Transcript

ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER

GENGATHARAN A/L MARIAPPAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Geomatik)

Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2005

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : ISU-ISU PENGINTEGRASIAN PANGKALAN DATA UKUR KADASTER DAN SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2004/2005 Saya GENGATHARAN A/L MARIAPPAN(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)Disahkan oleh

TIDAK TERHAD

__________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: NO.9, TAMAN PENGLY, JALAN KAMUNTING LAMA, 34000 TAIPING, PERAK DARUL RIDZUAN Tarikh : APRIL 2006

___________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. DR. ABDUL MAJID ABD.KADIR Nama Penyelia

Tarikh :

APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Geomatik).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: --------------------------------------------: Profesor Dr.Abdul Majid A.Kadir : APRIL 2005

ii

Saya akui penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : GENGATHARAN AL MARIAPPAN : 5 APRIL 2006

iii

Untuk ayah, ibu, adik-beradik, anak-anak dan isteri ku Sivananthiny yang tersayang

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada penyelia projek Profesor Dr. Abdul Majid Abd. Kadir ke atas segala panduan, bimbingan, nasihat dan dorongan yang beliau telah hulurkan di sepanjang tempoh menjalankan penyelidikan tesis ini.

Penghargaan juga turut disampaikan kepada Profesor Madya Ghazali bin Desa, Dr.Abdullah Hisam bin Omar, En.Marzuki bin Mohd Kassim, bekas pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang, Puan Jamilah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Ukur Pulau Pinang, En.Hassan bin Saat, bekas Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang dan kerjasama daripada kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang, kakitangan Pejabat PTG Pulau Pinang dan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Larut Matang dan Selama, Taiping dan juga semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan projek penyelidikan ini.

v

ABSTRAK

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) pada tahun 1997. Antara tujuan utama Sistem Pengurusan Data Kadaster ini ialah untuk mempopulasikan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK ) di semua Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri. Manakala

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pula telah melaksanakan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Pejabat Tanah dan Galian dan PejabatPejabat Tanah dan Daerah disetiap negeri bermula pada tahun 1995. Antara tujuan utama sistem ini ialah untuk memudahkan proses pendaftaran surat hakmilik tanah, pinda milik tanah, carian rekod tanah dan lain-lain urusan berkaitan tanah melalui komputer. Kedua-dua sistem tersebut ( SPDK dan SPTB ) berasaskan komputer tetapi berfungsi secara persendirian (stand-alone system) dan ini menyebabkan maklumat-maklumat yang sangat bernilai tidak dapat digunakan sepenuhnya untuk pengurusan dan pentadbiran tanah yang cekap dalam era kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji dan mengenalpasti isu-isu pengintegrasian kedua-dua sistem SPDK dan SPTB supaya satu model konseptual pengintegrasian antara PDUK dan SPTB dapat dibangunkan. Hasil kajian mendapati kedua-dua sistem, PDUK dan SPTB, boleh diintegrasikan melalui prosedur dan peraturan kerja berlandaskan teknologi dan konsep digital.

vi

ABSTRACT

The Department of Survey and Mapping Malaysia has introduced the Cadastre Data Management System (CDMS) in the year 1997. One of the main purpose of the CDMS is to repopulate the Digital Cadastral Database (DCDB) for the Departments of Survey and Mapping at all states. On the other hand, The Ministry of Natural Resources and Environmental formaly known as The Ministry of Land and Cooperative Development has also introduced Computerized Land Registration System (CLRS) at the State Land and Mines Offices as well as the Land Offices throughout the country from the year 1995 onwards. The purpose of this system is to ease the registrations of the land titles and land dealings using the computerized system. Both systems are computer based stand-alone system whereby important land informations to be used effectively and effeciently. Therefore, the aim of this research is to investigate issues related to DCDB and CLRS in order to develope a conceptual model that can integrate DCDB and CLRS. The results of this research show that these two systems can be integrated base on procedure and regulation that fit to the technology and digital environment working concept.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL TESIS PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xiii xv xvi xviii

1

PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 Pendahuluan Pernyataan Masalah Tujuan Kajian Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Dan Sumbangan Kajian Metodologi Kajian Struktur Kandungan Topik

1 1 5 6 6 7 8 8 11

viii 2 SISTEM KADASTER SPATIAL 2.1 2.2 2.3 Pendahuluan Latar Belakang Perkembangan Model-Model Kadaster 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Model Data Kadaster Model Organisasi Kadaster Sistem Kadaster dan Pembangunan Berterusan 2.4 2.5 Model Kadaster Spatial Komponen Sistem Kadaster 2.5.1 2.5.2 2.5.3 2.6 Definasi Kadaster Komponen Data Kadaster Komponen Organisasi Kadaster 21 22 24 25 26 30 33 13 13 13 15 17 19

Rumusan

3

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN DATA KADASTER 3.1 3.2 3.3 Pendahuluan Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer Sistem Pengurusan Data Kadaster 3.3.1 3.3.2 3.3.3 Sistem Pemprosesan Kadaster Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK) Sistem Pengurusan Imej Dokumen (SPID) 3.3.4 Sistem Pendaftaran Rekod Ukur (SRS) 3.3.5 3.3.6 3.4 Sistem Dagangan Elektronik Sistem Maklumat Kaunter (CIS) 42 43 43 40 35 35 36 37 38 39

Peningkatan Sistem Pengurusan Data Kadaster 3.4.1 3.4.2 3.4.3 Sistem Pengurusan Lapisan GIS Sistem Pemetaan Desktop (DMS) Browser Eksekutif (EB) 44 45 48 48

ix 3.4.4 3.4.5 3.4.6 3.4.7 3.4.8 Pusat Operasi SPDK (SOC) Pusat Maklumat eSRS Modul eSKL Modul Produk Terakhir (DEP) Modul Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter 3.4.9 3.5 Modul Intranet 52 53 53 49 49 48 51

Rumusan

4

PANGKALAN DATA UKUR KADASTER 4.1 4.2 4.3 Pendahuluan Latar Belakang Pangkalan Data Ukur Kadaster 4.3.1 Kaedah Pempopulasian Data Kadaster Ke Dalam PDUK 4.3.2 Pembangunan Pangkalan Data Ukur 4.3.3 4.3.4 4.3.5 Struktur Data PDUK Peningkatan Ke atas PDUK Isu-Isu Data Kualiti Dan Integriti PDUK 4.3.5.1 Status Sempadan Lot 4.3.5.2 Status Keluasan Lot 4.3.5.3 Status Koordinat Sistem 4.3.5.4 Penggunaan Koordinat Mempelot 4.3.5.5 Data Migrasi Dari Sistem Mini-CALS 4.3.5.6 Maklumat Ukuran Kelas Tiga (3) 4.3.5.7 Maklumat Yang Tidak Lengkap Dan Terkini 4.4 Rumusan

55 55 56 57

58 61 64 68

69 71 73 74

75

76

76

77 77

x 5 SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER 5.1 5.2 5.3 Pendahuluan Pendaftaran Tanah Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 5.3.1 5.4 Latar Belakang 79 79 81 81 82

Ciri-Ciri Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer 83 84 85

5.5 5.6

Kandungan Maklumat Hasil Pengeluaran Sistem SPTB 5.6.1 Dokumen Hak Milik Daftar Komputer (DHDK) 5.6.2 Dokumen Hak Milik Keluaran Komputer (DHKK) 5.6.3 5.6.4 Sijil Carian Dokumen Verifikasi

85

86 86 86 87

5.7 5.8

Proses Pendaftaran Tanah Dokumen Hakmilik Cetakan Komputer

88 89 91 91 91 92

5.9 5.10 5.11

Struktur Teknikal Pangkalan Data SPTB Carian Dokumen 5.11.1 Carian Persendirian 5.11.2 Carian Rasmi

5.12

Penukaran Hakmilik Manual Kepada Bentuk Hakmilik Komputer 93

5.13

Pendaftaran Urusniaga Dan Bukan Urusniaga 94 94 95

5.14 5.15

Kegunaan Data SPTB Rumusan

xi 6 ISU-ISUPENGINTEGRASIAN PDUK DAN SPTB 6.1 6.2 Pendahuluan Isu-Isu Pengintegrasian 6.2.1 Ketiadaan Mekanisme Perkongsian Data Antara Organisasi 6.2.2 6.2.3 6.2.4 6.2.5 6.3 Kelengkapan PDUK Penyenggaraan Data Dan Sistem Penstrukturan Agensi Isu-Isu Pengoperasian 97 99 99 100 100 100 101 101 102 96 96 97

Elemen-Elemen Pengintegrasian 6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 Kualiti dan Integriti Data Fleksibiliti Kemudahan Pencapaian Data Hak Pemilikan Data Dan Kerahsiaan Data

102 102 103 105

6.4 6.5 6.6 6.7

Peralatan Cadangan Model Pengintegrasian Model Jaringan Penyenggaraan Ciri-Ciri Model Konseptual Pengintegrasian 6.7.1 6.7.2 6.7.3 6.7.4 6.7.5 Organisasi Teknologi Pangkalan Data Perundangan Amalan Dan Prosedur Kerja

107 108 109 109 110 112 113

6.8

Rumusan

7

KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 7.1 7.2 7.3 7.4 Rumusan Kajian Kesimpulan Cadangan Penutup

114 114 115 118 118

xii

BIBLIOGRAFI

120-124

LAMPIRAN A-G

125-131

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 4.1 4.2 4.3

Sistem Pasaran Tanah Keterangan Modul Sistem Pemprosesan Kadaster Keterangan Modul Sistem Pendaftaran Rekod Ukur Sumber Penawanan Lapisan Data Maklumat Fail Ukur Digital Senarai Lampiran Dalam Modul eSRS Maklumat eSKL Format Fail ASCII JUPEM Fail-Fail ASCII Out-Source Jumlah lot Dalam PDUK Berbanding Lot Siap Diukur

22 39 42 46 50 50 51 60 61

62 66

4.4 4.5

Model Data PDUK Analisis Perbezaan Koordinat Sistem Berbanding Koordinat Jilid Kira

75

5.1

Bilangan Hakmilik Di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia 80 84

5.2 5.3

Kandungan Maklumat Dalam SPTB Penukaran Borang Dokumen Hak Milik Manual Kepada SPTB

89

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH 1.1 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

TAJUK Carta Alir Metodologi Kajian Perspektif Sistem Kadaster Pengintegrasian Sistem Maklumat Tanah Komponen Kadaster Pelbagai Guna Model Konseptual Sistem Kadaster Model Konseptual Bagi Pembangunan Berterusan Model Konseptual Sistem Maklumat Tanah Bahagian Kadaster Bagi Sistem Maklumat Tanah Hubungan Di antara Komponen Spatial Dan Komponen Tekstual

MUKA SURAT 10 16 18 19 20 23 29 30

32 41

3.1 3.2

Imej Raster Pelan Akui Dalam SPID Menunjukkan Konfigurasi Sistem Pengurusan Lapisan GIS

47 48

3.3 4.1

Rajah Skima Browser Eksekutif Perhubungan Pangkalan Data Mini-CALS dan PDUK

58 64 65 67 68 71 72 72 90

4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 5.1 6.1

Pembangunan Pangkalan Data Kadaster Model Hubungan Entiti Dan Atribut PDUK Struktur Pangkalan Data PDUK Sistem Rujukan Rekod-Rekod Kadaster Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK Kepincangan Sempadan Lot Dalam PDUK Kehilangan Lot Kecil Dalam PDUK Konfigurasi SPTB Model Konseptual Komunikasi Pengintegrasian PDUK-SPTB

105

xiv 6.2 6.3 Model Jaringan Penyenggaraan Data Berdigit Ciri-Ciri Model Pengintegrasian PDUK-SPTB 106 108

xvi

SENARAI SINGKATAN

ABT CALS CAMS CCS CIS CLRS CPS DCDB DEP DMS DHDK DHKK EB eSKL eSRS GIS GLMS ICT IT JUPEM JTB JK KTN LAN LIS MacGDI NALIS PDUK

