Download - 207731360-kgansan-sukan
-
ORIENTASI MATLAMAT DAN KECENDERUNGAN KEAGRESIFAN INSTRUMENTAL DI KALANGAN PEMAIN BOLA BALING REMAJA.
BAHARIM BIN HASHIM
DISERTASI INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA
PENDIDIKAN (SAINS SUKAN)
FAKULTI SAINS SUKAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
NOVEMBER 2007
-
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah diperjelaskan sumbernya.
_____________________________________________
BAHARIM BIN HASHIM M20031001397
26.01.2007
-
PENGHARGAAN Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah (S.W.T) kerana dengan izin dan rahmatnya
saya telah mampu menyiapkan disertasi ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Shaharudin bin Abd.
Aziz selaku penyelia. Ucapan terima kasih juga saya rakamkan buat semua pensyarah
Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah memberi tunjuk ajar sepanjang
pengajian saya di sini.
Ucapan terima kasih juga kepada kepada rakan-rakan sepejuangan yang sering
membantu dan tidak ketinggalan, ditujukan kepada pegawai dan pemain bola baling
Daerah Kinta Dua yang telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam proses
pengumpulan data.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa tersayang yang sentiasa
mengiringi doa kejayaan dan akhir sekali penghargaan ini khusus buat isteri tersayang
Puan Umi Kalthum binti Amir dan anak-anak : Zikree Ridhuan, Hanis Izzati, Zahirin
Syazwan dan Hannah Izzureen yang sentiasa memberi sokong dan dorongan. Andalah
sumber inspirasi, tanpa kasih saying anda semua tidak mungkin tugasan ini dapat
disempurnakan. Semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada anda yang berjasa.
BAHARIM BIN HASHIM
-
ABSTRAK
Orientasi Matlamat Dan Kecenderungan Keagresifan Instrumental
Di KalanganPemainBola Baling Remaja
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental di kalangan pemain bola baling MSSP Daerah Kinta Dua, Perak. Kajian ini melihat orientasi matlamat, kecenderungan keagresifan instrumental, individu yang mempengaruhi keagresifan instrumental dan situasi yang dijangkakan akan mempengaruhi kecenderungan atlet untuk melakukan keagresifan instrumental. Instrumen soal selidik yang digunakan ialah Task and Ego Orientation In Sport Questionnaire (TEOSQ) oleh Duda & Nicholls (1991) dan The Judgement About Moral Behavior In Youth Sport Questionnaire (JAMBYSQ) oleh Stephens, Bredemeier & Sheilds (1993). Seramai 166 atlet (85 lelaki dan 81 perempuan), yang terdiri daripada pemain pasukan yang memasuki peringkat suku akhir pertandingan bola baling peringkat daerah ini, telah bekerjasama untuk menjadi sampel kajian. Analisis kajian mendapati penglibatan atlet-atlet ini adalah berorientasikan tugasan. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi orientasi tugasan pemain bola baling lelaki dan perempuan manakala tiada perbezaan yang signifikan bagi orientasi ego. Atlet-atlet ini juga cenderung untuk melakukan keagresifan instrumental. Keagresifan instrumental mereka dipengaruhi oleh guru atau jurulatih. Situasi yang mempengaruhi atlet lelaki melakukan keagresifan instrumental adalah kedudukan seri manakala bagi situasi yang mempengaruhi atlet perempuan adalah situasi yang menaikkan semangat mereka.
-
ABSTRACT
Goal Orientation and Instrumental Aggression Tendencies Among Teenage Handball Players
The purpose of this study is to identify goal orientation and instrumental aggression tendencies among handball players participating in the MSSP Kinta Dua District tournament. In this study, the following aspects were examined; goal orientation, individuals that influence instrumental aggression and situations perceived to influence the athletes likelihood to aggress. The Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ) by Duda and Nicholls(1991) was used as the research instrument, together with the Judgement About Moral Behaviour in Youth Sport Questionnaire (JAMBYSQ) by Stephens, Bredemeier & Shields(1993). A total of 166 athletes (85 males and 81 females) from the teams participating in the quarter finals of the district level handball tournament were taken as research samples. The results reveal that athletes participation in the MSSP Kinta Dua District handball tournament was task-oriented. There was a significant difference between the task orientation of male and female athletes, while for ego orientation, no significant difference was found. It was also discovered that the athletes have the tendency to use instrumental aggression that was influenced by their teachers or coaches. The situations that influence the male athletes to aggress is the draw score situation, while the female athletes will use instrumental aggression in situations that arouse their spirits
-
KANDUNGAN.
HALAMAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan. . . . . . . . 1
1.2 Latar belakang kajian. . . . . . 9
1.3 Pernyataan masalah. . . . . . . 13
1.4 Objektif kajian . . . . . 16
1.5 Persoalan kajian. . . . . . . 17
1.6 Batasan kajian. . . . . . . 18
1.7 Definisi operasional. . . . . . . 19
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan. . . . . . . . 21
2.2 Motivasi . . . . . . . 22
2,3 Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik . . . . . 24
2.4 Teori Motivasi. . . . . . . 26
2.4.1. Motivasi pencapaian dalam sukan bola baling. 26
2.4.2. Motivasi keyakinan diri. . . . 27
2.5 Orientasi Matlamat. . . . . . . 30
-
2.6 Teori-teori keagresifan. . . . . . 31
2.6.1 Teori Naluri. . . . . . 32
2.6.2 Teori Pembelajaran Sosial. . . . 33
2.6.3 Teori Pemahaman Moral Bredemeier. . 34
2.6.4 Formulasi semula teori Frustrasi-Agresif. . 36
2.7 Kerangka teoritikal kajian. . . . . . 37
2.8 Faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan. 38
2.9 Kajian-kajian berkaitan orientasi matlamat (tugasan & ego)
dalam bola baling. . . . . . 45
2.10 Kajian-kajian berkaitan orientasi matlamat (tugasan & ego)
dalam sukan . . . . . . . 46
2.11 Kajian berkaitan dengan keagreasifan. . . . 51
2.12 Rumusan . . . . . . . 53
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan. . . . . . . . 56
3.2 Rekabentuk kajian. . . . . . . 57
3.3 Kerangka konseptual kajian. . . . . . 58
3.4 Tempat kajian . . . . . . . 60
3.5 Sampel kajian. . . . . . . . 60
3.6 Instrumen kajian. . . . . . . 61
3.7 Kebolehpercayaan dan kesahan instrumen kajian. . 65
3.8 Kajian rintis . . . . . . . 66
3.9 Prosuder kajian. . . . . . . 68
3.10 Analisis data. . . . . . . . 70
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan . . . . . . . 71
4.2 Maklumat demografi responden . . . . 72
-
4.2.1 Umur responden. . . . . 72
4.2.2 Jantina responden. . . . . 73
4.2.3 Pengalaman bermain bola baling. . . 73
4.2.4 Pengalaman dengan jurulatih . . . . 74
4.2.5 Jangkaan responden sebelum bertanding. . 74
4.3 Corak orientasi matlamat . . . . . 75
4.3.1 Analisis corak orientasi matlamat. . . 75
4.3.2 Perbezaan orientasi tugasan . . . . 77
4.3.3 Perbezaan orientasi ego. . . . 78
4.4 Keagresifan instrumental . . . . 79
4.4.1 Kecenderungan pemain bola baling
Daerah Kinta Dua melakukan keagresifan
keagresifan instrumental. . . . 79
4.4.2 Perkaitan diantara orientasi matlamat dan
keagresifan instrumental. . . . 80
4.4.3 Perbezaan kecenderungan keagresifan
instrumental pemain bola baling
Daerah Kinta Dua. . . . . 82
4.4.4 Situasi yang mempengaruhi pemain bola baling
Daerah Kinta Dua. . . . . 82
4.4.5 Situasi yang mempengaruhi keagresifan
instrumental pemain bola baling lelaki. . 84
4.4.6 Situasi yang mempengaruhi keagresifan
instrumental pemain bola baling perempuan. . 85
4.4.7 Individu yang berpengaruh pemain bola baling
Daerah Kinta Dua melakukan keagresifan. . 86
4.4.8 Individu yang mempengaruhi pemain bola baling
lelaki melakukan keagresifan instrumenta. . 87
4.4.9 Individu yang mempengaruhi pemain bola baling
perempuan melakukan keagresifan instrumental. 88
-
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan. . . . . . . . 89
5.2 Perbincangan. . . . . . . . 90
5.3 Rumusan. . . . . . . . 95
5.4 Cadangan . . . . . . . 97
5.5 Cadangan untuk kajian akan datang. . . . . 99
5.6 Penutup . . . . . . . 100
RUJUKAN . . . . . . . . . 101
LAMPIRAN.
1. Borang soal selidik. . . . . . . . 117
2. Surat permohonan membuat kajian ke Jabatan Pelajaran Perak. . 123
3. Surat kebenaran menjalani penyelidikan daripada Jabatan
Pelajaran Perak. . . . . . . 124
4. Suarat Kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. .. 125
-
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN 4.1 Nilai Kebolehpercayaan Instrumen Kajian. . . . 68 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur. . . . 72 4.3 Jantina Responden. . . . . . 73 4.4 Pengalaman Responden Bermain Bola Baling. . . 73 4.5 Pengalaman Responden Dengan Jurulatih. . . . 74 4.6 Jangkaan Responden Sebelum Bertanding . . . 74 4.7 Corak Orientasi Matlamat Pemain Bola Baling
Daerah Kinta Dua. . . . . . . 76
4.8 Corak Orientasi Matlamat Pemain Bola Baling Lelaki . . . . . . 76
4.9 Corak Orientasi Matlamat Pemain
Bola Baling Perempuan . . . . . 77 4.10 Perbezaan Orientasi Tugasan Pemain Bola Baling
Daerah Kinta Dua (Ujian-t). . . . . . 78 4.11 Perbezaan Orientasi Ego Pemain Bola Baling
Daerah Kinta Dua (Ujian t) . . . . 78 4.12 Taburan Kecenderungan Keagresifan Instrumental
Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua. . . . 79
4.13 Skala Kekuatan Korelasi. . . . . . 80 4.14 Kolerasi Matriks- Hubungan ( r ) Antara Orientasi
Matlamat ( Tugasan dan Ego) Dengan Keagresifan Instrumental. . . . . . . . 81
4.15 Perbezaan Kecenderungan Keagresifan Intrumental
Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua (Ujian-t). . . 82
4.16 Situasi Yang Mempeng Keagresifan Instrumental Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua. . . 83
4.17 Situasi Yang Mempengaruhi Keagresif Instrumental Pemain
-
Bola Baling Lelaki Daerah Kinta Dua. . . . 84
4.18 Situasi Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental
Pemain Bola Baling Perempuan Daerah Kinta Dua . . 85
4.19 Individu Yang Mempengaruhi Pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua Melakukan Keagresifan Instrumental. . 86
4.20 Individu Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental
Pemain Bola Baling Lelaki Di Daerah Kinta Dua. . 87
4.21 Individu Yang Mempengaruhi Keagresifan Instrumental Pemain Bola Baling Perempuan Daerah Kinta Dua. . 88
-
SENARAI RAJAH
RAJAH HALAMAN
2.1 Perspektif Keseluruhan Kerangka Teoritikal kajian orientasi matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental. . . . . . . . 38
3.1 Kerangka konseptual peranan orientasi matlamat,
kecenderungan keagresifan dan faktor-faktor kontektual. . 59
-
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Untuk membentuk insan yang kamil, penerimaan ilmu secara
teori melalui kurikulum di sekolah tidak akan mantap tanpa pengamalan praktikal atau
amali. Di sinilah letaknya peranan kokurikulum. Gerak kerja kokurikulum, yang
membentuk keperibadian pelajar melalui berbagai aktiviti amali, dikelompokkan
kepada tiga kumpulan, iaitu pasukan beruniform, persatuan atau kelab serta sukan dan
permainan. (Shahril & Habib , 1999).
