Transcript

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7 7.0 Objektif Bab PENGURUSAN MAKMAL SAINS Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: 1. Kepentingan pengurusan dan p enyelenggaraan makmal sains. 2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khu susnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. 3. Cara yang betul menyim pan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. 4. Jenis bahan dan tindak balas y ang berbahaya di dalam makmal. 5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langk ah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. 6. Cara-cara merawat ke cederaan ringan di dalam makmal sains. 7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripa da makmal sains. 7.1 Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembela jaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pela jar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan mal mal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran menguru s dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sai ns sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan b ahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamat an di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah : Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dala m makmal. Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. Mengelak pembaziran. Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran . Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan. 7.3 Peruntukan Makmal Sains Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beber apa sumber. PERUNTUKAN DARI SEKOLAH PERUNTUKAN SAINS SUBSIDI KERAJAAN FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS 7.4 Belanjawan Makmal Sains Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistem atik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerluka n kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peru ntukan tersebut. 7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang pe rlu dibeli dan membuat pesanan awal. 2

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata p elajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua. 7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal 1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. 2. Ketua Jabatan Sains tentukan: (a) Keguna an tahunan item-item pakai habis. (b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item paka i habis diperlukan. (c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. (d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. (e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian. 3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. 4. Periksa kem udahan dalam setiap makmal bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. 5. Semak ha rga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. 6. D aripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediaka n satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; ( b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. 7. Adaka n mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentuk an apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan. Garis panduan menyediakan senar ai keperluan 1. Apakah item-item yang: sangat diperlukan? boleh diubahsuaikan? b oleh dibeli dengan murah? 3

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran? boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?

2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar? 7.4.3 Pe sanan dan pembelian Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: . Kuantiti banyak, lebih murah. . Bahan kimia, jangan beli banyak. 3. Masa pembe lian: . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan segar. . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. 4. Cari pembekal yang murah: . Harga mah al dari pembekal alatan sains. . Beli dari syarikat yang belum terkenal. . Beli dari kedai biasa. 7.4.4 Prosedur pembelian Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga merangkum i tujuh langkah, iaitu: 1. Meminta Sebut harga . Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. 4

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. . Nyatakan tarikh tutu p sebut harga. . Simpan salinan surat. 2. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memil ih pembekal berdasarkan sebut harga. . Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. . Kadang ka la perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. 3. Borang pesanan . Sekolah mengan tar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. . Simpan salinan pesanan 4. Sur at/nota tanda terima . Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. . Fail kan bersama-sama dengan borang pesanan. 5. Nota hantaran . Pembekal menghantar n ota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah sepe rti dinyatakan dalam borang pesanan. . Surat menyatakan jenis dan kuantiti baran gan yang akan . Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. . Failkan not a bersama-sama dokumen lain. 6. Penerimaan barangan . Pembekal menghantar barang an. . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantara n, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dike mbalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. 7. Invois . Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatang ani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. . Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran 5 dihantar.

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains 7.5.1 Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan. STOR UTAMA Menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Bahan/alat d ari stor ini tidak diagihkan kepada individu. Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal. STOR AGIHAN Di setiap makmal. Agihan/pengeluaran bahan/alat kepa da pelajar di makmal berkenaan. Ciri-ciri stor utama Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah un tuk memudahkan hantaran bahan/alat. 7.5.2 Cukup besar dan ada ruang untuk perger akan troli. Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di loron g, antara lorong dan antara rak. Sistem penyimpanan item-item sains Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan seba gainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item se masa pemeriksaan stok. Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet d alam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1 K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F 2K5. 6

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasa nya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam b entuk kod. Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spe simen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya. 7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. Hanya kak itangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. Jangan dibawa keluar dari makmal. Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pes anan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok. Kad-kad Stok Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentan g setiap item yang disimpan di dalam stor. Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama). 7