-

Agensi Berkaitan Tanah Computer Assisted Land Survey System Computer Assisted Mapping System Coordinated Cadastre System Counter Information System Computerized Land Registration System Cadastral Processing System Digital Cadastral Database Digital End Product Desktop Mapping System Dokumen Hak Milik Daftaran Komputer Dokumen Hak Milik Keluaran Komputer Executive Browser Elektronik Surihan Kerjaluar Electronic Survey Record System Geographic Information System GIS Layer Management System Information And Communication Technology Information Technology Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Juruukur Tanah Berlesen Jilid Kiraan Kanun Tanah Negara Local Area Network Land Information System Malaysian Center of Geospatial Data Infrastructure National Land Information System Pangkalan Data Ukur Kadaster

xvii PTD PTG SOC SPDK SPEK SPID SPTB SQL SRS TIFF UPI VPN WAP Pentadbir Tanah dan Daerah Pengarah Tanah dan Galian SPDK Operation Center Sistem Pengurusan Data Kadaster Sistem Pengesahan Kualiti Sistem Pengurusan Imej Dokumen Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer Structural Query Language Survey Record System Tag Image File Format Unique Parcel Indentifier Virtual Private Network Wireless Application Protocol

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C D

Konfigurasi SPDK Carta Alir Penawanan Data Imej SPID Konfigurasi Peningkatan SPDK Kewujudan Bersama Data Integrasi Di antara SPDK Dan SPDK Upgrade

125 126 127

128 129 130 131

E F G

Carta Alir Pempopulasian PDUK Contoh Borang B1 Contoh Borang B2

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Perkembangan teknologi dan kemajuan komputer telah mencetuskan perubahan drastik secara global dan membawa satu revolusi baru kepada hampir kesemua bidang yang melibatkan aktiviti manusia. Bidang kadaster, salah satu bidang tertua di dunia turut menerima perubahan tersebut secara positif selari dengan reformasi kadaster yang berlaku di peringkat antarabangsa. Sistem pengukuran kadaster di Malaysia yang berfungsi untuk menyokong sistem

pendaftaran tanah negara telah mengambil inisiatif untuk menggantikan pengurusan data kadaster analog kepada data kadaster berdigit. Keadaan ini, sangat dipengaruhi oleh penggunaan komputer dan peralatan ukur yang mampu merekodkan cerapan padang secara elektronik. Kewujudan data kadaster berdigit kini merupakan data asas yang boleh digunakan sebagai data spatial yang merujuk kepada lokasi geografi lot tanah dan juga data tekstual yang merujuk kepada maklumat atribut proses pendaftaran dan pindah milik lot tanah tersebut.

Pengukuran kadaster dan pemetaan merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan manakala pentadbiran tanah merupakan bidang kuasa mutlak kerajaan negeri masing-masing. Dalam konteks ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang mana merupakan salah satu jabatan kerajaan persekutuan bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pengukuran kadaster sebagai salah satu fungsi utama jabatan di setiap negeri selain daripada aktiviti pemetaan negara. Aktiviti pendaftaran tanah pula dipertanggungjawabkan kepada Pentadbir Tanah Daerah dan Pendaftar Hakmilik Tanah mengikut sempadan pentadbiran daerah dan

2 negeri masing-masing. Tanah pertanian yang kurang dari 10 ekar, pendaftarannya kendalikan oleh Pentadbir Tanah dan Daerah manakala tanah pekan, tanah bandar dan tanah pertanian yang keluasannya 10ekar dan keatas pendaftaran dikendalikan oleh Pendaftar Hak Milik Tanah kecuali pemegangan tanah dibawah Akta Penempatan Berkelompok 1960 (Group Settlement Act,1960).

Walaupun kedua-dua organisasi ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan serta Pejabat Tanah dan Daerah berfungsi di bawah bidang kuasa berlainan iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri namun, persamaan ideologi politik di antara pusat dan negeri serta kerjasama yang sedia wujud sejak zaman penjajahan British

dahulu, di antara kedua-dua jabatan ini dapat menyediakan satu sistem kadaster yang cekap dan selamat dalam membekalkan maklumat lengkap ke atas tanah yang dikeluarkan hak milik secara manual. Dalam pada itu, sebagai contoh misalnya kepincangan yang mungkin wujud antara kedua-dua organisasi tersebut akibat perubahan kerajaan negeri yang berlainan dari kerajaan pusat sudah tentu akan mempengaruhi dan merumitkan lagi keadaan sistem pentadbiran dan pengurusan tanah secara umum dan pendaftaran tanah secara khususnya di peringkat negeri seperti berlaku ke atas negeri Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya tahun 1999. Oleh sebab itu keperluan di adakan satu mekanisme pengintegrasian di antara agensi-agensi berkaitan tanah di antara jabatan khususnya Jabatan Ukur dan

Pemetaan Negeri, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat Tanah Daerah boleh memainkan peranan dalam memodenkan pentadbiran dan pengurusan tanah yang lebih cekap berlandaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi masa kini.

JUPEM telah ditubuhkan pada tahun 1885 di bawah sistem pemerintahan penjajahan British dan merupakan salah satu jabatan kerajaan tertua di Malaysia (Abdul Majid, 1997). Fungsi utama Jabatan pada masa itu adalah membekalkan surat hak milik dengan pelan lot tanah berdasarkan Sistem Torrens. Perubahan dasar kerajaan berhubung dengan aktiviti ekonomi berasaskan sektor pertanian kepada sektor pembinaan dan perindustrian pada awal tahun 1980an menyebabkan berlakunya pembangunan tanah secara pesat. Ini menyebabkan pertambahan beban kerja kepada jabatan. Menyedari hakikat ini serta memenuhi kehendak pembangunan tanah yang bakal dihadapi, JUPEM telah mengambil beberapa langkah proaktif dalam operasi kutipan data di lapangan dan kerja pemprosesan di

3 pejabat. Pada awal tahun 1980an sistem komputer mula digunakan dalam operasi pemprosesan data kadaster (Abdul Majid, 1994).

Melalui dasar modenisasi dan pengkomputeran, JUPEM telah memulakan Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer (Computer Assisted Land Survey System, CALS ) sebagai projek perintis di Negeri Johor pada tahun 1986. Perojek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Kelima 1986 1990. Walaupun sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan pemprosesan jilid kiraan dan penyediaan pelan akui, malah ia juga mendorong jabatan secara tidak langsung penghasilan pangkalan data ukur kadaster (Ahmad Fauzi Nordin, 2001). Seterusnya, sistem CALS tersebut dilaksanakan di negeri Pahang pada tahun 1994. Kedua-dua sistem CALS di Johor dan Pahang terbukti mempercepatkan operasi jabatan dalam menyediakan data kadaster berdigit. Hasil daripada kejayaan ini, Sistem CALS akhirnya telah diperkenalkan di semua negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 1995 dengan nama singkatan Mini-CALS.

Pangkalan data ukur kadaster Mini-CALS yang telah diwujudkan di semua negeri pada mulanya digunakan untuk keperluan jabatan. Walau bagaimanapun, data kadaster berdigit ini telah menjadi keperluan jabatan-jabatan kerajaan yang lain serta agensi swasta untuk digunakan sebagai data asas dalam Sistem Maklumat Geografi dan Sistem Maklumat Tanah. Keperluan ini turut didorong oleh kerajaan untuk menubuhkan Sistem Infrastruktur Maklumat Tanah Kebangsaan (National Land Information Infrastructure System/ NaLIS) pada tahun 1997 bertujuan untuk menyediakan kemudahan dan koordinasi dalam aktiviti kutipan, penghasilan dan penyebaran maklumat berkaitan tanah di kalangan agensi kerajaan berasaskan

kepada teknologi dan infrastruktur organisasi di peringkat kebangsaan (Ahmad Fauzi Nordin, 2001). Pada 1 Disember 2002 NaLIS ditukar nama kepada

Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) dan kini dikenali sebagai Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure, MaCGDI).

Memandangkan permintaan terhadap data kadaster berdigit kian meningkat di kalangan agensi-agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta, JUPEM telah mempertingkatkan Sistem Mini-CALS kepada Sistem Pengurusan

4 Data Kadaster (SPDK) pada tahun 1998 bagi memenuhi serta menyokong keperluan data berdigit pelbagai pengguna (Multiple User). Dalam sistem SPDK terdapat Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan lain-lain modul pemprosesan yang direka khas untuk mengendalikan mekanisme pengumpulan, penyimpanan, penyenggaraan dan penyerahan data kadaster berdigit dalam persekitaran teknologi Sistem Maklumat Geografi (Geographical Information System/ GIS).

Pejabat Ketua Pengarah Tanah Dan Galian yang berfungsi dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dahulu di kenali sebagai Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi memulakan projek perintis Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara tujuan utama SPTB ialah untuk memodenkan serta mempercepatkan proses pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah di Pejabat PTD dan Pendaftar Hak Milik di Pejabat PTG lebih kos efektif. Segala proses pendaftaran dan operasi urusniaga dokumen hak milik tanah yang dijalankan melalui komputer mewujudkan pangkalan data SPTB. Sistem pangkalan data tersebut dapat menyimpan maklumat pendaftaran tanah dan rekod urusniaga tanah dalam bentuk data atribut.

Kedua-dua sistem PDUK dan Pangkalan Data SPTB ternyata mengandungi maklumat data kadaster berdigit yang merangkumi data spatial lot tanah yang penting dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah. Mengikut Sistem Torrens yang diamalkan di Malaysia, Sistem Pendaftaran Tanah dianggap tidak lengkap jika tidak disertakan dengan grafik pelan akui (data spatial) yang mengandungi koordinat sempadan lot tanah yang menerangkan nilai-nilai bearing, jarak dan keluasan untuk menentukan sempadan dengan sah dibawah undangundang Kanun Tanah Negara, 1965 (KTN sek.396). Malangnya kedua-dua sistem ini beroperasi secara bersendirian (stand-alone system). Hubungan jalinan di antara kedua-dua jabatan dalam perkongsian maklumat secara manual merupakan satu pengabaian dalam era pembaharuan teknologi jaringan (modern networking technology).

5

1.2

Pernyataan Masalah

Di bawah projek Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK), JUPEM di semua negeri Semenanjung Malaysia telah menukarkan pelan-pelan kadaster ke dalam bentuk digital dan disimpan dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Memandangkan peta kadaster bersifat dinamik, maka perubahan yang berlaku ke atas bidang tanah perlu dikemaskinikan dalam PDUK. Proses penyenggaraan

PDUK secara umumnya melibatkan dua aspek iaitu; pengemaskinian berterusan dan penambahbaikan maklumat mengikut keperluan semasa (Williamson.I.P and Enemark.S, 1996).

Sehubungan dengan ini, maklumat- maklumat yang disimpan dalam PDUK dan SPTB adalah merupakan data berdigit hasil daripada penggunaan komputer di jabatan masing-masing. PDUK mengandungi data spatial dan sebahagian data atribut manakala SPTB pula mengandungi data atribut berkenaan dengan pendaftaran dan urusniaga lot tanah. Dalam hal ini tanah merupakan objek

manakala PDUK dan SPTB merupakan subjek-subjek yang terlibat dalam aktiviti pengumpulan, pemprosesan, pegemaskinian, penyimpanan dan penyebaran

maklumat dalam rangka kerja jabatan masing-masing. Malangnya aktiviti-aktiviti tersebut dikendalikan oleh dua buah organisasi kerajaan berlainan (kerajaan pusat dan kerajaan negeri) yang saling berinteraksi dalam rangka kerja kadaster. Pada masa ini, semua proses perhubungan di antara kedua-dua agensi ini berlaku secara manual menyebabkan faedah besar hasil daripada pengintegrasian antara PDUK dan SPTB tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam aspek perkongsian dan penyenggaraan data kadaster berdigit.

