 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 28: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

32

Selain itu juga pengkaji berpendapat perkara yang menjadikan hal ini terus berlanjutan adalah disebabkan tiada sokongan dari ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka berpendapat sudah memadai jika anak merek boleh membaca Quran dengan baik. Mereka juga merasakan hafazan ini bukanlah satu perkara yang penting serta memandang remah akan hal ini. Sebagai langkah awal pengakaji telah memberi sedikit bimbingan, galakan dan motivasi kepada murid-murid yang masih tidak mampu dalam mengingat ayat al-Quran. Namun tiada perubahan yang dilihat oleh murid walaupun pengkaji telah cuba sedaya upaya untuk memberi semagat kepada murid agar tidak berputus asa dalam menghafaz ayat-ayat al-Quran.

Sehubungan dengan itu pengkaji berpendapat bahawa satu inisiatif perlu dilakukan agar umat Islam khususnya murid-murid di sekolah rendah dapat menghafaz ayat-ayat al-Quran. Sekurang-kurangnya dapat menghafaz surah-surah pendek seperti surah al-Qari’ah pada usia muda agar kata-kata Allah ini sentiasa ada di dalam dada sebagai pelindung diri. Untuk itu pengkaji berpendapat kaedah kolaborasi perlu digunakan dalam kajian ini agar tahap penghafalan murid akan menjadi lebih berkesan. Seterusnya murid akan menambahkan lagi koleksi surah lazim yang telah dihafaz. Rasional pengkaji memilih kaedah ini adalah kerana kaedah ini melibatkan semua murid yang mana mereka perlu mengambil bahagian sekalipun terdapat murid yang kurang rajin mereka akan dapat menghafaz secara tidak langsung.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Pengkaji menggunakan reka bentuk secara kuantitatif yang mana pengkaji telah melaksanakan ujian pra dan pos terhadap dua kumpulan reponden iaitu kumpulan kawalan dn rawatan. Kedua-dua kumpulan ini akan diberikan ujian yang sama bagi kedua-dua jenis ujian. Kumpulan kawalan akan diberikan pengajaran secara tradisional manakan kumpulan rawatan akan diberikan rawatan dengan menggunakan kaedah kolaborasi. Setelah selesai kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian pos bagi melihat perbezaan markah.

Populasi dan Sampel Kajian Bagi menjalankan kajian, pengkaji telah memilih 18 orang sebagai responden yang mana kesemua ini adalah golongan murid yang boleh membaca Quran dengan baik dan lancar. 18 orang ini juga dipilih berdasarkan pengalaman pengkaji semasa berada di sekolah ini serta hasil perbincangan bersama dengan guru Pendidikan Islam dan j-QAF. Pengkaji telah membahagikan 18 orang ini kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 12 responden dan 6 responden bagi kumpulan kawalan. Pengkaji juga telah membahagikan kedua-dua kumpulan ini secara adil yang mana kedua-dua kumpulan ini terdiri dari pelbagai aras murid lemah sederhana dan cemerlang. Pengkaji juga telah meletakkan hanya 6 responden bagi kumpulan kawalan kerana memandangkan jumlah murid yang tidak ramai serta pengkaji memerlukan sebilangan murid bagi kumpulan rawatan kerana seiring dengan tajuk yang mana memerlukan penglibatan yang ramai. Bagi pengkaji walaupun kumpulan kawalan hanya 6 responden sahaja namun matlamat dan objektif kumpulan kawalan diwujudkan adalah untuk menguji keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap kumpulan rawatan.

Instrumen Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pencapaian murid-murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer dari segi hafazan surah al-Qari’ah. Selain itu ia juga bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah secara kolaborasi dalam meningkatkan kemahiran menghafaz suarh al-Qari’ah. Bagi mendapatkan data pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen seperti pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan pos.

DAPATAN KAJIAN

Mengenalpasti tahap penguasaan hafazan mengikut ayat yang telah dihafaz dalam kalangan murid Tahun 4 Naim Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer.

Bagi mengenalpasti tahap penghafalan sampel, penyelidik telah menggunakan pemerhatian, temuabual dan ujian. Dalam sesi temubual pengkaji telah meminta sampel untuk membaca surah al-Qari’ah secara hafazan bagi mengetahui maklumat yang diterima adalah tepat dan benar. Semasa sesi temubual ini juga pengkaji telah menjalankan ujian lisan iaitu pada ujian pra sebanyak satu kali.

Page 29: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

33

Ujian pra ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapat maklumat terhadap tahap penghafalan surah al-Qari’ah dalam kalangan murid tahun 4 Naim Sekolah Kebangsaan Kebor ayer. Ujian pra ini dijalankan sebelum kajian dilaksanakan. Pengkaji telah menjalankan ujian pra ini terhadap kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kawalan. Soalan yang diberikan dijalankan secara serentak dan soalan yang diberikan juga adalah sama terhadap kumpulan rawatan dan kawalan. Ujian pra ini dilaksanakan untuk menguji tahap pencapaian penghafalan surah al-Qari’ah di kalangan murid Tahun 4 Naim Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer melibatkan kumpulan kawalan dan rawatan.Setelah dapatan hasil ujian pra diperolehi, pengakaji telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza untuk kedua-dua kumpulan ini atas tujuan untuk membuktikan keberkesanan kajian yang dijalankan. Bagi kumpulan rawatan pengkaji telah menggunakan kaedah kolaborasi dalam menghafaz surah al-Qari’ah. Manakala bagi kumpulan kawalan pula pengkaji telah menggunakan kaedah tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah tradisioal yang dimaksudkan disini ialah pengkaji hanya membaca dan memastikan murid boleh membaca dengan baik dan mengikut hukum tajwid yang betul. Selepas itu pengkaji menyerahkan sepenuhnya terhadap sampel untuk menguasai penghafalan surah al-Qari’ah tanpa melaksanakan sebarang aktiviti untuk membantu proses penghafalan murid dengan baik dan sempurna.

Bagi kumpulan rawatan, pengkaji telah mengambil langkah melaksanakan kaedah kolaborasi dalam proses penghafalan surah al-Qari’ah dengan melaksanakan beberapa aktiviti seperti yang telah di huraikan pengkaji pada 5.0 dalam tajuk tindakan. Dalam kaedah ini juga telah membahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli yang berbeza dari segi pencapaian mereka dalam penghafalan surah al-Qari’ah.

Gred pencapaian ujian pra

Markah (Gred)

Kawalan

Rawatan 80-100 ( A ) 0 0 60-79 ( B ) 2 4 40-59 ( C ) 3 5 0-39 ( D ) 1 3

Jadual 1: Data ujian pra

Jadual 1 menunjukkan gred yang diperolehi hasil analisis pengkaji dari data mentah terhadap 18 orang sampel sewaktu ujian pra dilaksanakan. . Dapatan menunjukkan bahawa tiada seorang pun yang mampu menghafaz secara keseluruhan surah al-Qari’ah sama ada dari kumpulan kawalan mahu pun rawatan sedangkan sampel yang telah diambil ini adalah kategori yang mampu membaca al-Quran tetapi gagal dalam proses menghafaz surah al-Qari’ah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1 di atas. Jika dilihat dalam sukatan pelajaran pendidikan Islam Tahun 4, surah al-Qari’ah ini juga adalah surah pertama dalam bidang asuhan tilawah al-Quran bagi hafazan surah. Apabila kedudukan surah ini adalah yang teratas dalam sukatan pelajaran sudah tentu peratusan penghafalan murid adalah tinggi serta murid dapat mengahafaz surah ini secara keseluruhan dengan baik. Tetapi dapatan menunjukkan 22.2% sampel iaitu empat orang sampel gagal iaitu mendapat markah di antara 0-39. Markah yang tertinggi pula hanya dalam kategori B iaitu mendapat markah di antara 60-79 sebanyak 33.3% iaitu seramai enam orang. Lapan orang sampel lagi dengan peratus 44.4% hanya mendapat gred C iaitu markah di antara 40-59. Selepas beberapa rawatan dan segala tindakan perancangan dijalankan secara berperingkat dengan beberapa aktiviti untuk kedua-dua kaedah ini tetapi pengakaji lebih memfokuskan terhadap kaedah kolaborasi bagi mencapai objektif kajian ini. maka satu ujian post dijalankan bertujuan mengetahui peningkatan sampel terhadap hafazan surah al-Qari’ah. Pengkaji juga menggunakkan instrumen senarai semak untuk menguji keberkesanan sampel terhadap ayat hafazan surah al-Qari’ah.

Ujian post ini pula telah dijalankan setelah beberapa rawatan dijalankan dengan aktivit-aktiviti yang telah dibincangkan pada 5.0 dalam tajuk tindakan. Ujian yang diberikan juga adalah setara dengan ujian pra yang dijalankan sebelum kajian dan kaedah ini dilaksanakan. Ujian ini dilaksanakan secara serentak terhadap kedua-dua kumpulan iaitu kawalan dan rawatan. Ujian ini juga dijalankan setelah kedu-dua kaedah dilaksanakan yang mana kedua-dua kaedah ini juga dilaksanakan pada masa

Page 30: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

34

yang tidak begitu jauh jarak antara keduanya. Suasana semasa ujian juga adalah sama sepertimana ujian pra yang yang dijalankan sebelum rawatan diberikan. Dapatan ujian post juga dapat ditunjukkan pada jadual 2 di bawah.Dapatan ini juga ditunjukkan berdasarkan markah dan gred yang telah dicapai setelah rawatan dijalankan dengan melibatkan beberapa aktiviti yang boleh membantu mereka dalam proses penghafalan surah al-Qari’ah dengan baik dan sempurna.Seterusnya dapatan itu dugunakan untuk membuat perbandingan antara ujian pra dan post bagi membuktikan tahap peningkatan ayat yang dihafaz sebelum dan juga selepas kajian dijalankan.

Gred pencapaian ujian post

Gred

Kawalan

Rawatan 80-100 ( A ) 1 9 60-79 ( B) 1 3 40-59 ( C ) 4 0 0-39 ( D ) 0 0

Jadual 2: Data ujian post

Jadual 2 menunjukkan gred yang diperolehi hasil analisis pengkaji dari data mentah terhadap 18 orang sampel sewaktu ujian post dilaksanakan. . Dapatan menunjukkan berlakunya perbezaan markah dan gred diantara dua kumpulan setelah rawatan dan kaedah dijalankan. Perbezaan ini berlaku kerana penggunaan kaedah yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah berlainan. Kumpulan kawalan menggunakan kaedah tadisional. Manakala kumpulan rawatan menggunakan kaedah kolaborasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat terhadap markah yang diperolehi oleh kumpulan rawatan yang mendapat gred A iaitu di antara markah 80-100 adalah tinggi sebanyak 75% iaitu seramai 9 orang daripada 12 orang sampel. Manakala kumpulan kawalan yang memperolehi gred A dengan markah antara 80-100 hanya 16.6% iaitu seorang sahaja daripada enam orang. Walaupun kadar bilangan kumpulan kawalan ini sedikit dan boleh diberi tumpuan yang banyak berbanding kumpulan rawatan, namun ianya masih tidak dapat membantu sampel dalam proses penghafalan surah al-Qariah kerana kaedah yang digunakan adalah kurang berkesan.

Min data ujian post bagi kumpulan kawalan adalah sebanyak 61.6% manakala min data ujian post bagi kumpulan rawatan adalah 87%. Jika dilihat pada min ini terbukti menunjukkan berlaku peningkatan yang mendadak dalam penghafalan surah al-Qari’ah dengan menggunakan kaeadah kolaborasi dengan peratusan min meningkat sebanyak 35% berbanding hanya 8.6% apabila menggunakan kaedah tradisional. Hasil dapatan ujian pra dan post ini juga dapat di gambarkan dan diringkaskan dalam rajah 1 berikut bagi melihat perbezaan peningkatan apabila penggunaan dua kaedah yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu sampel dalam mengusai keseluruhan ayat hafazan surah al-Qari’ah dengan baik.

Perbezaan peratusan min kumpulan kawalan dan rawatan

0%

20%

40%

60%

80%

100%

KUMPULAN KAWALAN KUMPULAN RAWATAN

53% 52%61.6%87%

UJIAN PRA

UJIAN POS

Page 31: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

35

Rajah 1 menunjukkan perbandingan antara hasil ujian post yang diperolehi oleh kumpulan kawalan dan rawatan setelah kedua-dua kaedah. Graf ini juga menunjukkan peratusan min ujian pra sebagai penandanya. Dapatan ini membuktikan dengan jelas bahawa kaedah yang dibawa adalah memberi kesan yang positif apabila berlaku peningkatan yang mendadak terhadap kumpulan rawatan sebanyak 75% iaitu seramai 9 orang yang mampu menguasai ayat hafazan surah al-Qari’ah. Manakala hanya 16.6% bagi kumpulan kawalan iaitu hanya seorang yang mampu menghafaz dengan baik surah al-Qari’ah. Pengkaji turut mendapati seorang yang mampu menghafaz dari kumpulan kawalan ini adalah murid yang mempunyai latar belakang yang baik dalam pelajaran dan juga mempunyai daya ingatan yang kuat. Berbeza dengan dapatan peratusan yang mampu menghafaz surah al-Qari’ah dari kumpulan rawatan.

Jika dilihat pada data terdapat 9 responden yang berjaya menguasai penghafalan surah al-Qariah. 9 Responden ini bukan hanya terdiri dari responden yang cemerlang tetapi responden yang lemah juga turut mampu untuk menguasai pengahafalan surah al-Qari’ah. Ini juga telah memberi bukti yang jelas bahawa kaedah kolaborasi ini mampu membantu murid dalam menguasai penghafalan surah al-Qari’ah. Walaupun terdapat dua orang responden dari kumpulan rawatan yang gagal menghafaz keseluruhan ayat surah al-Qari’ah, namun ini bukan membuktikan kaedah ini tidak berkesan dan tidak sesuai digunakan, tetapi pengkaji mempunyai alasan tersendiri yang membuatkan dua responden ini tidak berjaya dalam mengusai penghafalan surah al-Qari’ah. Setelah di kaji dua orang yang gagal ini adalah golongan responden yang malas untuk menghafaz berdasarkan soal selidik yang telah dibuat.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan penghafalan dalam kalangan murid tahun 4 Naim Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer.

Dalam mengenal pasti faktor-faktor yang mempengruhi penguasaaan penghafalan di kalangan murid tahun 4 Naim di Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat membantu menjawab persolan ini seterusnya membolehkan objektif dalam kajian ini tercapai.

Dapatan dari soal selidik yang telah dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis berdasarkan data yang diperolehi. Soal selidik ini menggunakan dalam bentuk soalan tertutup dichotomous seperti dalam jadual 3 dibawah.

Faktor mempengaruhi penghafalan surah al-Qari’ah

Perkara Ya Tidak Malas untuk menghafaz Susah untuk menghafaz

4

12

14

6

Cuba untuk mengahafaz

10 8

Kaedah guru tidak berkesan

11 7

Tidak mampu menghafaz Secara bersendiri

13 5

Jika dilihat pada jadual diatas, faktor yang tertinggi iaitu seramai 13 responden bersetuju menyatakan tidak mampu menghafaz secara bersendiri. Diikuti dengan 12 responden susah untuk menghafaz, 11 responden menyatakan kaedah guru tidak berkesan. 10 responden berpendapat mereka cuba untuk menghafaz tetapi gagal untuk mengingat dan 4 responden lagi malas untuk menghafaz. Kesimpulannya menghafaz secara bersendiri adalah menjadi faktor utama sampel tidak mampu menguasai surah al-Qari’ah.

Page 32: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

36

PERBINCANGAN Setelah pengkaji menganalisis data dan menginterpretasi data, beberapa dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa kaedah kolaboasi ini boleh diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran bidang hafazan. Kaedah ini juga boleh dicuba untuk digunakan terhadap semua peringkat umur dan sebagainya.

Pendekatan kolaborasi ini sebenarnya telah diperkenalkan olleh beberapa tokoh terkenal seperti Kagan, Johnson & Johnson, Cooper, Graves & Graves, Millis dan Slavin. Apa yang dimaksudkan dengan kaedah kolaborasi dalam kajian ini ialah penghafalan secara kolaborasi adalah satu pembelajaran yang dilakukan secara berkumpulan. Kaedah ini juga akan memberi kesan yang positif iaitu mereka akan lebih member fokus dalam proses penghafalan. Selain itu kaedah ini kan memberi semangat kerjsama yang tinggi apabila diminta untuk membaca ayat yang telah ditentukan oleh pengkaji. Pengkaji memilih kaedah ini juga untuk menarik minat responden dalam penghafalan secara berkumpulan. Rawatan ini juga diberikan bagi membantu respoden bagi mencapai objektif yang telah ditentukan oleh pengkaji iaitu menghafaz surah al-Qari’ah secara kolaborasi

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Berdasrkan kajian yang telah dijalankan tentang kaedah kolaborasi yang digunakan semasa menghafaz surah al-Qari’ah, ternyata kaedah ini memberi kesan terhadap pencapaian dalam pengahafalan surah al-Qari’ah. Kaedah ini juga telah membantu dan memudahkan murid dalam proses penghafalan mereka serta dapat menguasainya dengan baik.

Cadangan yang boleh dikemukan bagi memastikan kajian ini berkesan sepanjang masa ialah dengan meninjau secara mendalam dari masa ke semasa sama ada kaedah ini masih relevan dan sesuai untuk digunakan bagi semua jenis murid terutamanya terhadap murid yang lemah. Kajian juga boleh dilanjutkan dengan meninjau terhadap murid dari budaya yang berbeza dengan membut soal selidik tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penghafalan al-Quran. Soal selidik ini juga dikaji adakah faktor yang tertinggi mempengaruhi adalah sama dengan kajian ini serta mengakaji adakah kaedah kolaborasi ini adalah satu kaedah yang berkesan dan membolehkan penguasaan dalam penghafalan.

Jika dilihat dari sampel yang dijalankan majoritinya adalah murid perempuan. Untuk itu cadangan yang boleh dikemukakan ialah meninjau dan membuat kajian yang lebih mendalam dengan mengkaji perbezaan jantina dengan kaedah hafazan yang sama digunakan seperti kajian ini. Hal ini bertujuan untuk menguatkan lagi keberkesanan kaedah ini apabila hasil yang diperolehi juga adalah sama.

Dicadangkan juga kajian ini dapat dilakukan keperingkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga boleh dilaksanakan diperingkat sekolah menengah, pra university dan sebagainya. Hasil yang positif yang diperolehi dari kajian akan menguatkan lagi kaedah ini bahawa kaedah yang dibuat ini boleh dan mampu diterima pakai oleh semua lapisan umur dan sebagainya.

Cadangan ini juga boleh dikemukan terhadap pihak kerajaan untuk memberi latihan dan mengdakan khusus-khusus terhadap guru-guru pendidikan Islan agar mahir dalam penggunaan teknologi. Khusus yang mungkin boleh dibuat adalah khusus animansi dan penggunaan program-program computer. Ini bertujuan berdasarkan kajian ini pengkaji telah menggunakan ayat dan juga video yang bersesuaian dengan surah-surah yang ingin dihafaz. Selain itu juga dengan khusus-khusus yang sebegini guru juga boleh membuat satu video seumpama “video karaoke”. Ini bermakna cadangan juga boleh dikemukan agar objektif penghafalan surah hafazan dapat dicapai dengan ayat dipaparkan dengan satu potongan ke satu potongan secara menerus dengan diiringi oleh pembacaan murid.Pengkaji juga mengemukakan cadangan bahawa kaedah berkomputer ini boleh diaplikasikan dalam bidang lain khususnya bidang tilawah al-Quran untuk ayat bacaan.

Page 33: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

37

SENARAI RUJUKAN Abdul Hafiz Bin Abdullah, et all (2003). Kertas Kerja: Tahfiz al-Quran Darul Tuba: Kaedah Hafazan

al- Quran Sistem Turki. Universiti Teknologi Pendidikan Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur, Terbitan Jabatan Perdana Menteri. Buletin Universiti Sultan Zainal Abidin Bil 3.Julai 2010. Bengkel Hafazan al-Quran Bersama Orang

Kurang Upaya Penglihatan Mahmud Yunus ( 2008). Tafsir Mahmud Yunus al-Quran Nul Qarim Rasm Uthmani. Klang: Klang

Book Centre Mohd Majid Konteng(1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka Mok Song Sang( 1997). Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn Bhd Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah): Kompenan 1 & 2. Psikologi

Pendidikan dan Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Rosli Husin (2000). Al-Quran Sumber Pendidikan. Kuala Lumpur:

Al-Hidayah Publisher.

Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi ( 2009 ). Huru Hara Kiamat.Johor Bahru: Global Aksara Communication Sdn Bhd

Teuku Iskandar (1986), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 34: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

38

MENINGKATKAN PENGUASAAN HUKUM MIM SAKINAH DALAM KALANGAN MURID 5 URANUS

MENGGUNAKAN ‘SEGI TIGA AJAIB’

Oleh:

Fahimatul Aiman binti Ibrahim11 & Nor Kartina binti Tawang12 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Membaca al-Quran dengan betul merangkumi aspek tajwid amat penting demi menjaga kemuliaan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w ini. Tinjauan awal mendapati sebahagian besar murid 5 Uranus tidak mengenali hukum mim sakinah yang terdapat dalam tajwid al-Quran. Oleh itu, kajian tindakan ini telah dijalankan berfokuskan kepada hukum mim sakinah mengunakan ‘Segi Tiga Ajaib’ kepada 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu. Intrumen yang digunakan ialah ujian bertulis (pra dan pasca), temu bual semi struktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan hukum mim sakinah murid semakin baik dengan peningkatan min skor sebanyak 45.4. Semasa ujian pra, min pencapaian murid adalah 38.4, sementara min skor dalam ujian pasca adalah 83.8. Tuntasnya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji memberi kesan positif terhadap peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran yang dikaji.

(Kata kunci: tajwid, hukum mim sakinah, ‘Segi Tiga Ajaib’)

PENGENALAN

Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t dan merupakan mukjizat teragung yang telah diturunkan oleh malaikat Jibril a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam Bahasa Arab selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Makkah al-Mukarramah dan 13 tahun di Madinah al-Munawwarah. Kitab suci ini disusun di dalam mashaf bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah An-Nas, diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya adalah satu ibadah. Al-Quran merupakan kitab terakhir yang diturunkan sekaligus memansuhkan kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya. Ahmad Mohd. Salleh (1997) menjelaskan pengajaran al-Quran merupakan salah satu dasar pembelajaran bagi seluruh kurikulum sekolah di semua negara Islam. Ini adalah kerana al-Quran merupakan salah satu syiar agama yang menguatkan lagi aqidah dan meresapkan keimanan ke dalam jiwa setiap insan yang mempelajari dan memahaminya. Murid-murid tahun 5 Uranus terdiri daripada murid-murid yang boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis tahap. Apa yang pengkaji maksudkan dengan pelbagai jenis tahap di sini ialah murid-murid terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang dan kebolehan tahap kognitif yang berbeza. Ada murid yang cemerlang dan ada dalam kalangan mereka yang berada pada tahap sederhana sahaja. Ini adalah kerana di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting yang berkapasiti muridnya seramai 359 orang murid hanya membuat pengagihan kelas (streaming class) sebanyak dua kelas sahaja. Daripada pemerhatian pengkaji, apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan kepada 34 orang murid bagi bidang asuhan tilawah al-Quran tahun 5 Uranus pengkaji mendapati kebanyakan murid tidak dapat membaca al-Quran secara bertajwid. Walaupun di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting ini, kelas Uranus boleh diklasifikasikan sebagai kelas pertama namun pengkaji dapati sebahagian besar daripada mereka hanya sekadar membaca ayat-ayat suci al-Quran tanpa mengikut hukum tajwid yang betul. Beberapa teguran dan pembetulan dibuat dalam bacaan mereka tetapi mereka masih melakukan kesilapan dalam waktu pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Walaupun bagi sesetengah orang hukum mim mati ini adalah masalah ringan sahaja, namun bagi pengkaji sekiranya tindakan segera tidak diambil masalah ini akan berterusan sehingga mereka ke sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi. Hasil daripada kebimbangan pengkaji terhadap masalah tersebut, pengkaji mengambil keputusan untuk menjalankan satu kajian bagi memastikan mereka dapat membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada hukum mim mati atau mim sakinah kerana pada pandangan pengkaji selain hukum nun mati, hukum mim mati juga adalah pengetahuan asas dalam pembacaan al-Quran. 11 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 12 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 35: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

39

Pernyataan Masalah

Walaupun sudah banyak terdapat pelbagai usaha untuk memperkasakan bacaan al-Quran oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti kaedah IQRA’ pada tahun 1995/1996 dan j-QAF yang semakin memenangi hati masyarakat umum dengan modulnya yang pelbagai, namun masih ramai murid yang belum mampu menguasai kemahiran al-Quran seperti yang telah ditetapkan. Seperti yang kita sedia maklum, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membentuk generasi ulul albab yang mahir menguasai ilmu al-Quran sebagai amalan harian adalah suatu perkara yang tidak boleh dipandang enteng dengan sebelah mata sahaja. Oleh itu, pengkaji telah membuat kajian tentang tahap penguasaan tajwid murid tahun 5 Uranus khususnya dalam hukum mim sakinah. Kajian ini bertitik tolak daripada masalah besar yang melibatkan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca al-Quran. Kajian ini lebih difokuskan kepada ketidakupayaan murid menguasai hukum tajwid mim sakinah. Masalah ini jika tidak diatasi akan berlanjutan sehingga mereka berada di institusi pengajian tinggi. Berdasarkan pemerhatian awal pengkaji terhadap tahap penguasaan bacaan al-Quran murid-murid 5 Uranus, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa antara sebab murid-murid kurang menguasai kemahiran ini adalah kerana mereka kurang memberikan tumpuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan hukum tajwid di dalam kelas. Selain itu, ustaz ustazah hanya menekankan kepada sukatan pelajaran asuhan tilawah al-Quran yang lebih mementingkan tilawah dan hafazan serta kurang mendedahkan murid-murid tentang hukum tajwid semasa membaca al-Quran. Justeru, pengkaji mengenengahkan kajian ini dengan cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah yang dihadapi agar murid-murid bukan sahaja mampu membaca Kalamullah dengan lancar tetapi betul dari segi susunan tajwidnya.

METODOLOGI KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1. Meningkatkan nilai min dalam skor ujian pra dan pasca selepas menggunakan kaedah ‘Segi Tiga Ajaib’.

2. Melihat keberkesanan penggunaan ‘Segi Tiga Ajaib’ untuk membantu murid menguasai hukum mim sakinah.

Reka bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif atau dikenali sebagai kaedah ‘mixed method’. Berdasarkan pembacaan pengkaji, kajian tindakan sebenarnya sangat efektif apabila menggariskan pelbagai kesan positif khususnya terhadap dunia pendidikan. Model Kemmis dan McTaggart (1988) iaitu ‘action research cycle’ merupakan model yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan dan pengkaji menggunakan model ini. Terdapat empat elemen utama iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

1. Mereflek- Melalui pemerhatian semasa

P&P- Pilih responden

2. Merancang- Melaksanakan ujian pra

- Membuat pemerhatian danmodel rawatan

3. Bertindak- Membuat rawatan menggunakan

‘Segi Tiga Ajaib’

4. Memerhati- Melaksanakan ujian pasca

- Membuat temubual

Page 36: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

40

Persampelan

Kajian ini hanya tertumpu kepada murid-murid tahun 5 Uranus lelaki dan perempuan yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting pada tahun 2011. Kajian ini memberi tumpuan kepada 10 orang murid sasaran yang berada pada tahap lemah dan sangat lemah untuk menguasai tajwid dalam hukum mim sakinah dengan baik. Temubual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data tentang penguasaan kemahiran hukum mim sakinah tersebut dalam kalangan murid. Beberapa langkah pengajaran telah dilakukan untuk memudahkan penguasaan murid dalam menguasai mim sakinah menggunakan ‘Segi Tiga Ajaib’.

