Download - 3PPtema3sej2 14

Transcript

JAWATAN KUASA PEMIKIR SEJARAH STPM PULAU PINANG 2014

MODUL SUKSES SEJARAH 940/2PENGGAL 2

SEJARAH ISLAM[500 1918]PENASIHAT: EN. AHMAD ZAKI BIN MOHD NOORPENOLONG PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

PENYELARAS : EN. RIZUAN BIN ABDULLAHPENOLONG PENGARAH (TINGKATAN 6 AKADEMIK) SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK, JPN PULAU PINANG

Pn. Hjh Sakinah bt Saleh SMK PenantiPn. Nurul Huda bt Md YusopSMK. Simpang Empat

Pn. Maizatul Fazillah binti OsmanSMK Datuk Hj Ahmad BadawiPn. Zainon binti OthmanSMKA Al Mashoor (L)

Pn. Shoriati bt OthmanSMK Datuk Hj Ahmad BadawiPn. Noorlela binti ZainuddinSMK Seri Muda

En.Hasbullah bin AhmadSMK Permatang RawaPn. Faridah bt AbdullahSMK Penanti

En. Ng Khim HooiSMK Tunku Abdul RahmanPn. Nor Aini binti HaronSMK (P) St George

Pn. Chan Eit FongSMK SIMPANG EMPAT

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 1

Sejauhmanakah dasar imperialisme menyebabkan peluasan kuasa Barat pada abad ke-18 hingga ke-20.

Pengenalan

Sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan petempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh Barat. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Sepanyol, British, Belanda dan Perancis telah menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa ini berusaha keras merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta benda peninggalan empayar Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa Barat juga bersaing antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang dikuasai. Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain dasar imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada perluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi perindustrian, bahan mentah, pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran falsafah dan pemikiran Barat.

Isi-Isi

a) Persaingan kuasa-kuasa Barat Persaingan kuasa-kuasa telah telah menjadi ancaman kepada empayar Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah. Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh mereka. Perancis misalnya telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki Uthmaniyah seperti Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada tahun 1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada gangguan kabilah Tunisia yang menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal mempertahankan wilayah tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman luar. Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam Perang Rusia-Turki Uthmaniyah (1877-1878) telah menyebabkan beberapa Wilayah seperti Romania, Serbia dan Montenegro telah mengistiharkan kemerdekaan setelah empat abad berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.b) Kesan Perjanjian Berlin Perjanjian Berlin turut menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Misalnya dengan membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina dan Rusia menduduki Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian Berlin, Austria-Hungary dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara. Namun selepas 30 tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal kerajaannya. Dalam perjanjian Berlin (1878) Turki Uthmaniyah mendapat sokongan Britain dalam menentang Rusia. Sokongan Britain bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan Cyprus kepada Britain. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari kuasa pemerintahan Britain menguasainya.c) Konflik antara kerajaan Turki Uthmaniyah dengan Rusia Konflik antara dua kerajaan ini turut menyumbang kepada dasar imperialisme Rusia dalam wilayah Turki Uthmaniyah. Peperangan pada tahun 1877 yang berakhir dengan perjanjian San Stefano pada tahun 1878M. Perjanjian tersebut menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa kepada kemerdekaan Serbia dan Montenegro. Rusia pula berjaya memiliki Caucasus.

d) Kepesatan sektor perindustrian Faktor seterusnya ialah kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa Eropah tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Tambahan pula, hasilan Revolusi Perindustrian seperti jentera atau enjin berkuasa wap memajukan bidang pengangkutan. Kemajuan bidang pengangkutan memudah dan mempercepatkan perjalanan. Begitu juga dengan penciptaan telegarf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada pewagai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Turki Uthmaniyah.e) Keperluan bahan mentah Faktor seterusnya adalah mengenai bahan mentah yang didapati oleh Turki Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniya kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.f) Pembinaan Terusan Suez Peluasan kuasa-kuasa Barat diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika. Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut. Melalui pembukaan Terusan Suez, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalananyang jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.g) Faktor agama Faktor agama juga merupakan sebab peluasan kuasa Barat di kawasan Emapayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini. Tidak hairanlah jika Sultan Abdul Hamid II dalam catatannya menyebut Kempen Perang Salib yang dilancarkan ke atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat.h) Penyebaran falsafah dan pemikiran Barat Tambahan pula, melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup) Barat ke dalam masyarakat peribumi. British menyemai falsafah hidup Barat di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Sebaliknya, sesiapa yang menolak konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot, atau ketinggalan zaman.

Penutup Jelas dasar imperialisme dan beberapa faktor yang lain telah membawa kepada peluasan kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat, Kelemahan kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya. Penglibatan Turki Uthmaniyahdalam kancah politik dunia juga menyebabkan empayar ini dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul bebarapa negara bangsa yang baharu di Eropah.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 2

Bincangkan reaksi gerakan Ikhwan al-Muslimin terhadap penguasaan British di Mesir.

