Download - 22 Lapangan
LAPANGAN
LAPANGAN 22-2012
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
KUKUH DI DALAM,
MANTAP DI LUAR
Pemantapan SAHABAT MRA
Misi ARAKAN diteruskan
Palestin agenda teras MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH LATIHAN
& PENGEMBANGAN
En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH
PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH
PEMBERDAYAAN EKONOMI
Dr. Hyan Yusoff
PENGARAH BANTUAN
KECEMASAN & LOJISTIK
Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
KUKUH DI DALAM, MANTAP DI LUAR Kesibukan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa ben-
cana dan musibah diluar negara sama sekali tidak menyebabkan MRA lupa
kepada mereka yang memerlukan di dalam negara. Bantuan yang diberikan
oleh MRA sentiasa konsisten dan terpandu.
MRA mempunyai program-program dalam negara yang pelbagai dan berjalan
secara konsisten sejak sekian lama, yang digerakkan oleh beberapa sub-komiti
khusus untuk menangani persoalan tersebut.
Antara program MRA yang konsisten sejak penubuhannya ialah Program Pem-
bangunan Komuniti Orang Asli. MRA setakat hari ini telah membangunkan dua
buah dewan komuniti Orang Asli serta beroperasi di beberapa buah perkampun-
gan Orang Asli di Selangor, Perak, Kedah dan Pahang. MRA menumpukan
kepada program pembangunan komuniti Orang Asli seperti pendidikan, perta-
nian, kemahiran, kesihatan dan sosial. MRA turut bekerjasama dengan pelbagai
agensi dan organisasi dalam mendekati masyarakat Orang Asli ini.
Tidak ada jalan pintas dalam pembangunan komuniti Orang Asli selain daripada
memahami, berkongsi dan menjiwai cara dan gaya hidup serta pemikiran
mereka. Setelah mengenali mereka barulah kita boleh merancang keperluan
yang bersesuaian dengan kemampuan mereka dalam membangunkan komuniti
mereka sendiri.
MRA turut terlibat aktif membantu komuniti Orang Kurang Upaya. Satu komiti te-
lah ditubuhkan diperingkat MRA bagi menyelaras dan memantau keperluan
yang boleh disalurkan melalui MRA kepada ahli-ahli komuniti ini yang memerlukan
bantuan.
Beberapa program latihan dan aktiviti bersama komuniti ini telah berjaya dilak-
sanakan dengan komitmen yang tinggi dari setiap yang hadir. MRA memberikan
tumpuan yang lebih kepada komuniti ini kerana kami percaya bahawa jika
diberikan sokongan, bantuan dan tunjukajar, komuniti ini boleh berdikari dan da-
pat membantu ahli-ahlinya dalam kehidupan seharian, tanpa perlu bergantung
kepada orang lain.
Banyak lagi program dalam negara yang digerakkan oleh MRA seperti Program
berterusan di Rumah Warga Emas di Bagan Serai, Perak yang digerakkan oleh
MRA Perak, juga program menyantuni saudara baru yang mendapat sokongan
dari beberapa organisasi berkaitan. Tidak lupa juga program bantuan kepada
pelarian berbangsa Rohingya dari Arakan yang menjadi mangsa sejak sekian
lam.
MRA turut terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir
dikawasan yang memerlukan, setakat ini MRA telah terlibat dalam semua banjir
besar negara seperti banjir utara 2010, banjir selatan 2011 dan banjir pantai timur
yang baru sahaja melanda.
MRA tidak lupa kepada rakyat Malaysia yang terus menerus menyokong kami.
Kami ingin kelihatan mantap di luar negara tetapi terus kukuh terpahat di hati
rakyat sendiri.
MOHD SHAHRULAZILAN SAID
Pengarah Eksekutif
INFO KORPORAT
VISI
MISI MOTO
Maklumat Perhubungan
Maklumat Perbankan
Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB
20/2010) merupakan sebuah organisasi
bantuan kemanusiaan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri,
Malaysia. Sejak dari penubuhannya
pada 2009, MRA telah membantu melalui
progam bantuan kecemasan ke negara-
negara yang ditimpa musibah, bencana
alam, bencana buatan manusia dan
program pembangunan komuniti dialam
dan diluar negara
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling
Bermanfaat Kepada Orang Lain
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 60 3 2697 2007
Faks: 60 3 2692 2002
Emel: [email protected]
Sawang: www.mra.my
Facebook: malaysianreliefagency
Twitter: malaysianrelief
Youtube: malaysianrelief
Menjadi sebuah badan bantuan
kemanusiaan yang efektif dan efisien
dalam membantu mereka yang
memerlukan
Memastikan pengurusan bantuan
yang cekap dengan mengaplikasikan
nilai-nilai murni seperti profesionalisme,
komitmen, kerjasama, tidak me-
mentingkan diri, penyayang.
