Transcript
  • Rangka Pembentangan:PengenalanTakrif Melayu (M), Islam (I) dan Beraja (B)MIB sebagai suatu yang integralKesimpulan

    1

  • PengenalanMelayu Islam Beraja (MIB)sebagai falsafah

    Negara Brunei Darussalam, secara rasmi diisytiharkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404 Hijriah bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi, seperti yang terkandung dalam Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam:

    Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala akan untuk selama-lamanya kekal

    menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah Waljamaah

    2

  • TAKRIF M, I DAN BMELAYU (M)Definisi Melayu Brunei

    Undang-undang taraf kerakyatan negara Brunei 1962 menetapkan ketulenan Melayu Brunei iaitu rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-undang yang dikhususkan kepada puak-puak jati Bangsa Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun, Kedayan, Murut dan Tutong.

    Orang lain hanya diterima menjadi rakyat secara berdaftar dan penuangan yang ditentukan oleh syarat-syarat tertentu antaranya tempoh bermastautin selama 25 tahun di Brunei dan diuji secara lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa yang berpuas hati bahawa orang luar itu mempunyai darjah pengetahuan bahasa Melayu nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih serta berkelakuan baik.

    3

  • Apabila Melayu Islam Beraja disytiharkan sebagai falsafah negara, maka Melayu Islam dan Beraja akan dijadikan oleh negara sebagai matlamat, amalan, dasar, prinsip, gagasan, pegangan, landasan dalam berfikir, bertindak,menilai dan merancang keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan berugama.

    Orang Melayu telah lama bernegarakan Brunei Darussalam, malah merekalah yang menjadi pengasas, penegak dan pejuang yang telah menentukan keagungan dan survival negara ini hingga ke hari ini.

    Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya.

    Nilai dan norma Melayu termasuk adat resam dan tatasusilanya telah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat yang harmoni dan dihormati.

    4

  • Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan orang Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan memeluk Islam.

    Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga identiti penting dan utama majoriti bangsa Melayu telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara ini:

    i. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.

    ii. Islam menjadi ugama rasmi negara

    iii.Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara.

    5

  • Nilai etika masyarakat Melayu: Nilai sosial, nilai nilai yang disanjung oleh masyarakat dijadikan pedoman tertinggi bagi kelakuan setiap anggota masyarakat.

    Nilai berbudi dan berbahasa Dianggap dalam masyarakat Melayu suatu nilai yang disanjung tinggi sebagai ukuran ketinggian keperibadian:

    Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

    6

  • Nilai budi: Pemurah, berbuat baik, yang menerima kebaikan sentiasa terasa dirinya terhutang dan perlu membalas kembali, balas membalas budi dalam masyarakat melahirkan semangat kerjasama untuk kebaikan:

    Anak nelayan membawa cangkulMenanam ubi di tanah daratBeban sekoyan dapat dipikulBudi sedikit terasa berat.

    Nilai rendah diri: Bawa resmi padi, makin berisi makintunduk.

    Nilai pemurah: Jika mendapat sama berlabaKehilangan sama berugiYang ada dimakan bersamaHati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

    7

  • Nilai kebenaran: Berani kerana benar, takut kerana salah.

    Nilai berhati hati: Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

    Nilai kesabaran: Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

    Nilai ketekunan: Sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain.

    Nilai tolong menolong: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

    Nilai perpaduan: Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.

    8

  • Nilai memegang janji: Janji harus ditepati, ikrar harus dihormati.

    Nilai menghormati ibu bapa dan orang- orang tua: Yang tua dihormati, yang muda disayangi, sama besar hormat menghormati.

    Nilai mentaati raja: Pantang Melayu menderhaka kepada raja Siapapun menjadi raja, tangan ke dahi jua.

    Nilai mematuhi adat: Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Biar mati anak jangan mati adat.

    Nilai beragama: Muslim zuhud imannya tinggi, harta dan pangkat dianggapnya daki, Muslim zuhud alimnya terbilang, kemewahan dunia tiada dipandang. Hanya kepada Allah ia bersujud, kepada makhluk ia tak takut.

    9

  • Maksud Melayu Dijadikan FalsafahPengisytiharan Melayu Islam Beraja sebagai

    falsafah negara adalah selaras dengan kandungan Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

    Titah pemasyhuran kemerdekaan membayangkan dengan jelas hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan NBD untuk menjadikan NBD kekal menjadi sebuah Negara Melayu, Islam dan Beraja.

    Dengan dokongan dan sokongan padu seluruh rakyat dan penduduk, negara ini akan dapat, Insya Allah:

    10

  • Mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan politik bangsa Melayu;

    Mengekalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara;

    Mengekal, mengembang dan menyesuaikan nilai nilai luhur kebudayaan bangsa Melayu dengan hukum- hukum Islam dan kemajuan zaman;

    Mengekalkan dan melindungi hak tujuh golongan puak Melayu yang menjadi purih bangsa Brunei.