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Contoh kad stok: (a) Item-item tahan lama. (Nama sekolah) Item: Kelalang,volumet rik Lokasi : K8 Tarikh Stok Masuk 5 26/4 2 RM12 Tarikh Kuantiti Dibeli Harga Jumlah Stok 5 6 Tar ikh 500ml Dipinjam, Rosak, dll. 1 pecah Baki Tanda tangan 1996 25/3 4 6 (b) Bahan pakai habis. STOK MAKSIMUM 2 kg Tarikh 1996 19/3 Stok Masuk 1.5kg (Nama sekolah) Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur) Lokasi : K3 Tarikh Kuantiti Diterma 0.5kg Harga Pembekal Jumlah Stok 2.0kg Digunakan STOK MINIMUM 0.5kg Baki 1.5kg Tanda tangan 26/4 RM30 R&R 0.5kg 7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya . Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. 8

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Gunakan stok yang lama dahulu. Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis d engan terang. Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. (a) Bahan kimia tak organik Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. Labe l pada botol mengikut nama logam. Botol-botol bahan kimia tak organik disusun me ngikut abjad di dalam almari bertutup. Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi h abuk. Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama lo gam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium . Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang bole h menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) kl orida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, ka lsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromi um (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natr ium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klo rida, zink klorida, zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianofe rat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat. (b ) Bahan kimia organik Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari baha n-bahan lain. Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. 9

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar . Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan a pi dilarang.

(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Ja ngan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-ra k yang hampir dengan lantai. (d) Logam alkali Sangat aktif dan mudah teroksida j ika bersentuhan dengan udara. Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika henda k dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentu h dengan tangan. (e) Fosforus kuning (putih) Sangat berbahaya dan sangat ak Disimpan di dalam air sejuk. (f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. (g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas Contoh : vitamin C (asid askorbik) d an hidrogen peroksida. Disimpan di dalam peti sejuk. (h) Bahan kimia yang sangat berbahaya Contoh : sebatian arsenik dan garam sianid a. Boleh membawa maut serta merta jika tertelan. Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya. 10

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains B. (a) Cara menyimpan peralatan Bahan kaca Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terl alu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipps Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelala ng mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza. . Buret disimpan berdiri atau dal am laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (sl aid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) disimpan di dalam talam di rak ataup un dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer disimpan dalam ko tak asal mengikut jenis dan julat. . Tiub dan batang kaca disimpan tegak dan dib eri sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat ke dua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan bahan ini mesti disimpan mengikut berat (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan derdiri tegak pada rak khusus. (b) Bahan/alat plastik Jauhkan dari punca panas. Jangan simpan dengan/bersama-sa ma alat yang berat. (c) Bahan-bahan logam Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disi mpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa. (d) Bahan bantu mengajar Disimpan dalam almari bertingkap cermin. Carta ditutup dengan helaian plastik lut sinar. (e) Pelbagai item kecil 11

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Disimpan dalam kot ak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. (f) Model-model yang besar Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu. (g ) Mikroskop Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 2 5 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya a dalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang k ecil supaya udara bergerak dengan bebas. 7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal Sains Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalan gan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru ba rtanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkahl angkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peratu ran dan langkah-langkah keselamatan. GURU MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT DILAKSANAKAN TANPA SEBAR ANG KEMALANGAN PELAJAR PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA DI SAMPING MENDAPAT FAEDA H DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN DAPAT DIHINDARI 7.6.1 Mengapa kemalangan berlaku Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal sai ns berlaku antaranya kerana: Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralata n yang digunakan. Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya. Guru tidak merancang aktiviti dengan baik. 12

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan. Tidak mematuhi arah an-arahan/peraturan-peraturan. Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalank an amali. Tergesa-gesa dalam melakukan amali. Sikap tidak apa pengguna makmal. 7.6.2 Keselamatan makmal tanggungjawab siapa? SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja y ang selamat. GURU Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langka h keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan. PELAJAR Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan k imia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. Sedar b ahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal 7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal 2. PERALATAN .. API . SPESIMEN . ELEKTRIK . KACA . BAHAN KIMIA 1. RUANG . STOR . MAKMAL 3. PENGGUNA . GURU . PELAJAR . PEMBANTU MAKMAL 4. LANGKAH . PERATURAN AM . ARAHAN KESELAMATAN . PROSEDUR KECEMASAN . RAWATAN 13

