Transcript
Page 1: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3001

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

3.1 Pengenalan

Perihal Perancangan Bandar dan Kampung telah diperuntuk-kan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sebagai Senarai Bersama di mana kuasa eksekutif dan kuasa perundangan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (Lampiran 3.1).

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) diperbuat menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang dibuat bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. Struktur perancangan yang lebih dinamik diperlukan bagi menghadapi aliran pembangunan negara yang semakin berkembang pesat. Akta 172 telah digubal untuk menghasilkan perancangan yang lebih sistematik. Melalui Akta 172, sekali lagi bidang perancangan bandar mengalami satu titik tolak baru yang mencorakkan disiplin perancangan bandar di negara ini hingga ke hari ini. Akta 172, memperuntukkan bahawa sistem rancangan pembangunan di negara ini adalah meliputi tiga peringkat utama iaitu Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan. Falsafah perancangan juga telah beranjak daripada bentuk pelan pengezonan guna tanah fizikal kepada perkara yang lebih komprehensif, terbuka, terperinci dan lebih kompleks iaitu meliputi aspek sosial dan ekonomi selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan cabaran pembangunan negara semasa.

Akta 172 menyediakan kerangka undang-undang dan prosedur untuk polisi, pentadbiran, merancang, mengatur, mengawal dan menguatkuasakan aktiviti perancangan bandar dan desa di negeri-negeri Semenanjung Malaysia. Akta ini menjelaskan serta menetapkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan tanah dan bangunan dalam bidang kuasa pihak pentadbiran mengikut dasar kebangsaan dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Akta 172 ini telah diterima pakai di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan tidak dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sabah dan Negeri Sarawak. Akta 172 adalah merupakan suatu:

Page 2: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3002

i. jentera perancangan dan sistem baru di dalam negeri dan kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatannya.

ii. asas untuk menggalakkan pembentukan dasar-dasar negara, wilayah dan negeri serta menterjemahkannya ke dalam bentuk fizikal di peringkat tempatan;

iii. tatacara dan sistem yang tegas serta lebih menitikberatkan keperluan-keperluan awam;

iv. keperluan undang-undang untuk mengenal pasti kawasan-kawasan utama (kawasan-kawasan khas) dan untuk mengambil tindakan membangunkannya dalam tempoh yang ditetapkan;

v. rangka perundangan bagi perancangan, pengawalan dan pemajuan kawasan-kawasan yang dimaksudkan;

vi. sistem rayuan yang membolehkan pihak terkilan terhadap sesuatu keputusan perancangan membuat rayuan melalui lembaga rayuan;

vii. tatacara yang sesuai bagi pengawalan dan penguatkuasaan aktiviti perancangan melalui penyusunan tiap-tiap langkah yang seharusnya diambil;

viii. sistem pengurusan kewangan bagi penyediaan kemudahan-kemudahan awam melalui pungutan bayaran pemajuan sekiranya terdapat kenaikan nilai sesuatu tanah itu akibat dari sesuatu perancangan dan pemajuan;

ix. satu sistem untuk pemajuan tanah yang terlibat dalam notis pembelian di mana tanah tersebut tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah kerana ianya telah dizonkan atau digazet dalam rancangan pemajuan sebagai maksud kepentingan awam, atau tertakluk kepada sesuatu notis rekuisisi (permintaan);

x. sistem pemajuan tanah melalui perisytiharan kawasan pemajuan, yang membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan mengambil semua tanah milik di dalam kawasan itu dan memajukannya; dan

xi. sistem yang membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan menubuhkan perbadanan bagi memajukan

Page 3: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3003

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kawasan pemajuan, melantik atau menggaji ejen, atau membuat perkiraan bagi pekongsian untung, penyatuan kepentingan, kerjasama, usahasama, atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat atau badan.

Sebarang proses untuk membuat semakan, pindaan dan menggubal Rang Undang-undang pindaan Akta 172 melibatkan pelbagai pihak dan perlu melalui peringkat-peringkat berikut:

i. Jawatankuasa Pelaksanaan Akta 172 peringkat JPBD, dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah II;

ii. Mesyuarat Pengarah Negeri, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa;

iii Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan peringkat JPBD, dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa;

iv. Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); dan

v. Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara, dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Setelah Rang Undang-undang diluluskan oleh Parlimen, semua pengarah-pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri, seperti ditafsirkan dalam seksyen 2 Akta 172, adalah bertanggungjawab untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri masing-masing mengenai prosedur pewartaan dan tarikh mula penguatkuasaan bahagian-bahagian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pindaan-pindaannya dalam Negeri. Pindaan Akta yang telah mendapat kelulusan MMKN untuk diterima pakai hendaklah dikemukakan kepada Y.B. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk persetujuan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta 172 di Negeri dan ianya hendaklah disiarkan dalam Warta Negeri demi mengelakkan kekeliruan dan implikasi teknikal yang mungkin timbul dalam pelaksanaan perundangan di Negeri terbabit.

Page 4: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3004

3.2 Pindaan-Pindaan Kepada Akta 172

Semenjak Akta 172 diluluskan pada tahun 1976, ia telah dipinda sebanyak empat (4) kali iaitu pindaan pada tahun 1993 (Akta A866), pindaan tahun 1995 (Akta A933), pindaan tahun 2001 (Akta A1129) dan yang terkini pada tahun 2007 (Akta A1313). Pada asalnya Akta 172 mengandungi 9 bahagian dengan 59 seksyen tetapi setelah pindaan sehingga tahun 2007 ia telah bertambah kepada 12 bahagian dengan 82 seksyen. Tujuan utama kesemua pindaan-pindaan kepada Akta 172 dari tahun 1995 sehingga 2007 adalah untuk memastikan Akta 172 ini dapat memenuhi kehendak rakyat seiring dengan perkembangan sektor ekonomi, sosial dan politik negara; menangani pelbagai isu pelaksanaan yang wujud akibat kegiatan perancangan dan pembangunan tanah yang tidak terancang; dan memberikan kuasa eksekutif kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan pihak berkuasa perancang tempatan menjalankan kegiatan merancang dan mengawal kegiatan guna tanah di kawasan-kawasan kerajaan tempatannya mengikut kehendak undang-undang dan dasar-dasar yang digubal di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Pembangunan ekonomi yang pesat dalam tahun 1990-an memberi tekanan kepada pembangunan fizikal dan meningkatkan keperluan untuk memperkemaskan lagi sistem pemajuan dan kawalan guna tanah bagi memberi hala tuju yang lebih kukuh dalam menangani arus perbandaran dan pemodenan negara. Pindaan ini adalah dibuat demi mempertingkatkan kelicinan dan keberkesanan dalam perkara-perkara berkaitan dengan perancangan bandar dan desa di semua peringkat pentadbiran di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

3.2.1 Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1993 (Akta A866)

Akta 172 telah dipinda buat pertama kali pada tahun 1993 dan dikenali sebagai Akta A866. Pindaan ini memasukkan peruntukan untuk memastikan bahawa keperluan sistem pembetungan seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) diambil kira oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam menimbang permohonan kebenaran merancang. Ini adalah selaras

Page 5: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3005

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

dengan pewujudan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun Akta 508 kini telah dimansuhkan dan diganti dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 654) dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655). (Rujuk Lampiran 3.2).

3.2.2 Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)

Berikutan tragedi keruntuhan blok A di Highlands Towers di Mukim Hulu Klang, Selangor pada 11 Disember 1993, jawatankuasa khas kabinet yang diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyarankan supaya pindaan dibuat kepada Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Peristiwa ini telah menguatkan kesedaran tentang perlunya satu usaha untuk menangani isu-isu persekitaran secara serius seperti pengekalan dan pemeliharaan sumber semula jadi, penghijauan alam sekitar serta perlindungan bangunan yang mempunyai warisan sejarah dan seni bina tersendiri, yang mempunyai hubungan langsung dengan aktiviti perancangan bandar dan desa.

Atas ketetapan untuk meningkatkan kepentingan pemeliharaan alam persekitaran fizikal, Akta A933 diperkenalkan dengan mengenakan syarat-syarat tambahan semasa memberikan kebenaran merancang berhubung dengan larangan penebangan pokok, pemotongan bukit dan penjagaan topografi dan lanskap semula jadi sekitar kawasan itu. Ini kerana masih terdapat kejadian pemotongan bukit secara berleluasa, penebangan pokok tanpa had dan kerja-kerja yang merosakkan topografi serta lanskap semulajadi tanpa batasan yang berlaku di merata tempat khususnya di kawasan-kawasan pembangunan.

Cadangan pindaan kepada Akta 172 telah dibawa ke Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan kali ke 42 pada 30 September 1994. Majlis ini telah menerima dan menyokong cadangan tersebut. Sehubungan itu, pada bulan September 1995, Parlimen telah meluluskan Rang Undang-Undang ini dan seterusnya mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 20 Oktober 1995. Akta 172 dikenali sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933). Pindaan-pindaan yang diperkenalkan melalui

Page 6: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3006

pindaan pada tahun 1995 melalui Akta A933 ialah seperti berikut:

i. penyediaan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP), pelan susun atur dan penyediaan pelan oleh orang yang berkelayakan;

ii. pemeliharaan dan penanaman pokok melalui peruntukan larangan menebang pokok melebihi 0.8 meter lilitan dan perintah pemeliharaan pokok;

iii. pemeliharaan keadaan asal topografi tanah; daniv. perlindungan bangunan sejarah, warisan dan seni

bina tersendiri.

Secara umumnya, pindaan yang diperkenalkan melalui Akta A933 ini berupaya memperkukuhkan jentera pentadbiran perancangan bandar dan desa, memperkemaskan proses dan tatacara yang terdapat dalam kegiatan perancangan bandar. Selain itu Akta A933 ini juga menggalakkan supaya semua pihak bertindak dengan lebih bertanggungjawab dari segi undang-undang dalam menjalankan kegiatan perancangan dan pembangunan guna tanah. (Rujuk Lampiran 3.3).

3.2.3 Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129)

Cadangan Pindaan Akta 172 pada tahun 2001 adalah berdasarkan kepada objektif untuk membolehkan Kerajaan Persekutuan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memulihkan ekonomi negara melalui pertumbuhan dan pembangunan yang sihat dalam sektor hartanah. Akta 172 ini dipinda melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129). Ini merupakan langkah untuk menentukan semua keputusan yang berkaitan dengan aktiviti pembangunan fizikal adalah berasaskan kepada keperluan pasaran sebenar. Keseimbangan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan dalam merancang guna tanah dan menentukan kelulusan pembangunan adalah sangat penting. Oleh itu, pindaan kepada Akta 172 pada tahun 2001 adalah untuk mencapai tujuan berikut:-

i. untuk menyepadukan peruntukan-peruntukan berkenaan dengan dasar dan pentadbiran bagi perancangan guna tanah dan pembangunan di peringkat Persekutuan, Negeri dan tempatan dengan tujuan untuk mengimbangi kuasa

Page 7: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3007

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

bagi membolehkan perancangan yang sistematik dan cekap dalam pengurusan pembangunan sektor hartanah ke arah pertumbuhan ekonomi yang sihat di negara ini;

ii. untuk mengimbangi dan mengintegrasikan peranan dan tanggungjawab di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah dan bangunan melalui penggunaan rancangan pemajuan dan lain-lain pelan pembangunan fizikal negara ke arah membantu memulihkan ekonomi; dan

iii. untuk memperkukuhkan peranan dan fungsi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam aktiviti pengawalan, pemantauan dan penyelarasan pengagihan sumber serta kelulusan pembangunan yang saksama dan adil, yang diperlukan ke arah memenuhi objektif meminimumkan konflik guna tanah, mempertingkatkan kualiti alam persekitaran dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

iv. untuk mewujudkan peranan eksekutif Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa selaras dengan semangat tanggungjawab bersama yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Bagi memastikan peranan ini dijalankan dalam Akta 172 itu, maka Perkara 74 (1) dan Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan telah dimasukkan sebagai kuasa pemboleh.

Pindaan kepada Akta 172 ini telah dibentang dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 25 April 2001 dan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan pada 4 Mei 2001. Lanjutan daripada itu, cadangan pindaan Akta 172 telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 30 Julai 2001 dan di Dewan Negara pada 13 Ogos 2001. Setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong pada 6 September 2001, Akta A1129 diwartakan pada 27 September 2001. (Rujuk Lampiran 3.4).

Pindaan-pindaan ini telah melibatkan perkara-perkara berikut:

i. penubuhan Majlis Perancang Fizikal Negara (Majlis);

ii. bidang tugas dan fungsi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa;

Page 8: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3008

iii. Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri sebagai pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan di luar pihak berkuasa tempatan;

iv. penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah;

v. penyediaan Rancangan Fizikal Negara;

vi. peranan Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri dalam penyediaan rancangan pemajuan;

vii. kewajipan untuk berunding antara agensi/jabatan Kerajaan dengan Jawatankuasa Perancang Negeri tentang apa-apa aktiviti pemajuan yang dicadangkan;

viii. tafsiran ‘tanah berjiran’; dan

ix. jenis-jenis pembangunan yang perlu mendapatkan nasihat Majlis.

3.2.4 Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Pindaan) 2007 (Akta A1313 )

Susulan daripada pewujudan Rang Undang-undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan Rang Undang-undang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal 2007, didapati beberapa peruntukan di dalam Akta 172 perlu dipinda. Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan Kali ke-58 pada 22 Jun 2007 telah memutuskan bahawa pindaan ini adalah perlu bagi memastikan keseragaman kuasa eksekutif pada Kerajaan Persekutuan berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Rang undang-undang perancangan bandar dan desa telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negara pada 18 Julai 2007. Rang undang-undang ini seterusnya diwartakan sebagai Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2007 (Akta A1313) pada 30 Ogos 2007.

Salah satu keperluan pindaan dibuat adalah membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan mengambil kira peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) semasa mempertimbangkan suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang. Pindaan ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan

Page 9: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3009

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

sisa pepejal dan pembersihan awam serta memastikan tiada percanggahan dan pertindihan dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Akta A1313 ini hanya akan berkuat kuasa di sesuatu Negeri mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan persetujuan Menteri dan disiarkan dalam pemberitahuan Warta Negeri. (Rujuk Lampiran 3.5).

3.3 Kandungan Akta 172 dan Ulasan Mengikut Seksyen

Semasa Akta 172 mula diperkenalkan, ianya mengandungi 9 Bahagian dan kemudiannya selepas empat kali pindaan mengandungi 12 Bahagian seperti berikut:

Bahagian 1 Permulaan Bahagian II Dasar dan Pentadbiran Bahagian IIA Jawatankuasa Perancang Wilayah Bahagian IIB Rancangan Fizikal Negara Bahagian III Rancangan Pemajuan Bahagian IV Kawalan Perancangan Bahagian V Caj Pemajuan Bahagian VA Perintah Pemeliharaan Pokok Bahagian VI Lembaga Rayuan Bahagian VII Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah Bahagian VIII Kawasan Pemajuan Bahagian IX Peruntukan Pelbagai

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan pindaan-pindaan kepadanya yang telah dibuat sehingga tahun 2007 akan dihurai secara jelas. Setiap pindaan ditunjukkan dengan warna yang berbeza seperti berikut:

i. Akta A866 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993

ii. Akta A933 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995

iii. Akta A1129 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001

iv. Akta A1313 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2007

Bagi tujuan huraian, beberapa contoh kes mahkamah yang berkaitan dengan seksyen tertentu adalah dicatat dan dirujuk silang dengan Bab 6.

Page 10: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3010

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN IPERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN IIDASAR DAN PENTADBIRAN

2A. Majlis Perancang Fizikal Negara 2B. Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa 3. Dasar perancangan am

4. Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya

5. Pihak berkuasa perancang tempatan

6. Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan

BAHAGIAN IIAJAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH

6A. Jawatankuasa Perancang Wilayah

BAHAGIAN IIB RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

6B. Rancangan Fizikal Negara

BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMAJUAN

7. Tinjauan kawasan perancangan

8. Penyediaan draf rancangan struktur

Page 11: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3011

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

9. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur

10. Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa

11. Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur

11A. Tatacara kajian semula rancangan struktur

11B. Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur

12. Penyediaan draf rancangan tempatan12A. Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan

tempatan

13. Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan

14. Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan

15. Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan

16. Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan

16A. Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri

16B. Rancangan kawasan khas

17. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

BAHAGIAN IVKAWALAN PERANCANGAN

18. Penggunaan tanah dan bangunan

19. Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang

20. Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

20A. Kewajipan untuk berunding

21. Permohonan untuk kebenaran merancang

Page 12: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3012

21A. Laboran cadangan pemajuan

21B. Pelan susun atur

21C. Penyediaan pelan , dsb. oleh seseorang yang berkelayakan

22. Layanan terhadap permohonan

23. Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

24. Luputnya kebenaran merancang

25. Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan

26. Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan

27. Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 19

28. Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 20

29. Penguatkuasaan dalam hal pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai

30. Notis rekuisisi

31. Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa

31A. Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan

rancangan pemajuan

BAHAGIAN VCAJ PEMAJUAN

32. Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya

33. Penentuan caj pemajuan

34. Pembayaran caj pemajuan

35. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

Page 13: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3013

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAHAGIAN VAPERINTAH PEMELIHARAAN POKOK

35A. Perintah pemeliharaan pokok

35B. Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tertakluk kepada syarat-syaratnya

35C. Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok, dsb.

35D. Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok35E. Penggantian pokok

35F. Pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menggantikan pokok jika orang yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat demikian

35G. Pembatalan perintah pemeliharaan pokok

35H. Larangan untuk memotong, dsb. pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter

BAHAGIAN VILEMBAGA RAYUAN

36. Lembaga Rayuan BAHAGIAN VIINOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH

37. Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu

BAHAGIAN VIIIKAWASAN PEMAJUAN

38. Perisytiharan kawasan pemajuan

39. Kuat kuasa perisytiharan

40. Peruntukan khas bagi pampasan

41. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen, membuat perkiraan, dan menubuhkan perbadanan

42. Kuasa untuk meminjam wang

Page 14: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3014

43. Kuasa untuk melupuskan tanah dan harta

44. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

BAHAGIAN IXPERUNTUKAN PELBAGAI

45. Kuasa memasuki

46. Penyampaian dokumen

47. Pengesahan dokumen

48. Bukti dokumentar

49. Keistimewaan daripada pengemukaan dokumen dan kehadiran sebagai saksi

50. Pendakwaan

51. Bidang kuasa mahkamah

52. Penalti oleh sebab mengganggu tanda

52A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

53. Pekhidmat awam

54. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

55. Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian

56. Pemakaian Akta 119 bagi siasatan atau pendengaran tempatan

57. Pengecualian daripada fi dan caj

58. Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

59. Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada

Page 15: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3015

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 172

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Suatu Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang dibuat bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia:

DAN BAHAWASANYA adalah juga suai manfaat peruntukan dibuat untuk memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan mengenai perkara tertentu berhubung dengan pengawalan dan pengawalseliaan perancangan bandar dan desa: OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan, MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: _______________________________________________________________

Ulasan

Tujuan utama Akta 172 digubal adalah untuk mewujudkan satu sistem kawalan dan peraturan yang lengkap dan seragam bagi kegiatan perancangan bandar dan desa serta perkara lain yang berkaitan dengan aktiviti perancangan dan guna tanah di Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Akta 172 juga memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang dan dasar undang-undang yang dibentuk dapat merealisasikan satu sistem pentadbiran perancangan bandar dan desa yang efektif dan efisien di Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Menurut Fasal (1) Perkara 74, perkara perancangan bandar dan desa adalah perkara yang disebut di bawah Senarai Bersama Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan 1957. Ini membolehkan Parlimen menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa, dan untuk memberi kuasa eksekutif kepada kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara berkaitan dengan

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Dimasukkan A1129

Dimasukkan A1129

Page 16: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3016

perancangan bandar dan desa. Dengan itu, aktiviti perancangan bandar dan desa akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui perseimbangan dan tanggungjawab bersama kuasa eksekutif di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah penting untuk menghormati dan memberikan jaminan kepada Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang berkuasa dalam mentadbir Negeri masing-masing bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mengambil alih pentadbiran Negeri-negeri secara keseluruhan. Dengan yang demikian, kesemua pihak perlu bertindak secara berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing supaya tidak menceroboh atau melangkau kuasa yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957.

Akta 172 adalah undang-undang yang hanya boleh dikuatkuasakan di Negeri-negeri setelah diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Tatacara penerima pakaian Akta 172 adalah penting sebab mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan setelah dipersetujui sewaktu penubuhan Persekutuan Malaysia dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1957.

Page 17: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3017

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAHAGIAN IPERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa dalam sesuatu Negeri pada tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri, dengan persetujuan Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh menjalankan kuat kuasa Akta ini dengan apa-apa cara yang difikirkannya paling berfaedah, sesuai, suai manfaat, atau boleh dilaksanakan, sama ada dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini, dengan menetapkan tarikh yang berlainan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bagi bahagian yang berlainan kawasan itu, dengan menjalankan kuasa suatu peruntukan secara am dalam Negeri itu dan pada masa yang sama mengisytiharkan bahawa, selama tempoh atau sehingga masa yang ditentukan, peruntukan itu hendaklah terpakai atau tidak terpakai bagi atau berhubung dengan sesuatu pihak berkuasa perancang tempatan atau kawasan atau mana-mana bahagian daripada kawasan suatu pihak berkuasa perancang tempatan hanya setakat yang ditentukan sahaja, atau dengan apa-apa cara lain.

Ulasan

Akta 172 dinamakan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) telah digubal oleh Parlimen menurut perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan 1957, bertujuan untuk mewujudkan undang-undang perancangan bandar dan desa yang seragam bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ini bermaksud bahawa Perkara 76(4) memberi kuasa eksekutif kepada Kerajaan Negeri walaupun aktiviti perancangan bandar dan desa adalah tersenarai dalam Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Akta 172 hanya boleh dilaksanakan dan berkuat kuasa di Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia apabila diterima pakai mengikut tatacara yang telah diperuntukkan dalam seksyen ini. Negeri-negeri Semenanjung Malaysia yang dimaksudkan di bawah subseksyen 1(1) merupakan negeri-negeri yang berada di Semenanjung Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-

Digantikan Akta A1129

Page 18: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3018

negeri tersebut terdiri daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, tidak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Negeri Sabah dan Sarawak.

Pemakaian Akta 172 di setiap negeri memerlukan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh atau tarikh penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana bahagian Akta 172 oleh Pihak Berkuasa Negeri. Setelah persetujuan diberikan oleh Menteri, pemberitahuan mengenai tarikh berkuatkuasanya Akta 172 di negeri-negeri hendaklah dibuat melalui Warta Negeri. Pihak Berkuasa Negeri adalah bermaksud kepada Raja atau Sultan yang bertindak dan membuat keputusan menurut nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Subseksyen 1(3) adalah memberi kuasa budi bicara kepada Pihak Berkuasa Negeri menentukan sama ada ingin menetapkan suatu tarikh untuk menguatkuasakan keseluruhan Akta di semua kawasan pihak berkuasa tempatan di negeri tersebut atau menguatkuasakan Bahagian I, II atau III pada satu tarikh manakala bahagian-bahagian yang lain pada satu tarikh yang lain. Pihak Berkuasa Negeri juga boleh menguatkuasakan keseluruhan Akta 172 hanya kepada suatu kawasan pihak berkuasa tempatan dan mengecualikan pihak berkuasa perancang tempatan yang lain. Dalam hal ini, Pihak Berkuasa Negeri bebas untuk memilih mana-mana cara yang difikirkan sesuai, berfaedah, memanfaatkan dan praktikal untuk menguatkuasakan Akta 172.

Akta 172 memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri bertanggungjawab secara sepenuhnya dalam pentadbiran dan merancang kegunaan dan memajukan kesemua tanah dalam kawasannya. Pihak berkuasa tempatan pula diberi kuasa untuk merancang, mengawal dan memelihara kesemua tanah dan bangunan dalam kawasan mereka.

Tafsiran

2. (1) Dalam Akta 172, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"bangunan" termasuklah apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan atau tidak digunakan sebagai kediaman manusia, dan apa-apa tembok, pagar, pelantar, perancah, pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, papan dendeng, pelancar, limbungan, dermaga, tembok sambut, jeti, pentas pangkalan atau jambatan, dan apa-apa struktur, topang atau asas yang bersambung pada atau dengan mana-mana daripada struktur itu;

Page 19: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3019

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

"caj pemajuan" ertinya caj pemajuan yang disebut dalam seksyen 32;

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah;

"jalan" ertinya mana-mana jalan awam atau persendirian, dan termasuklah mana-mana lebuh, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, atau lebuh raya, sama ada tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4;

"jawatankuasa perancang wilayah" berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya jawatankuasa perancang wilayah yang ditubuhkan bagi kawasan itu di bawah Seksyen 6A;

"kaedah-kaedah" ertinya kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;

"kawasan pemajuan" ertinya suatu kawasan pemajuan yang diisytiharkan di bawah subseksyen 38(1);

"kawasan khas" ertinya kawasan yang ditetapkan di bawah Seksyen 16B;

"kawasan plinth" ertinya bahagian kawasan daripada mana-mana lot yang akan diliputi oleh bangunan;

"kebenaran merancang" ertinya kebenaran yang diberikan dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan;

"kepadatan" ertinya keamatan penggunaan tanah yang dihitung atau dinyatakan mengikut bilangan orang, unit kediaman, atau bilik yang boleh didiami, atau apa-apa gabungan faktor itu, bagi satu unit kawasan tanah; dan bagi maksud takrif ini, “bilik yang boleh didiami” tidaklah termasuk dapur, bilik stor, bilik utiliti, tandas, bilik mandi, atau garaj;

"kemudahan" termasuklah jalan, bekalan air dan elektrik, lampu jalan, pembetungan, parit, kerja raya, dan perkhidmatan dan kemudahan awam lain yang seumpama dengannya;

"kerja bangunan" ertinya meruntuhkan, mendirikan, mendirikan semula, atau meluaskan sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya dan termasuklah-

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 20: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3020

(a) apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai suatu bangunan;

(b) membuat bumbung atau membuat semula bumbung suatu bangunan atau sebahagian daripadanya;

(c) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menjejaskan atau mungkin akan menjejaskan susunan saliran atau kebersihan atau keteguhannya;

(d) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan, sama ada dibuat sebelum atau selepas bangunan itu siap, yang menyimpang dengan apa-apa cara daripada mana-mana pelan atau tentuan berkenaan dengan bangunan itu, yang diluluskan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk meluluskan pelan atau tentuan itu;

(e) apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menjejaskan secara material atau mungkin akan menyentuh secara material bangunan itu dengan apa-apa cara; dan

(f) apa-apa kerja lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang yang menjalankan urusan pembinaan bangunan;

"kerja kejuruteraan" termasuklah membentuk atau meratakan tanah, membentuk atau menyediakan jalan masuk ke suatu jalan, atau memasang kabel, sesalur, atau menyediakan bekalan air atau saliran;

"kerja tanah" termasuklah apa-apa perbuatan mengorek, merata, menimbus dengan apa-apa bahan, atau menebang pokok atas mana-mana tanah, atau apa-apa perbuatan lain yang menyentuh atau mengganggu mana-mana tanah;

"keselesaan" ertinya kualiti atau keadaan suatu tempat atau kawasan yang menyebabkannya menjadi seronok, harmoni dan dapat dinikmati dengan lebih baik, dan termasuklah kawasan lapang, taman, taman rekreasi dan tempat permainan;

"Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa" ertinya Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa yang fungsinya dinyatakan terutamanya dalam Seksyen 2B;

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Page 21: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3021

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

"laporan cadangan pemajuan" ertinya laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan oleh seseorang pemohon bagi kebenaran merancang di bawah subseksyen 21A(1);

"Lembaga Rayuan" ertinya Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 36;

"luas lantai" ertinya jumlah luas ruang lantai dalam suatu bangunan sebagaimana yang diukur dari sebelah luar dinding atau, dalam hal dinding kongsi, diukur dari tengah-tengah dinding itu;

"Majlis" ertinya Majlis Perancang Fizikal Negara yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2A;

"menebang pokok" termasuklah memotong, memangkas, mencantas, mencabut, merosakkan atau memusnahkan pokok;

"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;

"nisbah plot" ertinya nisbah antara jumlah luas lantai suatu bangunan dengan luas plot bangunan sebagaimana yang diukur antara garisan sempadan ukur atau, jika tidak ada garisan sempadan ukur, antara garisan sempadan sementara;

"notis pembelian" ertinya sesuatu notis pembelian yang disebut dalam Seksyen 37;

"notis rekuisisi" ertinya sesuatu notis rekuisisi yang disebut dalam Seksyen 30;

"orang diberi kuasa", berhubung dengan mana-mana peruntukan, ertinya seseorang yang ditetapkan secara bertulis oleh pihak berkuasa perancang tempatan sebagai seorang yang diberi kuasa bagi maksud peruntukan itu;

"pelan" termasuklah laporan, lakaran, peta dan model;

"pemajuan" ertinya menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian, atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah; dan "memajukan" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A933

Page 22: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3022

"pemunya", berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya-

(a) tuan punya berdaftar tanah itu;

(b) jika, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan, tuan punya berdaftar tanah itu tidak dapat dikesan, ejen atau pemegang amanahnya;

(c) jika tuan punya berdaftar tanah itu telah mati, wakil dirinya di sisi undang-undang; atau

(d) jika tiada seorang pun antara orang yang disebut dalam perenggan (a), (b) dan (c) wujud, orang yang pada masa ini menerima sewa tanah atau bangunan itu, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi seseorang yang lain atau sebagai seorang penerima, atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau bangunan itu disewakan;

"penghuni", berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, termasuklah -

(a) seseorang penyewa tanah atau bangunan itu;

(b) seseorang pemunya tanah atau bangunan itu yang menghuni atau selainnya menggunakan tanah atau bangunan itu; atau

(c) seseorang yang sebenarnya menghuni tanah atau bangunan itu atau yang memegang tanggungjawab, mengurus, atau mengawalnya, sama ada bagi pihaknya sendiri atau sebagai ejen seorang lain,

tetapi tidak termasuk seseorang penumpang;

"Pengarah Negeri", berhubung dengan suatu Negeri, ertinya Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bagi Negeri itu;

"penggunaan", berhubung dengan mana-mana tanah, ertinya apa-apa penggunaan tanah selain semata-mata untuk penyimpanan atau penstoran bahan dan kelengkapan yang dicadangkan untuk digunakan dalam pembinaan atau pendirian suatu bangunan di atas tanah itu, atau semata-mata sebagai suatu tempat bagi bangunan sementara untuk kediaman pekerja yang terlibat dalam pembinaan atau pendirian bangunan itu;

Digantikan Akta A1129

Page 23: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3023

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

"perintah pemeliharaan pokok" ertinya perintah pemeliharaan pokok yang dibuat di bawah Seksyen 35A;

"pertanian" termasuklah hortikultur, perladangan, penanaman tanaman, pokok buah-buahan, sayur-sayuran, atau pokok-pokok, penanaman tumbuh-tumbuhan untuk digunakan sebagai makanan binatang, perladangan tenusu, pembiakan dan pemeliharaan ternakan, ikan atau lebah, dan menggunakan tanah bagi maksud tambahan pada mana-mana kegiatan itu atau pada mana-mana kegiatan itu atau pada mana-mana kegiatan pertanian yang lain; tetapi tidak termasuk menggunakan tanah sebagai sebuah taman untuk digunakan bersama dengan suatu bangunan yang bercantum pada tanah itu; dan "pertanian" hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

"pihak berkuasa perancang tempatan", berhubung dengan sesuatu kawasan, hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 5 dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya pihak berkuasa perancang tempatan, sebagaimana yang ditafsirkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;

"pihak berkuasa tempatan" ertinya mana-mana majlis bandaraya, majlis perbandaran, perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar, atau mana-mana pihak berkuasa lain seumpamanya yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

"rancangan fizikal negara" ertinya rancangan fizikal yang meliputi Semenanjung Malaysia yang disediakan dan diluluskan di bawah Seksyen 6B;

"rancangan pemajuan", berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya-

(a) rancangan tempatan bagi kawasan itu; atau

(b) jika tiada rancangan tempatan bagi kawasan itu, rancangan struktur bagi kawasan itu;

dan, berhubung dengan sesuatu tanah atau bangunan, ertinya rancangan pemajuan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak;

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Page 24: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3024

"rancangan struktur", berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya rancangan struktur bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan rancangan itu, yang berkuat kuasa dalam kawasan itu menurut subseksyen 10(6); dan berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan ertinya rancangan struktur, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak; dan "draf rancangan struktur" hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

"rancangan tempatan", berhubung dengan sesuatu kawasan, ertinya rancangan tempatan bagi kawasan itu, dan apa-apa pengubahan rancangan itu, yang pada masa itu terpakai dalam kawasan itu menurut subseksyen 15(1); dan, berhubung dengan mana-mana tanah atau bangunan, ertinya rancangan tempatan, sebagaimana yang ditakrifkan sedemikian, bagi kawasan di mana tanah atau bangunan itu terletak; dan "draf rancangan tempatan" hendaklah ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya;

"tanah" termasuklah-

(a) permukaan bumi, dan segala benda yang menjadi permukaan bumi;

(b) segala benda di bawah permukaan bumi;

(c) segala tumbuh-tumbuhan dan keluaran semula jadi yang lain, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;

(d) segala benda, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi, yang bercantum pada bumi atau yang terpasang dengan kekal pada apa-apa benda yang bercantum pada bumi;

(e) tanah yang diliputi air; dan

(f) apa-apa harta atau kepentingan mengenai, atau hak ke atas, tanah;

"tanah lapang" ertinya mana-mana tanah sama ada dikepung atau tidak yang disusun atur atau dirizabkan untuk disusun atur keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin awam, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.

Digantikan Akta A933

Page 25: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3025

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(2) Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud Akta 172, apa yang dikatakan suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah, maka ditetapkan bahawa-

(a) penggunaan tanah sebagai suatu tempat untuk melonggokkan sampah sarap atau bahan buangan yang melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah itu, walaupun tanah itu mengandungi suatu tapak yang sudah pun digunakan bagi maksud itu, jika keluasan permukaan atau tingginya longgokan itu adalah dengan itu bertambah secara material;

(b) apa-apa penggunaan tanah atau penggunaan sebahagian daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan pemajuan yang melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan tanah itu.

(3) Bagi mengelakkan keraguan dalam menentukan, bagi maksud Akta 172, apakah yang menjadi suatu perubahan material mengenai penggunaan suatu bangunan, maka ditetapkan bahawa-

(a) apa-apa penambahan pada bilangan unit dalam suatu bangunan lebih daripada bilangan yang diluluskan pada asalnya oleh mana-mana pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang memberikan kelulusan itu melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;

(b) penggunaan suatu rumah tempat tinggal yang bukan pada asalnya dibina untuk kediaman manusia melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;

(c) apa-apa pengubahan atau tambahan pada bahagian bangunan itu, sama ada di sebelah atau bercantum pada bahagian luar bangunan itu, yang bersempadan dengan apa-apa garisan biasa jalan sebagaimana yang ditetapkan oleh atau ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan bangunan melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu;

(d) apa-apa penggunaan suatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang berlanggaran atau tidak selaras atau bertentangan dengan mana-mana peruntukan rancangan pemajuan melibatkan suatu perubahan material tentang penggunaan bangunan itu;

Page 26: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3026

(e) penggunaan bagi maksud lain suatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang pada asalnya dibina sebagai rumah tempat tinggal bagi melibatkan suatu perubahan material mengenai penggunaan bangunan itu.

________________________________________________________________

Ulasan

Takrifan-takrifan dalam seksyen 2 ini dimuatkan untuk memastikan penggunaan istilah undang-undang yang betul dan bersesuaian dengan konteks Akta 172. Tafsiran istilah-istilah juga penting bagi mengelakkan kekeliruan maksud istilah-istilah yang digunakan. Mana-mana istilah yang tidak diberikan tafsiran dalam Akta 172 hendaklah merujuk kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan mana-mana undang-undang bertulis yang berkaitan.

BAHAGIAN IIDASAR DAN PENTADBIRAN

Majlis Perancang Fizikal Negara

2A (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Majlis Perancang Fizikal Negara yang terdiri daripada -

(a) seorang Pengerusi, iaitu Perdana Menteri;

(b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu Timbalan Perdana Menteri;

(c) Menteri;

(d) Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan dan kerajaan tempatan, jika dia bukan juga Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan bandar dan desa;

(e) Menteri Kewangan;

(f) Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah;

(g) Menteri Besar atau Ketua Menteri tiap-tiap Negeri;

(h) Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan; dan

(i) tidak lebih daripada tujuh ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pengerusi.

Digantikan Akta A1129

Page 27: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3027

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(2) Fungsi Majlis Perancang Fizikal Negara adalah -

(a) untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai suatu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mapan di dalam negara;

(b) untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan

(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta ini.

(3) Majlis boleh dari semasa ke semasa memberi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

(4) Majlis boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.

(5) Majlis hendaklah bermesyuarat sekali tiap-tiap empat bulan dalam suatu tahun dan hendaklah, sebagai tambahan, bermesyuarat jika dan apabila Pengerusi memanggil mesyuarat;

(6) Majlis hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.________________________________________________________________

Ulasan

Majlis Perancang Fizikal Negara (Majlis) telah ditubuhkan pada tahun 2002 di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah peruntukan seksyen 2A Akta 172 (Pindaan) 2001 bagi mewujudkan satu sistem perancangan guna tanah yang seragam. Majlis merupakan badan tertinggi dalam hierarki yang membuat keputusan berkaitan hal-hal melibatkan perancangan bandar dan desa terutamanya pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di semua Negeri di Semenanjung Malaysia.

Majlis ini merupakan satu badan yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan dianggotai oleh semua Menteri Besar dan

Page 28: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3028

Ketua Menteri serta Menteri-menteri Kabinet yang disebutkan dalam peruntukan subseksyen 2A(1) Akta 172. Satu Jawatankuasa Kerja Majlis Perancang Fizikal Negara diwujudkan berdasarkan Pekeliling KP JPBD Bil. 1/2006.

Majlis ini bertindak sebagai forum perundingan bagi perkara-perkara berkaitan perancangan bandar dan desa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Majlis bertanggungjawab untuk mempromosikan proses perancangan bandar dan desa sebagai suatu mekanisme yang berkesan dan efisien bagi memperelok dan memelihara alam sekitar fizikal demi mencapai pemajuan mapan di dalam negara. Majlis mestilah memastikan bahawa semua tindakannya berada di dalam lingkungan rangka dasar negara. Ini adalah selaras dengan kehendak Kerajaan Persekutuan yang sedang giat mempromosikan konsep pembangunan mapan demi memelihara alam sekitar. Majlis juga memainkan peranan penting dalam membantu merealisasikan kehendak dasar-dasar Kerajaan Persekutuan dalam menyelaraskan ketidakseimbangan ekonomi dan pembangunan sosial yang mantap di seluruh negara.

Majlis juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan perselisihan faham di antara Pihak Berkuasa Negeri dengan mana-mana jabatan di peringkat Kerajaan Persekutuan, merumus dasar-dasar dan piawaian yang seragam, menyelaras aktiviti-aktiviti mengawal serta melaksanakan pendekatan yang bersesuaian terhadap pemeliharaan, kegunaan dan pembangunan tanah di seluruh negara. Menjadi keutamaan bagi Majlis mewujudkan suatu pelan induk nasional untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan ruang fizikal yang optimum di peringkat negara berdasarkan matlamat-matlamat ekonomi, sosial dan fizikal.

Keputusan yang dibuat oleh Majlis merangkumi perkara-perkara dasar di peringkat nasional. Majlis juga memutuskan penyelarasan dan pengubahsuaian dasar-dasar yang telah dibuat oleh negeri-negeri selaras dan tidak bercanggah dengan dasar-dasar pembangunan yang digubal di peringkat nasional.

Peruntukan ini memberikan Majlis kebebasan untuk menetapkan tatacara yang sesuai dalam melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya. Di dalam menentukan tatacara bagi perjalanan Majlis, satu Jawatankuasa Teknikal Kawal Selia telah diwujudkan di peringkat Persekutuan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia dan dianggotai oleh jabatan dan agensi teknikal di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan berkaitan. Jawatankuasa Teknikal ini bertindak sebagai satu forum untuk mewujudkan

Page 29: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3029

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kerjasama di peringkat persekutuan dan negeri bagi memastikan semua maklumat, perkara-perkara dan masalah pembangunan diteliti dan ditangani melalui perundingan bersama.

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa

2B. (1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa yang fungsinya ialah-

(a) untuk menjalankan, menggalakkan dan menyelaraskan penyelidikan berhubung dengan apa-apa aspek perancangan bandar dan desa;

(b) untuk menyiarkan laporan, buletin, perangkaan monograf dan terbitan lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya;

(c) untuk memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang ramai berkenaan dengan perancangan bandar dan desa;

(d) untuk membuat laporan kepada dan menasihati Majlis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan perancangan bandar dan desa dalam pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam negara dan mengenai apa-apa pindaan yang difikirkannya wajar kepada mana-mana undang-undang yang menyentuh perancangan bandar dan desa dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Majlis kepadanya;

(e) untuk mewujudkan dan mengekalkan hubungan dan kerjasama dengan setiap Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan perancangan bandar dan desa.

2) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menjadi Setiausaha kepada Majlis.________________________________________________________________

Ulasan

Peruntukkan ini bertujuan memperluaskan tugas, tanggungjawab dan fungsi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa. Fungsi utama Ketua Pengarah adalah untuk membuat penyelidikan berhubung dengan aspek perancangan bandar dan desa melalui penyediaan garis panduan perancangan dan piawaian perancangan. Ketua Pengarah juga memainkan peranan dalam penyiaran apa-apa laporan, buletin dan perangkaan monograf berkaitan perancangan bandar dan desa kepada orang ramai.

Digantikan Akta A1129

Page 30: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3030

Ketua Pengarah boleh menasihati Majlis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah dalam negara. Peruntukan ini juga membolehkan Ketua Pengarah memberikan nasihat kepada Majlis berkaitan langkah-langkah untuk mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan pembangunan semua tanah dalam negara dan melaksanakan apa-apa arahan dari Majlis untuk menjamin keberkesanan perancangan bandar dan desa.

Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia juga berfungsi sebagai urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara. Fungsi utama Ketua Pengarah adalah untuk membantu Majlis dalam semua perkara berkaitan dengan pentadbiran perancangan bandar dan desa di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui mesyuarat berkala. Ketua Pengarah juga mesti melaksanakan semua arahan yang dikeluarkan oleh Majlis apabila diminta oleh Majlis.

