Download - 14 Popular Indikator
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
14 INDIKATOR POPULAR
BOLLINGER BANDS
Bollinger Bands, dibangunkan oleh John Bollinger, diplotkan pada
beberapa bilangan nilai sisihan piawaian yang tertentu di atas dan di
bawah purata pergerakan harga. Nilai sisihan piawaian adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengukur perubahan pada naik turun
harga. Bollinger Bands adalah petunjuk jalur lebar yang berubah-ubah
yang menjadi sempit pada tempoh pasaran kurang aktif/tidak menentu dan menjadi lebih luas pada tempoh yang lebih aktif. Para penganalisis
teknikal boleh menggunakan Bollinger Bands bagi menentukan tahap
pergerakan harga sesuatu saham. Bollinger Bands juga digunakan bagi mengenal pasti tempoh keaktifan pasaran yang tinggi dan rendah, serta
tempoh apabila harga berada pada tahap yang melampau dan
berkemungkinan tidak stabil.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
CANDLE PATTERNS
Pembelajaran The Candle Pattern mengenalpasti banyak corak atau
peten ‘candlestick’ yang boleh memberi petunjuk kesinambungan atau
pembalikan. Pengertian setiap corak/pola adalah seperti di bawah ini.
Dalam kajian ini, anda boleh menentukan beberapa paras ukuran yang menentukan corak/pola manakah yang akan dipaparkan.
1. Anda boleh memilih untuk menganalisis corak/pola sama ada neutral, menaik atau menurun.
2. Anda boleh menandakan warna merah untuk corak/pola menurun dan
hijau untuk corak/pola menaik. 3. Anda boleh menentukan kekuatan corak/pola yang diperlukan untuk
mengenal pasti corak/pola pasaran dengan menyelaraskan tempoh dan
kecerunan Moving Linear Regression (MLR)
4. Anda boleh menyelaraskan peratusan harga yang digunakan bagi
mengenal pasti "Doji"
5. Anda boleh menyelaraskan peratusan tahap atau tempoh untuk
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
menentukan Long Shadow dan Short Shadow.
6. Anda boleh menentukan tempoh pergerakkan purata yang digunakan
untuk badan julat sebenar dan bilangan nilai sisihan piawaian daripada pergerakkan purata yang digunakan untuk menentukan short body/long
body.
Neutral Patterns:
D – Long-Legged Doji
DD – Double Doji
Menaik) / Menurun:
AB - Abandoned Baby Top / Abandoned Baby Bottom
BH - Belt Hold Line
DF - Dragonfly Doji
DS - Doji Star
EL - Engulfing Line
GD - Gravestone Doji
GP - High Price Gapping Play / Low Price Gapping Play
HC - Harami Cross
HR - Harami
SL - Separating Lines
TG - Tasuki Gap
TM - Rising Three Method / Falling Three Method
TW - Tweezer Top / Tweezer Bottom
Corak menaik:
GW - Gapping Side-by-side White Lines
H - Hammer
IH - Inverted Hammer
MD - Morning Doji Star
MS - Morning Star
Pl - Piercing Line
TS - Three White Soldiers
Corak yang lemah/menurun:
AD - Advance Block
DC - Dark Cloud Cover
ED - Evening Doji Star
ES - Evening Star
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
HM - Hanging Man
SS - Shooting Star
TC - Three Black Crows
UG - Upside-Gap Two Crows
COMMODITY CHANNEL INDEX
Gunakan CCI untuk graf perubahan harga saham berdasarkan kaedah perangkaan dan mengenalpasti kemungkinan keadaan terlebih belian /
terlebih jualan. Anda boleh menggunakan CCI untuk menentukan sesuatu
perubahan yang meramalkan pembentukan corak/pola sesuatu saham tertentu. Jika petunjuk CCI jatuh di bawah nilai 30, ia menandakan
keadaan terlebih jualan. Isyarat beli akan berlaku apabila petunjuk
melintasi 30 dari bawah. Begitu juga, jika nilai CCI lebih besar daripada 70, ia menunjukkan keadaan terlebih belian. Isyarat jual akan berlaku
apabila petunjuk ini melintasi 70 dari atas.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
DIRECTIONAL MOVEMENT INDEX
Sistem Directional Movement Indicator (DMI) telah dibangunkan oleh J. Welles Wilder, mengukur arah pergerakan harga. Sistem berkenaan
menganggapkan bahawa dalam corak/pola menaik atau menurun, saham
tersebut harus terus naik lebih tinggi atau turun lebih rendah. Isyarat beli dijana oleh garis +DMI melintas garis -DMI dari bawah. Isyarat menjual
dijana oleh garis +DMI melintas garis -DMI dari atas. Garis ADX adalah
14 tempoh pergerakkan purata yang diambil dari perbezaan antara + DMI dan -DMI. Garis ADX menandakan kekuatan corak/pola semasa.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
ICHIMOKU
Gunakan GOC untuk melakar harga terdahulu/yang lepas dan meramalkan corak urusniaga sesuatu saham yang dipilih. GOC juga boleh digunakan
untuk menganalisa corak harga saham dan menganalisa dalam waktu yang
terdekat paras sokongan dan paras halangan. Beberapa isyarat akan terhasil daripada analisis ini:
1. The Conversion line (pink) menyeberangi/di bawah Base line (yellow)
2. The Lagging Span line (grey) menyeberangi/di bawah harga
3. Harga menyeberangi di atas/di bawah Cloud (kawasan berlorek biru)
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
MOVING AVERAGE CONVERGENCE/DIVERGENCE
MACD mengira pergerakan purata yang pesat dua harga untuk menentukan titik permulaan corak/pola. Perbezaan yang dikira antara
purata tersebut dinamakan sebagai petunjuk tempuh MACD1, yang
kemudiannya diselaraskan dari isyarat petunjuk. Isyarat petunjuk adalah pergerakkan purata yg pesat dari petunjuk tempoh MAC1.
