Transcript
Page 1: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap
Page 2: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap
Page 3: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

11

Page 4: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

ISBN: 983-9384-49-X Hakcipta Terpelihara © Harun Yahya

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa juga carapunsama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapatizin bertulis daripada penerbit.

Terbitan Pertama Bahasa Melayu, 2003October 2003

No. 1-2-1, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 6-03-42518792, 42510498Fax: 6-03-42562030

http://www.saba.com.myE-mail: [email protected]

Terbitan Bahasa Inggeris oleh Goodword Books

Judul Asal: Honey Bees: That Build Perfect Combs

Diterjemahkan oleh

Rohidzir Rais

Penulis:

Harun Yahya

Laman Web:http: // www.harunyahya.orghttp: // www.harunyahya.comhttp: // www.harunyahya.net

Dicetak oleh:Percetakan Advanco Sdn. Bhd.

(Co. No. 410060-X)

22

Page 5: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Oleh

HARUN YAHYA

Terjemahan

Rohidzir Rais

Terbitan

33

Page 6: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

PengarangPengarang buku ini, yang menggunakan nama pena

HARUN YAHYA, telah dilahirkan di Ankara pada 1956.Setelah menamatkan pengajian rendah dan menengahnyadi Ankara, dia kemudian mempelajari seni di UniversitiMimar Sinan, Istanbul dan falsafah di Universiti Istanbul.Semenjak 1980-an lagi, pengarang ini telah menerbitkanbanyak buku di dalam isu-isu politik, agama dan sains.Harun Yahya dikenali sebagai seorang pengarang yangtelah menulis hasil kerja penting yang menyingkapkeruntuhan evolusi, kepalsuan dakwaan-dakwaanmereka dan hubungan jahat di antara fahaman Darwindan ideologi-ideologi berdarah lain.

Nama penanya adalah gabungan daripada nama“Harun” (Aaron) dan “Yahya” (John), sebagai

ingatan kepada dua orang nabi yanggigih menentang kepincangan iman.Cap Nabi di kulit buku ini mempunyaimakna simbolik berkaitan dengankandungannya. Cap ini mewakili Al-Quran, kitab dan kalam Allah yangterakhir, dan nabi kita, penutup segalanabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkanmatlamatnya untuk menyangkal setiapajaran asas ideologi-ideologi tidakberagama dan untuk memberikan

mereka “kata akhir”, dengan itu ia dapatmelenyapkan penentangan terhadap

agama. Cap nabi ini, yangmengandungi kesempurnaan dari segi

kebijaksanaan dan moral, digunakan sebagai tandamatlamatnya menyatakan kata akhir ini.

Semua hasil kerja pengarang ini berlegar pada satumatlamat: untuk menyampaikan ajaran Al-Quran kepadamanusia, untuk menggalakkan mereka memikirkan

Page 7: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

tentang isu-isu keagamaan, seperti kewujudan Allah,kesatuan-Nya dan Hari Akhirat, dan untuk mendedahkandasar-dasar lemah dan hasil kerja sesat sistem tanpaTuhan.

Harun Yahya mempunyai ramai pembaca di banyaknegara, daripada India ke Amerika, England ke Indonesia,Poland ke Bosnia, dan Sepanyol ke Brazil. Sebahagianbukunya boleh didapati di dalam bahasa Inggeris,Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Portugis, Urdu, Arab,Albania, Rusia, Serbo-Croat (Bosnia), Poland, Melayu,Uygur, Turki, dan Indonesia, dan ia telah dibaca olehpembaca seluruh dunia.

Dihargai di seluruh dunia, hasil kerja ini telahmembantu ramai orang untuk beriman dengan Allah dansebahagian yang lain pula mendalami keimanan mereka.Gaya ilmiah, lurus dan mudah difahami yang digunakanmemberikan buku-buku ini sentuhan berbeza yangmenyedarkan sesiapa sahaja yang membaca ataumengkajinya. Tidak dapat disanggah, hasil kerja inidikenali dengan sifat-sifat keberkesanannya, hasilmemuaskan dan tidak dapat disanggah. Selalunyasesiapa yang membaca buku-buku ini danmemikirkannya dengan serius tidak akan menyokongfalsafah-falsafah materialistik, ateisme dan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah sesat lain. Jika merekamasih menyokongnya, itu adalah penolakan sentimentalkerana buku-buku ini telah membatalkan ideologi-ideologi ini dari dasarnya lagi. Semua gerakan moden initelah dikalahkan secara ideologinya hari ini, terima kasihkepada koleksi buku-buku tulisan Harun Yahya.

Tidak dapat dinafikan, natijah ini disebabkan olehkeilmiahan dan kejelasan Al-Quran. Pengarang tidakmerasa megah; sebaliknya dia hanya bermaksud untukmembantu sesiapa sahaja yang mahu mencari jalan Allahyang lurus. Tambahan pula, tiada ganjaran materialisdiperolehnya daripada penerbitan buku-buku ini.