Pengenalan Penguasaan British ke atas Mesir memperkenalkan cara pentadbiran dan kebudayaan Barat di negara itu. British juga menjauhkan agama Islam tertegak di Mesir. Perkembangan ini tidak disenangi oleh penduduk Mesir yang sebahagian besarnya beragama Islam. Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehingga membawa kepada semangat anti British dan anti kuasa asing. Gerakan Islam Ikhwan Muslimin merupakan pertubuhan terawal yang memberikan reaksi kesan daripada perluasan penjajahan Barat. Gerakan ini diasaskan dan diketuai oleh Hassan al-Banna di Ismailliyah pada tahun 1928 M. Pada tahun 1932, Ikhwanul Muslimin membentuk struktur organisasi dan membuka cawangannya di Suez dan di al-Mahmoudiya dan pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin telah menerbitkan majalah mingguannya. Gerakan ini juga berperanan menyedarkan umat Islam di Mesir agar bangkit berjihad mempertahankan kesucian agama Islam dan negara. Perjuangan Ikhwan al-Muslimin bukan terhad dalam aspek agama sahaja, malah mencakupi bidang ekonomi, pendidikan, social dan kemasyarakatan.Isi-Isia) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang politik. Pergolakan di Mesir berlaku di antara pihak istana yang bersekongkol dengan British dan juga Parti Wafd yang terlibat dengan korupsi dan mengutamakan golongan bangsawan. Pemerintah Mesir kurang berwibawa dan tidak mengikut ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Sunah dalam pemerintahan Raja-raja Mesir menjadi boneka dan berkompromi dengan pemerintah barat demi mengekalkan kuasa. Akibatnya rakyat tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku dan Ikhwanul Muslimin yang mewakili golongan yang inginkan pemerintahan berlandaskan Islam dan tidak fanatik cuba melakukan perubahan dalam pemerintahan di Mesir Gerakan ini telah bersatu padu untuk menggulingkan pemerintahan boneka, penaklukan dan pengawalan British di Mesir dan membersihkan Negara tersebut daripada kerosakan akibat daripada pengaruh barat. Tindakan gerakan ini telah memberi inspirasi dan kekuatan kepada rakyat untuk berani bersuara dan menentang pemerintahan raja yang autokratik dan pro-barat.b) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang ekonomi Berusaha untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membantu pengaruh dan gerakan Ikhwan Muslimin di seluruh Mesir Gerakan Ikhwanul Muslimin menyebarkan kegiatan dakwah seperti membuka kilang tekstil dan syarikat pengiklanan. Pendapatan daripada kegiatan ekonomi dapat menyumbang ke arah perjuangan gerakan. Tindakan ini membolehkan umat Islam berdikari dan tidak bergantung kepada British dalam menghadapi cabaran semasa.c) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam bidang sosial Dalam bidang keagamaan, golongan ini menyarankan agar umat Islam bangkit berjihad dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis. Golongan ini juga menyeru agar masyarakat Mesir menghapuskan segala amalan khurafat dan tahyul yang boleh menyekat kemajuan dan kebebasan mereka. Amalan seumpama ini harus digantikan dengan amalan sebenar mengikut ajaran Islam dan menjadikan syariah sebagai paksi perjuangan. Gerakan ini juga menjalankan dakwah ke seluruh pelusok Mesir seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat awam Bagi memastikan kebajikan rakyat, Ikhwanul Muslimin telah membuka sekolah-sekolah dan pusat-pusat kesihatan di seluruh negara. Gerakan tersebut turut menggesa agar program pembangunan yang dijalankan mestilah seimbang, utuh dan sesuai dengan tuntutan Islam. Gerakan ini mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di Mesir bahkan di negara-negara Arab lain. Tindakan ini dapat melahirkan masyarakat Islam Mesir yang berilmu pengetahuan dalam bidang konvensional dan tradisi Islam.

d) Reaksi Ikhwanul Muslimin dalam hubungan luar Golongan Ikhwanul Muslimin juga mengadakan hubungan yang akrab dengan negara-negara Islam lain. Tindakan ini dapat mengukuhkan perjuangannya di Mesir sekaligus mengeratkan semangat persaudaraan sesama Islam termasuk membantu saudara seagama yang ditekan oleh kuasa-kuasa barat. Contohnya masyarakat Islam di Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis. Gerakan ini juga mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan Muhibbuddin al-Khatib