Prosedur Pengumpulan Data

Sesebuah kajian tindakan memerlukan emperikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh sebab itu, pengumpulan data yang benar amat penting untuk satu-satu kajian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi bagi memungut data dengan menggunakan beberapa instrumen kajian. Kaedah triangulasi ini bermaksud dua atau beberapa kaedah yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan sama ada penyelidikan kuantitatif mahupun penyelidikan kualitatif (Mok Soon Sang, 2010). Dalam kajian ini, data kajian dikumpul dengan menggunakan ujian pra dan pasca, temubual serta dokumen. Ujian pra dan ujian pasca yang sama mengenai hukum mim sakinah digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman responden terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Temubual secara berstruktur telah dijalankan kepada responden untuk melihat keberkesanan ’Seti Tiga Ajaib’. Pengkaji juga telah menjalankan pemerhatian secara tidak berstruktur terhadap responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta menganalisis dokumen hasil lembaran kerja yang dibuat oleh murid sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah ’Segi Tiga Ajaib’. Kesemua instrumen yang digunakan telah dibina berdasarkan soalan daripada kajian dan tesis yang terdahulu serta telah mendapat pengesahan daripada guru pembimbing.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan objektif-objektif yang dinyatakan.

Objektif kajian 1:

Meningkatkan nilai min dalam skor ujian pra dan pasca selepas menggunakan kaedah ‘Segi Tiga Ajaib’.

Rajah 1: Min Skor Ujian Pra dan Pasca

Berdasarkan rajah 1 di atas, pengkaji membuat perbandingan skor murid-murid bagi kumpulan rawatan dalam ujian pra dan pasca. Sebelum kajian tindakan menggunakan ‘Segi Tiga Ajaib’ dilakukan, min skor yang diperoleh semasa ujian pra ialah 38.4 sementara selepas kajian dilaksanakan dengan mengaplikasikan kaedah Segi Tiga Ajaib dalam penguasaan hukum mim sakinah, skor ujian pasca meningkat kepada 83.8. ini menunjukkan jelas berlaku peningkatan nilai min skor yang agak ketara iaitu sebanyak 45.4.

38.4

83.8

0

20

40

60

80

100

Ujian Pra Ujian Pasca

Page 37: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

41

Objektif kajian 2:

Melihat keberkesanan penggunaan ‘Segi Tiga Ajaib’ untuk membantu murid menguasai hukum mim sakinah.

Ujian Pra dan Pasca

Rajah 2: Keputusan Ujian Pra dan Pasca

Bil Ujian Pra (%) Ujian Pasca (%) Perbezaan markah (%) R1 43 83 40 R2 30 78 48 R3 45 88 43 R4 38 80 42 R5 50 90 40 R6 35 88 53 R7 45 90 45 R8 38 83 45 R9 25 73 48

R10 35 85 50 Jadual 1: Perbezaan Markah Ujian Pra dan Pasca

Merujuk kepada rajah 9 dan jadual 5 menunjukkan kepada kita bahawa terdapat peningkatan yang ketara bagi setiap responden sebelum dan selepas kajian dijalankan. Purata perbezaan markah yang diperoleh setiap responden selepas ujian pasca ialah 45.4%. Berdasarkan jumlah peningkatan tersebut, pengkaji dapat membuat satu kesimpulan bahawa selepas sesi rawatan dengan menggunakan ’Segi Tiga Ajaib’, peratusan yang diperoleh ujian pasca lebih tinggi daripad ujian pra. Pencapaian yang agak drastik ini membuktikan bahawa ’Segi Tiga Ajaib’ yang diaplikasikan oleh pengkaji sangat berkesan dalam meingkatkan penguasaan murid terhadap hukum mim sakinah. Melalui tinjauan literatur berkenaan dengan kajian yang berkaitan, pengkaji mendapati bahawa dapatan data yang diperolehi berdasarkan objektif kajian kedua ini menyokong kajian tentang penggunaan bahan manipulatif yang telah dijalankan oleh Kamaruddin Hussin (1986) menyatakan bahawa terdapat kemajuan terhadap pencapaian murid dengan adanya penggunaan bahan manipulatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan manipulatif yang pengkaji maksudkan di sini ialah penggunaan ’Segi Tiga Ajaib’.

Tujuan pengkaji melakukan ujian pra dan pasca adalah untuk mengukur tahap pencapaian murid dalam menguasai tajwid al-Quran terutama hukum mim sakinah. Oleh sebab instrumen ini bersifat kuantitatif, maka data dikumpul dan dianalisis secara perbandingan gred bagi memudahkan dan memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih gred

0102030405060708090

100

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

Perbezaan Markah Ujian Pra dan Pasca

Ujian Pra Ujian Pasca

Page 38: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

42

pencapaian murid dalam ujian pra dan pasca sebagai penanda aras dalam mengenalpasti perbezaan pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, dapatan gred ini juga adalah untuk melihat perbezaan antara pencapaian yang diperoleh responden semasa ujian pra sebelum dirawat dan semasa ujian pasca selepas pengkaji memperkenalkan ’Segi Tiga Ajaib’.

Dokumen (Lembaran kerja)

Sebelum penggunaan ’Segi Tiga Ajaib’ Selepas Penggunaan ’Segi Tiga Ajaib’

Temubual

BIL SOALAN TEMUBUAL YA (%) TIDAK (%) 1 Adakah dengan menggunakan ‘Segi Tiga Ajaib’ ini dapat

memudahkan anda memahami dan mengingati hukum mim sakinah?

100 -

2 Adakah anda seronok belajar hukum mim sakinah dengan menggunakan kaedah ‘Segi Tiga Ajaib’ ini?

100 -

3 Selepas ustazah memperkenalkan ‘Segi Tiga Ajaib’, anda akan diberikan lembaran kerja. Adakah anda membuat lembaran kerja tersebut dengan sebaiknya?

80 20

4 Adakah lembaran kerja yang diagihkan membantu kefahaman dan meningkatkan ingatan anda terhadap penguasaan hukum mim sakinah?

100 -

5 Adakah kaedah pengajaran ustazah dapat membantu kamu mengingat hukum mim sakinah dengan baik?

100 -

6 Adakah kamu suka dengan kaedah pengajaran ustazah dengan menggunakan ‘Segi Tiga Ajaib’?

100 -

Jadual 2: Keputusan Temubual Berstruktur

Merujuk kepada analisis temubual berstruktur seperti dalam jadual di atas, 100% responden menjawab ya pada soalan pertama, kedua, keempat, kelima dan keenam untuk soalan ketiga 80% responden menjawab ya dan 20% menjawab tidak. Keadaan ini membuktikan bahawa hampir kesemua responden bersetuju dengan soalan temubual yang diajukan dan ini membuktikan bahawa objektif kedua iaitu untuk melihat keberkesanan ‘Segi Tiga Ajaib’ sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

PERBINCANGAN

Bagi kajian seterusnya yang berkaitan dengan hukum tajwid ini, terdapat beberapa cadangan yang ingin dikemukakan oleh pengkaji supaya pengkaji dapat memberikan fokus dan tumpuan dalam beberapa aspek seperti berikut:

Page 39: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

43

i. Batasan Kajian Batasan kajian yang dibuat hanya pada sebuah kelas sahaja dan murid yang terlibat sebagai rawatan Cuma seramai sepuluh orang. Cadangan untuk kajian lanjutan supaya ditambahkan sampel yang lebih besar agar data yang lebih kukuh dapat dibuat bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang diuji

ii. Tempoh Masa Kajian Sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji hanya diperuntukkan masa selama satu jam untuk mengajar bidang al-Quran. Dalam tempoh masa inilah pengkaji menerapkan kaedah penggunaan Segi Tiga Ajaib. Memandangkan masa yang diperuntukkan agak singkat, pemerolehan data adalah terhad kerana untuk mendapatkan data yang lebih terperinci peruntukan masa yang lebih lama diperlukan.

iii. Pelbagaikan Kaedah Berdasarkan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah Segi Tiga Ajaib yang merupakan satu jenis bahan bantu mengajar untuk hukum tajwid mim sakinah. Kajian berkaitan dengan hukum tajwid ini juga boleh diteruskan dengan menggunakan kaedah permainan, kuiz dan peta minda.

iv. Penggunaan Kaedah Secara Meluas Memperluaskan penggunaan Segi Tiga Ajaib ini kepada hukum-hukum tajwid yang lain seperti hukum mad dan nun mati atau mengubah bentuk Segi Tiga Ajaib kepada bentuk-bentuk lain yang bersesuaian seperti pentagon atau segi empat, berpandukan hukum yang akan diajarkan. Selain itu, boleh juga menggunakan kaedah yang sama untuk membantu murid yang berada di kelas kedua atau ketiga yang mempunyai aras kognitif yang sangat lemah kerana Segi Tiga Ajaib ini merupakan bahan bantu mengajar yang unik dan menyeronokkan.

KESIMPULAN

Kajian ini telah menjawab segala persoalan kajian dan mencapai objektif kajian seperti yang telah dinyatakan pada awal penulisan laporan kajian tindakan. Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Segi Tiga Ajaib bagi hukum mim sakinah dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran mendatangkan impak positif terhadap murid yang terlibat. Justeru, penggunaan ’Segi Tiga Ajaib’ boleh dijadikan satu alternatif untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap hukum tajwid mim sakinah.

SENARAI RUJUKAN

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam (Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Atan Long. (1986). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur: Penerbit McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Haron Din dan Sabri Solomon. (1987). Masalah Pendidikan Islam di Malaysia. Petaling Jaya: Al-Rahmaniah.

Hj. Abdul Kadir Leong. (2005). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Hj. Awang Embun Hj. Umar al-Basyar dan Al-Faqir Muhammad Rusydi Abd. Malek. (2001). Himpunan Tajwid Al-Quranul Karim. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Maimunah Ismail. (1995). Kemahiran Membaca Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan 1: Satu Kajian Kes. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohammad Naim Mat Salleh. (2003). Pencapaian Tilawah al-Quran Melalui Kaedah Iqra’ di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 40: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

44

KEBERKESANAN KAEDAH DAPAT EJA SAYANG JAWI (DESAJ) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA JAWI MUDAH TAHUN 5 FIRDAUS

Oleh:

Mohammad Nabiil bin Borhanudin13 & Mohd Nor bin Jusoh14 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid tahun 5 dalam membaca jawi. Seramai 19 orang murid dari Tahun 5 Firdaus, Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu dan seorang guru yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian OTI 1 dan ujian pra. Hasil tinjauan mendapati murid tahun 5 Firdaus tidak mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kebolehan murid membaca jawi melalui kaedah Dapat Eja Sayang Jawi (DESAJ) . Murid telah diberi penerangan mengenai kaedah ini dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 3 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan sedikit peningkatan prestasi penguasaan bacaan murid. Dapatan daripada soal selidik mendapati 53% responden menunjukkan peningkatan dalam membaca jawi mudah. Justeru itu, kaedah DESAJ merupakan satu kaedah menyeronokkan dalam pengajaran jawi dan amat sesuai bagi meningkatkan kemahiran membaca jawi mudah di kalangan murid sekolah rendah.

PENGENALAN

Pembacaan jawi merupakan kemahiran penting sejak turun temurun bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Pembacaan Jawi berkait rapat dengan tulisan jawi. Setiap huruf yang ada pada tulisan jawi sama dengan tulisan arab kerana tulisan arab telah dirumikan menggunakan tulisan jawi. Dalam matapelajaran Pendidikan islam umumnya dan bidang jawi khususnya, pembacaan merupakan perkara yang paling asas dalam jawi. Sebelum seseorang itu menulis jawi, dia hendaklah terlebih dahulu dapat membaca jawi. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa penulisan jawi menghadapi masalah untuk murid menguasainya kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang paling asas iaitu membaca jawi. Setelah meneliti beberapa kaedah, pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan kaedah DESAJ bagi mengatasi masalah murid tidak menguasai kemahiran membaca jawi mudah. Kaedah ini lebih sesuai untuk mengurangkan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid kerana kaedah rawatan seperti ini dilihat dapat menarik minat murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara untuk memastikan proses dan objektif pembelajaran dapat dicapai mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Tinjauan Masalah

Melalui pemerhatian awal yang telah dilakukan terhadap murid tahun 5 Firdaus, majoriti daripada murid menghadapi masalah lemah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan Jawi mudah dengan betul, tidak memberi perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dalam bidang jawi serta tidak berminat dengan cara pengajaran guru yang kurang menarik.

Analisis Tinjauan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan ketika proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mendapati bahawa murid-murid lemah dalam menulis jawi walaupun menulis perkataan jawi mudah. Kebanyakan murid tidak dapat menukarkan huruf kepada perkatan penuh. Oleh sebab ini, pengkaji mendapati murid sering melakukan kesilapan ini sewaktu pengkaji membuat semakan dalam latihan dan kertas-kertas lembaran kerja yang diberikan. Pengkaji berharap bahawa kaedah yang direka iaitu DESAJ dapat membantu murid–murid meningkatkan kemahiran di dalam pembacaan jawi seterusnya dapat menulis jawi dengan baik.

13 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 14 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 41: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

45

Objektif Kajian

Meningkatkan peratus kelulusan matapelajaran pendidikan Islam dengan peningkatan kemahiran membaca Jawi.

Menguji keberkesanan kaedah DESAJ dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi

mudah.

Mengenalpasti bentuk kesilapan yang dilakukan oleh responden dalam menyambung perkataan jawi mudah.

Menentukan tahap minat responden terhadap kemahiran membaca jawi mudah

menggunakan kaedah DESAJ. Soalan Kajian

Adakah Kaedah DESAJ memberi kesan terhadap responden terhadap berbanding cara pengajaran terdahulu?

Apakah bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan oleh responden dalam penguasaan

membaca jawi mudah sebelum dan selepas sesi rawatan? Adakah berlaku perubahan minat responden setelah menggunakan kaedah DESAJ dalam

meningkatkan kemahiran membaca? METODOLOGI Responden Kajian

19 orang murid tahun 5 Firdaus 16 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan

Perancangan Tindakan

Pengkaji mengaplikasikan model Stephen Kemmis & McTaggart (1988) dalam kajian yang ingin dijalankan.

Instrumen-instrumen kajian :

d) Soalan ujian pra dan pos sebagai alat pengukuran. e) Pemerhatian sebagai alat pengukuran. f) Borang soal selidik sebagai alat pengukuran.

Cara Mengumpul Data

Responden diberikan ujian pra sebelum sesi rawatan. Sesi rawatan menggunakan kaedah DESAJ dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan. Pemerhatian dilakukan sebelum, semasa dan selepas rawatan dilakukan.

Cara Menganalisis Data

Analisis terhadap jawapan murid-murid dalam ujian pra dan pos. Item-item pemerhatian yang dijalankan.

Page 42: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

46

DAPATAN KAJIAN 1. Dapatan dari item pemerhatian

Jadual 1 : Item Pemerhatian Terhadap Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Bil Item Pemerhatian Kekerapan Jawapan Responden 1 2 3 4 5

1 Penguasaan kemahiran membaca Perkataan jawi mudah 3 3 1 2 Penglibatan murid dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran 3 4 3 Penglibatan murid dalam proses Pengajaran dan pembelajaran Menggunakan kaedah DESAJ 5 2 4 Hasil kerja murid 3 4 5 Hasil kerja murid selepas sesi Rawatan menggunakan kaedah DESAJ 2 5

Berdasarkan jadual di atas, kekerapan tertinggi responden bagi item soalan 1 berada di tahap sederhana dan memuaskan. Pada item soalan 2, kekerapan tertinggi responden berada di tahap sederhana begitu juga di soalan 3. Untuk soalan 4 pula, kekerapan tertinggi responden berada di tahap sederhana manakala untuk soalan 5, kekerapan responden berada di tahap baik. Bagi item soalan 2 dan 3, terdapat perbezaan skor yang boleh dilihat. Pada soalan 2, seramai 3 orang responden berada di tahap rendah dan 4 orang responden berada di tahap sederhana. Bagi soalan 3 pula, seramai 5 orang responden berada di tahap sederhana dan 2 orang responden berada di tahap baik. Soalan 4 dan 5 pula menunjukkan perbezaan hasil kerja murid sebelum rawatan dan selepas rawatan. Bagi soalan 4, 3 orang berada di tahap rendah dan selebihnya berada di tahap sederhana.

Skor untuk soalan 5 pula, 2 orang responden berada di tahap sederhana dan 5 orang responden berada di tahap baik. Murid dilihat memberikan kerjasama yang baik ketika sesi rawatan dijalankan. Murid juga menunjukkan minat ketika kaedah DESAJ dijalankan dan memberikan komitmen yang tinggi.

Secara keseluruhan untuk pemerhatian yang dijalankan, aras minat responden berada di tahap sederhana. Ini menunjukkan responden menerima kaedah yang diajar dengan baik dan boleh menyesuaikan diri dengan aktiviti pengajaran yang telah dijalankan. Terdapat perubahan yang berlaku sebelum sesi rawatan dan selepas sesi rawatan. Ini menunjukkan kaedah DESAJ mempengaruhi iklim pembelajaran responden. 2. Jadual 2: Keputusan Ujian Pra dan Pos

Bil Responden Ujian Pra Peratus (%)

Ujian Pos Peratus (%)

1 R1 25 44 2 R2 50 63 3 R3 31 44 4 R4 38 56 5 R5 19 31 6 R6 38 50 7 R7 31 44 8 R8 38 56 9 R9 19 38

10 R10 50 69 11 R11 19 44

Page 43: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

47

12 R12 25 38 13 R13 25 44 14 R14 50 62 15 R15 19 31 16 R16 19 38 17 R17 50 62 18 R18 25 38 19 R19 38 56

Jadual di halaman menunjukkan perbezaan peningkatan antara keputusan ujian pra dan pos bagi setiap responden. Terdapat peningkatan pencapaian dikalangan semua responden. Bagi responden 1, ujian pra mendapat 25% manakala ujian pos mendapat 44%. Responden 2 memperolehi 50% pada ujian pra dan 63% pada ujian pos. Responden 3 pula mendapat 31% pada ujian pra dan 44% pada ujian pos. Responden 4 mendapat 38% pada ujian pra dan 56% pada ujian pos. Responden 5 pula mendapat 18% pada ujian pra dan 31% pada ujian pos manakala responden 6 mendapat 37% pada ujian pra dan 50% pada ujian pos. Responden 7 mendapat 31% pada ujian pra dan 44% pada ujian pos diikuti responden 8 mendapat 37% pada ujian pra dan 56% pada ujian pos. Responden 9, mencatatkan 19% pada ujian pra dan 37% pada ujian pos. Responden 10 mendapat 50% pada ujian pra dan 69% pada ujian pos. Responden 11 pula mencatatkan peningkatan tertinggi berbanding responden-responden lain iaitu 19% pada ujian pra dan 44% pada ujian pos. Bagi responden 12 pula, markah ujian pra adalah 25% dan 37% pada ujian pos manakala responden 13 mendapat 25% pada ujian pra dan 44% pada ujian pos. Markah responden 14 pula ialah 50% di ujian pra dan 62% di ujian pos. Responden 15 mendapat 19% pada ujian pra dan 31% pada ujian pos. Responden 16 pula mencatatkan 19% pada ujian pra dan 37% pada ujian pos. Di samping itu, responden 17 mendapat 50% pada ujian pra dan 62% pada ujian pos manakala responden 18 mencatatkan 25% pada ujian pra dan 37% pada ujian pos.

Responden terakhir iaitu responden 19 mendapat 37% pada ujian pra dan 56% pada ujian pos. Walaupun terdapat beberapa responden yang menunjukkan peningkatan minimum ketika ujian pos, kebanyakan daripada responden mencatat peningkatan yang ketara dan kaedah DESAJ dilihat memberi kesan kepada responden. 3 Jadual 3 : Perbezaan Min Antara Ujian Pra dan Pos

BIL RESPONDEN UJIAN PRA (%) UJIAN POS (%)

1 1 25 43.75 2 2 50 62.5 3 3 31.25 43.75 4 4 37.50 56.25 5 5 18.75 31.25 6 6 37.50 50 7 7 31.25 43.75 8 8 37.50 56.25 9 9 18.75 37.50 10 10 50 68.75 11 11 18.75 43.75 12 12 25 37.50 13 13 25 43.75 14 14 50 62.50 15 15 18.75 31.25 16 16 18.75 37.50

Page 44: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

48

17 17 50 62.50 18 18 25 37.50 19 19 37.50 56.25

Jumlah 606.25 906.25 Min 31.90 47.69 Perbezaan min 15.79 PERBINCANGAN DAN CADANGAN Soalan Kajian 1

Adakah kaedah ini memberikan kesan terhadap murid-murid berbanding cara pengajaran terdahulu?

Analisis yang telah dijalankan menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian responden

dalam penguasaan kemahiran membaca jawi. Walaupun tiada responden yang berjaya mencatatkan gred A di dalam ujian pos, peningkatan pencapaian masih boleh dilihat. Ini dibuktikan dengan peningkatan skor min dalam ujian pra dan pos. Dalam ujian pra, skor min adalah sebanyak 31.90% dan meningkat kepada 47.69% dalam ujian pos. Peningkatan yang berlaku adalah sebanyak 15.79% selepas responden diberikan rawatan menggunakan kaedah DESAJ. Setelah diberikan rawatan juga, responden semakin faham dan boleh membaca perkataan-perkataan jawi mudah.

Kedua-dua dapatan ini menyokong dapatan kajian pengkaji dalam kemahiran responden dalam menguasai kemahiran membaca jawi mudah. Soalan Kajian 2

Apakah bentuk-bentuk kesalahan yang dilakukan oleh responden dalam penguasaan membaca jawi mudah sebelum dan selepas sesi rawatan?

Dapatan kajian ini boleh dilihat pada pola kesilapan responden sewaktu menjawab soalan

ujian pra dan pos bagi kemahiran membaca jawi mudah. Ujian pra menunjukkan kesilapan ketara yang dilakukan oleh responden ialah kesilapan ketika mencantumkan perkataan dan apabila menulis perkataan tersebut, mereka tidak dapat menulis dengan betul. Kebanyakan responden membuat kesilapan seperti ini di dalam ujian pra. Kesalahan yang dilakukan oleh reponden adalah kerana mereka masih lemah dan tidak dapat faham dan tidak dapat menguasai kemahiran membaca jawi walaupun perkataan jawi mudah. Soalan Kajian 3

Adakah berlaku perubahan minat responden setelah menggunakan kaedah DESAJ dalam meningkatkan kemahiran membaca jawi mudah?

Dapatan yang diperoleh menunjukkan responden berminat dan seronok menggunakan

kaedah DESAJ dalam pelajaran jawi dan seterusnya membantu meningkatkan penguasaan responden dalam membaca jawi mudah. Dalam pelajaran pendidikan islam terutamanya pelajaran jawi, guru perlu lebih kreatif dalam mempelbagaikan sumber pengajaran dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan murid bagi menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran.

Page 45: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

49

SENARAI RUJUKAN Nik Rusila Bt Yaacob. (2001). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan

Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam Dalam Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Amri Daud. (2005). Kajian Keberkesanan j-QAF Di 2 Buah Sekolah Perintis Di Terengganu : Tesis

Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya. Alis Bin Puteh. (2008). Kajian Tindakan Di Sekolah : Satu Pengenalan : Pure Honey Enterprise, Kuala

Lumpur. Idris Awang. (2002). Kaedah Penyelidikan : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala

Lumpur Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. (2005). Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model

Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum Tahun 2, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia

Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Perlaksanaan

Penyelidikan Tindakan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Open University Malaysia (2006). Kaedah Kajian dalam Penyelidikan, Kuala Lumpur : UNITEM

Sdn.Bhd.

Page 46: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

50

KEBERKESANAN NYANYIAN MELODI RIA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT

NAMA 10 MALAIKAT BAGI MURID TAHUN 2 DELIMA SK KAMPUNG GEMUROH

Oleh:

Mohd Izzuddin Akmal15 bin Rusmin & Suhaimi bin Ramli16 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran mengingat 10 malaikat bagi murid tahun 2 Delima Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh. Permasalahan yang dikenalpasti bagi murid tahun 2 Delima ini ialah kesukaran untuk mengingat nama-nama Malaikat berserta tugas-tugasnya dengan betul. Pelaksanaan kaedah nyanyian Melodi Ria bertujuan untuk membantu murid dalam mengekalkan daya ingatan dalam tempoh masa yang lama. Responden dipilih berdasarkan hasil analisis dokumen lembaran kerja mereka. Responden terdiri daripada 4 lelaki dan 3 perempuan. Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini ialah melalui ujian pra dan pos, pemerhatian dan soal selidik. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah nyanyian Melodi Ria ini berjaya meningkatkan tahap pencapaian pelajar dengan peningkatan sebanyak 55.1% hasil perbezaan min antara kedua-dua ujian pra dan pos. Prestasi ujian pos juga berkait rapat dengan minat responden terhadap kaedah yang telah dilaksanakan. Kesimpulannya, kaedah nyanyian Melodi Ria telah membentuk minat dan keseronokan murid untuk mengingat nama-nama Malaikat berserta tugas-tugasnya dengan betul.

(Kata kunci: nyanyian Melodi Ria, mengingat, 10 Malaikat)

PENDAHULUAN

Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk beriman dengan malaikat, terdapat beberapa murid sukar mengingat nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya dengan betul. Soalan-soalan secara lisan dan bertulis telah diajukan kepada mereka, dan mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan. Murid tidak menulis nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya dengan betul. Disamping itu juga, murid-murid kelihatan keliru antara nama malaikat dan nama-nama nabi yang wajib diimani.

Bagi mempelajari tajuk ini, murid-murid perlu memahami dan menguasai kemahiran mengingat nama-nama malaikat beserta tugas-tugasnya. Setiap individu mempunyai tahap keupayaan berfikir dan mengingat sesuatu perkara mengikut kemampuan masing-masing. Murid-murid tahun 2 ini iaitu pada umur 8 tahun masih di tahap perkembangan kognitif.

Pengkaji telah menemui masalah hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Masalah tersebut ialah murid sukar untuk mengingat nama-nama malaikat dan bidang tugasnya dengan baik. Ini diperolehi hasil daripada pemerhatian pengukuhan lisan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Murid juga kurang berminat untuk mengingat nama-nama malaikat dan bidang tugasnya setelah pengkaji menggunakan cara tradisional di dalam kelas. Faktor pemilihan sampel adalah murid yang lemah dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugasnya semasa proses pengukuhan lisan diperhatikan serta murid yang mendapat markah terendah di dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh pengkaji.

Untuk menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagi mengenalpasti masalah. Pengkaji menggunakan instrumen analisis dokumen, pemerhatian, dan temubual.