Page 8: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggalakkan orangramai membaca buku-buku ini, yang membuka “mata”hati dan membimbing mereka menjadi hamba Allah yangtaat, telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai.

Sementara itu, adalah membuang masa dan tenagamempropagandakan buku-buku lain yang mengelirukanminda orang, mengheret mereka kepada ideologi sesat,dan yang tidak dapat menghilangkan keraguan di dalamhati manusia, seperti yang dibuktikan daripadapengalaman-pengalaman lepas. Adalah mustahil untukbuku-buku yang lebih menitik beratkan kehebatanpengarang daripada matlamat murni untukmenyelamatkan manusia daripada kehilangan iman,untuk berkesan. Mereka yang meragui perkara ini dapatmelihat matlamat buku-buku Harun Yahya ini adalahuntuk mengatasi kekufuran dan menyebarkan nilai-nilaimoral Al-Quran. Kejayaan dan keberkesanan kerja inidapat dilihat pada pengakuan pembaca-pembaca.

Satu perkara yang perlu diingati; Punca utamaberlarutnya kekejaman dan konflik, dan semuapenderitaan yang dialami manusia, ialah ideologi-ideologikufur. Perkara ini hanya dapat diselesaikan denganmengalahkan ideologi kufur ini dan memastikan semuamanusia mengetahui tentang keajaiban ciptaan Allah danmoral Al-Quran, semoga manusia dapat hidupdengannya. Melihat kepada keadaan dunia hari ini, yangmemaksa manusia melakukan keganasan, korupsi dankonflik, jelaslah kerja ini perlu dilakukan dengan lebihcepat dan berkesan. Atau, ia mungkin akan terlambat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan koleksi buku-bukuHarun Yahya telah menjalankan tanggungjawab ini.Dengan izin Allah, buku-buku ini akan menjadi penyebabbagi manusia di abad ke-21 ini untuk mendapatkankedamaian dan kebahagiaan, keadilan dan kegembiraanyang dijanjikan di dalam Al-Quran.

Page 9: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap
Page 10: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

KKamu semua telah sedia tahu tentang lebahmadu. Mungkin kebanyakan daripada kamupernah melihatnya di dalam cerita kartun di

TV, atau, mungkin dalam kehidupan sebenar,berdesing-desing di merata tempat. Tetapi sayayakin ada banyak juga yang kamu tidak tahutentang mereka...

Tidak berapa lama dahulu, ibu, ayah dan sayatelah pergi ke hutan untuk berjoging. Saya gembiradi sana. Tetapi yang paling menggembirakan sayaialah seorang sahabat baru yang saya temui ketikakami beristirahat. Ia sangat kecil, tetapi ia amatbermakna kepada saya. Saya tidak akan melupakansahabat kecil saya ini.

Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah dia?Sebenarnya, ia adalah seekor lebah madu yangriang. Ia datang kepada saya dan terbangmengelilingi saya untuk seketika. Mulanya, saya

22

Page 11: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

merasa takut disengat kerana ia terlalu hampir...Saya menjerit: “Jangan! Tolong jangan sengat saya.Saya tidak mahu dicederakan!”. Dan kemudiansesuatu yang aneh berlaku, apabila lebah itu mulabercakap dengan saya.

Si Lebah Madu: Saya tidak mahu menyengatkamu. Saya hanya mahu berkawan dengan kamu.

Omar: Betulkan? Saya sangat berbesar hatimendengarnya.

Si Lebah Madu: Biar saya memperkenalkan dirisaya. Saya adalah seekor lebah pekerja. Sayatinggal di dalam batang pokok, bersama denganberibu-ribu sahabat-sahabat saya.

33

Page 12: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

44

Page 13: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Semua lebah madu di dalam sarang melakukan tugas-tugas yang berbeza. Sebahagian mengumpulkanmakanan sementara yang lain pula membersihkansarang atau menghasilkan madu

Omar: Wah! Kamu mempunyai sahabat-sahabatyang sangat ramai!... Bagaimana kamu dansahabat-sahabat kamu meluangkan masa kamu?

Si Lebah Madu: Kami membersihkan sarangkami, mengumpulkan makanan dan membawanyake sarang, menghasilkan jeli diraja, memanaskansarang dan mengawalnya...

Omar: Tidakkah kamu merasa letih melakukansemua perkara-perkara tersebut?

Si Lebah Madu: Tidak. Kami lebah-lebahpekerja membahagikan tugas-tugas di dalam sarangdi kalangan kami. Kerana itulah kami tidak pernah

55

Page 14: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

merasa letih. Contohnya, hari ini saya membinaindung-indung madu untuk menyimpan madu...

