Transcript

Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

Tajuk : Cerita Rakyat Pelbagai Kaum

Nama Ahli Kumpulan :Chan Hui JingMok Reei ShiuanTeng Shi LingWan Ratna Shahirah bt. Wan HassanNur Aina Iwani bt. Abdu JaleelMazuni Fadzliayu bt. Mohd. FadzilAmira Syahirah bt. Mohd. RoziNur Nabila Hafizah bt. Abdul Hak @ Abdul Lahak

Kelas : 1RK6 Nama Guru : Pn. Rosleena bt. MamatIsi Kandungan

Penghargaan m/s 2 Pengenalan m/s 3 Biodata Ahli Kumpulan m/s 4 Objektif m/s 5 Pendahuluan m/s 6 Jenis Cerita Rakyat m/s 7 Tujuan m/s 8 Cerita 1 m/s 9-m/s 11 Cerita 2 m/s 12-m/s 14 Cerita 3 m/s 15-m/s 17 Cerita 4 m/s 18-m/s 20 Cerita 5 m/s 21-m/s 23 Penutup m/s 24 Rumusan m/s 25Penghargaan Terima kasih kami ucapkan kepada guru Pendidikan Sivik kami, Pn. Rosleena yang telah banyak membantu dengan menunjuk ajar perkara yang kami tidak tahu dalam proses menghasilkan buku skrap ini.

Kami juga merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah membantu kami dalam hal kewangan dalam menghasilkan buku skrap ini.

Tidak dilupakan juga kesemua ahli kumpulan kami yang telah bertungkus-lumus dan bekerjasama menghasilkan buku skrap ini.Pengenalan

Isi KandunganObjektif

Biodata[1] Nama : Chan Hui Jing Tarikh Lahir : 20 Ogos 1999 Hobi : Melukis Cita-cita : Penulis novel Moto Hidup : Kebijakan dan kebajikan adalah perisai terbaik.

[2] Nama : Mok Reei Shiuan Tarikh Lahir : 14 Oktober 1999 Hobi : Berenang Cita-cita : Tukang masak Moto Hidup : Be the best of all.

[3] Nama : Teng Shi Ling Tarikh Lahir : 26 April 1999 Hobi : Melayari Internet Cita-cita : Doktor Moto Hidup : Menjadi insan cemerlang.

[4] Nama : Wan Ratna Shahirah bt. Wan Hassan Tarikh Lahir : 10 Ogos 1999 Hobi : Membaca buku Cita-cita : Doktor Moto Hidup : Best Absolutely Perfect.

[5] Nama : Nur Aina Iwani bt. Abdu Jaleel Tarikh Lahir : 11 April 1999 Hobi : Mendengar muzik Cita-cita : Guru Moto Hidup : Practice makes perfect.

[6] Nama : Mazuni Fadzliayu bt. Mohd Fadzil Tarikh Lahir : 6 Jun 1999 Hobi : Melayari Internet Cita-cita : Juruterbang Moto Hidup : Hadapi cabaran hidup dengan senyuman.

[7] Nama : Amirah Syahirah bt. Mohd Rozi Tarikh Lahir : 18 Oktober 1999 Hobi : Membaca buku Cita-cita : Ahli perniagaan Moto Hidup : Be the best, beat the rest.

[8] Nama : Nur Nabila Hafizah bt. Abdul Hak @ Abdul Lahak Tarikh Lahir : 3 September 1999 Hobi : Mendengar muzik Cita-cita : Doktor haiwan Moto Hidup : Beat the rest and be the winner.

Objektif

Memupuk minat pelajarterhadap cerita rakyat.

Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan.

Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat.

Memperoleh pengajaran dan ikhtibar yang terkandung dalam cerita rakyat.

Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.Pendahuluan

DefinisiJenis Cerita RakyatTujuan cerita rakyat diceritakan

Jenis Cerita Rakyat

Cerita TeladanCerita BinatangCerita DongengCerita LagendaCerita Jenaka

Tujuan

Tujuan cerita rakyat pelbagai kaum disampaikan termasuklah memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat dalam diri murid-murid.

Selain itu, cerita rakyat disampaikan sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda serta warisan budaya yang amat membanggakan.

Kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum juga dapat ditingkatkan melalui penyampaian cerita rakyat pelbagai kaum.