15 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 16 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 47: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

51

METODOLOGI KAJIAN

Objektif Kajian

1. Melihat perbezaan min di dalam ujian pra dan pos. 2. Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugasnya melalui

kaedah nyanyian melodi ria.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 7 orang iaitu 4 lelaki dan 3 perempuan. Sampel ini merupakan murid tahun 2 Delima di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh. Pemilihan sampel berdasarkan kepada analisis dokumen yang telah dibuat oleh pengkaji iaitu melalui lembaran kerja yang dilaksanakan oleh pengkaji selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di kelas. Sampel yang dipilih ini mempunyai markah yang terendah dalam lembaran kerja yang dilakukan mereka. Kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran ini adalah untuk melihat perbezaan min ujian pra dan ujian pos serta mengenalpasti minat murid setelah aktiviti nyanyian melodi ria dijalankan ke atas mereka. Tindakan Pengkaji telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai 4 tahap kajian iaitu merefleks, merancang, bertindak dan memerhati.

i. Refleksi Pengkaji mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang dipelajari oleh mereka berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Murid sukar untuk mengingat kembali isi pelajaran apabila soalan lisan dan bertulis diajukan kepada mereka. Disamping itu juga murid kurang berminat dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya. Selepas itu, pengkaji membuat tinjauan awal iaitu untuk menghimpun fakta berdasarkan pemerhatian, temubual, dan lembaran kerja. ii. Merancang Pengkaji telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan masalah yang timbul tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid mengenai tajuk beriman kepada malaikat iaitu mengingat nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya dengan betul. Pengkaji merancang untuk menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian melodi ria. Lirik lagu Melodi Ria 10 Malaikat telah digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak ‘If You Happy’ dan ‘Twinkle-twinkle Little Star’.

iii. Bertindak Kaedah nyanyian melodi ria telah diperkenalkan kepada responden seramai 7 orang dari tahun 2 Delima bagi semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi tajuk beriman kepada malaikat dan berfokus kepada mengingat nama-nama malaikat dan bidang tugasnya dengan betul. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang dirancang oleh pengkaji. Pengkaji hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian ini. Pelaksanaan kajian ini dilakukan di serambi surau Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu selama sebulan.

iv. Memerhati Semasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan. Instrumen

Ujian Pra dan Pos

Ujian pos pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pos ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pos yang dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian.Ujian pos ini mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A, B dan C.

Page 48: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

52

Soal Selidik

Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang berjumlah 7 orang yang telah dipilih oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka.

Pemerhatian

Pengkaji telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan. Pemerhatian dibuat berdasarkan kepada 6 fokus yang hendak diperhatikan.

DAPATAN KAJIAN

Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pos

Berdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos ke atas responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Perlaksanaan ujian pra dan pos untuk menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama malaikat dan tugasnya dalam bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos adalah seperti di bawah:

Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos

BIL RESPONDEN UJIAN PRA (%)

UJIAN POS (%)

1 Responden 1 46 86 2 Responden 2 36 78 3 Responden 3 20 94 4 Responden 4 32 90 5 Responden 5 48 100 6 Responden 6 32 90 7 Responden 7 24 86 Min 34 89.1

Dapatan kajian pada jadualini adalah pemerolehan data berdasarkan kajian yang dibuat ke atas tujuh orang responden. Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang memuaskan ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah 50%.

Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan peratus responden dinilai melalui min. Jika dilihat pada rajah 3, min markah ujian pra ialah 34 % dan ujian pos pula ialah sebanyak 89.1 %. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan min sebanyak 55.1 % setelah rawatan melalui kaedah nyanyian melodi ria dilaksanakan terhadap responden.

Graf Perbezaan Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

34

89.1

0

20

40

60

80

100

Ujian Pra Ujian Pos

Page 49: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

53

Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah nyanyian melodi ria.

i. Soal Selidik Berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada reponden untuk mengetahui minat responden dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah nyanyian melodi ria sebelum dan selepas rawatan dilaksanakan. Soalan yang dibina adalah mengikut aras kefahaman responden iaitu soalan yang mudah difahami bagi peringkat umur responden. Soalan yang dibina mengandungi sembilan soalan yang menjurus kepada minat responden terhadap kajian yang dilakukan terhadap mereka. Pilihan jawapan diberi adalah berdasarkan Ya atau Tidak.

Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratusan Analisis Soal Selidik

ITEM PERNYATAAN YA TIDAK Bil (%) Bil (%) 1 Saya minat pada subjek Pendidikan Islam.

6 (85.7) 1 (14.3) 2 Saya suka mendengar lagu

6 (85.7) 1 (14.3) 3 Saya suka menyanyi lagu.

6 (85.7) 1 (14.3) 4 Saya suka belajar melalui kaedah nyanyian.

6 (85.7) 1 (14.3) 5 Nyanyian memberi keseronokan kepada

saya 7 (100) - - 6 Saya suka mengingat sesuatu perkara

6 (85.7) 1 (14.3) 7 Nama-nama malaikat dan tugasnya susah

untuk diingati 2 (28.6) 5 (71.4) 8 Saya dapat mengingat nama-nama malaikat

melalui kaedah nyanyian. 7 (100) - - 9 Saya gembira dapat mengingat nama-nama

malaikat dengan betul. 7 (100) - - Jadual menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan data soal selidik untuk mengetahui minat reponden terhadap kaedah nyanyian melodi ria yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik ini dilakukan terhadap responden setelah melalui proses rawatan melalui kaedah nyanyian melodi ria bagi mengingat 10 nama malaikat dan tugasnya.

ii. Pemerhatian Dalam menjawab persoalan objektif kedua, iaitu membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugasnya melalui kaedah nyanyian melodi ria, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta tingkahlaku responden semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur untuk melihat tingkahlaku dan lisan dengan menggunakan borang senarai semak pemerhatian bagi merekod bilangan kekerapan bagi setiap fokus pemerhatian yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu keempat kajian. Pengkaji mendapati aspek tingkahlaku mempunyai sebanyak 20 kekerapan daripada 7 orang responden iaitu mencatat sebanyak 95.2%. Manakala aspek pemerhatian dari segi lisan pula mencatatkan peratusan kekerapan sebanyak 76.2% iaitu sebanyak 16 kekerapan. Ini bermakna responden menunjukkan minat melalui tingkahlaku lebih tinggi berbanding secara lisan iaitu perbezaan sebanyak 19%.

Page 50: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

54

PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini akan melihat sejauhmana kemahiran mengingat murid mengenai nama-nama malaikat dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian.

Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pos

Berdasarkan kepada analisis dan interpretasi data, perbezaan min ujian pra dan pos menunjukkan banyak perubahan yang ketara. Kesemua responden menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pos berbanding ujian pra. Perbezaan min antara ujian pra dan pos bagi keseluruhan responden adalah sebanyak 55.1%. Min skor bagi ujian pra responden ialah 34% dan min skor bagi ujian pos responden ialah 89.1%.

Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah kaedah nyanyian melodi ria diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa objektif pertama telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian melodi ria ini diperkenalkan kepada responden, responden sukar untuk menyatakan nama-nama malaikat dan tugasnya dengan betul. Semasa menjawab soalan bagi ujian pos, responden menjawab soalan sambil menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk mengingati kembali lirik lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah aktiviti nyanyian melodi ria ini dijalankan terhadap mereka, ternyata wujud peningkatan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk yang dipelajari. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada pengkaji lain di mana kaedah nyanyian ini mampu meningkatkan prestasi murid.

Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa asing mungkin mampu membantu mengingat sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian sangat membantu individu untuk mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi pendidikan.

Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka bahawa hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan menggunakan muzik dalam program membaca. Ini membuktikan bahawa nyanyian yang juga merupakan salah satu dari cabang muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian murid dalam ujian.

Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka, lebih kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi yang baik dan hanya 10% sahaja daripada responden kumpulan sasaran yang masih lemah dalam lembaran kerja yang diberi kepada kumpulan sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata pelajaran sains.

Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah nyanyian melodi ria.

Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah nyanyian melodi ria. Dapatan daripada data yang telah dianalisis menunjukkan bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila menggunakan kaedah nyanyian melodi ria dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya. Melalui data soal selidik yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh respon yang positif setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka. Aktiviti nyanyian melodi ria ini ternyata memberi keseronokan terhadap mereka.

Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan, didapati hampir kesemua murid dapat mengingati lirik nyanyian melodi ria dengan baik walaupun terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang dihafal oleh mereka.

Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung. Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi yang diadaptasi dari lagu kanak-kanak bahasa Inggeris iaitu ‘Twinle-twinkle Little Star’ dan ‘If You Happy’. Lagu yang telah diadaptasi dan diubahsuai inilah salah satu faktor yang mendorong mereka belajar dengan penuh minat.

Page 51: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

55

Data ini kemudiaannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010) dalam kajiannya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian mampu meredakan tekanan mental dan fizikal murid—murid.

Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah suatu perkara yang sangat hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan memainkan muzik dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian melodi ria ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.

Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya, peningkatan minat pelajar dalam dibantu dalam Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah. CADANGAN

Setelah memperoleh hasil yang memuaskan dari dapatan-dapatan yang telah dibincangkan, pengkaji berpendapat bahawa kajian ini perlu diteruskan untuk kepentingan pendidikan pada masa akan datang. Ini kerana kaedah nyanyian ini amat sesuai dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi merentasi mata pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan bagi kajian lanjutan telah dicadangkan oleh pengkaji iaitu menggunakan kaedah nyanyian ini untuk pelbagai bidang dan matapelajaran. Selain itu juga, pengkaji mencadangkan agar kajian ini diaplikasi secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Murid-murid kini lebih berminat terhadap unsur-unsur hiburan dan guru harus mengetengahkan hiburan mendidik jiwa seperti nyanyian dalam pembelajaran agar dapat meningkatkan minat terhadap akademik. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan mengkombinasikan nyanyian dan gaya secara bersama agar murid-murid mudah mengingati isi pelajaran dengan lebih efektif dan efesien. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar penggunaan perkusi sebagai instrumen tambahan semasa aktiviti nyanyian dilaksanakan bagi mencorakkan keseronokan dalam proses pembelajaran murid. Tambahan itu, pengkaji juga bercadang agar kajian seterusnya menggunakan sesi karaoke berpandukan video yang mempunyai lirik lagu. Nyanyian berbentuk karaoke ini akan menarik minat murid untuk meningkatkan minat dan kefahaman mereka dalam pembelajaran mereka. Sesi ini harus mempunyai pemerhatian dan kawalan daripada guru agar sampel menjalani proses pengajaran dan pembelajaran secara terkawal. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sampel 7 orang responden dari murid tahun 2 Delima dan pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya dilaksanakan dengan menggunakan sampel kajian yang lebih besar dan terbuka untuk semua tahun dari tahun satu sehingga tahun enam. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kaedah nyanyian melodi ria ini membantu meningkatkan kemahiran mengingat pada situasi murid yang ramai.

Rumusan

Secara rumusnya, kaedah nyanyian ini memberi kepentingan kepada murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui nyanyian melodi ria ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan tertekan. Akhir sekali, diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti guru-guru, murid-murid dan pusat perkembangan kurikulum.

Page 52: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

56

SENARAI RUJUKAN

Edith Indek, Kamariati Hussin. (t.t). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh Julai 2011, dari http://www.docstoc.com/docs/33520737/keberkesanan-lagu-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran Carl R Rogers. (2003). Client-Centered Therapy: Its Current Practice, Implications and Theory.

London. Constable. Hadiah Senin. (19977). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Hanisah Shaari. (2009). Meningkatkan Kemahiran Menghafal Fakta Dalam Tajuk Israk Mikraj Tahun

lima Melalui Kaedah ‘Cerna’. Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Hansen, D. Bernstorf, E, & Stuber, G.M. (2004). Linking Music Learning to Reading Instruction. Music

Educator’s Journal, 88(5). 17-21. Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna. (2009). Meningkatkan minat Pelajar Murid dalam

Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Rosne Hafizah Abd Rani (2009). Mempertingkatkan Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Arab

Dikalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Nyanyian. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan dan Bahasa Open University Malaysia.

Salcedo C.S. (2002). The Effects of Songs In The Foreign Language Classroom on Text Recall and

Involuntary Mental Rehearsal. Phd Dessertaion. Louisiana State University. Tan Siew Tee, Shi Soi Fah. (2005). Use of Song in Teaching of Lifeskills Modules.ITE Teacher’s

Conference 2005.

Page 53: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

57

APLIKASI KAEDAH NYANYIAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT RUKUN SOLAT DALAM KALANGAN MURID

Oleh:

Nor Hafizah binti Ibrahim17 & Nor Kartina binti Tawang18 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Rukun solat merupakan aspek terpenting dalam memastikan kesempurnaan sesuatu ibadah solat. Kajian ini melibatkan pengaplikasian kaedah nyanyian untuk meningkatkan ingatan murid-murid terhadap Rukun Solat. Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu pada tahun 2011. Seramai 31 orang murid Tahun 4 Uranus terlibat dengan kajian ini. Responden yang terlibat ialah seramai 15 orang murid yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian serta melalui temubual. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 36%. Semasa ujian pra, pencapaian murid adalah 47% manakala pencapaian murid semasa ujian pasca adalah 83%. Rumusannya, kajian yang dijalankan ini membuktikan bahawa pengaplikasian kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan dalam membantu murid-murid serta memberikan kesan positif terhadap peningkatan pencapaian murid dalam mengingat Rukun Solat dengan baik di samping dapat menarik minat murid untuk fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

(Kata kunci: meningkatkan ingatan, rukun solat, kaedah nyanyian)

PENGENALAN

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat diwajibkan ke atas setiap muslim yang mukallaf samada ketika sihat mahupun ketika sakit. Ini menunjukkan betapa amalan solat amat penting dan dititikberatkan dalam Islam. Justeru, anak-anak haruslah diajar mengerjakan solat sebagaimana maksud hadith. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkan mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”

Solat lima waktu adalah Rukun Islam yang wajib kita laksanakan. Justeru, dalam mengerjakan solat, antara perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah perkara rukun dalam solat bagi memperoleh kesempurnaan dalam solat.

Mariah bt Haji Mansur (2003) menyatakan rukun ialah sesuatu perkara yang mesti ada dan dilakukan dalam tiap-tiap amalan. Manakala, solat dari segi bahasa bermaksud doa. Dari segi istilah solat didefinisikan sebagai beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ikhram dan disudahi dengan salam. Menurut Mariah bt Haji Mansur (2003), rukun solat pula ialah perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan solat, jika ditinggalkan tidak akan sah solat itu.

Untuk menunaikan solat, seseorang muslim perlulah terlebih dahulu mempelajari rukun solat samada rukun qauli, rukun fiqli mahupun rukun qalbi. Ini supaya solat yang dikerjakan dapat dilakukan dengan lebih sempurna. Namun hakikatnya kini, ramai di kalangan generasi kita yang tidak sempurna solat 17 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 18 Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Page 54: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

58

lima waktu sehari semalam. Bukan sahaja tidak menunaikan solat, bahkan tidak dinafikan juga ramai generasi Islam hari ini yang tidak mengetahui dan mengingat rukun solat dengan baik. Pengetahuan dan penguasaan tentang rukun solat tidak wajar dipandang enteng kerana rukun solat merupakan asas yang sangat penting yang perlu dikuasai oleh semua murid-murid beragama Islam sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan kaedah nyanyian bagi membantu murid-murid mengingat rukun solat dengan lebih baik. Drosher (2006) menyatakan bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan. (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997). Hansen & Bernstrof (2002) turut bersetuju dengan menyatakan bahawa hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.

METODOLOGI KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1. Untuk melihat perbezaan skor pencapaian responden dalam ujian pra dan pasca. 2. Untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat rukun

solat.

Rekabentuk dan Model Kajian

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian tindakan (mixed method) yang mana data dikumpul dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini dijalankan berlandaskan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti yang berikut:

Rajah 1: Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart,1988

Mereflek (Reflect)

Merancang (Plan)

Bertidak (Action)

Memerhati (Observe)

Page 55: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

59

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting yang melibatkan 31 orang murid Tahun 4 Uranus yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan, beragama Islam dan berketurunan Melayu. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 15 orang murid iaitu 6 orang murid perempuan dan 9 orang murid lelaki. murid yang dipilih sebagai responden kajian adalah dari kalangan murid-murid Tahun 4 Uranus yang tidak dapat mengingat rukun-rukun solat dengan baik.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca, temu bual serta pemerhatian. Ujian pra dan pasca dilaksanakan untuk melihat peningkatan ingatan murid-murid dalam kemahiran mengingat rukun solat menggunakan kaedah nyanyian. Instrumen ujian pra dan pasca yang dijalankan berbentuk ujian bertulis. Instrumen temu bual digunakan bagi mendapatkan maklum balas responden terhadap kaedah nyanyian yang digunakan pengkaji samada dapat membantu murid dalam mengingat rukun solat dengan baik. Instrumen pemerhatian pula digunakan untuk melihat perubahan tingkah laku murid sebelum dan selepas kaedah nyanyian diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

DAPATAN KAJIAN

Objektif Kajian 1:

Untuk melihat perbezaan skor pencapaian responden dalam ujian pra dan pasca.

Rajah 1: Skor Ujian Pra dan Pasca Responden

Rajah 1 menunjukkan perbezaan skor yang diperoleh responden dalam ujian pra dan pasca. Berdasarkan analisis, pengkaji mendapati setiap responden mengalami peningkatan untuk mengingat rukun solat. Secara keseluruhannya peratusan peningkatan pencapaian responden adalah sebanyak 36% iaitu daripada 47% semasa ujian pra kepada 83% semasa ujian pasca.

58 5344

38

56

31

4456 54 56

31

55 50 50

31

94100

88

65

88

50

63

81

10094 94

100

75

94

63

0

20

40

60

80

100

120

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Ujian Pra Ujian Pasca Column1

Page 56: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

60

Objektif Kajian 2:

Untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat rukun solat.

Bagi menguji keberkesanan kaedah nyanyian yang dilaksanakan, pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian dan temu bual (temu bual berstruktur) dengan kesemua murid dalam kumpulan rawatan bagi mendapatkan respon mereka berkaitan kaedah yang digunakan oleh pengkaji.

Temu bual

Hasil temu bual dengan responden kajian, pengkaji mendapati 100% responden suka dengan kaedah nyanyian yang diaplikasikan. Ini terbukti apabila 9 orang responden (60%) memberi respon “Ya” apabila diajukan soalan adakah mereka suka dengan kaedah nyanyian yang digunakan. 6 orang responden (40%) memberikan jawapan “Suka” dengan kaedah nyanyian yang diaplikasikan pengkaji. Berdasarkan analisis pengkaji mendapati kesemua responden bersetuju bahawa kaedah nyanyian dapat membantu dalam meningkatkan ingatan terhadap rukun solat di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian berstruktur terhadap responden, pengkaji mendapati terdapat perubahan terhadap tingkah laku responden selepas pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian. Responden didapati lebih menumpukan perhatian dan fokus pada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). responden juga seronok dengan P&P yang dilaksanakan serta lebih aktif dalam sesi soal jawab dalam bilik darjah.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Perbincangan Dapatan 1

Objektif 1 kajian ini adalah untuk melihat perbezaan skor pencapaian responden dalam ujian pra dan pasca. Dalam ujian pasca, pengkaji mendapati semua responden memperoleh peningkatan dalam pemerolehan skor. Secara keseluruhannya peratusan peningkatan pencapaian responden adalah sebanyak 36% iaitu daripada 47% semasa ujian pra kepada 83% semasa ujian pasca. Dengan ini objektif kajian yang pertama berjaya dicapai.

Dapatan ini disokong oleh kajian Suzella bt Ab Samad (2009), dalam kajian Pelaksanaan Karaoke/Nyanyian Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu menyatakan bahawa berlaku peningkatan dalam penguasaan murid dalam mengenal huruf vokal dan konsonan dengan mengaplikasikan kaedah nyanyian semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hansen & Bernstrof (2002) turut menyatakan bahawa hasil kajian lepas menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.

Monks (2000) menyatakan bahawa muzik dapat membantu individu supaya lebih efisyen serta dapat meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran. Muzik juga dapat meningkatkan ingatan, tumpuan dan mengintegrasikan gaya pembelajaran. Blair, Jones & Simpson (1991) menyatakan banyak kajian lepas telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian. Berdasarkan kajian tersebut didapati kaedah nyanyian dapat membantu meningkatkan tahap perkembangan mental pelajar.

Perbincangan Dapatan 2

Objektif 2 kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah nyanyian dalam membantu murid mengingat rukun solat. Analisis temubual mendapati kesemua responden suka dan seronok dengan kaedah nyanyian yang diaplikasikan dan bersetuju bahawa kaedah nyanyian dapat memudahkan

Page 57: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

61

mengingat rukun solat dengan lebih baik. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati terdapat perubahan positif terhadap tingkah laku responden selepas penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan ini objektif kajian yang ke-2 berjaya dicapai.

Dapatan ini disokong oleh kajian Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009) dalam kajian Meningkatkan Minat Murid dalam Pendidikan Islam dengan Gubahan Lagu mendapati penggunaan lagu membuatkan pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah.

Hasil dapatan pengkaji juga turut disokong oleh hasil dapatan yang dilakukan oleh kajian Siti Sarah binti Udzir dan Nur Aznida binti Talib, Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video). Hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh dua orang pengkaji ini, mereka telah mendapati pelajar lebih seronok, tidak mengantuk di dalam kelas, memberi tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dan aktif di dalam perbincangan di dalam kelas.

Teori Pembelajaran Howard Gagne (1991) menyatakan setiap manusia terdiri daripada pelbagai kecerdasan dan antara salah satu daripadanya ialah kecerdasan muzik. Dapatan kajian ini juga dikukuhkan lagi dengan pendapat Drosher (2006) yang menyatakan bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental serta dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat.

CADANGAN

Pengkaji mencadangkan agar pengajaran menggunakan kaedah nyanyian digunakan dalam semua bidang pembelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Akhlak, Sirah dan Ibadah serta diaplikasikan penggunaannya dalam mata pelajaran yang lain seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan sebagainya mengikut kesesuaian kaedah dengan tajuk pembelajaran. Pengkaji turut mencadangkan penerapan elemen muzik dalam aktiviti nyanyian supaya lebih menarik.

Pengkaji juga mencadangkan supaya menggunakan sampel yang lebih besar untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat dan saksama bagi membuktikan lagi keberkesanan kaedah yang diaplikasikan. Pada masa yang sama, penggunaan kaedah nyanyian boleh digabungkan bersama dengan kaedah lain seperti menggabungkan antara kaedah nyanyian dengan kaedah permainan. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan supaya menerapkan unsur-unsur inovasi yang berunsurkan teknologi seperti ICT dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam nyanyian seperti penggunaan power point, flash dan media interaktif.

Jika diteliti, dalam kajian ini pengkaji menggunakan teori Kemmis & McTaggart (1998) yang merupakan salah satu teori kajian tindakan yang dipelopori oleh ahli akademik Barat. Justeru, pengkaji mencadangkan supaya pengkaji-pengkaji akan datang boleh mengetengahkan teori-teori yang dipelopori oleh tokoh-tokoh Islam.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian tindakan ini berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Aplikasi kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran telah terbukti berjaya membantu meningkatkan ingatan murid terhadap rukun solat. Kaedah ini juga diharapkan diaplikasikan oleh guru-guru dalam semua bidang Pendidikan Islam terutama Bidang Ibadah, Sirah, Aqidah dan Akhlak yang memerlukan murid mengingat fakta-fakta tertentu. Mengingat sesuatu fakta menggunakan kaedah nyanyian lebih mudah dan menyeronokkan berbanding kaedah hafalan secara biasa.

Page 58: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

62

Dengan dapatan kajian ini, diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkenaan seperti pihak kementerian, jabatan, sekolah, guru-guru dan juga murid-murid. Segala maklumat yang terkandung dalam kajian ini diharapkan dapat membantu guru sebagai salah satu inisiatif penyelesaian masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya melibatkan murid-murid lemah.

SENARAI RUJUKAN

Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & distributors sdn Bhd.

Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & j-QAF Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Al-Ayaibani & Omar Muhammad al-Toumy (1991). Falsafah Pendidikan Islam.Terj. Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Joyce M. Hawkins (2008). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Mariah bt Haji Mansur et all (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Islam Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Azizi Bin Sulaiman, Mohd Fa’izi Bin Basar Dan Nik Hidayatul Nursaadah Binti Husin (2009). Meningkatkan Prestasi Solat Melalui Program Tahsin Solat.

Mok Soon Sang (2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester III. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Noresah bt Baharom (1994). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009). Meningkatkan Minat Murid Dalam Pendidikan Islam dengan Gubahan Lagu.

Siti Sarah binti Udzair dan Nur Aznida binti Talib. Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronik (Klip Video)- Bilik Perdana B, Palm Garden Hotel.

Suzella binti Ab Samad (2009). Pelaksanaan karaoke/nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:University Kebangsaan Malaysia.

Page 59: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

63

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF JAWI TUNGGAL BERSAMBUNG DAN TIDAK BERSAMBUNG MENGGUNAKAN

KAEDAH LAPAN JARI BAGI MURID TAHUN 2 IKHLAS

Oleh:

Nur ‘Amirah Binti Mohamad A’arif19 & Encik Asyraf Ridwan Bin Ali20 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi sering berlaku pada masa kini.Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung menggunakan kaedah Lapan Jari.Responden kajian terdiri daripada lapan orang murid di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu.Pemilihan responden adalah berdasarkan murid yang lemah sahaja.Instrumen yang digunakan adalah ujian pra dan pos, pemerhatian, temu bual dan senarai semak bagi mengumpul data.Pengkaji telah melaksanakan kaedah Lapan Jari sebanyak dua gelung.Masalah timbul semasa pengkaji melaksanakan kajian pada gelung pertama dan memberi kesan negatif pada pencapaian dalam ujian pos 1 iaitu sebanyak 22.50%.Hasil dapatan temu bual, pemerhatian dan senarai semak terhadap responden, pengkaji telah mengambil tindakan pada gelung kedua dengan membuat penambahbaikan.Kesannya, responden menunjukkan minat serta mengalami peningkatan sebanyak 75% dalam ujian pos 2.

(Kata kunci :Kemahiran menyambung, huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung, kaedah Lapan Jari)

PENGENALAN

Penulisan jawi merupakan satu perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang dipelajari oleh murid-murid di peringkat sekolah rendah.Ianya merupakan aspek komponen yang ditekankan melalui Kurikulum Pendidikan Islam.Permasalahan yang sering berlaku dalam penulisan jawi ialah ialah dari segi menyambung huruf-huruf tunggal jawi.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Nik Rosila (2007) terhadap pelajar tingkatan dua dan empat, beliau mendapati bahawa purata 41.82% pelajar gagal menyambung huruf-huruf jawi mudah yang yang diberikan dan 71.28% pelajar gagal menguasai kemahiran menukar perkataan dalam huruf rumi kepada huruf jawi. Murid tidak dapat membezakan di antara huruf-huruf jawi tunggal yang boleh bersambung dan tidak boleh bersambung dengan baik. Terdapat beberapa huruf jawi tunggal yang tidak boleh bersambung dengan mana-mana huruf jawi tunggal yang lain selepasnya. Huruf-huruf tersebut terdiri daripada lapan huruf iaitu huruf alif ( ا ), dal ( د ), zal ( ذ), zai ( ز ), wau و( ), va( ؤ ), ra (ر), dan hamzah (ء). METODOLOGI Objektif Kajian

Kajian ini mempunyai objektif-objektif seperti berikut:

1. Menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung melalui kaedah lapan jari.

2. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari Jawi untuk menulis jawi bersambung dan tidak bersambung melalui penggunaan kaedah lapan jari.

Kumpulan Sasaran Sasaran pengkaji ialah murid-murid Tahun 2 Ikhlas di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu bagi sesi persekolahan tahun 2011.Kelas ini merupakan kelas yang dikategorikan sebagai kelas sederhana yang terdiri daripada 22 orang murid.Namun begitu, pengkaji hanya memilih murid-murid yang lemah dalam menguasai penulisan jawi iaitu menyambung huruf jawi tunggal yang

19 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 20 Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Page 60: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

64

bersambung dan tidak bersambung.Prosedur pemilihanresponden ini adalah berdasarkan hasil analisis keputusan ujian OTI 2 yang mempunyai gred C, D dan E sahaja. Keputusan ujian pada Bahagian A dikategorikan kepada tiga tahap pencapaian murid berdasarkan jadual berikut:

Jumlah markah Bahagian A Bilangan murid Kategori 8/10-10/10 10 Cemerlang 4/10- 7/10 4 Sederhana 0/10- 3/10 8 Lemah

Jadual 3 : Kategori pemilihan responden Reka Bentuk Kajian Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian mix methodiaitu kualitatif dan kuantitatif. Kajian ini menggunakan kitaran dalam model kajian tindakan John Elliot yang menggariskan tujuh langkah tahap kajian.