Omar: Ada satu benda tentang lebah yang seringmenyebabkan saya tertanya-tanya; bagaimanakamu dilahirkan?

Si Lebah Madu: Mungkin kamu pernahmendengar bahawa terdapat seorang ratu di dalamsetiap gerombolan lebah madu. Lebah ratu adalahlebah betina paling besar di antara semua lebahbetina lain. Ia mengeluarkan telur pada masa-masatertentu. Tetapi kami tidak menetas daripada telur-telur ini serta merta. Apa yang menetas daripadatelur-telur ini ialah ulat putih, yang dipanggil larva,tanpa mata, sayap atau kaki, dan ia tidak sedikitpun kelihatan seperti kami. Untuk beberapa lama iakekal terbungkus di dalam sebuah kepompong.Dalam masa yang sama, ia diberikan makansecukupnya dan kemudian berubah daripadakepompong menjadi seperti saya.

Omar: Ia amat menakjubkan! Saya masihtertanya-tanya tentang satu perkara! Dalamkeadaan begitu sesak, apakah tidak berlakukekeliruan di dalam sarang kamu?

Si Lebah Madu: Tidak pernah. Sebaliknya, iasangat teratur. Beribu-ribu lebah tinggal bersama didalam keadaan keharmonian sambil kami melakukankerja-kerja kami.

66

Page 15: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Telur-telur yang dihasilkan olehlebah ratu di dalam sel-sel, padamulanya kelihatan seperti ulat-ulatdi dalam gambar di bawah. Larva-larva ini makin membesar,berkembang dan berubah kepadabentuk seekor lebah. Gambar besardi bawah menunjukkan lebah-lebahpekerja yang berkumpul disekeliling ratu.

77

Page 16: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Omar: Ia sangat menarik! Saya masih tidakfaham bagaimana kamu dapat berkeadaan teratursedangkan jumlah kamu terlalu banyak! Ayah sayapengurus bangunan kami, dan dia menghadapikesukaran untuk menjaga ketertiban di sana. Tetapikamu menyatakan kamu tidak mempunyai masalahseperti ini.

Si Lebah Madu: Memang patut kamu berasaterperanjat. Kami tahu pakar-pakar sains jugaterperanjat dengan perkara ini, dan mencarijawapan kepada persoalan bagaimana ketertiban inidijaga, dan bagaimana sejumlah besarlebah-lebah dapat bekerja bersama denganbegitu baik! Saya boleh memberitahu kamujawapannya dengan pantas: Kamimempunyai tugas-tugas tertentu; kamibekerja keras dan melakukannya sebaik mungkindan kami cuba tidak mengganggu ketertiban didalam sarang.

Ketika mendengar lebah pekerja ini dalamkeadaan kehairanan, saya mendengar ibumemanggil, “Omar! Omar! Di mana kamu?”.Masanya untuk saya beredar.

Omar: Emak saya sedang memanggil saya. Sayarasa saya perlu pergi dahulu sekarang. Saya sangatberbesar hati bertemu dengan kamu. Terima kasihdi atas semua yang telah kamu ceritakan kepadasaya!

88

Page 17: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Lebah-lebah pekerjamemberi makanlarva-larva di dalamsel (sebelah). Lebah-lebah mengerumunibatas sepohon pokok.(atas)

Lebah-lebahmadu salingmemberimakan antarasatu sama lain.(sebelah)Lebah-lebahmengipassarang dengansayap mereka.(bawah)

99

Page 18: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Si Lebah Madu: Saya juga gembira dengankehadiran kamu. Mungkin, kita akan dapat bertemulagi! Bagaimana kalau bertemu lagi di sini minggudepan? Jika kamu suka, saya boleh bawa kamu kesarang kami dan tunjukkan kamu indung-indungmadu.

Omar: Ia tentu hebat! Tetapi, sudah tentu hanyajika ibu bapa saya bersetuju untuk datang lagi kemari.

Si Lebah Madu: Baiklah, semoga dapat bertemukamu minggu hadapan!

Sebaik sahaja saya sampai ke rumah, sayamengeluarkan ensiklopedia haiwan yang ayah sayahadiahkan kepada saya. Saya dengan segeramenyelak halaman-halaman dan menemui bahagiantentang lebah madu. Benda pertama yang menarikperhatian saya ialah gambar kecil seekor lebahmadu. Saya telah mula merindukan sahabat kecilsaya...

1100

Page 19: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

(Kanan) Lebah-lebah pekerjamenolak orang luar keluardaripada sarang.

Lebah-lebah pekerjabertanggungjawabuntuk membuangsemua jenisorganisma danlarva-larva matiyang bolehmengancamkeselamatan dankesihatan sarang ini.