e) Reaksi Ikhwanul Muslimin terhadap pemerintah tempatan Pengaruh Ikhwanul Muslimin mendapat sambutan hebat dan memiliki lebih 2000 cawangan di seluruh Mesir dangan bilangan pengikut seramai dua juta orang. Perjuangannya amat konsisten dalam menentang segala bentuk kezaliman terutamanya idea-idea kerajaan yang berbentuk penjajahan pemikiran yang dicedok dari Barat. Tindakan gerakan ini lebih agresif dalam membuat tuntutan daripada pemerintah Mesir, Presiden Gamal Abdel Nasser untuk melakukan perubahan pemerintahan bercorak Islamiah Akibatnya telah berlaku pertempuran antara mahasiswa Ikhwanul Muslimin dengan penyokong pemerintah di Universiti Al-Azhar Pada 13 Januari 1954, pertubuhan ini telah diharamkan oleh pemerintahKesimpulan Walaupun Gerakan ini telah diharamkan oleh pemerintah Mesir tetapi pengaruhnya masih lagi kuat dalam kalangan masyarakat Mesir Kejayaan Ikhwan al-Muslimin membentuk satu pergerakan Islam moderat dan berpengaruh di Mesir selaras dengan objektif penubuhannya yang menjurus kepada kepentingan masyarakat dan Negara. Pengaruh perjuangan Ikhwanul Muslimin telah berkembang ke seluruh Negara Islam di dunia untuk melaksanakan pembentukan Islah dan pembebasan daripada penjajahan kuasa Barat.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 3

Terangkan reaksi masyarakat tempatan di Algeria pada abad ke-19.

PENGENALAN Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki uthmaniyah. Kelemahan pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria. Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria bermula kerana isu kewangan. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria. Campur tangan Perancis dalam politik bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang dari tentera Perancis yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.

Isi-Isi : Penentangan Pada Zaman Husain Dey Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah. Beliau ingin mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak. Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.

Penentangan Semasa Betrand Clausel Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan orang Islam. Keadaan ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Penentangan paling hebat berlaku pada tahun 1830-an dan 1840-an.

Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera. Pengalaman yang diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan dalam dirinya. Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang Perancis.

Peranan Dan Aktiviti Amir Abdul Qadir Dalam Penentangan

Amir Abdul Qadir ialah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Penentangan beliau berterusan sehingga tahun 1842. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila. Beliau bergabung dengan Abu Mazi untuk menentang Perancis di wilayah Oran. Beliau berjaya menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Sepanjang penentangan selama 10 tahun, beribu-ribu umat Islam terkorban.Kekejaman Thomas Robert Bugeaud

Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara berterusan dari tahun 1841 hingga 1847. Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis. Tindakan Bugeaud sangat ganas dan penduduk Algeria sangat menderita. Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.

Undang-Undang 1848 Undang-undang 1848 membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat, iaitu masyarakat Eropah yang hidup mewah dan masyarakat Islam yang hidup menderita. Penduduk Eropah menyokong dasar perluasan. Selepas tahun 1851, Raja Napoleon III memberikan tanah dirampas daripada penduduk Algeria kepada syarikat-syarikat Perancis. Syarikat-syarikat ini mengupah penduduk tempat untuk bekerja di ladang-ladang mereka.

Pemberontakan Kabylia Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk di kawasan Kabylia melancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini kemudian merebak ke kawasan-kawasan lain. Lebih kurang satu pertiga penduduk Algeria terlibat dalam pemberontakan ini. Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1872. Selepas pemberontakan berakhir, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin.

Kesan Pemberontakan Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk menampung perbelanjaan Perancis. Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung dengan masyarakat Islam lain. Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai kerajaan untuk mengelakkan penentangan peribumi. Perancis juga mengehadkan pendidikan orang Islam, mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang khas untuk mengawal masyarakat tempatan.

Kesimpulan Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun 1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis. Jihad yang berterusan telah berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar negara sejuta syuhada . Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 4

Perincikan usaha dan peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh intelektual Mesir iaitu Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir.

1. PENDAHULUAN: Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, Mesir merupakan sebahagian daripada kerjaan Turki Uthmaniyah. Pada tahun1798 Masihi ,Mesir telah dikuasai oleh Perancis(diketuai oleh Napoleon Bonaparte) selama tiga tahun. 1801 selepas pakatan Uthmaniyah-British telah berjaya mengalahkan Perancis dan British telah mengambil alih pemerintahan di Mesir. British mula menguasai Mesir dengan sumber ekonomi yang berharga seperti minyak. Tindakan British yang mengeksploitasi masyarkat Mesir demi kepentingan mereka telah mengakibatkan berlakunya penindasan jaul ketinggalan berbanding golongan pendatang. (ayat penegas soalan)-Menyedari keadaan tersebut, timbul gerakan semangat nasionalisme bagi memulihkan keadaan ini yang dipelopori golongan intelektual tempatan sepertiJamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.2. ISI-ISI: (USAHA DAN PERANAN TOKOH) A)USAHA MUHAMMAD ABDUHBiodata Muhammad Abduh

Nama penuh- Muhammad bin Abduh bin Hasan Khayr Allah. Lahir di desa Mahallat Nashr, al-Buhayrah, Mesir tahun 1849 Masihi. - meninggal 1905M Berketurunan-bangsa Turki sebelah ayahnya Abduh bin Hasan Khayr Allah. Pendidikan- awal mempelajari Al-Quran, hafal kitab umur 12 tahun. Formal di Masjid Ahmadi dan bapa saudaranya Shaykh Darwish Khidr di Shibral Khit. Melanjut pelajaran di Universiti Al-Azhar di Kaherah tamat tahun 1877Masihi Ketika ini (1869Masihi) bertemu dengan tokoh reformasi dunia Islam, Sayyid Jamal al-Din al Afghani dalam sebuah diskusi. Terpengaruh dengan fahaman Al Afghani yang merupakan seorang pemikir moden yang memiliki semangat tinggi untuk mengembalikan kegemilangan umat islam yang ketika itu berada di bawah penjajahan Barat dan menolak kefanatikan