Prosedur Kajian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan sebanyak dua gelung. Pada gelung pertama, pengkaji telah memperkenalkan bahan bantu mengajar iaitu getah paip yang mengandungi lapan huruf jawi tunggal yang tidak boleh bersambung iaitu huruf huruf alif ( ا ), dal ( د ), zal (ذ ), zai ( ز ), wau و)), va( ؤ ), ra (ر), dan hamzah (ء). Hasil kajian tersebut, refleksi keseluruhan kajian telah dibuat dan mendapati bahawa pengkaji gagal mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.Justeru itu, pengkaji telah melaksanakan gelung kedua.Pengkaji telah membuat penambahbaikan dari getah paip kepada sarung tangan pada gelung kedua.Bagi memulakan semula kajian pada gelung kedua, pengkaji telah mengulangi semula langkah-langkah mengikut model yang telah digunakan pada gelung pertama.

Instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos Soalan ujian pra mengandungi 10 soalan berbentuk struktur.Ujian yang dijalankan adalah selama 20 minit.Ujian pos jawi dilaksanakan selepas sesi rawatan dilakukan ke atas responden.Ujian ini digunakan bagi membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas rawatan diberikan kepada responden tersebut. Bentuk soalan ujian pos adalah sama dengan ujian pra. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif pula turut dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Pemerhatian Pengkaji telah menyenaraikan 10 tingkah laku yang merangkumi 5 tingkah laku positif dan 5 tingkah laku negatif.Tingkah laku ini telah diperhatikan sepanjang sesi rawatan dilakukan.Pemerhatian berdasarkan 10 aktiviti tersebut direkodkan dalam bentuk jadual.Responden yang melakukan sebarang perbuatan negatif dan positif dicatat dalam jadual mengikut bilangan kod yang telah ditetapkan.Data dianalisis secara kuantitatif.

Mengenal pasti masalah

Tinjauan Awal

Membuat analisis

MerancangTindakan Pelaksanaan

Pengawasan Pelaksanaan

Refleksi

Page 61: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

65

Temu bual Temu bualberstruktur yang telah dijalankan oleh pengkaji mengandungi lima soalan utama. Sesi temu bual telah dilaksanakan selepas sesi rawatan dilaksanakan ke atas responden.Setelah semua soalan dijawab oleh responden, jawapan responden telah dimasukkan ke dalam trasnkripsi temu bual bagi memudahkan pengkaji melihat jawapan-jawapan responden bagi setiap soalan.Pengkaji juga turut menemubual dua orang guru Pendidikan Islam bagi mengetahui minat dan tahap pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran menulis jawi setelah pengkaji memperkenalkan kaedah Lapan Jari kepada responden tersebut. Soal Selidik Pengkaji turut menggunakan borang soal selidik kepada responden.Terdapat lima soalan yang dikemukakan dan semua soalan mesti dijawab oleh responden sama ada mereka setuju atau tidak. Murid hanya perlu menjawab dengan menggunakan skala 1 untuk Ya atau 2 untuk Tidak. Jawapan responden dimasukkan dalam jadual dan dianalisis dalam bentuk graf. DAPATAN Adakah murid lemah dapat menyambung huruf jawi tunggal bersambung dan tidak bersambung melalui kaedah lapan jari?

Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap responden dalam menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung.Pada gelung pertama, ujian pra dan ujian pos 1 yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan melalui penggunaan kaedah Lapan Jari menggunakan getah paip dalam meningkatkan kemahiran dan minat dalam menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung. Pengkaji mendapati bahawa tahap penguasaan murid dalam menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung berada pada tahap yang tidak memuaskan hati pengkaji pada ujian pos 1.Hal ini adalah kerana pengkaji mendapati bahawa hanya tiga orang responden sahaja yang mengalami peningkatan dalam ujian pos. Setelah penambahbaikan dilaksanakan, ujian pos 2 pada gelung kedua yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan perkembangan yang positif.Kesemua responden mengalami peningkatan setelah penambahbaikan dilaksanakan dan memperolehi keputusan ujian pada tahap yang memberangsangkan.

6.2 Adakah kaedah jari dapat meningkatkan minat murid dalam mempelajari jawiuntuk menulis jawi bersambung dan tidak bersambung?

Bagi menjawab objektif kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, soal selidik dan temu bual.Pemerhatian 1 dilaksanakan pada gelung pertama dan pemerhatian 2 dibuat pada gelung kedua.Tujuan pengkaji melihat tingkah laku setiap responden dalam gelung pertama dan kedua adalah untuk melihat perubahan pada minat setiap responden setelah dibuat penambahbaikan pada gelung kedua tersebut. Perbandingan bagi tingkah laku positif dan negatif bagi pemerhatian 1 dan pemerhatian 2 telah ditunjukkan seperti dalam graf di bawah:

0%20%40%60%80%

100%120%

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8

Pra

Pos 1

Pos 2

Peningkatan pencapaian setiap responden dalam ujian pra, ujian pos 1

Page 62: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

66 0

123456789

Soalan 1 Soalan 5

Tidak

Ya

0123456789

Soalan 1 Soalan 5

Tidak

YA

1. Saya suka Jawi.5. Saya minat guna lapan jari

Berdasarkan graf di atas, pengkaji membuat perbandingan tentang tingkah laku positif terhadap kedua-dua gelung.Peratus tingkah laku positif pada pemerhatian 2 (gelung kedua) lebih tinggi daripada tingkah laku positif pada pemerhatian 1 (gelung pertama).Responden 1,2,3,4,5,7 dan 8 paling banyak menunjukkan tingkah laku positif pada gelung kedua iaitu sebanyak 50%. Peningkatan tingkah laku positif dalam gelung kedua membuktikan bahawa responden menunjukkan minat untuk mempelajari Jawi menggunakan kaedah Lapan Jari.

Berdasarkan graf di atas, peratus tingkah laku negatif pada pemerhatian 2 (gelung kedua) semakin berkurangan setelah penggunaan kaedah jari menggunakan sarung tangan. Instrumen soal selidik memerlukan responden menjawab “Ya” atau “Tidak”.Jawapan Ya menunjukkan responden bersetuju dan Tidak menunjukkan responden tidak bersetuju terhadap pernyataan yang dikemukakan.

Analisis soal selidik pada gelung pertamaAnalisis soal selidik pada gelung kedua Berdasarkan kedua-dua graf tersebut,hasil soal selidik yang dilaksanakan pada gelung pertama, pengkaji mendapati bahawa empat orang responden menyukai mata pelajaran Jawi dan empat orang lagi tidak menyukai jawi. Bagi soalan 5, terdapat lima orang responden tidak berminat untuk

0%10%20%30%40%50%60%

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8

PEMERHATIAN 1

PEMERHATIAN 2

Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 bagi Tingkah Laku Positif setiap responden

0%10%20%30%40%50%60%

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8

PEMERHATIAN 1

PEMERHATIAN 2

Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2 bagi Tingkah Laku Negatif setiap responden

1. Saya suka Jawi. 5. Saya minat guna lapan jari

Page 63: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

67

0

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Soalan 1 Soalan 2

Ya

Tidak

menggunakan jari dalam pengajaran dan pembelajaran jawi manakala bakinya iaitu seramai tiga orang lagi berminat dalam penggunaan jari. Pada gelung kedua,semua responden berminat mempelajari Jawi dengan menggunakan kaedah lapan jari.

Analisis temu bual pada gelung pertama Analisis temu bual pada gelung kedua Berdasarkangraf analisis temu bual pada gelung pertama, terdapat tiga orang mengatakan tidak seronok adalah kerana getah paip tersebut tidak berwarna-warni dan dua orang lagi mengatakan ianya sukar untuk disarungkan pada jari atau tidak mesra pengguna.Pada gelung kedua, terdapat perubahan pada jawapan responden setelah dibuat penambahbaikan oleh pengkaji.Semua responden menyatakan perasaan seronok mempelajari jawi.Bagi soalan bernombor 2, kelapan-lapan responden menyatakan perasaan seronok dan berminat belajar menulis jawi melalui kaedah Lapan Jari.Empat orang mengatakan seronok kerana sarung tangan tersebut mempunyai pelbagai warna pada setiap hurufnya.Tiga orang responden lagi menyatakan seronok menggunakan sarung tangan kerana ianya mudah digunakan. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Perbincangan Dapatan kajian secara keseluruhannya jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah lapan jari telah membantu meningkatkan kemahiran menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung.Ia juga mampu meningkatkan minat murid dalam mempelajari Jawi untuk menulis huruf jawi. Pada gelung 1, purata pencapaian responden dalam ujian pos 1 hanyalah mencapai 22.50% sahaja. Hanya tiga orang responden sahaja yang mengalami sedikit peningkatan namun ia tidak mencapai tahap cemerlang atau sederhana. Setelah penambahbaikan dilakukan pada gelung kedua, peratus pencapaian responden meningkat kepada 74%.Secara keseluruhannya, perbezaan purata pencapaian responden adalah sebanyak 53% daripada ujian pos 1 dan ujian pos 2. Kajian pengkaji telah menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Nur Amalina Mohamad Tahar (2010). Beliau telah menggunakan kaedah jari dalam meningkatkan penguasaan hafazan murid-murid untuk menghafaz doa qunut. Memandangkan setiap ayat terakhir dalam doa qunut adalah hampir sama, beliau telah menggunakan kaedah jari untuk memudahkan pemahaman murid dalam menghafal doa qunut tersebut. Hasilnya, murid-murid tersebut dapat menghafal dengan baik dan berkesan.

0

1

2

3

4

5

6

Soalan 1 Soalan 2

Ya

Tidak

1. Adakah kamu suka belajar jawi?2. Adakah kamu seronok belajar menulis jawi dengan menggunakan kaedah 8 jari?

1. Adakah kamu suka belajar jawi? 2. Adakah kamu seronok belajar menulis jawi dengan menggunakan kaedah 8 jari?

Page 64: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

68

Namun begitu, kaedah jari yang digunakan oleh pengkaji telah menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan murid. Hasil dapatan pengkaji, prestasi pencapaian responden mengalami peningkatan dalam ujian pos 2 setelah pengkaji memperkenalkan sarung tangan. Dapatan kajian ini telah disokong oleh kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) yang mengatakan bahawa pemilihan bahan bantu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan tahap murid-murid mampu meningkatkan prestasi pencapaian akademik seseorang individu. 7.2. Meningkatkan minat murid dalam mempelajari jawi untuk menulis huruf jawitunggal bersambung dan tidak bersambung Dapatan pemerhatian pengkaji terhadap setiap tingkah laku responden telah mengukuhkan lagi hasil dapatan yang menunjukkan kelapan-lapan responden berminat terhadap penggunaan lapan jari tersebut.Pada gelung 1, didapati responden kerap melakukan perbuatan negatif berbanding tingkah laku positif.Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan getah paip yang tidak mesra pengguna dan tidak berwarna-warni menyebabkan hilangnya minat dan tumpuan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Dapatan pengkaji berkaitan minat dan tingkah laku turut dijalankan kajian oleh Aminah (2004), beliau mendapati bahawa sikap pelajar terhadap pembelajaran kurang menggalakkan apabila didapati 73% tidak suka membuat latihan tambahan, 50% gagal menyelesaikan kerja rumah dan 48% terlalu bergantung pada guru. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa murid yang tidak berminat jelas menunjukkan sikap negatif dalam pembelajaran. Pada gelung kedua, didapati kesemua responden menunjukkan tingkah laku positif pada pemerhatian 2 (gelung kedua).Perlakuan positif menunjukkan responden berminat terhadap pembelajaran jawi dalam menulis huruf jawi tunggal bersambung dan tidak bersambung.Hal ini bermakna, setelah diperkenalkan sarung tangan yang kepada responden, minat murid telah meningkat. Dapatan kajian ini turut disokong oleh Hajah Noraini Omar (2008), jika seseorang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran, mereka akan mempelajari pelajaran tersebut dengan lebih mendalam. Rumusan Kesimpulannya, pengkaji telah berjaya meningkatkan kemahiran murid dalam menyambung huruf jawi tunggal yang bersambung dan tidak bersambung dengan menggunakan kaedah yang telah diperkenalkan oleh pengkaji di samping meningkatkan minat murid dalam mempelajari jawi untuk menulis huruf jawi.Setiap murid berpotensi untuk berjaya sekiranya timbul minat dalam diri untuk mempelajari jawi. CADANGAN KAJIAN Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam mengenal dan menulis huruf-huruf jawi tunggal melalui penggunaan Lapan Jari, pengkaji amat berharap agar pendekatan baru yang cuba diketengahkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh semua pihak yang terlibat terutamanya pihak sekolah, guru dan murid-murid. Pengkaji mencadangkan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri supaya mengetengahkan penggunaan kaedah lapan jari ini di sekolah rendah dan menengah bagi mengatasi masalah penulisan jawi dalam kalangan murid-murid bagi mengatasi masalah ini sebaik mungkin. Penggunaan lapan jari dalam pembelajaran jawi ini juga boleh juga digunakan kepada murid- murid selain daripada murid tahun 2. Pada masa yang sama, guru juga boleh mengaplikasikan penggunaan kaedah Lapan Jari ini kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang lemah dalam menyambung huruf- huruf jawi tersebut. Guru-guru yang ingin menggunakan kaedah Lapan Jari dalam mengajar murid untuk mengenal huruf-huruf yang tidak boleh disambung disyorkan memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menarik minat murid seperti sarung tangan dan sebagainya.

Page 65: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

69

SENARAI RUJUKAN Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & j-Qaf: Metodologi dan Pedagogi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy.(1991). Falsafah Pendidikan Islam.Terjemahan Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.

Atan Long. (1993). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn. Bhd. Hajah Noraini Haji Omar.(2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR.

Nik Rosila Nik Yaacob, (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. Aimi Adhwa binti Abdull Kadir, (2010).Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Jawi Tunggal yang

Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan menggunakan Teknik Avu Zar Zad untuk Murid Tahun 3.Laporan projek sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Dalilah binti Desa & Abdul Kahar bin Abdul Rahim, (2008). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis Jawi dan Mengenal Huruf Tunggal yang Boleh dan Tidak Boleh Disambung dengan Kaedah Dalil Avu Zar Zad, SK Bukit Kalam dan SK Pantai Wilayah Persekutuan Labuan.Tesis tidak diterbitkan.

Page 66: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

70

KEBERKESANAN KAD PINTAR DALAM MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 3 TAKWA MENGUASAI HUKUM TAJWID NUN SAKINAH DAN TANWIN

Oleh:

Nur Syuhada Binti Mat Ti21 & Sabawi Bin Awang22 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi membantu murid-murid menguasai hukum tajwid nun sakinah dan tanwin. Kajian ini dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Responden kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 3 Takwa, Sekolah Kebangsaan Losong yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Mereka sukar mengingati serta keliru dalam mengenal hukum nun sakinah dan tanwin. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian lisan dan ujian bertulis (pra dan pasca) serta temubual tidak berstruktur. Pengkaji menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart dalam melaksanakan kajian ini. Data yang diperoleh dianalisis secara manual oleh pengkaji bagi ujian lisan dan bertulis. Manakala bagi temubual tidak berstruktur, pengkaji menganalisis data secara diskriptif. Tahap penguasaan murid semakin meningkat bagi setiap hukum nun sakinah dan tanwin selepas Kad Pintar diperkenalkan kepada responden. Peningkatan jumlah murid pada ujian bertulis menunjukkan bahawa Kad Pintar berkesan dalam membantu penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin. 84.62% murid menyatakan bahawa Kad Pintar dapat membantu mereka dalam mengingati hukum nun sakinah dan tanwin. Ini menunjukkan bahawa Kad Pintar dapat dijadikan cara dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran nun sakinah dan tanwin. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Kad Pintar dapat membantu murid-murid menguasai hukum nun sakinah dan tanwin serta membantu guru mengajar hukum nun sakinah dan tanwin.

(Kata Kunci: Kad Pintar, hukum nun sakinah dan tanwin)

PENGENALAN

Al-Quran adalah kitab suci dan terpelihara sehingga Hari Kiamat. Memandangkan al-Quran adalah kata-kata Allah SWT, penting bagi manusia mendekati dan menjaga adab-adab dan memuliakan al-Quran. Membaca al-Quran dengan suara yang lunak dan lancar sahaja tidak memadai untuk menjaga kemuliaan al-Quran. Setiap muslim mestilah membaca al-Quran dengan tajwid yang betul bagi menjaga makhraj dan makna setiap kalimah. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran Tahun 3 Takwa di Sekolah Kebangsaan Losong, pengkaji mendapati bahawa kebanyakan mereka dapat membaca al-Quran dengan baik tetapi tidak mampu membaca al-Quran dengan tajwid dan makhraj yang betul. Mereka membaca ayat yang diajar secara melulu tanpa mengetahui ayat mana yang perlu dibaca panjang, pendek, dengung dan jelas. Mereka belum mengerti apakah hukum tajwid nun sakinah dan tanwin apatah lagi untuk membaca dan mengenal pasti setiap hukum tersebut dengan betul. Pengkaji memperkenalkan Kad Pintar bagi membantu murid-murid menguasai hukum nun sakinan dan tanwin. Hal ini kerana membaca al-Quran secara bertajwid perlu diberi perhatian bagi menjaga makna ayat dan kemuliaan al-Quran. Pengkaji memilih hukum Ikhfa’ Haqiqi, Izhar Halqi, Idgham Maal Ghunnah, Idgham Bila Ghunnah dan Iqlab kerana hukum tajwid ini merupakan asas ketika membaca al-Quran.

METODOLOGI

Objektif Kajian

Pengkaji menggariskan 3 objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini iaitu:

1) Mengenalpasti tahap penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin di kalangan murid-murid Tahun 3 Takwa

2) Mengenalpasti keberkesanan kaedah Kad Pintar dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin

21 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 22 Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Page 67: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

71

3) Mengenalpasti adakah Kad Pintar dapat dijadikan satu cara dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran hukum nun sakinah dan tanwin.

Rekabentuk Kajian

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988). Model ini terdiri daripada empat peringkat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Pengkaji memilih model ini berdasarkan refleksi daripada pengajaran dan pembelajaran idang Tilarah al-Quran. Pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat mengenal pasti hukum nun sakinah dan tanwin yang pengkaji ajukan kepada mereka. Pengkaji membuat refleksi mengenai pengajaran dan pembelajaran pada hari itu seterusnya merancang kaedah, instrumen dan langkah pelaksanaan yang perlu dilakukan dalam membantu murid-murid menguasai hukum sakinah dan tanwin. Seterusnya pengkaji melaksanakan tindakan dengan melakukan ujian lisan dan bertulis (pra dan pasca), temubual tidak berstruktur dan memperkenalkan Kad Pintar. Setelah itu, pengkaji mengumpul data untuk melihat keberkesanan Kad Pintar yang telah dihasilkan.

Persampelan

Kajian tindakan ini telah dilakukan kepada murid-murid Tahun 3 Takwa Sekolah Kebangsaan Losong yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Pemilihan responden ini berdasarkan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran. Mereka terdiri daripada murid-murid yang cerdik, sederhana dan lemah.

Instrumen Kajian

Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian lisan dan bertulis (pra dan pasca) dan temubual tidak berstruktur. Ujian lisan dan bertulis telah disemak oleh pensyarah penyelia sebelum dilaksanakan. Manakala temubual tidak berstruktur diambil dan diubahsuai daripada kajian Musfariza Binti Mansor (2010).

Analisis Kajian

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji menganalisis data yang dipungut secara kualitatif dan kuantitatif. Data yang diperoleh dianalisis secara manual oleh pengkaji bagi ujian lisan dan bertulis. Manakala bagi temubual tidak berstruktur, pengkaji menganalisis data secara diskriptif.

DAPATAN

Dapatan kajian ini dianalisis berpandukan kepada soalan kajian. Data dianalisis berdasarkan instrumen yang telah digunakan iaitu ujian lisan bagi merujuk kepada soalan pertama, ujian bertulis bagi merujuk soalan kedua dan temubual tidak berstruktur untuk merujuk pada soalan ketiga.

1. Apakah tahap penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin di kalangan murid-murid Tahun 3 Takwa?

√ = Boleh baca X= Tidak boleh baca

Jadual 1: Tahap Penguasaan Murid bagi Setiap Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Hukum Tajwid

Ujian Pra Ujian Pasca Kad 1 Kad 2 Kad 1 Kad 2

√ X √ X √ X √ X Iqlab 5 8 7 6 11 2 12 1

Idgham Bila Ghunnah 5 8 2 11 11 2 13 0

Idgham Ma’al Ghunnah 0 13 1 12 10 3 11 2 Izhar Halqi 3 10 3 10 9 4 8 5

Ikhfa’ Haqiqi 2 11 2 11 12 1 12 1

Page 68: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

72

Jadual 1 menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid bagi setiap hukum nun sakinah dan tanwin bagi ujian lisan yang dijalankan ke atas mereka. Pengkaji meminta mereka membaca dua bahagian kad. Hasil daripada ujian pra didapati bahawa kebanyakkan mereka gagal membaca potongan ayat yang telah disediakan dengan tajwid yang betul. Walau bagaimanapun, selepas Kad Pintar diperkenalkan kepada mereka, berlaku peningkatan mendadak bagi setiap hukum nun sakinah dan tanwin. Kebanyakkan mereka sudah mampu membaca potongan ayat dengan tajwid yang betul. Hanya terdapat sebilangan kecil murid yang masih gagal membaca potongan ayat dengan tajwid yang betul. Ini menunjukkan bahawa murid-murid sudah mampu mengenalpasti dan menguasai hukum nun sakinah dan tanwin dengan baik.

2. Sejauh manakah keberkesanan kaedah Kad Pintar dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin?

Rajah 1: Pencapaian Murid dalam Mengukur Keberkesanan Kaedah Kad Pintar dalam Penguasaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Bagi menjawab soalan kajian ini, pengkaji menggunakan ujian bertulis. Merujuk kepada Rajah 1, hasil ujian pra yang dilakukan menunjukkan bahawa murid-murid berada di tahap yang sangat lemah dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin. Hanya 2 orang murid yang mendapat gred D iaitu seorang mendapat 20 markah dan seorang lagi mendapat 30 markah. Seramai 11 orang murid mendapat gred E iaitu seorang mendapat 10 markah manakala 10 orang lagi tidak mendapat markah. Selepas ujian pasca dilaksanakan, berlaku peningkatan drastik apabila hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa 9 orang murid berjaya mendapat gred A dengan masing-masing mendapat 100%. Manakala 4 orang murid mendapat gred B iaitu tiga orang murid mendapat 70% dan seorang murid mendapat 60%. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Kad Pintar berkesan dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin. Data ini disokong lagi dengan hasil temubual tidak berstruktur yang dilakukan terhadap murid. Majoriti murid sangat suka pada Kad Pintar dalam membantu mereka menguasai hukum nun sakinah dan tanwin. Ini menunjukkan bahawa Kad Pintar berkesan dalam membantu murid-murid menguasai hukum nun sakinan dan tanwin.

3. Adakah Kad Pintar dapat dijadikan satu cara dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran hukum nun sakinah dan tanwin?

Bil Soalan Respon Murid Kekerapan 1 Apakah penggunaan Kad Pintar membantu

anda dalam mengingat hukum nun sakinah dan tanwin?

i) Ya, boleh ii) Boleh la sikit-sikit

11 2

2 Adakah anda suka belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar?

i) Suka sebab mudah ingat

ii) Suka sebab kad comel

11

2

3 Apakah anda rasa lebih mudah belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar?

i) Mudah belajar ii) Mudah cuma payah

nak ingat

10 3

0 0 02

119

4

0 0 002468

1012

A B C D E

Pra Pasca

Page 69: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

73

Jadual 2: Keputusan temubual tidak berstruktur

Hasil analisis temubual tidak berstruktur yang telah dilakukan oleh pengkaji menunjukkan hasil yang sangat positif. Merujuk kepada soalan pertama, 11 orang murid menyatakan bahawa penggunaan Kad Pintar membantu mereka dalam mengingat hukum nun sakinah dan tanwin. 2 orang murid lagi menyatakan bahawa Kad Pintar boleh membantu mereka dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin tetapi dalam kadar sederhana sahaja. Manakala bagi soalan kedua, 11 orang murid menyatakan bahawa mereka suka belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar disebabkan oleh mereka mudah mengingati hukum tajwid tersebut. 2 orang murid lagi juga suka belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar disebabkan Kad Pintar yang comel dan dapat menarik perhatian mereka. Bagi soalan ketiga, 10 orang murid menyatakan mudah belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar manakala 3 orang murid lagi menyatakan mudah belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar, cuma mereka sukar untuk mengingatinya. Hasil temubual tidak berstruktur ini jelas menunjukkan bahawa keseluruhan murid sangat berminat belajar hukum nun sakinah dan tanwin dengan menggunakan Kad Pintar. Tuntasnya, Kad Pintar boleh dijadikan satu cara dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran hukum nun sakinah dan tanwin.

PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji berjaya menjawab soalan kajian yang dinyatakan dalam kajian ini. Ujian lisan yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid semakin meningkat bagi setiap hukum nun sakinah dan tanwin selepas Kad Pintar diperkenalkan kepada murid. Peningkatan jumlah murid pada ujian bertulis juga menunjukkan bahawa Kad Pintar berkesan dalam membantu penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin. Ini menunjukkan bahawa Kad Pintar dapat dijadikan cara dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran nun sakinah dan tanwin. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa Kad Pintar dapat membantu murid-murid menguasai hukum nun sakinah dan tanwin serta membantu guru mengajar hukum nun sakinah dan tanwin. Kajian ini membuktikan semua murid mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diajar dan dibimbing dengan baik oleh para guru dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka khususnya penggunaan Kad Pintar dalam membantu murid menguasai hukum nun sakinah dan tanwin. Kajian ini telah mencapai objektif seperti yang telah dirancangkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kaedah dan cara yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan lagi penguasaan murid-murid dalam bidang al-Quran khususnya dalam hukum tajwid. Bagi membantu para guru dan murid, pengkaji menyediakan cadangan untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Antara cadangan tersebut ialah:

i. Pengkaji mencadangkan kajian ini dipanjangkan kepada pengkaji lain dengan melakukan kajian kepada responden yang lebih ramai iaitu melibatkan keseluruhan kelas bagi mendapatkan data yang lebih kukuh.

ii. Pengkaji juga mencadangkan supaya Kad Pintar ini diperkenalkan di kelas-kelas lain untuk semua tahap bagi membantu murid-murid menguasai hukum nun sakinah dan tanwin di peringkat awal lagi.

iii. Pengkaji berharap Kad Pintar ini juga dapat diperkenalkan di sekolah-sekolah lain seperti sekolah menengah kebangsaan, sekolah berasrama penuh dan sekolah teknik dan vokasional bagi membantu murid-murid dalam hukum nun sakinah dan tanwin.

iv. Pengkaji juga mencadangkan supaya menggunakan kaedah Kad Pintar untuk mengajar hukum tajwid yang lain kerana kaedah ini sangat praktikal dan memudahkan murid-murid membuat rujukan.

v. Pengkaji berharap agar Kementerian Pelajaran Malaysia dapat mencetak Kad Pintar ini untuk diedarkan kepada murid-murid bagi membantu mereka dalam penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin. Kos pembuatan kad ini sangat berpatutan. Pihak kementerian boleh mengedarkan kad ini secara percuma kepada setiap murid bagi memudahkan mereka membuat rujukan.

vi. Pengkaji juga mencadangkan supaya para guru Pendidikan Islam sentiasa menggunakan Kad Pintar ini terutamanya ketika menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bidang Tilawah Al-Quran bagi melancarkan lagi proses pengajaran mereka.