-
2
Sukan merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal.
Aktiviti bersukan selalunya dikaitkan dengan konsep bersenam, bermain, beriadah dan
bergembira. Tahap aktiviti fizikal pula boleh dikaitkan secara positif dengan
peningkatkan tahap kesihatan mental (Stephens, 1988). Namun, terdapat juga
beberapa tingkah laku negatif yang timbul, seperti keganasan dan keagresifan di
dalam sukan. Perkara-perkara ini boleh menghalang seseorang daripada menikmati
faedah bersukan. Persoalannya, apakah matlamat bersukan, sehingga boleh
mengwujudkan keagresifan? Ganas atau keganasan didefinisikan sebagai suka
menyerang, suka marah, bengis dan tidak bertimbang rasa. Sementara agresif adalah
tingkah laku yang cenderung untuk menyerang (Kamus Dewan, 1989). Menurut
Martens (1979), keganasan dan keagresifan adalah sama dan tahap keganasan dan
keagresifan bergantung kepada ransangan yang diterima dan orientasi matlamat atlet
melibatkan diri dalam sukan.
Orientasi matlamat merupakan motif penglibatan seseorang atlet dalam bidang
sukan. Menurut Roberts (1992), orientasi matlamat terbahagi kepada dua perspektif
iaitu:
i. Orientasi tugasan (Task Orientation)
ii. Orientasi ego (Ego Orientation)
Orientasi matlamat selalunya akan mempengaruhi tindakan atlet dalam permainan.
Atlet yang beorientasikan tugasan biasanya akan menyandarkan kebolehan dan
kepakaran sebagai kayu pengukur bagi kejayaan dan kegagalan. Bagi atlet yang
berorientasikan ego pula, selalunya kejayaan dan kegagalan dinilai dengan
membandingkan dengan kemampuan orang lain (Duda, 1998). Kajian tentang
orientasi matlamat atlet adalah perlu bagi melihat motif perlibatan atlet dan kaitannya
dengan keagresifan Instrumental.
-
3
Ahli psikologi sukan mendefinisikan keagresifan sebagai apa sahaja bentuk
tingkah laku yang bermatlamat untuk menyakiti atau mencederakan benda hidup yang
lain, yang mana benda hidup tersebut mempunyai motivasi untuk mengelakkan diri
mereka daripada disakiti atau dicederakan (Baron & Richardson, 1994). Istilah
keagresifan ini boleh digunakan dalam banyak cara, sama ada di dalam sukan atau
senaman. Menurut Gill (1986), istilah ini telah secara automatik menarik perhatian
sekumpulan orang dan seterusnya akan menghasilkan penilaian positif atau negatif
serta tindak balas emosi. Akan tetapi, kebanyakan keagresifan dalam situasi sukan
bergantung kepada interpretasi sama ada negatif atau positif.
Silva (1988) menganggap keagresifan sebagai tingkah laku yang berupa
percakapan atau perlakuan fizikal yang boleh mencederakan individu lain. Cox (1998)
bersetuju dengan Silva, tetapi menambah dengan keadaan semasa bersukan. Pendapat
ini selari dengan pendapat Alderman (1974), yang mengatakan bahawa keagresifan
mempunyai kaitan dengan bergaduh atau perlakuan ganas yang bertujuan untuk
mencederakan lawan. Ianya tidak melibatkan sikap dan emosi individu. Kebiasaannya
keagresifan dizahirkan melalui tingkah laku seseorang apabila dirangsang untuk
melakukannya.
Gill (1986) menggariskan empat kriteria yang menyebabkan berlakunya
keagresifan. Pendapat ini disokong oleh Baron & Richardson (1994) di mana kriteria
tersebut adalah:
i. Perlakuan atau tingkah laku.
Seorang pemain bola baling merempuh pemain lawan. Merempuh itu
merupakan tingkah laku dan ianya dikira sebagai keagresifan.
ii. Bermatlamat (mempunyai niat).
-
4
Jika seorang pemain bola baling mencederakan dagu lawan semasa
melontar bola untuk menjaringkan gol, ini tidak dianggap sebagai
keagresifan kerana dia tidak berniat untuk mencederakan lawannya.
iii. Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal
atau psikologikal.
Keagresifan secara fizikal adalah seperti menyiku, menumbuk, merempuh
manakala secara psikologikal adalah seperti mengejek, mencela, memaki
yang boleh menyakiti dan mengecilkan lawan.
iv. Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri
daripada dicederakan.
Contohnya jika pemain bola baling membaling bola ke dinding di dalam
bilik persalinan kerana tidak puas hati, ini tidak dianggap sebagai
keagresifan kerana tindakan ini tidak melibatkan benda hidup.
Walau bagaimanapun, Wann (1997) berpendapat bahawa, keagresifan adalah
satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal,
verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri
daripada dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan kepada
harta benda yang berpunca daripada kemarahan. Pendapat ini disokong oleh
Shaharudin (2001), kerana ia mengambil kira kerosakan harta benda sebagai ciri
keagresifan. Oleh itu, misalnya, jika seorang pemain hoki tidak berpuas hati terhadap
pengadil dan telah memecahkan pintu bilik persalinan, ini dianggap satu tindakan
keagresifan (Shaharudin, 2001).
Buss (1961), membahagikan keagresifan kepada dua iaitu keagresifan ketara
(Hostile / reaktif) dan keagresifan instrumental. Keagresifan ketara merujuk kepada
keagresifan yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan
-
5
individu lain (atau objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami
kesakitan. Ganjarannya (kepuasan) pula melihat individu tersebut terseksa dengan
kesakitan yang dialaminya (Silva, 1984). Ciri keagresifan ketara adalah, wujudnya
perasaan marah atau dendam dan merancang atau berniat untuk menumbuk / menyiku
/ atau merempuh pemain lawan sehingga tercedera / menderita. Individu ini akan
merasa puas (ganjaran) bila melihat pemain lawan menderita. Bagi individu ini,
mereka tidak mementingkan keputusan pertandingan sebaliknya, apa yang penting
bagi mereka adalah dapat merugikan lawan.
Menurut Baron & Richardson (1994) pula, keagresifan adalah apa sahaja
bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke
atas benda hidup yang lain, dan bermotivasi untuk mengelakkan diri daripada
dicederakan. Keagresifan dibahagikan kepada dua jenis iaitu keagresifan ketara dan
keagresifan instrumental. Keagresifan ketara merupakan tindakan agresif yang
berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain
serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan merasa
puas melihat individu tersebut tersiksa.(Silva, 1984) Keagresifan instrumental pula
adalah satu tingkah laku yang bertujuan untuk mencederakan lawan untuk
memperolehi faedah yang lain (Silva, 1981). Keagresifan instrumental sering
dilakukan oleh atlet, di mana seseorang atlet akan bertindak mencederakan lawan
kerana dorongan untuk mengatasi kehebatan pihak lawan ataupun untuk mencapai
kemenangan. Dalam kajian ini, penyelidik akan mengenalpasti kewujudan keagresifan
instrumental dalam sukan bola baling, dan perkaitannnya dengan orientasi matlamat
atlet.
-
6
Keagresifan instrumental pula adalah tingkah laku agresif yang juga bertujuan
(niat) untuk merugikan lawan (mendatangkan kecederaan), tetapi matlamatnya bukan
untuk membuat mangsa menderita, sebaliknya adalah untuk mendapatkan kelebihan
(faedah / ganjaran) lain seperti kemenangan dan sebagainya (Silva, 1980). Individu
yang melakukan keagresfan instrumental melihat tindakan ini sebagai satu keperluan
(instrumental) untuk mencapai matlamat yang diingini. Sebagai contoh, di dalam
permainan bola baling, seorang pemain merempuh dengan kasar pemain lawan yang
bahaya yang ingin melontar bola ke arah gol. Tindakan tersebut dilakukan bukan
kerana pemain pertahanan tersebut marah atau benci terhadap lawannya, sebaliknya
jika penyerang bahaya tersebut cedera maka peluang untuk pasukan lawan
menjaringkan gol adalah tipis, seterusnya meningkatkan peluang pasukannya untuk
menang. Bagi tujuan kajian ini, keagresifan instrumental dipilih kerana umum
menganggap tindakan keagresifan remaja adalah untuk mendapat kelebihan seperti
kemenangan.
Terdapat satu lagi istilah yang menunjukkan tingkah laku agresif dalam sukan
iaitu Tingkah laku Asertif (Assertive Behavior). Menurut Shaharudin (2001) tindakan
asertif merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan
(mengikut undang-undang permainan) untuk mencapai matlamat (kemenangan ).