Usaha Pembaharuan (Reformasi ) Muhammad Abduh.

a) Pendidikan i) Masalah Pendidikan Dualisme di Mesir

- Semasa era Shaykh Muhamad Abduh, Mesir mempunyai dua sistem pendidikan yang berlainan dari segi matlamatnya iaitu: Sistem Pendidikan Tradisional yang menfokuskan kepada ilmu-ilmu keagamaan-golongan konsevertif. Sistem pendidikan moden yang mengambil contoh dari Barat-Muhammad Ali Pasha Muhammad Abduh melihat bahaya akan timbul berikutan daripada dualisme dalam pendidikan. Akibatnya, sistem pendidikan tradisional akan melahirkan ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu moden. Manakala sekolah kerajaan yang moden melahirkan lulusan yang kurang ilmu agamanya. Berikutan perbezaan yang wujud, semasa menjadi pensyarah di Dar al-Ulum dan Universiti al-Azhar Shaykh beliau berani melakukan perubahan-perubahan radikal. Berusaha memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden buang amalan kolot dan fanatiK Sekembalinya dari buangan pada tahun 1888M, Muhammad Abduh cuba menangani isu pendidikan dan memberi laporan kepada pihak berkuasa mengenai rancangan pendidikan untuk membaiki kemerosotan di Universiti al-Azhar. Caranya ialah melakukan penambahan ilmu-ilmu moden dalam Universiti al-Azhar di samping memperkukuhkan ilmu-ilmu agama di sekolah-sekolah kerajaan supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pendidikan tersebut-Dar al Ulum 1871 Meskipun pembaharuan yang diperkenalkan mendapat sambutan perlahan pada peringakat awal, namun pembaharuan telah mewujudkan suasana keilmuan baharu di Universiti al-Azhar sekaligus telah dapat menyediakan asas perubahan seterusnya. Reformasi Pendidikan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh di Universiti al-Azhar pad akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menaikkan imej universiti tersebut dan menjadi simbol modenisasi dalam Islam. ii) Masalah Buta Huruf Dalam Kalangan rakyat Mesir Reformasi juga dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalamkalangan rakyat Mesir. Shaykh Muhammad Abduh mendapati pihak kerajaan gagal menyediakan pendidikan yang sesuai kepada rakyat Mesir menyebabkan berlakunya buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir. Sistem pendidikan yang dirancang oleh penjajah ketika itu tidak memberi faedah kepada sebahagian besar rakyat Mesir. Contohnya ; golongan petani yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara hidup terbiar, kehadiran ke sekolah hanya 4% sahaja. Didapati setelah empat dekad penjajahn British 92% penduduk lelaki dan 99% penduduk wanita buta huruf. Tindakan kegiatan penterjemahan buku ilmiah ke dalam bahasa Arab dilakukan bagi membolehkan rakyat Mesir membaca dan memahaminya. Setelah beliau kembali ke Mesir selepasdipecat mendapat tugas oleh pemerintah untuk terbit majalah al-WaqaI al- Misriyyah Kesempatan ini diguna oleh beliau untuk bekongsi isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sperti nasib rakyat, pendidikan dan pengajaran.

c) Gerakan Nasionalisme

Muhammad Abduh dan Al-Afghani telah meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Mesir. Menyusun gerakan untuk memberim kesedaran kepada seluruh umat Islam untuk menentang penjajahan Barat dalam al-Urwahal-Wuthqa Melindungi masyarkat tempatan dibelenggu penjajah yang menindas dan menguasai ekonomi dan politik di Negara Mesir. Kesannya, semangat kebangsaan bergema seluruh dunia dan member pengaruh kuat kebangkitan umat Islam menentang penjajahan. Akibatnya, pihak British berasa bimbang dan akhirnya pemerintah British menyekat kemasukan majalah tersebut ke wilayah Mesir dan India. Tetapi gerakan Muhammad Abduh tetap diteruskan setelah beliau menjadi mufti Mesir pada 1899 kembali berjuang meniup roh perubahan dan kebangkitan kepada umat Islam.