    11

  • Falsafah negara Melayu Islam Beraja juga dimaksudkan untuk menegaskan bahawa:

    Negara Brunei Darussalam adalah negara Melayu.

    Negara Brunei Darussalam akan terus mengekalkan system pemerintahan Melayu yang dipimpin oleh Sultan ( Raja ).

    Negara ini akan berterusan mengukuhkan dan meneruskan nilai nilai luhur Melayu, adat resam dan kebudayaan Melayu yang positif, progresif dan dinamik yang tidak bercanggah dengan nilai nilai Islam sebagai identiti dan etika kebruneian.

    Negara ini akan mengekalkan Adat Istiadat Diraja ( Melayu ) sebagai sistem protokol kenegaraan.

    Negara Brunei Darussalam akan mengekalkan identiti dan warisan agung Melayu termasuk tulisan jawi bagi kepentingan kebangsaan dan ugama.

    12

  • ISLAM (I) Islam menjadi agama rasmi Negara.

    Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bahagian II Ceraian 3(i) menyebutkan

    Agama rasmi bagi negeri Brunei ialah agama Islam menurut Ahli Sunnah wal-Jemaah tetapi agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya.

    Sultan sebagai ketua ugama dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan iaitu Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan hendaklah dipegang oleh orang Islam.

    13

  • Islam adalah Ad Deen iaitu cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W yang berintikan iman dan amal.

    Iman adalah merupakan aqidah.

    Amal merupakan syariat.

    Aqidah dan Syariat saling berkaitan umpama sebab dengan musabab.

    Islam menjadi teras dalam pembinaan kehidupan dalam diri individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

    Islam memimpin manusia ke arah hidup di dunia dan di akhirat.

    Islam menjadi panduan akhlak dan tingkahlaku, bersih dari kekufuran dan kesyirikkan.

    14

  • Islam menjadi teras kepada peraturan dan undang-undang yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah:

    Individu dengan masyarakat.Rakyat dengan Negara.Politik dengan pemerintah.Undang-undang dengan akidah dan

    akhlak.Material dengan kerohanian dan

    seterusnya.

    15

  • Islam menjadi teras kepada Melayu dan Beraja sama ada dari segi kepercayaan dan amalan.

    Islam sebagai payung kepada Melayu dan Beraja oleh sebab itu pentadbiran, ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya mesti dilihat dari perspektif Islam.

    Melayu bermakna bahawa Negara Brunei Darussalam adalah Negara melayu, rakyat Melayu dengan sistem pemerintahan yang dipandu oleh Islam.

    Kebanyakan orang Melayu yang berugama Islam telah menyempitkan ajaran-ajaran Islam itu hanya kepada soal keugamaan (ritual) sahaja seperti solat, puasa, zakat haji dan sebagainya.

    Tetapi hakikatnya pengalaman Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna yang meliputi kehidupan dunia dan akhirat.

    16

  • BERAJA (B)Beraja merujuk kepada sistem politik.

    Sumber kehidupan dan identiti bangsa Melayu.

    Warisan bangsa Melayu yang dipraktikkan oleh NBD.

    Dipengaruhi oleh sosiobudaya, politik dan agama.

    Raja adalah kerajaan. Tidak ada raja tidak ada kerajaan. Jatuh bangun dan hidup mati bangsa melayu terletak kepada raja.

    Heine-Geldern, kerajaan Melayu tidak wujud sendiri melainkan ada raja.

    A.C.Milner, mengatakan bahawa kehidupan masyarakat Melayu raja penting. Ia satu etos bernegara dan berbangsa bagi orang-orang Melayu.

    17

  • Raja dalam pemerintahan cara Melayu bukanlah sebagai lambang tanpa kuasa mentadbir tetapi Raja adalah:

    Penaung kepada rakyatJunjungan rakyat.Pemimpin kepada rakyat.Turus tunggak Negara Brunei Darussalam.Yang DiPertuan Negara Brunei

    Darussalam.

    18

  • Islam sebagai teras dan payung kepada pemerintahaan Raja maka sultan bertanggung jawab:

    Sultan ketua ugama.Islam menjadi panduan dalam

    pemerintahaan Melayu Islam Beraja.Sultan mestilah penegak syiar Islam.Orang-orang yang bukan Islam

    menghormati ugama Islam.

    Kewajiban melaksanakan syariah Islam. Sultan merupakan Huswatun Hassanah iaitu tauladan yang baik.

    19

  • Bagi orang barat Raja & kerajaan terpisah. Ia satu unit tersendiri. Sistem yang lemah, mudah rapuh & menindas serta tidak menjamin keadilan.