Jika berlaku kecederaan akibat tindakan asertif, ianya tidak dikira sebagai tindakan
agresif kerana tindakan tersebut mengikut peraturan permainan dan tiada niat untuk
mencederakan pemain lawan. Dalam konteks permainan pula, jika jurulatih
mengarahkan pemainnya lebih agresif, ini bermaksud supaya bermain lebih keras
tetapi tidak bermaksud untuk mencederakan lawan (Silva, 1980; Silva & Conroy,
1995). Walau bagaimanapun, jika pemain tercedera akibat tindakan tersebut, ianya
lebih merupakan insiden dalam permainan (Silva, 1980). Satu contoh permainan keras
-
7
di dalam permainan bola baling adalah pemain menolak tangan lawan semasa
merebut bola. Tindakan tersebut dilakukan dengan bertujuan untuk mengelakkan
pemain lawan daripada selesa dan untuk mengelakkannya daripada melakukan
jaringan gol.
Adalah amat sukar untuk menilai sesuatu perlakuan sebagai asertif atau agresif
kerana ianya melibatkan niat atlet. Sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila
mereka melakukan sesuatu tindakan dalam konteks permainan kerana ianya berlaku
terlalu pantas, khususnya di dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran
terbuka (open skill) (Shaharudin, 2001). Menurut Alderman (1974), penglibatan atlet
di dalam sukan adalah berdasarkan kepada tahap pertama; iaitu perlakuan asas yang
mendorong ke arah kecemerlangan. Tahap kedua pula ialah kebolehan atau bakat
semulajadi seseorang dan tahap ketiga adalah mengenai kemahiran spesifik yang
diperlukan semasa menjalankan tugas. Tahap-tahap ini akan merangkumi aspirasi
pemain, pengiktirafan daripada semua pihak, kejayaan, kestabilan emosi, kompenan
personaliti dan motivasi. Ciri-ciri ini yang akan merangsang naluri dan motivasi atlet
ke arah tingkah laku agresif bagi merealisasikan matlamat masing-masing. Oleh itu
pengadil permainan perlu memainkan peranan penting dalam mentafsir tindakan
pemain agar setiap permainan bebas daripada keagresifan.
Berkaitan dengan penjelasan di atas, kajian ini akan menjurus kepada situasi
yang mendorong atlet melakukan keagresifan. Situasi tersebut adalah jika pihak lawan
melakukakan keagresifan, tindakan atlet dijangkakan akan menaikkan semangat
pasukan dan kedudukan seri dimana dengan tindakan keagresifan akan membantu
menewaskan pihak lawan
-
8
Kajian tentang orientasi matlamat dan keagresifan instrumental dalam sukan
bola baling akan memberikan gambaran yang jelas tentang permasalahan ini. Secara
keseluruhannya, dapatan ini akan membantu pihak-pihak tertentu untuk memahami
kaitan diantara orientasi matlamat dan keagresifan instrumental. Menurut Shaharudin
(2001), satu perkara menarik yang dapat diperhatikan ialah terdapat sesetengah
penggiat sukan yang mendidik serta menggalakkan para atlet agar menjadi lebih
agresif sewaktu bersukan. Mereka berpendapat bahawa untuk berjaya di dalam sukan,
atlet perlu bersikap dan bermain secara agresif. Untuk meninjau perkara ini dengan
lebih mendalam, kajian ini akan melihat individu-individu dan persekitaran yang
memberi pengaruh kepada keagresifan instrumental atlet.
Media di Malaysia juga sering menyalahgunakan istilah agresif. Terdapat juga
pihak media yang menyalahkan faktor kurang agresif sebagai penyebab kekalahan
yang dialami oleh atlet di dalam permainan. Fakta ini haruslah diperbetulkan. Media,
sebaliknya patut menggunakan istilah asertif untuk menggambarkan permainan yang
lebih cergas dan lasak. Tindakan asertif merujuk kepada penggunaan perlakuan fizikal
atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan ) untuk
mencapai sesuatu matlamat ( kemenangan) (Shaharudin, 2001).
Di dalam keghairahan penggiat sukan untuk mengecap kemenangan, faktor
disiplin dan moral atlet haruslah diutamakan. Sukan patutlah dijadikan arena untuk
membentuk disiplin dan moral atlet. Pendapat yang mengatakan bahawa keagresifan
merupakan ramuan kejayaan sesuatu pasukan perlu dinilai semula supaya bersesuaian
dan dapat diterima oleh masyarakat (Shaharudin, 2001). Apa gunanya kemenangan
jika persembahan atlet dilihat tidak bermoral? Moral mempengaruhi cara manusia
-
9
berinteraksi antara satu sama lain, juga, bagaimana tingkahlaku mereka
mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain (Iheoma, 1986).
Isu disiplin dan moral tidak dapat dipisahkan daripada arena sukan tempatan
dan antarabangsa. Oleh itu, penyelidik telah memilih untuk mengkaji orientasi
matlamat dan kecenderungan keagresifan instrumental yang dipamirkan oleh pelajar-
pelajar sekolah sewaktu pertandingan sukan. Satu kajian telah dijalankan ke atas
pemain bola baling di dalam pertandingan peringkat Daerah Kinta Dua Perak dalam
Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perak. Pasukan yang dipilih untuk
kajian ini adalah pasukan yang telah berjaya memasuki peringkat suku akhir.
Penyelidik juga mengkaji corak orientasi matlamat yang mempengaruhi keagresifan
instrumental pelajar serta faktor individu dan situasi persekitaran yang mempengaruhi
keagresifan.
1.2 Latar Belakang Kajian
Penglibatan dalam sukan oleh kanak-kanak dan remaja biasanya mempunyai kaitan
secara langsung dengan sistem persekolahan. Di peringkat sekolah, aktiviti sukan
adalah wajib kerana ia perlu untuk meningkatkan pertunbuhan mental dan fizikal
pelajar. Manakala, menurut psikologi perkembangan pula, bersukan dapat memenuhi
keperluan pertumbuhan fizikal, mental, emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja
(Bergain dan Habusta, 2004). Menyedari bahawa sukan amat penting bagi
pertumbuhan serta perkembangan kanak-kanak dan remaja, maka ia telah dijadikan
sebagai salah satu komponen wajib di dalam kurikulum persekolahan di Malaysia.
Di antara faedah perlaksanaan sukan di sekolah adalah:
i. Melahirkan individu yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal.
-
10
ii. Memupuk disiplin, semangat bekerjasama, toleransi, kemahiran
berinteraksi dan menghayati semangat kesukanan.di kalangan pelajar.
iii. Melahirkan atlet yang berpotensi di dalam bidang sukan tertentu dan
memberi mereka peluang untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi.
iv. Mewujudkan pasukan yang mantap dan berkualiti di dalam permainan.
v. Menyediakan atlet pelapis yang berpotensi untuk mewakili daerah, negeri
dan negara.
vi. Memenuhi masa lapang dengan aktiviti riadah yang berfaedah.
Menyedari bahawa penglibatan pelajar di dalam aktiviti sukan memberi faedah
yang banyak, maka pihak tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan
bahawa pelbagai aktiviti sukan dapat dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun. Ini
juga merupakan salah satu langkah untuk mencapai aspirasi negara agar menjadi
cemerlang dan unggul dalam sukan di peringkat antarabangsa. Untuk itu, sekolah
memainkan peranan yang penting bagi menyediakan aktiviti sukan yang terancang
bagi kanak-kanak dan remaja di Malaysia
Satu cara yang paling berkesan untuk mencungkil bakat di dalam bidang sukan
di kalangan golongan muda di Malaysia ialah melalui pertandingan sukan yang
diadakan sepanjang tahun. Bermula dengan sukan sekolah yang dianjurkan oleh pihak
pentadbiran sekolah, hinggalah kepertandingan di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan; pelajar yang berpotensi di dalam pelbagai acara sukan dan permainan
akan bertanding dan mempersembahkan bakat mereka. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia (MSSM) telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, menganjur dan
memantau perkembangan pertandingan sukan di peringkat sekolah. Tanggungjawab
ini dipikul bersama oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) dan pengurus sukan disetiap sekolah.
-
11
Kejayaan di dalam sukan di peringkat MSSM, kadangkala tidak berakhir di
situ sahaja. Bagi atlet sekolah yang cemerlang, mereka biasanya mensasarkan untuk
beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA). Kejohanan sukan ini, merupakan pertandingan
sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia dan
Majlis Sukan Negeri serta Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis
Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Di Raja Malaysia. Ramai atlet
yang mengimpikan untuk beraksi di SUKMA, kerana kejohanan sukan ini merupakan
salah satu tempat penemuan dan pemilihan atlet bagi mewakili negeri atau negara.
Tambahan pula, kini orang ramai telah sedar bahawa sukan memberi peluang kerjaya
yang menjanjikan masa depan yang baik.
Walaubagaimana pun, kebanyakkan potensi atlet bermula di sekolah. Di
sekolah, pihak pengurusan sukan akan menganjurkan pelbagai pertandingan sukan
untuk memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dan mengembangkan
bakat. Pelajar yang terbaik di peringkat sekolah akan dipilih untuk mewakili sekolah
ke peringkat daerah. Pertandingan sukan diperingkat daerah amat mencabar kerana
pelajar akan bertanding mewakili sekolah dan memikul cabaran untuk menjulang
nama sekolah. Setiap pasukan akan bersaing dengan matlamat untuk menang.
Kemenangan menjanjikan ganjaran seperti hadiah, sijil dan peluang mewakili daerah
ke peringkat negeri.
Pertandingan di peringkat daerah merupakan langkah pertama untuk menuju
kejayaan yang lebih besar. Situasi ini akan memberi tekanan kepada pemain atau atlet.
Tekanan akan menjadi lebih tinggi jika mereka layak ke peringkat suku akhir
pertandingan kerana di peringkat suku akhir, pertandingan dijalankan secara kalah
mati. Menurut Wall & Gruber (1986), tahap kebimbangan atlet tinggi di dalam
-
12
permainan yang sukar. Kebimbangan akan kalah, di dalam pertandingan kalah mati,
boleh menyebabkan pemain bertindak untuk bermain secara agresif.
Untuk mencapai kejayaan di dalam pertandingan, latihan amat penting.