Perubahan didalam corak/pola ini berlaku apabila penunjuk tempoh MACD1 melintasi isyarat penunjuk. Jika tempoh MACD1 melintasi
isyarat petunjuk dari bawah, ia menandakan perubahan yang positif untuk
isyarat beli. Jika petunjuk tempoh MACD1 melintasi petunjuk dari atas, ia menandakan perubahan negatif dalam corak/pola yang juga menandakan
isyarat jual.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
MOVING AVERAGE OSCILLATOR
Moving Average Oscillator memaparkan perbezaan atau nisbah dua purata pergerakan yang telah dikenalpasti, garis isyarat, iaitu perbezaan/nisbah
purata pergerakan tersebut, dan perbezaan antara ayunan dengan isyarat.
Maka, anda boleh menentukan jenis dan panjang purata pergerakan, serta data yang digunakan dalam aplikasi purata pergerakan.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
PARABOLIC STUDIES
PTPS melakarkan titik urusniaga berhenti–dan-bertentangan (SAR) untuk
sesuatu saham yang dipilih. Titik SAR adalah fungsi pergerakan harga dan
masa. Ia mengikuti harga dengan menggunakan faktor pecutan (Acceleration Factor/AF) yang meningkat dengan halaju pergerakan
harga. Putusnya titik SAR menunjukkan penutupan kedudukan semasa dan ia mula memasuki arah yang bertentangan.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
RATE OF CHANGE
ROC boleh digunakan untuk mengesan keaktifan dan momentum sesuatu saham sepanjang tempoh masa yang tertentu. Kebiasannya, ROC dan
harga perlu bergerak seiringan. Perbezaan diantara ROC dan harga boleh
meramalkan corak/pola dimasa hadapan. Formula ROC dikira seperti berikut:
ROC = [Harga Semasa – Harga N yang lepas ] / [Harga N yang lepas]
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
RELATIVE STRENGTH INDEX
Pengiraan RSI muncul dalam keadaan dan bentuk yang asal. Purata Menaik dan Purata Menurun dikira menggunakan kaedah purata yang
ringkas untuk pemerhatian awal. Apabila petunjuk RSI jatuh di bawah
nilai 30, ia menunjukkan terlebih jualan. Isyarat beli dicetuskan apabila penunjuk melintasi nilai 30 dari bawah. Begitu juga, apabila nilai RSI
lebih besar daripada 70, ia menunjukkan keadann terlebih belian. Isyarat
jual tercetus apabila penunjuk melintasi nilai 70 dari atas.
Perkiraan RSI dan dua kaedah purata dibentangkan di bawah:
RSI = 100 - [ 100 / (1 + [Purata Menaik/Purata Menurun] ]
Purata Menaik: Campurkan semua perubahan untuk tempoh yang menaik
kemudian dibahagikan dengan jumlah bilangan tempoh RSI.
Purata Menurun: Campurkan semua perubahan untuk tempoh yang menurun
kemudian dibahagikan dengan jumlah bilangan tempoh RSI.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
SIMPLE MOVING AVERAGE
Simple/arithmetic, moving average dikira dengan menambah harga tutup sesuatu saham untuk beberapa tempoh masa (window lengths), kemudian
bahagikan jumlah tersebut dengan bilangan tempoh masa. Sebagai contoh,
simple moving average untuk 20 day window dikira seperti contoh dibawah ini:
SMAVG (20) = [harga(1) + harga(2) + … + harga(20)] / 20.0
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
STOCHASTICS
Stochastics mengukur halaju pergerakan harga saham untuk mengenal pasti keadaan terlebih belian dan terlebih jualan. Isyarat tersebut mengukur
harga semasa seiring dengan harga paling tinggi dan harga paling rendah
dalam tempoh masa tertentu. Didalam sesuatu pola/corak, ketinggian dan rendah mesti menghampiri tempoh tinggi dan rendah. TAS boleh
digunakan untuk mengenal pasti titik-titik yang berpotensi untuk membuat
keputusan keluar atau masuk pasaran.
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
TRADING ENVELOPES
Trading envelopes diplotkan pada nilai sisihan piawaian tertentu di atas dan di bawah sesuatu pergerakkan purata berdasarkan pergerakan purata
sesuatu harga saham. Nilai sisihan piawaian merupakan satu cara paling
berkesan bagi menentukan keaktifan dalam instrumen pasaran. Oleh yang demikian, dengan memplotkan gelung sekitar purata pergerakan,
matlamatnya adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang turun
naik atau keaktifan pasaran saham. Di samping itu,“kelicinanan” nilai
sisihan piawaian digunakan dalam trading envelopes (dagangan sampul).
azue@jom saham[Type text] [Type text] Sumber: Bloomberg
WILLIAMS %R
Dibangunkan oleh Larry Williams, isyarat Williams %R sama seperti momentum oscillator yang lain. Petunjuk ini mengkaji kaitan harga dengan
tempoh yang dapat membantu mengenal pasti tahap terlebih belian dan
terlebih jualan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Siti Nadia Deraman, Abdul Jamal Abu Hanifah dan DS
Ahmad diatas terjemahan ini......azue@jom saham