Dalam konteks ini, didapati tiada penyelidikan dan pendokumentasian yang menyeluruh telah dijalankan ke atas pelaksanaan kedua sistem SPDK dan SPTB serta pengintegrasian antara PDUK dan SPTB. Malah, isu-isu yang berkaitan

dengan penyenggaraan peta kadaster berdigit dan pengguna dikendalikan secara berasingan di bawah bidang kuasa jabatan masing-masing belum lagi di beri tumpuan serius. Hal ini telah mewujudkan proses pertindihan maklumat khususnya

6 dalam tindakan kutipan, pemprosesan dan penyimpanan data. Maka pangkalan data kadaster berdigit perlu diselaraskan dari segi penyenggaraan dan pengemaskinian untuk mewujudkan satu mekanisme pengintegrasian PDUK dan SPTB yang boleh digunapakai oleh kedua-dua agensi ini, malah dapat dimanfaatkan sepenuhnya di kalangan pengguna data kadaster berdigit yang lain.

1.3

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK), Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) serta menghasilkan satu pendekatan bagi

pengintegrasian data PDUK dan SPTB dalam rangka kerja bidang kadaster.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga (3) bahagian seperti berikut :

1.

Mengkaji secara terperinci ke atas Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) dan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).

2.

Mengkaji secara terperinci ke atas Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB).

3.

Membangunkan satu Model Konseptual bagi mengintegrasikan PDUK dan SPTB.

7 1.5 Skop Kajian

Skop kajian untuk mencapai objektif pertama (1) adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti dan mendokumantasikan proses-proses pelaksanaan Modul Pengurusan Imej Dokumen. b) Mengenalpasti dan mendokumentasikan proses-proses pelaksanaan Modul Sistem Maklumat Kaunter. c) Mengenalpasti dan mendokumentasikan proses-proses pelaksanaan Modul Perdagangan Elektronik. d) Mengenalpasti dan mendokumentasikan fungsi Sistem Pengesahan Kualiti. e) Mengkaji struktur data dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster. f) Mengkaji proses mempopulasian semula koordinat tepat ke dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster. g) Mengkaji aspek-aspek peningkatan sistem.

Skop kajian untuk mencapai objektif kedua (2) pula adalah seperti berikut:

a) Mengkaji proses-proses pendaftaran dokumen hak milik. b) Mengkaji proses-proses pendaftaran urusniga tanah. c) Mengkaji struktur data dalam Pangkalan Data Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer. d) Mengkaji kaedah penyenggaran pangkalan data.

Skop kajian untuk mencapai objektif ketiga (3) pula adalah seperti berikut:

a) Mengkaji dan mengenal pasti isu-isu pelaksanaan pengintegrasian. b) Menentukan elemen-elemen yang terlibat dalam pengintegrasian. c) Mengkaji dan menentukan alat pengintegrasian. d) Mengkaji dan menentukan bentuk model konseptual bagi pengintegrasian PDUK dan SPTB. e) Membuat penganalisaan ke atas model konseptual yang akan dibangunkan.

8 1.6 Kepentingan Dan Sumbangan kajian

Kajian ini amat penting kerana terdapat kecendurungan di kalangan agensiagensi kerajaan dan swasta untuk menggunakan sistem maklumat tanah yang mengandungi maklumat pelan ukur dan pendaftaran tanah berdigit. Gabungan

maklumat digital ini sangat penting untuk melaksanakan perancangan pembangunan tanah serta membuat keputusan tepat dalam menguruskan sumber alam sekitar dengan lebih kos efektif. Pada masa ini, data-data berkaitan tanah disimpan dan diuruskan oleh jabatan masing-masing yang berfungsi secara bersendirian (standalone). Sistem-sistem komputer dalam jabatan masing-masing mengandungi Proses kutipan, penyenggaraan,

sumber maklumat tanah yang amat bernilai.

penyimpanan dan pengedaran data yang berkaitan tanah adalah merupakan perkara yang memerlukan belanja yang tinggi dan mengambil masa yang panjang. Sekiranya dapat diambil satu pendekatan dan penyelarasan bersepadu dalam megintegrasikan data-data kadaster tersebut maka hasil kajian ini dijangka akan memberi sumbangan khususnya kepada JUPEM, PTD dan PTG dan kepada kerajaan termasuk lain-lain agensi berkaitan tanah pada amnya.

1.7

Metodologi Kajian

Metodologi kajian ini adalah berdasarkan kepada penyelidikan ke atas pelaksanaan sistem-sistem pengkomputeran di Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Daerah yang melibatkan komponen kepada Sistem Kadaster di Semenajung Malaysia. Ini dilakukan melalui kajian literatur ke atas laporan-laporan teknikal, kertas-kertas seminar, buku-buku, artikal-artikal dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan penyelidikan ini.

Maklumbalas diterima dari pelaksanaan sistem-sistem tersebut dianggap penting dalam mendedahkan isu-isu berkaitan, maka metodologi lawatan dan kaedah perbincangan serta menemubual pegawai-pegawai yang mengendalikan sistemsistem tersebut serta maklum balas yang diterima dari mereka turut diambilkira dan

9 diberi pertimbangan yang sewajarnya dalam membangunkan model konseptul pengintegrasian PDUK dan SPTB.

Memandangkan kajian ini melibatkan beberapa objektif yang saling mempunyai hubungan antara satu sama lain maka, Metodologi Kajian ini diringkaskan seperti mana ditunjukkan dalam carta alir pada Rajah 1.1.

10

OBJEKTIF KAJIAN

KAJIAN LITERATUR SISTEM KADASTER SPATIAL

SISTEM PENGURUSAN DATA KADASTER(SPDK) Modul Pengurusan Imej Dokumen Modul Perdagangan Elektronik Modul Pengesahan Kualiti Objektif I PANGKALAN DATA UKUR KADASTER(PDUK) Struktur Data Pempopulasian Semula Koordinat Tepat Sistem Peningkatan

Objektif II

SISTEM PENDAFTARAN TANAH BERKOMPUTER(SPTB) Proses Pendaftaran Dokument Hak Milik Proses Pendaftaran Urusniaga Tanah Struktur Data Penyenggaraan Pangkalan Data

MEMBANGUNKAN MODEL KONSEPTUAL Objektif III Isu-Isu Pengintegrasian Elemen-Elemen Pengintegrasian Alat Pengintegrasian Model Konseptual

KESIMPULAN / CADANGAN / PENUTUP

Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian

11 1.8 Struktur Kandungan Topik

Penulisan tesis projek sarjana ini diaturkan melalui 7 Bab. Bab 1 bermula dengan pengenalan memberikan penjelasan dan penerangan mengenai latar belakang, pernyataan masalah, objektif, skop kajian dan metodologi kajian.

Bab 2, merupakan kajian literatur mengenai beberapa komponen kepada data kadaster spatial, sistem kadaster dan konsep kadaster pelbagai guna dan infrastruktur data spatial dalam konteks pembangunan berterusan. Dalam bab ini turut diberi penerangan mengenai definisi kadaster oleh pasukan bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta penerangan mengenai komponen data dan organisasi kadaster.

Bab 3, menerangkan mengenai Sistem Pengurusan Data Kadester. Penerangan mengenai Sistem CALS disusuli latar belakang SPDK dimuatkan dalam bab ini. Beberapa komponen dan sub-modul kepada sistem SPDK dan peningkatan kepada SPDK telah dikaji dan diterangkan. Satu perhubungan mewujudkan

pangkalan-pangkalan data kadester dan lain-lain isu berkaitan dengan pelaksanaan sistem SPDK telah dibincangkan.

Bab 4, menerangkan sistem Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Beberapa pangkalan data yang wujud dibawah SPDK seperti SPID, SRS dan GLMS dianalisis dari segi fungsi, kandungan dan kegunaannya. Aspek-aspek integrati data dalam PDUK, serta status-status sempadan , keluasan dan koordinat tanda sempadan lot turut dikaji, dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini.

Bab 5, memuatkan penerangan latar belakang mengenai Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer di Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian. Dalam bab ini turut diterangkan kaedah pendaftaran dokumen hak milik tanah serta operasioperasi yang dikendalikan oleh sistem tersebut.

Bab 6, berdasarkan kepada kajian terhadap komponen-komponen yang diterangkan dalam bab-bab di atas serta kefahaman yang diperolehi dari kajian ini,

12 membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengintegrasian PDUK dan SPTB dan membangunkan Model Konseptual Pengintegrasian.

Bab 7, merupakan bab kesimpulan dan cadangan yang dapat dirumuskan daripada kajian ini. Bab ini memuatkan rumusan keseluruhan bab-bab yang

terkandung dalam kajian ini dengan beberapa cadangan yang perlu diberi perhatian dan aspek aspek yang perlu diambil kira sebelum mengadakan pengintegrasian PDUK dan SPTB dan peningkatan sistem-sistem tersebut di masa hadapan. Berakhir dengan kesimpulan hasil kajian dan penutup.

BAB 2

SISTEM KADASTER SPATIAL

2.1

Pendahuluan Bab ini menerangkan tentang peranan peta kadaster dalam lingkungan

perundangan rangka kerja sistem kadaster. Tujuan bab ini ialah untuk mengutarakan kepentingan peta kadaster dan pengemaskinian peta kadaster merupakan komponen penting dalam sistem kadaster. Dalam bab ini, dibuat kajian literatur mengenai sistem kadaster berhubung dengan model konseptual dan penganalisaannya. Secara dasarnya, sistem kadaster merangkumi komponen data spatial dan tekstual yang mana komponen spatial merupakan komponen yang terpenting dalam sistem kadaster. Sehubungan itu, model sistem kadaster dalam penyenggaraan peta kadaster yang melibatkan komponen tekstual dan spatial dikaji melalui beberapa model konseptual.

2.2

Latar Belakang Sistem Kadaster mula digunakan sejak zaman Mesir untuk menyokong sistem

kutipan cukai dan penilaian tanah (Dale and McLaughlin, 1988). Sebaliknya, sistem kadaster perundangan berasaskan kepada pendaftaran tanah sah di bawah undangundang dalam urusniaga tanah telah berlaku kemudian. Dari masa ke semasa sistem kadaster ini mengalami evolusi untuk menyediakan asas kepada sistem pentadbiran tanah (Ting and Williamson 1999). Oleh sebab itu, boleh dikatakan bahawa sistem

14 kadaster adalah berkait rapat dengan perundangan tanah dalam masyarakat moden. Perkara ini telah ditekankan dalam kertas kerja bertajuk Understanding Cadastrel Maps (Williamson and Enemark, 1996) yang mana menerangkan tentang sistem kadaster dan peta kadaster. Bengkel mengenai pangkalan data kadaster berdigit New Zealand dan Australia telah merumuskan seperti berikut (PSMA, 1996) : The considerable diversity between different DCDBs came as a surprise to some and reinforced that jurisdictions have different cadastral systems, different title registrations systems and different methods of maintaining and updating their DCDBs. Sejarah perkembangan kadaster diterangkan dengan terperinci dalam buku yang ditulis oleh Dale dan McLaughlin (1988), manakala tesis Ph.D Williamson I.P (Williamson, 1983), menyediakan latar belakang mengenai sistem kadaster negaranegara Barat. Pakar-pakar kadaster yang menerangkan mengenai Kadaster Perundangan mengikut negeri adalah seperti berikut : Denmark (Williamson and Enemark 1996), Austria (Hoflinger 1993), German (Hawerk 1995), Australia (Williamson and Enemark 1996), Queensland (Cook 1994), Malaysia (Ahmad Fauzi Nordin 2001) dan (Abd Majid A Kadir,1997). Sistem Kadaster serta peta dan maklumat kadaster telah mengalami evolusi dan mengambil peranan baru dalam sistem kadaster perundangan. Perubahan terhadap sistem kadaster perundangan yang menjadi tumpuan bidang penyelidikan (Ting and Williamson, 1999) adalah berdasarkan latar belakang serta sejarah sosial dan kebudayaan, perbezaan keupayaan teknikal dalam mengendalikan sistem kadaster yang memenuhi keperluan semasa selain daripada fungsi asalnya. Oleh sebab itu, sistem kadaster yang berkesan merupakan asas kepada sistem pasaran tanah yang efisien untuk penggunaan dan pengurusan tanah yang berterusan (UNFIG 1996). dan mentakrifkan Pangkalan Data Ukur Kadaster