Jurulatih memainkan peranan penting dalam menyediakan program latihan untuk
membentuk pasukan yang mantap bagi mencapai kejayaan. Keinginan untuk
mencapai kejayaan di dalam pertandingan akan memberi dorongan dan motivasi
kepada pemain. Menurut Singer (1975), motivasi adalah daya yang mendorong
seseorang untuk mencapai matlamat seterusnya berusaha untuk terus mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang. Namun begitu, atlet yang selalu berfikir bahawa
kemenangan adalah lebih utama daripada memberi persembahan atau corak permainan
yang berkualiti akan mudah bertindak agresif (Cox, 1994).
Atlet remaja selalunya amat rapat dengan jurulatih pasukan mereka. Jurulatih
merupakan orang yang mampu mempengaruhi tingkahlaku atlet. Selain daripada
jurulatih, rakan sepasukan, rakan karib dan ibu bapa juga boleh mempengaruhi
tingkahlaku atlet terutamanya di dalam pertandingan. (Shaharudin, 1998). Selain
daripada pengaruh individu, situasi juga boleh mempengaruhi tingkahlaku atlet. Di
antara situasi tersebut adalah kedudukan seri, kelemahan pengadilan dan tindakan
pihak lawan (Shaharudin, 1998).
Dalam kajian psikologi sukan, terdapat dua orientasi matlamat atlet iaitu
orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego. Orientasi tugasan merujuk
kepada atlet yang cenderung untuk mementingkan mutu persembahan berbanding
dengan keputusan pertandingan (Cox, 1998). Bagi atlet yang berorientasi ego pula,
penyertaan mereka dalam pertandingan lebih mementingkan kemenangan dan tidak
memberi perhatian kepada kualiti persembahan Oleh itu, jurulatih diharapkan dapat
mengenalpasti orientasi matlamat atlet dalam perancangan program latihan mereka
-
13
supaya matlamat akhir untuk memperolehi kejayaan dan meningkatkan mutu sukan
tercapai.
Berdasarkan perbincangan di atas, penyertaan pasukan dalam pertandingan
peringkat daerah terdedah kepada keagresifan terutama di dalam sukan kontak. Bola
baling merupakan salah satu sukan kontak. Walaupun sukan bola baling masih kurang
popular di Malaysia, namun jika pelajar didedahkan dengan permainan yang selamat
dan menarik, ini akan meningkatkan populariti sukan bola baling di kalangan rakyat
negara ini.
1.3 Penyataan Masalah
Keagresifan dalam sukan memang sudah sinonim dengan sukan kontak. Bola baling
adalah salah satu sukan kontak yang sering memperlihatkan aksi agresif semasa
pertandingan, terutamanya dalam situasi menjaringkan gol. Pasukan bola baling
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga mempunyai sejarah keagresifan dalam
pertandingan yang pernah mereka sertai. Menurut beberapa pemain yang ditemubual,
keagresifan sering berlaku sepanjang mereka menyertai pertandingan. Antara contoh
yang diberi:
i. Kejohanan Terbuka Malaysia 2003, pergaduhan terjadi diantara pasukan
UPSI dengan Pasukan Perlis yang bermula dengan tindakan keagresifan
pemain semasa pertandingan yang kemudiannya melarat sehingga
melibatkan pemain simpanan dan penyokong masing-masing.
ii. Kejohanan MASUM 2004 di UUM, pergaduhan terjadi diantara pasukan
UPSI dengan KUITHO bermula dengan keagresifan pemain.
-
14
iii. Terbuka UIA 2004, pertelingkahan kecil berlaku diantara pasukan UPSI
dengan UKM yang disebabkan oleh keagresifan pemain.
Apa yang menarik, menurut mereka lagi, keagresifan sudah dianggap sebagai perkara
yang biasa berlaku dalam setiap pertandingan.
Pemain perempuan bola baling UPSI juga mengalami masalah keagresifan
dalam pertandingan yang mereka pernah sertai. Mereka juga mengakui pernah
melakukan keagresifan kerana pihak lawan juga melakukan perkara yang sama.
Keagresifan dalam sukan bukan sahaja boleh mendatangkan kecederaan fizikal,
malahan akan mengakibatkan tekanan mental kepada atlet. Kesan psikologi daripada
keagresifan berkait rapat dengan kemerosotan prestasi atlet, kerana menurut
Shaharudin (2001), individu yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang
semakin kecil yang akan mengakibatkan kehilangan beberapa kiu penting dan sering
melakukan kesilapan.
Keagresifan instrumental yang dilakukan dalam permainan bola baling juga
boleh dikaitkan dengan orientasi matlamat seseorang itu sama ada berorientasikan
tugasan ataupun berorientasikan ego. Pemain yang berorientasikan tugasan akan
berusaha gigih sepanjang perlawanan (Nicholls, 1989), manakala pemain yang
berorientasikan ego lebih menumpukan kepada pencapaian dan menewaskan lawan
(Cox, 1998). Kaitan di antara orientasi matlamat dan keagresifan mendapati pemain
yang berorientasikan ego lebih cenderung melakukan keagresifan (Nicholls, 1989).
Penggiat sukan bola baling sering mengabaikan corak orientasi matlamat atlet. Mereka
selalu menekankan tujuan yang satu di dalam permainan iaitu untuk mencapai
kemenangan. Sepatutnya corak orientasi matlamat pemain perlu dikenalpasti dahulu
oleh jurulatih kerana pemain yang berorientasi ego dan pemain yang berorientasi
matlamat mempunyai cara yang berbeza dalam mencapai matlamat semasa
-
15
bertanding. Perbezaan ini, jika tidk ditangani dengan baik boleh mewujudkan sebuah
pasukan yang kurang mantap. Pasukan yang tidak mantap berkait rapat dengan
tekanan, kebimbangan dan perasaan bersalah. Kekecewaan pemain akhirnya akan
menjadi faktor emosi yang kuat yang membawa kepada keagresifan (Berkowitz,
1962).
Di dalam permainan bola baling, situasi permainan dikatakan mempengaruhi
pemain untuk melakukan keagresifan instrumental. Ada beberapa situasi yang
mendorong pemain untuk bertindak agresif kerana merasakan situasi tersebut memberi
tekanan seperti kedudukan mata tertinggal atau seri, permainan kalah mati, permainan
penting, keputusan pengadil yang diragui dan lain-lain lagi. Adalah dipercayai bahawa
pemain akan membuat keputusan untuk melakukan keagresifan demi menaikkan
semangat pasukan, untuk memberi kelebihan kepada pasukan sendiri dan untuk
mendapat keadilan. Umumnya, rata-rata pemain bola baling juga berpendapat bahawa
pengadil mesti memainkan peranan untuk mengawal keagresifan dalam pertandingan.
Adalah dipercayai bahawa pemain akan membuat keputusan untuk melakukan
keagresifan demi mendapatkan keadilan jika keptusan pengadil diragui.
Keagresifan instrumental pemain bola baling berkait rapat dengan dorongan
dan pengaruh individu tertentu yang memberi kesan kepada pemain. Antara individu
yang dipercayai memainkan peranan penting kepada pemain adalah sahabat karib,
pemain popular, ketua pasukan, pemain terbaik, jurulatih/ guru penasihat dan ibu bapa
pemain. Dalam Kejohanan Terbuka Malaysia 2003, pengaruh jurulatih, pemain
simpanan dan penyokong pasukan bola baling UPSI dan Perlis, menyebabkan
keagresifan pemain semakin tidak dapat dikawal. Pemain simpanan juga membaling
botol minuman kepada pemain simpanan lawan. Kata-kata dan aksi jurulatih dan
pemain simpanan ini menyemarakan lagi keagresifan pemain, seolah-olah tindakan
-
16
mereka direstui. Keadaan yang sebegini sudah tentu tidak akan meningkatkan mutu
bola baling dan lebih memalukan lagi dilakukan oleh pelajar dari institut pengajian
tinggi.
Kesimpulannya, keagresifan akan mendatangkan keburukan kepada pemain
bola baling. Mereka mungkin akan mendapat kecederaan yang boleh mengakibatkan
kecacatan fizikal ataupun hilang minat untuk melibatkan diri dalam permainan bola
baling. Keagresifan pemain bola baling perlu disekat diperingkat awal penyertaan
mereka Kelalaian penggiat sukan diperingkat sekolah akan menyebabkan tingkahlaku
ini sukar untuk dibendung diperingkat dewasa. Masalah ini merupakan salah satu isu
yang boleh menyekat peningkatan mutu permainan bola baling.
1.4 Objektif Kajian
Permainan bola baling merupakan salah satu sukan yang sinonim dengan tingkah laku
keagresifan. Sehubungan dengan itu, kajian orientasi matlamat dan kecenderungan
keagresifan instrumental di kalangan pemain bola baling Daerah Kinta Dua telah
dirangka dan dijalankan bagi tujuan mencapai objektif berikut:
i. Mengenalpasti corak orientasi matlamat pemain lelaki dan perempuan
dalam sukan bola baling.
ii. Mengenalpasti kecenderungan keagresifan instrumental pemain bola baling
lelaki dan perempuan
iii. Mengenalpasti perkaitan antara orientasi matlamat dengan keagresifan
instrumental.
iv. Mengenalpasti faktor individu dan situasi yang mendorong pemain bola
baling untuk melakukan keagresifan instrumental di dalam permainan
-
17
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada permasalahan dan objektif kajian, penyelidikan dijalankan
bertujuan untuk memberi jawapan kepada persoalan berikut:
i. Apakah corak orientasi matlamat pemain bola baling MSS Daerah Kinta
Dua?
ii. Adakah terdapat perbezaan corak orientasi matlamat di antara pemain bola
baling lelaki dan perempuan MSS Daerah Kinta Dua ?
iii. Adakah terdapat kecenderungan pemain bola baling MSS Daerah Kinta
Dua untuk melakukan keagresifan instrumental ?
iv. Adakah terdapat perkaitan di antara orientasi matlamat pemain bola baling
MSS Daerah Kinta Dua dengan cenderung untuk melakukan keagresifan
instrumental ?
v. Adakah terdapat perbezaan kecenderungan keagresifan pemain bola baling
MSS Daerah Kinta Dua ?
vi. Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling MSS Daerah Kinta
Dua bertindak secara agresif semasa pertandingan?
vii. Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling lelaki MSS Daerah
Kinta Dua untuk bertindak secara agresif semasa pertandingan?
viii. Apakah situasi yang merangsang pemain bola baling perempuan
MSS Daerah Kinta Dua untuk bertindak secara agresif semasa
pertandingan?
ix. Siapakah yang mempengaruhi pemain bola baling MSS Daerah Kinta Dua
semasa pertandingan ?