Gerakan Pembaharuan Mesir juga turut di dukung oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935) seorang revivalis dan reformis..B) MUHAMMAD RASHID RIDA Biodata Muhammad Rashid Rida; Nama- Muhammad Rashid bin Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla al-Khalifa. Lahir- di Qalamun, Tripoli, Lubnan 23 September 1865 Pendidikan- kanak-kanak belajar di kuttab setelah lancar membaca dan menulis beliau belajar di Madrasah al-Rashidiyyah. Mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf, dan ilmu agama lain seperti akidah dan ibadah. Pendidikan tinggi umur 18 tahun melanjut pengajian di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiah yang didirikan oleh Shaykh Husayin al-Jisr. Mempelajari mantik falsafah dan ilmu agama lain. Mempelajari bahasa Turki Prancis dan karya-karya imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah.Usaha-usaha Muhammad Rashid Rida: Seorang Reformis Pembaharuan Pendidikan: Merupakan penulis yang prolifik berpengaruh dengan reformasi Islam, pen- Arabisama dan Nasionalisma Arab. Idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida ditanam oleh Syaykh Husayin al-Jsir. Ketika menuntut Rida juga mengikuti perkembangan dunia Islam melalui akhbar al-Urwah al- Wuthqa melalui akhbar ini beliau mengenali gagasan permikiran dua orang tokoh pembaharuan yang sangat dikaguminya iaitu al-afghani dan Muhammad Abduh. Penelitian terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah telah memberikannya inspirasi mengenai kepentingan membaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran Islan dalam kalangan umatnya. Sepanjang karer interlektualnya Rida mendukung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran umat Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin. Namun begitu Rida juga menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban barat dan mengambil aspek-aspek positif seperti ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Dawah al-Irshad pada tahun 1912 di Khahirah. Idea-idea Muhammad Rashid Rida amat mempengaruhi pendidikan Islam pada abad ke-20 Masihi dalam pembangunan dan perlaksanaan falsafah politik sebuah Negara Islam.Pemimpin Politik Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Pesiden Kongres Syria pada tahun 1920. Di samping sebagai wakil deligasi Palestin Syria ke Giniva Pada tahun 1921. Menghadiri persidangan Islam di Makkah 1926 dan diJerusalem pada tahun 1931.

PENUTUP: Kesimpulannya, sumbangan kedua-dua tokoh reformasi ini telah berjaya membawa perubahan dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir untuk berubah dan memerdekakan diri daripada penjajahan barat. Berikutan perentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922. Gerakan reformasi oleh kedua-dua tokoh ini telah berjaya mempengaruhi gerakan Nasionalisma di seluruh dunia Islam dan mereka menjadi benteng umat Islam daripada idea dan pemikiran barat yang tidak selari dengan syariat Islam.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 5

Bincangkan faktor kebangkitan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke 20.

PengenalanSejarah penjajahan di Mesiri) Mesir dikuasai oleh Perancis pada tahun 1798 M sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat selama tiga tahunii) Pakatan kerajaan Uthmaniah- British pada tahun 1801 telah berjaya mengalahkan kuasa Barat dan menguasai Mesiriii) British menguasai sumber ekonomi dan mengeksploitasikan masyarakat Mesir serta menindas dan menyebabkan masyarakat Mesir bangun menentang.ISI-ISI PENTINGa) PENGARUH AGAMA Kemunculan golongan reformis Islam yang menentang pihak British kerana tidak berpuas hati cara British membaratkan masyarakat Mesir di Mesir Gerakan Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan oleh Shaik Hassan al-Banna Pergerakan ini berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta menolak modenisma yang berbentuk secular Pergerakan ini menyediakan umat Islam untuk berjihad membersihkan diri daripada amalan syirik dan khurafat Karya yang mempengaruhi pemikiran barat yang berjudul Islam Dan Dasar-Dasar Pemerintahan oleh Syaikh Ali Abdul Raziq yang menyokong tindakan Mustapha Kamal Ataturk kerana memisahkan agama dengan politik telah ditentang oleh golongan Ikhwan Muslimin

b) PERANAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN Penerbitan bahan-bahan kreatif seperti puisi, novel dan cerpen merupakan hasil daripada peranan bahasa dan kesusteraan Penyajak Ahmad Shawqi dan Hafiz Ibrahin telah menerbitkan al-Muayyaddan al-Liwa, sajak yang yang mengisahkan tentang pembunuhan Boutrous Ghali seorang penduduk asal Mesir. Sajak tersebut telah menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir Golongan modenis Islam yang dipelopori oleh Rasyid Rida memperjuangkan Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi dalam urusan kerajaan dan menggantikan bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis Taha Husayn telah menghasilkan karya fiksyen yang menonjolkan isu kemiskinan dan kejahilan disamping berbaur politik sebagai pencetus semangat Najib al-Kilani telah mengasas kesatuan Rabitah Adab al-Islami al-`Alamiyyah merupakan perintis kepada penghasilan karya-karya kesusasteraan islam yang membangkitkan kesedaran rakyat Mesir

c) PENGARUH KEWARTAWANAN ATAU MEDIA MASA Penerbitan akhbar Salafiya yang ditulis oleh Rasyhid Rida telah membuka minda rakyat Mesir dan penulisannya banyak menyentuh modenasi Islam Rasyid Rida juga menyalahkan dan menganggap penjajah sebagai penyebab kemunduran umat islam Beliau juga cuba menegakkan warisan dan keperibadian islam terutama bahasa Arab Mesir ( Lahjah Misriyah ) Penulis wanita seperti Ma;lak Hifni Nasif yang menggunakan nama pena Bahithat al-Badiya membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka Akhbar-akhbar lain ialah al-Muqattam, al-Muqtataf, dan al-Mua`yyad telah menyediakan ruang khas untuk para penulis melontarkan idea khususnya menyedarkan masyarakat.