Page 70: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

74

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam (Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Azlin Mohd Kamin. (2011). Majalah i (Gelombang Celik al-Quran). Selangor: Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.

Haji Abdul Kadir Leong. (2005). Tajwid al-Quran Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Mohd Alwi Yusoff, Adel M Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. (2003). Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Prosiding Isu semasa Pengajian Quran dan Sunnah: 101-114. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah: Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mohd Firdaus Bin Mat Nazi. (2010). Meningkatkan Kefahaman Hukum Tajwid Nun Mati Dan Tanwin di Kalangan Murid Tahun 4 Bestari Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit Menggunakan Pendekatan Jadual Hukum Lima. Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato, Razali Ismail.

Musfariza Binti Mansor. (2010). Meningkatkan Pengetahuan dan Kemahiran Murid Dalam Bidang Tajwid Melalui Hukum Lima. Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato, Razali Ismail.

Tn. Guru Hj. Awang Embun bn Hj. Umar al-Basyar dan Al-Faqir Muhammad Rusydi Abd. Malek. (2001). Himpunan Tajwid Al-Quranul Karim. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Ustaz Mahadi Dahlan al-Hafiz dan Ustaz Hj. Azahari Hj. Othman al-Hafiz. (2007). Kaedah Resam Uthmani Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Page 71: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

75

MELIHAT PENINGKATAN PENGAJARAN AKHLAK TAHUN 5 BAGI TAJUK ADAB BERJUAL BELI

MELALUI KAEDAH LAKONAN

Oleh:

Nurlina binti Che Abdullah23 & Asyraf Ridwan bin Ali24 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Kaedah lakonan merupakan salah satu kaedah yang diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pengajaran akhlak Tahun 5 bagi tajuk ‘Adab Berjual Beli’ melalui kaedah lakonan. Kaedah ini diaplikasikan ke atas kumpulan rawatan di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah seramai 10 orang. Kesan kaedah dilihat dari segi perbandingan min markah daripada ujian pra dan pasca, pemerhatian, soal selidik dan temu bual terhadap murid-murid, serta melihat tahap penguasaan murid rawatan dalam tajuk “Adab Berjual Beli”. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah lakonan berjaya meningkatkan tahap pencapaian murid dengan peningkatan sebanyak 28% iaitu 91% dalam ujian pasca berbanding 63% markah semasa ujian pra. Melalui kajian ini diharap dapat meningkatkan pengajaran akhlak tahun 5 bagi tajuk “Adab Berjual Beli”.

(Kata Kunci: kaedah lakonan,pengajaran akhlak, adab berjual beli)

PENGENALAN

Pengkaji telah menjalani praktikum fasa 3 selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu. Sepanjang 3 bulan menjalani praktikum di sekolah tersebut, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tahun 5.

Pengkaji telah mengajar Adab dan Akhlak Islamiah yang menggunakan kaedah pembelajaran biasa dengan menggunakan teknik penerangan semata-mata. Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran bidang Adab dan Akhlak Islamiah, pengkaji mendapati bahawa murid-murid tidak menunjukkan minat untuk mempelajari akhlak bagi tajuk “Adab Berjual Beli”. Pengkaji mendapati 5 orang murid di bahagian belakang mula bercakap sesama sendiri apabila pengkaji memberi penerangan. Bukan itu sahaja, murid di bahagian tengah juga mula menunjukkan muka bosan apabila penerangan berkaitan tajuk ini pada 10 minit awal.

Pengkaji mula menyoal murid di dalam kelas untuk menguji tahap pemahaman mereka dalam tajuk ini, namun mereka lupa, tidak ingat dan keliru. Apabila pengkaji bertanya kepada mereka sama ada mereka memahami tajuk ini, secara spontan di dalam satu kelas menjawab “faham”. Ironinya, apabila pengkaji mula menyoal dengan rawak secara individu, ada dalam kalangan mereka hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala malahan terdapat juga murid senyap seribu bahasa. Rasa simpati pengkaji kepada mereka mula timbul kerana terdapat sebahagian daripada mereka tidak berminat dan lemah dalam mata pelajaran akhlak.

Bertitik tolak dari sini pengkaji merasa terdorong untuk membuat kajian bagi meningkatkan pengajaran akhlak bagi tajuk “Adab Berjual Beli” Pengkaji berharap kajian ini akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan mereka seterusnya menyemarakkan rasa minat dan cinta terhadapnya.

Terdapat banyak kaedah dan teknik dalam pendidikan yang digunakan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Islam juga boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam menyampaikan isi pembelajaran. Namun begitu, pada masa kini kebanyakkan guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah penerangan biasa sahaja ketika dalam kelas. Inilah realiti yang berlaku di mana-mana sekolah.

23 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 24 Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Page 72: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

76

Menurut Ahmad Yunus (2000) dan Suhaimi (2007) dalam kajiannya telah mendapati keberkesanan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada guru. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar lebih berkesan dan menarik, kerana hasil kajian beliau mendapati murid-murid tidak gemar guru bersyarah daripada memberi peluang kepada murid-murid menyuarakan pendapat mereka dan terlibat secara lansung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kehebatan guru memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran serta berkebolehan mengaplikasi penggunaan bahan, menambahkan minat serta menjadikan murid-murid lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran.

Justeru, kaedah lakonan perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran akhlak bagi murid-murid Tahun 5 bagi membantu murid-murid dalam meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran akhlak.

METODOLOGI

Reka Bentuk

Dalam kajian ini, metodologi yang digunakan adalah tertumpu kepada keberkesanan kaedah lakonan yang dijalankan berbanding kaedah tradisonal bagi meningkatkan pengajaran murid-murid dalam bidang akhlak bagi tajuk “Adab Berjual Beli”.

Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah kajian tindakan, terdiri daripada dua jenis reka bentuk kawalan dan reka bentuk rawatan. kedua-dua kumpulan diberikan pra ujian bertujuan mengetahui tahap pengetahuan terhadap tajuk “Adab Berjual Beli”. Kemudian kumpulan rawatan diajarkan dengan kaedah lakonan bagi mengkaji adakah kaedah ini dapat meningkatkan minat murid dalam pengajaran akhlak. Bagi kumpulan kawalan, pengkaji akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sebuah model penyelidikan yang diambil daripada Model Kajian Kemmis & Mc Taggart (1988).

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Instrumen

Setelah itu, kedua-dua kumpulan kajian ini akan menjalani ujian pasca. Di samping itu, responden akan dinilai melalui pemerhatian,temu bual dan soal selidik bagi mengetahui tentang kefahaman dengan menggunakan kaedah lakonan ini.

Mereflek

MerancangBertindak

Memerhati

Page 73: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

77

0102030405060708090

100

Kawalan Rawatan

64 6374

91

Ujian Pra Ujian Pasca

Column1

Populasi dan Sampel Kajian

Pengkaji telah mengecilkan sampel kajian kepada murid-murid Tahun 5 Amanah dan 5 Ikhlas yang berjumlah 20 orang. Pemilihan sampel adalah berdasarkan kepada pemarkahan yang diperolehi daripada ujian diagnostik dan diperkukuhkan lagi melalui keputusan lagi melalui keputusan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi OTI 1 yang berada pada tahap lemah. 10 orang murid akan menjadi kumpulan kawalan dan 10 orang murid lagi menjadi kumpulan rawatan. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai ciri-ciri keupayaan yang sama dari segi aras kognitif

DAPATAN KAJIAN

Objektif Kajian 1:

Terdapat perbezaan min markah ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Rajah 2 menunjukkan, min markah ujian pra bagi kumpulan rawatan adalah 63% manakala kumpulan kawalan 64%. Berlaku peningkatan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan sebanyak 28%. Manakala kumpulan kawalan mengalami peningkatan hanya sebanyak 10%. Di sini telah menunjukkan perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan di mana kumpulan rawatan mengalami peningkatan yang lebih banyak berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan bahawa selepas sesi pembelajaran menggunakan kaedah lakonan kefahaman murid tentang “Adab Berjual Beli” semakin bertambah.

Rajah 2: Perbezaan min markah ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan dan kawalan

Objektif Kajian 2:

Kaedah lakonan dapat menarik perhatian murid untuk mempelajari bidang akhlak.

Pemerhatian

Hasil daripada pemerhatian secara berstruktur keatas tindak balas murid semasa rawatan, pengkaji mendapati sebanyak 70% berlaku penurunan responden melakukan tindak balas negatif iaitu bercakap di dalam kelas manakala sebanyak 75% murid dapat menjawab soalan yang diberkan dengan betul berbanding dengan sebelum ini iaitu hanya 42% murid sahaja yang dapat menjawab soalan dengan betul.

Page 74: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

78

Soal Selidik

Analisis dapatan soal selidik selepas rawatan menunjukkan bahawa majoriti responden menjawab “Ya” dengan peratusan 100% iaitu responden menyukai bidang akhlak dan 100% responden meminati kaedah lakonan yang telah diperkenalkan. Hal ini disokong lagi dengan jawapan responden yang menyatakan mereka tidak bersetuju bahawa kaedah lakonan itu membosankan.

Temu Bual

Analisis dapatan temubual murid selepas diberikan rawatan mendapati 100% (10 orang responden) murid meminati kaedah lakonan. Analisis dapatan temubual bersama GPI mendapati mereka menyokong kaedah lakonan kerana dapat menarik minat murid dalam pengajaran akhlak.

PERBINCANGAN

Pengkaji mendapati terdapat perbezaan min markah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan di mana kumpulan rawatan telah menunjukkan peningkatan memberansangkan perbezaan antara min markah kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan selepas diberi ujian pasca menunjukkan bahawa objektif pertama telah dijawab yang mana pengkaji ingin melihat berlaku perbezaan min markah ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan dan kawalan. Pengkaji menyokong objektif ini dengan kajian daripada pengkaji lain di mana kaedah lakonan telah memberi kesan terhadap prestasi pelajar dalam bidang sejarah. Hal ini disokong oleh Norazura binti Yahya (2001), di dalam kajiannya mengatakan bahawa prestasi murid-murid kumpulan murid yang diajar secara berpusatkan murid lebih tinggi signifikannya berbanding dengan kumpulan pembelajaran tradisional.

Dalam mencapai objektif ke dua ini, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian. Berdasarkan pada borang pemerhatian yang telah dikemas kini, dapat dilihat bahawa semua responden lebih cenderung kepada bertingkah laku positif. Ini juga dibuktikan melalui data soal selidk yang menunjukkan jawapan responden 100% menjawab Ya dengan kenyataan “ minat dalam aktiviti lakonan”. Ini menunjukkan kepada kita bahawa melalui kaedah lakonan ini mampu menarik minat murid untuk mempelajari bidang akhlak dengan lebih baik dan lebih cepat. Apabila responden ini meminati sesuatu perkara maka secara tidak lansung individu ini akan bertingkah laku positif. Dapatan ini selari dengan kajian Noraini (2008), yang mengatakan bahawa minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman.

CADANGAN

Batasan Kajian

Batasan kajian yang dibuat adalah hanya pada dua buah kelas sahaja dan pelajar yang terlibat sebagai rawatan cuma dua puluh orang. Cadangan untuk kajian lanjutan supaya ditambahkan sampel yang lebih besar agar data yang lebih kukuh dapat dibuat bagi membuktikan keberkesanan kaedah yang ingin diuji.

BIL ITEM YA TIDAK

BIL (%) BIL (%)

1 Saya menyukai bidang akhlak 10 100 _ _

2 Saya minat dengan aktiviti lakonan 10 100 - -

3 Aktiviti lakonan sangat membosankan.

_ _ 10 100

Page 75: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

79

Instrumen

Instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan pasca, soal selidik,temubual dan pemerhatian. Bagi sesebuah kajian yang mengkaji tentang kaedah yang perlu dilakukan secara amali maka lebih elok sekiranya dimurnikan dengan instrument pengumpulan data yang lain seperti latih tubi dan ujian rintis. Tambahan dan pemurnian kepada soalan-soalan ujian yang lebih menjurus kepada tajuk yang ingin diberi penekanan.

Tempoh Masa Kajian

Jangkamasa bagi kajian ini tidak perlulah dipanjangkan kerana ianya akan menimbulkan ralat terhadap pengumpulan data. Maka pengkaji mencadangkan agar tidak dipanjangkan masa pertemuan antara pengkaji dan sampel supaya keberkesanan kaedah dapat dibuktikan dengan lebih telus tanpa sebarang ragu-ragu lagi.

RUMUSAN

Kajian ini telah menjelaskan segala persoalan yang telah dinyatakan pada awal penulisan kajian. Hasil dapatan menunjukkan bahawa kaedah lakonan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mendatangkan kesan yang positif terhadap murid-murid yang terlibat.

SENARAI RUJUKAN

Alis bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah Satu Pengenalan. Kedah: Pure Honey Enterprise.

Al-Jaziri, abdur-rahman.(2001). Fiqh Empat Madzab,. Jakarta: Darul Ulum.

Hajah Noresah binti Baharom. (Eds) (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazri Jamil, Hashim Othman, Rohizani Yaakub. (2004).Penghantar Keadah Pengajaran Pelajaran Ilmu Kemanusiaan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Imam Al-Ghazali. (1975). Ihya Ulum Al-Din (Terjemahan) .Indonesia: Al-Maktabah At-Tijjariyyah Al-Kubro.

Khadijah Rohani Mohd.Yusof. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University (OUM).

Mook Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Semester 1). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. Dr. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. (2004). Psikologi Pembelajaran & Personaliti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noraini binti Omar (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 5:Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR,55-73.

Rosfazlina Binti Mohamad. (2010). Kaedah Koperatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Aqidah Tahun 5.

Mohd Shafi Bin Zakarianor. (2009). Keberkesanan Komputer Seagai Alat bantu Mengajar Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Murid Tahun 4.

Norazura binti Yahya (2001). Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan Dan Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi Watak (Role Play Simulation).

Page 76: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

80

KEBERKESANAN SMART MULTIMEDIA MEMBANTU MURID 4 PINTAR MEMPELAJARI HUKUM TAJWID IKHFA’ HAKIKI, IZHAR HALQI DAN IDGHAM MAAL GHUNNAH

Oleh:

Nurul Syahirah binti Lokman25 & Adnan bin Abdullah26 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismailu

ABSTRAK

Bacaan al-Quran secara bertajwid amatlah ditekankan dalam pembacaan al-Quran. Ianya termasuklah membetulkan sebutan mangikut tanda bacaan dan hukum tajwid dalam ayat. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan minat murid mempelajari hukum nun sakinah iaitu ikhfa’ hakiki, izhar halqi dan idgham maal ghunnah dengan berbantukan penggunaan smart multimedia. Responden yang dipilih terdiri daripada 8 orang murid yang berada pada tahap lemah setelah ujian pra dijalankan bagi keseluruhan kelas. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan pos serta melalui soal selidik dan temubual. Dapatan yang dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 30% Semasa ujian pra, pencapaian keseluruhan adalah sebanyak 28% manakala pencapaian ujian pos adalah sebanyak 58%. Secara kesimpulannya, penggunaan smart multimedia adalah berkesan dalam meningkatkan minat dan pengetahuan murid membaca al-Quran dan mengenal hukum tajwid.

(Kata kunci: Keberkesanan, Smart , Multimedia, Minat, Murid)

PENGENALAN

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran pula adalah fardu ‘ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau pun perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. Sekalipun semasa bacaan al-Quran itu dikira sebagai sunat (membaca al-Quran yang tidak wajib seperti dalam solat), al-Quran itu wajib dibaca dengan bertajwid sebagaimana ia diturunkan tanpa membuat perubahan. Dan sesiapa yang membacanya tanpa tajwid serta bacaannya boleh mengubah tafsiran al-Quran maka ia adalah berdosa. Golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : Maksudnya:

Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya. Firman Allah dalam Surah al-Muzammil ayat 4:

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”. Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid. Pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah bermatlamat melahirkan murid yang bukan sahaja mahir membacanya, tetapi memahami dan menghayati ajarannya. Namun begitu, dorongan untuk membaca al-Quran perlu seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh agar penghayatannya benar-benar berkesan dalam hati setiap yang mempelajarinya.

25 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 26 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 77: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

81

Pernyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisi yang kebiasaannya digunakan oleh guru sebagai penyalur maklumat manakala murid hanya mendengar tidak dapat menarik minat murid untuk fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. Sepatutnya kaedah yang lebih segar dan inovatif perlu digunakan untuk meningkatkan kemahiran belajar murid. Murid menghadapi masalah dalam mengenal hukum tajwid yang ada lebih-lebih lagi hukum nun sakinah. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membaca al-Quran dengan baik tanpa mengambil kira bacaan dengung, bacaan terang dan sebagainya. Setelah disoal, didapati ramai murid yang langsung tidak tahu apa itu hukum nun sakinah. Hal ini juga berkait rapat dengan kaedah yang digunakan oleh guru dalam mencapai objektif pembelajaran bagi Tilawah Al-Quran murid-murid Tahun 4. Justeru itu, masalah yang dikaji ialah mengatasi masalah murid Tahun 4 Pintar mengenal hukum tajwid nun sakinah dengan cepat dan betul. Hukum tajwid yang ditekankan dalam kajian ini ialah ikhfa’, izhar dan idgham maal ghunnah. Tiga hukum ini dipilih adalah kerana bilangan hurufnya yang banyak. Ini juga bertujuan supaya murid dapat menstruktur tiga hukum ini dahulu sebelum beralih kepada dua lagi hukum tajwid yang lain. METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk

Reka bentuk kajian ialah mixed methode iaitu dengan menganalisis data secara kualitatif dan kuantitatif. Data telah dikumpul secara berstruktur terhadap lapan orang murid lemah yang mempunyai masalah dalam mengingati hukum berkaitan nun sakinah iaitu izhar halqi, ikhfa’ hakiki dan idgham maal ghunnah. Model Kajian

Rajah 1 : Proses penyelidikan mengikut teori Kurt Lewin

Di dalam penyelidikan berlingkaran ini, perancangan merangkumi analisis masalah dan perancangan strategik, tindakan pula merujuk kepada pelaksanaan rancangan strategik, manakala pemerhatian meliputi penilaian tindakan dengan kaedah dan teknik yang sesuai. Diakhirnya membuat refleksi iaitu menganalisis dan menginterpretasi dapatan penilaian serta terhadap proses penyelidikan secara keseluruhan. Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan seramai 8 orang murid Tahun 4 Pintar Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan beragama Islam yang lemah dalam membaca al-Quran. Sampel kajian dipilih melalui pemerhatian tidak berstruktur, temubual guru tasmik dan hasil daripada analisis lembaran kerja yang diagihkan.

Kajian ini hanya terbatas semasa proses pengajaran dan pembelajaran Khatam al-Quran sahaja dan tidak melibatkan bidang Pendidikan Agama Islam yang lain. Sampel ini dipilih adalah untuk membantu murid-murid lemah daripada tercicir dalam bidang Tilawah Al-Quran. Hasil kajian tidak dapat dijadikan satu kesimpulan untuk semua murid tahun empat sekolah tersebut. Selain itu, pencapaian murid yang diuji sebelum dan selepas pembelajaran dipengaruhi oleh pengetahuan kognitif murid masing-masing.

1 Perancangan

2 Tindakan

3 Pemerhatian

4 Refleksi

Page 78: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

82

Objektif Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji berharap mendapat:

i. Melihat peningkatan pencapaian murid menerusi ujian pra dan pos melalui pembelajaran berbantukan smart multimedia.

ii. Mengenalpasti perubahan positif ke atas minat murid Tahun 4 Pintar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan smart multimedia

Prosedur Pengumpulan Data

Instrumen Kajian Pengumpulan data dalam kajian ini dilakukan dengan alat kajian seperti berikut: i.Ujian Pra dan Pos Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada dua ujian iaitu ujian pra dan pos. Ujian tersebut dijalankan sebanyak dua sesi selama 4 minggu. Pengkaji menggunakan instrumen ini untuk menguji tahap pencapaian responden sebelum dan selepas intervensi. Ujian dijalankan dalam bentuk ujian bertulis ii.Temubual Responden Temubual yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis temubual tidak berstruktur. Dalam temubual tidak berstruktur ini, pengkaji tidak membina soalan terlebih dahulu sebelum sesi temubual dijalankan. Kesemua soalan yang ditanya adalah secara spontan dan akan mengubahsuai soalan selepas satu soalan ditanya berdasarkan kepada jawapan subjek kajian. Temubual akan dijalankan selepas pengkaji membuat pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. 8 orang murid ditemubual. Tujuan temu bual ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam perasaan murid-murid selepas mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan smart multimedia iv.Soal selidik Soal selidik ini dibina berpandukan jadual spesifikasi tahap afektif Krathwohl. Soalan soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A adalah mengandungi item berkaitan latar belakang seperti jantina, umur dan keputusan ujian. Bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan faktor yang mempengaruhi perlaksanaan secara berkesan menggunakan multimedia interaktif. Soal selidik akan diberikan kepada 8 orang responden kajian. Terdapat sebanyak 8 soalan yang perlu dijawab. Skala likert yang mengandungi lima pilihan digunakan bagi membantu murid menyatakan tahap persetujuan terhadap item yang dikeluarkan Cara Penganalisisan Data

Data yang diperolehi daripada instrumen kajian iaitu ujian pra dan pos dikumpulkan secara kuantitatif dan dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Hasil ujian pra dan pos dikumpulkan bertujuan untuk mendapatkan skor markah murid dalam bentuk peratusan dan melihat tahap pencapaian murid berbantukan penggunaan smart multimedia dalam pembelajaran al-Quran. Manakala hasil soal selidik dan temubual murid dianalisis secara kualitatif yang dikumpulkan adalah untuk melihat minat murid dalam membaca al-Quran secara bertajwid setelah menggunakan smart multimedia.

DAPATAN KAJIAN

Melihat peningkatan pencapaian murid menerusi ujian pra dan pos melalui pembelajaran berbantukan smart multimedia.

Dalam penganalisaan ujian pra dan pos, data-data telah dianalisis secara kuantitatif dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf berdasarkan kepada gred markah seperti dalam jadual dan rajah di bawah. Pengkaji seterusnya membuat perbandingan antara kedua-dua keputusan ujian pra dan pos bagi melihat adakah melalui pembelajaran berbantukan smart multimedia dapat mempengaruhi dalam meningkatkan tahap pencapaian murid lebih-lebih lagi dalam tajuk berkaitan hukum nun sakinah yang ditekankan dalam kajian.

Page 79: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

83

Murid 1

Murid 2

Murid 3

Murid 4

Murid 5

Murid 6

Murid 7

Murid 8

Ujian Pra % 13% 20% 27% 27% 27% 30% 30% 53%

Ujian Post % 40% 40% 47% 53% 60% 60% 73% 87%

0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

100%Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pos

Mengenalpasti perubahan positif ke atas minat murid Tahun 4 Pintar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan smart multimedia

Analisis Soal Selidik

Borang soal selidik diedarkan kepada sampel murid yang telah diajar dengan menggunakan smart multimedia bagi meningkatkan pemahaman berkaitan hukum nun sakinah yang ditekankan. Hasil soal selidik yang dilakukan adalah bagi menguji adakah terdapat kesan positif terhadap murid setelah penggunaan smart multimedia dalam pelajaran. Skala yang digunakan adalah skala likert. Format skala likert adalah seperti berikut:

Skor Nilai

Sangat Tidak Setuju (STS)

Tidak Setuju (TS)

Tidak Pasti (TP)

Setuju(S) Sangat Setuju (SS)

Skor 1 2 3 4 5 Format Skala Likert

Berdasarkan soal selidik yang diperoleh selepas ujian pos dijalankan, didapati peratusan sangat setuju (68.8%) dan setuju (20.2%) melebihi daripada peratusan tidak pasti (9.4%), tidak setuju (1.6%)

Bil Soalan (STS) (TS) (TP) (S) (SS) 1 Saya suka menghadiri kelas dalam bilik akses

dan bilik komputer. 8 orang

(100%) 2 Saya menumpukan perhatian dalam kelas yang

diajar menggunakan multimedia. 5 orang

(62.5%) 3 orang

(37.5 %) 3 Saya memahami sepenuhnya apa yang diajar

guru dalam kelas yang menggunakan multimedia.

5 orang (62.5%)

3 orang (37.5 %)

4 Saya tidak merasa bosan semasa pembelajaran berlangsung

1 orang (12.5%)

7 orang (87.5%)

5 Saya berkeyakinan semasa menjawab soalan yang diberi selepas pengajaran menggunakan multimedia digunakan.

2 orang (25%)

6 orang (75%)

6 Saya sangat suka belajar membaca al-Quran menggunakan multimedia.

1 orang (12.5%)

2 orang (25%)

5 orang (62.5%)

7 Saya inginkan pengajaran seperti ini pada masa yang lain.

3 orang (37.5 %)

5 orang (62.5%)

8 Saya lebih berminat belajar dalam kelas menggunakan multimedia berbanding kelas pengajaran biasa.

8 orang (100%)

Page 80: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

84

dan sangat tidak setuju(0%) Purata keseluruhan min bagi soal selidik adalah tinggi iaitu 4.61. Ini menunjukkan catatan yang tinggi terhadap kesan positif terhadap minat dan tumpuan murid selepas menggunakan smart multimedia dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

Analisis Temubual Responden

Murid/Soalan S3: Adakah kamu seronok belajar dengan berbantukan multimedia interaktif?

Kod

M1 Sebab suka nyanyi lagu anak ikhfa’ 1 M2 Jadi cepat ingat dan suka nyanyi 2,1 M3 Boleh nyanyi dengan gembira 1 M4 Suka sebab boleh tengok orang nyanyi 1 M5 Suka jawab soalan kuiz 1 M6 Boleh tengok video semut 1 M7 Sebab boleh nyanyi dan tengok cerita 1 M8 Jadi mudah ingat hukum anak ikhfa’ 1,2

Penentuan Kod: 1 :Minat Murid (8) 2 :Kesan kaedah (2)

Semua respon murid menyatakan berminat mempelajari hukum nun sakinah berbantukan penggunaan smart multimedia dengan skor minat sebanyak 8 skor. Kebanyakannya memberikan jawapan suka menyanyi seperti Murid 1,2,3 dan 7. Kod skor kaedah mendapat 2 skor. Mereka mengatakan mudah mengingati hukum tajwid yang dipelajari.

PERBINCANGAN DAN DAPATAN

Terbukti di sini, penggunaan smart multimedia dalam membantu murid dalam memahami hukum nun sakinah adalah amat berkesan. Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah (Al-Syaibani, 1991 dan Atan Long, 1993). Dapatan kajian tersebut telah menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji sendiri dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian murid menggunakan smart multimedia dalam pembelajaran al-Quran.

Di sini dapat dilihat bahawa penggunaan smart multimedia semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Ini dapat dibuktikan melalui kajian Wan Azah (2003), yang mengatakan penggunaan multimedia sememangnya adalah idea yang baik dalam memberi kaedah terbaik bagi membantu memaksimakan konsentrasi pelajar semasa di dalam kelas.

Terdapat dua faktor penting murid berminat dalam pembelajaran menggunakan smart multimedia ini, iaitu faktor kaedah yang digunakan kerana murid suka melihat animasi, grafik, video yang ditayangkan semasa sesi pembelajaran. Faktor kedua ialah faktor kesan kaedah yang digunakan oleh guru mempengaruhi pencapaian murid kerana memudahkan mereka untuk mengingat dan memahami hukum nun sakinah yang ditekankan dalam kajian dengan mudah.

Hasil kajian ini selari dengan satu kajian Saridah binti Hussein (2006) dalam kajiannya, Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Tajuk Lokus Dua Matra Tingkatan Dua. Beliau berkata, penggunaan multimedia amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam membantu meningkatkan minat dan kualiti pembelajaran dalam kalangan pelajar. Hasil dapatan beliau mendapati pelajar lebih aktif dan bersemangat, lebih fokus dan dapat mengingati fakta dengan cepat dan mudah.