-
18
x. Siapakah yang mempengaruhi pemain bola baling lelaki MSS Daerah
Kinta Dua untuk melakukan keagresifan instrumental semasa
pertandingan ?
xi. Siapakah individu yang akan mempengaruhi pemain bola baling
perempuan MSS Daerah Kinta Dua untuk melakukan keagresifan
instrumental semasa permainan ?
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa limitasi seperti berikut:
i. Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidik
adalah di luar kawalan penyelidik.
ii. Walaupun telah diberi arahan yang jelas dalam borang soal selidik dan
masa responden menjawab soal selidik, prosedur mengumpul data
mungkin mempengaruhi hasil kajian.
iii. Hasil kajian ini tidak boleh menggambarkan pasukan-pasukan daerah lain
yang bertanding di dalam pertandingan bola baling peringkat MSSP kerana
respondennya hanya terdiri daripada pemain pasukan sekolah di Daerah
Kinta Dua sahaja.
iv. Kajian tentang keagresifan di dalam sukan, terutama tentang keagresifan
instrumental bola baling amat kurang, oleh itu kebanyakan rujukan yang
mengaitkan dapatan kajian adalah daripada pengkaji barat.
-
19
1.7 Definisi Operasional
Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan di dalam kajian ini:
Keagresifan
Keagresifan merujuk kepada tingkah laku yang berupa percakapan atau perlakuan
fizikal yang boleh mencederakan individu lain secara psikologikal atau fizikal (Silva,
1981).
Keagresifan Instrumental Tingkah laku yang bertujuan untuk mencederakan lawan bagi memperolehi faedah-
faedah lain (Silva, 1981). Selalunya atlet melakukan keagresifan instrumental kerana
dorongan untuk mendapat kemenangan.
Orientasi Matlamat
Orientasi matlamat merujuk kepada bagaimana individu itu mendefinisikan
kejayaannya (Hardy, Jones & Gould, 1996) dan keinginan individu untuk mencapai
matlamat sendiri(Cox, 1994; Duda, 1992; Nicholls, 1989)
Orientasi Ego
Orientasi ego merujuk kepada individu yang beranggapan bahawa kejayaan adalah
tertumpu kepada mengalahkan individu lain atau melakukan kemahiran yang sama
-
20
dengan usaha yang kurang (Nicholls, 1989). Individu seperti ini sering merasakan
dirinya telah berjaya sekiranya dapat mengalahkan individu lain dengan usaha yang
minima.
OrientasiTugasan
Orientasi tugasan merujuk kepada individu yang beranggapan bahawa ia telah berjaya
apabila dapat meningkat dan memperbaiki kemahiran sendiri (Nicholls, 1989).
Individu yang berorientasi tugasan sering menumpukan kepada penguasaan kemahiran
dan kebolehan diri sendiri tanpa membandingkan dengan individu lain.
Pemain-pemain Bola Baling Daerah Kinta Dua
Pemain-pemain bola baling sekolah-sekolah daerah Ipoh berumur bawah 18 tahun dan
bertanding dalam pertandingan bola baling MSS daerah Kinta Dua.
-
21
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kempen hidup sihat dikalangan penduduk Malaysia mendapat respon yang baik.
Kesedaran untuk bersukan menyebabkan banyak pusat sukan tumbuh seperti
cendawan, terutamanya di bandar. Selain daripada memperolehi kesihatan fizikal,
bersukan juga, dianggap sebagai salah satu aktiviti, yang jika dilakukan secara
konsisten, mampu mencapai kesan psikologi yang positif (Shaharudin, 2001). Ini
adalah kerana senaman didapati berkesan dalam mengurangkan kebimbangan somatik,
menghasilkan ketenangan (Bahrke & Morgan, 1978; Morgan 1987) dan
mengurangkan perasaan yang negatif serta meningkatkan perasaan yang positif
(Berger, Owen & Frantisek, 1993).
-
22
Namun begitu, keagresifan dalam sukan merupakan penghalang kepada atlet
untuk menikmati kesan positif daripada bersukan. Kajian mendapati bahawa
keagresifan adalah salah satu tindakan yang mungkin dilakukan akibat daripada
kekecewaan atau pun tekanan (Dollard, Doob, Miller, Mowrer & Sear, 1939).
Kejadian keagresifan yang semakin meningkat telah menarik minat para pengkaji
bidang psikologi sukan untuk menerokai permasalahan ini.
Keagresifan dalam sukan sering dikaitkan dengan corak orientasi matlamat
atlet. Menurut White & Duda (1994), atlet lelaki lebih berorientasikan ego dan
orientasi ego berkait rapat dengan keagresifan. Penyelidikan tentang corak orientasi
matlamat dan keagresifan instrumental di kalangan atlet remaja Malaysia sangat
sedikit dijalankan, terutama di dalam sukan bola baling. Ini adalah kerana permainan
ini kurang popular di negara ini, berbanding dengan permainan lain seperti bola sepak.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui corak orientasi matlamat, situasi dan
individu, yang mempengaruhi atlet remaja untuk melakukan keagresifan instrumental
dalam permainan bola baling.
Bagi melengkapkan penyelidikan ini, teori yang berhubungkait dengan
tingkahlaku dalam kegiatan sukan akan dibincangkan. Bab ini akan membincangkan
aspek yang berkaitan dengan motivasi, teori motivasi, orientasi matlamat, keagresifan,
teori keagresifan dan kajian berkaitan.
2.2 Motivasi
Motivasi merupakan daya penggerak kepada tingkahlaku yang dipengaruhi oleh
keperluan, desakan dan keazaman ke arah pencapaian sesuatu objektif. Motivasi
berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang bermaksud to move atau
-
23
menggerak. Dari perspektif psikologi, motivasi dimaksudkan sebagai daya atau
tenaga penggerak yang mengwujudkan suatu tingkahlaku. Menurut ahli psikologi,
konsep motivasi mencakupi faktor biologi dan sosial yang memberhenti, mengekal
dan menggerakkan sesuatu tindakan ke arah matlamat tertentu. Menurut Howe (1988),
motivasi merupakan konsep yang abstrak iaitu dorongan spesifik terhadap
tingkahlaku; yang dipengaruhi oleh aspek psikologi dan biologi individu serta
sosiobudaya.
Kebanyakan definisi motivasi yang dikemukakan oleh ahli psikologi sukan
merangkumi elemen kebangkitan tingkahlaku, arah dan intensiti usaha. Salah seorang
diantaranya ialah Alderman (1974), yang mendefinisikan motivasi sebagai
tingkahlaku seseorang berkecenderungan ke arah pilihannya yang dikawal oleh
kecenderungan tingkahlaku berterusan sehingga tercapai matlamat. Menurut Davies
(1989), motivasi adalah tindakan kebangkitan kepada arah tujuan dan tidak
semestinya memberi kesan. Beliau melihat dari skop dorongan melakukan tindakan
tanpa mementingkan tujuan sama ada tercapai atau tidak. Wann (1997) pula
berpendapat, motivasi adalah sebagai satu proses kebangkitan dalam diri individu
yang membantu usaha mengarah serta mengekalkan perlakuan yang diingini. Baginya,
motivasi dilihat dari aspek dorongan dalam diri untuk menceburi sesuatu jenis sukan
dan mengekalkannya.
Sage (1977) dan Gill (1986) menjelaskan bahawa, motivasi merujuk kepada
arah dan intensiti usaha seseorang. Manakala menurut Shaharudin (2001), motivasi
merupakan daya yang membantu peningkatan serta pengekalan perlakuan individu.
Arah merujuk kepada tindakan individu menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi,
manakala intensif usaha pula dilihat sebagai sejauh mana komitmen yang diberikan
kepada tindakan menghampiri atau menjauhi situasi tersebut.
-
24
Motivasi boleh diklasifikasikan sebagai motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Atlet
akan memperlihatkan sama ada dirinya bermotivasi intrinsik (melibatkan diri dalam
sukan bertujuan untuk keseronokan) atau ekstrinsik (melibatkan diri dalam sukan
bertujuan untuk meraih hadiah) melalui kehadiran dan kesetiaan di dalam sesuatu
sukan / permainan. (Ryan, Frederick, Lepes & Sheldon, 1997).
Dalam kajian ini, motivasi dirujuk kepada tindakan individu samada untuk
menghampiri atau menjauhi sesuatu situasi yang menyebabkan keagresifan.
Contohnya seseorang pemain bola baling itu akan melakukan keagresifan bila melihat
pemain lain melakukan tindakan yang sama terhadap dirinya atau pemain pasukannya.
2.3 Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik
Motivasi adalah gabungan dua sumber, iaitu sumber dalaman diri seseorang (intrinsik)
ataupun sumber luaran (ekstrinsik). Individu yang mempunyai motivasi intrinsik
memperlihatkan usaha dan keazaman yang tinggi untuk menjadi lebih cekap serta
mahir di dalam tugasan bagi mencapai matlamat. Oleh itu ia mempunyai kualiti
keterampilan, keazaman, kemahiran dan kesungguhan yang tinggi. Penglibatan mereka
bukan berasaskan untuk mendapat ganjaran kebendaan, pujian atau pengiktirafan.
Motivasi intrinsik boleh dijelaskan dalam tiga aspek iaitu yang menjurus kepada
mencari pengetahuan, meningkatkan pencapaian dan menambah pengalaman.
Bagi atlet bermotivasi intrinsik mempelajari sesuatu kemahiran baru disebabkan
oleh keinginan dalamannya untuk menguasai kemahiran sebagai cara penyempurnaan
tugasan. Misalannya, dalam permainan bola baling, pemain pertahanan mempelajari
strategi baru bagi tujuan menggagalkan penyerang memasuki kawasan serangan.
Motivasi intrinsik yang menjurus kepada pencapaian tugasan, berkaitan dengan
-
25
keinginan atlet dalam menguasai kemahiran tertentu dan ia akan berpuashati apabila
mencapai sasaran peribadinya. Contohnya, atlet acara pecut akan berpuas hati apabila
berjaya mencatat masa 10 saat dalam acara 100 meter kerana telah mencapai masa
sasarannya. Motivasi intrinsik yang menjurus kepada menambah pengalaman pula
dapat diperolehi semasa penglibatan sukan. Contohnya, pemain berasa gembira apabila
pasukannya berjaya menjaringkan gol di dalam pertandingan bola baling.
