Download - 2.2 b-c-d-pengaruh-suhuhujan-dan-angin (1)
PENGARUH SUHU, HUJAN
DAN ANGIN
KE ATAS TUMBUHAN
SUHU
HUJAN
ANGIN
UNSUR IKLIM
KESAN SUHU
TERHADAP
PERTUMBUHAN
DAN HASIL
TANAMAN
KAEDAH UNTUK
MENDAPATKAN
SUHU YANG
SESUAI
HUJAN
1. KESAN AIR
TERHADAP PROSES
TANAMAN
2. KAEDAH MENDAPATKAN
AIR YANG MENCUKUPI
3. PENGUKUHAN
KESAN ANGIN TERHADAP
PERTUMBUHAN HASIL
TANAMAN
AMALAN UNTUK
MENGELAKKAN
DARIPADA CEDERA
AKIBAT ANGIN/ RIBUT
ANGIN
PERCAMBAHAN BIJI BENIH
KUALITI HASIL TUMBUHAN
FIZIKAL TUMBUHAN
TRANSPIRASI
1. MEMILIH TAPAK
2. MENYEDIAKAN NAUNGAN
3. MENYEDIAKAN
SUNGKUPAN
FOTOSINTESIS
PENYERAPAN DAN
TRANSLOKASI NUTRIEN
TRANSPIRASI
KESEGAHAN SEL
TRANSPIRASIPENDEBUNGAAN
PENYEBARAN PENYAKIT
DAN PEROSAK
FIZIKAL TUMBUHAN
KESAN ANGIN TERHADAP
PERTUMBUHAN HASIL
TANAMAN
MENGADAKAN PENGADANG ANGIN
MEMILIH TAPAK
MEYEDIAKAN SOKONGAN
MENANAM PADA JARAK
YANG SESUAI
PERCAMBAHAN BIJI BENIH
Suhu yang sesuai untuk percambahan adalah berbeza mengikut spesies.
Suhu yang tinggi diantara 210c – 430c akan meningkatkan respirasi biji benih seterusnya menggalakkan percambahan biji benih.
Percambahan biji benih turut dipengaruhi oleh ketersediaan air, oksigen dan keadaan persekitaran yang gelap
TRANSPIRASI
Ialah proses kehilangan air melalui proses penyejatan daripada
tumbuhan.
Apabila suhu meningkat kadar transpirasi turut meningkat.
Kadar transpirasi menjadi rendah pada waktu malam kerana
keadaan persekitaran lebih sejuk.
Transpirasi yang berlaku pada musim kemarau boleh menyebabkan
tumbuhan mati akibat kehilangan air daripada tisu-tisu.
3. KUALITI HASIL TUMBUHAN
Suhu rendah mengurangkan penggunaan tenaga/meningkatkan
penyimpanan gula/mengurangkan respirasi/mengurangkan
aktiviti enzim --------hasil tanaman dapat disimpan lebih lama.
Suhu terlalu tinggi menyebabkan kadar respirasi melebihi
kadar fotosintesis, menyebabkan makanan yang dihasilkan
melalui proses fotosintesis akan hilang melalui respirasi.
Pertumbuhan hanya berlaku jika kadar fotosintesis melebihi
kadar respirasi.
4. FIZIKAL TUMBUHAN
Suhu terlalu tinggi – menyebabkan kecederaan / bunga tidak
normal/ buah melecuh @ luruh /
mata tunas tidak berkembang dengan
normal.
Suhu terlalu tinggi atau terlalu rendah – membantutkan
pertumbuhan tumbuhan
1. MEMILIH TAPAK
Kawasan tinggi (Cameron Highland) – suhu lebih rendah /
menanam tanaman seperti teh, kubis, kubis bunga
Kawasan pamah /rendah – suhu lebih tinggi / tanam tanaman
seperti padi, getah , kopi (tanaman tropika)
2. MENYEDIAKAN NAUNGAN
Naungan - mampu mengawal tahap kepanasan /
mengurangkan kesan peningkatan suhu @
cahaya matahari terik.
Contoh naungan:-
1. Tumbuhan (pokok gliricidium) – melindungi koko
2. Jaring hitam
3. Anyaman daun-daun kelapa
4. Bumbung yang diperbuat daripada kayu-kayu
panjang yang disusun rapat.
MENYEDIAKAN SUNGKUPAN
• Tujuan sungkupan dilakukan adalah untuk
mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
oleh cahaya matahari.
• Ia juga dapat mengurangkan kehilangan air dari
permukaan tanah.
• Bahan sungkupan merupakan sisa tumbuhan seperti
daun, jerami padi, lalang, rumput, pelepah
kelapa/kelapa sawit atau plastik hitam.