Membangunkan dan melatih kemahiran
dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan
termasuk kemahiran teknikal, jaringan
perhubungan, pengenal pastian
masalah, penyediaan kertas kerja
projek dan pelaksanaan, pencarian
dana serta pengurusan.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365
Bank: Maybank Islamic Berhad
Swift Code: MBBEMMYKL
A/K No: 3988591608
Bank: Public Islamic Bank
LAPANGAN 22-2
SAHABAT TERAS UTAMA MRA Malaysian Relief Agency (MRA) sentiasa menghargai
sukarelawan yang datang membantu dalam setiap
program yang dianjurkannya. Sehubungan dengan itu
di MRA, kami menggelar sukarelawan kami sebagai
SAHABAT., mengambil semangat dan berkat Sahabat
Nabi SAW yang sentiasa ikhlas, bekerja tanpa lelah,
gigih dan sentiasa berada disisi baginda waima apa
pun sikonnya (situasi dan kondisi). Semangat inilah
yang kami hendak terapkan, semangat inilah yang
kami cuba suburkan didalam MRA.
Mempunyai SAHABAT yang ramai sahaja tidak men-
cukupi, SAHABAT ini mestilah dilatih dan diberikan
maklumat dan pengetahuan, didedahkan kepada kema-
hiran dan peluang agar mereka dapat menjadi pekerja
bantuan kemanusiaan yang terlatih dan berpengeta-
huan.
Justeru itu, MRA telah siap merangka rancangan bagi
memperkasa dan menambah ilmu kepada SAHABAT-
SAHABATnya. Pelbagai program latihan dan pro-
gram-program susulan akan diatur bagi memastikan
setiap SAHABAT dapat berfungsi dan berperanan
mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing.
Sebagai teras utama MRA, SAHABAT merupakan
antara elemen penting dalam menentukan jatuh
bangunnya organisasi bantuan kemanusiaan yang
masih muda ini.
Sokongan dan dokongan SAHABAT MRA yang tiada
batasan pada umur, agama, kerjaya dan taraf pendidikan
selama ini telah membawa MRA ke satu kedudukan yang
agak baik walaupun belum begitu selesa lagi. MRA telah
menjadi satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia
bantuan kemanusiaan dan juga dikenali sebagai tapak bagi
seseorang untuk terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan.
Kami sedar lagi akur pada beberapa kekurangan dalam
interaksi bersama SAHABAT sebelum ini, oleh itu
beberapa usaha penambahbaikkan dan pembaharuan
sedang dilakukan dengan giat dan teratur bagi memastikan
SAHABAT MRA terus mantap dan berperanan. Seorang
pegawai khusus telah ditugaskan untuk menjaga hal ehwal
SAHABAT bagi memastikan ianya berjalan dengan baik.
Selain daripada penggandaan kepada program latihan dan
interaksi bersama SAHABAT, kami juga akan mem
perkenalkan program “Jam Pembabitan” atau “Credit
Hours” bagi SAHABAT yang terlibat dalam misi bantuan
MRA, selain dari menghargai kehadiran SAHABAT ianya
juga dapat dijadikan sebagai penanda aras pembabitan
SAHABAT dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang
akan dicatat didalam sekeping kertas transkrip yang boleh
digunakan untuk menyatakan apakah kerja-kerja bantuan
kemanusiaan yang telah beliau lakukan, berapa lama dan
bila ianya dilakukan.
Kami amat menghargai dan berbangga dengan SAHABAT
MRA seperti anda, terima kasih.
LAPANGAN 22-3
MRA telah terlibat dalam Program Pengurusan
Banjir Bersepadu Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) yang telah diadakan di Pejabat JPS Ampang.
Dalam program ini, MRA telah membuka booth
pameran dan berkongsi mengenai perlaksanaan ban-
tuan yang telah MRA berikan semasa banjir
melanda.
Alhamdulillah, MRA telah berpengalaman terlibat
didalam program bantuan banjir didalam dan diluar
negara. Di luar negara, MRA telah terlibat dengan
bantuan banjir di Pakistan dan Thailand.