d) PERANAN PENDIDIKAN Golongan graduan tempatan yang diberikan pendidikan Inggeris telah mempelopori kebangkitan kebangsaan menentang pihak British British telah mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di Mesir telah member kesan kepada golongan Muslim di Mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka Britis mementingkan kepada golongan berpendidikan memegang jawatan kerajaan bagi golongan yang berada sahaja. Pada tahun 1908 rakyat Mesir dipimpin oleh Menteri Pendidikan dan beberapa tokoh nasionalisme telah menubuhkan sebuah Universiti swasta. Penubuhan Universiti al-Azhar telah melahirkan tokoh-tokoh pejuang seperti Syaikh Rifa`ah al-Tahtawi, Sa`ad bin Zaghlul, dan Muhammad Abduh . Golongan tadi telah mengubah sistem pendidikan di Mesir dengan memperbaharui sistem pendidikan tradisional disamping memperbaik sistem pendidikan moden Penubuhan university Al Azahar menggalakkan kegiatan penterjemahan buku-buku ilmiah dalam bahasa Arab Graduan telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan Barat yang telah diajar oleh guru-guru berbangsa Perancis telah menyemaikan sikap anti-British kerana pernah belajar di Mesir.

e) GOLONGAN INTELEKTUAL Golongan intelektual di Mesir terbahagi kepada dua iaitu golongan ulama Tokoh tersebut muncul daripada bidang undang-undang seperti Mustafa Kamil Pasha dan Mohammad Farid. Kedua-duanya bersikap keras dalam menentang British Mustafa Kamil Pasha meraih sokongan intelektual daripada keturunan Qibti untuk menuntut kemerdekaan daripada British dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala Barat Hassan al- Banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menentang British melalui penubuhan Ikhwanun Muslimin Beliau melaksanakan program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di Mesir dengan tujuan untuk membina kerajaan islam Golongan intelektual lain seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Muhammad Rasyid Rida telah melahirkan idea-idea bagi membela dan melindungi masyarakat tempatan Jamal a-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh telah menyusun gerakan yang dineali sebagai al-Urwah al-Muthqa yang member kesedaran kepada umat islam melalui majalah tetapi telah disekat oleh pihak barat ke wilayah Mesir dan India

f) PENGARUH LUAR

Semasa Perang Dunia Pertama pihak British telah memaksa para petani di Mesir telah dijadikan hamba kepada British di Palestin, Galipori dan Perancis untuk membantu Pertubuhan Palang Merah British Ramai rakyat Mesir yang terkorban menyebabkan mereka merasa lemah sehingga memerlukan kuasa asing untuk melindungi mereka di tanah air sendiri. Tentera Amerika Syarikat telah mengambil peluang betapak di Mesir disamping kebanjiran tentera Bersekutu.KESIMPULAN Kebangkitan semangat nasionalisme Mesir akibat daripada pengaruh agama dengan kemunculan golongan reformis islam. Peranan karya yang dicipta untuk mencetuskan semangat nasionalisme dan memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Pengaruh bidang kewartawanan melalui akhbar yang member ruang kepada rakyat melahirkan idea-idea atau mesej kesedaran . Sa`ad bin Zaqhlul salah seorang pemimpin yang sanggup bersemuka dengan penjajah dan kemudian berjaya memaksa British member kemerdekaan bersyarat kepada Mesir pada tahun 1922 M.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 6

Perang Dunia Pertama telah memberikan impak yang besar kepada kedudukan Kerajaan Turki Utrhmaniyah. Bincangkan kesan peperangan tersebut terhadap Kerajaan Turki Uthmaniyah .

Pengenalan Perang Dunia Pertama berlaku antara blok kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga iaitu Britain, Peranchis dan Rusia yang digelar Tentera Bersekutu menentang Perikatan Kuasa Tengah iaitu Jerman dan Austria-Hungary yang digelar Kuasa-kuasa Pusat. Setelah perang berterusan, negara-negara lain menyertai Pakatan Bertiga (Tentera Bersekutu), manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Perikatan Kuasa Tengah.Isi :Politik Kehilangan wilayah Kerajaan Turki Uthmaniyah kehilangan wilayah yang luas termasuklah Palestin Britain dan Peranchis mula menjalankan dasar kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.Dari situ munculnya Negara bangsa apabila sempadan-sempadan telah digariskan dengan memisahkan penduduk mengikut negara masing-masing walaupun mereka satu agama. Pada tahuun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyah iaitu Istanbul.

