Transcript
Page 1: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� PENGENALAN

Bahagian pertama Topik 1 merumuskan maksud perniagaan antarabangsa, tujuan mempelajari perniagaan antarabangsa, jenis firma multinasional dan aktiviti yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa. Dalam bahagian seterusnya, kita akan melihat evolusi perniagaan antarabangsa yang merangkumi perkembangan perniagaan antarabangsa dari awal hingga ke akhir era. Pada akhir topik, kita akan membincangkan faktor yang menyumbang pada perkembangan perniagaan antarabangsa dan pengaruh luaran aktiviti perniagaan antarabangsa dan juga istilah yang sering digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

Topik

1� Pengenalan

kepada Perniagaan Antarabangsa

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan maksud perniagaan antarabangsa;

2. Mendefinisikan peristilahan utama yang digunakan dalamperniagaan antarabangsa;

3. Menyenaraikan jenis firma multinasional;

4. Membincangkan evolusi perniagaan antarabangsa; dan

5. Menerangkan aktiviti yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa.

Page 2: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 2

LATAR BELAKANG

Mari kita memulakan pelajaran dengan melihat makna perniagaan antarabangsa.

Sebagai contoh, perniagaan antarabangsa termasuklah membeli bahan mentah daripada sebuah negara dan kemudian membawanya ke negara lain untuk diproses, mengeksport produk ke negara lain untuk dijual dan membina kilang di negara asing untuk mendapatkan kos buruh yang murah. Pihak yang mengendalikan transaksi antarabangsa terdiri daripada individu, syarikat dan perbadanan swasta serta agensi kerajaan.

Perniagaan domestik melibatkan transaksi komersial dalam negara sendiri manakala perniagaan antarabangsa berlaku menyeberangi sempadan sendiri. Biasanya ia adalah antara dua atau lebih negara.

Perniagaan antarabangsa merangkumi semua transaksi antara sebuah negara dengan negara lain.

1.1

Namakan beberapa organisasi yang terlibat dalam perniagaanantarabangsa.

AKTIVITI 1.1

Page 3: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

3

Perniagaan antarabangsa berbeza daripada perniagaan domestik dari segi beberapa aspek. Mari kita lihat setiap aspek (rujuk Jadual 1.1)

Jadual 1.1: Perbezaan antara Perniagaan Domestik dengan Antarabangsa

Aspek PPerniagaan Antarabangsa PPerniagaan Domestik

Kegunaan mata wang

Bagi pelanggan yang membeli barangan dan perkhidmatan dari negara asing, mereka perlu melakukan transaksi dalam mata wang yang telah dipersetujui dalam kontrak perdagangan, contohnya, Dolar Amerika (USD) atau Yen Jepun.

Bagi perniagaan domestik, pelanggan perlu menggunakan mata wang tempatan rasmi negara itu. Sebagai contoh, jika seseorang yang tinggal di Malaysia ingin membeli sesuatu dalam negara, dia perlu menggunakan Ringgit Malaysia.

Sistem perundangan

Sistem perundangan adalah penting dalam transaksi perniagaan antarabangsa. Bagi firma yang mahu mengeksport atau mengimport sesuatu produk tertentu dari negara asing, mereka perlu mematuhi Akta Kastam dan Akta Perdagangan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah serta perundangan antarabangsa.

Bagi perniagaan domestik, firma perlu mematuhi undang-undang domestik yang berkaitan dengan transaksi belian dan jualan.

Budaya Budaya memainkan peranan amat penting dalam transaksi perniagaan antarabangsa. Jika firma tempatan mahu membuat pelaburan langsung di sebuah negara asing, ia harus memahami budaya negara tuan rumah. Ini kerana perbezaan budaya mempengaruhi kelakuan dalam penggunaan dan pembelian produk dan perkhidmatan dalam sesebuah pasaran asing.

Bagi perniagaan domestik, firma hanya perlu memahami budaya tempatan dalam usaha menarik minat pelanggannya untuk membeli produk.

Bahan mentah

Setiap negara mempunyai sumber bahan mentah yang berbeza disebabkan oleh perbezaan keadaan cuaca dan tanah. Kebanyakan negara maju melabur di negara yang membangun untuk mendapatkan bahan mentah yang murah dan banyak yang tidak terdapat di negara sendiri.

Bagi perniagaan domestik, pengeluaran sesuatu produk bergantung pada kesediaadaan bahan mentah yang boleh didapati dengan mudah dalam negara.