Projek bantuan banjir MRA di Pakistan, khususnya
di negeri Khyber Pakhtun Khwa masih berjalan se-
hingga ke hari ini, kami telah membangunkan 80
buah rumah bagi mangsa banjir disana serta ber
puluh-puluh pam air untuk kegunaan di kawasan
tersebut.
Dalam banjir Bangkok, Thailand pula, MRA ber
operasi selama 4 bulan, tidak hanya tertumpu kepada
bantuan makanan dan minuman, kami memberikan
bantuan teknikal dan pembaikan untuk alatan
elektrik yang terendam dalam air banjir tempohari.
Di dalam negara, MRA turut terlibat dalam Banjir
Utara, Banjir Selatan dan juga Banjir Pantai Timur.
Kaedah dan pendekatan MRA yang tidak bertindih
dengan agensi dan organisasi lain memberikan kelebi-
han untuk MRA bergerak semasa banjir melanda.
Modus operandi MRA yang fleksibel membolehkan
kami bekerja dengan segenap lapisan masyarakat di-
mana sahaja bencana berlaku, kami akan lakukan yang
terbaik semampu kami.
MRA turut serta dalam Program Pengurusan Banjir Bersepadu JPS
LAPANGAN 22-4
Cik Fauziah Tahar menerangkan mengenai bantuan
MRA kepada pengunjung booth.
Banner yang memaparkan logo setiap organisasi
yang turut serta dalam program ini
Mesyuarat Pakar Mengenai Dasar Pengantarabangsaan Belia Malaysia
Institut Penyelidikan Pem
bangunan Belia Malaysia
(PPBM) telah mengadakan
satu Mesyuarat Pakar
mengenai dasar peng-
a n t a r a b a n g s a a n b e l i a
Malaysia baru-baru ini.
MRA telah dijemput untuk
turut serta berkongsi peng
alaman kami didalam meng
uruskan petugas dan sukarela-
wan di peringkat tempatan
dan antarabangsa.
MRA telah diwakili oleh Sdr.
Mohd Shahrulazilan Said,
Pengarah Eksekutif MRA.
Kassem Aina, merupakan seorang teman lama
bagi kebanyakan kami di MRA, orang penting
dibelakang projek-projek Beit Aftal Assomoud
di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon.
Beliau bertanggungjawab membantu membina
kehidupan dan memberikan kebajikan termasuk
bantuan kemanusiaan di kem-kem tersebut. Be-
liau berada di Malaysia kerana menghadiri Pro-
gram War-Affected Children anjuran Perdana
Global Peace Foundation (PGPF).
Orang kuat Beit Atfal Assomoud
Kassim Aina
LAPANGAN 22-5
Pakar-pakar Belia yang diketuai oleh Dr. Wasitah Mohd Yusof
Sewaktu Kerja Lapangan Antarabangsa MYCORPS-
MRA Lebanon awal tahun 2012 yang lalu, Sdr. Kas-
sim Aina merupakan antara pakar rujuk MRA untuk
projek pelarian Palestin di Lebanon.
Latihan EHP dan PSC oleh Red R Malaysia
ISIS: Mindanao Framework Peace Agreement
Bagi memantapkan lagi tim bantuan ke-
manusian MRA, terutama apabila berla-
kunya kecemasan ataupun bencana, baik
di dalam mahupun diluar Malaysia, be-
berapa skil dan kemahiran perlu dimiliki
dan dikembangkan didalam MRA.
Justeru, apabila kami menerima pe
lawaan dari Red R Malaysia untuk turut
serta dalam latihan asas bencana yang
mereka kendalikan, MRA telah
menghantar dua orang peserta untuk
ikutserta iaitu Hj. Shirajuddin Sirat,
Penolong Setiausaha Agung MRA dan
Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengarah
Operasi MRA.
Latihan ini turut disertai oleh beberapa
buah NGO Kemanusiaan tempatan yang
lain. Sekalung tahniah diucapkan
kepada tim Red R Malaysia atas
kejayaan latihan ini.
Isu Mindanao menjadi kembali popular apabila
perjanjian damai termetrai diantara Kerajaan
Filipina dan puak pemisah Mindanao.