15 2.3 Perkembangan Model-Model Kadaster Kajian ke atas perkembangan model-model kadaster sejak kebelakangan ini adalah untuk menentukan hubungan data kadaster spatial dalam bidang kadaster. Pendokumentasian peta kadaster dalam sistem ini akan memastikan pembentukan model kadaster yang bersesuaian dalam menentukan model konseptual pengintegerasian di antara PDUK dan SPTB data yang menjadi salah satu objektif kajian ini. Penggunaan pelan kadaster dalam pendaftaran tanah dengan sah di bawah undang-undang memerlukan peta-peta kadaster dikemaskini dan diindekskan semasa dan selepas proses pengukuran. Dalam konteks di Semenanjung Malaysia, pelan kadaster atau Pelan Akui menjadi ciri yang penting dalam menentukan sempadan lot tanah. Dokumen hak milik kekal yang disertakan dengan cabutan dari salinan pelan akui merupakan bahan bukti yang memperihalkan persempadanan dan keluasan tanah tidak boleh disangkal (KTN, 1965). Namun demikian, Perkembangan yang pesat ke atas pembangunan tanah telah mewujudkan suasana di mana peta-peta kadaster diberi pengiktirafan sebagai komponen infrastruktur kepada pembangunan berterusan (UN-FIG, 1999 ). Ini bermakna peta kadaster, di samping memenuhi tujuan asal iaitu menyokong untuk pendaftaran tanah, turut digunakan untuk pelbagai kegunaan yang melibatkan tanah. Rajah 2.1 menunjukkan hubungan di antara kadaster pelbagai guna dan pengguna-pengguna data kadaster (Dale, 1979). Menurut pandangan Dale(1979), model kadaster tersebut mengandungi ciriciri data berkaitan dengan perundangan, aktiviti atau fungsi dalam pembangunan tanah yang melibatkan organisasi atau pengguna individu profesional. Tambahan pula, beliau telah menunjukkan pengaruh-pengaruh luar ke atas sistem kadaster seperti sejarah, teknologi dan pendidikan dalam sesebuah negara.

16

SEJARAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN Kegunaan Tanah Pembangunan Tanah

TANAH

PEMILIKAN TANAH

Kadaster Pelbagai Guna KADASTER

EKONOMI TANAH

Pentadbiran

Kadaster Hak milik

Kadaster Fiskal

Kewangan

UNDANG-UNDANG

KERAJAAN

AWAM

Rajah 2.1: Perspektif Sistem Kadaster (Ubahsuai daripada Dale, 1979) Selain daripada beberapa jenis kadaster, Dale (1979) telah menerangkan bahawa kadaster yang mengandungi empat kuadran aktiviti-aktiviti ukur seperti penetapan sempadan, penandaan sempadan, pengukuran dan menggambarkan maklumat-maklumat ukur tersebut dalam bentuk grafik. Penerangan lanjut tentang Kadaster Pelbagai Guna diberikan dalam NRC (1980). Definasi Kadaster Pelbagai Guna adalah seperti berikut:

An integrated land information system containing legal (e.g., property

ownership or cadastre), physical (e.g., topography, man-made features), and cultural (e.g., land use, demographics) information in a common and accurate reference framework. The reference framework typically is established with rigorous geodetic and survey control standards and coordinate systems.

17 2.3.1 Model Data Kadaster Perkembangan sistem pengkomputeran sejak awal tahun 80-an, secara teorinya model data kadaster tertumpu kepada posisi koordinat dalam LIS. Sistem LIS secara umumnya telah berkembang untuk mengintegrasikan data-data berkaitan tanah bagi satu kawasan tertentu. Ini meyebabkan sistem kadaster lebih mirip kepada sistem LIS. Oleh sebab itu terdapat keperluan untuk meneliti definasi LIS. Definasi LIS yang diberikan oleh International Federation of Surveyors adalah seperti berikut: A Land Information System (LIS) comprises the systematic compilation of all the relevant Data of a region with respect to soil and ground as a basis for legal actions, administrations and economy as aids in the planning and development for the maintenance and improvement of the standard of living. (Andersson 1981) Pengintegrasian pelbagai data lain dengan peta kadaster sebagai peta asas dalam LIS menunjukkan pelbagai kegunaan yang tertumpu kepada data spatial kadaster seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2( Dale, 1979). Dalam sistem analog, peta kadaster digunakan sebagai peta pencartaan atau indeks sebagai maklumat rujukan kepada maklumat kadaster yang lain dan sebagai alat (instrument) kepada perundangan. Pada tahun 1980an, pemerhatian kritikal telah dikenalpasti terhadap data kadaster berdigit sebagai unit asas kepada model data berkaitaan dengan LIS. Tambahan pula, terdapat pengiktirafan data kadaster digunakan untuk pelbagai kegunaan bagi memenuhi keperluan awam, sektor swasta dan pengguna individu. Rajah 2.2 menerangkan hubungan pengintegrasian data-data lain di mana peta kadaster merupakan peta asas yang menjadi sumber data spatial kepada maklumat-maklumat lain.

18

Peta Pengangkutan

Maklumat Ukur

Peta Utiliti

Peta Inventori Tanah

Peta Kadaster Pelbagai Guna

Maklumat Bancian

Maklumat Perancangan

Maklumat Surat Hak Milik

Maklumat Penilaian Tanah

Rajah 2.2: Pengintegrasian Sistem Maklumat Tanah (Dale 1979) American National Research Council, telah mencadangkan model konseptual menunjukkan komponen kadaster pelbagai kegunaan. Rajah 2.3 menunjukkan model data kadaster berlandaskan infrastruktur peta topografi serta geodetik. Ini menunjukkan keunikan data spatial meliputi infrastruktur geodetik dan lapisan data kadaster untuk mencapai integrasi dalam LIS seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Menurut NRC (1980), model yang ditunjukkan dalam Rajah 2.3 merupakan asas kepada perkembangan model konseptual kadaster yang akan diterangkan dalam bab ini kemudian.

19

Rekod Fiskal Dan Surat Hak Milik

Rekod Pentadbiran

Rekod Sumber Asli

Lain-lain Rekod Tanah

Mekanisme Hubungan

Lapisan Kadaster

Peta Asas

Rangkaian Kerja Geodetik

Rajah 2.3: Komponen Kadaster Pelbagai Guna Matlamat utama kebanyakan model data ini adalah untuk mengadakan integrasi dengan lain-lain data berkaitan tanah untuk mewujudkan sistem maklumat tanah yang lebih komprehensif dan tepat. Kecenderungan dalam sistem pengkomputeran kawalan pusat dan kemajuan teknologi jaringan moden (modern networking technology) dalam era internet, model konseptual dan sistem maklumat berkenaan perlu diselaraskan dan digabungkan untuk mencapai pelaksanaan yang lebih berkesan.

2.3.2

Model Organisasi Kadaster Untuk membuat tafsiran dan perbandingan ke atas model-model kadaster

yang dikemukakan di atas, adalah penting untuk memahami dimensi halatuju yang

20 berbeza yang mungkin dialami dalam sistem kadaster pada masa hadapan. Rajah 2.1 merupakan pandangan holistik yang merangkumi bidang kadaster manakala Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 lebih tertumpu kepada data kadaster. Dalam model ini, pengurusan pangkalan data kadaster mengandungi maklumat ukuran kadaster, pendaftaran hak milik tanah dan penyenggaraan maklumat hak milik lot tanah. Williamson, (1983) dalam tesis Ph.D. nya yang bertajuk A Modern Cadastre for New South Wales , telah membangunkan model sistem kadaster yang menekankan struktur organisasi seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 2.4.

Pangkalan Data Kadaster

Penguasa Utiliti Pusat Sistem Maklumat Tanah

Penilai Umum

Pengguna Swasta

Kerajaan Tempatan

Lain-lain Jabatan Kerajaan

Rajah 2.4: Model Konseptual Sistem Kadaster (Ubahsuai daripada Williamson,1983) Dalam model tersebut organisasi pangkalan data kadaster adalah terdiri daripada organisasi-organisasi yang terlibat dalam aktiviti pengukuran kadaster dan pendaftaran dokumen hak milik tanah serta penyenggaraan data hak milik tanah dan data parsel tanah. Pangkalan data kadaster seumpama ini menyediakan asas kepada penubuhan Sistem Maklumat Tanah (LIS) yang bersepadu untuk menguruskan kesemua data yang dikumpulkan sebagai Pusat Sistem Maklumat Tanah.

21 Merujuk kepada model konseptual Rajah 2.4 di atas, terdapat dua ciri aliran data dapat perhatian. Pertamanya, data yang telah dikemaskini dan terkini diedarkan kepada organisasi lain dengan memberikan rujukan spatial kepada sistem maklumat tertentu. Ini menjadikan maklumat data kadaster berdigit telah berubah dari segi peranannya hanya menyokong sistem pendaftaran pemegang hak milik tanah kepada peranan yang lebih luas dalam pelbagai kegunaan lain. Keduanya, ialah data yang diselenggarakan oleh pengguna masing-masing dihubungkan kepada pusat sistem maklumat tanah untuk diedarkan semula kepada pengguna-pengguna lain. Model ini mencadangkan aliran maklumat dua hala di mana pusat LIS berfungsi sebagai perantara maklumat dengan nombor lot dan nombor plan kadaster yang unik menjadi kaedah penjalinan dan pengintegrasian data. Ini membolehkan maklumat kadaster berdigit berperanan sebagai infrastruktur untuk memudahkan perkongsian data di antara organisasi dan jabatan.

2.3.3

Sistem Kadaster Dan Pembangunan Berterusan Menurut Enemark (1998), dalam sistem kadaster, tempoh pemegangan hak

milik tanah (land tenure) merupakan salah satu infrastruktur yang boleh membantu meningkatkan kegunaan tanah untuk membolehkan pembangunan tanah berterusan dan pengurusan pemuliharaan persekitaran dijalankan lebih berkesan. Sistem infrastuktur ini juga merupakan komponen untuk menyokong pasaran dalam bidang pentadbiran tanah. Aspek-aspek Sistem Pasaran tanah dan tujuannya adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

22

Jadual 2.1 Sistem Pasaran Tanah

Sistem Pasaran Tanah Sistem Pemegangan Hak Milik Tanah Sistem Penilaian Tanah Sistem Kawalan Penggunaan Tanah Sistem Pembangunan Tanah

Tujuan Untuk menjamin hak miliknya ke atas tanah tersebut Untuk menentukan nilai tanah dan cukai taksiran nilai tanah Untuk memudahkan perancangan guna tanah Untuk menetapkan peraturan pembangunan tanah

Rajah 2.5 menunjukkan peranan bidang kadaster sebagai asas kepada Sistem Pasaran Tanah. Usaha rekacipta dan operasi sistem-sistem tersebut akan memberangsangkan pasaran tanah yang lebih efisien dan sistem pengurusan guna tanah yang lebih berkesan. Sistem pengurusan tanah efisien dan berkesan adalah merupakan asas kepada pembangunan ekonomi, sosial dan persekitaran secara berterusan (Enemark,1998). Merujuk kepada Rajah 2.5 di muka sebelah, kadaster di dalam lingkungan sistem-sistem pasaran milik tanah, nilai tanah, guna tanah dan pembangunan tanah menggambarkan peranan pelbagai guna kadaster untuk menyediakan jalinan di antara sistem pasaran tanah dan perkongsian data di antara sistem tersebut.

2.4

Model Kadaster Spatial Model sistem kadaster menunjukkan perubahan konsep dalam kadaster dari

hanya bergantung kepada fungsi asal ukuran hak milik dan pendaftaran tanah dari aspek perundangan tanah kepada menjadi komponen infrastruktur dalam

23 membekalkan data kadaster. Set data koodinat penjuru lot tanah, nombor dan

nombor pengenalan lot yang unik iaitu Unique Parcel Identifier (UPI) membolehkan maklumat geoinformasi yang lain dapat dihubungkaitkan. Rajah 2.5 menunjukkan hubungan di antara sistem-sistem pasaran tanah di mana bidang kadaster berperanan sebagai perangsang kepada pasaran tanah berefisien dan pengurusan tanah yang lebih berkesan.