Dasar perancangan am

3. Tertakluk kepada Fasal (5) dan (6) Perkara 91 Perlembagaan, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-tiap pihak berkuasa tempatan di dalam Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri boleh, pada atau bagi maksud menunaikan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, dari semasa ke semasa memberikan arahan secara am kepada Jawatankuasa atau mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan Jawatankuasa atau pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu. ________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388), mentafsirkan “Pihak Berkuasa Negeri” seperti berikut:

‘berhubung dengan negeri-negeri Malaysia Barat, ertinya Raja atau Yang dipertua sesebuah Negeri dan termasuklah di Negeri Sembilan Yang dipertuan Besar yang bertindak bagi pihak dirinya sendiri dan Pembesar-pembesar memerintah’.

Pihak Berkuasa Negeri adalah badan eksekutif yang bertanggungjawab memerintah dan mentadbir negeri. Fungsi Pihak Berkuasa Negeri adalah sama seperti kabinet di peringkat Persekutuan. Mengikut

Page 31: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3031

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Perlembagaan Malaysia 1957, kuasa memerintah dan mentadbir negeri terletak ke atas Sultan /Raja /Yang Dipertuan Besar /Yang Dipertua yang merupakan ’Ruler in Council’. Kuasa ini dilaksanakan dengan nasihat dan perakuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). MMKN dipengerusikan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancang Negeri.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perkara-perkara berkenaan dengan tanah disenaraikan dalam Senarai Negeri. Ini bermakna, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa terhadap segala urusan berkenaan dengan tanah di negeri masing-masing termasuk pemilikan semua tanah yang belum diberi hak milik, pemberian hak milik, urusan jual-beli, pengambilan tanah untuk kegunaan awam dan sumber-sumber tanah. Kerajaan atau jabatan persekutuan yang ingin melaksanakan sebarang kawalan terhadap kegunaan tanah perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri terlebih dahulu. Misalnya, Peguam Negara telah menasihati Jabatan Alam Sekitar bahawa ia tidak boleh laksanakan kehendak untuk diadakan kajian impak alam sekitar (EIA) terhadap pembangunan di tanah bukit kerana perkara ini menyentuh bidang kuasa kerajaan negeri.

Perkara berkenaan dengan perancangan bandar pula adalah dalam Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berhak menjalankan aktiviti perancangan bandar. Walau bagaimanapun, oleh kerana perancangan bandar semestinya dijalankan di atas tanah, maka segala usaha kerajaan persekutuan untuk merancang hendaklah mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Di bawah Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri merupakan pihak berkuasa yang tertinggi dalam hal ehwal perancangan bandar di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan dalam negeri masing-masing. Seksyen 3 Akta ini memperuntukkan bahawa:

a. Pihak Berkuasa Negeri bertanggungjawab bagi dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan;

b. Pihak Berkuasa Negeri boleh memberi arahan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan; dan

c. Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan Pihak Berkuasa Negeri.

Page 32: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3032

Memandangkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri adalah pihak atau badan tertinggi dalam hierarki membuat keputusan di dalam Negeri dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri selalunya adalah muktamad dan tidak boleh dirayu kecuali jika dapat membuktikan bahawa keputusan tersebut telah dibuat di luar bidang kuasa yang telah diberikan oleh undang-undang (ultra vires).

Pihak Berkuasa Negeri diberikan kuasa mutlak dalam membuat dasar am berkenaan dengan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di dalam negeri masing-masing. Pihak Berkuasa Negeri dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah seksyen ini, boleh memberikan arahan secara am dari semasa ke semasa kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) atau mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan selagi ianya tidak berlawanan dengan peruntukan Akta 172, dan Jawatankuasa Perancang Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu.

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mematuhi Dasar Nasional yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara berkaitan dengan penggunaan tanah dalam Negeri-negeri. Perenggan 5 & 6 Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kewajipan Majlis Tanah Negara berunding dengan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Majlis Kewangan Negara dari semasa ke semasa bagi membentuk suatu dasar negara untuk memajukan dan mengawal serta mentadbir penggunaan tanah bagi tujuan perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain.

Pihak Berkuasa Negeri juga mesti mengambil kira semua dasar yang diperbuat di peringkat nasional, termasuk Rancangan Malaysia Lima Tahun, Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional, Rancangan Fizikal Negara dan pelbagai dasar yang akan digubal pada masa hadapan untuk memastikan pembangunan tanah dalam negara adalah mapan dan memberi faedah kepada semua orang.

Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan mestilah melaksanakan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri kecuali dalam keadaan di mana arahan tersebut didapati bercanggah dengan peruntukan Akta 172. Pihak Berkuasa Negeri diberikan kuasa budi bicara dalam menjalankan tanggungjawabnya melaksanakan dasar-dasar dan hendaklah memastikan ianya tidak melangkaui kuasa yang diberikan oleh Akta 172.

Page 33: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3033

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Jawatankuasa Perancang Negeri dan fungsinya

4. (1) Maka hendaklah ditubuhkan bagi Negeri suatu Jawatankuasa Perancang Negeri yang terdiri daripada -

(a) seorang Pengerusi, iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri;

(b) seorang Timbalan Pengerusi, iaitu seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;

(ba) tidak lebih daripada tiga orang ahli yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dari kalangan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang sekurang-kurangnya seorang daripadanya hendaklah menjadi ahli yang bertanggungjawab bagi dan yang portfolionya berhubungan dengan perancangan bandar dan desa di dalam Negeri;

(c) Setiausaha Kerajaan Negeri;

(d) Pengarah Negeri, yang hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa;

(e) Pengarah Tanah dan Galian Negeri;

(f) Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri itu;

(g) Pengarah Kerja Raya Negeri;

(h) Penasihat Undang-Undang Negeri;

(ha) Pegawai Kewangan Negeri;

(hb) Pegawai Kemajuan Negeri atau pegawai yang bertanggung-jawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri;

(hc) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sedemikian di Negeri; dan

(i) tidak lebih daripada empat ahli lain yang hendaklah dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Digantikan Akta A1129

DipotongAkta A1129

DigantikanAkta A933

DigantikanAkta A933DigantikanAkta A933

DigantikanAkta A933

Page 34: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3034

(2) Seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (1)(b) atau (i) hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya lebih awal atau pelantikannya dibatalkan lebih awal, memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya tetapi layak dilantik semula. (3) Seseorang ahli Jawatankuasa yang bukan seorang anggota perkhidmatan awam boleh dibayar apa-apa elaun yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

(4) Fungsi Jawatankuasa adalah-

(a) untuk menggalakkan dalam Negeri, dalam rangka dasar negara, pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan semua tanah di dalam Negeri;

(aa) untuk mengawal selia, mengawal, merancang dan menyelaraskan semua aktiviti pemajuan di dalam Negeri;

(b) untuk menasihati Kerajaan Negeri, sama ada dengan daya usahanya sendiri atau sebagai menyahut permintaan Kerajaan Negeri, mengenai perkara yang berhubungan dengan pemuliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah di dalam Negeri; dan

(c) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan perkaedahannya.

(5) Jawatankuasa boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menguatkuasakan arahan itu. (6) Jawatankuasa boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (4) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini. (7) Jawatankuasa boleh mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan atau pendengaran tempatan pada atau bagi maksud menjalankan mana-mana daripada fungsinya di bawah Akta ini. (8) Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri hendaklah menjadi penasihat utama kepada Jawatankuasa berkenaan dengan perkara

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 35: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3035

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa dan, sebagai Setiausaha Jawatankuasa, hendaklah bertanggungjawab menjalankan keputusan dan melaksanakan dasar Jawatankuasa; dan dalam atau bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah subseksyen ini, dia boleh menggunakan sumber kewangan, manusia dan sumber lain jabatannya.________________________________________________________________

Ulasan

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menubuhkan serta melantik ahli-ahli Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di mana keahliannya telah diperuntukkan dalam subseksyen 4(1). Keahlian Jawatankuasa Perancang Negeri telah ditambah melalui Akta A933 di mana terdapat penambahan tiga ahli iaitu Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Kemajuan Negeri dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri. Manakala pada 2001, melalui Akta A1129, tiga ahli baru ditambah dalam Jawatankuasa Perancang Negeri daripada kalangan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang portfolionya berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Pelantikan ahli-ahli ini hendaklah dibuat secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Menurut perenggan 4(1)(d), Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri yang bertanggungjawab sebagai penasihat utama kepada Jawatankuasa Perancang Negeri berhubung dengan perkara-perkara berkenaan perancangan bandar dan desa. Di samping itu, beliau bertanggungjawab membuat keputusan yang sewajarnya dalam melaksanakan dasar-dasar. Dalam keadaan kekosongan jawatan Pengarah Negeri yang sepatutnya bertindak sebagai Setiausaha dalam Mesyuarat Perancang Negeri, seorang pegawai lain yang dilantik untuk memangku tugas beliau mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas sebagai seorang Pengarah Negeri.

Selain daripada fungsi sedia ada di bawah perenggan 4(4)(a), (b) dan (c) Jawatankuasa Perancang Negeri telah diperkukuhkan dengan memasukkan fungsi baru untuk mengatur, mengawal dan menyelaras semua aktiviti pembangunan di dalam Negeri di bawah perenggan 4(4)(aa). Ini membolehkan Jawatankuasa Perancang Negeri menyelaraskan semua cadangan projek agensi kerajaan di bawah Rancangan Malaysia dengan mengambil kira rancangan pemajuan yang telah ada dalam kawasan pihak berkuasa tempatan. Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri kecuali dalam keadaan di mana arahan tersebut bercanggah dengan peruntukan Akta 172.

Page 36: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3036

Pihak berkuasa perancang tempatan

*5. (1) Tiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

†(2) Bagi mana-mana kawasan di dalam Negeri yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana pihak berkuasa tempatan, Pengarah Negeri hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan, dan sebutan mengenai "pihak berkuasa perancang tempatan" dalam Akta ini hendaklah disifatkan termasuk Pengarah Negeri apabila Pengarah Negeri itu melaksanakan fungsi pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan kawasan itu;

(3) (Dipotong olah Akta A1129)

(4) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi kepada Jawatankuasa apa-apa penyata dan maklumat yang berhubungan dengan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

*CATATAN - Pindaan Seksyen ini melalui Akta A1129 tidaklah menyentuh apa-apa permohonan belum selesai bagi kebenaran merancang berkenaan dengan suatu pemajuan atau apa-apa rayuan terhadap keengganan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memberikan kebenaran merancang atau terhadap apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 20(3) Akta ini - lihat seksyen 38 Akta A1129.

†CATATAN – Subseksyen ini tidak terpakai bagi Negeri Kelantan dan Terengganu – lihat Kn. P.U. 34/2003 dan Tr. G.N. 54/2003.________________________________________________________________

Ulasan

Selaras dengan peruntukan subseksyen 5(1) Akta 172, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah pihak berkuasa perancang tempatan. Tafsiran pihak berkuasa tempatan menurut subseksyen 2(1) Akta 172 adalah mana-mana majlis bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah, majlis bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar, atau mana-mana pihak berkuasa lain seumpamanya yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Digantikan Akta A1129

Page 37: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3037

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rujuk silang peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) di mana terdapat juga takrifan istilah “pihak berkuasa tempatan.”

Menurut subseksyen 10(1) Akta 171 keahlian pihak berkuasa tempatan adalah terdiri daripada:

“Datuk Bandar atau Yang di-Pertua dan tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada dua puluh empat orang ahli majlis.”

Menurut subseksyen 10(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), ahli-ahli PBT hendaklah dilantik di kalangan orang-orang yang sebahagian besarnya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasa tempatan berkenaan. Mengikut amalan semasa, orang yang dilantik hendaklah pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal Kerajaan Tempatan atau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion, perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehan untuk mewakili kepentingan kaum mereka dalam kawasan PBT tersebut.

Mengikut subseksyen 5(2) Akta 172, kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Pengarah Negeri akan berfungsi sebagai pihak berkuasa perancang tempatan. Dengan ini semua kawasan dalam negeri akan berada di bawah kawalan pihak berkuasa perancang tempatan. Justeru, masalah-masalah pembangunan yang tidak teratur, terkawal dan terancang akan diatasi.

Pengarah Negeri hanya berfungsi sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta 172 dan tidak sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta 171 yang perlu menyedia dan menyelenggarakan perkhidmatan awam.

Peruntukan seksyen yang telah digugurkan: **Bagi kawasan-kawasan yang berada di luar kawasan PBT, subseksyen 5(2) Akta 172 memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Pihak Berkuasa Negeri juga dikehendaki menentukan sempadan kawasan yang hendak diisytiharkan sebagai kawasan pihak berkuasa perancang tempatan menurut subseksyen 5(3) Akta 172. Walau bagaimanapun, pelaksanaan peruntukan subseksyen 5(2) ini adalah terpakai hanya apabila dirasai perlu bagi kawasan-kawasan yang tidak atau kurang memerlukan penyelenggaraan infrastruktur. *

Page 38: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3038

Selain itu, setelah penguatkuasaan seksyen 5 Akta 172, pengecualian diberikan terhadap permohonan yang masih belum selesai bagi kebenaran merancang atau rayuan terhadap keengganan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memberikan kebenaran merancang atau terhadap apa-apa syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan apabila memberikan kebenaran merancang. Pihak berkuasa perancang tempatan yang dimaksudkan di sini ialah mana-mana orang perseorangan atau agensi atau badan korporat yang telah dilantik sebagai pihak berkuasa perancang tempatan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi kawasan di luar pihak berkuasa tempatan sebelum pindaan oleh Akta A1129.

Fungsi pihak berkuasa perancang tempatan

6. (1) Fungsi suatu pihak berkuasa perancang tempatan adalah -

(a) untuk mengawal selia, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasannya;

(b) untuk mengusahakan, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan penyiaran lain yang berhubungan dengan perancang bandar dan desa dan perkaedahannya; dan

(c) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditugaskan kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa.

(2) Suatu pihak berkuasa perancang tempatan boleh melaksanakan apa-apa fungsi lain yang menjadi tambahan kepada, bersampingan dengan, atau berbangkit daripada apa-apa fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.________________________________________________________________

Ulasan

Fungsi-fungsi (bidang kuasa dan tanggungjawab) pihak berkuasa perancang tempatan dinyatakan secara jelas dalam subseksyen 6(1) Akta 172. Tugas utama pihak berkuasa perancang tempatan adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab mengenai pembangunan dan kegunaan tanah dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Di bawah Akta 172 ini sesebuah pihak berkuasa perancang

Digantikan Akta A1129

Page 39: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3039

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

tempatan mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting untuk merancang dan memandu ke arah membangunkan kawasan di bawah pentadbirannya.

Sebagai agensi perancangan, ia perlu merangka strategi dan program yang menyeluruh untuk mencapai matlamat negara kepada kualiti kehidupan yang tinggi di samping menikmati taraf sosio-ekonomi yang setanding dengan negara maju. Program yang dijalankan hendaklah berlandaskan kepada peranan pembangunan negeri, wilayah dan nasional seperti:

(a) menterjemah matlamat sosio-ekonomi dalam bentuk spatial dan fizikal;

(b) menterjemah dasar pembangunan dalam pelan perancangan fizikal;

(c) memberi kepentingan kualiti alam persekitaran dalam perancangan;

(d) menangani keperluan bagi kemudahan perbandaran;

(e) membangun dalam kecanggihan sains dan teknologi.

Peranan pihak berkuasa perancang tempatan melihatkan pertambahan yang memerlukan kepada penyesuaian agar dapat berfungsi sebagai satu pihak berkuasa perancang tempatan yang bukan sahaja menjadi fasilitator kepada pembangunan bahkan harus dapat memenuhi hasrat dan permintaan penduduk di dalam kawasan tempatannya.

Peranan yang harus dimainkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan adalah seperti berikut-

(a) penyediaan rancangan pemajuan selaras dengan tugas untuk mengatur, mengawal dan merancang tanah dan bangunan dalam kawasannya;

(b) pengumpulan data untuk menyokong keupayaan untuk menyediakan rancangan pemajuan serta membuat keputusan dalam kawalan perancangan berdasarkan maklumat yang tepat;

(c) memproses permohonan perancangan dengan berlandaskan kepada asas-asas pertimbangan yang kukuh;

Page 40: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3040

(d) perancangan infrastruktur/perkhidmatan awam berdasarkan kepada keperluan sebenar dan unjuran yang tepat ke arah mengoptimumkan penggunaan tanah;

(e) memproses permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh orang awam, perbadanan, ataupun badan-badan berkanun serta syarikat-syarikat perniagaan;

(f) mengawal aktiviti pembangunan guna tanah melalui pelaksanaan dan pemakaian Akta 172, kaedah-kaedah dan garis panduan dan piawaian perancangan yang telah dibuat untuk tujuan memudahkan dan menyelaraskan kegiatan perancangan guna tanah;

(g) menyediakan garis panduan dan piawaian perancangan yang terperinci untuk tujuan memandu aktiviti kemajuan dalam kawasannya;

(h) menyelaras dan melaksanakan dasar dan strategi rancangan pemajuan yang telah diwartakan kepada bentuk fizikal dalam pentadbirannya;

(i) menjalankan kajian dan kaji selidik untuk mengemas kini dan memajukan aktiviti perancangan kemajuan dan guna tanah; dan

(j) pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah melaksanakan apa-apa tanggungjawab yang diberikan oleh pihak berkuasa negeri dan jawatankuasa perancang negeri dari semasa ke semasa.

Tugas-tugas lain pihak berkuasa perancang tempatan juga adalah seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa secara pentadbiran oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Majlis. Keahlian pihak berkuasa perancang tempatan pula adalah tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Negeri itu. Pihak berkuasa perancang tempatan diberikan kuasa dalam melaksanakan serta menguatkuasakan peruntukkan Akta 172 dan kesemua kaedah-kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Majlis mengikut peruntukan Akta 172 di kawasannya. Walau bagaimanapun pihak berkuasa perancang tempatan dalam melaksanakan fungsi-fungsinya yang tersenarai seperti di atas mestilah memastikan tindakannya tidak melangkau bidang kuasa yang diberikan oleh Akta 172 serta mana-mana undang-undang yang berkaitan.

Page 41: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3041

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAHAGIAN IIAJAWATANKUASA PERANCANG WILAYAH

Jawatankuasa perancang wilayah

*6A. (1) Majlis boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri yang berkenaan, menubuhkan suatu jawatankuasa perancang wilayah yang terdiri daripada sesuatu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri hendaklah menyebabkan suatu fakta penubuhan suatu jawatankuasa perancang wilayah disiarkan dalam Warta bersama dengan tanda yang dengannya sempadan wilayah yang baginya jawatankuasa itu telah ditubuhkan dapat dikenal pasti. (3) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah terdiri daripada -

(a) seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Perdana Menteri;

(b) enam orang mewakili Kerajaan Persekutuan, sekurang-kurangnya empat orang daripadanya hendaklah pegawai awam, yang dilantik oleh Menteri;

(c) tidak lebih daripada empat orang yang mewakili Kerajaan setiap Negeri dalam wilayah itu, yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri, seorang daripadanya hendaklah Pengarah Negeri; dan

(d) Yang Dipertua tiap-tiap pihak berkuasa perancang tempatan dalam wilayah itu jika pihak berkuasa itu ialah pihak berkuasa tempatan.

(4) Maka hendaklah ada seorang Setiausaha bagi jawatankuasa perancang wilayah yang hendaklah dilantik oleh Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa.

(5) Fungsi jawatankuasa perancang wilayah ialah -

(a) untuk menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam wilayah itu mengenai rancangan pemajuan yang sesuai bagi wilayah itu, mengikut dasar negara;

Digantikan Akta A1129

Page 42: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3042

(b) untuk membuat dasar dan merangka suatu rancangan wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah itu;

(c) untuk merancang dan menyelaras penyediaan infrastruktur dan kemudahan bagi wilayah itu;

(d) untuk mewujudkan proses dan tatacara yang seragam untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi wilayah itu;

(e) untuk mengawasi pelaksanaan piawai, garis panduan dan tatacara dalam memudahkan pemajuan wilayah itu; dan

(f) untuk menjalankan penyelidikan yang perlu bagi perancangan wilayah itu.

(6) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah memberi Majlis atau Jawatankuasa apa-apa penyata, laporan dan maklumat yang berhubungan dengan aktiviti-aktiviti sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

(7) Jawatankuasa perancang wilayah hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.________________________________________________________________

Ulasan

Majlis Perancang Fizikal Negara (Majlis) boleh menubuhkan satu Jawatankuasa Perancang Wilayah untuk menyelaras pembangunan sesuatu kawasan yang terletak di dalam dua negeri atau lebih. Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah ini perlu dirundingkan terlebih dahulu dengan Pihak Berkuasa Negeri. Penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah dan kawasan yang diisytiharkan sebagai sempadan wilayah hendaklah disiarkan dalam Warta oleh Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perdana Menteri bertanggungjawab untuk melantik sesiapa sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancang Wilayah, manakala 6 orang ahli yang mewakili Kerajaan Persekutuan dilantik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setiap Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa untuk melantik empat (4) orang wakil negeri termasuk Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri dan Yang Dipertua bagi setiap Pihak

Digantikan Akta A1129

Page 43: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3043

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Berkuasa Negeri dalam wilayah tersebut. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia diberi kuasa untuk melantik seorang Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Wilayah tersebut.

Jawatankuasa Perancang Wilayah berfungsi untuk menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Negeri di dalam menyelaras pengurusan dan perancangan pembangunan bandar bagi wilayah tersebut mengikut dasar-dasar negara yang telah ditetapkan. Perancangan koridor wilayah ekonomi negara yang telah dikenal pasti oleh kerajaan adalah untuk memastikan pembangunan di antara wilayah dapat dipertingkatkan terutamanya bagi wilayah-wilayah yang ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur utama, ekonomi dan sosial. Secara tidak langsung, wilayah-wilayah yang ketinggalan akan mendapat manfaat kesan dari pembangunan kawasan lain yang berada dalam wilayah yang sama. Perancangan wilayah berbentuk ’conurbation’ pula, menentukan dasar dan strategi pembangunan ekonomi, fizikal dan sosial bagi meningkatkan daya saing sesuatu ’conurbation’, ia juga bertujuan bagi menyelaras penyediaan rangkaian utama perkhidmatan perbandaran serta bagi menghasilkan suatu suasana perbandaran yang setara, cekap dan efisien. Melalui Jawatankuasa Perancang Wilayah, jurang perbezaan di antara atau dalam wilayah dapat dikurangkan.

Jawatankuasa Perancang Wilayah juga hendaklah dari semasa ke semasa memberi laporan dan maklumat mengenai aktiviti yang dijalankan kepada Majlis atau Jawatankuasa Perancang Negeri.

Page 44: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3044

BAHAGIAN IIBRANCANGAN FIZIKAL NEGARA

Rancangan Fizikal Negara

6B. (1) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah, apabila diarahkan oleh Majlis, menyediakan dan mengemukakan suatu draf rancangan fizikal negara yang meliputi Semenanjung Malaysia kepada Majlis bagi kelulusannya.

(2) Draf rancangan fizikal negara hendaklah-

(a) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar strategik bagi maksud menentukan haluan dan arah aliran am pemajuan fizikal bagi negara.

(b) disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan dasar strategik; dan

(c) mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis dalam mana-mana hal yang tertentu

(3) Apabila menyediakan draf rancangan fizikal negara dan menentukan kandungannya untuk dikemukakan kepada Majlis, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah menimbangkan dasar pembandaran negara semasa atau dasar lain yang serupa dan hendaklah berunding dengan tiap-tiap Pihak Berkuasa Negeri dan mana-mana pihak berkuasa atau badan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis.

(4) Rancangan fizikal negara hendaklah dikaji semula tiap-tiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis.

(5) Adalah menjadi tugas am Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tiap-tiap Negeri untuk membantu dalam memastikan bahawa matlamat rancangan fizikal negara tercapai.

(6) Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa hendaklah memberikan laporan kepada Majlis secara berkala mengenai pelaksanaan rancangan fizikal negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis.

Page 45: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3045

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Ulasan

Rancangan Fizikal Negara (RFN) mengandungi pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan hala tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Dasar-dasar yang terkandung di dalam Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, Kementerian dan Majlis-majlis di peringkat Kebangsaan yang berkaitan. Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan rangka kerja untuk perancangan di dalam penyediaan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan serta dijadikan panduan oleh agensi di peringkat persekutuan dan negeri dalam proses pembentukan program dan projek Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.

Fungsi Rancangan Fizikal Negara adalah untuk merealisasikan tujuan-tujuan berikut:

(a). Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam dasar sosio-ekonomi negara.

(b). Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam dasar sektoral.

(c). Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan

(d). Membentuk dasar perancangan fizikal negara.

Walaupun proses Penyediaan Rancangan Fizikal Negara tidak dinyatakan di dalam Akta 172, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah menyediakan Rancangan Fizikal Negara mengikut proses seperti di Rajah 3.1.

Dalam menyediakan Rancangan Fizikal Negara dan menentukan kandungannya, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa dikehendaki supaya menimbangkan Dasar Perbandaran Negara yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Ini adalah kerana Dasar Perbandaran Negara merupakan suatu dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran bagi Semenanjung Malaysia supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus proses perbandaran, keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal kawasan

Page 46: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3046

bandar. Dasar-dasar lain yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan Rancangan Fizikal Negara termasuk Dasar Pertanian Negara, Pelan Induk Perindustrian (IMP), Wawasan 2020, dasar-dasar tanah dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara.

Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau apabila diarahkan oleh Majlis supaya rancangan tersebut dikemas kini.

Page 47: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3047

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

Hal Ehwal Luar Negeri

Pertahanan

Keselamatan Dalam Negeri

Undang-Undang Dan Acara Sivil Dan Pentadbiran

Kewarganegaraan

Jentera Kerajaan Persekutuan

Kewangan Dan Percukaian

Perdagangan Dan Perusahaan

Perkapalan, Pelayaran Dan Perikanan

Perhubungan Dan Pengangkutan

Kerja-Kerja Persekutuan Seperti Kerja Raya, Air Dan Tenaga

Tinjauan, Siasatan Dan Penyelidikan

Pendidikan

Kesihatan

Buruh Dan Keselamatan Sosial

Kebajikan Orang Asli

Pekerjaan-Pekerjaan Profesional

Hari-Hari Kelepasan

Pelancongan

Mencegah Dan Memadam Kebakaran Termasuk Perkhidmatan Bomba Dan Pasukan Bomba Wilayah Persekutuan

Undang-Undang Islam

Tanah

Pertanian Dan Perhutanan

Kerajaan Tempatan

Kerja-Kerja Seperti Kerja Raya Dan Bekalan Air

Jentera Kerajaan Negeri

Hari Kelepasan Negeri

Siasatan Bagi Maksud Negeri

Muzium, Monumen Dan Tapak-Tapak Sejarah

Kebajikan Masyarakat

Biasiswa

Perlindungan Haiwan

Perancangan Bandar Dan Kampung (Kecuali Ibu Kota Persekutuan)

Kuturayau Dan Penjaja-Penjaja Beredar

Kesihatan Awam Dan Kebersihan

Perparitan Dan Pengairan

Pemulihan Tanah Lombong

Langkah-Langkah Keselamatan Kebakaran Dalam Pembinaan Dan Penyengaraan Bangunan-Bangunan

Kebudayaan Dan Sukan

Permohonan Dan Peruntukan-Peruntukan Bagi Kemudahan Perumahan

Sumber : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

Rajah 3.1 : Proses Penyediaan dan Kajian Semula Rancangan Fizikal Negara

Page 48: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3048

BAHAGIAN IIIRANCANGAN PEMAJUAN

Tinjauan kawasan perancangan

7. (1) Pengarah Negeri hendaklah, setakat yang dia belum berbuat demikian, memulakan suatu tinjauan ke atas Negeri, memeriksa perkara-perkara yang dijangka mungkin menyentuh pemajuan, atau perancangan pemajuan, Negeri itu, dan hendaklah dalam apa-apa keadaan sentiasa mengkaji semula semua perkara itu.

(2) Walaupun Pengarah Negeri telah menjalankan kewajipannya di bawah subseksyen (1), dia boleh, jika difikirkannya patut, dan hendaklah, jika diarahkan untuk berbuat demikian oleh Majlis atau Jawatankuasa, memulakan suatu tinjauan baru keseluruhan Negeri, memeriksa perkara yang disebut dalam subseksyen itu.

(3) Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan (2), perkara yang hendak diperiksa dan sentiasa dikaji semula di bawah subseksyen itu hendaklah termasuk-

(a) ciri utama fizikal, ekonomi, alam sekitar, dan sosial, termasuklah penggunaan utama tanah, Negeri itu dan, setakat ciri utama yang mungkin dijangka menyentuh kawasan berjiran Negeri itu;

(aa) rancangan fizikal negara dan dasar utama negara mengenai ekonomi, sosial, fizikal dan pengurusan dan pemuliharaan alam sekitar yang lain;

(b) bilangan, komposisi, dan taburan penduduk Negeri itu, sama ada menetap atau tidak;

(c) tanpa menyentuh perenggan (a), perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas di Negeri itu dan, setakat yang perhubungan, sistem pengangkutan, dan lalu lintas yang mungkin dijangka menyentuh Negeri itu;

(d) apa-apa perkara yang tidak disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu yang mungkin dijangka menyentuh apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu;

(e) perkara lain yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis atau Jawatankuasa dalam mana-mana hal; dan

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 49: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3049

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(f) apa-apa perubahan yang telah pun dirancangkan dalam apa-apa perkara yang disebut dalam mana-mana perenggan terdahulu dan kesan yang mungkin berlaku ke atas pemajuan, atau perancangan pemajuan, Negeri itu.

(4) Pengarah Negeri hendaklah, bagi maksud menunaikan fungsinya di bawah seksyen ini, berunding dengan Pengarah Negeri mana-mana Negeri yang lain mengenai perkara yang berhubungan dengan kawasan Negeri yang lain itu yang dijangka akan menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan Negeri itu berkenaan dengan tinjauan yang dimulakan di bawah seksyen ini.

(5) Subseksyen (1) hendaklah, berkenaan dengan apa-apa tempoh yang seksyen ini berkuat kuasa dalam suatu bahagian sahaja dalam Negeri itu, ditafsirkan sebagai menghendaki Pengarah Negeri itu memulakan suatu pemeriksaan ke atas, dan sentiasa mengkaji semula, perkara-perkara yang menyentuh bahagian itu sahaja dalam Negeri itu; dan subseksyen (2) hendaklah, sama ada atau tidak seksyen ini berkuat kuasa di seluruh Negeri itu, berkuat kuasa seolah-olah kuasa yang diberikan itu termasuk kuasa untuk Pengarah Negeri itu untuk memulakan, dan untuk Majlis atau Jawatankuasa itu mengarahkannya memulakan, suatu tinjauan baru ke atas suatu bahagian Negeri itu sahaja; dan rujukan dalam subseksyen (3) kepada Negeri itu atau kepada kawasan berjiran hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya. ________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini memperuntukan bahawa Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri dipertanggungjawabkan untuk memulakan tinjauan ke atas kawasan dalam Negeri berkenaan perkara-perkara yang terlibat di dalam rancangan pemajuan yang dijangka mungkin menyentuh rancangan pemajuan tersebut sebelum menyediakan draf rancangan struktur. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri juga mesti sentiasa mengkaji semula rancangan struktur tersebut bagi tujuan mengemas kini perkara-perkara yang berkaitan dengan pemajuan atau perancangan pemajuan. Mengikut peruntukan subseksyen 7(2), Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, jika difikirkannya patut, boleh memulakan satu pemeriksaan baru untuk keseluruhan kawasan dalam Negeri. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri juga, jika diarahkan untuk memulakan pemeriksaan baru bagi keseluruhan

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 50: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3050

kawasan di dalam Negeri tersebut bagi tujuan memeriksa perkara-perkara yang terkandung dalam seksyen ini. Perkara-perkara yang perlu dibuat pemeriksaan adalah seperti yang dinyatakan di bawah subseksyen 7(3).

Semasa melakukan pemeriksaannya, perkara-perkara yang perlu diperiksa di bawah perenggan 7(3)(a) adalah merangkumi aspek guna tanah utama kawasan terbabit dan sekitar seperti sistem saliran, sistem pengangkutan, sektor pertanian, perumahan, perindustrian, perdagangan, pelancongan, penyediaan kemudahan awam, aspek alam sekitar dan lain-lain aspek yang berkaitan.

Perenggan 7(3)(aa), perkara-perkara yang perlu diperiksa termasuk Rancangan Fizikal Negara dan dasar utama negara berkenaan dengan ekonomi, sosial, fizikal dan pengurusan alam sekitar.

Perenggan 7(3)(b) pula adalah merangkumi aspek taburan penduduk, saiz penduduk, corak migrasi penduduk, komposisi penduduk dan lain-lain aspek penduduk yang difikirkan sesuai.

Di bawah perenggan 7(3)(c), perkara-perkara yang diambil kira adalah meliputi sistem sirkulasi, jenis pengangkutan utama, perkhidmatan pengangkutan awam semasa dan masa akan datang.

Perenggan 7(3)(d) menetapkan supaya semua rancangan pemajuan yang dicadangkan diperiksa dan mematuhi dasar-dasar alam sekitar, dasar perbandaran dan pelbagai dasar sebagaimana yang telah digubal di peringkat persekutuan dan negeri.

Perenggan 7(3)(e) merujuk kepada lain-lain perkara yang telah ditetapkan atau ditentukan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri bagi sesuatu kawasan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan bersejarah. Kajian tersebut perlu mengambil kira segala aspek sejarah yang terdapat di kawasan berkenaan.

Perenggan 7(3)(f), menetapkan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, sewaktu menjalankan kajian, hendaklah mengambil kira kesan-kesan yang akan wujud setelah pembangunan dijalankan. Di samping itu, rundingan perlulah diadakan bagi pembangunan yang melibatkan negeri berjiran bagi perkara-perkara yang menyentuh dasar pembangunan di antara kedua-dua negeri berkenaan.

Jika Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri memilih untuk membuat pemeriksaan hanya bagi sebahagian sahaja

Page 51: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3051

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kawasan dalam Negeri, beliau mestilah memastikan pemeriksaan dijalankan dengan mengambil kira peruntukan subseksyen 7(1) dan 7(2) Akta 172.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyediakan laporan pemeriksaan ini, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri boleh berunding dengan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri lain berkenaan perkara yang berkaitan di dalam kawasannya atau kawasan Negeri lain yang berhampiran atau bersempadan bagi melancarkan lagi kajiannya untuk tujuan penyelarasan.

Penyediaan draf rancangan-rancangan struktur

8. (1) Pengarah Negeri hendaklah, dalam tempoh yang ditentukan oleh Majlis atau Jawatankuasa, menyediakan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa suatu laporan pemeriksaannya di bawah seksyen 7 dan pada masa yang sama menyediakan dan mengemukakan suatu draf rancangan struktur menurut subseksyen (3) bagi Negeri itu kepada Jawatankuasa bagi kelulusannya.

(2) Laporan itu hendaklah termasuk suatu anggaran apa-apa perubahan yang mungkin berlaku, dalam tempoh yang ditentukan oleh Majlis atau Jawatankuasa, dalam perkara yang disebut dalam subseksyen 7(3); dan tempoh yang berlainan boleh ditentukan berhubung dengan perkara yang berlainan.

(3) Draf rancangan struktur bagi Negeri itu adalah suatu pernyataan bertulis-

(a) yang merumuskan dasar dan cadangan am Pihak Berkuasa Negeri itu berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Negeri itu, termasuklah langkah untuk memperelok persekitaran hidup dari segi fizikal, memperelok perhubungan, menguruskan lalu lintas, memperelok kesejahteraan sosio-ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dan untuk memudahkan pemajuan yang mapan;

(b) yang menyatakan pertalian cadangan itu dengan cadangan am bagi pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan berjiran yang mungkin dijangka menyentuh kawasan itu; dan

(c) yang mengandungi perkara lain sebagaimana yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Majlis atau Jawatankuasa dalam mana-mana hal.

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 52: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3052

(4) Dalam merumuskan dasar dan cadangan am di bawah perenggan 3(a), Pengarah Negeri hendaklah memastikan bahawa dasar dan cadangan itu berpatutan dengan hasil tinjauannya di bawah seksyen 7 dan dengan apa-apa maklumat lain yang mungkin didapatinya, dan hendaklah memberi perhatian-

(a) kepada dasar semasa berkenaan dengan perancangan sosial dan ekonomi serta pembangunan dan perlindungan alam sekitar Negeri dan negara;

(b) kepada sumber yang mungkin boleh didapati untuk menjalankan cadangan rancangan struktur itu; dan

(c) kepada lain-lain perkara yang dia diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa supaya mengambil kira.

(5) (Dipotong oleh Akta A1129)

(6) Suatu draf rancangan struktur bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi atau disertakan dengan gambarajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Negeri untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan, atau dalam mana-mana hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Majlis atau Jawatankuasa; dan gambarajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

(7) Pada bila-bila masa sebelum Jawatankuasa meluluskan di bawah seksyen 10 suatu rancangan struktur berkenaan dengan keseluruhan Negeri itu, Pengarah Negeri boleh dengan keizinan Jawatankuasa, dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian olehnya, menyediakan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa untuk mendapat kelulusannya suatu draf rancangan struktur yang berhubungan dengan sebahagian daripada kawasan itu; dan jika Jawatankuasa telah memberi keizinan atau arahan untuk penyediaan suatu draf rancangan struktur bagi sebahagian daripada kawasan itu, rujukan dalam bahagian ini kepada kawasan itu hendaklah, berhubung dengan suatu draf rancangan struktur, ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada sebahagian daripada kawasan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Rancangan Struktur (RS) merupakan suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 53: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3053

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

bandar dan desa, termasuklah langkah-langkah untuk:

(a). memperelok alam sekitar dari segi fizikal;

(b). melancarkan perhubungan dan pengurusan lalu lintas;

(c). memperbaiki tahap sosio-ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi;

(d). mempertingkatkan pembangunan kawasan luar bandar dan desa; dan

(e). mewujudkan pembangunan mapan.

Rancangan Struktur juga mengandungi gambarajah, gambaran-gambaran dan lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan-cadangan yang dikemukakan. Secara keseluruhan fungsi sebuah rancangan struktur adalah:

(a). menterjemah dasar negara dan negeri;

(b). membentuk matlamat dan objektif serta merumus strategi, dasar dan cadangan am bagi mencapai matlamat tersebut;

(c). membentangkan isu perancangan yang penting dan cara mengatasinya;

(d). menyediakan rangka kerja untuk penyediaan rancangan tempatan;

(e). menentukan kawasan tindakan;

(f). menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan;

(g). menyediakan asas bagi menyelaras keputusan pelbagai agensi;

(h). membawa hal perancangan dan keputusan kepada orang awam dan pihak berkuasa tempatan.

Sebagaimana yang telah dinyatakan di bawah subseksyen 8(1) Akta 172, Pengarah JPBD Negeri dikehendaki menyerahkan laporan pemeriksaan dan draf rancangan struktur kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) untuk kelulusan. Penyediaan Draf Rancangan Struktur (DRS) bagi mana-mana kawasan hanya boleh diteruskan

Page 54: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3054

setelah laporan pemeriksaan diserahkan mengikut subseksyen 8(1) Akta 172 kepada Pihak Berkuasa Negeri dijalankan publisiti ke atasnya. Pengarah JPBD Negeri juga haruslah memastikan sebarang dasar dan cadangan-cadangan yang dimuatkan di dalam DRS ini berkaitan dan tidak bercanggah dengan hasil dalam laporan pemeriksaan yang telah disediakan sebelumnya. Dasar dan cadangan-cadangan am tersebut hendaklah mengambil kira dasar-dasar semasa seperti Rancangan Fizikal Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Pembandaran Negara, Rancangan Malaysia Lima Tahun, Dasar Perumahan Negara, Dasar Pelancongan Negara, Dasar Pertanian Negara dan lain-lain lagi. Di samping itu, dasar-dasar tersebut juga hendaklah bersesuaian dengan sumber semula jadi dan kepakaran yang mampu dihasilkan oleh kawasan dalam Draf Rancangan Struktur tersebut.

Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) turut berhak untuk memberi arahan pada bila-bila masa supaya perkara-perkara tertentu perlu diambil kira dalam penyediaan draf rancangan struktur tersebut. Gambarajah-gambarajah serta ilustrasi-ilustrasi tertentu perlu juga disertakan bagi menerangkan dan memberi kefahaman dengan lebih jelas berkenaan cadangan-cadangan dan polisi dalam draf rancangan struktur ini. Gambarajah dan ilustrasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada Draf Rancangan Struktur tersebut.

Segala rujukan yang digunakan dalam penyediaan Draf Rancangan Struktur hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan-rujukan kepada sebahagian kawasan tersebut dengan mendapatkan persetujuan atau diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. Pada amnya, penyediaan Rancangan Struktur perlu melalui beberapa peringkat sebelum ianya dapat diluluskan.

Page 55: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3055

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rajah 3.2 : Proses Penyediaan Rancangan Struktur Negeri

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

3-061

Rajah 3.2

Proses Penyediaan Rancangan Struktur Negeri

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

PERINGKAT

MOBILASI

PERINGKAT

KEDUA

(PENYEDIAAN

LAPORAN

PEMERIKSAAN

DAN DRAF RANCANGAN

STRUKTUR)

PERINGKAT KETIGA

(KELULUSAN

RANCANGAN

STRUKTUR)

Jawatankuasa

Kerja

TWG/ Jawatankuasa

Kerja

Jawatankuasa

Pendengaran Awam

MMKN

MPFN

JPN

JPN

Penyediaan Draf Rancangan Struktur

Penyediaan Laporan Awal (LA)

Penyediaan Laporan Pemeriksaan (LP)

Publisiti dan Penyertaan Awam (LP & DRS)

Laporan Publisiti dan

Penyertaan Awam

Penyediaan Asas Rujukan

Akta 172 Perenggan 9(1)(a)

Akta 172 Subseksyen 7(1),(2) dan (3)

Akta 172 Subseksyen 8(1) dan (3)

Akta 172

Perenggan 9(2)(a), (b) dan (3)

Akta 172 Subseksyen 10(1) dan (2)

Akta 172

Subseksyen 10(6) dan (7)

Publisiti dan Bantahan Awam

Persetujuan PBN dan

Pewartaan

Pemakluman Semula Kepada JPN

Perundingan dengan MPFN

Laporan Publisiti dan Bantahan

Awam

Perakuan JPN

Pelaksanaan, Pemantauan dan

Kajian Semula

Page 56: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3056

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan struktur

9. (1) Apabila menyediakan draf rancangan struktur bagi Negerinya dan akhirnya menentukan kandungannya untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa, Pengarah Negeri hendaklah mengambil langkah yang pada pendapatnya akan memastikan-

(a) bahawa publisiti diberikan di dalam Negeri kepada laporan tinjauan di bawah seksyen 7 dan kepada perkara yang dicadangkannya untuk dimasukkan dalam rancangan itu; dan

(b) bahawa orang yang mungkin dijangka ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada Pengarah Negeri itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian;

dan Pengarah Negeri hendaklah menimbangkan tiap-tiap representasi yang dibuat kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan.

