13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat
1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah
(Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi
kerana Rahmat dari Allah SWT)
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.
Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia
menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik
dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai
tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kamu bagus sangat nak tegur aku. Kamu dulu
pun lagi jahat .
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk
Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu
tuntutan. Selagi kamu Islam, dakwah tu wajib walaupun kamu sendiri tak
berapa betul. Sekurang-kurang ada terbit rasa keinsafan dan mahu
bertaubat .
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang
tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kam,u tanpa
perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama
dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka
jangan tengok.
-Adakah kamu berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati
suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang
membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada
individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai
rambut .
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kamu diterima? Kamu yakin cuma dengan berpuasa sudah
cukup untuk menjamin seseorang masuk syurga? (Nota: Solat dapat
mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)
8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan
hidup orang lain.
-Kamu sebenarnya sedang menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta
orang lain dengan menarik mereka ke neraka ... disebabkan mereka tidak
menegur dan gagal mendidik kamu. (Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa
wanita ke neraka
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kamu berkata begitu di depan Allah nanti?
Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada
Allah)
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan
photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat
artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut
hanya kepada Allah, bukan makhluk)
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum
sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat
nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan
yang lebih baik)
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan
ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang,
ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana
tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kamu sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas
beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia
ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni
memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang
kekal abadi)