Cerita Rakyat 1

Cerita Teladan[Kaum Cina]

Dahulu kala, ada sebuah danau yang sangat jernih di Yunnan. Beberapa orang petani memelihara sapi di dekat danau itu. Setiap pagi mereka mambawa sembilan puluh sembilan ekor sapi untuk minum di danau, namun pada siang hari, sapi-sapi itu berubah menjadi seratus ekor. Seorang gadis cantik selalu muncul pada saat yang sama. Tak seorang pun tahu dari mana asal gadis itu, namun mereka menyukainya. Ia tahu tentang banyak hal dan suka bercerita. Ceritanya sangat menarik.

Ada seekor sapi ajaib di antara ternak kalian, katanya. Ia dapat berjalan di atas air. Sehelai bulunya dapat mengangkat beban yang sangat berat.

Para petani menanyakan sapi yang mana yang ia maksudkan, namun ia hanya tersenyum. Hanya orang yang jujur yang dapat mengetahuinya, katanya.

Pada suatu hari, sapi-sapi itu sedang mencari makanan. Gembala tua yang biasa menjaga mereka mengumpulkan mereka. Tak disedarinya tongkat tua yang dipakainya menyentuh seekor sapi. Beberapa helai bulu sapi itu terselip pada retakan pada hujung tongkat.

Petang pun tiba, gembala itu mengikat dua keranjang kayu bakar pada kedua-dua hujung tongkat dan memikulnya. Hairan, katanya dalam hati, Kayu ini ringan sekali. Mungkin aku baru mengumpulkan sedikit kayu. Hari masih terang, lebih baik aku mengumpulkan kayu lagi.

Ia pun mengumpulkan kayu lagi banyak-banyak. Diikatnya pada kedua-dua hujung tongkat. Namun ia tetap dapat mengangkatnya dengan mudah. Ia pun pulang.

Demikianlah, setiap hari gembala tua mengumpulkan banyak kayu bakar dan membawanya ke pasar untuk dijual. Kerana kayu yang dijualnya jauh lebih banyak dari sebelumnya, ia pun mendapat lebih banyak wang dan dapat menabung.

Pada suatu hari, ketika gembala itu membawa kayu itu ke pasar, seorang orang kaya melihatnya. Ia hairan kerana gembala yang sudah tua itu dapat membawa begitu banyak kayu. Setiap hari ia menunggu gembala itu lewat membawa kayu. Ia pun menemui gembala itu dan bertanya, Bagaimana kau dapat membawa kayu yang berat itu?

Tongkat ini ajaib, jawab sang gembala.

Kalau kau mahu menjual tongkat itu kepadaku, aku akan memberimu lima ratus keping emas.

Lima ratus keping emas adalah jumlah yang sangat besar. Wang itu dapat digunakannya hingga akhir hidupnya. Gembala pun menerimanya dan memberikan tongkatnya kepada orang kaya itu.

Orang kaya itu sangat gembira kerana berhasil mendapatkan tongkat ajaib. Namun ia lihat tongkat tua itu sudah usang dan retak-retak pada hujung. Dibawanya tongkat itu ke tukang kayu untuk diperbaiki. Tukang kayu memotong hujung tongkat yang retak dan membuangnya. Bulu sapi ajaib pun ikut terbuang.

Pada suatu hari orang kaya itu menunjukkan tongkat itu kepada isterinya. Ia mengikat banyak kayu di kedua-dua hujung tongkat dan menyuruh isterinya mengangkatnya. Wanita itu tentu saja tidak dapat mengangkatnya. Kau ini, mana mungkin ini tongkat ajaib? katanya, ini cuma tongkat biasa.

Orang kaya itu mengomel, Dasar kamu tidak tahu apa-apa. Ia pun mengangkat tongkat dan kayu itu. Ia juga tidak dapat melakukannya kerana tongkat itu sekarang sudah kembali menjadi tongkat biasa.

Cerita 2

Cerita binatang[Kaum melayu]

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang menghadap. Semua jenis burung hadir.

Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin memberi hadiah istimewa. Kamu boleh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu, titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di dunia, kata merak.

Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu, titah Raja Sulaiman sambil tersenyum.

Kamu pula hendak apa? Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang, kata kelicap.

Kenapa minta paruh yang panjang? Tanya Raja Sulaiman.

Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga, jawab kelicap.

Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, jawab Raja Sulaiman

Itik, beta akan beri kamu kaki yang lebar, titah Raja Sulaiman.

Patik ingin sarang yang cantik, tuanku, kata tempua.

Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang, titah baginda.

Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat, pinta pipit.

Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan, titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong.Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan, titah Raja Sulaiman.

Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau.

Apa? Boleh kamu ulang? soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

Patik mahu minta makan tujuh hari sekali, kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.

Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari.

Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal, kata bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia berasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.

Cerita 3

Cerita dongeng[Kaum india]

Ada seorang saudagar yang kaya kerana peninggalan orang tuanya. Rumahnya banyak, kebunnya luas. Kerana kekayaannya itu, saudagar itu mempunyai banyak teman. Bahkan Raja pun mengenalnya dengan baik. Sering ia menginap di istana sebagai tamu Raja.

Malang.

Gempa bumi yang dahsyat yang disertai banjir besar memusnahkan harta benda saudagar itu. Ia pun jatuh miskin. Isterinya lalu menasihatinya agar mencari pekerjaan. Tetapi saudagar itu lebih suka meminta bantuan daripada teman-temannya. Kasihan. Teman-temannya cuma menyatakan duka cita atas kemalangannya, namun tidak seorang pun mahu membantunya. Saudagar itu akhirnya menemui Raja untuk meminta bantuan. Raja amat hiba dengan kemalangannya. Diam-diam ia memerintahkan seorang puteranya mengisi sebuah labu dengan emas. Labu itu lalu diberikannya pada si Saudagar.

Saudagar itu pulang dengan membawa labu. Ia sangat kecewa dengan apa yang telah diberikan Raja padanya. Sungguh ia tak menduga kalau Raja hanya memberinya sebuah labu. Ketika menyeberangi sungai kecil, diberikannya labu itu pada seorang musafir sebagai derma. Apa yang kau dapat dari Raja? tanya isterinya setiba ia di rumah.

Sebuah labu, kata si Saudagar. Aku telah memberikannya pada seorang musafir.Esoknya, saudagar itu kembali menghadap Raja. Sahabatku, kau apakan labu yang kuberikan padamu kemarin? tanya Raja.

Maafkan hamba, Tuanku, kata si Saudagar. Hamba telah memberikan labu itu pada seorang musafir yang hendak pergi ke kota suci Benares.Sangat beruntunglah orang yang telah mendapatkan labu itu, ucap Raja, sambil tersenyum.Maksud Tuanku?Sahabatku, ucap Raja, aku tak ingin membuatmu malu di depan banyak orang. Diam-diam aku memerintahkan seorang putraku mengisi labu dengan emas, lalu memberikannya padamu. Seketika si Saudagar menyesali yang telah dilakukannya. Ia berlutut memohon ampun pada Raja. Ucap Raja, Berdirilah, aku akan memberimu sebuah labu lagi yang akan menentukan nasibmu. Si Saudagar menerima labu itu. Ia lalu pulang dengan penuh suka cita. Sayang, saat saudagar itu menyeberangi sungai kecil itu ia tergelincir kerana terlalu tergesa. Labu terlepas dari tangannya dan lenyap dihanyutkan air. Penuh sedih si Saudagar pulang. Diceritakannya yang telah dialaminya pada isterinya. Suamiku, kata si Isteri, itu merupakan tanda Dewa tak berkenan kau menerima derma. Mulai besok, bekerjalah. Bekerja itu mulia, suamiku. Saudagar itu menuruti kata isterinya. Ia membuka sebuah warung. Ia bekerja dengan keras dan menyukai pekerjaannya. Beberapa tahun kemudian, ia pun sudah menjadi kaya lagi seperti dahulu. Namun harta yang kini dimilikinya adalah hasil jerih payahnya sendiri. Saudagar itu sangat senang dan bangga.

Cerita lagenda[Kaum cina]Cerita 4

Kaisar Giok, penguasa Langit, memiliki sepuluh anak yang sulit diatur. Suatu hari, mereka mengubah diri mereka menjadi sepuluh matahari, dan tanpa perasaan memanasi bumi dari atas langit.

Kaisar Giok tidak dapat menghentikan kenakalan mereka, lalu memanggil Hou Yi, seorang Dewa pemanah yang terkenal akan keahliannya dalam membidik sasaran. Kaisar memerintahkan Hou Yi untuk memberi anak-anaknya pelajaran.