    Kecaman dan kritikan berunsurkan sentemen dan emosional kerana sikap ego dan menganggap sebagai bangsa superior. Mereka sendiri mencari rahsia kejayaan untuk melunturkan kesatuan dan persatuan bangsa Melayu.

    Beraja mempunyai daulat dan kekuatan tersendiri.

    Sejarah telah membuktikan beraja mampu mengwujudkan keadilan, keamanan, kesejahteraan dan keharmonian.

    Mampu membina tamadun & empayar.

    20

  • Kejayaan ini disebabkan peranan dan tanggungjawab raja yang beridentitikan moral.

    Pemerintahan berteraskan agama.

    Agama membawa kebaikan kepada manusia.

    Sebelum Islam Raja ibarat titisan para dewa diutus untuk membawa manusia ke jalan hidup yang sempurna.

    Raja mesti memiliki moral, kebolehan dan kebijaksanaan.

    Jika raja gagal mempamerkan tiga unsur tersebut. Kedudukan seorang raja akan tercemar. Kerajaan akan jatuh/hancur.

    Setelah Islam Konsep raja berasaskan syariah dan tauhid.

    Raja dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi (zulillahufil alam). 21

  • Raja dihubungkan dengan para Nabi dan tokoh-tokoh Islam.

    Islam mewujudkan;Solidariti, Jaminan hak individuBebas dari perhambaan Hubungan bukan hanya antara manusia dengan

    Allah juga merangkumi setiap dimensi kehidupan manusia.

    Teras pembinaan Negara bangsa terletak pada konsep raja.

    Beraja dapat mewujudkan integrasi nasional.

    Menenamkan semangat berbangsa & bernegara.

    Mempertahankan pengaruh globalisasi dan kelahiran bangsa Melayu baru.

    22

  • Raja dalam MIB ialah:

    Raja adalah ketua adatRaja adalah ketua agamaRaja adalah ketua Negara (Ulil-Amri Minkum)Raja adalah ketua pemerintah

    Raja dalam konteks MIB adalah Khalifah Allah di muka bumi yang mempunyai kedudukan seperti berikut:

    Raja adalah pemegang amanah AllahRaja adalah ketua angkatan bersenjataRaja adalah penaung dan payung rakyatRaja adalah turus tunggak Negara Brunei

    Darussalam.

    23

  • MIB SEBAGAI SUATU YANG INTEGRALMIB adalah tiga komponen yang saling

    berhubungkait dan tidak dapat dipisahkan.

    Ketiadaan salah satu daripada komponen tersebut akan menjadikan falsafah Negara tidak lengkap.

    Tidak akan wujud dan bertahan komponen M tanpa I dan B begitu juga dengan komponen I dan B, yang tidak akan wujud tanpa M.

    Implikasi dari Melayu sebagai falsafah ialah, Melayu dijadikan sebagai:- Asas untuk menyatukan rakyat- Identiti kebangsaan

    24

  • - Dasar dan pegangan hidup rakyat

    - Pandangan dunia dan pandangan hidup masyarakat

    - Panduan pembangunan

    - Dasar pendidikan

    - Wawasan perekonomian dan kesejahteraan masyarakat

    - Misi dan visi pentadbiran & pemerintahan

    - Dasar pertahanan

    - Suasana persekitaran

    25

  • MIB sebagai falsafah Negara adalah:

    Cara hidup (way of life) kebruneian.Keadaan dan sifat hidup yang konsisten

    dalam sistem etika, politik, sosial, ekonomi dan moral yang berinti dan berteraskan Islam, dipandu oleh iman, dan memancarkan nilai, adat dan akhlak Melayu yang terpuji serta kasih dan taat kepada Raja.

    Asas hidup kebruneian bersandarkan kepada iman dan Tauhid kerana MIB sendiri berintikan Islam.

    Cara hidup kebruneian dan tata cara melaksanakan ibadat dalam menempuh kehidupan menurut prinsip Islam dengan corak yang beradat Melayu, beradab dan bercirikan Melayu yang kasih dan taat kepada Raja, dengan tujuan mencapai keredaan Allah s.w.t. 26

  • KESIMPULANMIB adalah penentu dan penjamin Survival Bangsa.

    Orang Melayu harus sedar bahawa pengisytiharan Melayu sebagai salah satu komponen utama falsafah Negara merupakan mekanisme yang ampuh untuk mengekalkan kelangsungan ketuanan Melayu di Negara ini.

    Dengan menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara Melayu Islam Beraja peluang bangsa Melayu untuk menyerah dan cemerlang dalam semua bidang yang penting terutamanya akan terjamin dan dapat direalisasikan.

    MIB sebagai kesinambungan Sejarah Bangsa.

    MIB adalah Wawasan kearah Menjadikan Negara Brunei Darussalam Sebagai Baldatun Taibatun Warrabun Ghafur.

    27


Top Related