Pasaran Tanah Berkesan

PEMBANGUNAN BERTERUSAN

Pengurusan Guna Tanah Berkesan

Ekonomi Sosial Alam Sekitar

Tanah Milik Cagaran Easmen Jaminan Hak Milik

Nilai Tanah Taksiran Nilai Tanah Cukai Hartanah

Guna Tanah Kawalan Guna Tanah Polisi Pembangunan Spatial

Pembangunan Tanah Kelulusan Pelan Perancangan Peraturan dan Pelaksanaan

Lot Kadaster UPI Rekod Daftar dan Peta

Rajah 2.5: Model Konseptual Bagi Pembangunan Berterusan (Ubahsuai daripada Enemark, 1998) Sistem kadaster merupakan sumber utama untuk membekalkan maklumat kepada kadaster pelbagai guna. Pelbagai kegunaan data kadaster yang berasaskan maklumat lot tanah oleh pengguna-pengguna sama ada secara langsung atau tidak

24 langsung tidak semestinya melibatkan sistem kadaster atau pentadbiran tanah. Urusan-urusan yang tidak berkaitan dengan pentadbiran tanah seperti sistem pengangkutan jalan, pembancian penduduk, jabatan perangkaan dan lain-lain sektor turut memerlukan penggunaan data kadaster (Eden,1988). Kewujudan data kadaster berdigit mempamerkan penggunaan data di kalangan pengguna-pengguna baru selain daripada pengguna tradisional. Sistem pentadbiran tanah semasa, masih berasaskan kepada struktur kegunaan tanah kurun ke-19 untuk memenuhi keperluan paradigma pasaran tanah masyarakat industri ketika itu (Ting and Williamson, 1999).

2.5

Komponen Sistem Kadaster Dalam kajian literatur, kebanyakan model menggunakan terminologi

kadaster, sistem kadaster, data kadaster dan peta kadaster. Juga terdapat sedikit kekeliruan dalam memahami sama ada ia dirujuk kepada sistem kadaster secara keseluruhannya atau komponen-komponen kadaster tertentu. Matlamat utama kajian ini ialah mencari hubungan dalam data kadaster dan proses-proses perkongsian data di antara komponen-komponen pangkalan data kadaster yang melibatkan peta kadaster, data ukur, dan pendaftaran tanah. Untuk tujuan itu adalah penting untuk mengenal pasti komponen-komponen yang wujud dalam sistem kadaster pentadbiran tanah. Model-model yang telah dikemukakan tadi menunjukan bahawa sistem kadaster terdiri daripada beberapa komponen. Sehubungan ini, kajian dan penelitian dibuat ke atas definasi kadaster bagi mengenalpasti komponen data dan organisasi kadaster.

25 2.5.1 Definasi Kadaster Pasukan petugas kadaster dan sistem maklumat tanah yang berkhidmat di bawah persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (1995) telah memberikan definasi kadaster adalah seperti berikut : The cadastre is a methodically arranged public inventory of data on the properties within a certain country or district based on a survey of their boundaries; such properties are systematically identified by means of some separate designation. The outlines of the property and the parcel identifier are normally shown on largescale maps which together with registers may show for each separate property, the nature, size, value and legal rights associated with that parcel. Susulan daripada itu, The International Federation of Surveyors (FIG) telah membuat satu definasi tentang kadaster di dalam sebuah persidangan yang diadakan di Berlin pada tahun 1995. Pernyataan definasi tersebut telah diterima pakai secara rasminya oleh 70 buah negara di seluruh dunia (Williamson, 1996) seperti berikut : A Cadastre is normally a parcel based and up-to-date land information system containing a record of interests in land (e.g. rights restrictions and responsibilities). It usually includes a geometric description of land parcels linked to other records describing the nature of the interests, and ownership or control of those interests, and often the value of the parcel and its improvements. It may be established for fiscal purposes (e.g. valuation and equitable taxation), legal purposes (conveyancing), to assist in the management of land and land use (e.g. for planning and other administrative purposes), and enables sustainable development and environmental protection. Definasi tersebut ternyata menerangkan petak lot tanah merupakan unit asas yang merangkumi keluasan tanah untuk kegunaan tertentu. Keluasan tanah tersebut secara eksklusif dikuasai oleh sama ada individu mahupun kumpulan. Kedua-dua definasi yang dinyatakan di atas memberi penekanan tentang maklumat penilaian dan pemegangan hak milik direkodkan. Ini bererti bidang kadaster mempunyai fungsi dan peranan lebih dari ukuran kadaster dan pendaftaran tanah.

26 2.5.2 Komponen Data Kadaster Merujuk kepada Rajah 2.5 kadaster terdiri daripada komponen pendaftaran dan peta . Pernyataan FIG (1995) menerangkan sistem kadaster merangkumi rekodrekod dari segi kepentingan undang-undang dan deskripsi geometri kepada petak tanah. Menurut Eden (1988), kedua-dua komponen dalam sistem kadaster ini menggunakan terminologi data spatial dan data tekstual. Henssen (1995), menggunakan kaedah merekod tanah untuk menerangkan komponen ini sebagai rekod daftar tanah dan peta kadaster. Dengan itu, Henssen mentakrifkan komponen peta kadaster dan pendaftaran tanah seperti berikut : ( i ) Peta Kadaster ialah: The outlines of the property and the parcel identifier normally are shown on large-scale maps which, together with registers, may show for each separate property the nature, size, value, and legal rights associated with the parcel. ( ii ) Pendaftaran Tanah ialah :

Land registration is a process of official recording of rights in land through deeds or as title on properties. It means that there is an official record (land register) of rights on land or of deeds concerning changes in the legal situation of defined units of land. Ini menunjukkan pendaftaran terpisah daripada kadaster di Eropah. Rekod yang mempunyai maklumat hartanah dikenali sebagai pendaftaran tanah (Land Registary) dan di negara German ia dikenali sebagai Grundbunch (land book). Pendaftaran tanah tersebut merekodkan hak milik tanah, hak kepentingan ke atas tanah, tanggungjawab dan larangan ke atas tanah individu tersebut. Suruhanjaya Ekonomi Eropah telah mengadakan bengkel tentang komponen kadaster yang telah dianjurkan oleh MOLA (Meeting of Officials on Land Adminstrations, Oslo, 1997). Kertas Kerja Wolters (1997) telah dibentangkan di

27 dalam bengkel tersebut. Beliau telah menyenaraikan beberapa komponen kadaster di negara Denmark seperti berikut : Rekod daftar maklumat lot tanah Rekod daftar titik kawalan Rekod ukur setiap lot tanah Peta Kadaster Rekod daftar maklumat lot tanah mengandungi informasi tentang data tekstual, nombor hartanah, keluasan tanah dan maklumat petak yang mengandungi lebih daripada satu lot (Enemark, 1987). Di Denmark, maklumat tekstual berkaitan dengan lot merupakan maklumat tambahan atau pertindihan dengan rekod pendaftaran tanah. Rangka kerja geodetik merupakan komponen infrastruktur kepada aktiviti ukur dan pemetaan di sebuah negara. Titik-titik kawalan dalam sistem kadaster diselaraskan supaya setiap lot yang diukur terikat dengan infrastruktur sistem geodetik yang sedia ada. Kedua-dua maklumat titik kawalan (spatial point) dan maklumat atribut (tekstual) mudah disimpan dalam pangkalan data komputer. Maklumat-maklumat ukur lot-lot individu biasanya di tunjukkan di atas pelan dan dikemaskinikan di atas syit kadaster. Pelan-pelan ini disimpan dalam bentuk salinan cetak (hardcopy), bentuk digital dan sebagai imej imbasan. Penerangan geometri data berdigit boleh di kemaskinikan dalam pangkalan data secara berterusan. Peta kadaster yang terikat dengan kawalan titik geodetik merupakan lot tanah yang mempunyai set koordinat tepat. Kebanyakan peta kadaster yang mempunyai set koordinat tepat bagi setiap penjuru lot tanah digunakan untuk pendaftaran tanah. Sistem kadaster ini dikenali sebagai Sistem Kadaster Berkoordinat atau Coordinated Cadaster System (CCS), (Williamson et.al, 1996). Di Malaysia, pelaksanaan CCS ini telah dikaji oleh Ahmad Fauzi (2001) dalam tesisnya bertajuk Institutional Issue

28 On The Implementation Of The Coordinated Cadastrel System For Penisular Malaysia, merupakan kajian dari aspek organisasi dan perundangan. Dalam pembangunkan sistem kadaster berkoordinat, datum kawalan merupakan salah satu komponen yang penting kerana segala pengukuran kadaster yang dilakukan perlu merujuk kepada satu datum kawalan geodetik. Datum kawalan rujukan geodetik dan jaringan infrastruktur kawalan kadaster yang berkualiti akan lebih menjamin ketepatan kedudukan tanda-tanda sempadan. Jaringan kawalan yang homogen dan berketepatan tinggi akan dapat mengurangkan berlakunya rambatan ralat yang besar terutama pada lot-lot kadaster yang melintasi sempadan negeri (Wong, 1999). Ciri ini adalah penting sekiranya ada kemungkinan untuk mewujudkan pengintegrasian di antara pangkalan data ukur kadaster dan pangkalan data pendaftaran tanah peringkat kebangsaan di masa hadapan. Sehubungan dengan itu, Pelaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat di Semenanjung Malaysia dianggap penting untuk mewujudkan Pangkalan Data Ukur Kadaster Kebangsaan. Penerangan ini bukanlah untuk memberi takrifan kepada sistem kadaster, malah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada aspek-aspek spatial dan tekstual yang menjadi komponen kepada sistem kadaster. Biasanya, komponen tekstual mengandungi satu atau lebih rekod pendaftaran, akan tetapi komponen spatial mengandungi 3 elemen utama seperti berikut (Eden,1988): Jaringan Geodetik Pelan Ukur Peta Skala Besar

29

Rekod Dokumen Hak milik

Rekod Percukaian (Fiskal)

Lain-Lain Rekod Pentadbiran Tanah

Proses Pentadbiran Tanah

Fail-Fail Maklumat Data Tanah

Kadaster Grafik

Peta KadasterAgensi-Agensi Pentadbiran Tanah Jabatan Penilaian Jabatan Tanah & Galian Pejabat Tanah Daerah Jabatan Ukur & Pemetaan

Lapisan

Pelan Ukur Ukuran Kadaster

Rajah 2.6: Model Konseptual Sistem Maklumat Tanah (Ubahsuai daripada Eden, 1988) Rajah 2.6 menerangkan cadangan model konseptual bagi Sistem Maklumat Tanah yang telah diubahsuai(Eden, 1988). Merujuk kepada rajah di atas, komponen pelan ukur, peta kadaster dan ukuran kadaster dalam bulatan bujur dikelaskan di bawah kadaster grafik. Komponen rangka kerja geodetik tidak dinyatakan dengan jelas. Dalam Model Kadaster Pelbagai Guna Queenslad, (Eden 1988), menunjukkan komponen pengukuran dihubungkaitkan dengan penandaan monumen di bawah rangka kerja geodetik. Komponen pendaftaran tanah diterangkan sebagai dokumen surat hak milik. Sehubungan dengan itu, huraian model konseptual bagi sistem kadaster bagi negeri Australia Selatan seperti mana ditunjukkan dalam rajah 2.7 boleh dianggap lebih sesuai kepada situasi di Malaysia.