Page 4: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 4

Pada asasnya, kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan adalah sama bagi transaksi yang dilakukan sama ada secara domestik mahupun antarabangsa. Namun, pelbagai risiko dan ketidakpastian membuatkan perniagaan antarabangsa lebih sukar dijalankan dan diuruskan. Mereka yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa perlu memahami budaya, sistem perundangan, situasi politik dan latar belakang sosial yang berbeza di setiap negara. Mereka perlu mengambil kira pembelian bahan mentah dan keadaan pasaran supaya dapat memperoleh pulangan yang optimum.

MENGAPA MEMPELAJARI PERNIAGAAN ANTARABANGSA?

Setiap organisasi besar yang mempunyai operasi pada peringkat antarabangsa akan dipengaruhi oleh persekitaran global. Pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa boleh membantu kita untuk memperbaiki kerjaya serta membolehkan interaksi efektif berlaku antara pengurus dan majikan di seluruh dunia.

Perniagaan kecil juga terlibat dalam perniagaan antarabangsa. Pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa adalah penting kerana kita mungkin bekerja dengan organisasi yang mempunyai ibu pejabat di luar negara. Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa untuk bersaing dan mempelajari kaedah serta teknik yang digunakan oleh negara maju. Berbekal pengetahuan tentang perniagaan antarabangsa, kita berupaya mempelajari dan memahami budaya negara lain.

1.2

Luangkan sedikit masa untuk memikirkan bagaimana pengetahuandalam perniagaan antarabangsa dapat membantu seseorang yangterlibat dalam perniagaan. Bincangkan dengan rakan-rakan anda.

AKTIVITI 1.2

Senaraikan empat perbezaan perniagaan antarabangsa dan perniagaandomestik. Mengapakah terdapat perbezaan seperti ini?

SEMAK KENDIRI 1.1

Page 5: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

5

ISTILAH UTAMA DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Mari kita lihat beberapa istilah yang sering digunakan dalam perniagaan antarabangsa. Antaranya ialah:

(a) Syarikat Multinasional Sebuah syarikat dikategorikan sebagai syarikat multinasional apabila ia menggunakan pendekatan globalisasi dalam pasaran asing. Ia mempunyai pelaburan langsung asing dan operasi perniagaan merentasi berbilang pasaran. Saiz sebuah syarikat multinasional, sama ada kecil atau besar, akan menentukan keupayaannya bersaing dalam pasaran antarabangsa. Ibu pejabat syarikat multinasional berada di negara asal, sementara subsidiarinya terletak di negara tuan rumah, contoh seperti Motorola, Siemens, Dell, Toyota dan Petronas. Sebuah syarikat multinasional boleh beroperasi pada tiga tahap yang berbeza. Mari kita lihat Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Tiga tahap syarikat multinasional

(b) Syarikat Multi domestik Pernahkah anda mendengar istilah „multi domestik‰? Apakah perbezaan antara syarikat multi domestik, syarikat global dan syarikat transnasional?

Setiap subsidiari fokus terhadap satu pasaran domestik. Subsidiari tersebut bbebas untuk merancang kempen pemasaran dan teknik pengeluarannya yang tersendiri untuk meningkatkan pengeluarannya. Sebagai contoh, sebuah syarikat multi domestik di Malaysia akan memberi perhatian pada usaha pemasaran untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik manakala subsidiarinya di London pula lebih fokus untuk merangka strategi pemasaran untuk pasaran tempatan.

Syyarikat multidomestik adalah sebuah syarikat dengan banyak subsidiari yang beroperasi secara bebas tanpa campur tangan daripada ibu pejabatnya.

1.3

Page 6: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 6

(c) Syarikat Global Satu lagi tahap syarikat multinasional yang kita perlu tahu ialah syarikat global. Bagi sebuah syarikat global, seluruh dunia ialah pasarannya. Ia akan cuba memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan global dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang standard. Ia juga membentuk strategi pengiklanan global merentasi negara lain untuk mencapai ekonomi skala melalui sistem pengeluaran produktif yang diintegrasikan.

Syarikat global menggunakan ppendekatan terpusat untuk mengawal pengeluaran dan strategi pemasarannya di luar negara, tidak seperti syarikat multi domestik yang membenarkan setiap subsidiarinya memiliki autoriti dan membuat keputusan dengan sendiri.

(d) Syarikat Transnasional Sekarang, mari kita lihat apa itu syarikat transnasional. Syarikat transnasional menggabungkan ciri syarikat global dan syarikat multi domestik. Mari kita lihat definisi yang diberikan oleh Barlett dan Ghoshal (1983).

Setiap subsidiari mempunyai perancangan dan fokus terhadap keperluan pelanggannya yang tersendiri. Ini memerlukan syarikat mempergunakan strategi yang menggabungkan keberkesanan global dan keperluan tempatan. Sistem pengurusan syarikat transnasional adalah lebih kompleks dari segi cara koordinasi dan komunikasi dua hala antara ibu pejabat dan subsidiari dipraktikkan. Biasanya, syarikat jenis ini menggunakan proses ppembuatan keputusan terpusat terutamanya untuk pengeluaran dan perkembangan jabatan yang memerlukan keselarian dalam aktivitinya.