(2) Secepat yang dapat dilaksanakan selepas suatu draf rancangan struktur dikemukakan kepada Jawatankuasa, Pengarah Negeri hendaklah-

(a) menyiarkan, dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya adalah dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan bahawa salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa di pejabat Pengarah Negeri dan di tempat lain yang ditentukannya dan masa yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada Jawatankuasa; dan

(b) menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis itu; dan setiap salinan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat kepada Jawatankuasa.

(3) Masa yang bantahan terhadap draf rancangan struktur itu boleh dibuat hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu mula dikeluarkan di bawah perenggan (2)(a) dalam sesuatu akhbar tempatan dalam bahasa kebangsaan, dan apa-apa masa yang

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 57: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3057

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

dinyatakan dalam notis itu boleh dilanjutkan sekali oleh Pengarah Negeri selama tidak melebihi satu bulan untuk faedah mana-mana pembantah yang tertentu.

(4) Suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan oleh Pengarah Negeri kepada Jawatankuasa untuk mendapatkan kelulusannya hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan yang mengandungi butir-butir, jika ada, yang ditetapkan-

(a) mengenai langkah yang telah diambil oleh Pengarah Negeri untuk mematuhi subseksyen kecil (1); dan

(b) mengenai perundingan Pengarah Negeri dengan, dan pertimbangannya atas pandangan, orang lain berkenaan dengan perkara yang dimasukkan, atau yang asalnya dicadangkan untuk dimasukkan, dalam rancangan itu.

(5) Jika, selepas menimbangkan pernyataan yang dikemukakan dengan, dan perkara yang dimasukkan dalam, draf rancangan struktur itu dan apa-apa maklumat lain yang diberikan oleh Pengarah Negeri, Jawatankuasa berpuas hati bahawa maksud perenggan (1)(a) dan (b) telah dicapai dengan secukupnya melalui langkah yang diambil oleh Pengarah Negeri itu menurut perenggan itu, ia hendaklah terus menimbangkan sama ada hendak meluluskan draf rancangan struktur itu; dan jika ia tidak berpuas hati sedemikian, ia hendaklah mengembalikan rancangan itu kepada Pengarah Negeri dan mengarahkannya supaya-

(a) mengambil tindakan selanjutnya yang ditentukan oleh Jawatankuasa untuk mencapai maksud itu dengan lebih baik; dan

(b) selepas berbuat demikian, mengemukakan semula rancangan itu dengan apa-apa ubah suaian, jika ada, yang difikirkan sesuai pada masa itu oleh Pengarah Negeri itu dan, jika dikehendaki sedemikian oleh arahan itu, berbuat demikian dalam tempoh yang ditentukan,

tetapi Jawatankuasa tidak boleh mengembalikan rancangan itu atau memberikan arahan itu jika telah genap tiga bulan semenjak Pengarah Negeri mengemukakan rancangan itu kepada Jawatankuasa.

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 58: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3058

(6) Jika Jawatankuasa mengembalikan draf rancangan struktur itu kepada Pengarah Negeri itu di bawah subseksyen (5), ia hendaklah memberitahu Pengarah Negeri akan sebab ia berbuat demikian dan, jika mana-mana orang telah membuat apa-apa bantahan kepada Jawatankuasa terhadap rancangan itu, ia hendaklah juga memberitahu orang itu bahawa ia telah mengembalikan rancangan itu.

(7) Jika Pengarah Negeri diberikan arahan oleh Jawatankuasa di bawah subseksyen (5), dia hendaklah menarik balik dengan serta merta salinan rancangan yang disediakan untuk diperiksa sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (2) dan dia hendaklah menyiarkan fakta tentang penarikan balik itu dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan.

(8) Subseksyen (2) hingga (7) hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan draf rancangan struktur yang dikemukakan semula kepada Jawatankuasa mengikut arahan yang diberikan olehnya di bawah subseksyen (5) sebagaimana subseksyen itu terpakai berhubung dengan rancangan itu seperti yang dikemukakan pada asalnya. ________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 9 Akta 172 mengandungi peruntukan berkenaan keperluan untuk menjalankan proses publisiti berkenaan dengan penyediaan draf rancangan struktur oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri. Proses penyediaan draf rancangan struktur melalui dua peringkat publisiti iaitu:-

(a). Peringkat pertama adalah proses publisiti ke atas laporan tinjauan yang disediakan di bawah Seksyen 7 Akta 172 sebagai makluman kepada penduduk bahawa suatu laporan pemeriksaan telah disediakan dan penyediaan Draf Rancangan Struktur adalah berdasarkan kepada hasil penemuan kajian di dalam laporan pemeriksaan tersebut. Proses publisiti ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada orang awam yang ingin membuat rayuan/representasi kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri berkenaan penetapan-penetapan yang terdapat di dalam laporan pemeriksaan; dan

Page 59: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3059

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(b). Peringkat kedua publisiti pula merangkumi pameran untuk orang ramai sebagai pemberitahuan bahawa suatu Draf Rancangan Struktur telah disediakan dan memberi peluang kepada orang awam untuk terlibat sama membuat bantahan atau cadangan sebelum draf rancangan struktur tersebut diluluskan, diwartakan dan dikuatkuasakan pemakaiannya bagi sesuatu kawasan.

Bantahan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada bantahan yang boleh dibuat terhadap kandungan draf rancangan struktur yang dipamerkan. Sesiapa sahaja boleh membuat bantahan terhadap draf rancangan struktur. Namun demikian, adalah lebih wajar sekiranya bantahan tersebut dibuat berdasarkan kepentingan awam dan bukan untuk kepentingan peribadi sama ada bantahan tersebut dibuat melalui mana-mana perwakilan, pertubuhan atau secara individu.

Tempoh bagi proses publisiti ini hendaklah tidak kurang dari satu bulan dari tarikh pemberitahuan notis di akhbar-akhbar. Tambahan tempoh bantahan juga boleh dibuat atas permintaan mana-mana pembantah tetapi hendaklah tidak melebihi satu (1) bulan. Menurut subseksyen 9(3) Akta 172 terdapat dua (2) keadaan di mana sesuatu tempoh bantahan boleh dilanjutkan iaitu:

i. apabila terdapat permintaan daripada pembantah untuk melanjutkan bantahan dan tempoh lanjutan tersebut hanya diberikan kepada pembantah tersebut. Dalam keadaan seperti ini, notis publisiti di akhbar berkenaan perlanjutan tempoh bantahan tidak perlu dibuat; dan

ii. keadaan di mana Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri sendiri merasakan perlu untuk melanjutkan tempoh bantahan. Lanjutan tempoh bantahan ini adalah tidak dihadkan kepada pembantah sahaja. Notis publisiti lanjutan tempoh bantahan hendaklah dibuat di akhbar kerana ianya melibatkan orang ramai. Namun begitu, tiada penjelasan daripada Akta 172 yang menyatakan bahawa tempoh sebulan penyiaran notis ini perlu dilakukan setiap hari berturut-turut. Ini bermakna penyiaran notis pemberitahuan ini boleh disiarkan setiap hari, seminggu sekali atau dua minggu sekali sehingga genap sebulan penyiaran kerana tiada ketetapan untuk tempoh kekerapan penyiaran.

Page 60: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3060

Selesai proses publisiti, Draf Rancangan Struktur tersebut akan dikemukakan kepada JPN untuk mendapatkan kelulusannya dan penyerahan tersebut hendaklah bersama-sama dengan suatu pernyataan bahawa peruntukan di bawah subseksyen 8(1) telah dipatuhi iaitu dokumen laporan pemeriksaan dan proses publisiti bagi laporan pemeriksaan dan draf rancangan struktur tersebut telah dijalankan. Suatu pernyataan atau rekod rundingan bahawa satu rundingan bersama di antara Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri terbabit dengan pihak-pihak yang membuat bantahan/rayuan semasa proses publisiti dijalankan, hendaklah turut disertakan.

Sekiranya Jawatankuasa Perancang Negeri berpuas hati, Draf Rancangan Struktur boleh diluluskan tetapi sekiranya ia tidak berpuas hati Draf Rancangan Struktur tersebut dikembalikan kepada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri yang berkaitan untuk diperbaiki. Draf Rancangan Struktur yang diarahkan untuk pembaikan hendaklah diserahkan semula kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (setelah pembaikan tersebut dilakukan) dalam tempoh yang ditentukan oleh Jawatankuasa.

Walau bagaimanapun pihak Jawatankuasa Perancang Negeri tidak boleh membuat sebarang pembaikan atau ubah suai sekiranya melewati tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri menyerahkan draf tersebut kepada Jawatankuasa Perancang Negeri.

Kelulusan atau penolakan draf rancangan struktur oleh Jawatankuasa

10. (1) Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan suatu draf rancangan struktur yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya, sama ada meluluskannya, keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian atau syarat-syarat, atau menolaknya.

(2) Dalam menimbangkan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan sama ada atau tidak ia telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya.

(3) Jika, pada masa menimbangkan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa tidak memutuskan untuk menolaknya, ia hendaklah, sebelum memutuskan sama ada hendak meluluskannya atau tidak-

Page 61: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3061

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(a) menimbangkan apa-apa bantahan terhadap rancangan itu, setakat bantahan itu dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17;

(b) memberikan kepada orang yang bantahannya dibuat sedemikian tidak ditarik balik, peluang untuk hadir di hadapan, dan didengar oleh, suatu jawatankuasa kecil yang dilantik oleh Jawatankuasa, dan yang terdiri daripada empat orang ahli Jawatankuasa seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil itu; dan

(c) jika suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan, memberikan juga peluang yang sama kepada Pengarah Negeri dan kepada orang lain yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa.

(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (3), dalam menimbangkan suatu draf rancangan struktur, Jawatankuasa-

(a) hendaklah berunding dengan Majlis bagi mendapatkan arahan dan nasihatnya; dan

(b) boleh berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain tetapi tidaklah bertanggungan untuk berunding dengan, atau menimbangkan pandangan, mana-mana pihak berkuasa lain atau mana-mana orang lain atau, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen itu, memberikan peluang untuk membuat apa-apa bantahan atau representasi lain, atau mengarahkan supaya diadakan suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain.

(5) Jika Jawatankuasa tidak atau telah mengabaikan untuk meluluskan atau menolak suatu draf rancangan struktur dalam masa enam bulan selepas ia dikemukakan kepadanya, Pengarah Negeri boleh merujukkan draf rancangan struktur itu kepada Majlis untuk membuat keputusan mengenainya.

(6) Setelah meluluskan draf rancangan struktur itu, Jawatankuasa hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri bagi rancangan itu, dan setelah persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa.

(7) Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya fakta persetujuan

Dimasukkan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 62: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3062

Pihak Berkuasa Negeri kepada suatu draf rancangan struktur disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu boleh dikenal pasti dan suatu pernyataan mengenai tempat rancangan itu boleh diperiksa.________________________________________________________________

Ulasan

Draf Rancangan Struktur yang disediakan mesti dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk dipertimbangkan sama ada untuk meluluskan keseluruhan ataupun sebahagian atau menolak terus Draf Rancangan Struktur tersebut. Jawatankuasa Perancang Negeri juga diberi kuasa untuk mengambil kira perkara berkaitan seperti bantahan-bantahan yang diajukan dan diperdengarkan di hadapan Jawatankuasa Kecil atau Jawatankuasa Mendengar Bantahan.

Keahlian jawatankuasa kecil adalah terdiri daripada empat (4) orang ahli. Pelantikan ahli jawatankuasa kecil ini dibuat setiap kali sesi pendengaran bantahan hendak dijalankan bagi sesuatu Draf Rancangan Struktur dan pelantikan ini hanya terpakai bagi satu sesi pendengaran sahaja.

Pihak Jawatankuasa Perancang Negeri juga boleh berunding dan mendapatkan pandangan-pandangan pihak berkuasa perancang tempatan atau pihak lain dalam memberi pertimbangan terhadap kelulusan atau penolakan Draf Rancangan Struktur tersebut. Sekiranya pihak Jawatankuasa Perancang Negeri telah meluluskan Draf Rancangan Struktur tersebut, subseksyen 10(6) Akta 172 menetapkan persetujuan perlu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Negeri. Sebaliknya jika pihak JPN telah gagal memberikan keputusan sama ada menolak atau meluluskan rancangan tersebut dalam tempoh enam (6) bulan selepas diserahkan, maka Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri menurut subseksyen 10(5) Akta 172 bolehlah merujuk draf rancangan struktur tersebut terus kepada Majlis untuk diputuskan.

Setelah kelulusan diperoleh daripada Jawatankuasa Perancang Negeri, penyiaran fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri terhadap Draf Rancangan Struktur tersebut hendaklah dibuat dalam Warta Negeri sekurang-kurang di dalam dua (2) akhbar tempatan dan satu daripadanya hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan berserta dengan pemberitahuan mengenai tempat dokumen tersebut boleh diperoleh.

Page 63: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3063

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Warta negeri mengikut seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) merupakan Warta Rasmi sesebuah negeri (termasuklah sesuatu tambahan atau warta khas). Subseksyen 10(7) Akta 172 menerangkan rancangan struktur tersebut juga hendaklah dikuatkuasakan serta merta. Fakta persetujuan yang dimaksudkan adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang mengandungi pengesahan persetujuan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Kajian semula atau pengubahan rancangan struktur

11. (1) Suatu rancangan struktur yang telah mula berkuat kuasa hendaklah tertakluk kepada kajian semula tiap-tiap lima tahun seiring dengan penyediaan rancangan pembangunan lima tahun Negeri, dan kajian semula itu hendaklah berhubungan dengan seluruh Negeri itu.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), selepas suatu rancangan struktur bagi suatu Negeri telah mula berkuat kuasa, Pengarah Negeri itu boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Jawatankuasa, mengemukakan kepadanya, dalam tempoh yang ditentukan dalam arahan itu, cadangan bagi kajian semula atau pengubahan kepada rancangan itu yang pada fikiran Pengarah Negeri suai manfaat atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan cadangan itu boleh berhubungan dengan keseluruhan atau sebahagian Negeri itu.________________________________________________________________

Ulasan

Di bawah subseksyen 11(1) Akta 172, Pengarah Negeri hendaklah mengadakan kajian semula rancangan struktur negeri tiap-tiap lima tahun supaya peruntukan dan dasar-dasar adalah seiring dengan rancangan pembangunan lima tahun Negeri.

Di bawah subseksyen 11(2) Akta 172, rancangan struktur yang telah berkuat kuasa bagi sesuatu kawasan, boleh dibuat pengubahan jika pada pendapat Pengarah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri berkenaan pengubahan tersebut perlu dilakukan atau setelah mendapat arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri untuk berbuat demikian. Rancangan struktur (pengubahan) tersebut dikehendaki diserahkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri berserta dengan cadangan-cadangan yang difikirkan sesuai oleh Pengarah Perancang Bandar Dan Desa Negeri atau sebagaimana yang telah diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dalam tempoh

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 64: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3064

yang ditetapkan. Cadangan-cadangan yang akan dikemukakan di dalam pengubahan rancangan struktur tersebut boleh merangkumi seluruh kawasan atau sebahagian kawasan rancangan struktur asal.

Prosedur penyediaan rancangan struktur (pengubahan) adalah sama seperti penyediaan rancangan struktur yang asal, iaitu masih tertakluk di bawah seksyen 7, 9 dan 10 Akta 172. Penyediaan rancangan struktur (pengubahan) yang baru perlu menjalani proses publisiti dan mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri semula.

Tatacara kajian semula rancangan struktur

11A. Jika diputuskan di bawah seksyen 11 bahawa suatu kajian semula rancangan struktur bagi suatu Negeri akan diadakan, Pengarah Negeri hendaklah mengemukakan kepada Jawatankuasa suatu laporan hasil kajian semulanya mengenai perkara yang berkaitan di bawah seksyen 7 bersama dengan apa-apa maklumat lain yang padanya cadangan itu diasaskan, dan seksyen 9 dan 10 hendaklah terpakai, dengan ubah suaian yang perlu, berhubung dengan cadangan itu sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan rancangan struktur itu. ________________________________________________________________

Ulasan

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri mesti membuat satu laporan setelah mengkaji tentang perkara-perkara yang telah ditinjau menurut peruntukan seksyen 7 Akta 172, jika sekiranya diputuskan bahawa rancangan struktur sesuatu Negeri perlu dikaji semula. Laporan ini mesti disampaikan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri bersama-sama dengan justifikasi atas asas bagaimana keputusan untuk mengkaji semula rancangan struktur dibuat. Kaedah membuat kajian semula adalah sama dengan kaedah membuat rancangan struktur. Cadangan untuk mengubah suai rancangan struktur juga boleh melibatkan pemindahan sebarang kesilapan yang terdapat dalam rancangan struktur tersebut.

Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur

11B. (1) Jika diputuskan di bawah seksyen 11 bahawa suatu pengubahan akan dibuat kepada rancangan struktur bagi Negeri itu, Pengarah Negeri hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Jawatankuasa cadangan-cadangan bagi pengubahan itu.

Page 65: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3065

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(2) Dalam merumuskan cadangan bagi pengubahan itu, Pengarah Negeri hendaklah memberikan perhatian kepada apa-apa perkara yang diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa.

(3) Pengarah Negeri hendaklah mengemukakan rancangan struktur yang mengandungi cadangan pengubahan kepada Jawatankuasa dan pada masa yang sama menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, menyatakan bahawa salinan rancangan itu tersedia untuk diperiksa dan bahawa bantahan boleh dibuat dalam tempoh satu bulan dari tarikh penyiaran itu.

(4) Jawatankuasa hendaklah melantik suatu jawatankuasa kecil yang terdiri daripada empat orang ahli Jawatankuasa, seorang daripadanya hendaklah dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa kecil itu, dan jawatankuasa kecil hendaklah mendengar tiap-tiap bantahan yang dibuat mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 17.

(5) Jawatankuasa kemudiannya hendaklah menimbangkan pengubahan yang dicadangkan kepada rancangan struktur, dan sama ada melulus-kannya, secara keseluruhan atau sebahagiannya dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.

(6) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan rancangan struktur yang diubah yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai rancangan itu, dan apabila persetujuan itu diberikan, rancangan struktur yang diubah itu hendaklah berkuat kuasa.

(7) Jawatankuasa hendaklah menyebabkan fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri tentang rancangan struktur yang diubah itu disiarkan dalam Warta Negeri.________________________________________________________________

Ulasan

Pengubahan kepada rancangan struktur seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 11 Akta 172 mesti dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri mesti mengambil kira semua arahan yang diberikan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara (Majlis) dan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dalam proses merumuskan pengubahsuaian kepada rancangan struktur. Notis tentang cadangan untuk mengubahsuai rancangan struktur ini mestilah disiarkan dalam sekurang-kurangnya dua (2) akhbar tempatan, satu (1) daripadanya dalam bahasa Kebangsaan, dengan menyatakan cadangan untuk

Page 66: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3066

meminda serta tempat di mana dokumen tersebut boleh diperoleh untuk rujukan dan juga hak untuk menyuarakan bantahan terhadap cadangan-cadangan yang dibuat dalam rancangan tersebut.

Satu jawatankuasa kecil perlu ditubuhkan untuk tujuan mendengar apa-apa bantahan oleh mana-mana pihak terhadap cadangan-cadangan yang dibuat. Perbicaraan tersebut akan dijalankan mengikut tatacara yang telah diperuntukkan dalam Kaedah-kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan) 1984 yang telah dibuat menggunakan kuasa yang telah diberikan kepada Pihak Berkuasa Negeri oleh seksyen 17 Akta 172.

Penyediaan draf rancangan tempatan

12. (1) Pihak berkuasa perancang tempatan, semasa suatu draf rancangan struktur sedang disediakan, atau sebelum Pihak Berkuasa Negeri memberikan persetujuan mengenai suatu draf rancangan struktur yang telah disediakan, boleh, jika difikirkannya wajar, menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi mana-mana bahagian kawasannya.

(2) Jika suatu rancangan struktur bagi Negerinya telah berkuat kuasa, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan suatu draf rancangan tempatan bagi seluruh kawasannya.

(3) Suatu draf rancangan tempatan hendaklah mengandungi suatu peta dan suatu pernyataan bertulis dan hendaklah-

(a) merumuskan, secara terperinci sebagaimana yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan, mengenai cadangannya bagi -

(i) memajukan;

(ii) menggunakan tanah dalam;

(iii) melindungi dan memperelok alam sekitar dari segi fizikal bagi;

(iv) memelihara topografi semula jadi;

(v) memperelok landskap;

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Page 67: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3067

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(vi) memelihara dan menanam pokok dalam;

(vii) mengadakan tanah lapang dalam;

(viii) memelihara dan mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam;

(ix) memperelok sistem komunikasi dalam; dan

(x) menguruskan lalu lintas dalam, kawasan rancangan tempatan; dan

(b) mengandungi perkara yang ditetapkan atau yang ditentukan oleh Jawatankuasa dalam apa-apa hal yang tertentu.

(4) Suatu draf rancangan tempatan bagi sesuatu kawasan hendaklah mengandungi, atau disertakan dengan, gambarajah, gambaran, dan bahan perihalan yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk maksud menjelaskan atau menerangkan cadangan dalam rancangan itu, atau yang ditetapkan oleh Jawatankuasa, atau dalam apa-apa hal tertentu ditentukan dalam arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa; dan gambarajah, gambaran, dan bahan perihalan itu hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada rancangan itu.

(5) (Dipotong oleh Akta A1129)

(6) Tanpa menyentuh peruntukan seksyen ini yang terdahulu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan sebahagian daripada kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu yang baginya suatu draf rancangan struktur telah, atau sedang disediakan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan bagi bahagian itu suatu draf rancangan tempatan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu.

(7) Arahan di bawah subseksyen (6) boleh diberikan oleh jawatankuasa sama ada sebelum atau selepas draf rancangan struktur itu berkuat kuasa.

(8) Dalam merumuskan cadangan dalam suatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan bahawa cadangan itu pada amnya menurut rancangan struktur bagi Negeri itu sebagaimana keadaannya pada masa ini, sama ada ia telah berkuat kuasa atau belum, dan hendaklah memberi perhatian kepada

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 68: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3068

apa-apa maklumat dan pertimbangan lain yang pada pendapatnya berkaitan, atau yang ditetapkan, atau yang Jawatankuasa dalam apa-apa hal tertentu mengarahkan ia mengambil kira.

(9) Sebelum memberikan apa-apa arahan di bawah subseksyen (8) kepada suatu pihak berkuasa perancang tempatan, Jawatankuasa hendaklah berunding dengan pihak berkuasa perancang tempatan itu mengenai arahan yang dicadangkan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Rancangan Tempatan merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur (RS) kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan Tempatan disediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am yang terkandung dalam Rancangan Struktur.Ia menunjukkan secara berskala besar tataatur pembangunan bagi sesuatu kawasan yang dilengkapi dengan pernyataan bertulis untuk menerangkan dasar-dasar dan butir-butir lanjut mengenai pembangunan tersebut.

Fungsi Rancangan Tempatan

(a). Menterjemahkan strategi-strategi Rancangan Struktur yang mengandungi dasar dan cadangan am pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan.

(b). Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Rancangan tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh rancangan tersebut.

(c). Dasar-dasar dan cadangan dalam Rancangan Tempatan akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, atur cara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh Rancangan Tempatan.

(d). Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang terperinci kepada orang awam.

Page 69: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3069

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Rancangan Tempatan (RT) boleh disediakan di dalam tiga keadaan iaitu:-

(a). Pihak berkuasa perancang tempatan boleh difikirkan wajar menyediakan Rancangan Tempatan walaupun Draf Rancangan Struktur sedang dalam peringkat penyediaan dan belum mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

(b). Pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki menyediakan draf rancangan tempatan bagi kawasannya sekiranya diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri tetapi Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah berunding terlebih dahulu dengan pihak berkuasa perancang tempatan terbabit. Arahan ini boleh diberi sama ada sebelum atau selepas suatu draf rancangan struktur berkuat kuasa.

(c). Penyediaan draf rancangan tempatan boleh dibuat serentak dengan draf rancangan struktur tetapi draf rancangan tempatan tersebut hanya akan terpakai setelah draf rancangan struktur diwartakan dan berkuat kuasa pemakaiannya.

Kandungan Draf Rancangan Tempatan (DRT) adalah berbeza dengan kandungan Draf Rancangan Struktur (DRS) di mana kandungan Draf Rancangan Struktur adalah lebih kepada suatu kenyataan bertulis dan pembentukan dasar-dasar pembangunan secara am bagi kawasan draf rancangan struktur tersebut. Kandungan Draf Rancangan Tempatan pula adalah lebih kepada penghasilan peta dan juga pernyataan bertulis yang menterjemahkan dasar-dasar draf rancangan struktur dan juga menjelaskan cadangan-cadangan yang terkandung dalam draf rancangan tempatan itu sendiri. Cadangan-cadangan yang diberikan hendaklah mengambil kira perkara-perkara yang dijangka akan berlaku di masa hadapan dan mempunyai perkaitan dengan kawasan dalam draf rancangan tempatan tersebut. Draf Rancangan Tempatan tersebut juga hendaklah mengandungi atau disertakan dengan gambarajah, gambaran dan bahan-bahan lain yang difikirkan perlu dan sesuai oleh pihak berkuasa perancang tempatan dan gambarajah, gambaran dan bahan-bahan tersebut hendaklah menjadi sebahagian daripada Draf Rancangan Tempatan tersebut.

Page 70: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3070

Peringkat-peringkat penyediaan Draf Rancangan Tempatan adalah seperti yang ditunjukkan dalam carta alir di bawah.

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

Rajah 3.3: Carta Alir Proses Penyediaan Rancangan Tempatan

3-079

Rajah 3.3: Carta Alir Proses Penyediaan Rancangan Tempatan

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

Laporan Penemuan & Strategi

Pembangunan

Publisiti Awal

(Seksyen 12A, Akta 172).

DRAF RANCANGAN

TEMPATAN

Publisiti dan Penyertaan

Awam

(Seksyen 13)

Penyediaan Asas Rujukan

Penyediaan Laporan Awal

Rancangan Struktur Negeri

Penyiasatan Tempatan Dan

Perbicaraan Awam

Berkenaan Dengan Draf

Rancangan Tempatan

(Subseksyen 14 (1))

Pemberitahuan Kepada Pihak

Berkuasa Negeri

(Subseksyen 15 (1))

Mewartakan Rancangan

Tempatan

(Seksyen 15(1c))

Pindaan, pemansuhan dan

penggantian dibuat pada bila-

bila masa sekiranya perlu

(Subseksyen 16 (1))

Draf

Rancangan

Tempatan

Draf Rancangan

Tempatan Yang

Dipinda

(Subseksyen 15 (1))

Kelulusan

Draf Rancangan

Tempatan

(Subseksyen 15

(1))

Page 71: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3071

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf rancangan tempatan

12A. Sebelum memulakan penyediaan suatu rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil apa-apa langkah yang pada pendapatnya akan memastikan-

(a) bahawa publisiti diberikan di dalam kawasannya mengenai draf rancangan tempatan yang akan disediakan, matlamatnya dan maksud bagi penyediaannya, dan perkara yang pihak berkuasa perancang tempatan bercadang untuk memasukkannya ke dalam rancangan itu;

(b) bahawa orang yang mungkin dijangkakan ingin mendapatkan peluang untuk membuat representasi kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu berkenaan dengan perkara itu menyedari bahawa mereka berhak mendapat, dan diberi, peluang untuk berbuat demikian.

________________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan mesti mengambil langkah-langkah untuk menjalankan proses publisiti untuk memberitahu kepada orang awam tentang penyediaan rancangan tempatan untuk memberikan peluang kepada orang ramai yang ingin terlibat bersama dalam proses penyediaan Draf Rancangan Tempatan. Proses ini secara langsung memberi peluang kepada penduduk tempatan sesuatu kawasan untuk turut terlibat bersama dalam perancangan pembangunan kawasan tersebut. Penyertaan awam mesti digalakkan supaya orang awam boleh memainkan peranan penting dalam mencadangkan pembangunan kawasan kediaman mereka.

Digantikan Akta A1129

Page 72: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3072

Publisiti berkaitan dengan draf rancangan tempatan

13. (1) Apabila pihak berkuasa perancang tempatan telah menyediakan draf rancangan tempatan, ia hendaklah, sebelum menerima pakainya di bawah subseksyen 15(1), tetapi tidak sebelum rancangan struktur, setakat ia terpakai bagi kawasan draf rancangan tempatan itu, berkuat kuasa, dan tertakluk kepada subseksyen (2), menyediakan salinan draf rancangan tempatan itu untuk diperiksa di pejabatnya dan di tempat lain yang ditentukannya; dan setiap salinan yang disediakan untuk diperiksa hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (2), yang bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

(2) Sebelum menyediakan salinan draf rancangan tempatan untuk diperiksa di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyiarkan dalam tiga keluaran daripada sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya adalah dalam bahasa kebangsaan, suatu notis yang menyatakan tarikh salinan draf rancangan tempatan itu akan mula tersedia untuk diperiksa, tempat di mana ia akan mula tersedia untuk diperiksa dan masa, yang hendaklah tidak kurang daripada empat minggu dari tarikh salinan draf rancangan tempatan itu mula tersedia untuk diperiksa, yang bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan itu boleh dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

(3) Masa yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) bagi membuat bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan boleh dilanjutkan sekali oleh pihak berkuasa perancang tempatan selama tidak lebih daripada empat minggu atas permohonan mana-mana orang. _____________________________________________________________

Ulasan

Sebagaimana seksyen 9 Akta 172 memperuntukkan perlunya proses publisiti untuk draf rancangan struktur, seksyen 13 Akta 172 juga memperuntukkan proses publisiti kepada draf rancangan tempatan. Sama seperti proses publisiti draf rancangan struktur, pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki menyiarkan notis pemberitahuan draf rancangan tempatan telah sedia untuk diperiksa oleh orang awam dalam tiga keluaran sekurang-

DimasukkanAkta A933

Page 73: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3073

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

kurangnya dua akhbar tempatan dan salah satunya hendaklah dalam bahasa Kebangsaan. Selain daripada perlu disiarkan di dalam akhbar bahasa Kebangsaan, penyiaran notis publisiti hendaklah juga mengambil kira majoriti bangsa penduduk bagi kawasan dalam sesuatu rancangan tempatan. Sekiranya kawasan tersebut mempunyai majoriti penduduk berbangsa Cina, maka mengikut amalan semasa, salah satu penyiaran notis publisiti adalah di dalam akhbar berbangsa Cina dan begitu juga jika golongan majoriti adalah penduduk berbangsa India perlu disiarkan di dalam akhbar berbahasa Tamil. Penyiaran notis publisiti hendaklah menyatakan tempat dan tarikh draf rancangan tersebut boleh mula diperiksa berserta dengan tempoh masa draf rancangan tersebut boleh diperiksa untuk sebarang bantahan atau rayuan. Tempoh masa publisiti yang perlu diperuntukkan ialah tidak kurang daripada empat (4) minggu dari tarikh notis penyiaran di akhbar-akhbar terpilih.

Teori perancangan bandar dan desa telah menjelaskan bahawa kegiatan perancangan bandar mesti dilakukan dengan mengambil kira pendapat orang awam yang akan menerima kesan daripada rancangan pemajuan tersebut. Seksyen 12, Akta 172 memperuntukkan bahawa sesuatu rancangan tempatan yang disediakan, pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki mengadakan publisiti awal bagi membolehkan orang awam mengambil bahagian dalam proses penyediaan rancangan pemajuan. Subseksyen 13(2) Akta 172 memperuntukkan bahawa setelah draf disediakan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu menyediakan salinan laporannya untuk diedarkan dan dipamerkan untuk pemeriksaan tidak kurang dari empat minggu. Orang awam boleh membuat bantahan sekiranya terkilan dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam draf rancangan tempatan tersebut. Jangka masa publisiti draf rancangan tempatan boleh dilanjutkan untuk tempoh 4 minggu atas permintaan orang awam. Notis pemberitahuan dan pengumuman kepada pihak awam dikehendaki disiarkan dalam tiga keluaran akhbar tempatan seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 13(2) Akta 172. Sekiranya rancangan tempatan telah diluluskan dan diwartakan, semua kegiatan pembangunan dalam kawasan kajian mestilah mematuhi Rancangan Tempatan tersebut.

Page 74: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3074

Siasatan dan pendengaran berkenaan dengan draf rancangan tempatan

14. (1) Bagi maksud menimbangkan bantahan terhadap dan representasi berkenaan dengan sesuatu draf rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengarahkan supaya suatu siasatan tempatan atau pendengaran lain diadakan oleh suatu jawatankuasa yang terdiri daripada tiga orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. (2) Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui kaedah-kaedah-

(a) membuat peruntukan berkenaan dengan pelantikan dan kelayakan bagi pelantikan orang untuk mengadakan siasatan tempatan atau pendengaran lain di bawah subseksyen (1);

(b) membuat peruntukan berkenaan dengan saraan dan elaun orang yang dilantik untuk mengadakan siasatan tempatan atau pendengaran lain di bawah subseksyen itu.

________________________________________________________________

Ulasan

Subseksyen 14(1) memperuntukkan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh menubuhkan satu Jawatankuasa yang terdiri daripada tiga (3) orang ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri. Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menimbangkan bantahan-bantahan terhadap kandungan sesuatu draf rancangan tempatan. Jawatankuasa tersebut boleh menimbangkan apa-apa rayuan yang dibuat berkaitan dengan draf rancangan tempatan. Pihak berkuasa perancang tempatan juga boleh mengarahkan supaya suatu siasatan tempatan atau perbicaraan diadakan oleh Jawatankuasa tersebut.

Subseksyen 14(2) pula memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk:

(a). Melantik orang-orang yang berkelayakan membuat siasatan tempatan atau perbicaraan lain terhadap bantahan dan rayuan; dan

(b). Menetapkan perkara-perkara berkaitan dengan saraan dan elaun-elaun kepada ahli Jawatankuasa terlibat.

Page 75: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3075

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kelulusan atau penolakan draf rancangan tempatan

15. (1) Selepas tamat tempoh yang diberikan untuk membuat bantahan terhadap atau representasi berkenaan dengan draf rancangan tempatan atau, jika bantahan atau representasi itu telah dibuat dengan sewajarnya dalam tempoh itu, selepas menimbangkan bantahan atau representasi itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengemukakan draf rancangan tempatan itu atau draf rancangan tempatan itu, sebagaimana yang diubahsuaikan dengan tujuan untuk mengambil kira bantahan atau representasi itu atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya, kepada Jawatankuasa bagi kelulusannya.

(1A) Jawatankuasa boleh, selepas menimbangkan sesuatu draf rancangan tempatan yang dikemukakan kepadanya, sama ada meluluskannya, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya dan dengan atau tanpa ubah suaian, atau menolaknya.

(1B) Dalam menimbangkan draf rancangan tempatan itu, Jawatankuasa boleh mengambil kira apa-apa perkara yang difikirkannya berkaitan, sama ada atau tidak perkara itu telah diambil kira dalam rancangan itu seperti yang dikemukakan atau dikemukakan semula kepadanya.

(1C) Jawatankuasa hendaklah mengemukakan draf rancangan yang telah diluluskan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri, dan apabila persetujuan diberikan, rancangan itu hendaklah berkuat kuasa.

(2) (Dipotong oleh Akta A1129)

(3) (Dipotong oleh Akta A1129)

(4) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengarahkan supaya fakta persetujuan Pihak Berkuasa Negeri mengenai draf rancangan tempatan disiarkan dalam Warta Negeri dan dalam sekurang-kurangnya dua akhbar tempatan, satu daripadanya dalam bahasa kebangsaan, bersama dengan tanda yang dengannya rancangan itu boleh dikenal pasti dan dengan suatu pernyataan mengenai tempat di mana rancangan itu boleh diperiksa.

(5) Rancangan tempatan hendaklah menepati rancangan struktur tetapi jika pada bila-bila masa selepas suatu rancangan tempatan telah berkuat kuasa terdapat perbezaan dalam peruntukan antara rancangan tempatan dengan rancangan struktur bagi Negeri

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Page 76: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3076

itu, dan Jawatankuasa berpuas hati bahawa ini disebabkan oleh rancangan struktur Negeri ini telah ketinggalan zaman, Jawatankuasa hendaklah merujukkan perbezaan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi keputusannya.

(6) Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa perbezaan itu memang disebabkan oleh rancangan struktur Negeri itu telah ketinggalan zaman, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, mengisytiharkan bahawa rancangan tempatan itu hendaklah mengatasi rancangan struktur berkaitan dengan peruntukan yang berkenaan itu._____________________________________________________________

Ulasan

Jawatankuasa Perancang Negeri boleh meluluskan draf rancangan tempatan tersebut sama ada dengan pindaan atau tanpa pindaan dan memastikan bahawa kelulusan tersebut diwartakan dalam Warta Negeri sebelum rancangan tempatan tersebut diterima pakai. Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh menerima sesuatu draf rancangan tempatan yang kandungannya bercanggah atau tidak menepati rancangan struktur kawasan tersebut. Kelulusan draf rancangan tempatan ini hendaklah dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengarahkan supaya fakta penerimaan draf rancangan tempatan oleh Pihak Berkuasa Negeri disiarkan dalam Warta Negeri dan sekurang-kurangnya dalam dua akhbar tempatan di mana satu daripadanya mestilah dalam bahasa Kebangsaan. Penyiaran pemberitahuan ini hendaklah memberikan suatu petunjuk atau tanda untuk mengenal pasti rancangan tempatan tersebut dan tempat di mana rancangan tersebut boleh diperiksa. Warta Negeri mengikut seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) merupakan Warta Rasmi sesebuah negeri (termasuklah sesuatu tambahan atau warta khas).

DimasukkanAkta A1129

Page 77: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3077

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pengubahan, pembatalan dan penggantian rancangan tempatan

16. (1) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh pada bila-bila masa, membuat cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan. (2) Tanpa menyentuh subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, jika Jawatankuasa memberikan ia arahan bagi maksud itu berkenaan dengan suatu rancangan tempatan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyediakan cadangan daripada jenis yang dinyatakan dalam arahan itu, iaitu cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian rancangan itu.

(3) Subseksyen 12(8) dan (9), dan seksyen 13, 14, dan 15 hendaklah terpakai berhubung dengan pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan, atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini dan berkenaan dengan apa-apa pengubahan, pembatalan atau penggantian rancangan itu yang berikutnya, sebagaimana ia terpakai berhubung dengan penyediaan draf rancangan tempatan di bawah seksyen 12 dan berhubung dengan draf rancangan tempatan yang disediakan di bawahnya._____________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh mencadangkan untuk mengubah, membatalkan atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu. Pihak berkuasa perancang tempatan juga boleh berbuat demikian sekiranya mendapat arahan daripada pihak Jawatankuasa Perancang Negeri. Sebarang tindakan untuk mengubah, membatalkan atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan akan melalui semula proses penyediaan rancangan tempatan daripada awal iaitu merangkumi Seksyen 12, 13, 14 dan 15 Akta 172.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan ke atas mana-mana rancangan tempatan adalah tidak wajar berlandaskan kepada kepentingan peribadi pihak atau orang tertentu. Sebaliknya perubahan yang hendak dilakukan hendaklah untuk kepentingan sejagat atau disebabkan oleh sesuatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan seperti berlakunya pindaan ke atas Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) atau lain-lain Akta yang berkaitan seperti Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta

Page 78: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3078

Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Perkara-perkara lain yang membolehkan rancangan tempatan dimansuh atau diganti ialah:

(a). berlaku perubahan kepada dasar rancangan struktur;

(b). wujudnya masalah di dalam kawasan rancangan tempatan yang memerlukan tindakan segera;

(c). ketetapan rancangan tempatan yang tidak lagi selari dengan pembangunan sekitar; dan

(d). lain-lain perkara yang berkaitan seperti berlakunya bencana alam.

Page 79: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3079

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Penyediaan, dsb., rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri

16A. (1) Jika Jawatankuasa berpuas hati bahawa pihak berkuasa perancang tempatan telah tidak mengambil langkah untuk menyediakan suatu rancangan tempatan atau cadangan bagi pengubahan, pembatalan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan, Jawatankuasa boleh mengarahkan Pengarah Negeri menyediakan rancangan atau cadangan itu dan perbelanjaan yang dilakukan berkaitan dengan penyediaan itu hendaklah dibayar oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada Pengarah Negeri. (2) Seksyen 12, 13, 14, 15 dan 16 hendaklah terpakai berhubung dengan penyediaan suatu rancangan tempatan atau pembuatan cadangan untuk pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu rancangan tempatan di bawah seksyen ini._____________________________________________________________

Ulasan

Jika pihak berkuasa perancang tempatan gagal untuk menyediakan rancangan tempatan atau cadangan bagi pengubahan, pemansuhan atau penggantian sesuatu rancangan tempatan, Jawatankuasa Perancang Negeri boleh mengarahkan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut. Segala perbelanjaan yang terlibat yang telah dibelanjakan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri mesti dibayar oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri mestilah membuat rancangan tempatan atau mana-mana cadangan untuk mengubah, memansuhkan atau menggantikan rancangan tempatan mengikut cara-cara yang telah diperuntukkan dalam Akta 172.

Dimasukkan Akta A1129

Page 80: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3080

Rancangan kawasan khas

16B. (1) Jika pada bila-bila masa semasa penyediaan atau apabila mula berkuatkuasanya sesuatu rancangan struktur atau rancangan tempatan, Pengarah Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan, atas daya usahanya sendiri atau sebagaimana yang diarahkan oleh Jawatankuasa, boleh mengemukakan kepada Jawatankuasa cadangan bagi penetapan suatu kawasan khas bagi pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan, pemajuan semula, pengelokan, pemuliharaan atau amalan pengurusan, atau sebahagiannya dengan satu kaedah dan sebahagian lagi dengan kaedah yang lain, bagi keseluruhan atau sebahagian kawasan khas itu, dan jenis pengolahan yang dicadangkan.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), Jawatankuasa hendaklah menentukan sama ada Pengarah Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang bertanggungjawab menyediakan suatu rancangan bagi kawasan khas itu.

(3) Bagi maksud subseksyen (2), rancangan bagi sesuatu kawasan khas hendaklah disediakan dengan cara yang sama sebagaimana penyediaan rancangan tempatan, tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam rancangan itu panduan yang terperinci bagi pelaksanaan dan pengurusannya, dan rancangan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seperti suatu rancangan tempatan._____________________________________________________________

Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan seksyen 16B Akta 172. Pengarah JPBD Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan boleh menyampaikan kepada JPN berkenaan dengan cadangan menyediakan RKK. JPN mempunyai kuasa budi bicara untuk menurun kuasa dan tanggungjawab untuk membuat RKK kepada Pengarah JPBD Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan.