Perjanjian ini memberikan kelegaan kepada
banyak pihak, terutamanya kepada negara-
negara ASEAN yang mahukan rantau ini aman
dan bebas daripada sebarang pertelingkahan
dan keganasan. Malaysia sebagai orang tengah
kepada proses perdamaian ini pastinya merasa
gembira dengan pencapaian ini.
Satu majlis penerangan mengenai proses damai
di Mindanao telah dianjurkan oleh ISIS dan
MRA telah menghantar dua orang wakil untuk
turut serta, Tuan Haji Shirajuddin Sirat, Pe-
nolong Setiausaha Agung dan Sdr. Shahrul,
Pengarah Eksekutif.
MRA melihat dan memantau dengan penuh
minat perjalanan pelan damai Mindanao ini
serta sedang mengkaji segala kemungkinan
untuk terlibat membantu di lapangan nanti.
LAPANGAN 22-6
Essential of Humanitarin Practice (EHP) / Personal Security & Communications (PSC)
Institute of Strategic & International Studies (ISIS) Malaysia
MRA turut serta dalam International Day of Solidarity with The Palestinian People
Makan burger dan anda telahpun menyumbang kepada pen-
duduk Palestin yang terkepung.
MRA merasa bertuah kerana dapat berkerjasama dengan
Burger Bakar Kaw Kaw yang menjual produk-produk
makanan berkonsepkan burger bakar. Ini baik untuk kesihatan
terutamanya bagi mereka yang pentingkan gaya hidup sihat
dan cergas. Makanan yang dibakar akan dapat mengurangkan
penggunaan minyak, yang kebiasaannya mengandungi lemak
yang banyak
Menyumbang sambil makan Burger Bakar Kaw Kaw Memiliki 7 buah out-
let dan semakin
berkembang, tidak
syak lagi burger
bakar merupakan
trend burger terkini
selepas burger tra-
disional dan burger
kukus. Konsep makanan segera yang pantas,
sedap dan menawarkan nilai kesihatan yang kon-
sisten menjadikan burger ini sebagai pilihan ra-
mai.
Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan
dan bersesuaian dengan burger yang ditawarkan,
cubalah kalau tak percaya.
Ingatlah, dengan membeli burger pun anda boleh
membantu Palestin, belilah Burger Bakar Kaw
Kaw hari ini. Lawat http://burgerbakar.com/
untuk maklumat lanjut.
29 November setiap tahun telah diangkat menjadi Hari
Solidariti Antarabangsa Bersama Penduduk Palestin.
MRA telah dijemput untuk turut serta dalam menyambut Hari
Solidariti Antarabangsa ini di Bangkok, Thailand bersama-
sama dengan para aktivis gerakan pembebasan Palestin yang
berpengkalan di Bangkok.
Majlis sambutan Hari Solidariti ini mendapat sokongan dan
dokongan dari beberapa buah Kedutaan termasuk dari
Malaysia, Iran, Afrika Selatan dan Cuba.
Majlis ini dianjurkan oleh Thailand’s
Palestinian Support Club yang kelihatan be-
gitu aktif didalam menyebarluaskan maklu-
mat mengenai perjuangan Palestin disamp-
ing mendedahkan kepada masyarakat dunia
mengenai kekejaman dan kezaliman yang
dilakukan oleh Israel kepada penduduk Pal-
estin.
Semoga penduduk Palestin terus bertahan
dan bersabar atas ujian yang ditimpakan ini.
LAPANGAN 22-7
Kesemua yang hadir bergambar bersama Duta-duta yang turut serta
Kursus Asas Sukarelawan
di Briged Bakti Kelantan
Lawatan Kerja MRA ke TAPUZ, Padang Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia
Briged Bakti Malaysia cawangan Kelantan telah men-
gadakan satu Kursus Asas Sukarelawan Remaja di Pan-
tai Sabak, Kelantan baru-baru.
Kursus ini telah disertai oleh lebih 40 orang peserta
yang terdiri dari ahli-ahli Briged yang datang dari
segenap ceruk Kelantan,
MRA telah dijemput hadir bagi memberikan
input dan perkongsian mengenai kerja-kerja
bantuan kemanusiaan yang telah dilakukan serta
bagaimana semangat sukarelawan dapat dibentuk
dan digilap.
MRA diwakili oleh Sdr. M.Shahrulazilan selaku
Pengarah Eksekutif MRA telah berkongsi
mengenai aktiviti MRA yang telah dan sedang
berjalan didalam dan diluar negara. Beliau turut
berkongsi mengenai Risiko yang perlu di
tanggung sebagai pekerja bantuan kemanusiaan.