Syarikat transnasional mengoperasikan perniagaan yang mengusahakan aktiviti mengikut keperluan pelanggan tempatan. Oleh itu, keputusan yang diambil tidak semestinya bergantung pada kehendak ibu pejabat tetapi lebih pada memenuhi keperluan tempatan.

Page 7: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

7

EVOLUSI PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Walaupun perniagaan antarabangsa baru sahaja mula maju beberapa tahun yang lalu, ia sebenarnya wujud beribu-ribu tahun yang lalu. Mari kita lihat evolusi perniagaan antarabangsa sejak kewujudannya sehingga kini. Evolusi perniagaan antarabangsa boleh dibahagikan kepada beberapa tahap seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2: Evolusi perniagaan antarabangsa

1.4.1 Era Awal Perniagaan Antarabangsa

Pada permulaannya, perniagaan antarabangsa terdiri daripada perdagangan antarabangsa. Perdagangan dalam masyarakat wujud semenjak 2000 tahun yang lalu, contohnya, masyarakat Afrika Utara telah mula berdagang buah kurma dan pakaian untuk ditukarkan dengan rempah ratus dan minyak zaitun dari Timur Tengah. Perdagangan seperti ini mula berkembang pada tahun-tahun berikutnya.

1.4

Berikan dua contoh organisasi di Malaysia yang mengimplementasikanpendekatan berikut:

(a) Syarikat Multidomestik;

(b) Syarikat Global; dan

(c) Syarikat Transnasional.

AKTIVITI 1.3

Page 8: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 8

1.4.2 Perkembangan Perniagaan Antarabangsa sejak Perang Dunia II

Aktiviti perniagaan antarabangsa telah mula berkembang dengan pesat sejak lima abad yang lalu. Eksport dunia telah berkembang dengan amat pesat. Pada tahun 1992, eksport dunia telah mencapai lebih dari $3.6 trilion berbanding dengan $53 bilion pada tahun 1950. Semenjak itu, angka ini terus meningkat.

Pelaburan langsung asing juga menunjukkan peningkatan arah aliran. Pada tahun 1967, syer keseluruhan pelaburan langsung asing yang diterima oleh negara lain adalah lebih kurang $105 bilion, tetapi angka ini meningkat dua kali ganda pada tahun 1973 dan juga pada tahun 1980. Perkembangan perdagangan dan pelaburan antarabangsa menggambarkan kuasa ekonomi, politik dan teknologi sebagai pendorong pasaran dan industri global.

1.4.3 Era Kegemilangan Perniagaan Amerika: 1945 hingga 1960

Pada akhir Perang Dunia II pada tahun 1945, peperangan yang dilancarkan di udara, laut dan darat telah memusnahkan kebanyakan infrastruktur di negara Eropah dan Jepun. Walau bagaimanapun, infrastruktur di Amerika tidak terjejas. Oleh itu, Amerika tidak perlu membina semula negara mereka dan menghadapi cabaran yang minimum dan mereka dapat menumpukan perhatian terhadap pembinaan perniagaan industri di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1950-an, American Motors (kini sebahagian daripada Chrysler), Chrysler, Ford dan General Motors berjaya menjual semua kereta mereka. Syarikat General Electric dan RCA menjadi pengeluar elektronik yang terkenal. Syarikat seperti US Steel dan Bethelem Steel pula tidak menghadapi sebarang persaingan. Boeing, McDonnel Douglas dan Lockheed telah mendominasi pasaran penerbangan komersial.

Tentera Amerika juga mempengaruhi ekonomi asing dalam tempoh masa itu. Sebagai contoh, semasa konflik di Korea, pihak Amerika menaja kebanyakan bekalan operasi di Jepun. Ini membantu mewujudkan kemunculan modal, pekerjaan dan teknologi di Jepun. Kebanyakan negara industri seperti Perancis, Itali dan Jepun menerima sokongan penuh daripada Amerika sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada akhir 1950-an, proses membina semula infrastruktur di negara Eropah dan Jepun telah disiapkan.

Page 9: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

9

1.4.4 Kemunculan Eropah dan Jepun: 1960 hingga 1980

Pada awal 1960-an, syarikat di Eropah dan Jepun sedang bersedia untuk memasuki pasaran antarabangsa. Syarikat-syarikat tersebut hendak mengambil kesempatan daripada potensi pasaran baru dan mengembangkan operasi mereka di luar negara.