Selain itu juga, pengkaji mengetengahkan Teori Pembelajaran Howard Gagne (1991) yang menyatakan setiap manusia terdiri daripada pelbagai kecerdasan antaranya visual-ruang. Visual-ruang diertikan sebagai berfikir menggunakan gambar dan mempersepsikan dunia visual secara tepat, berkebolehan bertikir dalam tiga dimensi dan mencipta semula aspek sesuatu pengalaman visual melalui imaginasi. Oleh itu, berdasarkan kecenderungan inilah pengkaji menggunakan smart multimedia dalam pembelajaran.

Peningkatan bagi setiap responden ini adalah kerana adanya kaedah dan teknik yang menarik minat mereka untuk belajar. Melalui analisis data temubual bersama responden didapati dengan menggabungkan media-media menjadi multimedia dalam pembelajaran, murid-murid akan lebih seronok dan berminat untuk mempelajari sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Kaedah guru

Page 81: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

85

dalam pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.

Cadangan Kajian Seterusnya

Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah amat berkurangan. Hasil dari kajian ini dapat membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian pelajar tetapi ia tidaklah secara menyeluruh kerana peningkatan pencapaian responden tidak meningkat 100 peratus. Pengkaji juga mencadangkan kepada pengkaji lain yang ingin menyambung agar menggunakan sampel yang lebih besar untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat. Terdapat lagi kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan terutamanya dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci.

Penggunaan perisian perlu diperluaskan agar pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas. Para guru haruslah membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran berbantukan multimedia. Guru-guru tidak hanya mengharapkan sahaja kepada perisian yang sedia malah mampu membina sendiri perisian multimedia dengan menggunakan perisian pengarangan multimedia seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.

Guru perlu didedahkan kepada idea baru dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah haruslah dirancang dengan baik. Pasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas di kalangan guru-guru. Masih banyak ruang kosong yang mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self faced, dan self directed. Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa penerokaan ledakan sumber maklumat melalui internet.

Memandangkan aktiviti yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan pencapaian responden dalam memahami pelajaran berkaitan nun sakinah, pengkaji memberi cadangan agar aktiviti pengajaran seperti ini dapat digunakan dalam semua bidang pembelajaran Pendidikan Islam seperti Jawi dan Ulum Syariah. Ianya juga boleh diaplikasikan kepada mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya.

SENARAI RUJUKAN

Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Shah Alam: Hizbi. Atan Long (1993). Padagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Amiza Publishing Sdn Bhd Ahmad Rashid bin Osman (1992). Tinjauan sejauh manakah komputer digunakan di

kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Johor Bahru.Tesis Bsc.UTM.

Bahagian Teknologi Pendidikan (2005). Laporan Tinjauan Awal Penggunaan CD-ROM Interaktif CDRI 2005.

Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat,

Terbitan UPM Nik Azis Nik Pa (1996). Konsep Maktab Perguruan Bestari Jurnal Pendidikan Guru (77)

Page 82: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

86

KEMAHIRAN MEMBACA HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN MENGGUNAKAN KAEDAH “ULANG KENDIRI”

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR AYER

Oleh:

Siti Aishah Mazidah binti Haji Abdul Aziz27 & Sabawi bin Awang28 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk melihat keberkesanan kaedah “Ulang Kendiri” dalam meningkatkan prestasi bacaan hukum nun sakinah dan tanwin dalam kalangan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Kebor Ayer, Kuala Terengganu. Kajian yang menggunakan rekabentuk kajian tindakan ini menggunakan ujian pra dan pos ke atas 15 orang kumpulan kawalan dan 15 orang kumpulan rawatan yang terpilih sebagai sampel kajian. Instrumen yang digunakan ialah ujian lisan bacaan al-Quran dan satu set borang soal selidik. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan peratus, min, mod, median dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan nilai min skor ujian pra kumpulan rawatan ialah 36.53 berbanding min skor ujian pos sebanyak 66.57, peningkatan sebanyak 30.04. Demikian juga dapatan kajian menunjukkan nilai min skor bagi setiap pecahan hukum nun sakinah dan tanwin bagi kumpulan rawatan juga meningkat di mana masing-masing kepada 23.4 bagi hukum Iqlab, 31.4 bagi hukum Idgham Bila Ghunnah, 32.14 bagi Idgham Ma’al Ghunnah, 28.74 bagi hukum Izhar Halqi, dan 34.53 bagi hukum Ikhfa’ Haqiqi. Dari statistik yang ditunjukkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kaedah “Ulang Kendiri” sangat berkesan dalam meningkatkan prestasi bacaan hukum nun sakinah dan tanwin dalam kalangan murid tahun 3. Implikasi yang boleh dilihat dalam kajian ini ialah murid sangat berminat dengan kaedah “Ulang Kendiri” yang telah diubahsuai oleh penyelidik dan murid menunjukkan respon yang tinggi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan.

(Kata Kunci: Kaedah “Ulang Kendiri”, prestasi, hukum nun sakinah dan tanwin, ujian pra, ujian pos)

PENGENALAN

Kajian ini bertitik tolak dari kelemahan murid di sekolah rendah dalam membaca al-Quran secara bertajwid. Ia berfokus kepada ketidakupayaan mereka menguasai tahap kemahiran membaca al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, sifat dan fasohah yang baik.

Kelemahan ini sebenarnya telah lama wujud dan berbagai-bagai kaedah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengatasi perkara ini namun, ia tetap membelenggu murid di sekolah sejak sekian lama. Kelemahan ini sekiranya tidak diatasi, ia akan berterusan hingga ke sekolah menengah seterusnya akan menimbulkan masalah pula kepada kelancaran guru-guru di sekolah menengah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam di dalam kelas.

Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan (1991) juga melaporkan bahawa masih terdapat pelajar yang menduduki tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah yang tidak tahu membaca al-Quran. Laporan-laporan tersebut telah disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Madihah Hj Mohamad (1992), Maimunah Ismail (1995), Ahmad Abdul Ghani (1997), Mohd Yusuf Ahmad (1997), Farehan bt Mohd Hani (2000), dan Siti Fatimah bt Sudin (2000). Dapatan kajian mereka dapatlah dirumuskan seperti berikut:

i. Pelajar kurang lancar membaca al-Quran ii. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid iii. Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf

27 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 28 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 83: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

87

Kelemahan bacaan al-Quran dalam kalangan murid di sekolah rendah memang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan pendapat dan dapatan yang penyelidik telah ketengahkan, ternyata masalah ini merupakan satu isu yang sehingga kini belum dapat diselesaikan. Membaca al-Quran merupakan perkara utama dalam agama Islam kerana ia melibatkan soal hukum sama ada sah atau batalnya amal ibadah seseorang muslim terutama ketika mengerjakan ibadat solat. Oleh itu, kajian ini amat penting untuk diamati oleh pihak-pihak tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terutama yang melibatkan Bahagian Latihan Guru, EPRD dan Bahagian Kurikulum. Hasil dapatan yang bakal diperolehi nanti mungkin dapat merangsangkan sektor berkenaan untuk merancang kurikulum Pendidikan Islam yang benar-benar mampu meningkatkan keupayaan murid dalam bacaan al-Quran.

Kajian ini juga sama ada secara langsung atau tidak langsung dapat memberi pendedahan dan gambaran sebenar tentang tahap keupayaan sebenar bacaan al-Quran murid terutamanya dalam kalangan guru di sekolah atau para pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pelbagai maklumat yang melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka di sekolah dijangka dapat memberi kesedaran kepada mereka dan daripada maklumat yang diperolehi itu, diharapkan mereka akan berusaha lebih gigih untuk memperbaiki kelemahan sendiri dalam bidang tersebut. Usaha seperti ini sudah tentu dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada murid-murid.

Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah melakukan gerak gempur untuk meningkatkan minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru yang berkaitan diberikan latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Kepada murid-murid pula, kajian ini dapat membantu mereka mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong atau merangsang serta penghalang pencapaian mereka dalam aspek bacaan al-Quran seterusnya berusaha membuat latihan dan aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan mereka dari semasa ke semasa.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data kajian. Semasa melakukan tindakan, penyelidik telah menggunakan model penyelidikan tindakan berdasarkan Model Pemikiran John Elliott. seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1:

Sampel kajian ini melibatkan murid Tahun 3 Naim dan Tahun 3 Firdaus iaitu seramai 30 orang sampel yang terdiri daripada 14 orang lelaki dan 16 orang perempuan yang telah dikenalpasti hasil pemerhatian secara umum yang dibuat oleh penyelidik sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan. Pemerhatian ini dijalankan semasa berlangsungnya sesi praktikum yang ditempuhi oleh penyelidik di dalam praktikum II dan III di sekolah yang menjadi lokasi kajian ini. Bagi memperolehi data tentang keberkesanan kaedah “Ulang Kendiri” dalam meningkatkan pencapaian sampel dalam kemahiran membaca hukum nun sakinah dan tanwin, instrumen ujian pra dan pos telah digunakan meliputi ujian lisan bacaan al-Quran dan soal selidik. Ujian pra disediakan kepada kedua-dua buah kumpulan sebelum tindakan diberikan manakala ujian pos disediakan selepas tamatnya tindakan. Seterusnya data yang dikumpul diproses menggunakan analisis statistik deskriptif yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratus dan purata (min) berdasarkan hasil ujian.

TAHAP PERTAMA

Mengenalpasti Masalah Pendidikan

Pengawasan (Monitor) Pelaksanaan dan Kesan

Tinjauan: Mencari Fakta dan Membuat Analisis

Tinjauan (Survey) Refleksi Terhadap

Hasil Kajian Termasuk Kegagalan

TAHAP KEDUA

Persediaan Rancangan Umum

Pelaksanaan

Page 84: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

88

DAPATAN KAJIAN 1. Tahap Bacaan al-Quran Murid Tahun Tiga Secara Keseluruhan

Jadual di bawah menunjukkan tahap bacaan al-Quran Murid Tahun 3 Secara Keseluruhan

Gred Julat Skor Peringkat Pencapaian (%)

(n= 30)

Kekerapan

A B C D E

80 – 100 60 – 79 40 – 59 26 – 39 1 – 25

Cemerlang Baik

Memuaskan Lemah

Sangat Lemah

6.7% 6.7% 43.3% 26.7% 16.6%

2 2

13 8 5

2. Tahap Bacaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin di dalam Ujian Pra dan Pos bagi Kumpulan Kawalan dengan Menggunakan Kaedah Konvensional Analisis tahap bacaan hukum nun sakinah dan tanwin bagi kumpulan kawalan di dalam ujian pra dan pos untuk item 1 hingga 5 (hukum Iqlab hingga hukum Ikhfa’ Hakiki) dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1 hingga 5 di bawah: 2.1. Jadual 1 di bawah adalah keputusan analisis ujian item 1 bagi hukum Iqlab:

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 0 0% 0% B (Baik) 3 20% 4 26.7% +6.7% C (Memuaskan) 5 33.3% 6 40% +6.7% D (Lemah) 4 26.7% 4 26.7% 0% E (Sangat Lemah) 3 20% 1 6.7% -13.3%

JUMLAH 15 100% 15 100% 2.2. Jadual 2 di bawah adalah keputusan analisis ujian item 2 bagi hukum Idgham Bila Ghunnah:

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 0 0% 0% B (Baik) 2 13.3% 4 26.7% +13.4% C (Memuaskan) 6 40% 7 46.7% +6.7% D (Lemah) 4 26.7% 3 20% -6.7% E (Sangat Lemah) 3 20% 1 6.7% -13.3%

JUMLAH 15 100% 15 100% 2.3. Jadual 3 di bawah adalah keputusan analisis ujian item 3 bagi hukum Idgham Bila Ma’al Ghunnah:

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 0 0% 0% B (Baik) 3 20% 4 26.7% +6.7% C (Memuaskan) 5 33.3% 5 33.3% 0% D (Lemah) 4 26.7% 4 26.7% 0% E (Sangat Lemah) 3 20% 2 13.3% -6.7%

JUMLAH 15 100% 15 100%

Page 85: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

89

2.4. Jadual 4 di bawah adalah keputusan analisis ujian item 4 bagi hukum Izhar Halqi:

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 0 0% 0% B (Baik) 2 13.3% 3 20% +6.7% C (Memuaskan) 5 33.3% 5 33.3% 0% D (Lemah) 5 33.3% 5 33.3% 0% E (Sangat Lemah) 3 20% 2 13.3% -6.7%

JUMLAH 15 100% 15 100% 2.5. Jadual 5 di bawah adalah keputusan analisis ujian item 5 bagi hukum Ikhfa’ Hakiki:

Ujian Pra Ujian Pos

Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan & Penurunan

A (Cemerlang) 0 0% 0 0% 0% B (Baik) 0 0% 0 0% 0% C (Memuaskan) 7 46.7% 9 60% +13.3% D (Lemah) 5 33.3% 5 33.3% 0% E (Sangat Lemah) 3 20% 1 6.7% -13.3%

JUMLAH 15 100% 15 100%

3. Tahap Bacaan Hukum Nun Sakinah dan Tanwin di dalam Ujian Pra dan Pos bagi Kumpulan Rawatan dengan Menggunakan Kaedah “Ulang Kendiri”

Analisis tahap bacaan hukum nun sakinah dan tanwin bagi kumpulan rawatan di dalam ujian pra dan pos untuk item 1 hingga 5 (hukum Iqlab- hukum Ikhfa’ Hakiki) dapat ditunjukkan di dalam Jadual 1 hingga 5 di bawah: 3.1. Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan Pos bagi Item 1 (Iqlab)

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 5 33.3% +33.3% B (Baik) 2 13.3% 6 40% +26.7% C (Memuaskan) 6 40% 4 26.7% -13.3% D (Lemah) 5 33.3% 0 0% -33.3% E (Sangat Lemah) 2 13.3% 0 0% -13.3%

JUMLAH 15 100% 15 100% 3.2. Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan Pos bagi Item 2 (Idgham Bila Ghunnah)

Ujian Pra Ujian Pos

Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan & Penurunan

A (Cemerlang) 0 0% 5 33.3% +33.3% B (Baik) 1 6.7% 6 40% +33.3% C (Memuaskan) 5 33.3% 4 26.7% -6.6% D (Lemah) 5 33.3% 0 0% -33.3% E (Sangat Lemah) 4 26.7% 0 0% -26.7%

JUMLAH 15 100% 15 100%

Page 86: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

90

3.3. Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan Pos bagi Item 3 (Idgham Ma’al Ghunnah)

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 5 33.3% +33.3% B (Baik) 1 6.7% 6 40% +33.3% C (Memuaskan) 5 33.3% 4 26.7% -6.6% D (Lemah) 4 26.7% 0 0% -26.7% E (Sangat Lemah) 5 33.3% 0 0% -33.3%

JUMLAH 15 100% 15 100% 3.4. Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan Pos bagi Item 4 (Izhar Halqi)

Ujian Pra Ujian Pos Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan &

Penurunan A (Cemerlang) 0 0% 5 33.3% +33.3%

B (Baik) 2 13.3% 6 40% +26.7% C (Memuaskan) 5 33.3% 4 26.7% -6.6%

D (Lemah) 5 33.3% 0 0% 0% E (Sangat Lemah) 3 20% 0 0% 0%

JUMLAH 15 100% 15 100% 3.5. Analisis Pencapaian Kumpulan Rawatan dalam Ujian Pra dan Pos bagi Item 5 (Ikhfa’ Hakiki)

Ujian Pra Ujian Pos

Gred/Tahap Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Peningkatan & Penurunan

A (Cemerlang) 0 0% 5 33.3% +33.3% B (Baik) 1 6.7% 6 40% +33.3% C (Memuaskan) 3 20% 4 26.7% +6.7% D (Lemah) 7 46.7% 0 0% -46.7% E (Sangat Lemah) 4 26.7% 0 0% -26.7%

JUMLAH 15 100% 15 100%

PERBINCANGAN DAN CADANGAN Dapatan kajian telah menunjukkan tahap bacaan al-Quran bagi murid tahun 3 secara keseluruhan adalah berada pada tahap sederhana dan lemah. Bilangan sampel yang mendapat gred A (cemerlang) dan gred B (baik) adalah sama iaitu seramai 2 orang. Manakala bagi gred C (memuaskan) telah mencatatkan bilangan sampel seramai 13 orang di mana ia merupakan bilangan sampel yang paling tinggi berbanding bilangan sampel bagi gred lain. Bagi gred D (lemah) dan gred E (sangat lemah), masing-masing adalah seramai 8 orang dan 5 orang.

Sementara dapatan kajian bagi setiap pecahan hukum bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan yang tinggi bagi setiap pecahan hukum. Bagi hukum Iqlab, peningkatan min skor bagi kumpulan rawatan meningkat kepada 23.4 dari 5.93 berbanding kumpulan kawalan yang hanya mencatat angka 5.93. Bagi hukum Idgham Bila Ghunnah peningkatan dari 10.34 kepada 31.40. Begitu juga bagi hukum Idgham Ma’al Ghunnah di mana min skor kumpulan kawalan dari 4.53 meningkat kepada 31.40. Manakala bagi hukum Izhar Halqi, peningkatan min skor dari 4.07 kepada 28.74 dan akhir sekali bagi hukum Ikhfa’ Hakiki berlakunya peningkatan dari 5.7 kepada 34.53. Angka di atas membuktikan bahawa kaedah “Ulang Kendiri” amat berkesan untuk meningkatkan kemahiran sampel dalam membaca hukum-hukum nun sakinah dan tanwin di mana terdapat peningkatan dalam setiap aspek hukum-hukum yang dikaji di dalam kajian ini.

Page 87: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

91

Bagaimanapun dapatan kajian ini menyanggah dapatan Farehan bt Mohd Hani (2000) yang membuat kajian di sebuah sekolah menengah di daerah Petaling dan bertujuan untuk mengkaji kemahiran membaca nun sakinah terhadap 305 orang pelajar dengan menggunakan item soal selidik sebagai instrumen kajian. Manakala kajian penyelidik telah dilaksanakan di sebuah sekolah di daerah Manir, Kuala Terengganu dan bertujuan untuk mengkaji kemahiran membaca nun sakinah dan tanwin terhadap 30 orang sampel dengan menggunakan item ujian lisan bacaan al-Quran sebagai instrumen kajian. Penyelidik menggunakan item ujian lisan kerana penyelidik ingin mengukur tahap penguasaan kemahiran membaca atau pun kemahiran lisan sampel. Bagi penyelidik, ianya mestilah diuji dengan ujian kemahiran lisan juga dan bukan soal selidik.

Di samping itu, perbandingan di antara ujian pra dan pos menunjukkan bahawa wujudnya peningkatan dari segi min skor bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Nilai min skor ujian pos dalam kumpulan rawatan lebih tinggi iaitu 66.57 berbanding min skor ujian pos dalam kumpulan iaitu 44.89. Peningkatan ini membuktikan keberkesanan kaedah “Ulang Kendiri” yang digunakan di dalam kajian ini. Dapatan ini juga menyokong dapatan Ahmad Kamil (2003) yang memperolehi dapatan yang sama dengan kajian ini di mana kaedah latih tubi berkesan untuk meningkatkan prestasi murid.

Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan min skor yang tinggi dengan penggunaan kaedah “Ulang Kendiri” dalam setiap pecahan hukum yang dikaji berbanding kaedah konvensional. Dapatan penyelidik telah menyokong dapatan Mohd Yusuf Ahmad (1997) di mana dapatan beliau telah menunjukkan bahawa tidak ada seorang sampel pun yang dapat membaca al-Quran tanpa membuat sebarang kesalahan hukum nun sakinah dan tanwin. Dapatan penyelidik telah menunjukkan bahawa sampel yang telah melakukan kesalahan di dalam ujian pra untuk kumpulan kawalan dan rawatan telah berlakunya peningkatan prestasi dalam ujian pos dalam setiap pecahan hukum-hukum nun sakinah dan tanwin selepas dilaksanakan kaedah “Ulang Kendiri”.

Berdasarkan dapatan kajian yang penyelidik telah perolehi, penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa wujudnya peningkatan prestasi di antara ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan dalam setiap pecahan hukum-hukum nun sakinah dan tanwin. Ini membuktikan kaedah “Ulang Kendiri” amat berkesan dalam meningkatkan pencapaian bacaan hukum nun sakinah dan tanwin murid-murid tahun 3. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) memang mempunyai banyak kaedah, strategi, pendekatan serta teknik yang boleh dipraaktikkan bagi memastikan murid dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Penguasaan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) memberi impak yang besar terhadap peningkatan penguasaan bacaan al-Quran dalam hukum nun sakinah dan tanwin. Hasil daripada ini juga akan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan dan seterusnya mencapai objektif umum berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, diharapkan juga akan mempengaruhi sikap murid terhadap matapelajaran Pendidikan Islam terutama bidang Tilawah al-Quran.

Implikasi lain yang boleh dilihat dalam kajian ini ialah murid sangat berminat dengan kaedah “Ulang Kendiri” yang telah diubahsuai oleh penyelidik dan murid menunjukkan respons yang tinggi terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan. Memandangkan kaedah ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid terutama dalam pembacaan al-Quran dan memberi motivasi serta minat murid, maka guru-guru perlu membuat anjakan paradigma dengan bersikap lebih positif terhadap kaedah ini dengan bersama-sama melaksanakan kaedah ini agar murid dapat menghayati proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih berkesan. Secara keseluruhannya, kaedah “Ulang Kendiri” amat berkesan dalam meningkatkan prestasi bacaan al-Quran, maka diharapkan kepada institusi-institusi yang terlibat secara langsung dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, guru-guru panitia, guru-guru matapelajaran Pendidikan Islam berganding bahu dan mengambil inisiatif untuk membina satu modul lengkap berhubung dengan kaedah “Ulang Kendiri” ini.

Page 88: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

92

SENARAI RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur, Terbitan Jabatan Perdana Menteri. Alias Baba. (1997). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 2 Asas Statistik Penyelidikan. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Jemaah Nazir Persekutuan. (1994). Kaji Selidik Kemahiran Tilawah Al-Quran dalam Perkara Asas

Fardhu Ain Tahun 6 KBSR. Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). “Laporan Sekolah-

Sekolah Persekutuan”. (Laporan Jemaah Nazir Persekutuan,Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur).

Jemaah Nazir Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). “Laporan Sekolah-Sekolah

Persekutuan”. (Laporan Jemaah Nazir Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur).

Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazniyah Md.Jaafar et. all. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.. Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd Majid Konteng. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1995). Panduan Tartil al-Quran. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr. Amir Mohd Rasyid. (1991). Masalah-Masalah Pengajaran Pendidikan Islam (KBSR) Satu Kajian

Persepsi Guru-Guru Sekolah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia. Farehan bt Mohd Hani. (2000). Kemahirann Membaca Nun Sakinah di kalangan Pelajar Tingkatan 3

di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Petaling. Tesis Masters. Universiti Malaya. Madihah Haji Muhamad. (1992). Pembelajaran Al-Quran di kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah

Menengah: Satu Tinjauan di Daerah Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin. Akademi Islam: Universiti Malaya.

Ahmad Abdul Ghani. (1997). Tahap Penguasaan Bacaan al-Quran di kalangan Pelajar Sekolah

Menengah. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya: Kuala Lumpur. Ahmad Marzuki Mohamad. (1998). Pembacaan Al-Quran di kalangan Guru Pelatih Kursus Diploma

Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Jurnal Akademik MPTI, Jil.9, Dis 1998.

Ahmad Mohd Salleh. (1998). Satu Penilaian Terhadap Penghayatan Budaya Al-Quran di kalangan

Guru Pelatih MPTAA Kuantan. Jurnal MPTAA: Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Page 89: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

93

KEBERKESANAN ‘MY DC’ DALAM MENINGKATKANPENGUASAAN HAFAZAN SURAH-SURAH PILIHAN (AL-FIL, AL-HUMAZAH DAN AL-TAKATHUR)

BAGI MURID TAHUN 3 AMANAHSK LOSONG

Oleh:

Siti Nor Jannah binti Abu Bakar29 & Sabawi bin Awang30 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T. Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanaan penggunaan ‘My DC’ (Diari Comelku) untuk memotivasikan murid bagi mempertingkatkan penguasaan hafazan surah-surah pilihan (al-Fil, al-Humazah dan al-Takathur) di kalangan murid murid tahun 3 Amanah Sekolah Kebangsaan Losong. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid yang telah dibahagikan kepada Kumpulan Rawatan dan Kawalan. Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif berdasarkan Model Kurt Lewin dengan menggunakan instrumen Ujian Bertulis dan Lisan, Pemerhatian dan Soal Selidik. Data dianalisis secara manual dan diskriptif. Berdasarkan analisis Ujian Pra dan Pos, peningkatan yang lebih besar berlaku dalam Kumpulan Rawataniaitu sebanyak min purata 12.8%. Dapatan ini memberi implikasi bahawa penggunaan ‘My DC’ dapat menarik minat dan memotivasikan murid sekaligus meningkatkan tahap penguasaan hafazan surah-surah pilihan.

(Kata Kunci : Hafazan, Surah Pilihan, My DC)

PENGENALAN

Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah. S.W.T.

Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran. Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan (Ab.Fatah Hasan:15). Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya.

Senario yang berlaku pada hari ini menampakkan bahawa, kesedaran umat Islam umumnya dan murid-murid sekolah rendah khususnya agak kurang dalam penghafalan ayat al-Quran. Hal ini berkemungkinan kebanyakan umat Islam takut dan malas untuk menghafaz al-Quran atas alasan takut lupa hafalan dan akan dimurkai oleh Allah serta tidak mempunyai kekuatan dalaman dan motivasi intrinsik untuk malakukannya. Sememangnya selepas seseorang itu menghafaz ayat suci al-Quran, ia hendaklah memelihara dan mengekalkannya supaya hafazan tersebut tidak hilang dari ingatan (Mohd Fazri, 1999:26-27).

Memandangkan cabaran, gangguan, halangan serta kesukaran-kesukaran bagi seseorang itu untuk rajin menghafaz al-Quran, maka diperlukan suatu kaedah atau cara untuk menggalakkan murid-murid sekolah rendah menghafaz ayat suci al-Quran yang telah ditetapkan dalam silibus Pendidikan Islam sebagai bekalan hidup menuju redha Allah S.W.T. Oleh itu, satu kaedah melalui pendekatan peneguhan positif iaitu penggunaan ‘My DC’ telah dicipta bertujuan memotivasikan murid untuk meningkatkan penguasaan hafazan surah-surah yang terdapat di dalam silibus tahun 3.

29 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 30 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 90: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

94

Pernyataan Masalah

Kajian ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah murid-murid yang malas dan kurang bermotivasi untuk menghafaz surah-surah yang terdapat di dalam silibus di bawah bidang Tilawah al-Quran bagi sub topik ayat hafazan. Oleh itu, satu objek motivasi telah direka dalam bentuk yang konkrit di hiasi dengan warna-warna yang menarik berbentuk kad-kad yang dibina membentuk satu diari yang kecil, comel dan menarik dengan tujuan memberi kesan motivasi kepada murid dan menarik perhatian mereka untuk berusaha menghafaz surah-surah pilihan yang telah ditentukan iaitu surah al-Fil, al-Humazah dan al-Takathur. Kajian ini dilakukan selepas penyelidik mengenalpasti punca murid lemah dan malas menghafaz surah-surah yang terdapat dalam silibus semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini secara umumnya adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan penguasaan hafazan murid-murid tahun 3 Amanah terhadap surah-surah pilihan melalui penggunaan ‘My DC’ di samping meningkatkan minat murid terhadap hafazan al-Quran. Objektif khusus kajian ini adalah untuk :

i. Meningkatkan tahap penguasaan hafazan surah-surah pilihan melalui penggunaan ‘My DC’ ii. Melihat perbezaan min skor markah antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan.

iii. Mengenalpsti adakah penggunaan ‘My DC’ dapat menarik minat dan memotivasikan murid untuk menguasai hafazan surah-surah pilihan.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk

Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian tindakan ujian pra-pos bagi kumpulan-kumpulan yang seimbang di mana reka bentuk ini mengandungi dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian pra yang sama. Seterusnya, kumpulan rawatan akan diberikan rawatan menggunakan ‘My DC’ manakala kumpulan kawalan akan diberikan pengajaran tradisional. Setelah selesai dalam tempoh yang ditentukan iaitu selama tiga minggu, kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos. Pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin (1952) dalam menyediakan kajian tindakan ini. Kurt Lewin (1952) adalah seorang ahli psikologi sosial yang menyatakan bahawa proses kajian tindakan ini ditinjau sebagai satu kitaran tindakan kajian berlingkaran. Ia mengandungi empat peringkat utama.