Saya membaca buku tersebut dengan penuhtakjub. Saya sungguh hairan dengan apa yang sayabaca sehinggakan saya tidak menyedari berapalama masa telah berlalu. Ibu saya tertanya-tanyaapa yang saya lakukan di dalam bilik saya begitulama dan datang untuk melihat saya. Dengangembiranya saya mula menceritakannya semuatentang lebah.

Omar: Ibu, tahukah ibu bahawa lebah maduamat menakjubkan? Contohnya, biar saya ceritakanperkara terakhir yang saya baca ini; mungkin ibupernah mendengar lebah-lebah betina melakukankerja-kerja pembersihan di dalam sel. Merekamembuang semua bahan-bahan yang ditinggalkanoleh lebah-lebah yang menetas daripadakepompong-kepompong mereka, lebah-lebah yang

1111

Page 20: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

mati di dalam sarang dan banyak benda yang bukankepunyaan sarang. Apakah ibu tahu apa yangmereka lakukan apabila mereka menemui sesuatuyang terlalu besar untuk mereka bawa keluardaripada sarang? Mereka mengawetnya dengan satubahan yang dinamakan “propolis” untukmenghalangnya daripada menghasilkan bakteriadan menjejaskan kesihatan lebah-lebah yang lain didalam sarang. Sukar untuk percaya, tetapi propolisadalah satu bahan anti-bakteria, iaitu, untukmenghalang membiakkan bakteria... Adakah ibutahu di mana mereka mendapatkan bahan ini?Bagaimana makhluk-makhluk kecil ini mengetahuibegitu banyak tentang kimia? Setakat itu sahajayang telah saya baca. Mungkin saya bolehmemberitahu bagaimana mereka membuat bahanini kemudian.

Ibu: Lebah adalah haiwan yang kecil tetapisangat bijak... Bagaimanapun, adalah salah untukmenganggap kebijaksanaan ini kepunyaan mereka.Terdapat seorang Pencipta yang mengajar merekasegala yang mereka lakukan. Ketika ibu seusiakamu, ibu juga membaca sebuah buku tentanglebah madu yang amat mengagumkan ibu, samaseperti kamu. Kamu boleh teruskan membaca. Ibu

1122

Page 21: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Lebah-lebah madumengumpulkan tunas-tunas

pokok yang melekit untukmenghasilkan propolis.

suka mendengar lebih banyak tentanglebah madu bila-bila masa sahaja kamumahu berkongsi apa yang telah kamupelajari dengan ibu.

Ibu saya keluar daripada bilik untukmenyediakan hidangan makan malam.Persoalan tersebut masih berlegar-legardi dalam fikiran saya; di mana lebahmadu menemui bahan yang dinamakan“propolis” itu dan di mana mereka belajarmenggunakannya? Saya terus membacadengan penuh ingin tahu.

Buku ini turut menyebut bagaimana lebah-lebahmadu menghasilkan propolis. Mulanya merekamengumpulkan sejenis bahan yang dinamakandamar daripada tunas sebahagian pokok yangmelekit dengan bantuan rahang bawah mereka.Mereka menghasilkan propolis denganmencampurkan air liur mereka dengan damartersebut, dan membawanyake sarang di dalam kantungkhas di kaki mereka.

1133

Page 22: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Lebah madu menyaluti apa sahaja yang merekatidak dapat bawa keluar daripada sarang denganbahan ini yang mereka simpan di dalam kantung dikaki mereka. Dengan cara ini, bahan tersebut tidakdapat menempatkan sebarang bakteria dan menjaditidak berbahaya. Ini adalah satu operasi yang samadengan kaedah pengawetan mumia.

Tetapi siapa yang mengajar merekamelakukannya? Bagaimana mereka mengetahuibahawa makhluk yang telah mati atau bahanbuangan boleh menjejaskan lebah di dalam sarang?Sedangkan saya sendiri baru mengetahuinyasekarang. Ini bukan sesuatu yang boleh diketahuioleh seekor serangga! Saya menjadi bertambahbingung. Apakah mungkin lebah-lebah madu inijuga mempunyai kesedaran seperti manusia?

Saya tidak berhenti daripada meneruskanpembacaan. Saya berkata sendirian: “Sekarangsaya faham sebelum ini saya langsung tidakmengetahui apa-apa tentang lebah!”. Saya masihmempunyai banyak persoalan di dalam fikiran sayayang saya sendiri tidak dapat menjawabnya. Tetapisaya pasti lambat-laun saya akan menemuijawapannya.

1144

Page 23: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Omar cuba melukis heksagon-heksagon sekemas lebahmadu. Tetapi tanpa bantuan peralatan tertentu sepertipembaris dan sesiku, dia tidak berjaya seperti lebah-lebahitu. Kamu juga boleh mencubanya sendiri.