Gencatan Senjatan Mudros Ekoran Gencatan Senjata Mudros pada 30 Oktober 1918, Tentera Bersekutu selaku pemenang memecahkan negara Uthmaniyah melalui Perjanjian Sevres 1920 Pendudukan Tentera Bersekutu ke atas Constantinople dan Smyrna telah mencetuskan penubuhan Gerakan Kebangsaan Turki. Di bawah kepimpinan Mustafa Kemal Pasha /Atartuk (seorang komander tentera yang tersohor ketika Pertempuran Gallipoli) melancarkan Perang Kemerdekaan Turki yang menarik balik terma-terma Perjanjian Sevres Pada 18 September 1922, tentera-tentera kolonial diusir dan tertubuh sebuah negara Turki yang baharu. Pada 1 November, parlimen yang baharu ditubuhkan dan secara rasminya membubarkan sistem kesultanan, maka berakhirnya era kesultanan selama 623 tahun di bawah pemerintahan Uthmaniyah.

Perjanjian Lausanne Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1923 membawa kepada pengiktirafan antrabangsa terhadap `Republik Turki` yang baharu dibentuk sebagai negara pewaris empayar Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne menggariskan beberapa tuntutan(a) Sistem khalifah ditamatkan (b) Khalifah dibuang negeri(c) Harta khalifah dirampas(d) Kerajaan Turki baharu akan ditubuhkan atas dasar sekular. Persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan negara Turki. Republik tersebut diisytiharkan secara rasmi pada 29 Oktober 1923 di ibu negara baharu iaitu Ankara.Kebangkitan Mustafa Kamal Atartuk Beliau telah mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu lalu merombak parlimen yang sedia ada yang tidk bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan resolusi persidangan tersebut. Akhirnya Kemal Atartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan Pada 3 Mac 1924, sistem pemerintahan Khilafah secara rasminya ditamatkan . Khalifah Abdul MejidII diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kemal Atartuk mengambil alih tahta .

Pembentukan negara sekular Turki Mustafa Kemal Atartuk menjadi Presiden Turki yang pertama dan memperkenalkan banyak pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baharu dengan prinsip memisahkan agama daripada politik i. Kementerian Wakaf dihapuskan dan asetnya dibekukakanii. Jawatan Syeikhul Islam dimansuhkan iii. Pentadbdiran sekolah agama dipindahkan dipindahkan ke Jabatan Sivil yang bertanggungjawwb terhadap pendidikan umum.iv. Mahkamah Syariah dihapuskan dan bidang kuasanya dipindahkan ke Mahkamah Sivil. Penulisan dengan huruf Arab juga diubah kepada huruf Latin.v. Gelaran Arab dihapuskan dan rakyat diwajibkan menggunakan gelaran keluarga mengikut budaya Barat.Perpecahan Wilayah Umat Islam Kelemahan Turki menyebabkan negara di bawah naunganya telah membebaskan diri dan ditakluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Prins Milaan, Serbia dan Herzegovina menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Hal ini diparahkan dengan kejatuhan negara-negara Arab ke tangan musuh dan sebahagiannya mahu membebaskan diri daripada naungan Kerajaan Uthmaniyah selepas kekalahan dalam perang ini. EKONOMIKemerosotan ekonomi Negara-negara Islam turut mendapat kesan akibat daripada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemerosotan ekonomi Turki akibat perang menyebabkan negara tersebut membuat perbelanjaan yang besar untuk membiayai peperangan. Hal ini menyebabkan negara Islam di bawah pengaruh Turki seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi.

Kesan Persetujuan Sykes Picot 1916 Wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Peranchis, Inggeris, Rusia dan Itali. Akibat penguasaan kuasa-kuasa Eropah , ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas.

Perdagangan negara Islam merosot Perdagangan negara Islam merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Laut Hindi, Laut Mediteranean , Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Situasi ini menyebabkan Eropah semakin menguasai ekonomi negara Islam . Sebagai contoh , Peranchis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Contoh Peranchis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan mereka banyak melibatkan diri dalam pasaran saham Soviet Union menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.SOSIAL Kemerosotan Akhlak dan Moral Pemodenan Turki telah menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam Kejatuhan Turki Uthmaniyah telah memberi kesan terhadap negara Islam dan rakyatnya yang membawa kepada perpecahan umat Islam.KESIMPULANPerang Dunia Pertama telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada negara-negara yang terlibat. . Kekalahan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama telah menyebabkan berakhirnya sistem pemerintahan khalifah dan bermulanya proses pengsekularan Turki yang diterajui oleh Mustafa Kemal Atartuk. Negara-negara Islam juga mengalami kesan kemerosotan ekonomi dan kemerosotan akhlak dan moral yang akhirnya menyebabkan dunia Islam berpecah-belah.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 7

Huraikan pelaksanaan Tanzimat oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

a) Pengenalan Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876. Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau kuasa luar. Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara faktor utama pelaksanaan Tanzimat. Pembaharuan ini meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Turki dan umat Islam khasnya.