30

Pangkalan Data Kadaster Berdigit

Sistem Pendaftaran Tanah

Sistem Pengukuran Kadaster

Sistem Pemindahan Hak Milik

Rangkaian Rujukan Geodetik

Rajah 2.7: Bahagian Kadaster Bagi Sistem Maklumat Tanah (Ubahsuai daripada Toms et. al, 1987) Komponen peta kadaster analog terdapat hampir di semua negeri-negeri di Australia manakala data kadaster berdigit merupakan produk baru. Data peta kadaster berdigit ini pada asalnya diwujudkan untuk kegunaan dalaman jabatan untuk meningkatkan kegunaan data kadaster dalam persekitaran GIS dan bukan untuk tujuan menyokong sistem pendaftaran tanah. Dalam konteks ini, keadaan ini amat sesuai di Malaysia, di mana hampir kesemua peta kadaster atau pelan akui di negeri-negeri Semenanjung Malaysia telah ditukarkan dalam bentuk digital yang dikenali sebagai Pangkalan Data Ukur Kadaster (Digital Cadastral Database, DCDB). Dalam hal ini, sistem kadaster bukan sahaja terpisah dari segi komponenkomponennya, malah turut berbeza dalam struktur organisasi untuk menyelenggara komponen-komponen tersebut dalam satu rangka kerja kadaster. Kewujudan data kadaster berdigit kini membuka ruang baru kepada organisasi-organisasi yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan komponen data kadaster secara digital.

2.5.3

Komponen Organisasi Kadaster Organisasi yang bertanggungjawab dalam pengendalian dan penyelenggaraan

komponen sistem kadaster di Semenanjung Malaysia, adalah merupakan kesan

31 peninggalan sistem pentadbiran penjajahan British. Ia berdasarkan kepada dasar ekonomi penjajahan British, pengamalan sistem pentadbiran pecah bahagi dan perintah (divide and rule). Sebagai salah satu langkah menguasai sepenuhnya Semenanjung Malaysia, pihak British membahagikan negeri kepada beberapa daerah dan daerah pula dibahagikan kepada beberapa mukim (Ahmad Fauzi, 2001). Penandaan sempadan pentadbiran dan semua tanah kerajaan yang telah diberimilik secara pelupusan diukur dan direkodkan dalam daftar tanah dan pelan. Hasil dari perkembangan tersebut, kini di Semenanjung Malaysia terdapat dua organisasi terlibat dalam pengendalian dan penyenggaraan komponen data kadaster. Jabatan Ukur dan Pemetaan bertanggungjawab keatas pengukuran kadaster dan penandaan sempadan tanah. Manakala Pendaftaran tanah merupakan tanggungjawab Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Tanah pertanian yang kurang daripada 10 ekar dan tanah yang dimajukan dibawah Akta Tanah Berkelompok 1960 didaftarkan di Pejabat Tanah Daerah manakala tanah bandar, pekan dan tanah pertanian yang melebihi 10 ekar didaftarkan di pejabat Pendaftar Hak Milik. Pendaftaran tanah merupakan gabungan daripada data kadaster spatial dan bukan spatial. Justeru, JUPEM menguruskan data spatial manakala pejabat tanah menguruskan data bukan spatial. Perbezaan ini bukan sahaja wujud di peringkat organisasi malah ia juga melibatkan dua sistem pentadbiran kerajaan iaitu kerajaan persekutuan di peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri di peringkat setiap negeri. Komponen kadaster dari segi institusi dan organisasi dan agensi memerlukan koordinasi menyeluruh. Aktivit-aktiviti penyenggaraan dan pengesahan kualiti yang melibatkan proses-proses pendaftaran hak milik, pindah milik, ukuran kadaster dan pemetaan di bawah satu organisasi tunggal merupakan cadangan yang paling ideal (Williamson et.al, 1996). Namun demikian, cadangan tersebut sukar untuk direalisasikan kerana kekangan politik, undang-undang dan sejarah. Penubuhan dan penyelenggaraan PDUK diusahakan oleh JUPEM di setiap negeri. Pelan Kadaster yang telah diluluskan dikemaskini ke dalam PDUK. Usaha juga sedang dijalankan untuk memasukkan pelan-pelan Permohonan Ukur (QT layer) ke dalam PDUK. Data-data yang melibatkan urusan pendaftaran tanah berkomputer

32 dan urusan-urusan niaga dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer yang merupakan pangkalan data tekstual. Di bawah Sistem Torrens, sistem pendaftaran tanah memerlukan pelan tanah yang menunjukkan butiran geometri lot tanah sebagai bukti yang sah di bawah undangundang. Asas ini adalah penting untuk mewujudkan penyelarasan dan koordinasi penyenggaraan di antara kedua-dua sistem PDUK dan SPTB yang menjadi objektif utama kajian ini. Kewujudan struktur organisasi berlainan ini, bukan lagi halangan untuk mengadakan pangkalan data berasingan seperti peta kadaster, pelan ukur, maklumat rangka kerja geodetik dan pendaftaran (Williamson ,1987). Oleh sebab itu, integrasi struktur organisasi yang bertanggungjawab ke atas data kadaster spatial dan bukan spatial seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 2.8 adalah penting untuk membentuk pangkalan data kadaster yang lebih lengkap, tepat dan terkini.

Peta Kadaster

Sistem Kadaster

Infrastruktur Geodetik

Pelan Akui

Komponen Tekstual

Komponen Spatial

Rajah 2.8: Hubungan Di antara Komponen Spatial dan Komponen Tekstual

33 2.6 Rumusan Ukuran kadaster adalah berkait rapat dengan undang-undang tanah di mana ia dikenali sebagai sistem kadaster. Dari kajian literatur di atas, sistem kadaster ini mengandungi maklumat tekstual dan spatial, maklumat mengenai geometri lot tanah yang menghubungkan rekod-rekod tekstual pendaftaran tanah dan pemegangan hak milik lot tanah. Model-model yang dikemukakan telah menyokong konsep terhadap komponen-komponen spatial dan bukan spatial dalam sistem kadaster. Sistem pengkomputeran yang diperkenalkan di organisasi-organisasi agensi berkaitan tanah melibatkan kadaster secara keseluruhannya mewujudkan pangkalan data di bawah organisasi berkenaan khususnya di Pejabat-Pejabat Tanah dan Daerah. Secara umumnya siasatan ke atas komponen ini mendapati terdapat sistemsistem kecil yang berfungsi secara bebas dalam organisasi tersebut. Komponen spatial adalah titik kawalan ukur, pelan kadaster ukur dan peta kadaster. Apabila diperhatikan, komponen data kadaster, rekod-rekod pendaftaran tanah (tekstual) dan komponen spatial (peta kadaster, pelan kadaster dan maklumat geodetik) wujud dan berfungsi secara berasingan dan tidak semestinya merangkumi dalam semua sistem kadaster. Dalam perspektif organisasi, sistem kadaster merupakan tanggungjawab komponen kadaster individu yang meliputi beberapa organisasi yang berfungsi di bawah kerajaan pusat dan negeri. Sejak kebelakangan ini, terdapat trend membawa komponen-komponen organisasi kadaster ini bersama di bawah satu bumbung (Kaufmann and Steduler,1998). Perkara ini adalah rumit kerana dalam konteks di negara Malaysia ia melibatkan pindaan kepada perlembagaan, aspek-aspek sosiopolitik, undang-undang Kanun Tanah Negara dan undang-undang lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan peraturan tanah negeri. Memandangkan skop kajian ini tidak merangkumi isu perlembagaan, kuasa undang-undang negeri dalam pentadbiran tanah akan disentuh dari segi peraturan undang-undang tanah yang sedia ada di bawah Akta Kanun Tanah Negara jika perlu. Walau bagaimanapun, penyelenggaraan dan pengemaskinian komponen-komponen kadaster ini dilaksanakan secara berasingan berdasarkan kepada piawaian tertentu

34 sudah memadai untuk mewujudkan pengintegrasian data di antara kedua-dua agensi ini. Model-model konseptual yang digambarkan dalam bab ini menunjukkan ciriciri pengasingan dan saling pergantungan dalam komponen kadaster spatial. Kewujudan pelan ukur kadaster dalam memperihalkan sempadan lot tanah ukur di bawah proses pendaftaran hak milik dan urusniaga tanah dibawah undang-undang Kanun Tanah Negara memungkinkan komponen-komponen tersebut boleh diintegrasikan dalam satu sistem kadaster. Oleh itu, sistem kadaster yang kini beroperasi dalam persekitaran digital perlu bergerak untuk memenuhi keperluan masyarakat berinformasi dengan menggunakan teknologi terkini sepenuhnya.

BAB 3

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN DATA KADASTER

3.1

Pendahuluan

Salah satu asas terpenting dalam pengintegrasian PDUK dan SPTB ialah Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK). Ini kerana, melalui sistem ini

infrastruktur sistem pengkomputeran yang menyediakan pangkalan data kadaster berdigit secara berkomprehensif dapat diwujudkan di semua Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri. Bekas Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Datuk Abdul Majid Mohamad (Abd. Majid,1997) telah menyatakan bahawa projek SPDK ini merupakan sebahagian usaha jabatan yang berasaskan teknologi maklumat (IT) dalam mewujudkan reformasi kadaster mahu pun perubahan kepada struktur organisasi jabatan kearah menuju pembentukan kerajaan elektronik.

Pengetahuan dan kefahaman sistem SPDK ini adalah penting kerana ia merupakan saraf pemindahan maklumat ukur dari satu unit ke unit lain yang melibatkan beberapa proses yang bermula dari pengumpulan, pemprosesan, pengolahan, penyimpanan dan penyebaran maklumat melalui komponen-komponen tertentu. Sehubungan dengan itu, bab ini akan tertumpu untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang sistem Mini-CALS dan pelaksanaan SPDK serta komponenkomponen sistem SPDK dan hubung kaitnya terhadap pengemaskinian pangkalanpangkalan data kadaster. Justeru, tinjauan dan pemerhatian secara ilmiah ke atas amalan dan prosedur yang terlibat dalam pelaksanaan SPDK, Peningkatan SPDK dan komponen-komponen nya diberi tumpuan. Sehubungan dengan ini, komponen

Sistem Maklumat Kaunter dan Modul GLMS (GIS Layer Management System) diberi lebih tumpun kerana kedua-dua komponen ini dianggap penting dari segi

36 pembentukan pangkalan-pangkalan data dan penyebaran maklumat kadaster melalui sistem perkhidmatan kaunter dengan menggunakan Internet diterangkan dalam bab ini.

3.2

Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer

Melalui Dasar Modenisasi dan Pengkomputeran, JUPEM telah memulakan Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer (Computer Assisted Land Survey System, CALS) sebagai projek printis di negeri Johor pada tahun 1986. Walaupun sistem ini bertujuan untuk mempercepatkan pemprosesan jilid kiraan dan penyediaan Pelan Akui (PA) yang tertunggak ketika itu, tetapi buat pertama kalinya memperlihatkan penghasilan Pangkalan Data Ukur Kadaster (Ahmad Fauzi Nordin, 2001). Seterusnya sistem CALS tersebut dilaksanakan di negeri Pahang pada tahun 1993. Kedua-dua sistem CALS di Johor dan Pahang terbukti mempercepatkan dan meningkatkan prestasi penghasilan data ukur kadaster berdigit. Kejayaan CALS di Johor dan Pahang telah meyakinkan pihak pengurusan tertinggi jabatan untuk melaksanakan Sistem Pengkomputeran di semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai sistem Mini-CALS berasaskan kepada komputer peribadi dan work station dalam jaringan local area network server dengan server yang berkeupayaan tinggi (Abdul Majid Mohamad, 1997).

Pangkalan data kadaster Mini-CALS yang diwujudkan ini adalah untuk memenuhi keperluan jabatan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuran kadaster dalam Jabatan. Namun demikian, data kadaster berdigit ini lama-kelamaan telah menjadi keperluan jabatan-jabatan kerajaan lain dan agensi-agensi swasta dalam membangunkan Sistem Maklumat Geografi dan Sistem Maklumat Tanah tersendiri di mana data kadaster berdigit digunakan sebagai data input.