Beliau turut membincangkan secara ringkas
tetapi padat mengenai bagaimana untuk
memugarkan kembali semangat sukarelawan
yang semakin layu dan longlai di kalangan
remaja dan belia Malaysia.
MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Briged Bakti Malaysia diatas kepercayaan men-
gundang kami untuk berkongsi maklumat dan
sedikit pengalaman yang kami miliki.
Satu lawatan kerja yang diketuai sendiri
oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik,
Presiden MRA dan Hj. Shirajuddin
Sirat, Penolong Setiausaha Agung MRA
telah berlepas ke TAPUZ, Padang Pari-
aman di Sumatera Barat, Indonesia
-baru ini.
Tujuan lawatan ini ialah untuk mem
bincangkan masa depan projek TAPUZ
yang telah memasuki tahun ke 3.
MRA telah menaja pendidikan seramai
86 orang anak yatim di TAPUZ ini,
sungguhpun berhadapan dengan kekan-
gan dan hambatan dana yang terhad,
kami berjaya juga membantu TAPUZ
ini selama tempoh tersebut.
LAPANGAN 22-8
Pengerusi Briged Bakti Dato Dr Rusdi
Abdul Raman turun padang bersama anak buahnya
MRA membantu dari tahun 2009 hingga ke hari ini
Bersiaran lagi dalam Assalamualaikum
MRA kongsi pengalaman bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)
Isu GAZA terus hangat diperkatakan,
MRA turut diminta tampil oleh TV AL
HIJRAH menerusi slot Assalamualaikum
untuk berkongsi mengenai apakah tindakan
yang telah diambil oleh MRA dalam seran-
gan terbaru Israel ke atas Gaza.
MRA telah diwakili oleh Dr. Hyzan Yusof,
Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA
dan Hj. Khairil Annuar Khalid, Pengarah
Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA.
Kedua-duanya berpengalaman beroperasi
didalam Gaza dan mempunyai pengalaman
berurusan dengan Palestin dalam banyak
perkara.
YAYASAN SUKARELAWAN SISWA telah men-
gadakan satu kursus asas sukarelawan di Akademi Ke-
menterian Pengajian Tinggi (AKEPT) di Nilai bagi
menyiapkan bakal-bakal duta muda Malaysia ini ke
lapangan. Antara negara destinasi yang telah dikenal-
pasti untuk penghantaran mereka ini ialah Vietnam dan
Cambodia.
Para peserta yang hadir mengikuti kursus selama 3 hari
2 malam ini datang dari seluruh IPTA Malaysia dan
kebanyakkan dari mereka merupakan para pimpinan
mahasiswa dari berbagai organisasi dan peringkat di
universiti masing-masing
Pengarah Eksekutif MRA telah dijemput hadir untuk
mengisi slot Persiapan Lapangan dan Asas Sukarela-
wan. MRA turut berkongsi pengalaman suka dan
duka kami ketika bertugas di luar negara. Slot per-
siapan lapangan memberikan para peserta maklumat
asas mengenai keperluan yang perlu disiap dan dis-
ediakan sebelum bertolak ke mana-mana misi atau-
pun operasi.
MRA juga telah berkongsi mengenai kerja-kerja
membabitkan bantuan kemanusiaan dilapangan ter-
masuk aspek keselamatan, lojistik, pentadbiran,
rundingan, zon konflik dan bencana.
LAPANGAN 22-9
Hj. Khairil Annuar Khalid dan
Dr. Hyzan Yusof, mewakili MRA
Para peserta yang terlibat dalam latihan bersama
tenaga pengajar dan jurulatih
Diskusi dan soal jawab selepas sessi
MRA hadir pada pelancaran ASEAN COORDINATIONS CENTRE FOR HUMANITARIAN ASSISTANCE ON DISASTER MANAGEMENT (AHA CENTRE)
Budaya menuntut ilmu sebagai salah satu ciri
organisasi yang dinamik dan progresif terus
dipertahankan. Tradisi ini bukanlah asing di
MRA, malah ianya sentiasa subur dan menjadi
salah satu ciri dan budaya MRA.
Bertempat di rumah Timbalan Presiden MRA, Dr.
Ishak Mas’ud, sekali lagi usrah perubatan
berlangsung dengan dihadiri oleh staf Hospital
Pakar Al Islam, ahli-ahli Biro Kesihatan dan
Skuad Prihatin ABIM serta ahli-ahli Tim
Perubatan MRA.