Buku ini juga memberitahu bagaimana lebahmenghasilkan madu. Saya pernah mendengar lebahmenghasilkan madu, tetapi saya tidak tahubagaimana mereka membina indung-indung madu.Malah cara yang mereka gunakan untuk membinaindung-indung ini juga adalah suatu keajaiban!

1155

Page 24: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

1166

Page 25: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Tiada titik persimpangan muncul di atas indung-indung madu yang dibina oleh lebah-lebah madu.Indung-indung adalah satu bentuk seragam,seolah-olah ia dibuat oleh seorang sahaja. Iniamat menakjubkan kerana lebah-lebah mulamembina sel untuk membentuk indung-indungmadu daripada titik-titik yang berbeza.

1177

Page 26: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Sel-sel indung madu berbentuk heksagon, rajahenam segi. Lebah-lebah madu mula membinaindung ini daripada bahagian atas sarang. Bermuladaripada beberapa titik, mereka membina dua atautiga barisan ke bawah. Saya benar-benar keliru;bagaimana sebuah indung madu boleh menjadibegitu tersusun jika ia dibina dengan dimulakandaripada beberapa titik yang berbeza? Tambahanpula, tidak ada kesan titik persimpangan di antarasel-sel indung madu.

Saya pernah melihat ibu saya mengait banyakkali. Dia sering memulakan daripada satu titik. Sayatertanya-tanya bagaimana rupanya jersi jika diamemulakannya daripada tiga titik yang berbeza....Sudah tentu ia kelihatan tidak elok! Jadi, sudahtentu lebah madu adalah haiwan yang mempunyaiperkiraan yang tepat...

Saya mengambil sehelai kertas dan sebatangpencil. Bermula daripada sudut-sudut yang berbeza,saya mula melukis heksagon-heksagon (rajah enamsegi). Saya cuba menggabungkan heksagon-

1188

Page 27: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Lebah-lebah mengutip inti sari madudaripada bunga-bunga dan kuntum-kuntum buah.

1199

Page 28: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

heksagon ini di tengah-tengah kertas. Saya cubamelakukannya tanpa bantuan daripada sebarangperalatan seperti pembaris dan sesiku dan tanpamembuat sebarang anggaran.

Tetapi kemudian saya menyedari bahawa iaadalah operasi yang sukar. Jadi bagaimana lebah-lebah madu melakukannya? Bagaimana mereka sel-sel heksagon begitu sempurna?

Tiada titik persimpangan muncul di atas indung-indung madu yang dibina oleh lebah-lebah madu.Indung-indung adalah satu bentuk seragam, seolah-olah ia dibuat oleh seorang sahaja. Ini amatmenakjubkan kerana lebah-lebah mula membina seluntuk membentuk indung-indung madu daripadatitik-titik yang berbeza.

Satu lagi perkara yang menarik perhatian sayaialah setiap lebah yang menyertai pembinaan indungmadu ini kemudian, dengan segera mengetahuiperingkat pembinaan tersebut dan mengambil alihkerja tersebut. Ketika lebah-lebah meneruskanpembinaan sel-sel dari berbagai sudut, lebah-lebahlain pula yang menyertai kumpulan tersebut mulamembina daripada sedut yang berbeza. Walaupunproses seperti ini selalunya menyebabkankekeliruan, tetapi lebah-lebah ini telah membinasatu struktur yang sempurna.

Saya juga membaca bahagian tentang tekniklebah membuat madu. Saya sungguh terperanjatdan gembira membaca tentang proses-proses yang

2200

Page 29: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

luar biasa ini. Buku ini menyatakan bahawa inti sarimadu adalah madu bunga yang lebah kutip daripadabunga-bunga dan kuntum-kuntum buah. Setelahmengumpulkan madu bunga daripada bunga-bunga,lebah menukarkannya kepada madu.

Terdapat satu lagi subjek yang penting di dalambuku ini: ia memerlukan kerja keras untukmenghas i l kan madu. Contohnya , un tukmengumpulkan satu kilogram madu, 900 ekor lebahperlu bekerja sepanjang hari. Anggaran lain didalam buku ini lebih memeranjatkan: untukmenghasilkan 450 gram madu tulen, 17 ribu lebahmesti menghinggapi 10 juta bunga. Ia adalah satukerja yang sangat sukar bagi mereka. Tetapi,sebaliknya, lebah-lebah bekerja lebih kuat danmenghasilkan lebih banyak madu daripada keperluanmereka. Tambahan pula, mereka sendiri tidakmenggunakan madu ini, tetapi menawarkannyakepada kita, manusia.

Ini adalah sesuatu yang membingungkan.Dengan tubuh mereka yang kecil hanya beberapasentimeter panjang, lebah melakukan kerja-kerjayang menakjubkan. Apakah sumber kesedaran,kemahiran dan kuasa ini? Bagaimana merekamemperoleh kebijaksanaan, kesedaran danmengetahui begitu banyak tentang kimia danmatematik? Mengapa mereka bekerja keras untukmenghasilkan madu?