Berbeza dengan motivasi ekstrinsik, ia merujuk kepada motivasi yang
digerakkan oleh sumber luaran, melalui pengukuhan kepada tingkahlaku sama ada yang
positif atau negatif. Pengukuhan adalah aspek yang boleh meningkatkan atau
mengurangkan kemungkinan sesetengah tingkahlaku berulang. Pengukuhan biasanya
berbentuk ganjaran material dan bukan material. Ganjaran material yang kerap
digunakan di dalam sukan adalah trofi, medal dan wang. Ganjaran bukan material pula
adalah pujian dan pengiktirafan.
Isu yang sering diperbincangkan oleh ahli psikologi adalah kesan motivasi
intrinsik dan ekstrinsik terhadap penglibatan atlet. Motivasi ekstrinsik dikatakan tidak
akan kekal lama dan semakin menurun nilainya berbanding dengan motivasi intrinsik.
Menurut Martens (1987), trofi, medal, wang dan segala bentuk ganjaran ekstrinsik
mudah hilang kuasa ganjaran dengan cepat, berbanding ganjaran intrinsik seperti
kecekapan dan kepuasan. Bagi Ryan dan rakan (1997), apabila atlet memulakan
penglibatan dalam sukan tertentu, mereka sebenarnya dimotivasikan oleh kedua-dua
faktor iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa motivasi
intrinsik dan ekstrinsik penting di dalam sukan kerana kedua-duanya mempunyai
pengaruh terhadap sebarang tindakan atlet. Oleh itu perlulah kita meneliti teori-teori
motivasi sebagai asas kajian orientasi matlamat dan keagresifan instrumental atlet.
-
26
Dalam kajian ini, kita akan melihat pengaruhi motivasi intrinsik dan ekstrinsik
terhadap keagresifan. Pemain bola baling yang bermotifkan kemenangan sebagai
ganjaran akan mudah melakukan apa sahaja termasulah keagresifan untuk mendapatkan
kemenangan. Contoh motivasi ekstrinsik dalam kajian ini adalah tindakan yang
dilakukan mendapat sokongan dan pujian rakan manakala contoh motivasi instrinsik,
apabila tindakan yang dilakukan oleh atlet akan memberi kemenangan kepada pasukan.
2.4. Teori motivasi
2.4.1 Motivasi Pencapaian dalam sukan bola baling
Motivasi pencapaian merupakan kecenderungan seseorang atlet sama ada untuk
mendekati atau mengelakkan diri daripada situasi yang kompetetif atau yang
berasaskan pencapaian (Shaharudin, 2001). Teori motivasi pencapaian yang popular
ialah Model McClelland dan Atkinson. Menerusi model ini, motivasi pencapaian
terbentuk disebabkan oleh dua konstruk, iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan
untuk menghindari kegagalan (Shaharudin, 2001). Berdasarkan model ini, keinginan
atlet sama ada untuk terlibat atau tidak di dalam sesuatu jenis sukan adalah berdasarkan
kepada dua konstruk tersebut. Seseorang atlet itu akan melibatkan diri di dalam sukan
sekiranya ia berkeyakinan akan mendapat kejayaan. Sebaliknya atlet tersebut pula akan
menghindarkan diri jika ia merasakan akan menghadapi kegagalan. Walau
bagaimanapun, Model McClelland dan Atkinson dianggap kurang lengkap kerana tidak
memasukkan elemen ekstrinsik. Oleh itu, para penyelidik psikologi sukan kini telah
-
27
berubah kepada perspektif kognitif. Perspektif kognitif mengutarakan konsep
keyakinan diri.
Keyakinan diri akan membantu atlet untuk terus menyertai sesuatu aktiviti
sukan walaupun motif untuk mencapai kejayaan atlet tersebut rendah. Pengaruh luaran
seperti hadiah dan kata-kata pujian atau anugerah mempengaruhi atlet tersebut
(Shaharudin, 2001).
Dalam kajian ini, keagresifan instrumental juga dikaitkan dengan pengaruh
luaran. Contohnya, pemain bola baling mungkin akan melakukan keagresfan jika
mendapat pujian daripada rakan-rakan dan jurulatih.
2.4.2 Motivasi Keyakinan Diri
Motivasi keyakinan diri terdiri daripada empat model iaitu; (i) Teori Self-Efficacy
Bandura, (ii) Teori Motivasi Kecekapan Harter, (iii) Model Keyakinan Sukan Spesifik
Vealy, dan (iv) Teori Persepsi Kebolehan Nicholls. Perbincangan ini akan
memfokuskan Teori Persepsi Kebolehan Nicholls kerana ianya banyak berkaitan
dengan orientasi matlamat atlet.
Teori Self-Efficacy adalah berkaitan dengan keyakinan dan kemampuan
melaksanakan tugas dengan cemerlang. Menurut Bandura (1982), di dalam situasi yang
kompetetif, semakin tinggi tahap self-efficacy, semakin tinggi pencapaian individu
tersebut serta semakin menurun kebangkitan emosinya. Teori ini menjelaskan bahawa
self-efficacy merupakan asas kepada kecekapan atau prestasi yang mantap
(Bandura,1986). Kecekapan dan prestasi yang mantap ini boleh meningkatkan
keyakinan atlet. Atlet yang bimbang dengan kekalahan atau di dalam pertandingan
sukar mendorong kepada keagresifan.
-
28
Teori Motivasi Kecekapan Harter menjelaskan tentang pencapaian yang
berdasarkan pada aspek kecekapan diri atlet (Harter 1978). Atlet yang yakin bahawa
dirinya mempunyai kecekapan untuk melaksanakan sesuatu tugasan, lazimnya akan
menghampiri situasi tersebut, manakala mereka yang tidak mempunyai kecekapan yang
diperlukan akan menjauhi atau mengelakkan diri. Setiap atlet mempunyai keinginan
serta motivasi untuk menonjolkan kecekapan di dalam perkara yang melibatkan
pencapaian. Bagi memenuhi keinginan tersebut, atlet akan berusaha untuk menguasai
kemahiran di dalam sukan yang diceburi. Atlet yang bermotivasi tinggi sering dikaitkan
dengan orientasi tugasan. Individu yang tingkahlakunya sangat berpandukan matlamat,
cenderung untuk melakukan keagresifan kerana menurut Lefebvre, Leith & Bredemeir
(1980), matlamat individu ini adalah untuk mencapai kejayaan.
Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey pula cuba menjelaskan fenomena
motivasi pencapaian dan keyakinan diri di dalam bidang sukan dengan merujuk kepada
sukan secara spesifik. Keyakinan sukan didefinisikan sebagai keyakinan seseorang
tentang kemampuannya untuk berjaya di dalam sukan (Vealey, Hayashi, Garner-Holmen
& Giacobbi, 1998). Keyakinan atlet boleh digunakan untuk menjangka prestasi dan
perlakuan. Perlakuan akan menzahirkan persepsi yang subjektif seperti kepuasan
bermain, persepsi terhadap keputusan pertandingan dan sebab-sebab kemenangan atau
kekalahan. Persepsi terhadap pasukan lawan, pengadil atau keputusan pertandingan
yang negatif sering mengundang atlet untuk melakukan keagresifan.
Teori Persepsi Kebolehan Nicholls pula melihat motivasi pencapaian
berdasarkan perkembangan manusia. Nicholls mengambil konsep teori pencapaian oleh
Maehr dan Nicholls (1980), iaitu mengambil kira interaksi antara orientasi matlamat
serta melihat kebolehan dan kesukaran tugasan. Teori Persepsi Kebolehan Nicholls
menjurus kea rah menjelaskan bahawa individu yang berorientasikan ego dan tinggi
-
29
persepsi terhadap kemahiran fizikal akan menzahirkan tahap usaha yang tinggi di dalam
sukan, manakala individu yang berpersepsi rendah terhadap kebolehan akan menarik
diri daripada sukan (Duda, 1987 ; 1992). Konsep kebolehan, kesukaran tugas dan
usaha, berbeza bagi setiap individu kerana ianya bergantung kepada kematangan
kognitif, kecenderungan dan faktor persekitaran (Duda, 1987).
Menurut Nicholls (1984) dan Duda (1987), motivasi pencapaian boleh dilihat
berdasarkan kepada pembentukan persepsi kanak-kanak terhadap kebolehan diri
mereka. Kanak-kanak melihat serta menilai kebolehan diri mereka berdasarkan prestasi
atau pengalaman lepas pada tahap umur diantara 2 hingga 6 tahun. Kanak-kanak akan
gigih dan bersungguh-sungguh untuk melakukan tugasan untuk memahirkan diri. Pada
tahap inilah kanak-kanak tersebut boleh diklasifikasikan sebagai berorientasikan
tugasan (Duda, 1987).
Pada tahap umur 6 tahun ke atas, kanak-kanak mula melihat kemampuan diri
menerusi perbandingan diri sendiri dengan rakan. Sekiranya ia berkemampuan untuk
mengatasi rakan di dalam melaksanakan tugasan bermakna kebolehannya lebih baik
daripada rakannya. Pada tahap ini kanak-kanak tersebut diklasifikasikan sebagai
berorientasikan ego, iaitu menilai prestasi berdasarkan perbandingan dengan orang lain.
Manakala ditahap umur sekitar 11 atau 12 tahun pula, kanak-kanak mungkin beroperasi
secara orientasi tugasan atau orientasi ego bergantung kepada situasi yang dihadapi
(Shaharudin, 2001).
Dalam kajian ini, motivasi merupakan satu ransangan terhadap keperluan yang
mendorong atlet melibatkan diri dalam sukan bagi memenuhi kepuasan mereka dari
aspek biologikal ataupun psikologikal. Oleh itu, kajian tentang orientasi matlamat
pemain bola baling Daerah Kinta Dua akan melihat corak matlamat mereka menyertai
pertandingan. Perbezaan matlamat mereka (tugasan dan ego) dipengaruhi oleh latar
-
30
belakang pendidikan, sosio-ekonomi, budaya dan persekitaran selain daripada pengaruh
baka dan keturunan. Pengaruh ektrinsik dan instrinsik inilah dijangkakan akan
mendorong pemain bola baling melakukan keagresifan.