Pengisian pada malam tersebut telah disampaikan
oleh Naqib jemputan iaitu Dato’ Dr. Siddiq
Fadhil yang mengupas isu kesukarelaan dan kerja
-kerja membantu manusia yang sentiasa relevan
dan amat diperlukan samada ketika manusia
senang ataupun ketika mereka sukar dan susah.
Beliau turut mengajak setiap yang hadir agar
meneladani Rasulullah SAW sebagai sumber
ikutan dan idol dalam setiap aktiviti dan
tindakan.
ASEAN mengambil inisiatif dan
l a n g k a h p r o a k t i f u n t u k
menubuhkan Pusat Koordinasi
Bantuan Kemanusiaan Bagi Pen-
gurusan Bencana atau yang dike-
nali sebagai AHA CENTRE.
Pusat ini bakal berfungsi sebagai
bilik gerakan bantuan bencana
ASEAN sekiranya berlaku ben-
cana pada mana-mana negara
ASEAN. Pusat ini akan diper-
s iapkan dengan barangan
makanan kecemasan dan perala-
tan yang diperlukan dalam fasa
tersebut. Syabas dan tahniah atas
pembukaan AHA CENTRE ini.
Usrah perubatan bersama Dato Dr. Siddiq Fadhil
LAPANGAN 22-10
Ustaz Siddiq Fadhil sedang menyampaikan tazkirahnya, serius
topiknya tapi bersahaja penyampaiannya
AHA CENTRE bakal bukti keprihatinan Malaysia terhadap ASEAN
KAYUHAN AMAL UNTUK
PALESTIN Penduduk Rinching Hilir melalui gerakerja yang
diselaraskan oleh JK Masjid Rinching Hilir,
Bangi menunjukkan semangat ukhuwah fillah
yang tinggi dan sejati dengan menganjurkan satu
program kayuhan amal bagi membantu pen-
duduk Palestin yang tertindas disebelah pagi.
Disebelah malam 22 Disember 2012 pula, satu
Forum Perdana mengenai isu Palestin dan Umat
Islam Serantau pula diadakan bagi menambah
kefahaman dan maklumat kepada orang ramai
mengenai duduk perkara yang sebenar dalam
kemelut ini.
MRA mengucapkan tahniah kepada inisiatif
kreatif begini yang secara tidak langsung
menampakkan ketinggian akal budi dan akhlak
penduduk di Rinching Hilir ini.
Enam orang penuntut dari Univesiti Malaya telah
menjalankan satu kajian latarbelakang mengenai
etnik Rohingya, pembabitan mereka serta
implikasi terhadap pembabitan mereka didalam
sektor ekonomi dan sosial di Malaysia.
PENUNTUT UM LAKUKAN KAJIAN
TERHADAP ETNIK ROHINGYA
Berbagai kaedah dan cara boleh digunakan bagi mem-
bantu rakyat Palestin yang tertindas dan hidup dalam
serba kekurangan gara-gara sekatan dan tekanan yang
dikenakan oleh Israel. Tidak cukup dengan segala kesusa-
han yang telah ditimpakan, Israel telah pula memusnahkan
segala fasiliti, kemudahan dan pemilikan awam yang
dibina oleh penduduk Palestin. Media dunia yang berada
dibawah dominasi Israel dan sekutunya mendiamkan
perkara sebegini dari pengetahuan penduduk dunia.
LAPANGAN 22-11
Anak-anak Rohingya bersama penuntut UM yang
hadir ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA
MUKHAYAM AR RIJAL PKPIM
LATIHAN PSIKO TERAPI BERSAMA ANAK-ANAK DI PSIAKU AZWA
Mengambil iktibar dari Peperangan Tabuk Perang Tabuk merupakan antara perang yang mahsyur
didalam sejarah Islam dan turut disertai oleh junjungan
besar Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.
Satu peperangan yang amat berat sebelah dari jumlah
perangkaan, kelengkapan dan persiagaan kaum Quraisy
dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh umat
Islam.
Perang Tabuk berlaku diantara dua sungai, justeru
itulah, pimpinan pusat PKPIM memilih untuk men-
gadakan mukhayam kali ini disatu kawasan yang
terletak diantara dua sungai di Hulu Langat bagi
menambah “feel” kepada latihan dan pengisian yang
akan diberikan.