Ia merupakan suatu pelan cadangan yang lebih terperinci berbanding dengan RT, yang lebih mirip kepada "action area plan". RKK akan mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus untuk satu kawasan yang telah dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Negeri/Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, bagi tujuan :

DimasukkanAkta A1129

Page 81: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3081

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(a). Pengolahan khas dan terperinci dengan cara pemajuan;

(b). Pemajuan semula; dan

(c). Pengelokan;

RKK berfungsi sebagai panduan terperinci dalam kawalan dan perancangan serta sebagai alat pembangunan yang teratur dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi kawasan yang telah dikhaskan.

Proses penyediaan dan penguatkuasaan RKK adalah sama dengan proses penyediaan RT. Tempoh masa penyediaan RKK tidak boleh melebihi enam (6) bulan bagi memastikan bahawa rancangan yang dicadangkan untuk pembangunan dapat dilaksanakan dengan segera.

Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri atau pihak berkuasa perancang tempatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan rancangan bagi kawasan khas tersebut.

Subseksyen 16B(3) memperuntukkan bahawa RKK hendaklah disediakan dengan cara yang sama seperti menyediakan rancangan tempatan. Carta alir di bawah menunjukkan proses penyediaan Rancangan Kawasan Khas.

Page 82: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3082

3-092

Rajah 3.4:

Carta Alir Proses Penyediaan Rancangan Kawasan Khas

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

PENYEDIAAN DRAF

RANCANGAN KAWASAN KHAS

(RKK)

(Subseksyen 16B (1) dan (3)

Publisiti dan Penyertaan Awam

(Subseksyen 13 (1) (2) dan (3))

Laporan Publisiti dan Penyertaan

Awam

Penyiasatan Tempatan Dan

Perbicaraan Awam

Berkenaan Dengan Draf RKK

(Subseksyen 14 (1))

Kelulusan Draf RKK

(Subseksyen 15 (1A)(1B))

Pemberitahuan Kepada Pihak

Berkuasa Negeri

(Subseksyen 15 (1)(1C))

Penyediaan Draf Awal RKK

Publisiti Awal

(Seksyen 12A, Akta 172).

Penyediaan

Asas Rujukan

Penyediaan

Laporan Pendekatan

Kenalpasti Kawasan

(Subseksyen 16B (1))

Mewartakan RKK (Seksyen 15(4))

Rajah 3.4: Carta Alir Proses Penyediaan Rancangan Kawasan Khas

Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2007

Page 83: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3083

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

17. Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan maksud Bahagian ini dengan lebih baik atau untuk menetapkan apa-apa yang mungkin, atau yang dikehendaki, ditetapkan di bawah Bahagian ini._____________________________________________________________

Ulasan

Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa untuk membuat kaedah-kaedah baru yang difikirkan perlu sebagai menambah atau menyokong Kaedah-kaedah Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan) 1984 yang telah sedia ada dan disesuaikan dengan keadaan semasa negeri masing-masing. Kaedah-kaedah yang sedia ada telah pun diguna pakai di beberapa negeri pada masa kini.

Pihak Berkuasa Negeri juga boleh membuat Kaedah-kaedah mengikut kuasa yang diberikan oleh peruntukan perenggan 58(2)(g) Akta 172. Kaedah-kaedah adalah merupakan peraturan-peraturan yang dibenarkan demi bantu melicinkan pelaksanaan peruntukan Akta 172. Kaedah-kaedah juga menjelaskan prosedur-prosedur perancangan yang tidak dijelaskan dalam Akta. Dalam kes Datin Azizah Bte Abdul Ghani v Dewan Bandaraya Kuala Lumpur & Ors, mahkamah telah memutuskan bahawa peruntukan undang-undang kecil tidak boleh mengatasi Akta Ibu (dalam kes ini Akta Ibu adalah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982) dan peruntukan undang-undang kecil yang bercanggahan dengan peruntukan Akta Ibu tidak boleh dipakai dan perlu diubahsuai kalau ingin memakainya.

Page 84: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3084

BAHAGIAN IVKAWALAN PERANCANGAN

Penggunaan tanah dan bangunan

18. (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi penggunaan tanah atau bangunan bagi maksud yang diperihalkan dalam perenggan 19(2)(d).

(3) Subseksyen (1) tidak menyentuh pelanjutan penggunaan mana-mana tanah atau bangunan bagi maksud dan setakat mana ia telah digunakan secara sah sebelum tarikh suatu rancangan tempatan mula berkuat kuasa dalam kawasan yang berkenaan atau, jika ada perubahan rancangan tempatan atau dalam suatu rancangan tempatan, tarikh perubahan itu berkuat kuasa._____________________________________________________________

Ulasan

Kawalan perancangan adalah tanggungjawab khusus pihak berkuasa perancang tempatan dan diperuntukkan dengan jelas di bahagian IV Akta 172. Peruntukan serta proses untuk mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa perancang tempatan dihuraikan dengan lengkap oleh seksyen 22(2) yang telah menyenaraikan perkara-perkara yang dipertimbangkan. Sistem pengawalan perancangan adalah penting dalam melindungi kepentingan awam di samping memelihara alam sekitar. Semasa membuat pertimbangan terhadap permohonan kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyemak sama ada permohonan telah mengambil kira dasar-dasar dan cadangan yang terdapat dalam rancangan struktur dan rancangan tempatan dan juga apa-apa cadangan yang terdapat dalam lain-lain kajian atau perancangan yang berkaitan. Sistem kawalan perancangan ini bertujuan bagi memastikan bahawa sesuatu cadangan pembangunan mematuhi rancangan pemajuan.

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan, ini termasuk dasar-dasar perancangan negara; dasar-dasar perancangan tempatan serta faktor-faktor lain yang dijangka memberi kesan kepada jenis dan ciri-ciri pembangunan yang akan memberi kesan positif dan negatif kepada persekitaran fizikal, penduduk, sosial dan ekonomi tapak cadangan serta kawasan sekitar.

Page 85: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3085

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Bahagian ini memperuntukkan bahawa pemilik tanah yang ingin memajukan tanah mereka mestilah mengikut kehendak peruntukan rancangan tempatan atau rancangan struktur jika tidak wujud rancangan tempatan di kawasan terlibat dan dasar-dasar yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Semua pihak (kecuali pihak berkuasa perancang tempatan) mestilah membuat permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang dan mematuhi kesemua syarat-syarat yang dikenakan ke atas kebenaran merancang sewaktu menjalankan kerja-kerja pembangunan.

Subseksyen 18(1) memperuntukkan bahawa kegunaan tanah dan bangunan mestilah mengikut kehendak peruntukan rancangan tempatan atau rancangan struktur jika tiada rancangan tempatan di kawasan terlibat. Dengan yang demikian, sebarang permohonan cadangan pemajuan tanah atau bangunan yang gagal mematuhi kehendak rancangan tempatan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

Walau bagaimanapun peruntukan subseksyen 18(1) turut tidak terpakai bagi pemajuan yang dimaksudkan di bawah perenggan 19(2)(a)-(g) iaitu berkenaan kegiatan pemajuan sementara. Pemajuan sementara merujuk kepada pemajuan yang tidak melebihi satu bulan atau tempoh lanjutan yang diberikan seperti penggunaan untuk tujuan panggung wayang, taman hiburan, pameran, perayaan adat istiadat keagamaan yang sementara dan lain-lain aktiviti pemajuan yang bersifat sementara. Tafsiran perkataan pemajuan dimuatkan dalam seksyen 2 di mana telah dijelaskan aktiviti yang dikategorikan sebagai pemajuan dan memerlukan kebenaran merancang.

Syarat bahawa penggunaan tanah mestilah mengikut peruntukan rancangan pemajuan yang dinyatakan dalam Seksyen ini walau bagaimanapun tidak akan terpakai terhadap pembangunan ke atas tanah atau penggunaan bangunan yang dibuat sebelum tarikh sesuatu rancangan tempatan bagi kawasannya dikuatkuasakan atau sebelum tarikh pertukaran suatu rancangan tempatan di kawasannya berkuat kuasa. Subseksyen 18(3) memperuntukkan bahawa sebarang kegunaan tanah dan bangunan yang telah sedia ada dan diguna sebelum pengenalan rancangan tempatan ataupun sebarang perubahan kepada rancangan tempatan tersebut dibuat masih berkuat kuasa. Peruntukan dalam rancangan tempatan ataupun sebarang perubahan kepada rancangan tersebut tidak akan memberikan sebarang kesan kepada kegunaan tanah dan bangunan tersebut. Ini adalah penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan terhadap kesahihan kegunaan asal atau yang sedia ada di tanah atau bangunan tersebut.

Page 86: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3086

Larangan terhadap pemajuan tanpa kebenaran merancang

19. (1) Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), kebenaran merancang tidak perlu-

(a) bagi penjalanan apa-apa kerja yang perlu bagi penyenggaraan, pengelokan, atau apa-apa pengubahan lain bagi sesuatu bangunan, iaitu kerja yang menyentuh hanya bahagian dalam bangunan itu dan yang tidak -

(i) melibatkan apa-apa perubahan tentang penggunaan bangunan itu atau tanah yang kepadanya bangunan itu bercantum;

(ii) menyentuh secara material rupa di sebelah luar bangunan itu;

(iii) melibatkan apa-apa tambahan pada ketinggian atau luas lantai bangunan;

(iv) melibatkan apa-apa tambahan atau pengubahan kepada suatu bangunan yang menyentuh atau mungkin menyentuh susunan saliran, kebersihan, atau keteguhannya; atau

(v) melanggar, atau terlibat dalam atau mengakibatkan ketidakselarasan dengan, mana-mana peruntukan dalam rancangan tempatan;

(b) bagi penjalanan oleh mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang untuk mengadakan kemudahan apa-apa kerja bagi maksud memasang, memeriksa, memperbaiki atau memperbaharui mana-mana parit, pembetung, sesalur, paip, kabel atau radas lain, atau bagi maksud menyenggara atau memperbaiki jalan, termasuk memecah mana-mana jalan atau tanah bagi maksud itu;

Page 87: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3087

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(c) bagi apa-apa penggalian, termasuklah penggalian telaga atau untuk telaga, yang dibuat dalam penjalanan biasa pengendalian pertanian dalam kawasan yang dizonkan untuk pertanian;

(d) bagi penggunaan mana-mana tanah atau bangunan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau tempoh yang lebih lanjut yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan bagi maksud-

(i) suatu panggung wayang, panggung, atau pertunjukan sementara atau bergerak;

(ii) suatu taman hiburan, pestaria atau pameran sementara; atau

(iii) suatu istiadat atau kebesaran sementara yang bercorak agama, sosial atau lain;

dan bagi apa-apa pemajuan yang perlu untuk menghasilkan penggunaan itu;

(e) bagi pembinaan atau pendirian di atas mana-mana tanah bangunan sementara untuk menampung pekerja yang terlibat dalam pembinaan atau pendirian suatu bangunan di atas tanah yang baginya kebenaran untuk merancang telah diberikan;

(f) bagi penggunaan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan suatu rumah tempat tinggal bagi apa-apa maksud yang bersampingan dengan menikmati rumah tempat tinggal itu sedemikian; atau

(g) bagi pembuatan apa-apa perubahan secara material kepada penggunaan tanah atau bangunan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai suatu perubahan material yang baginya kebenaran untuk merancang tidak perlu.

________________________________________________________________

Ulasan

Subseksyen 19(1) ini memperuntukkan bahawa tiada seseorang pun, selain pihak berkuasa perancang tempatan boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan telah diberikan

Page 88: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3088

di bawah seksyen 22 Akta 172 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3) Akta 172. Kebenaran merancang ialah alat kawalan perancangan dan pembangunan tanah yang dikenakan ke atas sesuatu permohonan cadangan pemajuan oleh pihak berkuasa perancang tempatan terhadap orang perseorangan atau pemaju. Ini juga bermaksud satu prosedur yang menghendaki pemohon mengemukakan dokumen-dokumen, pelan-pelan dan bayaran-bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Manakala pemohon perlu bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pemajuan dan pembangunan menurut kelulusan kebenaran merancang.

Terdapat beberapa kegiatan yang tidak memerlukan kebenaran merancang seperti yang disenaraikan di bawah subseksyen 19(2) Akta 172. Kegunaan tanah untuk tujuan yang disenaraikan dalam perenggan 19(2)(a)-(g) Akta 172 adalah dikecualikan daripada kebenaran merancang. Sebab pengecualian diberikan ialah kegunaan tersebut semata-mata untuk tujuan memelihara, membaik pulih, atau mengubah suai bangunan yang hanya melibatkan bahagian dalaman bangunan tersebut sahaja. Kerja-kerja yang dijalankan oleh mana-mana jabatan kerajaan yang telah diperbadankan mengikut undang-undang, sebagai contoh, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran ataupun pihak berkuasa tempatan untuk kerja-kerja bertujuan menyelenggarakan kemudahan awam adalah dikecualikan daripada membuat permohonan kebenaran merancang.

Secara keseluruhannya kegiatan-kegiatan yang tidak memerlukan kebenaran merancang adalah seperti berikut:- (a) kerja penyelenggaraan, pembaikan bangunan atau apa-apa

perubahan lain yang hanya melibatkan bahagian dalaman bangunan itu;

(b) kerja pemasangan, pemeriksaan, pembaikan atau pembaharuan parit, pembetung, sesalur, paip, kabel atau lain-lain radas serta penyelenggaraan atau pembaikan jalan;

(c) korekan telaga untuk tujuan pertanian dan terletak di dalam zon pertanian;

(d) penggunaan tanah atau bangunan bagi tempoh tidak melebihi satu bulan atau tempoh yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;

Page 89: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3089

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(e) pembinaan bangunan sementara untuk rumah pekerja pembinaan yang mana tanah tersebut telah memperolehi kebenaran merancang;

(f) menggunakan mana-mana tanah atau bangunan dalam perkarangan sesuatu kediaman bagi tujuan menikmati kediaman tersebut; dan

(g) perubahan secara material kepada tanah atau bangunan yang telah mendapat pengecualian kebenaran merancang daripada Pihak Berkuasa Negeri.

Pengecualian daripada mendapat kebenaran merancang dalam konteks ini ialah selagi ianya tidak memberikan impak yang jelas kepada pengubahan kegunaan premis atau tidak mengganggu persekitarannya seperti tidak menghasilkan pencemaran bunyi dan udara serta lalu lintas. Perubahan material bagi guna tanah/bangunan itu tidak melibatkan perubahan ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran, sosial, bilangan, rupa, taburan penduduk, perhubungan sistem pengangkutan, lalu lintas dan lain-lain seperti ditetapkan di dalam rancangan pemajuan.

Page 90: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3090

Larangan terhadap pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang

20. Tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau syarat-syarat kebenaran merancang itu. ________________________________________________________________

Ulasan

Kebenaran merancang yang diberikan kepada pemohon sama ada dengan syarat atau tanpa syarat adalah mengikut apa yang dimohon. Sebarang pemajuan yang hendak dijalankan oleh pemohon hendaklah tidak bertentangan dengan kebenaran merancang yang telah diperolehi dan juga syarat-syaratnya. Sekiranya sesuatu pemajuan yang hendak dijalankan tidak menepati dengan kebenaran merancang yang diperolehi sebelumnya, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengeluarkan notis memberhentikan pemajuan tersebut. Pemohon perlu mengemukakan permohonan yang baru kepada pihak berkuasa perancang tempatan ke atas cadangan pemajuan yang hendak dilakukan. Kebenaran merancang yang lama adalah tidak terpakai untuk pemajuan tersebut. Kebenaran merancang yang dimaksudkan di sini adalah kebenaran merancang yang diperolehi di bawah Seksyen 22 Akta 172. Mana-mana orang atau pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 20 Akta 172 akan disabitkan kesalahannya di bawah Seksyen 26 Akta 172.

Page 91: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3091

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Kewajipan untuk berunding

20A. Maka hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang ia bercadang untuk dijalankan di dalam Negeri itu.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini menetapkan kewajipan ke atas Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri sebelum memulakan proses pemajuan hartanah dalam Negeri dan peringkat kerajaan Persekutuan untuk memastikan bahawa sesuatu pembangunan itu dijalankan dengan lebih sempurna dengan mengambil kira semua dasar-dasar di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Peruntukan ini adalah memastikan semua pembangunan yang dijalankan oleh jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dapat diselaraskan bukan sahaja di peringkat perancangan tetapi juga di peringkat pelaksanaan. Rundingan sebelum memulakan proses pemajuan hartanah dalam Negeri dan di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah penting demi memastikan sesuatu pembangunan itu dijalankan dengan mengambil kira dasar-dasar semasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang yang menghendaki setiap agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri merujuk aktiviti pembangunan yang dicadangkannya kepada pihak Kerajaan Negeri. Jika tidak, ia menyebabkan Kerajaan Negeri kadang kala belum bersedia dengan dasar yang sesuai bagi menyesuaikan pembangunan tersebut dengan keadaan negeri tersebut. Oleh itu, seksyen ini memperuntukkan supaya agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta mana-mana jabatan yang bercadang untuk menjalankan pemajuan dalam negeri tersebut hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri. Dengan ini semua aktiviti pembangunan akan mendapat perhatian Kerajaan Negeri bagi memastikan ia selaras dengan dasar semasa Negeri tersebut dan Kerajaan Negeri boleh mengarahkan jentera negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan pembangunan berkenaan.

Keputusan Majlis berkenaan dengan cara menjalankan rundingan bolehlah dijadikan sebagai rujukan dalam proses menjalankan rundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Majlis dalam mesyuarat Majlis 6/2006 bertarikh 8hb Ogos 2006 bersetuju seperti berikut:

Dimasukkan Akta A1129

Page 92: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3092

(a) bagi tujuan penyelarasan perancangan dan pengawalan pembangunan, semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan termasuk oleh jabatan atau agensi Kerajaan perlu mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan selaras dengan peruntukan subseksyen 21(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172);

(b) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah menubuhkan pusat setempat di peringkat pihak berkuasa tempatan bagi memudah cara permohonan cadangan pemajuan;

(c) bagi tujuan menyelaras, merancang, mengawal dan mengatur pembangunan semua Jabatan atau agensi Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri perlu berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang hendak dijalankan di Negeri berkenaan selaras dengan peruntukan seksyen 20A, Akta 172.

(d) Semua projek yang melibatkan pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama hendaklah mengemukakan permohonan kebenaran merancang melalui pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan. Jawatankuasa Perancang Negeri hendaklah memastikan nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara diperolehi sebelum sesuatu projek dilaksanakan selaras dengan peruntukan perenggan 22(2A)Akta 172.

Bagi pelaksanaan projek Kerajaan, agensi/jabatan Kerajaan hendaklah berunding dengan Jawatankuasa Perancang Negeri mengenai apa-apa aktiviti pemajuan yang hendak dijalankan di Negeri berkenaan di bawah peruntukan seksyen ini.

Walau bagaimanapun, Akta 172 tidak menyatakan secara terperinci bagaimana rundingan perlu dibuat. Amalan semasa sesuatu rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mengendalikan isu seperti pentadbiran dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bolehlah dirujuk. Tanggungjawab untuk berunding memberi bermaksud seperti berikut:-

a elemen komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat, biasanya dalam bentuk surat menyurat atau melalui perbincangan;

Page 93: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3093

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

b. bertujuan mendapatkan maklum balas daripada pihak yang berkenaan bagi mendapatkan nasihat atau panduan, dalam hal ini, Jawatankuasa Perancang Negeri;

c. tindakan yang diambil semasa cadangan pemajuan atau pembangunan itu masih dalam peringkat pembentukan;

d. suatu proses yang dijalankan dalam tempoh masa yang munasabah, mencukupi dan memadai bagi semua pihak yang terlibat dalam rundingan itu; dan

e. yang boleh menerbitkan suatu keputusan yang memuaskan hati semua pihak yang terlibat dalam rundingan itu.

Pelaksanaan peruntukan ini akan lebih berkesan lagi sekiranya ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Fizikal Perancang Negara Bil. 6/2006 bertarikh 8hb Ogos 2006 dipantau dan dilaksanakan dengan teliti dari masa ke semasa.

Page 94: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3094

Permohonan untuk kebenaran merancang

21. (1) Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen, pelan, dan fi yang ditetapkan.

(2) Jika pemohon itu bukan pemunya tanah yang di atasnya pemajuan hendak dijalankan, keizinan bertulis pemunya tanah itu mengenai pemajuan yang dicadangkan itu hendaklah diperoleh dan dicatatkan dalam permohonan itu.

(3) Jika pemajuan itu melibatkan pendirian suatu bangunan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan bertulis kepada pemohon itu berkenaan dengan mana-mana daripada perkara yang berikut, iaitu-

(a) aras tapak bangunan itu;

(b) garis hadapan dengan bangunan yang berjiran;

(c) penaikan bangunan itu;

(d) kelas, reka bentuk, dan rupa bangunan itu;

(e) bahagian belakang bangunan itu ke suatu garisan bangunan;

(f) laluan masuk ke tanah yang di atasnya bangunan itu akan didirikan; dan

(g) apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa perancang tempatan bagi maksud perancangan.

(4) Pemohon yang diberikan apa-apa arahan bertulis di bawah subseksyen (3) hendaklah meminda pelan yang dikemukakan dengan permohonannya itu dengan sewajarnya dan mengemukakan semula pelan itu dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(5) Jika pelan itu tidak dikemukakan semula dalam tempoh yang ditentukan atau tempoh yang dilanjutkan itu, permohonan untuk kebenaran merancang itu hendaklah disifatkan sebagai telah ditarik balik tetapi pemohon itu boleh mengemukakan permohonan baru.

Digantikan Akta A933

Page 95: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3095

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(6) Jika pemajuan yang dicadangkan itu bertempat di sesuatu kawasan yang berkenaan dengannya tidak ada rancangan tempatan pada masa ini, maka, setelah menerima permohonan untuk kebenaran merancang, atau, jika arahan telah diberikan di bawah subseksyen (3), setelah dipatuhi arahan itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada pemunya tanah berjiran, memberitahu mereka akan hak mereka untuk membantah terhadap permohonan itu dan untuk menyatakan alasan bagi bantahan mereka dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu disampaikan.

(7) Jika ada bantahan yang diterima menurut subseksyen 21(6), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas tamatnya tempoh bantahan boleh dibuat, mendengar-

(a) pemohon untuk kebenaran merancang itu; dan

(b) mana-mana orang yang telah memasukkan bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang, dalam memasukkan bantahan itu, telah meminta suatu pendengaran.

(8) Dalam seksyen ini, "tanah berjiran" ertinya -

(a) tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini;

(b) tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya tidak melebihi 20 meter dan yang akan bersempadan dengan tanah yang berhubungan dengan permohonan itu jika tidak kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu;

(c) tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang berhubungan dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika jalan masuk ke tanah yang berhubungan dengan permohonan itu ialah jalan mati yang digunakan oleh pemunya tanah itu dan pemunya tanah yang berhubungan dengan permohonan itu.

Digantikan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Page 96: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3096

Ulasan

Subseksyen 21(1) memperuntukkan bahawa permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Dokumen-dokumen

i. Laporan Cadangan Pemajuan (LCP),

ii. Perakuan laluan oleh tuan tanah terlibat

iii. Salinan hak milik tanah yang diperakui;

iv. Laporan Penilaian Alam Sekeliling, Laporan Penilaian Impak Lalu lintas, Laporan Penilaian Impak Sosial, Laporan Geoteknikal, Laporan Kerja Tanah, Laporan Pelaksanaan Manual Saliran Mesra Alam, Laporan Kemudahan Utiliti, Laporan Konsep Lanskap, Laporan Cadangan Sistem Pembetungan dan Laporan Pengairan Hidraulik (jika perlu);

(b) Pelan-pelan :

i. Pelan susun atur dan pelan tapak;

ii. Pelan lanskap;

iii. Pelan Cadangan Nama Taman; dan

iv. Pelan Cadangan Nama Jalan.

(c) Fi yang ditetapkan.

Sekiranya tanah yang dicadangkan untuk pemajuan berkenaan bukan milik pemohon, maka kebenaran secara bertulis daripada tuan tanah hendaklah diperolehi terlebih dahulu dan dicatatkan bersama di dalam permohonan. Ini penting bagi melindungi hak milik seseorang tuan tanah.

Bagi pemajuan yang melibatkan pendirian sesuatu bangunan, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan-arahan bertulis kepada pemohon seperti yang dinyatakan di bawah subseksyen 21(3) Akta 172. Arahan-arahan bertulis adalah merangkumi perkara-perkara berikut:

Page 97: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3097

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(a) penetapan terhadap aras tapak bangunan yang hendak didirikan;

(b) garisan bidang hadapan dengan bangunan yang berhampiran;

(c) ketinggian bangunan;

(d) jenis rumah dan reka bentuk bangunan;

(e) anjakan belakang bangunan;

(f) laluan-laluan ke bangunan yang dicadangkan;

(g) lain-lain perkara yang difikirkan perlu termasuklah perkara-perkara yang akan mempunyai kepentingan pada masa hadapan.

Arahan bertulis pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemohon di bawah subseksyen 21(3) hanyalah untuk melaksanakan keperluan dasar, dan keperluan-keperluan teknikal daripada jabatan-jabatan teknikal atau agensi-agensi Kerajaan. Di peringkat ini pihak berkuasa perancang tempatan belum lagi membuat sebarang keputusan kebenaran merancang. Tindakan pemohon terhadap arahan-arahan pihak berkuasa perancang tempatan dan bantahan-bantahan oleh pembantah dijadikan di antara perkara-perkara yang diambil pertimbangan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di dalam membuat keputusan terhadap permohonan mengikut subseksyen 22(1). Oleh yang demikian pemohon atau orang yang membuat bantahan di bawah subseksyen 21(6) tidak boleh membuat sebarang rayuan kepada Lembaga Rayuan. Hanya setelah pihak berkuasa perancang tempatan membuat keputusan di bawah subseksyen 22(3), pemohon atau pembantah boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan mengikut subseksyen 23(1) dan subseksyen 23(1)(b). Sungguhpun begitu, arahan bertulis tersebut mestilah arahan-arahan yang munasabah dan tidaklah sesuatu yang di luar bidang kuasa pihak berkuasa perancang tempatan dan boleh dianggap sebagai ‘ultra vires’.

Dalam kes Sri Bangunan Sdn. Bhd. lwn. Majlis Perbandaran Pulau Pinang & Lain [2007] 6 MLJ 581, mahkamah telah memutuskan bahawa keputusan yang boleh dirayu di bawah seksyen 23 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah satu yang memberikan atau menolak kebenaran perancangan atau memberikan kebenaran perancangan tertakluk kepada syarat yang dipertikaikan.** Perancangan atau merancang

Page 98: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3098

Pemohon yang mendapat arahan bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan untuk meminda permohonannya di bawah subseksyen 21(4) Akta 172 dikehendaki menyerahkan semula permohonannya setelah membuat pindaan mengikut arahan-arahan yang telah dikenakan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan semula permohonannya yang telah dipinda dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan berkenaan akan dianggap telah ditarik balik menurut peruntukkan subseksyen 21(5) Akta 172. Sekiranya pemohon masih berminat untuk memajukan cadangan pemajuan tersebut, satu permohonan baru perlu dikemukakan dan permohonan ini akan dianggap sebagai permohonan kebenaran merancang yang baru yang akan melalui proses yang sama seperti satu permohonan yang baru.

Subseksyen 21(6), Akta 172 memperuntukkan bahawa sesuatu permohonan kebenaran merancang untuk membangunkan tanah yang terletak dalam kawasan yang belum ada rancangan tempatan, pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki menghantar notis bertulis kepada pemilik tanah berjiran untuk memberitahu mereka tentang permohonan kebenaran merancang yang telah diterima oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Dalam notis tersebut, pihak berkuasa perancang tempatan mestilah menyatakan bentuk serta jenis-jenis cadangan pemajuan tersebut dan hak jiran untuk membuat bantahan terhadap permohonan tersebut. Alasan-alasan bantahan perlu dinyatakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis itu disampaikan. Kaedah-kaedah penyampaian notis hendaklah mengikut seperti peruntukkan seksyen 47, Akta 172.

Dalam kes Leila Dulcie Allana Labroy lwn. MBI [1996] 1 AMR 695, mahkamah memutuskan bahawa hak jiran untuk bantah hanya wujud jika rancangan pemajuan tidak wujud di kawasan berkenaan. Dalam kes ini rancangan pemajuan untuk kawasan tersebut telah wujud.

Dalam kes Lee Fredie lwn. MPPJ [1994] 3 MLJ 640, mahkamah telah memutuskan bahawa jiran boleh membuat bantahan terhadap permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan, akan tetapi bantahan itu tidak semestinya boleh menentukan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan.

Jika pihak berkuasa perancang tempatan menerima bantahan daripada pemohon dan pemunya tanah berjiran, pihak berkuasa perancang tempatan perlu mengadakan pendengaran bantahan terhadap permohonan kebenaran merancang tersebut dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bantahan.

Page 99: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3099

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pada amalannya, pemilik tanah berjiran merujuk kepada pemilik mana-mana tanah bersebelahan yang mempunyai sempadan yang sama dengan tanah yang dimohon untuk kebenaran merancang. Subseksyen 21(8) menerangkan maksud “tanah berjiran” untuk tujuan melaksanakan ketetapan subseksyen 21(6) iaitu pihak berkuasa perancang tempatan mengeluarkan notis secara bertulis kepada pemunya tanah berjiran, untuk memberitahu hak mereka untuk membantah dan menyatakan alasan terhadap permohonan yang telah dikemukakan untuk kebenaran merancang.

Takrifan istilah tanah berjiran telah dibincangkan dalam kes Abdul Razak Ahmad lwn. Majlis Bandaraya Johor Bahru [1995] 2 MLJ 287, mahkamah telah memutuskan bahawa rumah plaintif yang terletak jauh dari tempat di mana kemajuan yang dicadangkan, maka plaintif bukan seorang pemunya tanah yang bersempadan untuk membolehkan beliau menegaskan secara positif bahawa kedudukannya di sisi undang-undang akan terjejas oleh kebenaran merancang yang diberikan kepada pemilik tanah. Justeru itu, permohonan plaintif ditolak atas alasan bahawa dia tidak mempunyai locus standi.

Subseksyen 21(8) menerangkan istilah tanah berjiran adalah merangkumi yang berikut:

(a) Tanah yang bersempadan dengan tanah yang berhubung dengan sesuatu permohonan;

(b) Tanah yang dipisahkan dari tanah yang berhubung dengan sesuatu permohonan oleh mana-mana jalan, lorong, parit atau tanah rizab yang lebarnya 20 meter dan akan bersempadan dengan tanah yang berhubung dengan permohonan itu jika tidak kerana dipisahkan oleh jalan, lorong, parit atau tanah rizab itu; dan

(c) Tanah yang terletak dalam jarak 200 meter dari sempadan tanah yang berhubung dengan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini jika jalan masuk ke tanah yang berhubung dengan pemohon itu ialah jalan mati yang digunakan oleh pemunya tanah itu dan pemunya tanah yang berhubungan dengan permohonan itu.

Page 100: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3100

Laporan cadangan pemajuan

21A. (1) Sebagai tambahan kepada dokumen dan pelan yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah subseksyen 21(1) untuk kebenaran merancang, pemohon hendaklah mengemukakan suatu laporan cadangan pemajuan yang hendaklah mengandungi yang berikut:

(a) konsep dan justifikasi pemajuan;

(b) peta lokasi dan pelan tapak;

(c) butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada; (d) (i) perihal tanah, termasuk alam sekitar dari segi fizikal,

topografi, lanskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk-bentuk semula jadi di atasnya;

(ii) suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan

(iii) butir-butir bangunan,

yang berkemungkinan disentuh oleh pemajuan itu,

(e) analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;

(f) pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam seksyen 21(B); dan

(g) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(1A) Pihak Berkuasa Negeri boleh menentukan bahawa laporan rancangan pemajuan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan kategori tertentu pemajuan hendaklah termasuk sesuatu analisis mengenai implikasi sosial pemajuan itu bagi kawasan yang menjadi perkara permohonan bagi kebenaran merancang itu.

(2) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah, mengecualikan apa-apa pemajuan atau kelas, jenis atau kategori pemajuan daripada mengemukakan -

(a) suatu laporan cadangan pemajuan di bawah subseksyen (1); atau

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A1129

Dimasukkan Akta A933

Page 101: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3101

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(b) suatu laporan cadangan pemajuan yang mengandungi mana-mana perkara yang dinyatakan dalam perenggan 1(a) hingga (g).

________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 21A ini telah dimasukkan melalui pindaan kepada Akta 172 yang dibuat melalui Akta Pindaan A933 dan A1129. Seksyen ini memperuntukkan bahawa sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang bagi menjalankan aktiviti pemajuan hendaklah disertakan dengan suatu Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). LCP adalah satu dokumen yang memperincikan mengenai sesuatu cadangan pemajuan bagi memudahkan pihak berkuasa perancang tempatan dalam menimbang permohonan kebenaran merancang.

Bagi memastikan keperluan Laporan Cadangan Pemajuan ini dilaksanakan dengan seragam dan sempurna satu garis panduan mengenainya telah disediakan. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri, pihak berkuasa perancang tempatan dan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perancangan dan pembangunan fizikal. Ini adalah ke arah memastikan pembangunan fizikal dijalankan secara lebih teratur dan terkawal dan seterusnya menghasilkan alam persekitaran yang selesa, selamat dan terpelihara. Pemohon perlulah terlebih dahulu membuat semakan sama ada permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan perlu disertakan LCP. Keperluan menyediakan laporan cadangan pemajuan ialah:

(a) Memainkan peranan yang besar sebagai alat dalam kawalan pembangunan dan perancangan.

(b) Untuk menentukan rasional cadangan sesuatu pembangunan.

(c) Untuk membolehkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas aktiviti perancangan fizikal membuat penilaian yang sewajarnya terhadap cadangan pembangunan berasaskan kepada maklumat terperinci yang dikemukakan.

(d) Untuk memastikan prinsip-prinsip perancangan dan faktor-faktor pembangunan diberikan perhatian sepenuhnya dalam usaha untuk menghasilkan keadaan persekitaran yang selesa dan menarik serta menguntungkan semua pihak.

Page 102: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3102

(e) Untuk memastikan penyediaan pelan-pelan susun atur mengambil pertimbangan terhadap aspek-aspek fizikal, sosio-ekonomi, alam sekitar dan dasar-dasar rancangan pemajuan.

(f) Untuk menyediakan rangka penyelarasan di antara pemaju dengan pihak berkuasa bagi memastikan usaha-usaha perancangan dapat menghasilkan sesuatu kawasan yang mempunyai struktur fizikal dan alam sekitar yang baik.

(g) LCP tidak hanya digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, tetapi pihak lain seperti agensi-agensi utiliti yang terlibat dalam perancangan penyediaan kemudahan.

LCP perlu disediakan bagi mengiringi setiap permohonan cadangan pembangunan di dalam sesuatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. LCP juga boleh dikehendaki pada peringkat seperti di bawah:

(a) Permohonan ubah jenis kegunaan tanah;

(b) Permohonan kelulusan pelan susun atur;

(c) Permohonan kelulusan pendirian bangunan;

(d) Permohonan kelulusan ubah jenis kegunaan bangunan; dan

(e) Permohonan pecah bahagian dan penyatuan lot tanah.

Subseksyen 21A(1) memperuntukkan bahawa kandungan LCP seperti di bawah:

(a) Konsep dan justifikasi pemajuan;

(b) Peta lokasi dan pelan tapak;

(c) Butir-butir hak milik tanah dan sekatan, jika ada:

(d) Perihal tanah termasuk alam sekitar dari segi fizikal, topografi, lanskap, geologi, kontur, saliran, air dan tadahan air dan bentuk semula jadi di atasnya;

(e) Suatu tinjauan pokok dan semua jenis tumbuh-tumbuhan; dan

Page 103: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3103

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(f) Butir-butir bangunan, yang berkemungkinan disentuh oleh pemajuan itu;

(g) Analisis guna tanah dan kesannya terhadap tanah yang bersempadan;

(h) Pelan susun atur yang mengandungi butir-butir yang ditentukan dalam Seksyen 21B; dan

(i) Apa perkara lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

Subseksyen 21A (1A) juga memperuntukkan kandungan tambahan LCP iaitu kehendak untuk menyediakan analisis tentang implikasi sosial pemajuan bagi kawasan kebenaran merancang yang dimohon. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat berkenaan impak sosial akibat pelaksanaan sesuatu dasar, pelan, rancangan, program dan projek terhadap masyarakat dan mengesyorkan tindakan untuk mengurangkan impak negatif sebelum pelaksanaan.

Di bawah subseksyen 21A(2) Akta 172 memperuntukkan bahawa terdapat beberapa pemajuan yang boleh dikecualikan dari menyediakan laporan cadangan pemajuan. Pihak Berkuasa Negeri boleh menyediakan kaedah-kaedah untuk membenarkan pengecualian dari menyediakan laporan cadangan pemajuan. Pengecualian bolehlah ditetapkan mengikut aktiviti pemajuan atau mengikut kelas, jenis atau kategori pemajuan. Sebagai contoh aktiviti-aktiviti yang berikut bolehlah dikecualikan.

(a) Pelan susun atur yang diluluskan Bagi kawasan yang mempunyai pelan susun atur yang telah

diluluskan dan cadangan permohonan tidak berbeza dengan pelan susun atur tersebut kecuali diarahkan oleh pihak berkuasa untuk kajian semula.

(b) Sebahagian daripada pelan induk pembangunan yang diluluskan

Dalam skim pembangunan yang besar, pembangunan dibuat dalam bentuk konsep umum (masterplan) di mana kegunaan terperinci akan ditentukan kemudian. Cadangan pemajuan selalunya melibatkan aktiviti pemajuan secara bercampur seperti industri, perdagangan, perumahan industri dan sebagainya. Bagi permohonan perancangan di peringkat kedua (penyediaan pelan susun atur) yang mengikut pelan

Page 104: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3104

induk yang telah diluluskan, adalah dikecualikan daripada menyediakan LCP. Sekiranya terdapat perubahan atau pindaan kepada pelan induk asal atau sekiranya pihak berkuasa memerlukan penjelasan terperinci tentang aktiviti pelan susun atur yang dikemukakan, maka LCP perlu disediakan.

(c) Pembangunan 'Infill' Cadangan pemajuan atau pemajuan semula beberapa unit

rumah sesebuah, rumah teres atau rumah kedai yang terletak di sekeliling pembangunan sedia ada. Cadangan pembangunan ini tidak berbeza dengan pembangunan bersebelahan dari segi kepadatan, jenis rumah dan ketinggian.

(d) Pecahan tanah yang mudah Bagi pelan susun atur untuk pecahan tanah yang mudah,

pemohon boleh dikecualikan dari mengemukakan laporan cadangan pemajuan. Kriteria yang digunakan untuk menentukan pecahan tanah yang mudah adalah seperti berikut:

i. Bagi pemajuan rumah kedai tidak melebihi 4 tingkat dan di atas tapak yang mempunyai hak milik persendirian.

ii. Pemajuan yang tidak memerlukan penyediaan jalan masuk selain daripada jalan-jalan yang terdapat di kawasan projek. Sebagai contoh sekeping tanah yang dipecahkan empat lot kecil yang semuanya berhadapan dengan jalan sedia ada merupakan pecahan tanah yang mudah.

iii. Pemajuan yang jenis reka bentuk bangunan yang dikemukakan adalah sama dengan yang telah diluluskan bagi kawasan tersebut.

(e) Ubah suai dalaman Bagi permohonan untuk mengubah suai bahagian dalaman

bangunan dan tidak melibatkan perubahan terhadap fasad bangunan, pengecualian bagi mengemukakan laporan cadangan pemajuan boleh dipertimbangkan.

Page 105: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3105

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pelan susun atur

21B. (1) Pelan susun atur di bawah perenggan 21A(1)(f) hendaklah menunjukkan pemajuan yang dicadangkan dan khususnya-

(a) jika pemajuan itu berkenaan dengan mana-mana tanah-

(i) langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitarnya dari segi fizikal;

(ii) langkah bagi memelihara topografi semula jadinya;

(iii) langkah bagi memperelok lanskapnya;

(iv) langkah bagi memelihara dan menanam pokok di atasnya;

(v) lokasi dan spesies pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter dan tumbuh-tumbuhan lain di atasnya;

(vi) pengadaan tanah lapang;

(vii) cadangan kerja tanah, jika ada; dan

(viii) perihal kerja yang hendak dijalankan; dan

(b) jika pemajuan itu berkenaan dengan suatu bangunan yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah, butir-butir untuk mengenal pasti bangunan itu termasuk kegunaan dan keadaannya, serta ciri-ciri, rupa, binaan dan bentuknya yang tersendiri dan langkah bagi melindunginya, memeliharanya dan mengindahkannya; dan

(c) jika pemajuan itu melibatkan kerja bangunan, butir-butir mengenai ciri dan rupa bangunan yang terletak di kawasan sekeliling.

(2) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan kepada pemohon untuk kebenaran merancang berkenaan dengan perkara berkaitan pelan susun aturnya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(3) Pemohon yang telah diberikan arahan di bawah subseksyen (2) hendaklah meminda pelan susun aturnya dengan sewajarnya, dan mengemukakan semula pelan susun atur itu dalam masa apa-apa

Digantikan Akta A933

Page 106: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3106

tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(4) Jika pelan susun atur itu tidak dikemukakan semula dalam masa tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan, permohonan untuk kebenaran merancang itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tetapi pemohon boleh mengemukakan permohonan yang baru.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 21B ini telah dimasukkan melalui pindaan kepada Akta 172 yang dibuat melalui Akta Pindaan A933. Peruntukan seksyen ini memuatkan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam proses menyediakan pelan-pelan susun atur yang menunjukkan perkara-perkara berikut:-

(a) Langkah-langkah bagi melindungi dan memperelok alam sekitarnya dari segi fizikal, memerlukan penyediaan pelan-pelan yang mengandungi aspek-aspek berikut:-

i. Pembahagian keluasan, unit dan memperelok peratus komponen guna tanah.

ii. Jadual pematuhan terhadap piawaian perancangan.

iii. Senarai kemudahan awam dan utiliti yang diperuntukkan.

iv. Susunan pecah sempadan tanah jika berkenaan.

v. Infrastruktur dan sistem peredaran trafik.

vi. Jadual atau kenyataan akan aspek-aspek ketumpatan, ‘plinth area’, ketinggian bangunan, garisan anjak bangunan-bangunan, nisbah plot dan sebagainya.

vii. Jadual pengasingan rizab-rizab awam/kerajaan yang akan diserah kepada kerajaan dan plot-plot hak milik persendirian.