2.5. Orientasi Matlamat
Teori Motivasi Pencapaian Nicholls (1989) menjelaskan bahawa, setiap individu tidak
sama dalam mentakrifkan kejayaan. Takrif kejayaan di dalam penglibatan sukan,
Pendidikan Jasmani atau aktiviti seumpamanya boleh diklasifikasikan kepada
perspektif orientasi matlamat tugasan dan orientasi matlamat ego (Duda, 1993;
Nicholls, 1989).
Atlet berorientasikan matlamat tugasan akan mentakrif kejayaan berdasarkan
aspek penguasaan kemahiran, kegigihan dan berusaha untuk peningkatan kendiri.
Dweck(1986), Maehr dan Braskamp (1986) serta Nicholls (1984), di dalam kajian
mereka mendapati bahawa atlet berorientasikan tugasan berkecenderungan untuk
menguasai serta meningkatkan kecekapan di dalam sesuatu tugasan atau kemahiran.
Persepsi terhadap kebolehan atau keupayaan adalah berdasarkan kepada rujukan
kendiri. Kejayaan atau kegagalan ditentukan apabila memperolehi kecekapan dan
mempelajari atau meningkatkan kemahiran (Robert, 1992).
Orientasi matlamat tugasan merupakan persepsi atlet terhadap kebolehannya.
Atlet berorientasikan tugasan lebih cenderung bertindak untuk meningkatkan prestasi
ketahap yang lebih tinggi. Mereka mengukur tahap kejayaan berdasarkan pencapaian
diri. Mereka tidak menjadikan perbandingan sosial seperti mengalahkan pihak lawan
sebagai motif utama penglibatan mereka di dalam sukan yang diceburi.
-
31
Atlet berorientasikan matlamat ego mentakrifkan kejayaan mereka apabila
dapat mengatasi atlet lain dengan usaha yang sedikit. Mereka lebih cenderung
menjadikan kriteria luaran sebagai asas untuk mengukur kejayaan. Atlet
berorientasikan matlamat ego selalunya menilai kejayaan dan kegagalannya dengan
membandingkan kemampuan dirinya dengan individu lain (Duda, 1989).
Berdasarkan teori orientasi matlamat, dalam kajian ini diandaikan bahawa
pemain bola baling Daerah Kinta Dua melibatkan diri dalam pertandingan sukan bola
baling berorientasikan tugasan seperti untuk meningkatkan kemahiran, kecergasan
fizikal, keseronokan dan semangat berpasukan. Sementara itu, pemain yang
berorientasi ego pula berkemungkinan menyertai pertandingan ini dengan tujuan
untuk mencari kemenangan, hadiah, status dan menonjolkan kebolehan diri dalam
permainan bola baling.
2.6 Teori Keagresifan
Sejak akhir-akhir ini kejadian keganasan di dalam sukan menjadi lebih serius bagi
para pengkaji bidang sains sosial (Felson & Tedeschi, 1993). Pelbagai kaedah
digunakan untuk menghalang atlet daripada melakukan keagresifan kerana Hussman
& Silva (1984) berpendapat, tingkah laku ini adalah dengan pilihan sendiri dan
bertujuan untuk mencederakan lawan. Selain daripada kesedaran tentang peranan,
pelbagai tindakan dikenakan ke atas pemain yang melakukan keagresifan di dalam
permainan, ianya masih juga berlaku (Lefebvra, Leith & Bredemeir, 1980).
Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan tentang keagresifan di dalam
sukan. Teori ini penting untuk mengenalpasti kecenderungan keagresifan bagi
membantu mencegah gejala ini daripada terus berleluasa (Frank, 1994). Empat teori
-
32
utama keagresifan adalah Teori Naluri, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Pemahaman
Moral Bredemeier dan Reformasi Hipotesis Frustrasi-Agresif Berkowitz.
2.6.1 Teori Naluri
Teori Naluri diasaskan oleh Sigmund Freud dan ahli ethologis Konrad Lorenz. Ia
menjelaskan keagresifan sebagai naluri dalaman atau sesuatu yang tertanam di dalam
diri manusia : sama seperti lapar, dahaga serta nafsu seks. Menurut Gill (1986) pula,
setiap manusia mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif, di mana
perasaan ini boleh bertambah dan meningkat sehingga ia perlu ditunjukkan atau
diluahkan kepada sesuatu objek. Perasaan atau sifat dalaman inilah yang membentuk
dorongan yang perlu dipuaskan. Dorongan dalaman yang merupakan keperluan
biologi ini perlu dilepaskan melalui satu tindakan yang boleh diterima oleh minda
(Robert, Spink & Pemberton, 1999). Untuk itu, sukan telah menjadi medan yang
sesuai dan selamat bagi melepaskan rasa terbuku bagi setiap atlet (Lovenz, 1985).
Shaharudin (2001) pula menjelaskan, naluri semulajadi manusia yang bersifat agresif
ini tidak boleh dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal serta boleh
diluahkan, di antaranya melalui aktiviti sukan.
Keagresifan perlu diluahkan secara terus untuk menghilangkan tekanan dan
konflik individu. Konflik dan tekanan ini diluahkan di dalam bentuk kemarahan,
perlakuan lasak dan kasar yang di sebut sebagai katarsis (Cox, 1998). Sukan
berperanan untuk membolehkan individu menyalurkan keagresifan mereka di dalam
keadaan yang boleh diterima oleh sosial. Contohnya seorang peninju boleh
membelasah lawannya sehingga tercedera, pemain bola sepak boleh membuat tackle
hingga menjatuhkan lawan dan pemain bola tampar membuat rejaman bola ke arah
-
33
badan lawannya dengan kuat. Semua tingkah laku ini adalah untuk melepaskan
perasaan marah dan geram sebagai kepuasan naluri. Tingkah laku ini tidak diterima
oleh masyarakat jika ia tidak dilakukan di dalam permainan. Jelaslah bahawa sukan
menjadi saluran untuk meluahkan tekanan dan keagresifan dengan cara yang
dibenarkan di dalam konteks masyarakat kita hari ini (Shaharudin, 2001).
Daripada teori di atas, seorang pemain bola baling itu akan melepaskan
perasaan marah melalui keagresifan. Mereka mungkin tidak puas hati terhadap
keputusan pengadil. Untuk melepaskan tekanan perasaan tersebut mereka akan
melakukan terjahan terhadap pemain lawan terutama pemain yang dianggap
menggugat pasukan mereka.
2.6.2 Teori pembelajaran sosial
Teori pembelajaran sosial telah diperkenalkan oleh Albert Bandura (1973, 1977,
1983). Ia menyatakan bahawa keagresifan sebenarnya dipelajari menerusi pendedahan
operan serta pemerhatian. Pendedahan operan bermaksud setiap perlakuan yang
diberikan ganjaran positif berkemungkinan besar akan diulangi. Contohnya seorang
pemain bola sepak mendapat tepukan dan pujian penonton kerana berjaya
menjatuhkan pemain lawan yang merbahaya. Pujian ini akan memungkinkan pemain
tersebut mengulangi tingkahlaku tersebut. Penonton yang melihat kejadian tersebut
pula akan cuba meniru dan melakukannya kerana melihat sokongan yang diperolehi
oleh pemain tersebut.
Menurut Bandura (1986), terdapat empat peringkat yang berkaitan
pembelajaran menerusi proses pemerhatian, iaitu tumpuan, ingatan, kebolehan dan
motivasi. Jika seseorang menyaksikan persembahan yang agresif dan pasukan
-
34
tersebut memenangi pertandingan, peminat muda akan membuat kesimpulan dan
mengaitkan kemenangan tersebut dengan keagresifan. Oleh itu, untuk mendapatkan
kemenangan, dia akan memilih untuk beraksi agresif. Kajian Pembelajaran Sosial di
dalam sukan menunjukkan yang kebanyakkan atlet tidak diajar untuk bersikap agresif.
Keagresifan ini datang dengan sendirinya dengan melihat orang lain melakukannya di
dalam permainan yang lepas. Bandura (1977) dan Thirer (1993) telah menekankan
bahawa orang lain banyak memainkan peranan dalam membantu mengawal atau
menyebabkan keagresifan, dan orang yang bersikap agresif boleh menjadi model
pembelajaran. Siaran televisyen juga memainkan peranan penting dalam membentuk
keagresifan, terutamanya bila aksi-aksi agresif diperkukuhkan melalui tayangan
gerak perlahan. Perlakuan yang dilihat ini merupakan satu pembelajaran yang
diperolehi secara sedar, dan ia mungkin dipraktikkan pada situasi yang sama di masa
akan datang.
Berdasarkan teori yang dinyatakan tadi, pemain bola baling akan melakukan
keagresifan jika tindakan mereka mendapat sokongan dan sanjungan daripada rakan-
rakan dan penyokong. Mereka akan terus melakukan keagresifan tersebut selagi
individu di sekitar mereka merestui dan menyanjung tindakan tersebut.
2.6.3 Teori Pemahaman Moral Bredemeier
Bredemeier (1994) telah memperkenalkan Teori Pemahaman Moral. Teori ini adalah
daripada hasil pemerhatian beliau terhadap keagresifan, berdasarkan Teori
Pembangunan Kognitif Piaget. Beliau berpendapat bahawa kemahuan seseorang
individu untuk melibatkan diri atau untuk melakukan keagresifan bergantung kepada
tahap pemahaman moral. Individu yang tinggi tahap pemahaman moral, lazimnya
-
35
tidak akan melakukan sesuatu tindakan yang agresif secara melulu jika dibandingkan
dengan mereka yang rendah tahap pemahaman moralnya.
Mengikut Bredemeir & Shields (1987), hasil daripada kajian mereka
mendapati yang ramai para atlet berpendapat bahawa ada sesetengah keagresifan
yang tidak sesuai pada umum tetapi ianya boleh dilakukan di dalam situasi sukan.
Contoh yang paling jelas ialah di dalam sukan kombat seperti tae kwan do, karate,
tinju, gusti dan juga permainan konteks yang lain seperti ragbi, bola sepak, hoki dan
lain-lain, di mana aksi-aksi agresif seperti menendang, menumbuk, menghempaskan
dan menjatuhkan lawan serta yang lain-lain dibenarkan. Masyarakat seolah-olah
mengizinkan dan beranggapan bahawa keagresifan perlu bagi atlet jika mereka
menyertai sukan-sukan tersebut, walaupun ianya menyalahi etika dan peradaban
kehidupan manusia di luar konteks sukan. Situasi yang sebegini bagi Bredemeir
(1994) adalah moraliti di dalam kurungan (bracketed morality).