Saya mengambil buku saya dan pergi kepada ayah.

2211

Page 30: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

2222

Page 31: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:

"Hendaklah engkau membuat sarangmu di

gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan

juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh

manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-

bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),

serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu

yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".

(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya

minuman (madu) yang berlainan warnanya,

yang mengandungi penawar bagi manusia (dari

berbagai-bagai penyakit).

Sesungguhnya pada yang demikian itu, adatanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang mahu berfikir.

(Surah An-Nahl: 68-69)

Saya memberitahunya segala yang telah sayapelajari, dan bertanya kepadanya bagaimana lebah-lebah ini dapat melakukan semua perkara ini.Sambil tersenyum, ayah menepuk kepala saya danberkata:

“Kamu memang betul. Kita melihat kebijaksanaandan kesenian yang hebat di dalam kehidupan lebah-lebah ini. Tetapi adakah ia hanya di dalam lebah?Sebenarnya, terdapat aturan yang sempurna di dalamsemua haiwan dan lebih daripada itu, di dalamsetiap bahagian daripada alam semesta ini! Tetapiterlebih dahulu biar ayah bacakan sepotong ayatdaripada Al-Quran tentang lebah untuk menjawabsoalan-soalan kamu itu:

2233

Page 32: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Omar: Sekarang saya memahaminya denganlebih baik, ayah. Allah “mendorong” lebah-lebahuntuk bertindak dengan cara yang menakjubkan ini.Allah sangat mengasihi kita dan Dia mendorong

lebah-lebah menghasilkan madu yangmengandungi ciri-ciri perubatan untuk kita.

Sungguh menarik mempelajari tentangkemurahan Allah.

Ayah: Jika kamu mengkaji semut ataunyamuk, unta, burung, ikan,bunga, pokok, bintang, lautan,ringkasnya, semua yang adadi bumi, kamu juga akanmerasa kagum berhadapan

2244

Page 33: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

dengan kesempurnaan yang kamu saksikan padamereka. Semua ini menunjukkan bahawa seluruhalam semesta ini diatur oleh satu kesenian yanghebat. Ini adalah kesenian Allah, yang menjadikankamu dan ayah dan ibu kamu, lebah, burung kakaktua, arnab, tupai, planet-planet, angkasa, matahari,dengan kata lain semua yang terdapat di dalamcakerawala ini. Allah adalah Tuhan kepadasemuanya.

Segalanya berlaku dengan kebenaran dankehendak-Nya. Dia adalah Pencipta lebah-lebahmadu. Semua yang mereka lakukan adalah dengankebenaran-Nya. Kebijaksanaan yang kita saksikan didalam haiwan-haiwan ini adalah lambangkebijaksanaan Allah yang tidak terbatas. Jika kamumelihat sekeliling kamu dengan pandangan sepertiini, kamu akan segera menyedari keajaiban yangsedang mengelilingi kamu!”

Ayah saya memang betul. Tidak dapat diraguilagi bahawa semua kebijaksanaan yang kita

2255

Page 34: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

saksikan di sekeliling kita mempunyai seorangTuhan Yang Maha Kuasa. Saya berfikir sendiri, “Allahadalah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Penciptasegalanya”. Saya telah menemui jawapan kepadasemua persoalan-persoalan yang selama inimengganggu saya. Lebah-lebah madu tidakmemiliki kebijaksanaan yang dipamerkannya!Adalah mustahil bagi mereka untuk memilikikebijaksanaan seperti ini! Mereka bertindak dengandorongan Allah, Pencipta mereka, dan kerana itumereka mempamerkan satu kebijaksanaan tinggiyang memeranjatkan kita.

Saya meluangkan sepanjang minggu inimemberitahu semua orang yang saya temui, ibusaya, ayah, sepupu-sepupu saya dan sahabat-

sahabat, tentang lebah madu.Pada hujung minggu, saya

2266

Page 35: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

bertanyakan ayah saya untuk pergi kehutan itu lagi.

Omar: Ayah adakah kita akan pergiberjoging di hutan lagi hujung minggu ini?

Ayah: Sebenarnya, ayah tidak merancang untukke sana hujung minggu ini, tetapi jika kamu mahu,mengapa tidak?

Saya amat berbesar hati dan gembiramendengarnya. Saya tertanya-tanya sama ada sayaakan dapat bertemu lagi dengan lebah madu yangtelah bercakap dengan saya!