FOTOSINTESIS
Kadar fotosintesis bergantung kepada
jumlah air dipersekitaran.
Apabila sumber air dipersekitaran tidak
mencukupi maka akar tidak dapat
menyerap air secukupnya untuk
disampaikan kepada bahagian tumbuhan,
terutamanya daun, yang menjalankan
fotosintesis
PENYERAPAN DAN TRANSLOKASI
NUTRIEN
Translokasi – pengangkutan bahan-bahan keperluan dari satu
bahagian ke bahagian lain.
Terdapat 2 proses pengangkutan:-
1. pengangkutan air dan bahan-bahan terlarut dari akar
ke bahagian lain. (xilem)
2. pengangkutan bahan tersintesis dari daun ke bahagian
tumbuhan lain. (floem)
TRANSPIRASI
Proses transpirasi – air dalam bentuk wap dilepaskan drp.
permukaan daun/bahagian lain.
Secara langsung akan menyejukkan permukaan daun.
Kelembapan tinggi(selepas hujan) – transpirasi rendah.
Pengairan secara percikan dapat meningkatkan kelembapan
di atas permukaan tumbuhan dan akan mengurangkan
transpirasi .
KESEGAHAN SEL
Bekalan air yang mencukupi
penting untuk menentukan
kesegahan sel.
Apabila air mencukupi semua
daun pokok akan kembang
dengan sempurna untuk
menerima cahaya matahari.
TRANSPIRASI
Angin bertiup akan mengalihkan kelembapan
– kadar transpirasi bertambah.
Kadar transpirasi paling tinggi - hari panas yang
kering berserta tiupan angin.
Kadar transpirasi rendah – suhu rendah,
kelembapan udara tinggi,
tiada tiupan angin.
PENDEBUNGAAN
Angin mempengaruhi proses pendebungaan.
Debunga halus yang diterbangkan oleh angin
dipindahkan kepermukaan stigma bunga yang lain.
Debunga halus seperti debunga jagung mudah
diterbangkan oleh angin ke pokok-pokok lain.
PENYEBARAN PENYAKIT DAN PEROSAK
Angin – agen penyebar penyakit dan perosak.
Spora-spora kulat pada permukaan daun mudah
diterbangkan angin.
Serangga juga boleh dipindahkan ke kawasan lain oleh
angin seperti afid, trip, ulat bungkus.
Serangga yang boleh terbang seperti pianggang, bena,
kumbang, rama-rama, tebuan akan dibawa lebih jauh
oleh angin.
FIZIKAL TUMBUHAN
• Angin menyebabkan kerosakan secara
mekanik ke atas tanaman.
• Tanaman yang mempunyai daun lebar dan
lembut seperti pisang, mudah rosak apabila
ditiup angin.
• Daun tumbuhan yang terdedah kepada angin
kencang akan layu dan kering kerana
kehilangan air yang berlebihan ke udara.
MENGADAKAN PENGADANG ANGIN
Pengadang angin terdiri daripada sebarang
struktur yang boleh digunakan untuk
menghalang tiupan angin.
Pokok besar seperti palma, boleh ditanam dalam
satu barisan untuk menghalang tiupan angin.
Tanaman seperti sayur-sayuran boleh dilindungi
dari tiupan angin dengan pokok pepagar seperti
Akalifa siam
MEMILIH TAPAK
Pokok yang mudah dirosakkan oleh tiupan
angin seperti pisang harus ditanam di kawasan
yang kurang mengalami tiupan angin kencang.
MENYEDIAKAN SOKONGAN
Sokongan dalam bentuk kayu tunggal lazimnya
disediakan untuk anak pokok yang baru tanam.
Ini adalah kerana anak pokok masih tidak
mempunyai batang dan akar yang kuat
Dengan adanya sokongan anak pokok tidak
akan tumbang apabila ditiup angin.
MENANAM PADA JARAK YANG SESUAI
Menanam pada jarak yang sesuai akan menghasilkan
pokok yang tahan tiupan angin.
Tanaman yang ditanam terlalu rapat mudah ditumbangkan
angin.(tanaman berbatang tinggi dan kurus – tidak kuat)
KAEDAH MENDAPATKAN AIR YANG
MENCUKUPI
1. PENGAIRAN
2. SALIRAN
3. MENANAM PADA MASA YANG SESUAI
LATIHAN
1. Berikan 3 kesan air ke atas proses tanaman.
a.
b.
c.
2. Berikan 2 kaedah untuk mendapatkan air yang
mencukupi untuk tanaman.
a.
b.
LATIHAN
3. Berikan 3 kesan angin ke atas proses tanaman.
a.
b.
c.
4. Berikan 2 kaedah untuk mengelakkan daripada
cedera ribut.
a.
b.