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . PELUPUSAN . PERALATAN KHUSUS . PERSEDIAAN GURU 5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN 7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal Peraturan makmal Satu senarai ten tang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sa ins. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang per aturan diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar. Kemahiran manipulatif Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali. Kotak pe rtolongan cemas Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan. Peralatan keselamatan Pastikan semua peralata n keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan ber fungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelaja r tahu menggunakan peralatan berkenaan. Petunjuk Pamerkan petunjuk JAGALAH KESEL AMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal. Kebersihan Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan. R ancangan untuk keadaan kecemasan Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan di ri jika berlaku kebakaran. 14

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Pencahayaan dan pengudaraan Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. Panduan keselamatan Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan gur u dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkahlangkah keselamatan bila perlu. Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik bera da dalam keadaan baik. Pelupusan bahan sisa Pastikan bahan sisa makmal dilupuska n dengan cara yang betul. Rawatan kecemasan Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan. Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjaw ab tambahan, iaitu: 7.7 Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, Rancangan ti ndakan untuk keadaan cemas. Rawatan Kecemasan Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawat an awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam ra watan kecemasan ialah:

AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN. JANGAN CEMAS. TAHU PUNCA KEMALANGAN. TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL Jenis dan punca kemalangan 15

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains JENIS KEBAKARAN PUNCA K E M A L A N G A N KERACUNAN LUKA KEJUTAN PENUNU BUNSEN LITAR PINTAS UNSUR-UNSUR LOGAM AKTIF BAHAN KIMIA GAS SPESIMEN BIOL OGI ALATAN KACA RADAS ALAT ELEKTRIK PENDAWAIAN, PUNCA KUASA, PALAM Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapa t membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian. 7.7.1 Prosedur pertolongan cemas TERBAKAR . Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan bengkak . Memas tikan mangsa mendapat cukup minuman .Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutan Kaedah rawatan kebakaran Rendamkan bahagian yang terbakar dalam air sejuk (ais) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan. Jika luka, balutkan dengan pembalut yang steril untuk mengelakkan infeksi. Dapatkan rawatan profesional. Tanggalkan pakaian dan barang-barang yang terkena bahan . Basuh dengan air mengalir selama 15 minit. Dapatkan rawatan profesional. Jika melecur ringan, beri rawatan awal. API BAHAN KIMIA 16

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

KEBAKARAN RINGAN ASID ALKALI BROMIN NATRIUM dan KALIUM Basuh dengan a larutan natrium bikarbonat 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan asi d asetik 1 %. Basuh dengan air. Basuh dengan air. Sapukan larutan ammonia cair ( 1 bahagian ammonia : 15 bahagian air) Buang logam dengan menggunakan penyepit. R endam dalam air selama 20 minit. Keringkan dan balut dengan pembalut yang steril . FOSFORUS 7.7.2 Merawat kecederaan ringan LUKA RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH Basuh dengan air. Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%. Balut dengan pembalut y ang lembap. Buang kekotoran / kaca. Basuh dengan air. Balut dengan pembalut yang bersih dan steril. Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu. 17

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains JIKA BANYAK DARAH Hentikan pendarahan dengan menekan tempat yang luka. Jika luka pada tangan atau kaki, tekan pada titik tekanan. (lihat Rajah) . Titik tekanan PATAH Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau kebakaran. Berikan rawa tan untuk luka dan kejutan. Dapatkan rawatan profesional. KEJUTAN GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak tangan, muntah, menggigil, susah bernafas. RAWATAN : Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan. Jangan gerakkan pesakit. Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya. Pastikan salura n pernafasan terbuka. Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredar an darah. KEJUTAN ELEKTRIK Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan. 18