Apabila kami sampai ke hutan tersebut, sayamerasa lebih gembira. Saya tidak sabar untukbertemu semula dengan lebah madu itu lagi. Sayamula berjoging bersama ayah saya. Tidak lamakemudian kami sampai ke tempat saya mula

2277

Page 36: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

bertemu dengan lebah madu itu. Sayamemberitahu ayah saya bahawa saya

hendak meninjau di kawasan sekitarsebentar. Dia menerimanya, tetapimengingatkan saya supaya tidak pulanglewat. Saya berlari dengan pantas ketempat pertemuan kami. Sahabat saya itutelah sedia di sana menanti saya. Jelasdia telah berada di sini beberapa waktu.

Omar: Helo! Saya sangat gembiradapat bertemu dengan kamu lagi!

2288

Page 37: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Si Lebah Madu: Saya juga begitu! Selamatdatang! Saya juga gembira bertemu dengan kamulagi Saya akan berpegang kepada janji saya danakan menunjukkan kepada kamu indung-indungmadu hari ini.

Omar: Hebat! Kamu tahu tak? Saya meluangkansepanjang minggu ini memikirkan tentang indung-indung madu kamu yang menakjubkan itu! Sayatidak sabar untuk melihatnya!

Daripada sebatang pokok beberapa langkahdaripada situ, satu bunyi dengungan yangmenakjubkan kedengaran. Saya tidak mungkinberani pergi ke sana jika tidak ada sahabat saya inibersama. Lebah madu kecil ini berjanji bahawa tiadaapa akan berlaku kepada saya, dan sayamempercayainya.

Apabila kami menghampiri batang pokok, sayamasih ingat bahawa di sebalik bunyi dengunganyang saya dengar terdapat aturan hebat didalamnya. Lebah madu adalah salah satu di antarahaiwan-haiwan yang kuat bekerja di alam ini;mereka bekerja tanpa sesaat berhenti dan merekamenghasilkan madu lazat yang mempunyai berbagaikegunaan kepada manusia. Sahabat kecil sayamenunjukkan saya sel-sel indung madu; ia dibuatdengan begitu rapi sehinggakan sesiapa sahaja akantertanya-tanya bagaimana makhluk-makhluk kecilini dapat membuat sebuah binaan yang begitusempurna.

2299

Page 38: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Sel-sel yang saya lihat diperbuat daripadaheksagon-heksagon yang kemas dan sempurna,atau rajah enam segi. Di dalam kelas matematikminggu lepas, saya telah menyoal guru sayabeberapa soalan tentang heksagon. Beliau telahmenerangkan kepada saya secara ringkas tentangheksagon, tetapi masih terdapat beberapa soalan didalam fikiran saya.

Saya bertanyakan sahabat saya tentang garispanduan untuk membina sebuah sel indung maduheksagon. Dia memberitahu saya bahawa ketualebah, yang merupakan lebah paling berumur, dapatmemberikan saya jawapan yang tepat. Diakemudian memanggil ketua lebah berkenaan, yangmenjawab soalan saya:

Ketua Lebah: Ketika kami membuat sebuah selheksagon, kami memberikan perhatian istimewakepada sudut dalaman sel-sel indung. Kami mestimemastikan semuanya 120 darjah. Di samping itu,kecondongan sel-sel ini ke tanah juga amat penting.Jika kami menitikberatkan titik lain dan meninggalkantitik ini, sel tidak akan menjadi bentuk yangsepatutnya dan semua madu yang kami simpan didalam indung akan melimpah keluar ke tanah.

3300

Page 39: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Ketika membina sel-sel, lebah madumengira darjah-darjahsudut sama sepertijurutera-juruteramahir. Akhirnya,indung yang dibinaadalah satu keajaibankejuruteraan. Tidakdapat diragukan,bahawa lebah-lebahkecil ini tidak mungkinmelakukan pengiraanini dengan sendirinya.Seperti makhluk-makhluk lain di alamini, mereka bertindakmengikut doronganAllah.

Omar: Sebenarnya, ia amat sukar untuk samamemahaminya, kerana saya tidak biasa dengansubjek ini. Bagaimana lebah madu dapat melakukanperkiraan ini tanpa melakukan sebarang kesilapan?Bagaimana kamu menetapkan setiap sudut 120darjah? Dan kamu tidak menggunakan sebarangperalatan ketika membina indung-indung ini. Iamengingatkan saya kepada semua halaman-halaman yang penuh dengan bentuk-bentukgeometri ganjil yang saya lukis ketika cuba melukisheksagon yang tepat... Saya bertambah kagumdengan kamu sekarang!

Ketua Lebah: Jangan kagum dengan kami;kami tidak melakukan perkara-perkara ini sendirian!Ia adalah kemahiran-kemahiran semula jadi.

3311

Page 40: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Dengan kata lain, kami dilahirkan dengankemahiran-kemahiran ini. Kami tidak menerima

sebarang latihan atau yang seumpama dengannya.

Omar: Kamu memperlihatkan kebijaksanaanyang hebat! Setiap orang perlu mempelajariperkara-perkara yang kamu lakukan. Saya inginmenyoal kamu beberapa perkara, jika kamubenarkan.