37 3.3 Sistem Pengurusan Data Kadaster

Sebagai salah satu langkah untuk menghadapi desakan kerajaaan dan sektor swasta untuk mendapatkan data kadaster berdigit tersebut serta untuk

mempercepatkan kelengkapan pangkalan data kadaster, JUPEM telah meningkatkan Sistem Mini-CALS kepada Sistem Pengurusan Data Kadaster (SPDK) pada tahun 1997. Konfigurasi SPDK adalah seperti ditunjukkan dalam Lampiran 'A'. Data yang diperolehi dari sistem ini memiliki keperluan data berdigit pelbagai pengguna (multiple user). Dalam sistem peningkatan SPDK ini terdapat Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) yang direka bentuk khas untuk menyediakan mekanisme pengumpulan , pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat data berdigit dalam persekitaran teknologi GIS. Mengikut laporan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2003 (JUPEM, 2003), sebanyak 5.1 juta lot parsel kadaster berdigit dari 450,000 pelan akui di seluruh Semenanjung Malaysia telah dimasukkan ke dalam PDUK negeri masing-masing. Proses penawanan data ke dalam PDUK adalah merupakan tindakan dinamik yang perlu dikemaskinikan secara berterusan. Data kadaster yang ditawan dari ukuran padang, diproses dan diluluskan secara digital disimpan dalam PDUK. Perubahan-perubahan yang berlaku keatas sempadan lot tanah disebabkan oleh ukuran pecah sempadan, pecaha bahagian dan penyatuan sempadan akan dikemaskinikan dalam PDUK. Data PDUK, boleh dicapai dan dicari semula berasaskan kepada petak tanah mengikut nombor lot, mukim, daerah dan negeri melalui UPI (Unique Parcel Identittifier). Nombor lot tanah adalah unik di setiap mukim.

Pelaksanan sistem ini, turut mengambilkira pengesahan kualiti data dari sumber-sumber luar di samping meningkatkan keberkesanan perjalanan sistem tersebut. Sistem ini juga turut mewujudkan satu mekanisme penyebaran maklumat yang berkesan. Pada umumnya, elemen-elemen penambahbaikan ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a)

Diadakan Sistem Pengesahan Kualiti untuk menyemak dan menilai data yang diperolehi dari sumber-sumber luar.

38 b) Diwujudkan perpustakaan imej pelan-pelan akui di mana kesemua pelan akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan negeri ditukarkan dalam bentuk digital melalui proses imbasan, didaftar dan disimpan dalam storan disk array dan juga dikemaskinikan ke dalam pangkalan data SPID. Pelan akui digital dalam berbentuk imej raster ini dapat dibekalkan kepada pengguna khususnya kepada Juruukur Tanah Berlesen melalui internet dengan menggunakan sistem Perdagangan Elektronik atau dengan nama ringkasnya E-Dagang (E-Commerce) daripada halaman web JUPEM.

c)

Diadakan Sistem Perkhidmatan Kaunter yang terkini (State-of-the-art) dengan mempergunakan teknologi maklumat dalam penyebaran data spatial kadaster berdigit kepada pengguna.

SPDK terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut :

i. ii. iii. iv. v. vi.

Sistem Pemprosesan Kadaster Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK) Sistem Pengurusan Imej Dokumen Sistem Pendaftaran Record Ukur Sistem E-Dagang Sistem Maklumat Kaunter

3.3.1

Sistem Pemprosesan Kadaster (CPS)

CPS memproses data ukur daripada Pejabat Ukur Daerah untuk menghasilkan Jilid Kiraan dan Pelan Akui. Data ukur ini terlebih dahulu diproses dalam perisian DCPS melalui konsep field-to-finish dalam automasi proses pengukuran kadaster. Oleh sebab itu, penyemakan ke atas data ukur ini dibuat secara minima untuk menghasilkan Jilid Kiraan dan Pelan Akui dengan lebih cepat.

Penerangan mengenai modul CPS dan fungsinya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1 berikut :

39 Jadual 3.1 Keterangan Modul Sistem Pemprosesan Kadaster

Bil.

Modul

Keterangan

1.

Modul Input

a) Memasukan data secara manual dari buku kerjaluar. b) Muat turun data berdigit fomat ASCII dari DCPS (Pejabat Ukur Daerah). c) Muat turun data berdigit format ASCII Juruukur Tanah Berlesen.

2.

Modul Pemprosesan

a) Login untuk mengesahkan fail digit wujud dalam SRS. b) Proses dan menjana Jilid Kiraan. c) Proses dan menjana Pelan Akui. d) Proses dan menjana data cerapan matahari untuk menentukan azimut akui. e) Perkiraan asas dan opset untuk tanam pastian.

3.

Modul Output

a) Menghasilkan produk akhir pelan akui berdigit dan jilid kiraan. b) Menghasilkan salinan cetak melalui printer dan plotter dalam jaringan local area network.

4.

Modul Updating

a) Menghantar fail data ke pangkalan data Sistem Pendaftaran Rekod Ukur (SRS) dan Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK).

3.3.2

Sistem Pengesahan Kualiti (SPEK)

Aplikasi SPEK ini menggunakan satu pangkalan data Oracle versi 7.3.1 yang beroperasi di bawah sistem Unix Sun Solaris. Pangkalan data ini berkeupayaan menyimpan dan memproses data yang banyak lagi rumit. Sistem Pengoperasian

40 Unix Sun Solaris ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan mampu mengendalikan aplikasi dengan stabil. Sistem SPEK menggunakan aplikasi perisian GIS (Arc View) untuk mengurus dan menyelenggara pangkalan data kadaster (PDUK) berdasarkan kepada Spatial Database Engine (SDE) untuk melaksanakan kerja-kerja pengemaskinian dan pertanyaan. Beberapa sub-modul yang berfungsi di bawah sistem ini ialah :

i) ii) iii) iv) v) vi) vii)

Modul input papan kekunci Modul update Modul penyediaan syit piawai Modul penyediaan Pelan Hak Milik Modul penyediaan Rajah Kerja Luar Modul Pertanyaan Sistem Penukaran Peta

3.3.3

Sistem Pengurusan Imej Dokumen (SPID)

Sistem SPID ini juga menggunakan satu pangkalan data Oracle versi 7.3 yang beroperasi dibawah pelantar Unix Sun Solaris. SPID berjalan di atas pelantar

Window NT versi 4.0. Pangkalan Data SPID dihubungkan dengan server Unix melalui jaringan komunikasi jenis TCP/IP. Perhubungan dengan server pangkalan data Oracle dan ODBC (Open Database Connectivitiy) dilakukan melalui SQL*Net. Ini membolehkan data-data dihantar dan diterima dari pangkalan data Oracle kepada SPID.

Melalui sistem ini, keseluruhan pelan-pelan akui yang berbentuk analog ditukarkan kepada bentuk digital imej raster dalam format TIFF seperti mana ditunjukkan dalam Rajah 3.1. Pelan-pelan akui yang telah diimbas dan diindeks, disimpan di dalam Disk Array. Carta alir proses imbasan, indeks, semakan dan kemaskini data ke dalam pangkalan data SPID ditunjukkan dalam Lampiran 'B'. Pada peringkat awalnya jumlah pelan akui yang telah diimbas ke dalam pangkalan data SPID dianggarkan 466,105 keping disemua JUPEM negeri. Kerja pengimbasan

41 tersebut telah dikendalikan oleh vendor projek SPDK. Kini kerja pengimbasan

pelan-pelan akui dibuat secara automatik dengan menggunakan modul DEP (Digital End Product) secara berterusan sebaik sahaja pelan akui diluluskan oleh Pengarah Ukur negeri secara digital. Secara purata, setiap pelan akui yang diimbas bersaiz 300 KB. Disk Array yang dibekalkan di setiap JUPEM negeri mempunyai kapasiti

maksimum sebanyak 80 GB. Modul-modul yang terdapat di bawah sistem SPID ini ialah seperti berikut :

i) ii) iii) iv) v) vi)

Modul Imbasan Modul Pengeditan Modul Indeks Modul upload Modul Pemaparan imej SPID Modul Pengintegrasian SRS

Rajah 3.1: Imej Raster Pelan Akui Dalam SPID (Sumber : JUPEM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

42

3.3.4

Sistem Pendaftaran Rekod Ukur (SRS)

Sistem ini adalah untuk kawal selia pergerakan fail ukur dari mula hingga akhir. Tindakan pendaftaran fail bermula apabila diterima Permohonan Ukur (PU) dari pejabat tanah. Pergerakan fail dapat diawasi dari satu peringkat ke peringkat seterusnya sehingga pelan akui diluluskan dan dikemaskinikan data berdigit ke dalam PDUK. Melalui modul SRS ini juga turut membuat pemantauan ke atas pergerakkan fail Juruukur Tanah Berlesen. Sub-modul di bawah sistem ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.2 berikut :

Jadual 3.2 Keterangan Modul Sistem Pendaftaran Rekod Ukur Bil. Modul Keterangan

1.

Modul Pendaftaran Fail Ukur

a) Fail Ukur Jabatan b) Fail Ukur Juruukur Tanah Berlesen

2.

Modul Pengawasan Fail Ukur

a) b) c) d) e)

Unit Pendaftaran Unit Surihan Luar Pejabat Juruukur Daerah(JUD) Unit CPS Unit Juruukur Tanah Berlesen

3.

Modul Penyenggaraan DaftarTeknikal Jabatan

a) b) c) d) e) f)

Daftar Lot Daftar Pelan Akui Jilid Kiraan Daftar Buku Kerjaluar Pelan Strata Skim Strata

4.

Modul Penjanaan Peruntukkan Nombor Siri Dokumen Secara Automatik

a) b) c) d)

Lot Pelan Akui Jilid Kiraan eSKL

43

3.3.5

Sistem Dagangan Elektronik

Melalui sistem ini, pelanggan-pelanggan boleh membeli pelan akui melalui laman web. Pelanggan perlu membuka akaun pra-bayar di mana-mana kaunter

JUPEM negeri dengan membayar wang pendahuluan yang ditetapkan. Protokol pembayaran Secure Electronic Transaction (SET) belum dilaksanakan di sebabkan aspek-aspek keselamatan yang sedang menunggu keputusan pihak pengurusan tertinggi jabatan. Ini menghadkan pengguna-pengguna kad kredit untuk membuat pembelian ke atas data berdigit terus melalui internet.

Server Pembayaran Pusat bagi semua JUPEM negeri terletak di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Ini berfungsi 24 jam untuk mengendalikan E-dagang melalui akaun pra bayar. Fungsi Server Pembayaran Pusat adalah seperti berikut :

i)

Mengesahkan pembelian pelan kadaster berdasarkan kepada identiti pelanggan yang telah membuka akaun pra-bayar yang sah.

ii)

Menjana maklumat secara elektronik untuk permintaan pembelian pelanggan pra-bayar secara online.

iii)

Mengurangkan harga pembelian dari akaun wang pendahuluan pelanggan pra-bayar.

3.3.6

Sistem maklumat Kaunter (CIS)

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di bawah sistem ini adalah seperti berikut:

i)

Semua urusan kaunter, belian pelan kadaster diselaraskan melalui sistem perakaunanan elektronik. dikeluarkan secara elektronik. Melalui sistem ini, resit turut

44

ii)

Dibekalkan Browser skrin sentuh di mana carian dan tempahan pelan dibuat secara online.

iii)

Resit dikeluarkan secara elektronik dengan nombor rujukan pelanggan.

iv)

Pencetakan produk secara online dibuat samada dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) atau dimuat turun ke cakera padat atau disket dalam bentuk digital.

3.4

Peningkatan Sistem Pengurusan Data Kadaster

Peningkatan SPDK adalah bertujuan untuk mewujudkan penambahbaikan ke atas beberapa modul yang telah dilaksanakan dalam SPDK dengan menggunakan elemen-elemen baru terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Konfigurasi sistem Peningkatan SPDK adalah seperti dalam Lampiran 'C'.