Page 107: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3107

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(b) Langkah-langkah bagi melindungi topografi semula jadinya.

Syor dan perakuan bagi langkah-langkah yang perlu dalam melindungi topografi bagi kawasan yang mempunyai persekitaran yang sensitif dan risiko tinggi seperti kawasan-kawasan tinggi dan cerun, kawasan tadahan air, hutan bakau, persisiran pantai dan lain-lain yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Langkah-langkah ini adalah bertujuan mendapatkan keterangan bagaimana kerja-kerja tanah di kawasan pemajuan ini dijalankan untuk melindungi topografi semula jadinya mengikut Dasar atau Garis Panduan Pemeliharaan Topografi semasa.

(c) Langkah-langkah bagi memperelok lanskapnya. Langkah-langkah untuk memperelok lanskapnya adalah

bertujuan untuk membuat penilaian sejauh mana pemajuan ini mengambil langkah bagi mengadakan kawasan-kawasan yang berlanskap ke arah meningkatkan tahap keselesaan di sesuatu kawasan.

Cadangan pelan lanskap yang mengandungi perkara yang berikut:-

i. Senarai, lokasi dan jenis tumbuhan/pokok

ii. Reka bentuk cadangan lanskap (hard and soft landscape).

iii. Cadangan pengekalan dan pemeliharaan elemen lanskap seperti tumbuhan, pokok dan elemen-elemen alam semula jadi yang lain mengikut Garis Panduan Lanskap semasa.

(d) Langkah-langkah bagi memelihara dan menanam pokok-pokok di atasnya.

Langkah-langkah bagi memelihara dan menanam pokok adalah bertujuan untuk membuat penilaian sejauh mana aktiviti-aktiviti pemajuan tersebut mengambil kira langkah-langkah bagi memelihara dan menanam semula pokok-pokok yang mungkin termusnah oleh kerja-kerja tanah di tapak pembangunan.

(e) Lokasi dan jenis pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter dan tumbuhan-tumbuhan lain di atasnya.

Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pokok-pokok yang telah tertakluk di bawah seksyen 35H Akta Perancangan

Page 108: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3108

Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Di bawah seksyen ini pokok-pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter tidak dibenarkan untuk ditebang melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

(f) Penyediaan tanah lapang Penyediaan tanah lapang adalah bertujuan untuk membuat

penilaian sejauh mana, pemajuan ini mengambil kira penyediaan kawasan lapang mengikut piawaian semasa. Permohonan tersebut perlu menunjukkan dengan jelas cadangan komponen rizab rekreasi pasif dan aktif serta cadangan bagi keselesaan, keselamatan, kegunaan, kebersihan kawasan seperti laluan pejalan kaki, tempat riadah, tempat berteduh dan tapak pengumpulan sampah.

(g) Cadangan kerja tanah Cadangan kerja tanah adalah bertujuan untuk mendapatkan

keterangan sejauh mana langkah-langkah akan diambil untuk mengawal kerja-kerja tanah untuk mengelakkan berlakunya hakisan tanah yang serius. Maklumat yang perlu ditunjukkan dalam pelan susun atur adalah seperti berikut:-

i. Pelan perspektif dan pelan sisi yang menunjukkan kontur.

ii. Cadangan pemotongan dan penambakan tanah.

iii. Cadangan mengelakkan hakisan dan banjir semasa kerja-kerja pembinaan dan selepas siap projek.

iv. Lakaran-lakaran dan jadual-jadual berkaitan.

(h) Perihal kerja yang hendak dijalankan Perihal kerja yang hendak dijalankan termasuk kerja

bangunan, kerja kejuruteraan, kerja perlombongan sesuatu pemajuan perlu ditunjukkan bagi mengelakkan kesan-kesan kepada persekitaran fizikal.

(i) Pemajuan Mengenai Bangunan Sejarah Jika pemajuan itu berkenaan dengan sesuatu bangunan

yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan-kepentingan sejarah, butir-butir untuk mengenal pasti bangunan itu termasuklah kegunaannya dan keadaannya,

Page 109: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3109

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

serta ciri-cirinya, rupanya, binaannya dan bentuknya yang tersendiri dan langkah-langkah bagi melindunginya, memeliharanya dan mengindahkannya boleh disediakan melalui pelan pemeliharaan bangunan.

Penyediaan pelan pemeliharaan bangunan bertujuan untuk membuat penilaian kepentingan bangunan yang sedia ada di kawasan pemajuan. Ini bagi memastikan sama ada bangunan tersebut perlu dipelihara mengikut dasar atau garis panduan semasa mengenai pemeliharaan bangunan dan kawasan bersejarah. Pelan pemeliharaan bangunan perlu mengandungi pelan cadangan ilustrasi bagi bangunan-bangunan yang akan dipelihara dan cadangan program pemeliharaan dan penyenggaraan.

(j) Pemajuan Mengenai Kerja-Kerja Bangunan Butir-butir mengenai ciri-ciri dan rupa bangunan-bangunan

yang terletak di kawasan sekeliling diambil kira bertujuan untuk membuat penilaian sejauh mana kesesuaian pembangunan yang dicadangkan dengan pembangunan sedia ada di sekitar tapak cadangan mengikut dasar atau garis panduan perancangan semasa. Jika pemajuan itu melibatkan kerja bangunan, butir-butir mengenai ciri-ciri dan rupa bangunan-bangunan yang terletak di kawasan sekeliling perlu menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

i. gambaran ringkas ciri-ciri seni bina bangunan yang terletak bersempadan dengan tapak pemajuan;

ii. pelan atau ilustrasi atau gambar bangunan di sekitar tapak pemajuan; dan

iii. cadangan untuk mengawal kemudaratan bangunan dan guna tanah bagi tanah bersebelahan.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberikan arahan-arahan kepada pemohon berkenaan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pelan susun atur dari semasa ke semasa. Pemohon perlu meminda pelan susun atur mengikut arahan pihak berkuasa perancang tempatan dan perlu disampaikan pelan susun atur yang telah dipinda dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, permohonan kebenaran merancang akan disifatkan telah ditarik balik. Pemohon perlu menyampaikan permohonan yang baru jika masih ingin memajukan aktiviti tersebut.

Page 110: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3110

Penyediaan pelan, dsb., oleh seseorang yang berkelayakan

21C. Semua pelan, butir-butir, pelan susun atur dan dokumen lain yang dikehendaki supaya dikemukakan di bawah Akta ini hendaklah disediakan oleh -

(a) seseorang yang kelayakannya ditetapkan di bawah perenggan 58(2)(h) ; atau

(b) seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana- mana undang-undang bertulis lain.

________________________________________________________________

Ulasan

Kesemua pelan-pelan, butiran-butiran pemajuan, pelan susun atur dan dokumen-dokumen lain yang perlu disediakan bagi maksud keperluan Akta 172 hendaklah dibuat oleh seseorang yang berkelayakan. Subseksyen 21C(a) dan 21C(b) memperuntukkan semua pelan, butir-butir, pelan susun atur dan dokumen lain hendaklah disediakan oleh:

(a) Seseorang yang kelayakannya ditetapkan di bawah perenggan 58(2)(h); atau

(b) Seseorang yang berhak berbuat sedemikian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.

Menurut subseksyen 58(2)(h) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa menyediakan kaedah-kaedah untuk menetapkan syarat-syarat kelayakan seseorang yang boleh menyediakan pelan-pelan dan dokumen-dokumen bagi tujuan Akta 172. Perenggan 58(2)(h) juga memperuntukkan kelayakan orang-orang yang boleh menyedia atau menyampaikan rancangan-rancangan, dokumen-dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud-maksud Akta 172.

Subseksyen 13(1) Akta Perancangan Bandar 1995 (Akta 538) memperuntukkan hak seseorang Perancang Bandar berdaftar sebagai pihak yang layak menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan.Terdapat juga undang-undang bertulis lain yang menetapkan syarat kelayakan seseorang untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dimasukkan Akta A933

Page 111: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3111

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Layanan terhadap permohonan

22. (1) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas diterima sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang, atau, jika permohonan itu adalah satu permohonan yang baginya subseksyen 21(6) terpakai, dengan seberapa segera yang mungkin selepas tamatnya tempoh bantahan boleh dibuat atau, jika bantahan telah dibuat, dengan seberapa segera yang mungkin selepas bantahan itu diuruskan di bawah subseksyen 21(7), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah membuat keputusan mengenai permohonan untuk kebenaran merancang itu.

(2) Dalam menguruskan sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memberi pertimbangan kepada apa-apa perkara yang pada pendapatnya adalah suai manfaat atau perlu untuk merancang dengan wajar dan khususnya-

(a) peruntukan rancangan pemajuan itu, jika ada;

(aa) arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa, jika ada;

(b) peruntukan yang pada fikirannya mungkin akan dibuat dalam mana-mana rancangan pemajuan yang sedang disediakan atau yang hendak disediakan, atau cadangan yang berhubungan dengan peruntukan itu;

(ba) peruntukan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508];

(bb) laporan cadangan pemajuan;

(bc) peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan.

(c) bantahan, jika ada, yang dibuat di bawah seksyen 21.

(2A) Jika permohonan yang dikemukakan di bawah seksyen ini melibatkan-

(a) pembangunan suatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu, atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;

(b) suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama; atau

Page 112: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3112

(c) suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan,

Jawatankuasa hendaklah meminta daripada Majlis nasihatnya berkenaan dengan permohonan yang dikemukakan itu.

(2B) Bagi maksud subseksyen (2A), pemajuan bagi pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama hendaklah termasuk -

(a) kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan lebuh raya; dan

(b) kerja kemudahan negara seperti pendirian empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

(3) Selepas memberi pertimbangan kepada perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (2) itu, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, tertakluk kepada subseksyen (4), memberi kebenaran merancang sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkannya patut dikenakan, atau enggan memberikan kebenaran merancang itu.

(4) Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh memberi kebenaran merancang jika-

(a) pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan apa-apa peruntukan rancangan pemajuan itu;

(aa) pemajuan yang berkenaan dengannya kebenaran itu dipohon akan berlanggaran dengan peruntukan perenggan (2) (aa); atau

(b) pemohon untuk kebenaran merancang itu belum membayar caj pemajuan yang kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu atau belum mendapat kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen 34 (1) untuk membayar caj pemajuan secara ansuran.

(5) Syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (3) bolehlah termasuk mana-mana atau kesemua syarat-syarat yang berikut, iaitu, syarat-syarat-

(a) yang memberi kesan bahawa kebenaran merancang yang diberikan berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Page 113: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3113

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

penggunaan tanah atau bangunan adalah hanya untuk suatu tempoh yang terhad dan bahawa, selepas tamat tempoh itu, penggunaan tanah atau bangunan itu sebagaimana yang dibenarkan oleh kebenaran merancang itu hendaklah terhenti dan tanah atau bangunan itu hendaklah dikembalikan kepada kegunaannya yang asal;

(b) untuk mengawal selia-

(i) pemajuan dan penggunaan mana-mana tanah lain yang di bawah kawalan pemohon itu yang bersempadanan dengan tanah yang berkenaan dengannya diberikan kebenaran merancang itu; dan

(ii) sebagaimana yang didapati pihak berkuasa perancang tempatan suai manfaat untuk pemajuan yang berkenaan dengannya diberikan kebenaran merancang itu, kerja yang boleh dijalankan atas mana-mana tanah lain dan cara dan setakat mana kerja itu boleh dijalankan;

(c) bagi memastikan pemajuan tanah dibuat mengikut pelan susun atur yang diluluskan;

(d) yang melarang perbuatan merosakkan tanah, alam sekitarnya dari segi fizikal, topografi semula jadi dan lanskapnya;

(e) yang melarang pemusnahan atau pengubahan apa-apa bentuk semula jadi tanah;

(f) yang melarang penebangan pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu, melainkan jika ia dilakukan sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis;

(g) bagi memastikan penanaman atau penanaman semula pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu di mana-mana lokasi yang tertentu mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan;

(h) bagi memastikan tanah lapang diadakan mengikut pelan susun atur yang diluluskan;

(i) jika pemajuan melibatkan pendirian suatu bangunan baru, atau pendirian semula atau pembesaran suatu bangunan atau sebahagian daripadanya syarat-syarat untuk

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Page 114: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3114

memastikan bangunan baru itu serasi dengan seni bina, ciri atau rupa yang tergambar pada bangunan yang terletak di kawasan sekelilingnya, yang pihak berkuasa perancang tempatan berhasrat untuk melindungi, memelihara atau mengindahkan;

(j) jika pemajuan melibatkan apa-apa tambahan kepada atau pengubahan suatu bangunan yang sedia ada yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah, syarat-syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan itu dikekalkan; dan

(k) jika pemajuan melibatkan pendirian semula suatu bangunan yang mempunyai seni bina tersendiri atau kepentingan sejarah atau perobohannya dan pendirian suatu bangunan baru di tempatnya, syarat-syarat untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan yang dirobohkan itu dikekalkan.

(5A) Maka hendaklah menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memastikan perintah pemeliharaan pokok, jika ada, dipatuhi, jika kebenaran merancang diberikan.

(6) Jika kebenaran merancang diberikan, sama ada dengan atau tanpa syarat, ia hendaklah disampaikan kepada pemohonnya dalam bentuk yang ditetapkan dan pada masa itu juga suatu notis mengenai pemberian kebenaran itu hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang telah membuat apa-apa bantahan menurut subseksyen 21(6).________________________________________________________________

Ulasan Seksyen ini telah dipinda sebanyak empat kali iaitu melalui Akta A866, Akta A933, Akta A1129 dan Akta A1313. Pindaan-pindaan ini adalah bertujuan memantapkan proses menimbang sesuatu permohonan kebenaran merancang serta mengambil kira peruntukan undang-undang bertulis lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.

Selepas pihak berkuasa perancang tempatan menerima sesuatu permohonan kebenaran merancang, permohonan tersebut hendaklah dipertimbangkan dengan seberapa segera yang mungkin termasuklah selepas mengambil kira bantahan-bantahan yang dibuat menerusi seksyen 21(6). Pihak berkuasa perancang tempatan berhak untuk

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Page 115: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3115

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

memberikan sama ada kelulusan mutlak, kelulusan bersyarat atau menolak permohonan itu. Kenyataan ‘dengan seberapa segera yang mungkin’ di sini tidak memberikan satu tempoh masa yang tetap. Maka ianya hendaklah merujuk kepada tempoh masa yang wajar diambil oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang dan tiadanya penetapan masa di Akta hendaklah tidak dijadikan alasan oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk melambat-lambatkan proses yang dimaksudkan.

Dalam kes Chong Co. Sdn. Bhd. v Majlis Perbandaran Pulau Pinang [2000] 5 MLJ 130, Lembaga Rayuan memutuskan bahawa keputusan pihak berkuasa perancang tempatan untuk tidak membuat apa-apa keputusan adalah suatu keputusan dan boleh dirayu ke lembaga rayuan.

Dalam Petronas Dagangan Bhd. v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (LRPP/13/94) Lembaga Rayuan Pulau Pinang memutuskan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan perlu memaklumkan pemohon jika permohonan tiada harapan dan tidak boleh mengenakan pelbagai syarat pada permohonan yang diketahui akan berakhir dengan penolakan.

Semasa menimbangkan suatu permohonan untuk kebenaran merancang, mana-mana pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki mengambil kira beberapa perkara berikut:(a) memastikan permohonan tersebut tidak bertentangan dengan

peruntukan-peruntukan di dalam rancangan pemajuan kawasannya jika ada;

(b) arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (c) apa-apa peruntukan yang mungkin terdapat di dalam mana-

mana rancangan pemajuan yang sedang disediakan atau akan disediakan;

(d) peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508);

(e) peruntukan yang berkaitan dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672);

(f) laporan cadangan pemajuan; dan(g) mana-mana bantahan yang dibuat di bawah seksyen 21.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri kadang kala tidak mengetahui pembangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Bagi memastikan penyelarasan aktiviti perancangan bandar dan desa oleh Negeri ke atas setiap pihak berkuasa tempatan, pindaan terhadap subseksyen 22(2)(aa) memperuntukkan supaya pihak berkuasa

Page 116: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3116

tempatan hendaklah mengambil kira arahan daripada Jawatankuasa Perancang Negeri.

Bagi penyelarasan aktiviti perancangan bandar dan desa di peringkat Persekutuan, peruntukan di bawah subseksyen 22(2A) menghendaki Jawatankuasa Perancang Negeri untuk meminta nasihat Majlis bagi permohonan yang melibatkan aktiviti berikut :-

(a) pembangunan suatu perbandaran baru bagi penduduk yang melebihi sepuluh ribu (10,000), atau meliputi suatu kawasan yang lebih daripada satu ratus hektar, atau kedua-duanya;

(b) suatu pemajuan bagi pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama termasuk;

i. kerja infrastruktur negara seperti lapangan terbang, pelabuhan laut, landasan kereta api dan lebuh raya; dan

ii. kerja kemudahan negara seperti pendirian empangan, stesen jana kuasa utama dan tapak pembuangan sisa toksik.

(c) suatu pemajuan yang melibatkan puncak atau lereng bukit, dalam kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan alam sekitar yang sensitif dalam suatu rancangan pemajuan,

Majlis yang dimaksudkan di atas adalah Majlis Perancang Fizikal Negara. Pindaan terhadap subseksyen 22(2A) ini adalah selaras dengan usaha untuk memastikan pembangunan fizikal yang mempunyai kesan langsung dalam imbangan ekonomi hartanah, serta alam sekitar dipertingkatkan kawal selia secara bersama dan lebih berkesan oleh Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan setiap Negeri.

Status nasihat Majlis kepada negeri-negeri mengikut Peguam Negara (dalam Mesyuarat Majlis ke 3/2004 pada 26 Oktober 2006) perlulah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua ahli-ahli Majlis. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis serta peneraju pucuk pimpinan negara adalah berkelayakan (kompeten) untuk memberi nasihat kepada kesemua kerajaan negeri. Kerajaan negeri hendaklah mematuhi nasihat Majlis dan melaksanakan kehendak Majlis di negeri masing-masing. Tambahan pula, nasihat yang diberikan oleh Majlis adalah dibuat dalam satu perjumpaan yang dihadiri oleh kesemua ahli-ahli

Page 117: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3117

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

yang mewakili kerajaan negeri dan kementerian yang berkaitan di mana kesemua pihak membuat keputusan setelah berunding bersama-sama dan bersetuju kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh Majlis. Keputusan Majlis tidak dibuat secara unilateral dan dengan yang demikian kerajaan negeri hendaklah akur dan melaksanakan keputusan Majlis tersebut.

Setelah semua perkara yang terkandung di dalam subseksyen 22(2) dipenuhi, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberi kebenaran merancang kepada pemohon sama ada secara mutlak, bersyarat atau menolak permohonan. Sekiranya permohonan kebenaran merancang diluluskan, pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki menghantar notis pemberian kebenaran merancang kepada pemohon dan juga kepada pihak-pihak yang telah membuat bantahan. Manakala bagi kelulusan kebenaran merancang bersyarat yang diberikan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu menyatakan dengan jelas syarat-syarat dan sebab-sebab dikenakan syarat berkenaan. Begitu juga sekiranya kebenaran merancang tidak diberikan, sebab-sebab mestilah dinyatakan kepada pemohon.

Dalam kes Rethina Development v Majlis Perbandaran Seberang Prai [1990] 2 MLJ 111, mahkamah memutuskan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh mengenakan syarat baru/tambahan selepas pelan susun atur diluluskan.

Pihak berkuasa perancang tempatan tidak akan meluluskan permohonan kebenaran merancang jika permohonan tersebut bertentangan dengan peruntukan di dalam rancangan pemajuan kawasan berkenaan.

Dalam kes Loh Moh Sun v Majlis Perbandaran Pulau Pinang (LRPP/15/92), mahkamah memutuskan bahawa keputusan pihak berkuasa perancang tempatan untuk menolak permohonan kebenaran merancang atas alasan bahawa permohonan tak selaras dengan rancangan pemajuan yang ada adalah betul. Dalam memberikan kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan perlu mengambil kira perkara-perkara wajar menurut seksyen 22(2) Akta 172. Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh beri kelulusan jika cadangan bercanggah dengan rancangan pemajuan menurut seksyen 22(4) Akta 172.

Dalam kes Tan Suan Choo v Majlis Perbandaran Pulau Pinang [1983] 1 MLJ 323, mahkamah memutuskan bahawa dalam menimbang sebarang permohonan pihak berkuasa perancang tempatan perlu mengambil kira kepentingan umum sebagai faktor paling utama.

Page 118: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3118

Kebenaran merancang juga tidak akan diberikan jika pemohon belum menjelaskan pembayaran ke atas caj pemajuan atau belum mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa perancang tempatan untuk membuat pembayaran secara beransur sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 34(1) Akta 172.

Menurut subseksyen 22(5) Akta 172, syarat-syarat yang boleh dikenakan semasa pemberian permohonan kebenaran merancang termasuklah :-

(a) tempoh terhad penggunaan tanah atau bangunan;

(b) syarat penggunaan tanah lain yang bersebelahan dan kerja- kerja yang boleh dijalankan;

(c) pemajuan tanah perlu mematuhi pelan susun atur yang telah diluluskan;

(d) larangan merosakkan tanah;

(e) larangan pemusnahan atau pengubahan bentuk semula jadi tanah;

(f) larangan penebangan pokok;

(g) penanaman semula pokok seperti yang ditentukan;

(h) penyediaan tanah lapang;

(i) memastikan pendirian, pendirian semula dan pembesaran bangunan bersepadu dengan kawasan sekeliling;

(j) mengekalkan muka bangunan yang mempunyai nilai sejarah jika melibatkan tambahan atau pengubahan bangunan;

(k) mengekalkan muka bangunan yang mempunyai nilai sejarah jika melibatkan pendirian semula bangunan.

Kuasa pihak berkuasa perancang tempatan dalam mengenakan syarat-syarat semasa memberi kebenaran merancang adalah tidak terhad selagi ‘difikirkan patut dikenakan’. Walau bagaimanapun mahkamah telah mentafsirkan peruntukan ini, yang memperuntukkan kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan dalam mengenakan syarat-syarat semasa memberikan kebenaran merancang, mestilah bertujuan untuk mencapai matlamat undang-undang perancangan.

Page 119: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3119

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Selain daripada syarat-syarat di atas, pihak berkuasa perancang tempatan perlu memastikan perintah pemeliharaan pokok adalah dipatuhi sekiranya telah disyaratkan dalam pemberian kebenaran merancang.

Pemberitahuan pemberian kebenaran merancang yang tanpa atau dengan syarat dikehendaki disampaikan kepada pemohon melalui prosedur dan dengan menggunakan borang-borang yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama, suatu notis mengenai pemberian kebenaran merancang perlu diberikan kepada pemunya-pemunya tanah berjiran yang telah membuat bantahan terhadap permohonan tersebut di bawah subseksyen 21(6). Kaedah-kaedah penyampaian kebenaran merancang dan notis kepada pihak yang pernah membuat bantahan ini diterangkan di dalam Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am), 1984.

Page 120: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3120

Rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan

23. (1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang dibuat di bawah subseksyen 22(3) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya oleh-

(a) seseorang pemohon bagi kebenaran merancang yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan memberi kebenaran merancang atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam memberikan kebenaran merancang itu; dan

(b) seseorang yang telah membuat bantahan menurut subseksyen 21(6) dan yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan bantahannya.

(2) Dalam menimbangkan sesuatu rayuan, Lembaga Rayuan hendaklah mendengar pihak merayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(3) Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat perintah-

(a) mengesahkan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan itu dan menolak rayuan;

(b) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memberikan kebenaran merancang secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan;

(c) membenarkan rayuan itu dengan mengetepikan apa-apa kebenaran merancang yang telah diberikan; atau

(d) membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan itu memotong atau mengubah suai mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya kebenaran merancang itu telah diberikan atau menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Rayuan.

Page 121: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3121

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Ulasan

Rayuan terhadap keputusan permohonan kebenaran merancang oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan sekiranya pemohon terkilan dengan penolakan permohonan kebenaran merancangnya atau tidak berpuas hati dengan syarat yang dikenakan ke atas kebenaran merancang yang diberi. Rayuan ke Lembaga Rayuan juga boleh dibuat sekiranya pemunya tanah berjiran yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan terhadap bantahannya iaitu bantahan terhadap permohonan kebenaran merancang. Rayuan ini boleh dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan keputusan.

Dalam menimbangkan rayuan-rayuan tersebut Lembaga Rayuan dikehendaki menimbangkannya dengan mendengar kedua-dua pihak iaitu pihak perayu dan responden.

Berdasarkan kepada keterangan semua pihak, Lembaga Rayuan boleh membuat keputusan sama ada:

(a) mengesahkan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan menolak rayuan pemohon dan pembantah;

(b) membenarkan rayuan diluluskan dan mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan supaya kebenaran merancang diluluskan diberi secara mutlak atau dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Rayuan;

(c) meluluskan rayuan pembantah permohonan kebenaran merancang dengan membatalkan kebenaran merancang yang telah diberi; atau

(d) meluluskan rayuan terhadap syarat-syarat yang diberikan bersama kebenaran merancang.

Page 122: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3122

Luputnya kebenaran merancang

24. (1) Suatu kebenaran merancang yang diberikan di bawah subseksyen 22(3) hendaklah, melainkan jika dilanjutkan tempohnya, luput dua belas bulan selepas tarikh ia diberikan jika, dalam masa itu, pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang itu.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu kebenaran merancang yang menyatakan dengan nyata bahawa pemajuan yang baginya kebenaran merancang itu diberikan tidak melibatkan apa-apa kerja bangunan.

(3) Apabila sesuatu permohonan dibuat secara yang ditetapkan sebelum kebenaran merancang itu luput untuk dilanjutkan atau dilanjutkan lagi tempoh kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberi suatu tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang itu.

(4) Suatu kebenaran merancang yang dilanjutkan tempohnya di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dilanjutkan tempohnya lagi, luput dua belas bulan selepas tarikh dilanjutkan tempohnya, jika dalam masa itu, pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang itu.

(5) Dalam memberikan sesuatu tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang di bawah subseksyen (3) pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya ke atas kebenaran merancang itu atau mengubah syarat-syarat yang dikenakan pada asalnya; dan seksyen 23 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu kepada pengenaan atau pengubahan syarat-syarat di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi pengenaan syarat-syarat di bawah subseksyen 22(3)._____________________________________________________________Ulasan

Seksyen 24 Akta 172, menyatakan bahawa sesuatu kebenaran merancang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan akan luput dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan diterima oleh pemohon. Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang pemajuan dijalankan maka kebenaran tersebut akan luput melainkan sekiranya kebenaran merancang yang diberi tidak melibatkan apa-apa ‘kerja bangunan’ termasuk

Page 123: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3123

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

meruntuh, mendiri, mendirikan semula atau meluaskan suatu bangunan atau sebahagian daripadanya. Kebenaran merancang yang dirujuk ini adalah kebenaran merancang yang diperolehi di bawah subseksyen 22(3) Akta 172.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh memberi suatu tempoh lanjutan yang baru terhadap sesuatu kebenaran merancang sekiranya terdapat permohonan untuk tujuan tersebut dengan bayaran fi yang ditetapkan. Permohonan perlanjutan tempoh perlu dibuat sebelum kebenaran merancang yang telah diberikan itu luput. Tempoh lanjutan kebenaran merancang yang baru hendaklah juga tidak melebihi dua belas (12) bulan. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan syarat-syarat baru atau syarat-syarat tambahan dalam kebenaran merancang lanjutan yang dikeluarkan. Walau bagaimanapun syarat-syarat yang hendak dikenakan hendaklah tidak bersifat berkepentingan peribadi sebaliknya adalah untuk kepentingan awam. Sekiranya pemohon tidak berpuas hati dengan syarat-syarat tersebut rayuan boleh dibuat ke Lembaga Rayuan.

Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan

25. (1) Jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan demi untuk kepentingan awam bahawa suatu kebenaran merancang yang diberikan di bawah subseksyen 22(3) atau sesuatu kelulusan pelan bangunan yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang kerajaan tempatan yang terdahulu dibatalkan atau diubah suai, pihak berkuasa perancang tempatan boleh memerintahkan supaya kebenaran atau kelulusan itu dibatalkan atau diubah suai setakat yang difikirkannya perlu.

(2) Tiada pembatalan atau pengubahsuaian di bawah subseksyen (1) boleh berkuat kuasa sehingga disahkan oleh Jawatankuasa.

(3) Sesuatu perintah pembatalan sesuatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan hendaklah menyatakan tempoh yang orang yang diberi kebenaran atau kelulusan itu dikehendaki merobohkan mana-mana bangunan yang didirikan menurut kebenaran atau kelulusan itu dan amaun maksimum yang pihak berkuasa perancang tempatan itu sedia membayar balik kepada orang itu berkenaan dengan kos yang dilakukan oleh orang itu pada menjalankan perobohan itu.

Page 124: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3124

(4) Jika, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu atau tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, perobohan belum dijalankan atau diselesaikan maka pihak berkuasa perancang tempatan boleh sendiri dan dengan belanjanya sendiri menjalankan atau menyelesaikan perobohan itu.

(5) Jika perobohan itu telah diselesaikan oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah membayar balik kepada orang itu kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya pada menjalankan perobohan itu, tetapi tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.

(6) Jika perobohan telah dijalankan sebahagian oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu, tetapi diselesaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menaksir amaun kos perobohan itu sekiranya perobohan itu keseluruhannya dilakukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, dan menentukan amaun kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya dalam menyelesaikan perobohan itu dan hendaklah membayar kepada orang itu dengan cara membayar balik kosnya perbezaan antara dua amaun itu atau kos sebenar dan munasabah dilakukan oleh orang itu bagi bahagian perobohan yang di jalankannya, mengikut mana-mana amaun yang kurang, tetapi pihak berkuasa perancang tempatan tidak dalam apa-apa hal pun terikat membayar apa-apa amaun yang lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.

(7) Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan itu, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukannya pada menjalankan kerja untuk melaksanakan kebenaran atau kelulusan itu sebelum pembatalan atau pengubahsuaiannya, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, selepas memberikan orang itu peluang yang munasabah untuk didengar, menawarkan kepadanya sesuatu pampasan yang difikirkan memadai oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(8) Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan diubah suai di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah membayar balik kepada orang yang

Page 125: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3125

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

diberi kebenaran atau kelulusan itu kos sebenar dan munasabah dilakukannya pada melaksanakan ubah suaian itu iaitu kos yang tidak dilakukannya jika sekiranya pengubahsuaian itu tidak diperintahkan, dan hendaklah memberikan pampasan kepadanya bagi apa-apa kerugian akibat ubah suaian itu.

(9) Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.

(10) Dalam subseksyen (1), "undang-undang kerajaan tempatan yang terdahulu" ertinya Enakmen-enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu [N.M.B. Bab 137], Negeri Johor [En.Johor No. 118] dan Negeri Terengganu [En. Terengganu 12 Tahun 1355H], Ordinan Perbandaran bagi Negeri-negeri Selat [N.S. Bab 133], Enakmen Perbandaran bagi Negeri Kelantan [En. Kelantan 20 Tahun 1938], Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1952 [Ordinan 36 Tahun 1952], dan mana-mana undang bertulis lain yang menggantikan mana-mana daripada undang-undang itu dan mana-mana bahagiannya._____________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 25 Akta 172 memperuntukkan aspek-aspek berkaitan dengan pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Di bawah subseksyen 25(1), pihak berkuasa perancang tempatan boleh membatalkan atau mengubah suai mana-mana kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang telah diberi kepada pemohon sebelum ini sekiranya difikirkan perlu atas ‘kepentingan awam’. Kepentingan awam yang dimaksudkan adalah merujuk kepada perkara-perkara yang difikirkan akan memberi faedah kepada orang ramai dan tidak kepada mana-mana individu atau organisasi.

Pembatalan atau pengubahsuaian hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan daripada pihak Jawatankuasa Perancang Negeri terlebih dahulu. Sebarang perintah pembatalan atau pengubahsuaian hendaklah memberikan tempoh yang sesuai bagi membolehkan pihak yang menerima perintah tersebut mampu untuk melaksanakan perintah atau kerja-kerja perobohan

Page 126: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3126

atau pengubahsuaian. Pihak berkuasa perancang tempatan juga dikehendaki membayar pampasan kepada pihak-pihak yang menjalankan kerja-kerja perobohan atau pengubahsuaian sebagaimana yang diarahkan. Sekiranya selepas suatu tempoh tertentu, kerja-kerja perobohan atau pengubahsuaian masih tidak dijalankan, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengambil alih kerja-kerja tersebut dan menanggung kos perobohan atau pengubahsuaian tersebut.

Pihak yang menerima arahan pembatalan atau pengubahsuaian kebenaran merancang dan pelan bangunan juga boleh menuntut pampasan di atas segala kos perbelanjaan yang dikeluarkan bagi maksud melaksanakan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan sebelum kelulusan tersebut ditarik balik atau diubah suai. Pihak berkuasa perancang tempatan dikehendaki mempertimbangkan tuntutan tersebut dan memberikan pampasan dengan amaun yang memadai. Pihak yang tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diberikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh menghantar rayuannya kepada Lembaga Rayuan ke atas jumlah pampasan yang diterimanya. Rayuan hanya boleh dibuat ke atas jumlah pampasan sahaja dan tidak kepada perintah menarik balik atau mengubah suai kebenaran merancang yang diberi. Prosedur rayuan adalah seperti yang telah ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang disediakan di bawah Akta 172.

Kesalahan berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan

26. (1) Seseorang yang sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak orang lain-

(a) menggunakan atau membenarkan untuk digunakan mana-mana tanah atau bangunan yang berlanggaran seksyen 18;

(b) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan yang berlanggaran seksyen 19 atau seksyen 20;

(c) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, apa-apa pemajuan jika kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah dibatalkan menurut seksyen 25; atau

Page 127: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3127

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(d) memulakan, mengusahakan, atau menjalankan, atau membenarkan untuk dimulakan, diusahakan atau dijalankan, apa-apa pemajuan selepas kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah diubahsuai menurut seksyen 25 dan pemajuan yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan sedemikian adalah tidak selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, berkenaan dengan suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(2) Melainkan jika dibuktikan, pemunya tanah yang berkenaan dengannya apa-apa perbuatan yang menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, hendaklah disifatkan sebagai telah membenarkan perbuatan itu dilakukan._____________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 26 memperuntukkan kesalahan seseorang sama ada atas kehendaknya sendiri atau tidak apabila menjalankan aktiviti pemajuan tanpa kebenaran merancang. Seksyen ini menjelaskan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan pemajuan yang dilaksanakan tanpa kebenaran. Antara kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan ialah :-

(a) membenarkan atau menggunakan sesuatu tanah yang melanggar seksyen 18 iaitu penggunaan tanah dan bangunan yang bertentangan dengan ketetapan di dalam rancangan tempatan kawasannya;

(b) membenarkan atau menjalankan apa-apa pemajuan yang melanggar seksyen 19 atau seksyen 20 iaitu pemajuan yang dilakukan tanpa kebenaran merancang atau pemajuan yang bertentangan dengan kebenaran merancang yang diluluskan;

(c) masih melaksanakan atau meneruskan kerja-kerja pemajuan

Digantikan Akta A1129

Page 128: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3128

walaupun telah menerima perintah pembatalan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan daripada pihak berkuasa perancang tempatan yang dikeluarkan di bawah seksyen 25; dan

(d) menjalankan pemajuan yang bertentangan dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang telah diubah suai di bawah seksyen 25.

Mana-mana pihak yang disabit kesalahannya boleh dikenakan denda sebanyak Ringgit Malaysia lima ratus ribu (RM500,000) atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya akan dikenakan jika didapati bersalah. Denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Sekiranya orang yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, subseksyen 26(2) ini memperuntukkan pemunya tanah tersebut adalah bertanggungjawab kerana telah membenarkan sesuatu perbuatan yang menjadi suatu kesalahan itu dilakukan; melainkan kalau pemunya tanah dapat membuktikan sebaliknya.

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran seksyen 19

27. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan apa-apa pemajuan telah atau sedang diusahakan atau dijalankan dengan melanggar seksyen 19.

(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa, sekiranya sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang atau pelanjutan tempoh kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah dibuat di bawah seksyen 22 atau subseksyen 24(3) sebelum pemajuan itu dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, ia tentu, pada menjalankan kuasanya dengan wajar di bawah seksyen itu, enggan memberikan kebenaran merancang untuk pemajuan itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah-

(a) jika pemajuan itu telah siap, menyampaikan kepada pemunya dan juga penduduk tanah itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan mengkehendaki kedua-dua daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan

Page 129: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3129

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan;

(b) jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, adalah menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua mereka itu menghentikan pemajuan itu dengan serta-merta dan mematuhi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancangan tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(3) Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak puas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), ia hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu notis memberitahunya akan pelanggaran itu dan mengkehendaki dia memohon kebenaran merancang dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh tambahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(4) Dalam mana-mana hal yang termasuk di bawah subseksyen (3), pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah juga, jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya dan orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka menghentikan pemajuan itu dengan serta merta.

(5) Pemberian notis di bawah subseksyen (3) tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda mahu memberikan kebenaran merancang dan hendaklah tidak menyentuh kuasa pihak berkuasa perancang tempatan bagi menolak permohonan untuk kebenaran merancang; dan notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian.

(6) Mana-mana orang yang terus menjalankan apa-apa pemajuan selepas dikehendaki menghentikannya melalui suatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah perenggan (2)(b) atau subseksyen

Digantikan Akta A1129

Page 130: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3130

(4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap satu hari pemajuan itu dijalankan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(7) Seksyen 21 dan 22 hendaklah terpakai bagi permohonan untuk kebenaran merancang di bawah subseksyen (3), tetapi sebagai tambahan kepada apa-apa fi yang ditetapkan bagi maksud seksyen 21, fi selanjutnya yang ditetapkan hendaklah kena dibayar berkenaan dengan permohonan itu.

(8) Jika tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (3) dalam masa yang dibenarkan atau jika permohonan itu ditolak, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mana-mana atau kesemua daripada mereka itu mematuhi atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(9) Tertakluk kepada subseksyen (10), mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana kehendak suatu notis di bawah subseksyen (2) atau (8) dalam tempoh yang di benarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(10) Tiada penduduk mana-mana tanah yang berhubungan dengan suatu notis di bawah subseksyen (2) atau (8), yang juga bukannya pemunya tanah itu, boleh disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (9) jika dia membuktikan bahawa pemajuan yang berkenaan dengan notis itu tidak dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, atau dibenar untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan olehnya.

(11) Dalam seksyen ini, "pemajuan" termasuklah apa-apa bahagian atau bentuk sesuatu pemajuan.

Digantikan Akta A1129

Page 131: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3131

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Ulasan

Seksyen 27 ini memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan jika sesuatu aktiviti pemajuan yang sedang atau siap dijalankan tanpa mendapat kebenaran merancang adalah melanggar peruntukan seksyen 19 Akta 172.

Mengikut subseksyen 27(2) sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan mendapati bahawa sesuatu aktiviti pemajuan itu sama ada telah siap atau sedang dijalankan tanpa kebenaran merancang ia bolehlah mengeluarkan notis terhadap orang itu supaya menghentikan aktiviti pemajuan tersebut, dan meminta supaya dipulihkan tanah yang terlibat itu kepada keadaan asal. Jika pemajuan tersebut belum siap, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengeluarkan notis kepada pemilik tanah atau orang yang menjalankan pemajuan tersebut supaya menghentikan pemajuan tersebut dengan serta merta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis atau tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Seterusnya tanah yang terlibat itu hendaklah dipulihkan kepada keadaan sebelum pemajuan dimulakan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan masih tidak berpuas hati sebagaimana yang dikehendaki dalam notis itu, maka notis hendaklah diberikan kepada orang yang menjalankan aktiviti pemajuan itu dengan menyatakan tentang pelanggaran seksyen 19 Akta 172 dan seterusnya menghendaki orang itu mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

Pengeluaran notis mengenai permohonan kebenaran merancang ini bagaimanapun tidak boleh dianggap bahawa kebenaran merancang telah diberi. Jika permohonan dikemukakan ianya hendaklah diproses seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 21 dan seksyen 22 Akta 172. Walau bagaimanapun permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan, dan akhirnya kebenaran merancang diberi, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa-apa bayaran tambahan selain dari bayaran yang biasa dikenakan dalam sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang.

Bagi aktiviti pembangunan yang sedang berjalan, ia hendaklah dihentikan dengan pengeluaran notis ini. Keingkaran mematuhi arahan notis ini adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau tidak melebihi enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Dan sekiranya kerja-kerja tersebut tidak dihentikan

Page 132: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3132

denda Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari pemajuan dijalankan selepas sabitan pertama kesalahan akan dikenakan.

Jika tiada permohonan diterima oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis tersebut maka satu notis lain dikeluarkan kepada orang yang menjalankan aktiviti pembangunan itu supaya tanah berkenaan dipulihkan kepada keadaan yang dinyatakan dalam notis itu.

Sesiapa yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda sehingga Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau penjara tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan berterusan.

Page 133: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3133

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Penguatkuasaan dalam hal pelanggaran Seksyen 20

28. (1) Seksyen ini hendaklah dipakai jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan apa-apa pemajuan telah atau sedang diusahakan atau dijalankan yang berlanggaran dengan seksyen 20.

(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa, sekiranya permohonan untuk kebenaran merancang itu menunjukkan bahawa pemajuan itu akan mengambil atau menghasilkan bentuk atau keadaannya sekarang, ia tentu, pada menjalankan kuasanya dengan wajar di bawah seksyen 22, enggan memberikan kebenaran merancang untuk pemajuan itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah-

(a) jika pemajuan telah siap, menyampaikan kepada pemunya dan juga penduduk tanah itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya pemajuan itu menepati kebenaran merancang itu dan syarat-syaratnya atau, jika ini tidak mungkin, supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin, seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan;

(b) jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua mereka itu menghentikan pemajuan itu dengan serta-merta dan mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh tambahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya pemajuan itu menepati kebenaran merancang itu dan syarat-syaratnya atau, jika ini tidak mungkin, supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin, seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(3) Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak puas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), ia hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang mana,

Page 134: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3134

pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, adalah menjalankan pemajuan itu, mengikut mana yang berkenaan, suatu notis menyatakan kepadanya akan pelanggaran itu dan menghendaki ia memohon kebenaran merancang yang baru berkenaan dengan pemajuan itu, seperti dalam bentuk atau keadaannya sekarang, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh tambahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(4) Dalam mana-mana hal yang termasuk di bawah subseksyen (3), pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah juga, jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya dan orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka menghentikan pemajuan itu dengan serta merta.

(5) Pemberian notis di bawah subseksyen (3) tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda kesediaan memberikan kebenaran merancang dan hendaklah tidak menyentuh kuasa pihak berkuasa perancang tempatan bagi menolak permohonan untuk kebenaran merancang; dan notis itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian.