Bredemeir dan Shields (1987) bersetuju bahawa tindakan keagresifan
mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian atlet. Kadangkala persekitaran
moral yang wujud di dalam pasukan tersebut menyumbang kepada keagresifan dalam
sukan (Shaharudin, 1998, 2000; Stephen & Bredemeier, 1996). Oleh itu, punca dan
cara mengawal keagresifan haruslah difahami oleh atlet agar mereka mengamalkan
moral reasoning demi prestij sukan yang diceburi.
Dalam kajian ini, jurulatih/ guru dan ibubapa dianggap sebagai individu
persekitaran yang akan membentuk tingkahlaku positif atlet. Pemain bola baling akan
melakukan keagresifan jika jurulatih /guru dan ibubapa merestui tindakan mereka.
-
36
2.6.4 Formulasi Semula Teori Frustrasi- Agresif
Dollard, Miller, Doob, Mowrer & Sears (1939) merupakan yang mula-mula
memperkenalkan teori ini. Mereka menjelaskan bahawa, keagresifan merupakan kesan
semula jadi frustrasi dan perlakuan agresif yang terhasil daripada perasaan marah dan
kecewa yang berfungsi sebagai katarsis. Aksi keagresifan ini merupakan satu tindakan
semulajadi yang berlaku melalui proses katasis, sebagai satu pelepasan kemarahan
oleh perasaan kecewa (Cox, 1999). Melalui pemerhatian Neal Miller (1941),
kekecewaan sebenarnya menghasilkan hasutan atau godaan ke arah pelbagai tindak
balas, dan salah satu tindak balas tersebut ialah keagresifan.
Kelemahan yang jelas dalam teori ini adalah wujudnya prasyarat, iaitu
keagresifan mestilah didahului oleh rasa marah. Terdapat pelbagai sebab sebagai
pencetus keagresifan seperti putus asa dan kecewa. Keagresifan berkait rapat dengan
tahap kekecewaan. Berkowitz (1958, 1993) telah mengubahsuai teori ini dengan
menjelaskan bahawa kekecewaan tidak semestinya menyebabkan keagresifan, tetapi
ia bertindak sebagai pemangkin ke arah keagresifan. Berkowitz (1993) juga
menambah yang beberapa stimulasi adalah perlu dan akan bertindak sebagai kiu bagi
menyuntik keagresifan akibat kekecewaan.
Pelbagai faktor boleh menjadi kiu untuk mencetuskan keagresifan seperti
penonton, jurulatih, pengadil, sikap pemain lawan dan sebagainya. Menurut Isoahola
& Hatfield (1986), keagresifan selalunya tidak akan berlaku kecuali jika terdapat
situasi sekeliling dan sesuatu yang berkaitan dengan perlawanan. Bagi Frieschlag &
Schemidke (1979), harapan penonton yang terlalu tinggi terhadap prestasi pasukannya
dan pertalian penonton kepada pasukannya yang terlalu kuat adalah faktor utama yang
merangsang keagresifan pemain. Sebagai langkah pencegahan keagresifan, kita
perlulah mengurangkan pengaruh dan pemangkin yang akan menjadi penyebab.
-
37
Namun begitu, ketahanan mental atlet penting kerana menurut Berkowitz (1965),
seseorang atlet akan merasa kecewa di dalam sesuatu keadaan di mana beliau
mengalami kekalahan di dalam pertandingan sukan, walaupun perasaan kekecewaan
dan kekalahan meningkat namun keagresifan tidak dihasilkan ekoran daripada
pembelajaran sosial yang diperolehinya.
Kesimpulannya, teori yang telah dibincangkan di atas menjelaskan faktor yang
menyebabkan seseorang atlet melakukan keagresifan. Faktor ini melibatkan pengaruh
dalaman dan pengaruh luaran atlet. Melalui kajian ini nanti, faktor persekitaran dan
individu dianalisis untuk melihat pengaruh sebenar yang mendorong pemain bola
baling Daerah Kinta cenderong untuk melakukan keagresifan.
2.7 Kerangka teoritikal kajian
Kerangka teoritikal kajian dapat menjelaskan perkaitan teori yang telah dikemukakan
dengan kajian. Dalam kajian ini, teori yang dikemukan akan menjurus kepada
keagresifan pemain bola baling (rujuk rajah 2.1)
-
38
Motivasi
Motivasi Keyakinan
Diri
Resepsi Kebolehan
Nichols
Self Efficency
Kecekapan Harter
Model Vealy
Orientasi Ego
Orientasi Tugasan
Keagresifan
Teori Pembelajaran
Sosial Teori Pemahaman Moral Bredemeir Teori Frustasi
Teori Naluri
Motivasi Ekstrinsik
Motivasi Intrinsik
Rajah 2.1 Perspektif Keseluruhan Kerangka Teoritikal kajian orientasi matlamat dan
kecenderungan keagresifan instrumental
2.8 Faktor yang mempengaruhi keagresifan atlet di dalam sukan
Kajian-kajian yang telah dijalankan secara situasi spesifik mengenalpasti faktor-
faktor yang mempengaruhi keagresifan adalah seperti berikut:
-
39
2.8.1 Kebangkitan Fisiologi
Kebangkitan fisiologi dikaitkan dengan suhu persekitaran dan bunyi bising.
Sebagai contoh, menurut Reifman, Larrick & Fein (1991), di dalam permainan
besbol, terdapat perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul
bola yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Wann (1997)
pula menegaskan bahawa kebisingan penonton di stadium menjadi pemangkin
kepada keagresifan para pemain. Oleh itu faktor penonton amat penting di
dalam kebangkitan fisiologi atlet kerana menurut Stone (1971), penonton telah
mengubah makna permainan secara keseluruhan.
2.8.2 Motivasi Pencapaian
Seseorang atlet yang mempunyai motivasi yang tinggi akan menunjukkan
tingkah laku yang sangat berpandukan matlamat (Atkinson, 1964). Individu ini
cenderung melakukan keagresifan instrumental. Individu ini juga
menunjukkan tindak balas agresif yang tidak ketara kerana menurut Lefebvre,
Leith & Bredemeir (1980), matlamat individu ini pada akhirnya adalah
berkemungkinan untuk mencapai kejayaan.
2.8.3 Perasaan Bersalah
Keagresifan akan menimbulkan rasa bersalah (kecewa) kepada pelaku yang
dapat mengawal diri, tetapi tetap melakukan keagresifan. Kekecewaan ini
akhirnya akan menjadi faktor emosi yang kuat yang membawa semula kepada
keagresifan (Berkowitz, 1962).
-
40
2.8.4 Kebangkitan (arousal)
Teori Dorongan (Spence, 1964) menyatakan bahawa peningkatan tahap
arousal akan menyebabkan tindak balas emosi. Tindak balas emosi ini merujuk
kepada keagresifan. Keadaan ini sering terjadi kepada atlet muda kerana
kurang kawalan diri tetapi bagi atlet yang berpengalaman, peningkatan tahap
kebangkitan diperlukan untuk membantu mereka melakar kejayaan di dalam
setiap aktiviti.
2.8.5 Kebimbangan
Kebimbangan akan kalah boleh membawa kepada keagresifan terhadap pihak
lawan. Wall & Gruber (1986) mendapati bahawa tahap kebimbangan para
pemain adalah tinggi di dalam permainan yang sukar. Akibat daripada
kebimbangan tersebut akan mendorong kepada keagresifan pemain terhadap
pemain lawan untuk mencapai kemenangan. Tahap kebimbangan ini akan
menurun jika ia telah mencapai kejayaan, sebaliknya tahap kebimbangan ini
akan kekal tinggi dan menyebabkan keagresifan jika kalah.
2.8.6 Orientasi matlamat (tugasan / ego)
Banyak kajian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa atlet yang lebih
cenderung untuk melakukan keagresifan adalah atlet yang bermain
berlandaskan ego, berbanding dengan atlet yang bermain berlandaskan
tugasan. Kajian Nicolls (1989), Stephens (1993) dan Duda & Huston (1995),
mendapati bahawa pemain bola sepak yang bermain berlandaskan ego, adalah
-
41
lebih cenderung untuk melakukan tindakan mencederakan lawan di dalam
permainan dengan tujuan untuk memenangi perlawanan, berbanding dengan
pemain yang bermain berlandaskan tugasan.
Kajian oleh Shaharudin (1998) mendapati bahawa, bagi keagresifan
yang cenderung kepada strategi, orientasi matlamat tindakan mempengaruhi
keagresifan pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun. Sementara bagi
keagresifan langsung, hanya pemain bawah 12 tahun sahaja yang dipengaruhi
oleh orientasi matlamat.
2.8.7 Persepsi individu yang dikasari
Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan
persepsi) bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan (Shaharudin, 2001).
Dalam konteks ini, pemain telah mempunyai niat dan merasakan perlu
bertindak lebih awal sebelum dikasari, kerana ia merasakan tindakan yang
sama juga akan dilakukan oleh pihak lawan.
2.8.8 Keputusan pertandingan
Pasukan yang kalah atau merasakan tidak akan menang akan lebih agresif.
Menurut Leith (1977), pasukan yang kalah biasanya akan lebih agresif. Ini
mungkin disebabkan oleh rasa kecewa berdasarkan Teori Frustrasi- Agresif
(Cullen & Cullen, 1975).
-
42
2.8.9 Lokasi perlawanan
Kajian Russell (1981) pula menunjukan yang corak keagresifan yang
ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan akan mempengaruhi
keagresifan berbanding dengan lokasi perlawanan. Bagi sukan bola sepak,
pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih adalah agresif kerana
mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia
adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen &
Cullen, 1975). Bagi Lefebvre & Passer (1975), kajian yang dijalankan
menunjukkan pasukan pelawat akan bermain lebih agresif berbanding dengan
pasukan tuan rumah
2.8.10 Keputusan semasa pertandingan
Perbezaan mata diantara dua buah pasukan yang sedang bertanding boleh
menyebabkan berlakunya keagresifan diantara pemain (Volkamer, 1972).
Menurut Teori Frustrasi- Agresif, pasukan yang rendah matanya, masih tidak
mencapai matlamat dan berada di dalam keadaan kecewa. Kekecewaan ini
pula dilahirkan melalui keagresifan.
2.8.11 Posisi dan kawasan permainann
Pemain pertahanan didapati lebih agresif b