Rajah 1 : Model Kurt Lewin yang telah diadaptasi

PERANCANGAN- mengumpul maklumat asas

- menganalisis dapatan

TINDAKAN- melaksanakan ujian pra

- penyerahan 'MY DC'- pemerhatian dan pemantauan

- mencatat data

PEMERHATIAN- melaksanakan ujian

pos- menganalisis data

REFLEKSI- menilai keberkesanan penggunaan 'My DC'

- membuat kesimpulan

Page 91: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

95

Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 20 orang murid tahun 3 Amanah di SK Losong yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan dari kalangan murid cemerlang, sederhana dan lemah. Sampel seramai 20 orang ini kemudian dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan rawatan seramai 10 orang dan kumpulan kawalan seramai 10 orang. Setiap kumpulan rawatan dan kawalan ini terdiri daripada tiga kategori iaitu kategori cemerlang, kategori sederhana dan kategori lemah. Pembahagian kumpulan ini dilakukan setelah menjalani ujian saringan.

Kategori cemerlang ialah mereka yang berjaya mendapat skor markah ujian pra di antara 85 hingga 100, manakala bagi kategori sederhana ialah mereka yang berjaya mendapat skor markah di antara 55 hingga 84 dan bagi kategori lemah ialah mereka yang mendapat skor markah di antara 0-54. Pemilihan sampel dan pembahagian kumpulan ini dilakukan berdasarkan keputusan ujian dan perbincangan bersama guru bagi mata pelajaran Pendidikan Islam kelas tersebut. Berikut merupakan carta pembahagian kumpulan Rawatan dan Kawalan.

Instrumen Kajian

Antara instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini ialah Ujian Bertulis Pra Dan Pos, Ujian Lisan Pra Dan Pos, Rekod Pemerhatian dan Kaji Selidik.

Ujian Bertulis Pra dan Pos

Ujian ini dijalankan untuk menguji kemahiran mengingat responden dalam menghafaz surah-surah pilihan dengan menjawab soalan secara bertulis dan juga sebagai batu asas untuk melihat perbandingan pencapaian murid dalam ujian pos.Ujian ini telah dijalankan sebelum sesi rawatan dilakukan.

Ujian Lisan Pra dan Pos

Ujian ini pula dijalankan bagi mengukuhkan bukti tahap penguasaan murid tentang surah yang perlu dihafaz memandangkan terdapat murid yang tidak pandai menulis namun kemahiran menghafaznya agak baik. Pemarkahan ujian lisan dilakukan berdasarkan panduan pemarkahan ujian menghafaz al-Quran pelajar-pelajar sekolah negeri Terenganu tahun 1431H/2010M yang telah diadaptasi dan diubah suai oleh pengkaji mengikut kesesuaian soalan. Markah ujian lisan pra telah dianalisis dan dibuat perbandingan dengan ujian lisan pos setelah 3 minggu diberi rawatan menggunakan ‘My DC’.

Rekod Pemerhatian

Bagi rekod pemerhatian pula dengan menggunakan jenis pemerhatian berstruktur. pemerhatian yang dijalankan adalah untuk mengamati tindak balas dan reaksi murid-murid terhadap penggunaan ‘My DC’. Satu rekod pemerhatian telah disediakan buat semua sampel rawatan tahun3 Amanah agar analisis yang dilakukan lebih tepat. Pemerhatian ini dilakukan oleh pengkaji sendiri dari semasa ke semasa selama 3 minggu.

Instrumen Soal Selidik

Skala Likert digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan responden terhadap pernyataan minat dan respon daripada responden terhadap penggunaan ‘My DC’ dengan menggunakan skala pengukur “Ya”, “Tidak” dan “Tidak Pasti” .Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai minat mereka terhadap hafazan surah-surah pilihan setelah dilakukan intervensi melalui penggunaan ‘My DC’. Semua instrumen yang digunakan ini dianalisis menggunakan alat statistik peratus dan min.

Page 92: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

96

DAPATAN KAJIAN

Penjelasan Persoalan Kajian

Soalan 1 : Adakah penggunaan ‘My DC’ dapat meningkatkan penguasaan hafazan surah-surah pilihan?

Rajah 2 : Peratus Peningkatan Markah Ujian Pra dan Pos

Rajah di atas menunjukkan markah keseluruhan yang diperoleh setiap murid sasaran semasa Ujian Pra dan Pos. Semua responden yang menggunakan intervensi ‘My DC’ telah menunjukkan peningkatan markah yang sangat ketara. Ini jelas menunjukkan bahawa setelah menggunakan ‘My DC’, penguasaan hafazan murid-murid terhadap surah pilihan telah meningkat.

Soalan 2 : Adakah terdapat perbezaan min skor markah ujian antara kumpulan kawalan dan rawatan?

KUMPULAN RAWATAN

KUMPULAN KAWALAN

Min Ujian Pra

(%) Min Ujian Pos

(%) Peningkatan Nilai Min (%)

Min Ujian Pra (%)

Min Ujian Pos (%)

Peningkatan Nilai Min (%)

67.6

80.4

12.8

68.8

62.6

-6.2

Jadual 1 : Perbezaan Min Skor Markah Ujian Pra dan Pos antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan

Berdasarkan jadual 1 di atas, kadar min dalam Ujian Pos telah meningkat berbanding Ujian Pra bagi Munpulan Rawatan iaitu daripada 67.6% pada Ujian Pra telah meningkatkan kepada 80.4% pada Ujian pos dengan peningkatan sebanyak 12.8% berbanding Kumpulan Kawalan yang mengalami penurunan kadar min pada Ujian Pos sebanyak 6.2% iaitu daripada 68.8% pada Ujian Pra telah menurun kepada 62.6% pada Ujian Pos. Ini membuktikan bahawa tahap penguasaan murid Kumpulan Rawatan terhadap surah al-Fil, al-Humazah dan al-Takathur telah meningkat setelah dimotivasikan melalui penggunaan ‘My DC’.

Min yang diperoleh dapat menghuraikan prestasi murid sebelum dan selepas rawatan di mana pencapaian bagi kedua-dua kumpulan Rawatan dan Kawalan adalah hampir sama pada Ujian Pra dan terdapat perbezaan yang ketara antara kedu-dua kumpulan tersebut pada Ujian Pos. Perbandingan pencapaian di antara kumpulan tersebut dalam Ujian Pos membuktikan bahawa

R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10

80

4256 64

86

4674

6288 78

9066 60

88 92

62

9470

96 86

Peratus Markah Ujian Pra dan PosUjian Pra Ujian Pos

Page 93: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

97

0102030405060708090

100

1 2 3 4 5 6 7 8ITEM YA 80 90 70 100 70 90 80 100

ITEM TIDAK 20 10 30 0 30 10 20 0

PERA

TUS

(%)

BILA

NG

AN

SA

MPE

L

Kumpulan Rawatan yang dimotivasikan melalui penggunaan ‘My DC’ telah meningkat tahap penguasaan mereka terhadap surah-surah pilihan.

Soalan 3 : Adakah penggunaan ‘My DC’ dapat menarik minat dan memotivasikan murid untuk menghafaz surah-surah pilihan?

Rajah 3 : Rekod pemerhatian Tingkah Laku Sampel

Berdasarkan graf pada rajah 3 di atas, semua item ‘ya’ melebihi item ‘tidak’. Terdapat 2 item yang memperolehi 100% ‘ya’ iaitu item yang bernombor 4 dan 8. Item ‘tidak’ yang tertinggi peratusnya ialah 30% iaitu item bernombor 3 dan 5. Berdasarkan kod item yang disediakan di dalam borang pemerhatian ialah bertujuan untuk melihat tahap minat dan motivasi murid terhadap hafazan surah-surah pilihan setelah diperkenalkan penggunaan ‘My DC’.Justeru, berdasarkan graf di atas, telah terbukti bahawa murid berminat dan bermotivasi untuk menghafaz surah-surah pilihan dengan menggunakan ‘My DC’.

Bagi mengukuhkan lagi dapatan tentang minat dan motivasi murid, pengkaji juga telah menggunakan borang soal selidik.

Rajah 4 : peratus minat dan motivasi murid melalui soal selidik Garaf pada rajah 4 menunjukkan semua item ‘ya’ melebihi item ‘tidak’. Terdapat 1 item yang memperolehi 100% ‘ya’ iaitu item yang bernombor 4 dan yang tertinggi. Item ‘tidak’ yang tertinggi

0102030405060708090

100

KOD 1 KOD 2 KOD 3 KOD 4 KOD 5 KOD 6 KOD 7 KOD 8 KOD 9 KOD 10

YA 70 90 90 100 80 60 90 70 90 90

TIDAK 20 10 10 0 20 30 0 30 10 0

TIDAK PASTI 10 0 0 0 0 10 10 0 0 10

PER

ATU

S (%

)

Page 94: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

98

peratusnya ialah 30% iaitu item bernombor 6 dan 8 manakala untuk item tidak pasti pula kod bernombor 1, 6,7 dan 10 masing-masing mendapat 10%. Berdasarkan kod item yang disediakan di dalam borang soal selidik ialah bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang minat dan motivasi murid terhadap hafazan surah-surah pilihan setelah diperkenalkan penggunaan ‘MY DC’.

Ini menunjukkan sampel sangat berminat dan bermotivasi menghafaz surah-surah pilihan setelah menggunakan ‘MY DC’. Bahkan item-item yang menunjukkan minat dan motivasi murid semakin meningkat setelah diperkenalkan penggunaan ‘My DC’ yang terdapat di dalam soal selidik boleh dihuraikan seperti berikut, Bagi kod item bernombor 1 iaitu ‘Adakah anda suka dengan kaedah yang digunakan untuk menghafaz?’ peratus murid yang menjawab ‘ya’ adalah 70% manakala yang menjawab tidak adalah sebanyak 20% dan sebanyak 10% yang menjawab tidak pasti. Ini menunjukkan lebih daripada separuh murid suka dengan kaedah yang digunakan iaitu penggunaan ‘My DC’.

Bagi kod item bernombor 2 pula iaitu ‘Adakah anda tidak bersabar-sabar untuk mentasmik hafazan anda? dan bagi kod item bernombor 3 iaitu ‘Adakah anda bersemangat untuk menghafaz setelah menggunakan ‘MY DC’? peratus murid yang menjawab ‘ya’ bagi kedua-dua item ini masing-masing adalah sebanyak 90% manakala yang menjawab ‘tidak’ ialah sebanyak 10%. Ini menunjukkan bahawa murid bermotivasi untuk membuktikan tahap hafazan mereka semakin baik.

Bagi kod item yang bernombor 4 iaitu ‘Adakah anda semakin berminat dan bermotivasi menghafaz setelah menggunakan ‘My DC’?’peratus murid yang menjawab ‘ya’ adalah sebanyak 100% dan yang menjawab ‘tidak’ adalah sebanyak 0%. Ini membuktikan dengan jelas bahawa murid berminat dan bermotivasi setelah menggunakan ‘My DC’. Semua huraian di atas telah mengukuhkan lagi obejektif ketiga dan telah menjawab persoalan ketiga bagi kajian ini dan ini menguatkan analisi pemerhatian yang dibuat.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Analisis dan interpretasi data bagi Ujian Pra dan Pos memberikan keputusan yang menunjukkan bahawa setelah Kumpulan Rawatan menggunakan ‘My DC’ selama 3 minggu, penguasaan hafazannya terdadap surah al-Fil, al-Humazah dan al-Takathur telah meningkat. Ini membuktikan bahawa penggunaan ‘My DC’ dapat membantu sampel meningkatkan hafazan surah-surah pilihan dengan berkesan. Hal ini telah menyokong kajian Robiah Sidin (1994) yang menyatakan semakin tinggi markah yang diperoleh semakin dekat seseorang mencapai tahap yang cemerlang.

Berdasarkan analisi dan interpretasi data yang dibincang ini juga telah menunjukkan perbezaan yang ketara antara skor min markah ujian Pra dan Pos bagi kedua-dua kumpulan. Kumpulan Rawatan menunjukkan peningkatan yang mendadak setelah diperkenalkan penggunaan ‘My DC’. Manakala bagi Kumpulan Kawalan pula, berlaku sedikit penurunan min skor markah ujiannya. Hal ini menunjukkan perbezaan markah yang signifikan antara kumpulan tersebut sekali gus membuktikan bahawa Kumpulan Rawatan yang menerima rawatan melaui penggunaan ‘My DC’ telah menunjukkan peningkatan penguasaan hafazan terhadap surah-surah pilihan.

Berdasarkan borang pemerhatian dan soal selidik yang telah dikemas kinikan, dapat dilihat bahawa semua sampel kumpulan rawatan yang menggunakan intervensi ‘My DC’ lebih cenderung kepada bertingkah laku positif iaitu dengan hasil pemerhatian yang telah dianalisis sebanyak 68% murid menunjukkan minat berdasarkan tingkah laku yang telah disenaraikan berbanding 14% tingkah laku positif kumpulan kawalan dan 83% daripada jawapan murid kumpulan rawatan yang mengiyakan bahawa mereka berminat dan bermotivasi untuk berusaha menghafaz surah-surah pilihan setelah diperkenalkan ‘My DC’. Oleh itu, dapat dapat dirumuskan bahawa penggunaan ‘My DC’ ini mampu menarik minat murid untuk menghafaz surah-surah pilihan dengan lebih baik dan cepat. Apabila sesorang sampel ini berminat tentang sesuatu perkara maka secara tidak lansung dia akan bertingkah laku positif.

Page 95: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 4

99

Kenyataan-kenyataan di atas diperkukuhkan dengan Kajian Mc Clelland (1993). Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman dan luaran. Menurut Kajian Mc Clelland et. al.(1993, seperti yang dinyatakan dalam Noraini, 2008) motivasi pencapaian adalah keinginan (minat) berusaha untuk berjaya dalam piawaian tertentu. Pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.(Kenworthy, 1992, seperti dinyatakan dalam Noraini, 2008).

Cadangan untuk kajian akan datang ialah dengan mengembangkan lagikajian inidengan mencipta bahan konkrit yang lebih kreatif dan inovatif bagi menarik minat murid terhadap sesuatu pelajaran dengan menggunakan konsep yang sama iaitu berdasarkan motivasi (peneguhan positif).

Kesimpulannya, pembelajaran melalui pendekatan motivasi dan peneguhan positif memeberi penegasan bahawa murid akan lebih cenderung untuk meminati sesuatu subjek jika dimotivasikan dengan pelbagai rangsangan.

SENARAI RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: UTM. Abu Hasan Kasim P.H.DR. (1997). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 1. Johor Bharu. Abu Najihat al-Hafiz. (2001). Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qari'ah. Selangor: Penerbitan Darul

Iman Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedadogi dan Metodologi. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Chua Yan Piaw (2008). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1, Kaedah dan Penyelidikan. Kuala

Lumpur: Mc Graw Hill. Ee, Ah Meng. (1987). Pedagogi Untuk Bakal Guru. Petaling Jaya: Fajar Bakti Ee, Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ee, Ah Meng. (2011). Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd. Habibah Elias. (1993). ’Latihan Motivasi Pencapaian dan Kesannya Ke Atas Prestasi Peperiksaan,

Kebiasaan Belajar dan Sikap Pelajar-Pelajar Peringkat Universiti’. Kuala Lumpuur:Universiti Kebangsaan Malaysia

Hadiah Senin. (1997). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sejarah. Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Mok Soon Sang. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan Perancangan dan Pelaksanaan

Penyelidikan Tindakan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 96: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

00

NYANYIAN RENTAK MUDAH DALAM MENGATASI MASALAH KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBACA PERKATAAN PINJAMAN BAHASA INGGERIS

MURID TAHUN 3 PINTAR SK BUKIT CHEMPAKA

Oleh:

Siti Norasikin @ Siti Mariam Bt Mad Zin31 & Adnan Bin Abdullah32 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Bidang Pelajaran Jawi merupakan pengantar ilmu bagi Pendidikan Islam sekolah rendah. Bidang ini memfokuskan pelbagai kemahiran yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dicapai oleh semua muridnya. Antaranya ialah kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah di dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah bagi murid-murid lemah Tahun 3 Pintar Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka. Responden terdiri daripada 14 orang murid Tahun 3 Pintar yang lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, soal selidik dan temubual. Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 33%. Semasa ujian pra, pencapaian murid adalah 37%, manakala di dalam ujian pasca adalah 70%. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran yang dikaji.

(Kata kunci: Mengatasi, kemahiran mengeja dan membaca, Nyanyian Rentak Mudah)

PENGENALAN

Program j-QAF adalah satu usaha memperkasakan pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pelajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Perlaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Bagi modul pemulihan jawi misalnya, antara objektif bagi program pemulihan jawi ialah untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi iaitu sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Oleh itu wajar kepada guru Pendidikan Islam untuk memastikan murid-murid sekolah rendah dapat menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis tulisan jawi.

Pengkaji mengajar di kelas 3 Pintar bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Murid-murid 3 Pintar yang terdiri daripada 27 orang ini boleh dikategorikan sebagai murid yang berada di tahap yang baik. Pada minggu kedua, pengkaji telah mengajar tajuk Kata Pinjaman Bahasa Inggeris. Masalah utama bagi murid-murid 3 Pintar ialah kurang memberikan tumpuan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka tidak menunjukkan minat terhadap tajuk ini Faktor kurangnya minat murid-murid dalam tajuk ini disebabkan tiadanya elemen-elemen yang mampu mencuri perhatian dan minat murid. Selain itu, terdapat segelintir murid yang tidak dapat mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris dengan betul. Ini kerana, murid-murid keliru dengan sebutannya di dalam bahasa Melayu dan terbiasa dengan bahasa daerah masing-masing.

Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) pula mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986).

Berdasarkan kecerdasan muzik yang dikupas dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, elemen muzik dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan murid. Melihat senario hari ini di mana muzik dan 31 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 32 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 97: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

01

nyanyian menjadi hiburan utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan pelajar. Menyentuh penggunaan aktiviti nyanyian sebagai alat untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca Jawi di kalangan pelajar, Daud Mohd Noor (1982) menyatakan penggunaan muzik boleh diimplementasikan ke dalam pembelajaran secara berkesan jika ianya dirancang lebih awal dan dilaksanakan secara teratur dan bersistem.

Dalam kajian ini, murid-murid akan ditunjukkan dengan beberapa keping gambar berpandukan slaid powerpoint yang mewakili perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Kemudian muzik instrumental akan diperdengarkan oleh guru mengikut rentak lagu Pak Mamat Ada Kebun. Murid akan mengeja perkataan pinjaman bahasa Inggeris tersebut mengikut rentak tertentu berdasarkan lagu berpandukan lirik pada slaid powerpoint.

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk dan Model Kajian Pengkaji menjalankan kajian berbentuk kajian tindakan. Model kajian yang digunakan ialah model Kurt Lewin (1946) yang mempuyai 4 langkah dalam tahap kajian iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleks. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian murid lemah Tahun 3 Pintar SK Bukit Chempaka dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah. Ujian Pra dan Pasca beserta borang borang soal selidik dianalisis secara manual menggunakan min dan peratus. Manakala bagi data kualitatif ianya diperoleh daripada sesi temubual yang dijalankan ke atas semua responden kajian. Pemerhatian juga dilaksanakan secara pemerhatian tidak berstruktur ke atas semua responden semasa kajian dijalankan.

Sampel

Kajian ini melibatkan seramai 14 orang responden yang terdiri daripada murid Tahun 3 Pintar. Pemilihan sampel kajian berdasarkan jenis persampelan bukan probabiliti iaitu persampelan bertujuan. Responden yang dipilih menghadapi masalah dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Pemilihan responden dilakukan berdasarkan keputusan ujian saringan lisan dan bertulis, pemerhatian pengkaji terhadap pencapaian murid dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris, temubual responden bagi mengesan punca murid-murid tidak berminat dengan tajuk yang dikaji serta melalui analisis terhadap Ujian Pencapaian Jawi Tahun 3. Responden adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah dan lemah dalam ujian saringan yang dijalankan.

Instrumen

Kajian yang dijalankan ini menggunakan instrumen Ujian Pra dan Pasca secara bertulis dan lisan terhadap tajuk Mengeja dan Membaca Perkataan Pinjaman Bahasa Inggeris. Manakala instrumen soal selidik, temubual dan pemerhatian dilaksanakan sebelum dan selepas kajian. Instrumen digunakan bagi mengetahui adakah terdapat perbezaan skor min dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Ingeris setelah diterapkan kaedah Nyanyian Rentak Mudah serta mengesan kesan kaedah tersebut terhadap minat responden dalam menguasai kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris melalui borang soal selidik dan transkripsi temubual bersama responden.

Analisis Data

Data-data telah dianalisis secara statistik deskriptif yang dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min.

Objektif Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji dapat;

1. Melihat peningkatan skor min pencapaian responden dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris selepas menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah.

Page 98: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

02

2. Mengenalpasti minat responden terhadap kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris melalui kaedah Nyanyian Rentak Mudah.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang diperoleh untuk menjawab objektif kajian 1 iaitu melihat perbezaan skor min pencapaian responden dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris selepas menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah. Jadual 1 menunjukkan perbezaan peratus pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Pasca.

Melalui dapatan yang diperoleh oleh pengkaji, majoriti tahap pencapaian murid dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris adalah pada tahap yang lemah dan sederhana di dalam Ujian Pra. Peratus bagi keseluruhan pencapaian murid-murid lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris ialah 37 peratus. Murid 6 merupakan murid yang paling lemah berdasarkan pencapaiannya di dalam Ujian Pra iaitu 19 peratus. Manakala Murid 14 mencatat pencapaian paling tinggi dalam kalangan responden iaitu 61 peratus.

Manakala di dalam Ujian Pasca, pencapaian semua murid meningkat dengan baik terutama Murid 5, Murid 10 dan Murid 12 yang masing-masing meningkat sebanyak 43 peratus. Murid 3 pula meningkat paling sedikit iaitu sebanyak 15 peratus. Peratus pencapaian keseluruhan dalam Ujian Pasca pula sebanyak 70 peratus. Secara keseluruhannya peningkatan yang berlaku antara Ujian Pra dan Pasca ialah sebanyak 33 peratus. Pengkaji tidak mendapati seorang murid pun yang mengalami penurunan pencapaian dan semua murid menunjukkan peningkatan yang agresif

38%

23% 23% 28% 33%

19%

47%

23%33% 28%

52% 57% 57% 61%71%

47%38%

61%

76%

42%

80%

42%

71% 71%

85%

100% 95% 100%

0%

20%

40%

60%

80%

100%

120%

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

Ujian Pra Ujian Pasca

Murid Ujian Pra Ujian Pasca Peningkatan Murid 1 38% 71% 33% Murid 2 23% 47% 24% Murid 3 23% 38% 15% Murid 4 28% 61% 33% Murid 5 33% 76% 43% Murid 6 19% 42% 23% Murid 7 47% 80% 33% Murid 8 23% 42% 19% Murid 9 33% 71% 38%

Murid 10 28% 71% 43% Murid 11 52% 85% 33% Murid 12 57% 100% 43% Murid 13 57% 95% 38% Murid 14 61% 100% 39% Murid 5 33% 76% 43%

Page 99: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

03

Selanjutnya dapatan kajian bagi menjawab objektif kajian ke-2 iaitu mengenalpasti minat responden dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris melalui kaedah Nyanyian Rentak Mudah. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang menggunakan skala Likert.

Berdasarkan Rajah 6 didapati bahawa berlaku penurunan peratus bagi skala 1, skala 2, skala 3 dan skala 4 iaitu sebanyak 7.8 peratus untuk skala 1. Manakala skala 2 menurun sebanyak 9.3 peratus dari 14.3 peratus ke 5 peratus. Skala 5 menunjukkan peningkatan peratusan yang ketara sebanyak 25 peratus.

Temubual murid pula dilaksanakan bertujuan untuk mengukuhkan lagi instrumen borang soal selidik minat murid terhadap kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji.

Jadual 10: Transkripsi Temubual Responden Soalan 5 Selepas Pembelajaran Menggunakan Kaedah Nyanyian Rentak Mudah

Murid/Soalan Soalan 5: Adakah anda seronok belajar kaedah Nyanyian Rentak Mudah?

Kod Item

M 1 Suka sebab belajar sambil nyanyi 1 M 2 Suka sebab boleh ingat apa yang cikgu ajar 2 M 3 Boleh eja dan baca perkataan pinjaman

bahasa Inggeris dengan mudah bila nyanyi 1, 2

M 4 Seronok bila belajar tajuk ini sambil nyanyi 1 M 5 Jadi mudah ingat perkataan cikgu ajar 2 M 6 Suka sebab belajar sambil nyanyi 1 M 7 Jadi cepat ingat dan boleh nyanyi 1, 2 M 8 Kalau nyanyi senang eja perkataan yang cikgu

ajar 2

M 9 Boleh nyanyi dan jadi tidak mengantuk 1 M 10 Suka cikgu ajar sambil nyanyi dengan kawan-

kawan 1

M 11 Seronok sebab dapat nyanyi ramai-ramai 1 M 12 Boleh eja dan baca perkataan pinjaman

bahasa Inggeris dengan mudah bila nyanyi 2

M 13 Suka sebab boleh nyanyi dengan guna muzik 1 M 14 Seronok bila belajar tajuk ini sambil nyanyi 1

Penentuan Kod Item: 1: Minat Murid (10) 2: Kesan Kaedah (6)

15.7 14.3 16.4

24.329.3

7.9 5

14.318.6

54.3

Skala 1 (STS) Skala 2 (TS) Skala 3 (TP) Skala 4 (S) Skala 5 (SS)

Perbandingan Peratus Minat Murid Sebelum dan Selepas Mengikuti Kaedah Nyanyian Rentak Mudah

Sebelum kaedah Selepas kaedah

Page 100: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

04

Jadual 10 menunjukkan respon murid yang diperoleh sebagai transkrip dan diberi kod item. Kod item 1 adalah skor bagi item minat manakala kod item 2 adalah kod item bagi kesan kaedah. Secara keseluruhan didapati semua responden menyatakan berminat mempelajari tajuk mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah dengan skor item sebanyak 10 skor. Murid 1 menyatakan minat kerana dapat belajar sambil menyanyi begitu juga dengan Murid 6 dan Murid 14. Skor item kesan kaedah berjumlah 6 skor melalui Murid 2, Murid 3, Murid 5, Murid 7, Murid 8 dan Murid 12. PERBINCANGAN

Melalui dapatan yang diperoleh oleh pengkaji, majoriti tahap pencapaian murid dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris adalah pada tahap yang lemah dan sederhana di dalam Ujian Pra. Peratus bagi keseluruhan pencapaian murid-murid lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris ialah 37 peratus. Murid 6 merupakan murid yang paling lemah berdasarkan pencapaiannya di dalam Ujian Pra iaitu 19 peratus. Manakala Murid 14 mencatat pencapaian paling tinggi dalam kalangan responden iaitu 61 peratus.