Sebagai contoh, pada tahun 1958, Nissan Motor mengeksport kereta ke Amerika menggunakan jenama Datsun. Nissan Motor diperbadankan di Los Angeles pada tahun 1960 dan sebuah kilang dibina di Mexico pada tahun 1961. Pada tahun yang sama, sebuah syarikat Kanada, Alcan Aluminium, membina kilang luar negara mereka yang pertama di Amerika. Pada tahun 1962, Fuji bekerjasama dengan Xerox untuk menghasilkan mesin fotokopi. Usaha oleh syarikat dari Eropah dan Asia merupakan asas pertumbuhan kini yang lebih sofistikated dan persaingan lebih sengit yang dihadapi oleh syarikat masa kini.

Pada tahun 1970-an, beberapa peristiwa telah melemahkan kedudukan Amerika dalam ekonomi dunia. Antara peristiwa tersebut termasuklah persaingan yang lebih sengit dan ketidakpastian keadaan dunia. Jepun, yang menumpukan perhatian pada kualiti dan kos, lebih bersedia untuk bersaing berbanding Amerika.

Satu lagi kejutan ekonomi yang berlaku pada tahun 1970-an ialah kenaikan harga minyak dan bahan mentah. Pada masa itu, negara pengeksport minyak membentuk kartel yang dikenali sebagai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum atau OPEC (Organisasi Negara-negara Pengeksport Minyak). OPEC yang mengawal pengeluaran minyak telah menaikkan harga dengan tinggi. Tindakan OPEC memberikan impak negatif kepada negara dan banyak syarikat di seluruh dunia. Ia telah memindahkan kekayaan daripada negara pengguna minyak kepada negara pengeluar minyak.

Syarikat terpaksa mengubah cara perniagaan mereka untuk mengatasi kenaikan kos pengeluaran. Masalah menjadi lebih rumit akibat dasar buruh Amerika yang tidak konsisten. Situasi juga semakin rumit bagi industri yang bergantung pada sumber seperti elektrik dan gas asli. Industri-industri ini, contohnya, industri penerbangan dan pengeluaran menjadi mangsa perubahan dasar kerajaan Amerika. Selepas peperangan tamat, industri automobil mengalami kerugian besar akibat mutu produk mereka yang rendah dan tidak setanding dengan produk yang dihasilkan di Jepun. Keadaan ini membantu syarikat dari Eropah, Jepun dan lain-lain meluaskan pasaran mereka ke Amerika dan pasaran dunia. Hasilnya, syarikat-syarikat ini juga meningkatkan mutu produk mereka melalui penyelidikan dan pembangunan.

Page 10: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 10

Begitu juga pada tahun 1970-an, struktur ekonomi dunia telah berubah. Sebagai contoh, Jepun menguasai syer pasaran bagi industri besi dan elektronik. Eropah dan Jepun telah menawan industri automobil dan menggantikan General Motors, Ford dan Chrysler di pasaran automobil berharga sederhana dan rendah.

1.4.5 Pasaran Global Baru: 1980 hingga Kini

Pada penghujung tahun 1970-an, pengurus syarikat di Amerika sedar bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk bersaing dalam pasaran global. Kebanyakan pengurus sedar akan kemunculan pesaing baru dalam pasaran global sebagai ancaman, tetapi mereka juga melihat peluang untuk memasuki pasaran baru.

Pencipta Teori Z, William Ouchi (1981), mendapati bahawa dalam organisasi Jepun, setiap pekerja sangat komited dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi. Sebaliknya, pekerja dalam kebanyakan syarikat di Amerika hanya diberi pemahaman minima tentang operasi organisasi. Oleh itu, produk yang dihasilkan lebih rendah kualitinya. Syarikat di Amerika mula mengimplementasikan kaedah pengurusan yang lebih kompetitif mengikut amalan yang diamalkan oleh syarikat Jepun. Contohnya, syarikat Amerika meniru amalan seperti bulatan kualiti, tepat pada masa dan lain-lain dasar untuk mempertingkatkan kawalan kualiti.

Syarikat Amerika juga menyedari bahawa mereka tidak boleh meniru sepenuhnya amalan perniagaan syarikat Jepun kerana mereka perlu mengekalkan budaya organisasi dan perniagaan mereka sendiri. Oleh itu, syarikat Amerika hanya meniru amalan perniagaan pesaing yang tertentu sahaja. Sebagai contoh, Ford dan Chrysler meniru Honda dan Toyota dari segi peningkatan kualiti produk. Syarikat elektronik seperti Motorola dan Texas Instruments meniru Hitachi dan Toshiba dalam penyelidikan dan pembangunan serta pengawalan kos.