(6) Mana-mana orang yang terus menjalankan apa-apa pemajuan selepas dikehendaki menghentikannya melalui suatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah perenggan (2)(b) atau subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari pemajuan itu dijalankan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(7) Seksyen 21 dan 22 hendaklah terpakai bagi permohonan untuk kebenaran merancang di bawah subseksyen (3), tetapi sebagai tambahan kepada bayaran-bayaran yang ditetapkan bagi maksud-maksud seksyen 21, bayaran-bayaran tambahan yang ditetapkan hendaklah kena dibayar berkenaan dengan permohonan itu.

(8) Jika tiada permohonan dibuat di bawah subseksyen (3) dalam masa yang dibenarkan atau jika permohonan itu ditolak, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyampaikan kepada pemunya, penduduk, atau orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, adalah menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mana-mana atau kesemua

Digantikan Akta A1129

Page 135: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3135

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh tambahan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan, kehendak-kehendak, yang hendaklah dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu supaya pemajuan itu menepati kebenaran merancang itu dan syarat-syaratnya atau, jika ini tidak mungkin, supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(9) Tertakluk kepada subseksyen (10), mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana kehendak suatu notis di bawah subseksyen (2) atau (8) dalam tempoh yang dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari kegagalan itu berterusan tidak dipatuhi selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(10) Tiada penduduk mana-mana tanah yang berhubungan oleh suatu notis di bawah subseksyen (2) atau (8), yang juga bukannya pemunya tanah itu, boleh disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (9) jika dia membuktikan bahawa pemajuan yang berkenaan dengan notis itu tidak dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, atau dibenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan olehnya.

(11) Dalam seksyen ini, "pemajuan" termasuklah apa-apa bahagian atau bentuk sesuatu pemajuan.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen 28 ini memperuntukkan cara-cara pihak berkuasa perancang tempatan menguatkuasakan perlanggaran peruntukan seksyen 20 Akta 172. Seksyen mengendalikan keadaan bilamana aktiviti pembangunan yang sedang atau telah siap diusahakan atau dijalankan tanpa mematuhi kebenaran merancang yang telah diberikan atau syarat dalam kebenaran merancang itu dan oleh demikian telah melanggar seksyen 20 Akta 172.

Apabila pihak berkuasa perancang tempatan mendapati bahawa sesuatu aktiviti pemajuan itu sedang berjalan atau telah siap dijalankan tanpa menurut kebenaran merancang yang telah diberikan, termasuklah syarat-syarat kebenaran merancang itu, ia bolehlah mengeluarkan notis menghendaki aktiviti pembangunan itu dihentikan, jika ia masih berjalan atau diusahakan dan diminta

Digantikan Akta A1129

Page 136: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3136

supaya tanah yang terlibat itu dikembalikan kepada keadaan asal.

Notis ini dikeluarkan apabila pihak berkuasa perancang tempatan berpendapat kebenaran merancang tidak akan diberi jika permohonan tersebut akan menghasilkan bentuk pembangunan dalam keadaan yang sedang atau telah siap dibangunkan itu.

Jika pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan masih tidak berpuas hati sebagaimana yang dikehendaki dalam notis itu, ia bolehlah memberi notis kepada orang yang menjalankan aktiviti pembangunan itu dengan menyatakan tentang pelanggaran seksyen 20 Akta 172 dan seterusnya menghendaki daripada orang itu supaya suatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan aktiviti pemajuan itu disampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan itu.

Notis meminta permohonan kebenaran merancang bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai tanda bahawa kebenaran merancang akan diberi. Jika permohonan dikemukakan ia hendaklah diproses seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 21 dan 22 Akta 172. Jika kebenaran merancang diberi, pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan boleh mengenakan apa-apa bayaran tambahan selain dari bayaran yang biasa dikenakan dalam sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang.

Bagi aktiviti pemajuan yang masih berjalan ia hendaklah dihentikan dengan pengeluaran notis ini. Keingkaran mematuhi arahan notis ini adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000.00) bagi setiap hari kegagalan itu berterusan walaupun telah disabitkan kesalahan.

Seterusnya jika tiada permohonan kebenaran merancang diterima oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu maka ia bolehlah selepas itu mengeluarkan satu notis lagi kepada orang yang menjalankan aktiviti pemajuan itu menghendaki supaya mematuhi kehendak supaya pembangunan itu menepati kebenaran merancang yang diberikan sebelum ini serta syarat-syaratnya. Jika ini tidak tercapai maka tanah berkenaan hendaklah dipulihkan semula kepada keadaan sebelum pembangunan itu dijalankan.

Akhirnya, mana-mana orang yang tidak mematuhi notis yang

Page 137: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3137

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

dikeluarkan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan denda sehingga Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000) atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya akan dikenakan dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Page 138: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3138

Penguatkuasaan dalam hal pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai

29. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan apa-apa pemajuan telah atau sedang diusahakan atau dijalankan selepas kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pemajuan itu telah diubah suai menurut seksyen 25 dan pemajuan yang diusaha atau dijalankan sedemikian adalah tak bersesuaian dengan kebenaran yang diubah suai itu.

(2) Jika pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa mana-mana bahagian, aspek, atau bentuk pemajuan yang tidak selaras dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai itu boleh diubah suai, ditambah atau diroboh supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubah suai itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah-

(a) jika pemajuan itu telah siap, menyampaikan kepada pemunya dan juga penduduk tanah itu suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki kedua-dua daripada mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang dinyatakan dalam notis itu yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubahsuai itu;

(b) jika pemajuan itu belum siap, menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka itu-

(i) menghentikan semua aktiviti dengan serta-merta, kecuali aktiviti yang perlu untuk mematuhi kehendak pihak berkuasa perancang tempatan itu di bawah subperenggan (ii) dan aktiviti lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, sehingga pihak berkuasa perancang tempatan itu berpuas hati bahawa kehendak itu telah dipatuhi; dan

(ii) mematuhi dalam tempoh yang dinyatakan dalam

Page 139: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3139

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak, yang dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya selaras dengan kebenaran atau kelulusan yang diubahsuai itu.

(3) Jika pihak berkuasa perancang tempatan itu tidak berpuas hati sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), maka pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah menyampaikan kepada pemunya tanah itu dan, jika pemajuan itu belum siap, kepada orang yang, pada pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu, adalah menjalankan pemajuan itu, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menghendaki mereka itu mematuhi, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, kehendak , yang dinyatakan dalam notis itu, yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan supaya tanah itu dipulihkan semula setakat yang mungkin seperti keadaannya sebelum pemajuan itu dimulakan.

(4) Tertakluk kepada subseksyen (5), mana-mana orang gagal mematuhi mana-mana kehendak suatu notis di bawah subseksyen (2)(a), subperenggan (2)(b)(ii), atau subseksyen (3) dalam tempoh yang dibenarkan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap satu hari kegagalan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

(5) Tiada penduduk mana-mana tanah yang berhubungan dengan suatu notis di bawah perenggan (2)(a), yang juga bukannya pemunya tanah itu, boleh disabitkan bagi suatu kesalahan di bawah subseksyen (4), jika dia membuktikan bahawa pemajuan yang berkenaan dengan notis itu tidak dimulakan, diusahakan, atau dijalankan, atau dibenarkan untuk dimulakan, diusahakan, atau dijalankan olehnya.

(6) Mana-mana orang yang terus menjalankan apa-apa aktiviti selepas dikehendaki menghentikannya melalui suatu notis yang disampaikan kepadanya di bawah subperenggan (2)(b)(i) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari aktiviti itu berterusan sedemikian selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Digantikan Akta A1129

Digantikan Akta A1129

Page 140: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3140

Ulasan

Seksyen 29 Akta 172 merupakan penguatkuasaan mengenai pemajuan yang tidak bersesuaian dengan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diubah suai. Jika pihak berkuasa perancang tempatan mendapati sesuatu pemajuan yang dijalankan itu bercanggah dengan pengubahsuaian kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang diberi. Jika pihak berkuasa perancang tempatan mendapati pengubahsuaian, penambahan atau perobohan boleh dan sesuai dilakukan ke atas pemajuan tersebut, maka pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menghantar notis kepada pihak yang terlibat supaya berbuat demikian dengan memberi satu tempoh yang tertentu. Bagi pemajuan yang belum siap, pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah menghantar satu notis supaya kerja-kerja pemajuan dihentikan serta merta kecuali kerja-kerja yang diarahkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk disesuaikan dengan kebenaran atau kelulusan yang telah diubah suai.

Manakala bagi keadaan di mana pihak berkuasa perancang tempatan mendapati tiada sebarang pengubahsuaian, penambahan atau perobohan sesuai dilakukan ke atas sesuatu pemajuan yang telah melanggar kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan yang telah diubahsuai, pihak berkuasa perancang tempatan itu bolehlah menghantar notis pemulihan tapak kepada pihak yang terlibat dengan pemajuan tersebut supaya memulihkan tapak kepada keadaan asal dalam tempoh yang tertentu.

Sekiranya penerima notis di bawah perenggan 29(2)(a), subperenggan 29(2)(b)(ii) atau subseksyen 29(3) tidak mematuhi arahan dalam notis tersebut, ia boleh dikenakan denda sehingga Ringgit Malaysia seratus ribu (RM100,000) atau penjara tidak lebih dari enam (6) bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan bermula dari sabitan yang pertama.

Bagi pihak yang masih meneruskan aktiviti pemajuan walaupun telah menerima notis pemberhentian segala kerja pemajuan yang disampaikan di bawah subperenggan 29(2)(b)(i) daripada pihak berkuasa perancang tempatan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000) dan denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan tersebut berterusan bermula dari sabitan yang pertama.

Page 141: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3141

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Dalam kes Meow Loong Onn v Public Prosecutor [1997] 2 MLJ 612, mahkamah memutuskan bahawa denda harian tidak boleh dibuat serentak dengan denda pertama dalam kes di mana denda RM2,000 dan denda harian RM500 sehingga bangunan diruntuhkan dikenakan di atas kesalahan membuat pemajuan tanpa kebenaran merancang.

Notis rekuisisi

30. (1 )Jika pihak berkuasa perancang tempatan puas hati-

(a) bahawa apa-apa penggunaan tanah patutlah dihentikan;

(b) bahawa syarat-syarat patut dikenakan atas penggunaannya yang berterusan; atau

(c) bahawa mana-mana bangunan atau kerja di atas sesuatu tanah patut diubah atau dipindahkan,

pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, melalui notis rekuisisi yang disampaikan kepada pemunya tanah itu-

(i) menghendaki supaya dihentikan penggunaan itu;

(ii) mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu; atau

(iii) meminta supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu,

dan pemunya itu hendaklah, dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu, yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan, mematuhi kehendak atau syarat-syarat itu.

(2) Seseorang yang terkilan dengan sesuatu notis rekuisisi boleh, dalam tempoh yang dinyatakan di dalamnya dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan.

(3) Jika sesuatu rayuan difailkan di bawah subseksyen (2), notis rekuisisi itu hendaklah digantung sehingga rayuan itu diputuskan atau ditarik balik.

Page 142: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3142

(4) Dalam menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(5) Jika pemunya tanah yang berhubungan dengan notis rekuisisi itu, akibat daripada pematuhan notis rekuisisi itu, telah menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah itu atau telah melakukan perbelanjaan atau kos dalam menjalankan kerja bagi mematuhi notis itu, dia boleh menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi kerosakan, perbelanjaan atau kos itu. (6) Jika sesuatu tuntutan dibuat di bawah subseksyen (5), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, selepas memberi orang yang membuat tuntutan itu peluang untuk didengar, menawarkan kepadanya pampasan yang difikirkan memadai oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

(7) Jika orang yang ditawarkan pampasan di bawah subseksyen (6) itu terkilan dengan amaun pampasan itu, dia boleh dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga Rayuan hendaklah menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar.

(8) Seseorang yang gagal mematuhi suatu notis rekuisisi yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) dalam tempoh yang dinyatakan dalamnya atau, jika sesuatu rayuan telah dibuat di bawah subseksyen (2), dalam suatu tempoh selepas rayuan itu diputuskan atau ditarik balik yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya sehingga lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Notis Rekuisisi atau Rekuisisi adalah satu Notis yang dikeluarkan mengikut peruntukan seksyen 30 Akta 172. Notis rekuisisi (rekuisisi) adalah merupakan salah satu alat kawalan pembangunan. Notis rekuisisi (rekuisisi) merupakan notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri kepada pemilik tanah berdaftar.

Page 143: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3143

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Notis rekuisisi berdasarkan Akta 172 adalah notis yang mengandungi perintah untuk:a) menghendaki supaya dihentikan penggunaan itu;

b) mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis rekuisisi (rekuisisi) itu; atau

c) menghendaki supaya langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi (rekuisisi) itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja itu.

Notis Rekuisisi akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dalam keadaan berikut:

a) notis dikeluarkan kepada pemilik tanah yang membangunkan tanah dan pembangunan ini telah menimbulkan konflik guna tanah;

b) pembangunan yang tidak sesuai ini disekat bagi mengurangkan tekanan pembangunan sedia ada dan akan datang;

c) tindakan ke atas pemilik tanah ini adalah bagi mengawal perancangan yang tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

d) Pihak berkuasa perancang tempatan mengambil tindakan setelah mempunyai bukti yang dapat menerangkan mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik tanah; dan

e) Pihak berkuasa perancang tempatan bertindak berdasarkan kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri. Walau bagaimanapun, Seksyen 30(2) Akta 172 memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan dengan suatu notis rekuisisi (rekuisisi) boleh membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Antara rayuan-rayuan terhadap notis rekuisisi (rekuisisi) yang dikemukakan oleh pihak yang teraniaya kepada Lembaga Rayuan adalah seperti berikut:

a) subseksyen 30(3) Akta 172 memperuntukkan jika suatu rayuan difailkan di Lembaga Rayuan, notis rekuisisi (rekuisisi) itu hendaklah digantung sehingga rayuan itu diputuskan atau ditarik balik.

Page 144: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3144

b) subseksyen 30(4) Akta 172 memperuntukkan Lembaga Rayuan akan mendengar dan menilai sama ada notis rekuisisi (rekuisisi) oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh dikenakan ke atas pemilik tanah terbabit.

c) Lembaga Rayuan juga berfungsi sebagai pihak tengah untuk membuat keputusan muktamad.

Hak-hak awam lain yang terdapat dalam notis ialah :

a) Subseksyen 30(5) Akta 172 memperuntukkan jika pemunya tanah yang berhubungan dengan notis rekuisisi (rekuisisi) itu, akibat daripada pematuhan notis rekuisisi (rekuisisi) itu, telah menanggung kerosakan yang berupa kesusutan nilai tanah itu atau telah melakukan perbelanjaan atau kos dalam menjalankan kerja bagi mematuhi notis itu.

b) Subseksyen 30(5) Akta 172 juga memperuntukkan pemilik tanah boleh menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi kerosakan, perbelanjaan atau kos itu.

c) Subseksyen 30(6) Akta 172 memperuntukkan pihak berkuasa perancang tempatan, selepas memberi orang yang membuat tuntutan itu peluang untuk didengar, menawarkan kepadanya sesuatu pampasan yang difikirkan memadai.

d) Subseksyen 30(7) Akta 172 memperuntukkan sekiranya pemilik tanah terkilan dengan jumlah kos pampasan tersebut, ianya boleh dibawa ke Lembaga Rayuan untuk pertimbangan semula.

e) Lembaga Rayuan akan bertindak sebagai penaksir kos yang sebenarnya perlu dibayar.

Pelanggaran Rekuisisi

Jika sesiapa yang telah diberikan notis rekuisisi, dan didapati telah berlaku pelanggaran notis tersebut, maka:

a) Subseksyen 30(1) Akta 172 memberi perintah kepada penerima notis rekuisisi (rekuisisi) untuk mematuhi arahan tersebut dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan atau 30 hari.

Page 145: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3145

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

b) Keputusan Lembaga Rayuan adalah berbentuk menerima notis rekuisisi (rekuisisi) tersebut, menolak notis rekuisisi (rekuisisi) tersebut atau mengenakan syarat di atas pelaksanaan notis rekuisisi (rekuisisi) tersebut.

c) Sekiranya selepas Lembaga Rayuan bersidang, notis rekuisisi (rekuisisi) tersebut tidak dipatuhi ia boleh disabitkan dengan kesalahan melanggar notis rekuisisi (rekuisisi).

d) Subseksyen 30(8) Akta 172 memperuntukkan sesiapa yang didapati boleh disabitkan kesalahan kerana tidak mematuhi atau melanggar arahan notis rekuisisi (rekuisisi) ini, ia boleh dikenakan hukuman denda sehingga Ringgit Malaysia satu ratus ribu (RM100,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya.

e) Denda tambahan sehingga Ringgit Malaysia lima ribu (RM5,000) bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan yang pertama bagi kesalahan itu.

Pelaksanaan oleh orang diberi kuasa

31. (1) Jika apa-apa kehendak apa-apa notis yang disampaikan di bawah mana-mana peruntukan seksyen 27, 28, 29 dan 30, selain suatu kehendak supaya dihentikan apa-apa pemajuan atau aktiviti, tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam tempoh lanjutan yang mungkin telah dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan masing-masing, seseorang yang diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa pekerja, memasuki tanah yang berhubung dengan notis itu dan mengambil suatu langkah yang perlu untuk melaksanakan notis itu, termasuk meroboh atau mengubah mana-mana bangunan atau kerja dan memindahkan apa-apa barang, kereta atau benda dari mana-mana bangunan atau tanah itu.

(2) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh meminta ketua polis daerah di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan itu terletak menyediakan pegawai polis untuk memberi bantuan kepada orang diberi kuasa dalam mengambil apa-apa tindakan menurut kuasa subseksyen (1) dan menjadi kewajipan ketua polis daerah itu mematuhi rekuisisi itu dan kewajipan pegawai polis yang disediakan bagi mematuhi rekuisisi itu memberi bantuan.

(3) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menuntut perbelanjaan dan kos yang dilakukannya dalam melaksanakan suatu notis di bawah subseksyen (1) dari pemunya tanah yang berhubung dengan notis

Page 146: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3146

itu dengan cara seperti mana kadar yang dituntut di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kerajaan tempatan.________________________________________________________________

Ulasan

Peruntukan ini memberikan kuasa budi bicara kepada pihak berkuasa perancang tempatan dalam melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Akta 172 terutamanya dalam menyampaikan notis-notis yang dikeluarkan mengikut peruntukan seksyen 27, 28, 29 dan 30 Akta 172 untuk tujuan mengarahkan pemberhentian kegiatan pemajuan.

Pihak berkuasa perancang tempatan diberi kuasa untuk memasuki tanah yang disabitkan dengan kesalahan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan kehendak notis. Ini termasuklah tindakan meroboh atau mengubah mana-mana bangunan, kerja dan memindahkan barang-barang, kereta atau benda daripada bangunan atau daripada tanah tersebut.

Subseksyen 31(2) memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk meminta ketua polis daerah di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan untuk mendapat khidmat pegawai-pegawai polis untuk membantu dalam mengambil sebarang tindakan menurut kuasa subseksyen (1) ini. Adalah menjadi tanggungjawab ketua polis daerah dan pegawai-pegawainya untuk mematuhi rekuisisi pihak berkuasa perancang tempatan untuk mendapatkan bantuan dalam menguatkuasakan sebarang tindakan yang telah dibuat dalam notis yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan seksyen 27, 28, 29 dan 30 Akta 172.

Subseksyen 31(3) pula memperuntukkan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh menuntut perbelanjaan dan kos-kos yang dibelanjakan dalam melaksanakan notis di bawah subseksyen 31(1) daripada pemunya tanah yang dikeluarkan notis. Cara menuntut bayaran adalah sama seperti kadar-kadar dituntut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Rujuk silang peruntukan seksyen 147-156 dalam bahagian XV Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk perkara-perkara berkaitan dengan kutipan bayaran.

Page 147: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3147

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Ketidakselarasan antara undang-undang kecil bangunan dengan rancangan `pemajuan

31A. Jika ketidakselarasan wujud antara mana-mana undang-undang kecil bangunan dengan rancangan pemajuan berhubung dengan mana-mana dasar dalam rancangan itu--

(a) rancangan pemajuan hendaklah mengatasi undang-undang kecil itu; dan

(b) pihak berkuasa yang memberi kelulusan hendaklah memakai peruntukan undang-undang kecil bangunan itu dengan apa-apa cara dan setakat yang perlu untuk mengelakkan ketidakselarasan itu, tetapi dengan memastikan bahawa piawai kekukuhan bangunan demi keselamatan dan keselesaan penghuni dicapai berkenaan dengan pemajuan itu adalah sebaik yang dapat semunasabahnya dicapai dalam hal keadaan itu.

________________________________________________________________

Ulasan

PBT diberikan fungsi pihak berkuasa perancang tempatan mengikut peruntukan Seksyen 6 Akta 172 juga diberikan kuasa am untuk membuat undang-undang kecil mengikut peruntukan Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kesemua undang-undang kecil yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan mengikut peruntukan Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mestilah dipatuhi. Dalam situasi di mana undang-undang kecil bangunan didapati tidak berpadanan, melanggar ataupun tidak harmoni dengan dasar-dasar yang terkandung dalam rancangan pemajuan, peruntukan rancangan pemajuan akan mengatasinya. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa perancang tempatan dibenar untuk menggunakan peruntukan undang-undang kecil bangunan untuk memastikan bahawa piawaian dan peruntukan-peruntukan untuk keselamatan yang terkandung dalam undang-undang kecil tersebut dipatuhi supaya dapat menjamin keselamatan penduduk di dalam bangunan.

Walau bagaimanapun undang-undang kecil tidak boleh dibuat melangkau kuasa Pihak Berkuasa yang memberi kuasa untuk membuat undang-undang tersebut. Jika dibuktikan bahawa undang-undang kecil tersebut dibuat untuk melangkau kuasa Pihak Berkuasa, undang-undang tersebut boleh dicabar atas alasan bahawa ianya adalah ultra vires (Rujuk kes Low Leong Huat lwn Public Prosecutor

Dimasukkan Akta A1129

Page 148: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3148

[1917] FMSLR 162) or it may even be contested for the reason that it was conflicting with the Federal Law, see City Council of George Town & Anor lwn Government of the State of Penang & Anor [1967] 1 MLJ 169.

Page 149: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3149

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAHAGIAN VCAJ PEMAJUAN

Caj pemajuan dan tanggungan kepadanya

32. (1) Jika suatu rancangan tempatan atau sesuatu pengubahan rancangan tempatan mengakibatkan suatu perubahan penggunaan, ketumpatan atau luas lantai berkenaan dengan mana-mana tanah sehingga menaikkan nilai tanah itu, suatu caj pemajuan hendaklah di levi berkenaan dengan mana-mana pemajuan tanah yang dimulakan, diusahakan, atau dijalankan mengikut perubahan itu.

(2) Kadar caj pemajuan atau kaedah mengira amaun caj pemajuan yang kena dibayar hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35.

(3) Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau mana-mana pemajuan atau kelas, jenis, atau kategori pemajuan daripada tanggungan kepada caj pemajuan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam kaedah-kaedah itu.________________________________________________________________

Ulasan

Subseksyen 32(1) Akta 172 merujuk kepada caj pemajuan yang di levi oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada mana-mana tuan tanah atau pemaju. Caj pemajuan yang dimaksudkan adalah suatu caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan apabila sesuatu pemajuan hendak dijalankan ke atas tanah yang akan ditunjukkan dalam rancangan tempatan kawasan berkenaan, terlibat dengan perubahan penggunaannya (guna tanah), ketumpatannya atau luas lantai sehingga menaikkan nilai tanah tersebut. Terdapat dua keadaan di mana caj pemajuan boleh dikenakan iaitu:

a) Apabila sesuatu rancangan tempatan telah disediakan atau apabila dibuat pengubahan ke atas sesuatu rancangan tempatan yang telah disediakan; dan

b) Apabila sesuatu rancangan tempatan diubah, dibatal

atau diganti yang menyebabkan perubahan penggunaan, ketumpatan atau luas lantai ke atas mana-mana tanah hingga menaikkan nilai tanah berkenaan.

Page 150: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3150

Caj pemajuan hanya boleh dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas pemilik tanah apabila suatu pemajuan hendak dimulakan atau dijalankan di atas tanah berkenaan.

Kadar caj pemajuan dan cara mengira amaun yang akan dikenakan adalah ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 35 Akta 172. Pemakaian peruntukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

a) Rancangan tempatan di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan tersebut hendaklah diwartakan; dan

b) Bahagian V Akta 172 telah diterima pakai dan diwartakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan.

Pihak Berkuasa Negeri dengan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 35 Akta 172, boleh mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang atau mana-mana pemajuan atau kelas, jenis atau kategori pemajuan, daripada tanggungan kepada caj pemajuan, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam kaedah-kaedah itu.

Caj pemajuan adalah penting kepada pihak berkuasa perancang tempatan kerana:

a) kutipan caj pemajuan boleh menjadi satu sumber kewangan (hasil) kepada pihak berkuasa perancang tempatan selain dari cukai-cukai yang boleh dipungutnya;

b) boleh menjadikan Rancangan Tempatan sebagai alat kawalan perancangan dalam mengawal dan mencorakkan pembangunan sesuatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan;

c) merupakan satu sumber yang dapat digunakan semula bagi faedah masyarakat; dan

d) digunakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk projek pembangunan bandar dan kerja penyenggaraan kemudahan awam dan infrastruktur.

Page 151: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3151

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Penentuan caj pemajuan

33. (1) Sebelum memberikan kebenaran merancang untuk mana-mana pemajuan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menentukan sama ada caj pemajuan kena dibayar berkenaan dengan pemajuan itu dan, jika kena dibayar, menentukan amaunnya, dan hendaklah menyampaikan kepada pemohon untuk kebenaran merancang suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan menuntut amaun itu dibayar.

(2) Penentuan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu mengenai amaun caj pemajuan itu adalah muktamad dan tidak boleh tertakluk kepada rayuan atau kajian semula dalam mana-mana mahkamah.________________________________________________________________

Ulasan

Caj pemajuan adalah berkait rapat dengan peruntukan kebenaran merancang kerana sebelum memberi kebenaran merancang untuk sesuatu pemajuan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menentukan sama ada caj pemajuan dikenakan bagi pemajuan yang hendak dimulakan, diusahakan atau dijalankan. Seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 33(1) pihak berkuasa perancang tempatan tidak akan memberikan kebenaran merancang jika pemohon untuk kebenaran merancang belum membayar caj pemajuan yang dikenakan bagi pemajuan yang dicadangkan atau belum mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa perancang tempatan untuk membuat bayaran secara ansur. Jika dikenakan caj pemajuan, pihak berkuasa perancang tempatan perlu menyerah satu notis yang menetapkan amaun yang perlu dibayar oleh pemohon.

Page 152: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3152

Pembayaran caj pemajuan

34. (1) Caj pemajuan hendaklah kena dibayar sekali gus, tetapi pihak berkuasa perancang tempatan boleh, atas permohonan pemohon untuk kebenaran merancang, membenarkan supaya caj pemajuan itu dibayar dengan beberapa ansuran yang difikirkannya patut, oleh pihak berkuasa perancang tempatan, dengan bunga mengikut kadar, bukannya kadar keutamaan, yang dikenakan oleh Persatuan Bank Malaysia-Singapura bagi pinjaman yang bercagarkan harta tak alih.

(2) Jika apa-apa ansuran caj pemajuan yang genap masanya dibayar tidak dibayar, pihak berkuasa perancangan tempatan itu hendaklah memberikan orang yang telah diberi kebenaran merancang itu suatu notis memberitahunya mengenai keingkaran itu dan menuntut supaya bayaran itu dibuat dalam masa yang munasabah yang hendaklah ditentukan dalam notis itu.

(3) Jika amaun yang genap masa dibayar itu masih tidak dibayar selepas masa yang dibenarkan di bawah subseksyen (2) telah luput, kesemua baki caj pemajuan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar dan boleh dituntut dengan cara sama seperti mana kadar yang dituntut di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan kerajaan tempatan.

(4) Semua jumlah wang yang diterima mengenai akaun caj pemajuan hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan wang pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.________________________________________________________________

Ulasan

Caj-caj pemajuan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang dikenakan kepada pemohon hendaklah dibayar sekali gus kecuali apabila pemohon membuat permohonan untuk membuat bayaran secara ansuran dan dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan. Sekiranya pemohon masih belum dapat menyelesaikan bayaran ansurannya setelah tamat tempoh yang ditetapkan, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyerahkan notis memberitahu kepada pemohon tersebut supaya membuat pembayaran dalam masa yang telah ditetapkan.

Bagi amaun yang masih belum dijelaskan walaupun telah tamat tempoh, tuntutan boleh diambil di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan Kerajaan Tempatan. Kesemua kutipan caj pemajuan yang diterima oleh pihak berkuasa perancang

Page 153: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3153

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

tempatan hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan mengikut seksyen 40 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Harta tak alih termasuklah tanah, kepentingan dari tanah dan kesemua benda yang terikat secara tetap kepada tanah tersebut. Jika bayaran ansuran tersebut tidak dibuat mengikut perjanjian yang telah dibuat di antara pihak yang terlibat, maka pihak berkuasa perancang tempatan bolehlah mengeluarkan notis tuntutan meminta pembayaran jumlah yang tertunggak.

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

35. Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah bagi maksud menguatkuasakan dan menjalankan peruntukan Bahagian ini atau bagi maksud menetapkan apa-apa yang mungkin dikehendaki, atau dikehendaki, ditetapkan di bawah Bahagian ini.________________________________________________________________

Ulasan

Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa membuat kaedah-kaedah untuk melaksanakan dan menguatkuasakan caj pemajuan seperti penetapan caj pemajuan, pengiraan amaun, tatacara bayaran dan jenis pemajuan yang dikecualikan daripada caj pemajuan.

Page 154: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3154

BAHAGIAN VAPERINTAH PEMELIHARAAN POKOK

Perintah pemeliharaan pokok

35A. (1) Jika didapati oleh pihak berkuasa perancang tempatan adalah suai manfaat bagi kepentingan keselesaan untuk memelihara mana-mana pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok dalam kawasannya, ia boleh membuat suatu perintah pemeliharaan pokok mengenai pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok itu.

(2) Suatu perintah pemeliharaan pokok boleh, secara khusus mengadakan peruntukan-

(a) bagi melarang penebangan pokok kecuali dengan kebenaran bertulis dan tertakluk kepada syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan; dan

(b) bagi memastikan penanaman atau penggantian pokok melalui penanaman semula mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.

(3) Perenggan (2)(a) tidaklah terpakai bagi penebangan suatu pokok-

(a) yang hampir mati atau telah mati;

(b) bagi pencegahan bahaya yang hampir benar berlaku; atau

(c) jika ia dilakukan sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.

(4) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan dalam perintah pemeliharaan pokok melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(5) Jika dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, telah dibuktikan bahawa suatu pokok telah ditebang, hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa pokok itu telah ditebang oleh penduduk tanah yang di atasnya pokok itu tumbuh.

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Dimasukkan Akta A933

Page 155: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3155

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Ulasan

Pokok merupakan aset semula jadi dan menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memeliharanya. Tujuan pemeliharaan pokok adalah untuk menjamin sumber alam semula jadi supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Dengan yang demikian, pihak berkuasa perancang tempatan mempunyai tanggungjawab penting dalam memelihara pokok-pokok dalam kawasannya terutamanya memelihara pokok yang dianggap mempunyai keistimewaan dari aspek saintifik, estetik dan aspek alam sekitar supaya tidak ditebang. Seksyen 35A ini memberi perlindungan kepada pokok-pokok tertentu untuk memastikan sistem ekologi kawasan dapat dikekalkan. Seksyen ini juga memberi kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok yang terancam kepupusan atau yang mempunyai nilai-nilai istimewa. Dengan adanya perintah ini, aktiviti penebangan pokok bagi pembangunan yang berleluasa dapat dibendung.

Peruntukan ini telah dimasukkan dalam pindaan A933 pada tahun 1995 untuk mengatasi kepincangan dalam takrifan pemajuan yang tidak merangkumi kegiatan menebang pokok. Peruntukan ini membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan memainkan peranan penting dalam memelihara pokok dan memainkan peranan yang sewajarnya untuk melindungi pokok-pokok dalam kawasannya.

Perintah pemeliharaan pokok yang diperuntukkan di bawah seksyen ini amat penting sebab ianya memberikan kuasa kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk memastikan bahawa pokok-pokok yang ditanam diberikan perlindungan yang sewajarnya melalui sistem rancangan pemajuan dan kawalan perancangan.

Akta 172 tidak memuatkan takrif pokok secara jelas dan terperinci. Walau bagaimanapun Garis Panduan Perintah Pemeliharaan Pokok telah mentakrifkan ‘pokok’ adalah tumbuhan individu dan tanaman kekal dalam keadaan biasa hidup bertahun-tahun di atas muka bumi tanah dan tumbuh secara individu di mana-mana lokasi serta mudah dikenal pasti mengikut saiz, umur dan spesies masing-masing. Jenis-jenis pokok boleh terdiri daripada pokok utama, pokok palma, pokok renek, pokok menjalar, pokok memanjat dan pokok pepagar. Garis panduan tersebut disediakan adalah bertujuan untuk membantu melaksanakan perintah pemeliharaan pokok.

Seksyen ini juga memperuntukkan bahawa perintah pemeliharaan pokok yang boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan iaitu:-

Page 156: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3156

a) melarang penebangan pokok-pokok kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa perancang tempatan dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu; dan

b) memastikan pokok-pokok yang telah ditebang ditanam atau diganti melalui penanaman semula mengikut cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu.

Walau bagaimanapun, penebangan pokok di bawah perintah pemeliharaan pokok yang terpaksa dilakukan dan tidak memerlukan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan, hanya dalam keadaan berikut:-

a) Pokok yang telah mati atau hampir mati;

b) Pokok tersebut sekiranya tidak ditebang akan mendatangkan bahaya kepada pemilik, orang ramai dan harta benda;

c) Bagi tujuan mencegah bahaya yang hampir berlaku. Keadaan ini bermaksud pokok tersebut akan tumbang dalam masa terdekat, akar pokok tersebut telah memecahkan lantai rumah/tembok parit/permukaan siar kaki atau keadaan fizikal pokok tersebut telah rosak. Selain itu pokok yang bersaiz besar dan dikhuatiri apabila hujan atau ribut dahannya patah dan merosakkan kenderaan atau mengganggu lalu lintas kerana ia berhampiran dengan tempat letak kereta atau pinggir jalan; dan

d) Sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis yang lain seperti Akta Kerajaan Tempatan 1971, Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Kanun Tanah Negara 1965 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah berkaitan.

Gambar menunjukkan pokok yang hampir mati dan boleh mendatangkan bahaya.

Page 157: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3157

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Selepas pindaan Akta A1129 pada tahun 2001, seseorang yang melanggar peruntukan perintah pemeliharaan pokok jika disabit kesalahan boleh didakwa dan dikenakan denda sehingga seratus ribu ringgit (RM100,000) atau penjara sehingga enam (6) bulan atau kedua-duanya. Jika telah dibuktikan bahawa suatu pokok telah ditebang, maka penduduk di atas tanah berkenaan adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah seksyen ini sehingga dibuktikan sebaliknya. Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tertakluk kepada syarat-syaratnya

35B. Walau apa pun seksyen 35A, suatu perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat berkenaan dengan pokok, pokok-pokok atau kelompok pokok yang tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan di bawah perenggan 22(5) (f) dan (g).________________________________________________________________

Ulasan

Perintah pemeliharaan pokok tidak boleh dibuat jika pokok tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan di bawah perenggan 22(5)(f) dan (g) Akta 172. Syarat-syarat tersebut telah menetapkan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan boleh semasa memproses permohonan kebenaran merancang dan dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen 22 Akta 172 mengenakan syarat-syarat semasa memberikan kebenaran merancang. Syarat-syarat yang boleh dikenakan ialah melarang penebangan pokok dijalankan, memastikan penanaman atau penanaman semula pokok-pokok daripada saiz, umur, jenis atau spesies tertentu yang tumbuh di mana-mana lokasi tertentu.

Dimasukkan Akta A933

Page 158: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3158

Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok, dsb.

35C. Mana-mana orang yang terkilan dengan-

(a) suatu perintah pemeliharaan pokok;

(b) mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok;

(c) (i) penolakan suatu kebenaran bertulis; atau

(ii) mana-mana syarat yang dikenakan ke atas

pemberian suatu kebenaran bertulis.

di bawah perenggan 35A(2)(a); atau

(d) suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh dia diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini pula memperuntukkan hak mana-mana orang yang terkilan dengan perintah pemeliharaan pokok untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh terima perintah, penolakan atau pengenaan syarat. Perkara –perkara yang boleh dirayu ialah:

a) berkaitan dengan perintah pemeliharaan pokok;

b) mana-mana peruntukan dalam perintah pemeliharaan pokok;

c) penolakan kebenaran bertulis atau mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian bertulis; atau

d) perintah untuk menanam atau menggantikan pokok.

Page 159: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3159

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pampasan di bawah perintah pemeliharaan pokok

35D. (1) Jika pemunya tanah yang tanahnya berhubungan dengan suatu perintah pemeliharaan pokok membuktikan bahawa dia, kerana mematuhi perenggan 35C(1) (a) hingga (d), mengalami kerugian berupa kesusutan dalam nilai tanahnya, dia boleh menuntut pampasan daripada pihak berkuasa perancang tempatan.

(2) Suatu tuntutan pampasan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan-

(a) dalam masa enam bulan dari tarikh-

(i) perintah pemeliharaan pokok;

(ii) penolakan suatu kebenaran bertulis atau pengenaan syarat-syarat di bawah perenggan 35A(2)(a); atau

(iii) perintah untuk menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b),

diberitahu kepada pemunya tanah itu; atau

(b) jika rayuan dibuat di bawah subseksyen 35C(1), dalam masa enam bulan dari tarikh keputusan Lembaga Rayuan mengesahkan perintah, penolakan atau pengenaan syarat-syarat yang dirayu itu.

(3) Jika pemunya tanah itu tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang diawardkan, dia boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh award itu, merayu kepada Lembaga Rayuan yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan atau mengubah amaun pampasan yang diawardkan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini menerangkan mengenai pampasan yang boleh dituntut oleh pemilik tanah yang mengalami kerugian dan dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang tempatan. Kerugian yang dialami oleh pemilik tersebut disebabkan beliau mematuhi perenggan 35C(a) hingga (d). Tuntutan pampasan tersebut hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang tempatan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh:

Dimasukkan Akta A933

Page 160: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3160

a) perintah pemeliharaan pokok;

b) penolakan kebenaran bertulis atau pengenaan syarat-syarat; atau

c) perintah untuk menggantikan pokok.

Sekiranya pemilik tanah tersebut tidak berpuas hati dengan amaun pampasan yang ditawarkan, beliau boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penawaran amaun tersebut. Ini kerana Lembaga Rayuan mempunyai kuasa untuk mengubah atau mengesahkan amaun pampasan yang diberikan.

Penggantian pokok

35E. (1) Maka menjadi suatu kewajipan kepada orang yang didapati bersalah di bawah subseksyen 35A(4) kerana menebang mana-mana pokok yang berkenaan dengannya suatu perintah pemeliharaan pokok berkuat kuasa pada masa ini, yang berlanggaran dengan perintah pemeliharaan pokok itu, menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok yang lain_

(a) daripada saiz dan spesies yang sesuai;

(b) di tempat yang sama atau berdekatan dengan tempat yang sama atau tempat lain;

(c) dalam masa; dan

(d) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan melainkan jika atas permohonan orang itu atau atas permohonan mana-mana orang lain atau mengikut budi bicara pihak berkuasa perancang tempatan itu sendiri pihak berkuasa perancang tempatan mengetepikan kehendak ini.

(2) Masa yang ditentukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah perenggan 1(c) bagi penggantian pokok boleh dilanjutkan sekali atas permohonan orang yang berkewajipan menggantikan pokok itu.

(3) Mana-mana orang yang terkilan dengan_

(a) penolakan untuk mengetepikan kehendak menggantikan pokok di bawah perenggan (1);

Dimasukkan Akta A933

Page 161: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3161

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(b) mana-mana perintah yang diberikan di bawah perenggan (1)(a) atau (b);

(c) mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(d); atau

(d) penolakan untuk melanjutkan masa di bawah subseksyen (2),

boleh, dalam masa satu bulan dari tarikh orang itu diberitahu mengenai perintah, penolakan atau pengenaan terma dan syarat itu merayu kepada Lembaga Rayuan.

(4) Berhubung dengan mana-mana pokok yang ditanam semula di bawah subseksyen (1), perintah pemeliharaan pokok yang berkaitan hendaklah terpakai baginya sebagaimana ia terpakai bagi pokok asal.

(5) Jika orang yang berkewajipan untuk menggantikan pokok di bawah subseksyen (1) gagal berbuat sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.________________________________________________________________

Ulasan

Mengikut seksyen ini, seseorang yang didapati bersalah kerana menebang mana-mana pokok di bawah perintah pemeliharaan pokok, perlu menggantikan pokok tersebut dengan menanam pokok yang lain, tetapi hendaklah :-

a) daripada saiz dan spesies yang sesuai;

b) di tempat yang sama atau berdekatan dengan tempat yang sama atau tempat lain;

c) dilakukan dalam tempoh masa yang ditentukan; dan

d) tertakluk kepada apa-apa syarat dan terma pihak berkuasa perancang tempatan.

Tempoh masa untuk menggantikan pokok boleh dilanjutkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan sekali bagi setiap permohonan. Sekiranya seseorang itu terkilan dengan perintah penggantian pokok atau mana-mana perintah dan syarat yang dikenakan atau penolakan

Dimasukkan Akta A933

Digantikan Akta A1129

Page 162: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3162

lanjutan masa di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan mengenai perintah tersebut.

Jika orang yang berkewajipan untuk menggantikan pokok tidak berbuat demikian, ia melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi Ringgit Malaysia satu ratus ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggantikan pokok jika orang yang berkewajipan untuk menggantikannya gagal berbuat sedemikian

35F. Dalam hal suatu kegagalan untuk menggantikan pokok di bawah subseksyen 35E(1), pihak berkuasa perancang tempatan boleh meneruskan untuk menggantikan pokok itu dan, walaupun bayaran denda di bawah subseksyen 35E(5), kesemua kos dan perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk menggantikan pokok itu hendaklah dibayar ganti oleh orang yang ingkar untuk menggantikannya.________________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggantikan pokok jika orang yang diperintahkan untuk menggantikan pokok gagal berbuat demikian. Semua kos perbelanjaan yang terlibat hendaklah dibayar oleh orang yang dipertanggungjawabkan sebagai ganti rugi kepada pihak berkuasa perancang tempatan.