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik: Berdiri atas bahan penebat, misal nya kasut getah. Gunakan sarung tangan getah/kayu Lakukan pernafasan buatan deng an segera, jika perlu. Panaskan badan mangsa dengan selimut. Panggil doktor. KERACUNAN DALAM MULUT Keluarkan dengan segera dan basuhkan dengan air yang banyak. Dapatkan rawatan do ktor. Jika sedar, berikan 2 4 gelas air/susu dengan segera. Panaskan badan mangs a. Panggil doktor dengan segera. Bawa mangsa ke tempat yang lapang. Berikan oksi gen (jika ada alat). Panaskan badan mangsa. Dapatkan bantuan doktor. Jika boleh, kenal pasti jenis bahan toksik. Jika pernafasan berhenti, berikan pernafasan bu atan. TERLELAN TERHIDU 7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya 19

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan dengan si mbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah terbak ar. Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan

kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggun aan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan. Terdapat pelbagai sifat dan k esan bahan kimia. Ada yang sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh melet up, membebaskan gas beracun, dan sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik, merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya. Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu te rhadap kesihatan: Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. Asbestos : Debunya menyebabkan -paru. Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. Asid sulfurik pekat : Amat meng kakis. Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, g injal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah. Kalium : Meletup bila dicampurkan d engan air. Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera. Piridina : Amat beracun; meruap; menyebab kan kemandulan pada lelaki. Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui kulit. Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati. 7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya Tindak balas kimia juga merupakan salah sa tu punca kemalangan di dalam makmal. Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas membebaskan terlalu banyak hidrogen. 2. Menca mpurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas yang hebat d an sangat berbahaya. 3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara ag en pengoksida yang 20

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk logam su lfur. 4 4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. C ara mencairkan asid pekat ialah: CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. JANGAN SEKA LI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA ASID KUAT. Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah: Bahan 1. Meletup 2. 3. 4. Asi d nitrik pekat Klorin Asid sulfurik pekat Hidrogen, ammonia, benzena Asid oksali k, asid formik, format, oksalat Meletup Membebaskan gas karbon monoksida yang be racun 7.10 Pelupusan Bahan Sisa Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem sali ran atau longkang. Bahanbahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutam anya pencemaran alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem sa liran, pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut: Adakah larutan itu menganca m kehidupan haiwan dan tumbuhan? Bolehkah dicairkan dengan sempurna? Adakah baha n itu telah dirawat supaya boleh dicairkan? 21 Bahaya jika dicampurkan dengan Kalium, natrium, asid pekat, kalsium karbida Etan ol, metanol, selulosa Kesan Air Meletup

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Adakah bahan itu boleh larut dalam air? Cara-cara pelupusan yang sesuai: (a) Pencairan merupakan cara paling baik bagi p elupusan cecair dan gas. Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak. Bahan-bahan organik yang tidak larut dal am air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahanbahan itu ke dalam sistem saliran. (b) Rawatan secara kimia Kebanyakan bahan sis a makmal boleh dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutra lkan dan dicairkan sebelum dibuang. Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan k admium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling be rbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini. (c) Pembuangan bersama-sama sampah Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendak lah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula. (d) Penanaman Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan TUGASAN Anda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk melaksanaka n tugas berikut. 1. Bagaimanakh cara yang betul untuk: 22

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains (a) (b) (c) (d) Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis? Memanaskan larutan di dalam tabung uji? Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu eksperimen? Menyimpan log am-logam yang mudah terbakar seperti kalium, natrium dan kalsium? 2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama ada daripada buku ataupun dari se kolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senarai berkenaan dan kemudian berikan hura ian tentang isi kandungan setiap satunya. Adakah kandungan kedua-duanya sama? Da ri segi apakah kedua-duanya berbeza? Cadangkan perkara-perkara lain yang anda fi kirkan perlu ditambah pada senarai berkenaan. 3. Simbol-simbol yang berikut menu njukkan pelbagai tanda amaran bahaya bahan kimia. Berikan makna bagi setiap simb ol berkenaan. Bacaan Asas Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sai ns. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yah aya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. RECSAM . 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges. 23

GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3: Abdul Rahman Kurais, Mat Zakaria, Rashidi Azizan, Tajul Ariffin Noordin & Tamby Subaha n Mohd Meeran. 1991. Sains tingkatan I, KBSM. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam . (Atau mana-mana buku teks rasmi sains KBSM tingkatan I) 24


Top Related