Manakala di dalam Ujian Pasca, pencapaian semua murid meningkat dengan baik terutama Murid 5, Murid 10 dan Murid 12 yang masing-masing meningkat sebanyak 43 peratus. Murid 3 pula meningkat paling sedikit iaitu sebanyak 15 peratus. Peratus pencapaian keseluruhan dalam Ujian Pasca pula sebanyak 70 peratus. Secara keseluruhannya peningkatan yang berlaku antara Ujian Pra dan Pasca ialah sebanyak 33%.

Monks (2000) berpendapat bahawa muzik atau nyanyian dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran. Tambah beliau lagi muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya pembelajaran. Hansen & Bernstrof (2002) pula menyatakan hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran. Begitu juga dengan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.

Bagi pendapat Drosher (2006), beliau mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997).Berdasarkan kecerdasan muzik yang dikupas dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, elemen ini dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan murid. Melihat senario hari ini di mana muzik dan nyanyian menjadi hiburan utama kepada muda-mudi khasnya golongan remaja dan pelajar, pengkaji berminat untuk mengaplikasikannya ke dalam suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan meningkatkan penguasaan kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris. Sehubungan itu, penyelidikan ini memilih aktiviti nyanyian sebagai alat mengindahkan Jawi dan diaplikasikan dalam kaedah Nyanyian Rentak Mudah.

Terbukti di sini, penggunaan kaedah Nyanyian Rentak Mudah dalam membantu murid bagi meningkatkan kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris adalah berkesan. Amalan pengajaran yang berkesan berfungsi untuk menghasilkan pembelajaran yang efektif dalam bilik darjah (Al-Syaibani, 1991 dan Atan Long, 1993) dan pelajar hendaklah dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran (Rohizani, 2005). Dapatan kajian tersebut telah telah menyokong dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dalam usaha mengatasi masalah kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris murid.

Setelah pembelajaran diaplikasikan dengan kaedah Nyanyian Rentak Mudah, pengkaji mendapati bahawa murid yang dahulunya lemah dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris kini telah menunjukkan perubahan yang begitu ketara hasil daripada intervensi yang dijalankan. Murid-murid juga semakin seronok kerana dapat menyanyi sambil belajar tanpa rasa bosan dan jemu.

Dapatan kajian bagi objektif kedua iaitu mengenalpasti minat murid dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah dapat dibuktikan melalui analisis data borang kaji selidik dan temubual.

Page 101: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

05

Hasil dapatan pengkaji disokong oleh hasil dapatan yang dilakukan oleh kajian Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), Meningkatkan Minat Pelajar dalam Pendidikan Islam dengan Gubahan Lagu, lagu atau muzik amat penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil dapatan kajian beliau mendapati pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan mudah.

Selain itu, pengkaji turut mengenengahkan Teori Pembelajaran Howard Gagne (1991) yang menyatakan bahawa setiap manusia terdiri daripada pelbagai kecerdasan dan di antaranya ialah kecerdasan muzik. Oleh itu, berdasarkan potensi inilah pengkaji menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah dalam pembelajaran Jawi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid meningkat selepas pembelajaran berbantukan kaedah Nyanyian Rentak Mudah. Berdasarkan analisis data menunjukkan berlakunya peningkatan sehingga terdapat 2 orang responden yang mendapat 100 peratus dalam ujian yang dilakukan. Secara kesimpulannya, dapatlah dilihat berlakunya peningkatan sebanyak 33 peratus dalam pencapaian 14 orang murid dari Ujian Pra kepada Ujian Pasca.

Peningkatan bagi setiap pencapaian responden ini adalah disebabkan adanya kaedah dan teknik pembelajaran yang menark minat mereka untuk terus belajar. Kenyataan ini disokong oleh Noraini (2008), sebahagian pelajar bersetuju bahawa mereka tidak berminat dengan Pendidikan Islam kerana kurikulumnya yang sukar difahami serta faktor pengajaran guru yang bersifat satu hala. Bagi mengatasi masalah ini, Kenworthy (1992, dinyatakan dalam Noraini, 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Oleh itu, sebagai seorang guru haruslah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar bagi menimbulkan rasa minat dan seronok dalam diri murid.

Melalui analisis data borang kaji selidik dan temubual bersama responden dan guru-guru Pendidikan Islam didapati dengan menggabungkan muzik dengan nyanyian dalam pembelajaran, murid-murid akan lebih seronok dan berminat untuk mempelajari sesuatu kemahiran dalam pembelajaran. Kaedah guru dalam pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran.

Secara keseluruhannya, daripada analisis keseluruhan data bagi kesemua instrumen yang digunakan, pengkaji dapat membuktikan bahawa kesemua objektif kajian yang diingini telah berjaya. Kesemua responden dapat mencapai tahap peningkatan dalam kemahiran mengeja dan membaca perkataan pinjaman bahasa Inggeris dengan amat baik. Responden juga amat berminat dengan pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah Nyanyian Rentak Mudah oleh pengkaji berdasarkan soal selidik dan temubual yang dijalankan. Maka terbukti di sini penggunaan kaedah Nyanyian Rentak Mudah dalam pembelajaran memberi kesan positif terhadap pencapaian kemahiran responden yang dikaji dan objektif bagi kajian ini tercapai dengan amat baik.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian ini bermanfaat secara umumnya kepada guru-guru yang mengajar Pendidikan Islam dan secara khususnya bagi guru yang mengajar Pelajaran Jawi. Pada hemat pengkaji, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain dan juga dilaksanakan kepada semua murid mengikut tahap kecerdasan mereka yang tersendiri namun boleh diuahsuai mengikut keperluan sesuatu tajuk pembelajaran. Pengkaji juga berpendapat kaedah Nyanyian Rentak Mudah ini juga boleh diterapkan kepada guru-guru transisi dan pra sekolah. Semoga hasil kajian pengkaji dapat dimanfaatkan dan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan menyeronokkan. Sehubungan dengan ini, pengkaji berpendapat untuk mengubahsuai kaedah ini bagi melengkapkan kaedah ini dengan unsur-unsur visual dan grafik yang lebih menarik.

Page 102: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

06

SENARAI RUJUKAN

Hamdan Abdul Rahman. (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normaria Binti Che Hussin. (2009). Meningkatkan Kemahiran Mengeja KataPinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi.

Robiah binti Muhammad dan Siti Hajar Husna. (2000). Meningkatkan Minat PelajarMurid dalam PendidikanIslam dengan gubahan Lagu.

Surayawati Bt Abu Bakar. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengenal DanMenyebut Huruf-huruf Hijaiyyah Berbaris Satu Di atas Berbantukan Video Nasyid Dalam Kalangan Murid-murid Lemah Tahun 1 Excellent Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa.

Zati Hanani Binti Kamarudzaman. (2009). Kajian Tentang Tahap PenguasaanKemahiranMembaca Dalam Bahasa Arab Bagi Murid Tahun 2 Di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Page 103: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

07

KEBERKESANAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT (PDS) BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYEBUT SUKU KATA TERTUTUP JAWI MURID TAHUN 2 NILAM SK KAMPUNG GEMUROH

Oleh:

Syadid Habibullah bin Samsudin33 & Suhaimi bin Ramli34 Institut Pendidikan Guru

Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK

Jawi merupakan pengantar ilmu bagi subjek Pendidikan Islam sekolah rendah. Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran membaca suku kata tertutup jawi bagi murid tahun 2 Nilam Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh melalui kaedah pandang dan sebut (PDS). Kajian ini dijalankan ke atas 18 orang murid 2 Nilam yang menghadapi masalah di dalam membaca suku kata tertutup jawi. Instrumen temubual, soal selidik, dan kaedah pemerhatian digunakan sebagai alat dalam pengumpulan data kajian. Kajian ini menekankan kepentingan kaedah pandang dan sebut dalam memudahkan murid untuk membaca suku kata tertutup jawi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jawi akan datang. Dapatan kajian mendapati pada ujian pra, tiada seorang pun yang mendapat 50 markah ke atas manakala pada ujian pos pula terdapat 14 daripada 18 orang respondan mendapat markah 50 ke atas. Dapatan menunjukkan kaedah PDS berjaya meningkatkan penguasaan membaca suku kata tertutup jawi dengan baik.

(Kata Kunci: Meningkatkan, Kemahiran Membaca, Suku Kata Tertutup Jawi, Kaedah pandang dan sebut)

PENGENALAN

Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil pelbagai usaha dalam mempertingkatkan kemahiran membaca jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah pihak yang masih memandang rendah terhadap usaha murni ini.

Menurut Frak Smith (1976), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan.

Usaha bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 telah memberikan nafas baru bagi mengenengahkan kembali penulisan jawi di negara ini seperti waktu ketika dulu. Program ini mengatakan bahawa penggunaan tulisan jawi adalah wajib bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

Ekoran daripada itu, pelbagai kaedah telah diperkenalkan dalam memperkasakan kemahiran membaca jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Antaranya seperti kaedah permainan, nyanyian, pandang dan sebut dan sebagainya. Bagaimanapun, kaedah yang paling mudah dilakukan adalah kaedah pandang dan sebut atau singkatannya (PDS). Kaedah ini amat mudah dilaksanakan dan mampu menarik minat murid membaca dalam suasana yang tidak membosankan sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru yang mesra murid. Tambahan pula, murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca secara langsung dan aktif dengan harapan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Bagi memastikan warisan tulisan jawi ini tidak terkubur, satu usaha perlu dijalankan untuk memastikan tulisan jawi kekal sebagai warisan penyampaian ilmu di Nusantara dan di Malaysia

33 Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah 34 Pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM)

Page 104: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

08

khususnya. Masalah ini perlu diselesaikan di peringkat awal persekolahan lagi khususnya di sekolah rendah. Rentetan daripada masalah ini, maka pengkaji telah memilih sebuah kajian berkenaan keberkesanan kaedah PDS bagi meningkatkan kemahiran membaca suku kata tertutup jawi bagi murid Tahun 2 Nilam Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh (SKKG) di Kuala Terengganu.

Kesimpulannya, pelbagai tindakan yang perlu dilakukan oleh pengkaji untuk menyelesaikan permasalahan ini dalam menggunakan kaedah PDS sebagai pemboleh ubah kepada kajian serta menilai keberkesanannya dalam mempertingkatkan kemahiran murid di dalam membaca suku kata tertutup jawi. Penyataan Masalah

Pada 30 Januari 2011 hingga 28 april 2011, pengkaji telah menjalani pengalaman praktikum selama tiga bulan mengajar di dua kelas di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh iaitu kelas 2 Nilam dan kelas 5 Nilam. Pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jawi hanya di kelas 2 Nilam sahaja. Sepanjang mengajar di kelas 2 Nilam ini, pengkaji telah mengajarkan tentang kemahiran membaca suku kata tertutup jawi kepada murid-murid dalam kelas ini.

Murid-murid kelas 2 Nilam Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh kebanyakannya adalah terdiri daripada murid-murid yang terlibat dengan Program Literasi dan Numerasi (LINUS). Setelah membuat pemerhatian secara tidak berstruktur, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang ketara antara murid-murid dalam kelas tersebut berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam membaca suku kata tertutup jawi. Seramai 18 orang daripada 21 orang murid yang merangkumi kategori murid sederhana dan lemah telah dijadikan sampel kajian. Mereka dipilih oleh pengkaji setelah mereka gagal menyelesaikan permasalahan membaca kad suku kata tertutup jawi melalui ujian saringan dan berdasarkan pertemuan bersemuka bersama pengkaji di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid pengkaji dengan menjalankan beberapa tindakan bagi mencari jalan penyelesaian masalah ini. Setelah pengkaji membuat penilaian terhadap kaedah-kaedah lain sebagaimana yang dicadangkan oleh buku panduan j-QAF seperti permainan dan sebagainya, maka pengkaji mendapati kaedah PDS adalah kaedah yang paling sesuai dan sangat mudah dipraktikkan untuk mengajar kemahiran membaca suku kata tertutup jawi.

Dengan menggunakan kaedah PDS ini, pengkaji berpendapat bahawa murid-murid dapat mengenal huruf dan suku kata yang dilihat, seterusnya dapat menyebut dengan tepat berdasarkan paparan. Murid-murid juga lebih mudah mengingati huruf-huruf dan suku kata yang dipandang dan disebut serta dapat menyebut dengan sebutan yang betul. Proses pembelajaran yang cuba digarapkan melalui kaedah PDS ini juga mampu membentuk suasana pembelajaran membaca suku kata tertutup jawi yang lebih aktif dan memberangsangkan kepada murid-murid.

Kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh manakah kaedah pandang dan sebut (PDS) dalam membantu murid-murid Tahun 2 Nilam menyebut suku kata tertutup jawi dengan betul. Pengkaji mendapati ramai murid yang masih lagi tidak mampu untuk menyebut suku kata tertutup jawi dengan betul. Pengkaji juga mengenalpasti masalah ini semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai tajuk suku kata tertutup jawi semasa pengkaji menjalani sesi praktikum. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini perlu diatasi dengan segera kerana jika dibiarkan berterusan berkemungkinan murid-murid akan menghadapi masalah meneruskan pelajaran yang seterusnya kerana kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi ini adalah antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 2 Nilam.

METODOLOGI

Sebagai mukadimah kajian, pengkaji akan mengkaji sejauh manakah kaedah PDS yang dikaji ini dapat membantu 18 orang murid tahun 2 Nilam yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh yang terletak di Daerah Kuala Terengganu membaca jawi dengan berkesan. Penekanan kajian adalah mengenai penguasaan murid-murid Tahun 2 Nilam dalam menguasai kemahiran membaca suku kata tertutup jawi dengan menggunakan kaedah PDS dan berusaha untuk memperbaikinya. Instrumen pemerhatian, ujian pra, dan soal selidik digunakan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh respondan. Instrumen ujian pos, soal selidik dan pemerhatian digunakan

Page 105: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

09

untuk mengenal pasti perbezaan yang berlaku selepas respondan kumpulan rawatan diberikan rawatan menggunakan kaedah PDS.

Sampel kajian pengkaji terdiri daripada 18 orang murid Tahun 2 Nilam yang dikenalpasti

mempunyai masalah dalam mengenal huruf-huruf jawi tunggal serta membunyikan suku kata tertutup. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid sederhana dan lemah. Untuk menjalankan kajian tindakan ini, beberapa instrumen telah digunakan bagi mengenalpasti masalah. Pengkaji menggunakan instrumen ujian pra, pemerhatian, soal selidik dan temubual.

1) Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu seramai 18 orang respondan yang telah dipilih melalui ujian saringan (Lampiran A) bagi mengesan tahap kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi. Bentuk soalan ujian pra ini diambil daripada Buku Panduan j-QAF dan diubahsuai mengikut keperluan. Perkataan suku kata tertutup dipilih daripada Huraian Sukatan Pelajaran Jawi Tahun 2. Sebelum ujian pra ini dilakukan kepada respondan, pengkaji telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran suku kata tertutup jawi secara tradisonal. Selepas pengkaji menyemak jawapan pelajar, pengkaji telah memberikan rawatan menggunakan pendekatan pengajaran menggunakan kaedah PDS. Ujian pos dilakukan kepada respondan selepas rawatan dilakukan. 2) Pemerhatian Instrumen pemerhatian ialah satu pengumpulan maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa dan direkod hasil keputusan pemerhatian di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Pengkaji telah mengumpul maklumat mengenai tingkah laku respondan semasa proses pengajaran pembelajaran dijalankan. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap reaksi dan tindakan yang berlaku daripada respondan semasa ujian pra kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi dijalankan. 3) Soal Selidik Instumen soal selidik digunakan untuk melihat tahap penguasaan respondan dalam kemahiran menyebut suku kata tertutup sebelum dan selepas menggunakan kaedah PDS. Soal selidik ini menggunakan set dokotomus dengan menggunakan skala pengukur “YA” dan “TIDAK”. Respondan dibimbing untuk memberikan maklum balas mengenai tahap penguasaan kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi sebelum dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah PDS dijalankan. Soal selidik ini juga menjadi salah satu instrumen kepada pengkaji untuk menyokong data daripada keputusan ujian pra. Pengkaji akan membantu respondan untuk memahami soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. 4) Temubual Temubual ialah satu proses yang dilakukan dengan cara penyelidik bercakap secara terus dengan orang lain. Contohnya temubual secara bersemuka, melalui panggilan telefon, ataupun menerusi internet. Kelebihan teknik temubual ialah ia membantu penyelidik untuk menjelaskan soalan yang mungkin mengelirukan respondan, memahami apa yang cuba disampaikan respondan dan melihat sendiri reaksi respondan. Penyelidik telah menggunakan instrumen temubual pada pengumpulan data dalam instrumen soal selidik untuk memudahkan respondan memahami soalan-soalan yang perlu dijawab di dalam borang soal seldik.

DAPATAN KAJIAN

1) Adakah terdapat perbezaan ujian pra dan ujian pos melalui kaedah PDS dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi?

Berdasarkan hasil analisis yang dijalankan terhadap peratusan pencapaian ujian pra dan ujian pos, didapati terdapat perbezaan yang ketara antara peningkatan peratusan ke atas kedua-dua ujian tersebut. Perbezaan peningkatan peratusan yang tinggi antara ujian pra dan ujian pos menunjukkan bahawa rawatan yang dijalankan oleh pengkaji telah mengakibatkan pencapaian murid menjadi lebih baik. Pengkaji juga telah melihat kepada peningkatan perbezaan gred pencapaian respondan semasa ujian pos iaitu gred A, B, dan C berbanding dengan gred yang rendah iaitu gred C, D, E semasa ujian pra.

Page 106: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

10

Peningkatan yang paling maksimum dicatatkan oleh respondan adalah disebabkan oleh respondan dapat memahami dan berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah PDS Ini disebabkan oleh kaedah ini melibatkan perhubungan dua hala antara guru dan juga respondan tersebut. Ini menyebabkan mereka bersama-sama mengambil bahagian dan seronok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga respondan yang masih lagi tidak mendapat peningkatan yang minimum selepas rawatan diberikan. Ini mungkin kerana mereka mungkin mempunyai sikap yang sukar untuk dikawal oleh guru dan masih lemah untuk menguasai hasil pembelajaran dalam masa yang ditetapkan. Melalui hasil analisis ini, objektif kajian telah berjaya dicapai. Pembaharuan ataupun inovasi melalui kajian tindakan yang dijalankan oleh pengkaji ini berjaya menghasilkan pencapaian yang lebih baik. Penggunaan kaedah PDS ini juga dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran jawi. 2) Adakah penggunaan kaedah PDS dapat membantu murid terhadap pembelajaran Jawi dengan

lebih berkesan? Analisis dapatan pemerhatian menunjukkan telah berlaku perubahan sikap murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah PDS. Perubahan sikap yang berlaku ialah semasa rawatan diberikan, kelihatan semua murid memberikan perhatian dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan penuh minat dan seronok. Mereka juga berebut-rebut untuk mengambil bahagian dalam sesi soal jawab antara guru dan respondan. Berdasarkan gaya dan interaksi bersama rakan, nada suara dan memek muka, kelihatan mereka begitu seronok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah PDS . Hasilnya, semasa sesi ujian pos dilakukan selepas rawatan diberikan kepada respondan, sebilangan besar respondan berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan betul dan penuh keyakinan. Hasil analisis dapatan soal selidik selepas rawatan menunjukkan keberkesanan kaedah PDS berjaya dibuktikan. Ini kerana hampir kesemua soalan ataupun item yang terkandung dalam soal selidik mendapat maklum balas yang positif daripada respondan. Namun, hanya beberapa item soalan sahaja yang menunjukkan tahap sederhana yang boleh dirumuskan bahawa masih terdapat lagi sebilangan kecil yang tidak serasi dengan kaedah PDS ini. Maka, pengkaji perlu melaksanakan penambahbaikan supaya kaedah ini menjadi lebih menarik dan berkesan. Secara keseluruhannya, analisis dapatan yang dihuraikan oleh pengkaji melalui analisis perbandingan peratus perbezaan peningkatan ujian pra dan ujian pos dan disokong pula oleh analisis pemerhatian dan analisis soal selidik mendapati bahawa terdapat peningkatan yang positf terhadap tahap kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi KVK selepas menggunakan kaedah PDS dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah pengkaji menganalisis dan meninterpretasi data, beberapa dapatan kajian dapat dirumuskan berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat beberapa persamaan ketara antara kajian pengkaji dan kajian yang pernah dijalankan sebelun ini. Kajian ini bersetuju walaupun dalam bentuk yang berbeza dengan kajian yang telah dijalankan oleh Isahak, Dewi Maslehah (1995) yang berpendapat bahawa penggunaan huruf rumi dalam mengajar pelajaran suku kata jawi dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut jawi dalam kalangan murid-murid.

Kajian menunjukkan dengan penggunaan huruf rumi, murid-murid lebih senang mengingati huruf-huruf jawi dan dapat menyebut suku kata tertutup jawi dengan mudah. Kajian Taufid (2006) yang telah dijalankan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah pula membuktikan bahawa dengan menggunakan teknik penyesuaian huruf rumi untuk mengajar tulisan jawi, pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran membaca jawi dengan cepat. Bertitik tolak daripada kajian ini, pengkaji telah menggunakan konsep sama seperti kajian yang menggunakan bantuan tulisan rumi dalam mengajar jawi dengan menggunakan kaedah PDS yang telah diubahsuai untuk menerangkan dan membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran menyebut suku kata jawi. Murid-murid dapat menguasai dan mengenal huruf-huruf jawi dan dapat

Page 107: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

11

menguasai kemahiran menyebut suku kata jawi dengan mudah, dan kemudian dapat mengaplikasikan pemahaman mereka dalam menjawab ujian pos. Respondan kumpulan rawatan mencapai skor yang tinggi dan dapatlah disimpulkan bahawa peningkatan pemahaman murid-murid dapat meninggikan tahap pencapaian murid-murid dalam ujian pos yang telah dijalankan.

Dapatan kajian yang dijalankan juga menunjukkan terdapat perubahan yang ketara antara ujian pra dan ujian pos dari segi pencapaian seperti yang tercatat dalam bab sebelumnya. Hasilnya amat positif dengan peningkatan dari sudut gred pencapaian respondan dalam ujian yang dijalankan. Jika dibandingkan dengan pengajaran tradisonal yang hanya menggunakan kaedah chalk and talk sahaja tidak memadai. Ini dapat dibuktikan dengan tahap pemahaman murid terhadap sesuatu perkataan yang diajar seperti perkataan “ tong ”. Sebahagian respondan tidak dapat memahami maksud perkataan tersebut dengan baik. Jika dibantu dengan gambar yang berkaitan dengan perkataan yang diajar maka mereka dapat memahaminya dengan baik. Justeru penggunaan kaedah PDS dalam pengajaran dan pembelajaran suku kata tertutup jawi adalah berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid berdasarkan kepada dapatan daripada perbandingan ujian pra dan ujian pos yang menunjukkan peningkatan dalam penguasaan suku kata tertutup jawi. Kaedah PDS ini juga boleh menguatkan lagi cara penyelesaian berkenaan dengan kajian yang dijalankan oleh Nik Rosila (2007) yang mengatakan bahawa 48% pelajar masih kurang berminat dalam Pendidikan Islam kerana pengajaran guru yang kurang menarik

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah PDS ini dan mendapati kaedah ini sangat berkesan. Pengkaji akan mengaplikasikan kaedah ini kepada murid-murid lain khususnya kepada kelas-kelas yang sederhana dan lemah pada tahun hadapan apabila mengajar tajuk yang sama. Pengkaji juga akan mengaplikasikan kaedah ini bagi tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Pendidikan Islam mengikut kesesuaian. Kekangan masa membatasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Peruntukan empat minggu masa pengajaran jawi amat terhad bagi pengkaji meneliti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah PDS ini dan melihat kelemahan respondan dalam menguasai kaedah PDS yang digunakan oleh pengkaji. Guru yang bertanggungjawab menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya memanfaatkan kaedah yang dikemukakan ini bagi memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memberikan kefahaman yang baik kepada murid-murid. Secara teorinya, amalan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kefahaman murid bukan sahaja dalam suku kata tertutup jawi dan guru itu juga perlu mendalami ilmu dan kemahiran yang tinggi untuk menggunakan kaedah PDS ini dengan lebih berkesan. Untuk kajian yang akan datang, pengkaji mencadangkan kajian yang dijalankan dalam tempoh yang lebih panjang supaya keberkesanan kaedah PDS ini lebih terbukti. Untuk cadangan yang seterusnya, pengkaji mencadangkan lebih banyak pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah PDS ini digunakan khususnya kepada murid yang dikategorikan sebagai murid lemah. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan dengan penambahan pengajaran berbentuk inovasi ICT untuk menambah minat dan menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian tindakan ini berjaya mencapai objektifnya kerana respondan dalam kajian ini telah berjaya menunjukkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran menyebut suku kata tertutup jawi. Semoga kajian ini dapat diperbaiki lagi dan dimodenkan agar ianya menjadi sebuah kaedah yang dapat memberikan kesan yang mendalam lagi terhadap hasil pembelajaran.

SENARAI RUJUKAN

Amir Mohd Rashid (1991), Masalah-masalah Pengajaran Pendidikan Islam (KBSR). Satu Kajian Persepsi Guru-guru Rendah, Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amri Daud.(2005). Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

Awang Mohd Amin (1989), Tulisan Jawi Ke Arah Penggunaannya Yang Lebih Meluas Dan Berkesan, Dewan Bahasa 33(12), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Page 108: 5. Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Muk

a Su

rat 5

12

Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (1989), Laporan kajian Mengenai kedudukan Pengetahuan Islam di Sekolah Menengah Di Malaysia, Kuala Lumpur.

Baharuddin (1979), Kelemahan dan Kualiti Pengajaran agama Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Che Seah @ Che Siah bt Hj Che Man (1994), Persepsi Pelatih Pengajian Melayu Terhadap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jawi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dewi Maslehah Md Yusop (1995), Pengajaran Bacaan Jawi Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata Dengan Bantuan Huruf Rumi, Laporan Penyelidikan, Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Field, T.M. (1990), Infancy. Cambridge, MA: Harvard University Press

Ghazali b Hassan (1982), Perkembangan dan Kualiti Pengajaran Agama Islam di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Harris, L.A. & Smith, C.B. (1976). Reading Instruction, Diagnostic Teaching In The Classroom. USA:Holt, Rinehart and Wiston.

Hashim Haji Musa (1999), Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor Darul Ehsan.

Isahak Haron (2004), Awal Menulis Bahasa Melayu; Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata Untuk Prasekolah dan Pemulihan Di Selangor. Laporan Projek Penyelidikan UPSI.

Ishak b Md. Shah (1991), Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi, Latihan Ilmiah, Universiti Pertanian Malaysia.

Juriah Long (1975), Masalah Pencapaian Murid-murid Bukan Melayu Dalam Peperiksaan bahasa Melayu Peringkat M.C.E: Satu Analisa. Desertai M.Ed. yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya. Fakulti Pendidikan.

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyaakat Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Majid Konting (2009), Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang. 2002. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah). Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Muhammad b Endut (1992), Pendidikan Islam KBSM. Satu Kajian Tentang Masalah Pengajaran Di Sekolah-sekolah Menengah Di Negeri Johor Darul Ta’zim. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nazri b Hamid (2000), Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Pendidikan Islam di Dua Buah Sekolah di Kuala Lumpur. Tesis tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Nik Rusila bt Yaakob.(2001). Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. USM, Pulau Pinang

Ragbir Kaur A/P Joginder Singh, Dr. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Taufid Abdul Hapip (2006), Keberkesanan Teknik Penyesuaian Huruf Rumi Dalam Program Pembacaan Jawi Di Kalangan Pelajar Tingkatan Satu. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Zainal Abidin abdul Kadir (1991), Pendidikan Agama Islam Sekolah Rendah Kerajaan Kurang Berkesan? Majalah Ummi, Ummah Media Sdn. Bhd. Shah Alam.


Top Related