Hou Yi turun ke Bumi dan melihat penderitaan yang dialami mahluk di bumi dengan matanya sendiri. Semuanya hangus dan mati, dan orang-orang kesakitan. Dipenuhi oleh kemarahan, ia bertindak. Mencabut anak panah dari wadahnya, ia membidik pada matahari.

Pertama satu matahari jatuh, dan selanjutnya yang lain pun bernasib sama. Pada akhirnya, sembilan putra Kaisar Langit mati. Hou Yi hanya menbiarkan satu matahari tetap hidup, untuk memberikan bumi cahaya dan kehangatan.

Setelah mendengar berita ini, Kaisar Giok sangat marah. Dia tak menyangka anaknya akan dipanah mati. Dia mengusir Hou Yi dan isterinya yang cantik, Chang'e dari syurga, dan mencabut keabadian mereka. Mereka kini terpaksa tinggal di bumi sebagai manusia biasa.

Hou Yi dan Change mendapati bahwa kehidupan manusia biasa begitu sulit dan sengsara. Meskipun menjadi pahlawan bagi umat manusia, Hou Yi memiliki sebuah keinginan, iaitu menghindari kematian yang menanti semua manusia dan kembali ke syurga bersama isteri tercintanya. Isterinya, setidaknya, tidak pantas menderita.

Untungnya, Hou Yi ingat bahawa Ibunda Ratu abadi dari Barat, yang tinggal di Bumi, memiliki ubat ajaib langka yang bisa membuat orang menjadi abadi. Sang Pemanah yang penuh harapan pergi menempuh perjalanan yang penuh rintangan untuk meminta bantuannya.

Setelah melewati kesulitan yang tak terhitung jumlahnya, dia akhirnya sampai di istana Ibunda Ratu di Gunung Suci Kunlun. Mengetahui penderitaan mereka, Ibunda Ratu yang murah hati memberikan Hou Yi dua hal. Yang pertama adalah ubat ajaib, yang kedua adalah sebuah peringatan. "Meminum setengah ubat ajaib akan memberikan hidup yang kekal. Namun, meminum seluruh ramuan akan membuat seseorang naik ke langit, terbang sepenuhnya seperti seorang dewa."

Setengah untuk dirinya, dan setengah lagi untuk isterinya. Itulah yang Hou Yi rencanakan.

Ketika Hou Yi berkumpul kembali dengan Chang'e, Change penuh suka cita menyambut keberhasilannya. Namun sementara Hou Yi sedang beristirahat selepas perjalanan yang panjang, Change tak kuasa untuk mengintip ubat ajaib yang dibawa suaminya. Hasratnya untuk menjadi abadi dan kembali ke langit menggodanya untuk meminum seluruh ramuan. Tak lama setelah minum seluruh obat, dia merasa anggota badannya tanpa bobot, dan ia mulai melayang ke langit di luar keinginannya.

Sebagai dewa yang terbuang, langit tak bisa menerimanya. Bumi sekarang di luar jangkauannya juga. Tanpa ada tempat lain yang dituju, Chang'e melayang menuju bulan yang tak berpenghuni, di mana dia menghabiskan sisa hari-harinya di istana yang sepi.

Dia dengan sedih menangisi Hou Yi suaminya, yang menjalani sisa hidupnya di bumi sebagai seorang manusia biasa.

Cerita jenaka[Kaum melayu]Cerita 5

Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian dalam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja, kata Pak Kadok. Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabung ayam dengan raja. Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya, titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah. Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?"Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni." Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara Biring SiKunani dan Jalak Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.

Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang.

Penutup Kita harus manghargai cerita rakyat kerana ia adalah warisan budaya yang amat berharga dan memberi banyak faedah dan pengajaran kepada kita. Terdapat banyak cerita rakyat yang berasal daripada kaum yang berbeza. Cerita-cerita inilah yang menanam nilai murni yang baik dalam diri kita sejak kecil.

Rumusan

Sebagai rumusan, kami mendapati bahawa cerita rakyat daripada kaum yang berbeza mempunyai keistimewaan dan nilainya yang tersendiri. Kami juga dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tersebut dalam kehidupan kami. Paling penting sekali, kami telah mempelajari kepentingan wujudnya cerita rakyat dan cara-cara menghargainya.


Top Related