Transcript
Page 1: 20120227200258 hns2013 ri sem2 2011 2012 (1)

SEKOLAH KEBANGSAAN TUALANG SEKAH, 31700 Malim Nawar, Perak Darul Ridzuan [email protected]

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI-1 ( 2012 )

TARIKH : 11 Januari 2012HARI : RabuMASA : 12.40 petangTEMPAT : Bilik gerakanKEHADIRAN : 1. En Meor Zui Hassan b. Meor Harun 2. Cik Hairani bt. Bahari (Pengerusi)

3. Pn Roziana bt. Ismail. 4. Pn Sharifah Rozita bt Satit Isha 5. Pn Jamiah bt Abdul Hamid 6. Pn. Rofiah bt. Mohamad Isa

7. Cik Mahfuzah bt. Mohd Tahir 8. Pn. Norhaniza bt Baharom 9. Pn. Zamilah bt Saidi 10.Pn Fazilah bt. Shamsuddin 11. Pn Zawiyah bt Abdul Manap

1 Ucapan Pengerusi1.1 Memulakan mesyuarat dengan ummul kitab Al-Fatihah.1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru mata Pelajaran PSV yang hadir.

Makluman 2 Ucapan PK Pentadbiran

2.1 Mengucapkan terima kasih atas jemputan mesyuarat.2.2 Berharap guru-guru sentiasa komited dalam menjalankan tugas, walaupun sebagai guru

subjek PSV yang bukan merupakan subjek teras.2.3 Berharap guru-guru dapat menjadikan waktu PSV sebagai waktu untuk murid-murid

mengasah bakat dan kreativiti mereka disamping waktu yang menyeronokkan untuk murid-murid. Makluman

3 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 3.1 Pengerusi meminta guru-guru meneliti dan mengesahkan minit mesyuarat kali-1 2011. Pencadang : Pn Sukma Suria bt. Abdul Rahman Disokong oleh : Pn Rofiah bt Mohd Isa.

4 Perkara berbangkit4.1 Tiada

5 Sukatan pelajaran dan Rancangan Pelajaran 5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa huraian sukatan dan rancangan pelajaran tahunan boleh didapati dari komputer meja bilik guru atau dimuat turun dari internet. 5.2. Bagi KSSR, diharap guru-guru dapat mencetak dari CD yang dibekalkan atau muat turun dari internet.

Page 2: 20120227200258 hns2013 ri sem2 2011 2012 (1)

5.3 Mengingatkan guru-guru supaya sentiasa meletakkan rancangan tahunan di dalam rekod mengajar . Tindakan :semua guru

6. Persediaan Rekod Mengajar. 6.1 Penulisan rekod mengajar adalah seperti berikut : Bidang : Tajuk : Objektif : Aktiviti : 6.2 Untuk KSSR, 6.3 Diharap semua guru-guru tidak menghadapi sebarang masalah dalam penulisan buku rekod.

TIndakan : semua guru7. P&P 7.1 Pengerusi berharap guru-guru dapat mengadakan aktiviti P&P yang menarik dan bukannya aktiviti yang biasa dilakukan murid-murid. 7.2 Menggalakkan guru-guru untuk membuat pencarian di internet untuk aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. 7.3 Guru-guru juga boleh berhubung dengan pembantu pusat sumber untuk melihat buku- buku berkaitan matapelajaran PSV yang terdapat di pusat sumber sekolah. Tindakan : semua guru8. Bahan bantu mengajar 8.1 Pengerusi meminta guru-guru menyenaraikan alatan yang diperlukan dan serahkan kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya. 8.2 Diharap guru-guru dapat menggunakan alatan sepenuhnya dan memulangkan alatan tersebut setelah digunakan. 8.3 Pengerusi menyatakan yang semua alatan akan diletakkan di dalam almari PSV yang disediakan. 8.4 Pn Jamiah bertanya tentang kertas lukisan murid dan pengerusi memaklumkan bahawa kertas lukisan hanya disediakan untuk peperiksaan PKSR 1 dan PKSR 2 sahaja. Murid-murid boleh membeli kertas lukisan daripada kedai buku sekolah.

Tindakan :semua guru

9. Penilaian dan peperiksaan/ujian bulanan 9.1 Mengingatkan guru-guru bahawa ujian bulanan 1 akan diadakan pada bulan Mac. 9.2 Terdapat hanya 3 ujian sahaja pada tahun ini iaitu ujian bulanan 1, PKSR 1 dan PKSR 2. 9.3 Untuk matapelajaran PSV, guru-guru hanya perlu menyediakan soalan untuk PKSR 1 dan 2 sahaja. 9.4 Membincangkan tentang pengubal soalan untuk PKSR 1 dan 2. (seperti lampiran) 9.5 Pn Sapina memaklumkan, untuk KSSR, tiada ujian 1, dan PKSR . penilaian diadakan secara berterusan dan perlu direkodkan.

Tindakan : semua guru 10. Headcount 10.1 Berharap guru-guru dapat mengisi TOV dan target didalam Zoom A dan SAPS. 10.2 Jika ada sebarang masalah harap guru-guru dapat berjumpa dengan En Razif. 10.3 Bagi murid-murid KSSR, diharap guru-guru dapat mengisi data-data yang diperlukan mengikut garispanduan dari KPM. Tindakan:semua guru

11. Aktiviti Tahunan

Page 3: 20120227200258 hns2013 ri sem2 2011 2012 (1)

11.1 Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk tahun 2012a)Pertandingan mewarna sempena hari alam sekitar.b) Pertandingan mewarna dan melukis poster sempena hari Kebangsaan.c)Pertandingan mewarna sempena Hari anti Dadah.d) Pameran dan bengkel seni (batik, anyaman dll)

Tindakan: semua guru

12. Hal-hal lainTiada

13. Penutup13.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada PK Pentadbiran dan guru-guru yang

hadir.13.2 Berharap agar guru-guru dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan

dengan bersungguh-sungguh13.3 Berharap guru-guru dapat memberikan kerjasama antara satu sama lain untuk menjayakan

aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh

………………………….. ………………………….

(Pn Roziana bt. Ismail) (En Meor Zui Hassan b Meor Harun) Setia usaha Panitia PSV PK Pentadbiran, SK Tualang Sekah, Malim Nawar SK Tualang Sekah, Malim Nawar

Page 4: 20120227200258 hns2013 ri sem2 2011 2012 (1)

Top Related