MRA amat berbesar hati kerana dapat sama terlibat
dalam program berbentuk latihan dan perkaderan, ini
secara tidak langsung dapat memberikan peluang
kepada adik-adik peserta untuk mengenali dan me-
mahami gerakerja dan aktiviti MRA.
Anak-anak istimewa di sini seringkali ditemani oleh ibu atau penjaga mereka. Berinteraksi dengan mereka me-
merlukan kesabaran, kesungguhan dan kreativiti. Setelah saling kenal mengenal, anda pasti gembira melihat telatah
dan keletah mereka yang bersahaja dan penuh keikhlasan. Terima kasih juga kepada adik-adik sukarelawan
MyCORPS yang sudi hadir menghulurkan tenaga dan masa mereka untuk sama-sama membantu MRA disini.
LAPANGAN 22-12
Ustaz Naim dalam satu sesi bersama para peserta
Presiden PKPIM turut mencuba
bakat memasaknya
Perkongsian Gaza dari Sdr. Khairil di Masjid Al Muhtadin,
Damansara Damai, KL
Bengkel Pengupayaan Media Sosial MRA Sebuah bengkel pengupayaan Media Sosial MRA telah diadakan
bagi memahamkan semua jentera kerja MRA mengenai falsafah,
kaedah aplikasi, fungsi dan ciri-cirimedia sosial tersebut.
Bengkel ini telah diterajui perbincangannya oleh Sdr. Ashraff
Abdul Rahman dan telah dihadiri oleh Jabatan Operasi, Jabatan
Pentadbiran dan Sekretariat MRA.
Melihat kepada potensi dan lingkungan pengaruh media sosial
ini, kami berhasrat untuk mengadakan bengkel yang serupa
kepada cawangan negeri dan rakan kongsi MRA yang lain
MRA amat berbesar hati kerana telah
diundang oleh JK Masjid Al Muhtadin,
Damansara Damai bagi berkongsi perk-
habaran mengenai apa yang sedang ber-
laku kepada penduduk Gaza juga
sedikit tentang sejarah Palestin.
Saudara Khairil turut menjelaskan se-
cara panjang lebar mengenai sekatan
barangan yang dikenakan keatas Pales-
tin; iaitu Gaza dan Tebing Barat.
LAPANGAN 22-13
PENERUSAN MISI ARAKAN MRA meneruskan misi di bumi bergolak
iaitu Misi Arakan dengan penghantaran Sdr.
Ashraff Abdul Rahman yang akan men-
getuai operasi MRA disana bagi memu-
dahkan penghantaran bantuan dan perlak-
sanaan program MRA di lapangan.
Tumpuan akan diberikan kepada bantuan
berbentuk makanan dan minuman serta ban-
tuan kesihatan, disamping itu MRA turut
akan meninjau keperluan bagi perlindungan
(shelter), pembekalan air bersih, pendidikan
dan pembangunan komuniti.
Beliau akan dibantu oleh Sdr. Shine @Aung
Win Naing yang bertugas sebagai Koordina-
tor Myanmar.
MRA akan membuka pejabat operasi di
Rangoon bagi membolehkan kerja-kerja
pentadbiran dan pemantauan dapat dilaku-
kan dengan lebih berkesan, pantas dan mu-
dah. MRA juga disamping itu akan melihat
potensi-potensi lain yang boleh dimanfaat-
kan bagi membantu mangsa konflik mem-
bina hidup yang lebih sempurna di masa
hadapan.
Semoga misi ini menepati sasarannya dan
berjalan dengan cemerlang.
Semasa Sentral Sdn. Bhd. sekali lagi tampil
menghulurkan sekeping cek berjumlah
RM30,000 hasil kutipan daripada para pen-
gunjung yang berada di Stesen Sentral Kuala
Lumpur bagi meringankan bebanan yang
ditanggung oleh para penduduk Palestin.
Sumbangan kepada Palestin ini disalurkan ke
tabung MYGEF melalui MRA.
Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah di-
bawah kendalian syarikat Semasa Sentral
Kuala Lumpur yang merupakan anak syari-
kat kepada Malaysian Resources Corporation
Berhad (MRCB).
Sumbangan ini telah diserahkan kepada Dato
Abdul Razak Kechik, Presiden MRA oleh
En. Hussin Mohd Ali, Naib Presiden
(Property) MRCB sendiri.