Persaingan yang amat sengit antara syarikat dalam perniagaan antarabangsa mendorong kebanyakan syarikat menjadi inovatif dan seterusnya menghasilkan produk berkualiti tinggi bagi memenuhi permintaan pelanggan di serata dunia.

Apabila syarikat multinasional di Eropah dan Jepun membangun dari segi saiz dan kekayaan, mereka juga meningkatkan pelaburan langsung ke dalam Amerika. Pelaburan sebegini membolehkan syarikat seperti ini beroperasi dalam pasaran Amerika dan meningkatkan nilai harta mereka. Pada awal 1990-an, ekonomi dunia dikawal oleh negara industri seperti Amerika, Kesatuan Eropah dan Jepun (juga dikenali sebagai Tiga Serangkai).

Page 11: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

11

PERKEMBANGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Faktor penyumbang pada perkembangan perniagaan antarabangsa ialah perkembangan pasaran, pembelian sumber, tekanan persaingan, perubahan teknologi, perubahan sosial dan perubahan dalam dasar perdagangan dan pelaburan kerajaan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Enam faktor penyumbang perkembangan perniagaan antarabangsa

Mari kita lihat penerangan tentang enam faktor berikut.

1.5

Apakah dasar kerajaan Malaysia yang boleh menggalakkan danmenyumbang pada perniagaan antarabangsa? Bincangkan denganrakan sekuliah anda dalam myVLE.

AKTIVITI 1.4

Page 12: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 12

1.5.1 Perkembangan Pasaran

Perkembangan pasaran merupakan pemangkin utama perkembangan perniagaan antarabangsa. Apabila kapasiti pengeluaran melebihi saiz pasaran tempatan, syarikat akan mencari peluang pasaran baru di luar negara. Syarikat dari negara dengan saiz pasaran kecil seperti Singapura, Switzerland dan Netherlands akan mendapati bahawa mereka perlu mengembangkan pasaran mereka di luar sempadan negara sendiri. Contoh, pada tahun 1975, Nestle memasarkan produk susu mereka ke enam belas buah negara.

1.5.2 Pembelian Sumber

Pembelian sumber oleh negara maju daripada negara membangun telah mengembangkan aktiviti perniagaan antarabangsa. Ini kerana sumber tersebut tidak terdapat di negara maju. Dalam kebanyakan kes, syarikat ini bergantung pada sumber dari luar akibat ketiadaan sumber di negara sendiri. Sebagai contoh, Amerika membeli kopi dan pisang daripada Amerika Selatan, Jepun membeli produk perhutanan dari Kanada, sementara syarikat dari serata dunia membeli minyak dari Timur Tengah. Syarikat ini juga mendapati bahawa sumber seperti ini boleh diperoleh dengan lebih murah dan mudah di luar negara. Sebagai contoh, syarikat di kebanyakan negara membeli alat telekomunikasi daripada Nortel kerana ia adalah lebih murah dan mudah jika sumber tersebut dibeli daripada sebuah syarikat berbanding daripada beberapa buah syarikat berbeza.

1.5.3 Tekanan Persaingan

Oleh sebab kecekapan skala ekonomi dan kekayaan syarikat gergasi, syarikat kecil sukar untuk bersaing dengan mereka. Sebagai contoh, Mazda mengalami kerugian besar kerana kekurangan sumber yang telah menghalang mereka daripada bersaing dengan Nissan dan Toyota. Oleh itu, pada awal 1990-an, Mazda memperkenalkan model baru seperti „Miatra Convertible‰ (model kereta berhud) dan meningkatkan pengeluaran automobil mereka. Mereka mengamalkan taktik sedemikian untuk menambahkan pasaran, pembelian, keuntungan dan seterusnya bersaing pada tahap yang sama seperti pesaingnya. Tekanan persaingan menyumbang pada perkembangan perniagaan antarabangsa semasa.

Page 13: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

13

1.5.4 Perubahan Teknologi

Perubahan teknologi terutamanya dalam bidang komunikasi, pengangkutan dan pemprosesan maklumat merupakan sebab utama bagi perkembangan perniagaan antarabangsa. Perkembangan teknologi memudahkan pengurusan perniagaan masa kini. Oleh sebab perubahan teknologi adalah pesat seperti Internet dan e-dagang, transaksi perniagaan antarabangsa dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

1.5.5 Perubahan Sosial

Perubahan sosial juga membolehkan perniagaan antarabangsa berkembang. Masyarakat masa kini lebih terbuka dan mudah menerima produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara asing. Perniagaan antarabangsa tanpa sempadan membolehkan pelanggan dari pelbagai negara memperoleh dan menikmati produk berkualiti tinggi.