Kebanyakan aplikasi SPDK dibekalkan di samping memperkenalkan modulmodul baru yang boleh menyediakan infrastruktur merangkumi pengurusan data lebih berkesan. Peningkatan SPDK ini direka khas agar ia berjalan selari dengan SPDK antara muka yang menghubungkan di antara server SPDK dan server

peningkatan SPDK dengan terminal pengguna. Sistem Peningkatan SPDK terdiri beberapa modul baru dan juga beberapa modul lama yang telah diubahsuai dari segi penambahbaikannya untuk memenuhi tersebut adalah seperti berikut : kehendak semasa jabatan. Modul-modul

i) ii) iii) iv) v)

Sistem Pengurusan Lapisan GIS (GLMS) Sistem Pemetaan Desktop (DMS) Browser Eksekutif (EB) Pusat Operasi SPDK Pusat Maklumat eSRS

45 vi) vii) viii) ix) Modul Surihan Kerjaluar Produk Digital Terakhir Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter Modul Intranet

3.4.1

Sistem Pengurusan Lapisan GIS

Pangkalan Data Ukur Kadaster dibawah SPDK hanya mempunyai tiga lapisan iaitu lapisan lot, lapisan garisan sempadan dan lapisan tanda sempadan. Ketiga-tiga lapisan ini membentukkan grafik lot menggantikan pelan akui manual. Pelan digital ini biasanya digunakan sebagai peta asas di dalam model GIS. Oleh kerana lapisan lot parsel (pelan akui) ini tidak lengkap dari segi liputan maka lot-lot yang masih dalam tindakan ukur (PU) atau lot-lot belum diukur lagi (QT) dimasukkan sebagai lapisan-lapisan tambahan untuk menggambarkan PDUK yang lengkap. Pangkalan data yang diwujudkan dalam sistem ini ialah, lapisan ukur kelas tiga atau ukuran demarkasi, Pelan Permohonan Ukur (PU) atau pelan hak milik sementara (QT), garisan sambungan, nama jalan dan nama bandar/pekan/kampung. Kerja-kerja pengemaskinian pangkalan data dan pertanyaan data spatial dilaksanakan melalui aplikasi MapInfo. Pengintegrasian pangkalan data GLMS dari sistem

Peningkatan SPDK dan PDUK dari sistem SPDK ditunjukkan dalam Lampiran 'D'. Aplikasi GIS seperti MapInfo dan perisian pengurusan pangkalan data Relational Oracle 9i (RDBMS) digunakan untuk pengurusan dan penyenggaraan pangkalan data. Sumber data bagi lapisan-lapisan tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Rajah 3.2 menunjukkan konfigurasi Sistem Pengurusan Lapisan GIS. Modul ini berfungsi dalam sistem operasi Windows 2000. Beberapa sub modul yang terdapat dalam GLMS ialah :

a) b) c) d)

Kemasukkan Data Melalui Papan Kekunci Modul Pendigitan Modul Pengemaskinian (Updating) Modul Pengesahan Data

46

Jadual 3.3 Sumber Penawanan Lapisan Data Bil. Lapisan Sumber

1.

Ukuran Kelas 3/Demakasi

Pelan Akui, Buku Kerjaluar dan Pelan Demarkasi

2.

Pelan Permohonan Ukur/Surat Hak Milik Sementara

PU, Surihan Kerjaluar dan Data Outsource

3.

Garisan Sambungan

Pelan Akui dan Buku Kerjaluar

4.

Nama Jalan

Pelan Akui, Peta Topografi dan Alat GPS Pangkalan Data Topografi

5.

Nama Bandar/Kampung

47

*Window 2000 Advanced Server *MapInfo Map Xtream Server *Internet Information Server EB Apllication PDUK Connection SPID Connection SPS Connection *ASP Application *Mapxtrem server LAN IMS

PDUK SRS SPID

LAN

*Window 2000 Advanced Server *MapInfo Map Xtream Server *Internet Information Server EB Apllication PDUK Connection SPID Connection SPS Connection

NT Server LAN

FTP HTTP HTM;

GLMS Server DMS Server

Oracle Spatial

GLMS LAN

LAN

.Window 2000 Internet Browser

.Window 2000 .Mapinfo .GLMS Data Entry Client .Oracle Client

.Window 2000 .Mapinfo .GLMS Data Updating Client .Oracle Client

.Window 2000 .Mapinfo .GLMS Data Validating Client .Oracle Client

.Window 2000 .Mapinfo .DMS .Oracle Client

Executive Browser

GLMS Data Entry Client

GLMS Data Updating Client

GLMS Data Validating Client

DMS

Rajah 3.2: Menunjukkan Konfigurasi Sistem Pengurusan Lapisan GIS (Diubahsuai daripada Manual GLMS)

48 3.4.2 Sistem Pemetaan Desktop (DMS)

Sistem ini merupakan alat untuk menyediakan pelan berdigit dan pelan salinan cetak mengikut kehendak pengguna dari PDUK dan lapisan-lapisan GLMS. DMS merupakan alat penyelesaian penghasilan peta kadaster mengikut keperluan pengguna dengan menggunakan aplikasi MapInfo. Kerja-kerja pengemaskinian syitsyit lembar digital jabatan di hasilkan melalui modul ini.

3.4.3

Browser Eksekutif (EB)

Modul ini menyediakan infrastruktur kedua bagi pegawai-pegawai kanan Jabatan untuk melihat dan mendapatkan maklumat dalam Pangkalan data untuk tujuan pengurusan dan perancangan. Menggunakan aplikasi Map Info dan Map Xtreme sebagai pencari enjin GIS. Ia berfungsi sebagai asas web-LAN memberi akses kepada pangkalan data-pangkalan data spatial dan atribut seperti PDUK, SPID, ESRS dan GLMS. Rajah 3.3 menunjukkan rajah skima Browser Eksekutif.

PDUK GLMSTowns/Kampong DEMARCATION Connection lines Street Names Survey Files 3RD CLASS

SRSAttachments Doc File Movements File Minutes

SPIDRaster Images CP Details

PDUKLOTS PU/QT LOTS

SPDK DATABASES

Criteria 1. UPI 2. Lot number 3. Survey File 4. PU 5. Serial number mark 6. Town name 7. Kampong name 8. Street name 9. Std sheet 10.Mukim name 11.RSO coordinates 12.Single point coordinates 13.Two corner coordinates 14.Ad-hoc SQL

Executive Browser Interface Search by text Search by graphics1. 2. 3. 4.

Criteria Index map Zooming Windowing Click on object

Features 1.Formatted 2.Hyperlink 3.Text label 4.Scale independent text 5.Zoom-able 6.Pan-able 7.Fixed display scale

DISPLAYPrintable

OUTPUT

1.WYSIWYG 2.Window area 3.Formatted text 4.Raster image

Rajah 3.3: Rajah Skima Browser Eksekutif (Sumber: Manual SPDK, JUPEM )

49 3.4.4 Pusat Operasi SPDK (SOC)

Pusat ini diuruskan oleh pasukan petugas SPDK yang berfungsi sebagai alat pengurusan dan pemantauan aduan dari pengguna melalui fail aduan (Fault Logs). Semua aduan-aduan dari pengguna sistem ini dari semua JUPEM negeri disimpan dalam Pangkalan Data Aduan (Fault Logs Database) untuk kerja-kerja pemantauan dan pengurusan penyediaan laporan berkaitan dengan kegunaan Pasukan Petugas SPDK.

3.4.5

Pusat Maklumat eSRS

Sistem ini mempunyai keupayaan untuk membuat carian dan pertanyaan dari modul eSRS. Dalam sistem ini semua maklumat fail fizikal ukur ditukarkan kepada format digital. Semua maklumat dan lampiran-lampiran seperti PU, surat kelulusan pihak berkuasa negeri, surat-surat dari pejabat tanah yang berkaitan dengan permohonan ukur disimpan dalam bentuk digital sepertimana ditunjukkan dalam Jadual 3.4 dan Jadual 3.5 di bawah. Dengan ini, pergerakan fail fizikal tidak perlu lagi. Ia merupakan alat (tool) berasaskan laman-web yang membolehkan pengurusan dan pengawasan dibuat tanpa kertas (paperless management).

50 Jadual 3.4 Maklumat Fail Ukur Digital Maklumat Lot-lot Yang Telah Didaftar Dalam Fail Ukur Ini Luas Luas Bil. Lot Nombor Mukim/ Negeri Daerah Seksyen Anggaran Muktamad Didaftar Lot Bandar (Ha) (Ha) PULAU TIADA 1 627 UTARA 12 0.3960 0.0000 PINANG SEKSYEN No. Fail Ukur PUPP26/2003 Jumlah Lot 1 Luas Anggaran (Hektar) 0.3960 Imej Charting GLMS [View] Laporan GLMS [View] Tarikh Fail Ukur Diluluskan Belum diluluskan Status Sedang Query Nama KumpulanMaklumat Permintaan Ukur

PUPP23/2003

No. PU Negeri Daerah Mukim No. Pejabat Tanah Tarikh Terima Permohonan

7/2003 07 PULAU PINANG 02 UTARA 12 12 PTB/A/1892 10/02/2003

Jadual 3.5 Senarai Lampiran dalam Modul eSRS (Sistem SPDK Pulau Pinang)

Lampiran-lampiran

Keterangan Surat dari PTD,SPU diterima pada 10/02/2003 Permintaan Ukur 7/2003 Senarai nama pemohon Surat cabutan kelulusan MMK Surat samb.MMK Lot 627 dikekalkan Pelan PU tambahan

Jenis Lampiran Surat Pejabat Tanah PU Lain-lain Surat MMK Surat MMK Pelan PU Pelan PU

Muka Surat 1 2 3 4 5 6 7

Lihat View View View View View View View

51 3.4.6 Modul eSKL

Sistem ini bertujuan untuk menyediakan surihan kerjaluar berdigit untuk kegunaan ukuran lapangan. Sistem ini berkeupayaan untuk menerima input digital dari Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan muat turun data dari GLMS yang sedia ada untuk menghasilkan Rajah Surihan Kerjaluar dalam bentuk digital. Rajah SKL digital tersebut boleh disimpan dalam fail ukur digital di mana ia boleh dipaparkan bersama-sama dengan pergerakan fail. Jadual 3.6 menunjukkan

maklumat-maklumat yang disimpan dalam eSKL di mana maklumat-maklumat grafik atau lakaran (layout) SKL dan Lapisan Rajah Permintaan Ukur boleh dipaparkan serta dicetak melalui pencetak (printer) atau pemlot (ploter) jika perlu.

Jadual 3.6 Maklumat eSKL (Sistem SPDK JUPEM Pulau Pinang)Maklumat Surihan Kerja Luar

No. Luar Status

Surihan

Kerja

56/2003 DONE [View] [View] [View] [View] [View]

Layout Fail SKL Fail SKB Fail Job Laporan SKL

3.4.7

Modul Produk Terakhir (DEP)

Pelan akui yang dihasilkan data CPS adalah digital, namun perlu di cetak secara salinan keras (hardcopy) di unit CPS untuk diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri. Melalui modul ini pelan akui yang dijana dalam CPS dikemukakan kepada

52 pengarah ukur secara digital untuk ditandatangani secara elektronik. Kemudahan ini membolehkan pelan akui tidak perlu dicetak dalam bentuk salinan keras (hardcopy) tetapi memadai disimpan dalam bentuk digital.

Fungsi-fungsi yang terdapat dalam modul ini ialah:

a)

Mengintegrasi dengan modul CPS untuk muat turun data dari server, media storan atau disket.

b) c)

Berhubung terus kepada server SPID. Menukarkan Pelan Akui, Pelan Warta, Pelan Pelbagai, Pelan Trabas Piawai kepada format TIFF dan JPEG.

d) e)

Menukarkan Jilid Kiraan kepada format PDF. Memasukkan tandatangan digital (digital signature) di atas pelan digital oleh Pengarah Ukur Negeri.

f)

Membolehkan output digital dicetak dan dipelot.

3.4.8

Modul Penambahbaikan Perkhidmatan Kaunter

Sistem perkhidmatan kaunter dengan bantuan komputer telah diperkenalkan dalam SPDK. Sekiranya, berlaku kerosakkan pada server SPID maka perkhidmatan kaunter akan tergendala sehingga kerosakan tersebut dibaik pulih semula. Melalui penambahbaikan ini diwujudkan satu server replika SPID yang berfungsi apabila be


Top Related