Pembatalan perintah pemeliharaan pokok

35G. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh meminda atau membatalkan suatu perintah pemeliharaan pokok termasuk bagi maksud memberikan kebenaran merancang di bawah subseksyen 22(3) berkenaan dengan sesuatu kawasan yang mengenainya suatu perintah pemeliharaan pokok berkuat kuasa pada masa ini.________________________________________________________________

Ulasan Pihak berkuasa perancang tempatan boleh meminda atau membatalkan perintah pemeliharaan pokok yang telah dikeluarkan. Pihak berkuasa perancang tempatan mempunyai kuasa budi bicara dalam pembatalan atau membuat pindaan terhadap perintah tersebut.

Dimasukkan Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Page 163: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3163

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Larangan untuk memotong, dsb., pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter

35H. (1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa perancang tempatan menebang suatu pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter yang tidak tertakluk kepada suatu perintah pemeliharaan pokok, melainkan jika penebangan itu —

(a) adalah berkenaan dengan pokok sedemikian yang hampir mati atau telah mati;

(b) adalah bagi pencegahan bahaya yang hampir benar berlaku; atau

(c) adalah sebagai mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.

(2) Bagi maksud subseksyen (1), lilitan suatu pokok hendaklah diukur setengah meter dari bumi dengan syarat bahawa lilitan pokok yang berbanir hendaklah diukur ke atas dari banir itu.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.________________________________________________________________

Ulasan

Pokok yang mempunyai lilitan melebihi 0.8 meter yang diukur dari paras 0.5 meter dari bumi atau paras banir tidak boleh ditebang tanpa kebenaran bertulis pihak berkuasa perancang tempatan walaupun tidak ada sebarang perintah pemeliharaan pokok dibuat untuk pokok tersebut. Mengikut tafsiran Akta 172, aktiviti menebang pokok termasuklah memotong, memangkas, mencabut, mencantas, merosakkan atau memusnahkan pokok. Sekiranya pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter ditebang tanpa kebenaran, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan denda tidak lebih Ringgit Malaysia sepuluh ribu (RM10,000) atau penjara tidak melebihi tiga (3) bulan atau kedua-duanya sekali.

Digantikan Akta A1129

Dimasukkan Akta A933

Page 164: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3164

BAHAGIAN VILEMBAGA RAYUAN

Lembaga Rayuan

36. (1) Bagi maksud Akta ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu Lembaga Rayuan di dalam dan bagi Negeri.

(2) Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, melantik-

(a) dengan persetujuan Menteri, seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi bagi Lembaga Rayuan itu, iaitu orang yang menjadi atau telah menjadi hakim atau peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi atau anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia atau yang berpengalaman dari segi kehakiman atau kelayakan dan pengalaman sesuai yang lain; dan

(b) beberapa orang yang layak, tidak melebihi dua belas orang, yang difikirkan memadai oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk menjadi ahli tambahan Lembaga Rayuan itu.

(3) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah, melainkan jika ia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun yang hendaklah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam pemberitahuan pelantikan itu, tetapi layak dilantik semula.

(4) Pihak Berkuasa Negeri boleh membatalkan pelantikan seseorang ahli Lembaga Rayuan tanpa memberi apa-apa sebab.

(5) Apabila Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya oleh sebab sakit, tidak berada di Malaysia, atau oleh apa-apa sebab lain, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi itu; dan pada menjalankan fungsi itu, Timbalan Pengerusi hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan itu.

(6) Bilamana timbul sesuatu keperluan untuk memanggil Lembaga Rayuan bermesyuarat, Pengerusi hendaklah meminta mana-mana dua orang daripada ahli yang dilantik di bawah perenggan (2)(b) supaya berkhidmat dengannya dalam Lembaga Rayuan itu; dan menjadi kewajipan tiap-tiap ahli yang diminta sedemikian, berkhidmat dalam

Page 165: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3165

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Lembaga Rayuan, melainkan jika ia dikecualikan oleh Pengerusi, atas alasan yang difikirkan munasabah oleh Pengerusi, daripada berkhidmat sedemikian.

(7) Seseorang ahli Lembaga Rayuan yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam apa-apa perkara yang ada di hadapan Lembaga Rayuan hendaklah, sebaik sahaja dia sedar akan kepentingannya, menzahirkan fakta dan jenis kepentingan itu kepada Pengerusi dan tidak boleh mengambil bahagian atau bahagian selanjutnya dalam prosiding Lembaga Rayuan itu yang berhubungan dengan perkara itu.

(8) Tiap-tiap penzahiran kepentingan yang dibuat di bawah subseksyen (7) hendaklah direkodkan.

(9) Tiap-tiap keputusan Lembaga Rayuan hendaklah dibuat oleh Pengerusi setelah menimbangkan pendapat dua orang ahli yang lain itu, tetapi dalam membuat keputusan itu Pengerusi tidak terikat untuk bersetuju dengan pendapat dua orang ahli yang lain itu atau salah seorang daripada mereka, tetapi jika Pengerusi tidak bersetuju dengannya, dia hendaklah merekodkan sebab dia tidak bersetuju.

(10) Berkenaan dengan sesuatu rayuan di hadapannya, Lembaga Rayuan-

(a) hendaklah mendengar perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan;

(b) boleh memanggil dan memeriksa saksi;

(c) boleh menghendaki mana-mana orang mengikat dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar;

(d) boleh memaksa pengemukaan dan penghantar serahan apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan atau material olehnya bagi rayuan itu;

(e) boleh mengesahkan, mengubah atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;

(f) boleh mengawardkan kos; dan

(g) boleh membuat apa-apa perintah sama ada yang diperuntukkan atau tidak oleh, dan yang selaras dengan Akta ini.

Digantikan Akta A933

Page 166: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3166

(11) Tiap-tiap orang yang dipanggil oleh Lembaga Rayuan untuk menghadiri prosiding adalah diwajibkan di sisi undang-undang untuk hadir di tempat dan pada masa yang ditentukan dalam saman itu dan tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh Lembaga Rayuan untuk mengemukakan atau menghantar serah apa-apa dokumen kepadanya atau kepada mana-mana pekhidmat awam diwajibkan di sisi undang-undang untuk mengemukakan atau menghantar serah dokumen sedemikian.

(12) Semua saman, notis, award, dan perintah yang dikeluarkan, dibuat, atau diberi di bawah tandatangan Pengerusi hendaklah disifatkan sebagai dikeluarkan, dibuat, atau diberi oleh Lembaga Rayuan.

(13) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Lembaga Rayuan atas suatu rayuan di hadapannya adalah muktamad, tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, dan hendaklah mengikat semua pihak kepada rayuan itu atau yang terlibat dalam perkara itu.

(14) Bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574], Lembaga Rayuan hendaklah disifatkan sebagai suatu mahkamah dan tiap-tiap ahlinya hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam.

(15) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan dan fi yang kena dibayar berkenaan dengannya, dan mengawal selia prosiding Lembaga Rayuan tetapi, sehingga kaedah-kaedah itu dibuat dan berkuat kuasa, Lembaga Rayuan hendaklah, bagi maksud prosiding, setakat yang boleh dilaksanakan mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980].

(16) Ahli Lembaga Rayuan hendaklah dibayar, daripada kumpulan wang Negeri, elaun yang ditetapkan oleh Pihak berkuasa Negeri.________________________________________________________________

Ulasan

Lembaga Rayuan ditubuhkan bagi tujuan untuk memberi peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, di mana:-

a) Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi

Page 167: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3167

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.

b) Lembaga Rayuan merupakan satu tribunal yang bertanggungjawab untuk mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172.

Lembaga Rayuan ditubuhkan di bawah seksyen 36 Akta 172 untuk mengadili atau menghakimi sebarang rayuan yang dikemukakan berhubung dengan ketidakpuasan hati mereka dengan sesuatu keputusan atau satu-satu perkara semasa pihak berkuasa perancang tempatan atau Pihak Berkuasa Negeri mengguna pakai Akta 172 yang membabitkan diri mereka dalam urusan perancangan dan pemajuan.

Lembaga Rayuan ini terdiri daripada ahli-ahli yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri dengan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku menteri yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa. Ahli-ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan beberapa orang ahli tambahan yang layak (tidak melebihi 12 orang). Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang dilantik mestilah seorang hakim atau pernah menjadi hakim atau peguam bela dan peguam cara mahkamah tinggi atau Ahli-ahli Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia atau seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kehakiman. Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk menarik balik pelantikan berkenaan tanpa perlu memberi apa-apa sebab. Timbalan Pengerusi akan menggantikan tugas-tugas pengerusi sekiranya pada waktu-waktu tertentu Pengerusi tidak dapat menjalankan tugasnya kerana sakit, berada di luar negara atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, iaitu untuk membincangkan sesuatu kes rayuan, pengerusi akan memanggil dua orang daripada ahli Lembaga Rayuan untuk bersama-sama mendengar dan memutuskan Rayuan. Kuasa budi bicara pengerusi untuk memanggil dua orang ahli Lembaga Rayuan perlulah berdasarkan kelayakan dan pengalaman yang berkaitan dengan kes rayuan tersebut.

Ahli yang mempunyai kepentingan atau perkaitan dengan rayuan yang akan dibicarakan tidak akan dibenarkan menyertai prosiding

Page 168: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3168

Lembaga Rayuan tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab ahli berkenaan untuk memaklumkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan mengenai perkaitannya dengan kes yang akan dibicarakan. Keputusan Lembaga Rayuan akan dibuat oleh Pengerusi setelah mengambil kira pandangan-pandangan daripada dua ahli-ahli yang berkenaan tetapi tidak terikat untuk mengikut pandangan tersebut. Sekiranya Pengerusi tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh ahli-ahli panel dalam membuat keputusan Lembaga Rayuan, sebab-sebab munasabah terhadap penolakan tersebut hendaklah diberikan.

Sewaktu mengadili sesuatu rayuan yang dikemukakan, Lembaga Rayuan dikehendaki mendengar daripada kedua-dua belah pihak iaitu pihak perayu dan juga pihak berkuasa perancang tempatan. Prosedur ini adalah penting demi memastikan bahawa hak-hak asasi kesemua pihak yang terlibat dalam proses rayuan tersebut dijamin dan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul. Lembaga Rayuan boleh memanggil dan memeriksa saksi atau saksi-saksi, menghendaki mana-mana pihak yang terlibat mengangkat sumpah untuk menyatakan yang benar, memaksa menyerahkan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan kes rayuan, boleh mengesahkan, mengubah atau menangkis perintah atau keputusan yang dirayu. Lembaga Rayuan juga boleh menghadkan kos dan juga boleh membuat apa-apa perintah sama ada sesuatu perintah itu diperuntukkan atau tidak diperuntukkan dalam Akta 172. Namun begitu, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menetapkan tatacara rayuan kepada Lembaga Rayuan, menetapkan caj-caj dan mengawal perbicaraan-perbicaraan Lembaga Rayuan. Tetapi kaedah-kaedah ini hanya boleh terpakai setelah dikuatkuasakan dan dalam keadaan di mana kaedah-kaedah tersebut belum dibuat atau dikuatkuasakan, Lembaga Rayuan dikehendaki menggunakan Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1980 dalam urusan perbicaraannya.

Subseksyen 36(13) memperuntukkan bahawa sebarang perintah yang telah dibuat oleh Lembaga Rayuan bagi sesuatu kes rayuannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah sekalipun. Ini bermaksud seseorang yang terkilan dengan keputusan Lembaga Rayuan tidak boleh membuat apa-apa permohonan untuk merayu terhadap keputusan Lembaga Rayuan. Walau bagaimanapun, orang-orang yang terkilan dengan keputusan Lembaga Rayuan boleh membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk memulakan tindakan semakan kehakiman supaya mahkamah boleh menyemak keputusan Lembaga Rayuan atas dasar bahawa keputusan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membuat keputusan; keputusan tersebut tidak munasabah (unreasonable); keputusan tersebut adalah di luar bidang kuasa; dan bahawa pihak tersebut telah bertindak ultra vires.

Page 169: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3169

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Dalam kes Pentadbir Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan lwn Sri Lempah Enterprise [1979] 1 MLJ 135, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa had kuasa mahkamah dalam perkara berkaitan perancangan bandar dan desa adalah terhad. Mahkamah bukannya appellate authority yang lebih berkuasa daripada approving authority tetapi hanyalah pihak berkuasa kehakiman (judicial authority) yang melihat sama ada approving authority telah melampaui batasnya yang ada dalam Akta.

Jenis-jenis rayuan yang boleh dikemukakan kepada Lembaga Rayuan mengikut peruntukan dalam Akta 172 adalah seperti berikut :-

(a). Rayuan terhadap kebenaran merancang sekiranya seseorang terkilan dengan keengganan pihak berkuasa perancang tempatan untuk memberi kebenaran merancang atau syarat-syarat yang dikenakan dalam sesuatu kebenaran merancang dan rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membuat bantahan di bawah subseksyen 21(6) berhubung dengan permohonan kebenaran merancang;

Dalam kes MPPP v Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang & Anor [2005] 4 CLJ 885, mahkamah memutuskan bahawa kuasa Lembaga Rayuan hanya wujud bilamana pihak berkuasa perancang tempatan mengeluarkan permit perancangan sama ada secara mutlak atau dengan syarat-syarat yang difikirkan sesuai olehnya untuk dikenakan, atau jika ia enggan mengeluarkan permit perancangan.

Lembaga Rayuan boleh membenarkan rayuan yang dikemukakan sama ada dengan membenarkan rayuan, ataupun mengenakan syarat-syarat tambahan atau menolak rayuan yang dikemukakan. Dalam kes Loh Moh Sun v MPPP (LRPP/15/92), Lembaga Rayuan telah memutuskan bahawa keputusan Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk tidak meluluskan kebenaran merancang untuk membina pangsapuri 5 tingkat di kawasan rumah sesebuah adalah satu keputusan yang betul kerana permohonan tak ikut rancangan pemajuan yang ada.

(b). Rayuan terhadap amaun pampasan sekiranya seseorang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan/dibayar kepadanya daripada pihak berkuasa perancang tempatan mengenai pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan pelan bangunan.

Page 170: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3170

(c). Rayuan terhadap notis rekuisisi oleh pihak berkuasa perancang tempatan sekiranya seseorang terkilan dengan perkara-perkara berikut:-

i. Kehendak pihak berkuasa perancang tempatan supaya diberhentikan penggunaan;

ii. Apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu ; atau

iii. Langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis rekuisisi itu diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja.

(d). Rayuan terhadap pampasan notis rekuisisi daripada pihak berkuasa perancang tempatan sekiranya tidak berpuas hati dengan jumlah amaun pampasan yang telah diberikan kepadanya berbanding dengan jumlah kerosakan atau menyebabkan susut nilai ke atas tanah.

(e). Rayuan terhadap perintah pemeliharaan pokok boleh dikemukakan dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh perintah pemeliharaan sekiranya terkilan dengan :-

i. Suatu perintah pemeliharaan pokok;

ii. Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah pemeliharaan pokok;

iii. Penolakan suatu pemberian kebenaran bertulis;

iv. Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis di bawah perenggan 35A(2)(a); dan

v. Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b).

(f). Rayuan terhadap pampasan perintah pemeliharaan pokok sekiranya telah membuktikan pihaknya mengalami kerugian dan berlakunya susut nilai ke atas tanahnya akibat daripada mematuhi perenggan 35C(1)(a) hingga 35C(1)(d).

(g). Rayuan terhadap perintah penggantian pokok sekiranya

Page 171: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3171

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

seseorang itu didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai perintah pemeliharaan pokok timbul rasa terkilan dengan arahan penggantian pokok itu boleh :-

i. Merayu untuk mengetepikan arahan itu;

ii. Merayu untuk mana-mana perintah yang diberikan di bawah perenggan 35E(1)(a) atau (b);

iii. Merayu mana-mana terma atau syarat dikenakan di bawah perenggan 35E(1)(d); atau

iv. Melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula pokok.

Dalam kes Sri Bangunan Sdn. Bhd. lwn Majlis Perbandaran Pulau Pinang & Lain [2007] 6 MLJ 581, mahkamah telah memutuskan bahawa sesuatu keputusan yang boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan mengikut seksyen 23 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah satu yang memberikan atau menolak kebenaran perancangan atau memberikan kebenaran perancangan tertakluk kepada syarat yang dipertikaikan.

Dalam kes Chong Co. Sdn. Bhd. v MPPP [2000] 5 MLJ 130, Lembaga Rayuan Pulau Pinang telah memutuskan bahawa jika pihak berkuasa perancang tempatan gagal membuat sebarang keputusan untuk permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan, maka pihak pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan sebab jika tidak membuat apa-apa keputusan adalah suatu keputusan dan boleh dirayu ke Lembaga Rayuan.

Page 172: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3172

BAHAGIAN VIINOTIS PEMBELIAN DAN PENGAMBILAN TANAH

Notis menghendaki pembelian tanah dalam hal tertentu

37. (1) Tanpa menyentuh perjalanan mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuat kuasa yang berhubungan dengan pengambilan tanah, seseorang tuan punya tanah berdaftar :-

(a) yang tidak diberi kebenaran merancang di bawah subseksyen 22(3) untuk memajukan tanahnya atas alasan bahawa tanah itu adalah ditunjukkan dalam rancangan pemajuan, sama ada secara nyata atau dengan implikasi, sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan yang menuntut bahawa, oleh sebab penolakan itu, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; atau

(b) yang menuntut bahawa, oleh sebab pematuhan kepada suatu notis rekuisisi berkenaan dengan tanahnya yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 30, tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah,

boleh, dengan cara yang ditetapkan, menyampaikan kepada pihak berkuasa perancang tempatan suatu notis pembelian dalam bentuk yang ditetapkan, menghendaki supaya kepentingannya mengenai tanah itu dibeli mengikut seksyen ini.

(2) Hendaklah disampaikan dengan notis pembelian itu suatu pernyataan tentang fakta dan sebab untuk menyokong tuntutan dalam notis itu, bersama-sama dengan salinan apa-apa dokumen yang boleh didapati, termasuk afidavit, yang boleh memberikan bukti tentang fakta dan sebab itu.

(3) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyiasat tuntutan yang dibuat dalam tiap-tiap notis pembelian yang disampaikan di bawah subseksyen (1) dan, jika ia berpuas hati bahawa notis itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan dan telah disediakan dan disampaikan dengan cara yang ditetapkan, ia hendaklah mengemukakan notis itu kepada Pihak Berkuasa Negeri bersama dengan pernyataan dan apa-apa dokumen lain yang disampaikan dengan notis itu dan :-

(a) dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(a), suatu laporan lengkap berkenaan dengan penolakan kebenaran merancang itu

Page 173: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3173

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

yang menyebabkan tuntutan itu timbul, suatu pernyataan mengenai maksud tertentu yang dicadangkan untuk tanah itu, dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah; dan

(b) dalam hal suatu notis pembelian seseorang yang menuntut di bawah perenggan (1)(b), butir-butir notis rekuisisi itu yang menyebabkan tuntutan itu timbul dan suatu pernyataan mengenai pendapat pihak berkuasa perancang tempatan itu sama ada tanah itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah.

(4) Jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak berpuas hati bahawa notis pembelian itu adalah dalam bentuk yang ditetapkan atau telah disediakan atau disampaikan dengan cara yang ditetapkan, ia hendaklah menolak notis pembelian itu, tetapi tanpa menyentuh penyampaian suatu notis pembelian lain.

(5) Pihak Berkuasa Negeri selepas menimbangkan notis pembelian itu dan semua perkara lain yang dikemukakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah subseksyen (3), hendaklah :-

(a) jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu adalah berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah, menolak notis pembelian itu; atau

(b) jika Pihak Berkuasa Negeri tidak berpuas hati bahawa tanah yang berhubungan dengan notis pembelian itu berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah atau berpuas hati bahawa tanah itu tidak berupaya digunakan sedemikian, mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan memulakan langkah untuk mengambil tanah itu mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].

(6) Bagi maksud Akta Pengambilan Tanah 1960-

(a) mana-mana tanah yang di cadang hendak diambil menurut seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu;

(b) pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam; dan

Page 174: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3174

(c) tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang disebut dalam perenggan 3(b) Akta itu.

(7) Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, dalam menaksir amaun pampasan yang hendak dibayar kerana pengambilan mana-mana tanah menurut subseksyen (5), tanah itu hendaklah dikira seolah-olah ia tidak ditunjukkan dalam rancangan pemajuan itu sebagai tanah yang dicadangkan untuk maksud awam dan sebenarnya tidak dicadangkan sedemikian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah notis rekuisisi yang disampaikan di bawah seksyen 30 berkenaan dengan tanah itu tidak disampaikan dan notis itu tidak dipatuhi.________________________________________________________________

Ulasan

Seseorang tuan tanah berdaftar diberikan peluang untuk menyampaikan notis pembelian kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk membeli tanahnya atas sebab Kebenaran Merancang ditolak berdasarkan alasan dan kepentingan awam tertentu. Apabila Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu tidak berupaya untuk kegunaan berfaedah kepada tuan tanah, maka Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengarahkan pihak berkuasa perancang tempatan membeli atau mengambil tanah berkenaan. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) untuk mengambil tanah tersebut dengan membayar pampasan. Tanah yang terlibat dalam notis pembelian adalah tanah yang tidak lagi boleh digunakan dengan berfaedah kerana ianya telah:

a) dizonkan atau diwartakan dalam rancangan pemajuan untuk kegunaan kepentingan awam; dan

b) tertakluk kepada sesuatu notis rekuisisi.

Bagi menjelaskan lagi pengertian ‘maksud awam’ seperti yang diterangkan di bawah perenggan 37(1)(a) Akta 172 ini, maksud awam bolehlah dikenal pasti apabila kegunaan tanah tersebut diperlukan bagi mana-mana tujuan dalam keadaan-keadaan seperti di bawah iaitu:

a) satu kawasan, bangunan atau tempat milik persendirian atau kerajaan untuk kegunaan orang ramai seperti sekolah, institusi pengajian, pasar, dewan orang ramai, tempat ibadah, gerai-gerai, medan, lapangan, kompleks rekreasi, padang permainan, taman rekreasi dan lain-lain lagi yang digunakan oleh orang ramai;

Page 175: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3175

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

b) kawasan yang diperlukan bagi maksud kepentingan awam seperti untuk menjaga alam sekitar;

c) satu kawasan yang digunakan bagi tujuan tempat awam di bawah Akta 171; dan

d) satu kawasan di mana tuan tanah yang telah mematuhi notis rekuisisi.

Menurut Akta Tafsiran 1984 dan 1967 (Akta 388), takrif ‘tempat awam’ adalah seperti berikut: “termasuklah setiap lebuh raya, lebuh, jalan, jambatan, lapangan, medan, jalan kecil, lorong, denai, jalan kampung, jalan pawai, pangkalan, jeti, bagan, taman awam atau ruang lapang dan setiap panggung, tempat hiburan awam sejenis apa pun atau lain-lain tempat kunjungan awam yang dikenakan bayaran untuk masuk atau orang awam mempunyai hak lalu lalang.”

Menurut taksiran Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) adalah seperti berikut : ‘mana-mana lapangan terbuka, tempat letak kereta, kebun bunga, taman rekreasi dan bersuka-suka atau medan, sama ada terkepung atau tidak, yang dikhaskan atau diuntukkan bagi kegunaan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa’

Manakala yang dimaksudkan dengan ‘secara nyata atau dengan implikasi’ seperti yang turut disebut di bawah perenggan 37(1)(a) Akta 172 adalah merujuk kepada sama ada penggunaan ‘maksud awam’ ini ditandakan atau telah ditunjukkan dengan jelas dalam rancangan pemajuan, atau pun dikenakan sebagai syarat dalam kebenaran merancang bagi penyediaan tapak-tapak bagi ‘maksud awam’.

Kenyataan ‘tidak lagi berupaya untuk kegunaan berfaedah yang munasabah’ di perenggan 37(1)(a) Akta 172 pula membawa maksud bahawa nilai tanah tersebut telah menjadi lebih rendah dari sebelumnya disebabkan oleh cadangan rancangan pemajuan tersebut atau tanah tersebut telah hilang nilai ekonominya ataupun komersil disebabkan kegunaannya adalah terhad kepada maksud awam sahaja.

Menurut peruntukan perenggan 37(1)(b), tuan punya tanah berdaftar juga boleh menghantar satu notis pembelian mengikut prosedur yang telah ditetapkan kepada pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan akibat pematuhan suatu notis rekuisisi berdasarkan kepada alasan-alasan berikut:

Page 176: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3176

a) penggunaan tanah bagi pembangunan yang telah diberi kebenaran merancang sebelum ini patut dihentikan disebabkan tanah terbabit diperlukan untuk tujuan awam;

b) mengenakan syarat tambahan kepada kelulusan kebenaran merancang dengan kesannya yang berterusan; dan

c) Mengenakan arahan supaya mana-mana bangunan atau kerja di atas sesuatu tanah itu patut diubah atau dipindahkan.

Akibat daripada mematuhi notis rekuisisi tersebut, pihak berkuasa perancang tempatan telah berpuas hati bahawa tuan tanah berdaftar tersebut telah menanggung satu kerugian dalam bentuk nilai wang terhadap pembangunannya atau tanah pegangannya. Satu kerugian dalam bentuk nilai wang yang dimaksudkan adalah merupakan kehilangan atau kerugian dalam bentuk ekonomi atau komersil seperti:

a) kesan buruk atau susut nilai yang banyak kepada anggaran penghasilan/keuntungan yang boleh diperolehi daripada penjualan/penyewaan pembangunan yang dicadangkan itu;

b) peningkatan kos atau tambahan kos yang terpaksa ditanggung oleh pemilik bagi mematuhi rekuisisi tersebut yang menimbulkan kesan kepada perkara (a);

c) tambahan masa kepada proses atau kerja-kerja pembangunan disebabkan oleh notis rekuisisi yang memberi kesan kepada perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh pemilik dengan pihak ketiga seperti pemaju, kontraktor dan pembeli. Ini juga melibatkan perkara (a) dan (b);

d) kerugian yang tidak dapat dibendung atau pembangunan tidak lagi berdaya maju terbit dari notis rekuisisi tersebut; dan

e) kesusutan nilai tanah disebabkan mematuhi notis rekuisisi yang dikeluarkan.

Mengikut subseksyen 37(2) Akta 172, notis yang hendak disampaikan kepada pihak berkuasa perancangan tempatan perlulah disertakan dengan satu pernyataan tentang fakta-fakta dan sebab-sebab yang dapat menyokong tuntutan-tuntutan yang disebutkan dalam notis itu serta salinan dokumen-dokumen termasuklah afidavitnya yang dapat membuktikan fakta-fakta dan sebab-sebab yang diberikan.

Page 177: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3177

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Setelah siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan seperti yang dikehendaki di bawah subseksyen 37(3) Akta 172 ini terhadap notis yang diterima, dan sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan berpuas hati bahawa tuntutan notis beli tersebut telah disampaikan mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan, perkara mengenai notis beli tersebut dikehendaki dimaklumkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Makluman kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap notis itu mestilah disertakan dengan ulasan pihak berkuasa perancang tempatan berkenaan penerimaan notis beli tersebut. Ulasan yang dikehendaki adalah merangkumi:

a) cadangan ke atas tanah tersebut seperti yang ditunjukkan di dalam rancangan pemajuan (seperti yang dinyatakan menerusi perenggan 37(1)(a) Akta 172 yang menyebabkan timbulnya tuntutan berkenaan berserta ulasan pihak berkuasa perancang tempatan sama ada tanah tersebut boleh digunakan dengan berfaedah atau sebaliknya; dan

b) butir-butir rekuisisi yang menyebabkan timbulnya tuntutan ini (seperti yang dinyatakan menerusi perenggan 37(1)(b) Akta 172 dan ulasan pihak berkuasa perancang tempatan sama ada tanah tersebut digunakan dengan berfaedah atau sebaliknya.

Sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan mendapati penyampaian notis pembelian tersebut tidak dilakukan dalam bentuk atau cara yang telah ditetapkan, tuntutan notis pembelian tersebut boleh ditolak tanpa menjejaskan notis pembelian yang lain.

Setelah Pihak Berkuasa Negeri menimbangkan notis pembelian dan semua perkara yang berkaitan yang disampaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan dan bersetuju dengan tuntutan notis pembelian tersebut, Pihak Berkuasa Negeri akan memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 37(5) Akta 172 supaya memulakan langkah-langkah pengambilan tanah mengikut peruntukan-peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960.

Page 178: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3178

BAHAGIAN VIIIKAWASAN PEMAJUAN

Perisytiharan kawasan pemajuan

38. (1) Pada bila-bila masa selepas pihak berkuasa perancang tempatan menerima sesuatu rancangan tempatan untuk suatu kawasan khas, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta Negeri, mengisytiharkan kawasan itu atau mana-mana daripada bahagiannya sebagai suatu kawasan pemajuan.

(2) Apabila sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai suatu kawasan pemajuan, menjadi kewajipan pihak berkuasa perancang tempatan itu mengambil, melalui pembelian atau pengambilan paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, semua tanah beri hak milik yang terletak di dalam kawasan itu, dan memajukan kawasan itu mengikut rancangan tempatan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Perisytiharan kawasan pemajuan hanya boleh dibuat setelah pihak berkuasa perancang tempatan mewartakan dan menerima pakai rancangan tempatan bagi kawasan tindakan di mana tapak-tapak telah dikenal pasti sebagai kawasan pemajuan. Pengisytiharan tersebut mestilah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri di mana tanah tersebut terletak untuk memaklumkan kepada kesemua pihak berkenaan tentang niat pihak berkuasa perancang tempatan untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan pemajuan.

Antara perkara-perkara yang diambil kira untuk mengenal pasti kawasan pemajuan adalah seperti berikut: a) tanah tersebut tidak boleh dibangunkan oleh pemilik tanah

secara bersendirian untuk mencapai objektif rancangan tempatan;

b) pembangunan sedia ada mengancam keselamatan awam atau mengganggu pergerakan lalu lintas atau mengeluarkan bahan pencemar

c) potensi pembangunan sebagai tapak untuk:

i. membina kemudahan masyarakat, sistem pembetungan dan saliran yang sempurna, sistem jaringan perhubungan dan jalan raya;

Digantikan Akta A1129

Page 179: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3179

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

ii. kediaman bagi golongan miskin bandar atau golongan cacat atau kurang upaya, anak-anak yatim dan orang-orang tua;

iii. penempatan semula pelbagai aktiviti bandar termasuk penjaja atau peniaga kecil;

iv. bangunan-bangunan kerajaan tempatan, negeri dan persekutuan; dan

v. kemudahan rekreasi awam.

Pilihan tapak untuk kawasan pemajuan tidak boleh melibatkan kawasan yang terlibat dalam skim penyusunan semula lot tanah kerana ia mempunyai konsep pelaksanaan yang berbeza dengan keperluan Akta 172.

pihak berkuasa perancang tempatan setelah mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan pemajuan, mestilah memulakan tindakan untuk membeli tanah tersebut melalui urus niaga jual-beli dari pemilik tanah tersebut. Sekiranya pemilik tanah tidak bersetuju untuk menjual tanah tersebut, pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengambil alih tanah tersebut secara paksa (prosedur mengambil alih tanah mestilah mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960). Pihak berkuasa perancang tempatan mesti mengadakan rundingan dengan pemilik-pemilik tanah untuk tujuan membeli atau mengambil alih tanah tersebut secara paksa tertakluk dengan bayaran pampasan yang berpatutan jika pemiliknya enggan menjual tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi maksud melaksanakan rancangan tersebut. Kuat kuasa perisytiharan

39. (1) Tiap-tiap perisytiharan di bawah seksyen 38 hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu perisytiharan pengambilan yang dicadangkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi semua tanah beri hak milik yang terletak di dalam kawasan yang berhubungan dengan perisytiharan itu dan mana-mana daripada tanah itu boleh, jika pihak berkuasa perancang tempatan itu tidak berjaya merundingkan pembelian tanah-tanah itu dengan syarat-syarat yang dapat diterima oleh pihak berkuasa perancang tempatan, diambil dan dibayar mengikut Akta yang tersebut, tetapi tertakluk kepada seksyen 40.

(2) Bagi maksud Akta yang tersebut :-

(a) mana-mana tanah yang dicadangkan hendak diambil menurut Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai diperlukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu;

Page 180: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3180

(b) pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perbadanan yang mengusahakan suatu kerja bagi kemudahan awam, dan

(c) tanah itu hendaklah disifatkan sebagai diperlukan bagi maksud yang tersebut dalam perenggan 3(1)(b) Akta itu.

________________________________________________________________

Ulasan

Setiap perisytiharan kawasan pemajuan yang dibuat di bawah seksyen 38 hendaklah berkuat kuasa sebagai suatu perisytiharan pengambilan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi kawasan yang terbabit. Sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan telah membuat rundingan dengan pemilik tanah tetapi gagal untuk mendapatkan persetujuan berkenaan pembelian tanah tersebut, maka tanah tersebut bolehlah diambil dan dibayar di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960 iaitu menerusi Kaedah-kaedah Pengambilan Tanah (Pampasan) (Peruntukan Khas)1948.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa perancang tempatan perlu mengenal pasti keperluannya hanya untuk kemudahan masyarakat dan awam sahaja mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Pembangunan komersil dan industri tidak akan menepati tujuan atau kepentingan awam sekiranya bangunan yang dibangunkan di atas tapak berkenaan siap diserahkan dan dijadikan milik individu. Peruntukan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah, 1960 telah memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pentadbiran Tanah untuk pengurusan pengambilan tanah yang membolehkan kerajaan mengambil tanah tersebut untuk:

a) keperluan rakyat dan orang ramai;

b) keperluan orang dan perbadanan yang mengusahakannya yang mengikut pendapat Kerajaan Negeri dapat memberikan faedah kepada orang ramai; dan

c) maksud perlombongan, perumahan, pertanian, perniagaan atau pun perusahaan. Ini kerana pihak berkuasa perancang tempatan lazimnya tidak mampu untuk membeli tanah bagi tujuan pembangunan.

Page 181: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3181

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Peruntukan khas bagi pampasan

40. (1) Pada menaksir pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana tanah atau bangunan atau apa-apa kepentingan mengenainya yang dicadangkan hendak diambil secara paksa menurut Bahagian ini :-

(a) anggaran nilai tanah, bangunan atau kepentingan itu hendaklah diasaskan kepada nilai pasarannya yang berpatutan pada tarikh pengisytiharan itu disiarkan di bawah subseksyen 38 (1), dengan memberi perhatian kepada jenis dan keadaan harta itu, lamanya bangunan itu mungkin tahan dalam keadaannya sekarang, dan keadaan kerosakannya, tanpa memberikan apa-apa potongan berkenaan dengan pembelian paksa itu atau perkara lain; dan

(b) dalam anggaran itu apa-apa tambahan atau pengelokan harta itu yang dibuat selepas tarikh pengisytiharan itu disiarkan di bawah subseksyen 38(1) tidak boleh, melainkan jika tambahan atau pengelokan itu perlu untuk penyenggaraan harta itu supaya baik keadaannya, dimasukkan dalam hal apa-apa kepentingan yang diperoleh selepas tarikh itu, tidak boleh dibuat apa-apa anggaran yang berasingan bagi nilainya dengan tujuan hendak menambah amaun pampasan yang hendak dibayar bagi tanah atau bangunan itu.

(2) Apabila menaksirkan pampasan yang kena dibayar berkenaan dengan mana-mana rumah atau premis, keterangan hendaklah diterima oleh mahkamah untuk membuktikan :-

(a) bahawa sewa rumah atau premis itu telah bertambah oleh kerana rumah atau premis itu di gunakan untuk maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau terlalu penuh sesak sehingga menjadi berbahaya atau memudaratkan kesihatan penghuninya;

(b) bahawa rumah atau premis itu dalam keadaan yang menjadikan ia suatu kacau ganggu atau dalam keadaan yang kurang bersih atau secara munasabah kurang baik keadaannya; dan

(c) bahawa rumah atau premis itu tidak layak dan tidak munasabah boleh dijadikan layak untuk kediaman manusia, dan, jika mahkamah berpuas hati dengan keterangan itu, maka pampasan itu ;

Page 182: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3182

(d) hendaklah, dalam hal yang pertama, setakat yang ia diasaskan kepada sewa, diasaskan kepada sewa yang tentu boleh didapati jika rumah atau premis itu telah diduduki untuk maksud yang sah di sisi undang-undang dan diduduki hanya oleh bilangan orang yang boleh ditampung oleh rumah atau premis itu, dalam semua hal keadaan hal itu, tanpa penuh sesak yang menjadi berbahaya atau memudaratkan kesihatan penghuninya;

(e) hendaklah, dalam hal yang kedua, amaun yang dianggarkan sebagai nilai rumah atau premis itu sekiranya kacau ganggu telah terhenti atau sekiranya rumah atau premis itu telah pulih dalam keadaan bersih atau telah diperbaiki secara munasabah, selepas ditolak belanja yang dianggarkan untuk menghentikan kacau ganggu itu atau memulihkan keadaan bersih atau memperbaiki rumah atau premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(f) hendaklah, dalam hal yang ketiga, nilai tanah itu dan nilai bahan bangunan di atas tanah itu.

________________________________________________________________

Ulasan

Taksiran mengenai jumlah pampasan ke atas mana-mana tanah, bangunan atau apa-apa kepentingan yang diambil secara paksa di bawah seksyen 39 Akta 172 dan merujuk kepada Akta Pengambilan Tanah 1960, adalah jelas di bawah seksyen 40 Akta 172 merangkumi:

a) Anggaran nilai tanah, bangunan atau kepentingan berdasarkan kepada nilai pasarannya pada tarikh perisytiharan disiarkan di bawah seksyen 38(1) Akta 172 dengan memberi perhatian terhadap jenis dan keadaan harta.

i. jenis harta (hak milik kekal, hak milik sementara, pajakan, T.O.L, hak milik bebas atau Tanah Simpanan Melayu); dan

ii. keadaan harta (tujuan harta berkenaan dimajukan untuk apa atau tidak dimajukan, keadaan bangunan; baik, buruk, sederhana atau ada kerosakan, dan jangka hayat ekonomi harta berkenaan).

Page 183: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3183

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

b) Sebarang perubahan atau pembaikan yang dilakukan terhadap harta berkenaan selepas tarikh perisytiharan kawasan pemajuan mengikut seksyen 38(1) Akta 172 tidak akan diambil kira dalam membuat taksiran mengenai amaun pampasan, kecuali untuk tujuan memelihara harta itu.

c) Anggaran nilai bagi rumah atau premis yang disewakan hendaklah berdasarkan kepada kegunaan bangunan yang tidak menyalahi kebenaran oleh pihak berkuasa perancang tempatan. Ini kerana pihak berkuasa perancang tempatan sebagai pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan sijil menduduki bangunan dan mengiktiraf bangunan kediaman sama ada layak didiami manusia. Ia juga mengelaskan kegunaan bangunan bukan kediaman seperti pertanian, perniagaan, dan perusahaan. Penaksiran pampasan yang berdasarkan kepada kadar sewa untuk kediaman hanya akan dikira berdasarkan bilangan orang yang munasabah boleh ditampung oleh rumah atau premis tersebut yang tidak menimbulkan keadaan merbahaya atau tidak selesa kepada penghuninya.

d) Mahkamah tidak akan mengambil kira nilai pasaran sekiranya persetujuan telah dibuat terlebih dahulu daripada tindakan pengambilan tanah.

Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggaji ejen membuat perkiraan, dan menubuhkan perbadanan

41. (1) Bagi maksud memajukan sesuatu kawasan pemajuan pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 38(2), pihak berkuasa perancang tempatan boleh melantik atau menggaji ejen, atau, dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 44 dan kepada syarat-syarat dan sekatan yang diluluskan, atau dikehendaki oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, membuat apa-apa perkiraan bagi perkongsian untung, penyatuan kepentingan, kerjasama, usaha sama atau konsesi bersaling dengan mana-mana orang, syarikat, atau badan.

(2) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta Negeri, menubuhkan suatu perbadanan dengan nama yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa perancang tempatan, untuk menjalankan dan memegang tanggungjawab, penjalanan, dan pengurusan apa-apa projek, skim,

Page 184: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3184

atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan pada menunaikan kewajipannya di bawah subseksyen 38(2) mengenai memajukan sesuatu kawasan pemajuan.

(3) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah membuat peruntukan berkenaan dengan-

(a) maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;

(b) penubuhan perbadanan itu;

(c) kewajipan, kuasa, dan hak perbadanan itu;

(d) sistem pengurusan perbadanan itu;

(e) pembiayaan perbadanan itu;

(f) akaun yang hendak disimpan oleh perbadanan itu dan hal pengauditannya;

(g) hubungan antara perbadanan itu dengan pihak berkuasa perancang tempatan dan hak pengawalannya ke atas perbadanan itu; dan

(h) meterai biasa perbadanan itu.________________________________________________________________

Ulasan

Mengikut seksyen 41(1) Akta 172, untuk memajukan kawasan pemajuan yang telah diisytiharkan menerusi seksyen 38(2) Akta 172 dan ke atas tanah-tanah dalam kawasan pemajuan yang telah diambil melalui proses pengambilan tanah di bawah seksyen 39 Akta 172, pihak berkuasa perancang tempatan boleh melantik ejen atau menubuhkan perbadanan baru dengan nama dan peraturan seperti seksyen 41(2) dan (3) Akta 172. Sebagai alternatifnya, pihak berkuasa perancang tempatan boleh menggunakan perbadanan-perbadanan yang berkaitan dengan pembangunan harta tanah sedia ada seperti Perbadanan Kemajuan Negeri dan Perbadanan Ekonomi Negeri untuk tujuan yang sama.

Jika pihak berkuasa perancang tempatan mengambil keputusan untuk menubuhkan perbadanan yang baru, pihak berkuasa perancang tempatan patutlah terlebih dahulu mendapat persetujuan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Perkara-perkara yang lebih terperinci

Page 185: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3185

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

berhubung dengan penubuhan perbadanan ini hendaklah disediakan seperti perkara-perkara yang diperuntukkan di bawah subseksyen 41(3) supaya ianya jelas dari segi fungsi, keahlian, kuasa-kuasa yang ada pada perbadanan, struktur pentadbiran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan dan sebagainya.