1.5.6 Perubahan dalam Dasar Perdagangan dan Pelaburan Kerajaan

Perubahan dasar perdagangan dan pelaburan kerajaan juga menyumbang kepada perkembangan perniagaan antarabangsa. Kebanyakan kerajaan telah mengurangkan tarif import dan memansuhkan halangan pelaburan asing kepada negara mereka melalui liberalisasi perdagangan. Tindakan sedemikian memudahkan transaksi perniagaan antarabangsa antara negara. Tidak dapat dinafikan bahawa perniagaan antarabangsa menjadi semakin penting dalam ekonomi dunia.

AKTIVITI PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Ada tujuh aktiviti perniagaan antarabangsa iaitu: import/eksport, pelaburan langsung asing, francais, kontrak pengurusan, kontrak pembuatan dan projek serah kunci. Mari kita bincangkan tentang setiap aktiviti ini.

(a) Eksport/IImport Eksport, sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan, adalah penting untuk sebuah syarikat. Pada masa kini, sektor perkhidmatan menyumbang pada lebih daripada 60% pengeluaran domestik negara industri. Import pula melibatkan produk yang dibeli oleh negara lain untuk kegunaan mereka sendiri.

1.6

Page 14: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 14

(b) Pelaburan Langsung Asing (FDI) Pelaburan langsung asing merupakan aktiviti perniagaan antarabangsa; iaitu modal sesebuah negara dilaburkan di negara lain. Rugman & Hodgetts, (2006) melaporkan bahawa FDI mewakili 50% daripada perdagangan dunia yang melibatkan 500 buah syarikat terbaik di dunia. Ia terbahagi kepada dua jenis:

(i) Pelaburan langsung asing merupakan pelaburan yang diimplementasikan untuk mengawal harta atau operasi syarikat yang bertempat di negara lain; dan

(ii) Pelaburan portfolio melibatkan pembelian instrumen kewangan atau sekuriti (syer, bon dan sijil simpanan) untuk sebab tertentu selain kawalan. Salah satu sebab utama adalah untuk meningkatkan nilai instrumen kewangan atau sekuriti tersebut.

(c) Pelesenan Pelesenan berlaku apabila syarikat dalam sebuah negara (pemberi lesen) memajak lesen bagi membolehkan syarikat dari negara luar (penerima lesen) menggunakan harta intelek mereka seperti paten, tanda perdagangan, jenama, hak cipta teknologi atau rahsia perdagangan sebagai pulangan untuk royalti. Sebagai contoh, syarikat Walt Disney membenarkan syarikat lain memaparkan gambar Mickey Mouse di atas pakaian mereka dan menerima pembayaran daripada hasil jualan pakaian tersebut.

(d) Francais Dua pihak yang terlibat dalam francais ialah pemberi francais dan penerima francais. Pemberi francais membenarkan penerima francais menggunakan produk mereka dengan jenama, logo serta teknik operasi sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Sebagai balasan, pihak penerima francais akan membayar royalti kepada pemberi francais. Sebagai contoh, McDonald menjual francais restorannya di seluruh dunia.

(e) Kontrak Pengurusan Kontrak pengurusan ditandatangani apabila syarikat yang berkemahiran bersetuju mengendalikan operasi atau pengurusan di negara lain dengan mengenakan caj tertentu. Sebagai contoh, dalam industri perhotelan, Marriot dan Hilton biasanya tidak memiliki hotel di luar Amerika walaupun hotel ini beroperasi di banyak negara. Ia dikatakan dikendalikan di bawah kontrak pengurusan.

Page 15: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

15

(f) Kontrak Pembuatan Kontrak pembuatan ditandatangani apabila sesebuah firma memberi kontrak kepada firma lain supaya mengeluarkan produk mereka. Tujuan kontrak pembuatan adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran dan sumber manusia. Sebagai contoh, Proton mengeluarkan kontrak pembuatan kepada firma lain untuk membuat cermin depan kereta Proton di Selangor dan negeri lain di Malaysia.

(g) Projek Serah Kunci Projek serah kunci bermula apabila sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan jejambat atau bangunan. Setelah projek siap, ia akan diserahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. Sebagai contoh, jambatan Pulau Pinang dibina oleh sebuah syarikat dari Korea Selatan dan apabila jambatan tersebut siap dibina, ia diserahkan semula kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. Syarikat Korea tersebut dibayar mengikut kandungan kontrak yang dipersetujui sebelum mereka memulakan projek tersebut.

Cuba latihan berikut untuk menguji pemahaman anda:

1. Terangkan maksud istilah „perniagaan antarabangsa‰ dan kenalpasti pihak yang terlibat dalam transaksi antarabangsa. Berikanbeberapa contoh.

2. Jelaskan aktiviti perniagaan antarabangsa berikut secara ringkas:

(a) Pelesenan; dan

(b) Francais.