LAPANGAN 22-14
Sdr. Shahrul dan Sdr. Ashraff di Balai Perlepasan LCCT
Meneruskan Misi Arakan MRA
TERIMA KASIH SEMASA SENTRAL
Aktiviti Debat diantara sekolah-sekolah Monastik
seluruh Mandalay, Myanmar yang mendapat pena-
jaan dari MRA telah diberikan liputan oleh akhbar
dan media tempatan.
Koordinator MRA di Myanmar telah ditemuramah
oleh pihak akhbar mengenai perjalanan keseluruhan
proram. Beliau menyatakan bahawa MRA berhasrat
untuk membawa mesej toleransi dan persefahaman
dikalangan masyrakat yang berbilang bangsa dan
agama.
MRA sebagai sebuah organisasi bantuan kemanu-
siaan turut mempromosikan dialog antara agama dan
peradaban didalam aktivitinya.
KERATAN AKHBAR PROGRAM DEBAT DI MANDALAY
MRA ingin merakamkan jutaan
penghargaan diatas kepercayaan dan
penghargaan yang telah diberikan oleh
UMW TOYOTA kepada MRA.
Sempena meraikan ulangtahun pe-
nubuhan ke 30 UMW TOYOTA di
M a l a y s i a , m e r e k a t e l a h
menghadiahkan sebuah kenderaan
pacuan empat roda, jenis Hilux kepada
MRA.
Pemberian ini adalah berdasarkan
kepada prestasi dan komitmen yang
telah ditunjukkan oleh MRA dalam
kerja-kerja bantuan yang telah dilaku-
kan sebelum ini.
TERIMA KASIH UMW TOYOTA
SUMBANGAN BEG DARI UNHCR Musim persekolahan menjelang lagi, anak-anak
pelarian Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya
MRA di Cheras Baru turut tidak sabar menunggu
sekolah dibuka.
Seperti kebiasaan setiap tahun, UNHCR akan
mengagih-agihkan beg sekolah kepada anak-anak
pelarian Rohingya yang bakal memulakan pelajaran
mereka dalam darjah satu.
Sumbangan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat
mereka untuk menuntut ilmu dan menjadi manusia
yang berguna suatu hari kelak.
LAPANGAN 22-15
PERTEMUAN DENGAN WAKIL ICNA
Presiden MRA, Dato Dr. Abdul
Razak bin Kechik diiringi oleh
Pengurus Operasi MRA, Sdr.
Mohd Iqbal Abu Bakar telah men-
gadakan satu pertemuan dengan
wakil ICNA yang berada dalam
kunjungan rasmi ke Malaysia.
Pertemuan ini adalah lanjutan dari-
pada pertemuan MRA dengan
wakil ICNA di Pakistan sebelum
Qurban yang baru lalu. Selain dari-
pada melaporkan aktiviti Qurban
1432, kami turut berkongsi men-
genai gerakerja MRA dan keper-
luan di lapangan Arakan.
Dialog & Wacana Meja Bulat Halatuju
Pendidikan Alternatif di Malaysia
MRA telah sekali lagi dijemput untuk
hadir dan berkongsi maklumat didalam
sesi dialog dan wacana meja bulat
mengenai pendidikan Alternatif di
Malaysia.
MRA telah diwakili oleh Sdr. Johari Kan
Abdullah, Penyelia Sekolah Komuniti
Rohingya di Cheras Baru. Beliau telah
berkongsi mengenai pengalaman dan
kaedah yang telah dan sedang kami
gunakan didalam mendidik anak-anak
Rohinga.
Sekumpulan penuntut dari jurusan Multimedia,
Management Sciences University (MSU) telah
berkunjung ke Sekretariat MRA bagi berbin-
cang mengenai keperluan multimedia yang
diperlukan oleh MRA.
Kumpulan ini begitu bersemangat dan berhasrat
untuk membantu menyediakan keperluan multi-
media bagi menyiapkan MRA dengan perkaka-
san yang perlu didalam kempen-kempenya
nanti.
Kehadiran mereka telah disambut oleh Cik
Fauziah Tahar yang turut menerangkan secara
terperinci mengenai MRA.
KUNJUNGAN DARI PENUNTUT MSU
LAPANGAN 22-16
Dari Rembau pergi ke Mantin Tiba Seremban hilang dahaga
Bertolong bantu untuk Palestin Lima badan gabung tenaga
Wakil-wakil dari ABIM, PKPIM, GPM, MAPIM & MRA sedang berbincang
mengenai kerjasama membantu Palestin melalui gabungan MYGEF