b) Isi-isi Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif Gulhane pada tahun 1839 dan diteruskan dengan Piagam Hatt-i Humayun pada tahun 1856. Piagam Hatt-I Syarif Gulhane bersifat sekular, iaitu menyeru kepada reformasi yang melibatkan perubahan terhadap institusi masyarakat, namun syariat Islam masih menjadi undang-undang kerajaan tersebut. Piagam Hatt-I Syarif Gulhane menjanjikan keselamatan nyawa, maruah, dan harta benda kepada semua rakyat tanpa mengira agama, di samping menjamin persamaan hak dan perbicaraan yang adil, teluas dan terbuka. Piagam Hatt-i Humayun mengesahkan semua janji yang termaktub dalam piagam Hatt-i Syarif Gulhane sebaliknya semua aspek yang berkaitan dengan syariat Islam digugurkan sama sekali. Ini menggambarkan pengaruh sekular kian menular dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.i) Dalam bidang pentadbiran , pentadbiran pusat dikemaskini dengan membentuk kementerian-kementerian seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Polis. Majlis Diraja diberi jenama baru, iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan serta mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahli-ahli yang dipilih mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan demokrasi. Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Perancis

ii) Dalam bidang pendidikan Sistem pendidikan yang dirangka mengikut aliran akademik yang terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti. Kurikulum ala Barat yang diperkenalkan merangkumi mata pelajaran berasakan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran. Akibat daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar Muslim tentang agama Islam kian berkurangan hingga menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka. Sekolah profesional dan tentera diberikan keutamaan menyebabkan sistem madrasah semakin ketinggalan.iii) Dalam bidang perundangan dan kehakiman Beberapa peraturan digubal tanpa penglibatan para ulama. Sedikit demi sedikit peranan mereka mula diketepikan dalam bidang perundangan dan kehakiman Peraturan berhubung jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis. Institusi mahkamah turut mengalami perubahan. Mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan undang-undang baharu. Pada tahun 1847,mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada oleh hakim berbangsa Eropah atau yang beragama Islam.iv) Dalam bidang ketenteraan Latihan dikendalikan mengikut model Barat Sultan Mahmud II memodenkan ketenteraan kerajaan Utmaniyah dengan menghapuskan tentera janissari dan digantikan dengan tentera nizam-I cedid Individu yang mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni Bandar diberikan peluang berkhidmat dalam tentera darat dan laut. Muncul pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan.v) Dalam bidang komunikasi: Media massa dimanfaatkan untuk mempopularkan idea-idea baharu dari Barat. Karya karya berbentuk puisi, novel dan cerpen berorientasikan Barat diutamakan sebaliknya nilai-nilai keislaman diketapikan. Karya-karya yang dipopularkan menyentuh isu raja berperlembagaan sedangkan ketaatan beragama tidak pernah disentuh. Kemudahan infrastrutur juga disediakan tetapi kemajuannya tidak seimbang Antara kawasan.

vi) Dalam bidang ekonomi Bidang ekonomi tidak diutamakan dalam Tanzimat. Kuasa barat merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodalpemodal asing. Malah kerajaan Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal bagi perbelanjaan pembangunannya.c) Kesimpulan Tanzimat yang berlaku dalam kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun dirancang untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negetif disebabkan pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong kea rah pemupukan sekularisme, sedangkan Islam mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan kerajaan ini ke tangan individu yang berfikiran sekular.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 8

Sejauhmanakah faktor politik membawa kepada pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.

Pendahuluan Pembentukan negara bangsabermula hasil daripada kesedaran semangat nasionalisme iaitu perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara bangsa daripada penguasaan dan cengkaman kuasa asing. Di Turki kesedaran semangat kebangsaanini telah membawa kepada kemunculan negara bangsa di Turki. Kesedaran ini semakin kuat kerana negara mereka dijajah, melalui kekalahan dalam Perang Dunia Pertama. Ekoran ini negara Turki telah dibahagi-bahagikan. kesan daripada penjajahan ini telah membawa kepada pembentukan negara bangsadi Turki pada abad ke-20, yang disebabkan oleh beberapa faktor. Dalam halini faktor politik , merupakan salah satu faktor yang membawa kepada pembentukan negara bangsa di negara ini.Isi1. Politika. Masalah Dalaman pemerintahan negara Turki- Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.- Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.- Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.- Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan Equality, Fraternity, Liberty and Justice. -Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.- Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.-Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.-Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusia dan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.-Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan. Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Talat Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi Turki.

b. Tindakan kuasa barat Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah. Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

c. Gerakan pan-Islamie/ gerakan islah Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia. Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat. Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam. Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

2. Faktor laina. Faktor ekonomi Menangani hutang negara. Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian. Membangunkan teknologi menerusi komunikasi dan pengangkutan. Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara. Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya. Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah. Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling. Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam. Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini. Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini. Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

b. Faktor sosial Pendidikan. Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam. Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah. Faktor hubungan dengan golongan minoriti. Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah. Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi. Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah. Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.Kesimpulan Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah. Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat. Faktor politik merupakan faktor utama pencetus ke arah pembentukan negara bangsa dan faktor lain sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20.

1


Top Related