LATIHAN 1.1

Page 16: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 16

PENGANTARABANGSAAN

Pengantarabangsaan berlaku bila organisasi terlibat dalam aktiviti komersial di luar sempadannya melalui pelaburan langsung asing. Tujuannya adalah untuk memiliki dan mengawal operasi, menambah nilai pengeluaran dan akhirnya mendapatkan keuntungan yang optimum. Sebagai contoh, organisasi yang terlibat dalam aktiviti pengantarabangsaan ialah syarikat multinasional (MNC) yang terlibat secara ekstensif dalam perniagaan antarabangsa.

Ciri-ciri syarikat multinasional adalah:

(a) Syarikat multinasional membeli bahan mentah yang murah daripada beberapa buah negara dan mengeluarkan produk dan perkhidmatan di negara lain untuk mendapatkan keuntungan maksimum;

(b) Syarikat multinasional mengawal aktiviti subsidiarinya di negara lain selain daripada ibu pejabatnya; dan

(c) Pada masa yang sama, ia juga membenarkan subsidiarinya beroperasi mengikut situasi tempatan.

IBM (International Business Machines) ialah contoh syarikat multinasional yang mengamalkan pengantarabangsaan. Syarikat komputer ini mengimport komponen elektrik ke Amerika dari lebih 50 buah negara asing. Ia mengeksport komputer ke lebih 130 buah negara asing dan mempunyai pelaburan asing langsung di 45 buah negara.

Syyarikat multinasional didefinisikan sebagai syarikat yang terlibat dalam pelaburan langsung asing dan memiliki atau mengawal aktiviti nilai tambahan lebih daripada satu negara.

1.7

Berikan contoh beberapa organisasi multinasional.

AKTIVITI 1.5

Page 17: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

17

PENGARUH LUARAN DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Setiap syarikat yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa akan menghadapi pengaruh luaran yang akan mempengaruhi perniagaan antarabangsa mereka. Terdapat empat pengaruh luaran utama, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4: Empat pengaruh luaran perniagaan antarabangsa

Mari kita bincangkan pengaruh luaran ini dengan lebih lanjut.

1.8.1 Dasar Perundangan dan Politik

Sistem politik setiap negara adalah berbeza. Sebuah syarikat multinasional yang melabur di negara asing mesti mematuhi sistem politik yang diamalkan di negara tuan rumah. Sebagai contoh, syarikat dari Malaysia tidak dibenarkan membuat urusan perdagangan dengan Israel. Sementara itu, negara lain yang menghadapi konflik politik yang serupa tidak akan melabur di syarikat yang dimiliki oleh negara berkenaan. Apabila sebuah syarikat ingin melabur di negara asing, ia juga perlu memahami sistem perundangan negara tersebut. Sebagai contoh, terdapat negara yang mengenakan syarat perundangan ke atas syarikat multinasional yang beroperasi di negara mereka, misalnya, perlu mengambil lebih daripada 50% penduduk tempatan sebagai pekerja. Negara lain pula akan memberi pengecualian dari segi pembayaran tarif dan kuota untuk menggalakkan syarikat multinasional melabur di negara mereka.

1.8

Page 18: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 18

1.8.2 Faktor Kebudayaan

Pemahaman terhadap budaya sesebuah negara penting bagi sebuah syarikat antarabangsa. Setiap negara mempunyai budayanya yang tersendiri. Perbezaan budaya boleh menjadi penghalang pada perniagaan antarabangsa. Pemahaman tentang sistem budaya sesebuah negara seperti gaya hidup, sikap, nilai sosial dan kepercayaan boleh menolong seorang pengurus perniagaan antarabangsa untuk merancang produk yang boleh menarik minat masyarakat tempatan. Kewujudan perbezaan budaya memerlukan syarikat asing mengadaptasi produk dan strategi mereka supaya ia bersesuaian dengan masyarakat tempatan. Sebagai contoh, McDonalds telah menyesuaikan menu restoran mereka bagi memenuhi standard halal apabila beroperasi di negara Islam.

1.8.3 Kuasa Ekonomi

Pemahaman terhadap persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat menjelaskan bagaimana ekonomi mempengaruhi operasi perniagaan antarabangsa. Sebagai contoh, faktor ekonomi menjelaskan mengapa banyak negara memperdagangkan produk dan perkhidmatan dengan negara lain, dan juga sebab negara maju mempertingkatkan produktiviti dan pengeluaran pertanian mereka. Ia juga menjelaskan sebab negara kecil masih menggunakan mesin yang murah dan ketinggalan zaman. Perkembangan terbaru seperti kebangkitan ekonomi China yang pesat membangun sebagai kuasa ekonomi baru menjelaskan sebab pelabur asing multinasional membuat keputusan untuk berkembang ke dalam pasaran China. China merupakan kuasa kedua terbesar selepas Amerika.