Kuasa untuk meminjam wang

42. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh, dengan kelulusan Menteri Besar atau Ketua Menteri, tetapi tertakluk kepada Akta Pihak-Pihak Berkuasa Awam (Kawalan Kuasa-kuasa Meminjam) 1961 [Akta 383], meminjam sejumlah wang yang perlu untuk membiayai pemajuan suatu kawasan kemajuan.________________________________________________________________

Ulasan

Merujuk seksyen 41, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], pihak berkuasa perancang tempatan diberi kuasa untuk mengambil pinjaman dari mana-mana sumber yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa untuk meminjam tersebut mestilah dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Pihak-Pihak Berkuasa Awam (Kawalan Kuasa-Kuasa Meminjam) 1961 (Akta 383). Kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri adalah penting. Jika gagal mendapatkan kebenaran, maka pinjaman tersebut tidak akan diiktiraf dan akan diisytiharkan sebagai di luar bidang kuasa pihak berkuasa perancang tempatan dan adalah ultra vires. Kuasa untuk melupuskan tanah dan harta

43. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh, tertakluk kepada kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 44, menjual, menyewa, atau selainnya mengurus atau melupus mana-mana tanah atau harta dalam suatu kawasan pemajuan yang telah dimajukannya menurut subseksyen 38(2).________________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan diberikan kuasa budi bicara dalam urusan mengendalikan, menjual, menyewakan atau menguruskan atau melupuskan mana-mana hartanah di dalam kawasan pemajuan. Sekiranya kaedah-kaedah telah digubal di bawah seksyen 44 Akta 172, tatacara atau prosedur untuk menjual, menyewa atau menguruskan atau melupuskan tanah atau harta tersebut adalah tertakluk kepada kaedah tersebut.

Page 186: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3186

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

44. Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah-

(a) untuk mengawal selia penjalanan perundingan bagi pembelian tanah dalam suatu kawasan pemajuan dan bagi terma-terma pembelian;

(b) untuk mengawal selia pembuatan dan syarat-syarat apa-apa perkiraan di bawah subseksyen 41(1);

(c) untuk memperoleh pelaksanaan yang adil dan saksama seksyen 43; dan

(d) amnya untuk menjalankan peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik.

________________________________________________________________

Ulasan Seksyen ini memperuntukkan kuasa budi bicara kepada Pihak Berkuasa Negeri menyediakan kaedah-kaedah bagi maksud pelaksanaan Bahagian VIII, Akta 172. Penyediaan kaedah-kaedah di bawah seksyen 44 Akta 172 adalah penting sebagai panduan untuk melicinkan proses pelaksanaan perkara-perkara berikut:

(a). pembahagian atau perkongsian sebarang bentuk keuntungan, kepentingan, kerjasama dan usaha niaga di antara pihak berkuasa perancang tempatan dan pihak yang dilantik;

(b). suatu kaedah untuk menyediakan suatu tatacara atau prosedur untuk menjual, menyewakan atau menguruskan secara lain atau melupuskan tanah atau harta di dalam sesuatu kawasan pemajuan yang telah dimajukan; dan

(c). menyediakan suatu kaedah yang dapat menyempurnakan dan melaksanakan Bahagian VIII, Akta 172 dengan cara yang lebih efisien.

Rujuk silang peruntukan seksyen 58 (1) Akta 172 untuk maklumat lanjut berkaitan kuasa-kuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam menyediakan kaedah-kaedah bagi perkara-perkara lain yang bertujuan melicinkan pentadbiran perancangan bandar dan desa serta melaksanakan maksud Akta 172.

Page 187: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3187

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

BAHAGIAN IXPERUNTUKAN PELBAGAI

Kuasa memasuki

45. (1) Seseorang orang diberi kuasa boleh, dengan atau tanpa penolong atau pekerja, memasuki tanah atau bangunan bagi maksud-

(a) membuat apa-apa siasatan, pemeriksaan, ukuran atau kaji ukur, atau mengukur aras tanah atau bangunan itu;

(b) menetapkan sempadan dan garisan kerja yang dicadangkan;

(c) menandakan aras, sempadan dan garisan itu dengan meletakkan atau mengadakan tanda dan menggali kubu parit;

(d) menggali atau mengorek tanah;

(e) menentukan sama ada apa-apa pemajuan telah dimulakan, diusahakan, atau dijalankan berlanggaran dengan Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya; dan

(f) melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk mentadbirkan Akta ini dengan cekap.

(2) Tiada kemasukan boleh dilakukan di bawah subseksyen (1)-

(a) ke dalam sesuatu bangunan yang digunakan semata-mata sebagai rumah kediaman atau kepada mana-mana bahagian atau taman terkepung yang berkembar dengan bangunan itu, melainkan jika keizinan telah didapati terlebih dahulu daripada penghuninya sekurang-kurangnya dua puluh empat jam sebelum kemasukan yang dicadangkan itu;

(b) tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada kelaziman-kelaziman sosial dan agama penghuni tanah atau bangunan itu, yang seimbang dengan pentingnya maksud memasuki; atau

(c) selain antara pukul 7 pagi dengan pukul 7 malam.

(3) Seseorang orang diberi kuasa yang membuat kemasukan di bawah subseksyen (1) hendaklah membawa bersamanya suatu kad kuasa dalam bentuk yang ditetapkan; dan tidaklah menyalahi

Page 188: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3188

undang-undang bagi mana-mana orang yang enggan membenarkan kemasukan orang diberi kuasa atau mana-mana penolong atau pekerjanya jika orang diberi kuasa itu, apabila diminta, tidak mengemukakan kad kuasanya.________________________________________________________________

Ulasan

Di bawah seksyen 45, seseorang yang diberi kuasa atau ‘orang berkuasa’ sebagaimana yang disebut di dalam Akta 172, mempunyai kuasa untuk mengambil milik, memasuki tanah atau bangunan bagi maksud-maksud membuat pemeriksaan, penyiasatan, kerja-kerja ukur sempadan, menggali atau mengorek dan lain-lain kerja sebagaimana yang terdapat di bawah subseksyen 45(1). ‘Orang berkuasa’ yang dimaksudkan di dalam Akta 172 ialah seseorang yang telah dilantik oleh pihak berkuasa perancang tempatan secara bertulis sebagai seorang yang diberi kuasa bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta 172.

Merujuk perenggan 45(1)(d), kerja-kerja menggali atau mengorek tanah boleh dilakukan oleh ‘orang berkuasa’ yang dilantik sebagai wakil pihak berkuasa perancang tempatan bagi membolehkannya melihat dan memastikan sama ada berlaku pemajuan di kawasan tapak berkenaan tanpa pengetahuan pihak berkuasa perancang tempatan.

Semasa menjalankan tugas ‘orang berkuasa’ berkenaan dikehendaki membawa bersama-sama kad kuasa yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang menunjukkan kuasanya untuk mengambil milik dan memasuki sesuatu tanah atau bangunan. Namun begitu, dalam situasi tertentu seperti yang diterangkan di bawah subseksyen 45(2), iaitu bangunan-bangunan atau premis yang digunakan semata-mata untuk kediaman, ‘orang berkuasa’ perlu mematuhi kelaziman keagamaan dan sosial penghuni premis berkenaan di samping tidak dibenarkan berbuat demikian di antara jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi.

Penyampaian dokumen

46. (1) Semua dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya supaya disampaikan kepada mana-mana orang hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini atau kaedah-kaedah itu, disifatkan sebagai telah disampaikan dengan wajar-

Page 189: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3189

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(a). jika dokumen itu hendak disampaikan kepada sesuatu jabatan kerajaan, pihak berkuasa kereta api, atau pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan atau badan lain, jika dokumen dialamatkan kepada ketua jabatan kerajaan itu, pengurus besar pihak berkuasa kereta api, atau setiausaha atau seseorang pegawai utama pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, pertubuhan, atau badan lain itu di pejabat utama, pejabat cawangan, pejabat tempatan, atau pejabat berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi jabatan, pihak berkuasa berkanun, syarikat, perbadanan, atau badan lain itu dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di pejabat atau ke pejabat itu;

(b). jika dokumen itu hendak disampaikan kepada suatu perkongsian, jika dokumen itu dialamatkan kepada perkongsian itu di tempat perniagaan biasanya, mengikut nama atau gelaran yang perniagaannya dijalankan, dan sama ada dihantar serah atau dihantar dengan pos berdaftar di atau ke tempat perniagaan itu;

(c). dalam mana-mana hal lain, jika dokumen itu dialamatkan kepada orang yang hendak disampaikan dan-

(i) diberikan atau dikemukakan kepadanya;

(ii) dihantar melalui pos berdaftar kepadanya; atau

(iii) jika tidak dapat disampaikan kepadanya sendiri atau melalui pos berdaftar, diberikan atau dikemukakan kepada seseorang ahli keluarganya yang dewasa atau dilekatkan pada bahagian yang mudah dilihat di tempat kediaman atau perniagaannya yang akhir diketahui atau di tanah atau bangunan yang berhubungan dengan dokumen itu.

(2) Suatu dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana tanah atau bangunan boleh dialamatkan, tanpa apa-apa nama atau perihal selanjutnya, "pemunya" atau "penghuni", mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dinamakan atau diperihalkan, tanah atau bangunan itu, dan hendaklah disifatkan sebagai disampaikan dengan sewajarnya jika dokumen itu dialamatkan sedemikian dan dihantar atau dihantar serahkan mengikut perenggan (1)(c).

Page 190: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3190

(3) Jika suatu dokumen disampaikan kepada suatu perkongsian mengikut perenggan (1)(b), dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai disampaikan kepada setiap seorang pekongsi.

(4) Suatu dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar hendaklah disifatkan sebagai disampaikan tujuh hari selepas tarikh pendaftaran.________________________________________________________________

Ulasan

Semua dokumen yang hendak disampaikan mengikut Akta 172 atau kaedah-kaedah di bawahnya akan dianggap telah disampaikan dengan sempurna (kecuali jika ada peruntukan lain dalam Akta 172 atau kaedah-kaedah lain) jika:

(a). dokumen yang hendak disampaikan itu dialamatkan kepada pegawai-pegawai utamanya (bagi Jabatan Kerajaan, Pihak berkuasa, sesebuah syarikat, perbadanan atau pertubuhan) yang diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar;

(b). bagi sesuatu perkongsian, dokumen tersebut dihantar ke alamat operasi perkongsian perniagaan dan diserahkan atau dihantar melalui pos berdaftar; dan

(c). dokumen yang dialamatkan kepada penerima sama ada diberi atau diserahkan terus kepada penerima, dihantar dengan pos berdaftar atau diserahkan kepada ahli keluarga yang dewasa atau diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan selamat sama ada di kediamannya atau perniagaannya mengikut alamat terakhir yang diketahui di atas alamat yang dimaksudkan oleh dokumen itu.

Bagi sesuatu perkongsian apabila dokumen itu telah disampaikan melalui kaedah mengikut perenggan 46(1)(b), maka setiap ahli kongsinya akan dianggap telah menerima dokumen tersebut. Dokumen yang dihantar melalui pos berdaftar akan dianggap telah diterima selepas tujuh (7) hari dari tarikh pendaftaran dokumen.

Pengesahan dokumen

47. (1) Tiap-tiap pelan, peta, kebenaran merancang, perintah, permit atau notis yang disediakan, dikeluarkan, dibuat atau disampaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan di bawah, menurut atau bagi maksud Akta ini hendaklah dimeterai dengan meterai pihak berkuasa

Page 191: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3191

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

perancang tempatan yang hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi atau Yang Dipertua pihak berkuasa perancang tempatan atau seseorang orang diberi kuasa.

(2) Suatu perakuan oleh pihak berkuasa perancang tempatan yang memperakui bahawa suatu dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berupa sebagai disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu telah disediakan, dikeluarkan, dibuat, atau disampaikan sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang diperakui sedemikian itu.________________________________________________________________

Ulasan

Dokumen-dokumen yang telah disediakan untuk tujuan Akta 172 mestilah dibuat pengesahan seperti yang diperuntukkan dalam seksyen ini. (Sila rujuk seksyen 13 dan 14 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk peruntukan cara-cara pengesahan dokumen yang dikehendaki). Pengesahan sesuatu dokumen seperti pelan, peta, kebenaran merancang, perintah, permit atau notis yang hendak disediakan, dikeluarkan, dibuat atau diserahkan hendaklah mempunyai meterai pihak berkuasa perancang tempatan dan disahkan dengan tandatangan pengerusi atau Yang Dipertua dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan ini adalah juga pihak berkuasa tempatan atau seseorang ‘orang berkuasa’.

Mana-mana dokumen yang telah disahkan di bawah seksyen 47 Akta 172, hendaklah mempunyai bukti dalam bentuk resit, rekod atau daftar yang menyatakan dokumen tersebut telah dikeluarkan, dibuat atau disenggarakan mengikut maksud Akta 172. Bukti yang diperakui oleh pengerusi atau Yang Dipertua boleh digunakan atau diterima sebagai bukti bagi mana-mana kes.

Bukti dokumentar

48. (1) Tiap-tiap dokumen yang disebut dalam seksyen 47 dan dimeterai secara yang ditetapkan di dalamnya dan tiap-tiap dokumen dalam bentuk resit, permohonan, rekod, atau daftar yang dikeluarkan, dibuat, atau disenggarakan di bawah, menurut, atau bagi maksud Akta 172 hendaklah diterima sebagai bukti mengenai kandungan dokumen itu.

(2) Suatu salinan bagi mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) atau sesuatu cabutan daripadanya, jika diperakui oleh

Page 192: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3192

pengerusi atau yang dipertua pihak berkuasa perancang tempatan, hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai perkara dan urusan yang dinyatakan di dalamnya dalam mana-mana hal yang, dan pada takat yang sama seperti, salinan asal dokumen itu tentu akan diterima sedemikian jika dikemukakan.________________________________________________________________

Ulasan

Setiap dokumen yang dimeterai tidak kira sama ada ianya adalah dalam bentuk resit, permohonan, rekod atau daftar yang dikeluarkan/dibuat di bawah Akta 172, boleh diterima sebagai bukti mengenai kandungan dokumentar tersebut. Salinan mana-mana dokumen yang disebut dalam Akta 172 dan diperakui oleh Pengerusi atau Yang Dipertua pihak berkuasa perancang tempatan boleh diterima sebagai keterangan. Keistimewaan daripada pengemukaan dokumen dan kehadiran sebagai saksi

49. Seseorang ahli, pegawai, pekhidmat, atau ejen pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh dikehendaki dalam mana-mana prosiding undang-undang yang pihak berkuasa perancang tempatan bukan suatu pihak, mengemukakan apa-apa rekod, daftar, atau dokumen yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen 48(2) dengan suatu salinan yang diperakui, atau hadir sebagai seorang saksi untuk membuktikan perkara dan urusan yang direkodkan di dalam rekod, daftar, atau dokumen itu, kecuali dengan perintah mahkamah yang dibuat untuk sebab khas.________________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan atau mana-mana wakilnya dikecualikan dari menghadiri mana-mana prosiding di hadapan badan kehakiman sebagai saksi atau pun diarahkan untuk mengemukakan dokumen dalam simpanannya jika pihak berkuasa perancang tempatan tidak dinamakan sebagai salah satu pihak dalam prosiding atau pun tindakan tersebut. Pihak berkuasa perancang tempatan hanya boleh diminta menjadi saksi atau pun mengemukakan dokumen-dokumen yang relevan dengan perintah khas dari mahkamah. Pihak berkuasa perancang tempatan boleh menolak rekuisisi mana-mana pihak yang ingin menjadikannya saksi tanpa mendapatkan perintah mahkamah.

Page 193: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3193

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pendakwaan

50. (1) Seorang orang diberi kuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya.

(2) Pihak berkuasa perancang tempatan boleh membenarkan secara bertulis dilakukan perbelanjaan yang perlu untuk pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya.________________________________________________________________

Ulasan

Tugas pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta 172 boleh dilakukan oleh seorang ‘orang berkuasa’ atau mana-mana pegawai polis yang tidak rendah daripada pangkat Inspektor. ‘Orang berkuasa’ yang dimaksudkan hendaklah seorang yang terlatih dan mendapat arahan bertulis daripada pihak berkuasa perancang tempatan terlebih dahulu. Rujuk Akta Polis yang menyatakan bahawa pegawai polis merujuk kepada seorang ahli Polis Di Raja Malaysia. Setiap pendakwaan yang dibawa di bawah Akta 172, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendakwa raya. Dalam kes Repco Holdings Bhd. lwn Public Prosecutor, Mahkamah telah memutuskan untuk mengisytiharkan bahawa kedua-dua subseksyen 129(2) Akta Perindustrian Sekuriti (APS) dan subseksyen 39(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti (ASS) yang digunakan untuk pendakwaan ke atas Repco adalah tidak menurut perlembagaan, tak sah dan terbatal kerana:

(a). autoriti yang berhak di sisi perlembagaan untuk mengendalikan pendakwaan adalah Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya;

(b). perlembagaan memberi kuasa kepada Peguam Negara secara eksklusif untuk menjalankan pendakwaan, ini bermakna bahawa tiada pihak berkuasa lain yang mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk melaksanakan fungsi itu. Maka, subseksyen 126(2) APS yang membenarkan pendakwaan dijalankan oleh Pendaftar Syarikat atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh pendaftar atau pengerusi suruhanjaya tersebut adalah ultra vires perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan; dan

Page 194: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3194

(c). jika Pendaftar Syarikat adalah timbalan pendakwa raya yang diwartakan dan dalam keupayaan demikian menjalankan pendakwaan ke atas kesalahan di bawah APS, ini tidak terperangkap oleh perkara 145(3) Perlembagaan. Sebaliknya, pengerusi suruhanjaya tersebut tidak berada dalam kedudukan yang sama dan dengan itu tidak diberi kuasa menurut perlembagaan untuk memberi kuasa atau untuk menjalankan pendakwaan di bawah APS.

Bidang kuasa mahkamah

51. Walau apa pun peruntukan Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92], seorang Majistret Kelas Satu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya dan mengaward hukuman penuh yang dibenarkan oleh Akta ini.________________________________________________________________

Ulasan

Walaupun bidang kuasa Mahkamah Majistret kelas satu adalah terhad kepada kesalahan yang dendanya tidak melebihi RM10,000.00 (seperti yang diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948), namun seksyen 51 ini telah memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret untuk mendengar segala kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta 172 serta kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, walaupun kesalahan tersebut akan membawa denda yang melebihi bidang kuasa Mahkamah tersebut. Di samping itu, Mahkamah Majistret juga diberi kuasa untuk mengenakan denda ke tahap maksimum (seperti yang diperuntukkan dalam Akta 172) walaupun denda tersebut melebihi bidang kuasa Mahkamah tersebut.

Secara ringkasnya, dengan adanya peruntukan ini, segala kesalahan yang dilakukan terhadap Akta 172 atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, perlulah didaftar di Mahkamah Majistret dan Mahkamah tersebut berkuasa mengenakan hukuman walaupun melebihi had bidang kuasa biasanya (yang diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948). Penalti oleh sebab mengganggu tanda

52. Mana-mana orang yang, tanpa kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan, dengan sengaja memusnahkan, merosakkan, mencemarkan, mengalihkan, atau selainnya mengganggu apa-apa tanda yang ditempatkan atau didirikan bagi maksud menunjukkan apa-apa aras atau arah yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan-

Page 195: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3195

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(a) boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan

(b) boleh, sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti penalti itu, diperintahkan untuk membayar kepada pihak berkuasa perancang tempatan sejumlah wang, yang boleh didapatkan kembali sebagai denda, tidak melebihi tiga kali ganda kos bagi memperbaiki atau menempatkan semula tanda itu dan bagi membuat apa-apa kaji ukur yang menjadi perlu oleh sebab perbuatan yang berkenaan dengannya dia disabitkan.

________________________________________________________________

Ulasan

Seseorang yang dengan sengaja memusnahkan, merosak, mencemar, mengalih dan mengganggu apa-apa tanda adalah melakukan kesalahan. Sekiranya disabitkan kesalahan orang tersebut boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) atau penjara tidak lebih enam (6) bulan atau kedua-duanya. Selain itu, sebagai tambahan atau penalti orang tersebut boleh diperintahkan untuk membayar kepada pihak berkuasa perancang tempatan sejumlah wang di mana jumlah wang tersebut adalah tiga (3) kali ganda kos memperbaiki tanda tersebut.

Seseorang boleh dikatakan telah melakukan kesalahan bila melakukan satu tindakan atau cuai dan tidak melakukan tindakan yang perlu dibuat. Kesalahan yang dilakukan di Malaysia, jika disabitkan boleh dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan ini telah diputuskan oleh mahkamah dalam kes Public Prosecutor lwn Rajappan [1986] 1 MLJ 152.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

52A. Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, seseorang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu hendaklah, pertubuhan perbadanan itu juga, disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah yang munasabah untuk mencegah perlakuan itu.

Dimasukkan Akta A933

Page 196: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3196

Ulasan

Bilamana sesuatu kesalahan didapati telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, kesalahan itu akan dianggap sebagai telah dilakukan oleh pertubuhan tersebut serta pegawai yang memegang jawatan pengarah, pengurus, setiausaha atau mana-mana pegawai yang menjawat jawatan yang setaraf dengan jawatan pengarah dalam pertubuhan tersebut.

Akta 172 tidak mentakrifkan istilah pengarah, tetapi amalan mahkamah adalah merujuk subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965 untuk menetapkan takrifan istilah bilamana persoalan ini diutarakan di mahkamah. Persoalan sama ada seseorang itu pengarah atau tidak adalah satu persoalan fakta dan beban untuk membuktikan bahawa orang tersebut adalah pengarah adalah di atas pihak yang membuat dakwaan untuk membuktikan kenyataan tersebut.

Pegawai yang dituduh tersebut mestilah membuktikan bahawa dia telah mengambil kesemua langkah yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan tersebut dan kesalahan tersebut telah berlaku tanpa pengetahuannya.

Pekhidmat awam

53. Tiap-tiap ahli dan ejen pihak berkuasa perancang tempatan, tiap-tiap orang diberi kuasa, dan tiap-tiap penolong atau pekerja yang menyertai atau menolong seseorang orang diberi kuasa menjalankan fungsi di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini memperuntukkan bahawa, ahli, wakil, pekerja pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa untuk menjalankan fungsi-fungsinya yang tersenarai dalam Akta 172 akan dianggap sebagai menjalankan tugas sebagai seorang pekhidmat awam dan akan diberikan perlindungan yang sewajarnya sebagai seorang pekhidmat awam seperti yang telah diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198].

Seksyen 21 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan bahawa ada sembilan (9) kategori orang yang boleh diklasifikasikan sebagai “Pekhidmat awam.” Untuk mengetahui lanjut berkaitan kesalahan berkaitan dengan pekhidmat awam lintas rujuk Kanun Keseksaan (FMS Cap 45) (Akta 574) seksyen-seksyen 161 to 190.

Page 197: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3197

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam

54. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan, atau prosiding terhadap pihak berkuasa perancang tempatan dan tiap-tiap ahli dan ejennya, tiap-tiap ahli Lembaga Rayuan, tiap-tiap orang diberi kuasa, dan tiap-tiap penolong atau pekerja yang menyertai atau menolong orang diberi kuasa menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, atau keingkaran yang dilakukan oleh pihak berkuasa, ahli, orang, penolong, atau pekerja itu atas sifatnya sedemikian.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini menetapkan bahawa pihak berkuasa perancang tempatan adalah termasuk dalam takrifan pekhidmat awam yang secara automatik boleh mendapatkan perlindungan yang sewajarnya seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198) terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dimulakan dengan niat untuk menyoal apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran pihak berkuasa perancang tempatan ataupun wakilnya. (rujuk silang peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang telah memperuntukkan bahawa pihak berkuasa tempatan adalah termasuk dalam takrif pekhidmat awam seperti yang dinyatakan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198) s 2 (a).

Seksyen 54 ini memperuntukkan perlindungan kepada pegawai-pegawai yang telah dilantik oleh pihak berkuasa perancang tempatan untuk melaksanakan tanggungjawab dan menguatkuasakan peruntukan Akta 172. Peruntukan Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198) akan memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan tiap-tiap ahli serta ejennya, ahli Lembaga Rayuan, orang yang diberi kuasa, dan penolong atau pekerja yang mengikut sama untuk menolong seseorang yang diberi kuasa untuk menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Akta 172 jika berlaku sesuatu akibat perbuatan, kecuaian, atau keingkaran yang dilakukan oleh mereka.

Walau bagaimanapun untuk mendapatkan perlindungan yang diperuntukkan dalam Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 (Akta 198), pihak berkuasa perancang tempatan atau wakilnya yang dilantik mestilah menjalankan tugasnya dengan niat yang betul

Page 198: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3198

dan berusaha untuk mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Sebarang tindakan, pendakwaan atau apa-apa tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah dimulakan dalam tempoh tiga puluh enam (36) bulan selepas berlakunya perbuatan yang salah, ingkar atau pun cuai yang diadu oleh mana-mana pihak yang teraniaya.

Dalam kes Majlis Perbandaran Ampang Jaya v Steven Phoa Cheng Loon & Ors [2006] 2 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sebuah badan statutori boleh dilindungi daripada liabiliti yang timbul akibat tindakan dan atau tindakannya sekiranya dan hanya dalam keadaan di mana perkataan yang memberikan perlindungan tersebut adalah jelas dan nyata. Pihak berkuasa perancang tempatan juga dilindungi daripada liabiliti di bawah S.95(2) Akta 133. Tanggung rugi terhadap tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian

55. Jika pihak berkuasa perancang tempatan, pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, melakukan apa-apa yang dikehendaki dilakukan oleh seseorang di bawah Akta ini tetapi orang itu tidak atau enggan melakukannya, dan pada atau akibat melakukan sesuatu itu, seseorang lain menanggung kerosakan atau kerugian, dan kerosakan atau kerugian itu perlu dan tidak dapat dielakkan dan bukan oleh sebab kecuaian pihak berkuasa perancang tempatan, maka orang yang ingkar itu hendaklah menanggung rugi pihak berkuasa perancang tempatan terhadap apa-apa tuntutan yang mungkin dibuat terhadapnya berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu.________________________________________________________________

Ulasan

Pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh dipertanggung-jawabkan ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga dalam menjalankan tugas-tugasnya bagi memperbetulkan sebarang kesalahan atau pun melaksanakan sesuatu perkara yang telah dipertanggungjawabkan kepada seseorang mengikut peruntukan Akta 172. Walau bagaimanapun pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah berhati-hati dan tidak melakukan kecuaian dalam menjalankan tugasnya.

Page 199: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3199

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pemakaian Akta 119 bagi siasatan atau pendengaran tempatan

56. Seksyen 8, 9, 11, 12, 13, 14, 19, 21 dan 22 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Act 119] hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu dan setakat yang boleh dipakai, terpakai bagi suatu siasatan atau pendengaran tempatan yang diadakan di bawah subseksyen 4(7) atau 14(1) dan bagi mana-mana orang yang mengadakan siasatan atau pendengaran dan orang itu, masing-masing suatu siasatan dan seseorang Pesuruhjaya di bawah Akta itu.________________________________________________________________

Ulasan

Sebarang siasatan atau perbicaraan tempatan yang berkaitan dengan proses menyediakan rancangan pemajuan (Rujuk silang seksyen-seksyen 8, 9, 11, 12, 13 dan 14 Akta 172) dan dalam peringkat permohonan kebenaran merancang mestilah dilaksanakan mengikut tatacara di dalam peruntukan seksyen 8, 9, 11, 12, 13, 14, 19, 21 dan 22 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119]. Walau bagaimanapun peruntukan Akta tersebut tidak boleh dipakai secara sembarangan. Peruntukan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 tersebut mestilah diterima pakai setelah diubah suai untuk tujuan mencapai matlamat Akta 172.

Seseorang yang dilantik untuk mengadakan siasatan atau perbicaraan tempatan di bawah Akta 172 hendaklah menjalankan fungsinya mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 bagi sesiapa yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Pesuruhjaya.

Dengan adanya seksyen 56 ini, individu atau jawatankuasa yang dilantik untuk mengendalikan sesuatu siasatan atau perbicaraan di bawah seksyen 4 dan 7 Akta 172 mempunyai beberapa kuasa istimewa seperti kuasa yang diberi kepada pesuruhjaya yang dilantik di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Kuasa-kuasa tersebut ialah:

(a). kuasa untuk mendapatkan keterangan dan membuat pemeriksaan ke atas saksi-saksi (seksyen 8(a));

(b). kuasa untuk mendapatkan keterangan bersumpah (seksyen 8(b));

(c). kuasa untuk memanggil mana-mana orang untuk menghadiri siasatan bagi memberi keterangan atau mendapatkan apa-apa dokumen daripadanya (seksyen 8(c));

Page 200: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3200

(d). kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap bagi sesiapa yang gagal hadir setelah dipanggil (seksyen 8(d));

(e). kuasa untuk mengenakan denda tidak melebihi RM50.00 kepada sesiapa yang enggan hadir atau enggan mengemukakan dokumen apabila dikehendaki berbuat demikian (seksyen 9(e));

(f). kuasa untuk menerima apa-apa keterangan walaupun mungkin keterangan tersebut tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah (seksyen 8(f);

(g). kuasa untuk melarang mana-mana orang awam atau wartawan daripada mengikuti sesuatu siasatan (seksyen 8(g));

(h). kuasa untuk ‘membuat bayaran’ kepada mana-mana orang termasuk penterjemah sejumlah wang yang difikirkan munasabah kerana menghadiri sesuatu siasatan (seksyen 8(h));

(i). kuasa untuk melantik mana-mana orang sebagai penterjemah (seksyen 8(i)); dan

(j). kuasa untuk membuat apa-apa waran, perintah dan sebagainya mengikut budi bicaranya sendiri (seksyen 22).

Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seksyen 56 Akta 172 juga menetapkan:

(a). keterangan yang dibuat semasa siasatan tidak boleh digunakan dalam prosiding sivil atau jenayah melainkan dalam hal saksi tersebut memberi keterangan palsu (seksyen 11); dan

(b). kesalahan bagi perbuatan mengugut, menghalang, mengancam atau mencederakan mana-mana saksi (seksyen 12); dan

(c). kesalahan menghina (seksyen 13).

Seksyen-seksyen ini dimuatkan untuk memastikan sebarang siasatan atau perbicaraan boleh dijalankan dengan adil dan saksama serta menjaga hak asasi kesemua pihak yang terlibat.

Page 201: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3201

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

Pengecualian daripada fi dan caj

57. (1) Semua pemajuan yang secara eksklusif dicadangkan untuk maksud agama, pendidikan, rekreasi, sosial, kebajikan, atau khairat dan bukannya untuk keuntungan wang dikecualikan daripada membayar segala caj dan fi di bawah Akta ini, selain fi tambahan yang kena dibayar di bawah subseksyen 27(7) dan 28(7).

(2) Pengecualian di bawah subseksyen (1) tidak meliputi bagi caj pemajuan.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini memberikan pengecualian kepada caj pemajuan yang dicadangkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang mempunyai elemen-elemen agama, pendidikan, rekreasi, sosial, kebajikan, khairat dan bukannya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan. Ini adalah pengecualian yang diberikan terhadap peruntukan am dalam Akta 172 yang telah menetapkan bahawa kesemua pemajuan mestilah membayar segala caj dan fi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan mengikut peruntukan seksyen 21 dan 32 Akta 172.

Bayaran-bayaran pemajuan hendaklah dibuat oleh semua pemohon tanpa sebarang pengecualian (subseksyen 57(2)). Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah mengikut kuasa yang diperuntukkan dalam seksyen 35 dan subseksyen 58(1) dan (2) Akta 172 untuk memberikan pengecualian kepada mana-mana permohonan cadangan pemajuan dari membayar caj-caj pemajuan. Keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk memberikan pengecualian pembayaran caj dan fi bagi aktiviti pemajuan yang diperakui mempunyai elemen agama telah diputuskan oleh Mahkamah dalam kes-kes United Hokkien Cemeteries, Penang v Majlis Perbandaran Pulau Pinang [1979] 2 MLJ 37 dan Titular Roman Catholic Bishop of Kuala Lumpur v Chairman. Klang Town Council [1972] 2 MLJ 37.

Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa untuk memberikan pengecualian pembayaran caj dan fi bagi aktiviti pemajuan mengikut peruntukan seksyen ini.

Page 202: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3202

Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah

58. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan maksud Akta ini.

*(1A) Majlis boleh membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan apa-apa perkara dalam Akta ini.

*(1B) Jika mana-mana kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri tidak selaras dengan kaedah yang dibuat oleh Majlis, kaedah yang dibuat oleh Majlis hendaklah mengatasi kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dan kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, setakat ketidak selarasan itu, terbatal.

(2) Khususnya, dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengadakan peruntukan-

(a) peraturan pemajuan tanah mengikut perancangan yang wajar;

(b) kelas penggunaan tanah dan bangunan atau bahagiannya;

(c) pengawalan ketumpatan, luas lantai, nisbah plot, kawasan plinth, dan penggunaan tanah dan bangunan;

(d) pengawalan ketinggian, reka bentuk, rupa, dan tapak bina bangunan, dan mengadakan tempat parkir, jarak undur, dan tanah lapang;

(e) pengawalan jalan masuk ke tanah dan bangunan;

(f) perlindungan bagi monumen lama dan tanah dan bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau seni bina;

(g) butir-butir bentuk dan kandungan rancangan struktur dan rancangan tempatan, tatacara yang akan diikuti dalam penyediaan, pengemukaan, dan kelulusannya, bentuk dan cara rancangan itu disiarkan, dan bentuk notis yang berhubungan dengannya;

(h) kelayakan orang yang boleh menyediakan atau mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur bagi maksud Akta ini;

Dimasukkan Akta A1129

Dimasukkan Akta A1129

Dipinda Akta A933

Page 203: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3203

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

(i) bentuk yang permohonan untuk kebenaran merancang hendak dibuat, butir-butir yang hendak diberikan dalam permohonan itu, dan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur dokumen yang hendaklah dikemukakan bersama-sama permohonan itu dan bentuk serta skalanya;

(j) fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;

(k) pendaftaran permohonan dan bentuk, dan butir-butir yang terkandung dalam daftar;

(l) menetapkan apa-apa yang boleh, atau dikehendaki, ditetapkan di bawah Akta ini.

(3) Jika apa-apa kaedah yang dibuat di bawah perenggan (2)(h) tidak termasuk seseorang yang berhak di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain untuk menyediakan dan mengemukakan rancangan, dokumen, butir-butir dan pelan susun atur yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa, hak orang itu tidaklah terjejas.________________________________________________________________

Ulasan

Seksyen ini memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (Majlis) dan Pihak Berkuasa Negeri (Pihak Berkuasa Negeri) untuk membuat kaedah-kaedah supaya dapat menjalankan kehendak-kehendak Akta 172 dengan efektif dan efisien. Kuasa yang diberikan kepada Majlis tidaklah terhad seperti kuasa Pihak Berkuasa Negeri yang hanya dibenarkan untuk membuat kaedah bagi perkara-perkara yang telah ditentukan dalam perenggan 58(2)(a)-(g). Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memastikan bahawa kaedah-kaedah yang dibuat tidak bercanggah dengan kaedah yang dibuat oleh Majlis mengikut kuasa yang diberikan oleh subseksyen 58(1A) Akta 172. Majlis menggunakan kuasa untuk membuat kaedah bagi tujuan mewujudkan satu sistem perancangan bandar dan desa yang seragam di semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengendalikan perkara-perkara yang dinyatakan dalam perenggan 58(2)(a)-(l). Kaedah yang dibuat oleh Majlis akan mengatasi mana-mana kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri jika kaedah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bercanggahan dengan kaedah yang dibuat oleh Majlis. Sungguh pun Akta 172 tidak memperuntukkan bahawa sesuatu kaedah yang digubal oleh Pihak

Dipinda Akta A933

Dimasukkan Akta A933

Page 204: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3204

Berkuasa Negeri perlu diwartakan namun mengikut peruntukan subseksyen 18(1) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388), kaedah-kaedah tersebut hendaklah diwartakan sebelum ianya dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan.

Kaedah-kaedah yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri dalam menjalankan kuasanya mengikut peruntukan ini adalah:-

a) Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Am) 1990 yang menyediakan dengan lengkap, tatacara membuat permohonan kebenaran merancang.

b) Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1988 yang telah dibuat mengikut kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(15) untuk menetapkan kaedah-kaedah membuat rayuan di Lembaga Rayuan.

c) Kaedah-Kaedah Rancangan Pemajuan (Struktur dan Tempatan) 1985 untuk memandu Pihak Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Negeri dan pihak berkuasa perancang tempatan dalam menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.

Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa mengikut peruntukan perenggan 58(2)(h) Akta 172 untuk membuat kaedah menentukan kelayakan orang-orang yang dibenarkan untuk membuat dan mengemukakan pelan-pelan dan dokumen-dokumen lain yang perlu diserahkan untuk tujuan dan kehendak Akta 172. Rujuk silang peruntukan subseksyen 21C Akta 172.

Kaedah-kaedah ini adalah merupakan perundangan perwakilan, yang disediakan di bawah kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen. Dalam konteks Seksyen ini Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 adalah merupakan Akta Ibu. Kegunaan utama perundangan perwakilan adalah sebagai penambahan kepada Akta yang telah digubal oleh Parlimen untuk menentukan peraturan-peraturan teknikal dan terperinci yang penting dan diperlukan bagi melicinkan perlaksanaan kehendak-kehendak peruntukan Akta ibu. Perundangan perwakilan boleh dibuat dan dipinda bila perlu tanpa merujuk kepada Parlimen. Kesemua perundangan perwakilan adalah tertakluk kepada kawalan kehakiman di bawah doktrin ‘ultra vires’. Peruntukan perundangan perwakilan tidak boleh dibuat dengan niat atau tujuan untuk memansuhkan mana-mana peruntukan dalam Akta ibu. Seksyen 23 dan 87 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) yang menyatakan dengan jelas bahawa jika ada sebarang perundangan perwakilan yang

Page 205: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3205

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

bercanggah dengan Akta ibu, maka peruntukan yang bercanggahan itu adalah dianggap tidak sah dan terbatal. Dengan yang demikian sebarang peruntukan yang bercanggahan dalam kaedah-kaedah yang diperbuat oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Majlis mestilah mengikut kehendak Akta 172 dan tidak bercanggah dengan peruntukan Akta tersebut. Pemansuhan undang-undang perancangan yang sedia ada

59. (1) Dalam seksyen ini, "undang-undang perancangan yang sedia ada" ertinya Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri Johor, Bahagian VIA Enakmen Perbandaran bagi Negeri Kelantan dan Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri Terengganu.

(2) Jika, menurut seksyen 1, seksyen ini berkuat kuasa secara am dalam Negeri itu, undang-undang perancangan yang sedia ada yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu hendaklah dimansuhkan.

(3) Jika, menurut seksyen 1, seksyen ini berkuat kuasa di dalam suatu kawasan pihak berkuasa tempatan atau sebahagian daripadanya, undang-undang perancangan yang sedia ada yang berkuat kuasa di dalam kawasan atau bahagian itu hendaklah dimansuhkan pemakaiannya bagi kawasan atau bahagian itu.

(4) Jika, sebelum dimansuhkan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada, terdapat pertelingkahan atau ketidak selarasan antara mana-mana peruntukan undang-undang itu dengan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.

(5) Jika timbul apa-apa kesusahan atau anomali disebabkan oleh pemansuhan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah membuat peruntukan yang selaras dengan Akta ini bagi maksud menghapuskan atau mengatasi kesusahan atau kepincangan itu.

(6) Walau apa pun pemansuhan mana-mana undang-undang perancangan yang sedia ada, apa-apa kebenaran merancang, kelulusan pemajuan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan di bawah undang-undang itu berkenaan dengan mana-mana tanah, dan mana-mana surat cara atau dokumen yang dikeluarkan mengikut undang-undang itu, hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan dan hendaklah disifatkan sebagai telah diberikan atau dikeluarkan di bawah Akta ini sehingga ia dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dipotong di bawah Akta ini.

Page 206: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3206

Ulasan

Peruntukan seksyen ini menetapkan bahawa kesemua undang-undang perancangan bandar dan desa yang berkuat kuasa di kawasan pihak berkuasa perancang tempatan akan dimansuhkan sebaik sahaja Akta 172 diterima pakai mengikut cara-cara yang telah dinyatakan dalam seksyen 1 Akta 172.

Undang-undang perancangan yang telah sedia ada sebelum Akta 172 yang digubal oleh Parlimen Persekutuan adalah seperti berikut:

(a). Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu [N.M.B. Bab 137];

(b). Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri Johor [Johor No.118];

(c). Bahagian VIA Enakmen Perbandaran bagi Negeri Kelantan [Kelantan 20/1938]; dan

(d). Bahagian IX Enakmen Lembaga Bandaran bagi Negeri Terengganu [Terengganu 12/1355].

Adalah jelas dari seksyen ini bahawa peruntukan Akta 172 mestilah diberikan keutamaan dalam keadaan-keadaan bila mana wujudnya percanggahan atau tidak konsisten di antara mana-mana peruntukan undang-undang perancangan bandar dan desa yang sedia ada yang masih belum dimansuhkan sebab masih belum menerima pakai Akta 172. Pihak Berkuasa Negeri boleh apabila timbul sesuatu kesusahan atau kepincangan disebabkan oleh pemansuhan mana-mana undang-undang perancangan bandar dan desa yang sedia ada, membuat perintah untuk memastikan bahawa peruntukan-peruntukan tersebut akan dipinda supaya ianya menjadi konsisten dengan peruntukan di bawah subseksyen 59(5) Akta 172. Ini adalah bertujuan untuk membantu melenyapkan atau mengatasi kesusahan atau kepincangan tersebut.

Walaupun mana-mana undang-undang perancangan bandar dan desa yang sedia ada dimansuhkan, sebarang kebenaran merancang, kelulusan pemajuan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan di bawah undang-undang berkenaan, bolehlah terus berkuat kuasa dan masih berkesan. Rujuk seksyen 30 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 menetapkan bahawa ada perkara-perkara yang tidak akan diubah dengan pembatalan atau pun pemotongan sesuatu undang-undang bertulis. Walau bagaimanapun pemajuan, atau kelulusan pelan

Page 207: 3.0 AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA … 3-AKTA 172.pdf · (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar suatu undang-undang

3207

Ensiklopedia Undang-undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa

bangunan yang diberikan tersebut akan dianggap sebagai telah dikeluarkan di bawah Akta 172. Akan tetapi kelulusan pemajuan, atau kelulusan pelan bangunan yang diberikan tersebut akan dibenarkan untuk diguna selagi dan sehingga ia tidak dipinda, diubah suai, dibatalkan atau dipotong mengikut peruntukan subseksyen 25(1) Akta 172. (Rujuk silang peruntukan subseksyen 25(1) Akta 172 untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pindaan, pengubahsuaian, pembatalan atau pemotongan kelulusan pemajuan. Jika kelulusan pemajuan dipinda, ubah suai, dibatalkan atau dipotong mengikut peruntukan Akta 172, kelulusan pemajuan, atau kelulusan pelan bangunan yang tersebut akan diputuskan mengikut peruntukan di bawah subseksyen 59(6) yang akan diberikan keutamaan.


Top Related