Ketua Lebah: Sudah tentu...

Omar: Mengapa kamu membina indung-indungkamu dalam bentuk heksagon?

Ketua Lebah: Saya faham. Kamu mahu tahumengapa kami tidak membuatnya berbentuk bulat,segi tiga, pentagon atau oktagon, tetapi heksagon...Jika kami membuat indung-indung madu ini dalambentuk lain, akan ada ruang-ruang tertinggal yangtidak digunakan di antara sel-sel; dengan itu, kamihanya dapat menyimpan kurang madu dan terpaksamembazirkan lilin untuk menampal jurang ini.Sebenarnya, kami juga boleh menyimpan madu didalam bulatan atau segi tiga, tetapi heksagonadalah satu bentuk yang mempunyai ukur lilit yangterpendek. Walaupun mempunyai keluasan yangsama dengan bentuk-bentuk lain, tetapi kamimenggunakan kurang lilin untuk membuat sel-selheksagon daripada apa yang kami gunakan untukmembuat segi tiga dan bulatan. Dengan kata lain,kami boleh menyimpan jumlah madu yang

3322

Page 41: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

maksimum di dalam indung-indung heksagon danmenggunakan jumlah lilin yang minimum.

Saya tidak dapat mempercayai apa yang sayadengar! Saya sedang mendapat pelajarankejuruteraan daripada seekor lebah madu yangkecil... Terdapat banyak lagi perkara yang hendaksaya tanya dan belajar. Tetapi hari sudah lewat, jadikami meninggalkan Ketua lebah itu dan berjalan kearah ayah saya.

Omar: Saya telah mempelajari banyak perkaradaripada kamu dan lebah-lebah madu lain.Sekarang saya sedar sebelum ini saya tidakmenyedari keindahan yang wujud di hadapan matasaya! Kamu telah mengajar saya bahawa terdapataturan yang sempurna di dalam alam semesta ini.

Mulai sekarang saya harap saya akan dapatmengenal pasti semua kesempurnaan ini. Terimakasih banyak-banyak kepada kamu!

Si Lebah Madu: Tidak mengapa, sahabatkecilku... Jangan lupa bahawa tidak satupunkesempurnaan ini adalah milik kami! Kami hanyamelakukan apa yang telah diajarkan kepada kami.Selamat tinggal!

Sebaik sahaja saya meninggalkan si lebah madu,saya terdengar ayah saya memanggil nama saya.

3333

Page 42: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Lebah-lebah madumengumpulkan madu bungadaripada bunga-bunga untukmenghasilkan madu.

Hari sudah lewat. Sayasegera kembali untukbertemu dengan ayah saya,tetapi fikiran saya masihtertumpu pada sahabatkecil saya! Sebaik sahajasaya memasuki kereta,saya terlihat seekor rama-rama. Ia mempunyaigabungan warna yanghebat, harmoni dan simetripada sayap-sayapnya. Sayamemutuskan untuk pergike perpustakaan sekolahbesok untuk melakukankajian ke atas rama-rama.

Seseorang itu tidakakan dapat menghitung

3344

Page 43: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

keindahan-keindahan yang dijadikan Allah. Sayamenyedari kini bahawa masih banyak lagi perkarayang perlu dipelajari...

3355

Page 44: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

LLEEBBAAHH MMAADDUU

Pembina Sarang Yang Sempurna

MMEEMMEERRAANNGG

Pembina Empangan Yang Mahir

SSEEMMUUTT

Dunia Sahabat Kecil Kita

Page 45: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

Untuk senarai lengkap, lawati

www.saba.com.my

MMaarrii KKiittaaPPeellaajjaarrii IIssllaamm

KKeeaajjaaiibbaannCCiippttaaaann AAllllaahh

KKeeiinnddaahhaann ddiiLLaannggiitt

Page 46: impkbm.files.wordpress.com · 2014-07-30 · terakhir, dan nabi kita, penutup segala nabi. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarang meletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiap

AAtttteennttiioonn aallll lliittttllee Allah Makes aassttrroonnaauuttss!!

WWeellccoommee ttoo tthhee bblluuee mmaarrbbllee wwaatteerr ppllaanneett..

YYoouu mmaayy nnooww uunnddoo yyoouurr ssppaaccee ssuuiittee,, rreellaaxx

aanndd llooookk aarroouunndd ffoorr ssiiggnnss ooff lliiffee......

WWaatteerr,, wwaatteerr,, eevveerryywwhheerree

AA ggiifftt ooff AAllllaahh ssoo pprreecciioouuss

CCoonnttiinnuuee rreeaaddiinngg aanndd yyoouu’’llll ggeett tthheerree

MMuumm aanndd ddaadd bbee eevveerr ggrraacciioouuss


Top Related