Fikirkan beberapa contoh perubahan atau adaptasi oleh syarikat yangdilakukan ke atas produk asing agar sesuai dengan budaya masyarakatMalaysia. Bincangkan isu ini dengan rakan sekuliah anda.

AKTIVITI 1.6

Page 19: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

19

1.8.4 Pengaruh Geografi

Faktor fizikal dan geografi mempengaruhi keputusan syarikat untuk melabur di luar negara. Faktor seperti cuaca yang baik dan kebolehdapatan sumber asli dalam sesebuah negara merupakan kelebihan semula jadi yang dipertimbangkan sebelum syarikat multinasional membuat keputusan untuk pelaburan. Ada syarikat yang tidak mahu melabur di sesebuah negara kerana lokasi negara tersebut yang boleh meningkatkan kos pengangkutan. Oleh itu, lokasi yang strategik ialah pengaruh geografi yang penting dalam pelaburan langsung asing. Bencana alam juga memberikan indikasi kepada perkembangan perniagaan antarabangsa. Sebagai contoh, apabila berlakunya gempa bumi dan tsunami di Jepun pada Mac 2011, ia meninggalkan kesan ekonomi yang meluas ke atas ekonomi dunia. Kesan buruknya boleh dilihat melalui perdagangan, kewangan dan pembangunan perniagaan antarabangsa di Asia Timur dan seluruh dunia kerana Jepun merupakan ekonomi ketiga terbesar di dunia.

Sekarang, cuba jawab soalan berikut untuk menyemak pemahaman anda terhadap topik ini.

Nyatakan dan jelaskan pengaruh luar dalam perniagaan antarabangsa.

LATIHAN 1.2

Page 20: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

� TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA 20

1. Perniagaan antarabangsa adalah berbeza daripada perniagaandomestik kerana faktor berikut, KKECUALI:

A. penggunaan mata wang

B. sistem perundangan

C. budaya

D. bahan mentah

E. negara maju

2. _________________ ialah pelaburan yang diimplementasi untukmengawal harta atau operasi syarikat yang terletak di negara asing.

A. Pelaburan langsung asing

B. Pelesenan

C. Francais

D. Kontrak Pengurusan

E. Eksport

3. Salah satu faktor penyumbang kepada perkembangan perniagaanantarabangsa ialah _________________.

A. perubahan dalam pengurusan atasan syarikat.

B. perubahan dalam pentadbiran syarikat.

C. perubahan budaya yang diamalkan masyarakat sesebuahnegara.

D. perubahan sistem perundangan sesebuah negara.

E. perkembangan pasaran.

4. _________________ ialah apabila organisasi terlibat dalam transaksikomersial di luar sempadan dengan individu, syarikat swasta dan/atau organisasi awam.

A. Pengantarabangsaan

B. Firma multidomestik

C. Firma transnasional

D. Firma global

E. Firma tempatan

LATIHAN 1.3

Page 21: 20150918084647_BBNG3103 Topic 1 Introduction to International Business

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN ANTARABANGSA �

21

� Perniagaan antarabangsa terdiri daripada semua transaksi komersial antara

sebuah negara dengan negara lain dan juga seluruh dunia.

� Firma multinasional yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa ialah firma multi domestik, global, multinasional dan transnasional.

� Syarikat dengan penglibatan dalam pasaran global yang semakin meningkat akan dapat mempertingkatkan pendapatan, memperluas pasaran, memperoleh bahan mentah serta sumber manusia dengan mudah dan lain-lain faktor pengeluaran dengan murah dari negara asing.

� Perniagaan antarabangsa bermula dengan perniagaan domestik di negara sendiri dan berkembang melangkaui sempadan merangkumi perniagaan multi domestik, global dan transnasional.

� Aktiviti perniagaan antarabangsa termasuklah eksport, import, francais, pelesenan, kontrak pembuatan dan projek serah kunci.

� Faktor penyumbang yang mendorong kepada perkembangan perniagaan antarabangsa ialah perkembangan pasaran, pencarian sumber, tekanan persaingan, perubahan teknologi, perubahan sosial dan perubahan dalam dasar perdagangan dan pelaburan kerajaan.

� Faktor luar yang mempunyai kesan langsung ke atas perniagaan antarabangsa ialah faktor kebudayaan, dasar perundangan dan politik, geografi serta ekonomi.

Faktor kebudayaan

Kuasa ekonomi

Pengantarabangsaan

Pengaruh geografi

Perniagaan antarabangsa

Dasar politik

Sistem perundangan

Syarikat global

Syarikat multi domestik

Syarikat multinasional

Syarikat transnasional


Top Related